"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Monday, 3 November 2014

Ratu Cantik Pondan 2014: Peserta Malaysia "Hendra" Tersenarai Finalis

Pemenang 2013, Marcelo Ohio dari Brazil (tengah) bersama sebahagian peserta tahun ini.
Pemenang 2013, Marcelo Ohio dari Brazil (tengah) bersama sebahagian peserta tahun ini.
Pertandingan ratu cantik selalunya disertai oleh kaum wanita ‘sejati’ sahaja namun, ada sebuah pertandingan ratu cantik yang gilang gemilang khusus bagi golongan transgender.

Sama seperti pertandingan ratu cantik biasa, ia kononnya bagi memberi peluang kepada golongan ini memperlihatkan kecantikan luaran dan dalaman mereka.

Acara ini sudah menjadi acara tahunan dan dikenali sebagai Miss International Queen. Pertandingan ini disertai pondan-pondan cantik dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Syarat pertandingan, peserta dibenarkan terdiri daripada maknyah yang sudah atau belum melakukan pembedahan jantina tetapi mereka mestilah asalnya dilahirkan sebagai lelaki.

Hadiah utama ditawarkan adalah wang tunai USD12,500 dan apa sahaja jenis pembedahan idaman mereka tak kiralah untuk ‘mengganti anu’ mahupun pembedahan kosmetik untuk kecantikan.

Tahun ini, Miss International Queen yang sudah masuk ke tahun 10 penganjurannya sudah pun bermula dengan keputusan akhir akan diumumkan 7 November ini di Tiffany’s Show Theatre, Pattaya, Thailand.

Seramai 25 finalis dari 21 negara bertanding pada tahun ini dan di bawah sebahagian daripada rupa peserta pertandingan ratu cantik paling berprestij dalam kalangan transgender bagi 2014…

Desktop10_01 (1)
Desktop10_04Desktop10_02Desktop10_05 Desktop10_06

Memang cantik betul wajah-wajah peserta ini selepas dilakukan ‘pembaikian’ hormon, sampaikan sesetengahnya sukar nak perasan jantina sebenarnya adalah lelaki.

Sebagai wanita sejati, kakak sendiri amat makan hati melihat mereka-mereka ini! Hahaha… -Mynewshub.cc

Read More

Chef Riz Pinang Kakak Emma Maembong Yang Cun Melecun Tu Esok!

Hampir dua tahun hidup menduda, akhirnya chef selebriti terkenal Chef Riz membuat keputusan menikahi kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong, dijadualkan pada Disember ini.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis meminang kekasihnya itu akan dilakukan pada Selasa (esok).

“Insya-Allah, esok saya akan menghantar rombongan merisik dan meminang Shikin. Kami merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini iaitu Disember.

“Kami buat majlis secara sederhana sahaja kerana ini perkahwinan kedua saya. Kemungkinan kami hanya buat majlis nikah sahaja dan bersanding pada tahun hadapan,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip dia dan pasangannya bakal berkahwin dalam masa terdekat.

Sementara itu katanya, keputusan untuk mengadakan majlis meminang dan pernikahan bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya mencari masa lapang ayahnya, Chef Wan dan ayah kekasihnya Ismail Embong.

“Ia bukan tergesa-gesa atau ada sebab tertentu tetapi kerana saya tunggu masa Chef Wan yang selalu sibuk dan masa ayah Shikin untuk kami datang meminang. Sepatutnya kami rancang pada bulan April lalu, namun banyak sangat kekangan dan terpaksa ditangguhkan sehingga Disember.

“Kalau ikutkan saya yang sudah status duda ini boleh sahaja datang meminang sendiri, tetapi fikir balik lebih elok saya ikut adat dan kena tunggu masa yang sesuai,” ujarnya.

Sementara itu, Chef Riz berkata, dia ingin majlis tersebut berlangsung secara sederhana tanpa sebarang liputan media.

Katanya, kegagalan perkahwinan lalu menyebabkan dia serik untuk berkongsi hal peribadi kepada umum.

“Saya mahu majlis perkahwinan berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga sahaja kerana peristiwa perkahwinan lalu banyak memberi pengajaran pada saya,” ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu. Shikin berumur 31 tahun.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012. – mStar

Read More

"Lelaki Y" Terbukti Anwar, Tegas Shafee

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Isnin diberitahu bahawa profil DNA yang diperolehi dari tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).

"Jabatan kimia peroleh DNA tertuduh dari tiga barangan tersebut. DNA inilah yang dikatakan 'Lelaki Y'. Ia kemudian dibandingkan dengan sampel 'Lelaki Y' yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful.

"Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful...'Lelaki Y' juga. Jadi kita harus bandingkan profil itu dengan satu bandingan yang kita tahu adalah DNA kepunyaan perayu," katanya di hadapan barisan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria di sini, Isnin.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di sebuah unit kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Bercakap kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan, Muhammad Shafee berkata ketika hujahannya, beliau turut mematahkan hujah pihak pembelaan sebelum ini yang membangkitkan kesahihan profile DNA yang dikatakan milik Anwar.

Menurutnya, dakwaan kononnya Anwar diperangkap untuk diambil sampel DNA ketika ditahan di IPKKL adalah tidak berasas.

"Apa yang kita buat ialah bandingkan dengan exhibit-exhibit dalam lokap yang kita tahu orang lain tak gunakan. Hanya beliau yang gunakan. (Kaedah ini) sebab perayu tak beri beliau punya DNA.

"Oleh sebab itu kita harus ambil DNA yang kita perolehi daripada inisiatif kita," katanya.

