"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Friday, 31 October 2014

"Comolot" Wanita, Penganggur Di Penjara 2 Bulan

JOHOR BAHRU – Akibat mencium mulut seorang wanita minggu lalu, seorang penganggur menerima padah apabila dihukum penjara dua bulan Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Dall Zakaria, 26, di sini, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sri Pandan, di sini, pada jam lebih kurang 5.00 petang, 25 Oktober lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Dall didakwa menggunakan kekerasan jenayah, mencabul kehormatan seorang wanita, Nor Baizura Mahat, 29 dengan mencium mulut.

Majistret Mohd Azlan Shah Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – Sinar Harian

Read More

Teletubbies "Kaler" Kuning Ditangkap Polis Curi Makanan

Penghujung bulan Oktober merupakan masa untuk perayaan Holloween, maka suasana berubah secara total kerana kebanyakan masyarakat mengenakan pelbagai kostum menarik bagi meraikannya.

Mengambil kesempatan tersebut, seorang pencuri yang memakai kostum Teletubbies kuning memecah masuk rumah seorang temannya. Namun peliknya, dia berbuat demikian hanya untuk mencuri makanan!

Menurut portal Huffington Post, kes ini berlaku di Penslyvania apabila polis menangkap seorang lelaki kerana dipercayai melakukan jenayah berkenaan lalu mencuri hidangan makanan Cina di dalam peti sejuk.

Walau bagaimanapun, pemilik rumah tersebut menolak untuk mendakwa lelaki tersebut atas tuduhan memecah masuk rumah.

Kes kecurian dan pecah rumah sering dilaporkan setiap kali tiba musim perayaan Holloween kerana kebanyakan individu menggunakan kostum dan parti sebagai kelebihan buat mereka untuk melakukan aktiviti tersebut.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Awas Peniaga Online, SSM Mengintai Anda!

Selalu memandang enteng hal seumpama ini, akhirnya pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bakal mengadakan pemantauan secara serius di laman-laman sosial bagi menjejaki para peniaga yang menjual secara online yang tidak memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.

Ini rentetan daripada penggunaan Peraturan Peniaga Dalam Talian yang telah dimaklumkan sejak Julai 2013 yang lepas.

Namun dilihat kebanyakkan peniaga-peniaga online masih lagi tidak ambil endah hingga kerajaan akhirnya perlu bertindak dan memberi penekanan terhadap hal ini.

Menerusi sebuah notis yang dipaparkan E-Commerce Milo, pihak SSM telah memulakan proses pemantauan kepada beberapa peniaga di Facebook bagi memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat.

ssm-notice-facebook-page

Sebelum ini, rata-rata peniaga online menyangka peraturan yang dikuatkuasa adalah dikhususkan kepada web semata-mata namun ternyata silap kerana kesemua peniaga berasaskan dalam talian dikehendaki mengikuti peraturan ini.

kedai-online

Pihak SSM turut memaklumkan bagi peniaga yang masih lagi tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan bakal dikenakan caj penalti sehingga RM5000.

Walaubagaimanapun, jika ada peniaga online yang hanya berniaga secara kecil-kecilan atau merupakan sebuah syarikat kecil boleh mendaftarkan syarikat di SSM dengan harga RM60 setahun bagi mengelakkan tindakan undang-undang dan penalti dikenakan.

Makanya, beringatlah kesemua peniaga online termasuk Facebook dan Instagram kerana anda diwajibkan untuk memaparkan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat sebelum dikenakan apa-apa tindakan.

facebook-about-company-sugarscarf

Contoh paparan nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat pada laman Facebook

facebook-about-company-pgmall

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Tak gitu? -Mynewshub.cc

Read More

Tidak Pam Tandas Bawa Padah Pada Lelaki Ini

Sikap pengotor dan cuai seorang pencuri akhirnya memakan diri sendiri apabila dia ditahan kerana bukti DNA yang dijumpai di sebuah rumah yang dipecah masuk menunjukkan dirinya adalah individu yang melakukan perkara tersebut.

Menurut polis Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, seorang lelaki menjadi suspek tunggal kes kecurian bernilai USD 250 ribu kerana DNA miliknya ditemui melalui kesan urin (air kencing) di tandas.

