Thursday, 4 September 2014
EDISI MUNTAH: Gay "Serambi Mekah" Rindu Awak 200%
11:00 pm Admin Kedahnews 1 comment
Di luar sana, tak dapat dinafikan terdapat ramai individu bernafsu songsang namun masih mempunyai rasa malu apabila berusaha menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan orang lain kerana tahu ia tidak betul dan melanggar hukum agama.
Kalau ada yang mahu menunjuk kebahagiaan hidup bersama kekasih sejenis pun, mereka masih hati-hati apabila gambar intim bersama pasangan sesat hanya dikongsikan di laman sosial tertutup.
Namun remaja Melayu beragama Islam dan berasal dari negeri Serambi Mekah di bawah ini nampaknya mempunyai ketebalan muka luar biasa apabila tidak kisah beraksi romantik dan mesra dengan kekasih sama jantina lalu memuat naik di Facebook miliknya untuk tatapan semua orang.
Apa yang kami pelik, ramai kawannya ikut sama sengal apabila menekan LIKE dan memuji gambar yang boleh membuatkan manusia normal muntah sebagai ‘sweet’ malah mendoakan kebahagiaan mereka (pengsan).
Kalau kami yang tak kenal remaja ini pun terbuntang biji mata dan mengusap dada istighfar melihat aksi manja dia bersama ‘cik abe’ bagaimana agaknya reaksi mak ayah dia kalau dapat tahu?
Sweet kepala ban*!
Read More
Bayi Derita Disengat Semut Charlie?
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Sejak kebelakangan ini imej seorang bayi dengan wajah mengerikan tersebar di laman sosial.
Dikhabarkan, bayi ini merupakan mangsa gigitan semut Charlie atau di negara ini biasa dipanggil semut semai atau semut kayap.
Semut jenis ini yang banyak terdapat di negara lembab beriklim panas tropika termasuk Malaysia amat berbahaya kerana bisa dikeluarkannya boleh menyebabkan sakit kulit yang amat serius.
Walau pun bahaya semut Charlie adalah benar, namun pemeriksaan kami mendapati terdapat kesalahan fakta pada berita yang disebarkan ini.
Pertama, semut Charlie tidak menggigit atau menyengat. Sebaliknya ia mengeluarkan cairan berbisa apabila rasa terancam ketika bersentuhan dengan sesuatu permukaan seperti kulit manusia.
Cairan ini amat berbahaya kerana mampu jadi penyebab sakit kulit yang dahsyat, malah ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada bisa ular tedung!
Oleh sebab itu jangan sesekali menampar atau memicit semut Charlie jika ia merayap pada kulit sebaliknya tiup hingga ia jatuh atau ambil serangga ini secara hati-hati tanpa menggunakan jari secara langsung.
Semut Charlie biasanya terdapat di kawasan pertanian terutama bendang, ladang kacang soya, padang dan hutan. Namun bagi sesetengah penuntut universiti, mereka tentu mengetahui tentang semut ini yang ada kalanya mengunjungi mereka di kampus.
Dan satu lagi fakta yang perlu diketahui, semut Charlie sebenarnya bukanlah semut tetapi sejenis KUMBANG.
Kembali kepada kisah bayi digigit semut Charlie yang tersebar, ternyata dakwaan ia digigit tidak benar kerana serangga ini tidak menggigit.
Kedua, rupa bayi ini pada kami lebih menyerupai sejenis penyakit kelainan genetik yang diperturunkan dalam keturunan iaitu neurofibroma.
Sebagaimana kita sedia maklum, sudah banyak kes cerita tidak benar disebarkan di media siber menggunakan gambar yang diceduk dari luar negara.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Mukhriz Saran Penduduk Kedah Guna Air Secara Berhemah
9:00 pm Shahir Shukor No comments
Alor Setar – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta penduduk di Kedah agar menggunakan air dengan cara lebih berhemah serta berjimat cermat ekoran paras air di tiga empangan utama di negeri ini berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Namun begitu, Mukhriz berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan negeri tidak akan menjalankan catuan air seperti yang dilakukan di Selangor.
"Sekarang paras air di empangan Muda, Pedu dan Ahning sekitar 80 peratus dan jumlah ini sebenarnya masih banyak. Walaupun ada hujan turun tetapi ia tidak turun di kawasan empangan," katanya dipetik Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, di sini.
Menurut Mukhriz lagi, permasalahan ini juga akan menyebabkan Kedah mengalami kerugian disebabkan oleh kadar kehilangan air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.
"Kadar NRW sekarang sekitar 48 peratus yang disebabkan masalah paip bocor, paip lama dan itu tidak termasuk disebabkan kecurian. Bayangkan daripada 100,000 liter air, kita akan hilang hampir 48,000 liter disebabkan masalah ini," katanya lagi.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri Kedah akan mengadakan satu perbincangan dengan kerajaan pusat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.
Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumunkan pemberian tanah lot untuk 27 pemain bola sepak Kedah telah diluluskan sebagai ganjaran kepada mereka yang membantu pasukan negeri menjuarai Piala Malaysia, Piala FA serta Liga Super bagi musim 2007 dan 2008.
