"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Wednesday, 5 November 2014

Labah-Labah Bersarang Dalam Telinga Penyanyi Wanita

Inilah labah-labah kecil yang berjaya bersarang dalam telinga penyanyi wanita itu
Kisah serangga masuk dalam telinga manusia bukanlah cerita pelik namun ia sememangnya jarang berlaku.

Namun siapa sangka, pengalaman mengerikan ini dilalui oleh penyanyi terkenal UK, Katie Melua.
Menceritakan pengalaman ‘unik’ dilaluinya, penyanyi Nine Million Bicycles ini berkata dia sering terdengar bunyi berdesing di telinga selama seminggu sebelum berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Selain bunyi berdesing, tiada sebarang kesakitan atau keganjilan dirasakan.

 

Namun alangkah terperanjatnya Melua apabila dimaklumkan, bunyi itu berpunca daripada seekor labah-labah yang sudah seminggu menghuni dalam telinganya.

Fikir punya fikir bagaimana serangga berkaki lapan itu boleh masuk dalam telinga, Melua akhirnya menyalahkan monitor telinga lama yang sering dipakainya ketika menaiki pesawat.

Kemungkinan besar kata Melua, labah-labah terdapat dalam monitor telinga ini lalu apabila ia dipakai, labah-labah berkenaan merangkak masuk lalu duduk diam-diam dalam telinganya selama seminggu sebelum dikeluarkan oleh doktor.

Kata Melua, doktor yang mengeluarkan labah-labah tersebut mengakui, dia sendiri agak terkejut kerana ini adalah kali pertama dia menemui serangga yang sudah seminggu tinggal dalam telinga namun masih hidup ketika dikeluarkan.

Penyanyi itu turut berkongsi tentang labah-labah kecil itu di laman Instagram rasminya.



Terbaharu jurucakap Melua menyatakan, labah-labah tersebut kini sudah dilepaskan di taman yang terletak di rumah penyanyi tersebut.

Apa yang menarik, kesemua pengalamannya bersama labah-labah dikongsikan Melua menerusi laman Instagram beserta gambar dan cerita di sebaliknya. -KedahNews.com

Read More

Gambar: Syiah Kelar Kepala Budak, Ini Bukan Ajaran Rasulullah SAW!

Sanggup kelar kepala anak, ini yang Rasulullah SAW ajar? Atau rekaan Syiah?
Adalah tidak kena apabila sebuah portal barat melaporkan kononnya ini adalah salah satu upacara wajib Islam bagi mengingati peristiwa kematian cucu Rasulullah s.a.w.

Upacara ini melibatkan kanak-kanak kecil yang dikehendaki mengelar kepala hingga luka menggunakan pisau tajam.

Amalan ini sebenarnya tradisi bagi penduduk Islam Syiah pada hari Asyura yang mendakwa, luka tersebut bagi menghapuskan dosa-dosa mereka.

Lebih mengerikan, beribu-ribu puak Syiah termasuk kanak-kanak dipaksa oleh ibu bapa mereka melakukan upacara mengelar badan mengunakan alatan tajam seperti rantai pisau.

1415091085987_wps_4_KABUL_AFGHANISTAN_NOVEMBE
1415039718967_wps_9_A_Shi_ite_Muslim_has_his_

Upacara yang didakwa ritual keagamaan ini diadakan semasa perarakan bagi menyambut hari Asyura di Mumbai, India.

Untuk makluman anda, upacara ini turut boleh dilihat di beberapa negara lain yang mengamalkan fahaman Syiah seperti di India, Iraq, Lubnan dan Afghanistan.

Anda lihatlah sendiri gambar-gambar ini!

1415088202514_Image_galleryImage_An_Iraqi_Shiite_man_takes 1415091381206_wps_7_An_Iraqi_Shi_ite_Muslim_m 1415091246824_wps_5_KABUL_AFGHANISTAN_NOVEMBE
1415046760298_wps_3_TOPSHOTS_Iraqi_Shiite_boy 1415046843748_Image_galleryImage_Shi_ite_Muslims_gash_thei 1415046830324_wps_5_Shi_ite_Muslims_gash_thei

Paling menyedihkan, ada agama lain yang tidak mengetahui ajaran Islam sebenar mengutuk perbuatan yang didakwa oleh mereka sebagai gila dan tidak wajar hingga sanggup melukakan kanak-kanak.

Moga fahaman seperti ini dapat dibenteras daripada berakar di negara kita agar tidak menodai kesucian agama Islam. 
Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Masih Panas! Isteri Jutawan Muda Disalah Erti Depan Kek Harijadi...

Kehidupan seorang artis sememangnya sentiasa diperhati lagi-lagi segala tingkah laku dan pergerakan sering menjadi topik hangat peminatnya.

Terbaru, heboh pula kontroversi mengenai selebriti hangat ini yang merupakan isteri kepada kenamaan terkenal iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Siapa lagi kalau bukan jelitawan, Marion Caunter. Rasanya tidak keterlaluan kami katakan beliau mempunyai aura yang tersendiri dan terbukti apabila beliau berjaya meletakkan namanya di persada antarabangsa.

Jika ada yang mengikuti laman Instagram milik selebriti ini mesti perasan beberapa gambar yang baru dimuat turun mendapat perbalahan antara para peminatnya.

Gambar tersebut diambil saat beliau menyambut hari jadi rakannya menunjukkan mereka seolah-olah sedang berdoa.

