Friday, 6 February 2015
NGO Islam Lancar Kempen Tolak Konsert K-Pop Taeyang Di Stadium Negara
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Mengambil iktibar dari kes berpelukan dan bercium yang berlaku terhadap beberapa orang gadis bertudung di sebuah sesi bertemu peminat bersama kumpulan Kpop, B1A4 baru baru ini, sebuah NGO kini berkempen untuk memboikot sebuah lagi konsert dari artis Korea Selatan yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA) menggesa agar kerajaan membatalkan konsert penyanyi popular Korea, Taeyang, yang dijadual bakal diadakan pada Sabtu depan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Menurut Presidennya, Ibrahim Mohd Hassan, kempen tersebut telah digerakkan mereka melalui medium dalam talian.
“Kita tidak mahu anasir itu mempengaruhi minda anak muda, mahu hiburan berlebihan sehingga melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan hiburan dan berada dalam zon selesa.
"Kita tidak menghalang untuk berhibur. Budaya Kpop juga bukan satu budaya di Korea yang mementingkan sopan santun dan perasaan malu," katanya yang dipetik dari sebuah portal, semalam.
Menyentuh soal kempen yang dijalankan, kata Ibrahim, medium media sosial yang dipilih bertujuan umtuk memupuk kesedaran mengenai keburukkan hedonisme ataupun hiburan melampau terutama untuk golongan muda.
Ujarnya lagi, walaupun kesuntukkan masa kerana konsert itu akan diadakan Sabtu depan, namun PEMBINA, persatuan yang bernaung di bawah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu tetap akan meneruskan misi mereka untuk kepentingan masa depan. -Kedahnews.com
Read More
Remaja Potong Tangan Sendiri Akibat Ketagih Internet
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Gara-gara tidak dapat mengatasi ketagihan terhadap internet, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mengambil tindakan drastik, dengan memotong sendiri tangan kirinya.
Remaja itu yang digelar ‘Si Kecil Wang’ telah membawa keluar pisau dari dapur tanpa pengetahuan keluarganya dan kemudian membawa pisau itu ke tempat permainan kanak-kanak.
Dia kemudiannya memotong tangannya dan meninggalkan tangan itu di atas kerusi panjang di situ.
Difahamkan bahawa selepas mengambil tindakan nekad itu, remaja tersebut terus ke hospital berdekatan.
Doktor dihospital berkenaan, bagaimanapun berjaya menyambung semula tangan berkenaan setelah ia ditemui oleh polis.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada tangan yang disambung itu dapat berfungsi seperti biasa atau tidak selepas ini.
Dalam pada itu, ibunya yang enggan dikenali berkata, tindakan anaknya itu sukar diterima memandangkan dia seorang anak yang bijak.
“Saya masuk ke dalam biliknya pada pukul 11 malam dan mendapati dia tiada dalam biliknya. Saya kemudian menemui sekeping nota yang tertulis “Ibu, saya ke hospital sekejab. Jangan bimbang. Saya pasti akan balik malam nanti,” kata ibu remaja itu. -Kedahnews.com
Read More
Azad Jasmin Dakwa Difitnah Larikan Wang, Cabar Pemilik Rania Marketing Saman
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
Pelakon lawak terkenal, Azad Jasmin dilapor telah membuat satu laporan polis petang semalam terhadap siri tuduhan fitnah oleh pemilik Rania Marketing terhadapnya menerusi program gosip, Melodi dan Galaksi baru-baru ini.
Kata Azad, dakwaan pasangan pemilik syarikat tersebut, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy bahawa dirinya melarikan sejumlah wang adalah tidak benar sama sekali.
“Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.
Setakat ini kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.
Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Difahamkan bahawa Azad dan pasangannya yang juga pelakon, Eira Syazira sebelum ini dilaporkan menyertai satu perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing namun mula mencurigai perniagaan tersebut setelah tiga bulan bersama.
"Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.
"Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800.
"Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka di bawah saya," katanya lagi dalam sidang akhbar berkenaan.
Mula menyertai perniagaan berkenaan sejak 7 Mei lalu, Azad bagaimanapun memaklumkan, dia sudah menarik diri sejak awal bulan lalu. -Kedahnews.com
Read More
Tips Didik Anak: Didik Anak Ikut Edaran Zaman
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
SECARA umumnya, pendidikan adalah suatu proses mendidik yang dilakukan secara berterusan ke arah kebaikan. Manusia memerlukan didikan yang baik untuk menjadi khalifah di bumi Allah SWT.
Tanpa pendidikan seimbang antara dunia dan akhirat dan juga rohani, emosi, intelek dan jasmani manusia tidak dapat menyeimbangkan keseluruhan tindakan dalam kehidupan mereka.
Isu larangan merotan anak seharusnya difikirkan semula untuk kebaikan.
Merotan yang dilakukan oleh ibu bapa bukan bertujuan mendera tetapi lebih kepada mendidik. Ini diakui dalam Islam dan terdapat dalam sunah Nabi SAW. Ibu bapa seharusnya memberi penjelasan mengapa anak-anak dirotan.
Jelaslah, pendidikan menurut sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.
Ia diriwayatkan daripada Rasulullah SAW oleh para sahabat, tabiin, seterusnya sehingga ditulis oleh ulama hadis. Umat Islam ijmak (kata sepakat) atau bersepakat, bahawa sunnah menjadi sumber hukum syariah.
Pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan modal insan yang seimbang dunia dan akhirat. Anak-anak pada masa kini adalah aset yang paling penting sebagai warga negara dan pemimpin pada masa depan.
Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkan dengan tanda aras antarabangsa.
Sejak belakangan ini jika dilihat daripada laporan akhbar terdapat segelintir ibu bapa yang cuai dalam pendidikan sehingga anak menjadi mangsa, malah lebih menyedihkan membawa kepada kematian yang tidak sepatutnya berlaku.
Anugerah, amanah
Anak adalah anugerah dan juga amanah Allah. Didiklah dan perbaikan budi pekerti mereka ke arah kesopanan, berakhlak mulia dan akhirnya dapat membalas jasa orang tuanya. Anak-anak kecil jangan didera disebabkan kemarahan dan kesalahan yang kecil.
