Friday, 7 November 2014
Pengacara Jelita Hampir Hilang Kerja Gara-Gara Terlalu Cantik
11:00 pm Admin Kedahnews No comments
Serbia – Seorang penyampai berita sebuah televisyen, Katarina Sreckovic, 25, hampir kehilangan kerjanya sebagai wartawan sukan disebabkan rupa yang menawan dan seksi.
Semuanya gara-gara kecantikannya itu menganggu tumpuan pemain bola sepak pasukan Red Star ketika mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh Sreckovic.
Sreckovic berkhidmat dengan sebuah stesen TV khas untuk pasukan Red Star.
Keadaan itu menyebabkan majikannya kurang senang kerana pemain yang ditemubual oleh Sreckovic tidak dapat menjawab soalan yang diberinya dengan baik disebabkan mereka terganggu dengan kecantikannya.
“Saya mengaku pada mulanya ia merupakan satu masalah namun kini mereka sudah biasa dengan saya. Pada mulanya saya sangkakan mereka tidak dapat memberikan kerjasama langsung pada saya.
“Saya juga diminta beberapa kali keluar dari padang dan menerima aduan daripada pemain bahawa saya mengganggu tumpuan mereka,’’ katanya yang mempunyai ijazah dalam falsafah dan bahasa Cina.
Bagaimanapun Sreckovic berkata dia berjaya mengatasinya dan pemain Red Star juga kini sudah biasa dengan kehadirannya. -Agensi
Read More
Sister In Islam Promosi Pemikiran Yahudi, Nasrani - Pemuda PAS
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Datin Paduka Marina Tun Mahathir antara pemimpin SIS yang vokal |
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan Sisters in Islam (SIS) sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuang fahaman sesat kerana cuba mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi sehubungan itu berkata, pertubuhan tersebut perlu diharamkan kerana tindak-tanduk SIS yang menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam, jika tidak dihalang akan memberi kesan buruk kepada masyarakat.
Beliau yang juga anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menambah, konsep liberal yang dibawa pertubuhan tersebut dengan mempromosi pegangan serta amalan tidak berlandaskan syariat agama jelas menyalahi tujuan sebenar agama Islam diturunkan kepada manusia.
“Sebarang usaha menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah kesesatan yang terang lagi nyata. SIS secara terang telah mencabar akidah Islamiah apabila bertindak mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.
“Kesemua tindak tanduk dan pendirian SIS mewajarkannya diharamkan secara serta merta tanpa kompromi lagi setelah kedegilan kumpulan ini mencetuskan pelbagai polemik fahaman dan pegangan umat Islam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber: Utusan
Read More
Perubahan Wajah Donatella Versace Yang Menakutkan!
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Memegang takhta sebagai pemilik kepada salah satu jenama pakaian mewah nombor satu dunia, Donatella Versace cuba sedaya untuk kelihatan cantik dan menawan di khalayak.
Namun, transformasi yang dilakukannya dengan bantuan botox, implan, pembedahan laser dan pelbagai suntikan lain semenjak 20 tahun lalu merubah wajahnya 360 darjah.
Muncul di hadapan papparazi hujung minggu lalu ketika turun dari kapal terbang, dia dikritik lagi akibat wajahnya yang semakin pelik dan hodoh.
Menurut portal Daily Mail, kulit Versace terlalu berkilat disebabkan kesan pengambil botox yang terlampau, juga prosedur pembedahan laser bagi memuluskan wajahnya.
Kata seorang pakar, Dr Aamer Khan, “Saya berpendapat ada tulang yang telah dibuang di kawasan rahang dan digantikan dengan implan.”
Portal tersebut juga membuat perbandingan wajah Donatella Versace sebelum dia menjalani proses pembedahan plastik, sehinggalah ia bertukar menjadi buruk.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Cerita Artis Bertudung Dibuli Pemandu Teksi
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
Pembuli jalan raya memang ramai di kalangan kita, ada yang sengaja menjadi pembuli kerana merasakan merekalah ‘bos’ di atas jalan raya.
Malah ada yang sengaja mahu memprovok sesetengah pemandu lain untuk kepuasan hati mereka.
Namun, baru-baru ini, pelakon Fiza Elite berkongsi kejadian yang melibatkan dirinya dan anak saudara yang telah dibuli oleh seorang pemandu teksi seperti mana yang dikongsikannya menerusi laman Instagram.