Setiap pemain akan memperolehi tanah lot seluas 6,000 kaki persegi yang terletak di Bandar Tunku Puteri di Pokok Sena. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Akta Hasutan: David Orok Didakwa Kerana Hina Islam
8:00 pm muhamad hafizzudin No comments
Seorang bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) mengaku tidak bersalah selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW di laman sosial Facebook miliknya di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
Tertuduh, David Orok didakwa mengeluarkan kenyataan berunsurkan hasutan yang diterbitkan melalui Facebook menggunakan akaun David Orok di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Roun, Jalan Labuaya, Tompokan, Tuaran antara jam 12 tengah hari hingga 1.50 petang pada 4 Julai lalu.
Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan yang juga bekas calon DUN Sulaman pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) itu didakwa mengeluarkan kenyataan antara lain menyebut 'mereka tidak memberitahu anda yang nabi kamu mengamput (merogol) budak-budak baru sembilan tahun, nabi kamu menyuruh amput para isteri mereka dari lubang dubur'.
Selain itu, menerusi kenyataan sama, tertuduh dituduh memuat naik kenyataan 'Nabi kamu ajar agar lelaki anggap para wanita macam ladang yang boleh ditinggalkan atau dijual pada bila-bila masa dan bukannya sebagai manusia' yang mana kenyataan itu mempunyai kecenderungan menghasut.
Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun dan denda tidak melebihi RM5,000. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com
Read More
#MH17: Laporan Awal Akan Dibentang Bulan Ini
7:00 pm muhamad hafizzudin No comments
Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.
"Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat," kata Liow yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.
Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, pihak penyiasat tragedi hari ini mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.
"Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat," katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com
Read More
Kenali Tentera Islam Yang Disegani Dunia...
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
SEORANG mujahid adalah seorang pejuang kemerdekaan untuk kebebasan. Mujahid akhirnya menjadi mujahidin. Mujahin tercatat sejak 1958 dan dalam penggunaan moden untuk ‘gerilawan Muslim.’
Pada akhir kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 istilah ‘mujahidin’ menjadi nama berbagai-bagai pejuang bersenjata yang menganut ideologi Islam dan mengidentifikasikan diri mereka sebagai mujahidin.
Mujahidin Afghanistan
Pada awalnya, kaum mujahidin berperang melawan pemerintah Afghanistan yang disokong oleh Soviet Union pada akhir 1970-an. Akhirnya, Soviet Union keluar dari Afghanistan pada akhir 1980-an kerana tidak kuat melawan para mujahidin.
Ramai Muslim dan negara-negara lain menawarkan diri untuk membantu kelompok mujahidin Afghanistan dan memperoleh pengalaman yang signifikan dalam perang gerila. Pada tempoh itu mujahidin yang paling terkenal adalah Abdullah bin Azzam.
Mujahidin Bosnia-Herzegovina
Mujahidin lahir di Bosnia selama berlangsung perang Bosnia dari 1992-1995 setelah pembantaian yang dilakukan oleh tentera Serbia terhadap Muslim awam di Bosnia.
Jumlah kaum mujahidin ketika itu mencapai 4,000 orang. Mereka datang dari Arab Saudi, Pakistan, Afghanistan, Jordan, Mesir, Iraq dan Palestin. Bukti menunjukkan bahawa relawan asing datang di Bosnia pada 1992 dengan tujuan untuk membantu saudara-saudara Muslim mereka melawan penjajah Serbia.
Mujahidin Chechnya
Kaum mujahidin memainkan peranan penting dalam perang kedua Chechnya. Selepas runtuhnya Soviet Union dan kemudian deklarasi kemerdekaan Chechnya, pejuang mulai memasuki pelbagai kawasan.
Ramai daripada mereka merupakan veteran perang Soviet-Afghanistan dan sebelum penyerbuan Rusia, mereka menggunakan keahlian mereka untuk merekrut para pejuang Chechnya.
Ketika perang Chechnya pertama mereka disegani kerana taktik gerila yang dipakai, menimbulkan korban dahsyat kepada pasukan Rusia.
Mujahidin Kosovo
Menurut Serbia dan negara Eropah lainnya, sebahagian besar pejuang mujahidin dari Asia Barat dan bahagian lain di dunia bergabung dengan tentera pembebasan Kosovo melawan pasukan Serbia pada perang 1999.
Sebahagian daripada mereka membentuk unit mereka sendiri dengan pemimpin yang fasih berbahasa Arab. Selepas perang sebahagian besar relawan asing itu kembali ke tanah air mereka dan sebahagian mereka tetap tinggal di Kosovo di mana mereka menjadi warganegaranya.
Sesungguhnya masih ramai lagi kaum mujahidin lainnya di seluruh dunia, namun para mujahidin Afghanistan, Chechnya, Bosnia-Herzegovina dan Kosovo selalu dikenang kerana kegigihan mereka dalam melawan para penjajah.
Janisari
Janisari berasal daripada bahasa Turki Uthmaniyah yang bererti ‘pasukan baru’ dan adalah pasukan infantri yang dibentuk oleh Sultan Murad 1 daripada khalifah Bani Seljuk pada kurun ke-14.
