"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Wednesday, 22 October 2014

Gadis Cun Belai Harimau Lebih Viral Dari Belai Anjing...

Harimau sememangnya digeruni dan dianggap binatang berbahaya gara-gara karakternya yang ganas dan oleh sebab itulah, binatang ini digelar raja rimba.

Lihat sahajalah kes insiden tragis yang berlaku di Zoo Delhi apabila seorang lelaki berusia 20 tahun maut dibaham harimau putih bulan lepas hingga mendapat perhatian dunia.

VIDEO/GAMBAR: Tragis.. Budak Dibaham Harimau Putih Di Zoo

Hari ini di laman sosial, Facebook tersebar pula sekeping gambar menunjukkan 4 reaksi gadis cantik menyentuh dan membelai binatang ganas ini.

Pada awalnya, gadis cantik tersebut dilihat seakan gementar dan takut-takut namun akhirnya berani memangku kepala harimau itu.

Rasa-rasanya harimau jantan agaknya.. miang dan manja semacam je!

Tapi yang kelakarnya, gambar ini mendapat ribuan komen dan reaksi daripada pengguna Facebook yang membandingkan gambar ini dengan kontroversi acara ‘I Want to Touch a Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung kelmarin.

Untitled
harimau sentuh

Nampaknya ramai yang memberi komen lebih baik menyentuh harimau berbanding anjing.

Tetapi perlu diingat, menyentuh anjing tidaklah haram dan berdosa cuma haiwan ini tergolong dalam najis berat dan atas tujuan apa anda memegangnya,  itulah yang jadi tanda tanya.

Bacalah sendiri reaksi-reaksi dalam komen di atas. -Mynewshub.cc




Read More

Video "Ale Uto" Awek Kedah Yang Memalukan Anak-Anak Kedah!

Menyedihkan! So pathetic! Mungkin itulah yang wajar dikatakan terhadap kegilaan remaja sekarang mencarut menggunakan perkataan ‘ale uto’.

Sebelum ini, sebuah video memaparkan seorang remaja Kelantan menggunakan perkataan carut itu telah menjadi viral apabila tersebar di laman-laman sosial dan aplikasi Whatsapp, namun dibiarkan saja.

Namun apabila perbuatan menyebut perkataan tidak senonoh dan tidak dianjurkan oleh Islam itu merebak hingga mempengaruhi remaja-remaja di Kedah, rasanya perkara seperti ini tidak wajar kami biarkan begitu saja.

Sebuah video telah dimuat naik. Kononnya ‘ale uto’ versi awek Kedah. Siap beri salam diawalnya, tapi diakhiri dengan perkataan carut "alaf baru" itu!


Kami tidak pasti bagaimana akal awek Kedah ini berfungsi dan kami juga tidak tahu lokasi sebenar gadis bertudung ini meletakkan akal fikiran yang diberikan Allah kepadanya.

Dia mengenakan tudung, tapi pada bajunya tertera perkataan carut yang memalukan! Ini kesukaan remaja sekarang? Islam suka begitu?

Mungkin pada golongan yang sukakan perkara seperti ini, ia dianggap "okay".

Soalnya, cuba tunjukkan video tersebut pada ibubapanya, sanak saudaranya, guru-guru di sekolah atau imam masjid di kariahnya. Apa agaknya reaksi mereka? Rasanya, ada yang teruk "dibalun"!

Sebetulnya reaksi dari netizen terhadap video berkenaan agak negatif berbanding positif. Mungkin memandangkan video berkenaan memang tidak berpaksikan akhlak mahmudah, maka ia menjadi mangsa kutukan ramai.

KedahNews.com memandang serius perkara ini memandangkan ia melibatkan nama baik negeri Kedah, negeri kebanggaan kami, anak-anak Jelapang Padi.

Harap video berkenaan ditarik balik secepat mungkin. Jangan buat leceh, jangan malukan orang Kedah. Kami yakin akhlak anak-anak Kedah tidak serendah itu. -KedahNews.com

Read More

Rawi Nak Bina 6 "Ponton" Di Sungai Kedah

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan membina sekurang-kurangnya enam ponton (jeti terapung) di sekitar Sungai Kedah dan Anak Bukit.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pembinaan itu bagi memudahkan pendaratan dan pengairan di kawasan tersebut.

