"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Monday, 7 July 2014

Rumah Dimasuki Penjenayah, Dato" Yusof Haslam Lepaskan Tiga Das Tembakan


Kuala Lumpur, 7 Julai – Rumah pengarah filem Datuk Yusof Haslam di Taman Melawati, di sini dipecah masuk, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa sedang menonton televisyen sebelum terdengar jeritan pembantu rumahnya di tingkat bawah rumah mangsa.

Jurucakap polis berkata, mangsa bergegas ke bilik dan mengambil pistol lalu melepaskan tembakan amaran ke arah tangga rumahnya.

Menurutnya, mangsa mendapati pintu grill rumahnya itu sudah diumpil seterusnya melepaskan dua lagi tembakan ke arah hutan kerana mensyaki penjenayah terbabit melarikan diri ke kawasan itu.

Pemeriksaan mangsa mendapati bilik di tingkat empat rumahnya berada dalam keadaaan berselerak.

Bagaimanapun, barang yang hilang masih belum dikenal pasti.


Sumber : Metro Online

Read More

Bergambar Di Majlis Kematian, Fasha Dikritik Tak Tahu Jaga Perasaan Orang

fasha

Semalam, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini dan juga anak kedua Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12, yang meninggal dunia disebabkan penyakit kanser perut yang dihidapinya sejak awal tahun ini.

Jika mendengar hal kematian, memang agama kita menganjurkan untuk turut saling ziarah-menziarahi kerana secara tidak langsung, ianya mengingatkan kita kepada kematian yang boleh sahaja berlaku pada bila-bila masa sekiranya masa kita sudah tiba untuk dijemput oleh Ilahi.

Namun apa yang penulis ingin fokuskan di sini ialah habit sesetengah orang yang gemar menangkap gambar tanpa memikirkan sensitiviti ahli keluarga yang baharu sahaja kematian orang tersayang.

Sebagai contoh, gambar selebriti popular Fasha Sandha yang sempat bergambar bersama rakan artis seperti Emylia Rosnaida dan Emelda Rosmila di majlis kematian anak Linda sememangnya menerima kecaman daripada sebahagian besar peminatnya yang merasakan gambar-gambar sebegini tidak elok dikongsikan buat tatapan umum.

Ini kerana tindakan Fasha seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan Linda sekeluarga yang baharu sahaja kehilangan Rezaimen.

Namun, penulis difahamkan Fasha sudah pun memadamkan gambar tersebut di laman Instagramnya.

Baguslah begitu, tak payah panjang-panjangkan cerita, cumanya diharapkan Fasha akan lebih berhati-hati lagi selepas ini jika ingin berkongsi sebarang gambar untuk tatapan peminatnya.


Sumber : MYNEWSHUB.MY

Read More

Carmen Soo Ucap Takziah Kepada Sharifah Amani?


Kuala Lumpur, 7 Julai – Model dan pelakon, Carmen Soo, 37, yang mengucapkan takziah kepada pelakon Sharifah Amani mencetuskan suasana yang agak melucukan di laman sosial Twitternya semalam.

 Soo yang ingin menyampaikan salam takziah terhadap biduanita negara, Dato Sharifah Aini telah menulis status takziah kepada individu lain iaitu pelakon Shahrifah Amani.

"RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani)," tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.

Status yang ditulis oleh Soo telah mendapat perhatian daripada pelakon itu dengan membalas mesej Twitter yang telah dimuatnaik dengan berkata, ‘Weh! I’m stil alive and Twitting lah.’ (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).


Akibat dari kesilapan itu, Soo kemudiannya telah memohon maaf atas kesilapannya dan memberitahu maksud sebenar status yang dimuatnaik adalah bertujuan mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.

Sharifah Amani tidak mahu mengambil serius status yang telah dimuatnaik itu dan beranggapan tindakan Soo satu perbuatan yang tidak disengajakan.

Apa yang menarik perhatian KedahNews.com, tindakan Soo yang tidak disengajakan itu telah mendapat perhatian daripada pengikutnya yang telah melakukan lebih 400 ulang Twit (retweet) ke atas status tersebut.

Laman sosial Twitter Soo mempunyau kira-kira 357,00 orang pengikut.


Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Kaki Ponteng Jadikan Premis Makanan Bukan Islam 'Port' Untuk Makan


Alor Setar, 7 Julai – Umat Islam yang tidak berpuasa sanggup jadikan gerai atau premis makanan bukan Islam sebagai tempat mereka untuk makan bagi mengelakkan diri dicekup oleh pihak berkuasa.

