"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 16 September 2014

Guna Sos Cili Minta Tolong Tulis Nama "Malaysia"

SEPANG - "Kami terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk menarik perhatian bagi menyelamatkan diri, termasuk menggunakan sos cili untuk menulis perkataan 'Malaysia' atas tuala".
  
Selain itu, sekumpulan 15 rakyat Malaysia itu yang terpaksa menyelamatkan diri ke bumbung hotel dalam suhu 16 darjah celcius turut menggantung baju yang mempunyai corak bendera Malaysia.
  
Mereka terpaksa duduk atas bumbung hotel setinggi empat tingkat itu selama beberapa jam pada 7 Sept lepas selepas terperangkap dalam banjir yang melanda Jammu dan Kashmir, India, baru-baru ini, sebelum diselamatkan penduduk setempat.

Menceritakan detik mencemaskan itu yang dilaluinya bersama-sama 15 anggota keluarga dan rakan, Farisha Elaina Abdul Hanif berkata, cuaca sejuk ketika itu tidak dihiraukan kerana apa yang lebih penting kami diselamatkan.
  
"Kami melakukan apa sahaja bagi menarik perhatian badan penyelamat semasa berada atas bumbung hotel itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.

Farisha Elaina, 23, berkata mereka pergi ke Jammu dan Kashmir bagi menghadiri majlis perkahwinan kakaknya dengan seorang rakyat negara itu dan telah terkandas sembilan hari sejak 6 September di kawasan itu.
  
Katanya kakak dan abang iparnya juga kembali ke tanah air hari ini tetapi menaiki Malindo Air dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
  
Menceritakan pengalaman tersebut, Farisha Elaina berkata hotel yang diduduki mereka berhadapan dengan empangan 'Tasik Dall' dan hujan lebat berterusan menyebabkan empangan tersebut pecah dan melimpah ke dalam hotel.
  
Beliau berkata dalam masa 24 jam sahaja air dari paras dada telah meningkat sehingga ke paras bumbung.
  
"Untuk menyelamatkan diri ke atas bumbung itu juga kami bertarung nyawa untuk meredah air yang deras. Setelah beberapa jam duduk atas bumbung hotel, kami diselamatkan oleh penduduk setempat dengan menggunakan sampan," katanya.
  
Katanya cabaran yang dihadapi bukan terhenti di situ malah terpaksa berebut dengan kira-kira 5,000 penduduk setempat untuk menaiki trak tentera untuk ke tempat yang lebih selamat.

Beliau berkata setelah beberapa hari terkandas, akhirnya mereka dibawa menaiki helikopter ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi.
  
Sementara itu ibu Farisha Elaina, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi melakukan tugas mereka dengan cekap dan pantas bagi menyelamatkan rakyat Malaysia.
  
"Saya ingin berterima kasih kepada pihak suruhanjaya kerana cekap menjalankan tugas dan berusaha keras menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia," katanya. - Bernama

Read More

Dilema Gadis Mualaf Di Malaysia...

ZALINA resah. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Baginya hilang sudah tempatnya bergantung. Hidupnya terumbang-ambing. Kalaulah dia tahu begini kesudahan hidupnya, mahu sahaja dia berfikir masak-masak sebelum berkahwin dengan Hazrul - pemuda Melayu Islam yang berjaya memikat hatinya. 

Zalina tahu, kalau dia balik ke pangkuan keluarga, sudah pasti dia akan dikeji, dicemuh dan dicerca. Dia tahu sangat, dari dulu lagi keluarganya membantah keputusannya. Tetapi ketika itu dia dilamun kemaruk cinta. Baginya, biar dia hilang keluarga asalkan Hazrul ada. 

Kini, nasi sudah menjadi bubur. Dia hilang segala-galanya. Dia hilang kasih sayang seorang suami dan paling menyedihkan, dia hilang hak penjagaan kedua-dua orang anaknya. Mahu sahaja dia bunuh diri kerana tidak mahu berhadapan dengan situasi sedemikian. Bagi Zalina, tidak guna lagi untuknya hidup di muka bumi ini kerana tiada lagi yang menyayanginya. 

Masih dia ingat, pada malam itu Hazrul dengan sombong melafazkan talak tiga. Puncanya, Hazrul terlalu marah kepadanya apabila mencurigainya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Zalina mahukan kepastian. Dia tidak mahu ada orang lain hadir dalam kehidupan rumah tangga mereka. Dia tidak mahu Hazrul menduakannya. Dia tidak sanggup hidup bermadu. 

Bagi Zalina, jika dia sanggup buang keluarga dan menukar agamanya, kenapa tidak Hazrul yang sepatutnya berkorban untuk dirinya dengan tidak mencari perempuan lain. 

Dia tahu lelaki dalam Islam boleh berkahwin empat. Dia tahu Islam membenarkannya. Tetapi sebagai wanita, sekalipun perkara itu dihalalkan, tapi dia tidak mampu untuk menerimanya. 

Dia bukan menentang hukum Allah. Tapi dia mahu keadilan untuk dirinya. Apa makna pengorbanan yang dilakukan selama ini jika Hazrul memperlakukannya sedemikian rupa. Di mana kasih sayang Hazrul selama ini? Di mana janji Hazrul untuk membahagiakannya kerana Hazrul juga tahu dia tiada sesiapa lagi di dunia ini. 