“Untuk membuat ponton ini, kita tidak perlu bina tebing konkrit di sepanjang pengairan kerana keindahan semula jadi dah cukup menjadi tarikan pelancong,” katanya selepas meninjau kawasan perairan sepanjang 10 kilometer, di sini, semalam.

Menurutnya, peruntukan bagi pembinaan ponton itu akan diputuskan dalam mesyuarat Exco nanti.

“Kita sudah ada syarikat yang berminat untuk melaksanakan aktiviti pelayaran sungai seperti di Melaka.

“Jika ponton tidak dibina, ia akan menyukarkan mereka untuk naik ke daratan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan ponton tersebut dibina kawasan yang menjadi tarikan pelancong dan kemudahan orang ramai.

“Mungkin kita boleh bina di Dataran Tanjung Chali terlebih dahulu. Kemudian di Masjid Zahir, Rumah Merdeka dan beberapa kawasan masjid lain serta Pumpong untuk kemudahan pelancong.

Sebelum ini, dilaporkan Dataran Tanjung Chali yang merupakan kawasan pelancongan akan dibangunkan semula dengan pelbagai kemudahan dan tarikan baharu pelancongan. -Sinar Harian

Read More

Pendang Bakal Ada Hospital Tidak Lama Lagi!

PENDANG – Kampung Batu Hampar yang berada kira-kira dua kilometer (km) dari Pekan Pendang dipilih sebagai lokasi pembinaan Hospital Pendang.

Terletak berdekatan kawasan perumahan, ia diyakini lebih memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Pada masa sama, jarak antara Klinik Kesihatan Pendang dengan tapak pembinaan hospital itu juga kira-kira satu kilometer.

Kebanyakan penduduk yang ditemui turut menzahirkan rasa gembira berhubung pemilihan lokasi tersebut yang disifatkan sebagai lokasi strategik.

Difahamkan, proses pengambilan tanah juga sudah lama dibuat dan sedang menantikan pelaksanaannya oleh Kementerian Kesihatan.

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan Klinik Kesihatan Pendang pula mendapati terlalu ramai yang mendapatkan rawatan di klinik berkenaan.

Ada juga pesakit yang terpaksa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar menggunakan ambulans klinik berkenaan.

Sementara itu, Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Datuk Suraya Yaacob berkata, pihaknya memandang serius masalah kelewatan tersebut.

“Kerajaan negeri sedang berusaha untuk meminta supaya projek tersebut mula dilaksanakan pada tahun hadapan (2015),” katanya. -Sinar Harian

Roh Kembali Ke Dunia?

Al-Quran juga menggambarkan bahawa roh tidak boleh kembali ke dunia. - Gambar hiasan
PERSOALAN roh merupakan persoalan yang rumit kerana ia adalah dimensi yang berada di luar tanggapan pancaindera manusia. Fitrah kejadian roh bukanlah dari alam nyata (syahadah) akan tetapi dari alam rohaniah yang ghaib.

Rasulullah SAW sendiri apabila ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat roh menghadapi kesukaran untuk menjawabnya sehingga turun ayat al-Quran dalam Surah Isra’, ayat 85, yang mengatakan: 
Dan mereka bertanyakan tentang roh. Katakan, roh itu daripada urusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
Oleh yang demikian, segala hal berkaitan dengan roh mesti merujuk kepada sumber sam’iyyat, sama ada daripada al-Quran atau hadis-hadis Nabi.

Menurut al-Quran, Allah SWT menjadikan manusia dengan mempunyai dua unsur utama jasad dan roh. Jasad dicipta daripada unsur tanah, manakala roh merupakan sesuatu yang dtiupkan daripada Allah ke dalam jasad seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Hijr, ayat 28-29 yang bermaksud: 
"dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepqada para malaikat: Sesungguhnya aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku menyempurnakan kejadian-Nya Aku meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepada-Nya dengan bersujud."
Roh dan jasad berhubung antara satu dengan yang lain. Menurut Imam al-Ghazali, hubungan antara keduanya adalah dalam erti kata roh merupakan raja kepada jasad. (al-Ghazali Kitab ‘Aja’ib al-Qalb dalam Ihya Ulum al-Din).