Lelaki tersebut, Ramon Herrera yang berusia 33 tahun dikatakan telah membuang air kecil pada hari kejadian namun terlupa untuk pam tandas, sebelum membawa lari barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

Selain itu, Herrera juga meninggalkan DNA pada tin minuman Coke yang diminumnya ketika berada dalam rumah itu.

Selepas siasatan pihak polis, kedua-dua DNA itu memang sepadan dengan Herrera.

Kini ditahan di Penjara Daerah Bernalillo, Herrera bagaimana pun mengaku tak bersalah atas tuduhan tersebut.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Antara Peninggalan Sejarah Islam Yang Menakjubkan!

Kalau kita berbicara tentang sejarah Islam, pastinya ditemui terlalu banyak peninggalan-peninggalan tamadun Islam yang besar lagi hebat. Selama 14 abad umat Islam telah melakoni kehidupan yang membentuk peradabannya. Ia sekali gus membuatnya berada pada pencapaian-pencapaian tertentu.

Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW tentu tidak boleh disamakan dengan apapun di dunia ini, malah tidak boleh disebut sebagai peninggalan, kerana keduanya masih dipakai sebagai petunjuk umat manusia. Berikut disediakan tujuh peninggalan sejarah Islam yang besar serta hebat.

Itulah antara tujuh peninggalan Islam yang hebat. Dan jika kita cuba mengaitkannya satu sama lain, akan nampak satu kaitan erat setiap satunya iaitu ilmu pengetahuan. Kurniaan Allah SWT kepada manusia adalah ilmu pengetahuan.

Dengan ilmu manusia mendapat kuasa di muka bumi ini. Begitu pentingnya ilmu di dalam Islam, sehingga banyak kitab yang menjadikannya ilmu sebagai bab tersendiri. Seperti Kitab Hadis Bukhari yang salah satu babnya membahas tentang hadis-hadis yang berhubungan persoalan ilmu.

Pedang tertajam di dunia


Keika terjadinya Perang Salib, pasukan tentera salib telah dikejutkan oleh kemampuan sebilah pedang yang mampu menembus baju perisai. 

Pedang itu adalah pedang Damaskus. Diceritakan, hebatnya pedang Salahuddin Al-Ayubi itu mampu membelah sapu tangan sutera yang melayang jatuh ke atasnya, mampu memotong pedang lawan dan mampu membelah batu tanpa ia menjadi tumpul.

Prof Dr. Peter Paufler dan kumpulannya di Teknikal Universiti Dresden, Jerman telah menemui tiub karbon nano (carbon nanotube) di dalam pedang yang digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam peperangan salib.

Carbon nanotube inilah yang telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam sangat istimewa. Penemuan ini telah diterbitkan oleh jurnal Nature (antara jurnal saintifik paling berpengaruh di dunia) pada 2006.

SEBUAH mushaf Uthmani, al-Quran tertua di dunia masih tersimpan di sebuah perpustakaan di wilayah Hasimam, sebuah tempat yang cukup jauh daripada hiruk-pikuk kota dan pengunjung. 

Namun, halaman daripada mushaf tertua ini hanya tersisa sekitar 250 lembaran. Berdekatannya terdapat sebuah masjid yang menyimpan pelbagai macam peninggalan Islam di Asia tengah.

KOTA Granada merakam jejak peradaban Islam yang gemilang di Eropah. Masih banyak bekas peninggalan dinasti Umaiyyah II yang masih berdiri gah di kota Granada, salah satunya adalah Istana dan Benteng Al-Hambra. 

Benteng ini menjadi salah satu tujuan pelancongan utama di Sepanyol, kerana keindahan seni binanya yang unik.

IBNU Sina adalah seorang ilmuwan dan ahli falsafah abad ke-10 Masihi yang banyak disebut sebagai bapa ilmu kedoktoran modern. Di Barat, beliau dikenal dengan nama Avicena. 

Salah satu peninggalan monumental Ibnu Sina adalah kitab Qanun fi Altib atau sering disebut The Canon of Medicine.

