"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Sunday, 7 September 2014

Tangan Terbelah Tepis Bom Di Klang


Laman Facebook My Youth National Crime and Safety telah memuat naik gambar yang amat mengerikan iaitu keadaan mangsa serangan bom buatan sendiri yang dilaporkan terjadi di Klang baru-baru ini. 

Tujuannya agar penduduk di sekitar kawasan Klang berwaspada dengan kehadiran penjenayah yang membaling bom buatan sendiri.

Berdasarkan penerangan oleh Anson Ho, adik kepada mangsa, abangnya bersama dengan rakan-rakannya dalam perjalanan pulang setelah makan lewat malam di Bukit Tinggi.

Ketika melalui sebuah stesen minyak, tiba-tiba sebuah motosikal yang membawa pembonceng melempar satu objek ke arah cermin kereta abangnya yangs sedang terbuka.

Abangnya menepis objek tersebut, malangnya, objek tersebut adalah sebuah bom buatan sendiri. 

Tindakan abangnya itu menyebabkan kecederaan parah di tangan abangnya hingga terbelah. 

Namun, tindakan abangnya itu juga telah menyelamatkan dua lagi rakannya di dalam kereta berkenaan.


Kepada orang-orang yang berada di kawasan Klang, berhati-hati lah dengan mereka ini terutamanya ketika anda memandu kereta, pastikan cermin sentiasa ditutup bagi menghindari kejadian yang sama berulang. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Pasangan Puja Anak Agar Hidup Semula?


Akibat taksub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.

Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di Miri.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis kelmarin, lapor Hmetro.com.my.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

Mungkin atas sebab itu, lelaki terbabit menghubungi pemilik rumah memaklumkan kematian anaknya, selain dipercayai sudah mendapat kebenaran isteri serta ibu masing-masing. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Adun PAS Kedah Pertahan Penubuhan PasMa

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi, menafikan penubuhan sebuah parti baharu untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing ketika ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berkata, pertubuhan itu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

Katanya, PASMA adalah NGO peringkat nasional yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu dan ia terbuka kepada semua pihak tanpa mengira latar politik tetapi mahu turut serta berbincang dan menyuarakan pandangan mereka mengenai isu membabitkan pengukuhan Pakatan Rakyat di luar konteks parti politik.

"Kita tidak ganti sesiapa dalam pakatan sebab kita bukan parti politik, saya sendiri masih bersama PAS dan tidak berganjak sampai sekarang. 

"Cuma PASMA ini kita tubuhkan untuk bagi platform kepada mereka yang mahu berbincang hal hal politik atas kecenderungan untuk mengukuhkan pakatan.

"Kalau dalam parti ia agak terbatas sebab kita terikat kepada banyak perkara dan peraturan parti...agak terhad untuk kita berbincang. 

"Jadi ini peranan PASMA kita bagi ruangan, kita bincang soal politik untuk kebaikan Pakatan Rakyat yang amat penting sebagai alternatif kepada rakyat. 

"Pengukuhan Pakatan Rakyat ini, memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih sama ada kerajaan atau pembangkang yang kuat untuk kestabilan negara," katanya ketika dihubungi di sini. -BH Online

Read More

Pemuda Gerakan Mahu Ibrahim Ali Kota Janji


Kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang akan menarik balik sokongan terhadap Barisan Nasional sekiranya Putrajaya tetap dengan keputusan memansuhkan Akta Hasutan sangat dialu-alukan oleh Gerakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 September, 2014.

Pemuda Gerakan mengesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali supaya mengotakan janjinya sebelum ini tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) seandainya kerajaan pusat masih bertegas mahu memansuhkan Akta Hasutan.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menyokong kenyataan yang diberikan oleh Ibrahim untuk tidak meneruskan sokongan terhadap BN sekiranya mereka bertegas dengan keputusan berkenaan dan menggangap tindakan Presiden Perkasa itu merupakan satu berita baik.

"Pemuda Gerakan mengalu-alukan kenyataan presiden Perkasa itu kerana ia berita baik buat BN. Kami tiada masalah sekiranya Perkasa bercadang menyokong Pakatan Rakyat (PR) secepat mungkin," katanya dipetik Malaysia Insider.

Tan berkata, Gerakan adalah salah satu daripada parti komponen BN dan pemuda Gerakan akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam cadangan memansuhkan akta tersebut kerana ia merupakan satu tindakan progresif buat Malaysia.

"Selepas pemansuhan Akta Hasutan, kita harap presiden Perkasa akan mengotakan janjinya. Dan kami akan terlebih dahulu mengucapkan terima kasih," katanya.

