"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Thursday, 6 November 2014

Gadis Peminat Baling Seluar Dalam Pada Artis K-Pop!

Salah seorang anggota kumpulan EXO-K disambut peminat ketika tiba di lapangan terbang Mexico City minggu lalu.
MESKIPUN jauh berbeza dari segi budaya dan bahasa, artis terkenal K-Pop dari Korea Selatan masih menerima sambutan ‘paling gila’ daripada para peminat mereka ketika beraksi pada salah sebuah jelajah konsert di Mexico City minggu lalu.

Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap di Seoul semalam melaporkan, peminat perempuan yang nyata amat teruja sanggup melemparkan seluar dalam mereka sendiri sehingga terpaksa dihentikan sementara sebelum disambung semula.

Insiden mengejutkan itu berlaku pada konsert Music Bank World Tour anjuran stesen penyiaran Korea Selatan, KBS di ibu negara Mexico itu Khamis lalu yang menampilkan kumpulan terkemuka BEAST, EXO-K, Girl’s Day, B.A.P., Ailee dan BTS.

Ketika persembahan melibatkan persembahan B.A.P. dan EXO-K, peminat wanita yang terlalu teruja dilaporkan membaling seluar dalam masing-masing ke arah artis-artis terbabit sebelum penganjur segera menggantung konsert buat sementara waktu.

Konsert tersebut hanya disambung semula selepas penganjur dengan pantas membersihkan longgokan seluar dalam wanita terbabit yang berselerak memenuhi pentas dan memberi amaran kepada penonton untuk menjaga tingkah laku mereka.

“Mulanya, saya berasa malu namun peminat Mexico mungkin amat gembira. Sesetengah mereka teruja melampau tetapi saya saya lihat ada peminat buat perisai tangan untuk elak kejadian lebih buruk,” kata seorang anggota EXO-K yang enggan didedahkan identiti. – Agensi

Read More

Eksklusif! "Hanipa Maidin Lidah Bercabang", Dakwa Penyokong PAS

Ahli Parlimen (PAS) Sepang, Hanipa Maidin, diselar penyokong parti dan disifatkan sebagai "lidah bercabang" ekoran tindakannya yang mempertahan pertubuhan Sister In Islam (SIS) bersama dua lagi Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad (Shah Alam) dan Mujahid Rawa (Parit Buntar).

Memaparkan sebuah grafik berbentuk poster, penyokong PAS itu menunjukkan bukti Hanipa pernah mendesak Kerajaan dan pihak berkuasa agama supaya mengharamkan SIS di Malaysia dalam satu kenyataan pada April 2005.

Namun kini, penyokong PAS itu kesal dengan tindakan Hanipa yang bertentangan arah apabila Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu mempersoal tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang menggazetkan pengharaman terhadap SIS dan pendokong fahaman liberalisme dan pluralisme. 

"Hanipa Maidin lidah bercabang.
 
"Dahulu minta mengharamkan Sisters In Islam (SIS). Sekarang Hanipa Maidin pula yang "backup" Sisters In Islam (SIS)," tulis penyokong tegar PAS tersebut di akaun Facebooknya, El-Haraki.

Majlis Fatwa Negeri Selangor baru-baru ini mengeluarkan fatwa mengharamkan SIS dan mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang mendokong fahaman liberalisme atau pluralisme dalam Islam.

Fatwa berkenaan turut disokong oleh ramai ulama muktabar negara dan Dewan Pemuda PAS Pusat juga memberikan sokongan seratus peratus terhadap fatwa berkenaan yang disifatkan tepat dalam memelihara kesucian aqidah umat Islam di Malaysia.

Khalid pada 7 Jun 2009 di Muktamar Tahunan PAS ke-55 mengusulkan supaya melakukan siasatan terhadap SIS dan seterusnya mengharamkan pertubuhan itu atas dakwaan berfahaman liberal.

Usul Khalid itu diterima sebulat suara tanpa dibahas.

Bagaimanapun, Hanipa, Khalid dan Mujahid dalam satu sidang akhbar telah mempertikai dan mempersoal kewajaran fatwa berkenaan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong PAS terhadap mereka bertiga.

Poster yang disebarkan penyokong PAS
Sister In Islam merupakan sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Aminah Wadud pada tahun 1988 sebelum disahkan sebagai NGO antarabangsa dan dia kemudiannya dianggap sesat oleh ulama Sunnah Wal Jamaah.

Aminah dilaporkan tidak bersetuju dengan beberapa ayat Al-Quran, khususnya terutama berhubung hukuman memotong tangan pencuri dan dia menegaskan bahawa tindakan memotong tangan merupakan perbuatan yang ganas.

Atas pendiriannya dalam tafsiran menolak Al-Quran, Aminah turut mencetus kontroversi pada tahun 1994 dengan menyampaikan khutbah Jumaat dan bertajuk Islam as Engaged Surrender di Masjid Claremont Main Road di Cape Town, Afrika Selatan, yang mencetus kemarahan ulama sedunia.

Sister In Islam di Malaysia diketuai beberapa tokoh wanita termasuk anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Datuk Seri Paduka Marina Mahathir.

Read More

Terkini Kes Buli: Dua Pelajar Di Perlis Sudah Disingkir Dari Asrama

KOTA KINABALU - Dua pelajar yang terbabit dalam kejadian buli seperti yang tersiar menerusi klip video di laman sosial baru-baru ini telah diambil tindakan.

Mereka telah disingkirkan dari asrama Anak Yatim Kompleks Penyayang Jejawi, Perlis, tempat kejadian itu berlaku.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata kejadian itu yang berlaku pada 24 Mei lepas melibatkan tujuh penghuni asrama berkenaan.

"Kes itu sudah selesai. Kementerian Pendidikan memandang serius isu buli yang perlu ditangani tanpa tolak ansur. Tindakan tegas akan diambil dalam kes seperti itu termasuk menyingkirkan pelakunya daripada sekolah dan asrama," katanya di sini hari ini.

by .

Pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut berlaku di asrama berkenaan.

Khair Mohamad berkata kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap pengurusan sekolah dan pihak asrama sekiranya mereka gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu buli.

Sementara itu beliau berkata pihak kementerian sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan sebuah lagi video yang disiarkan di laman media sosial yang turut mamaparkan aksi buli.

Beliau meminta meminta semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu agar menghubungi polis atau institusi pendidikan.

Klip video itu memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama sebuah sekolah.

