"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Saturday, 12 July 2014

Cerita Sebenar Di Sebalik Messi "Sokong Israel" Terbongkar!

Baru-baru ini tersebar dakwaan kononnya penyerang berbisa Barcelona dan Argentina, Lionel Messi, dikatakan penyokong kuat rejim zionis Israel.

Beberapa pihak turut menyebarkan gambar Messi memegang baju berwarna hitam tertulis "Stand with Israel" sebagai "bukti" atas dakwaan tersebut.

Hasilnya, Messi dikecam ramai khususnya umat Islam di Malaysia dan ada pula penyokong skuad bolasepak Argentina yang beralih arah mengambil pendirian membenci penyerang Barcelona itu serta merta.

Mungkin sudah sikap segelintir masyarakat di Malaysia yang suka menerima bulat-bulat sesuatu perkara yang mereka terima dari media sosial tanpa menyelidik terlebih dahulu.

Lebih memilih untuk yakin pada persepsi sebeginilah yang sering menyebabkan kita tersalah anggap tentang sesuatu. 

Menjelaskan perkara tersebut, KedahNews.com ingin berkongsi perkara sebenar mengenai dakwaan kononnya Messi yang dikaitkan sebagai penyokong Israel itu yang didedahkan oleh seorang pengguna laman Facebook, Hasif Bastiar.

Syabas kepada Hasif dari KedahNews.com.

Kami harap, selepas ini kita akan cuba merubah sikap dan bermuhasabah diri, betapa mudahnya kita terpengaruh dengan persepsi yang tersebar di sebalik maklumat yang dikutip bulat-bulat dari media sosial.

Berikut adalah perkara sebenar yang didedahkan Hasif. - KedahNews.com

*Mohon JANGAN baca & sebarkan. Sebab ini cerita yang betul. Cerita salah baru la share (typical Malaysian).

By Hasif Bastiar

Gempar viral di facebook dengan gambar-gambar Messi & rakan-rakan Barcelona mengadakan lawatan ke Israel dengan Messi memegang baju bertulis ‘stand with Israel’ (berdiri bersama Israel).

Viral ini tersebar meluas di laman web serta di facebook sejurus selepas bedilan bom di gaza. Demi menunjukkan betapa diri itu prihatin, maka ramailah yang turut serta untuk menge-share di wall masing-masing. Yang lebih menakjubkan ramai ustaz-ustaz dengan imej mulia turut serta menyebarkan berita ini. Maka lahirlah komen-komen seperti di bawah.

- “Boikot messi. Dia Yahudi n penyokong kuat Israel rupanya"

- “sy peminat dia.tetapi dh tau dia ni puak2 yg menyokong israel yahudi terus sy membencinya.xguna punya messi..”

- “Baru tau. Say NO to Messi.!!”

- “Boikotlah Messi…Boikotlah Argentina…Boikotlah Barcelona…”

- “Kalau ini idola sesetengah umat islam..baik hentikan!!!”

Pelbagai tohmahan dihambur…. Kesian Messi….. Tapi, tahukah kita sejauh mana kebenarannya?? ……………………………………………………………………………………………..

Kebenarannya :-

Ya, memang benar Messi dan Barcelona telah ke Israel pada tahun 2013.

NAMUN,
Hakikatnya pada masa yang sama mereka juga telah mengadakan lawatan ke Palestin! Barcelona telah mengadakan “PEACE TOUR” ke Palestin & Israel dengan harapan bola sepak dijadikan sebagai medium untuk perdamaian. Messi sendiri telah bersalaman dengan presiden Palestin yang turut serta pada sesi temuramah bersama-sama rakan-rakan Barcelona yang lain.

messi.palestin

Kemuncak “PEACE TOUR” itu ialah perlawanan persahabatan di antara FC Barcelona VS team gabungan Palestin+Israel, namun begitu dibatalkan kerana konflik yang sukar untuk menggabungkan kedua2 pasukan kebangsaan itu. Barcelona juga mengadakan ‘klinik bola’ untuk kanak-kanak daripada kedua-dua Negara Palestin & Israel.

Rujukan 1, http://www.fcbarcelona.com/club/detail/article/peace-tour-visit-to-palestine

Rujukan 2, http://www.reuters.com/article/2013/08/03/us-soccer-barcelona-palestinians-idUSBRE9720BI20130803

Rujukan 3, http://www.thenational.ae/sport/football/lionel-messi-and-barcelona-train-with-palestine-and-israeli-children

Ada juga gambar yang menunjukkan Messi & rakan-rakan melawat Jurusalem’s western wall ( tempat para yahudi berkumpul dan berdoa di depan dinding). Ya memang benar, tapi itu adalah salah satu aturcara yang ditetapkan bagi menghormati Israel sebagai tuan rumah. Yang mana saya percaya kalau Messi datang ke Malaysia, dia juga tidak akan menolak perlawaan untuk ke masjid-masjid jika di undang!

Messi juga merupakan penganut agama Kristian dan bukannya Yahudi!