Prosiding pada Isnin yang masuk hari kelima akan disambung semula pada Selasa dengan Muhammad Shafee akan meneruskan penghujahannya pada sesi pagi.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. -mStar

Read More

WoW..!!! Pondok Hentian Bas Paling "Cool" Di Dunia!

Ketika di perhentian bas, anda pasti akan berasa sedikit bosan disebabkan kelewatan pengangkutan awam ini yang kadang-kala memakan masa lebih dari setengah jam waktu menunggu.

Lain pula ceritanya di London, Syarikat minuman terkenal Pepsi telah memberikan kejutan ‘istimewa’ bagi pengguna yang menggunakan pondok perhentian bas terpilihnya.

Bagi mempromosikan kempen minuman terbaru mereka, Pepsi menggunakan efek kesan khas pada cermin sisi pondok berkenaan yang menjadikan ia sangat luar biasa.

Pengguna yang sedang menunggu bas pasti akan merasai pengalaman paling terperanjat apabila imej-imej yang dihasilkan sangat realistik.

Makhluk asing UFO, robot besar, binatang ganas dan ganjil serta pelbagai lagi imej yang bakal membuat penggunanya ‘terkejut beruk’.

Saksikan sendiri apa yang begitu mengagumkan dengan pondok perhentian bas sebegini.

Kami di Malaysia berasa begitu cemburu!



Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Liwat II: Shafee Beri "Checkmate" Untuk Anwar Esok!

Pasukan pendakwaan dalam kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menutup hujah balas mereka di Mahkamah Persekutuan esok.

Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian sebelum mahkamah ditangguhkan pada hari ini iaitu hari kelima prosiding kes berkenaan.

Beliau berkata, beliau memerlukan kira-kira dua jam lagi untuk berhujah, memetik laporan bnbbc.my.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Menurut Muhammad Shafee, hujah balas untuk perkara baru yang dibangkitkan peguam bela Anwar akan dibentangkan pasukannya secara berfakta pagi esok.

“65 peratus (hujah balas sudah diberi) . Kita akan sambung esok pagi dengan perkara-perkara baru yang dibangkitkan sebelum ini.

“Ia hanya akan mengambil masa sebelum “lunch” saja, kita dah boleh selesai,” katanya dalam laporan itu.

Beliau berkata setakat hari ini, beberapa elemen penting disentuh termasuk tentang tiga bukti yang diperolehi iaitu tuala “Good Morning”, berus gigi dan botol air mineral yang membolehkan proses ujian DNA dilakukan.

“Mustahak sekali berkenaan bukti perayu menggunakan tiga barang dalam lokap IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) iaitu tuala, berus gigi dan juga sebotol air mineral yang dibawa sendiri.

“Daripada tiga item ini, kita perolehi DNA dan disahkan ia milik lelaki “Y”. Yang dikeluarkan dari tubuh Mohd Saiful (Bukhari Azlan) juga (DNA) sama dengan lelaki “Y”.

“Kita harus bandingkan dengan bukti dalam lokap. Sebab (perayu) dia tak bagi DNA umpamanya darah, kalau dia bagi DNA, senang, tapi itu hak dialah. Jadi kita perlu perolehi hasil inisiatif kita untuk buat perbandingan,” katanya.

Seorang daripada peguam Anwar, Ramkarpal Singh memberitahu, pihaknya akan membuat hujahan semula sebaik Muhammad Shafee selesai membentangkan hujah balasnya.


Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Seram! Jangan Lupa Periksa Bawah Katil Anda Nanti...

Sebuah video pendek yang berdurasi seminit ini pasti akan membuatkan anda ‘seram sejuk’. Dengan skrip ringkas sebegini, rasa takut itu berjaya diusik pada setiap yang menontonnya.

“I begin tucking him into bed and he tells me, “Daddy check for monsters under my bed.” I look underneath for his amusement and see him, another him, under the bed, staring back at me quivering and whispering, “Daddy there’s somebody on my bed.”

“Saya menyelimutkan anak saya dan kemudian dia berkata, “ayah, cuba lihat bawah katil, lalu saya pun menurut permintaannya dan terus melihat ke bawah katil, saya ternampak dia juga (terus berasa pelik) dan anak saya yang berada di bawah katil itu terus berbisik kepada saya dengan mengatakan, “ayah, ada seseorang di atas katil saya!”


Menurut pembikinnya, filem pendek ini diinspirasikan dari seorang blogger dalam rencana di AskReddit dengan membawakan topik “What is the best horror story you can come up”.

Ia berkenaan mencipta dua ayat yang boleh menyeramkan si pembacanya.

kT093Ts1

Jangan lupa periksa bawah katil anda malam nanti!

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Susah Sangatkah Nak Berfikir Sebelum Berkata? #IslamTheBestWayOfLife

SALAH satu antara banyak nikmat Allah SWT yang begitu besar ialah nikmat lidah. Dengannya kita mampu bertutur dan berkomunikasi dengan baik dan sempurna. Cuba bayangkan keadaan tidak mampu bercakap, pasti hidup dirasakan serba kekurangan, sekalipun harta melimpah ruah. Menjadi suatu kewajipan bagi kita mensyukuri nikmat itu dengan menggunakannya ke arah kebaikan.

Namun, hari ini kita dapat saksikan betapa dahsyatnya lidah ini jika tidak dijaga. Sungguhpun ia tidak bertulang, kecil dan tampak lemah, tapi lidah ini mampu melukakan hati ramai insan, membinasakan hubungan persaudaraan dan mewujudkan permusuhan yang berpanjangan.

Islam sangat menitikberatkan soal penjagaan lidah ini kerana sedia maklum akan bahayanya jika ia tidak dijaga. Al-Quran menggariskan panduan yang jelas yang mana jika ia direnungi dan diamalkan dengan baik, pasti menjadikan kita lebih berhati-hati dalam percakapan seharian.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyebutkan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. 