Golongan yang digelar sebagai kaki ponteng puasa didakwa sanggup berada dalam suasana yang tidak selesa mahu pun dalam keadaan yang tidak bersih asalkan mereka dapat menjamu selera tanpa perlu bimbang kedatangan penguatkuasa.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pihaknya telah mengesan beberapa kaki ponteng menggunakan premis makanan bukan Islam sebagai tempat atau port untuk makan bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.

 “Taktik ini digunakan bagi mengelakkan diri mereka dicekup pihak penguatkuasa kerana tidak menjalankan ibadah puasa.

“Disebabkan tidak boleh menjamah makanan di khalayak ramai, mereka tidak berpuasa sanggup mengambil jalan mudah membeli makanan di kedai bukan Islam,” katanya.

Menurutnya lagi, golongan ini sanggup menjadikan kedai bukan Islam sebagai lokasi sementara mereka untuk tidak berpuasa kerana kebanyakkan kedai Islam di negeri ini tidak dibuka sejajar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah.


"Ketika ditahan, kebiasaannya golongan kaki ponteng puasa memberi alasan tidak larat, sakit ataupun lebih mengecewakan, mendakwa diri sebagai bukan Islam," katanya.

Namum begitu, pihaknya kini sedang merancang beberapa strategi bagi menangkap golongan ini sekaligus mencapai matlamat yang ditetapkan kerajaan negeri agar semua kaki ponteng dihapuskan sepanjan bulan ramadhan ini.

Ahmad Faisol berkata, beberapa Bandar besar termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, Kuala muda dan Langkawi telah dikesan menjadi lokasi tumpuan kaki ponteng berbanding pekan kecil seperti Yan.

Daripada pemerhatian yang dibuat, golongan ini selalu menjadikan tapak pembinaan,tempat kerja, kawasan hutan ataupun kedai makanan sebagai lokasi untuk mereka makan.

"Ada juga peniaga dikesan menjual makanan kepada kaki ponteng di kediaman sendiri dan bonet kenderaan bagi mengaburi mata umum," katanya lagi

Dalam pada itu, mereka yang memperolehi pendapatan daripada penjualan makanan kepada golongan kaki ponteng tetap dikategorikan sebagai haram.

Justeru, katanya, sesiapa dikesan melakukan kesalahan tidak menghormati bulan puasa dengan menjual atau makan di khalayak ramai akan didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 Seksyen 14.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Nukilan Terakhir Allahyarhamah Syarifah Aini Buat Aliff Begitu Menyentuh Jiwa...

Perginya seorang biduanita negara. Seorang lagenda industri hiburan tanahair "evergreen" dan memiliki jutaan peminat di dalam dan di luar negara. Pemergiannya merupakan satu ketentuan Allah SWT dan ramai yang rasa kehilangan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa beliau memiliki seorang anak lelaki tunggal bernama Aliff Omar, yang tidak menceburi bidang industri hiburan tanahair seperti ibunya.

Lebih kurang 11 tahun, Aliff berada di bumi Madinah Al-Munawwarah, taat pada kehendak ibunya yang mahu dia meneroka ilmu Allah yang luas dan bergelar "Al-Hafiz" yang hafaz kesemua 30 juzuk Al-Quran.

Sebagaimana maklum, Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya menyatakan seorang anak yang "Al-Hafiz" akan diberi kelebihan memberi syafaat pada kedua ibu bapanya di akhirat kelak. Bijak pilihan sungguh arwah...

Dipenghujung hayatnya, arwah Syarifah Aini sempat berkongsi dengan umum berkenaan nukilan terakhirnya yang ditujukan khas buat Aliff. Penuh dengan sifat keibuan dan benar-benar menyentuh jiwa...

KedahNews.com kongsikan buat panduan bersama, "dari seorang ibu buat anaknya yang tersayang.."
Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jumaah besama…mendapat undangan berbuka puasa besama…kadang-kadang Aliff jadi Imam dirumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.
 
Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluar kan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidah nya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….routine kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca AlQuraan & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bangun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca AlQuraan sampai subuh……. Mi turun bersahur dan makan bersama-sama… Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALAH….Kami semua di rumah nak habis kan Khatam Quraan sebelum lagi berakhir nya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga Kiamulaii kami dah selesai Khatam AlQuraan.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu kelauarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanan nya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff… jika ALLAH izin kan Mami ingin mati diPangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir… Mami ingin Aliff Jadi Imam untuk Solatkan Jenazah Mami… Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi…. Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang menguruskankan pemandian Jenazah…. Jika Mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gambar…. Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk ke dalam Internet. Jika mami sakit di hospital…Ambil 4 bilik penuhkan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami bacakan ayat2 AlQuraan dan Surah Yassin untuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain di Hospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun mencari rezeki dikelilingi dan bermandikan Fitnah untuk mendapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup besederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya!