Ianya berpunca mengenai sekeping gambar yang disalah tafsir pengikutnya hingga mendakwa bahawa posisi tangan Marion seakan-akan meniru cara orang bukan Islam berdoa.

marion caunter

Namun, ada peminatnya mendakwa posisi tangan seperti itu tidak melambang apa-apa dan sama sekali tidak berkait dengan mana-mana agama.

Hanya dengan melakukan posisi tangan sebegitu beliau teruk dihentam pengikutnya di laman sosial tersebut. Memang tidak patut!

Beliau yang merupakan saudara baru sepatutnya ditegur dengan cara lembut tidaklah sampai berkasar sebegini jika benar tingkah lakunya itu salah. Ye dak?

Sebenarnya, bak kata peminat-peminat Marion, mungkin orang yang timbulkan isu ini hanya mencari populariti dan mahu mencetuskan kontroversi bagi memburuk-burukkan Marion.

Alahai, sabarlah Marion yer! -Mynewshub.cc

Read More

Lola Mengaku Bersalah...

SEREMBAN - Perbicaraan kes Lolanopita Mohd Sadi, 40, sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Seremban, pada pagi ini tidak dijalankan berikutan tertuduh mengubah fikiran untuk mengaku bersalah.

Lolanopita membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun, selepas mendengar dan memahami kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November depan untuk hujahan mitigasi pihak pembelaan dan penetapan hukuman.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Untuk rekod, 27 Jun lalu, Lolanopita dihadapkan ke mahkamah selepas didakwa dengan sengaja mengabaikan anaknya, Muhammad Firdaus Dullah, 15, melalui cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Wanita itu dituduh melakukan perbuatan tersebut antara Januari hingga 21 Jun lalu, di sebuah bilik di Blok 15-1-9 Flat Taman Semarak, Nilai, dekat sini, kira-kira jam 2.30 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Liberalisme, Pluralisme: Azmin Minta Mufti, MAIS, "Mengadap" Bertemu SIS

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Mufti Negeri dan Sisters In Islam (SIS) bertemu bagi meleraikan kontroversi fatwa yang berkaitan dengan pertubuhan bukan kerajaan itu.

Azmin berkata beliau telah mendapatkan penjelasan mengenai isu itu menerusi Mufti Negeri dan kemudian membincangkannya dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang kebetulan diadakan pada Isnin lepas.

“Perlu diingatkan bahawa saya bukanlah anggota Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Pejabat Menteri Besar tidak berkuasa ke atas sebarang hal berkaitan fatwa.

“Saya benar-benar berharap dengan perkenan Sultan Selangor, konsultasi dan pertemuan yang dijalankan tanpa prasangka akan membantu untuk membawa suasana harmoni seperti mana yang dianjurkan oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, SIS dilaporkan mahu memohon semakan kehakiman mengenai fatwa Mais yang mengisytiharkan pertubuhan itu membawa fahaman sesat iaitu liberalisme dan pluralisme. – BERNAMA

Read More

Malaysia Tegas, Terus Teguh Berdiri Di Belakang Palestin! #PrayForPalestine #SaveGaza

KUALA LUMPUR – Malaysia mengulangi sokongan padunya terhadap usaha mengembalikan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan berpemerintahan sendiri, hak untuk mengecapi kemerdekaan dan kedaulatan serta hak untuk kembali ke kampung halaman sendiri.

Wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata Kuala Lumpur sentiasa percaya kepada penyelesaian melalui kewujudan dua negara dengan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat, selamat dan aman.

“Apabila bercakap tentang keadilan, kedaulatan undang-undang dan keabsahan, kami percaya bahawa penyelesaian melalui kewujudan dua negara merupakan satu-satunya cara untuk mencapainya,” kata beliau.

Hussein berkata demikian ketika berucap mengenai Agenda Perkara 69: Hak Manusia untuk Menentukan Nasib Sendiri pada Sidang Ke-69 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu di New York semalam. Salinan teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama hari ini.

Kata beliau pengumuman Israel mengenai perluasan penempatan haram di Tebing Barat, termasuk di Baitulmuqqadis Timur, bererti rakyat Palestin akan diusir secara paksa.

Hussein berkata masyarakat antarabangsa telah gagal menghalang tindakan Israel mencabul undang-undang antarabangsa, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, Resolusi PBB dan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa secara terang-terangan dan dengan sewenang-wenangnya.

“Ketika jawatankuasa ini berusaha mencari penyelesaian untuk mengakhiri kekebalan terhadap salah laku berkaitan pelbagai isu, termasuk pencabulan dan penyelewengan hak asasi manusia, tindakan Israel yang secara terang-terangan melanggar peraturan, terus dibiarkan berlaku,” katanya.

Sejajar dengan itu, beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya berganding bahu untuk memikul tanggungjawab dan mematuhi rangka kerja yang ditetapkan untuk menamatkan pendudukan Israel. – BERNAMA

Read More

Mengapa Umat Islam Kini Liat Bersedekah?

UMAT Islam digalakkan melakukan amalan seperti bersedekah dan memberi hadiah. Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala hadiah, pemberian sebagai satu pujian, penghargaan, kenangan dan tanda kasih sayang.

Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik. Bagaimanapun, sedekah dan pemberian hadiah itu mestilah dilakukan mengikut saluran yang betul.

Tetapi berhati-hati dengan pemberian hadiah yang boleh menjurus kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Sedekah diberi kepada orang tertentu seperti fakir miskin. Ia digalakkan pada bila-bila masa dan hukumnya sunat. Manakala, hadiah diberi kepada sesiapa sahaja dan dilakukan pada masa dan sebab tertentu, hukumnya harus.

Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimat yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan adalah sedekah. (riwayat al-Bukhari)

Sifat suka bersedekah ini menghindarkan sifat tamak dan lokek dalam kalangan umat Islam. Selain itu, Islam juga menggalakkan umatnya saling membantu di antara satu sama lain.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersedekah pahalanya 10, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya 18, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya 20 dan silaturahim (dengan keluarga) pahalanya 24.” (riwayat al-Hakim)

Galakan memberi sedekah adalah sebagai tanda bersyukur atas pelbagai nikmat yang Allah kurniakan. Amalan suka bersedekah adalah satu amalan yang mulia dan terpuji. Bersedekah telah menjadi satu ciri amalan orang mulia terutamanya para nabi dan rasul serta orang soleh sejak zaman berzaman.

Kerana Allah

Jelaslah, bersedekah membawa banyak pahala terutama di bulan Ramadan. Bersedekah juga dapat mendidik hati ke arah ketakwaan kepada Allah SWT atas rezeki yang dilimpahkan-Nya. Dalam hal bersedekah ini umat Islam digalakkan bersedekah sewaktu sihat dan dalam keadaan yang senang.

Hal ini dijelaskan dalam sebuah hadis di mana seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Sedekah yang bagaimana yang paling besar pahalanya?” Nabi SAW menjawab: Saat kamu bersedekah hendaklah kamu sihat dan dalam keadaan senang dan saat kamu takut melarat tetapi mengharap kaya. Jangan ditunda sehingga roh mu di tenggorok baru kamu berkata untuk si polan sekian dan untuk si polan sekian. (riwayat al-Bukhari)

Justeru, bersedekahlah kerana Allah akan menambah serta melipatgandakan rezeki yang kita miliki apabila bersedekah. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang di atas (memberi sedekah) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima sedekah). (riwayat al-Bukhari)

Imam Al-Ghazali pernah menyatakan, dahulukan teman mu daripada diri mu sendiri dalam masalah duniawi atau paling tidak hendaklah bersedia memberikan bantuan (sedekah) material kepada teman mu yang memerlukannya. Bantulah dengan sekuat tenaga, teman mu yang sedang memerlukan sebelum ia meminta bantuan.

AMALAN bersedekah ini bukan hanya terbatas kepada wang ringgit malah ia meliputi makanan seperti kuih-muih dan juga hidangan makanan kepada orang ramai yang pahalanya sangat besar di sisi Allah SWT.

Menurut Muhammad bin Abdullah Al-Mashri, Imam Syafie adalah orang yang sangat dermawan. Sementara menurut Amr bin Sawad Al-Sirji, Imam Syafie orang yang gemar menderma daripada apa pun yang dimilikinya. Dia pernah berkata: “Aku pernah mengalami kegagalan, tak memiliki suatu apa pun, sehingga aku harus menjual semua perhiasan milik isteriku dan puteri kesayanganku.”

Muhammad Al-Sijistani mengatakan: “Imam Syafie pernah tidak memiliki suatu apa pun kerana sifat dermawannya.”

Dalam hal ini, Imam Syafie pernah berkata; “Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlalu tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka? Apa yang boleh kau harapkan ketika kau sendiri, tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya? Saat itulah, tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, pada hal hari-hari itu tak akan pernah kembali.

Pelbagai jenis sedekah boleh dilakukan. Antaranya memberikan senyuman kepada saudara, melakukan amar makruf nahi mungkar, menyelesaikan masalah orang lain, membuang perkara yang menghalang di jalanan, sedekah wang dan harta serta khidmat nasihat yang baik.

Sesungguhnya, bersedekah dan memberi hadiah serta menderma daripada harta dan wang yang lebih adalah sifat yang sangat mulia dalam kalangan umat Islam. Lakukanlah dengan penuh tawaduk dan ikhlas bagi mendapatkan balasan setimpal di akhirat nanti.

Kelebihan bersedekah

Di dunia

Mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Memperoleh balasan baik.

Sentiasa disukai oleh manusia kerana menggembirakan hati penerimanya.

Rezekinya akan bertambah.

Terhindar daripada mendapat bala bencana.

Di akhirat

Mendapat naungan daripada panas terik di padang mahsyar.

Sebagai pelindung daripada panas api neraka.

Read More

Puteri UMNO Sokong Penuh Program Kerajaan PAS Kelantan!

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO menegur MCA supaya lebih sensitif terhadap sebarang isu yang melibatkan agama Islam di negara ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsuddin berkata, MCA sepatutnya memahami sensitiviti sebelum memberi reaksi mengenai operasi gempur aurat kerajaan Kelantan.

“Puteri menyokong usaha kerajaan Kelantan yang melaksanakan undang-undang tersebut dan ia seharusnya dihormati oleh pelbagai pihak.

“MCA perlu lebih sensitif dan sebagai pendokong aspirasi rakyat mereka juga harus adil kepada semua masyarakat dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati berkata, MCA sepatutnya menumpukan kepada untuk menarik sokongan kaum Cina sebagai persediaan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menurutnya, beliau bimbang kekeliruan rakyat mengenai isu itu akan menjejaskan hubungan baik antara masyarakat dalam negara.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini tidak bersetuju dengan operasi gempur aurat yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan.

Beliau berpendapat operasi itu akan menjejaskan golongan peniaga terutama peniaga Cina di Kelantan. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Nampak Tangan Arwah Rafikin Lepas Melaung Azan

HULU TERENGGANU - “Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Video Buli Pelajar Terbaharu, Kali Ini Mungkin Di Utara!