Asuhan didikan yang baik melalui teguran, nasihat dan bimbingan akan menjadikan anak-anak faham erti kehidupan. Matlamat pendidikan bertujuan membawa kesejahteraan kepada individu terbabit di dunia dan akhirat.
Begitulah juga anak-anak yang tidak terdidik dengan baik dan sempurna akan menyebabkan mereka mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh merosakkan hidup dan masa depan lebih sejahtera ke arah membentuk tamadun bangsa yang maju pada masa akan datang.
Pendidikan itu perihal atau proses mendidik, menjaga terutama kepada anak-anak sejak anak itu lahir, remaja sehinggalah dewasa. Pendidikan mestilah meliputi didikan akidah, ibadah dan akhlak. Selain itu, pendidikan juga mestilah dapat menjamin kehidupan di dunia bagi menyara keluarga dan membantu pembangunan negara.
Beberapa tokoh pendidik berpandangan, sewaktu anak-anak masih kecil dan muda, didik serta ajar mereka tentang kebaikan dan kejayaan. Sementara itu ada pendapat mengatakan, apabila anda mengharapkan anak menjadi baik, biarkanlah mereka mendengar hal-hal yang baik mengenai mereka yang anda ceritakan kepada orang lain.
Selanjutnya, jalan terbaik bagi membentuk anak-anak menjadi baik adalah menjadikan mereka bahagia dalam melakukan sesuatu yang berfaedah kepada dirinya.
Sementara itu dalam Islam, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Hak anak pada ayahnya adalah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila dia sudah cukup umur dan mengajarinya al-Quran.” (riwayat Al-Hakim dan Ad-Dailami).
Sementara dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun dan rotan mereka apabila enggan mengerjakan solat ketika mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka.” (riwayat Abu Daud)
Perbuatan merotan di sini lebih kepada pendidikan dalam Islam bukan sampai mendera dan mencederakan. Begitulah tegasnya pendidikan dalam Islam bagi mendidik anak-anak sejak kecil dengan ibadah.
Beberapa tokoh Islam seperti Syaidina Umar Al-Khattab mengatakan, didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.
Hayati nilai murni
Hamka menjelaskan, anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak menjadikan anak mereka seperti mereka juga.
Selanjutnya, Khursid Akhmad menghuraikan jatuh bangunnya suatu umat bergantung pada jatuh bangunnya pendidikan, kerana jalan utama bagi persiapan masa hadapan adalah pendidikan.
Justeru, konsep dan cara pendidikan itu mestilah mengikut keadaan dan perubahan semasa. Ibu bapa wajar memahami keadaan ini dalam melaksanakan pendidikan anak-anak.
Pengajaran dan pendidikan terhadap anak adalah berbeza. Pengajaran bermaksud mengajar mereka bagi meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara.
Sementara pendidikan bermaksud didiklah mereka dalam bentuk pendidikan adab, peribadi, tingkah laku, perhatian, kasih sayang dan sebagainya. Daripada Anas bin Malik ra, menceritakan Rasulullah SAW bersabda:
“Muliakanlah anak-anakmu dan perbaikan adab mereka.” (riwayat Ibnu Majah)
Oleh itu, adab yang dimaksudkan dalam hadis tersebut sebagai mengamalkan sesuatu yang dipuji sama ada dalam bentuk ucapan atau perbuatan.
Justeru, melalui PPPM 2013-2025 bagi melahirkan rakyat yang menghayati nilai murni, kementerian telah mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada memupuk nilai-nilai murni dan agama serta persefahaman lebih erat antara murid.
Jelaslah, menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dalam pendidikan anak bukan suatu perkara yang senang. Pendidikan iman, amal dan akhlak mestilah dilakukan seimbang dengan pendidikan ilmu duniawi secara berterusan.
Oleh itu, didiklah anak mengikut zamannya iaitu zaman atau era globalisasi yang penuh dengan cabaran yang memerlukan ibu bapa mempunyai ilmu keibubapaan sesuai dengan zaman ini berlandaskan Islam. Ibu bapa mestilah mempunyai ilmu dan persediaan yang secukupnya bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21 dan abad seterusnya.
- PENULIS bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM./ Utusan
Read More
Tidak Bayar Hutang, Wanita Indonesia Nekad Bakar Lelaki Bangladesh! @FaazFitriah
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
Gambar Hiasan |
GEORGE TOWN – Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh kerana tidak membayar hutang seperti dijanjikan dalam satu kejadian berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam, semalam, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata siasatan awal mendapati wanita berumur 35 tahun itu marah terhadap mangsa kerana tidak membayar wang yang dipinjamnya sejak bulan lepas.
“Mereka (wanita dan mangsa) memang mengenali antara satu sama lain dan difahamkan wanita berkenaan telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa dan lelaki itu berjanji untuk membayarnya.
“Bagaimanapun sehingga Selasa, mangsa gagal membayar wang yang dipinjam dan lelaki itu juga dikatakan langsung tidak menjawab pangilan telefon wanita berkenaan sehingga membuatkan dia berang dan bertindak membakar mangsa,” katanya kepada pemberita.
Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan berikutan tindakan wanita terbabit.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang sebuah motosikal untuk ke tempat kerja di tapak pembinaan itu sebelum ditahan wanita terbabit dan sebaik berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah mereka serta menyalakan api pada sehelai kain dan melemparnya ke arah kedua-dua lelaki itu.
Mazlan berkata polis telah merekod keterangan rakan mangsa yang sempat menyelamatkan diri dan dua saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata mangsa yang berusia 32 tahun dan bekerja kontrak di tapak pembinaan itu melecur lebih 80 peratus di badannya dan masih dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
“Lelaki itu belum sedarkan diri dan menurut doktor yang merawatnya, keadaan mangsa stabil walaupun kesan melecur di badannya agak teruk,” katanya.
Beliau berkata wanita yang ditahan itu bekerja di sebuah kilang di kawasan Perai dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA
Read More
Beribu Ekor Kucing Yang Diselamat Dari Dimakan, Dibunuh
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
Hanoi – Beribu-ribu ekor kucing yang diselamatkan daripada menjadi hidangan di restoran Vietnam, akhirnya mati juga selepas binatang berkenaan dihempap dengan lori trak, dalam pembunuhan yang mengejutkan itu.