“Jangan sedih. Abang ada. Apapun yang terjadi pada diri Zalina, abang sesekali tidak akan membiarkan Zalina menderita," itu kata-kata Hazrul ketika memujuk Zalina berkahwin dengannya, sekali gus menukar status agamanya. 

Sebaik berkahwin, janji Hazrul untuk mengajarnya tentang Islam, hanya tinggal janji. Zalina dibiarkan belajar sendiri. Kata Hazrul, Islam itu hanya perlu solat dan puasa. 

Zalina ibarat orang yang terkontang-kanting. Malu rasanya bergelar seorang Muslim tapi sembahyang pun tak tahu. Puasa? Kalau mampu dia melakukannya. Jika tidak, dia meninggalkannya. Hazrul pun tidak pernah untuk mengajar dan mendidiknya. Pernah anaknya bertanya bagaimana bacaan tahiyat kepadanya. Tapi Zalina hanya menggeleng-gelengkan kepala. Si anak kecil yang bertanya akhirnya mendiamkan diri. 

Menyedari akan kekurangan diri, ada juga Zalina mencari kelas pengajian Islam untuk dihadiri. Namun kekangan masa membuatkan komitmennya sering terganggu. Kelas yang dihadiri hanya separuh jalan. Apatah lagi Hazrul juga tidak pernah mendorongnya. Bagi Hazrul, cukuplah Zalina bergelar seorang Muslim. 

Kini Zalina cukup menyesal. Dia bergelar seorang Muslim hanya atas dasar ikatan perkahwinan. Kerana itu dia gagal untuk mendapatkan hak jagaan anak-anaknya. Di mahkamah syariah, Hazrul memberitahu, Zalina tidak layak untuk hak penjagaan tersebut kerana pengetahuannya agamanya tidak kuat. 

Zalina duduk terdiam. Sama sekali dia tidak menyangka, Hazrul sanggup meletakkan kesalahan tersebut kepada dirinya sekali gus menafikan haknya sebagai ibu yang mengandung serta melahirkan anak-anaknya. Zalina cukup menyesal. Apa yang perlu dilakukannya kini? -Utusan

Read More

#PRKPengkalanKubor: Nak Berpesta Di Seberang Sungai Golok? Jangan Haraplah..!

TUMPAT - Polis memperketatkan kawalan di kawasan Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di daerah ini sepanjang musim Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor bagi mengawal kemasukan warga asing.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pasukan Polis Marin dengan kekuatan seramai 78 anggota akan mengadakan rondaan selama 24 jam di sepanjang kawasan sungai itu.

"Sebanyak enam buah bot akan digunakan untuk kegiatan meronda di kawasan perairan khusus bagi mengawal kemasukan warga asing.

"Kita tidak mahu individu yang tidak berkaitan masuk ke kawasan ini dan membuat ganguan, kita ingin pastikan tiada sebarang kekacauan berlaku sepanjang PRK ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sepanjang Sungai Golok di sini hari ini. - BERNAMA

Read More

Kesatuan Guru Ikrar Teguh Di Belakang Muhyiddin

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) menegaskan bahawa mereka berdiri teguh di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya menaruh keyakinan terhadap kebijaksanaan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan untuk menyelesaikan isu tersebut dan memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Sebelum itu, Muhyiddin menganggap insiden kebocoran kertas soalan UPSR pada tahun ini adalah sesuatu yang amat memalukan ketika sistem pendidikan diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan isu kebocoran soalan kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu perkara memalukan di sebalik negara dilihat mempunyai sistem pendidikan antara terbaik di dunia.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan kesal perkara seperti itu masih berlaku walaupun sistem pendidikan yang teratur telah diwujudkan oleh kementerian sejak sekian lama.

"Ini memang sesuatu yang boleh saya katakan memalukan, perkara seperti itu masih berlaku,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan(KPPK) ke-20 semalam.

Rabu lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengumumkan peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan pada Khamis ditangguhkan berikutan kebocoran kertas peperiksaan dikesan sehari sebelum itu.

Keesokannya, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh pula berkata, kertas UPSR mata pelajaran Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor, dikesan setelah pelajar menduduki kertas tersebut dan kerajaan menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu. -Bernama

Read More

Konflik Syria: Syahid Atau Mati Sia-Sia?

KONFLIK yang meletus di Syria sejak 2011 mengejutkan banyak pihak kerana terdapat ramai umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pergi berjuang dan terkorban di sana. Kebanyakan mereka ini menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan Jabhat al-Nusra yang merupakan serpihan daripada al-Qaeda.

Dianggarkan ribuan rakyat Eropah termasuk lebih 100 rakyat AS, 500 rakyat Britain dan beratus-ratus rakyat Perancis menyertai kumpulan militan berperang di Syria.

Mereka ini dikatakan pergi berperang di sana kerana ingin memerangi kerajaan Syiah Syria yang didakwa menzalimi golongan Sunni serta mahu mati syahid. Sebahagian besar daripada mereka ini pergi berperang tanpa pengetahuan keluarga dan penglibatan mereka dalam kumpulan militan hanya diketahui menerusi status dalam media sosial.

Pancarwarna minggu ini melihat kepada penglibatan rakyat Malaysia dan Eropah dalam konflik di negara bergolak itu serta status peperangan itu dari sudut agama.

Syahid atau mati katak?

SEHIGGA kini, status perjuangan umat Islam yang pergi berjuang menentang kerajaan Syria boleh dikatakan sebagai jihad dan kematian mereka yang terkorban dianggap syahid masih tidak jelas. 