Beliau berkata kementerian telah mengarahkan pengarah bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pegawai Pejabat Daerah, pengetua dan guru besar supaya menggunakan sumber dan kepakaran mereka untuk mengesan lokasi dan pelaku kes tersebut.

Khair Mohamad berkata sepanjang Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah terlibat dengan kes salah laku berunsur jenayah.

"Ia termasuk 4,568 pelajar disiasat di bawah jenayah berat dan 1,314 melibatkan kes buli," katanya. - BERNAMA

Read More

"Mahkamah Persekutuan Alat Kerajaan", Anwar Mungkin Didakwa Hina Mahkamah

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan didakwa atas tuduhan menghina mahkamah yang bersidang mendengar rayuan terakhir kes liwatnya selepas beliau mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan menjadi alat kerajaan.

Ketua Pendakwaraya rayuan kes liwat tersebut, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Jabatan Peguam Negara sedang menilai kenyataan Ketua Pembangkang itu sebelum meneruskan prosiding di mahkamah.

“Saya cadangkan supaya kita tak campur aduk prosiding ini, agar ia berjalan dengan lancar.

“Tetapi Peguam Negara berkata perkara ini harus dikemukakan kepada mahkamah sebab menjadi tugas Jabatan Peguam Negara membangkitkan perkara ini supaya mahkamah dapat dilindungi.

“Sama ada kita akan ambil tindakan undang-undang…kita akan fikir balik selepas prosiding ini,” katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

Terdahulu ketika prosiding rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh berlangsung, Muhammad Shafee memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Ketua Pembangkang itu telah menghina mahkamah tersebut ketika bercakap kepada media, Selasa lalu.

Memetik laporan portal propembangkang, Malaysiakini dan portal berita, Malay Mail Online, Muhammad Shafee menyatakan, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membayangkan Mahkamah Persekutuan tidak bebas dan merupakan alat kerajaan untuk memaksanya bersara.

“Beliau serang mahkamah. Beliau kata saya tidak akan bersara, tetapi beliau kata lagi, kalau beliau bersara mungkin mahkamah akan buang kes ini.

“Ini seolah-olah beliau menyarankan bahawa mahkamah, kerajaan dan pihak pendakwaan bersekongkol…bahawa mahkamah tidak adil dan tak ada integriti,” katanya. – mStar

Read More

Ujian "Doping": Chong Wei Puas Hati

KUALA LUMPUR - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berpuas hati dengan proses analisis ujian ke atas sampel B miliknya selepas meluangkan masa lebih sejam di makmal Hospital Universiti Oslo, Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, yang mengiringi pemain itu bersama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, berkata mereka berpuas hati dengan prosedur awal yang dilakukan oleh makmal berkenaan.

Beliau berkata hasil analisis ujian sampel B itu akan mengambil masa sehari dan keputusan rasmi dijangka diketahui dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.

"Saya tidak pasti bila pihak makmal akan mengumumkan keputusan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), jadi kita harus bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya dipetik menerusi temu bual bersama Ketua Staf Nadi Arena, Ahmad Khawari Isa dalam laporan berita Nadi Arena, Rabu.
"Sampel B itu dibuka di hadapan mata kita sendiri dan atlet berkenaan telah berpuas hati tentang keadaan sampel itu. Ia dimasukkan ke dalam bekas lain untuk diuji dari segi integriti dan fizikal, bagaimana pHnya dan sebagainya," katanya.

Chong Wei dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian rawak yang dijalankan ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Beberapa media tempatan dikatakan berada di Oslo ketika ini bagi mengetahui perkembangan semasa mengenai keputusan ujian sampel B atlet tersohor tersebut.

Dalam pada itu, Goh berkata, pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya sampel B ikon sukan negara itu disahkan positif.

"Kemungkinan kalau perlu, kita mungkin akan tengok dari aspek undang-undang...Buat masa ini, masih belum ke peringkat itu tapi kalau tiba masa perlu, kita akan memberikan sokongan (khidmat guaman kepada atlet tersebut)," katanya.

Berdasarkan peraturan Agensi Antidoping Dunia (WADA), mana-mana atlet yang didapati positif mengambil bahan terlarang boleh berdepan dengan hukuman penggantungan dua tahun daripada mana-mana kejohanan sukan. -mStar

Read More

Fatwa SIS Sesat: Mufti Dijangka Menghadap Sultan Selangor

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyatakan Mufti Negeri dijangka menghadap Sultan Selangor hari ini bagi mendapatkan nasihat berhubung kontroversi fatwa berkaitan pertubuhan 'Sisters In Islam (SIS)'.

Sumber Mais berkata, pertemuan itu dilakukan berikutan pertubuhan itu baru-baru ini mahu memohon untuk membuat semakan kehakiman mengenai fatwa majlis agama Islam itu yang mengisytiharkan fahaman dibawa SIS sebagai sesat.

Menurut sumber itu lagi, kontroversi yang melibatkan fatwa akan diselesaikan Jabatan Mufti Selangor berikutan sebarang isu mengenainya adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Bagaimanapun, Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa ketika ditemui pada Majlis Anugerah Qudwatul Hasanah Muallaf Mais 2014 malam ini enggan mengulas lanjut berhubung isu berkenaan.

Semalam, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Mais, Mufti Negeri, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan SIS bertemu bagi meleraikan kontroversi fatwa yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Mohamed Azmin berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan mengenai isu itu menerusi Mufti Negeri dan kemudian membincangkannya dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang kebetulan diadakan pada Isnin lepas.

Tambah beliau dengan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah, konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka akan membantu untuk membawa suasana harmoni seperti mana yang dianjurkan oleh Islam. - Bernama

Read More

Terbaik! Pertunjukan Gadis Ular "Baby Andryanna" Dihenti Jika Gagal Tutup Aurat

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan gadis ular yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan sekiranya gadis berkenaan masih gagal menutup aurat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata semua pertunjukan yang diadakan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Kita akan arahkan dia untuk berhenti sekiranya masih gagal mematuhi  peraturan yang ditetapkan dan setakat ini terdapat laporan yang dia tidak menutup aurat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sekiranya ingin mengadakan pertunjukan, gadis itu perlu berpakaian sopan iaitu menutup aurat kerana ini melibatkan tempat awam, katanya.

Pameran dan Pertunjukan Ular yang diadakan di Muzium Negeri Kelantan selama sebulan bermula Isnin lepas menampilkan Rahiza Abdul Rahim, 28, yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Baby Andryanna’ berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular. – BERNAMA

Read More

Kes Buli Pelajar: Wardina Salahkan Filem Corak Gangster?