Menurut Fiza, pemandu teksi itu sengaja memberhentikan keretanya di hadapan kereta Fiza secara tiba-tiba dan tak semena-mena menghalang laluan keretanya.
Memang tak patutlah pemandu teksi itu bertindak sedemikian, jangan dia ingat kerana kereta itu dipandu oleh seorang wanita, senang-senang dia nak buli.
Diharapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua pemandu wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya bertemu dengan pembuli jalanan selepas ini.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
SubhanAllah! Bisikan Terakhir Rasulullah SAW Sebelum Wafat...
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
APABILA sakit Rasulullah SAW semakin berat, baginda memanggil puterinya Fatimah. Puteri kesayangan Nabi SAW ini segera mendatangi rumah baginda untuk memenuhi panggilan tersebut.
Apabila Fatimah tiba, baginda menyambutnya dengan mesra. Baginda lalu mempersilakannya duduk di sebelah baginda Nabi SAW.
Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW membisikkan sesuatu kepada Fatimah. Mendengar apa yang dibisikkan itu, Fatimah menangis. Melihat puterinya bersedih, Rasulullah SAW menjadi kasihan kepadanya. Baginda lalu berbisik kepadanya lagi. Kali ini, Fatimah tersenyum.
Siti Aisyah yang melihat perkara ini berasa hairan. Beliau ingin tahu apakah perkara yang dibisikan Rasulullah kepada Fatimah itu. Namun apabila Aisyah bertanyakan perkara itu, Fatimah menolak memberitahu. Beliau berkata: “Saya tidak dapat mendedahkan rahsia Rasulullah SAW selagi mana baginda masih hidup.”
Beberapa masa kemudian, Rasulullah wafat. Aisyah kembali bertanyakan perkara ini kepada Fatimah. Beliau berkata: “Saya meminta kepadamu, demi hak saya ke atasmu, beritahukanlah ucapan yang Rasulullah bisikan kepadamu ketika itu.”
Fatimah berkata: “Kerana engkau bertanya pada masa ini, maka aku akan memberitahunya.”
Fatimah bercerita: “Pada bisikan pertama, baginda memberitahu bahawa biasanya Jibril membacakan al-Quran kepada baginda satu kali sahaja setiap tahun. Namun pada tahun ini, Jibril membacakannya hingga dua kali. Aku merasa ini menjadi pertanda bahawa ajalku telah dekat. Maka bertakwalah kepada Allah SWT dan bersabarlah. Sesungguhnya aku akan mendahuluimu.”
“Itu sebabnya aku menangis sebagaimana yang engkau lihat.”
“Baginda menjadi kasihan kepadaku,” lanjut Fatimah. “Beliau lalu berbisik kali kedua dan berkata: Tidakkah engkau suka menjadi penghulu semua perempuan ahli syurga? Sesungguhnya engkau akan menjadi ahli keluargaku yang paling pertama menyusulku.”
Fatimah berkata: “Kerana ucapan ini aku lalu tersenyum.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Berdamai dengan-Nya
Kematian sangat menyedihkan, sekali gus sangat menggembirakan. Kematian memisahkan kita daripada orang yang kita cintai. Namun kematian juga pada satu hari mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai. Justeru, berita kematian membuat Fatimah menangis juga tersenyum.
Menurut ramai ahli sejarah, Fatimah meninggal dunia enam bulan selepas hari mangkat baginda Rasulullah SAW. Menurut Abu Jaafar al-Baqir, usia beliau pada masa itu ialah 28 tahun. Semoga Allah meredai beliau dan seluruh ahli keluarga juga para sahabat Nabi SAW sekalian.
Siapa yang ingin tersenyum apabila menyambut kematian, berdamailah dengan Allah SWT daripada sekarang. Kembalilah kepada agama Allah SWT, tinggalkan maksiat dan mulalah mengumpulkan bekalan. Allah sangat suka kepada hamba yang kembali kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang mukmin akan meninggal dunia, malaikat menceritakan reda Allah SWT dan kemuliaan yang telah tersedia baginya. Justeru, tiada sesuatu yang lebih ia sukai berbanding apa yang tengah disaksikannya ini. Ia menjadi sangat suka berjumpa dengan Allah SWT dan Allah pun suka berjumpa dengannya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk dalam kalangan orang yang tersenyum apabila meninggal dunia nanti. Amin ya rabbal alamin.