Kitab ini menjadi rujukan para doktor selama berabad-abad hingga abad-17. Avicena lahir dari kota Afsyanah di wilayah Uzbekistan.

Read More

Tak Boleh Suka-Suka Hati Dakwa Orang...

PUTRAJAYA – Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menegaskan beliau tidak membuat keputusan untuk melakukan pendakwaan secara sendiri dan “sesuka hati” tetapi berlandaskan undang-undang.

Katanya kuasa pendakwaan dijalankan secara berkira dengan mengambil kira laporan polis yang dibuat dan budi bicara yang meletakkan hak pada Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan pendakwaan dibuat secara bersama. Saya tidak ambil keputusan sendiri. Saya tidak boleh tuduh orang sesuka hati. Sama ada orang suka atau tidak ia bukan isu. Tetapi ia berlandaskan undang-undang,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Peguam Negara di sini.

Bercakap kepada Bernama selepas perhimpunan bulanan itu, Abdul Gani berkata beliau bersedia untuk disoal siasat sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi dan bukti bahawa beliau menyalahgunakan kuasa dalam kes pendakwaan.

Beliau berkata mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jika benar-benar saya ada salah guna kuasa, boleh laporkan. Saya tiada masalah,” kata Abdul Gani.
Dalam laporan media sebelum ini, Abdul Gani dikritik kerana didakwa diskriminasi, silap dan gagal dalam perjalanan budi bicara pendakwaan serta berlaku pertambahan dalam pertuduhan membabitkan Akta Hasutan 1948.

Bagi mengekalkan Jabatan Peguam Negara sebagai jabatan yang telus, Abdul Gani berkata tindakan tegas akan dikenakan ke atas pegawainya yang didapati terlibat dalam sebarang kesalahan undang-undang dan menimbulkan isu yang negatif.

"Kita tidak menunggu masa yang lama untuk mengambil tindakan. Apabila sesuatu isu timbul, kita akan keluarkan dulu pegawai itu dari tempatnya berkhidmat. 

"Bersalah atau tidak itu perkara kedua, kita tidak tunggu keadaan jadi bertambah buruk. Dalam tempoh dua bulan sahaja kita akan ambil tindakan buang kerja atau tahan gaji," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai bentuk tindakan yang akan diambil bagi mencerminkan ketegasan jabatan terbabit terhadap kakitangannya.

Pada 2009, seorang Timbalan Pendakwa Raya Md Azar Irwan Mohd Arifin didakwa atas kesalahan meminda minit arahan kertas siasatan terhadap tiga suspek kes dadah. – BERNAMA

Read More

Jenayah Ceroboh Universiti: AUKU Tidak Perlu Dipinda

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani isu pencerobohan haram di Universiti Malaya (UM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata isu itu boleh ditangani pihak universiti tanpa perlu penambahan atau pindaan kepada akta sedia ada.

“Lagipun, ini adalah urusan universiti. Pihak kementerian tidak pernah campur tangan dalam urusan pentadbiran universiti, baik dari segi kegiatan, proses pembelajaran dan sebagainya termasuk apa yang berlaku di UM baru-baru ini,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian sebagai mengulas insiden membabitkan 300 belia termasuk beberapa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang merempuh masuk pintu pagar UM pada Isnin malam untuk menghadiri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya dijadual berlangsung di dewan universiti itu.

Program itu tidak mendapat kebenaran UM dan pihak keselamatan universiti itu mengunci pintu pagar utama universiti.

Pihak UM sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu dan sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap pelajar terbabit mengikut AUKU dan perlembagaan universiti itu.

Muhyiddin berkata, beliau sudah dimaklumkan bahawa perkara itu sedang diperhalusi pihak pentadbiran universiti, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Katanya, tanggungjawab menangani isu itu terserah kepada kebijaksanaan pentadbiran universiti itu untuk mengguna pakai peruntukan AUKU berdasarkan fakta-fakta yang ada.

“Kalau terbukti kesalahan dari segi peraturan universiti di bawah AUKU atau undang-undang lain seperi Kanun Jenayah ataupun undang-undang keselamatan, maka terserah kepada pihak pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan yang sesuai,” katanya.

