"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Saturday, 6 September 2014

Amaran: Sila Rajinkan Diri Periksa Alat Pemanas Mandian Anda

KISAH ini bukan sesuatu yang asing namun sila ambil iktibar atas kejadian ini.

Seorang remaja, Greogary Ng, 18 maut akibat renjatan pemanas mandian di kediamannya di flat Hougang Avenue 3, Singapura.

Memetik laporan portal Singapura, stomp.com, kejadian itu disedari keluarganya, yang mendengar mangsa menjerit kesakitan ketika memasuki bilik mandi.

Terkejut mendengar jeritan Greogary, keluarganya memecahkan pintu bilik mandi dan menemui Greogary terbaring di lantai dengan soket pemanas mandian yang berasap.

Sementara menunggu ketibaan ambulan, adik dan ibu saudaranya cuba melakukan bantuan pernafasan dengan arahan daripada penyelamat di telefon tetapi tidak berjaya. 

Mangsa telah meninggal dunia terkena serangan jantung akibat renjatan elektrik dalam perjalanan ke Hospital Changi.

Greogary, seorang graduan Institut Pendidikan Teknikal sedang menunggu panggilan latihan khidmat negara. Dia tinggal bersama datuk dan nenek serta dua orang saudaranya sejak ibu bapanya bercerai sejak kecil.

Datuknya, Anthony Ng, 62 , seorang pemandu teksi berkata, dia baru saja menggantikan pemanas mandian yang lama.

“Saya membayar SGD300 (RM 762) untuk pemanas mandian baru yang berjenama. Namun ia membunuh cucu saya,” katanya.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, terdapat tiga punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik dari alat pemanas mandian iaitu pemasangan tidak mengikut spesifikasi, kebocoran air serta tiada penyelenggaraan.

Waspada! sila periksa pemanas mandian anda!

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Media Bukan "Punching Bag", MPPA Lapor Polis

KUALA LUMPUR - Tindakan ganas terhadap jurufoto, Mohd Aizuddin Akmal Saad yang ditumbuk ahli keluarga mangsa nahas MH17, Selasa lalu tidak boleh diterima dan dianggap biadap.

Presiden Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA), Zainal Abdul Halim berkata, jurufoto media tidak seharusnya menjadi sasaran (punching bag) untuk pihak tertentu melepaskan geram, sebaliknya mereka hanya menjalankan tugas merakamkan setiap kejadian.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak supaya siasatan serta tindakan tegas diambil terhadap individu yang  menumbuk Aizuddin ketika bertugas di di Taman Peringatan Nirvana Sungai Besi.

“Jika pihak media diberitahu bahawa keluarga mangsa tidak mahu sebarang liputan, tentu kami tidak akan suka-suka buat liputan,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi mengenai kejadian ini bagi pihak persatuan, Khamis.

Zainal berkata, kejadian itu menyebabkan Aizuddin mengalami pendarahan dan patah hidung, manakala kamera yang digunakannya rosak.

Jelasnya lagi, sebagai presiden persatuan mewakili jurufoto media negara ini, pihaknya akan menyokong apa sahaja keputusan mangsa selepas ini.

“Siasatan masih dibuat dan bagi saya sebarang keputusan lanjut untuk membawa kes ini ke mahkamah terserah kepada mangsa.

“Tugas kami di persatuan memastikan mangsa mendapat pembelaan sewajarnya,” tambahnya.
Menurut Zainal, masyarakat ‘berkokok’ mendesak pihak media diberi kebebasan membuat liputan tanpa sekatan.

“Mereka menuntut diberi kebebasan kepada media, lebih bebas daripada yang dinikmati sekarang.

“Malangnya mereka jugalah yang mengenakan sekatan kepada jurufoto media tertentu untuk membuat liputan secara bebas dan mereka ini jugalah yang mengancam jurufoto media,” katanya. – MSTAR ONLINE

Read More

Alyah Dedah Identiti "Pak Lebai" Biadap Padanya...


SESEKALI, ada bagusnya juga jika komen dan identiti segelintir pengikut Instagram selebriti yang biadap disiarkan seperti yang dilakukan oleh penyanyi Alyah ini.

