Wednesday, 22 October 2014

Peserta Program Sentuh Anjing Tak Berotak, Kepala Penuh Ulat! - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa para peserta dan umat Islam yang terlibat dengan kempen sentuh anjing, "I Want to Touch A Dog" sebagai tidak berotak dan kepala mereka dipenuhi dengan ulat.

Kata bekas Menteri Besar Kelantan itu, aktiviti yang dilakukan itu tidak wajar sama sekali dijalankan dan menyifatkan mereka yang terlibat dengan program itu sebagai tidak mampu menggunakan akal untuk berfikir secara waras.

"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.

"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam,” katanya yang dipetik dari media, semalam.

Menurutnya Nik Aziz lagi, perkara sebegitu sepatutnya perlu dicegah sebelum ianya menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam itu sendiri.

Nik Aziz turut berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam memelihara kesucian agama Islam di Malaysia. -KedahNews.com

0 comments:

Post a Comment