CINTA IBU BAWA KE SYURGA ALLAH WAHAI ANAK KU.

Read More

Solat Dua 'imam' Cemarkan Ramadhan Di Kelantan?

Wujud dua kumpulan (duduk dan berdiri) sebelum menunaikan solat.

RANTAU PANJANG – Ramadan yang mulia dicemari dengan insiden di mana berlaku solat membabitkan dua imam serentak di Masjid Pondok Banggol Stol, Meranti semalam.

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Pengakuan kumpulan satu

Pemilik tapak masjid berkenaan, Ustaz Yahya Zakaria berkata, selepas melanjutkan pelajaran di Mesir, dia pulang ke kampung ini dengan harapan dapat menyambung perjuangan bapa (Tok Guru Zakaria) sebelum ini.

Menurutnya, ketika itu tiada masalah berlaku sehinggalah pada tahun 2010 apabila penduduk tidak berpuas hati dia menjemput para ulama dari dalam dan luar negara ke kampung ini.

“Mungkin mereka tidak berpuas hati kerana kami tidak mengajak mereka bersama menganjurkan majlis meriah seumpama itu.

“Bagi saya, saya amat berbangga apabila ramai para ulama seluruh dunia berkumpul di kampung ini namun tidak pada penduduk, apabila terus menerus melempar fitnah kepada saya,” katanya.

Beliau yang juga guru di sekolah dekat sini berkata, tiada sebarang perbezaan dilakukan dalam berdakwah mengikut Tarekat Tarjani.

Menurutnya, selawat dan solatmengikut ajaran Islam yang sebenar tiada sebarang tokok tambah.

Namun katanya, penduduk tidak yakin sehingga sanggup membuat saf baharu meskipun saya bersiap mahu menunaikan solat di masjid ini.

“Saya paling kecewa pada 2012 lalu, apabila mereka melarang saya menunaikan solat di dalam masjid yang dibina arwah bapa saya biarpun tanah ini sudah pun diwarisi kepada kami tiga beradik,” katanya.

Menurutnya, tindakan penduduk kampung diibaratkan menidakkan hak mereka seterusnya sengaja menimbulkan huru-hara.

Disebabkan katanya, dia memfailkan saman di Mahkamah Tinggi agar tidak membenarkan penduduk menjejakkan kaki ke dalam masjid ini pada 12 Disember tahun lalu.

Kumpulan kedua beri penjelasan

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Nor Razali berkata, kejadian ini bermula pada 2010 lalu namun mula memuncak pada 2011 sehingga 2012 lalu.

Ketika itu katanya, penduduk dipelawa mengikut ajaran tarekat berkenaan namun kebanyakannya tidak yakin seterusnya tidak mengikut saranan yang dibawa oleh Ustaz Yahya Zakaria.

Beberapa lama selepas itu, Mohd Nor mendakwa Ustaz Yahya membuat perintah mahkamah agar tidak membenarkan 13 penduduk menunaikan solat di masjid ini bermula akhir tahun lalu.

Memandangkan masjid ini dibina di atas tanah hak milik tiga anak Allahyarham Tok Guru Zakaria, maka penduduk dilarang menjejakkan kaki di pekarangan masjid kerana didakwa boleh mencetuskan perselisihan.

Namun pada 1 Julai lalu, mahkamah membenarkan penduduk menunaikan solat terawih sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, jemaah dari kumpulan Ustaz Yahya juga tidak menghalang penduduk memasuki masjid namun keengganan berganjak dari saf depan menyebabkan  kejadian solat dua imam serentak.

Katanya, penduduk sukar tunaikan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa kerana kumpulan pertama enggan berganjak dari saf hadapan.

Maka katanya, jemaah terpaksa membuat saf baharu, satu saf di belakang kumpulan pertama untuk solat Maghrib, Isyak dan solat tarawih.

“Mereka hanya duduk di hadapan saf tanpa tunai solat terlebih dahulu dan mendakwa sedang berselawat.

“Disebabkan waktu Isyak semakin menghampiri, maka kami terpaksa menunaikan solat di belakang saf mereka, tanpa menunggu mereka selesai berselawat,” katanya.

