Sunday, 26 October 2014
"Pejuang" #MansuhAktaHasutan Lari Ke Sweden Sambil Memaki Hamun Sultan!
11:00 pm Admin Kedahnews No comments
Perjuangan ‘hangat-hangat tahi ayam’. Mungkin itu pepatah yang sesuai diberi kepada seorang aktivis, Ali Abdul Jalil yang dilaporkan telah melarikan diri ke Sweden bagi memohon suaka politik.
Dia yang berumur 29 tahun, mengesahkan perkara tersebut dalam muat naik status di Facebook peribadinya. Ali dipercayai keluar dari Malaysia awal minggu ini.
Memetik kenyataan Ali yang dilaporkan portal MalaysiaKini, “Sekarang saya di Sweden memohon suaka. Kerajaan Malaysia dan sultan melayan saya seperti sampah.”
“Saya diancam oleh gengster dan kumpulan Melayu rasis di Malaysia. Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengikut saya sepanjang masa,” katanya lagi.
Sebelum ini, dia telah ditahan beberapa kali oleh pihak berkuasa akibat dari tindakannya memuat naik artikel yang menghina kerabat diraja.
Dalam ‘posting’ terbarunya, Ali seakan tidak serik apabila mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.
Rata-rata pengguna Facebook melontarkan reaksi negatif dengan tindakan Ali kerana melarikan diri. Ujar mereka, baru ditahan untuk disoal siasat, Ali sudah takut dan lari ke luar negara.
Ali sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam laman sosial Facebooknya.
Alahai Ali, Itulah, lain kali sebelum mengeluarkan kenyataan, fikir semasak-masaknya. Jangan hanya berani menjadi ‘keyboard warrior’, tapi kena gertak sikit dah lari ke luar negara. Pejuang apa macam ni?
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
"Bodoh, Bangang, Bengap..!!!" - Che Ta Hilang Sabar!
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Mungkin benarlah kata orang, jangan sesekali menaikkan darah mengganggu emosi wanita mengandung. Buruk padahnya nanti...
Dan mungkin itulah yang terjadi terhadap seorang pengguna laman sosial Instagram yang menerima herdikan dari selebriti terkenal, Rozita Che Wan, yang sedang berbadan dua baru-baru ini.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta bagaikan hilang sabar apabila melancarkan "serangan roket" bertali arus dengan pelbagai gelaran yang mampu membuat pengguna laman sosial itu berwajah "merah padam"!
Selamba saja Che Ta melepaskan berangnya dengan melabelkan pengkritiknya dengan gelaran "bodoh", "bangang" dan "bengap".
Amukan Che Ta... |
Mungkin betul apa yang dikatakan Che Ta tentang pengkritiknya yang seolah-olah "tak faham bahasa" dengan hanya membaca tajuk laporan berita sahaja untuk mengutuknya tanpa memahami isi kandungan laporan berita tersebut.
Walau bagaimanapun, diharapkan Che Ta tidak ambil serius sangat dengan kata-kata kurang enak orang luar terhadap dirinya sekeluarga dan menjaga emosinya ketika mengandung.
Banyak-banyakkanlah bersabar, membaca Al-Quran, berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT supaya agar proses kelahiran kelak berjalan lancar dan selamat semuanya. Ameeennn... -KedahNews.com
Read More
4 Pasangan "Kantoi" Di Hotel Bajet Sempena "Maal Hijrah", Memalukan!
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
JOHOR BAHRU – Sambutan Maal Hijrah 1436H dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel-hotel bajet sekitar kawasan Skudai.
Dalam operasi melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) awal pagi semalam, empat pasangan ditahan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari berkata, kesemua empat lelaki dan empat wanita terbabit ditahan sepanjang serbuan jam 11 hingga 2 pagi itu.
Menurutnya, kesemua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana disyaki melakukan khalwat.
“Pada malam ini, biasanya ramai orang bercuti dan ambil kesempatan, jadi kita membuat operasi dengan memberi tumpuan di sekitar Taman Universiti serta Taman Ungku Tun Aminah iaitu hotel bajet.
“Tujuan operasi adalah membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral,” katanya.
Mohd Zamri menasihatkan masyarakat Islam tidak pergi ke hotel untuk tujuan membuat perkara tidak bermoral khususnya perbuatan melanggar hukum Islam.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguatkuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.