Hubungan ajaib

Kesatuan antara roh dan jasad adalah satu hubungan yang ajaib kerana kedua-duanya mempunyai fitrah yang berbeza, rohani dan jasmani. Ini adalah antara bukti kekuasaan Allah SWT.

Ketika kematian, roh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh yang bermaksud ‘benteng pemisah’, kediaman perantaraan antara dunia dan akhirat. Al-Quran menyebut tentang alam barzakh yang bermaksud: Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). (Al-Mukminun: 100)

Ketika kematian, roh akan meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh. – Gambar hiasan
Roh ditempatkan di sini sebelum dibangkitkan di hari kiamat untuk dicantumkan semula dengan jasad dan akan dihisab dan diberi pembalasan sama ada di syurga atau neraka.

Persoalannya adakah roh yang telah meninggal dunia mampu balik ke alam dunia?

Roh yang telah meninggal dunia tidak boleh kembali ke dunia. Ini kerana urusan seseorang manusia ketika ia telah meninggal dunia telah selesai dan peringkat yang seterusnya ialah peringkat kehidupan di kubur dan penantian hari kiamat untuk dihisab oleh Allah SWT.

Al-Quran juga menggambarkan bahawa roh tidak boleh kembali ke dunia seperti yang digambarkan dalam surah al-Mukminun, ayat 99 dan 100 yang bermaksud: 
Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang kafir) dia berkata: “Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan.
Ibnu al-Qayyim dalam Kitab al-Ruh, mengatakan pandangan Abu Umar bin Abd Barr yang mengatakan bahawa sebelum Hari Kiamat sebahagian roh seperti para syuhada berada dalam syurga sementara roh orang mukmin, umumnya berada di dalam kubur mereka. Ini antara lain berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa orang-orang yang syahid itu tidak mati akan tetapi hidup di sisi Allah. (Ali Imran: 169)

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan, bahawa pada asasnya roh orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli keluarga selama tiga hari tiada asasnya.

Pengecualian yang diberikan oleh sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup bertemu dengan roh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah SWT.

NAMUN, ada ulama berpandangan bahawa roh yang telah meninggal dunia dapat bertemu dengan roh orang yang masih hidup iaitu di dalam mimpi. Ini berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa:

Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati di waktu tidurnya. Maka Dia tahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. (al-Zumar: 42)

Ayat ini menunjukkan bahawa roh orang yang mati dan yang tidur kedua-duanya dipegang oleh Allah. Cuma roh orang yang tidur dikembalikan sementara orang yang meninggal dunia ditahan terus. Atas dasar ini, kedua-dua roh ini boleh bertemu.

Ibnu al-Qayyim menukilkan banyak kisah-kisah dalam kalangan orang yang baik yang bermimpi bertemu dengan orang-orang yang telah meninggal dunia.

Menurut beliau walaupun ada sebahagian mimpi yang tidak benar yang datang daripada gangguan syaitan, namun sebahagian mimpi adalah merupakan ilham daripada Allah SWT, terutama yang berlaku kepada mereka yang baik. (Ibnu al-Qayyim, Kitab al-Ruh). -Utusan

Read More

Tarian Separuh Bogel: Persembahan Mesti Ada Batasan - Mukhriz

ALOR SETAR – Kerajaan negeri tidak membenarkan penganjuran program hiburan atau persembahan terbuka yang mengenakan pakaian seksi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana tidak sesuai diamalkan di negara ini.

“Walaupun kita terbuka dalam soal persembahan, tetapi mesti ada batasan,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan Deepavali di Dewan Sri Mentaloon, di sini, semalam.

Menurutnya, semua pihak harus menghormati sensitiviti kaum di negara ini serta peraturan sedia ada.

Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran pertandingan karaoke terbuka di sebuah pusat membeli belah yang melakukan tarian separuh bogel, baru-baru ini, beliau menyifatkan ia keterlaluan.

