"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 4 November 2014

Hantu "Penanggal" Lepak Atas Sejadah?

Hantu Penanggal?
Warga Facebook di Malaysia tiba-tiba kecoh dengan imej yang didakwa sebagai hantu penanggal berada di dalam bilik sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pusat Rawatan Islam DarusSyifa, di Kuala Ibai, Terengganu.

Sumber, Sukan Star TV menjelaskan bahawa gambar yang dikirim seseorang kepadanya telah dirakam di rumah kakaknya secara tidak sengaja oleh anak pemilik rumah tersebut yang masih berusia lebih setahun melalui telefon bimbit.

"Gambar original..kejadian berlaku di rumah kakak sy di kuala ibai bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa..

"Gambar ini di snap secara tidak sengaja oleh anak saudara sy yg berusia 1 thun lebih..gambar ini disedari oleh kakak sy setelah beberapa hari yg lepas..kejadian berlaku di waktu maghrib sebelum kakak sy solat," kata pengirim gambar berkenaan.

Perkara aneh itu turut dikongsi dan diakui oleh pemilik akaun Facebook, Aasyiqien Zaki, yang dipercayai merupakan pemilik rumah itu.

"Betol gambar ni mmg tak edit ni keadaan bilik anak saya tu skg sejadah yg sama saya hamparkan," kata Aasyiqien di ruangan komen sambil memuat turun keadaan bilik yang sebenar.

Aasyiqien Zaki
Gambar berkenaan menjadi topik perdebatan panas apabila segelintir dari pengguna Facebook lain mempertikai tentang "rambut" hantu berkenaan yang mungkin sebenarnya merupakan rambut seseorang.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pihak pengamal perubatan Islam berhampiran lokasi berkenaan telah berjaya menghalau hantu penanggal itu dari rumah tersebut. -KedahNews.com



Read More

Artis Wanita Akui Sah Putus Cinta!

HANEZ

KUALA LUMPUR – Tiada lagi cinta seterusnya mengharapkan hubungan yang pernah mekar ke jenjang pelamin.

Barangkali hasrat dan doa sesetengah pihak yang mahu melihat hubungan Hanez Suraya dengan Romie Razin Adilha bernoktah seakan dimakbulkan.

Hubungan mereka menurut pelakon putih gebu itu hanya bertahan hampir 10 bulan. Industri hiburan pernah kecoh apabila Hanez menjalin cinta dengan Romie di saat lelaki itu sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

Natijahnya ketika itu Hanez terus dikecam dan dihentam sekali gus dianggap sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Hanez berkata, dia enggan menoleh ke belakang lagi dan apa yang terjadi menjadi iktibar buat empunya diri.

“Keputusan untuk berpisah ini sudah lama dilakukan. Cuma hanya ketika saat ini baru saya sendiri bersedia untuk berkongsinya. Kami berpisah secara baik. Bukan nak kata serik dengan apa yang terjadi tetapi sebagai manusia biasa semua yang berlaku menjadi pengalaman berharga.

“Benar cinta itu buta. Saya juga seperti manusia lain yang ingin mengejar bahagia tetapi lupa untuk menjaga perihal lain. Ini bahagian hidup saya dan saya reda dengan suratan yang tertulis,” katanya.


Seboleh-bolehnya Hanez memohon jasa baik semua yang di luar sana termasuk rakan media supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan lelaki yang pernah hadir mencuri kamar hatinya.

“Kalau boleh andai cerita saya ditulis selepas ini, jangan kaitkan saya dengan dia lagi. Masalah rumah tangganya juga jangan babitkan saya lagi,” katanya yang memohon pengertian ramai pihak.

Mengenai kerjaya lakonan, biar pernah bertebaran kononnya diboikot pihak tertentu, Hanez pasrah dengan apa yang terjadi.

Malah baru-baru ini, namanya digugurkan dari sebuah telefilem.

“Saya bersyukur kerana ramai yang menghubungi saya memberi sokongan moral dari belakang.

Mereka suruh saya tenang dulu dengan apa yang terjadi,” katanya yang memberitahu masih boleh meneruskan kehidupan saat ini. – BH Online

Read More

Gambar Pontianak Di Hospital Banting Viral Cetus Ketakutan

BANTING – Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.

Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.

Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.

Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.

Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.

Berhenti sebar gambar

“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma… jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.

“Lagipun hospital… biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.

“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.

“Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini,” katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.

Bukan rakaman CCTV hospital

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.

“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.

“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang… hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.

Simpan buat koleksi peribadi

Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.

“Pihak yang dapat rakam gambar ‘benda’ tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya… bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.

“Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main… jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius… bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya. -Sinar harian

Read More

Jokowi Pun Lancar "BR1M" Di Indonesia?

