Mana tahu, balik ke tanah air Erin bakal memberi khabar gembira. EH..??
Monday, 27 October 2014
Aksi Romantis Erin, Suami Berbulan Madu Tersebar Di Internet
Alahai sweetnya melihat kemesraan artis wanita ini yang baru sahaja bergelar isteri sah kepada jejaka pilihan hatinya.
Siapa lagi kalau bukan Erin Malek dan Farriz Fauzy yang pernah menyatakan mereka memilih Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai destinasi bulan madu.
Hah, ini kami kumpulkan koleksi gambar-gambar ‘honeymoon’ pasangan ini yang dimuat naik oleh Erin Malek di Instagramnya..
Wah, memang syok habislah destinasi bulan madu mereka lagi-lagi sempat menjejakkan kaki ke Universal Studios Hollywood.
Erin Malek turut meluahkan dalam Instagramnya yang dia sangat seronok di sana.
Alahai untungnya badan! Bukan sahaja dapat ke tempat menarik malah suaminya juga dilihat bersikap sangat romantis.
Mana tahu, balik ke tanah air Erin bakal memberi khabar gembira. EH..??
Festival Vege Thailand Yang Sungguh "Terlampau Vege"!
Sanggup? |
Rakyat Thailand mungkin cuba mencari kelainan dalam menghargai haiwan, lantas mewujudkan satu festival vegetarian atau hari tanpa daging.
Apa yang mengerikan adalah cara festival ini dilaksanakan! Mana taknya, para peserta dikehendaki mencucuk alatan tajam seperti pisau, besi, pedang mahu pun payung menembusi bahagian kulit muka.
Misi festival ini mudah iaitu peserta perlu mengelak daripada memakan daging selama sembilan hari untuk mempromosi cara pemakanan sihat.
Menurut Huffington Post, festival yang diadakan di Phuket ini akan berlangsung sehingga 1 November dan ia merupakan festival kedua dianjurkan pada tahun ini.
Pada 2011, 74 peserta tercedera akibat kesilapan teknikal semasa upacara ini berlangsung. Seorang dilaporkan mati.
Kalau ya pun hendak menghargai haiwan dan mempromosi gaya hidup sihat, tak perlu rasanya sampai nak menyakitkan diri, kan?
Apa Di Sebalik "Misteri Kisah Budak 4 Tahun Hilang Di Ikea"?
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Sejak akhir-akhir ini, ramai benar yang gemar berkongsi gambar-gambar lucu, pelik dan sebagainya melalui medium aplikasi Whatsapps, terutama gambar makanan yang terhidang di depan mata.
Namun yang terbaru, sekeping gambar seorang budak lelaki yang dikatakan berusia 4 tahun begitu viral menjadi bahan lelucon pengguna aplikasi komunikasi itu.
Adik tersebut dikhabarkan hilang dalam premis Ikea di Mutiara Damansara.
Ya, memang premis gedung membeli belah kelengkapa rumah itu luas dan anak-anak yang tidak diawasi mungkin hilang dengan agak mudah.
Ceritanya, adik berkenaan dijumpai sedang selamba membuang air besar di salah satu mangkuk tandas yang dipamerkan di ruang pameran gedung tersebut! Apa lagi? Kecohlah!
Mungkin budak lelaki seawal usia 4 tahun itu belum dapat membezakan tempat membuang air besar yang benar-benar disediakan untuk melepaskan hajat berbanding bertujuan untuk pameran sahaja.
Namun, kejadian seperti ini rasanya akan membuka minda ibu bapa supaya lebih berhati-hati dalam memberi perhatian kepada anak-anak berbanding sibuk ber"shopping" sampai lupa dunia, kan?
Selain itu, kami mohon sangat-sangat kepada seluruh pengguna aplikasi Whatsapps atau seumpamanya supaya mengkaburkan bahagian wajah, mata dan berkaitan bagi mengelak individu yang dijadikan "bahan" itu diaibkan.
Maklumlah, bila identiti individu itu dimuat naik ke internet, berkemungkinan besar imej berkenaan akan kekal di ruang maya itu untuk selama-lamanya, bukan?
Jadi, untuk mengelak bahan lelucon itu memalukan individu itu seumur hidup, adalah wajar identitinya dikaburkan.
Bayangkan jika diri kita di tempat budak lelaki berusia 4 tahun itu. Apakah sanggup kita menanggung malu menyaksikan gambar kita sedang membuang air besar di Ikea terpampang mengaibkan?
Apa reaksi anak isteri budak lelaki itu kelak agaknya?
Mujurlah kami difahamkan sumber bahawa gambar berkenaan sebenarnya bukan berlaku di Ikea Mutiara Damansara, sebaliknya berlaku di gedung menjual peralatan rumah terkenal di Amerika Syarikat, Lowe’s, dan telah beredar di internet sejak tahun 2013 lagi.
Harap betulkan minda dan persepsi sebelum sebarkan sesuatu yang menjadi bahan lelucon kita pada masa akan datang. Wallahu'alam. -KedahNews.com
Read More
7% Sokong, 93% Bantah: Majlis Peguam Memalukan Peguam!
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini yang menganjurkan perhimpunan jalanan bagi memansuhkan Akta Hasutan 1946 dilihat benar-benar memalukan dan menjejaskan kreadibiliti seluruh pengamal perundangan di Malaysia.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, sebagai badan bebas yang memperjuangkan konsep keadilan, Majlis Peguam tidak sepatutnya memperguna badan itu untuk kepentingan nafsu politik segelintir pihak.
Tegasnya, tindakan Majlis Peguam itu hanya disokong oleh kira-kira 7 peratus dari kalangan ahli, manakala hampir 93 peratus yang lain langsung tidak bersetuju dengan aktiviti yang menjejaskan imej profesionalisme guaman tersebut.
"Sebenarnya, tidak sampai tujuh peratus daripada anggota Majlis Peguam terlibat dalam perhimpunan jalanan itu manakala majoriti 93 peratus lagi tidak bersetuju badan tersebut dijadikan alat untuk memuaskan kepentingan individu tertentu.
"Kami mahu Majlis Peguam memperjuangkan atau mempertahankan kepentingan umum dan bukannya matlamat golongan minoriti," katanya mengulas mengenai himpunan yang dianjurkan Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Christopher disifatkan menurut telunjuk dan kepentingan parti politik pembangkang yang mahu Akta Hasutan 1946 dimansuhkan, setelah akta sepenting ISA berjaya didesak untuk dimansuhkan sebelum ini.
Setelah ISA dimansuhkan, dilaporkan bahawa aktiviti jenayah terancang semakin bermaharajalela, termasuk kegiatan kongsi gelap yang semakin menunjukkan taring dengan pelbagai kejadian jenayah berlaku sehingga membimbangkan rakyat di seluruh negara.
