Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.
Tuesday, 8 July 2014
Kisah Menarik "Gadis Mamak" Malaysia Berjaya Buka Restoran Di Pejabat Twitter...Tahniah! #Mamak #MalaysiaBoleh
11:05 pm Admin Kedahnews No comments
Seorang penjual jalanan, kelahiran Malaysia yang pernah hidup dalam serba kemiskinan kini bersedia untuk membuka restoran dengan keluasan 15,000 kaki persegi di ibu pejabat Twitter di Bay Area, San Francisco.
Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan ‘mamak’, Azalina Eusope pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang, menjual pencuci mulut, sehinggalah beliau bertemu dengan suaminya dari Amerika dan berpindah ke San Francisco, tempat di mana beliau kini berjaya dalam perniagaannya.
“Membesar sebagai seorang ‘gadis mamak’ bukan fantasi bagi sesiapa. ‘Mamak’ biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu,” katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.
“Oleh kerana sistem kasta, golongan ‘mamak’ hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion,” katanya.
Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.
Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.
Selepas mendapat berita buruk itu, beliau mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya beliau belajar memasak dengan lebih baik.
“Cukup aneh, apabila dia mencadangkan ‘Mengapa tidak awak pergi ke sekolah masakan,” Azalina mengimbas pengalamannya.
Apabila Azalina berkahwin dengan suaminya dan mengikutnya kembali ke Amerika Syarikat, beliau bergelut untuk mengatasi satu kejutan budaya yang amat besar sebaik sahaja tiba di sana.
“Saya membesar di sebuah kampung, kami berjalan apabila mahu ke mana-mana, kami tidak mempunyai televisyen, dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk peti sejuk.
“Kali pertama saya menyentuh komputer ketika saya baru melahirkan anak lelaki saya iaitu pada tahun 2002,” kata Azalina dalam temu bual dengan Mashable.
Azalina berkata untuk mengatasi kerinduan dan kejutan budaya itu, dia akan memasak makanan yang beliau makan sewaktu membesar.
Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.
“Saya meminjam USD500 dan mula menjual makanan di pasar tani. Saya akan mengejutkan anak-anak saya pada pukul 3 pagi dan kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya,” kata Azalina.
Tetapi dalam tempoh enam minggu pertama, tiada siapa yang datang makan makanan yang dijualnya.
Perniagaan beliau kemudian mula mendapat perhatian apabila penulis terkemuka makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai salah sebuah daripada 10 kedai makan jalanan terbaik di San Francisco dalam majalah ‘Bon Appetit’ pada tahun 2010.
Azalina kemudiannya bertukar ke bidang katering, majlis dan acara, dan bertemu dengan seorang pembeli yang menawarkannya untuk menjual sendiri aneka sosnya di Whole Foods Market, sebuah rangkaian pasar raya di Amerika.
“Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya,” kata Azalina.
“Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya.
“Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa anda. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun,” katanya.
Di sebalik kejayaan beliau, Azalina berkata kerjanya tidak mudah yang menuntut beliau bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua hingga tiga jam.
Beliau berkata dua orang anaknya yang memberikannya kekuatan untuk beliau terus menjalankan urusan perniagaan. - mStar Online
Read More
Tidur Selepas Subuh Akan Jadikan Anda Semakin Letih?
10:04 pm Shahir Shukor No comments
ADAKAH anda tergolong dalam kalangan orang yang akan tidur semula selepas bersahur dan menunaikan solat subuh?
Jika ya, kami yakin anda bersetuju jika kami katakan anda akan lebih letih selepas bangun daripada tidur.
Menurut pegawai perubatan, Dr. Zubaidi Ahmad, tidur semula selepas subuh sebenarnya akan mengganggu pusingan biologi dalam badan sekaligus menambahkan keletihan seseorang.
Ia disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.
Sebenarnya, apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.
Bagaimanapun, jika rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas Subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.
Justeru, adalah lebih baik jika anda tidak tidur selepas Subuh, sebaliknya melakukan aktiviti lain bagi mengisi masa sebelum ke tempat kerja.
Namun, jika anda benar-benar perlukan tidur, Dr. Zubaidi mencadangkan agar anda memperuntukkan 30 minit sebelum Zohor untuk melelapkan mata.
Insya-Allah, selepas berwudhu’ dan solat Zohor, anda akan rasa lebih segar untuk meneruskan ibadah puasa.