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik), maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (al-Hujurat :11)
Ayat ini jelas menunjukkan larangan menyebutkan keaiban dan memburuk-burukkan orang lain tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Ini kerana, kebiasaannya pergaduhan timbul bermula dengan amalan memburuk-burukkan orang lain yang kemudiannya membawa kepada pertengkaran, seterusnya permusuhan atau mungkin lebih teruk daripada itu.

Jika budaya memburu-burukkan orang lain dapat dielakkan, pasti mudarat yang lebih besar akan dapat dicegah. Ini merupakan tanggungjawab setiap individu yang dituntut oleh Islam. Sentiasalah berfikir sebelum mengucapkan apa-apa perkataan. Bukan sahaja setakat memikirkan apa yang hendak diucapkan bahkan hendaklah kita berfikir apa akibat daripada ucapan tersebut. Adakah ia membuahkan kebaikan ataupun kemudaratan. Jika ia tidak membawa sebarang kebaikan, sebaiknya kita diam sahaja daripada mengucapkannya.

Hal ini disebutkan dengan jelas oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik-baik atau diam. (riwayat Al-Bukhari)

Menjaga lidah merupakan amalan yang susah untuk dilakukan tanpa ilmu dan latihan yang berterusan. Usaha ini memerlukan tekad yang kuat dan persekitaran yang membina.

Cubalah melatih diri setiap hari untuk kurang bercakap melainkan apabila perlu kerana dengan kurangnya bercakap akan menutup banyak pintu-pintu keburukan yang mampu terhasil daripada
lidah.

Hari ini, para agamawan juga tidak terlepas daripada bahaya lidah ini. Saban hari kita melihat sebahagian agamawan bergaduh sesama sendiri, saling memburukkan, mengumpat mereka yang tidak sehaluan dengannya, bahkan ada yang terjebak dengan budaya memfitnah.

Jika agamawan yang diharapkan untuk membimbing umat pun tidak mampu membimbing diri sendiri, bagaimana agaknya nasib umat yang sentiasa perlukan bimbingan? Kerana itu para agamawan sentiasa memperbaiki amalan diri sendiri berbanding melihat kekurangan orang lain.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Ketika aku dimikrajkan (diangkat ke langit), aku melewati suatu kaum yang kuku mereka dibuat daripada tembaga. Kuku itu mereka gunakan untuk mencakar muka dan dada mereka. Aku lalu bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril menjawab: “Mereka itulah orang yang memakan daging manusia (iaitu mengumpat) dan merosakkan kehormatan mereka (fitnah).” (riwayat Abu Daud)
Semoga kita semua dapat melatih diri untuk berhati-hati dalam menuturkan sesuatu perkataan. Boleh jadi ucapan itu tampak remeh tapi mampu melukakan hati orang lain.

Hal ini sama juga dalam penulisan di alam maya, khususnya. Tulisan itu semua tidak ubah seperti mulut kita yang berbicara, hanya ia tidak bersuara. Wallahua’lam. -Utusan

Read More

Gajet, Tablet, Ipad Mampu Cederakan Otak Kanak-Kanak?

Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gadjet dan internet?

Kalau melihat kepada gambar yang tersebar dalam whatapps di atas dan keterangannya, kanak-kanak dalam gambar berkenaan mengalami kecederaan otak kerana terlalu banyak bermainan i-pad.

Berikut penjelasan yang diberikan;
Dapat whatsapp dari seorang rakan sebentar tadi. Anak dia pengsan secara tiba-tiba di sekolah dan terus dibawa ke hospital. Bila siasat, budak ini mengalami brain damage akibat terlampau bermain dengan ipad. Gelombang-gelombang elektromagnetik pada ipad telah memberi kesan kepada si mangsa. Awasi anak anda sebelum terlambat!
- Sebarkan.
P/s : Boleh main ipad, tetapi berpada-pada.
Sejauh mana kebenaran gambar ini sukar untuk diperjelaskan kerana ia tidak mempunyai maklumat siapa kanak-kanak itu, di mana ia berlaku, bila dan berapa kerap dia menggunakan gadjet.

Namun, kecederaan deria termasuk otak memang dikenal-pasti sebagai boleh terjadi oleh pakar.
Antara masalah yang boleh wujud ialah;

Mata

Bila kita terlalu fokus kepada skrin gadjet tablet, telefon atau komputer riba, kita kurang mengelip mata. Adakalanya jumlah kelipan berkurangan sehingga satu pertiga pada normal. Perlakun ini membawa kepada masalah sindrom mata kering yang seterusnya mampu mewujudkan pelbagai masalah mata. 

Pakar laser mata di United Kingdom pula melaporkan mereka menerima banyak kes rabuh dekat di kalangan orang muda (rabun itu biasanya melibatkan mereka yang sudah berumur) yang dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap ke arah muka.

Sakit Kepala

Sakit ini banyak dilaporkan berlaku di kalangan pengguna komputer dan tablet. Ini mungkin disebabkan postur yang salah ketika menggunakannya, font yang terlalu kecil atau skrin yang mungkin sama ada terlalu terang atau terlalu gelap.

Masalah Tidur

Lampu tablet atau gadjet lain yang ditutp dan dibuka berkali-kali menyebabkan badan keliru dan jam biologi anda. Jika anda gunakan sebelum tidur, otak anda akan keliru dan anda tidak dapat tidur. Akibatnya, anda akan mengalami perubahan mood yang mendadak dan kesukaran fokus.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Terlalu lama menggunakan gadjet membawa kepada tabiat tidak bersenam. Ini membawa kepada kemungkinan serangan penyakit jantung atau kencing manis.