“Kalau sesiapa masuk tanpa kebenaran tanpa membuat apa-apa pun, ia adalah satu kesalahan kerana kawasan kampus universiti adalah kawasan persendirian. Apatah lagi, jika melakukan kesalahan-kesalahan yang saya lihat melalui gambar media berbentuk keganasan,” katanya. – BERNAMA

Read More

Ketua Menteri Terus Pertahan "Polis Ciptaan"nya...

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan terus mempertahankan kesahihan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sehingga jelas terbukti pasukan itu adalah haram oleh mahkamah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata jika benar pasukan yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri itu adalah pertubuhan haram, mengapa Peguam Negara dan polis mengambil masa yang lama untuk mensabitkan PPS ke mahkamah.

“Lanjutan tempoh jaminan terhadap 157 anggota PPS yang ditahan pada 31 Ogos lepas menunjukkan bahawa peguam negara dan pihak berkuasa berkenaan tidak ada bukti yang kukuh semasa menangkap anggota PPS. Ini adalah kali kedua, tempoh jaminan dilanjutkan oleh polis.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung,” katanya pada sidang akbar di sini hari ini.

Semalam, polis melanjutkan tempoh jaminan 157 anggota PPS yang berakhir semalam sehingga 1 Dis ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata lanjutan tempoh itu adalah kali kedua selepas kali pertama surat jaminan selama 30 hari dikeluarkan 30 Sept lepas.

Lim berkata pihaknya juga bersedia untuk mengemukakan bukti di mahkamah dan menunggu sehingga 1 Dis ini untuk tindakan selanjutnya.

Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia disusuli penahanan exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu manakala Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik pada 4 Sept. – BERNAMA

Read More

Guru Wanita Dikhuatiri Lemas, Terjatuh Di Sungai Muda

SUNGAI PETANI – Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata kawasan operasi pada hari ini diperluaskan bagaimanapun keadaan air sungai yang keruh serta deras melambatkan kerja-kerja mencari.

Beliau berkata lapan anggota unit Skuba terbabit dalam operasi itu dengan dibantu tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani.

Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk tempatan serta kaum keluarga mangsa, katanya di sini hari ini.

Anggota Bomba terpaksa menggunakan bot sepanjang operasi kerana keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.

Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.

Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan awalnya di dua kawasan berdekatan termasuk kawasan semak dan ladang kelapa sawit berdekatan tempat kejadian dan dalam sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.

Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. – BERNAMA

Read More

10 Permainan Popular Bagi Budak Sekolah Rendah Tahun 90-an

Apabila kita mengimbas kembali kenangan di zaman sekolah, pasti ada kenangan tersendiri bersama kawan-kawan yang menyeronokkan.

Di sini, kami senaraikan beberapa aktiviti dan permainan yang kami mahu budak-budak zaman sekarang tahu, zaman 90-an lebih menarik dari zaman sekarang yang dibanjiri pelbagai peranti pintar seperti tablet, ipad dan phablet.

Hanya orang yang melaluinya faham bertapa meriahnya permainan zaman kanak-kanak dulu. Ah, kami rindu kawan-kawan sepermainan!

1. Permainan titik titik (the dots game)

game dak sekolah

Permainan ini cukup popular satu ketika dahulu kerana ia sangat kreatif. Seperti biasa buku matematiklah yang menjadi mangsa kami kalau terasa nak berentap dengan kawan-kawan.

Cara permainannya sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah buku kotak-kotak dan dua batang pen berlainan warna. Jika anda dapat mengepung titik lawan tanpa skip satu titik pun, maka anda dikira pemenang.

2. Permainan Tekan Pemadam

dak2

Selalunya pemadam yang berbentuk empat segi dan leper akan digunakan. Permainan tekan pemadam ini memerlukan dua pemain. Caranya, tekan pemadam milik sendiri sehingga pemadam kepunyaan kita berjaya menindih pemadam milik kawan.

3. Digimon

dak3

Siapa memiliki peranti ini masa tu, anda secara ajaibnya digelar orang paling “hensem” dan popular di sekolah.