Sebelum itu,lebih tiga tan kucing yang berasak-asak dalam kurungan buluh itu diselamatkan ketika ia dalam perjalanan untuk dijual ke restoran untuk dimasak.
Namun sebaik diselamatkan, kucing itu dihempap dengan trak berkenaan ketika masih berada dalam kurungan buluh tersebut berikutan kebimbangan binatang itu akan menyebarkan penyakit.
Menurut kumpulan kebajikan binatang ACPA, Le Duc Chinh, pihak berkuasa memberi alasan binatang itu terpaksa dibunuh dan ditanam kerana bimbang dengan penyakit berjangkit.
“Kucing itu ditanam dan ditabur kapur. Kebanyakan kucing tersebut mati ketika dalam perjalanan dari China ke Vietnam.
“Saya bertanya kenapa mereka melakukan demikian kepada kucing-kucing tersebut namun pihak berkuasa menegaskan mereka hanya mengikut undang-undang iaitu setiap binatang yang tidak mempunyai sijil pengesahan kesihatan perlu dimusnahkan,” katanya.
Le Duc bagaimanapun menafikan sesetengah kucing ditanam hidup-hidup. -Agensi
Read More
Mufti Sarawak Tegaskan Ulat Mulong Difatwa Haram Dimakan Umat Islam
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
Alor Setar - Umat Islam di Malaysia diingatkan sekali lagi bahawa ulat sago yang lebih dikenali sebagai ulat mulong yang banyak terdapat di Sarawak adalah haram dimakan.
Mufti Negeri Sarawak, Datuk Kipli Yassin menegaskan bahawa keputusan fatwa bagi melarang umat Islam memakannya telah lama dibuat.
Namun katanya, mungkin ada di kalangan umat Islam yang tidak mengetahui mengenai fatwa yang telah dikeluarkan itu.
"Apabila kita berpegang kepada hukum dan membuat kajian, binatang ini telah ditetapkan sebagai jenis ulat dan dalam hukum fiqah, semua ulat tidak boleh dimakan kerana dianggap sebagai suatu yang jijik dalam Islam.
"Namun, ingin ditegaskan bahawa kita bukan menghalang masyarakat bukan Islam untuk memakannya, malah tidak mengganggu budaya mereka.
"Kita ada hukum agama masing-masing dan itu yang perlu diambil perhatian,” katanya yang dipetik dari Utusan, semalam.
Mufti Sarawak itu menjelaskan perkara berkenaan sejurus selepas majlis perasmian Bengkel Penyelidikan Fatwa dan Hukum 2015 di Kuching. -Kedahnews.com

Persatuan Pengguna Islam Lancar Boikot Air Mineral Harga Lebih RM1
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mengatur langkah membendung kenaikan barang antaranya dengan melancar boikot terhadap mana-mana jenama air mineral dalam negara ini yang dijual melebihi RM1.
Dakwa persatuan ini, kos pengeluaran maksimum sebuah air mineral hanya RM0.512 namun harga yang dikenakan kepada pengguna kini mencecah dari RM 1.20 hingga RM2.40 bagi 500 ml.
Sementara itu, ketua aktivis kumpulan ini, Datuk Nadzim Johan menyifatkan harga ini langsung tidak munasabah dijual melebihi harga yang sepatutnya.
“Harga ini tidak munasabah dan sebagai pengguna kita harus bersatu untuk memboikot air mineral yang dijual melebihi harga yang sepatutnya,” katanya seperti yang dipetik dari sebuah portal semalam.
Menurutnya, pengguna perlu bijak menggunakan kuasa mereka dalam menentukan harga barangan berikutan harga minyak yang telah diturunkan sekarang.
Persatuan ini juga turut menubuhkan jawatan kajian pengguna dan turut mengenal pasti produk Spritzer yang dijual di stesen minyak Petronas dijual pada harga RM1.20 hingga RM1.50 bagi 500 ml.
Kata Nadzim lagi, PPIM bersama lebih 20 badan bukan kerajaan (NGO) akan memboikot jenama tersebut dan sebarang jenama yang menjual dengan harga yang tidak sepatutnya.
“Kami menyedari ada perkara yang tidak betul mengenai Petronas dan Spritzer kerana hanya jenama itu sahaja yang dijual di stesen minyak itu termasuk Cactus dan Mesra.
“Kami pelik dengan Petronas yang menjual harga air mineral lebih mahal daripada harga minyak dan adalah lebih banyak keuntungan mereka menjual air mineral daripada menjual minyak,” katanya.
Nadzim turut mencadangkan agar pihak kerajaan boleh menyediakan harga siling untuk air mineral dengan harga RM1 kerana air mudah didapati.
Difahamkan bahawa usaha memboikot air mineral itu dilapor akan berterusan selama tuga bulan mulai semalam.
“Ini masanya pengguna bangkit menyuarakan hak dan pengeluar perlu hormat kepada pengguna,” katanya. -Kedahnews.com
Read More
Malaysia Kecam Tindakan Kejam ISIS Bakar Juruterbang Jordan Hidup-Hidup
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
Malaysia bersama-sama dengan kerajaan dan rakyat Jordan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan gerakan Negara Islam Iraq Syria (ISIS) yang membunuh Juruterbang Tentera Udara Jordan, Muath Kasasbeh.
Muath sebelum itu dilaporkan telah dibakar hidup-hidup sehingga mati dalam keadaan terkurung dalam sebuah sangkar besi.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pihak Malaysia terkejut dengan tindakan ISIS yang tergamak membakar hingga mati juruterbang itu yang ditangkap pada 24 Disember tahun lalu.
Muath ditangkap ISIS selepas jet pejuang yang dikendalikannya ditembak jatuh ketika itu di Hamra Ghannam, Syria.
Anifah berkata, pembunuhan yang kejam itu adalah manifestasi amalan ganas dan tidak berperi kemanusiaan ISIS terhadap kemanusiaan sejagat.
“Malaysia dan Kerajaan serta rakyat Jordan pada saat-saat hiba ini bersatu dalam mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan keganasan ISIS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Anifah lagi, Kerajaan Malaysia menyampaikan ucapan simpati dan takziah kepada keluarga Muath serta Kerajaan Jordan.