“Saya anggapnya sebagai kesalahan. Jika sebagai hiburan, kita tidak menggalakkan pakaian terdedah seperti itu,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Kurang Ajar! Kanak-Kanak Maut Dirempuh Pelampau Yahudi #SaveGaza #PrayForGaza

Inas Shawkat Khalil meninggal dunia selepas beberapa jam koma.. Al-Fatihah
RAMALLAH - Seorang kanak-kanak maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh pelampau Yahudi di laluan utama berhampiran bandar Sinjil di Tebing Barat.

Menurut saksi, Toleen Omar Asfour dan Inas Shawkat Khalil masing-masing berumur lima tahun dalam perjalanan pulang dari tadika ketika insiden tragis itu berlaku.

Sementara itu, Pengarah Kompleks Perubatan Ramallah, Ahmed Bitawi memaklumkan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan koma ketika dihantar ke hospital.

"Toleen kini berada dalam keadaan stabil, namun Inas meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya," katanya.

Israel masih berdiam diri mengenai kejadian itu.

Menurut laporan Middle East Monitor, minggu lalu, Perdana Menteri Palestin, Rami Hamdallah menyelar Tel Aviv kerana gagal mengenakan tindakan tegas terhadap pelampau Yahudi yang melakukan vandalisme ke atas harta benda penduduk Palestin. -Agensi

Read More

Perwakilan Gerakan Kurang Ajar, Kata KJ

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan perwakilan parti Gerakan Johor, Tan Lai Soon yang menganggap orang Melayu juga pendatang di negara ini sebagai perbuatan kurang ajar.

Menurut Khairy, walaupun Lai Soon sudah  minta maaf,  permohonan maafnya tidak dibuat secara ikhlas.

"Dia buat kenyataan dengan tidak memahami sejarah, tidak hormati Perlembagaan Negara, dan ini kenyataan provokasi. 

"Saya amat kecewa kerana kenyataan seperti itu datang daripada perwakilan Gerakan yang duduk di bawah BN. Seharusnya (Lai Soon) lebih berhati-hati ketika buat kenyataan. 

"Jangan guris hati orang Melayu," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan Kolaboratif Siri 1/2014 Askar Wataniah dekat Felda Kepis, semalam. .

Khairy berharap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong segera menyatakan pendirian Gerakan sama ada kenyataan Lai Soon itu pendirian parti atau peribadi.

“Sekiranya ia adalah pendirian peribadi, saya tidak berpuas hati dengan cara permohonan maaf dan mahu mengetahui apa tindakan Presiden terhadap individu berkenaan.

“Saya juga harap Gerakan berikan fokus kepada isu sebenar iaitu cara untuk memulihkan parti, bukan cari pasal dengan orang Melayu.

Sekiranya ini cara untuk memenangi undi Cina, dia keluarkan kenyataan provokasi terhadap orang Melayu,  sesiapa pun boleh buat macam ini lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan BN sentiasa amalkan semangat setia kawan dan adil kepada semua.

“Apabila kenyataan seperti ini keluar,  ia membangkitkan kemarahan orang Melayu. Kalau itu strategi untuk memenangi undi Cina, saya rasa ia satu strategi yang tidak betul. 

"Jika hendak menang ada caranya dan perlu menang dengan cara yang baik,  bukan buat kenyataan provokasi seperti itu,” katanya.

Dalam ucapannya ketika Mesyuarat Agung Tahunan  Gerakan kelmarin, Lai Soon mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain dan memberitahu orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini. -Sinar Harian

Read More

Breaking News: Pejuang Ulama PAS Bongkar Konflik Azmin - Anwar?

Sebuah laman Facebook, El Haraki membuat satu pendedahan yang mengejutkan hari ini mengenai cara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan reaksi kepada kes liwat membabitkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam statusnya hari ini, laman itu mengatakan ada kemungkinan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sudah mula muak dengan permainan politik yang cuba ditunjukkan Anwar.

Dakwa status tersebut, satu rombongan yang hadir ke pejabat Menteri Besar Selangor di Bangunan SUK di Shah Alam merah muka dan menanggung malu apabila Azmin tidak memberi respon positif kepada kempen membebaskan Anwar dari hukuman penjara sebaliknya diberikan ‘tazkirah’ pula.

“Rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan Azmin tentang keperluan manusia insaf dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.

Laman itu turut memaparkan beberapa intipati tazkirah Azmin kepada rombongan itu:
- Bezakan kesilapan sendiri, dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat Nasuha sebagai perkara main-main
- Tak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah, tidak ‘person-centric’ tetapi ‘perjuangan-centric’.

Selain itu, rombongan itu juga dikatakan terkejut dengan kenyataan Azmin berkaitan kempen menuntut kebebasan Anwar.

“Bila ditanya sama ada geran Selangorku boleh membantu program bebaskan Anwar, Azmin hanya ketawa kecil.

“Sudah-sudahlah tu.. kita banyak kerja di Selangor,” kata Azmin menurut laman Facebook itu.

Laporan itu turut menyebut bahawa apa yang Azmin katakan itu sangat mengejutkan.

“Daripada satu segi, Azmin sudah bersedia untuk keluar daripada bayang-bayang Anwar,” katanya.

Pada 7 Mac lepas, Anwar yang juga Ketua Pembangkang dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pasukan pendakwaan terhadap keputusan kes liwat II melibatkan Anwar dan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada 28 dan 29 Oktober ini, Anwar akan mengetahui nasib beliau sama ada bebas atau dipenjarakan atas kesalahan tersebut dalam rayuan peringkat terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya untuk mengenepikan hukuman penjara berkenaan. -KedahNews.com

Peserta Program Sentuh Anjing Tak Berotak, Kepala Penuh Ulat! - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa para peserta dan umat Islam yang terlibat dengan kempen sentuh anjing, "I Want to Touch A Dog" sebagai tidak berotak dan kepala mereka dipenuhi dengan ulat.

Kata bekas Menteri Besar Kelantan itu, aktiviti yang dilakukan itu tidak wajar sama sekali dijalankan dan menyifatkan mereka yang terlibat dengan program itu sebagai tidak mampu menggunakan akal untuk berfikir secara waras.

"Orang seperti ini hanya mempunyai kepala saja tapi di dalamnya tidak mempunyai otak. Tidak boleh digunakan untuk berfikir.

"Malah dalam kepala mereka itu juga penuh dengan ulat. Perkara ini tidak munasabah langsung terutama membabitkan orang Islam,” katanya yang dipetik dari media, semalam.

Menurutnya Nik Aziz lagi, perkara sebegitu sepatutnya perlu dicegah sebelum ianya menjadi satu budaya yang boleh memusnahkan kesucian Islam itu sendiri.

Nik Aziz turut berharap pemimpin keluarga, masyarakat serta negara beragama Islam memberi keutamaan dalam memelihara kesucian agama Islam di Malaysia. -KedahNews.com

Motivasi Khas Untuk Golongan Terlebih Berat Badan...

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itu yang boleh digambarkan terhadap pasangan Matt Bradley dan Hannah yang berusaha untuk kelihatan sempurna di hari perkahwinan mereka.

Sebaik setuju untuk berkahwin, mereka berdua berjanji untuk sama-sama mengurangkan berat badan yang gempal dan mendapat bentuk badan ideal.

Matt yang merupakan seorang chef muda berusia 23 tahun, kemudiannya mula menghentikan pengambilan snek dan hadir ke pusat menguruskan berat badan bersama tunangnya.

Selepas kehilangan sejumlah berat badan, mereka kemudiannya menyertai gim, bersenam dan berlari.

Matt and Brandy 1

Ujarnya, “Walaupun kami gembira kerana memiliki satu sama lain, namun kami tidak gembira dengan diri sendiri. Tetapi sekarang, kami berdua memiliki keyakinan.”

Matt and Brandy 2

Perubahan drastik fizikal pasangan ini berjaya mengejutkan para tetamu yang hadir dan kagum dengan kegigihan mereka untuk tampil sempurna dengan cara yang sihat.

Dalam masa 18 bulan, mereka berdua mampu mengubah diri sendiri 360 darjah dari bentuk asal.