Bak kata orang, kalau sudah masuk ke ‘rumah’ orang, jagalah adab dan perkataan.

Jika dilihat, komen pengikut tersebut mengenai kontroversi pernikahan yang melanda Alyah langsung tidak sesuai dengan penampilan pada gambar profil yang digunakan di akaunnya.

Alyah turut memuatkan satu lagi ‘screenshot’ akaun lelaki tersebut dengan ‘caption’:
“Nampak terpelajar tapi syg dlm hati ada hasad dengki n suka ckp sesuatu yg negetive di kawasan orng. saya ok saja cuma saya nak dia tahu jgn sesekali masuk rumah orng dan sewenang wenangnya txt sesuatu sesuka hati.sekali lagi saya ulangi mahu caci saya di tempat lain tiada hak saya atau kuasa saya.tapi bila masuk rumah saya dan melakukan sesuatu yg mencalar maruah saya.saya akan bangun pertahankan.ingat!!!!!diam saya bukan saya takut dgn orng mcm ni diam saya kerana saya tahu kebesaran Allah swt buat saya….”

Alyah Muatnaik Komen Dan Gambar Pengikut Biadap Di Instagram

Ha, ingat ya artis juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

Jangan ingat dengan menitipkan komen yang bukan-bukan, mereka tidak akan membacanya.

Hati-hati ya… -Mynewshub.cc

Read More

Akhbar Britain Berkonspirasi Jatuhkan Islam, Provokasi Halus

KUALA LUMPUR – Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain ‘The Independent’ adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.

ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. – BERNAMA

Read More

Facebook: 2 Gadis Bertudung "Terkorban" Di Malam Merdeka

Kes 1:

Baru-baru ini tersebar gambar seorang perempuan bertudung terbaring di katil melakukan maksiat pada malam merdeka lalu bersama seorang lelaki berdasarkan gambar tangan yang meraba bahagian sulitnya.

Gambar ini mengaibkan wanita terbabit memandangkan ia hanya merakam gambarnya dalam keadaan bogel tanpa menampakkan identiti pasangan lelakinya.

Susulan itu, pihak polis meminta wanita terbabit tampil membuat laporan polis kerana dia mungkin mangsa pihak tidak bertanggung jawab.

Penyebaran gambar ini mencetus rasa kurang selesa dalam masyarakat kerana wanita terbabit bertudung ketika dirakam dan dibimbangi adalah mangsa rogol.

Sekiranya benar, laporan polis yang dibuat dapat memudahkan usaha penyiasatan dilakukan.

Kepada wanita ‘Malam Merdeka’ dalam gambar di atas, kalau pun maksiat dilakukan tempoh hari atas dasar suka sama suka anda perlu tahu bahawa individu yang merakam dan menyebar gambar aib ini masih boleh didakwa jadi pastikan dia dihadap ke muka pengadilan.

Manakala buat remaja perempuan di luar sana, jadikan ini satu pengajaran berguna.

Dah jadi macam ini yang lelaki tak ada apa-apa sebab dia pandai tak rakam wajahnya tapi yang dapat malu? Kaum perempuan juga..

Kes 2:

 
Aduh, sedang orang ramai masih kecoh memperkatakan tentang gadis bertudung melakukan maksiat pada malam merdeka timbul pula gambar baru.

Masih sensasi kerana watak utamanya bertudung, perempuan terlibat dirakam bertudung namun bogel di bahagian bawah manakala satu lagi gambar memfokuskan pada bahagian dadanya yang dipenuhi ‘love bite’.

Justeru Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad menasihati orang ramai berhenti menyebarkan gambar ini bagi tidak memburukkan lagi keadaan.

Apa masalah remaja Melayu Islam zaman sekarang ye.. kalau pun dah tak ingat dosa pahala mengapa nak permainkan agama dengan memakai tudung sambil tersengih bergambar bogel?

Sesungguhnya orang sebeginilah yang membuatkan perempuan bertudung ikhlas atas tuntutan agama turut mendapat pandangan serong masyarakat dan penganut agama lain.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More
Newer Posts Older Posts Home