Pihak pembangkang seterusnya menyalahkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kononnya pihak berkuasa itu "gagal" melaksanakan tanggungjawabnya menjaga keamanan negara, padahal parti-parti pembangkanglah yang mendesak supaya ISA dihapuskan sebelum itu.
Terkini, Akta Hasutan 1946 pula menjadi "mangsa" mahu dihapuskan para pemimpin pembangkang diyakini supaya mereka bebas melakukan hasutan jahat yang mampu menghuru-harakan kestabilan politik dan keselamatan negara. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Anda Tanya, UKE Jawab!
Petunjuk Istikharah
Assalamualaikum ustaz. Saya wanita berumur 40-an bekerja sebagai penjawat awam dan belum berkahwin. Empat tahun lalu, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki Pakistan dan kami berdua berhasrat untuk berkahwin tahun ini. Tetapi malangnya, hasrat kami ditentang hebat oleh adik-beradik saya dengan mengatakan jarak umur kami jauh iaitu 12 tahun dan lelaki itu mahu berkahwin dengan saya kerana ada niat yang tidak baik. Sepanjang empat tahun saya berkawan dengannya, tidak ada perkara buruk yang berlaku dan dia merupakan seorang lelaki yang baik.
Saya buat solat sunat tahajud, hajat dan istikharah berterusan selama dua minggu dan berdoa meminta Allah SWT, jika lelaki itu jodoh saya dan seorang yang baik serta tidak ada niat jahat terhadap saya. Sepanjang saya solat istikharah, saya ada bermimpi. Pada malam pertama, saya lihat ramai orang Pakistan. Pada malam kedua, dia datang bersama dengan seorang budak lelaki ke rumah saya. Malam seterusnya, tidak ada apa-apa yang berlaku tetapi pada malam terakhir, dia datang dengan enam kawannya ke rumah saya untuk berjumpa dengan ibu saya mengatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Saya ingin bertanya dengan ustaz, apakah maksud mimpi ini?
Nora, Kelantan
UKE: Disunatkan kepada kita untuk melakukan solat sunat istikharah jika ingin melakukan sesuatu yang diharuskan oleh syarak. Apabila ingin melakukan solat sunat istikharah, hendaklah dipastikan hati dan jiwa tidak memihak atau berharap kepada sesuatu atau seseorang melainkan hanya mengharapkan petunjuk daripada Allah SWT semata-mata.
Berdasarkan soalan anda, saya dapat merumuskan bahawa anda telah menetapkan hati anda sebelum anda melakukan solat sunat istikharah. Saya mengesyorkan kepada anda supaya melakukannya sekali lagi dan sukalah saya ingatkan bahawa jawapan kepada solat sunat istikharah bukannya datang daripada mimpi semata-mata. Ia juga boleh datang daripada nasihat orang lain, petunjuk di hadapan mata dan perasaan hati yang tawar atau gembira.
Nazar bukan rasuah
Kita bernazar sesuatu tetapi kita cakap “Ya Allah, sekiranya aku dapat capai ini, aku akan berpuasa selama tujuh hari. Adakah itu dikira sebagai memberikan rasuah kepada Allah SWT?
Tijah, Lembah Keramat, Kuala Lumpur
UKE: Diharuskan kepada kita untuk bernazar atas satu-satu perkara, dengan syarat perkara yang hendak dinazarkan itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. Nazar yang hendak dilakukan juga mestilah perkara baik seperti bernazar untuk berpuasa, menunaikan umrah, menderma kepada anak yatim dan perkara lain yang baik.
Apabila telah bernazar, maka wajiblah kita melaksanakan nazar tersebut dan nazar seperti satu janji kepada Allah SWT. Ada pihak mengatakan nazar seolah-olah memberikan rasuah kepada Allah SWT sedangkan pendapat ini tidaklah tepat kerana perbuatan nazar itu sendiri adalah diharuskan syarak. Sebaliknya, rasuah adalah diharamkan.
Jadi, tidaklah boleh disamakan seolah-olah memberi rasuah kepada Allah SWT. Saya mencadangkan agar kita berbuat kebaikan terlebih dahulu seperti bersedekah, banyakkan berpuasa dan amalan baik yang lain, kemudian baharulah kita berdoa kepada Allah SWT untuk menunaikan hajat kita. Tetapi dijelaskan sekali lagi, tidaklah salah untuk bernazar dan ia tidak dianggap sebagai rasuah.
Kelebihan ayat al-Quran
Assalamualaimum ustaz. Betul tak ayat 1-3 Surah al-A’raf untuk amalan menjalankan perniagaan bukan makanan. Kalau salah, apa ayat untuk diamalkan bagi maju dalam perniagaan.
Mohamad Hj Basrah, Batu Pahat, Johor
UKE: Ayat al-Quran mempunyai banyak khasiat dan fadilat, malah al-Quran itu sendiri adalah ubat dan penawar. Maka tidaklah salah menjadikan ayat-ayat al-Quran sebagai doa atas apa-apa maksud yang baik. Kelebihan ayat 1-3 Surah al-A’raf, jika diamalkan selalu insya-Allah akan dibukakan pintu rezeki, di samping berusaha dan berikhtiar.
Jadi, sebagai tambahan untuk mendatangkan kebaikan atas perniagaan anda, saya cadangkan agar anda meningkatkan mutu layanan, kebersihan serta banyakkan bersedekah.
Minat dengan Islam
Saya ibu tunggal lapan orang anak. Suami saya sudah meninggal dunia. Kami tidak tahu tentang agama Islam kerana keluarga kami beragama Buddha tetapi hati saya terpikat dengan Islam. Saya kini banyak belajar daripada buku panduan solat. Apa pendapat ustaz.
Anik, Shah Alam, Selangor.
UKE: Alhamdulillah. Semoga Allah SWT memberikan hidayah dan rahmat kepada puan dan anak-anak. Saya suka mencadangkan kepada puan agar mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang Islam daripada ahlinya.
Tanyalah kepada yang arif jika puan ingin mengetahui lebih mendalam. Islam agama berbuat baik kepada seluruh insan dan makhluk. Tidaklah salah belajar dengan buku tetapi menuntut secara berhadapan dan boleh bersoal jawab lebih baik. Membaca buku merupakan bentuk menambah ilmu secara tambahan.
Komisen projek
Assalamuaikum. Suami saya membuat kerja sampingan membawa surat sebut harga daripada kontraktor projek yang mengenalinya untuk mendapat sokongan daripada pihak tertentu. Apabila kontraktor itu berjaya mendapat projek tersebut, dia akan memberikan suami saya bahagian wang tunai yang dijanjikan.