Juga,
Di dalam salah satu gambar yang tersebar ada terlihat Messi memegang T-shirt berwarna hitam yang bertulis “stand with Israel” (berdiri bersama israel). Sebagai seorang designer, dengan sekali imbas mudah untuk mengenal pasti bahawa gambar itu bukanlah gambar yang ASLI. Gambar tersebut telah pun diedit daripada gambar asal yang mana Messi sebenarnya mempromosikan Pan American Games 2019 di Rosario ( kampung halaman Messi ).

fake

Rujukan, http://www.miguelzamarini.com/wp-content/uploads/2011/12/IMG_0153.jpg

Jadi,

Pengajarannya periksa dahulu sumber asal usul berita yang disampaikan. Messi & Barcelona bukanlah Yahudi, bukan juga agen Zionis seperti yang diperkatakan. Sekurang-kurangnya mereka cuba menyatu-padukan dua negara melalui bola sepak.

Apa sumbangan kita?

Pada siapa yang sebar fitnah tanpa usul periksa, SHAME ON YOU!

*Goodluck la nak minta maaf balik kat Messi raya ni.

Read More

Guru "Terlampau": Kementerian Pendidikan Telah Ambil Tindakan Awal

KedahNews.com baru-baru ini pernah menyiarkan klip video yang memaparkan kejadian pergaduhan antara dua guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Mentakab, Temerloh, Pahang di Pahang.

Sila baca di sini untuk laporan berkenaan:  PPD Tak Mampu Ambil Tindakan Pada Guru Ini?

Pergaduhan itu dikatakan berlaku di antara seorang pengetua sekolah tersebut dan difahamkan bahawa seorang lagi lelaki yang bersikap melampau itu merupakan guru pendidikan khas (berbaju hijau).

Menurut beberapa komen pengguna laman sosial yang mendakwa mengenali guru berbaju hijau itu, dia disifatkan sebagai seorang yang panas baran dan suka bergaduh.

Ekoran tersebarnya video berkenaan di laman-laman sosial, Kementerian Pendidikan telah bertindak menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata, guru terbabit telah dikeluarkan dari sekolah itu dan kini ditempatkan di “pool” bahagian pentadbiran sementara menunggu laporan siasatan.

“Kami akan menunggu laporan dari siasatan yang dijalankan sebelum turut merujuk guru terbabit ke jawatankuasa tatatertib,” katanya.

Berikut disiarkan sekali lagi video guru "terlampau" itu untuk dijadikan tauladan...

Read More

Kejam! Lihatlah Betapa Kurang Ajarnya Rakyat Israel..!



Warga Israel yang terang-terangan memusuhi Islam menunjukkan betapa mereka tiada hati perut apabila menonton serangan bom ke atas umat Islam Palestin di Gaza seperti menonton wayang.

Mereka beramai-ramai membawa kerusi ke atas bukit dan bertepuk tangan sambil bersorak setiap kali terdengar bedilan bom dan menyaksikan letupan berlaku di Gaza.

israel

Gambar yang tersebar di Twitter ini mendapat kecaman ramai namun Israel laknatullah tetap meneruskan agenda jahat mereka.

laknatullah

Entah berapa ramai lagi akan terkorban kerana kezaliman terang-terangan di bulan mulia ini. Sama-samalah kita doakan semoga saudara seislam kita di Gaza mendapat keadilan dan bantuan untuk keluar daripada kekejaman yang sedang dilalui.

Sebaik-baiknya hulurkanlah sumbangan yang termampu termasuk menderma kepada Tabung Gaza dan berdoa keselamatan saudara kita di sana setiap setiap kali selesai bersolat.
 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Amalina Pelajar Cemerlang Sudah Bergelar Doktor, Tapi...

Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri yang sebelum ini menjadi kebanggaan dan motivasi pelajar di Malaysia menyatakan hasrat untuk berkhidmat di tanah air selepas menamatkan pengajiannya di United Kingdom.

Amalina, 27, anak kelahiran Kelantan tapi dibesarkan di Johor ini baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Edinburgh dan kini bergelar seorang doktor, baru-baru ini.

Menurut Amalina, dia merancang untuk menimba pengalaman bekerja sebagai doktor junior di Hospital Universiti Cambridge selama dua tahun selain melakukan penyelidikan bagi mencari penawar penyakit kanser ovari terlebih dahulu sebelum kembali berbakti di tanah air.

“InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi”, katanya yang dipetik dari Astro Awani.


Amalina pernah mencetus kontroversi dan disindir hebat setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan tudung ketika sedang melanjutkan pelajaran di UK dan beberapa keping gambarnya sedang bersosial tersebar di Facebook.

Pelajar cemerlang SPM itu turut dikecam masyarakat khususnya umat Islam yang kecewa terhadap pendirian Amalina itu memandangkan dia dikenali dengan imej berhijab ketika dinobatkan sebagai pelajar contoh negara.


Bagaimanapun, ibu Amalina tampil mempertahan tindakan anaknya itu dan memohon agar pihak yang mengkritik anaknya supaya berfikiran lebih "terbuka". -KedahNews.com

Read More

Jutaan Lebah Serang Tingkat 14 KL Tower?



Lebah adalah sejenis binatang yang hidup dalam kawanan.