4. Tamiya

dak4

Masihkah anda ingat siaran animasi Dash Yonkuro? Kami pasti akan menonton terlebih dahulu sebelum bermain permainan ini yang merupakan satu trend ketika itu. Longkang yang panjang dijadikan trek litar perlumbaan. Permainan ini biasanya melibatkan dua ke lima orang.

5. Kad Pokemon

dak5

Kad pokemon juga pernah menjadi trend ketika itu.

6. Yoyo

dak6

Walaupun komputer lebih menyeronokkan, tetapi yang pasti kita lagi banyak main yo-yo!

7. Gasing

gasing

Permainan yang akan dimain sewaktu rehat tengahari di sekolah dan sangat terkenal sebagai aktiviti penduduk kampung di sebelah pantai timur.

8. Permainan Tutup Botol

dak8

Biasa dimainkan selepas habis kelas atau sewaktu menunggu bas sekolah. Permainan menggunakan tutup botol ini antara permainan ‘mudah alih’ yang sangat terkenal. Permainan ini memerlukan lima biji penutup botol dan anda hanya perlu selerakkannya untuk memulakan permainan.

9. Batu Seremban

dak9

Tak lupa juga untuk perempuan, batu seremban kan.

10. Origami Kapal Angkasa

dakdakdak

Kreativiti kami ketika kecil tidak terbatas dan origami kapal angkasa ini sememangnya jadi kegemaran. Jika dilihat kapal di atas ini, ia adalah asas kepada kapal kami suatu ketika dulu. 

Kerja-kerja modifikasi seperti mewarnakan kapal angkasa kadang-kadang turut dilakukan supaya nampak lebih ‘gempak’.


Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Sikap Sebenar Majlis Peguam Didedah

KUALA LUMPUR - Badan Peguam Malaysia perlu menjelaskan mengapa Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara, Datuk Seri Gopal Sri Ram dibenarkan mewakili Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan kes sodominya.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu bertentangan dengan usul badan peguam itu pada mesyuarat agung tahunannya awal tahun ini.

Mesyuarat 15 Mac badan itu menerima usul bahawa hakim-hakim mahkamah lebih tinggi yang bersara dilarang dari mewakili anak guam di mahkamah.

Menurut Tan, jika amalan sedemikian dibenarkan ia mungkin memberi kesan 'intimidasi' terhadap hakim mahkamah, dan lebih buruk lagi, ia memberi persepsi bahawa hakim bersara/peguam berkenaan dan anak guamnya memiliki kelebihan ke atas peguam lain.

"Pemuda Gerakan menggesa badan peguam itu menjelaskan sama ada dalam hal ini terdapat pengecualian istimewa buat Anwar," katanya.

Bagaimanapun, pada September tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa seseorang hakim Mahkamah Tinggi yang bersara boleh bertindak sebagai peguam dalam kes sivil.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rauf Sharif memutuskan bahawa ini selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak (seseorang) meraih sumber pendapatan. - Bernama

Read More

"Datuk Seri" Diculik Keluarga Isteri Sendiri?

 

Sejak kelmarin, sebuah video memaparkan seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam kereta dipercayai diculik di depan sebuah restoran, menjadi viral di laman sosial.

Individu yang merakam video kejadian ini pada petang selasa lalu, merupakan pelanggan restoran yang risau jika apa yang disaksikannya itu adalah satu kejadian culik.

Lantas dia bukan sahaja memuat naik rakaman kejadian malah membuat satu laporan polis.
Tindakan pelanggan ini boleh dipuji kerana ternyata masih ada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib orang lain.

Di bawah adalah video dimaksudkan:


Bagaimana pun, cerita sebenar di sebalik insiden culik ini rupa-rupanya agak lucu.

Berdasarkan laporan akhbar hari ini, lelaki yang dipaksa masuk ke dalam kereta dalam rakaman tersebut rupa-rupanya ‘diculik’ oleh keluarga belah isterinya untuk dibawa pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalah rumah tangga.

Tambah menarik, lelaki tersebut diberitakan seseorang berpangkat "Datuk Seri".

Moral daripada kejadian ini adalah, para suami tidak sepatutnya melarikan diri apabila menghadapi masalah keluarga sebelum menyelesaikannya.