Namun, lulus atau tidak sesuatu projek itu bergantung kepada surat sebut harga yang bagus kerana banyak kontraktor lain turut mendapatkan sokongan daripada pihak berkenaan. Saya ingin tahu adakah duit daripada kontraktor itu rasuah atau tidak, kerana saya risau status halal duit nafkah yang diberikan oleh suami kepada anak-anak selama ini.
Zizie, Melaka
UKE: Berdasarkan apa yang diberitahu oleh puan, kerja suami puan ada unsur-unsur yang boleh membawa kepada sesuatu yang tidak elok. Maka, ada baiknya puan menasihatkan suami puan berhenti daripada melakukan pekerjaan begitu kerana boleh membawa kepada unsur syubahat. Mengelakkan yang syubahat adalah dituntut untuk mengelakkan perkara yang berdosa. -Utusan
Tun M "Kolot", "Tak Relevan", Kata Anwar
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad mewakili gaya pemikiran "kolot" yang ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan untuk diguna pakai di zaman sekarang.
Kata Anwar, ekoran pemikiran "kolot" dan "tidak relevan" yang ada pada negarawan ulung itu, beliau tidak perlu untuk bertemu Tun M sama ada untuk bermaaf-maafan atau melakukan proses "damai" antara mereka.
"Apa lagi yang ada untuk perdamaian semula? Apa isunya? Adakah ia demokrasi, kebebasan, kebebasan kehakiman, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hasutan?
"Saya telah memaafkan dia (Tun M) tetapi dia asyik mengulang (tuduhan) sama," katanya yang dipetik dari sebuah wawancara dengan sebuah portal yang dilihat sering bersifat pro-pembangkang, Malaysiakini.com.
Tun M telah bertindak memecat Anwar dari semua jawatannya pada tahun 1998, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO dan lain-lain setelah dikenal pasti dengan masalah moral serta kesalahan menyalahguna kuasanya sebagai pemimpin negara.
Anwar kemudiannya ditahan pihak berkuasa untuk tujuan siasatan atas tuduhan kes salah guna kuasa dan salah laku seks luar tabii.
Ketika ditahan, Anwar dikatakan telah menghina Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menggelar mereka sebagai "bapa anjing" dan "anjing kerajaan" sebelum matanya "dilebamkan sebelah" oleh bekas Ketua Polis itu.
Anwar kemudiannya didapati bersalah atas kesalahan salah guna kuasa dan dipenjara selama 6 tahun, namun berjaya melepaskan diri dari kesalahan meliwat hanya kerana sedikit percanggahan teknikal berkenaan masa serta tarikh kejadian kes.
Pun begitu, mahkamah dalam penghukumannya ketika itu tetap mengesahkan bekas Timbalan Presiden UMNO itu ada melakukan aktiviti seks sebagaimana yang didakwa meskipun gagal disabitkan kesalahan.
"To summarize our judgement event the reading appeal record we find evidence to confirm that the appellants (Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometimes discourt as cause..," kata Hakim Mahkamah ketika melepaskan Anwar dari disabitkan kesalahan liwat, namun mengesahkan terjadi kegiatan liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Selepas beberapa tahun di penjara, Anwar dibebaskan bekas Perdana Menteri yang juga "rakan sekampung"nya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tanpa memenuhi tempoh hukuman.
Cuba memperlekeh"arkitek pembangunan negara" itu, Anwar turut percaya bahawa Tun M kini tidak punya sebarang pengaruh dan tidak berkesan lagi di mata rakyat dari corak gaya kepimpinannya.
"Dulu orang takut kepada beliau kerana beliau mungkin ada perkara yang dapat memalukan atau menunjukkan kesalahan orang itu," kata Anwar lagi.
Walau bagaimanapun, Anwar tetap mengaku bahawa Tun M adalah individu yang bertanggungjawab membawanya menyertai parti keramat Melayu itu dan pernah menjadi mentornya suatu ketika dahulu. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Kecoh Sentuh Anjing: "Zakat Tak Ikut Mazhab Syafie Kenapa Tak Marah?"
5:00 pm Admin Kedahnews 1 comment
"Kita bayar zakat tidak mengikut mazhab Syafie, kenapa kita tidak marah?" soal Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Menurutnya, masyarakat terus menjatuhkan pelbagai hukum kepada penganjur kempen sentuh anjing hingga tersasar seolah-olah menganggap hanya mazhab Syafie satu-satunya aliran dalam Islam.
"Kita seolah-olah terlepas daripada sasaran sehingga mazhab Syafie kita anggap seperti itulah satu-satunya Islam. Sedangkan bayar zakat tidak pakai mazhab Syafie. Sah pula zakat kita.
"Pergi haji, tersentuh lelaki perempuan, mazhab Syafie kata batal wuduk (ketika haji), tiba-tiba panduan dari Tabung Haji kata tak batal. Boleh pula? Tak murtad pula? Tak hina Islam pula? Kenapa tak konsisten kefahaman itu? Ini satu kesalahan yang perlu kita dedahkan.
"Mazhab Maliki kata boleh sentuh anjing. Nak peluk atau nak cium pun boleh. Air liurnya pun harus dan suci. Kita bukan nak suruh tapi nak bagi toleransi.
"Memanglah contoh yang saya beri tadi seperti wuduk masa haji dalam keadaan keperluan tapi fokus kita adalah kepada jangan terlalu memusuhi pandangan mazhab lain dan anggap ia salah. Juga ada yang bukan darurat pun kita tak ikut mazhab Syafie seperi syarat kena ijab qabul berlafaz dalam jual beli dan banyak lagi khususnya bab kewangan islam," katanya dalam temubual eksklusif bersama Sinar Harian Online pada Konvensyen Fiqh Rasulullah SAW, di sini, hari ini.
Tegasnya, kenyataan tersebut bukan bertujuan berkempen terhadap mazhab lain namun peringatan supaya tiada yang beranggapan mazhab selain mazhab Syafie itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Nanti kita akan bermusuh dengan mazhab lain sedangkan mazhab lain itu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Mengulas soal situasi peserta program sentuh anjing yang beragama Islam memeluk dan mencium anjing itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu dosa kecil.
"Saya tak tahu apa cerita di sana tapi saya difahamkan mereka diajar cara sertu. Kalau nak dosa sekalipun, mengikut mazhab Syafie haram dan haram itu ada tahapnya. Mungkin itu dosa kecil kerana sengaja meletakkan najis di badan.
"Kalau dia gigit-gigit anjing itu, kemudian bagi kena lidah dia pada lidah anjing, itu dikira dahsyat sikit.
"Tapi peluk macam itu saja, apa yang besar sangat kalau dosa pun? Dosalah pada mazhab Syafie tapi pada mazhab Maliki tidak berdosa. Kalau dia nak sertu pun, dia sertu, habis ceritalah," katanya.
Jelasnya, penganjuran program tersebut mempunyai tiga masalah utama yang menyebabkan ia menjadi kontroversi.