Walaupun peperangan tersebut dikatakan antara golongan Sunni dan Syiah, ramai menganggap ia sebenarnya perang saudara sesama umat Islam. Apatah lagi, kumpulan-kumpulan pejuang kini bukan hanya berperang dengan kerajaan Syria, malah sesama mereka sendiri.

Tindakan ganas mereka seperti memenggal leher musuh, menzalimi mayat dan merogol membuatkan ramai mempersoalkan sama ada mereka ini benar-benar berjihad. Apatah lagi, mereka bukan hanya bertindak ganas terhadap golongan Syiah, malah kepada golongan Sunni sendiri.

Lagipun, tidak ada satu kerajaan Islam pun mengisytiharkan peperangan dan membenarkan rakyatnya pergi berperang ke Syria atas nama jihad. 

Tokoh-tokoh agama di Malaysia berpendapat bahawa umat Islam di negara ini perlu melihat jihad dalam pengertian lebih luas dan bukan hanya sekadar berperang mengangkat senjata.

Menurut mereka, jihad yang lebih utama ialah memenuhi tanggungjawab kepada ibu bapa serta negara terutamanya dalam meningkatkan ekonomi umat Islam yang masih jauh ketinggalan.

Mereka juga menyatakan bahawa umat Islam yang mahu pergi berjuang di Syria perlu mengesahkan sama ada berperang di negara berkenaan merupakan jihad serta perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa dan pemerintah negara sebelum pergi ke sana.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria misalnya, berkata, berjihad di dalam negara adalah wajib diutamakan dan berdakwah di sini juga adalah jihad yang amat dituntut. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut pula menyatakan, satu hadis Rasulullah SAW menyebut bahawa barang siapa menyertai perbalahan antara dua kumpulan Islam, kedua-dua pihak yang membunuh dan terbunuh akan masuk neraka.

Pejuang dari Malaysia

Abu Faz
 
SEORANG rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Abu Faz, 20-an, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang terkorban dalam pertempuran di Syria.

Pemuda tersebut maut selepas terkena tembakan penembak tepat dalam satu pertempuran dengan tentera kerajaan Syria di Damsyik pada 11 Mei lalu.

Menurut sumber keselamatan, Abu Faz yang belum dikenal pasti identiti sebenarnya pergi berjuang di negara tersebut bersama-sama Akel Zainal yang merupakan bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada 1990-an sejak tahun lalu.

Mohamad Fadlan& ustaz Lotfi

SEORANG pemuda Malaysia, Mohamad Fadlan Shahidi, 21, atau lebih dikenali sebagai Abu Muhajir, terkorban selepas dibedil jet pejuang tentera Syria dalam satu pertempuran di wilayah Hama pada 9 September lalu.

Lima lagi rakyat Malaysia yang turut berjuang di Syria termasuk bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd. Lotfi Ariffin dan seorang yang dikenali sebagai Abu Afghan serta tiga lagi yang belum dikenal pasti cedera parah dalam pertempuran tersebut.

Mohd. Lotfi yang mendapat panggilan 'ustaz' dikatakan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Mohd. Lotfi yang berasal dari Baling, Kedah, sebelum ini sering memuat naik status dan klip video tentang penglibatannya di Syria ke laman media sosial.

Beliau dipecat daripada Pas pada 11 Mei kerana terlibat dalam kegiatan militan di Syria.

Pejuang dari Barat

Deso Dogg

Bekas penyanyi rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Mamadou Gerhard Cuspert, 39, maut dalam dua serangan berani mati oleh Jabhat al-Nusra di timur Syria pada 20 April lalu.

Dogg dikenali sebagai Abu Talha al-Almani di Syria. Almani dalam bahasa Arab bermaksud Jerman.

Semasa bergelar artis, Dogg menghasilkan tiga buah album iaitu Schwarzer Engel (2006), Geeni'z in collaboration with Jasha (2008) dan Alle Augen auf mich (2009). Selepas memeluk Islam, Dogg tidak lagi aktif dalam dunia hiburan dan menukar namanya kepada Abou Maleeq.

Selain Dogg, lebih 15 rakyat Jerman yang menyertai IS termasuk seorang remaja berusia 19 tahun, David G. yang dikenali sebagai Abu Dawud al-Almani, dilaporkan telah terkorban dalam konflik di Syria.

Andre poulin

ABU Muslim al-Canadi atau nama sebenarnya Andre Poulin, 24, merupakan seorang rakyat Kanada yang memeluk Islam. Dia menyertai IS berjuang di Syria pada 2012 dan dilaporkan terkorban selepas ditembak oleh penembak tepat pada 2013. Dia meninggalkan seorang isteri dan anak kecil di Syria.

Sebelum berjuang di Syrian, Poulin yang berasal dari Timmons, Ontario, bekerja sebagai penyelenggara bangunan dengan pendapatan yang agak baik di negaranya. Namun, Poulin dikatakan tidak gembira tinggal di negara bukan Islam.

Dalam satu dokumentari, Poulin menyatakan keluarganya gembira kerana dia menemui jalannya dan melakukan apa yang disukainya iaitu menolong orang tetapi pada masa sama mereka tidak memahami tujuan dia berada di Syria.

Ketika berusia 20 tahun, Poulin membentuk satu personaliti diri, menggelarkan dirinya sebagai `Uncle Umar' dan tanda tangannya dalam bahasa Arab bermaksud: "Syahid,
Insya-Allah".