Bukan apa dibimbangi jika isteri anda senekad "Datin Seri" dalam cerita ini maka adegan filem Hindi mungkin akan berlaku dan menggemparkan seluruh negara!

Apa pun, nasib "Datuk Seri" dalam video di atas tak perlu dibimbangkan kerana difahamkan, beliau dalam keadaan selamat dan sudah pun ke balai polis untuk memberi keterangan bersama isteri dan anggota keluarga yang ‘menculiknya’ tempoh hari. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Breaking News: Surah Al-Kafiruun Diwahyukan Allah Merujuk Pada Orang UMNO?

Dalam era politik masa kini, segelintir pihak mencuba pelbagai cara untuk menarik sokongan orang ramai hingga sanggup membuat tafsiran salah kepada ayat-ayat suci Al-Quran.

Ada sekumpulan manusia yang berpayungkan perjuangan pembangkang dikesan membuat tafsiran salah melibatkan Surah Al-Kaafiruun yang menjurus kepada perbezaan orang Islam dan orang Kafir diterjemahkan mengikut fahaman politik dari segi parti dan perjuangan.

Surah dengan enam ayat itu menjelaskan tentang tekad umat Islam untuk tidak mengikut apa yang disembah oleh orang kafir dan tidak mengikut apa yang dipercayai oleh mereka.

Al-Kafiruun

Laman sosial Facebook menjadi medan penyebaran tafsiran salah ini, dengan menjurus perbezaan antara ahli bukan UMNO dan ahli UMNO.

Menurut laman Facebook yang jelas tidak berpihak kepada UMNO itu :-

“Katakanlah wahai kaum Muslimin!!

“Hai orang-orang UMNO! Kami tidak akan menyokong dasar yang kamu dokong dan kamu tidak mahu sokong dasar Islam yang kami dokong.. dan kami tidak akan bersubahat atas apa yang kamu buat.. dan kamu pula tidak mahu laksanakan atas apa yang Islam perintahkan.. Bagi kamu jalan kamu dan bagi kami jalan kami,” menurut laman Facebook itu.

PembangkangTafsir

Perbuatan keji ini jelas menghina ayat Al-Quran yang sebenarnya menjelaskan tentang perbezaan fahaman AGAMA dan bukan fahaman POLITIK dalam kalangan umat Islam.

Tuduhan bahawa UMNO tidak menyokong Islam seperti didakwa dalam posting berkenaan juga memperlihatkan fitnah apabila UMNO memberikan perhatian kepada agama Islam begitu utama sesuai dengan keadaannya di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Agama Persekutuan.

Peruntukan agama Islam di dalam Perlembagaan membolehkan kerajaan menguruskan pembangunan dan hal ehwal Islam secara langsung melalui kerajaan, bukan seperti negara-negara lain yang tidak meletakkan agama dalam perlembagaan mereka.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu forum di Pengkalan Kubor, Kelantan pada 20 September lepas berkata peruntukan itu membolehkan Malaysia melakukan apa yang diperlukan berkaitan Islam dengan menggunakan peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri-negeri di seluruh negara.

Dr Asyraf mengambil contoh negara Turki, yang biarpun majoriti penduduknya beragama Islam tetapi di dalam Perlembagaan Turki tiada peruntukan agama hinggakan satu masa dahulu Turki diisytiharkan di dalam Perlembagaannya sebagai negara sekular.

Menurut beliau, negara sekular bermaksud kerajaan dan Islam tidak diletakkan di dalam satu sistem pentadbiran tetapi diasingkan.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Kanak-Kanak 3 Tahun Diikat Pengasuh Tak Tahan Nakal

Kejam dan tidak berhati perut! Hanya kerana didakwa nakal, seorang pengasuh sanggup mengikat kaki dan tangan seorang kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun.

Namun, intuisi seorang ibu yang berasa pelik dengan keadaan anaknya yang lapar ketika pulang sejak beberapa hari lalu, mengambil keputusan menerjah rumah pengasuh tersebut yang terletak di Taman Sri Pinang, Butterworth, Pulau Pinang.

Memetik laporan akhbar Harian Metro, sangkaan ibu tersebut tepat apabila mendapati anaknya diperlakukan sedemikian rupa.