Sakit Belakang Dan Leher

Menggunakan gadjet untuk tempoh lama mampu merosakan postur dan boleh menjadikan anda bongkok.

Lemah Pendengaran

Mendengar muzik dengan kuat terutama menggunakan earphones boleh menyumbang kepada kehilangan deria bunyi.

*Kepada ibu bapa yang ambik mudah dengan serah gadjet kepada anak-anak yang masih kecil, mungkian boleh pertimbangan kembali tindakan seperti itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Guru Agama Ditahan, Suspek Liwat Murid Darjah 3

KOTA BHARU – Seorang guru agama berusia 33 tahun ditahan polis selepas didakwa cuba meliwat murid tahun tiga di sekolahnya, di Chicha di sini, kelmarin.

Kejadian pada 30 Oktober lalu itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap anaknya kerana pulang lewat malam dengan bau harum minyak wangi melekat di badan.

Wanita berusia 30 tahun itu menyoal anaknya itu sebelum kanak-kanak berusia 9 tahun itu menceritakan kejadian dia diliwat seorang ustaz yang mengajar di sekolahnya.

Suspek sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada jam 8 malam dan mengambilnya untuk dibawa bersiar-siar di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Suspek kemudiannya membawa mangsa pulang ke rumah sewanya di Chicha dan didakwa meliwat kanak-kanak terbabit.

Mangsa hanya dihantar pulang pada jam 1.30 pagi. Selepas menceritakan kejadian itu, ibu mangsa membawa anak sulung daripada tiga beradik itu ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk pemeriksaan dan membuat laporan di Balai Polis Tawang, Bachok.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Rohaimi Md Isa berkata, guru agama terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

“Suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu ditahan ketika berada di kantin sekolah.
“Laporan awal pihak hospital bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan pada dubur mangsa, namun suspek sendiri mengaku ada melakukan sesuatu (cabul) ke atas mangsa.

“Polis masih siasat kes ini termasuk dakwaan mangsa disuruh menghisap beberapa batang rokok sebelum dicabul. Suspek direman hingga 7 November ini,” katanya. – Sinar Harian

Read More

Liwat II, Hari Ke-5: Beza Antara Sokongan 1998 dan 2014

Seorang penyokong tegar Anwar, tidak berkasut dan bersila keseorangan di pagi bicara hari ke-5...
Jika dulu laungan "reformasi" sudah dijeritkan seawal selepas solat subuh di perkarangan Mahkamah dan di sekitar Dataran Merdeka pada kes Liwat I, namun kali ini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kes Liwat II dilihat hambar.

Kira-kira jam 8.30 pagi tadi, Istana Kehakiman di Putrajaya boleh dikatakan lengang dar penyokong Anwar dan hanya kelihatan segelintir sahaja dalam anggaran 30 orang. Itupun dilaporkan mereka hanya "buat hal sendiri" sahaja.

Memetik UtaraNews.com, beberapa kumpulan kecil penyokong Anwar dilihat lebih selesa berkumpul di perhentian bas manakala beberapa orang dari mereka berselera leka menikmati sarapan masing-masing.
Istana Kehakiman sekitar jam 8.30 pagi tadi
Keadaan itu jelas sangat berbeza, bagai "langit dengan bumi", jika diukur dengan senario kes Liwat I pda tahun 1998 dulu di mana ribuan penyokongnya berkampung di sekitar mahkamah dan Dataran Merdeka bagi memberi sokongan moral.

Namun bagi kes Liwat II kali ini, nampaknya pihak berkuasa tidak memerlukan "water cannon" atau gas pemedih mata untuk menyuraikan keganasan penyokong Anwar, sebaliknya hanya bersedia dengan beberapa puluh anggota polis sahaja sebagai langkah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

Menariknya, Anwar dulu tidak perlu melakukan sebarang "road tour" mengelilingi negara mengajak penyokongnya berhimpun di Mahkamah. Dia hanya berhimpun di rumahnya sebelum ditahan polis sebelum penyokongnya menyerbu mahkamah di hari perbicaraan.

Reformasi 1998

Berbanding kali ini, nampaknya tidak berbaloi dengan kos yang tinggi, masa, tenaga dan sebagainya yang telah dikeluarkan Anwar mengadakan "road tour" mengelilingi negara menghasut rakyat supaya menyokongnya di mahkamah. 

Hasil "road tour" itu sangat mengecewakan.

Lebih mengejutkan, boleh dikatakan hampir semua "otai" dan penyokong tegar Anwar pada kes Liwat I dulu tidak berada di Istana Kehakiman bagi memberi sokongan moral bagi kes rayuan terakhirnya kali ini.

Orang-orang kuat Anwar seperti Ruslan Kassim, Ezam Mohd Noor, Marina Yusof, Zulkifli Noordin, Zaharin dan ramai lagi yang dulu merelakan diri menjadi benteng bernyawa kini sudah berpatah arang meninggalkan Anwar serta hilang keyakinan pada Ketua Pembangkang itu.

Malah Chandra Muzaffar yang dulu sanggup berkerusi roda berdepan pihak berkuasa pun sudah laman meninggalkan Anwar dan perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri yang terbukti menyalah guna kuasa tersebut.

Semua mereka sudah "serik" diperguna Anwar, hilang keyakinan...
Yang tinggal kini hanyalah isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah, keluarga terdekat, orang kanan Anwar yang tidak aktif ketika reformasi 1998, Azmin Ali, serta muka-muka baru yang tidak pernah terlibat di zaman demonstrasi "mata lebam" dulu.

Apapun, KedahNews.com berharap agar keadilan diberikan kepada pihak yang benar. Sama ada pada Anwar mahupun Saiful Bukhari Azlan, kedua-duanya berhak untuk mendapat keadilan.