Kisah Benar: Masjid Dicemari Vandalisme Di Kanada
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
Pada Jumaat lepas, kisah mengenai sebuah masjid di Cold Lake, Kanada dikejutkan dengan kejadian vandalism yang menimpa ke atas masjid tersebut.
Dinding masjid tersebut telah diconteng cacian “go home” dan beberapa cermin tingkap sengaja dipecahkan, perkara tersebut benar-benar mengejutkan Lembaga Komuniti Masjid, Mahmoid El-Kadri apabila beliau dan anaknya tiba di perkarangan masjid pada pagi itu.
“We were born here and raised here and this is our home.”
“Kami dilahirkan dan dibesarkan di sini, inilah rumah kami,” kata anak beliau yang turut sama hadir pada pagi tersebut.
Selama 4 tahun Masjid Cold Lake tidak pernah disentuh oleh mana-mana sentimen perkauman.
Komuniti di sini sangat menghormati apa sahaja pegangan agama yang dianuti oleh masyarakat setempat.
Isu ini sama-sama ditangani apabila tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake telah bersama-sama melibatkan diri dengan pihak pengurusan masjid bergotong-royong mengembalikan masjid ke keadaan asal.
Tindakan positif komuniti masyarakat di Cold Lake bagi kami sangat mengkagumkan.
Semua perkara mampu diselesaikan jika semua pihak yang terlibat melihat dengan satu sudut pandang yang sama.
Tahniah masyarakat Cold Lake, Kanada, kalian memang terbaik!
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Mayat Tanpa Kepala & Kaki Ditemui Berhampiran Surau
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
Ketika sedang berjoging dan bersenam di Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang, seorang wanita dikejutkan dengan penemuan sebuah beg pakaian berisi mayat tanpa kepala dan kaki.
Pada mulanya, dia melakukan rutin senaman seperti biasa di kawasan itu sehinggalah tercium bau busuk dari sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di sebuah surau.
Curiga dengan kandungan di dalamnya, wanita tersebut bertindak membuka begi itu lantas menemui sepasang tangan terjulur keluar selain kesan darah.
Lantas, dia memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di pondok berdekatan sebelum membuat laporan rasmi di Balai Polis Pulau Tikus, Georgetown.
Tidak lama selepas itu sepasukan anggota forensik tiba di tempat kejadian dan membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang berada di dalam beg.
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Al-Atrash kepada sebuah portal, beliau mengesahkan penemuan tersebut dan siasatan terhadap kes itu sedang dilakukan.
Berdasarkan keadaan mayat, beliau percaya mangsa telah dibunuh dan mayatnya dipotong di tempat lain sebelum bahagian badan tersebut dibuang di situ.
Setakat ini, bahagian kepala dan kaki masih belum ditemui. Mayat mangsa telah dihantar di Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Ini SuperBike Paling Laju Di Dunia..!
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
Dunia pemotoran antarabangsa kini berbangga apabila pengeluar motosikal terkemuka Jepun, Kawasaki semalam melancarkan motosikal paling pantas di dunia model Ninja H2 yang diilhamkan daripada teknologi terbaik kereta lumba Formula One.
Motosikal berkuasa tinggi tersebut dengan slogan ‘Dibina Melangkaui Kepercayaan’ dan berat keseluruhan hanya satu perlima daripada sebuah kereta biasa itu mampu membuat pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam dalam masa cuma kurang 2.5 saat.
Pengarah Urusan Kawasaki Motors Australia, Kenichi Hashiba dilaporkan berkata, Ninja H2 bakal menyaingi kehebatan motosikal paling laju di dunia keluaran syarikat Kawasaki sendiri sebelum ini iaitu Ninja ZX14-R yang dihasilkan sejak tahun 2010 lalu.
Ia juga dijangka mengatasi kehebatan Ducati Diavel keluaran sejak 2011, Yamaha VMAX sejak 2010 dan Suzuki GSXR-1000 sejak 2006.
Motosikal ini djadualkan memasuki pasaran Australia bermula awal tahun depan dengan harga runcit A$30,000 (kira-kira RM86,800). – Agensi
Read More
Hadi Ponteng Mesyuarat: DAP Anggap Masalah Besar, Bukan Remeh!