Keadaan ini katanya, turut berpanjangan sehingga ke solat tarawih membabitkan jemaah yang sama, mengikut dua imam berlainan.

Sementara itu, penduduk, Ismail Awang, 75, berkata, di masjid seramai 500 jemaah dapat menunaikan solat dalam satu-satu masa.

Namun katanya, insiden ini menyebabkan ramai tidak dapat menunaikan solat sekali gus menyukarkan penduduk untuk beribadah di bulan Ramadan.

Sementara itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyiasat punca berlakunya insiden solat dua imam serentak di masjid berkenaan.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dato’ Ir Yusoff Ismail berkata, sebelum ini pihaknya tidak terima selaporan berhubung kejadian ini.

Namun katanya, Maik akan hantar pegawai untuk mengetahui masalah yang berlaku membabitkan dua pihak terbabit seterusnya mencari jalan penyelesaian kes berkenaan.


“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku terutama ketika bulan Ramadan malah berlaku di dalam rumah ALLAH,"katanya.

Sumber : Sinar Harian

Read More

MASEU Halangan Utama Pulihkan MAS #SelamatkanMAS

KUALA LUMPUR – Halangan utama bagi Malaysia Airlines (MAS) untuk kembali meraih keuntungan adalah kesatuan sekerjanya, kata sebuah kumpulan pemikir utama, Ahad.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan berkata setiap kali usaha dibuat untuk melakukan pembaharuan atau penyusunan semula syarikat penerbangan itu bagi mendapatkan semula keuntungan, kesatuan sekerja akan bangkit menentang kebanyakan daripada cadangan-cadangan yang diusulkan.

“Jadi saya rasa apa yang kita perlu lakukan untuk menjadikan MAS syarikat yang menguntungkan adalah dengan menjinakkan pengaruh kesatuan sekerjanya. Mereka agak terlalu berpengaruh, terlalu lantang, terlalu berkuasa. Ya, harus menghormati hak pekerja kerana hak mereka amat perlu dihormati.

“Tetapi kuasa kesatuan sekerja kadang-kadang tidak selari dengan kepentingan syarikat itu sendiri. Ironinya jumlah kakitangan MAS terlalu besar sedangkan syarikat itu sendiri mengalami kerugian. Biasanya, sesebuah syarikat akan mengurangkan kos apabila ia tidak mencatatkan prestasi yang baik,” katanya kepada Bernama.

Wan Saiful juga mengkritik kesatuan sekerja itu kerana keengganannya untuk berubah, sambil menambah mereka harus menerima perubahan agar syarikat penerbangan tersebut boleh diselamatkan.

Beliau berkata untuk menyelamatkan keseluruhan syarikat, beberapa keputusan yang sukar perlu diambil dan sekiranya kesatuan sekerja berterusan menentang, tidak ada apa yang boleh dicapai.

Apabila diminta pandangannya tentang apakah pokok masalah MAS, Wan Saiful berkata syarikat penerbangan nasional itu setanding dari segi menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun jika dibandingkan dengan syarikat penerbangan utama seperti Emirates atau American Airlines tetapi ia tidak dapat bersaing dari segi harga.

Menyebut satu contoh, beliau berkata bagi penerbangan selama 45 minit ke Pulau Pinang dari sini, penumpang lebih memilih pilihan yang lebih murah berbanding MAS kerana mereka tidak kisah jika dihidangkan dengan sandwic sekalipun kerana mereka boleh bertahan walaupun tanpa meminum air semasa penerbangan.

Begitu juga, terdapat perbezaan besar beberapa ribu ringgit tambahan bagi penumpang yang menaiki MAS ke Dubai dari sini berbanding menaiki Emirates.

“Jadi terdapat kos yang besar, berlakunya persaingan kos yang sengit dan MAS perlu benar-benar berusaha menanganinya. Saya rasa ini adalah masalah paling besar, mereka perlu mengurangkan kos dengan ketara tetapi atas sebab-sebab tertentu ini tidak berlaku,” kata Wan Saiful.

“Juga salah satu daripada perbelanjaan terbesar adalah bagi kos kakitangan dan dengan kesatuan sekerja menentang keras perubahan itu, ianya tidak akan berlaku.”

Wan Saiful juga menggesa hubungan antara MAS sebagai sebuah syarikat atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditamatkan.

"Ia perlu diputuskan. Apabila anda putuskan, barulah MAS perlu beroperasi sendiri. Ia tidak boleh lagi bergantung kepada bantuan menyelamat. 