Namun KedahNews.com sedar mengenai undang-undang ciptaan manusia yang mengandungi banyak kelemahan dan kekurangan, tidak mustahil untuk keadilan itu tidak dapat dilaksanakan sewajarnya.

Bagaimanapun, sekiranya keadilan tidak dapat dipamerkan di mahkamah dunia, KedahNews.com yakin seyakinnya bahawa mahkamah Allah bakal menyaksikan keadilan tertegak tanpa sebarang kesangsian. -KedahNews.com


Read More

Eksklusif! "Ada Orang Kata Dr Ni Jebon PasMa...Betul Ke???"

Dalam kemelut dan pertembungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), tidak dapat dinafikan bahawa bukan saja para pemimpin parti itu saja yang bergolak, malah para penyokongnya juga pandai "buat lawak".

Terbaru, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli yang sebelum ini dianggap sebagai antara pendokong PasMa telah menjadi mangsa "troll" para penyokong PAS.

Sebuah akaun Facebook pro-ulaman PAS baru-baru ini mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, itu dipermaikan menerusi aplikasi Whatsapps berkenaan pendokong PasMa yang digelar "jebon".

Berdasarkan tarikh yang tertera pada perbualan Whatsapps yang di"print screen" itu, Dr Hatta dihubungi penyokong PAS berkenaan pada 28 Oktober dengan tujuan ingin bertanyakan soalan.

Namun apabila soalan yang diajukan padanya mempersoal sama ada beliau seorang "jebon" atau tidak, Bendahari PAS itu cuba membuat lawak bertanyakan kembali rupa sebenar "jebon" yang dimaksudkan.

Menariknya, penyokong pro-ulama PAS itu membalas pertanyaan Dr Hatta dengan sekeping gambar Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Phahrolrazi Zawawi!

Seterusnya, sila rujuk perbualan dibawah. Pandai juga para penyokong PAS buat lawak, kenakan para pemimpin sendiri, kan?


Read More

Liwat II, Hari Ke-5: Mengapa Mahkamah Perlu Ketepi Rayuan Anwar

PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan terakhir Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki hari kelima hari ini dengan pihak pendakwaan meneruskan hujah mengapa Mahkamah Persekutuan patut mengetepikannya.

Jumaat lepas, ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu wartawan beliau telah menyampaikan 20 peratus daripada 205 muka surat hujahannya.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria mendengar rayuan untuk mengetepikan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar yang disabitkan bersalah kerana meliwat.

Empat lagi hakim di dalam panel itu ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Pihak pembelaan dijangka membalas hujahan pihak pendakwaan esok.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pembelaan yang dianggotai 14 peguam di antaranya N.Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Rayuan itu yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Okt hingga 29 Okt berlanjutan selama enam hari dan dijangka selesai pada 4 Nov ini.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27 di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar.

Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah kerana meliwat pemandu keluarganya Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa di sini pada tahun 1994 dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Anwar untuk menjalani hukuman itu selepas selesai hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana kesalahan rasuah.

Mahkamah Tinggi telah menyabitkan Anwar atas empat kesalahan rasuah pada 4 April, 1999.

Bagaimanapun, selepas hampir enam tahun di dalam penjara, Anwar dibebaskan pada 2 Sept 2004, setelah Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara, mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atas Anwar kerana meliwat Azizan menerusi keputusan majoriti 2-1. – BERNAMA

Read More

Bekas Setpol Arwah Ustaz Azizan Jadi Mangsa Khianat, Ipad Dilarikan

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, dilaporkan telah menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab apabila cermin kenderaannya dilapor telah dipecahkan baru-baru ini.

Agak aneh, hanya tablet Ipad miliknya sahaja yang dicuri pengkhianat tersebut namun tiada barangan berharga lain yang disentuh termasuk beg pakaian yang terdapat di dalam kenderaannya.

"Pada sehari yang lepas, cermin kereta Saudara Sanusi Md Nor yang juga Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah telah pun dipecahkan oleh individu "jahat".

"Kemudiannya, iPad miliknya telah pun diambil tetapi beg dan barangan lain miliknya tidak diambil. Sungguh pelik dan sangat kasar mainan jahat "mereka" kata sumber berkenaan.


Muhammad Sanusi merupakan Ketua Penerangan PAS Kedah dan dilihat sebagai seorang yang paling rapat dengan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Selain itu, dia juga dikatakan menjadi tulang belakang yang banyak mempertahankan arwah Ustaz Azizan ketika diserang bertalu-talu dan diperlekeh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu.

PAS Kedah bergolak runcing menjelang PRU ke-13 ekoran perbalahan secara terbuka di antara arwah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi sehingga menyebabkan kejatuhan PAS di Kedah.

PAS tewas ditangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu dan kemelut dalaman tersebut dikatakan antara faktor terbesar penyebab kekalahan parti Islam tersebut.

Terkini, desas-desus di peringkat akar umbi menjelaskan kemelut dalaman PAS Kedah belum berakhir dan semakin berpecah-belah khususnya apabila Phahrolrazi menjawat jawatan Presiden PasMa. -KedahNews.com

 

Read More

Viva Dalam Terusan Sawah Cetus Persoalan

 
ALOR SETAR - Sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipercayai terjunam ke dalam terusan di Jalan Stargate, dekat sini, hari ini, menimbulkan tanda tanya kepada pengguna jalan raya di kawasan itu.
 
Kenderaan berwarna putih itu tenggelam dan hanya ternampak bahagian bumbung.
 
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4 pagi semalam akibat jalan yang licin selepas hujan.
 
Menurut sumber, bomba menerima maklumat awal sekitar jam 7.20 pagi tadi dan enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
 
Bagaimanapun, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja mendapati tiada sebarang kecederaan dan difahamkan mangsa berjaya menyelamatkan diri.
 