Douglas McCain
 
Rakyat AS, Douglas McAuthur McCain, 33, dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Syria pada 24 Ogos lalu. Dia dipercayai menyertai kumpulan IS dan terkorban selepas bertempur dengan kumpulan militan lain di negara berkenaan.

Menurut rakannya, McCain yang meminati muzik rap dan bola keranjang dipercayai pergi berjuang di Syria kerana ingin melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidupnya. Penglibatannya dalam kumpulan IS mengejutkan ramai ahli keluarga dan rakannya kerana dia merupakan seorang yang merendah diri dan penyayang. Tambahan, keluarganya menyangkakan McCain berada di Turki.

McCain dilahirkan di Illinois dan dibesarkan Minneapolis. Dia pernah disabitkan dengan kesalahan mencuri, memiliki dadah dan memandu selepas lesennya dibatalkan. McCain memeluk Islam pada 2004 selepas bergaul dengan komuniti Islam Somalia yang ramai menetap di Minneapolis.

Sebelum ini, dua lagi rakyat AS, Nicole Lynn Mansfield, 33, dan Moner Mohammad Abu-Salha, 22, terbunuh dalam konflik di Syria. Mansfield yang memeluk Islam terbunuh pada Mei 2013 ketika cuba menyerang tentera Syria manakala Moner memandu trak yang membawa bahan letupan ke dalam restoran yang dipenuhi tentera Syria sehingga membunuh 37 orang pada 25 Mei lalu. -Utusan

Read More

Mayat Bayi Ditinggalkan "Haiwan" Di Pusat Pelupusan Sampah!

JOHOR BAHARU - Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing, Isnin.

Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim berkata mayat bayi itu dijumpai pada 9.30 pagi tadi oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.

"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik," kata beliau ketika dihubungi di sini, Isnin.

Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung penemuan itu.

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat. -Mstar

Read More

PKR Marah, Dakwa "Suara Keadilan" Dirampas Di Kedah!


PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 300 salinan akhbar Suara Keadilan milik parti itu di Kedah.

Laman web The keadilandaily melaporkan jilid ke-189 akhbar terbabit dirampas pada Rabu di Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas.

Menurut laporan itu, beberapa salinan akhbar jilid ke-188 akhbar terbabit turut dirampas di Kepala Batas dan Jitra.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan rampasan tersebut.

Beliau berkata, satu kenyataan media mengenai perkara tersebut akan dikeluarkan parti itu dalam masa terdekat.

Pada Mac lalu, KDN berkata, permit pembaharuan penerbitan Suara Keadilan ditolak kerana kandungan akhbar terbabit melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Kementerian berkata, penerbit akhbar terbabit diberi surat tunjuk sebab tetapi gagal menjawab surat tersebut yang menyebabkan keputusan permohonan akhbar tersebut tertangguh.

Pada 2010, Suara Keadilan diberi surat tunjuk sebab mengenai penyiaran artikel mengenai Felda. -Mstar

Read More

PAS Mula Serangan Peribadi, Perlekeh Ustaz

TUMPAT - Tindakan PAS memperlekehkan gelaran ustaz pada Mat Razi Mat Ail disifatkan sebagai sengaja untuk menghina calon Barisan Nasional (BN) kerana calon mereka bukan dalam kalangan ustaz pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata tindakan PAS itu juga menunjukkan kedangkalan parti itu tentang gelaran sebenar ustaz yang merujuk kepada maksud sebagai tuan, guru, ketua ataupun profesor jika di Mesir.

"Tak perlu timbul masalah ini. Yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa dirinya ustaz. Mungkin dia buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

"Artis-artis yang masuk PAS juga digelar ustaz dan ustazah...tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya," katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi Telaga Bata di sini, Isnin.

Sebelum ini PAS mempertikaikan gelaran ustaz diberikan kepada Mat Razi yang disifatkan tidak layak diberi gelaran itu kerana calon BN itu bukan seorang guru agama sepenuh masa.

Fathul Bari mendakwa tindakan PAS itu juga sebenarnya bertujuan untuk membunuh karektor calon BN.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN. Ini bukan cara Islam yang sepatutnya kita bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu atau cara memakai jubah dan berkopiah calon BN ini," katanya.

Beliau berkata PAS perlu melihat kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob sebelum ini yang menyebut syarat menjadi menteri besar sendiri tidak menyebut ia semestinya seorang ulama. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 25 Ogos lepas akibat kanser hati.

Mat Razi akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Hari pengundian ditetapkan 25 September ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. -Mstar

Read More

Selami Derita Kanak-Kanak Di Syria...

Adik-adik kita di Syria...
Suasana kembali ke sekolah bagi kanak-kanak di bandar yang dikuasai kumpulan pejuang ini bermakna terpaksa belajar di bilik darjah bawah tanah untuk berlindung daripada serangan udara tentera rejim.

Di sebuah sekolah, kanak-kanak dilihat berlari dari kawasan yang cerah ke ruang yang lebih gelap di bawah tangga menuju ke tingkat bawah.

Puluhan kanak-kanak, lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur berbeza terpaksa berhimpit dalam bilik darjah yang hanya mempunyai 15 meja.

Dengan cat pada dinding yang sudah mengelupas, ia bukan suasana bilik darjah yang biasa kita lihat.

