"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Friday, 4 July 2014

Faezah Ilai Letih Puasa Sampai Juling Mata?

 

Sesiapa yang follow akaun Instagram Faezah Elai pasti tidak akan menafikan kejelitaan dimiliki pelakon anak mami ini.

Selain pandai bergaya Faezah juga kini dilihat semakin langsing dan cantik.

faezahelai2

faezahelai1

Bagaimanapun gambar yang dikongsi Faezah baru-baru ini membuatkan beberapa pengikut Instagramnya terpaksa menenyeh mata beberapa kali untuk memastikan ia adalah real Faezah.

Gambar yang diambil selepas berbuka puasa dan mungkin selepas solat maghrib itu menampakkan wajah Faezah tanpa solekan dan amat letih.

faezahelaiafterbuka
faezahelai

Namun menerusi pos kemudian ini, secara tak langsung terjawablah mengapa wajah Faezah sampai macam ini sekali.

Ia mungkin akibat daripada masalah insomnia pelakon ini yang membuatkannya susah untuk tidur.

faezahelai4

Memandangkan tidur salah satu rahsia kecantikan wanita, sedikit sebanyak ia mungkin menjejaskan wajah.

Maka jika wajah tidak ditutup dengan solekan tebal, kulit yang lesu dan kusam boleh menjejaskan penampilan.

Apa pun,diharapkan Faezah segera menemui cara untuk menangani masalah insomnianya sekaligus mendapat semula ‘beauty sleep’ yang diperlukan setiap wanita untuk kekal jelita. 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Enggan Terima Rasuah, Polis Trafik Dihambur Carut Lucah..

Apa lagi pemandu yang melakukan kesalahan mahu sebenarnya? Dilepaskan, polis trafik menerima duit rasuah atau polis trafik menjalankan tugas penuh integriti?

Dek kerana seorang anggota polis trafik enggan menerima rasuah, seorang pemandu yang disaman bertindak menulis perkataan lucah p*****k di bahagian ruan tanda tangan surat saman berkenaan.

Memetik dari sumber media sosial, seorang pemandu dengan nama Lim Pei Jye dengan kereta jenis Chevrolet telah didapati melakukan kesalahan di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam pada pukul 9.50 pagi.

Anggota polis berkenaan yang bertugas untuk meronda telah menahan kereta berkenaan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat menyala merah di hadapan Hotel Holiday Inn.

Kereta Chevrolet itu telah ditahan di hadapan cafe I Love U dan anggota berkenaan meminta kad pengenalan serta lesen memandu pemandu terbabit.

Pemandu tersebut kemudian memberikan alasan bahawa dia telah lewat untuk menghantar anak ke sekolah dan mengatakan akan memberi duit kopi.

“Ambil duit kopi sudah lah,” katanya.

Biarpun cuba disogok, anggota tersebut enggan menerima rasuah dan terus menulis buku saman.
Ketika buku saman ditulis, pemandu itu terus membebel dan memaki anggota polis trafik berkenaan.

“Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit I ada hal penting,” katanya.

Apabila selesa, anggota trafik meminta tandatangan pemandu berkenaan di atas surat saman dan pemandu beredar dalam keadaan marah.

Saman_Pukimak

Pemandu tidak bertanggungjawab dan berotak itu sebaliknya menulis perkataan lucah tersebut di ruang tandatangan menyebabkan anggota trafik berkenaan membuat laporan polis berkenaan kejadian itu.

Seperti soalan penulis di awal artikel tadi, bagaimana sebenarnya pemandu mahu pihak polis bertugas, adakah dengan penuh integriti, sentiasa memberi peluang dengan melepaskan pesalah trafik atau menerima wang rasuah? 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Gurauan Kurang Ajar Hina Peniaga Bazar Ramadhan

Kami pasti, ada antara anda telah menerima Whatsapp gambar di atas.