Malah, ketika kejadian, pengasuh terbabit tiada di rumah dan hanya meninggalkan anaknya yang berusia 11 tahun untuk menjaga kanak-kanak malang itu.

Lantas, wanita tersebut yang bekerja di sebuah kilang terus membuat laporan polis dan pengasuh itu ditahan pada hari sama.

Menurut satu sumber, “Wanita berusia 38 tahun itu menghantar anak lelakinya ke rumah pengasuh berusia 39 tahun di kawasan flat sama, sejak Jun tahun lalu dan pada hari kejadian, dia menghantar anaknya seperti biasa jam 5.30 pagi.”

“Sebelum ini, tiada masalah, namun wanita itu curiga selepas anaknya pulang daripada rumah pengasuhnya dalam keadaan lapar sejak beberapa hari lalu.”

“Pengasuh mendakwa mengikat tangan kanak-kanak itu menggunakan tali pinggang dan kaki dengan tali kerana dia terlalu nakal, namun tiada kecederaan lain dilaporkan pada mangsa.”

Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) mengesahkan laporan berkenaan dan berkata, suspek akan ditahan sehingga esok bagi siasatan lanjut.

Read More

Awas Malaysia: ISA Tiada, Ketua Pengganas India Cuba Masuk Ke Negara Kita..!

KOTA BHARU - Ketua kumpulan pengganas India yang dikatakan kini berada di Thailand dipercayai mempunyai perancangan untuk menyusup masuk ke Malaysia.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman berdasarkan maklumat dan risikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pergerakan penjenayah terbabit, Jagtar Singh Tara.

 “Jagtar berasal dari Pakistan dan namanya tersenarai dalam Red Alert Interpol kerana dikehendaki berikutan insiden pengeboman di Punjab yang menyebabkan 18 terbunuh,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, laporan dari pihak negara jiran, Thailand juga mendapati penjenayah terbabit masih bersembunyi di negara mereka dan merancang untuk masuk ke negara ini.

Rosli berkata, pihak polis akan menahan Jagtar sekiranya dia dijumpai dan penjenayah berkenaan akan disiasat oleh PDRM terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya dilakukan.

Read More

Samsung Rugi, Saingan Semakin Sengit

Antara produk Samsung
Samsung pada Khamis melaporkan keuntungan yang menguncup - yang pertama dalam tempoh tiga tahun - sebahagian besarnya disebabkan unit telefon pintarnya menerima saingan sengit daripada iPhone6 dan produk dari China dan Taiwan seperti Lenovo, Asus dan Oppo.

Keuntungan bersih yang dicatatkan oleh syarikat elektronik Korea Selatan itu ialah Won4.22 trilion  (AS$4 bilion) dari Julai sehingga September tahun ini.

Jumlah ini walaupun masih tinggi tetapi memperlihatkan kejatuhan sehingga 48.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Ia juga adalah yang terendah sejak 2011.

Manakala keuntungan operasi turut memperlihatkan kejatuhan sehingga 60 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu kepada Won4.06 trilion.

Jumlah jualan pula mencatatkan kejatuhan sebanyak 20 peratus kepada Won47.4 trilion, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung.

Unit mobil firma elektronik terbesar dunia itu mencatatkan keuntungan operasi sekadar Won1.75 trilion iaitu satu kejatuhan angka yang mendadak berbanding  Won6.7 trilion yang diperolehinya setahun yang lalu.

Samsung mempunyai pelbagai unit produk tetapi unit mobilnya merupakan penjana pendapatan dan keuntungan yang paling besar sejak telefon pintar menguasai pasaran.

Hanya enam bulan yang lalu, keuntungan operasi unit mobil Samsung menyumbang 76 peratus daripada keuntungan operasi keseluruhan firma berkenaan tetapi kini jumlah tersebut menguncup hanya kepada 43 peratus sahaja.

"Harga purata jualan runcit telefon pintar telah menunjukkan kejatuhan ekoran pertambahan di pasaran telefon pintar berkuasa sederhana dan rendah serta persaingan sengit daripada jenama-jenama lain," jelas Samsung.