Walaupun hanya mempunyai beberapa buku nota, pen dan pensil namun mereka tetap bersemangat untuk menyanyi bersama-sama serta memberi tumpuan ketika guru Abdullah menulis di papan hitam.


“Kanak-kanak ini terpaksa belajar di bilik bawah tanah kerana pengeboman tidak pernah berhenti. Di atas sana, kelas mempu­nyai peralatan lengkap tetapi kerana bimbang serangan bom, kami terpaksa berada di bawah ini.

“Kami sedar tekanan yang kanak-kanak ini hadapi. Kami berusaha menaikkan semangat dan menghiburkan mereka agar mereka biasa dengannya. Kami berharap dengan izin Allah, tidak lama lagi ke­adaan akan kembali seperti sedia kala,” kata Abdullah.

Pada waktu terluang antara mata pelajaran, pelajar berpusu-pusu menaiki tang­ga untuk berehat seketika bagi menikmati udara luar, meskipun bahaya serangan bom tentera rejim menanti mereka.

Pesawat dan helikopter rejim sering terbang di ruang udara Aleppo untuk melancarkan roket dan menggugurkan bom tong yang mampu membunuh dan mencederakan sesiapa sahaja yang berada berhampiran tanpa kompromi.

Seorang pelajar, Jaafar berkata mereka akan naik ke atas untuk bermain seketika selepas berada di bawah untuk tempoh masa yang lama.

“Tetapi kami tidak boleh berada di atas terlalu lama kerana kami takut pesawat tentera datang dan mengebom kami,” kata­nya.


Di padang permainan berhampiran, kanak-kanak dilihat berlari dengan gembira dan bermain bersama-sama.

Ia pemandangan yang semakin sukar dilihat selepas ribuan kanak-kanak dibunuh tentera rejim sejak konflik Syria bermula pada Mac 2011.

Selain itu, ramai juga kanak-kanak kehila­ngan tempat tinggal akibat pertempuran tentera rejim dengan kumpulan pejuang.

Aleppo antara kawasan paling teruk terjejas.

Bandar yang pernah menjadi hub ekonomi Syria suatu ketika dahulu kini umpama padang jarak selepas kebanyakan infrastruktur musnah.

Menurut Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, hampir 3,000 orang terbunuh akibat serangan udara tentera rejim tahun ini, hampir 800 daripadanya kanak-kanak.

Sistem persekolahan di Syria kini menjadi tidak teratur. Kurikulum formal menjadi sangat terbatas.

Kanak-kanak dari ling­kungan umur berbeza belajar dalam kelas yang sama.


Secara keseluruhannya, kira-kira 4,000 sekolah di Syria musnah, rosak teruk atau digunakan sebagai tempat perlindungan bagi penduduk yang kehilangan kediaman.

Ia sekaligus menjejaskan sistem pendidikan negara itu.

Menurut laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), 90 peratus kanak-kanak dalam usia persekolahan tidak bersekolah di Aleppo dan wilayah Raqqa serta 68 peratus di Damsyik.

Seorang lagi guru di Aleppo, Mona berkata, keadaan amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum perang.

“Kami dipaksa menjadikan kediaman yang tidak boleh dihuni sebagai sekolah. Pelajar kami menderita, tiada tempat untuk bermain. Kawasan sekolah sering dijadikan sasaran pengeboman,” katanya.

Mona menceritakan bagaimana ramai pelajar yang sering terlepas sesi persekolahan dan hadir beberapa minggu kemudian memberitahunya rumah mereka dibom atau menjadi sasaran serangan udara.

“Mereka akan memberitahu ‘saya berada di sekian tempat dan kawasan itu diserang, rumah saya musnah dibom atau abang saya terbunuh,” katanya. - AFP

Read More

Mujahid Bercanggah Fatwa Dengan Nik Abduh

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa enggan bersetuju dengan pandangan pandangan anak lelaki Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz, mengenai kematian seorang anak Kedah, Allahyarham Ustaz Mohd Lotfi Ariffin yang terkorban di Syria baru-baru ini.

Kata Mujahid, status kematian Ustaz Lotfi itu sama ada "syahid" atau tidak, hanya layak ditentukan oleh Allah SWT dan tiada sebarang kaitan dengan PAS.

 "Memburu syahid adalah sesuatu yang suci dan kita tidak boleh menghalang pendapat mereka mengenai perkara ini," tegas Mujahid.

Mujahid turut menegaskan bahawa segala kegiatan ahli atau bekas ahli PAS yang tiada kena-mengena dengan politik adalah jatuh di bawah tanggungjawab masing-masing dan parti itu tidak bertanggungjawab atas kegiatan mereka.

"PAS sebagai sebuah parti mengambil keputusan jelas bahawa sesiapa yang terlibat dalam proses politik selain rangka kerja parti, di dalam atau luar negara, tidak lagi menjadi tanggungjawab parti ini.

"Jika seseorang individu memutuskan untuk memperjuangkan keadilan dan menentang ketidakadilan terhadap golongan ditindas, peluang untuk mati syahid menanti anda, hanya ia tiada kaitan dengan parti,"  katanya yang dipetik dari Mstar.

Nik Abduh sebelum ini mendakwa bahawa kematian Allahyarham Ustaz Lotfi yang terlibat dalam kumpulan bersenjata di Syria itu adalah berstatus "syahid".