2 kad "BR1M" versi Indonesia yang dilancar Jokowi
JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada Isnin melancarkan dua jenis kad sosial khusus untuk golongan miskin yang membolehkan isirumah terbabit mendapat perkhidmatan tertentu tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Kad dikenali sebagai Kartu Keluarga Sejahtera dan Kartu Indonesia Sehat itu menyerupai konsep Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bakal memudahkan kelompok miskin menerima buku sekolah dan pakaian seragam selain rawatan perubatan secara percuma.

Ribuan penduduk berbaris panjang untuk mendapatkan dua kad pintar itu di lima buah pejabat pos sekitar Jakarta.

Program fasa pertama melibatkan sejuta keluarga miskin sebelum diperluaskan ke seluruh negara meliputi 15 juta isirumah berpendapatan amat rendah.

Program bantuan kewangan khas pemerintah itu adalah sebahagian daripada janji Jokowi semasa kempen pemilihan jawatan presiden awal tahun ini dan ia membabitkan bajet sebanyak 6.2 trilion rupiah (kira-kira RM1.7 bilion).

Langkah itu juga bagi membendung kemarahan rakyat susulan tindakan Jokowi yang bakal menaikkan harga petrol dan diesel hampir 50 peratus.

Selain itu, beliau memperkenalkan kad kebajikan yang boleh ditebus tunai sebanyak 206,000 rupiah (kira-kira RM57) Januari ini.

Timbalan Setiausaha Pasukan Kebangsaan Pembasmian Kemiskinan, Bambang Widianto berkata, kad kesihatan itu akan membantu 86.4 juta orang miskin dan pemerintah berharap dapat menurunkan kadar kemiskinan sehingga 30 peratus di seluruh negara. – Agensi

Read More

Awas Umat Islam, Liberalisme & Pluralisme Menyerang...!

Fahaman pluralisme yang difatwa sesat!
AKHIR-AKHIR ini semakin jelas pengaruh liberalisme dan pluralisme agama cuba masuk dan mempe­ngaruhi pemikiran dan cara beragama orang Islam di Malaysia.

Percubaan membawa masuk Dr. Ulilabsar Abdallah tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) dari Indonesia menimbulkan kontroversi. Ianya bukan bermakna umat Islam di Malaysia tidak terbuka untuk membincangkan isu-isu Islam tetapi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak membenarkan ajaran-ajaran yang menyalahi disebarkan di negara ini kerana bimbang perpecahan yang terjadi di Indonesia boleh berlaku di Malaysia.

Tokoh-tokoh dunia Islam di seluruh dunia sering datang dan diundang ke Malaysia untuk memberi ceramah dan setengahnya diberikan ruangan khas di rangkaian televisyen supaya citra Islam dapat dikembangkan dan difahami.

Tradisi keilmuan dan tafsir dalam Islam ibarat mata rantai sifatnya sambung sinambung. Ia mengukuhkan lagi tasawwur Islam atau pandangan semesta Islam dan sifatnya mempertautkan bukan memecahbelahkan fikrah dan akidah supaya Islam releven dengan perkembangan zaman.

Pendekatan Jaringan Liberal Islam (JIL) menggunakan metodologi tafsir dan takwil yang liberal, cuba lari dari merujuk pandangan ulama muktabar yang mereka anggap tradisional dan fundamental lalu berpegang kepada rasionaliti dan logik yang mereka anggap sesuai dengan perkembangan semasa.

Nurkholis Majid pendukung awal faham liberal membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang Yahudi. Ulilabsar Abdallah sendiri menganggap kisah dalam al-Quran mengenai Laut Terbelah sebagai dongeng. Asas-asas seperti inilah yang menyebabkan pihak berwajib agama di Malaysia mengambil langkah mencegah kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Hal yang sama aliran pluralisme agama yang menganggap semua agama sama. Seorang tokoh politik Malaysia beberapa tahun lalu bercakap di London School of Economics mengenai hal ini. Hasilnya kalimah Allah dijadikan agenda awal membolehkan kalimah itu digunakan sebagai nama Tuhan orang Kristian.

Ianya menjadi isu kontroversi di mahkamah kerana kegunaannya dalam majalah The Herald dan digunakan dalam Bible atau al-Kitab dalam bahasa Melayu dan Iban di Selangor dan menjadi kontroversi sehingga kini.

Orang yang menganut Islam amat memahami bahawa perkataan Allah itu tidak saja suatu istilah tetapi khusus untuk orang Islam kerana ianya membawa makna atau maksud Allah Yang Esa. Surah al-Ikhlas dan al-Kafiruun memberikan asas yang jelas tentang hal ini.


Tetapi mengapa sesetengah tokoh politik bersungguh-sungguh sangat untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada kepercayaan orang Kristian yang jelas mendukung konsep Triniti – Satu dalam Tiga.