Ya, tak ada perkara yang mustahil kalau mempunyai keinginan dan kegigihan bukan? –Mynewshub.cc

PDRM Ada Bukti Ahli Politik Terima Hasil Judi - Zahid

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri tidak menafikan terdapat ahli politik yang mendapat dana dan hasil pendapatan daripada wang perjudian haram untuk menjalankan kegiatan politik.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan laporan yang diperoleh daripada pihak polis, terdapat penglibatan ahli politik secara tidak langsung dengan sindiket terbabit dan meminta parti politik berkenaan mengambil tindakan segera terhadap individu tersebut.

“Mungkin ada ahli politik yang peroleh wang pendapatan hasil perjudian untuk melakukan kegiatan politik, saya tidak sebut parti politik kerajaan atau pembangkang tetapi laporan yang saya dapat memang ada ahli politik terlibat.

“Kalau dalam pilihan raya lalu kita mendapat tahu ada laporan bahawa terdapat parti politik yang dibiayai oleh wang perjudian, saya tidak mahu menuduh tetapi kalau mahu pembuktian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh keluarkan bukti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi di Bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas pendedahan Utusan Malaysia hari ini mengenai terdapat ahli politik yang melindungi sindiket haram tersebut bagi memastikan sindiket mesin judi haram terbabit tidak terjejas dan akan terus dilindungi daripada tindakan undang-undang.

Dalam laporan itu, Utusan Malaysia turut mendedahkan mengenai kewujudan kasino haram di Pulau Kuala Sangga, Perak dan premis perjudian haram yang terus beroperasi di Melaka biarpun berkali-kali diserbu.

Tegas Ahmad Zahid, dalam isu perjudian dan kegiatan jenayah, parti politik tidak boleh bersengkokol dengan individu dan pertubuhan haram dalam menyokong aktiviti yang dijalankan itu.

Mengulas lanjut katanya, bagi memerangi kegiatan perjudian haram itu pihaknya telah menubuhkan sebuah pasukan Taktikal Tiga dan menjalankan operasi secara berterusan.

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihak berkuasa tempatan (PBT), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), lembaga air negeri dan syarikat air untuk menjalankan penguatkuasaan bersama PDRM.

Ahmad Zahid turut mengalu-alukan pendedahan yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan yakin masalah tersebut dapat dikurangkan biarpun bukan mudah untuk menghapuskannya 100 peratus.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi menggesa supaya satu garis panduan dan kursus diberikan kepada penunggang bermotosikal besar berikutan berlaku banyak kematian melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi sejak akhir-akhir ini. -Utusan

Read More

"Mak, Saya Minta Maaf..." - Arwah Hazalli

KUALA LUMPUR 20 Okt. – “Mak, saya minta maaf”. Begitulah ungkapan maaf terakhir Hazalli Khalid, 32, salah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut di Lebuh Raya Karak, semalam, ketika melawat ibunya di kampung halaman, Kampung Padang Balang, Sentul, kelmarin.

Menurut bapa saudara mangsa, Khalid Yaacob, 59, ibu mangsa berasa sangsi apabila anak kedua daripada tujuh beradik tersebut tiba-tiba memohon maaf.

“Mengapa minta maaf, apa kesalahan yang awak dah lakukan. Tetapi Hazalli tidak menjawab pertanyaan itu,” kata Khalid sambil berlinang air mata ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Khalid berkata, anak saudaranya merupakan seorang yang cukup disenangi ramai dan sangat menjaga adabnya dengan golongan lebih dewasa.

Dalam kejadian di Lebuh Raya Karak kelmarin, mangsa merupakan seorang jurutera syarikat telekomunikasi maut setelah rentung akibat terlibat nahas motosikal berkuasa tinggi kelmarin.

Dalam pada itu, saudara mangsa, Mohd. Shaari Abdullah, 43, berkata, Hazalli merupakan seorang yang berperwatakan ceria ketika bersama ahli keluarga lain.

“Kali terakhir saya jumpa dia pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Apabila pulang ke kampung, pasti suasana akan lebih meriah dengan gelagatnya,” katanya.