Pasukan ini berasal dari bangsa-bangsa Eropah Timur yang wilayahnya berhasil dikuasai oleh Turki Uthmaniyah. Tentera ini dibentuk tidak lama selepas maharaja Byzantium kalah oleh Turki Uthmaniyah.
Pada masa itu pasukan Janisari ini adalah pasukan terkuat di dunia dan merupakan pasukan pertama sekali menggunakan senapang yang kemudian ditiru oleh orang Eropah.
Pasukan ini adalah pasukan kedua setelah Mongol yang berjaya menjajah Eropah. Janisari adalah briged atau pasukan tentera terpisah daripada pasukan Turki yang bertugas mengawal Sultan Dinasti Uthmaniyah (Ottoman Empire).
Hizbullah
Hizbullah dalam bahasa Arab bererti ‘Parti Tuhan’ adalah kelompok Islam Lubnan yang terdiri daripada sayap tentera dan awam. Kelompok ini didirikan pada 1982 untuk memerangi pendudukan Israel di selatan Lubnan. Bersama Gerakan Amal, Hizbullah adalah parti politik utama yang mewakili komuniti Syiah, kelompok terbesar di Lubnan. Hizbullah dipimpin oleh Hassan Nasrallah.
Menurut data, kekuatan Hizbullah mencapai 5,000 hingga dengan 10,000 pasukan. Pasukan ini terdiri daripada 300-400 pasukan, tetapi ketika konflik berkecamuk, jumlahnya dapat segera meningkat secara signifikan mencapai ribuan pasukan.
Hal ini disebabkan oleh ramainya simpatisan (orang yang menaruh simpati) Hizbullah yang juga sudah terlatih secara tentera yang berasal daripada pelbagai kalangan seperti pedagang, pendidik, pegawai swasta dan profesional seperti doktor, pengacara dan berbagai latar belakang pekerjaan lainnya.
Ketika ini Hizbullah mempunyai senjata andalan iaitu Roket Katyusha buatan Rusia untuk menghadapi kekuatan Israel di selatan wilayah Lubnan. Kehebatan roket ini sudah terbukti ketika berjaya memusnahkan ratusan senjata canggih Israel yang terkenal iaitu Merkava.
Mamluk
Mamluk atau Mameluk dalam bahasa Arab bererti tentera hamba yang telah memeluk Islam dan bertugas untuk khalifah Islam dan kesultanan Ayyubi pada kurun pertengahan. Mereka akhirnya menjadi tentera yang paling berkuasa dan juga pernah mendirikan kesultanan Mamluk di Mesir.
Pasukan Mamluk pertama dikerahkan pada zaman Abbasiyah kurun kesembilan. Bani Abbasiyah merekrut tentera ini dari kawasan Kaukasus dan Laut Hitam serta mereka ini pada mulanya bukanlah orang Islam. Dari Laut Hitam direkrut bangsa Turki dan kebanyakan daripada suku Kipchak.
Tentera Mamluk ini selalu setia kepada syeikh, suku dan juga bangsawan mereka. Oleh itu tentera Mamluk adalah aset terpenting dalam bidang ketenteraan.
sumber: militerislam.com
Read More
Krisis MB Selangor: PKR Bincang Nama Selain Wan Azizah Petang Ini
5:00 pm muhamad hafizzudin No comments
Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan maklum balas kepada surat daripada Sultan Selangor yang difahamkan meminta lebih dua nama selain Presiden parti itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber dalaman PKR, jemputan yang dihantar Setiausaha Pengelola PKR, Radin Shamsul Kamar melalui aplikasi WhatsApp itu mahu penerima mengesahkan kehadiran untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
"Mesyuarat akan diadakan pada pukul 5.30 petang di ibu pejabat. Jemputan dihantar kepada ahli biro politik PKR sesi 2014/2017 dan memerlukan pengesahan penerimaan untuk kehadiran.
"Pastinya perbincangan tertumpu kepada nama lain selain Wan Azizah untuk dihantar ke istana. Sedia maklum semalam PKR menerima surat yang meminta beberapa nama lagi sebagai calon menteri besar," kata sumber itu yang dipetik dari laman Astroawani.com.
Sementara itu, seorang pemimpin kanan PKR turut mengesahkan menerima jemputan sama untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Beliau yang enggan dikenali membayangkan mesyuarat itu dipanggil untuk membincangkan surat daripada istana tersebut.
Pada Rabu, PKR mengesahkan menerima surat jawapan daripada pihak istana berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, antara lain isi kandungan surat pihak istana itu memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada Sultan Selangor selain memaklumkan tidak ada penolakan terhadap nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun tidak lama kemudian, Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil mengeluarkan kenyataan media memaklumkan kenyataan itu belum dimuktamadkan dan ditarik balik.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu meminta semua pihak bersabar dan membenarkan proses pertukaran menteri besar dijalankan mengikut Tatacara Undang-undang Tubuh Negeri serta Adat Istiadat Negeri Selangor.