"Apabila tiba di tempat kejadian, kami dapati semuanya selamat dan diberitahu mangsa sempat menyelamatkan diri," katanya.
 
Sumber: Sinar Harian

Read More

Cukup-Cukuplah "Bahan"kan Mat Yo, Jangan Sampai Isterinya Mengamuk!

MatYoDijual

Kalau tak cukup sabar, rasanya mungkin Norshahrul Idlan Talaha mengambil tindakan terhadap para peminat yang dilihat sengaja memperlekeh bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi laman sosial.

Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecamnya, penyerang pasukan finalis Piala Malaysia itu turut "dibahan" menjadi "lelongan" di laman web mudah.com.my dengan harga hanya serendah RM2!

KedahNews.com turut cuba mencari di laman web jualan internet itu untuk nama pemain yang lebih terkenal dengan nama manja, Mat Yo, itu namun gagal.

Maka ternyatalah "lelongan" itu hanyalah merupakan perbuatan nakal pihak tertentu memalukan Mat Yo dalam nada "bergurau tapi kasar".

Walau bagaimanapun, ramai juga pengguna media sosial meluahkan rasa kasihan kepada Mat Yo yang teruk "dikenakan" menerusi laman-laman internet ekoran kegagalannnya menyempurnakan sepakan penalti perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol skuad Tok Gajah, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, yang kemudiannya menyebabkan pasukan itu menjuarai Piala Malaysia menerusi jaringan penalti berkesudahan 5 - 3.
KedahNews.com berpandangan supaya warga netizen supaya sudah-sudahlah "membahankan" Mat Yo dan usahlah melamau sangat "mengenakan" dia hingga mampu mencetus kemarahan isterinya.


Rasanya kita tentu ingat insiden isteri Mat Yo memaki hamun seorang pakcik pengawal di sebuah lapangan terbang dulu, kan? 

Mohon janganlah sampai isteri Mat Yo mengamuk, buruk padahnya nanti!  -KedahNews.com

Read More

455,839 Calon Duduki SPM Serentak Seluruh Negara Hari Ini

SEBAHAGIAN pelajar Sekolah Menengah St Theresa yang menduduki SPM 2014 di Kuching, hari ini. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR – Sejumlah 455,839 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di 3,655 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini hingga 4 Disember depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada jumlah itu, 400,351 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Sebanyak 8,241 calon pula dari sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM, manakala 7,957 calon sekolah menengah agama negeri, 12,066 ialah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,701 calon persendirian dan 1,523 calon sekolah menengah agama rakyat.

Tinjauan Bernama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas di sini mendapati semua calon datang awal bagi mengelak sebarang kemungkinan dan doa dibacakan sebelum peperiksaan bermula.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan meluangkan masa-masa kira-kira sejam meninjau perjalanan SPM di sekolah itu.

Di IPOH, sebanyak 41,290 calon menduduki peperiksaan SPM di seluruh Perak dan daripada jumlah itu 2,141 adalah calon persendirian serta 49 orang Calon Berkeperluan Khas (CBK), kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mohd Idris Ramli.

“Kita menyasarkan Perak meraih kedudukan antara lima negeri terbaik dalam peperiksaan SPM yang mana ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson di sini, hari ini.

Beliau berkata, terdapat 347 pusat peperiksaan disediakan termasuk 38 pusat persendirian selain sekolah di seluruh Perak.

Di KUALA TERENGGANU, sebanyak 21,754 calon SPM menduduki peperiksaan itu di 183 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Hashim Mohamad Zin berkata daripada jumlah itu, sebanyak 20,198 calon ialah dari sekolah kerajaan, 665 calon Maktab Rendah Sains Mara, 69 calon sekolah agama negeri, 37 calon sekolah swasta dan 785 calon persendirian.

Daerah Kuala Terengganu mencatat calon terbanyak iaitu 7,495 orang dengan 56 pusat peperiksaan diikuti Besut 3,459 calon (27 pusat), Kemaman 2,828 calon (26 pusat), Dungun 2,763 calon (24 pusat), Marang 2,052 calon (19 pusat), Hulu Terengganu 1,785 calon (17 pusat) dan Setiu 1,372 calon (14 pusat). – BERNAMA

Read More

Malukan Martabat Siswa, UM Ajukan 9 Tuduhan

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fahmi Zainol yang turut bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pidato di universiti itu dikenakan sembilan tuduhan tatatertib oleh pengurusan universitinya.

Jawatankuasa Disiplin UM menghantar surat rasmi berkenaan sembilan tuduhan itu kepadanya melalui emel yang dikenakan mengikut Seksyen 16B Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Fahmi turut berkongsi notis dakwaan yang diterimanya di laman Facebooknya pada Jumaat lepas.

Tuduhan_1 Tuduhan_2 Tuduhan_3 Tuduhan_4

Pihak universiti akan menjalankan prosiding berkaitan kes Fahmi pada 7 November depan.

Menurut portal Free Malaysia Today (FMT), lapan lagi pelajar yang bersama-sama dengan Fahmi turut didakwa tetapi dengan dakwaan berbeza.

Fahmi dalam insiden itu menjemput Anwar untuk berpidato dalam satu program 40 Tahun : Dari UM Ke Penjara yang dijadualkan diadakan di dalam kampus UM.

Pengurusan universiti menganggap program itu sebagai haram dan boleh menjejaskan reputasi kampus tetapi Fahmi enggan tunduk dan terus tekad menjemput Anwar sehingga terjadinya insiden rempuhan pagar UM baru-baru ini.

Dalam insiden itu, seramai lebih kurang 1,000 pelajar dilaporkan telah merempuh masuk pintu pagar universiti untuk memasuki kawasan Dewan Tunku Canselor bagi mendengar pidato Anwar.