Apabila sarangnya musnah maka lebah akan keluar dalam kelompok besar untuk mencari tempat baru membuat sarang.

Mungkin itu puncanya sekumpulan lebah didapati tiba-tiba ‘menyerang’ tingkat 14, Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kejadian tersebut menggemparkan mereka yang berada di bangunan tersebut. Mujurlah tingkap boleh ditutup, kalau tidak mungkin ada yang sudah disengat agaknya.



Sumber: Mynewshub.my

Read More

Ustaz Nazrey Raihan Bernasyid Di Bazar Ramadhan Merayu Demi Membina Pusat Tahfiz

KedahNews.com ada terbaca mengenai kisah pengorbanan bekas vokalis utama kumpulan nasyid terkenal Raihan, Ustaz Nazrey Johani yang sanggup menyanyi di bazar Ramadhan demi mengumpul dana di neger kelahirannya, Sabah.

Motifnya bukanlah untuk penuhkan poket sendiri dengan wang ringgit, namun sebaliknya usaha tersebut dilakukan adalah demi membina pusat tahfiz yang dinamakan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau.

Menurut sumber, pembinaan pusat tahfiz tersebut adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru untuk mempelajari agama Islam di negeri di bawah bayu itu.

Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Ramadhan Demi Pusat Tahfiz

Cadangan untuk membina pusat tahfiz itu juga telah mendapat kelulusan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jaheins) kira-kira dua tahun lalu, namun ia masih belum dapat dibina akibat kekurangan dana.

Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Ramadhan Demi Pusat Tahfiz
Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Ramadhan Demi Pusat Tahfiz
Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Ramadhan Demi Pusat Tahfiz
Nazrey Johani Sanggup Menyanyi Di Bazar Ramadhan Demi Pusat Tahfiz

Terkini, Ustaz Nazrey baru-baru ini dilihat berada di bazar Ramadhan di Kajang, Selangor, membawa tabung derma dan merayu sumbangan dari umat Islam yang berkunjung ke tapak jualan juadah berbuka puasa itu dalam usaha merealisasikan pembinaan pusat tahfiz tersebut.

Justeru itu, KedahNews.com memohon dan turut merayu kepada para pembaca agar dapat membantu usaha murni beliau dengan menghulurkan sumbangan masing-masing ke akaun CIMB: 8600627302 (AL-Tahfiz Bayu Syahadah Resources).

Semoga pengorbanan Ustaz Nazrey ini akan mendapat keberkatan dan limpahan rahmat dari-Nya. Amin…

nazrey
nazrey-johari-terkini-5
nazrey-johari-terkini-3
nazrey-johari-terkini-1

Read More

Budak-Budak Pailang Disumbat Ke Sekolah Tunas Bakti




KOTA SAMARAHAN – Mahkamah Majistret Kota Samarahan mengarahkan tiga pelajar perempuan yang terbabit dalam video budak pailang dihantar ke Sekolah Tunas Bakti masing-masing di Sabah, Terengganu dan Melaka selepas mengaku salah mencederakan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Asajaya, 25 April lalu.

Majistret Zulhairil Sulaiman mengarah tiga terbabit menjalani pemulihan akhlak selama dua tahun bermula hari ini.

Sebelum dihantar ke Sekolah Tunas Bakti mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ditempatkan di Taman Sri Puteri Telaga Air, Kuching sementara mendapatkan tiket penerbangan. – BH Online

Read More

Kisah Orang Kita Dan Bazar Ramadhan Setiap Tahun Tak Berubah...

Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman
Setiap kali bulan puasa tiba, antara topik panas yang hangat diperbincang oleh umat Islam di negara kita ialah berkenaan isu bazar Ramadhan yang menjadi tapak membeli-belah juadah berbuka dan sumber rezeki golongan peniaga kecil.

Ada yang komplen juadah yang dibeli tidak sedap, tidak berbaloi, mahal, kotor, ditipu peniaga dan ada juga yang hilang sabar hingga tergamak memaki hamun apabila terbeli makanan basi.

Ada pula yang berbelanja sakan. Sebelum ke bazar, kita memberitahu keluarga untuk ke bazar dan membeli ala kadar, kononnya enggan membazir atau mengikut hawa nafsu di bulan yang mulia ini.

"Poyo" atau tidak, sekembalinya kita ke rumah, terjinjing di kedua belah tangan beg-beg plastik yang penuh berisi juadah berbuka puasa. Kuih, laksa, laksam, ayam golek, tepung talam, murtabak, roti john, karipap sfera, kebab, bakso, kuewteow kerang, dan macam-macam lagi yang dibeli.

Itu belum lagi disenaraikan beg-beg plastik yang berisi air minuman seperti air buah-buahan, air mata kucing, nira, air tebu, air cincau dan sebagainya. Terbeliak jugalah mata ibu dan ayah melihat "nafsu" anaknya yang tadi "tunjuk bagus"...

Begitulah ragam kita orang Malaysia bila tiba Ramadhan. Bukan salah Ramadhan, tetapi terpulanglah pada kita untuk mengawal nafsu masing-masing sama ada untuk berbelanja sakan atau mengambil kesempatan menganiaya saudara kita yang sedang berpuasa.