Tambah Mohd. Shaari, keluarganya berharap orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar ketika kejadian bagi mengelak sebarang spekulasi yang tidak benar tentang mangsa. -Utusan

Jika Tau Tau English, Melayu Akan Ketinggalan - Tun M

BANGI – Memperolehi sesuatu pengetahuan melalui bahasa lain, termasuk bahasa Inggeris, tidak akan menjejaskan rakyat Malaysia atau bangsa Melayu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, kepentingan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris tidak harus dianggap sebagai tidak patriotik tetapi satu keperluan supaya negara dan rakyatnya boleh terus maju dengan pengetahuan yang diperolehi.

Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam bahasa Inggeris semasa beliau menjadi perdana menteri kerana menyedari kebanyakan bahan bacaan yang ada adalah dalam bahasa Inggeris, terutama bagi mereka yang mendaftar untuk belajar dalam bidang perubatan dan peringkat Sarjana dan PhD, sehinggalah ke hari ini.

“Saya sedar dengan tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran, orang kita akan ketinggalan dalam mengejar ilmu.

“Bukan saya tidak suka bahasa saya atau bangsa saya. Saya hanya menjadi pragmatis. Kita hanya akan merampas pengetahuan hanya kerana kita mahu menekankan penggunaan bahasa, “katanya.

Dr Mahathir menegaskan bahawa negara ini juga memerlukan orang yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang seperti sains dan teknologi, penyelidikan dan penemuan, katanya.

“Hanya jika kita menyumbangkan pengetahuan dan maklumat kepada dunia kita boleh menyatakan bahawa kita adalah sebuah negara maju,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada majlis pelancaran “UKM in Space”, program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mempromosikan sains angkasa di kalangan pelajar.

Ia diadakan sempena memperingati ulang tahun ketujuh pengembaraan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa.

Beliau berkata walaupun pelajar menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, perlu ada dorongan kuat untuk membawa bahasa Melayu ke tahap ‘bahasa ilmu’ seperti Rusia, Jerman dan Jepun.

Dr Mahathir berkata sekarang Malaysia telah menghantar manusia ke angkasa lepas, dan selepas itu perlu menggalakkan rakyatnya memperoleh pengetahuan yang diperlukan di bidang sains angkasa dan ‘bagaimana untuk membina roket’.

Di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kepada pelajar-pelajar bahawa mahir dalam bahasa Inggeris akan meningkatkan keyakinan mereka dalam berkomunikasi dengan dunia.

“Tidak ada refleksi kemajuan yang lebih besar bagi sesebuah negara daripada penglibatan pelajar-pelajar kita di peringkat antarabangsa. Ini adalah benar sama sekali,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran. -mStar

Read More

Rogol Gadis 15 Tahun, Penjual Burger Dipenjara 16 Tahun

Johor Bahru - Seorang penjual burger berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun.

Hairul Lisan Husin didapati bersalah oleh mahkamah kerana merogol gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan kira-kira pukul 3.15 pagi pada 10 Januari.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogolnya sebelum meninggalkannya di sebuah pusat karaoke.

Hakim Muhammad Jamil Hussin mandapati Hairul Lisan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Hairul Lisan berdepan hukuman penjara 20 tahun maksimum dan sebatan jika sabit kesalahan. -mStar

Deepavali: Video Viral Sempena Perayaan Tahun Ini

Sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1968, berduet dengan seorang pelakon berbangsa India kini viral dan memarakkan semangat perayaan Deepavali yang akan disambut esok. 

Lagu bertajuk ‘Pujaan Ku’ diperdengarkan pada awalnya dalam filem Gerimis terbitan tahun yang sama, dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Kd Murugan Selvam pada 10 Oktober lepas.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sebanyak 4375 kali dan mendapat 34 Like dan 1 Dislike.


P Ramlee menyanyikan lagu ini berduet dengan Chandra Shanmugam, dengan Chandra menyanyikan lagu berkenaan dalam bahasa Tamil.

Lirik lagu itu versi Bahasa Melayu ditulis oleh Datuk Jamil Sulong manakala lirik versi Tamil ditulis oleh RE Shanmugam.

Ketika zaman kegemilangan P Ramlee, seniman agung itu sentiasa menampilkan penglibatan ketiga-tiga kaum utama di Malaysia dalam filem arahannya tidak kira bergenre lucu, cinta, sedih mahu pun serius.