Kalau maksudnya menjinakkan orang Kristian dengan Allah Yang Esa dalam akidah Islam mereka lebih tahu. Maksud sebenar tokoh-tokoh ini ialah untuk memenangi pengaruh politik bahawa dari segi akidah antara Islam dan Kristian tidak ada beza. Ini suatu pendekatan yang tidak berasaskan kebenaran. Yang benar patut dikatakan benar dan yang berbeza berbezalah.

Perbezaan ini tidak bermakna antara agama harus wujud permusuhan dan perseteruan. Al-Quran memberikan pedoman, Laqum deenukum walyadeen – kamu agama kamu kami agama kami. Ada garis pemisah antara kedua-duanya.

Di Malaysia, walaupun Islam dinobat sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Ini yang sedang berlaku. Tetapi mengapa kedapatan pihak-pihak tertentu cuba menghina Islam dan tidak merasa sensitif terhadap umat Islam dan sering berlaku penghinaan dalam berbagai bentuk.

Faham liberalisme agama dan pluralisme agama ini sangat bahaya di Malaysia. Ia tidak saja berbangkit dengan isu kalimah Allah tetapi cuba membentuk fahaman dan cara berfikir mengenai isu sosial dan agama.

Isu Hak Asasi Manusia yang tidak berasaskan akhlak dan etika menjadi agenda perjuangan mereka. Isu-isu seksual seperti LGBT yang dibolehkan di Barat mahu dibenarkan berlaku di sini.

Ianya amat bercanggah dengan etika apa agama pun apa­lagi Islam. Jika ia tidak dibendung, kerosakan sistem sosial dan kekeluargaan di Barat bakal berlaku di negara kita dan ia adalah suatu malapetaka bagi manusia. - Utusan

Read More

Video: Lagi Kes Buli Belasah Perlu Diambil Tindakan Tegas!

Sama ada ini kejadian raging atau pergaduhan disebabkan sesuatu perkara tak dapat dipastikan, tapi yang nyata perbuatan buli di asrama negara ini rupa-rupanya masih ada.

Inilah yang terbongkar menerusi sebuah video yang kini viral di laman sosial.

Paling melampau, pelajar yang dibuli dalam rakaman ini dibelasah beramai-ramai terutama oleh salah seorang pelajar yang memakai singlet hitam.

by .

Dengan lagak ala-ala Wong Fei-Hung kemain lagi pelajar bersinglet hitam tersebut membelasah beberapa pelajar lain yang langsung tak melawan, barangkali kerana geng si singlet hitam pun ramai di situ.

Diharapkan dengan penyebaran video ini, pelajar terlibat dapat dikenalpasti dan diberi hukuman yang setimpal.

Kita tidak mahu budaya raging kembali popular di asrama dan sekolah sebagai mana pernah berlaku satu masa dulu.

Paling ditakuti, kejadian pelajar maut gara-gara raging yang sudah lama tak kedengaran kembali dilaporkan.

Read More

Misteri: Sungai Berlubuk Bertukar Jadi Kampung!

SABAK BERNAM - Siapa sangka, sebelum tahun 1950-an, Kampung Lubuk Pusing, Bagan Terap dulunya adalah sebuah sungai yang merbahaya disebabkan pusaran airnya yang berpusing-pusing dengan deras hingga menenggelamkan kapal dagangan dan mengorbankan banyak nyawa.

Tidak hairanlah, apabila nama kampung itu berasal daripada perkataan ‘lubuk pusing’ yang diambil sempena sebuah kawasan sungai yang mempunyai sebuah lubuk dengan airnya berpusing-pusing.

Mengikut sejarahnya pula, sebahagian besar Kampung Lubuk Pusing asalnya dari Sungai Bernam yang menjadi laluan kapal-kapal besar menjalankan aktiviti perdagangan, namun terdapat misteri disebalik sungai itu!.

Kisah sungai berpusing-pusing ini menjadi igauan ngeri kepada penduduk kampung dan kapal dagang setiap kali melalui kawasan ini ia seolah-olah tak ubah seperti kawasan Segi Tiga Bermuda yang seringkali dikaitkan sebagai kawasan misteri berikutan ratusan kapal laut dan kapal terbang dilaporkan hilang di kawasan yang menjangkau keluasan sehingga 1.2 kilometer persegi.

Diasaskan pada tahun 1914

Kampung Lubuk Pusing terletak di Mukim Sungai Panjang ini diasaskan Tuan Haji Chik atau namanya sebenar Sheikh Ahmad Marzuki pada 1914.

Sheikh Ahmad Marzuki berasal dari Kepulauan Sumatera, Indonesia dan dipercayai bersama 40 rombongannya terdiri dalam kalangan ahli keluarga dan rakannya datang ke kampung itu bagi mewujudkan penempatan baharu ketika itu.