"Pertama masalah kawalan penganjur terhadap peserta. Mungkin mereka tidak dapat kawal peserta itu bila mahu bergambar. Mereka belum sempat ajar lagi peserta dah 'test' dulu.
"Kedua masalah media. Sebahagian media yang ketengahkan perkara itu (peserta cium, peluk anjing). Media tak ketengahkan proses sertu itu, apa yang diajar selepas itu dan proses pembelajaran oleh Ustaz (Ustaz Mohd Iqbal Parjin) itu apa intinya," katanya.
"Ketiga, orang-orang yang melenting tanpa usul periksa. Memberi respons tanpa bersabar. Tak tahu apa, hanya mendapat sedikit (fakta) daripada wartawan, dia sudah ulas. Sepatutnya, sabar dahulu. Pergilah cari bacaan dulu, cari apa penganjur punya cakap, kemudian barulah beri kenyataan," katanya. -Sinar Harian

Kelantan Bertegas Laksana Hudud Tahun Depan... Syabas!
KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan Kelantan akan laksanakan undang-undang hudud tahun depan.
Pengumuman rasmi itu menunjukkan ketegasan Kerajaan Kelantan dalam pelaksanaan perundangan syariah di negeri berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan beberapa langkah dan persediaan ke arah pelaksanaan hukum hudud termasuk berkaitan usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat nanti.
“Dua minggu lepas, kita baru sahaja mengadakan muzakarah penyediaan kaedah hukuman Kanun Jenayah Syar’iyyah yang turut dihadiri mufti seluruh negara, pakar perundangan dan pakar perubatan.
“Jika kita berjaya siapkan draf enakmen ini berpandukan kaedah hukuman tersebut, kerajaan negeri kita adalah kerajaan pertama, bukan setakat di Malaysia akan tetapi di dunia ini yang mempunyai kaedah atau undang-undang bertulis mengenai tatacara hukum had (hudud) secara terperinci,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Seminar Penghayatan Hududullah Peringkat Negeri Terengganu, di Permai Inn, di sini, semalam.
Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Ahmad berkata, hasrat untuk menjayakan pelaksanaan hudud pada 2015, dibuat berdasarkan enam faktor antaranya menjelaskan kepada masyarakat hanya undang-undang ALLAH SWT dapat menyelesaikan masalah jenayah selain menyatakan kesungguhan Kerajaan Kelantan yang tidak putus asa terhadap pelaksanaan tersebut.
“Ketiga, memberi kesedaran kepada minda dan fikiran umat Islam terhadap Kanun Jenayah Syar’iyyah ini sebagai hukum ALLAH dengan tujuan dapat membuka jalan bagi dilaksanakan suatu hari nanti.
“Walaupun perlaksanaannya dianggap terlalu sukar hari ini tetapi suatu hari nanti ia jadi kenyataan. Kita lihat sahaja Brunei diumumkan secara rasmi pelaksanaan Kanun Jenayah Syar’iyyah ini,” katanya.
Beliau berkata, faktor keempat bertujuan membuka jalan dan penerangan kepada masyarakat bukan Islam mengenai konsep hudud bersifat mendidik, faktor kelima memberi isyarat jelas kepada pihak yang masih tidak yakin dengan pelaksanaan hukuman tersebut supaya lebih positif dan keenam memberi semangat kepada pemimpin kerajaan dan rakyat membuat persediaan bersungguh-sungguh ke arah pelaksanaan itu.
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap pemikiran segelintir umat Islam yang masih terikat dengan asas pemikiran barat disebabkan beberapa perkara yang dianggap jenayah oleh syariat Islam tidak dianggap jenayah oleh kanun keseksaan Malaysia dan ‘panel code’ England antaranya melakukan zina serta minum arak. – Sinar Harian
Mangsa Kebakaran Kg Alor Bangsa Terima RM50,000 Setiap Keluarga
ALOR SETAR - Dua keluarga mangsa kebakaran, masing-masing menerima peruntukan RM50,000 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, semalam.
Sumbangan itu bagi meringankan beban untuk membina rumah baharu selepas kediaman didiami hangus dalam kebakaran pada 5 Ogos lalu di Kampung Alor Bangsa.
Mangsa, Shuib Ismail, 62, berkata, sumbangan itu amat diperlukan bagi membina rumah mereka sekelurga.

“Ketika kejadian, saya tidak jauh dari rumah. Tiba-tiba saya nampak asap di kawasan rumah dan nampak rumah sudah hangus,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Rohani Ariffin, 61, berkata, kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku terlalu pantas.
“Semasa kejadian, saya sedang tidur. Tiba-tiba dengar bunyi letupan di belakang rumah. Bila pergi ke dapur, saya lihat api penuh di bahagian siling,” katanya.
Difahamkan, kebakaran itu menyebabkan kedua-dua mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Bagi meringankan beban mangsa, TNB menerusi program Ziarah Asnaf TNB memperuntukkan RM100,000 buat kedua-dua keluarga itu.
Pengurus Besar (Bahagian Pembahagian TNB) Kedah, Zubir Hashim berkata, pihaknya menyediakan RM40,000 untuk pembinaan setiap rumah dan RM10,000 untuk peralatan dalam rumah.

Sumbangan disampaikan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika meninjau kawasan kejadian.
Menurutnya, pembinaan rumah berkonsep teres setingkat itu dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air ditanggung sepenuhnya oleh TNB.
Menurutnya, pembinaan rumah berkonsep teres setingkat itu dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air ditanggung sepenuhnya oleh TNB.
Difahamkan, kedua-dua keluarga itu masih menumpang di surau berdekatan sementara rumah mereka siap dibina.
Sumber: Sinar Harian
EGM: Kerjasama Pemegang Saham Minoriti Ditagih Demi Survival MAS
KUALA LUMPUR - Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) walaupun ketika syarikat penerbangan itu sedang bersedia mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bersejarah bagi pemegang saham minoriti pada 6 November ini.
Penasihat kepada Menteri Pengangkutan, Tan Sri M Kayveas berkata, sistem sekarang memberi terlalu banyak kelebihan kepada mereka yang sudah terlalu lama berada di situ.“Kebocoran dan kelebihan inilah yang menyebabkan MAS tidak untung," kata Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).
Bersandarkan situasi kompleks yang menyelubungi MAS berserta dua tragedi udara, Kayveas menghujahkan bahawa sudah menjadi ‘tugas dan tanggungjawab’ kerajaan sedia ada untuk mengubah keadaan dan mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan negara itu.

MAS mencatatkan kerugian bersih RM1.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013.
Syarikat itu juga melaporkan kerugian bersih RM443 juta bagi suku pertama 2014 dan kerugian bersih RM307 juta untuk suku kedua 2014.