Sejak kebelakangan ini, kes buli melibatkan pelajar berasrama kembali hangat diperkatakan selepas penyebaran dua klip video yang dipercayai melibatkan pelajar sekolah berasrama membuli rakan pelajar yang lain.

Seperti biasa, isu ini mendapat liputan yang meluas terutama di kalangan ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan anak mereka di sekolah termasuk juga selebriti yang kini sudah berhijrah ke Australia, Wardina Safiyyah.

Walaupun jauh berkelana sehingga ke negeri Kangaroo, namun Wardina masih lagi mengambil tahu perkembangan isu semasa di tanah air dengan memberikan komennya, di mana selebriti manis bertudung ini mempersalahkan sesetengah pembikin filem bercorak keganasan dan gangster sebagai penyebab utama terjadinya gejala sosial di kalangan remaja dan pelajar sekolah.

Ini merupakan serba sedikit komen Wardina berhubung isu tersebut...

wardina1
wardina2

Memang ada benarnya kata Wardina ni, tapi kita pun tak boleh menyalahkan 100 peratus kepada pembikin filem bercorak gangsterism.

Kalau tiada permintaan, mereka pun tidak akan menerbitkannya.

Daripada sibuk ‘berbalah’ mengenai siapa punca permasalahan ini berlaku, lebih baik kita mencari jalan penyelesaian agar perkara ini tidak lagi berulang di masa akan datang. -Mynewshub.cc

Read More

Dua Tonggak Skuad Hijau Kuning Hampir Pasti Sarung Jersi Harimau Malaya!

Alor Setar - Dua ayam tambatan skuad bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Muhammad Farhan Roslan terpilih dipanggil untuk menjalani latihan persiapan skuad kebangsaan dalam menghadapi Piala AFF Suzuki 2014.

Dua tonggak jentera tengah skuad Lang Merah itu akan disaring bersama 24 pemain lain yang turut dipanggil jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh, untuk menjalani latihan bersama di Johor Bahru.

"Baddrol dan Farhan turut bersama skuad kebangsaan sebelum Dollah Salleh menyenarai pendek 22 pemain untuk saingan 23 November ini," kata admin laman rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), baru-baru ini.

Skuad Harimau Malaya dijadual bakal mengadakan perlawanan ujian dengan kesebelasan utama Syria pada 12 November ini dan kemudian akan bertemu skuad negara Vietnam pada 16 November. 

Pulun Kedah Pulun! -KedahNews.com

Read More

China Beri Amaran Penipuan Produk Tiruan Di Singapura

Kompleks Sim LIm Square terkenal dalam kalangan pelancong asing untuk membeli produk elektronik terbaharu di Singapura.
SINGAPURA – Selama ini kita biasa mendengar peringatan agar berhati-hati apabila membeli produk buatan China kerana bimbang ia adalah tiruan, tidak berkualiti dan sebagainya walaupun dijual pada harga harga murah, tetapi ini lain pula ceritanya.

Kedutaan China di sini hari ini mengeluarkan amaran kepada rakyat republik komunis itu supaya berwaspada daripada ditipu ketika mahu membeli sebarang model telefon bimbit dan produk elektronik lain di Singapura, lapor stesen televisyen tempatan, Channel News Asia.

Agensi penyiaran tersebut memetik kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar China di Beijing bertarikh semalam yang disiarkan menerusi laman web kedutaan itu di Singapura sebagai berkata, ramai rakyat China sudah pun menjadi mangsa skim penipuan berkenaan.

Menurut pejabat perwakilan diplomatik China berpusat di Tanglin Road itu, sebahagian besar warga China yang datang ke Singapura sebagai pelancong banyak mengadu membeli barangan tiruan terutama telefon bimbit model baharu selain produk elektronik canggih.

Kedutaan menasihatkan rakyat China agar sentiasa peka membaca notis peringatan yang ditampal di papan kenyataan mana-mana pusat-pusat beli-belah sekitar Singapura yang sering menerima aduan penipuan sedemikian sebagai panduan ketika berurus niaga.

Banyak notis terbabit dapat dilihat akhir-akhir ini susulan rungutan ramai pelancong Vietnam mendakwa menjadi mangsa beberapa buah kedai di kompleks beli-belah Sim Lim Square yang terkenal dengan pelbagai produk elektronik dalam kalangan warga asing. – Agensi

Read More

Wow! "Furious 7" Memang "Marvelous"..!!!

fast

Sudah pasti ramai kaki wayang yang ternanti-nanti sambungan filem blockbuster Fast and Furious, lebih-lebih lagi peminat sukan kereta.

Kini hampir pasti, Fast and Furious 7 akan memasuki panggung dengan barisan pelakon-pelakon asal filem ini sejak mula, termasuklah mendiang Paul Walker, 3 April tahun hadapan.

Filem yang dah pasti mencatat kutipan pecah panggung ini bakal tampil dengan kisah adik kepada Owen Shaw, Ian Shaw ingin membalas dendam ke atas kematian abangnya.

Antara aspek paling menarik tentang filem kali ini adalah dengan kemunculan semula adegan lumba haram di bandaraya Los Angeles yang digelar Race Wars.

furious-7-cars-race-wars

Adegan Race Wars dalam Fast and Furious 7 ini telah disahkan oleh pelakon utamanya sendiri, Vin Diesel yang lebih dikenali sebagai Dominic Toretto dalam filem tersebut.

Diesel yang turut gembira dengan adegan ini, malah memuat naik gambar-gambar Race Wars dari filem ke laman Facebook miliknya.

Pelakon aksi lasak ini berkata, dia amat berterima kasih kepada produksi filem kerana memberi peluang untuk Fast and Furious kali ini mengembalikan semula nadi adegan filem asalnya.

Saksikan klip trailer Furious 7 yang memang "awesome" di bawah!

Sumber:


Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Jijik! Cendol Seluar Dalam Di Puchong..!!!

Puchong – Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui. – myMetro

Read More

Eksklusif! Hanipa, Mujahid, Khalid Wajib Dikenakan Tindakan Disiplin!

Tiga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat diselar para penyokong PAS ekoran tindakan mereka mempertahan sebuah NGO, Sister In Islam (SIS), yang mengaku mendokong fahaman liberalisme dan pluralisme, baru-baru ini.

Kata mereka, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin perlu dikenakan tindakan tatatertib kerana memalukan PAS.