Sheikh Ahmad Marzuki yang terkenal sebagai seorang alim dan berbudi pekerti luhur amat dihormati penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lubuk Pusing Bagan Terap, Mohd Razif Md Maini berkata, terdapat dua dakwaan yang menyebabkan pusaran air itu menjadi surut seperti yang diketahuinya melalui pembacaan dan ceritaan lisan daripada penduduk lama.

“Menjadi kebimbangan penduduk dan pedagang setiap kali melalui sungai berpusing ini, maka mereka minta kewalian Sheikh Marzuki ini untuk hentikan pusaran lubuk.

“Maka, Allahyarham Sheikh Marzuki bersama penduduk mengadakan solat hajat bagi menghentikan pusaran air berpusing di sungai terbabit yang menenggelamkan beberapa buah kapal dagang yang melalui sungai ini.

“Ada satu cerita lagi, Sheikh Marzuki dipercayai melontarkan serbannya ke dalam lubuk pusaran sungai itu hingga Allahyarham memberitahu dengan rakan dan saudara terdekat bahawa suatau masa kawasan ini akan jadi daratan,” katanya.

Menurut Mohd Razif, sejak peristiwa itu, berlaku perubahan pada aliran sungai dan dasar sungai yang menyebabkan pusaran air semakin cetek.

“Dengan mendapan demi mendapan berlaku, akhirnya kawasan pusaran air atau lubuk pusing ini menjadi daratan dan menjadi kawasan pertanian subur.

“Kini pusaran air tersebut sudah tiada lagi disebabkan bentuk muka bumi yang berubah. Air sungai tersebut juga sudah kering dan kini menjadi daratan. Yang tinggal kini hanyalah empat tempat yang berbentuk kolam-kolam air,” katanya.

Masjid berusia 100 tahun

Di sebalik cerita pusaran itu, Mohd Razif memberitahu, terdapat beberapa cerita menarik kampung itu seperti pembinaan masjid yang turut diasaskan Sheikh Marzuki di sebelah tapak rumahnya sejak kedatangannya ke kampung berkenaan.

Nazir Masjid Marzukiah Kampung Lubuk Pusing, Norrodin Khalil, 55, berkata, di masjid itu terdapat sebuah bangunan kayu lama yang suatu ketika dahulu pernah dijadikan tempat pengikut tarikat Naqshabandariah dari Sumatera bersuluk iaitu membersihkan hati dengan berzikir.

Katanya, bangunan itu kini kosong, namun ia masih dikekalkan bagi memastikan ia terus menjadi bahan sejarah kepada generasi akan datang termasuk sebuah perigi tempat mengambil air solat yang terletak bersebelahannya.

“Jemaah suluk suatu ketika dahulu dari segenap pelusuk tanah air setiap kali bulan Rejab dan Syaaban akan tinggal beberapa hari di pondok ini untuk berkumpul beramai-ramai dengan menunaikan ibadah dan berzikir,” ujarnya.

Pengunjung singgah ambil air kolam

Selain itu, Norrodin yang juga sebahagian daripada keturunan Sheikh Marzuki memberitahu, di sisi kiri hadapan masjid, terdapat makam Sheikh Marzuki dan anaknya, Muhammad Ilham atau lebih dikenali sebagai Haji Ikhsan.

"Sheikh Marzuki berkahwin dua iaitu seorang isterinya di kampung ini dan seorang lagi di Indonesia.

"Beliau mempunyai dua anak iaitu Muhammad Sulamuddin dan Haji Ikhsan. Muhammad Sulamuddin berhijrah ke Kampung Terjun Pelabuhan Keli Sumatera, manakala Haji Ikhsan terus menetap ke kampung," jelasnya.

Berhadapan makam itu, Norrodin berkata, terdapat sebuah kolam yang didakwa pernah digunakan Sheikh Marzuki untuk mengambil wuduk dan mandi.

Kata Norrodin, air dari kolam itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan ramai pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin mengambil berkat air dari kolam terbabit.

“Setiap hari pasti ada yang singgah ke sini untuk mengambil berkat air kolam yang pernah digunakan Sheikh Marzuki. Mungkin ini ikhtiar kita untuk merawat tetapi kuasa ALLAH yang menyembuhkan,” jelasnya yang memberitahu masjid yang berusia 100 tahun itu masih mengekalkan ciri-ciri binaan tradisionalnya sehingga sekarang. -Sinar Harian

Read More

Isteri Bunuh Diri Gara-Gara Suami Enggan Tengok Filem Shah Rukh Khan!

Happy New Year
Apa yang akan anda lakukan andai permintaan untuk menonton filem tidak ditunaikan orang tersayang? 