Ustaz Lotfi dalam usia 45 tahun dilaporkan maut selepas berada dalam koma akibat serangan hendap yang dilancarkan militan pemberontak di timur Hama pada Selasa lalu.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu bahawa PAS mengambil pendirian tegas untuk menjauhkan diri daripada peperangan yang berterusan di Iraq dan Syria, malah telah memecat semua ahli yang terlibat dengan aktiviti tersebut.

"Kami memutuskan untuk tidak terlibat dengan konflik tersebut kerana kami percaya ia adalah perang proksi dan kami tidak menggalakkan ahli parti untuk pergi ke sana," kata Khalid yang kini dikaitkan dengan gerakan menjatuhkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. -KedahNews.com

Read More

Ayse Bukan Saja Ayu Menawan...

Ayse Nur Hikmet
Pertama kali melihat Ayse Nur Hikmet, pasti mata terpesona dengan kecantikan dimiliki wanita muda ini.

Raut wajahnya yang ayu dan pembawaan dirinya yang menyenangkan membuatkan sesiapa tidak jemu memandangnya. 

 Ketepikan soal dangkal yang memuja rupa paras insan ciptaan Tuhan ini. Mereka yang berfikir jauh pasti akan bertanyakan pada diri sendiri, adakah wanita ini mempunyai nilai keperibadian seiring anugerah kecantikan yang diberi?

Mendekati dan berbual dengannya, soalan itu terlerai dan jawapannya sudah pastinya - ya. Ayse punya nilai tersendiri seiring kecantikan semula jadinya. 

Wanita berusia 25 tahun ini berdarah kacukan Turki di sebelah bapa dan Melayu Jawa di sebelah ibunya. 


Walaupun cantik dan sering dipuja, orangnya tetap berbudi bahasa, jujur, peramah, rendah diri dan sopan.

Namun, jangan terkejut di sebalik keayuannya itu, dia sebenarnya tangkas menggunakan pedang dan bekas atlet negara dalam sukan lawan pedang.

Berlawanan dengan sukan lasak itu, Ayse yang berketinggian 175 sentimeter perlu pula tampil feminin dan anggun kerana pada masa sama, dia juga seorang peragawati.

Banyak iklan komersial di kaca televisyen pernah dibintanginya dan pentas peragaan juga menjadi padang permainannya dalam dunia fesyen.

Dia juga pernah dinobatkan sebagai pemenang pencarian model Female Cover 2011 menewaskan peserta model tempatan dan antarabangsa yang lain.

“Saya memang minat bersukan sejak umur lapan tahun. Secara jujurnya saya memang tidak begitu berminat dalam bidang akademik.

“Belajar tetap belajar dan sekolah tetap saya habiskan kerana pendidikan itu penting.

“Namun, saya lebih suka aktiviti luar dan sering bekerja separuh masa untuk mendapatkan duit poket kerana saya tidak mahu meminta-minta pada ibu dan ayah saya.

“Sejak itu saya pasti bidang yang betul-betul menjadi minat saya dan tak lain tak bukan sukan dan perniagaan,” katanya.

Dia mula serius dalam sukan apabila memasuki Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor (kini Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail) dan mengkhususkan diri dalam sukan lawan pedang.

“Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Kejohanan Lawan Pedang Antarabangsa antara acara sukan yang saya sertai sebagai wakil negara dan ia memberikan banyak pengalaman berharga pada diri saya.

“Sukan mengajar saya menjadi seorang insan yang disiplin, kuat semangat dan patriotik. Lebih 10 tahun membabitkan diri dan lapan tahun sebagai atlet negara mewakili Malaysia, saya kini memperlahankan diri dalam sukan itu kerana ingin memberi fokus kepada keluarga yang baru dibina,” katanya.

Ayse yang mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan tahun lalu baru saja mendapat zuriat pertama, bayi perempuan diberi nama Meral Mikayla berusia sembilan bulan.

Kini Ayse aktif membabitkan diri dalam perniagaan kerana itu juga minatnya sejak remaja.

Dia membuka perniagaan menjual tudung dan pakaian wanita dengan jenamanya sendiri, Meral Mikayla Contemporary, sempena nama cahaya matanya sendiri.

“Saya mendapat ilham menjual pakaian Muslimah selepas bertudung dua tahun dulu.

“Pada mulanya saya menjual secara dalam talian dan di bazar terbuka. Alhamdulillah ia mendapat dapat sambutan baik dan Meral Mikayla ditubuhkan.

“Saya mereka dan menghasilkan sendiri tudung dan baju di bawah jenama Meral Mikayla dan pada tahun lalu membuka butik di The Strand Kota Damansara.

“Kami mempunyai tukang jahit sendiri kerana saya amat mementingkan kualiti barangan kami.

“Rekaannya mementingkan ciri Muslimah, kontemporari dan chic elegan,” katanya.

Ketika ini Ayse sibuk membuat perancangan membuka butik sehenti dinamakan Rumoda yang menghimpunkan beberapa jenama bebas yang menghasilkan rekaan Muslimah moden di bawah satu bumbung.

“Butik konsep Rumoda - singkatan daripada perkataan ‘Rumah Fesyen’ - akan menawarkan pelbagai jenama Muslimah dengan item berkualiti dan cantik belaka di satu butik serba lengkap,” katanya.

Usahawan dan ibu muda ini bersyukur kerana suami dan keluarga sering memberikan sokongan kepadanya membabitkan diri dalam perniagaan kerana mereka memahami minatnya yang mendalam.