3:00 pm Admin Kedahnews 1 comment
KUALA LUMPUR – Kegagalan mana-mana pemimpin pakatan pembangkang untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak boleh dianggap sebagai satu perkara yang remeh.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata, Pakatan Rakyat tidak akan maju ke hadapan jika ada dalam kalangan pemimpinnya menganggap tidak hadir mesyuarat penting itu sebagai satu perkara normal.
“Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan isu ketidakhadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat sebagai “remeh” dan tidak perlu diberikan perhatian.
“Pimpinan pusat DAP amat kecewa dengan sikap dan pandangan tersebut kerana isu tersebut bukannya isu remeh tetapi melibatkan soal kesinambungan dan survival politik pakatan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mustafa semalam mengkritik Setiausaha Agung DAP, Guan Eng membangkitkan soal ketidakhadiran Presiden PAS ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kerana menganggap ia perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Mustafa turut mendedahkan Guan Eng lebih banyak tidak hadir ke mesyuarat itu berbanding Abdul Hadi sejak tahun 2008.
Siew Fook berkata, isu yang dibangkitkan Guan Eng berkenaan ketidakhadiran Presiden PAS merujuk kepada isu yang lebih serius ialah ketidakpatuhan Presiden PAS terhadap keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, Pakatan Rakyat dapat berfungsi dengan efektif jika keputusan yang dicapai bersama dalam mesyuarat itu kelak berkemungkinan dinafikan oleh Presiden PAS kerana Abdul Hadi tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
Jelasnya, situasi Abdul Hadi berbeza berbanding Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana menggalas tanggungjawab pentadbiran yang berat menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
“Tetapi ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat tidak pernah menimbulkan masalah kerana beliau tidak pernah mempertikaikan sebarang keputusan yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
“Persoalan yang utama di sini ialah adakah wakil PAS dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi pihak PAS tanpa kehadiran Presidennya,” katanya.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Kisah Gadis Cilik Suku Maonan Terpaksa Jadi "Serigala"...
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
Danli Tan, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun tinggal di desa pergunungan daerah Chaimen, Nanxiang wilayah autonomi Guangxi, China.
Kisah Danli mula mendapat perhatian masyarakat apabila sebuah saluran televisyen di China telah mengeluarkan video kisah hidupnya yang begitu menyentuh perasaan.
Tatkala ditanya wartawan berapa masa yang diambil olehnya untuk pergi dan pulang ke sekolah, Danli berkata, dia mengambil masa hampir dua jam untuk meredah hutan ke sekolah.
Menjelajahi keheningan hutan, Danli akan membuat suara seperti serigala jika ingin pulang dari sekolah.
“Itu cara untuk saya mengusir binatang buas sepertimana yang diajar ayah kepada saya . Setiap kali pulang ke sekolah kalau dijalan tidak bersama orang lain saya akan melolong seperti itu,” katanya.
Sementara ketika ditanya mengenai jari kakinya yang kelihatan seperti sakit, Danli menjawab kesakitan itu sudah biasa baginya.
Dalam pada itu, tinjauan wartawan itu mendapati bahawa dalam ‘hutan’ tersebut hanya kelihatan satu-satunya rumah kayu suku Maonan yang masih tinggal iaitu rumah Tan Danli.
Rumahnya berselerak, bumbung rumahnya bocor. Ayahnya seorang ‘doktor’ haiwan, namun sekarang menghidapi penyakit tua.
Sementara itu, rutin harian Danli adalah menyediakan makanan untuk ayahnya kerana ayahnya sudah tidak mampu untuk melakukan ‘aktiviti’ memasak, kerana sakit.
“Sebaik sahaja saya pulang daripada sekolah saya akan masak untuk ayah, dulu ayah yang masak tetapi sekarang ayah sakit, terutama matanya.
“Dia sudah bertahun-tahun menjaga saya, kini tiba masanya saya menjaganya pula,” kata Danli.
Untuk rekod Danli merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolah, dia menduduki ranking kedua untuk keseluruhan pelajar di sekolahnya. -Sinar Harian

Wanita Dikurung Kekasih Dalam Hotel Gara-Gara Minta Putus
1:00 pm Admin Kedahnews No comments
(Gambar Hiasan) |
JOHOR BAHRU - Ikatan cinta dengan seorang lelaki penagih dadah selama tiga tahun yang cuba diputuskan oleh seorang wanita, menyebabkan dia diikat dan dikurung di sebuah hotel di bandar raya ini Selasa lalu.