Mungkin ada yang akan merajuk, ataupun pergi seorang diri ke panggung wayang, kan? 

Namun tidak buat seorang wanita di India.

Hanya kerana si suami enggan menonton filem terbaru lakonan aktor Datuk Shah Rukh Khan berjudul ‘Happy New Year’, seorang isteri bertindak meminum cuka sehingga meragut nyawanya sendiri.

Menurut laporan India Today, kejadian itu berlaku di Wilayah Shivpuri, Madhya Pradesh di mana ia melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun.

Isteri muda itu mengajak suaminya ke panggung wayang kerana ingin menonton lakonan aktor pujaannya iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone.

28fir21-5_650_102914124542

Walau bagaimanapun, si suami menolak untuk pergi pada hari terbabit kerana ia merupakan hari pertama tayangan dan pastinya penonton akan ramai.

Kecewa dengan suami yang menolak keinginannya, si isteri kemudian meneguk cuka, mengakibatkan kebanyakkan organ dalamannya sudah rosak

Walaupun dibawa ke sebuah hospital pakar, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan. Sehingga laporan disiarkan portal terbabit, suaminya gagal dihubungi. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Tak Tahan Provokasi, Pak Jabit Marah Penyokong Saiful

Tidak tahan menerima sedikit provokasi "ringan", Pak Jabit meluahkan rasa marahnya terhadap sekumpulan penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan cuba mencetus suasana tegang dengan kumpulannya yang menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Pak Jabit, penyokong bekas pembantu peribadi yang sebelum ini menerima layanan "istimewa" Anwar itu tidak sepatutnya menghampiri kawasan yang kononnya "dikhaskan" untuk penyokong Orang Kena Tuduh (OKT) itu.

"Dia datang kawasan kita, dia buat provokasi. Dia datang tidak beradab.

"Kita (penyokong Anwar) tidak mahu publisiti, dia (penyokong Saiful) datang hendak lagakan kita.

"Dia selalu di sana (merujuk kepada kawasan bersebelahan yang dikhaskan untuk penyokong Saiful), tetapi hari ini dia datang ke kawasan kita buat kecoh, ini tidak baiklah," kata Pak Jabit yang dipetik dari Sinar Harian.

Pak Jabit merupakan watak yang dibawa oleh pelakon, Man Kadir, di dalam filem "Hantu Kak Limah" yang sememangnya merupakan penyokong tegar Anwar.

Bermula lima hari lepas, kes rayuan Liwat II diperdengar di depan lima orang panel Hakim di Istana Kehakiman di Putrajaya menyaksikan pihak pembelaan yang mewakili Anwar memulakan sesi berhujah.

Seawal hari pertama hinggalah hari keempat, perkarangan Istana Kehakiman dihadiri para penyokong Anwar dengan melakukan pelbagai provokasi seperti membakar baju penyokong Saiful Bukhari, menimbulkan ketegangan dengan pihak berkuasa dan menjerit-jerit di kawasan tersebut.

Meskipun penyokong Anwar yang hadir hanyalah sedikit berbanding di zaman Reformasi 1998 dulu, namun mereka tetap mempamerkan aksi-aksi provokasi namun pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan.

Read More

Lebih Setengah Juta Suami Dipukul Isteri Di Arab Saudi

Riyadh – Lebih setengah juta lelaki Saudi mendakwa sering dipukul isteri masing-masing tetapi tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Laporan mengenainya didedahkan oleh Pusat Nasihat Sosial Waei yang berpangkalan di Riyadh.
“Kami menerima 557,000 aduan daripada lelaki Saudi yang mendakwa dipukul oleh isteri masing-masing,” kata pengurus pusat Sheikh Adel Al Mutawa.

Katanya, kelmarin saja sebanyak enam aduan baru dibuat.

Dia berkata, kebanyakan lelaki itu enggan nama mereka didedahkan, sebaliknya mahu kes itu dirahsiakan.

“Mereka tidak mahu membawa kes itu ke mahkamah kerana malu,” katanya. – Agensi

Read More

Halloween: Pemakai Kostum Momok #MH370 Tidak Sensitif Dikecam!

Ketika seluruh Malaysia masih lagi bersedih dengan kehilangan pesawat MH370 dan tragedi MH17, ada segelintir pihak di luar sana yang dilihat tidak sensitif apabila meraikan perayaan Halloween dengan mengenakan kostum bertemakan MH370.

Mereka menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang melucukan tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat yang sehingga kini masih tidak mengetahui status sebenar orang kesayangan mereka.

Malah, ada yang memakai uniform juruterbang dengan tag nama Hamid merujuk kepada pembantu juruterbang MH370, Fariq Hamid dan kapten yang mengemudi pesawat, Zaharie Ahmad Shah.