“Untuk memotivasikan diri sebagai seorang wanita, ibu dan usahawan, saya sering menjadikan kata-kata semangat daripada penceramah Professor Dr Muhaya Mohamad sebagai dorongan dalam menempuh setiap hari mendatang.

“Impian saya untuk mengembangkan Meral Mikayla Contemporary dan membuka lebih banyak cawangan Rumoda pada masa hadapan dengan izin-Nya.

“Saya harap dapat menjadi contoh yang baik kepada anak saya dan mengamalkan gaya hidup sederhana seperti yang dituntut agama,” katanya. -myMetro

Read More

Lelaki Cina Enggan Mengaku Salah Sakitkan Hati KPN Di Twitter

Kuala Lumpur - Seorang pengurus projek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menyiarkan komen mengaibkan dan membangkitkan kemarahan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia melalui akaun Twitter miliknya, pada Hari Merdeka lalu. 

Tertuduh Wong Hoi Cheng, 43, membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan sengaja melalui laman Twitter http://twitter.com/wonghoicheng dengan mengetahui bangkitan marah itu akan memecahkan keamanan awam.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Foto
WONG (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta atas pertuduhan menyiarkan komen yang membangkitkan kemarahan terhadap Ketua Polis Negara di akaun twitter miliknya pada 31 Ogos yang lalu.
Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan alternatif iaitu menghantar komen jelik kepada Khalid.

Lelaki itu didakwa telah menggunakan akaun Twitter yang sama secara sedar melakukan perbuatan itu kepada Khalid melalui pautan @KBAB51 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan di Restoran Mcdonald, Midvalley dekat sini pada jam 2 petang 31 Ogos 2014.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Arafas Abdul Razak.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan. -myMetro

Read More

#PRKPengkalanKubor: Rojak Pok Li Lebih Sedap Dari Gaduh Politik!

Foto
FOTO Bernama
Tumpat - Jika berkunjung ke Pengkalan Kubor, tidak sah jika tidak mencuba rojak buah atau 'colek Pok Li' yang begitu sinonim sebagai juadah tarikan di kawasan itu.

Colek Pok Li diusahakan oleh Jihad Hussain, 64, sejak 23 tahun lepas dan beliau menyara isteri serta lima anaknya dengan berniaga rojak buah atau lebih dikenali sebagai `colek' di Kelantan.

Jihad yang lebih dikenali sebagai `Pok Li' hanya menggunakan motosikal beroda tiga yang ditempatkan di satu sudut di dalam kompleks membeli belah Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor di sini.

Kelincahannya memotong buah-buahan yang merupakan ramuan utama rojak berkenaan, membuatkan sesiapa yang melihatnya tertarik hati dan ingin mencuba kenikmatan rojak buah Pok Li itu.
Antara ramuan utama coleknya ialah buah mempelam, nanas, jambu dan beberapa jenis jeruk lain dan kelebihan rojak buah Pok Li adalah pada sos pencicah buatan sendiri terdiri daripada kicap pekat, garam yang dicampur lada menjadikan rasa rojak berkenaan begitu lazat.

Jihad menjual rojak itu dengan harga serendah RM2 sehingga RM10 sebungkus dan pada hari-hari biasa pendapatannya adalah lebih kurang RM50 hingga RM100 sehari dan lebih RM100 sehari semasa musim cuti.

Namun sejak minggu lepas, pendapatan Jihad meningkat sekali ganda ekoran ratusan orang dari seluruh pelusuk negara yang datang bertugas dan berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Katanya, sejak semalam dirinya tidak `menang tangan' melayan pembeli yang tidak putus-putus datang.

"Nampaknya Pok Li kena tambah buah-buahan dan kena berniaga lebih masa kali ini," sambil merujuk kepada suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Jihad berkata, ada kalangan pembelinya tidak pernah merasai rojak buah yang terdapat di Kelantan seperti yang diusahakannya itu dan ramai orang dari luar Kelantan membeli rojaknya dengan banyak setelah merasai rojak itu.

Bagi Rashid Salim, 47, dari Perak berkata, beliau yang pertama kali mengujungi Zon Bebas Cukai itu rasa bertuah kerana berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan di sempadan Malaysia-Thailand itu termasuk rojak Pok Li.

Seorang lagi pengunjung Azizah Man, 54, dari Kuala Lumpur berkata, sempena PRK yang kebetulan juga cuti persekolahan, dia mengambil kesempatan datang bersama keluarganya di sini, sambil berkempen, membeli belah dan turut ingin mencuba rojak Pok Li.

PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 25 Sept ini sebagai hari pengundian.

Pada PRK itu calon BN Mat Razi Mat Ail akan dicabar calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. -myMetro

Read More

Video: Nostalgia Alor Setar Sekitar 80'an...

Hari ini, genap 51 tahun negara ni bernama Malaysia setelah sebelumnya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sejak tahun 1948.

Pada tahun 1963, Pesekutuan Tanah Melayu bergabung dengan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara yang harmoni, berbilang bangsa, agama, budaya dan adat resam. Namun Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 dengan menubuhkan sebuah kerajaan republik.

Sepanjang itu, Alor Setar tidak terkecuali dari menerima arus pembangunan negara dan berubah dari masa ke masa mengikut peredaran zaman.

Sempena Hari Malaysia ke-51 kali ini, KedahNews.com berbesar hati untuk berkongsi sebuah klip video, memaparkan keadaan Alor Setar sekitar tahun 80'an sebelum berubah menjadi sebuah bandaraya.