"Jika anda perlu ditutup, anda perlu ditutup dan barulah kakitangan akan dapat melihat realiti sebenar dan kesatuan sekerja tidak lagi boleh bermain politik kerana anda kini hanya sebuah syarikat sama seperti yang lain dan tidak ada orang yang akan melindungi anda lagi.

"Jika anda putuskan hubungan itu, saya rasa akan ada berlaku beberapa perubahan besar," katanya.

Beliau berkata selagi MAS kekal sebagai GLC, kakitangannya akan merasakan mereka selamat kerana apa juga yang akan berlaku kerajaan akan sentiasa menyelamatkan mereka.

Wan Saiful berkata isu dalam MAS bukan lagi tentang apa model yang perlu diguna pakai tetapi sama ada atau tidak terdapat kesungguhan politik untuk berubah.

“Dan seperti semua yang lain di Malaysia, apabila tiba kepada kesungguhan politik untuk membuat keputusan sukar, ia tidak akan berlaku,” katanya. – BERNAMA

Read More

Pekan Rabu Dibina Semula November Ini..!

ALOR SETAR – Pembinaan semula Kompleks Pekan Rabu bernilai RM53 juta di sini akan bermula mengikut jadual pada November ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek.

Hasan berkata, projek membina semula Pekan Rabu merupakan inisiatif Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB) untuk menyediakan sebuah kompleks perniagaan moden bagi keselesaan para peniaga serta pengunjung.

“Ciri-ciri keunikan konsep asal Pekan Rabu akan dikekalkan dan pihak kami memberi jaminan peniaga asal akan dapat masuk semula ke kompleks baharu, malah ruang niaga akan bertambah, jadi akan ada peniaga baharu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pekan Rabu, di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 277 peniaga yang menjalankan pelbagai jualan seperti makanan, kuih dan pakaian tradisional, tukang jahit, songkok, kraftangan tempatan, buku, kitab, majalah serta produk industri kecil dan sederhana (IKS).

“Objektif utama projek ini adalah untuk menyediakan ruang niaga yang mencukupi dan selesa bagi peniaga-peniaga dan pengunjung Pekan Rabu serta kemudahan pentadbiran koperasi. Ruang letak kereta bawah tanah yang mempunyai 216 lot akan dibina,” katanya.

Hasan berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah meluluskan permohonan tanah daripada koperasi seluas 5,062 meter persegi di tapak lama di Jalan Tunku Ibrahim, di sini untuk pembinaan kompleks berkenaan.

Beliau berkata, pembinaan semula kompleks Pekan Rabu dijangka meningkatkan purata perolehan koperasi sebanyak 6 peratus iaitu RM720,000 setahun sekarang kepada RM760,000 setahun.

“Peningkatan purata sebanyak 20 peratus jumlah jualan harian peniaga-peniaga, sekarang RM280,000 sehari kepada RM336,000 dan jumlah pengunjung juga dijangka meningkat 30 peratus (hari biasa: 300 orang, cuti/perayaan: 1,000 orang),” katanya.

Beliau berkata, jumlah bilangan kedai dalam kompleks baharu adalah 183 unit kedai besar, kedai kecil (100), kedai makan (24) dan kiosk (48).

Sementara menunggu pembinaannya siap, peniaga sedia ada akan ditempatkan di bangunan Ukir Mall di sini dan mereka dijangka berpindah pada 1 Ogos ini, kata Hasan.

“Pembinaan semula kompleks Pekan Rabu adalah sesuatu yang sensitif kerana ia menyentuh sensitiviti rakyat Kedah, tapi kita lakukan ini untuk kebaikan semua, kita akan uruskan sebaik mungkin,” katanya. – BERNAMA

Read More

AWAS: Jangan Ditipu Sendikit Tipu Bayaran Bil TNB..!

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati terhadap sindiket penipuan pembayaran bil elektrik TNB melalui individu yang kononnya mewakili ejen persendirian.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir berkata TNB tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen persendirian untuk menghubungi atau mendekati pengguna secara terus mengenai pembayaran bil elektrik.

“Kami ingin mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket untuk mendapatkan bayaran daripada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kamaliah berkata sebagai organisasi yang sentiasa mengutamakan pelanggan, TNB menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan urusan pembayaran dan sentiasa memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat berkaitan pembayaran bil elektrik bulanan mereka.

Bayaran boleh dijelaskan di kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB, perkhidmatan online serta di institusi kewangan, Jabatan/Agensi Kerajaan dan syarikat pihak ketiga yang menjalankan operasi kutipan bil dari lain-lain utiliti dan pembekal perkhidmatan.