Dalam serbuan dilakukan, seorang wanita berusia 24 tahun meminta pihak berkuasa agar tidak melibatkan keluarganya sejurus didapati berkhalwat bersama lelaki Indonesia.
Dia yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala putih sementara pasangannya berusia 37 tahun dan berpakaian lengkap bagaimanapun memberi kerjasama ketika disoal siasat.
Wanita itu dipercayai baharu sahaja kenal dengan lelaki warga asing terbabit yang mendakwa bekerja di Batu Pahat sebagai pembawa bot. – Sinar Harian
Read More
Demi Nyawa, MAS Terpaksa Mendarat Cemas Di Bali
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
KUTA — Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH135 melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, selepas seorang penumpang menunjukkan tanda sudah sampai waktu untuknya melahirkan anak, semalam.
Menurut Pengurus Besar Lapangan Terbang Ngurah Rai, Herry A.Y Sikado, selepas melakukan koordinasi dengan Pengendali Lalu Lintas Udara (ATC) Ngurah Rai, pesawat MAS yang sedang membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Brisbane, Australia, mendarat di situ sekitar jam 2.10 petang.
“Juruterbang menghubungi ATC untuk permohonan divert (pengalihan) dan melakukan pendaratan cemas kerana salah seorang penumpang mahu bersalin,” katanya.
Setelah pesawat MH135 yang membawa 178 penumpang itu mendarat, wanita rakyat Australia dikenali sebagai Samual P. Jeyanthi, segera dikejarkan ke Hospital Kasih Ibu di Kedonganan, Badung.
Pesawat MH135 kemudiannya kembali meneruskan penerbangan ke Australia pukul 4.14 petang.
Herry berkata, pendaratan cemas dilakukan pesawat MAS itu berjalan lancar dan tidak menganggu lalu lintas penerbangan lain meski pun Ngurah Rai merupakan salah satu bandar tersibuk di Indonesia.
Difahamkan, MAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan insiden ini dalam masa terdekat.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Cuba Kesan Unsur Babi Dalam Produk? Ini Penyelesaiannya...
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
PARIS – Umat Islam kini mampu mengesan unsur babi dalam makanan, kosmetik dan ubat-ubatan hanya dalam masa beberapa minit menerusi pengenalan kit ‘HalalTest’ keluaran dua usahawan Perancis.
Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.
Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.
Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.
Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).
Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS
Kit yang menyamai kaedah ujian kehamilan itu dilengkapi dengan dua tabung uji kecil, yang membolehkan sampel makanan dicampurkan dengan air suam sebelum sebatang kayu ujian dimasukkan ke dalam air berkenaan.
Dalam tempoh hanya beberapa minit, keputusan akan tertera pada kayu ujian. Satu garisan bermaksud sampel tiada unsur babi, manakala dua garisan bermakna terdapat unsur babi pada sampel tersebut.
Jean-Francois Julien dan Abderrahmane Chaoui mendapat idea menghasilkan HalalTest semasa berada di universiti dua tahun lalu.
Syarikat pengeluar, Capital Biotech menyatakan, tiada kit ujian lain membolehkan pengguna mengesan elemen babi dengan lebih mudah dan cepat berbanding HalalTest dengan ketepatan 99 peratus dan pada harga 6.90 euro (RM28.67).
Sejak dilancarkan Rabu lalu, mereka menerima tempahan awal sebanyak 10,000 kit ujian HalalTest dalam tempoh 24 jam. – REUTERS
Read More
Cabul? Inilah Balasan Pada Lelaki Yang Selamatkan Nyawanya...
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
“MADU diberi, tuba dibalas…” – mungkin itu perumpaan paling sesuai untuk menceritakan tentang nasib seorang lelaki ini.
Kisahnya berlaku di Jepun apabila lelaki yang namanya enggan didedahkan cuba menyelamatkan seorang wanita yang kemalangan, namun dituduh mencabul dan penipu.
Memetik JapanToday.com, lelaki itu digelar sedemikian kerana dia menggunting baju seorang wanita untuk membolehkan alat Automated External Defibrillator (AED) dipasang pada dada mangsa terbabit.