Menurut anak salah seorang krew penerbangan MH370, Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari, pada mulanya dia tidak perasan dengan perkara itu namun selepas diperhatikan semula gadis itu merasakan perbuatan mereka adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Selepas melihat kostum yang mereka pakai, satu perkara yang terlintas di fikiran saya, saya dah jumpa tempat untuk mereka iaitu di neraka. Mereka ingat perbuatan itu sesuatu yang melucukan, tetapi sebenarnya ia langsung tidak melucukan,” katanya memetik laporan Malay Mail.

Maira sekeluarga bagaimanapun tidak akan mengambil sebarang tindakan mahkamah berhubung isu tersebut namun berharap masyarakat dunia mengetahui batasan mereka berhubung isu yang dilihat sangat sensitif ini.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Eksklusif: Hassan Saad Bintang Baru Skuad Hijau Kuning Musim Depan?

Sebuah laman page Facebook terkenal di Kedah, HijauKuning.com, mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbang untuk memilih seorang pemain muda dari Mesir untuk dijadikan kesebelasan utama skuad Lang Merah bagi musim depan.

Menurut admin laman tersebut, pemain bola sepak berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Hassan Saad itu sangat berminat untuk menyarung jersi Hijau Kuning ekoran kelincahan dan keupayaannya menjaring gol dengan baik.

Cadangan HijauKuning.com itu turut disokong oleh para peminat skuad bola sepak Kedah yang berpandangan bahawa prestasi Hassan yang dipamerkan menerusi laman Youtube menunjukkan dia sangat sesuai di posisi tengah serangan.

"Attacking midfield : Amik ja hassan saad..dia beria-ia nak men kdh..pihak KFA & TCH pon dah tau kan cara permainan dia..lincah,laju dan pandai botoi owg mcm berpengalaman 5-6 taun...lagipon bkn sng import muda yg berbkt tawaq diqi nak men kdh..leh dikatakan satu dlm sejuta...," kata Harris Jan Huntelaar yang dipetik dari laman Facebook itu.

Selain itu, HijauKuning.com turut memaklumkan bahawa Hassan ada menghubungi admin laman itu bagi menunjukkan minatnya beraksi dengan pasukan kebanggaan rakyat negeri Jelapang Padi berkenaan.

Menurut tinjauan KedahNews.com, tidak salah rasanya jika KFA memberi peluang kepada Hassan untuk membuktikan bakatnya sebelum diambil sebagai ayam tambatan bagi mengisi slot pemain bola sepak Kedah bagi musim akan datang.

Namun jika Hassan gagal menyarung jersi skuad Lang Merah, mungkin pemain dari Mesir itu boleh mengisi satu slot posisi bagi pasukan HijauKuning.com (HKC) yang terkenal itu, bukan? Siapa tahu dia mampu membantu lonjakkan nama HKC ke peringkat lebih tinggi, bukan?


Namun melihat pada jawapan balas HKC pada Hassan, nampak gayanya seolah-olah admin laman berkenaan cuba melakukan "troll" pada anak muda dari Mesir itu,bukan? Apa-apa ja laaaa...  -KedahNews.com

Berikut adalah beberapa keterangan mengenai profil Hassan.

Nama : Hassan Saad Mohamed
Tarikh Lahir: 15.05.1993
Tinggi: 175 cm
Berat: 65 kg
Posisi: Play maker - Right and left wing 

Read More

67 Wanita Dan Kanak-Kanak Sunni Dibunuh IS - Aktivis

BAGHDAD - Kumpulan Negara Islam (IS) didakwa terus melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk daripada pelbagai kumpulan etnik dan agama di Iraq.

Aktivis mendakwa IS telah melakukan pembunuhan sistematik tanpa perikemanusiaan ke atas kesemua mangsanya lapor Press TV.

Seramai 67 pengikut Sunni termasuk wanita dan kanak-kanak dari puak Albu Nimr di wilayah Anbar dibunuh tanpa belas kasihan selepas mereka dituduh bekerjasama dengan kerajaan Iraq untuk memerangi IS di negara terbabit.

Dalam perkembangan lain, tentera peshmerga dan kerajaan dilaporkan semakin mara selepas melancarkan operasi besar-besaran berhampiran bandar Sinjar yang kini ditawan kumpulan militan Takfiri.

"Ia telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa kerana IS semakin gentar dan mula meninggalkan pos kawalan mereka secara beransur-ansur," kata jurucakap kerajaan, Saad Mutalibi.  -Sinar Harian

Read More

Anwar Tetap Pertahan Sister In Islam, Pertikai Fatwa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.

Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.

“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats' conference) di Petaling Jaya malam ini.

“Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.”