Abdul Khalid turut memberitahu, pihak istana juga tidak memaklumkannya mengenai tempoh masa bagi membuat keputusan berhubung pemilihan calon menteri besar yang baharu. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com
Read More
3 Nama Calon MB Selangor: PAS Jelas Cerita Sebenar
4:30 pm Admin Kedahnews No comments
PAS menegaskan bahawa pihak mereka telah menghantar tiga nama sebagai calon pengganti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang digulingkan partinya, PKR, baru-baru ini bagi memberi laluan kepada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," kata Mustafa yang dipetik dari laman rasmi PAS, Harakahdaily, sebentar tadi.
Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selanngor bagi mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.
"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," jelasnya berkenaan kandungan surat PAS yang dihantar ke istana, semalam.
The Star hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membariskan tiga nama Adun PAS untuk dipilih pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurut PAS, mereka telah mengemukakan dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu kepada pihak Istana, menjelaskan desas-desus yang ditimbulkan The Star.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan.
"Buat masa ini nama tu biarlah dulu," kata Mustafa yang dipetik dari laman rasmi PAS, Harakahdaily, sebentar tadi.
Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selanngor bagi mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama.
"Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," jelasnya berkenaan kandungan surat PAS yang dihantar ke istana, semalam.
The Star hari ini mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membariskan tiga nama Adun PAS untuk dipilih pihak istana sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
PKR dan DAP sebelum ini mengesahkan pihak mereka hanya menghantar isteri Anwar sebagai calon tunggal bagi menggantikan Khalid yang mereka gulingkan.
Semalam, PKR dilaporkan telah menerima surat dari pihak istana Selangor.
Surat tersebut dikatakan mengandungi pengesahan dari pihak istana yang menerima surat mengenai calon tunggal dari PKR itu, namun menegaskan bahawa Sultan Selangor tetap mahukan lebih dari satu nama sebagai calon Menteri Besar.
Surat itu juga dikatakan seolah-olah menyifatkan PKR tidak faham pada titah Sultan Selangor dalam surat rasmi baginda pada tarikh 27 Ogos yang mahu mereka mengemukakan lebih dari dua nama calon bagi menggantikan Khalid.
PKR dikatakan telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai surat dari istana tersebut, namun mereka menarik balik kenyataan media itu.
Tindakan menarik balik kenyataan media itu menimbulkan spekulasi bahawa PKR tidak mahu mendedahkan kelemahan mereka yang seolah-olah tidak faham pada kehendak Sultan Selangor. -KedahNews.com
Read More
Gambar: Pelakon Wanita Pro-Pembangkang Tayang "Nasi Lemak 50 Sen"
4:00 pm Admin Kedahnews 14 comments
Mislina Mustaffa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikritik hebat oleh masyarakat apabila dia telah membela seekor anjing seperti membela kucing.
Pun begitu, dia yang merupakan penyokong tegar demonstrasi "Occupy Dataran" dan aktivis pro-parti politik pembangkang, sekali lagi dikritik hebat para peminat apabila gambar beliau berbikini tersebar di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pelbagai kritikan, nasihat dan tohmahan oleh peminat seni tanahair dilemparkan ke Mislina, namun dia seolah-olah tidak mengendahkan apa yang masyarakat mahupun peminat beliau katakana, bagai mencurah air ke daun keladi.
“Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi.
“Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi. Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya,” katanya sebagai respon terhadap kritikan umat Islam itu.
Mislina difahamkan ke Cuba untuk menjayakan projeknya merasai hidup orang gelandangan untuk menulis buku yang bertajuk “Homeless & Nomadic By Choice” dilihat sedang berehat di tepi pantai Caleta Buena bersama teman lelakinya dengan hanya memakai bikini.
Mislina turut dikenali sebagai seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia dan berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Dia pernah muncul dalam beberapa filem seperti Sumpahan Puaka , Cun, Estet, Anak Halal, Sepet , Puaka Tebing Biru, Mukhsin, Dukun dan Anak Halal. –Norhayati Shaharun/KedahNews.com
Read More
KECOH! PAS LETAK NAMA 3 ADUN PAS JADI MB SELANGOR..?
3:34 pm Admin Kedahnews No comments
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan telah mencadangkan tiga nama dari partinya untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.
Tiga nama itu dipercayai adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.
Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus |
Memetik laporan The Star, surat dari Hadi dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar, menurut beberapa sumber.
Mereka berkata, Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.
Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.
“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.
Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada perjanjian yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain; PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.
Namun, PAS menegaskan bahawa lebih dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Bukti Kabinet Pimpinan Najib Waras, Tidak Gila Macam Di Selangor
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan "kewarasan" kabinet pimpinannya yang diterjemahkan melalui kedudukan terbaru Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang meletakkan Malaysia di tangga ke-20 daripada kalangan 144 buah negara.
Dalam perkembangan yang sangat "waras" itu, Malaysia turut mendahului negara dengan ekonomi maju seperti Australia, Austria, Perancis dan Korea Selatan.
Najib dengan "waras"nya menzahirkan rasa syukur beliau menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya semalam.
"Alhamdulillah, kita merupakan negara ke-20 paling berdaya saing, kita melonjak empat anak tangga.