Katanya, dia terserempak dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dan mendapati pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius.
“Namun, seorang penumpang tidak sedarkan diri dan saya tidak dapat mengesan nadinya. Saya cuba memberikan bantuan pernafasan, manakala ada orang lain menghubungi ambulans,” katanya ketika disoal siasat.
Sementara menunggu bantuan sampai, seseorang pergi ke kedai membeli alat AED itu.
“Saya mengambil gunting dalam kotak AED itu dan mula memotong pakaian wanita berkenaan. Tiba-tiba pemandu kereta memarahi saya dan memanggil saya hentai (penipu) sebelum menghubungi polis mengadu saya seorang chikan (kaki cabul),” katanya.
AED adalah peranti untuk menganalisis rentak jantung dan boleh menghasilkan kejutan elektrik untuk mengembalikan fungsi organ itu kepada tahap normal.
Wanita mangsa kemalangan itu pula dilaporkan selamat selepas dibawa ke hospital.
Walaupun ada pihak mahu memberikan sijil penghargaan kepada lelaki itu, dia berkata, ia bukanlah perkara penting dan tidak berniat menerimanya.
“Penggunaan AED hanya berkesan jika diletakkan bersentuhan dengan kulit. Saya rasa semua pihak perlu memahaminya,” katanya.
Jika anda ingin tahu apakah itu AED, rakaman di bawah ini membuktikan bagaimana alat itu mampu menyelamatkan nyawa.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Mahasiswa Pro-Pembangkang Tak Peduli Undang-Undang UM
5:00 pm Admin Kedahnews 2 comments
KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) berdegil mahu menghadiri perogram bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya (UM) di sini pada Isnin ini meskipun program itu dilarang pengurusan universiti berkenaan.
Pengasas Ganyang, Adrian Lim Chee En menegaskan, ahlinya yang terdiri daripada 20 persatuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menghadiri program tersebut kerana program berkenaan tidak menyalahi undang-undang negara.
“Penganjuran program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” bukan satu jenayah. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang rakyat Malaysia. Haknya sama seperti setiap Rakyat Malaysia yang lain.
“Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM (Anwar),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Datuk Rohana Yusof semalam berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.
Program itu juga mencemarkan imej dan memberi pandangan negatif terhadap universiti berkenaan justeru tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM.
Chee En dalam pada itu kesal kerana UM mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol kerana menganjurkan program berkenaan.
“Apa salahnya Fahmi melindungi hak Anwar sebagai seorang alumni UM?. Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu UM dari kaca mata pihak pengurusan UM,” dakwanya.
Sumber:Mynewshub.my
Read More
Gunung Keriang Bukan Tempat Longgok Sampah!
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
Penduduk, Hashim Saud, 70, bersama rakannya melihat longgokan sekam padi yang dibuang dan dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan rekreasi Gunung Keriang di sini. - Foto BERNAMA |
ALOR SETAR – Kira-kira 500 penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Keriang dekat sini menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah di kaki gunung itu sejak beberapa bulan lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gunung Hilir, Abdul Halim Arifin, 60, mendakwa tempat tersebut menjadi kawasan longgokan sampah dan sekam padi sejak beberapa bulan.
“Ada pihak luar yang datang membuang sampah, sekam padi dan kayu di sini, ia membimbangkan penduduk kampung kerana tempat berkenaan menjadi tempat pembiakan nyamuk selain mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
“Permukaan jalan di kawasan tersebut juga mengalami kerosakan akibat jentera berat yang membawa muatan sampah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Abdul Halim berkata longgokan sampah itu juga boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke Gunung Keriang yang terletak berdekatan dengan tempat tarikan perlancongan seperti Muzium Padi dan Pusat Sains Negara.
“Tempat longgokan sampah itu berada berdekatan dengan Pusat Rekreasi Gunung Keriang, Muzium Padi, Pusat Sains dan Keriang Hills. Saya bimbang ia akan menimbulkan persepsi kurang baik kepada pelancong luar yang melihat kawasan pelancongan di situ tidak dijaga,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga dan Pembangunan Insan negeri Badrol Hisham Hashim berkata tindakan segera akan diambil.
Katanya pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) perlu membersihkan serta memantau gejala itu kerana ia melibatkan kawasan pelancongan. – BERNAMA
Read More
Menarik: Bakal Paderi Peluk Islam Akhirnya...