Dapat dilihat dengan jelas perbezaan ketara membabitkan beberapa perubahan struktur dan transformasi yang berlaku di ibu negeri Kedah yang menjadi kebanggaan seluruh anak negeri Jelapang Padi ini.

Antara paparan menarik ialah di beberapa lokasi seperti Balai Besar DiRaja, Hospital Besar Alor Setar,  Hotel Samila, stesen teksi utama, stesen bas Jalan Langgar dan persekitaran Masjid Zahir yang kini berubah wajah.

Saksikan video nostalgia Alor Setar sekitar tahun 80'an tersebut...

Read More

Myanmar Mabuk Cuba Bunuh Diri Lepas Bunuh 2 Rakan

Foto
POLIS mengangkat mayat warga asing yang dibunuh rakan senegara di Sibu.
Sibu - Akibat terdesak, seorang pekerja kapal warga Myanmar dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan rumah kedai di Jalan Lanang, di sini, selepas membunuh dua rakan sekerja, kelmarin.

Difahamkan, suspek yang tidak sedarkan diri selepas terjun dari bangunan itu dilaporkan stabil dan sudah ditahan polis. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, suspek warga Myanmar berusia 32 tahun itu mabuk dan bergaduh dengan rakan senegaranya, Kyaw Aye Tun, 34, sebelum menikam mangsa dengan sebilah pisau.

Sumber berkata, seorang rakan sekerja mereka, Ponnana Ganesh, 25, dari India, yang menyaksikan kejadian itu menegur suspek dan cuba meleraikan pergaduhan.

Bagaimanapun, katanya, suspek yang berang dengan campur tangan Ponna, menyerangnya dan menikamnya dengan pisau.

“Apabila terdengar bunyi bising, rakan mereka pergi melihat apa yang berlaku dan nampak suspek memegang pisau berlumuran darah serta dua lelaki cedera parah. -myMetro

Read More

Jangan Masuk Campur Kalau Nak Selamat!

Foto
ANGGOTA bomba memadamkan saki-baki api yang terdapat pada bahagian enjin kereta yang dibakar.
Shah Alam - Sekumpulan penjenayah sempat memberi amaran kepada penduduk supaya tidak campur tangan sebelum membakar beberapa kenderaan di kawasan meletak kenderaan pangsapuri Seksyen 16, di sini, kelmarin.

Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika dia dan beberapa penduduk lain berada di bahagian bawah pangsapuri terbabit. 

Menurutnya, beberapa kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan mereka.

“Beberapa lelaki kemudian keluar dari kenderaan sebelum menuju ke arah kami sambil mengacukan besi dan parang. Mereka menyuruh kami pergi ke tempat lain kalau tidak mahu dicederakan.

“Mereka kemudian membakar sebuah lori yang diletakkan di tempat letak kenderaan serta beberapa kereta lain yang berada berdekatan lori itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi kejadian, semalam. -myMetro

Read More

AMARAN: Ebola Kini Menular Di Sarawak

Kuching - Jabatan Kesihatan Negeri mengesahkan seorang lelaki warga Afrika dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana disyaki dijangkiti virus Ebola, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Jantan berkata, lelaki terbabit yang mengalami demam panas dirujuk ke HUS oleh Hospital Pakar KPJ, tengah malam kelmarin. 

 Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kesihatan lelaki berusia lingkungan 20-an itu dan meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.


Foto
LELAKI Afrika disyaki dijangkiti Ebola dikurantin di Hospital Umum Sarawak untuk pemantauan rapi.

"Setakat ini kita hanya mengesyaki lelaki itu mungkin dijangkiti Ebola kerana dia mengalami demam panas yang teruk tetapi tiada pengesahan lagi setakat ini.

"Doktor pakar HUS masih meneruskan siasatan dan memantau dengan rapi keadaan lelaki itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya lagi, Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil akan membuat pengumuman rasmi mengenai hasil pemantauan terhadap lelaki terbabit.

Difahamkan, lelaki afrika terbabit adalah penuntut di sebuah universiti di negeri ini. -myMetro

Read More

Wanita "Lupa" Rogol Lelaki Kini Mengandung 2 Bulan!

Seattle - Seorang wanita, Chantae Gilman, berdepan dengan tuduhan merogol selepas seorang lelaki mendakwa wanita berkenaan memecah masuk ke rumahnya pada tengah malam lalu menindih serta memperkosanya ketika dia tidur.

Mangsa yang berusia 31 tahun itu berkata, dia menghadiri satu majlis hari jadi pada malam berkenaan sebelum pulang dalam keadaan letih dan terus tertidur.

Mangsa terjaga apabila menyedari tangannya ditekan di bawah kepala sementara suspek berada di atas badannya. 

Mangsa mendakwa tidak mengenali suspek tetapi tahu dia kenalan seorang lelaki lain dalam bangunan berkenaan.

Sementara itu, wanita berkenaan memberitahu polis dia tidak kenal mangsanya atau mengingati memasuki rumah lelaki terbabit dan mengadakan seks dengannya.

Laporan memetik, penyiasat sebagai berkata, suspek menghidap masalah mental dan gangguan bipolar dan psikosis.

Baru-baru ini suspek memuat naik komen dalam laman Facebooknya dengan berkata, dia yang sudah mempunyai dua anak, mengandung dua bulan. - Agensi

Read More
Newer Posts Older Posts Home