Sumber : MyNewsHub.my
Read More
Kelebihan Sunat Tarawikh Mengikut Malam Sepanjang Ramadhan
9:03 pm Shahir Shukor No comments
Hari ini KedahNews.com ingin berkongsi kelebihan Solat Tarawikh mengikut malam sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Diharap perkongsian ini dapat menambah ilmu dan meberi manfaat kepada para pembaca agar tidak melepaskan peluang untuk beribadat di bulan yang mulia ini.
Berikut adalah kelebihan solat sunat Terawih mengikut malam.
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama, Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-2, Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-3, Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-4, Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-5, Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-6, Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-7, Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-8, Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-9, Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-10, Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-11, Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-12, Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-13, Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-14, Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-15, Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-16, Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-17, Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-18, Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-19, Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-20,Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-21, Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-22, Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-23, Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-24, Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-25, Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-26, Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-27, Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-28, Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-29 , Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ke-30, Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Sumber Asal : Nurhayati.blogspot.com
Read More
Tragis Ramadhan: Kasihnya Seorang Abang...
8:02 pm Shahir Shukor No comments
Alor Gajah, 8 Julai – Seorang bapa bertindak membelasah anaknya sehingga mati kerana tercabar apabila anak sulungnya itu menyatakan hasrat mahu bekerja bagi mencari rezeki.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.00 petang Sabtu lalu, mangsa, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, dipercayai telah dibelasah dengan oleh kayu setelah memberitahu hasratnya yang ingin bekerja kerana tidak tahan melihat sembilan orang adiknya hanya berbuka dengan menjamah bubur nasi dan air kosong.
Hasrat yang diluahkan oleh remaja itu telah menyebabkan bapanya yang berusia 52 tahun menjadi berang kerana tercabar dengan keinginan mangsa dan bertindak membelasah anak sulungnya dengan mengunakan kayu sehingga pengsan.
Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, berkata, tragedi itu berlaku jam 5.00 petang, apabila suaminya bertindak membelasah Muhamad Hafiz dengan mengunakan kayu sehingga pesan sebelum mangsa dibawa masuk ke dalam biliknya di kediaman mereka di kampung Jawa.
.Menurut Siti Habibah, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum cuba meminta pertolongan daripada jiran-jiran untuk memanggil ambulans tetapi dihalang oleh suaminya yang beranggapan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan Cuma kepenatan akibat dipukul.
“Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur.
“Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.
“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia,” katanya.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa yang telah dipukul mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala yang menyebabkan mangsa meninggal dunia. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Johan Raja Lawak Dapat Ganti Rugi RM 170,000
7:07 pm Shahir Shukor No comments
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz atau dikenali sebagai ‘Johan Raja Lawak’ dan isterinya.
Pembayaran itu berikutan kes saman berhubung kecederaan yang dialami pelawak itu dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010.
Hakim Datuk Su Geok Yiam juga memerintahkan Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, Rozlinawaty Ismail serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.
Dalam penghakimannya, Su berkata mahkamah mengambil kira bahawa plaintif merupakan seorang pelakon dan bergantung kepada wajahnya untuk mencari sumber pendapatan.
“Kecederaan yang dihadapi pada wajah Johan menyebabkan parut kekal dan sebagai seorang pelakon Johan bergantung kepada wajahnya untuk mencari pendapatan, akibat daripada kecederaan itu telah menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Hakim itu juga berkata tidak ada sebarang bukti ditunjukkan oleh plaintif mengenai kehilangan pendapatan yang sebenar ketika kejadian.
Pada 7 Jan lalu, mahkamah membenarkan saman yang dikemukakan Johan dan isterinya selaku plaintif.
Pada 18 Julai 2010, Johan, 29, dan isterinya yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Wati, 32, memfailkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai ‘Halim’.
Johan, yang juga pengacara mendakwa Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul.
Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.
Pasangan itu diwakili peguam Suhaimi Saad manakala kedua-dua defendan diwakili peguam Baljit Singh.
Sumber : MyNewsHub.my
Sumber : MyNewsHub.my
Read More
Azwan Ali Hina Kami - Peniaga Bazar Stadium Darul Aman
6:03 pm Shahir Shukor No comments
Sebelum ini, Azwan dalam laman sosialnya lantas mengritik serta menghina para peniaga di bazar ramadhan sekitar Kuala Lumpur kerana menjual makanan basi kepadanya sekaligus mengiktiraf makanan yang dijual di sekitar bazar seperti sampah.