Berikut ingin kami kongsikan beberapa luahan perasaan dari kisah benar dan pengalaman para umat Islam di Bazar Ramadhan yang dipetik dari sebuah laman web, katakcomel.my. Macam-macam ada....

1. Ada la seorang makcik ni jual nasi daging. Kira dah nak habis dah nasi tu. Akulah pelanggan last dia, dia kata dia bagi nasi lebih la sebab nak habiskan terus nasi tu. Daging, kuah & sambal semua tu, 2 set dia buat untuk aku. Bila time nak bayar, harga pun dia lebih kan. Padahal bukan aku mintak semua tu lebih. Dah dia yang cakap dia nak bagi nasi tu lebih, aku ingat dia nak sedekah. – Ezul82

2. Rasa paling mahal kat pekan Nilai. Murtabak RM3 tapi nipis macam roti canai. Popia basah, satu seringgit. Ayam golek RM18/seekor tetapi besar macam anak ayam jer. Roti John RM5.50. Makanan kat pasar ramadan sini standard untuk orang kaya-kaya jer. – MaMuk

3. Beli nasi beriani + lauk kambing + ayam 2 ketul + daging masak kicap = RM20.00. Tapi nasi beriani sebungkus boleh dimakan 4 orang (2 dewasa + 2 kanak2) Lokasi Pinggiran Batu Caves. Orang yang duduk Sri Gombak, tahu nasi beriani pakcik ni. Tahun lepas RM7.00 sebungkus ayam dalam. Tahun ni tak sure sebab bini pergi beli. Baru beli last sunday. Yang teraniaya beli air tembikai (katanya) RM3.00 tapi berasa sirap. – Miloais

4. Pasar ramadhan Puncak Alam, popia goreng nampak macam sedap. 5pc RM3, sekali masa berbuka baru tau keras dia macam kayu. Inti dah berbau, ke tong sampah peginya. – Wulf888

5. Ini kes minggu lepas. Beli juadah berbuka siap2 utk ready berbuka dalam perjalanan dari kampung balik ke rumah. Beli putu piring RM3 5 keping je. Dari awal duk depan kedai die ade terbau macam bau masam. Tapi tak nak la berburuk sangka kat penjual. Beli jela sebungkus. Balik2 sampai kat rumah, berbuka puasa try 1 keping, suap je kat mulut terus terjuak. Memang dah basi rupanya. Rasa sume putu piring kat kedai die dah basi. Macam ini punya orang pun ada ke? Puuiihh! – Zfa85

6. Pasar Ramadhan Tanah Rata, Cameron Highlands.
Saya: kak bagi saya Sambal Bilis ni RM3.
Kakak tu ambiklah Sambal Bilis tu 1/2 sudu besar, lebih kurang 4 ekor bilis kat dalam tu.
Saya: kakak, saya nak RM3 sambal tu.
Kakak tu: Ini RM3 lah dik oi. Kata nak RM3 kan?
Saya: Takkan 3,4 ekor bilis jer kak? Saya nak makan dua orang. Tak apalah kak, saya tak jadi belilah. Maaf ya kak.
Kakak tu: Kalau tak nak beli sudahlah.
Itulah ceritanya. – Niks

7. Aku plak beli murtabak RM3. Nampak tebal tapi masa makan, bau cam longkang dan bau taik kucing. Beli plak ABC tapi isi takde, banyak ais je. Beli air bandung cincau dan katira rasa sepesen je. Beli onde2 tapi liat cam getah. Beli nasik kukus tapi nasik cam bubur. Last2 aku pergi bazar ramadan beli durian. 5 bijik RM10. Berbuka dengan durian je. Tak selera makan lepas banyak kali terkena. Memang sampah la. Aku sokong kata2 Azwan. – Tidusz

8. 1) Lokasi: Segambut SPPK
Kedai: Kedai air depan nasi briyani
Hal: Air tembikai tapi rase sebijik mcm sirap Tesco.Untuk tidak berlaku adil aku bancuh sirap tesco dan mmg pasti rase air tembikai.
2) Lokasi: Jalan Kuching
Hal: Ayam percik seketul RM6.
Mau tak tergezut aku..ho3. Kedai: Tak ingat sangat. Kat belah tengah bazar Jalan Kuching tu – Chesnatezs

9. Kadangkala terpikir dari tolong beli kat bazar yg entah apa2 baik beli kat makcik2 jual juadah berbuka kat tepi2 jalan. Orang tua buat lagi ikhlas dari orang muda yg pikir untung jer. (Baca : bukan semua). Kat tempat saya nie, makcik jual tepi jalan kuih semua RM1 4 biji. Sedap lak tu. Kena bazar Ramadhan RM1 3 biji. Ada yang jual RM2 5 biji. Adeh. Rasa entah apa2. Hakikatnya Allah mmg saja uji kita bulan Ramadhan nie – Miejoo