Samsung memperkenalkan produk terbarunya Galaxy S pada April tetapi sambutan luar biasa yang diterima oleh pesaing terdekatnya iaitu iPhone6 baru-baru ini telah menjejaskan jualannya secara keseluruhan.

Kini pasaran yang dikuasainya selama ini semakin diambilalih oleh segmen telefon pintar sederhana dan separa sederhana yang dikeluarkan oleh China.

Samsung menyaksikan kejatuhan penguasaan pasaran globalnya kepada 25.2 peratus pada suku kedua tahun ini daripada 32.6 peratus penguasaan pasarannya setahun yang lalu.

Sebaliknya, dua gergasi dari China iaitu Huawei dan Lenovo Xiaomi menyaksikan penguasaan pasaran mereka meningkat kepada 17.3 peratus tahun ini berbanding 11.4 peratus tahun lalu.

Jelas Samsung pasaran mobil mereka kekal sebagaia bahagian yang berhadapan dengan ketidaktentuan pada masa hadapan.

Naib Presiden Kanan Unit Mobil Samsung, Kim Hyun-Joon berkata, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan merombak secara dramatik produksi segmen sederhana dan separa sederhana.

"Struktur perniagaan Unit Mobil memerlukan perubahan drastik untuk menangani persaingan sengit sektor sederhana dan separa sederhana," ujarnya.

Tetapi para penganalisa melihat sebaliknya.

"Samsung sebenarnya berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi pasaran China yang besar kerana China sendiri sudah mampu menghasilkan produk mereka sendiri yang setara dengan Samsung bagi segmen sederhana dan separa sederhana," kata Lee Min-Hee, seorang penganalisa di IM Investment and Securities.

Produk Lenovo telah menyingkirkan Samsung sebagai produk paling laris di China dalam segmen telefon pintar dengan penguasaan pasaran sebanyak 14 peratus berbanding Samsung pada kadar 12 peratus pada suku kedua tahun ini.

Salah satu daripada perbezaan paling ketara ialah pada harganya.

Produk telefon pintar Lenovo paling murah boleh diperolehi pada harga AS$100 manakala Siri Galaxy Samsung sekitar AS$500.

Ini sudah memadai untuk menjadi daya penarik bagi sebuah negara sepertimana China. -mStar

Read More

Masa Depan Hasnul, Shaari Ditentukan Ahad Ini

Keputusan rayuan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang digantung keahliaan selama setahun oleh Jawatankuasa PAS pusat akan diketahui 2 November ini.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura Ulama akan mengadakan mesyuarat pada Ahad ini bagi menentukan nasib dua Adun berkenaan.

"Surat rayuan daripada kedua-dua Adun berkenaan telah saya terima pada Isnin. Oleh itu, mesyuarat Majlis Syura pada 2 November ini akan menentukan sama ada rayuan yang dikemukakan oleh mereka akan diterima atau sebaliknya.

"Mesyuarat akan dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Pejabat PAS pusat, Jalan Raja Laut, pada pukul 5 petang," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Ditanya sama ada kedua-dua Adun berkenaan akan dipanggil, Nik Muhammad Zawawi berkata: "Tidak.. Majlis Syura Ulama tidak akan panggil mereka. Sebaliknya mesyuarat pada hari tersebut akan membuat keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan."

Sementara itu, Saari ketika dihubungi berkata, beliau telah mengemukakan rayuan pada Isnin lalu dan kini terserah kepada Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.

"Saya tunggu maklum balas daripada Majlis Syura Ulama baru saya boleh ulas lanjut, semuanya terserah kepada mereka," katanya.

Pada 11 Oktober lalu, Jawankuasa PAS pusat membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Bagaimanapun, kedua-dua Adun berkenaan diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan dibuat kepada Majlis Syura Ulama parti mengikut fasal fasal 83 (4) (5)  Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan menteri besar Selangor.

Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan menteri besar selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan. -mStar

Read More

Video: Wanita Ditanggal Baju, Coli Gara-Gara Curi Pakaian

Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri. 

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.

Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.

“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu.

“Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.


Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya.

Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.

Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. – Agensi

Read More
Newer Posts Older Posts Home