Salah seorang peniaga di Bazar Darul Aman, Wan Amirul Azizi, 34 ,berkata tindakan pengacara itu memuatnaik status menghina para peniaga bazar satu tindakan yang tidak seharusnya dilakukan oleh artis tersebut kerana tidak semua peniaga bazar seperti itu.
Menurut Wan Amirul, tidak semua peniaga mementing keuntungan semata-mata kerana keselamatan pembeli adalah tanggungjawab mereka dan kenyataan artis itu seolah-olah satu penghinaan kepada mereka.
“Kenyataan Azwan Ali terhadap peniaga di bazaar adalah satu penghinaan bagi kami.
“Tidak semua orang mampu berbuka puasa di hotel-hotel mewah sepertinya, kami berniaga dengan harga yang sederhana dan ada dikalangan peniaga yang berniaga di bazaar adalah bertujuan memeriahkan sambutan ramadhan disamping mencari pendapat harian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Wan Amirul juga menegaskan tidak semua peniaga meletakkan harga yang tinggi pada jualan mereka tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa dan menganggap harga yang ditetapkan oleh para peniaga khususnya di Bazar Darul Aman ini sangat berbaloi.
Sementara itu, Wan Amirul yang merupakan seorang peniaga nasi ayam berharap kunjungan KedahNews.com mampu menarik minat pembeli untuk datang ke gerainya nanti. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Khazanah Tegaskan The Edge, Blogger Salah Lapor
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menegaskan pihaknya langsung tidak mempunyai sebarang cadangan untuk membeli saham yang melibatkan kepentingan mana-mana syarikat di Wilayah Iskandar, di Johor sebagaimana yang didakwa The Edge sebelum ini.
Timbalan Presiden Khazanah, Mohd Asuki Abas berkata, dakwaan The Egde dan blogger "SyedOutSyedTheBox" milik Syed Akhbar Ali, adalah tidak benar sama sekali dan data-data yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris itu adalah tidak tepat untuk dirujuk.
"Khazanah buat masa ini tidak punya sebarang niat atau cadangan untuk membeli balik plot-plot tanah di Medini dari mana-mana pihak (di Wilayah Iskandar).
“Kami juga ingin menjelaskan bahawa data-data berkenaan bank tanah (land bank), keluasan tapak dan penilaian digunakan di dalam artikel tersebut adalah lapok dan tidak tepat” kata Mohd Asuki yang turut dipetik dari akhbar yang sama, hari ini.
"The Edge" menyiarkan sebuah artikel mendakwa Khazanah akan membeli saham dan kepentingan dari empat syarikat yang melabur di Wilayah Iskandar, termasuk Medini Iskandar Malaysia, dengan harga RM3 bilion.
Blogger "OutSyedTheBox" kemudiannya merujuk pada artikel tersebut untuk memburuk-burukkan kepimpinan syarikat GLC itu selain mengeluarkan kata-kata menghina seperi "dungu" dan "monkeys" yang dipercayai merujuk pada pengurusan tertinggi Khazanah.
Khazanah dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan memiliki beberapa tokoh korporat terkemuka negara sebagai Ahli Lembaga Pengarah termasuk Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Tan Sri Mohamed Nor Yakcop. -KedahNews.com
Read More
PAS Bukan Militan: Siapa Pula Lotfi, Ibrahim Libya dan Nik Adli? #KDN
Kenyataan tersebut kemudiaannya disambut oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang membidas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang mahu institusi pondok dipantau supaya tidak dicemari dengan kegiatan militan.
Ahmad Tarmizi dalam kenyataannya kepada laman berita rasmi PAS, Harakahdaily, menuduh Mashitah memfitnah institusi pondok tanpa sebarang asas yang kukuh.
"Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap," katanya yang dipetik dari laman berkenaan.
KedahNews.com bersetuju dengan kenyataan Suhaizan yang menafikan penglibatan PAS di dalam kegiatan militan. Ini adalah kerana PAS merupakan sebuah parti politik di Malaysia dan bukannya sebuah kumpulan pengganas militan.
Begitu juga dengan kenyataan Ahmad Tarmizi, sememangnya kenyataannya itu benar memandangkan institusi pondok merupakan pusat pengajian agama secara tradisi di negara kita dan bukannya pusat merekrut pengganas.