Biarpun belum selesai disiasat video yang memaparkan kes pelajar bersinglet hitam membelasah pelajar beramai-ramai di asrama baru-baru ini, timbul pula kes baharu yang membuat ramai warga netizen marah "menyinga".

Penyangkut baju, kerusi plastik, ditendang, ditumbuk, disepak terajang, diheret dan dibanting ke almari pakaian, itulah nasib seorang lagi pelajar yang dibuli rakan-rakan di sebuah asrama yang tidak dapat dikenal pasti.

Yang pastinya, video kes buli terbaharu ini sedang meningkat naik "rating" tontonannya dan viral dikongsi di laman-laman media sosial.

Berdasarkan loghat dialek yang dipertuturkan para pelajar di dalam video berkenaan, berkemungkinan besar insiden buli ini berlaku di kawasan utara semenanjung tanahair.

by .

KedahNews.com tidak pasti apa kesalahan atau dosa pelajar kecil yang dibuli oleh sekumpulan pelajar yang dipercayai lebih senior itu.

Namun apa pun kesalahannya, apakah wajar pelajar-pelajar itu membelasah rakan mereka sebegitu rupa?

Apa agaknya mereka rasa jika diri mereka dibuli, dibelasah dan didera sebegitu? Mahu? Seronok? 

Apa agaknya perasaan ibu bapa pelajar yang dibuli tersebut?

Harapan kami pada sesiapa yang punya maklumat bagi kes ini supaya tampil memberi keterangan kepada pihak berkuasa supaya menjadi teladan dan iktibar bagi pelajar-pelajar lain yang masih tidak dapat berfikir tentang kesan tindakan bodoh mereka itu.

Kami bimbang sekiranya trend buli semakin mengganas dan mencemar nama baik institusi pendidikan di negara ini dan diambil kesempatan pihak tertentu untuk mempolitikkan keadaan. -KedahNews.com

Read More

"Saya Minta Maaf.." - Mat Yo

Penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idhlan Talaha memohon maaf kepada rakyat Johor di atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, Sabtu lalu.

Pemain yang lebih mesra disapa Mat Yo juga menerima kritikan ramai pihak berhubung kegagalannya membantu Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kritikan pada saya memberi semangat dan lihat dari sudut positif untuk membantu saya kerja lebih keras lagi, saya hanya jalankan tugas.

“Saya minta maaf kepada rakyat Johor kerana kita gagal capai kejayaan pada final Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Dia ditemui selepas menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan di bawah kendalian Dollah Salleh. -Sinar Harian

Read More

Saham MAS 27 Sen: "Jika Saya Pelabur, Saya Akan Ambil Wang Itu" - Bekas CEO MSWG


KUALA LUMPUR - Tawaran 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk menyahsenaraikan syarikat itu daripada Bursa Malaysia dan menjadikannya sebagai syarikat persendirian, adalah tawaran yang terbaik, kata bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Malaysia (MSWG) pada Rabu.

Datuk Abdul Wahab Jaafar Sidek berkata pada 27 sen, ia sudahpun berada pada premium kerana saham itu berkedudukan rendah pada 15 sen, sebelum tawaran dibuat.

"Sekiranya saya pelabur, saya akan mengambil wang itu dan melaburnya di tempat lain bagi mendapatkan pertumbuhan tinggi," kata Abdul Wahab kepada Bernama, menjelang mesyuarat agung luar biasa (EGM) penting MAS di Kelana Jaya, apabila pemegang saham minoriti akan memutuskan nasib syarikat penerbangan yang berdepan masalah kewangan itu.

Undian 'terima' mereka akan memberikan bantuan hayat baharu kepada MAS dan membolehkan Khazanah Nasional Bhd memulakan pelan penyusunan semula besar-besarannya yang bernilai RM6 bilion bagi memulihkan syarikat penerbangan tersebut dalam tempoh tiga tahun.

Abdul Wahab berkata, MAS, sebagai ikon negara, tidak seharusnya dibiarkan berdepan dengan kegagalan sekali lagi kerana perkhidmatannya bukan hanya sekadar sebagai sebuah syarikat penerbangan.

Beliau berkata oleh sebab landskap yang sangat kompetitif, ia dijangka mengambil masa lebih daripada tiga tahun untuk mengembalikan MAS kembali ke landasannya.

Menurutnya, peraturan keselamatan Malaysia menetapkan bahawa tawaran seumpama itu perlu bukan sahaja adil tetapi juga berpatutan, dan penasihat bebas diperlukan untuk memutuskan harga tawaran itu bagi mengelak sebarang konflik kepentingan.

Sehubungan itu, MAS telah melantik AmInvestment Bank Bhd yang merumuskan bahawa tawaran tersebut adalah adil dan berpatutan berdasarkan kepada dua kriteria, pertamanya, harga pasaran dan harga sejarah mengatasi harga pasaran sebelumnya 10 hari sebelum urus niaga.

Keduanya, ia berasaskan kepada aset ketara bersih yang lebih rendah berbanding harga tawaran dan mengambil kira kesemuanya, tawaran itu adalah adil dan berpatutan.

Ditanya apa yang akan berlaku sekiranya pemegang saham minoriti menolak tawaran itu, Abdul Wahab berkata: "Isu pada EGM ini ialah 50 peratus yang datang dan mengundi serta 75 peratus dalam nota nilai.

"Sekiranya dua syarat-syarat ini dipenuhi, maka tidak ada pilihan lagi bagi mereka yang tidak bersetuju. Mereka perlu menjual atau akan dibayar balik dan saham dibatalkan.