10. Puasa kedua. Beli ayam masak merah kat bazaar ramadhan. Rasa lauk recycle. Lokasi dirahsiakan. Conclusion, masak sendiri. Tetapi bila muhasabah diri semula. Maybe ada benda yang tak kena dgn diri sendiri. Kena check and balance. Sepatutnya kena ada rasa kenikmatan dalam berbuka puasa. – Jaws Am

11. (a) Bazar Tasek, Bandar Seri Alam, Masai, Johor. Beli murtabak daging, RM5. Rasa macam haram, daging ciput, taruk lada hitam bebanyak plak tu. (b) Bazar Pasar Tani Bukit Gambir Ledang, Johor. Beli Roti John ayam dengan harga RM4. Rasa macam haram gak, macam makan roti john telur je. Sepotong daging ayam pun takde. Kucing aku yang kebulur nak makan pun takde selera. Jilat 2 3 kali dah tak nak makan.

12. Pasar Ramadhan Nilai (depan masjid baru). Murtabak nampak sedap time dia goreng. Balik makan, punyalah masin. Beli mee dan kuaw teaw talam. Campur. Bila balik mee ok. Kuew teaw basi, macam semalam punya. Harga plak standard hotel 5 bintang. – Zerodecibal

13. Aku harini tak puasa, gara-gara semalam keracunan makanan, malam semalam dah la perut memulas, buang air sembelit pulak tu, keras terus perut, bangun pagi demam. entahla racun apa yang aku beli kat bazar ni si peniaga jual. aku ni jenis makan tak tengok apa dah, kalau ada telur lalat ke, ulat lalat ke, aku telan je – The One

14. Bazar Sepang, murtabak daging dgn ayam xde beza. telur je semua. harga 3hinggit sekeping. beli 3 keping. tawar hebey… mengomel aku depan rezeki. Pada sape2 yg agak2 nak sakit perut tu, makan charcoal 2 bijik. insyaallah boleh meredakan keracunan yg dialami. ingat ye, disebabkan keracunan, bukan terlebih makan. – Youjinn

15. Hari pertama berbuka dengan sup dari bazaar ramadhan. Rasa sup tawar kemain. Rasa air jer. Hari kedua berbuka pula dengan ayam golek. Sama jugak tawar, rasa macam ayam dibakar tanpa rempah apa-apa. Hari ketiga, cuba beli sup dari gerai lain pula. Sama juga, cuma ada sikit rasa sup dan daging lebih walau pun murah dari yang 1st day. Hari ke-empat, goreng ayam sendiri. Puas hati. Hari ke-5, gi pasar malam. Beli makanan dari pasar malam sedap lagi. Lepas tu, walau simple macam mana pun, masak sendiri lagi best. – Qwerty79

16. Baru2 ni beli nasi pataya…cilakak tol nasi tu sejuk..telur selaput tu je yg panas. Bau dari peti ais… Air pulak sgt kelakar, air jual kat bazar ni rasa mcm nak buang je…tawar + gula pon xde rasa..ni semua kes nak jimat cost dan tambahkan keuntungan…salah majlis Perbandaran gak sebab letak hrga tapak tinggi.. – Vadeh

Read More

3 Negara Islam Diselar Bertanggungjawab Serangan Di Palestin Selain US

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir bertanggungjawab ke atas kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin.

Pengerusi Badan bukan kerajaan (NGO) Citizens International, S.M. Mohamed Idris berkata, negara terbabit telah mendorong kepada pembersihan etnik rakyat Palestin oleh zionis untuk memadam sejarah negara itu.

“Sokongan tentera, ekonomi dan diplomatik oleh AS untuk Israel telah menggalakkan rejim zionis melakukan jenayah antarabangsa terhadap rakyat Palestin. Sebarang percubaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang Israel akan ditentang oleh kuasa veto AS.

“Sokongan Arab Saudi dan UAE ke atas rampasan kuasa oleh diktator Abdul Fattah el-Sisi telah melemahkan Palestin. Sisi memusnahkan beratus-ratus terowong yang digunakan untuk mengangkut makanan, perubatan dan barangan keperluan ke Gaza yang berada di bawah kepungan Israel-Mesir dari tahun 2007.

“Perbuatan Mesir itu mengakibatkan bencana kemanusiaan ke atas penduduk Gaza kerana ramai jatuh sakit dan kekurangan bekalan keperluan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed dalam pada itu menyelar negara-negara liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kerana sentiasa bersikap penakut untuk mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat Palestin disebabkan semakin kekurangan nilai moral dan akhlak dalam diri mereka.

Sehubungan itu, beliau menggesa pertubuhan dan gerakan masyarakat di seluruh dunia mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan AS, Israel, Arab Saudi dan Mesir untuk menyatakan sokongan ke atas Palestin.

Katanya, masyarakat dunia juga diseru mengerakkan kempen memboikot dan mengenakan sekatan ke atas Israel.

Beliau turut mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam Palestin dan mengarahkan supaya serangan dihentikan serta-merta. 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Jangan Takut, Najib Tak Pelawa Pun Khalid Masuk UMNO...

Pertemuan dalam satu majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam tidak membincangkan isu luar biasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perjumpaan itu tidak lebih didasari atas rasa hormat dengan kapasiti kepimpinan masing-masing di peringkat negara dan negeri.