Secara hakikatnya, memang benar PAS dan instistusi pondok jelas tidak terlibat dalam sebarang kegiatan pengganas atau militan.
Bagaimanapun, memang terdapat beberapa aktivis dan pemimpin PAS yang pernah terlibat dengan kegiatan ekstrimis yang bersifat militan dan bertindak ganas cuba membunuh serta mencederakan pihak lain.
Terkini, bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Lotfi Ariffin mendapat liputan luas dari media apabila memuat naik beberapa gambarnya di Syria menerusi laman Facebook, memakai pakaian tentera dan bersenjata.
PAS Kedah mengetahui status Mohd Lotfi pada April lalu, namun tidak memecat keahliannya.
Mohd Lotfi hanya dipecat keahliannya oleh PAS pada 11 Mei lalu setelah mendapat pengesahan tentang keterlibatan bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah itu dalam aktiviti militan di negara bergolak tersebut.
Mohd Lotfi juga merupakan bekas AJK Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) dan juga antara salah seorang pengasas yang menubuhkan Madrasah Nurul Hidayah, Pondok Pengajian Islam, Kampung Tembak, di Kuala Ketil.
Sehingga September 2013, terdapat 76 buah institusi pendidikan agama (SMI/SRI/Tahfiz/Sekolah Pondok/Pondok/Sekolah Pemulihan/Sekolah Integrasi) bergabung bawah Hesa yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Ahmad Yahya, yang juga salah seorang pemimpin PAS Kedah.
Sehingga September 2013, terdapat 76 buah institusi pendidikan agama (SMI/SRI/Tahfiz/Sekolah Pondok/Pondok/Sekolah Pemulihan/Sekolah Integrasi) bergabung bawah Hesa yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Ahmad Yahya, yang juga salah seorang pemimpin PAS Kedah.
Sekiranya dirujuk pada sejarah peristiwa berdarah Memali, di Baling, Kedah, Ibrahim b. Mahmood atau Ibrahim Libya juga merupakan seorang pemimpin PAS yang pernah menjawat jawatan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Arwah yang meninggal dunia akibat melawan dengan senjata terhadap tindakan pihak berkuasa yang cuba menahan Ibrahim dan pengikutnya ketika itu juga merupakan seorang pengasas pondok Madrasah Islamiah Diniah, di Baling.
Anak lelaki Mursyidul Am PAS, Nik Adli Nik Abdul Aziz juga pernah ditahan di bawah akta ISA kerana disyaki terlibat dalam gerakan militan di Afghanistan suatu ketika dahulu dan kemudiannya dibebaskan.
Benar. PAS dan istitusi pondok tidak terlibat dengan kegiatan atau gerakan pengganas, militan atau kumpulan ektrimis. Mungkin yang terlibat di dalam kegiatan subversif bersenjata dan merbahaya itu hanyalah individu di dalam PAS, serta kebetulan terlibat aktif dengan beberapa pondok di negara kita.
Persoalannya, bagaimana hendak mengekang penularan ideologi ekstrim, gerakan militan atau subversif bersenjata di dalam PAS dan institusi pondok?
Apakah PAS dan institusi pondok di Malaysia boleh memastikan dan menjamin seluruh ahlinya tidak terlibat dengan gerakan militan? Mampukah PAS dan mudir-mudir pondok membuktikan mereka 100 peratus mampu mengawal ideologi ekstrim itu di dalam institusi masing-masing?
Mungkin PAS dan institusi pondok boleh memecat atau buang ahlinya yang terlibat dengan gerakan pelampau itu seperti nasib Mohd Lotfi. Namun dari mana pula individu seperti Mohd Lotfi, Ibrahim Libya dan Nik Adli mendapatkan tarbiyah?
Atau PAS gagal mentarbiyah ahlinya? Dan apakah salah jika pihak berkuasa "menolong" PAS dan institusi pondok untuk memantau ahli-ahlinya agar tidak terpesong menjadi militan dan terjebak dengan kegiatan subversif sebagaimana yang dicadangkan Mashitah itu? Wallahu'alam... -KedahNews.com
Kementerian Pendidikan Tak Akan Campur Tangan Isu Politik Di UM -
3:08 pm Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 8 Julai - Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh menafikan kementeriannya campur tangan dalam penyingkiran dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Prof Datuk Dr Mohammed Redzuan Othman.