Pada EGM MAS nanti, pemegang saham minoriti akan mengundi bagi menentukan sama ada pemilik kepentingan majoriti Khazanah Nasional Berhad boleh mengambil alih baki 30.4 peratus saham MAS yang tidak dimilikinya, agar Khazanah dapat menyuntik modal baharu untuk melaksanakan pelan penstrukturan semula bertujuan memulihkan syarikat yang bermasalah itu, tanpa mendedahkan pemilik saham minoriti terhadap ragam penstrukturan semula.
Penerimaan tawaran 27 sen daripada Khazanah oleh pemegang saham minoriti akan membuka laluan untuk penyahsenaraian MAS, membenarkan Khazanah mengambil alih sepenuhnya pemilikan syarikat penerbangan nasional itu.
Ini akan memberi fleksibiliti yang lebih baik bagi melaksanakan pelan penstrukturan semula MAS selain menyusun struktur modal bersesuaian untuk menangani keperluan pembiayaan yang besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi mengekalkan operasi syarikat.
Pelan penstrukturan semula itu menetapkan sasaran jelas termasuk kembali beroleh keuntungan menjelang akhir 2017 dan disenaraikan semula pada akhir 2019.
Berdasarkan senario semasa MAS, penyahsenaraian adalah jalan terbaik untuk memastikan keadilan kepada pemegang saham minoriti yang ditawarkan jalan keluar pada premium kepada harga pasaran semasa.
Menerusi cara ini pemegang saham minoriti tidak akan terdedah kepada risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan apabila MAS melaksanakan penstrukturan semula, memandangkan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pemilik saham minoriti untuk mengawalnya.

Kayveas berkata, MAS merupakan syarikat penerbangan negara, sama seperti 90 peratus syarikat penerbangan di dunia, dan amat penting bagi syarikat penerbangan ini untuk kembali pulih dan terus beroperasi.
"Justeru, ini bukan menyelamatkan ataupun menyuntik lebih banyak wang. Ini(MAS) kebanggaan negara, perlu dilakukan, sama seperti kita perlukan jalan, kereta api dan MRT," katanya.
Kayveas yang pernah berkhidmat dengan MAS selama 16 tahun menambah: "Kita perlu idea inovatif untuk membawa MAS mara dan satu entiti baharu diperlukan," katanya.
Beliau berkata, menyelamatkan MAS bukan satu kejanggalan industri.
"MAS bukan yang pertama dalam industri penerbangan atau dunia penerbangan yang menghadapi situasi ini. Banyak syarikat penerbangan yang mengalaminya dan mengatasi situasi lebih buruk daripada MAS. Japan Airlines terpaksa menutup syarikat lama dan memindahkan aset serta menubuhkan syarikat baharu," katanya.
MAS dalam pekeliling bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoriti menerima harga tawaran 27 sen daripada pemegang saham majoriti khazanah memandangkan pelan pemulihan bergantung kepada penerimaan proses penswastaan bernilai RM1.38 bilion itu.
Bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi syarikat baharu (NewCo), yang akan menandatangani kontrak dengan pembekal berdasarkan terma-terma yang adil serta mengambil kira masalah kewangannya. - Bernama
Video Mirip UAI: Polis Hantar Ke Jabatan Forensik, Penyebar Pertama Cuba Dikesan
Tidak memandang ringan terhadap sebarang unsur fitnah terhadap golongan pendakwah dan ulama di Malaysia, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) difahamkan telah menyerahkan klip video lelaki mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, ke Jabatan Forensik untuk disiasat secara terperinci.
Memetik laporan media arus perdana, video berkenaan dikaji bagi tujuan siasatan dari sudut kesahihan dan keasliannya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa dilaporkan berkata, pakar forensik PDRM perlu menganalisa kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya dan juga menyiasat sama ada adakah ia menggunakan teknik pertindihan (superimpose).
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini,” katanya yang dipetik dari akhbar berkenaan baru-baru ini.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan di atas kesalahan penyebaran dan memiliki bahan lucah.
Pihak polis juga masih dalam proses siasatan mengenal pasti individu yang mula-mula sekali menyebarkan video tersebut di laman Internet. -KedahNews.com
WhatsApp Bocor: UM Bakal Kecoh Dirempuh Mahasiswa Pro-Anwar Malam Ini?
KUALA LUMPUR – Kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato “40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM pada malam Isnin ini.
Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu meneruskan pidato berkenaan.
Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka kini tersebar meluas dalam media sosial.
Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu Sheng.
Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan teruk di UM pada Isnin ini.
“Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna media sosial.
Sumber: Mynewshub.cc
26,000 Tiket "Lesap"? Ini Jawapan KFA... #Hijaukuning @MEDIAKFA #PulunKedahPulun
11:00 am Admin Kedahnews No comments
Hijau Kuning dulu, kini dan selamanya... |
Sebelum ini, terdapat segelintir peminat skuad bola sepak Kedah yang meluahkan rasa tidak puas hati dan mempertikai tentang perihal penjualan tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Kedah bertemu Pahang di Stadium Darulaman pada 19 Oktober lalu.
Mereka mendakwa tidak jelas mengenai 26,000 tiket yang diperuntukkan bagi perlawanan tersebut "lesap" dalam tempoh sejam sahaja sejak kaunter di stadium itu dibuka.
Nampaknya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak menunggu lama untuk menjawab pertikaian para peminat Hijau Kuning yang kecewa itu dengan memberikan maklum balas yang boleh dianggap tidak mengecewakan.
Berikut adalah jawapan penuh secara panjang lebar yang dipetik dari laman Facebook rasmi KFA bagi persoalan yang dilontarkan itu;
KedahNews.com mengucapkan syabas kepada kedua-dua pihak sama ada peminat Hijaukuning yang tidak putus-putus memberi sokongan pada kepada skuad kesayangan rakyat Jelapang Padi itu, dan pihak KFA yang tidak cepat "melatah" serta memberi maklum balas yang jelas tidak mengecewakan.Insiden tiket yang laris seperti pisang goreng panas dalam tempoh kira-kira 1 jam membuka mata banyak pihak dan tidak terlepas andaian dan tuduhan berleluasanya ulat tiket dan ketirisan tiket perlawanan tersebut sebelum dijual dikaunter Stadium Darul Aman 19 Oktober lepas.
Pihak Media KFA telah menjalankan siasatan terhadap isu ini melalui rujukan sumber persatuan, maklumbalas peminat, temuramah individu dan juga mendapatkan maklumbalas dari FAM serta pihak berkuasa yang berkaitan.
Sebelum hasil siasatan ini dibincangkan lebih lanjut,semua pihak perlu tahu ada beberapa isu bagi memberi kefahaman yang lebih jelas sebelum berlakunya andaian yang tidak ada kaitan contohnya, tiket kehabisan disebabkan adanya ‘ulat’ tiket, pihak KFA tidak amanah dan tidak bertanggungjawab menjual kepada pihak ketiga, ketirisan yang berlaku di belakang kaunter tiket jualan dan sebagainya.