“Semoga keluarga beliau diberikan kekuatan untuk menghadapi saat-saat getir yang berlaku ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Muath telah dibunuh pada 3 Januari lepas selepas menawarkan wartawan Jepun Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman bunuh, Sajida al-Rishawi.
Kenji Goto dipancung kepalanya dan ditayangkan menerusi video yang disiarkan Sabtu lalu oleh militan IS, seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh.
Jordan bertindak balas dengan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq yakni wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli.
Difahamkan bahawa mereka menjalani hukuman mati pada jam 4 pagi waktu tempatan. -Kedahnews.com
Read More
Jepun Wajibkan "Workaholic" Cuti Berbayar 5 Hari Setahun, Elak Sakit Mental!
1:00 pm Admin Kedahnews No comments
TOKYO – Buat julung kali dalam sejarah, kerajaan Jepun mengumumkan bakal mewajibkan semua rakyat negara itu yang ‘penagih kerja’ atau workaholic untuk mengambil cuti berbayar paling kurang lima hari dalam setahun, lapor agensi berita tempatan Jiji Press.
Langkah drastik itu terpaksa dibuat dalam usaha menurunkan jumlah kes pesakit mental akibat kerja terlalu lama tanpa cuti tahunan susulan laporan terbaharu Kementerian Buruh yang mendapati seorang daripada 6 pekerja enggan bercuti wajib tahunan.
Kajian kementerian itu malah menunjukkan sepanjang tahun 2013 lalu, ramai pekerja hanya mengisi 9 hari daripada 18.5 hari cuti berbayar yang layak wajib diambil dalam setahun akibat faktor budaya masyarakat tempatan ‘malu’ bercuti lebih lama.
Undang-undang tersebut bakal dibentang pada sesi Parlimen kali ini dan jumlah 5 hari itu dipilih ekoran pertikaian antara pihak persekutuan majikan Jepun yang mahu 3 hari sahaja diberi manakala kesatuan sekerja menuntut 8 hari cuti berbayar mandatori.
Budaya kerja keras warga Jepun disebut sebagai ‘karoshi’ atau bekerja sehingga mati mengakibatkan majoriti pekerja di negara Matahari Terbit itu menghidap masalah tekanan dan banyak kes maut kerana terlebih bekerja tanpa henti direkodkan akhir-akhir ini.
Menurut kajian laman web pengembaraan terkenal Amerika Syarikat, Expedia, Perancis menikmati 37 hari cuti berbayar manakala Sepanyol 32 hari dan Denmark 29 hari dengan purata pekerja di 3 negara itu mengambil lebih 90 peratus daripada cuti mereka.
Jepun pula meskipun mewartakan 15 hari cuti berkanun tahunan melibatkan perayaan keagamaan dan peristiwa kebangsaan, namun kurang 70 peratus daripada pekerja negara itu bercuti pada hari berkenaan atau menggantikannya pada hari lain.
Ini memaksa kerajaan Jepun sejak beberapa tahun lalu mula memindahkan beberapa hari kelepasan umum itu agar dekat dengan hari minggu bagi menggalakkan pekerja untuk bercuti lebih lama, sekali gus mampu meningkatkan sektor pelancongan domestik.
Malah tahun ini, dua kali pada Mei dan September menyaksikan cuti mingguan lebih panjang sehingga lima hari yang boleh dihabiskan untuk berehat dengan keluarga bagi mengurangkan tekanan kerja serta merangsang produktiviti baharu. – Agensi
Read More
Kanak-Kanak Ditumbuk, Dilibas Tali Pinggang Kerana Tak Belikan Rokok Di Seremban
12:00 pm Admin Kedahnews No comments
Gambar Hiasan |
Hanya kerana tidak membawa balik rokok yang dipesan, seorang bapa yang jelas kejam dan tidak bertanggungjawab tergamak sanggup mendera anak kandung sendiri.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sikamat, Seremban dan menimpa seorang kanak-kanak malang berusia enam tahun yang ditumbuk di bahagian muka, dipukul dan dilibas dengan tali pinggang.
Pihak polis yang menerima aduan kemudiannya datang menyelamatkan budak tersebut yang lari ke rumah jirannya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Zaki Harun berkata, mangsa diselamatkan pada jam 11.30 pagi baru-baru ini di rumah jirannya.
“Mangsa yang melarikan diri ke rumah jirannya memberitahu dipukul pada muka selain dilibas dengan tali pinggang pada tubuh oleh bapanya,” kata Muhamad Zaki yang dipetik kenyataannya dari akhbar Berita Harian.
Jelas Muhamad Zaki, siasatan awal pihak polis mendapati bahawa suspek telah mengarahkan mangsa membelikannya rokok tanpa memberikan wang.
“Apabila mangsa pulang tanpa rokok, suspek menumbuk muka mangsa, memukulnya menggunakan tali pinggang dan menendang dadanya sebelum menghalaunya keluar," katanya.
Difahamkan bahawa kanak-kanak tersebut kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan pihak berkuasa itu untuk siasatan lanjut terhadapnya. -Kedahnews.com
Read More
Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Tahun Ini
11:00 am Admin Kedahnews No comments
TAWAU – Tiada kenaikan tarif elektrik di seluruh negara sepanjang tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.
Beliau berkata jaminan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak akan menaikkan tarif elektrik dalam penstrukturan semula Bajet 2015 itu juga turut meliputi keperluan di negeri Sabah.
“Kerajaan pusat memutuskan tidak ada kenaikan harga pada tahun ini. Walaupun mengikut sistem yang dipraktik sekarang, setiap enam bulan kadar ini harus disemak untuk mengurangkan subsidi, namun kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pasar Tanjong dan Pasar Ikan Tawau, di sini, hari ini.
Maximus berkata, seharusnya, tarif itu naik pada tahun lalu tapi kerajaan mengambil keputusan menanggung subsidi dengan simpanan daripada penjana bebas sebanyak RM800 juta agar tarif tidak dinaikkan.
“Keputusan menaikkan tarif elektrik itu telah pun ditangguhkan meliputi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB).