Atas niat untuk bergurau agaknya kuih pukis yang dijual makcik ini di sebuah bazar Ramadan di Muar telah dibuang huruf S sekaligus menjadikan nama kuih ini satu carutan.

Apabila dah tersebar di merata tempat terutama menerusi aplikasi mesej Whatsapp, anak makcik ini berasa kurang senang lalu bertindak mewakili keluarganya membuat pembetulan nama sebenar kuih yang telah diserongkan.

kuihpukis

Dia juga menyatakan perasaan terkilannya dengan tindakan ini apatah lagi gambar yang disebar turut memaparkan wajah ibunya.

PhotoGrid_1404303160826 

Betul juga kata dia, kalau hal ini berlaku pada ibu bapa kita bagaimana perasaannya?

Jadi selepas ini diharap hentikanlah tindakan menyebarkan gambar di atas sekalipun atas niat mahu bergurau.

Kepada sesiapa yang dah terlanjur berbuat demikian, anda bolehlah meminta maaf kepada makcik ini di Bazar Ramadan Sg Abong, Muar kalau mahu.

1380721_736970686318407_336985948_n
Sambil tu bolehlah juga rasai sendiri keenakan kuih pukis ini..
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Keseronokan Dunia Ibarat Satu Permainan Melalaikan


Manusia diingatkan sentiasa patuhi segala suruhan-Nya untuk bekalan akhirat

DUNIA diibaratkan seperti ladang untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil itu bergantung kepada apa yang diusahakan. Jika amalan diusahakan itu baik maka baiklah hasilnya dan begitu juga sebaliknya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihatNya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dilihatNya." (Surah Al-Zilzal, ayat 7-8)

Sesungguhnya setiap langkah, gerak geri dan tingkah laku kita di dunia dalam pengetahuan Allah. Segala amalan manusia semuanya akan direkodkan dalam diari dan diari itu akan dibentangkan di akhirat nanti.

Allah menugaskan dua malaikat, Raqib dan Atid untuk mencatatkan segala rekod kebaikan serta kejahatan dilakukan setiap individu.

Ahli tasauf menganggap dunia seperti bangkai dan manusia seperti anjing. Sebab itulah manusia lebih sukakan dunia daripada akhirat. Al-Quran juga ada menerangkan yang dunia ini adalah permainan dan kelalaian.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)

Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila tiba masanya. Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Hal ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: "Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la, ayat 15, 16 dan 17)

Allah mengingatkan supaya manusia sentiasa ingat kepada-Nya dengan menunaikan sembahyang, mematuhi suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Namun, manusia lebih cenderung kepada penghidupan dunia.

Mungkin ini disebabkan dorongan syaitan dan hawa nafsu kerana syaitan itu sentiasa berusaha menyesatkan manusia di muka bumi ini, pada hal mereka sudah berkali-kali diberi peringatan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.

Islam bukan melarang manusia mencari kemewahan dan kesenangan di dunia tetapi kemewahan itu biarlah sekadar memadai untuk menunaikan tanggungjawab serta kewajipan yang membawa kepada kebahagiaan hidup di akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan carilah dalam kurniaan yang Allah berikan kepadamu itu (keselamatan) negeri akhirat. Tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu dari di dunia." (Surah Al-Qasas, ayat 77)

Manusia disuruh mencari atau beramal untuk mendapatkan kebahagiaan akhirat. Di samping itu, Allah juga menegaskan bahawa dunia tidak boleh dilupakan langsung. Cuma antara dunia dan akhirat, Allah menguatkan supaya akhirat lebih diutamakan dari dunia.

Bagaimana halnya mereka yang lebih mementingkan dunia dari akhirat? Allah berfirman yang maksudnya: "Mereka itu orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat, maka tidak akan diringankan seksaan ke atas mereka dan mereka tidak akan diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah, ayat 86)

Inilah balasan orang yang sanggup meninggalkan akhirat dan mengutamakan dunia. Mereka itu akan mendapat seksaan di akhirat kelak.