Sebelum perbincangan dilanjutkan, ada dua isu besar:
Isu pertama adalah berkenaan bagaimana tiket perlawanan 19 Oktober lepas habis dijual dalam masa 1 jam?
Isu kedua timbulnya bagaimana membanteras ulat tiket yang kembali bermaharajalela pada hari perlawanan dan juga dikatakan punca tiket cepat habis dijual?
ISU 1: BAGAIMANA TIKET PERLAWANAN KEDAH X PAHANG CEPAT HABIS DIJUAL?
STATISTIK
Melalui semakan dan analisa pembahagian kuantiti keseluruhan , tiket yang telah dikeluarkan oleh KFA adalah 26,000 keping tiket. Persoalannya bagaimanakah 26,000 tiket ini dijual? Statistik jualan tiket yang dikeluarkan oleh Unit Jawatankuasa Tiket KFA adalah seperti berikut:
JUMLAH TIKET: 26,000 KEPING
Tempahan oleh Persatuan/Kelab Gabungan/Penaja-Penaja: 6,000 keping
Tempahan utk penyokong pasukan Pahang: 1,000 keping
Baki yang dijual di kaunter stadium: 19,000 keping
Ini bermakna tiket yang dijual di kaunter tiket pada hari perlawanan 19 Oktober lepas adalah 73% dari 26,000 keping keseluruhan jumlah tiket. Selebihnya hanya 27% ditempah awal dengan kebenaran pihak Jawatankuasa Tiket KFA. Turut dimaklumkan juga tempahan berkumpulan melalui ahli gabungan dan penaja turut dihadkan bagi memberi peluang kepada semua penyokong dari semua peringkat lapisan rakyat dapat membeli tiket pada hari perlawanan.
JADI BAGAIMANA PULA 19,000 KEPING TIKET HABIS CEPAT DIJUAL?
Jumlah 19,000 keping tiket yang dijual di stadium dibahagikan 4 kaunter iaitu Kaunter A2, B, D dan F dengan setiap kaunter 3 laluan pembelian dibuka. Ini bermaksud 12 laluan dibuka pada hari perlawanan bagi penyokong untuk mendapatkan tiket yang dijual bermula jam 10:00 pagi.
Secara purata setiap laluan akan menjual 1,583 keping tiket. Memandangkan sebelum ini setiap pembeli dihadkan kepada 10 tiket, pihak JK Tiket KFA merasakan jumlah tersebut perlu dikurangkan bagi memberi ruang lebih banyak pihak dapat membeli tiket dan keputusan yang diambil akhirnya menghadkan setiap orang dibenarkan untuk membeli 5 tiket. Dengan had maksimum seorang 5 tiket sahaja, hanya 317 orang yang pertama dalam setiap laluan sahaja akan dapat membeli tiket tersebut.
Dalam keadaan permintaan yang tinggi dalam perlawanan tumpuan pada 19 Oktober lepas mustahil untuk menganggap setiap pembeli hanya membeli 1 tiket.
Berbalik kepada tempoh masa jualan tiket yang mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam untuk habis dijual, purata seorang akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk membeli tiket, masa yang diperlukan untuk menjual semua tiket adalah hanya 52 minit sahaja. Dengan had tiket yang telah dimaklumkan lebih awal dan harga tiket yang telah diketahui sudah tentu penjualan lebih efisyen dan masa yang diambil oleh setiap penyokong mungkin lebih cepat dari anggaran 10 saat setiap penyokong.
KESIMPULAN:
Melalui kajian dan semakan rekod persatuan serta beberapa faktor diambil kira, bolehlah dibuat kesimpulan adalah logik dan tiada yang luarbiasa apabila insiden tiket cepat habis dijual menjadi bualan penyokong dan media. Cadangan penambahbaikkan jangka pendek dimasa hadapan untuk mengelakkan penyokong kecewa hadir pada hari perlawanan adalah dengan pihak jawatankuasa Tiket KFA menjual sehari lebih awal dari hari perlawanan bagi memastikan kelancaran penyokong yang merancang untuk ke stadium dan dapat memberi info awal berkenaan kedudukan tiket dan sudah pasti isu keselamatan pada hari perlawanan lebih terjamin dengan tiada insiden provokasi penyokong yang tidak sabar untuk masuk ke stadium.
Dengan kehadiran ramai penyokong yang tidak dapat membeli tiket 19 Oktober lepas, berlaku sedikit provokasi dengan isu vandalisme dan hampir merosakkan harta benda awam, justeru tindakan drastik diambil dengan membuka pintu masuk stadium dibahagian teres di separuh masa kedua. Tayangan layar gergasi turut dibuat di kawasan terbuka bagi memberi peluang penyokong yang tidak dapat menonton secara langsung di stadium turut sama merasai kemeriahan. Cadangan jangka panjang mungkin pihak Perbadanan Stadium Kedah dan KFA dapat memikirkan satu perancangan teliti dengan menambah kapasiti stadium supaya lebih ramai penyokong berpeluang menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan hijaukuning.
ISU 2: ULAT TIKET PUNCA TIKET HABIS DIJUAL?
SIAPAKAH ULAT TIKET
Isu ejen jualan tiket tidak sah atau lebih dikenali sebagai ‘ulat’ tiket kembali bermaharajalela di Stadium Darul Aman sejak perlawanan akhir peringkat kumpulan ketika Kedah menentang Perak 3 September lepas. Aktiviti mereka semakin galak ketika suku akhir dan juga separuh akhir lalu di perkarangan Stadium Darul Aman.
Melalui tinjauan rambang, pihak kami sendiri menyaksikan ulat tiket ini berani menjual tiket dikawasan awam terutamanya dipintu masuk dan didepan pihak berkuasa sendiri dengan menyasarkan pembeli yang begitu terdesak untuk mendapatkan tiket memandangkan tiket telah habis dijual dikaunter.
Persoalan sebenar adalah bukan setakat isu menjual kembali tiket tetapi ‘ulat’ tiket ini menjual tiket dengan harga sekali ganda dan harga ini semakin melambung tinggi di suku akhir dan separuh akhir yang lepas. Jika ia dijual kembali dengan harga sebenar jualan sudah pasti isu ulat tidak akan timbul. Perbincangan lanjut berkenaan isu ini perlu dilihat dalam beberapa aspek untuk membanteras aktiviti yang tidak beretika ini.
ADAKAH ULAT TIKET INI DAPAT DIBANTERAS MELALUI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG?