"Jadi, tiada alternatif. Tetapi jika skim itu tidak diluluskan, Pengurangan Modal Berpilih tidak dapat diteruskan."

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa sekiranya beliau adalah pemegang saham MAS, beliau lebih memilih untuk menerima tunai dan melabur dalam bahagian lain yang boleh memberikan 'pulangan yang tinggi dan lebih pantas'. - BERNAMA

Read More

Eksklusif..! Kes Buli Pelajar: "Bukan Dia, Budak Tu Takdak Kena Mengena Dengan Video Tu"

Gambar pelajar yang tersiar di akaun laman Facebook milik individu yang dikenali sebagai Zuraimi Ngah bukan merupakan pelajar yang terlibat di dalam insiden kes buli pelajar di asrama yang sedang viral diperkatakan di laman-laman sosial sejak kebelakangan ini.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) Maktab Mahmud Padang Terap, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof, pelajar yang dikatakan "telah ditahan polis" itu tiada kena mengena dengan kes yang berlaku di dalam video berkenaan.

Mohd Zulqurnain Mohd Yusof
"Bukan dia.. budak tu takdak kena mengena pun dengan video tu.

"Budak dalam gambar tu memang ada kes sikit dulu kat sekolah ni, dah lama dah.. kes pun dah selesai lama dah.. taktau la macamana gambar budak tu boleh keluar tiba-tiba.. tapi memang takdak kaitan langsung dengan kes buli dalam video tu," katanya ketika dihubungi KedahNews.com sebentar tadi.

Zulqurnain turut menegaskan bahawa kejadian buli berkenaan tidak berlaku sama sekali di mana-mana cawangan Maktab Mahmud.


"Video tu tak berlaku pun di mana-mana cawangan Maktab Mahmud kat Kedah ni.. tak tau la macamana tiba-tiba nama Maktab Mahmud dikaitkan dengan kes dalam video tu.

Zuraimi Ngah sebelum itu memuat naik gambar seorang pelajar bersongkok, berbaju hitam dan terdapat lambang Maktab Mahmud dengan kapsyen "PDRM dah dapat budak ni", dipercayai merujuk pada kes di dalam video berkenaan.


Dia turut memuat naik satu "print screen" yang bertulis "Ni dia budak bersinglet hitam dr Maktab Mahmud Tingkatan 5 Alor Setar, Kedah yang pukul budak yang tak melawan secara "ragging" gila!!!" pada ruangan komen video berkenaan di Facebook.


Penolong Kanan HEM itu mendakwa kemungkinan terdapat pihak-pihak tertentu yang cepat teruja dan tersalah kongsi maklumat yang salah sehingga tergamak memburukkan imej institusi pendidikan agama terkenal di Kedah itu.

Pihaknya telah membuat laporan polis bagi membersihkan imej Maktab Mahmud sekaligus menafikan sebarang kaitan maahad kebanggaan negeri Kedah itu dari kes buli di dalam video berkenaan.

Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan pula memberitahu bahawa kes berkenaan sedang berada di dalam siasatan pihak polis, namun belum dapat dikenal pasti sekolah yang terlibat di dalam video kes buli pelajar terbaru itu.

"Kes ini masih disiasat," katanya memetik mstar, hari ini. -KedahNews.com

Read More

Wow! Hotel Barbie Penuh Sampai Tahun Depan!

Populariti patung Barbie tidak perlu diperkenalkan lagi, malah permainan ini jadi kegilaan kanak-kanak perempuan seluruh dunia.

Kehidupan ala-ala Barbie menjadi impian bukan sahaja pada kanak-kanak malah ada kes wanita dewasa sanggup melakukan pembedahan plastik agar wajahnya persis patung idaman itu.

Kini, sebuah hotel di Argentina iaitu Hilton Buenos Aires bakal merealisasikan impian untuk memasuki dunia fantasi Barbie.

Bilik hotel ini dipenuhi dengan warna merah jambu, dengan segala aksesori dan perabot sebiji seakan-akan rumah permainan Barbie.

1414979835
barbie04video-undefined-22B8F2F700000578-388_636x358bar 1 Barbie Room bar 3
Barbie-Costa-Rica-Hotel-Room

Hotel ini berjaya mempromosikan bilik penginapan Barbie hingga begitu ramai yang tertarik dan mahu merasai sendiri pengalaman menginap di sini.

Peminat Barbie diberikan pilihan menginap di bilik ‘Dreamhouse Barbie‘, yang pertama seumpamanya di dunia dengan bayaran RM600 semalam hingga RM1500 semalam pada waktu puncak.

Lebih menarik, bilik Barbie turut dihubungkan dengan bilik biasa khas untuk ibu bapa yang mahukan privasi.

DSCN1807-1024x768

Baru sahaja dibuka September lalu, bilik Barbie hotel ini telah ditempah sepenuhnya hingga awal 2015. 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Imej Maktab Mahmud Bersih, Kes Buli Bukan Berlaku Di Sini - Zulqurnain

Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Maktab Mahmud Padang Terap, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung klip video kes buli yang didakwa berlaku di asrama sekolah tersebut ketika ditemui di asrama lelaki sekolah itu di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA NERANG – Maktab Mahmud Padang Terap di sini menafikan pelajarnya terlibat dalam kes buli di asrama sekolah itu yang rakaman videonya tersebar luas dalam laman sosial Facebook.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu, Mohd Zulqurnain Mohd Yusof berkata pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Kuala Nerang hari ini untuk membersihkan imej sekolah serta pelajarnya.

by .

Katanya beliau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan mengenai video tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi, yang mendakwa kejadian buli berlaku di asrama sekolah itu.