“Terima kasih atas semua kerjasama yang kita sudah lakukan,” katanya dalam tweet berkenaan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam mempersoal sama ada kabinet pimpinan Najib masih "waras" atau tidak untuk mentadbir negara.
Bapa Lim Guan Eng itu kononnya sangat bimbang dengan prestasi menteri-menteri kabinet pimpinan Perdana Menteri.
Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.
“Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan.
“Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun enam tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara semalam.
Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.
Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk.
Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh.
Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja.
“Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Razali juga mencadangkan untuk mengadakan laporan daya saing peringkat negara, dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.
“Daripada rangking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah,” katanya.
Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004. -KedahNews.com
Read More
Ketua Penerangan Dewan Ulama Dedah Perangai Buruk Pemimpin Kanan PAS
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.
Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.
Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti Adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun.
Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.
Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.
Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai “hero” atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat.
Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.
Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media.
Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?
Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua.
Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?
Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!
Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh “team” Umno.
Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?
Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.
Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan.
Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya.
Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?
Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.
Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS.
Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?
Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!
DR. KHAIRUDDIN AL-TAKIRI
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat.
Read More
Tumbuk Jurugambar NSTP: Luahan Rasa Keluarga Mangsa #MH17
1:00 pm Admin Kedahnews 1 comment
SEMALAM, berlaku kekecohan di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur apabila seorang jurugambar New Straits Times (NST), Mohd Aizuddin Akmal ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.
Akibatnya, dia mengalami kecederaan di bahagian muka dan hidung akibat tindakan lelaki tersebut.
Menerusi akaun Facebook salah seorang kenalan atau keluarga mangsa MH17, , dia memberi penjelasan mengenai punca berlakunya insiden itu:
"MH17: Saya disana hari ini. Pihak media telah di beritahu untuk tidak cover event melalui Mas, Nirvana serta ahli keluarga sebelum isu ini berlaku- tetapi mereka tetap mengendahkan dan meneruskan mengambil gambar dan video.
"Saya ulang- Berulangkali mereka telah diberitahu. Malah sudah dinasihat sejak sekian lama termasuk semalam ( lihat fb saya untuk bukti, dan juga ahli keluarga lain)…
"Di Nirvana, pintu depan disekat, pintu belakang mereka masuk- Menuding lensa kearah kereta jenazah dan ahli keluarga lain. Darah siapa yang tidak membuak, apabila orang tidak mendengar berkali-kali, malah ingin memorialisasikan gambar kematian jenazah keluarga tercinta tanpa mengira sentimen dan hati ahli keluarga untuk khalayak umum secara global. Tidak cukupkah gambar aib mayat MH17 yang telah anda lihat selama ini??
"Tidak bolehkah, keluarga mangsa meratapi anak dan keluarga mereka tanpa puluhan kamera kamera?? Sukakah anda sekiranya jika ada kematian berlaku dikeluarga anda, dan tiba-tiba puluhan kamera membanjiri rumah anda dan ber’share’ gambar untuk kpentingan peribadi mereka sendiri?
"Sejak awal lagi, keluarga ini tidak pernah meminta coretan media. Sebarang penulisan tidak pernah keluar dari keluarga (hanya rakan taulan dan kawan sekerja) . Mereka juga telah berulang kali meminta privasi mereka dipentingkan-dan ini telah disalurkan secara official dan ‘black and white’ kepada pihak kerajaan, MAS, dan Nirvana.
"Malah, semalam juga, kerajaan dan MAS tersilap langkah apabila mengedarkan maklumat peribadi alamat mereka walaupun berulang kali diminta untuk tidak berbuat demikian. Kesabaran mereka juga ada batasnya..
"Jadi salah kan pengamal media yang tidak tahu adab, yang tidak menghormati permintaaan keluarga untuk meratapi ahli keluarga mereka yang tersayang. Ini masa mereka yang terakhir.
"Ini bukan isu perkauman untuk disensasikan, ataupun isu politik… ini isu pengebumian 3 orang yang mempunyai keluarga ter sayang- yang telah ditolak ke batas maksima oleh media yang lebih mahu berita sensasi dari menghormati keseriusan majlis pengebumian ini.
"Saya ulang apa yang saya beritahu semalam. #RespectMH17 bukan hanya dari sisip nukilan FB anda, tetapi juga teladani melalui tindakan dan kesedaran untuk menghormati mereka yang telah pergi.”
Sehari sebelum kejadian, dia turut memuatnaik status yang meminta agar ahli keluarga mangsa diberikan ruang privasi untuk berkabung tanpa gangguan pihak media.
Bagi kami, biar apapun sebabnya, adalah tidak wajar untuk menggunakan kekerasan bagi ‘menghalau’ pihak media yang sebelum ini tidak putus-putus menyampaikan maklumat penting kepada rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, pihak media juga perlu menghormati permintaan ahli keluarga mangsa dan tidak menunggu hingga mereka hilang sabar.
Pendek kata, bertolak-ansurlah…
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Dakwah Ustaz Kazim Bergema Di Atas Star Cruise
12:00 pm Admin Kedahnews No comments
Jauh perjalanan, luas permandangan. Bukan sekadar menikmati panorama indah ciptaan Allah SWT tetapi turut menimba ilmu.