Banyak pihak menyalahkan pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan ke atas ulat tiket ini kerana dianggap sebagai pihak yang menyebabkan tiket habis dijual dalam masa singkat dan merupakan punca utama pihak yang membeli tiket secara banyak sama ada dari sumber dalaman atau dari kaunter. Beberapa rujukan dan maklumbalas telah diambil bagi menjelaskan isu ini.
Rujukan yang dibuat kepada FAM melalui Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, isu ulat tiket ini sebenarnya telah dirujuk kepada SPRM dan PDRM untuk tindakan lanjut. Tiada kes berkenaan ulat tiket sehingga kini! Banyak laporan yang diterima adalah berkenaan jualan tiket kembali kepada penyokong dengan harga yang tinggi. Untuk makluman setakat ini tiada peraturan atau undang-undang yang menghalang aktiviti sedemikian dalam membanteras aktiviti tidak beretika sama ada dari mana-mana peraturan FAM atau undang-undang. Jadi penguatkuasaan untuk membanteras isu bermusim ini dingin kerana tiada kuasa perundangan.
Isu jualan ini sebenarnya adalah isu permintaan dan penawaran yang dipersetujui kedua-dua pihak penjual dan pembeli. Jika tiada permintaan tinggi tiadalah penjual yang cuba mengambil peluang. Dengan suasana bolasepak ketika ini, ulat tiket sudah pasti mengambil peluang. Malah setakat ini tiada rekod atau statistik membabitkan ulat tiket ini memandangkan secara perundangannya ia bukanlah satu kesalahan. Isu ini akan sedikit berbeza jika tiket yang dijual oleh ulat ini adalah tiket tiruan.
Tinjauan rambang juga ulat tiket ini dianggarkan secara keseluruhan menjual sekitar 500 keping atau 1-2% tiket sahaja yang dikeluarkan pada hari tersebut. Jadi untuk mengatakan punca sebenar tiket kehabisan awal bukanlah faktor utamanya dengan kehadiran ulat tiket ini tetapi adalah kerana kehadiran penyokong yang ramai hadir untuk membeli tiket lebih awal.
KESIMPULAN:
Isu ulat tiket ini harus diperhalusi dengan semua pihak perlu bekerjasama. Dicadangkan supaya Unit JK Tiket KFA lebih berhati-hati dalam mengeluarkan tiket berkumpulan dan memastikan hanya pihak yang sah sahaja diberi kebenaran untuk membuat tempahan. Pastikan juga ada pemantau bebas semasa jualan tiket di kaunter tiket pada hari perlawanan tumpuan untuk mengelakkan ketirisan.
Apapun isu ini janganlah dilihat sebelah mata dengan hanya menyalahkan pihak yang mengeluarkan tiket, tetapi penyokong atau pembeli itu sendiri turut sama membantu membanteras aktiviti tidak beretika ini dengan membeli tiket dari penjual jalanan seperti ulat tiket ini kerana sebenarnya itulah faktor utama kenapa ulat tiket ini berleluasa kerana penyokong tetap membeli tiket dengan harga mahal. Tiada pembelian bermaksud kuranglah kuasa penawaran dari ulat tiket ini. Apapun semua pihak perlu berganding bahu membanteras ulat tiket ini. Pihak persatuan akan memastikan ketirisan tiket dapat dikawal manakala penyokong perlu turut serta dengan tidak membeli dari ulat tiket ini.
Manakala FAM sebagai badan induk dan penganjur pertandingan tempatan perlu memikirkan mekanisme yang sesuai untuk memastikan gejala ini tidak menjadi kebiasaan jika kurangnya penguatkuasaan.
DARI MEJA PENULIS:
Penjelasan ini bertujuan untuk memberi kefahaman bahawa ada beberapa isu perlu diberi perhatian dan perlu diperhalusi supaya penyokong dan semua pihak tidak terkeliru dengan peristiwa jualan tiket yang habis dijual dalam masa singkat. Adakah berlakunya kepincangan? Salah ulat tiket? Persatuan tidak telus?
Kajian dan analisa di atas adalah berdasarkan usaha tanggungjawab pihak Media KFA memberi penerangan lebih lanjut dan melihat apakah isu sebenar dan adakah betul telahan seperti digembar gemburkan oleh penyokong dan semua pihak. Semoga artikel ini mampu memberi gambaran sebenarnya.
Secara keseluruhan, ini adalah satu petanda baik kerana penyokong kembali memenuhi stadium. Teruskan sokongan anda dan teruskan menyokong bolasepak tempatan.
PLAY WITH HEART. PULUN KEDAH PULUN.
Kami sebagai portal media di bumi Jelapang Padi ini tetap menyanjung tinggi semangat dan kerjasama antara dua pihak yang menjadi nadi kecemerlangan skuad Lang Merah serta akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua.
Pulun Kedah Pulun, dan KedahNews.com pasti bersama hingga ke akhirnya...
Jadi, tengok video dibawah dan tolong buka "sound" kuat-kuat, PASTIKAN "BERGEGAQQQ"!
Read More
Kami Tetap Bersama Skuad #LangMerah..!!! #Hijaukuning #PulunKedahPulun @MEDIAKFA
10:00 am Admin Kedahnews No comments
Tidak dinafikan bahawa kegagalan pasukan bola sepak Kedah untuk mara ke peringkat final Piala Malaysia dan bolos 5 gol tanpa sebarang jaringan balas di Kuantan, Pahang, agak mengecewakan bagi para peminat skuad Hijau Kuning itu.
Tidak kesal dengan persembahan atau menyalahkan mana-mana pihak atas kekecewaan itu, rata-rata penyokong skuad Lang Merah itu tetap berfikiran positif dan tetap memberi sokongan tidak berbelah bagi bagi pasukan kebanggaan Jelapang Padi tersebut.
Memetik beberapa komen dari laman fanpage sosial Facebook paling "glamour" penyokong pasukan bola sepak Kedah, Hijaukuning.com, mereka masih bersemangat jitu, malah sedia memberikan beberapa cadangan penambahbaikan buat pasuka tersebut pada masa akan datang.
"HijauKuning Selamanya! Kedah tetap dihati!
"Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman", kata admin laman fanpage itu baru-baru ini.
"Sokongan Kami Bukan Sekadar Ketika Menang, Sokongan Kami Sepanjang Zaman", kata admin laman fanpage itu baru-baru ini.
Selain itu, salah seorang peminat pasukan Hijau Kuning itu turut memberikan beberapa cadangan awal kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) di fanpage berkenaan.
"Pandangan salah seorang Rakan HKC (Hijaukuning.com) tentang prestasi pasukan Kedah tahun ini. John Zehn Li...
4 revolusi buat
i) Ambik pemain import yg bagus.
ii) Bawak masuk pemain tempatan berkualiti.
iii) Kekalkan pemain sekarang yg perform.
iv) Lahirkan lagi pemain muda berpotensi."