Penyokong akar umbi PAS yang kuat "membersihkan" parti itu dari anasir fahaman liberal dan pluralisme menegaskan Mujahid, Khalid dan Hanipa, tidak peduli pada ketetapan usul Muktamar PAS pada tahun 2009 sebelum ini.

Dalam ketetapan usul itu, muktamar tahun itu sebulat suara memutuskan untuk "mendesak pihak kerajaan supaya mengharamkan SIS".

"HANIPA, MUJAHID & KHALID SAMAD WAJIB DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN.

"1- Adakah 3 MP PAS yang bergelar AJK PAS Pusat tersebut tidak tahu adanya satu usul berkait Sisters In Islam (SIS) telah diluluskan oleh Muktamar PAS 2009?

"2 - Sudah jelas 3 MP PAS tersebut telah melanggar usul yang telah diluluskan oleh Muktamar PAS 2009 :

"Mendesak Kerajaan Supaya Mengharamkan Sisters in Islam (SIS)," tulis penyokong pro-ulama PAS itu di laman Facebook mereka.


Mujahid, Khalid dan Hanipa sebelum ini dikritik oleh ramai kepimpinan ulama PAS ekoran keceluparan mereka menyanggah pendirian dan keputusan Presiden serta Majlis Syura Ulama, termasuk berkaitan penggunaan kalimah "Allah", PasMa dan pelbagai kontroversi yang lain.

Mereka bertiga disifatkan lebih memihak pada kepimpinan dua rakan sekutu parti, DAP dan PKR, khususnya terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -KedahNews.com

Read More

MAS: RM0.27 Sen Sesaham Ditentukan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) berlangsung dengan lebih 1,000 hadir, termasuk 560 pemegang saham minoriti, pada 11 pagi.

EGM yang penting itu bakal menyaksikan pemegang saham minoriti menerima atau menolak tawaran MAS sebanyak 27 sen sesaham.

Jika mereka menerimanya, MAS akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula yang bermatlamat memastikan syarikat penerbangan negara itu kembali mencatat keuntungan dalam tempoh tiga tahun.

Mereka datang seawal 9 pagi walaupun kaunter pendaftaran yang dibuka di lobi Akademi MAS di Kelana Jaya dekat sini, dibuka pada 10 pagi.

Mesyuarat itu berlangsung di Aras 2, dengan kawalan ketat pengawal keselamatan, dan media tidak dibenarkan berada di kawasan mesyuarat.

Menurut pegawai MAS, syarikat penerbangan itu tidak akan mengadakan sidang media, sebaliknya hanya akan mengeluarkan kenyataan media selepas mesyuarat berakhir. - Bernama

Read More

Terkini! Ustaz Kazim Elias Jadi Mangsa Fitnah, Gambar Atas Katil...

Benarlah dunia kini berada di akhir zaman apabila ramai golongan ilmuan Islam dan ulama semakin kerap menjadi mangsa fitnah, tohmah, dihina dan dicaci umat Islam sendiri tanpa timbul rasa bersalah atau dosa.

Selepas penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus diaibkan dengan fitnah rakaman video seks lelaki miripnya dengan seorang wanita, kini tiba pula giliran pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias, yang turut menjadi mangsa durjana pihak tidak bertanggungjawab.

Bezanya, Ustaz Kazim tidak diaibkan menerusi rakaman video seperti Ustaz Azhar. Namun sekeping gambar yang dilukis miripnya.

Dalam lukisan yang disebar meluas di laman-laman Facebook itu, karikatur Ustaz Kazim dilukis sedang berada di atas katil dengan hanya berselimut tanpa pakaian sambil memegang gambar seorang gadis yang separa bogel dan hanya mengenakan bikini.

Memetik UtaraNews.com, gambar berkenaan hanya dikesan menerusi sebuah akaun laman Facebook yang disifatkan sebagai seorang penyokong parti politik pembangkang.


Ramai yang mendakwa bahawa tujuan gambar karikatur tidak senonoh itu dimuat naik ke laman sosial adalah lebih bermotifkan politik dan semata-mata untuk memalukan seorang pendakwah yang disambut baik oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Ustaz Kazim pernah ditawarkan memegang jawatan di dalam Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, meskipun beliau ketika itu masih lagi merupakan seorang ahli PAS.

Tawaran berkenaan telah menyebabkan Ustaz Kazim diserang hebat dengan pelbagai hinaan dan cacian, termasuk berbaur ugutan, walaupun beliau menolak tawaran dari UMNO itu secara baik setelah bersemuka dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, sendiri.

Kecewa dengan sikap penyokong PAS yang jelas tidak berteraskan akhlak Islam itu, Ustaz Kazim kemudiaannya mengisytiharkan dirinya keluar dari parti tersebut dan menegaskan beliau lebih berminat untuk mengabdikan dirinya dalam bidang dakwah.

Terkini, Ustaz Kazim aktif berdakwah di seluruh negara dan terus mengimarahkan institusi Pusat Pendidikan Al-Barakah selain memenuhi permintaan dari para penganjur yang berminat untuk mendapatkan khidmat dakwah darinya di atas pentas mahupun kaca televisyen.

Pun begitu, beliau masih lagi dikaitkan dengan politik dan menjadi mangsa hinaan para penyokong parti pembangkang meskipun Ustaz Kazim pernah menegur pihak kerajaan dalam beberapa hal yang wajar secara berhikmah.

Secara peribadi, KedahNews.com lebih melihat Ustaz Kazim sebagai insan istimewa yang dikurniakan Allah SWT kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang mampu menggerakkan syariat dan mengimarahkan agama Allah secara wasatiyyah atau fundamental.

Kami berharap agar Ustaz Kazim bersabar atas ujian dari Allah SWT menerusi karikatur jijik pihak tidak bertanggungjawab itu dan membuat laporan polis bagi membersihkan imej institusi ilmuan Islam di Malaysia yang cuba dicemari pihak tertentu bila Ustaz tidak menyokong mereka.

Akhirnya, semoga syiar Allah SWT kian bersinar di bumi bertuah ini. Agar Malaysia mampu menuju ke arah sebuah "Madinah Al-Munawwarah Moden" dan terus menjadi contoh pada negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Anak Bekas Presiden PAS Pertahan Sister In Islam

Senada dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mujahid Yusof Rawa turut menyanggah tindakan Majlis Fatwa Negeri Selangor yang mengharamkan pertubuhan yang mendokong fahaman liberalisme dan pluralisme.