Itulah yang boleh ditafsirkan ketika mengikuti program Kembara Ustaz Kazim Elias dari Pulau Pinang ke Langkawi dan Phuket, Thailand, baru-baru ini.
Belum pernah rasanya melihat suasana masyarakat Islam belayar di atas kapal mewah Star Cruises hanya untuk mengikuti kuliah dan tazkirah agama. Namun, Ustaz Kazim akhirnya merealisasikan impian itu.
Selama empat hari di atas kapal, nyata banyak menyalur ilmu dan menyuntik pengalaman baru kepada 768 peserta kembara. Secara tidak langsung, ia boleh dinggap percubaan yang baik.
Jika selama ini mungkin segelintir peserta kembara hanya mengenali Ustaz Kazim menerusi programnya, Kalau Dah Jodoh di Astro Oasis, sudah pasti dalam pelayaran disertai itu mereka lebih mendekati ikon agama tersohor berkenaan menerusi kuliah dan tazkirah agama diatur.
Ustaz Kazim ketika ditemui berkata, beliau berpuas hati kerana kembara dalam kapal mewah itu mencapai matlamat disasarkan.
“Biarpun program kembara di atas kapal ini pertama kali dianjurkan, saya bersyukur kerana matlamat penyertaan peserta mencapai sasaran. Tidak sangka lebih 700 peserta berminat menyertainya.
“Selain itu, apa yang paling saya utamakan dalam kembara ini untuk semua peserta sudah tentu pengisian ilmunya memandangkan masa lebih lama di laut. Justeru, pengisian majlis ilmu di atas kapal ini semestinya menarik.
“Sokongan dan sambutan baik masyarakat turut diterima ketika lawatan di Masjid Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi dan begitu juga kunjungan ke sekolah agama Islam di daerah Phuket,” katanya.
Ustaz Kazim, apa yang beliau cuba ketengahkan ialah tiada sekatan bagi umat Islam untuk mengembara terutama menggunakan perkhidmatan pelayaran di atas kapal.
Katanya, mengembara dan melancong adalah aktiviti ilmu yang sangat bagus termasuk dalam berdakwah. Apatah lagi, bagi mengeratkan silaturahim.
“Menerusi program kembara ini, saya saÒgat gembira kerana sudah ramai peserta tahu menggunakan kompas untuk tentukan arah kiblat, begitu juga dengan solat jamak. Selain itu, peserta juga tidak sangsi dengan status halal makanan.
“Dalam membabitkan diri dengan aktiviti kembara atau melancong ke luar negara, masalah utama masyarakat Islam adalah mendapatk‡n makanan halal. Jadi, ia perkara yang sering dibimbangkan.
“Oleh itu, menerusi pelayaran ini saya membuktikan bahawa dengan kerjasama teliti diatur, status halal makanan disediakan tak perlu diragui. Melalui kerjasama dengan pihak kapal dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga aktiviti samak satu kapal dilakukan, “ katanya.
Kembara dianjurkan syarikat IntraTama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al Barakah dengan kerjasama Star Cruises itu akan menjayakan kembara pelayaran Ustaz Kazim Elias 2.0 pada Januari tahun depan.
Ia menyasarkan jumlah peserta lebih ramai iaitu 1,000 orang. Program bermula dari 25 hingga 28 Januari 2015 itu juga membabitkan pelayaran di atas Star Cruises akan menjelajah lokasi seperti Pulau Pinang, Krabi dan Phuket di Thailand.
Sehubungan dengan itu, program kembara UKE ini akan disiarkan di Astro Oasis sebanyak empat episod mulai 3 Oktober nanti. – Harian Metro
Read More
Perihal Kontrak Perpisahan Adik Shahril Hakimi Dan Nor Suhaila!
11:00 am Admin Kedahnews No comments
Pertama kali KedahNews.com membaca kandungan "kontrak perpisahan" di antara adik Shahril Hakimi dengan adik Nor Suhaila di atas, ketawa kami berderai hingga ada yang mengalirkan air mata...
Sungguh kami tidak sangka, adik-adik di zaman ini begitu "sofistikated" dan "advance" dalam hal ehwal dunia percintaan sehingga terfikir untuk memutuskan hubungan secara kontrak bertulis!
Lebih menggaru buah pinggang kami, kontrak berkenaan lengkap dengan ruang untuk menandatangani kontrak berkenaan, termasuk dimasukkan ruang tanda tangan saksi bagi mengesahkan kontrak "perpisahan" itu.
Jika difikirkan dari sudut golongan dewasa, kaedah ini mungkin berkesan untuk diamalkan. Bukan apa, kalau terjadi apa-apa nanti yang melanggar kontrak boleh juga dibawa naik mahkamah!
Namun, KedahNews.com perlu mengingatkan adik-adik kita itu bahawa ibu dan ayah mereka bekerja keras mencari rezeki bagi memastikan mereka menimba ilmu serta mendapat pendidikan terbaik di sekolah, bukannya bercinta secara kontrak...