Anwar turut mempertahankan pendirian Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengenai fatwa tentang SIS dan berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu hanya mengatakan beliau menghormati fatwa tersebut.

Azmin memberitahu pemberita pada majlis sama Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan bertemu dengan SIS berhubung fatwa mengharamkan NGO itu.

Azmin berkata, pertemuan tersebut membenarkan Mais mendengar penjelasan SIS mengenai organisasi mereka.

SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman "liberalisme" dan "pluralisme" agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

Selain itu, mana-mana terbitan yang berunsur pemikiran fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah diharamkan dan boleh dirampas.

Fatwa itu juga mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Manakala individu yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam, menurut fatwa tersebut.

Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman berkata, pihaknya juga mahu mahkamah mengiktiraf NGO itu terjamin kedudukannya mengikut Perlembagaan.

"SIS mahu jaminan supaya hak kami perlu ‎dihormati mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Fatwa itu digazetkan mengikut Bahagian III Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. -TMI

Read More

Godam ATM: PDRM Hantar "Notis Ungu" Pada Interpol

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memohon bantuan Interpol di Perancis untuk membantu berhubung kes menggodam 17 buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di empat buah negeri September lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siber dan Multimedia) PDRM, SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata pihaknya telah menghantar 'notis ungu' kepada Interpol bagi mendapatkan kerjasama dalam memperoleh maklumat termasuk modus operandi, prosedur dan tempat persembunyian penjenayah terbabit.

"Kita mohon kerjasama Interpol kerana kita percaya penjenayah telah melarikan diri ke luar negara dan kini dalam persembunyian," katanya kepada Bernama.

Kes penggodaman tersebut membabitkan empat buah perbankan di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu dengan anggaran kerugian melebihi RM3 juta yang dipercayai dilakukan sindiket warga negara Amerika Latin.
Sindiket dipercayai menyuntik virus malware 'ulssm.exe' dengan memasukkan cakera padat (CD) ke dalam pembaca cakera padat (CD-ROM) yang terdapat di dalam mesin-mesin berkenaan.

Kaedah itu dilaporkan mampu menipu sistem pengkomputeran bank sebelum wang di dalam ATM dikeluarkan menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon daripada rakan anggota sindiket.

Bagaimanapun kehilangan wang dari mesin ATM itu tidak melibatkan wang pemilik akaun. -mStar

Read More

Kekasih Bincang Kahwin Dalam Bilik Hotel Bajet?!

ALOR SETAR - Sepasang kekasih mendakwa mereka menyewa bilik di hotel bajet, dekat sini untuk membincangkan urusan perkahwinan.

Helah itu adalah sebahagian daripada alasan digunakan sepasang kekasih ketika dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan Ops Muharam, Jumaat lalu.

Operasi itu turut melibatkan enam hotel bajet lain di sekitar bandar berkenaan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan itu memberikan alasan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

“Gadis itu berusia 23 tahun berasal dari Ayer Hitam manakala teman lelakinya berusia 33 tahun tinggal di Alor Setar.

“Difahamkan, gadis terbabit baru berhenti kerja sebagai pembantu kedai telefon di Kuala Lumpur, sebelum pulang ke kampungnya,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu ditahan anggota Jaik selepas ditemui berada berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel.

Syeikh Mohd Roshidi berkata, mereka mendakwa sudah berkenalan lebih setahun dan hubungan itu diketahui bapa gadis berkenaan.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, sebelum ke bilik gerakan Pejabat Agama Daerah Kota Setar untuk diambil keterangan.

Read More

Malindo Air Terpaksa Mendarat Cemas Di Bangkok

KUALA LUMPUR - Malindo Air mengesahkan penerbangan OD206 dari New Delhi, India ke Kuala Lumpur pagi ini dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok, Thailand disebabkan masalah teknikal. 

Pesawat yang sepatutnya tiba di KLIA2 pada 5.25 pagi itu mendarat dengan selamat pada 2.45 pagi waktu Thailand dan tiada kecederaan dilaporkan, kata Malindo Air dalam satu kenyataan di sini.  

Penerbangan yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 737-900ER itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi pada 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk tiga bayi, dan lapan anak kapal.

"Sebaik mengenal pasti masalah teknikal, kru operasi melaksanakan senarai semakan kecemasan menurut prosedur operasi standard dan memaklumkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum menukar haluan ke Don Mueang.

"Kebajikan penumpang kini dijaga oleh Thai Lion Air dan usaha sedang diambil untuk menerbangkan mereka ke Kuala Lumpur menerusi satu penerbangan yang dijadualkan pada 3.45 petang ini waktu Thailand," kata kenyataan itu.

Malindo Air berkata pihaknya sedang meneliti punca masalah teknikal itu dan perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan termasuk pengeluar. -mStar

Read More

Cabul Anak Jiran, Pengawal Keselamatan Berdepan Penjara, Sebat

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, September lepas.