Mujahid mendakwa keputusan Majlis Fatwa Negeri itu kononnya menyeleweng dari ajaran Islam sebenar dan bersalahan dengan peraturan mengeluarkan fatwa dari sudut agama Islam itu sendiri.

Katanya, fatwa yang dikeluarkan perlu bersifat menyeluruh dan bukan hanya ditujukan kepada badan tertentu sahaja.

"Fatwa itu sepatutnya secara umum, ia menyeluruh, namun apa yang berlaku kini ia dikeluarkan bagi mengharamkan atau mematikan sesuatu badan yang berbeza fahaman," katanya kepada media di lobi Parlimen baru-baru ini.

Dipercayai kenyataan Mujahid itu bertujuan mengulas mengenai Fatwa Negeri Selangor yang dikeluarkan pada Julai 2014.

Fatwa berkenaan dengan jelas menggazetkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Bagi mencegah penularan fahaman sesat itu di kalangan umat Islam di internet, Majlis Fatwa juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat mana-mana laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Menurut fatwa itu lagi, individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai pegangan amalan agamanya maka hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

Lebih jelas lagi, fatwa berkenaan langsung tidak khusus ditujukan khas kepada Sister Is Islam sahaja sebagaimana yang didakwa Mujahid, malah bersifat menyeluruh sebagaimana yang AJK PAS Pusat itu mahukan.

Mujahid sebelum ini dilihat sering bersekongkol dan bersetuju dengan pendirian rakan sejawatnya Khalid Samad berhubung isu-isu kontroversi termasuk penggunaan kalimah "Allah", isu rampasan Bible dan sebagainya. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

Kecoh! Wanita Cedera, Ular Sawa Keluar Dari Lubang Jamban!

 

Ini mungkin menjadi igauan paling ngeri dalam kehidupan wanita dari Thailand ini.

Seorang wanita bernama Rampeung Onlamai, 57 tahun menghadapi saat paling gentar apabila seekor ular sawa yang bersaiz besar muncul secara tiba-tiba melalui lubang tandasnya.

Tergamam melihat ular sawa tersebut beliau segera keluar dari tandas tersebut namun ular sawa tersebut pantas  mematuk tangan kanan beliau dan membelitnya untuk masuk ke dalam lubang tandas.

Bagaimanapun, Onlamai yang kesakitan segera bertindak mengambil penyapu berdekatan dan memukul ular sawa itu sambil menjerit memanggil anak perempuan.

Anak perempuannya  terkejut mendengar teriakan ibunya segera menyelamatkan ibunya dan ular sawa tersebut kembali masuk ke dalam lubang tandas itu.

Onlamai terpaksa bergegas dibawa ke hospital dan menerima 20 jahitan pada tangan kanannya.

Kini, pihak berkuasa berusaha mencari dan menangkap ular sawa tersebut agar tidak membahayakan nyawa orang awam yang lain lagi.
Sumber: Mynewshub.cc

Read More

KLIA2: "Menteri Pengangkutan Wannabe" Cuba Cipta Fitnah Terbaru?

Mungkin terlalu kempunan mahukan jawatan Menteri Pengangkutan Malaysia, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kadar cukai penumpang di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dijangka akan naik dari 50% hingga 100%.

Kata pemimpin DAP yang suka memanipulasi angka sesuka hatinya itu, kadar caj cukai penumpang klia2 akan meningkat secara mendadak 100% bagi penerbangan antarabangsa dan 50% bagi penerbangan domestik.

Tony Pua dalam memberi alasan atas dakwaan itu berkata peningkatan kadar cukai penumpang itu kononnya disebabkan "kegagalan kerajaan" menampung kos operasi lapangan terbang tersebut yang terlalu tinggi.

"Mengikut daripada laporan suku tahunan pendapatan berakhir September lepas kejatuhan keuntungan berlaku.


"Amat jelas Malaysia Airports Berhad (MAHB) akan meminta pemohonan kadar kenaikan cukai penumpang dan kerajaan akan melaksanakannya atas tujuan menyelamatkan situasi tersebut," katanya pada sidang media di Parlimen yang dipetik dari Malaysian Insider.

"Aneh"nya, penyandang jawatan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai secepat kilat menafikan cerita dongeng Tony Pua itu kepada media sejurus diajukan soalan mengenainya.

"Tidak ada, siapa kata akan naik? Saya langsung tidak menerima apa-apa maklumat mengenai kenaikan tersebut," katanya menafikan satu lagi "siri fitnah" yang cuba dicetus oleh pemimpin DAP tersebut.

Rakyat di Pulau Pinang masih lagi mahu percaya pada pemimpin DAP? -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

PPS Pertubuhan Haram: Serah Semua Kelengkapan & Peralatan, Atau...

GEORGETOWN – Semua anggota pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) perlu mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata berikutan itu, polis meminta anggota PPS menyerahkan semua kelengkapan dan peralatan mereka seperti vest dan baju dengan logo PPS kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kadar segera.

“Jika gagal berbuat demikian polis boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Bacaan Ikrar Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam kenyataan  semalam berkata Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan PPS Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

PPS yang ditubuhkan kerajaan negeri pimpinan DAP lima tahun lepas dilaporkan mempunyai 296 kumpulan yang beroperasi di bawah 40 kawasan dengan memperoleh sumber kewangan daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata Pejabat Peguam Negara masih membuat penelitian berhubung kertas siasatan penahanan 157 anggota PPS Pulau Pinang pada 31 Ogos lepas.

“Kami masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan  selanjutnya iaitu sama ada mendakwa mereka atau sebaliknya,” katanya.

Pada 31 Ogos lepas, 155 anggota PPS, termasuk pengerusinya Phee Boon Poh yang juga anggota Exco kerajaan negeri, ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer ditahan sehari selepas itu manakala Timbalan Pengerusi PPS merangkap anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 Sept. – BERNAMA

Read More

Air Kosong Campur Gula Jadi Susu Anak...

KOTA BHARU - Akibat kesempitan hidup, seorang ibu tunggal terpaksa memberi dua anaknya yang berusia lima dan tiga tahun minum air kosong dicampur dengan gula.

Ibu tunggal terbabit, Norazlina Razid, 35, berkata, dia sudah tiada pilihan lain kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dua anaknya itu dan terpaksa memberi mereka minum air gula bagi mendapatkan tenaga.