Lebih menarik, para peminat tegar skuad Lang Merah itu turut berpandangan jauh, mula mencongak agenda pasukan kesayangan mereka itu supaya "lantas bangun semula gagah" untuk mengintai slot ke Liga Super bagi musim hadapan.
"Rasanya sudah boleh mencongak dan mempersiapkan pasukan KEDAH bagi menghadapi saingan Liga Premier 2015 dan seterusnya layak ke Liga Super 2016 jika tidak mahu sejarah 'BARU' tercipta. Thanks in advance. Awai tak kalut.
"Sebelum itu, tahniah buat MEDIA KFA di atas saluran maklumat-maklumat berkaitan pasukan KEDAH terutamanya yang cukup efisien, berkesan dan berinformasi. Ayuh, teruskan! Kudos.
"The Mission to Super League 2016 Has Just Begun", kata mereka yang dipetik dari sumber yang sama.
KedahNews.com mengucapkan syabas kepada para peminat skuad bola sepak Kedah, khususnya Hijaukuning.com, serta seluruh pemain dan mereka yang terlibat dalam KFA dalam memastikan skuad Lang Merah terus mengharumkan nama Kedah di arena bola sepak negara.
Pulun Kedah Pulun! KedahNews.com tetap bersama hingga ke akhirnya..! -KedahNews.com
Read More
Fazura Ucap Tahniah Pada TMJ, Isteri...
Jumaat lalu telah berlangsung majlis perkahwinan diraja Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Cik Puan Khaleeda Bustamam yang berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Majlis resepsi pasangan diraja ini akan diadakan pada 8 November nanti dengan dijangka kehadiran seramai 1,200 tetamu yang dijemput hadir bagi memeriahkan hari bahagia kedua-dua mempelai.
Menariknya, memetik dari portal Gua, selebriti jelita, Nur Fazura yang merupakan kenalan TMJ tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dan mendoakan mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat
"Sementara itu, Fazura juga sempat mengucapkan tahniah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas perkahwinannya dengan Che Khaleeda Bustamam, 21, pada Jumaat.
"Fazura yang merupakan kenalan TMJ mengharapkan pasangan Diraja ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat," kata portal tersebut. -KedahNews.com

Lepas Lego Land, Angry Bird Pula Jadi Tarikan Di Johor
JOHOR BAHRU – Taman tema dalam bangunan ‘Aktiviti Angry Birds’ pertama di Asia Tenggara akan dibuka kepada orang ramai pada 31 Oktober ini.
Peminat permainan burung animasi itu akan dihidangkan dengan pelbagai permainan, aktiviti dan hiburan yang menyeronokkan seperti Lazer Bird Shoot, Red Bird Goal, Piggy Shooting Gallery dan Captain Black Bird Ship di taman yang terletak di pusat membeli-belah Komtar JBCC di sini.
Pengarah Eksekutif Damansara Asset Sdn Bhd, Yusaini Sidek pada sesi preview media pada Ahad berkata, taman itu merupakan kerjasama dengan pengasas permainan burung itu yang berpangkalan di Finland, Rovio Entertainment Ltd.
“Peminat-peminat di Malaysia dan negara-negara jiran kini boleh merasai sendiri dunia Angry Birds menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan dan interaktif serta menyeronokkan,” katanya.
Tiket berharga RM75 untuk sekali masuk tetapi harga bagi pemegang MyKad atau MyKid adalah RM60.
Pelbagai jenis tiket boleh didapati dari pas untuk sekali, pas keluarga sehingga pas tahunan tanpa had.
Taman itu terletak di aras tiga pusat membeli-belah itu, dan akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang masuk ke taman tema itu perlu ditemani seorang dewasa setiap masa. - mStar
Ini Pesan Tokoh Ma'al Hijrah 1436H...
Penghinaan terhadap Islam seperti penganjuran minum arak secara terbuka, Oktoberfest, dan program ‘I want to touch a dog’ akan digerakkan secara terang-terangan sekiranya umat Islam tidak bersatu, kata Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.
Katanya, usaha kumpulan yang berselindung di sebalik gerakan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia itu hanya boleh dihalang sekiranya umat Islam bersatu dalam pandangan atau tindakan.
“Umat Islam di negara ini tidak seharusnya berbeza pendapat namun kalau ada ia harus diurus dengan baik sehingga dapat menyatukan pandangan untuk menegakkan maqasid syariah,” katanya ketika berucap selepas menerima anugerah itu pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, di sini, hari ini.
Beliau menerima hadiah RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sheikh Ghazali yang juga Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, berkata apa yang lebih menyedihkan ialah kealpaan umat Islam sudah memberi ruang kepada musuh untuk menyerang agama Islam melalui pelbagai sudut dalam media sosial.
Oleh itu, beliau menggesa umat Islam di negara ini untuk menolak perselisihan sehingga boleh menggugat ikatan ummah walaupun perbezaan pendapat dibenarkan dalam Islam.
“Apabila negara aman kerana tidak berlaku perpecahan, kita bersama-sama dapat melakukan amal ibadah tanpa konflik malah negara dapat merangka program pembangunan dan transformasi apabila rakyat bersatu padu menyalurkan pandangan dan bersama-sama membangunkan negara,” katanya. - Bernama
Lelaki Potong Kemaluan, Kecewa Terlalu Kecil!
Skopje - Seorang lelaki memotong kemaluannya dan mencampakkannya ke dalam tong sampah selepas dia ditinggalkan kekasihnya kerana gagal memuaskan nafsu seks wanita itu.
Oliver Ilac, 22, berkata, dia mengambil keputusan memotong kemaluannya kerana ia terlalu kecil.
Ilac bertindak demikian mengunakan pisau cukur.
Bagaimanapun, selepas tidak berjaya menghentikan pendarahan, dia menelefon perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Dia dibawa ke hospital di Kocani, Macedonia, dan memberitahu petugas perubatan dia memotong kemaluannya itu kerana ia 'tidak berguna.'
Menurutnya, teman wanitanya memutuskan hubungan mereka selepas mencemuhnya kerana 'tidak hebat' di ranjang.
Polis menyelongkar rumahnya dan menemui alat sulit Ilac dalam tong sampah bersama-sama pisau cukur yang digunakannya.
Doktor tempatan gagal menyambung semula organ itu dan Ilac dihantar ke hospital lain di Skopje, tempat pakar bedah berjaya melakukan penyambungan semula itu dalam pembedahan selama lima jam.
Bagaimanapun, terlalu awal untuk menyatakan sama ada kemaluan Ilac itu boleh berfungsi seperti biasa.
Seorang lelaki Macedonia baru-baru ini juga memotong kemaluannya.
Bagaimanapun, tidak seperti Ilac, lelaki berkenaan membuangnya ke dalam tandas bagi memastikan ia tidak akan disambung semula. -myMetro