Mohamad Borhanudin Mohd Shafiei, 48, didakwa mencabul kehormatan mangsa yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Cheras pada pukul 6 pagi, 6 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -mStar

Read More

JPN Kedah Lancar "Ops Payung"

ALOR SETAR - Operasi Payung (Ops Payung) adalah pelan tindakan yang dirangka untuk memastikan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir jika terlibat dalam bencana alam seperti banjir dan puting beliung.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Datin Azuyah Hassan berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada guru, pegawai pejabat pendidikan daerah (PPD) dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) bertanggungjawab untuk membawa pelajar ke pusat peperiksaan.

Menurutnya, calon terbabit akan ditumpangkan di pusat peperiksaan lain supaya tidak tercicir jika pusat itu terlibat dalam bencana alam.

"Pelajar yang terlibat dengan bencana alam akan ditempatkan di asrama sekolah atau sekolah berhampiran buat sementara waktu untuk memudahkan mereka mengambil peperiksaan seperti biasa walaupun tidak memakai uniform sekolah.

"Kita sentiasa berwaspada dan mencari alternatif untuk memastikan calon dapat menduduki peperiksaan dengan lancar," katanya kepada media di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), di sini, semalam.

 Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Azuyah berkata, sebuah pusat peperiksaan di Ma'ahad Al-Syafie, Pendang dilanda banjir dua hari lalu yang menempatkan enam calon.

"Kita sudah membuat persediaan awal untuk menumpangkan calon terlibat di sekolah berhampiran iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ibrahim.

"Bagaimanapun syukur air mula surut semalam dan hari ini (semalam) pusat peperiksaan boleh digunakan seperti biasa dan tiada calon tumpang," katanya.

Beliau berkata, segala persiapan dilaksanakan secara rapi termasuk mewujudkan bilik gerakan di setiap PPD berikutan hujan sering berlaku pada waktu petang menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Difahamkan antara kawasan berisiko banjir ialah daerah Kuala Muda, Kulim dan Baling.

Dalam pada itu, 36,526 pelajar menduduki SPM melibatkan 280 pusat peperiksaan di Kedah.

Lapan calon mengambil peperiksaan di hospital iaitu Hospital Langkawi (1), Hospital Sultanah Bahiyah (1), Hospital Baling (2), Hospital Sik (1), Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (2) dan Hospital Kulim (1).

Sementara lapan calon sekolah integriti menduduki peperiksaan di Penjara Sungai Petani.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), jumlah calon ialah 12,944 orang.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Wujudkan "Little India" Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI - MIC Kedah berharap cadangan untuk mewujudkan 'Little India' di Sungai Petani akan mendapat perhatian dan sokongan daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Pengerusi MIC Negeri, Datuk S. Ganesan berkata 'Little India' sudah wujud di Melaka, Selangor, Pulau Pinang serta Perak, dan kewujudannya di Kedah akan menjadi pengiktirafan terhadap sokongan masyarakat India di negeri ini kepada BN.

"Selepas BN menang dalam pilihan raya umum lepas dan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, cadangan ini akan menjadi satu pengiktirafan kepada kaum India yang menyokong BN pada pilihan raya umum yang lepas.       

"Saya harap ia akan dipertimbangkan dan dipercepatkan (pelaksanaannya)," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC Bahagian Sungai Petani di sini hari ini.

Terdahulu, MIC bahagian itu mengemukakan cadangan untuk membangunkan 'Little India' di Jalan Sekerat dekat sini serta menyuarakan cadangan penukaran nama Jalan Sekerat kepada Jalan Kadaram (dalam Bahasa Tamil) yang membawa maksud Kedah.

Kedua-dua cadangan itu telah disampaikan kepada kerajaan negeri.

Pada majlis itu, Ketua MIC Bahagian Sungai Petani, TH Subra menyerahkan dokumen mengenai pembangunan 'Little India' kepada Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Kesihatan Datuk VS Mogan, yang hadir mewakili Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada majlis itu.

Mogan berkata saranan mengenai pembangunan 'Little India' di Sungai Petani, akan dibawa ke pengetahuan Dr Subramaniam, yang juga merupakan Timbalan Presiden  MIC. 

Subra pula berkata masyarakat India di negeri ini berharap cadangan itu akan mendapat pertimbangan kerana ia bukan sahaja akan menjadi pusat pelancongan tetapi juga menggalakkan ekonomi masyarakat India. - Bernama

Read More

Aksi Panas Dedah Perut Hanis Zalikha Dikritik Peminat

Pengacara popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yang dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram.

Gambar yang mencetus kritikan peminat

Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yang keterlaluan.

Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu. - Sinar Harian

Read More
Newer Posts Older Posts Home