Wanita berkenaan baru kematian suami April lalu dan menjaga dua anaknya itu bersendirian selepas keluar dari rumah sewanya sejak dua minggu lalu. Norazlina turut mempunyai seorang lagi anak yang berusia 11 tahun dan masih bersekolah.

Katanya, selepas kematian suami, hidupnya dirundung malang apabila tidak mempunyai wang untuk menjelaskan sewa bulanan sehingga terpaksa keluar dari rumah tinggal yang disewa selepas pemiliknya datang merobohkan rumah itu.

Sejak itu, dia bersama tiga anaknya itu hidup merempat dan tidur di mana sahaja yang difikirkan boleh dijadikan tempat tidur.

Norazlina berkata, dia mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlah RM300 tersebut tidak mencukupi bagi menampung perberlanjaan seharian mereka sekeluarga.

“Bulan ini saya sudah ambil duit itu dan digunakan untuk belanja makan anak-anak serta semuanya sudah habis. Sekarang hanya ada RM5 di dalam poket dan saya perlu mengemis selepas ini untuk dapatkan duit bagi membeli makanan anak-anak," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Pak Teh Simpan Tulang Ikan Paus!

YAN – Seorang warga emas di Kampung Tualang, Bukit Besar, di sini, mempunyai hobi pelik kerana gemar menyimpan tulang-tulang binatang, selain barangan antik.

Dianggarkan lebih 20 koleksi unik itu digantung di kedai runcitnya yang terkenal dengan S14 Hijau Kuning, di sini.

Ismail Awang Saud, 60, atau lebih dikenali sebagai Pak Teh dalam kalangan masyarakat setempat mengakui mula meminati hobi berkenaan sejak usia muda.

Menurutnya, hobi mengumpul barangan antik pula bermula apabila beliau suka membeli barangan murah dan unik dari Kompleks Padang Besar, Perlis.

Hobinya itu bagaimanapun bertukar kepada mengumpul barangan antik apabila mendapati banyak barang yang jarang ditemui dan berusia lebih tua, dijual di situ.

Antara barangan antik paling berharga ialah sebilah pedang yang didakwa berusia ratusan tahun yang dimilikinya pada tahun 1990.

Selain itu, beliau juga menyimpan ketulan tulang ikan paus yang selalu mendapat perhatian ramai yang berminat untuk membelinya.

“Pernah juga ada individu menawarkan harga lumayan untuk membeli ketulan tulang ikan paus itu, tetapi saya tidak akan menjualnya.

“Pada saya, barang-barang ini amat berharga dan tidak ternilai untuk dijual,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tulang ikan paus itu mempunyai khasiat tersendiri apabila boleh dijadikan sebagai ubat sakit urat.

“Saya dapat tulang ikan paus ini ketika ia terdampar di persisiran Sungai Limau pada tahun 1990,” katanya.

Beliau turut menyimpan tulang kerbau dan kulit kerbau balar yang sering digunakan untuk membuat gedang raya.

Menyedari keunikan hobinya itu, beliau telah dihadiahkan seketul tulang paha yang dipercayai milik seekor gajah berusia lebih 50 tahun.

Hadiah itu diberikan oleh seorang rakannya sempena ulang tahun kelahirannya ke-60 pada 21 April lalu.

“Saya difahamkan tulang gajah ini diambil dari satu perkampungan dekat Nami. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menjual tulang ini dan akan menyimpannya sebagai koleksi baharu,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Bubar UMNO Selangor, Susun Semula - Tun M

SHAH ALAM – Umno Selangor perlu melakukan perubahan dengan pembubaran dan penyusunan semula termasuk menerima ahli baru yang berbakat, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ahli baru perlu ditapis bagi mengelakkan kewujudan makhluk perosak yang ingin memperalat parti itu untuk agenda peribadi.

“Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

“Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

“Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri daripada veteran Umno termasuk dari bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka,” katanya yang dipetik daripada tulisan artikel ‘Umno Selangor Perlu Berubah’ di blognya, hari ini.

Katanya, Umno Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai Umno dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang Umno

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar parti itu memberi tumpuan kepada generasi Y yang tidak berminat dengan Umno.

“Pada PRU14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi. Gen-Y tidak berminat dengan Umno. Terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat.

“Jika disebut akan jasa parti Umno kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi kerajaan akan membuat perkara yang sama,” katanya.

Jelasnya, pandangan cetek ini disebabkan generasi Y ini tidak membuat bandingan antara kerajaan Malaysia pimpinan Umno dengan kerajaan-kerajaan negara-negara lain.

“Jika dibandingkan, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, beliau turut berpendapat imej Umno sebagai parti rasuah juga perlu dikikis malah cara hidup pemimpin Umno perlu lebih sederhana.

“Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” katanya.

Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akui merasa letih dan malu kerana menjadi parti pembangkang di Selangor ketika berucap pada Konvokesyen Umno Selangor. -Sinar Harian

Read More

Cerita Dari Whatsapps Dibuktikan Palsu, Tak Tepat

Auta

Heboh tersebar dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp, semalam berkaitan kejadian guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya yang ditipu beribu-ribu ringgit oleh seorang lelaki.

Laman Facebook yang tersebar menyatakan individu berbangsa Arab itu masuk ke sekolah untuk mempromosi khidmat perubatan homeopathy boleh mengesan penyakit menerusi mata.

Dia juga dikatakan boleh mengubat penyakit menggunakan cawan-cawan kecil daripada batu marmar Makkah. Kononnya mereka yang meminum air dalam cawan itu akan hilang segala penyakitnya.

Selain di Negeri Sembilan, dia juga dikatakan dikesan datang ke beberapa buah sekolah sekitar Perak.

Sementara itu, dalam WhatsApp yang disebarkan semalam, individu terbabit dikatakan menggunakan jin sebelum memukau mangsa dengan menjual batu dalam gelas sehingga guru ditipu ratusan ringgit.

Fakta

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya, di sini menafikan seorang guru sekolah berkenaan diperdaya seorang individu yang mengaku doktor homeopathy berbangsa Arab, kononnya boleh mengesan penyakit melalui anak mata.

Menurut sumber sekolah, tiada seorang pun guru sekolah berkenaan dipukau sepertimana dakwaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

Sumber yang enggan namanya disiarkan bagaimanapun mengesahkan individu terbabit ada datang ke sekolah berkenaan untuk menjual cawan-cawan kecil diperbuat daripada batu marmar dari Makkah kepada guru-guru, Selasa lalu.