“Ingin diingatkan ejen kutipan TNB tidak akan menghubungi atau mendekati pengguna bagi memaklumkan pengguna bil elektrik yang perlu dibayar dan seterusnya mengambil bayaran terus daripada pengguna,” katanya.

Kamaliah berkata, ejen kutipan bil elektrik TNB yang sah hanya menerima bayaran dalam bentuk tunai (kaunter pembayaran, kiosk layan diri dan mesin deposit tunai), debit terus kad kredit (online, autopay, phone banking) dan iDebit terus akaun simpanan & akaun semasa (online, autopay, direct debit, phone banking, mesin ATM).

Beliau menambah ejen kutipan juga tidak menerima sebarang pembayaran melalui Cek/Draf Bank.

“Pengguna akan dihubungi ejen kutipan hutang TNB sekiranya mereka mempunyai tunggakan bil elektrik yang telah tamat tempoh kredit. Namun, pengguna tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman web http://www.tnb.com.my untuk mengetahui senarai saluran pembayaran bil elektrik TNB.

- BERNAMA

Read More

PPD Tak Mampu Ambil Tindakan Pada Guru Ini?


KedahNews.com tidak kenal lelaki berbaju batik hijau dan lelaki berbaju batik merah yang dihamun itu. 

Namun sumber memberitahu bahawa lelaki berbaju merah itu merupakan seorang pengetua manakala lelaki berbaju merah itu pula adalah seorang guru di sekolah yang sama.


Jika dirujuk lagi pada klip youtube di atas, ulasannya tertulis seperti di bawah: 
Guru pendidikan khas sk bandar mentakab, pahang sejak 2009. Sblm tu kt sk jenderak. Suka cari gaduh dengan semua cikgu. Guru besar skrg adalah yg ke-3.

Guru besar sblm ni penah buat laporan tp x smpi ke atas. Ppd penah dtg tp kes senyap mcm tu aje. Dulu dia langsung x masuk kelas. Skrg masuk tp tak sepenuhnya. Skrg dh start nk pukul budak. Guru2 semua sanggup bagi kerjasama kalo nk siasat tp pentadbir tak pasti.

Pentadbir tu gb n gpk. Ayah dia penah buat repot kt ppd kata cikgu sekolah ni yg ganggu anak dia. Tadi guru2 dh kumpul tandatangan utk buat memo laporan tp x pasti nk htr ke sapa.
KedahNews.com agak terkejut dengan sikap guru berbaju hijau itu. 

Timbul persoalan, apakah dia "sasau", "gila" atau memang mempunya masalah mental yang serius?

Persoalan yang lebih umum, mengapa Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri mahupun Kementerian Pelajaran tidak mengambil sebarang tindakan dan membiarkan lelaki itu berkhidmat mengajar anak bangsa di sekolah? -KedahNews.com

Read More

AWAS: "Orang Bakal Terkaya Di Dunia" Kini Menipu Di Malaysia?

Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia?

Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.

Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia.


Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara.

Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan.

Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini.


Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid.

Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia.

Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini.

Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.


Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian.

"Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli.
"Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. 
"Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia Huang Huikang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini.

Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Selangor Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu.

Sumber: Mstar.

Read More

Siti Tiada Sekelumit Dendam Pun Pada Arwah Kak Pah..

Penyanyi Datuk Siti  Nurhaliza Tarudin menjelaskan dia tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap biduanita negara Datuk Sharifah Aini, 61, walaupun pernah terjadi krisis diantara mereka sebelum ini.

Siti, 35, berkata, dia tetap menghormati biduanita tersebut sebagai seorang kakak yang banyak mengajarnya mengenai dunia muzik selain memberi jasa besar terhadap industri seni tanah air.

"Yang dah lepas itu lepaslah. Saya tak simpan dalam hati dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir saya bertemu dengannya ketika beliau muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan imej bertudung," katanya.

Siti ditemui di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dekat sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sharifah Aini.

Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain virus Influenza A H1N1.

Siti dan Sharifah Aini sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai krisis sehingga membuatkan mereka tidak bertegur sapa.

Salah satu foto Siti dan Allahyarham yang dirakamkan ketika sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.

Bagaimanapun hubungan mereka kembali jernih selepas beberapa wartawan hiburan memainkan peranan untuk mejernihkan kembali hubungan mereka dan detik itu dirakamkan untuk satu sesi fotografi bagi keluaran Hari Raya pada tahun 2010.

Sementara itu, Siti yang ditemubual media selepas dia membacakan surah Yasin kepada Allahyarham dengan reaksi  wajah yang cukup sedih sehingga membuatkan beliau tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata apabila bercakap mengenai biduanita itu.