Dengan kontrak seperti tertulis di bawah ini, pasti adik-adik ini akan ketawa berdekah-dekah mentertawakan diri sendiri apabila mengenangkan perangai mereka apabila dewasa dan beranak cucu nanti, bukan?
"Dengan ini, saya Siti Norsuhaila Binti Mohamad ingin melepaskan Shahril Hakimi kepada Farah Nasuha. Ini adalah kerana mereka saling mencintai dan saya sudah memiliki orang lain yang lebih baik daripada Hakimi. Dan saya tidak mencintai Hakimi lagi,"
Kepada sesiapa yang kenal pada adik-adik kita ini, harapan kami agar kalian memberikan nasihat yang berhikmah kepada mereka dan janganlah marah-marah pada adik-adik kita yang "genius" ini.
KedahNews.com yakin, dengan ke"genius"an adik-adik kita ini, mereka berpotensi untuk maju ke depan untuk menjadi pakar undang-undang, peguam, hakim atau penasihat undang-undang pada masa yang akan datang. Semoga Berjaya! -KedahNews.com
Read More
Kecoh Cadbury Berulat Pulakkk..?
10:00 am Admin Kedahnews No comments
ADUHAI…ada saja cerita kurang enak mengenai coklat berjenama Cadbury ini.
Selepas reda isu DNA babi beberapa bulan lalu, seorang pengguna Facebook, Sima Iman telah memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan kehadiran ulat dalam coklat Dairy Milk Blueberry.
Katanya:
“Nmpk x ap yg ad dlm cklat ni..sllu nye tngk kt lam fb je org post..skrg trjdi kt dri sndri..sejk kes ad DNA tut 2 memg dh xbli lg..tp ari ni blh plk en suami nk mkn..memg sumpah ak xkn bli lg n xkn mkn cklat jnme ni.. Ya Allah..nsib baik la ak memg dh xde slera ngn cklat nme ni lg..”
Menerusi gambar yang disertakan, coklat tersebut ternyata dibuat di kilang Cadbury yang terletak di Shah Alam.
Menurut Sima, tarikh luputnya ialah pada 6 Januari 2015.
Memandangkan status ini sudah dikongsikan secara meluas di laman sosial, mungkin pihak Cadbury sudah menerima perkhabaran ini.
Sebaiknya kita dengar penjelasan dari pihak kilang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Read More
TMJ Buru Bintang Ternama Dunia Untuk JDT
9:00 am Admin Kedahnews No comments
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan baginda memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk musim 2016.
Baginda yang juga presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah bertemu dengan ejen bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea itu yang kini dipinjamkan ke kelab AC Milan selama 2 tahun.
“Kami memulakan rundingan untuk mendapatkan Torres yang akan menjadi ‘penjaring paling penting’ untuk kita pada musim 2016. Beliau akan menggantikan penyerang JDT, Luciano Figueroa yang akan bersara pada musim 2016,” katanya pada majlis taklimat dengan media dan penyokong JDT di Stadium Larkin, Johor Baru semalam.
Selain Torres yang menjadi sasaran JDT untuk musim 2016, pasukan Harimau Selatan itu juga berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa lain jika usaha mendapatkan bekas penyerang Chelsea itu gagal, titahnya.
Tunku Ismail bertitah, antara pemain antarabangsa terbabit termasuklah penyerang kelab Juventus, Fernando Llorente, Mario Gomez yang kini bermain dengan kelab Fiorentina di Itali dan pemain kelahiran Argentina, Javier Saviola.
Saviola kini bermain dengan kelab Serie A Itali, Hellas Verona.
Ditanya mengapa JDT berminat mendapatkan Torres walaupun beliau gagal menyinar ketika di Chelsea, Tunku Mahkota bertitah, penyerang Sepanyol itu merupakan pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkebolehan.
“Walaupun prestasinya di Chelsea kurang memberangsangkan, tetapi kita juga kena lihat prestasinya ketika di Liverpool dan ketika bermain untuk pasukan kebangsaan Sepanyol,” titahnya.
Selain itu, Tunku Mahkota Johor itu juga mendedahkan bekas penyerang utama kelab Itali, Inter Milan, kelahiran Argentina, Diego Milito turut berminat bermain untuk Harimau Selatan.
Baginda bertitah, semua pemain import JDT pada musim ini akan dikekalkan untuk musim 2015, manakala barisan pemain tempatan akan diubah dengan kemasukan muka baharu daripada beberapa pasukan.
Tunku Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan 5 pemain tempatan JDT yang bakal digantikan dengan muka baharu itu dengan alasan ia akan mengganggu moral pemain Harimau Selatan yang sedang beraksi dalam Piala Malaysia.
Empat pemain import JDT pada musim ini adalah Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dari Argentina, pemain pertahanan Brazil Marcos Antonio Santos serta Hariss Harun dari Singapura.
Ditanya mengenai kegagalan mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Cameroon, Samuel Eto’o, baginda bertitah, bekas penyerang terbaik Afrika itu meminta bayaran tinggi dan di luar kemampuan pasukan selatan tanah air itu.