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
DAHULU lelaki ini bercita-cita ingin menjadi paderi lalu dia menjadi Altar Boy iaitu pembantu paderi semasa muda. Namun selepas didera dia membatalkan niat itu dan mula ‘menjualkan’ dirinya kepada dunia.
Namun, hidayah milik Allah.
Setelah melalui perjalanan yang beronak liku, Adam Warren Fernandez, 33, memeluk Islam pada 18 Julai lalu.
“Sejak kecil impian saya nak jadi paderi, lalu saya jadi altar boy (pembantu paderi) semasa muda. Akan tetapi impian musnah bila saya didera seorang lagi budak pembantu. Sejak itu saya tak kenal cinta dan keperikemanusiaan, saya jual jiwa pada syaitan.
“Akan tetapi Allah masih mencintai saya lalu menurunkan dua hidayah. Satu, semasa hampir menemui ajal dalam kemalangan di mana saya bertemu dengan lembaga tinggi berjubah putih dan satu lagi, semasa insiden puting beliung di Texas.
“Pertemuan dengan beberapa insan istimewa juga mengajar saya erti cinta dan merealisasikan impian untuk syahadah, satu acara anjuran Karangkraf Media,” katanya.
Buat mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah penghijrahan Adam, bolehlah menontonnya di saluran Astro 502, jam 7.30 petang ini.
Memetik kisahnya di Harian Metro, bekas pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM ini berkata cabaran utama selepas memeluk Islam bukanlah menyesuaikan diri dengan dunia saudara baru seperti berpuasa tetapi penerimaan keluarga dan pandangan rakan-rakan.
Akuinya, bukan mudah bagi keluarga untuk menerima berita penghijrahannya kerana mereka memang kuat berpegang pada agama Kristian, malah ada yang menjadi paderi.
Ibunya pula seolah-olah dalam dilema untuk merestui jalan dipilih Adam kerana mendengar kata-kata orang sekeliling.
Namun, Adam sentiasa berdoa semoga dilembutkan hati ibunya, begitu juga ahli keluarga yang lain.
“Biar mereka membuang saya, tetapi hubungan kekeluargaan yang terjalin tetap dipertahankan supaya tidak putus. Berbeza kepercayaan bukan bermakna harus memutuskan hubungan kekeluargaan,” katanya.
Menurut Adam, ibunya yang menetap di Texas, Amerika Syarikat, berada di Kuala Lumpur ketika dia melafazkan syahadah kerana bercuti selama dua bulan.
“Ada yang menghubungi dan bertanya adakah saya benar-benar yakin dengan jalan dipilih. Mereka bimbang saya melakukannya kerana terpaksa atau didesak pihak tertentu malah mengajak saya kembali kepada agama asal,” katanya.
Menurut Adam, itu yang ditakutinya kerana sebelum ini ada dua ahli keluarganya memilih Islam tetapi tidak lama selepas itu kembali kepada agama asal.
Adam berharap keluarga dan rakan menghormati jalan dipilihnya dan tidak cuba memperlekehkan dirinya dengan memancingnya melakukan sesuatu yang melanggar agama.
Kini, dia bersyukur kerana penghijrahannya dipermudahkan Allah dan gembira melalui kehidupan baru. Dia mula menimba ilmu agama dengan menyertai kelas agama. Azamnya, setahun dari sekarang mahu menghafaz al-Quran.
Adam turut berminat menyertai Usrah Fitrah yang mengumpulkan ramai selebriti dan artis yang ingin menimba ilmu dan mendalami agama Islam.
Semoga Adam tabah melalui segala ujian dan cabaran dilaluinya. Jangan lupa menonton kisahnya, petang nanti.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Huggies Buat Bakal Bapa Ini Menangis...
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
KEPADA bakal ibu, saat menggembirakan ketika hamil adalah bila suami sama-sama berkongsi perasaan tentang kehamilan itu.
Lebih menyeronokkan saat tangan suami di atas perut untuk merasakan tendangan bayi dan aktiviti lain si kecil seperti menggeliat atau berpusing.