"Sejak disatukan bersama dalam sebuah sesi fotografi sebelum ini, hubungan kami seperti adik beradik.

"Subhanallah, dia pergi ketika di bulan Ramadan dan ia berlaku hanya kepada insan-insan yang terpilih.

"Terlalu banyak kebaikan beliau lakukan membuatkan saya begitu kagum dengannya. Bukan hanya saya, arwah ayah saya juga menyanjunginya," ujar Siti.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara dekat sini sebelum solat Zohor pada Sabtu.

Sumber: Mstar

Read More

Peniaga Di Kedah Buka Kedai Lepas Jam 3 Petang Sahaja, Arahan Exco Kerajaan Negeri


Kuala Nerang, 6 Julai – Restoran atau premis perniagaan yang menjalankan operasi sebelum jam 3.00 petang sepanjang bulan ramadhan akan dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan atau disita jika melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim berkata, kesemua premis yang menjual makanan perlu menjalankan operasi selepas jam 3.00 petang kecuali restoran francais makanan segera seperti KFC, Pizza Hut dan Mc Donald.

Selain itu, Badrol Hisham juga berkata, sebuah restoran yang berada di Jeti Kuah, Langkawi iaitu Restoran Hameed turut diberikan kelonggaran untuk beroperasi seperti biasa atas faktor pelancongan.

"Restoran ini (Hameed) banyak melibatkan pelancong dan terletak di jeti. Para pengusaha restoran diminta tidak melanggar syarat yang diberikan. Jika ada tindakan tegas akan diambil," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Santai Sahur Jom Tengok Bola di Kampung Baru Tualak di sini awal, pagi Ahad.

Justeru itu, dia meminta pihak berkuasa di negeri Kedah akan memantau setiap premis makanan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mahu orang awam melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat premis kediaman menjalankan aktiviti seperti perjudian.

"Banyak tindakan perundangan yang boleh kenakan. Kena tengok aduan..kalau ada ambil tindakan.
"Saya rayu kepada masyarakat jika ada premis kediaman digunakan untuk perkara seperti itu, supaya beri maklumat kepada pihak berwajib. Kadang-kadang pihak berkuasa tak tahu.

"Ingin saya jelaskan lesen hiburan dikeluarkan pejabat daerah dan bukan pihak berkuasa tempatan (PBT). Isu ini (mesin judi haram) kini menjadi kerisauan masyarakat terutama di kawasan majoriti orang Islam," katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

David Beckham & Victoria Sambut Ulang Tahun Perkeahwinan Ke 15


PASANGAN Victoria dan David Beckham sering menjadi perhatian ramai apabila mereka dianggap menjalani kehidupan sempurna.

Terbaharu, kehidupan pasangan itu dilihat lebih bahagia apabila mereka menyambut ulang tahun perkahwinan ke-15 pada 7 Julai lalu.

Victoria telah meluahkan perasaan bahagianya di akaun Twitter dengan memuat naik foto lama ketika mereka berkahwin pada 15 tahun lalu.

"Terima kasih atas mesej-mesej indah yang diberi. Hari ini adalah hari yang sangat istimewa buat kita berdua. Cinta dan sokongan darimu sangat bererti buatku," katanya.

Sepanjang 15 tahun hidup bersama, pasangan itu juga tidak pernah lari daripada gosip-gosip panas.

Malah David pernah dilaporkan menjalinkan hubungan skandal dengan ramai wanita, namun hubungan pasangan suami isteri itu masih lagi bertahan sehingga kini.


Pasangan itu turut mempunyai empat orang anak iaitu Brooklyn Joseph, 15, Romeo James, 12, Cruz David, 9 dan Harper Seven, 3.

Sumber : Mstar

Read More

Anak Hantar Notis Putuskan Hubungan Dengan Bapa Di Akhbar?


Seorang lelaki berbangsa Cina telah mengiklankan di akhbar untuk memutuskan hubungan kekeluargaan daripada bapa mereka secara rasmi bersama dua lagi adik-beradiknya.

Berkemungkinan tindakan sebegitu diambil kerana hutang dengan ceti haram yang dibuat oleh bapa mereka sehingga ceti atau Ah Long sudah mula mengganggu hidup mereka.

Biasanya tindakan sebegini diambil untuk mengelakkan Ah Long terus memburu tiga beradik itu sebaliknya terus sahaja memburu bapa mereka yang berhutang.