Idris berkata beliau percaya terdapat 'pihak luar' yang sengaja memperbesar perkara itu dan menjadikannya isu supaya rakyat menentang kerajaan.
"Saya percaya adanya 'pihak luar', parti pembangkang yang cuba menghasut pihak tertentu agar menentang kerajaan apabila memperbesar isu ini.
"Bagi saya tiada apa yang luar biasa kerana dekan berkenaan hampir tamat tempoh perkhidmatan dan seperti biasa dekan lain akan dilantik menggantikan tempat dia," katanya kepada pemberita di majlis Iftar Universiti Malaya (UM) dan Universiti Antarabangsa Malaya-Wales (IUMW) di sini, Isnin.
Turut hadir Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.
Idris turut mempersoalkan mengapa tiada pihak mempertikaikan tindakan kerajaan Selangor yang menyingkirkan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel)
beberapa tahun lalu.
"Mereka (kerajaan negeri) pecat seorang VC (naib canselor), tapi kenapa tiada siapa-siapa nak kecoh, tapi bila dean (dekan) yang hampir tamat perkhidmatan tidak dilanjutkan jawatan, kenapa semua blog, media nak tulis?," katanya.
Idris juga menekankan bahawa amalan pengundian ini adalah satu proses biasa untuk memilih dekan bagi penggal akan datang selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat.
Isnin lalu berita penyingkiran Redzuan mendapat perhatian beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang membidas kementerian yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti tersebut.
Sementara itu, Mohd Amin berkata pihak UM menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa terhadap seorang pensyarahnya yang disyaki terbabit dengan aktiviti militan.
Beliau berkata pensyarah terbabit Dr Mahmud Ahmad telah empat minggu tidak datang menjalankan tugasnya.
"Jika menurut peraturan biasa kita akan mengambil tindakan terhadap ketidakhadiran tersebut bergantung pada alasan serta bukti sokongan seperti sijil cuti sakit dan sebagainya, namun bagi dakwaan terlibat kegiatan militan kita serahkan sepenuhnya siasatan pada pihak berkuasa," katanya.
Rabu lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Mahmud yang merupakan pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya merupakan seorang daripada lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan militan.
Dr Mahmud bersama empat suspek yang lain dikatakan telah meninggalkan Malaysia dan kini bersembunyi di selatan Filipina.
Sumber : Mstar
Read More
Gangguan Ala Samseng Cetus Ketakutan
2:17 pm Shahir Shukor No comments
Alor Setar, 8 Julai - Kebanyakan penduduk tempatan di Pekan Simpang Kuala, dekat sini, mendakwa berasa terancam dengan kehadiran seorang lelaki dipercayai tidak siuman.
Difahamkan, dia bukan hanya bertindak agresif ‘ala samseng’, malah sering kali menyerang masyarakat setempat secara tiba-tiba sehingga mencederakan mereka.
Mangsa, Jamaludin Mahmud, 66, berkata, dia mengalami kecederaan parah di bahagian paha kanan apabila diserang lelaki berkenaan di Medan Selera Simpang Kuala, dekat sini.
“Malah, dia turut menumbuk muka saya. Kejadian berlaku, apabila saya menanyakan lelaki terbabit bilakah ingin membayar bil makanannya pada 23 Jun lepas.
"Ia berikutan, dia sering menjamu selera secara percuma di rata-rata kedai dalam medan selera sehingga menyebabkan peniaga menanggung kerugian kerana pelanggan lari.
“Tanpa disangka-sangka, dia mencederakan saya sehingga terpaksa ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini selama 12 hari, malah perlu menjalani pembedahan,” katanya.
Manakala, Manap Mat, 80, berkata, dia pula mengalami kecederaan pada beberapa bahagian termasuk kepala dan dada akibat diserang lelaki berkenaan.
“Mujur, saya diselamatkan orang lalu lalang. Itu pertama kali, saya melalui detik cemas sedemikian sepanjang hidup ini, malah kesakitannya masih terasa,” katanya.
Bimbang situasi lebih buruk berlaku, Manaf terpaksa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar kerana bimbang kejadian sedemikian berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simpang Kuala, Zakri Hassan berkata, pihak polis sudah menahan lelaki berkenaan beberapa kali.
Difahamkan, anggota polis menghantar lelaki berkenaan ke wad psikiatri setiap kali menerima aduan penduduk tempatan, namun ia kemudiannya dilepaskan.