“Untuk tahun hadapan pula, kita kena tengok harga minyak dahulu, tapi kita harap ia stabil iaitu tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah kerana ia mempengaruhi ekonomi negara,” katanya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai isu harga barang, Maximus yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu berkata kerajaan sememangnya menyedari dan mendengar keluhan rakyat.
Katanya, hanya dengan kerjasama semua pihak terutamanya pengeluar, pembekal, peniaga dan pengguna dapat membantu menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.
“Melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan anggota Kabinet persekutuan dan negeri pun telah merayu supaya harga barang diturunkan sesuai dengan penurunan harga minyak,” katanya.
Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh, dan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Edwad Yong Oui Fah. – BERNAMA
Read More
Biadap: Kitab Kristian Diedar Bersama Bantuan Banjir Di Pasir Mas
10:00 am Admin Kedahnews No comments
Gambar Hiasan |
Alor Setar - Penduduk di Kampung Slow Machang dikejutkan dengan pengedaran dua buah "kitab" agama Kristian yang diselitkan bersama di dalam bantuan banjir yang mereka terima baru-baru ini.
"Kitab" berkenaan yang masing-masing berjudul "Isa Al-Masih Kalimatullah" dan "Kisah Tentang Yesus Kristus" dalam bentuk kartun diletakkan bersama bantuan banjir yang diagihkan kepada mereka.
Kedua-dua buah buku dalam bahasa Melayu itu difahamkan telah diletak bersama bantuan banjir yang kemudiannya diagihkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada 21 Januari lalu kepada penduduk di kampung itu.
Memetik Utusan, kedua-dua buah kitab itu ditemukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) berkenaan, Suhaimi Mustafa.
Menurut sumber, kitab-kitab itu ditemui sebaik sahaja membuka plastik bantuan banjir yang mengandungi barangan makanan dan keperluan harian.
Menyedari perkara tersebut boleh mengugat akidah umat Islam, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bersama beberapa buah NGO tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas. -Kedahnews.com

Tarif Elektrik Sedang Dikaji, Keputusan Diserah Kepada Kabinet - Mahadzir Khalid
9:00 am Admin Kedahnews No comments
Timbalan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau Dan Air Datuk Seri Mahadzir Khalid. |
KEMENTERIAN Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui agensi Suruhanjaya Tenaga dan syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang menjalankan kajian terperinci berkenaan tarif elektrik di negara ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid berjata kajian berkenaan melibatkan jumlah sebenar penjimatan kos terkini yang boleh dilepaskan dalam masa terdekat kepada pengguna perkhidmatan TNB.
“Kertas kajian itu akan diserahkan kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk pertimbangan. Segala-galanya bergantung kepada jemaah Menteri,” katanya.
Beliau sebelum itu dilaporkan telah menghadiri majlis Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena Alor Setar, Kedah, semalam.
Menurut beliau, sebenarnya penurunan harga minyak pada ketika ini tidak memberi banyak kesan kepada kos penjanaan elektrik kerana 55 peratus daripada loji janakuasa di Semenanjung Malaysia menggunakan gas dan gas asli cecair (LNG).
Mahadzir berkata, selain menggunakan gas dan LNG, loji-loji janakuasa di negara ini menggunakan arang batu, kuasa hidro dan tenaga diperbaharui seperti biomass, solar dan lain-lain.
Kata bekas Menteri Besar Kedah itu turut menjelaskan bahawa kajian mengenai strategi tenaga itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat hari lagi. -Kedahnews.com
Read More
Gagal Bayar Cukai Lama Tertunggak, MBAS Keluar 50 Notis Sita
8:00 am Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengeluarkan 50 notis sitaan pada awal bulan ini kepada pemilik rumah dan premis perniagaan yang gagal membayar cukai pintu.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, waran sitaan juga akan dikeluarkan kepada pemilik rumah dan premis perniagaan yang mempunyai tunggakan cukai pintu melebihi RM1,000.
Walaupun begitu katanya, pemilik masih boleh berbincang dengan pihak MBAS untuk membuat bayaran secara ansuran sekiranya tidak berkemampuan untuk membuat pembayaran penuh.
"Sekiranya pemilik premis gagal membuat bayaran penuh, pemilik premis boleh membayar 25 peratus daripada tunggakan dan boleh membayar secara ansuran atau bulanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mat Noh, MBAS juga akan menghubungi dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik untuk mengingatkan supaya membuat pembayaran.
Katanya, bayaran boleh dibuat secara dalam talian, di pejabat pos, bank dan mesin kiosk yang disediakan di pejabat MBAS dan kaunter bergerak yang terdapat di pasar raya Tesco Mergong, Taman Bersatu dan beberapa tempat lain. - Bernama

Rupanya Suspek Penyamun Ini Tinggal Di Sungai Limau, Yan... Memalukan Kedah Saja...
7:00 am Admin Kedahnews No comments
Motosikal digunakan suspek untuk melakukan samun. |
KEPALA BATAS - Seorang lelaki yang aktif menyamun kedai serbaneka sekitar Seberang Perai Utara ditahan di rumahnya di Sungai Limau, Yan, Kedah semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kegiatan suspek terbongkar apabila wajahnya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai serbaneka yang pernah disamunnya beberapa hari lalu.
“Dalam rakaman terbabit, suspek dilihat membawa sebilah parang selain memakai topi keledar berserta jaket berwarna putih,
“Turut ditemui beberapa telefon bimbit dipercayai hasil samun berserta tiga parang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan ini,” katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -Sinar Harian

Pusat Gimnasium Benarkan Pelanggan Berbogel?
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Tidak dinafikan bahawa pusat-pusat gimnasium tumbuh begitu banyak di seluruh negara ekoran permintaan tinggi dari pelbagai lapisan masyarakat sebagai salah satu kaedah riadah setelah penat bekerja seharian.
Malah ia turut dianggap sebagai salah satu gaya hidup, "life stlye" terbaru.
Kami yakin kebanyakan rakyat Malaysia menganggap gimnasium adalah tempat melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan agar hidup lebih sihat.
Namun lain pula yang berlaku di sebuah gimnasium di Thailand yang dilapor telah mengamalkan polisi membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benang pun membaluti badan masing-masing!