“Tidaklah. Dia kata dia hadir menghormati saya sebagai ketua kerajaan peringkat pusat dan saya hormati dia sebagai ketua kerajaan peringkat negeri.

“Tiada apalah. Saya tak pelawa dia masuk Umno,” katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn hari ini.

Najib semalam mengakui boleh berkerjasama dengan Khalid walaupun berbeza fahaman politik.
Menurut laporan media, Najib berkata: “Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.”

Najib berkata demikian ketika mengucapkan terima kasih kepada Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan
Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, petang semalam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih.

Najib berkata pertemuannya bersama Khalid bukanlah satu pertemuan tertutup dan khas malah ramai lagi umat Islam yang menyertai majlis berbuka puasa berkenaan.

“Empat mata? Ribuan orang ada situ. Tidak. Ribu mata adalah,” katanya berseloroh kepada wartawan.

Sejak beberapa bulan lalu, Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin PKR supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat “Langkah Kajang” yang dilihat gagal menjatuhkan Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu. 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Ibu Tunggal Mualaf, Anak OKU Tumpang Balai Hospital Sg Petani Perlu Bantuan @Suraya_Yaacob #KedahAmanMakmur

SUNGAI PETANI - Akibat tiada tempat penginapan, seorang mualaf berstatus ibu tunggal terpaksa menumpang di Balai Pelawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani yang digunakan pelawat untuk menunggu pesakit sejak sebulan lalu.

Siti Aishah Abdullah, 27, berkata, sebelum ini dia menumpang di rumah mertuanya di satu kawasan perumahan di bandar ini tetapi sejak kematian suami pada 2010, hidupnya menjadi terumbang-ambing.

Lebih malang, anak sulungnya, Muhammad Ali, 5, disahkan mengalami kecacatan yang dikategorikan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pelbagai (Celebral Palsy) setelah mengalami demam pada usia enam bulan.

“Ketika anak saya berumur enam bulan, dia mengalami demam dan ketika itu beberapa masalah lain turut menyerang sehingga menyebabkan dia terlantar,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Siti Aishah, dia dibawa oleh rakan dan memeluk Islam pada 2012 di Perak serta menetap di sana untuk satu tempoh sebelum balik ke Sungai Petani.

Katanya, keinginan memeluk Islam adalah atas kerelaan dirinya sendiri dan disebabkan itu, dia tidak mahu menyusahkan keluarga mertua (bukan beragama Islam) serta ahli keluarga lain.

Beliau berkata, walaupun berhadapan pelbagai dugaan, hidupnya kita lebih tenang dengan jalan yang dipilih bersama agama Islam.

“Disebabkan anak yang sering sakit, saya sering ditahan wad dan baru sahaja dibenarkan keluar sejak sebulan lalu.

“Bagaimanapun, akibat tiada tempat yang ingin dituju saya memilih Balai Pelawat HSAH sebagai tempat berteduh.

“Saya tidak kisah tinggal di sini kerana lebih senang berulang-alik sekiranya berlaku kecemasan, tambahan pula anak perlu dibawa ke hospital setiap pagi dan malam untuk proses membuang kahak,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Pegawai Kerja Sosial Perubatan HSAH, Nurul Aswar Nasron berkata, pihaknya akan menyediakan bantuan suction machine (mesin penyedut kahak) dan ripple mattress (tilam khas) untuk keperluan Muhammad Ali.

“Penggunaan peralatan bantuan ini dapat membantu Siti Aishah bagi menguruskan anaknya yang perlu dibawa ke hospital dua kali sehari.

"Dengan adanya alatan ini, ibu kepada kanak-kanak OKU  ini boleh menguruskan sendiri proses berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (Kanan) JKM Kuala Muda, Roshidah Ismail berkata, pihaknya akan menyelesaikan masalah penempatan Siti Aishah dan menyerahkan wang RM300 bagi Tabung Bantuan Segera ketika melawatnya semalam.

Katanya, pihaknya sedang merancang menempatkan Siti Aishah ke pusat pembelajaran bagi memantapkan ilmu agama Islam memandangkan beliau adalah saudara baru tanpa mengabaikan penjagaan anak OKU tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Read More

AWAS: Jangan Ditipu Pengutip Derma Untuk Palestin Yang Palsu!



SERANGAN udara yang dilancarkan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang kini sudah meragut lebih 85 nyawa nyata mengundang simpati daripada masyarakat di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan khususnya dalam bentuk kewangan yang disalurkan menerusi kutipan derma oleh badan kebajikan berdaftar di seluruh negara.

Dalam pada itu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan peluang yang ada bagi mengutip wang untuk kepentingan diri.

Menerusi Facebook rasmi Aqsa Syarif, satu kompilasi gambar beberapa individu telah disiarkan bagi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak tertipu dengan tindakan mereka mengutip derma di kawasan surau.

Berikut merupakan kenyataan penuhnya pengendalinya:
Perhatian | Awas kepada rakyat Malaysia yang prihatin di luar sana. Jangan biarkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyalah gunakan wang anda.