Justeru, katanya, mereka merayu lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk menerima rawatan terbaik, sekali gus membolehkan penduduk menjalani kehidupan tenteram.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pihaknya akan menahan individu dipercayai kurang siuman yang mencetuskan suasana panik sedemikian.
Namun, katanya, sebaiknya mana-mana individu berkenaan diserahkan kepada pihak hospital, malah dia berada di bawah tanggungjawab mereka untuk tindakan selanjutnya.
Sumber : Sinar Harian
Read More
Musa Hitam Mahu Kerajaan Campur Tangan Isu Politik Di UM
1:05 pm Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 7 Julai – Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tun Musa Hitam mahu Kementerian Pendidikan Malaysia campur tangan dalam isu politik yang membabitkan Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).
Beliau yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak kerajaan tidak seharusnya berdiam diri apabila dikritik ataupun mengambil tindakan yang dilihat berat sebelah ke atas golongan yang tidak henti-henti membidas kerajaan berhubung isu ini.
"Apabila ada tuduhan, pihak berkasa perlu meneliti atau kementerian perlu menyiasatnya.
"Siasat sama ada ia benar atau tidak. Jika benar kata benar, jika tidak kena jelaskannya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Musa juga mahu kerajaan memberi penjelasan terhadap semua kriktikan yang telah diberikan oleh orang ramai dan bukannya bertindak membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.
"Jangan menafikan sebarang kritikan, pemerhatian atau analisis yang dibuat oleh ahli masyarakat awam," katanya lagi.
Sementara itu, ketika di tanya mengenai perkembangan yang berlaku di UM, Musa menegaskan dia tidak tahu kerana sudah lama bersara dalam bidang politik.
Ia amalan normal pada zaman saya, semasa dalam kerajaan apabila orang beritahu kamu tidak bagus pasti ada sesuatu yang salah.
"Kamu tidak hentam orang kata itu, tapi siasatnya. Itu baru metadologi pentadbiran yang baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, bekas Naib Canselor UM, Profesor Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini mendedahkan dirinya sering diganggu Putrajaya selepas berjaya menemui kajian yang dijalankan oleh universiti itu.
Kajian yang dilakukan oleh UMcedel di bawah pimpinan Profesor Dato’ Dr Redzuan Othman sebagai pengasas menunjukkan pihak berkuasa Malaysia tidak menyukai hasil kajiannya kerana hasil laporan menunjukkan tidak memihak kepada mereka.
Sebagai contoh, hasil kajian UMcedel yang menunjukkan populariti Dato’Seri Anwar Ibrahim melebihi Dato”Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) yang lalu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Pesawat AirAsia Terbabas Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Brunei
12:15 pm Shahir Shukor No comments
Penerbangan AK278 Air Asia tergelincir dan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan, Brunei, petang tadi.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, pesawat berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk selepas juruterbang berjaya memberhentikan pesawat dengan selamat di landasan yang licin selepas hujan.
Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 1.10 petang
Air Asia melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan di laman Facebook syarikat penerbangan itu tadi, mengesahkan satu insiden menimpa pesawat berkenaan sehingga memaksa 103 penumpang dan tujuh anak kapal diarahkan keluar dari pesawat.
Bagaimanapun, semua mereka disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Sumber : MyNewsHub.my
Read More
Sah "OSuarez" Kini Berada Di Malaysia!!
11:05 am Shahir Shukor No comments
Terpandang satu status Mr. OS ala pelawak yang terkenal tue..dulu penah join maharajalawak mega siap dapat no satu tu..masa tu dia bergabung dengan abon jadilah OSBON…
MR. os ada update status kat facebook…memang kelakar juga tapi takpe dia kata pun kat diri dia je..dia tak mengata orang…bagus os ni…
” Walaupun besok kita berpuasa teman terpaksa berlatih dengan gigih kerana ramai yg mengatakan teman layak menggantikan Suarez…surat tawaran dah dapat tunggu FIFA luluskan aje…kalau FIFA tak luluskan teman kokak dia bior sama2 kena gantung hahaha… eh batal tak puase kalau teman ngokak….”
