Saturday, 11 October 2014

Gadis Berselfie Lucah Dalam Keadaan Bertelekung Di Surau?

Sekiranya difikirkan, tidak hairanlah jika Rasulullah SAW pernah membayangkan kesedihan baginda tentang betapa nipisnya iman di hati umat Islam di akhir zaman.

Dalam keadaan sebelum atau selepas menunaikan ibadah solat, kita begitu mudah melakukan dosa atau perkara yang jelas memalukan diri dan Islam itu sendiri.

Contohnya, sekeping gambar menunjukkan seorang gadis yang masih bertelekung solat, tanpa rasa malu telah berselfie dalam keadaan yang cukup memalukan.

Berkemungkinan besar gambar selfie tersebut dirakam di sebuah surau berdasarkan latar belakangnya.

Tidak dapat dipastikan pula apa tujuan gadis tersebut berselfie sedemikian rupa. Sama ada untuk kekasih, tunang atau suami, wallahu'alam.

KedahNews.com juga tidak pasti gambar tersebut sengaja dirakam oleh pihak tertentu yang sengaja memburukkan Islam di mata orang ramai atau tidak.

Namun gambaran dari imej tersebut mampu menjejaskan imej wanita muslimah, bukan?

Kami menyarankan agar tidak ada muslimah yang berkelakuan sedemikian pada masa akan datang.

Jika tidak malu pada diri sendiri atau masyarakat, malulah pada Allah SWT yang Maha Melihat. 

Mohon bertaubat segera dan kembalilah ke jalan Allah yang digariskan Rasulullah SAW. - KedahNews.com

Newer Post Older Post Home

2 comments:

kerosakan akhlak anak muda sekarang, siapa patut di salahkan..untuk liberal, untuk bebas dari ugama dan berugama, nilai nilai melayu dan adap sopan di ketepikan..Tanya lah sendiri siapa yang memesongkan aqidah anak muda, membawa nak muda ke dunia ambil mudah, menentang apa yang baik... melawan dan tetap melawan apa yang baik jadi amalan ugama dan sifat orang melayu...siapa..

salahkan diri sendiri. tanya diri sendiri apa yang telah aku lakukan untuk mengatasi masalah ini.

Post a Comment