Sesungguhnya, untuk memperoleh kejayaan dan kesenangan sama ada di dunia atau akhirat, kita disuruh melakukan segala kebaikan dan mencegah segala larangan. Kita juga digalakkan membuat amal ibadat lebih banyak daripada urusan keduniaan.


Keadaan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud: "Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari." (Hadis riwayat Al-Asyakin)

Sumber : Berita Harian

Read More

Budak UM Tunjuk Perangai "Intelektual" Petang Ini...

KUALA LUMPUR – Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany) mahu mengadakan protes di universiti itu bagi membantah peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) oleh Datuk Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman, hari ini.

Presidennya, Lee Jin Yang berkata, protes secara besar-besaran pelajar UM tersebut akan diadakan di hadapan Pintu KL UM pada 4 Julai 2014 bermula pukul 2.45 petang.

“Peletakan jawatan Mohammad Redzuan sebagai Pengarah Umcedel merupakan suatu tragedi kebebasan akademik. Justeru, dukacita dimaklumkan bahawa organisasi gerakan mahasiswa UM termasuk Pro-Mahasiswa(Pro-M), Umany and GMMA/174 akan mengadakan suatu protes bagi menegakkan kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Naib Canselor UM, Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaluddin semalam bagaimanapun menafikan dakwaan penamatan tugas Mohammad Redzuan selaku Pengarah Umcedel kerana campur tangan politik.

Beliau sebaliknya berkata, keputusan itu mengambil kira persaraan Mohammad Redzuan, 59, tahun hadapan.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi timbalan Mohammad Redzuan, Dr. Amir Saifude Ghazali satu peluang untuk membiasakan dirinya dengan tanggungjawab selaku pengarah pusat kajian itu.

“Pihak pengurusan ingin menyatakan keputusan ini dibuat mengikut kepentingan universiti dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebarang bentuk tekanan daripada pihak luar,” tegas Mohd. Amin.

Sumber:  Mynewshub.my

Read More

Ustaz Kazim Beri Nasihat Kepada Artis Yang Berhijab


Kuala Lumpur, 3 Julai – Penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias menasihati artis-artis wanita yang telah berhijrah dengan berhijab hendak mendalami ilmu agama Islam dengan secukupnya  dan bukan semata-mata untuk berfesyen atau mengikuti rakan artis yang lain.

Ustaz Kazim atau nama sebenarnya Mohammad Kazim Elias, 42 , berkata, perubahan yang dilakukan di kalangan artis wanita untuk berhijab adalah satu perkara yang baik kerana golongan ini merupakan ikon kepada masyarakat di negara.

“Alhamdulillah… bagus ramai artis yang berhijrah ke arah kebaikkan kerana ia dapat mempengaruhi peminat mereka untuk melakukan perkara sama tetapi biarlah ia disertai dengan ilmu agama yang cukup.

“Jangan hari ini beritahu sudah berubah lalu mengenakan tudung dan terus hendak menjadi seorang ustaz atau ustazah kerana banyak perkara yang perlu didalami mereka terlebih dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Ustaz Kazim lagi, golongan para artis harus belajar mendalami ilmu agama daripada guru-guru yang bertauliah kerana bimbang sekiranya kenyataan yang mereka buat tidak kira di laman-laman sosial akan mencetuskan kontroversi sekaligus memalukan diri sendiri.

“Jika asas dalam bidang agama tidak cukup bagaimana hendak berceramah kepada orang lain malah ia boleh menjadi risiko besar.

“Tambahan pula dengan teknologi hari ini apa yang kita perkatakan dalam masa lima minit ia akan tersebar di laman sosial dan YouTube. Jadi golongan ini harus berhati-hati dan belajar terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada sidang media program Kembara U.K.E  di Times Square semalam.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata, dia akan terlibat dengan program Kembara U.K.E yang akan mempaparkan pengisian dakwah secara santai bersama peminat di atas kapal mewah Star Cruise ke beberapa destinasi menarik iaitu Pulau Pinang, Pulau Langkawi dan Phuket, Thailand.