Ahli politik berusia 62 tahun itu turut ditemani isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anak perempuan Nurul Izzah untuk menyampaikan ucapannya dalam program anjuran Persatuan Mahasiswa UM itu.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Penswastaan Penting Bagi Survival MAS, Kata Penganalisis

MAS perlu diswastakan - penganalisis
KUALA LUMPUR - Cadangan penswastaan Malaysia Airlines (MAS) adalah penting bagi kelangsungan hidup syarikat penerbangan tersebut dan pemegang saham minoriti perlu menerima tawaran 27 sen sesaham yang ditawarkan kepada mereka pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan datang, kata penganalisis firma penyelidikan hari ini.

Ahmad Maghfur Usman, Penganalisis Pengangkutan Serantau di Institut Penyelidikan RHB, berkata: "Pada dasarnya, MAS kini semakin bermasalah, dan pemegang saham tidak akan mendapat semula pelaburan mereka. Justeru, bagi pemegang saham minoriti, lebih baik menerima tawaran 27 sen sesaham itu daripada tangan kosong.

"Langkah penyelamatan bagi MAS pada ketika ini ialah penswastaan dan tanpanya, pilihan lain ialah mengisytiharkan muflis."

Beliau memberikan senario itu bagi pemegang saham minoriti menjelang EGM yang penting pada 6 Nov.

Ahmad Maghfur berkata jika EGM mengundi membantah penswastaan, Khazanah Nasional Bhd yang memiliki pegangan saham majoriti dalam MAS, tidak akan menyuntik dana, menjadikannya sukar bagi syarikat penerbangan itu untuk melaksanakan penstrukturan semula.

Khazanah pada Ogos telah mengumumkan satu pelan penstrukturan semula 12 Perkara membabitkan kos RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS dan RM1.4 bilion akan dibayar kepada pemegang saham minoriti, jika mereka mengundi bagi tawaran 27 sen itu.

Ia turut memberi laluan bagi penyahsenaraian MAS daripada Bursa Malaysia.

"Muflis adalah sangat mencabar. Ini juga akan menjadi senario terburuk bagi pemegang saham minoriti yang akan memberi tekanan kepada harga saham, misalnya. MAS tidak akan diniagakan pada paras yang sama.

"Justeru, saya menggesa pemegang saham minoriti, memastikan keutamaan mereka pada EGM itu," kata Ahmad Maghfur.

Beliau memberitahu Bernama bahawa tawaran 27 sen itu merupakan "harga yang menarik", dengan mempertimbangkan semua aspek, dan keadaan sukar MAS.

"Ia merupakan tawaran yang menarik. Bagi pemegang saham minoriti, ia merupakan tawaran jalan keluar yang menarik," katanya.

Beliau berkata penswastaan MAS akan memastikan peralihan yang lancar bagi penstrukturan semula, dan melindungi pelabur daripada terdedah kepada kerugian yang teruk.

"Ini adalah alasan yang baik kenapa pemegang saham minoriti perlu menerima tawaran tersebut," katanya.

Penyahsenaraian, Ahmad Maghfur berkata, merupakan langkah pertama yang diperlukan untuk penstrukturan semula, berbeza kes sebelum ini Petronas menswastakan Malaysian International Shipping Corporation (MISC).

"MISC merupakan landskap yang berbeza ketika itu yang berjaya melupuskan bahagian kapal kontena yang mengalami kerugian. Industri perkapalan pada ketika itu berada di bahagian bawah kitarannya dan hanya boleh meningkat," katanya ketika mengingati kembali langkah pada 1990-an.

Beliau berkata dalam kes MAS, keadaannya sangat berbeza berikutan syarikat penerbangan itu menghadapi persaingan yang sangat agresif.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada asas bagi pemegang saham minoriti untuk menuntut lebih daripada 27 sen yang ditawarkan.

"Prospek MAS masih sangat mencabar. Sejak pengumuman mengenai penstrukturan semula, saya belum melihat sebarang perubahan yang bermakna dari segi perancangan.

"MAS masih menawarkan diskaun dan sebagainya dan ia akan menjadi senario yang buruk bagi tempoh dua suku akan datang dari segi pendapatan," kata Ahmad Maghfur.

Berdasarkan persaingan yang hebat dalam industri, beliau berkata pemegang saham minoriti perlu bersedia menghadapi keadaan yang sangat sukar dalam tempoh empat dan lima tahun akan datang tanpa penstrukturan semula, selain melahirkan keyakinan bahawa majoriti daripada mereka akan mengundi untuk menerima tawaran tersebut.

Beliau berkata apa yang sangat penting bagi MAS ialah kembali mencatat keuntungan, dan berhubung perkara ini, beliau menyambut baik pelan mengurangkan kakitangan sebanyak 30 peratus, walaupun ini akan melibatkan pampasan sebanyak RM1.2 bilion.

"Bagi MAS, jika ia berupaya untuk mengurangkan jumlah kakitangan sebanyak 30 peratus, anda melihat kepada penjimatan tahunan kira-kira RM700 juta.

"Berdasarkan perkara itu dan mengandaikan penswastaan ini berjaya, penjimatan faedah daripada hutang kepada penukaran ekuiti, turut akan meningkatkan pendapatan,".

Ahmad Maghfur berkata bagi kakitangan MAS, ia merupakan tempoh peralihan yang sukar dengan kemungkinan mereka akan kehilangan pekerjaan, bagaimanapun Khazanah menyediakan pelan sokongan bagi kakitangan yang diberhentikan untuk diserapkan ke dalam peluang pekerjaan lain.