Bagaimanapun, tindakan suspek berusia 34 tahun itu tidak bertahan lama apabila wanita itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pengawal keselamatan hotel berkenaan pukul 1.30 petang yang memaklumkan kejadian berkenaan.
“Wanita warga Indonesia berusia 28 tahun itu yang ditemani seorang rakan pergi ke hotel berkenaan setelah teman lelakinya itu ingin berjumpa bagi menyelesaikan masalah hubungan mereka.
“Mangsa sempat memberitahu rakannya itu untuk menghubungi polis sekiranya dia tidak keluar dari bilik hotel dalam tempoh 20 minit,’’ katanya di sini hari ini.

Penjenayah Web Porno Cari Pasal Lagi Di Luar Negara
12:00 pm Admin Kedahnews No comments
Umum mengenali Alvin Tan yang ditahan beberapa bulan lalu akibat penghinaannya kepada umat Islam melalui muat turun satu gambar tentang berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (hidangan berasaskan khinzir).
Namun, ia tidak menghalang lelaki ini dari meneruskan misinya melakukan provokasi dan mencetuskan isu. Jika sebelum ini dia mengutuk kerajaan kerana belum berjaya mengambil tindakan terhadapnya, kini dia hadir dengan isu baru.
Melalui ‘posting’ terkini di laman Facebooknya, dia menulis pula tentang isu pemakaian kostum berupa uniform pramugari MAS yang menjadi buah mulut ramai akibat ia tidak sensitif.
Bagai mencurah api ke minyak, dia menganggap isu tersebut sebagai sesuatu yang kelakar dan tindakan tidak bertamadun pihak berkenaan sebagai kreatif!
Gambar pemakaian tersebut menjadi viral di Internet apabila beberapa individu di luar negara memakai pakaian yang mengaitkan tragedi kapal terbang MAS, MH17 yang terhempas di Ukraine.
Melalui ruangan komen pula, dia mengaitkan isu tersebut dengan kesnya yang terdahulu bersama bekas teman wanitanya, Vivian Lee.
“… Banyak pihak tampil dan berkata kepada saya yang gurauan tentang Bak Ku Teh pada bulan Ramadan itu sesuatu yang kelakar, termasuk beberapa orang Islam.”
“Tidak semestinya jika golongan minoriti yang lantang bersuara, maka golongan majoriti yang diam, peduli tentang isu ini. Orang Malaysia perlu membezakan antara tak kelakar dan menghina.”
Dia kini telah melarikan diri ke Amerika Syarikat bagi memohon suaka politik di sana.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
"Kertas Matematik SPM Tidak Bocor", Tegas Kementerian
11:00 am Admin Kedahnews No comments
PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan menafikan khabar angin yang tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlaku insiden kebocoran membabitkan kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kertas tersebut dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari Rabu lalu.
Kementerian bagaimanapun menafikan insiden kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) bocor di Melaka, Selangor dan Sabah.
Malah, tiada peperiksaan ulangan untuk kertas tersebut pada 5 Disember seperti yang disiarkan di dalam Facebook itu.
Kementerian Pendidikan berkata, peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.
Lembaga Peperiksaan berkata, seramai 455, 839 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM yang bermula Isnin lalu. – BERNAMA
Read More
Kes Buli Pelajar: Yusof Haslam Sanggah Wardina
10:00 am Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR - Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam tidak bersetuju dengan pandangan Wardina Safiyyah yang menuding jari menyalahkan pembikin filem bergenre gangster sebagai salah satu penyebab kepada gejala sosial buli yang semakin berleluasa di kalangan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, tidak wajar pembikin filem dipersalahkan kerana tidak semua orang menonton wayang malah peratusannya lebih kecil jika dibandingkan dengan kuasa dan pengaruh Internet yang kini lebih mudah diakses oleh remaja dan pelajar sekolah.
“Filem (gangster) bukan penyebab, dia (Wardina) cakap tanpa sebarang kajian. Kes buli ni bukan benda baru, zaman dulu-dulu dah ada dah, kita jangan cari satu konklusi yang mudah dengan menyalahkan penerbit filem.
“Pendapat-pendapat yang diutarakannya itu jumud, senang-senang tuding jari.