Bagi berkongsi keseronokan dan pengalaman, pengeluar produk barangan bayi dan kanak-kanak, Huggies menghasilkan satu ciptaan menarik bagi pasangan bakal ibu-bapa, iaitu tali pinggang simulator pergerakan bayi di dalam kandungan.
Menakjubkan, alat ini membolehkan bakal bapa merasai pergerakan bayi, seperti dirasai oleh ibu-ibu hamil.
Simulator ini dihasilkan sempena Hari Bapa namun tidak dijual. Seakan-akan tali pinggang, ia dihubungkan dengan perut ibu dan bakal bapa. Apa jua pergerakan bayi yang dirasai oleh ibu turut dirasai oleh bapa. Menarik bukan?
Visual pengalaman bapa yang menggunakan simulator ini telah dimuatnaik di Youtube dan membuatkan ramai penonton teruja.
Sungguh menyentuh perasaan melihat bakal-bakal bapa menitiskan air mata dengan gelagat bakal zuriat mereka.
Simulator ini mampu mengesan gerak bayi pada kandungan berusia enam bulan ke atas.
Jika simulator ini dijual di pasaran terbuka, mungkin ia mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan bakal ibu bapa terutama sekali kehamilan di peringkat awal.
Atau mungkin selepas ini, ada alat yang boleh direka untuk bakal bapa merasai kontraksi si ibu ketika saat melahirkan pula?
Nak juga tengok apa perasaan sang gagah perkasa ketika berdepan dengan saat paling suspen dan mendebarkan itu.. kental ke tak agaknya..
Jangan marah yer bapa-bapa, gurau saja!
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
"I Want To Touch A Dog": Niat Program Ini "Kerana Allah", Penganjur Mohon Maaf
1:00 pm Admin Kedahnews No comments
Program ‘I Want To Touch A Dog’ telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat Malaysia dan hingga kini, masih hangat diperkatakan.
Rata-rata masyarakat Islam berasa prejudis tentang penganjuran program ini dan mahukan penjelasan penganjur terbabit yang dilihat berdiam diri selepas kontroversi tercetus ekoran tersebarnya gambar beberapa individu Muslim bermesra dengan anjing.
Susulan itu penganjur program IWTTAD, Syed Azmi Alhabshi akhirnya tampil mengadakan sidang media untuk memberi penjelasan berhubung program tersebut, hari ini.
Sebagai mana agakan umum, Syed Azmi mengambil peluang ini untuk menyatakan permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa program anjurannya itu tidak mempunyai sebarang agenda mahu mempersendakan agama.
“Terus terang dengan hati yang ikhlas, niat saya menganjurkan program ini kerana Allah SWT dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama, mempersendakan ulama atau menggalakkan liberalisme,” tegasnya.
Syed Azmi berkata, program tempoh hari turut mendapat kelulusan-kelulusan rasmi selain telah dibincangkan dengan pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai panduan untuk melaksanakannya.
Syed Azmi bagaimanapun mengakui, program anjurannya itu mempunyai kelemahan.
“Saya ingin memohon maaf jika secara tidak langsung menyinggung perasaan dan menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak.
“Saya juga memohon maaf kepada mereka yang hadir ke program IWTTAD dengan niat ikhlas untuk belajar bukan sebaliknya,” katanya.
Syed Azmi yang segera beredar selepas membuat permohonan maaf, turut memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat mahu mengguris sensitiviti rakyat Malaysia.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Langgan Pelacur Guna WeChat
12:00 pm Admin Kedahnews No comments
SINDIKET pelacuran kini beralih kepada modus operandi baru untuk mencari pelanggan dengan menggunakan aplikasi ‘We Chat’ untuk mencari pelanggan, memetik laporan Astro Awani.
Taktik ini terbongkar apabila Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman diketuai Asisten Superintendan Mohamad Mohd Jais menyerbu sebuah premis pelacuran di Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri di ibu negara malam kelmarin.
Selain itu, sindiket pelacuran menggunakan warga Thailand dan Vietnam ini juga turut menawarkan kad pelanggan setia, dengan percuma satu perkhidmatan bagi setiap 10 kali langganan.
“Melalui risikan selama seminggu, kami mendapati dalang sindiket membawa wanita terbabit ke premis selepas pelanggannya memilih mereka melalui aplikasi ‘We Chat’.