Kembara U.K.E. itu akan diadakan pada 24 hingga 27 Ogos depan dan Astro Oasis bertindak sebagai penyiar utama dengan kerjasama Intratama Travel Consultant & Tours dan Pusat Pendidikan Al-Barakah.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

China Larang Penduduk Beragama Islam Berpuasa

Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes.

BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.

Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.


Sumber : Sinar Online

Read More

KUIN Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Indonesia

Mohd Yusof (tengah) bersama wakil daripada tiga universiti dari Indonesia.

Alor Setar – Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah menyahut saranan kerajaan negeri untuk melakukan transformasi bagi meningkatkan taraf dan mutu pendidikan di kolej itu apabila bertindak menjalinkan kerjasama  dengan beberapa universiti terkemuka negara jiran, antaranya Indonesia.

Rektornya, Prof Datuk Mohd Yusof Kasim berkata, pihak kolej sangat yakin perjanjian kerjasama di antara universiti terkemuka di negara jiran merupakan satu langkah yang baik bagi memperkemaskan serta mengembangkan KUIN sekaligus dapat meningkatkan mutu akademik khususnya bidang pengajian Islam (Syariah) yang menjadi teras kepada semua institut pengajian tinggi (IPT) yang terlibat.

“Kuin sentiasa membuka dan mencari ruang kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi luar negara demi memajukan dan meningkatkan mutu pengajian”, katanya.

Sementara itu, Mohd Yusof telah hadir mewakili KUIN, dalam menandatangani perjanjian kerjasama dengan tiga buah universiti tersohor dari Indonesia iaitu Universitas Islam Kadiri (UNISKA), Universitas Tulungagung (UNITA) dan Mandala International Education Services & Leadpreneurship Institute, Indonesia (MELI).

Uniska diwakili Prof Dr Sumarji SP dan Dr Ahsin Daoini; Universitas Tulungagung diwakili Dr Eko Sugiono dan Dr Iswhoro Widyanto; serta Tengku Syahrul Reza dan Noval Novriyansah mewakili MELI.

Wakil MELI, Tengku Syahrul Reza melahirkan rasa bangga apabila KUIN sudi menjalinkan kerjasama pendidikan dua negara berjiran dan dia sangat yakin perjanjian yang telah dibuat akan memberi banyak manfaat dan peluang kepada universiti-universiti yang terbabit.


“Saya percaya kerjasama ini akan memberi kesan yang baik kepada masyarakat umat Islam di negara masing-masing dalam masa panjang,” katanya lagi. –Kedahnews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Video: Artis Wanita "Kantoi" Projek Terlampau Dalam Tandas


Pelakon terkenal Hong Kong, Coffee Lam mendapat MALU BESAR apabila sekumpulan paparazzi berjaya ‘menghidu’ perbuatannya berasmara dengan seorang lelaki di sebuah tandas OKU selama hampir 30 minit!

Paparazzi berkenaan juga sempat merakam visual di luar tandas serta suara pelakon berkenaan sewaktu sedang ‘beraksi’.

COffee dan teman lelakinya sempat berkata ‘ Oh Sh*t ‘ sebaik saja keluar dari pintu tandas tersebut setelah mendapati sekumpulan paparazzi sudah bersedia dengan kamera di tangan masing-masing!

Inilah adegan PALING KANTOI dalam dunia hiburan Hong Kong ketika ini!

Coffee yang pada mulanya mendakwa hanya berbual dengan seorang teman dalam tandas itu akhirnya mengaku yang lelaki itu adalah teman istimewanya.


Sumber : MynewsHub.My


Read More
Newer Posts Older Posts Home