Sementara itu Ketua Ketua Polis Daerah Daerah Padang Terap, DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata hasil pemantauan anggotanya menunjukkan keadaan bilik asrama yang menempatkan 140 pelajar lelaki itu tidak sama dengan yang ditunjukkan dalam klip video itu.

Katanya terdapat banyak perbezaan antara bilik asrama tersebut dengan yang ada dalam video tersebut, warna cadar dan selimut, kedudukan katil, dan warna dinding.

“Kita boleh katakan kes buli seperti dalam video itu tidak berlaku di Maktab Mahmud Padang Terap,” katanya. – BERNAMA

Read More

Erra Fazira Akui Ada Jejaka Misteri Dihatinya...

Hubungan cinta selebriti jelita bernama Erra Fazira ini sentiasa digali dan dikorek oleh media-media hiburan kerana ramai ingin mengetahui siapakah jejaka bertuah yang menjadi pilihan hatinya selepas kegagalan rumahtangga dengan Engku Emran.

Ada yang meneka, diva popular ini sudah menemui pengganti dan lelaki tersebut merupakan orang kenamaan di Malaysia.

Bagaimanapun, gosip konon pilihannya merupakan orang kenamaan atau VVIP ditolak sekeras-kerasnya oleh Erra namun pada masa sama, mengakui sedang berkawan rapat dengan seseorang.

Erra-Fazira-565x376

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang sedang rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah golongan atasan, itu tidak benar sama sekali.

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.” 

Bagaimanapun, bila ditanya lebih lanjut mengenai lelaki tersebut Erra memilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya, dia sudah muak mendengar segala gosip dan khabar angin yang mengaitkan dirinya justeru memilih untuk berdiam diri.

78-Engku-Emran-Dapat-Hak-Jaga-Anak-Engku-Aleesya-ROTIKAYA (1)
Walau siapa pun yang dipilih Erra, semoga kali ini dia mendapat kebahagian yang diimpikan.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Berita Buruk Untuk Perokok Tegar, Tapi...

Bagi perokok-perokok tegar, kenaikan harga rokok merupakan satu "nightmare" bagi mereka, khususnya mereka yang "tidak boleh hidup tanpa rokok".

Dan bermula hari ini, harga rokok seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Lucky Strikes, Pall Mall, Rothmans dan Peter Stuyvesent akan bertambah sebanyak RM 1.50.

Kenaikan itu merujuk pada kenyataan terbaru British American Tobacco Malaysia (BAT) semalam, dan kenaikan kali ini merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah di Malaysia.

Syarikat-syarikat rokok antarabangsa itu memberi alasan kenaikan harga tersebut adalah susulan dari kenaikan duti eksais oleh kerajaan pada 1 November lalu, maka kenaikan harga rokok di pasaran tempatan tidak dapat dielakkan.

Kali terakhir British American Tobacco Malaysia (BAT) menaikkan harga rokok keluaran syarikatnya adalah pada 8 September lalu iaitu sebanyak RM 1.00.

Menurut syarikat itu, kenaikan ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan kelangsungan BAT dalam persaingan dengan syarikat rokok lain.

Kali terakhir harga rokok naik setinggi RM 1.50 bagi setiap pek adalah pada 30 September tahun lalu yang menyaksikan kenaikan tunggal terbesar dalam sejarah. 

Mungkin disebabkan iklan "rokok membahayakan kesihatan" dan pelbagai amaran serta kempen berhenti merokok sebelum ini kurang membuahkan hasil yang diharapkan, maka mungkin cara menaikkan harga rokok sebegini mampu mengurangkan jumlah perokok, sekaligus mengurangkan jumlah bilangan rokok yang dihisap perokok tegar setiap hari.

Selain itu, mungkin cara ini mampu menjimatkan wang perokok bagi kegunaan lain yang lebih jauh berfaedah selain membantu industri rokok tradisi tempatan seperti rokok daun nipah, sekaligus meningkatkan pendapatan pengusaha tembakau tempatan.

Eloklah kita cuba berhenti merokok secepat mungkin dari terus mensia-siakan nikmat kesihatan yang diberikan Allah SWT kepada kita, kan? -KedahNews.com

Read More

Dr Mahfodz Pertahan Presiden PAS, Bidas Sindiran Guan Eng

Maruah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan badan tertinggi parti itu, Majlis Syura Ulama PAS, terbela menerusi kenyataan tegas Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, yang tampil membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tegas Dr Mahfodz, merujuk pada perlembagaan parti itu, Presiden PAS mempunyai kuasa dan hak untuk membuat keputusan lain walaupun keputusan berkenaan berbeza daripada keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

"Jadi sekiranya Presiden membuat keputusan, sudah tentu ia dirujuk kepada Majlis Syura, bukan pandangannya sendiri.

"Kalau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat buat keputusan, Majlis Syura Ulama boleh keluar dengan keputusan lain. Ini kerana, Majlis Syura Ulama mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Dr Mahfodz sekali lagi menekankan pada Guan Eng dan mana-mana pemimpin PAS yang masih "buta perlembagaan PAS" dengan menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama lebih tinggi kedudukannya berbanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Beberapa Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum ini mempertikai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang mengharamkan ahli parti dari menyertai pertubuhan PasMa.

Antara yang mempersoal keputusan Ahli Majlis Syura PAS itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dan Presiden PasMa merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Guan Eng sebelum ini dikatakan menyindir PAS ketika berucap di Konvensyen DAP berkaitan sikap Presiden sebuah parti dalam PR yang menolak keputusan jawatankuasa parti itu yang dipercayai merujuk pada PAS dan Abdul Hadi.