“Saya tidak nafikan dia ada datang ke sekolah ini berdasarkan makluman diterima guru-guru. Difahamkan, dia juga singgah di beberapa buah sekolah lain.

"Saya tak tahu kenapa nama sekolah ini yang menjadi sebutan di laman sosial, padahal tiada guru di sekolah ini yang jadi mangsa pukau individu itu," katanya.

Tinjauan ke sekolah berkenaan juga mendapati sistem keselamatan di sekolah berkenaan sentiasa dikawal dengan rapi, sekali gus menyukarkan orang luar masuk tanpa sebab.

Pengawal keselamatan di sekolah itu berkata, setiap kemasukan orang awam ke sekolah perlu mengikut prosedur dengan mengisi borang disediakan.

"Mengenai kedatangan individu berbangsa Arab itu, kita tidak sedar kedatangannya. Mungkin individu itu mengambil peluang masuk ke dalam sekolah dengan menaiki kereta pada waktu puncak. Tak sangka isu ini semakin heboh diperkatakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak sekolah kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal bagi menyiasat perkara itu lebih lanjut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid berkata, pihak sekolah tidak dibenarkan memberi keizinan kepada sesiapa sahaja membuat sebarang promosi dan jualan di dalam kawasan sekolah.

“Kalau ada, ia mestilah melalui jabatan. Kita  memberi peringatan kepada pihak sekolah mengenai makluman tentang pematuhan prosedur supaya perkara seperti ini tidak berulang,” katanya.

Beliau sudah mengingatkan pengetua dan guru besar sekolah supaya memperketat urusan keluar masuk orang awam di sekolah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes berkenaan.

“Bukan sahaja guru, tetapi orang awam  perlu berhati-hati membuat urusan jual beli lebih-lebih lagi individu tidak dikenali," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Internet Malaysia Di Belakang Vietnam, Kemboja? Ini Jawapan TM...

LAPORAN kaji selidik yang dibuat oleh Ookla Net Index antara bulan Mei 2013 hingga April 2014 menyenaraikan Malaysia di tempat ke 126 dari 192 negara untuk purata kelajuan muat turun. Ianya turut meletakkan Malaysia di belakang Kemboja dan Vietnam dalam senarai berkenaan.

Merujuk kepada laporan tersebut, Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa walaupun kajian itu mempunyai metodologi tertentu, perincian laporan tersebut telah menimbulkan banyak persoalan memandangkan ianya tidak mengambil kira beberapa faktor penting lain di dalam menyenaraikan kedudukan negara-negara tersebut, di mana salah satu faktornya adalah penerapan jalur lebar di negara-negaraitut. Kaji selidik tersebut telah dijalankan dengan mengumpul data dari ujian tahap kelajuan jalur lebar yang dijalankan, tetapi tidak menyatakan faktor-faktor utama seperti pakej jalur lebar yang digunakan oleh pengguna terbabit. Ianya menyebabkan penghasilan laporan yang tidak menyeluruh dan seimbang.

TM ingin menjelaskan bahawa tahap kelajuan jalur lebar dan keluasan liputannya adalah berbeza di antara negara dan patut  turut mengambilkira polisi nasional dan dinamik pasarannya. Di Malaysia, Pelan Jalur Lebar Kebangsaan berhasrat untuk memastikan jalur lebar diperluaskan ke seluruh negara. Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata 5.4Mbps, liputan jalur lebarnya melangkaui kebanyakan negara-negara jiran di sekelilingnya. Sehubungan itu, walaupun purata kelajuan mungkin lebih rendah apabila kita mengambil kira tahap pencapaian seluruh negara dan tahap kelajuan pakej jalur lebar yang dilanggani. Sebagi contoh, purata kelajuan di kawasan bandar yang terhubung sepenuhnya berbanding kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai akses akan memberikan gambaran yang berbeza, berbanding Malaysia yang mempunyai liputan di seluruh negara. Tambahan lagi, usaha untuk menambahbaik tahap kelajuan, liputan dan penerapan jalur lebar di Malaysia serta komitmen pihak kerajaan yang berterusan telah terbukti dengan sokongan berterusan untuk pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2 (High Speed Broadband 2 - HSBB2) dan LTE.

Setakat suku tahun pertama tahun ini, tahap penembusan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives – NBI) (Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia - SKMM). Malah, TM juga telah menyumbang lebih 40 peratus ke arah pencapaian tahap penembusan jalur lebar tersebut.

Pelanggan UniFi TM kini telah meningkat melebihi 700,000 pelanggan, iaitu kadar langganan kira-kira 45 peratus berbanding liputan UniFi yang kini boleh dinikmati menerusi 1.56 juta port memberi liputan kepada 2.69 juta premis di 105 ibu sawat TM. Jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan bukan UniFi juga bertumbuh kukuh dengan kadar langganan Streamyx 8Mbps yang tinggi. Setakat 1H2014, 45 peratus atau lebih daripada 1.0 juta daripada jumlah keseluruhan pelanggan jalur lebar melanggani pakej jalur lebar berkelajuan tinggi dari 4Mbps dan ke atas. Selain itu, menepati kedudukan sebagai Peneraju Jalur Lebar di Malaysia, TM kini mampu memberikan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan-pelanggan di kawasan-kawasan yang kurang menerima perkhidmatan (underserved) secara berperingkat dengan pelancaran perkhidmatan 4G pertama, TMgo baru-baru ini.

Menyentuh mengenai dakwaan kos sambungan Internet yang dikatakan tinggi berbanding negara-negara lain, ianya tidak seharusnya diperbandingkan secara terus memandangkan terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kos pelaksanaan rangkaian infrastruktur termasuklah faktor geografi serta saiz sesebuah negara itu. Sebagai contoh, Malaysia, dengan kawasan pedalaman serta bentuk topografi yang berbentuk banjaran dan gunung meliputi sebahagian besar negara, menjadikan pelaksanaan sebuah negara yang tersambung secara menyeluruh sangat mencabar.

Namun begitu, kaji selidik BT Teleconsult telah membuktikan bahawa perbelanjaan modal (capex) TM adalah di antara yang paling kos efektif di dunia berdasarkan ciri-ciri utama rangkaian HSBB yang dilaksanakan serta tempoh pelaksanaan yang paling cepat dengan skop pelaksanaan yang begitu besar pada masa itu, termasuk liputan ke seluruh negara merangkumi akses, rangkaian utama dan infrastruktur antarabangsa.