"Ini adalah baik berikutan mereka akan diberi pampasan yang sewajarnya. Terdapat juga potensi bagi peluang pekerjaan lain, dan ia tidak semestinya dalam perniagaan syarikat penerbangan," katanya. - BERNAMA

Read More

Keputusan Kes Saari, Hasnul: Majlis Syura Ulama PAS Sebulat Suara

KUALA LUMPUR – Majlis Syura Ulama PAS akan menyerahkan surat keputusan rayuan terhadap penggantungan keahlian dua ADUN PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) selewat-lewatnya, esok.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhamad Zawawi Salleh, berkata kandungan surat itu hanya akan dimaklumkan kepada umum dua atau tiga hari selepas kedua-dua ADUN itu menerima surat berkenaan.

“Surat itu kita akan hantar seboleh-bolehnya hari ini dan paling lewat esok kita hantar kepada mereka. Kandungan surat kita boleh bagi tahu dua tiga hari selepas ini, ini sebagai penghormatan kepada mereka,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau menjelaskan, semua ahli Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara bersetuju dengan keputusan diambil.

“Tak ada seorang pun yang bercanggah dengan keputusan diambil. Apa isi kandungan surat, selepas ini (kita bagi tahu).

“Tak akan ada sidang media berkenaan perkara ini, kalau nak tahu (keputusan) boleh telefonlah, tapi selepas dua tiga hari,” katanya.

Nik Muhamad Zawawi seperti dipetik laporan media semalam memaklumkan sudah menerima surat rayuan dikemukakan kedua-dua ADUN berkenaan, Isnin lalu.

Jawatankuasa PAS pusat pada 11 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahlian Saari dan Hasnul selama setahun.

Keputusan itu dibuat berikutan tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Ia dilihat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulama dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber: Berita Harian

Read More

20 GRO Seksi Warga Asing & 5 Tonto Ditahan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Polis menahan 20 wanita warga asing yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dan lima individu dipercayai tonto selepas menyerbu tiga pusat hiburan di Mindlands Park, Pulau Tikus di sini awal hari ini.

Pusat terbabit yang beroperasi dengan menawarkan khidmat GRO telah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pemeriksaan yang bermula pukul 1 pagi itu mendapati 17 daripada wanita terbabit adalah warganegara China manakala selebihnya warga Vietnam yang menyalahgunakan pas lawatan sosial, permit kerja dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Semua wanita warga asing itu berumur antara 23 sehingga 40 tahun itu cuba meloloskan diri, namun gagal selepas polis mengepung kawasan berkenaan. Semua mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan lima individu dipercayai tonto yang menyalurkan maklumat kepada pengusaha pusat hiburan terbabit berhubung pergerakan anggota polis.

“Lima tonto ini selain dipercayai menjadi ‘mata-mata’ kepada pusat hiburan terlibat, mereka juga cuba mengganggu tugas polis untuk melakukan serbuan,” katanya.

Tambahnya, melalui serbuan di bawah Ops Noda itu, polis turut memeriksa 42 pelanggan pusat-pusat hiburan terbabit yang merupakan warga tempatan terdiri daripada 32 lelaki dan 10 orang wanita.

Katanya mereka dibawa ke IPD Timur Laut untuk saringan ujian air kencing dan proses dokumentasi. – BERNAMA

Read More

Baling Banjir, 50 Rumah Dinaiki Air

BALING – Sekurang-kurangnya 50 rumah di 13 kampung sekitar daerah di sini dinaiki air sedalam satu meter, susulan banjir kilat yang melanda bermula jam 1.30 pagi tadi.

Difahamkan banjir berlaku susulan limpahan air Sungai Ketil selepas hujan lebat selama lebih empat jam melanda terutama sekitar Mukim Siong, di sini.

Antara kampung terjejas termasuk Kampung Kuala Kuda, Bukit Sebelah dan Kampung Siput di Siong, selain Kampung Banggol Derum, Dusun Raja, Lahar, Nering, Pantai Teh, Haji Abas di mukim Bongor.

Turut terjejas Kampung Sungai Batu, Seberang Pekan, Bawah Gunung di mukim Baling dan Kampung Lubuk Pedati serta Tanjung Merbau di mukim Pulai. – BH Online

Gadis Dibunuh, Mayat Dirogol Rakan Serumah

Seorang wanita dari Orange County mati dalam keadaan menyayat hati apabila dibunuh dan kemudian dirogol oleh teman serumahnya sendiri.

Menurut laporan polis, Shelby Fazio, gadis 23 tahun dicekik dari belakang sebelum ditikam di leher oleh teman serumahnya, Bryan Santana.

Santana dilabelkan sebagai pembunuh yang amat kejam ditambah pula kenyataannya melalui laporan polis,  bahawa dia mengaku turut melakukan hubungan seks dengan mayat mangsa.

Bryan Santana
haircut1n-2-web

Pembunuh yang merupakan penghantar pizza ini  juga dikatakan sedang merancang untuk membunuh teman serumahnya yang lain. Bagaimanapun, Santana berjaya ditangkap oleh pihak polis.

article-haircut-3-1031

Untuk makluman, rumah tiga bilik di John Street di barat Orange County ini disewa oleh Shelby, Santana dan seorang lelaki lain, John Heermance.

Rakan serumah lain, John Heermance yang baru pulang ke rumah tersebut terkejut dan ketakutan melihat lantai dan dinding berlumuran darah sebelum terserempak dengan Santana yang sedang mencuci tangannya yang dipenuhi darah.

Santana yang melihat John segera menerkamnya dari belakang dengan semburan lada dan pisau namun John sempat melarikan diri dan meminta bantuan.

Bagi mengubah identitinya, Santana sempat memotong rambut sebelum berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Read More
Newer Posts Older Posts Home