Bagi saya, zaman sekarang, pengaruh yang paling besar adalah Internet, di mana kanak-kanak seawal usia empat, lima tahun sudah didedahkan dengan Internet dan media sosial, yang mana pengaruhnya lebih besar (jika dibandingkan dengan filem bercorak keganasan dan gangster),” katanya ketika dihubungi Mynewshub.cc, sebentar tadi.
Beliau turut menyatakan pandangan Wardina seolah-olah tidak menghormati orang yang terlibat dalam industri perfileman negara.
Ini kerana, menurut Yusof, sekiranya, adegan dalam sesebuah filem gangster itu terlalu keterlaluan pastinya, Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan membenarkan tayangan sesuatu babak itu kepada umum.
Namun, penerbit yang turut digelar ‘Six Million Dollar Man’ ini tidak menyalahkan pendapat Wardina sebaliknya berharap aktres itu jika ingin mengemukakan pandangannya hendaklah berdasarkan kajian dan bukannya berdasarkan cakap-cakap kosong sahaja.
“Menuding jari bukan boleh menyelesaikan masalah, sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa memantau anak-anak agar mereka tidak terlibat dengan sebarang gejala sosial yang semakin membimbangkan.
“Zaman sekarang, anak-anak lebih terdedah kepada media sosial dan Internet yang mana isi kandungannya lebih banyak mengandungi unsur-unsur negatif yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi mereka untuk melakukan atau meniru seperti apa yang dilihat di Internet,” ujarnya.
Sebelum ini Wardina mengeluarkan status di laman sosial Facebook miliknya, seolah-olah menuding jari kepada penerbit serta pengeluar filem bergenre gangsterism yang menjadi penyebab serta faktor penyumbang kepada kejadian kes buli di kalangan pelajar sekolah yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Read More
UMNO Kedah Bawa Usul Islam Pada Himpunan Agung 2014, Kata Mukhriz
9:00 am Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Umno Kedah akan memberi penekanan kepada usul agama berbanding usul ekonomi yang sering dibawa sebelum ini, pada Perhimpunan Agung Umno 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 November ini.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, ada mesej yang perlu disampaikan kepada semua pihak berhubung isu agama dan ia perlu ditekankan pada perhimpunan akan datang.
"Seperti biasa perhimpunan ini memberi kesempatan untuk kita berbincang perkara rumit yang memerlukan ketetapan untuk menggerakkan seluruh jentera parti, untuk mendekatkan kita dengan rakyat dan akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk undi dalam pilihan raya nanti.
"Selain isu agama, isu panas seperti soal pendidikan dan Akta Hasutan, saya ingat akan dibangkitkan dalam perhimpunan agung kali ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini, baru-baru ini.

Sementara itu beliau berkata, dalam perbentangan Belanjawan Negeri Kedah 2014 pada 17 Nov ini, secara umumnya ia adalah bajet yang mesra rakyat.
"Ada unsur galakan pertumbuhan ekonomi negeri, nak ada pertumbuhan untuk diagihkan secara adil untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan bantuan bagi meringankan beban golongan penoreh yang pendapatan mereka terjejas teruk akibat penurunan harga getah.
"Kita akan bekalkan bahan makanan asas bagi penoreh yang dalam keadaan terlalu daif. Ini akan disampaikan kepada semua yang penoreh yang layak di semua Dewan Undangan Negeri dan saya harap kita akan dapat uruskan dalam masa terdekat," katanya. -Bernama
Read More
200 Wanita Termasuk 80 Pelajar Dirogol Hanya Kerana Seorang Tentera
8:00 am Admin Kedahnews No comments
Lebih 200 wanita termasuk 80 pelajar sekolah di sebuah kampung di Utara Darfur telah dirogol oleh tentera Sudan dalam tempoh lapan jam selepas salah seorang daripada rakan pasukan mereka tersebut hilang.
Kejadian terkutuk itu berlaku pada Jumaat malam dan ia berkesudahan sehingga pukul 4 pagi Sabtu.
Salah seorang penduduk di kampung itu memberitahu Radio Dabanga bahawa mereka terkejut selepas dikepung oleh tentera terbabit.
“Mereka memukul penduduk dengan senapang dan menghalau semua kaum lelaki dari kampung tersebut.
“Mereka kemudiannya merogol 200 wanita dan kanak-kanak selama lapan jam,’’ katanya dalam pendedahan yang mengejutkan ini.