Merujuk kepada sidang media sebelum ini, Ibrahim memberi amaran kepada kerajaan pusat untuk tidak meneruskan sokongan terhadap UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang sekiranya mereka tetap dengan keputusan tersebut.

Menurut Ibrahim, tindakan UMNO-BN diibaratkan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerajaan pusat tunduk kepada tekanan agar akta itu dimansuhkan.

Sebelum ini, Najib menegaskan pembubaran akta tersebut akan dilakukan dan mengantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional oleh kerajaan pusat tetapi ia dilihat bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan kerajaan tidak pernah berjanji berbuat demikian. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Akta Hasutan Tidak Dimansuhkan - Nancy


Nancy Shukri

Johor Baharu, 7 September – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menegaskan kerajaan pusat tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat banyak desakan daripada beberapa pihak berhubung perkara berkenaan.

Nancy berkata, akta tersebut masih penting dalam memastikan keselamatan serta perpaduan antara kaum terjaga dan pihak kerajaan perlu mengambil masa bagi mengkaji draf Rang Undang-Undang Kehormonian Nasional yang dirancang bagi menggantikan Akta Hasutan.
.
"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.

"Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya dipetik Sinar Harian selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia".

Menurut Nancy lagi, pihak Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mencari maklumat dan maklum balas daripada masyarakat di negara ini bagi menghasilkan kandungan yang paling tepat dalam membentuk rang undang-undang tersebut.

Tambah Nacy lagi, rang undang-undang tersebut perlu selaras dengan matlamat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mementingkan aspek perpaduan dikalangan rakyat bagi memupuk perasaan hormat menghormati antara masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Namun begitu, Nancy berkata, dengan wujudnya pelbagai permasalahan yang berlaku di media sosial menyebabkan kerajaan sukar menyiapkan rang undang-undang berkenaan dengan segera dan ia merupakan satu cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Rokok Naik Harga Lagi Berkuatkuasa Esok


Harga rokok akan naik lagi mulai 8 September 2014 (esok). Jenama rokok tersebut antaranya adalah Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesant yang akan mengalami kenaikan sebanyak RM1.00 berkuatkuasa mulai tarikh yang telah ditetapkan. 

Ini menjadikan harga rokok Dunhill terkini dan beberapa jenama yang tersenarai adalah RM13.00 berbanding RM12.00 sebelum ini. Terdahulu, kali terakhir kenaikan harga rokok terbabit adalah pada 30 September 2013.

Berikut adalah Senarai Jenama Rokok Naik Harga Lagi 8 September 2014


Diharap dengan kenaikan harga ini dapat mengurangkan lagi jumlah perokok dinegara ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

KPN Kedah Minta Kerjasama Masyarakat Banteras Sindiket 'Gores Dan Menang'



Alor Setar, 7 September – Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim meminta masyarakat bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras sindiket gores dan menang yang semakin berleluasa di negeri ini.

Ahmad berkata, daripada siasatan yang dibuat mendapati sindiket ini sering berpindah-pindah tempat bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

"Kita memang melakukan tangkapan terhadap anggota sindiket ini selepas menerima aduan, tetapi kita tidak boleh memantau secara 24 jam kerana mereka sentiasa bergerak untuk mencari mangsa.

"Jadi di sini saya minta masyarakat supaya menghubungi pihak polis dengan segera kerana sekiranya mereka hanya berdiam diri, pihak polis tidak tahu di mana mereka berada dan tindakan tidak boleh diambil," katanya dipetik Bernama pada program High Profile Community Policing di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus semalam.

Menurut Ahmad lagi, pihaknya akan sentiasa memantau pergerakan sindiket tersebut dan akan mengambil tindakan segera bagi melumpuhkan kegiatan mereka.

Sebelum ini, Persatuan Kedah (CAKE) mendakwa 20 orang telah mengalami kerugian bernilai RM500,000 sejak julai lalu akibat ditipu sindiket tersebut yang bergerak aktif di sekitar negeri ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

AMK Bidas Fatwa Hadi Terhadap Wan Azizah

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana kurang berkebolehan menjadi pemimpin untuk mentadbir negeri itu.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu seolah-olah tidak menghormati semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat memandangkan dia merupakan seorang presiden kepada parti komponen tersebut.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dipetik Bernama.

Tambah Nik Nazmi lagi, kebolehan Wan Azizah tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dia telah menjadi Presiden PKR sejak 1999 dan pernah diangkat sebagai ketua pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat,” ujarnya lagi.