Menurut laporan Affordability Index 2013 yang dikeluarkan oleh Alliance for Affordable Internet (A4AI) pada bulan Disember 2013, Malaysia berada di tempat teratas secara keseluruhan antara negara-negara berpendapatan sederhana dan status pembangunan yang sama mengikut penilaian yang merangkumi komposit infrastruktur komunikasi, akses dan kemampuan. Laporan tersebut boleh diakses di http://a4ai.org/affordability-report-2013/.

Memetik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SKMM berkenaan dengan perbandingan kadar Internet ini yang telah dipaparkan di laman Facebooknya pada 18 Oktober 2014, yang menyatakan bahawa laporan media mengenai harga Internet di Malaysia mahal adalah tidak tepat memandangkan perbandingan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan perbandingan harga tanpa disokong oleh sebarang fakta yang kukuh. Di dalam kenyataannya, SKMM turut merujuk kepada hasil kajian yang dibuat oleh Measuring Information Society (MIS), International Telecommunication Union (ITU) yang membuat perbandingan harga Internet beberapa negara di rantau Asia menggunakan Purchasing Power Pariti (PPP) dan Gross National Income (GNI) per kapita serta jumlah isi rumah yang mempunyai akses kepada Internet. Perbandingan data tersebut jelas menunjukkan harga Internet di Malaysia sangat kompetitif dan berpatutan berbanding negara-negara lain. (Sumber: Laman Facebook SKMM di ).

Menyentuh tentang kadar harga pakej jalur lebar TM pula, Syarikat telahpun mengurangkan kadar langganan untuk pakej jalur lebar perkhidmatan Streamyx pada tahun 2010 dengan pengenalan tawaran perkhidmatan UniFi, selari dengan pengumuman NBI oleh Kerajaan.

TM, sebagai Peneraju Jalur Lebar Negara tetap komited untuk memainkan peranan kami bagi menyediakan akses Internet kepada seluruh rakyat Malaysia, selari dengan aspirasi menyampaikan gaya hidup digital yang bersepadu disamping memberikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan ke rumah-rumah di Malaysia. TM akan terus menawarkan perkhidmatan jalur lebar kepada negara merentasi semua segmen dan lokasi – konsisten dengan Pelan Jalur Lebar Nasional dengan membawakan perkhidmatan tiga serangkai (triple play) UniFi yang menawarkan Suara, Internet Berkelajuan Tinggi dari 5Mbps sehingga 20Mbps untuk pelanggan kediaman serta 50Mbps untuk pelanggan perniagaan; dan IPTV iaitu HyppTV menerusi HSBB; Jalur Lebar Pinggir Bandar (Suburban Broadband – SUBB); dan juga Jalur Lebar untuk Populasi Umum (Broadband for General Population – BBGP) menerusi perkhidmatan Streamyx kami dengan menawarkan pelbagai pakej gabungan perkhidmatan jalur lebar dan telefon (2-play) yang mampu dimiliki dan komprehensif untuk semua golongan masyarakat dengan pakej sehingga 8Mbps.

Kami berharap maklumat komprehensif yang diberikan ini dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh untuk manfaat pembaca dan pengguna Internet di Malaysia.

Read More

Gadis Sanggup Lari Separuh Bogel Gara-Gara Nak Curi Gaun Pengantin!

Mungkin kedengaran pelik, namun seorang bakal pengantin disyaki berpakat bersama pengapitnya mencuri beberapa helai gaun pengantin dan gaun bagi para pengapitnya.

Kejadian curi yang dirancang rapi oleh bakal pengantin dan pengapitnya ini dilaporkan berlaku di sebuah butik pengantin di Croatia.

Menurut pemilik butik tersebut, Danijela Jelencic, pada awalnya dia menyangka pelanggannya itu ingin mengadakan satu majlis perkahwinan yang besar namun perkara sebaliknya berlaku.

Ketika kejadian, bakal pengantin dikatakan berpura-pura sedang mencuba dan menyalin beberapa baju ditemani seorang pengapit yang memegang beberapa gaun pengantin.

Tiba-tiba, pengapit terbabit bertindak melarikan diri bersama-sama gaun dipegangnya menuju ke sebuah kereta BMW yang sudah menunggu, diikuti bakal pengantin yang kelam kabut dalam keadaan separuh bogel.


Pemilik dan pekerja dikatakan tidak sempat berbuat apa-apa dan tergamam melihat kejadian ini.

Susulan itu pihak berkuasa Croatia sedang melakukan pemeriksaan di semua majlis perkahwinan yang bakal diadakan pada waktu terdekat bagi mencari suspek yang mungkin akan memakai gaun dari butik pengantin yang dicuri.

Read More

Pencuri Motor Di Masjid Dibogel, Gambar Dirakam & Disebar Viral...

pencuri-L

Bertindak melulu dan melebihi batasan, beberapa individu di sebuah kampung di Bachok, Kelantan bukan sahaja membelasah seorang remaja, malah membogelkannya di khalayak ramai akibat ditangkap mencuri.

Kejadian dikatakan berlaku ketika waktu solat di mana remaja terbabit bersama-sama seorang rakannya didakwa hendak mencuri motosikal milik salah seorang jemaah yang diparkir di perkarangan masjid.

Namun, tindakan itu mengundang padah apabila dia ditangkap selepas ada penduduk terlihat perbuatan tersebut. Rakan subahat mangsa bagaimanapun sempat meloloskan diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Assisten Komisioner Rohaimi Md Isa, pelajar sekolah tingkatan tiga itu mengalami kecederaan di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dibelasah.

Difahamkan remaja terbabit ditangkap bersama peralatan yang dipercayai untuk digunakan bagi mencuri motosikal.

Dalam pada itu, beberapa keping gambar remaja yang ditangkap orang kampung ini menjadi viral di laman sosial apabila ia memaparkan keadaan remaja itu yang dipercayai dibogelkan penduduk kampung sebagai hukuman.

Perbuatan ini mendapat kritikan pengguna Internet kerana penyebarannya dianggap perbuatan mengaibkan dan tidak wajar. Malah, ada pihak menganggap penduduk kampung menggunakan undang-undang sendiri bagi menjatuhkan hukuman kepada pencuri itu.

Ya, kadang-kadang amarah boleh menyebabkan sesetangah individu melakukan perbuatan di luar jangkaan, namun situasi ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di tempat suci bagi umat Islam.

Kalau pun nak beri pengajaran, tak perlulah sampai sebegini rupa. -Mynewshub.cc

Read More
Newer Posts Older Posts Home