Meskipun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu, namun dipercayai ia merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Membidas Ketua Menteri Pulau Pinang yang banyak merobohkan kampung-kampung tradisi di Pulau Mutiara itu, Dr Mahfodz memberi amaran supaya dia "menjaga tepi kain parti sendiri" sebelum "menjaga tepi kain parti lain".

"DAP sendiri memiliki badan tertinggi parti yang berbeza. Jadi jangan samakan dengan PAS kerana perlembagaan setiap parti berlainan," katanya menyindir pedas Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu. -KedahNews.com

Read More

Guan Eng Sindir, Sudah "Boring" Dengan PAS?

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai menyindir pedas rakan sekutunya, PAS, yang disifatkan sebagai bersikap "flip flop" dan gagal memberikan kerjasama atau komitmen penuh pada gabungan parti politik pembangkang, Pakatan Rakyat.

Meskipun tidak menyebut nama parti yang dimaksudkan, Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra kiasu" itu medakwa rakan sekutunya itu mengaku seolah-olah sudah berputus asa untuk bekerjasama dengan parti berkenaan.

"Di peringkat nasional, walaupun kita ada mesyuarat Pakatan Rakyat, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan.

"Kita nak tengok komitmen dengan perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini kita buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh Presiden (parti).

"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini," kata Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen DAP yang dipetik dari rakaman portal pro-pembangkang, Malaysiakini.

Rata-rata media menjangka kecaman Guan Eng itu ditujukan khas kepada PAS ekoran tindakan parti tersebut berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor yang menyaksikan "perang besar" berlaku di antara PAS dengan PKR dan DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menolak pencalonan Presiden PKR , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun pencalonan isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan pimpinan DAP serta PKR, Abdul Hadi serta Majlis Syura Ulama tetap enggan berganjak dari pendirian mereka.

Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama menegaskan Wan Azizah tidak berkeupayaan menjadi seorang pemimpin yang baik dan berkemungkinan besar hanya akan menjadi "boneka" suaminya jika dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

Read More

China Cipta Senjata Rahsia Mampu Ancam Drone US!

BEIJING – Saintis China dilaporkan berjaya membangunkan sejenis senjata canggih yang mampu menembak laser secara paling tepat sehingga jarak 2 kilometer termasuk ke atas pesawat kecil tanpa juruterbang atau drone milik tentera Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita rasmi Xinhua baru-baru ini melaporkan, sistem teknologi terbaharu itu dibangunkan Akademi Kejuruteraan Fizik China serta berupaya menembak jatuh drone seawal 5 saat sebaik pesawat saiz ultra mini tersebut dikesan dan terus dikunci sasaran.

Xinhua turut menunjukkan beberapa imej bangkai drone hangus terbakar hasil tembakan senjata rahsia China itu serta dikatakan efektif jika pesawat peninjau tersebut terbang pada ketinggian 500 meter dari bumi dan terbang dalam kelajuan 180 kilometer sejam.

Yi Jinsong, pengurus Jiuyuan Hi-Tech Equipment Corp., salah sebuah firma di bawah akademi itu berkata, senjata tersebut boleh dipasang pada apa-apa jenis kenderaan dan ia berjaya menembak jatuh lebih 30 buah drone dengan kadar kejayaan 100 peratus.

“Biasanya tugas memintas drone tentera musuh atau pengganas dilakukan askar penembak tepat di darat atau helikopter tentera udara namun ia kurang berkesan malah sering berlaku kesilapan sekali gus membazirkan wang dan tenaga,” kata Jinsong.  - AFP / CNA

Read More

Tian Chua Ugut Panel Hakim, Jika Tidak...

Belum pun panel-panel Hakim Istana Kehakiman di Putrajaya membuat sebarang keputusan, Naib Presiden PKR, Tian Chua awal-awal lagi sudah mengugut akan mengadakan perhimpunan mega di Dataran Merdeka jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuktikan bersalah.

Memetik laman pro-pembangkag, The Malaysian Insider, ugutan Tian Chua itu dilakukan di depan kumpulan penyokong Anwar yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman, semalam.

"Kalau petang ini berani mereka (panel-panel Hakim) hukum Anwar, hari Sabtu Ahad yang akan datang, kita himpun di Dataran Merdeka," kata Tian Chua mengugut panel-panel Hakim yang mendengar kes rayuan terakhir Anwar itu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, mengetuai panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan kes liwat Ketua Umum PKR itu.

Empat anggota panel lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Kenyataan Tian Chua itu seolah-olah cuba mempengaruhi dan memberi tekanan kepada lima panel Hakim berkenaan untuk membuat keputusan berpihak kepada Anwar dan menidakkan keadilan berhubung kes yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Bagaimanapun, perbicaraan rayuan kes liwat II telah dilanjutkan ke hari ini bagi memberikan hak kepada pihak pembela mengemukakan hujah balas pada sesi yang bersambung di sebelah petangnya. -KedahNews.com

Read More

Ribut Berterusan Di Alor Setar, Pokok Hempar Kenderaan

Kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mengambil tindakan pantas memotong dan membersih kawasan sekitar sebatang pokok yang tumbang bagi mengeluarkan kereta yang dihempap dalam kejadian angin ribut serta hujan lebat di Alor Setar petang ini. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Kejadian ribut yang melanda Kedah terutama di daerah Kota Setar sejak beberapa hari lepas, berterusan hari ini mengakibatkan beberapa pokok di sekitar bandar raya ini tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat.
 
Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang, sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Sultan Badlishah di sini dihempap pokok sebesar pemeluk ketika hujan lebat dalam tempoh kira-kira 15 minit.
  
Angin kuat mengakibatkan pokok jenis cemara itu tumbang.
  
Kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana pemilik kenderaan itu, Chin Kuen Han, 32, tidak berada di dalam kereta Honda CRV itu kerana masih berada di pejabat yang terletak berdekatan tempat kejadian.
  
Chin berkata beliau menyedari kejadian itu selepas dihubungi rakannya yang melihat kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
 
Katanya beliau terperanjat apabila mendapati kereta yang dibelinya empat tahun lalu remuk di bahagian cermin depan, bumbung dan cermin belakang yang menyebabkan kerugian lebih RM5,000.
  
"Jam 4 (petang) lebih ada kawan call saya dia kata kereta kena pokok runtuh so saya datang tengok lepas hujan apa rosak. Nampak bumbung, cermin depan dan belakang pecah. Nasib baik saya di pejabat ketika kejadian," katanya.
  
Sementara itu, Pegawai Kanan 1 Balai Bomba Jalan Raja Ramlan Mohd Aris berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira 4.56 petang.

"Setibanya di sana, sebuah kereta dihempap pokok besar, namun pemiliknya tiada. Usaha mengeluarkan kereta tersebut dilakukan dan Majlis Bandaraya Alor Setar turut memotong dahan pokok yang tumbang," katanya. - Bernama

Read More

Tukang Kebun Bangga Berbakti 36 Tahun Di Sekolah Menengah Sultanah Asma

ALOR SETAR - “Saya mula kerja di sekolah ini dan biarlah berhenti pun di sekolah ini juga,” demikian kata Zakaria Hashim, 63, yang kini bekerja sebagai tukang kebun hampir 36 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SAS), di sini.

Menurut Zakaria atau lebih mesra dipanggil Pak Ya dikalangan pelajar dan kakitangan sekolah, dia merasa bangga kerana dapat berkhidmat di sekolah itu sejak 1978 dengan gaji permulaan RM195 pada masa itu.

Katanya, SAS mempunyai nilai istimewa dalam hidupnya kerana di situ dia mencurahkan tenaganya hinggalah ke hari ini.

“Selama bekerja dengan tujuh pengetua di sekolah ini, memang pelbagai ragam saya hadapi. Namun, semuanya beri kerjasama dan sentiasa terbuka menerima pendapat walaupun saya hanyalah seorang tukang kebun.

“Pada 1997 saya pernah diarah tukar ke sekolah lain tetapi pihak sekolah membuat rayuan supaya mengekalkan saya di sekolah ini. Peristiwa itu tidak dapat saya lupakan dan secara tidak langsung menunjukkan penat lelah saya selama ini  diterima oleh pihak sekolah,” katanya yang pernah menerima Sijil Penghargaan Kehadiran Cemerlang iaitu tanpa mengambil cuti sakit dan cuti tahunan.

Pak Ya berkata, setiap pelajar di sekolah ini sudah dianggap sebagai anaknya dan dia sanggup memberi bantuan jika diperlukan.
"Saya tidak sangka, segala pengorbanan tidak pernah dilupakan. Saya pernah ke hospital dan mendapati beberapa doktor di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) adalah bekas pelajar di sekolah itu.

“Paling menyentuh hati, apabila mereka menegur saya ketika di hospital dan mereka tidak malu bertanya khabar walaupun saya hanya seorang tukang kebun," katanya.

Pada 2007, Zakaria menamatkan perkhidmatannya sebagai Pembantu Rendah Awam kerana berpencen. Bagaimanapun pihak sekolah masih tetap menawarkan pekerjaan kepadanya supaya dia meneruskan kerja menjaga kawasan di sekolah itu.

“Jasa paling tidak dapat dilupakan sejak berkhidmat di sekolah ini ialah menerima Anugerah Sekolah Dalam Taman 1990 dan kejayaan itu adalah kemenangan kepada seluruh kakitangan dan pelajar di SAS itu," katanya ketika mengimbau kenangan manis sepanjang berkhidmat di sekolah itu. 

Sumber: Sinar Harian

Read More

Syabas Polis Kedah, Rampas 53 Mesin Judi Sebulan!

ALOR SETAR - Polis Kedah akan terus memerangi aktiviti mesin judi haram di negeri ini dalam usaha membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa.

Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata sepanjang Oktober lepas, pihaknya melancarkan serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram dan merampas 53 mesin judi.

"Dalam tempoh sebulan, kita melancarkan 87 serbuan ke atas premis yang menjalankan kegiatan mesin perjudian yang melibatkan 40 tangkapan, 53 rampasan mesin yang melibatkan wang rampasan sebanyak RM982.

"Selain itu, kita juga mengambil tindakan bagi membanteras kegiatan loteri awam tanpa lesen dalam tempoh sama yang melibatkan 54 serbuan, 43 tangkapan dan wang rampasan bernilai RM3,301," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata polis juga berjaya menahan 20 wanita warga asing dalam operasi 'Ops Noda' yang dijalankan sepanjang bulan lepas dalam 11 serbuan di sekitar Kedah.

"Bagi 'Ops Noda' 11 serbuan telah dijalankan dengan 32 tangkapan melibatkan 20 wanita warga asing iaitu 17 Thailand, dua Myanmar satu Vietnam.

"Kesemua mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963," katanya. - Bernama

Read More
Newer Posts Older Posts Home