Luis Suarez yang telah mengigit Giorgio Chiellini pemain Itali, saat Uruguay menghadapi Italia di partai terakhir babak penyisihan Grup D. Suarez menggigit bahu Chiellini selepas kedua-duanya bergelut di kawasan kotak penalti
Kepada pasukan Uruguay, jangan risau ni ada pengganti Suarez dari Malaysia bersiap sedia untuk beraksi…
Sumber : MyNewsHub
Read More
Putus Hubungan Dengan Ibubapa Di Akhbar: Beza Islam Dan Bukan Islam..?
10:04 am Admin Kedahnews No comments
Keratan iklan akhbar di atas merupakan antara kaedah bagi sesetengah pihak untuk mencari jalan keluar menyelesaikan masalah yang timbul di dalam keluarga mereka.
Dengan memutuskan hubungan dengan ibu atau bapa mereka, mungkin ia akan menyebabkan masalah mereka akan selesai dan kehidupan mereka tidak akan diganggu lagi oleh masalah yang timbul dari kedua orang tua mereka itu.
Contoh di atas tertera satu contoh tindakan seorang lelaki berbangsa Cina telah mengiklankan di akhbar untuk memutuskan hubungan kekeluargaan daripada bapa mereka secara rasmi bersama dua lagi adik-beradiknya.
Berkemungkinan besar, tindakan sebegitu diambil kerana hutang dengan ceti haram yang dibuat oleh bapa mereka sehingga ceti atau Ah Long sudah mula mengganggu hidup mereka.
Biasanya tindakan sebegini diambil untuk mengelakkan Ah Long terus memburu tiga beradik itu sebaliknya terus sahaja memburu bapa mereka yang berhutang.
Secara jelas tidak diketahui adakah iklan akhbar ini sahih tetapi daripada cara cetakan di akhbar, ia nampak tulen cuma tidak tahu terbitan akhbar yang mana satu.
Mungkin tindakan sebegitu hanyalah perkara biasa bagi golongan bukan Islam.
Namun bagi umat Islam, ia merupakan satu tindakan yang sangat tidak wajar, derhaka dan boleh dikategorikan hukumnya sebagai dosa besar.
Apa agaknya yang akan dirasa oleh ibu bapa kita sekiranya kita mengambil tindakan memutuskan hubungan dengan mereka secara rasmi sebegitu? Sudah tentu kecewa, terluka dan mungkin merintih sedih di dalam hati, bukan?
Apa agaknya hukum melukakan hati ibu dan ayah dari sudut Islam? Rasanya tidak perlu diberitahu, bukan? Kita semua sudah "besar panjang" untuk "disekolahkan" tentang hukum hakam melukakan hati ibu bapa kita... - KedahNews.com
Read More
Zizan Jelaskan Status Emma Yang 'Kecewa' Di Laman Sosial
9:10 am Shahir Shukor No comments
Petaling Jaya, 7 Julai - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menyangkal dakwaan hubungannya dengan Emma Maembong kini bergolak ekoran tindakan aktres itu memuat naik sekeping foto di laman Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah percintaan mereka sedang dilanda badai.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Abdul Razak, 30, berkata, luahan Emma itu langsung tiada kena mengena dengannya kerana hubungan mereka masih berjalan seperti biasa.
"Saya tidak rasa luahan perasaan itu ada kena mengena dengan saya atau hubungan kami sebaliknya percintaan kami masih berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah.
"Emma adalah seorang yang suka berkarya dan apa yang dimuat naik itu mungkin salah satu daripadanya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Emma dalam status di Intagramnya pada Ahad menggambarkan seolah-olah hatinya sedang kecewa apabila menulis status dia akan mencari lelaki lain yang boleh mengambil berat terhadapnya.
Luahan perasaan Emma itu mendapat perhatian ramai sehingga ramai yang mengandaikan hubungannya dengan Zizan Razak sedang dilanda masalah.
Malah peminat turut meminta Emma supaya bersabar dengan dugaan dalam perhubungan cinta dan berharap kemelut yang berlaku diantara mereka dapat diselesaikan secara baik.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia dan Emma baharu sahaja menjayakan sebuah majlis di ibu negara pada malam Ahad lalu.
Malah kata Zizan, dia tidak melihat sebarang keperluan supaya gambar itu dipadam kerana ia mungkin ditujukan kepada individu tertentu yang sedang mempunyai perasaan sedemikian.
"Tidak perlu buang kerana mungkin apa yang diluahkan itu mewakili orang-orang yang mempunyai perasaan sedemikian.