Sebelum itu, katanya, pasukan tentera tersebut datang ke kampung berkenaan dan mencari salah seorang anggota yang hilang itu.
“Lebih malang apabila mereka menghalang kami membawa penduduk yang cedera untuk rawatan,’’ katanya.
Dia juga memberitahu komander pasukan tentera itu kemudiannya mengaku bahawa anggotanya telah melakukan jenayah rogol beramai-ramai dan memohon maaf kepada mangsa rogol serta penduduk yang dipukul.
Komander tersebut juga memberitahu anggotanya yang hilang itu ditemui di sebuah kampung lain.
Bagaimanapun penduduk menolak permohonan maaf itu dan mahu mereka yang terlibat dalam jenayah terkutuk itu dibawa ke muka pengadilan. -Agensi
Read More
Jangan Tergesa-Gesa Kritik Fatwa, Titah Sultan Selangor
7:00 am Admin Kedahnews No comments
SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini meminta umat Islam supaya tidak tergesa-gesa mengkritik fatwa yang telah dikeluarkan tanpa memahami perkara itu dengan sepenuhnya.
Baginda bertitah umat Islam perlu bersatu dan berpadu fikiran untuk memahami segala ajaran Islam dan ia perlu mengatasi ideologi dan kepentingan politik.
“Beta menyatakan demikian supaya tidak mahu wujud sebarang pertelagahan dan perbalahan sesama umat Islam dalam pelaksanaan urusan agama sehingga maruah agama Islam jatuh, mudah dipersenda dan dipertikai pihak yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Kanun Jenayah Syariah di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.
Sultan Selangor bertitah sesuatu fatwa bukan hanya dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, malah dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk dalam bidang perundangan.
“Mereka akan berbincang dan menentukan sesuatu hukum, setelah mengambil kira hukum-hukum di dalam al-Quran, hadis dan kitab-kitab yang berkaitan.
“Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor hanya akan menjadi sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan Beta,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang telah dibina dan dipertahankan hancur atau dimusnahkan oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur-unsur ekstremis luar.
Baginda menyeru umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah Islam.
Baru-baru ini, Sisters In Islam (SIS) dilaporkan mahu memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang mengisytiharkan pertubuhan itu membawa fahaman sesat iaitu liberalisme dan pluralisme.- BERNAMA
Read More
Komen Chef Wan Buat Che Ta Terharu...
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Melalui satu laporan yang disiarkan Harian Metro, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan meluahkan rasa terharu dan gembiranya kerana situasinya mendapat perhatian chef terkemuka negara, Chef Wan.
Yelah, beberapa hari lalu, Che Wan mempertahankan Che Ta dengan memuat naik satu status yang ditujukan kepada ‘haters’ Che Ta yang tak pernah penat melakukan komentar panas, provokasi dan melontarkan pelbagai nista.
“Saya rasa sangat suka dan terharu apabila ada juga selebriti senior yang sudi mempertahankan saya daripada kutukan tidak berasas orang-orang di luar sana,” ujarnya yng baru saha melahirkan bayi comel Sabtu lalu.
Tambah Che Ta, tindakan Chef Wan menyelar sikap negatif dan keceluparan sebahagian besar ‘keyboard warrior’ adalah satu penghargaan buat dirinya.
“Kalau diikutkan saya bukanlah kenal baik atau rapat pun dengan Chef Wan tapi atas sikap kemanusiaan dan kematangan dia terpanggil untuk menyelar sikap biadab sebahagian keyboard warrior yang dianggap mempunyai hati busuk.”
Beberapa hari lalu, Che Wan mengeluarkan kenyataan sinis dan pedas di ruangan Instagramnya sehingga mengeluarkan perkataan kurang manis seperti ‘bitchy’ dan ‘neraka jahanam’.
Tindakan itu dilakukannya akibat tidak tahan membawa komen yang ditinggalkan pengikut Che Ta yang banyak mengeji pelakon siri Kiah Pekasam itu dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Alahai, kasihan juga dengan nasib yang menimpa Che Ta ni sebenarnya. Yelah, baru sahaja melahirkan anak tapi disogok dengan pelbagai isu yang sengaja dicipta.
Terbaru, dia dikritik kerana bersolek ketika bersalin, malah ada pihak sengaja mencetuskan perbalahan apabila membandingkan kecomelan anaknya dengan bayi pasangan Awal dan Scha.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More