Berikut adalah laporan berkenaan gambar hasil siasatan sekretariat Aqsa Syarif dan wakil MAIWP:

Pada 16 May 2014, jam lebih kurang di antara 2.00 petang ke 2.15 petang iaitu selepas selesai solat Jumaat, Saudara K***** melihat 4 buah tabung (seperti dalam gambar) diletakkan di luar kawasan surau Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

4 buah tabung tersebut diletakkan secara berdekatan, anggaran jarak adalah sejauh 10-20 meter di antara satu sama lain dan seperti dijaga oleh beberapa orang yang berpakaian t-shirt hitam bertulisan “Free Palestine” berwarna putih, dan berseluar jeans dengan sedikit kekoyakan. Beberapa minit selepas itu, 2 buah tabung telah dibungkus dan tinggal 2 buah tabung lagi. Tidak diketahui apa yang terjadi selepas itu kerana beliau meninggalkan tempat tersebut.

Saudara tersebut telah solat di surau tersebut sebanyak dua kali (pada tarikh tersebut), dan ini merupakan kali pertama dia melihat sendiri dengan mata beliau. Kejadian ini dikatakan berlaku beberapa kali berdasarkan ulasan sahabat-sahabat beliau yang bekerja di kawasan tersebut.

***
Terdapat tiga buah logo NGO yang ada pada tabung tersebut. Salah satu NGO telah membuat laporan sebelum 16 May 2014, tetapi dikatakan masih berlaku.

Esok hari jumaat. Kepada pengunjung tabung haji khususnya para jemaah pada solat jumaat, tanganilah dengan bijak dan berhemah.
Justeru, adalah lebih baik jika anda menyalurkan derma mengikut saluran yang betul agar bantuan itu benar-benar sampai kepada mereka yang berhak menerimanya.

Berhati-Hati Dengan Penyeleweng Duit Sumbangan Palestin!

Read More

Rafizi Anggap Kerajaan Selangor Tidak Lancar, Sebab Itu Cetus "Kajang Move"

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bahawa Langkah Kajang atau lebih dikenali sebagai "Kajang Move" digerakkan bagi melancarkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, yang kini diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, pelbagai isu yang timbul di negeri itu seolah-olah gagal ditangani dengan baik sehingga menyebabkan dia menggerakkan langkah strategi itu di Selangor.

"Langkah Kajang… semua orang faham untuk selesaikan pelbagai isu yang timbul di Selangor," katanya yang dipetik dari media tempatan baru-baru ini.

Rafizi juga membayangkan seolah-olah gerakan yang dimulakan ketika Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kajang lalu itu merupakan langkah yang sangat bijak dan ampuh, sekaligus menyebabkan UMNO berasa "ngeri" dengan strategi tersebut.

"Perbincang mereka ini bukan apa, mereka risau kalau Langkah Kajang terlaksana…sebab itu saya kata Langkah Kajang ini ‘igauan ngeri’ Umno," katanya mengulas mengenai komen dan gelak tawa UMNO sebelum ini terhadap gerakan "Kajang Move" itu.

Menurutnya, komen-komen para pemimpin UMNO terhadap kemelut kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor itu menunjukkan mereka "gentar" pada strategi yang diilhamkan Rafizi.

“Umno ambil berat dalam Pakatan Rakyat (PR)… peliknya, selalunya Umno 100 peratus akan tepuk tangan jika PR menghadapi masalah, tetapi Langkah Kajang ini Umno setiap hari bincang," ulasnya, cuba menjustifikasikan gerakan tersebut.

Krisis kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dilihat cuba menggulingkan Khalid dari jawatan Menteri Besar disifatkan sebagai fasa terbaru dalam "Kajang Move" dan ia menjadi bahan sindiran gelak ketawa para pemimpin UMNO di seluruh negara. -KedahNews.com

Read More

Najib Gesa OIC, PBB Hantar Bantuan Ke Palestin Segera

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak Jumaat menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghantar bantuan kemanusiaan dengan serta-merta ke Semenanjung Gaza.

Dalam ‘Siaran Radio Perdana Menteri Mengecam Operasi Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza’ pada laman blog www.1malaysia.com.my hari ini perdana menteri berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pasukan pertahanan Israel ke atas wilayah itu.

Beliau berkata kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di Gaza, bukan sahaja ditentang umat Islam, malah seluruh manusia yang berpegang kepada prinsip kemanusiaan.

Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera hasil serangan roket bertubi-tubi tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata pihaknya telah mengerahkan 40,000 tentera bagi melancarkan serangan darat pula ke Gaza dalam operasi yang digelar ‘Operasi Perlindungan Sempadan’.

Najib berkata Malaysia tidak akan berputus asa memperjuang hak rakyat Palestin, dan memberi sokongan padu terhadap segala usaha untuk menamatkan konflik yang telah sekian lama berlaku di Gaza.

Bagaimanapun, katanya, segala usaha tidak akan lengkap tanpa adanya tawakal.

“Oleh itu, kepada yang beragama Islam saya sarankan kita lakukan solat Hajat beramai-ramai, di samping menunaikan ibadah solat Tarawih demi rakyat Palestin,” kata perdana menteri. – BERNAMA

Read More

Lelaki Mengaku Benci Islam, Cuba Murtadkan Teman Wanita...