“Dia (Eto’o) meminta bayaran tinggi,” titah baginda tentang rundingannya dengan Eto’o yang kini beraksi dengan kelab di Merseyside dalam Liga Perdana Inggeris, Everton.
Mengenai masa depan ketua jurulatih JDT, Bojan Hodak, baginda bertitah, kedudukan pengendali kelahiran Croatia itu adalah selamat dan akan terus mengendalikan juara Liga Super itu pada musim depan.
Baginda bertitah, JDT 2 pula akan mempunyai jurulatih import pada musim depan, manakala bekas penyerang pasukan Johor pada 1980-an, Ervin Boban pula akan melatih pasukan Johor pada Piala FAM musim depan. – Bernama
Read More
Wanita Mabuk Tidak Berpakaian Mengganas Di Thailand
8:00 am Admin Kedahnews No comments
CHON BURI – Seorang wanita merempuh kereta dipandunya pada tiang sebuah jambatan di Pattaya sebelum menendang pegawai polis yang cuba menahannya.
Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.
“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.
Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca. -AGENSI
Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, Left Kwanchai Namkanitsorn berkata, dia melihat wanita awal 20-an itu keluar dari keretanya selepas kemalangan berlaku.
“Berdasarkan kepada keadaannya yang tidak berpakaian sempurna dan tanpa kasut, saya percaya dia mabuk,” katanya.
Apabila cuba ditahan, wanita terbabit bertindak ganas dengan meronta serta menendang Kwanchai.
Polis itu juga dimaki, manakala wartawan yang mengambil gambarnya dicerca. -AGENSI
Read More
Staff Siti Nurhaliza Gelarnya "Mimpi Ngeri"?
7:00 am Admin Kedahnews No comments
SELAIN bergelar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza turut mempunyai perniagaan yang dijadikan sebagai sumber pendapatan selain daripada bidang seni hiburan yang diceburi sejak lebih 18 tahun lalu.
Baru-baru ini, Siti ada berkongsikan ‘screen shot’ perbualannya dengan seorang staf di syarikatnya.
Namun, yang pelik dan kelakarnya pekerjanya itu menyimpan atau ‘save’ nombor majikannya yakni Siti dengan nama ‘Mimpi Ngeri’.
Aik, pelik tu..
Adakah Siti merupakan seorang bos yang garang dan tegas sehinggakan pekerjanya mengelarkannya sedemikian rupa?
Ataupun mungkin staf tu memang rapat dengan Siti dan dia pun memang sengaja ‘berjenaka’ dengan bubuh nama ‘Mimpi Ngeri’ jika berurusan dengan Siti.
Mungkin ni cara mereka ‘bermanja’ di antara sesama majikan dan staf kot. Mana tahu kan..
Sumber: Mynewshub.cc
Baru-baru ini, Siti ada berkongsikan ‘screen shot’ perbualannya dengan seorang staf di syarikatnya.
Namun, yang pelik dan kelakarnya pekerjanya itu menyimpan atau ‘save’ nombor majikannya yakni Siti dengan nama ‘Mimpi Ngeri’.
Aik, pelik tu..
Adakah Siti merupakan seorang bos yang garang dan tegas sehinggakan pekerjanya mengelarkannya sedemikian rupa?
Ataupun mungkin staf tu memang rapat dengan Siti dan dia pun memang sengaja ‘berjenaka’ dengan bubuh nama ‘Mimpi Ngeri’ jika berurusan dengan Siti.
Mungkin ni cara mereka ‘bermanja’ di antara sesama majikan dan staf kot. Mana tahu kan..
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Respon "Terbaik" Budak-Budak Sekarang Bila Ditegur...
12:02 am Admin Kedahnews 1 comment
GALAK betul pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil melakukan perbuatan yang tak senonoh. Bercium di tempat awam, kononnya mereka lah pasangan yang paling romantik. Tak sedar dosa pahala langsung!
Menggunakan laman sosial Instagram yang tidak diprivasikan, gambar itu dipercayai di ambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya, dia juga tanpa segan silu memuat naik gambar-gambarnya yang hanya berbikini.
Feeling Minah Salleh sungguh!
Sudahlah melakukan aksi mengaibkan, lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan itu cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tak salah langsung. Sebaliknya, yang menegur itu pula dicari kesalahannya.
Antara yang ditanya oleh seorang ‘follower’ itu samada dia seorang Islam atau tidak. Tetapi remaja perempuan ini seolah-olah mengelak dengan bertanyakan soalan yang sama kepada ‘follower’ yang dikenali dengan nama @gongzhu_puteri.
Mungkin dia tahu yang orang akan menegur tentang aksinya yang tidak sopan itu, remaja itu memberi kenyataan balas yang bermaksud “dia tidak kisah apa orang nak kata sebab kubur masing-masing!”
Amboi dek, sombong betul bila ditegur. Sebab kubur lain-lainlah orang nak tegur sekarang. Kalau kubur kita sekali boleh juga tolong mana yang patut!
Takpelah, orang tegur sebab ambil berat. Moga mereka ini diberi hidayah untuk bertaubat. Amin…
Sumber: Mynewshub.cc
Read More