Nik Nazmi berkata, AMK sangat kesal dengan kenyataan tersebut dan dia berharap Abdul Hadi menghormati keputusan dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang mahu melantik Wan Azizah sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Merujuk laporan berita semalam , Abdul Hadi menegaskan PAS tidak akan meletakkan nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor kerana dia dilihat tidak berkebolehan menjadi seorang pemimpin bagi menerajui pentadbiran di Selangor.

Menurut Abdul Hadi lagi, tindakan PAS menolak Wan Azizah bukan disebabkan dia seorang wanita tetapi Presiden PKR itu tidak mempunyai syarat yang perlu ada sebagai seorang pemimpin. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Lelaki Bangladesh Nyaris Maut Ditetak Di Kepala


Seorang lelaki warga Bangladesh nyaris maut selepas ditetak di kepala dan leher dalam kejadian di Taman Metropolitan Batu, Kepong, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.25 pagi itu, mangsa berusia 30-an dipercayai ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki sebelum ditemui orang awam yang berjoging di kawasan taman berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah.

Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipukul terlebih dulu sebelum ditetak menggunakan senjata tajam di beberapa anggota badannya.

Mangsa yang cedera parah di leher, kepala, kaki dan tangan kiri dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan kecemasan.

Kami belum memperoleh sebarang maklumat daripada mangsa sehingga kini dan siasatan awal di lokasi kejadian juga gagal menemui senjata yang digunakan untuk menetak mangsa,” katanya yang dipetik dari laman Hmetro.com.my.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, tegas Munusamy. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Empat Penuntut Malaysia Cedera Kemalangan Di Mesir


Seorang penuntut Perubatan Universiti Zagazig di Mesir parah selepas tayar teksi dinaiki mereka meletup dan terbabas di Jalan Bilbis, Kaherah, manakala tiga rakannya mengalami kecederaan ringan dan ditahan di wad Hospital Universiti Zagazig, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang (waktu Malaysia) Muhammad Syafiq Abdullah Hashim, Muhammad Miftahuddin Sufiyan, Muhammad Aizuddin Abdul Razak dan Shukri Muslim Maulana Mahamad Anuar yang menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke Zagazig dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum kenderaan dinaiki terbabit kemalangan.

Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari berkata, Muhammad Syafiq mengalami pendarahan dalam otak dan retak tulang belakang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu, lapor Hmetro.com.my.

Menurutnya, sehingga kini dia masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan bernafas menggunakan alat bantuan. Keluarganya dijangka tiba dua hari lagi untuk melihat keadaan mangsa. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

PRK Pengkalan Kubor: Calon BN Sambung Tugas Arwah Noor Zahidi

PRK Pengkalan Kubor

Peluang Barisan Nasional (BN) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini tinggi berdasarkan rekod perkhidmatan yang begitu baik pernah dilakukan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar selama tiga penggal menang pilihan raya.

Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab Rahman berkata, perkhidmatan terbaik ditambah dengan sokongan dan semangat tinggi dalam kalangan jentera BN meyakinkan beliau bahawa BN akan turut memenangi kerusi DUN berkenaan kali ini.

“Kerjasama masyarakat dan jentera begitu meyakinkan BN akan terus mengekalkan kemenangan kali ini.

“Saya yakin calon yang akan diumumkan 10 September ini akan membawa kesinambungan kepimpinan arwah Datuk Noor Zahidi,” kata Ramzi yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.

Ramzi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong turut bangga apabila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk seri Mustapa Mohamed kerap turun padang melihat perkembangan di DUN itu.

Menurutnya, kerjasama padu semua pihak memberikan keyakinan hasrat Umno menang kerusi Dun Pengkalan Kubor akan tercapai.

“Kita sudah menghantar jentera ke PDM Bendang Pak Yong bersama Badan Perhubungan Umno Perak untuk mengatur gerak kerja.

“Kita juga membuat perbincangan awal untuk meletakkan jentera secukupnya untuk kemenangan PDM Bendang Pak Yong dan PRK Dun Pengkalan Kubor khususnya,” katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

PPS: Khatib Jumaat Kritik Polis Disiasat Dibawah Akta Hasutan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik pasukan keselamatan itu berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menerusi khutbah Jumaat di Masjid Acheh Kebun Lama George Town, jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata individu berkenaan akan dipanggil dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

"Setakat ini polis terima satu laporan daripada seorang lelaki yang mengaku ahli biasa PAS petang semalam," katanya yang dipetik dari laman Bernama.com.