Ekoran polisi melampau itu, difahamkan bahawa gimnasium tersebut telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa sana baru-baru ini.
Ia diarahkan tutup serta merta setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki melakukan senaman dalam keadaan tidak senonoh, bertelanjang bulat sekaligus membuka jalan kepada aktiviti tak bermoral di premis tersebut.
Memetik laporan AsiaOne, premis yang dinamakan Ebi Sauna & Fitness tersebut turut menawarkan ‘urutan istimewa’ kepada para pelanggan hidung belang yang sanggup membayar pada harga tertentu.
Difahamkan juga bahawa untuk menjadi ahli kelab dan memasuki premis ini pelanggan cuma perlu membayar lebih kurang RM190 dan menambah wang RM500 hingga RM1’000 untuk mendapatkan ‘urutan istimewa’ yang ditawarkan.
Memang memalukan dan pada pandangan kami, gimnasium itu sebetulnya bukan untuk bersenam tapi untuk gatal merenyam! -Kedahnews.com
Read More
Thursday, 5 February 2015
Teresa Kok Dihalau Keluar Sabah, Meradang Salahkan BN
11:00 pm Admin Kedahnews No comments
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok dilaporkan telah dilarang daripada memasuki negeri Sabah oleh kerajaan negeri itu di Sandakan pada kira-kira pukul 3 petang semalam.
Ekoran itu, Teresa dilaporkan telah dihantar semula menaiki pesawat AirAsia yang digunakan untuk ke Sandakan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur kira-kira 20 minit kemudiannya.
Di laman Facebooknya, Teresa menyuarakan rasa tidak puas hati berikutan tindakan itu dan menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana melarangnya masuk ke Sabah.
Menurut beliau, ketika menunjukkan kad pengenalan di kaunter imigresen, Teresa diminta untuk pergi ke pejabat imigresen selepas semakan dilakukan di komputer.
“Saya dibawa untuk berjumpa seorang pegawai wanita yang memakai tag nama “DG Maimunah”. Beliau memberitahu saya bahawa saya dilarang masuk ke Sabah.
“Saya tanya sebab larangan tersebut, tetapi tiada jawapan diberi.
“Saya kemudian panggil Stephen Wong, Ahli Parlimen DAP di Sandakan yang sambut saya di lapangan terbang Sandakan untuk datang ke pejabat imigresen.
“Beliau dan pembantunya masuk dan tanya pegawai imigresen sebab saya dilarang masuk, Puan DG Maimunah hanya kata ini adalah arahan daripada Kerajaan Negeri Sabah,” kata Teresa menerusi kenyataan di Facebook.
Menurut Teresa, beliau tidak diberitahu langsung oleh Kerajaan Negeri Sabah berkenaan larangan beliau datang ke negeri itu sebelum ini dan menganggap perjalanan pergi balik selama lebih kurang enam jam itu sebagai membazir.
“Selama ini, DAP yang selalu membangkitkan perjanjian 20 perkara di antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang mana termasuk kuasa imigresen,” katanya.
Menurut Pegawai Imigresen di Lapangan Terbang berkenaan, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh tidak dibenarkan masuk ke negeri itu atas arahan Kerajaan Negeri Sabah.
Tidak dapat dipastikan larangan Teresa memasuki Sabah ada kaitan dengan kes yang sedang dihadapinya dibawah Akta Hasutan kerana menerbitkan sebuah video sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu.
Video itu dikatakan menyindir banyak pemimpin Umno BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun tidak dinyatakan secara khusus.
Tidak serik dengan apa yang berlaku, Teresa sekali tampil menerbitkan video terbarunya sempena perayaan Tahun Baru Cina 2015.
Video itu menampilkan lebih banyak pelakon yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. -Kedahnews.com
Read More
Hina Khutbah Jumaat Di Twitter, Eric Paulsen Mengaku Tak Bersalah
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tuduhan menerbitkan kenyataan fitnah di laman mikro Twitter peribadinya pada 10 Januari lalu.
Walau bagaimanapun, sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Abdul Rashid Daud pada pukul 11.17 pagi tadi, Paulsen, 42, walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan telah meminta untuk dibicarakan.
Menurut fakta kes, perbuatan tersebut didakwa dilakukannya di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman pada jam 8 malam.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Sharuddin Wan Ladin mengendalikan kes berkenaan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Wan Sharuddin mencadangkan RM5,000 sebagai wang jaminan namun peguam tertuduh, Gobind Singh Deo, kemudiannya berhujah bahawa anak guamnya merupakan seorang peguam dan tidak mempunyai sebab untuk tidak hadir.
Hakim kemudiannya menetapkan RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.
Mengimbas kembali kes berkenaan, Eric pada awal Januari lalu difahamkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempromosikan ektremisme pada setiap Jumaat.
Kenyataan melulu Paulsen tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan majoriti masyarakat Islam yang mengaitkannya dengan khutbah Jumaat yang disediakan oleh pihak JAKIM.
Setelah menerima pelbagai tekanan dari ramai pihak, Paulsen kemudiannya bertindak memadamkan entri tersebut dari laman Twitternya.
Empat hari selepas itu, dia kemudian ditahan reman selama dua hari untuk siasatan pihak berkuasa atas laporan polis yang telah dibuat terhadapnya. -Kedahnews.com
Read More
Saya Tidak Rasis, Saya Bukan Ahli Politik - Ustaz Kazim
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Pendakwah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias menafikan dakwaan bahawa beliau rasis dan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam rakaman video ceramahnya yang disebarkan, baru-baru ini.
Beliau berkata isi kandungan ceramah di Kuala Lumpur enam tahun lepas itu, bertujuan mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi yang sering dipertikai pihak tertentu.
“Si pengadu tidak faham apa yang saya cakap atau dia hanya faham dua minit itu, dia tidak melihat sebelum dan selepas dari dua minit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, berkata adalah menjadi kewajipan beliau sebagai seorang Muslim mempertahankan kesemua perkara itu (kedudukan Raja-Raja Melayu, keistimewaan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi) kerana ia sesuatu yang dituntut oleh Islam.