“Melalui aplikasi itu, pelanggan boleh memilih wanita diingini dan sebaik persetujuan dicapai ‘bapa ayam’ membawa pelacur terbabit ke premis itu untuk diserahkan kepada pelanggan,” katanya.
“Pihak polis turut menemui kondom yang disembunyikan di dalam peti ais. Selain itu pusat urut yang beroperasi sejak enam bulan lalu tidak mempunyai lesen sah perniagaan,” katanya.
Menurut Mohamad Jais, pusat maksiat itu dikesan memberi tawaran urut batin dan seks percuma apabila pelanggannya yang berkunjung ke premis itu dengan mempamerkan kad keahlian yang ditanda sebagai bukti.
Kesemua pelacur dan seorang bapa ayam berusia 28 tahun di bawa ke Balai Polis Salak Selatan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Edisi Cinta Monyet: Azreen Vs Aswad, Mampu Buat Kita Tersengih...
11:13 am Admin Kedahnews No comments
Kisah cinta zaman sekolah memang kelakar dan lucu untuk dikenang-kenangkan. Patutlah ramai yang melebelkan cinta pada usia itu sebagai Cinta Monyet.
Kali ini kami tunjukkan gambar beberapa keping surat ayat-ayat cinta budak-budak sekolah yang sangat kelakar.
Sesiapa yang membacanya pasti akan terkekeh-kekeh ketawa!
Surat perpisahan ini ditulis oleh Azreen kepada Aswad memberitahu hubungan mereka sudah putus gara-gara Aswad curang padanya dan sanggup bercinta pula dengan Fatin dan Sofia!
Wah, hebat budak-budak sekarang ye sampai ada dua kekasih hati lagi.hihi…
Ayat Azreen dalam surat tersebut:
"Assalamualaikum, wei Aswad aku mintak maaf minta ampun, kalau salah silap aku taw tapi aku nak habaq aku nak ambik jadi adik angkat dah la aku tak suka kat hang dah. Aku kapel dengan Adam dah faham! Sebab siapa suruh hang kapel dengan Fatin dan Sofia? Kapel kita sudah berakhir hari ini, bye."
“Janganlah sedih, jangan merajuk, jangan panggil aku sayang."
Lebih lawaknya lagi Azreen yang turut mengaku sudah mencintai jejaka lain bernama Adam dan sempat memberi kata-kata keramat kepada Aswad “Ini kali terakhir aku kata I LOVE U sayang, faham!”
Dalam marah-marah si Azreen ini, sempat ucap kata-kata cinta terakhir lagi taw.
Kami asyik baca surat ini gara-gara tak tahan terbahak-bahak ketawa. Alahai, Azreen oiiii…
Anda bacalah sendiri yer!
Sumber: Mynewshub.my
Read More
UAI Tak Buat Laporan Polis
10:00 am Admin Kedahnews No comments
KUALA TERENGGANU – Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.
Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.
Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.
“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.
Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini. – SINAR HARIAN
Read More
Google Padam Foto Bogel Selebriti, Elak Disaman
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Takut disaman, Google akhirnya memutuskan untuk memadam kesemua gambar bogel selebriti Hollywood yang terlibat dalam insiden kecurian foto peribadi.
Menurut portal luar negara, National Post, Google telah menutup ratusan akaun yang menyimpan gambar tersebut, juga menghapuskan puluhan ribu foto para selebriti yang terlibat.
Insiden itu tercetus apabila penggodam berjaya mencerobohi telefon bimbit milik selebriti lantas mencuri foto-foto peribadi dan memuat naiknya di laman internet popular seperti 4chan dan Reddit.
Antara selebriti yang terlibat adalah bintang Hunger Games, Jennifer Lawrence, penyanyi Rihanna, Kim Kardashian dan model pakaian renang Sports Ilustrated, Kate Upton.
Menurut peguam hiburan Hollywood, Martin Singer, Google mengambil keputusan tersebut setelah mereka diugut untuk dikenakan tindakan mahkamah sebanyak USD 100 juta.
Tambahnya lagi, Google telah meraih jutaan dollar keuntungan dari penindasan terhadap wanita dengan pemaparan imej tersebut termasuk di laman Youtube dan blog.
Sumber: Mynewshub.my
Read More