Pelakon berbangsa Cina dan India, diberi ruang untuk tampil dalam karya-karyanya.

Rata-rata peminat Facebook merindui zaman seperti itu, yang kelihatannya semakin jarang wujud dalam karya hari ini.

Gerimis adalah sebuah filem yang dibintangi oleh P Ramlee yang memegang watak Kamal, iaitu seorang pelukis yang jatuh cinta dengan seorang penari kelab malam India bernama Leela, yang dimainkan wataknya oleh Chandra.

Dalam filem ini, konfliknya berkisar tentang perkahwinan berlainan bangsa di negara seperti Malaysia.

Filem ini dikatakan telah membuka mata masyarakat pada zamannya terhadap isu bahawa rakyat sesebuah negara tidak sepatutnya meletakkan rasa iri atau benci kepada rakyat lain yang berlainan bangsa.

Read More

Lagenda Muhammad Ali Tenat, Kritikal...

Ahli sukan terbaik sepanjang zaman, legenda tinju, Muhammad Ali kini berada dalam keadaan yang amat kritikal, demikian menurut ahli keluarganya.

Muhammad Ali, 72 tahun mengidap penyakit Parkinson sejak 1984 dan kini keadaannya semakin serius apabila tidak boleh bercakap.

Anaknya, Ali Junior dan Rahman tidak menjangka keadaan bapanya bertambah teruk.

Rahman berkata, penyakit yang dihadapi Muhammad Ali telah menyebabkan bapanya itu semakin sukar untuk bercakap, bagaimanapun isteri kepada legenda tinju itu, Lonnie yang juga bekas jururawat merasakan suaminya mampu meneruskan hidup.

Khabar angin berhubung kea­daan Muhammad Ali mula terdengar apabila bekas jaguh tinju dunia itu tidak hadir sewaktu ta­yangan perdana filem tentang kisah hidupnya bertajuk I Am Ali pada minggu lepas.

Sepanjang kegemilangan Muhammad Ali pelbagai kejuaraan telah diraih, malah jaguh tersebut turut meraih tempat dalam kala­ngan rakyat Malaysia.

Pada 30 Jun 1975 Muhammad Ali pernah beraksi menentang Joe Bugner yang juga peninju berpengaruh dunia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur bagi merebut Tali Pinggang Tinju Heavyweight Sedunia (World Heavyweight).

Pertarungan bersejarah pada 1975 di Stadium Merdeka itu telah disaksikan secara langsung di seluruh tanah air (menerusi RTM) dan 59 buah negara lain. – AGENSI

Tarian Separuh Bogel: Penganjur Mohon Maaf Janji Tak Buat Lagi

ALOR SETAR - Penganjur pertandingan karaoke di sebuah pusat beli-belah yang mengundang kontroversi menampilkan peserta wanita berpakaian menjolok mata, Jumaat lalu, tampil memohon maaf kepada rakyat Kedah.

Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) cawangan Alor Setar, Ngoi Tuan Kem berkata, pihaknya kecewa kerana insiden itu berlaku tanpa tanpa diduga.

"Kami tidak sangka perkara itu boleh berlaku. Sebelum pertandingan, ahli jawatankuasa program sudah menetapkan kod etika pemakaian termasuk syarat persembahan pada borang penyertaan. 

"Persembahan itu juga dihentikan ketika azan Magrib," katanya.

Tuan Kem berkata, pihaknya akan memastikan perkara seumpama tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Mungkin wujud salah faham dalam penganjuran kali ini. Kami mohon maaf kepada semua pihak dan sebagai NGO belia yang bernaung bawah Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), kami faham pentingnya untuk menghormati sensitiviti agama dan budaya masyarakat lain,” katanya.

Sementara, Presiden MBNK, Mohd Aizad Roslan berkata, penjelasan penganjur diharap dapat menjernihkan semula kekeliruan yang timbul.

“Saya harap perkara seperti itu tidak lagi berulang dan jadikan ia sebagai pengajaran kepada semua pertubuhan belia di negeri ini, supaya lebih berhati-hati dalam penganjuran program agar keharmonian pelbagai agama dan kaum terpelihara,” katanya. -Sinar Harian

Read More
Newer Posts Older Posts Home