Laporan lelaki itu yang turut menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan mendakwa khatib terbabit menyatakan sokongan terhadap PPS dan mengkritik kerajaan pusat dalam menangani isu pasukan itu.

Ahad lepas polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

#MH17: Pasukan Khas PDRM Akan Berlepas Ke Ukraine Hari Ini


Pasukan penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berlepas ke Ukraine bagi menyambung semula siasatan di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selepas puak pemisah dan tentera di negara itu bersetuju melaksanakan gencatan senjata.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya berkata, kumpulan pertama yang terdiri daripada 30 pegawai dan anggota dari pelbagai unit itu akan diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Mereka akan disusuli sepasukan 50 pegawai dan anggota lain, kata Khalid.

Pada Sabtu, media antarabangsa melaporkan tentera Ukraine dan puak pemisah pro Rusia bersetuju mengadakan gencatan senjata selepas rundingan di Belarus.

"Seluruh warga PDRM mendoakan mereka semua selamat dan berjaya dalam tugas," katanya yang dipetik dari laman Bernama.com.

Pada 17 Julai lepas, kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 maut apabila pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Raja Ganja Diberkas Polis Akhirnya

Foto
WAN Abdullah (kanan) menunjukkan ganja yang dirampas.
Seorang pengedar dadah digelar ‘raja ganja’ akhirnya tumpas selepas polis berjaya menahan suspek dalam operasi khas dijalankan di Kampung Baru, semalam. 

Dalam serbuan jam 12.30 tengah hari itu, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berjaya menahan suspek berusia 54 tahun. 

Ketika diberkas, suspek sedang membungkus beberapa ketulan ganja mampat di sebuah rumah teres dipercayai mahu diserahkan kepada pembeli.

Ketua JSJN Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, hasil serbuan itu polis merampas ganja seberat 60 kilogram dianggarkan mencecah nilai RM500,000.

“Polis menjalankan risikan sejak dua minggu lalu terhadap aktiviti suspek yang dipercayai turut menjual ganja kepada golongan belia tempatan. -MyMetro

Read More

US Rancang Serang ISIL Habis-Habisan

NEWPORT - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama merancang membentangkan pelan pembentukan satu pakatan antarabangsa bagi mengempur kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria habis-habisan semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan ini.

Bagaimanapun cadangan Obama itu menerima maklum balas yang berhati-hati daripada sekutu Amerika daripada negara-negara Eropah.

Ketika Bercakap pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sini, Obama berkata, Amerika juga akan cuba melibatkan sekutunya dari Asia Barat dalam strategi untuk menumpaskan kumpulan militan tersebut yang mengusai sebahagian besar kawasan di kedua-dua negara itu.

"Perkara ini tidak akan terjadi dalam sekelip mata, namun kami sedang bergerak ke arah yang betul dan akan mencapai matlamat kami,'' kata Obama.

Menurut Obama, penglibatan serantau 'amat penting; walaupun Jabatan Negara AS menjelaskan, tiada rancangan untuk membentuk koordinasi ketenteraan dengan Iran dalam rancangan itu.

"Kami akan mengempur dan sudah tentu mengalahkan ISIL,'' kata Obama merujuk kepada IS, yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan dua wartawan Amerika.

Obama yakin pakatan itu akan dibentuk dengan pegawai AS menyatakan bahawa rancangan tersebut mempunyai strategi yang ditetapkan semasa Perhimpunan Agung PBB yang akan berlangusng pada hujung bulan ini.

Jelasnya, terdapat 'kesepakatan' dalam kalangan anggota NATO bahawa kumpulan itu 'menimbulkan ancaman besar'.

Britain menyokong serangan di Iraq, namun Perdana Menteri, David Cameron menolak prospek tindakan segera dilakukan.

"Perkara ini memerlukan masa, kesabaran dan penyelesaian. Kami akan meneruskannya secara berhati-hati dan teratur, menarik kerjasama rakan yang kami perlukan di rantau ini bagi melaksanakan satu pelan komprehensif,'' katanya. - AFP

Read More

Hadi Awang Dedah Fitnah Rafizi Ramli?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.

“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. 

"Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.

Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.

Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.

"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. 

"Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. -Malaysian Insider

Read More

Isteri Anwar Tak Layak Memimpin - Hadi Awang


PETALING JAYA -  Keputusan PAS menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu tidak ada kaitan dengan gendernya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.
"Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat?
"Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu.
Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube pada Jumaat.
Beliau berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor memerlukan seseorang "pemimpin yang kuat untuk menguruskannya".
Hadi memperjelaskan bahawa parti menghantar tiga nama untuk calon Menteri Besar kepada Sultan apabila beliau diminta untuk memberikan "lebih dua nama", dengan mendakwa sekutu partinya "bodoh".
"PAS mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat meminta lebih dua nama. Lebih dari dua bermaksud kita boleh menghantar seberapa banyak yang kita suka.
"Adakah PAS mahu pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai bodoh? Sultan meminta sekurang-kurangnya tiga nama, tetapi anda hanya beri satu," katanya yang merujuk kepada PKR dan DAP yang bertegas untuk mencalonkan satu nama bagi jawatan itu.
"Jika kita hanya hantar satu nama, bagaimana Sultan mahu memilih? Rakyat kata kita tidak faham arahan (dari Pakatan). Tetapi sebenarnya, kita yang hanya faham dan mengikut titah Sultan," katanya.
Tambah Hadi, PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan berkata, sesiapa yang mahu memulakan parti baharu dialu-alukan untuk meninggalkan pakatan itu.
"Sesiapa yang mahu memulakan parti baharu boleh pergi kerana ia lebih baik untuk mereka berbuat demikian. Kita masih bersama Pakatan". -Mstar

Read More

Jenazah Artis K-Pop Korea EunB Terima Penghormatan Terakhir

KIRA-KIRA 50 selebriti Korea menziarahi jenazah EunB di Hospital Anam, Universiti Korea, Seoul sebagai penghormatan kali terakhir.

Antara selebriti yag hadir termasuklah ahli-ahli kumpulan Super Junior, KARA, Girl's Day, A Pink, B1A4, Bangtan Boys, AOA, BTOB, dan FT Island.

Selain itu, Dal Shabet, BESTie, Secret, Sunny Hill, TAHITI, Block B, Cross Gene, JJCC, Halo, Yang Dong Gun, Kim Bum Soo, Song Ga Yeon, AlphaBAT, BIG, TINT, Hello Venus, Bumkey, TROY, San E dan Jung Junha turut hadir memberi penghormatan kepada mendiang.



Sojung dan Rise maih lagi kritikal di hospital.

EunB yang merupakan anggota kumpulan Ladies Code itu ditempatkan di hospital berkenaan sejak Rabu lalu bagi memudahkan keluarga dan rakan-rakan terdekat menziarahinya.

Pada Rabu lalu, van yang membawa anggota kumpulan Ladies Code terbabas akibat permukaan jalan raya yang licin sehingga menyebabkan ia melanggar pembahagi jalan.

Menurut laporan Soompi, kemalangan tersbeut menyebabkan EunB mati di tempat kejadian manakala dua lagi ahlinya, Sojung dan Rise cedera parah dan kini masih lagi berada dalam keadaan kritikal.

Read More

Presiden PAS Berkuasa, Tak Perlu Rujuk Jawatankuasa Pusat

Presiden PAS mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan PAS, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini, Sabtu.

Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat)," kata Abdul Hadi.

Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

"Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya. -Mstar

Read More

Hasil Kajian Saintis Jepun Tentang Mukjizat Zam-Zam


Dr Masaru Emoto
KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.

Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.

Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.

Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.

"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.

Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.

Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.
 
Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.

Telaga air zam-zam.

Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. 

Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. 

Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. 

Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Sumber: Mstar

Read More

Baik Dia Keluar, Tubuh Parti Sendiri - Hadi Awang

PETALING JAYA - Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.

Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.

"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).

"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila,” katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.

Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.

PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.

Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.

Sumber: Mstar

Read More

Lelaki Usia 110 Tahun Kongsi Petua

Foto

Kuala Berang - “Boleh dikatakan setiap malam saya meminum air suam bagi mengekalkan kesihatan selain banyak menjadikan sayur sebagai hidangan bersama nasi,” kata Idris Hassan yang berusia 110 tahun.

Idris dari Kampung Tapah, dekat sini berkata, selain amalan berkenaan dia juga tidak mengamalkan meminum minuman berais dan petua itu diamalkannya sejak remaja sehingga kini.

Katanya, dia tidak mengamalkan sebarang pantang dalam pemakanan dan biasanya memasak sayur bersama air selain memakan ulam-ulaman yang mudah diperoleh di kampung.

“Biasanya antara jam 11 malam hingga 2 pagi saya pasti bangun meminum air suam walaupun sekali berikutan menjadi kebiasaan sejak sekian lama.

“Saya meminum minuman yang dicampur gula serta susu, namun ia dalam keadaan terkawal dan biasanya sekali dalam sehari,” katanya. -MyMetro

Read More
Newer Posts Older Posts Home