"Saya dengan Emma ok jer malah baru semalam kami bersama-sama menjayakan sebuah acara bersama-sama," ujarnya.
Sumber : Mstar Online
Read More
Bekas Isteri Dedah Kecurangan Sham Kamikaze?
8:10 am Shahir Shukor No comments
NAMPAKNYA, selepas satu, satu lagi kontroversi melanda bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh atau Sham.
Baru-baru ini, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memutuskan pernikahannya dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh adalah tidak sah dan terbatal.
Ia berikutan pernikahan tersebut dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah dan proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
Belum pun reda kepanasan berikutan kontroversi itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh bekas isterinya, Farazila menerusi sisipan BiPop, semalam.
Ia berkisar mengenai bukti kecurangan Sham sewaktu masih bergelar suami Farazila yang disimpan dalam lima ‘hard disk’ atau cakera keras.
Di sini kami sertakan penjelasan yang agak panjang darinya:
“Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.
Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.
“Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.
“Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.
“Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!
“Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.”
April lalu, Farazila juga pernah membuat pendedahan mengenai sikap Sham yang dikatakan hipokrit walaupun sudah berhijrah.
Mungkin ada yang berkata bekas isterinya itu tidak sepatutnya membuka lagi kisah lama mereka, namun siapa tahu mungkin hatinya terlalu sakit dengan tuduhan peminat yang menyokong Sham sebelum ini, tak gitu?
Sumber : MyNewsHub.My
Read More
Cinta Emma - Zizan Dilanda Krisis?
7:07 am Shahir Shukor No comments
Adakah perhubungan cinta di antara Emma Maembong dan Zizan Razak kini sedang bergolak?
Perkara ini timbul gara-gara perkongsian gambar di Instagram yang mana Emma menulis luahan hatinya yang berkemungkinan besar ada kena mengena dengan kisah cintanya bersawa pelawak popular itu.
Sebelum ini juga nama aktres cantik itu disebut-sebut sebagai penyebab kepada konflik dalaman yang berlaku di antara Zizan dan rakan kongsinya, Marina Juki sehingga memaksa Zizan membekukan akaun syarikat WireFame Entertainment.
Menerusi luahan hati Emma, dia mengatakan dirinya kini seakan tidak dipedulikan oleh seseorang dan sekiranya seseorang itu terus melayannya begitu, tidak mustahil satu hari nanti dia akan angkat kaki daripada meneruskan perhubungan.
Hmm, mungkinkah nota ini ditujukan buat Zizan?
Hanya empunya badan je dapat memberikan jawapan.
Tapi rasanya hal-hal begini tidak seharusnya dihebahkan menerusi media sosial, kerana takut perkara begini memberikan tanggapan negatif terhadap seseorang selebriti tersebut.
Sebaiknya jika Emma ada masalah dengan Zizan adalah lebih baik mereka selesaikan sesama mereka sahaja. Jangan libatkan orang lain, karang makin lain jadinya. Tak gitu?
Sumber : MyNewsHub.My
Read More
Seks Di Khalayak Umum, Pasangan Kini Diburu
12:09 am Shahir Shukor No comments
Rusia , 7 Julai – Sepasang kekasih kini diburu oleh pihak berkuasa Rusia kerana bersalah melakukan hubungan seks secara terbuka di sebuah Bandar negara itu.
Menurut laporan media di Rusia, pasangan kekasih ini seolah-olah tidak mempunyai sifat malu apabila sanggup melakukan hubungan seks di khalayak ramai, pada waktu siang yang menjadi tumpuan orang awam lalu lalang di situ.
Pasangan ini telah dilihat melakukan hubungan seks selama 15 minit tanpa mempedulikan orang ramai yang melihat perbuatan mereka itu.
Selain itu, sebaik tamat adegan seks itu, kedua-duanya kemudian bangun dan ketawa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Aksi panas pasangan ini berjaya dirakam oleh seorang lelaki, Aleksey Douhov, 26, yang bertindak memuatnaik video tersebut di dalam media sosial.
Tinjauan yang dibuat oleh media Rusia mendapati video klip yang dimuatnaik itu telah menjadi satu viral paling diminati di negara itu.
Video klip itu menjadi klip yang paling ditontoni orang ramai di Rusia.
Penyebaran video klip pasangan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen di situ mengamuk dan mahu pihak berkuasa mengesan pasangan terbabit untuk diambil tindakan atas tingkah laku mereka.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More