Beliau berkata isu itu sengaja ditimbulkan bagi menutup isu lain yang sedang hangat diperkatakan seperti hudud dan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), yang diperjuangkan pembangkang.
“Saya bukan hendak bertelagah atau bergaduh…dia (individu yang membuat laporan polis) buat tuduhan melulu. Isu ini telah lapuk, kira-kira enam tahun lepas dan sengaja ditimbulkan balik.
“Saya bukan orang politik, saya bukan orang yang terlibat dalam mana-mana parti politik, hanya bercakap atas soal agama tetapi saya dituduh dan diganggu,” katanya.
Mohamad Kazim juga melihat dakwaan itu sebagai satu usaha untuk menyekat kemunculan beliau menyampaikan ceramah di khalayak ramai.
Terdahulu, kira-kira 500 anggota daripada 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Dataran Pusat Pendidikan Al-Barakah di sini.
Antara NGO itu ialah Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Perak, Pusaka Gayong Perak dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Mereka membawa sepanduk dan kain rentang menyatakan sokongan padu kepada pendakwah terkenal itu, yang mempertahankan agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu.
Semalam, Mohamad Kazim membuat laporan di Balai Polis Manjoi berhubung penyebaran rakaman video ceramah beliau yang didakwa berbaur perkauman.
Isnin lepas (2 Feb), Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan Pui Tiong Lam membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat kerana mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat, seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.-Bernama

Jokowi Selamat Tiba Untuk Lawatan Rasmi Ke Malaysia @FaazFitriah
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
Presiden Indonesia, Joko Widodo dilapor selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk lawatan rasminya ke Malaysia yang bermula hari ini sehingga Sabtu.
Beliau yang menaiki pesawat khas Republik Indonesia disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diberikan sambutan negara di perkarangan kompleks berkenaan.
Beliau yang menaiki pesawat khas Republik Indonesia disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan diberikan sambutan negara di perkarangan kompleks berkenaan.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi turut ditemani isterinya, Iriana Joko Widodo, menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan Indonesia.
Lawatan beliau ke Malaysia ini merupakan lawatan rasmi pertamanya selepas dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober lepas menggantikan Susilo Bambang Yudhoyono.
Program lawatan merangkumi upacara sambutan, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dan majlis santapan negara pada Khamis.
Esok difahamkan bahawa Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti dengan mesyuarat delegasi.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga akan mengadakan jamuan makan rasmi bagi meraikan Joko Widodo, Iriana dan delegasi Indonesia.
Jokowi juga akan melawat kilang Proton bagi meninjau peluang kerjasama di antara kedua negara dalam bidang automotif.
Jumlah perdagangan dua hala kedua negara pada 2013 adalah sebanyak RM61.1 bilion dan untuk tempoh Januari hingga November 2014 adalah RM54.7 bilion. -Kedahnews.com
Read More
Tauhidkah Kita Kepada Allah SWT?
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
DALAM mengharungi liku-liku kehidupan setiap hari, manusia tidak pernah sunyi daripada menghadapi masalah, tidak kira sama ada masalah itu kecil atau sebaliknya. Masalah ini pula saling berkait antara satu sama lain yang akibatnya kehidupan kita sering berada dalam keadaan penuh pancaroba serta kekalutan.
Sesungguhnya kesemua masalah itu tidak dapat diselesaikan selagi manusia tidak berpegang kepada haluan atau arah tuju penghidupan yang satu iaitu bertakwa kepada Allah SWT dan mentaati syariat yang dibawa oleh rasul-rasul yang menjadi utusan-Nya.
Dengan perkataan lain, selagi manusia masih tidak mahu bertakwa kepada Allah SWT, masih takut atau gerun kepada banyak perkara maka selagi itulah masalah tidak dapat diselesaikan. Masalah itu tidak akan pernah susut, ia akan hadir silih berganti.
Dalam dunia yang dikatakan serba moden dan canggih ini, medium media massa telah menyebarluaskan berita mengenai perbalahan, peperangan, persengketaan dan pelbagai bentuk kepincangan hidup yang berlaku di merata tempat.
Penghapusan etnik dan sengketa kaum minoriti Islam Rohingya di Myanmar, perang saudara di Syria, Afghanistan, Sudan, Iraq, Palestin dan beberapa tempat lain di dunia ini juga tidak menemui jalan penyelesaian. Bahkan, sengketa Israel-Palestin, tunjuk perasaan menentang pemerintah di Filipina dan Thailand telah membunuh ratusan orang yang tidak bersalah.
Dalam masa yang sama pula kita dapati persidangan, kongres, mesyuarat, konvensyen, muktamar dan pelbagai bentuk kerjasama dan perjumpaan dianjurkan di seluruh dunia dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi kesemuanya berakhir dengan jalan buntu.
Islam memang menyokong pelbagai usaha yang dilakukan, termasuk pelbagai bentuk perjumpaan yang dianjurkan dan diadakan kerana ia merupakan salah satu jalan untuk mencari kata sepakat. Tetapi mengapakah selepas mesyuarat, persidangan dan perjumpaan bagai itu, persengketaan dan masalah yang dihadapi masih belum mencapai kata sepakat dan titik noktah kepada kemelut yang dihadapi.
Nafsu sebagai raja
Bagi Islam, kesemua masalah ini terjadi kerana semua pihak tidak patuh kepada apa yang dipersetujui. Mereka menjadikan nafsu sebagai raja dan syaitan sebagai menteri. Semua resolusi yang telah disepakati dan dipersetujui di meja perundingan tetapi apabila pulang, nafsu dan syaitan mempengaruhi tindak tanduk mereka.
Oleh itu, selagi manusia tidak berpegang teguh kepada titah perintah agama, iaitu bermaksud tidak bertakwa kepada Allah SWT dan tidak mematuhi syariat yang dibawa oleh rasul-rasul-Nya, maka selagi itulah masalah yang dihadapi tidak akan menemui jalan penyelesaian.
Selagi masing-masing menganggap mereka yang paling hebat serta tidak ada sikap saling menghormati, maka selagi itulah dunia akan bergelumang dengan 1001 masalah.
Menyedari hakikat ini maka setiap ibu bapa yang merupakan pemimpin bagi satu masyarakat yang terkecil – masyarakat keluarga seharusnya sedar dan menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam ahli keluarga, terutamanya ketika anak-anak masih kecil.