Bercinta dengan wanita Islam membuatkan lelaki yang pernah bergelar seorang pendakwah agama cuba memurtadkan teman wanitanya itu pada awalnya.

Azley Stanley berkata, ketika itu usianya baru saja mencecah 23 tahun dan sudah berniat untuk mengahwini wanita berkenaan.

“Saya tinggal di perkampungan orang Melayu dan amat sukakan cara hidup mereka, sehinggakan saya sendiri bercadang untuk memilih isteri dari kalangan orang Melayu,” katanya.

Aktif menyebarkan agamanya sendiri menyebabkan Azley membenci Islam dan salah satu puncanya apabila melihat ramai umat Islam yang tidak melaksanakan tuntutan agama mereka sendiri.
“Sampai saya terfikir, kenapa mereka tidak ke masjid dan ada antara kawan yang tidak bersembahyang dan sebagainya, sehingga saya melihat diri saya sebenarnya lebih baik kerana setiap minggu akan mengunjungi rumah ibadat, maksudnya saya lebih baik dan dari situ saya membenci Islam.

"Disebabkan itu jugalah setelah berkenalan dengan teman wanita menyebabkan saya berniat untuk memurtadkannya,” katanya.

Terlalu cinta teman wanita

Namun wanita yang dikenali dengan nama Nor Azizah itu lebih bijak dan berfikir panjang.

Dia yang kini sudah pun bergelar isteri kepada Azley mengakui mengetahui niat Azley untuk menariknya ke dalam agama lain ketika awal perkenalan.

“Disebabkan cinta kami bertahan, Azley pada awalnya sudah memberitahu kepada saya niatnya untuk mengahwini saya di rumah ibadatnya, tetapi saya kemudiannya dengan perlahan memberitahunya.

“Jika ingin berkahwin dengan cara itu, apa kata kahwin dulu dengan cara Islam, tapi sebelum berkahwin cara Islam kena belajar mengenai Islam, kalau tidak malu nanti kena tanya dengan tok kadi dan tak tahu jawab,” katanya.

Disebabkan terlalu mencintai Nor Azizah, Azley mengakui terpaksa juga ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) bertemu Ustaz Yusuf untuk belajar selok-belok Islam.

Dia mengakui datang bertemu dengan ustaz berkenaan dengan ego yang begitu tinggi kerana beranggapan dirinya lebih baik.

Islam tidak hina Isa

Azley berkata, dia sendiri bersoal jawab dengan ustaz berkenaan dan menganggap soalannya antara yang terbaik bagi melawan kata-kata ustaz berkenaan.

Namun sangkaannya meleset, segala jawapan yang diberikan menyentuh jiwanya perlahan-lahan.

“Antara yang diberitahu Ustaz Yusuf ialah Islam percaya dengan Nabi Isa, dan itu membuatkan saya terkedu, sedangkan ketika mendengar ceramah agama saya satu ketika dahulu, mereka menghina Nabi Muhammad.

“Tetapi Islam tidak pernah menghina Isa, malah menceritakan kehebatan Nabi Isa, saya begitu kagum, dan pada masa itulah saya terfikir, apa beza saya sekarang, sama sahaja.

“Pada saat itu juga saya terfikir jika saya putus dengan agama saya sekalipun dan masuk Islam, hubungan saya dengan Isa tidak akan putus, kemudiannya dengan kuasa ALLAH selepas tiga hari menghadiri kelas agama, saya mengucapkan dua kalimah syahadah di Masjid USM,” katanya.

Tidak tanggal rantai

Ceritanya bukan berakhir di situ saja, Azley berkata, terdapat kenangan yang begitu menjadikannya emosional.

“Saat saya pergi mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam masjid, pada masa itu saya masih tidak menanggalkan rantai lambang agama yang saya pakai, tetapi Ustaz Yusuf langsung tidak melarang dan hanya memerhatikan saya.

“Sehinggalah saya pulang ke rumah dan berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa dipaksa, akhirnya sehingga kini Islamlah pegangan saya,” katanya.

Walaupun ibu dan ayahnya menjauhi dirinya buat seketika, namun lama kelamaan mereka memahami kepercayaan baru yang dianutinya.

Azley bertuah apabila ayahnya sendiri membelikannya sejadah dan menyediakan ruang solat di rumahnya untuk memudahkan Azley bersolat.

Tetapi tiada yang lebih bertuah apabila kedua ibu-bapanya itu turut memeluk Islam pada 2011, namun ALLAH lebih menyayangi mereka dan kedua-duanya meninggal pada 2012 namun pada bulan yang berbeza.

Di akhir katanya, Azley mengakui dia memilih jalan yang paling benar dan bersyukur apabila melihat anaknya kini dilahirkan sebagai Islam.

“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah adakah Islam mereka sekadar nama dan benar-benar kukuh, jadi itulah tanggungjawab saya dan isteri untuk mendidik anak memahami agama yang mereka anuti,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More
Newer Posts Older Posts Home