Dalam hal ini, Islam menganjurkan kepada ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata supaya memperdengar suara pertama kepada bayi yang baharu lahir tadi dengan suara azan iaitu kalimah tauhid. Umat Islam juga dianjurkan supaya menyebut kalimah tauhid ketika seseorang itu sedang sakaratul maut, saat akhir untuk menuju ke alam barzakh.
Kalimah tauhid dapat dianggap sebagai kalimah simbolik. Kalimah ini diperdengarkan sejak kita masih belum mengenali dunia, dalam keadaan mata masih pejam sepanjang hari dan ketika kita masih belum mengenali ibu bapa dan sanak saudara.
Malah sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir, orang yang masih hidup diwajibkan memperdengarkan kalimah tauhid ini kepada kita sekali lagi. Tujuannya supaya kita dapat menghayati kalimah hebat tersebut dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya orang yang betul-betul menghayati kalimah tauhid sahaja yang akan bertakwa kepada Allah SWT dan berlaku taat kepada rasul-Nya. Apabila keadaan ini wujud maka segala masalah yang berlaku dengan senang dapat diatasi.
Selagi manusia tidak mahu tunduk kepada kekuasaan dan kebesaran Allah SWT maka selagi itulah segala masalah yang dihadapi tadi tidak dapat diselesaikan.
Akta, persidangan, mesyuarat, konvensyen, kongres dan pelbagai jenis perjumpaan tidak akan dapat dijadikan jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Peperangan, perbalahan dan persengketaan akan terus menerus berlanjutan.
Manusia tidak akan tunduk kepada kebengisan dan kekuatan. Ini jelas kalau kita menyorot kembali sejarah di zaman Firaun, Hitler, Jepun dan sebagainya. Manusia hanya tunduk kepada Allah SWT dan ini merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah. -Utusan

Dr Maza, Raja Muda Perlis Kayuh "Gerek" Serah Zakat Pada Asnaf
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dilantik semula menjadi Mufti Perlis memulakan tugas-tugas awalnya dengan berkayuh basikal mencari golongan asnaf iaitu mereka yang layak menerima zakat.
Difahamkan bahawa mungkin tindakan itu dilakukan ekoran beliau merupakan tokoh ilmuwan agama yang dikatakan lantang mengkritik isu pengagihan dan bayaran zakat sebelum ini.
Laman sosial Facebook milik Dr Mohd Asri menunjukkan gambar beliau bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin, untuk bertemu rakyat negeri Perlis dalam program pemberian zakat.
Dalam kenyataan ringkas di Facebooknya, Mohd Asri menyifatkan acara yang akan dibuat secara mingguan itu berbaloi kerana dapat sampai dan melihat sendiri tempat tinggal golongan asnaf dan kehidupan mereka.
“(Saya berharap) agar pihak pengurusan (zakat) mencari asnaf, bukan asnaf tercari cari di mana hak zakat mereka,” katanya memetik laporan sebuah portal mengenai aktiviti Mohd Asri yang juga dikenali sebagai Dr Maza itu.
Program berkenaan sebelum itu merupakan aktiviti mingguan Syed Faizuddin, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan kadang kala dibuat dua kali seminggu, kata Mufti Perlis itu.
Pada Ahad lalu, Dr Maza diumumkan dilantik kembali ke jawatan sebagai mufti negeri itu menggantikan Dr Juanda Jaya.
Kali terakhir Dr Maza berkhidmat sebagai Mufti ialah pada 2006. -Kedahnews.com
Read More
Tidak Seperti Yang Lain, Mizz Nina Punya Sebab Tolak Tawaran Ceramah Agama
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
PETALING JAYA – Penyanyi Mizz Nina memberitahu dia menerima banyak tawaran untuk memberi ceramah berkaitan agama Islam sejak menutup aurat sepenuhnya setahun yang lalu.
Bagaimanapun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 35, berkata, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya belum layak dan bersedia ke arah itu.
“Sejak berpenampilan menutup aurat setahun lalu, saya banyak terima undangan mengadakan ceramah di majlis-majlis agama.
“Saya terpaksa tolak kerana saya tidak layak untuk bercakap soal agama dan masih lagi belajar mendalami agama Islam, melainkan ia hanya sekadar berkongsi pengalaman berhijrah, ” ujarnya kepada mStar Online.
Mizz Nina berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen Cantik Di Mata yang diadakan di Restoran Rebung, di sini, Rabu.
Penyanyi itu dan suaminya penyanyi Noh Salleh dilantik sebagai ikon bagi kempen yang bertujuan memberi kesedaran tentang menutup aurat.
Sementara itu, Mizz Nina berkata, dia kini menyambung pengajian di Yayasan Ta’lim dengan kerjasama Institut Arees, Texas, Amerika Syarikat dalam proses mendalami Islam.
“Sekarang saya banyak habiskan masa belajar di tempat yang sama dengan Natasha Hudson iaitu di Institut Arees.
“Selain itu juga, jika ada kelas agama berkaitan mengaji Al-Quran dan tajwid saya akan sertai,” ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas tentang kempen menutup aurat itu, Mizz Nina berkata, dia menganggap aktiviti tersebut sebagai salah satu cara untuk dia berdakwah.
Kempen Cantik Di Mata bertujuan memberi kesedaran tentang menutup aurat. |
Katanya, tanggungjawabnya sebagai ikon bukan bertujuan memaksa setiap orang menutup aurat sebaliknya memberi inspirasi kepada orang ramai melalui penampilannya.
“Saya ditawarkan sejak sebulan lalu dan saya terima kerana ia sesuatu yang belum pernah saya lakukan sebelum ini.
“Tugas saya ialah untuk beri inspirasi kepada masyarakat tentang kehidupan disebalik berpenampilan tersebut,” ujarnya.
Kempen yang bermula 14 Februari itu dianjurkan oleh Badan Bukan Kerajaan Islamic Aid Malaysia (AID) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Media Jakim, Datuk Mustafa Kamal A. Razak dan Presiden Islamic Aid Malaysia (AID), Datuk Ismail Noor. – mStar
Read More
Older Posts