Secara jelas tidak diketahui adakah iklan akhbar ini sahih tetapi daripada cara cetakan di akhbar, ia nampak tulen cuma tidak tahu terbitan akhbar yang mana satu.

Bagaimanapun, jika ia benar maka terlampau dahsyatlah tahap hubungan kekeluargaan di dalam hidup manusia sekarang sehingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan secara rasmi sebegitu rupa.

Sumber : Mynewshub.my

Read More

Awie Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah


Vokalis Wings, Ahmad Azhar Othman, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memukul isterinya, Rozana Misbun dan minta dibicarakan. Pengakuan penyanyi yang dikenali dengan nama Awie itu dibuat dihadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Seksyen / Majistret Ampang.

Pada 2 Jun 2014, kira-kira jam 1.30 petang, pelakon filem 'Sembilu' itu didakwa dengan sengaja mengasari Rozana sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang.

Pelakon filem 'Cuci' itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum ini, media mendedahkan berita mengenai seorang penyanyi kumpulan rock yang didakwa memukul isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu dan berdasarkan laporan itu, ramai pihak yang menyimpulkan individu yang dimaksudkan adalah Awie.

Namun begitu, Awie yang ditemubual GUA selepas berita itu tersebar enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut dan Awie tidak mahu mengiyakan dan menidakkan dakwaan tersebut.

Baru-baru ini pula terdapat beberapa keping gambar wanita yang wajahnya cedera, dipercayai akibat dipukul. Gambar tersebut didakwa merupakan gambar Rozana.

Sementara itu, mahkamah telah memerintahkan Awie membayar wang ikat jamin sebanyak RM9000 dengan dua orang penjamin dan kes Awie akan disebut semula pada 11 Ogos 2014.

Awie mempunyai lima orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14 dan Puteri Aleefa Antasha, 12, menerusi perkahwinan pertama Awie bersama penyanyi Arni Nazira, manakala tiga lagi anak, Putra Ahmad Merah, 7, Putra Ahmad Rezkki, 6 dan Puteri Qasseh Antasha, 4, adalah menerusi perkahwinan kedua Awie bersama Rozana.

Sumber : gua.com.my

Read More

Almy Nadia Mengaku Sudah Hamil


Menerusi akaun Instagram pemenang pencarian program realiti Gadis Melayu TV9 musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau lebih dikenali sebagai Aida, dia ada memuat naik satu entri ucapan tahniah kepada pasangan pelakon Almy Nadia atas kehamilan pertamanya hasil perkahwinan dengan aktor Fizz Fairuz. GUA menghubungi Almy sendiri untuk mendapatkan komen lanjut.

“Alhamdulillah. Kehamilan saya masih di peringkat awal. Sepatutnya berita gembira tersebut saya tak mahu dedahkan dahulu kepada semua kerana kandungan masih baru.Tapi Aida adalah rakan baik saya, dan saya berkongsi berita ini dengan dia.

Saya faham, dia sebagai kawan turut rasa gembira dengan berita ini dan berkongsi kegembiraannya menerusi Instagram. Kalau boleh, saya enggan hebohkan berita ini, tapi perkara sudah berlaku. Jadi kini saya hanya berharap agar peminat-peminat di luar sana dapat mendoakan agar saya dan kandungan saya selamat dan baik-baik sahaja, Insya-Allah,” kata pelakon drama bersiri ‘Dunia Baru’ ini.

Enggan mendedahkan usia sebenar kandungannya, Almy menganggap ini sebagai rezeki sempena kedatangan bulan Ramadan. Kongsi Almy, setakat ini dia tidak mengalami apa-apa alahan seperti mana yang dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Namun begitu, pelakon drama bersiri ‘Cinta Buat Emelda’ ini merasakan badannya sedikit lesu tetapi ianya tidak menghalang Almy untuk meneruskan ibadah puasa.

“Saya tak alami apa-apa alahan, cuma badan saya rasa tak larat sahaja. Namun begitu, saya bersyukur kerana saya masih lagi boleh berpuasa. Walaupun hamil, azam saya tahun ini adalah untuk berpuasa penuh. Saya berharap agar Allah makbulkan impian saya,” ujar Almy lagi.


Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, selamat bergelar isteri kepada Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, pada 26 April 2014. Mereka diijabkabulkan di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat.

Sumber : gua.com.my

Read More

Nabila Sertai Misi Kemanusiaan di Kemboja, Jernihkan Kembali Hubungan Bersama Amy Search


Walaupun namanya kini hangat dikaitkan kontroversi dengan bapanya, namun perkara itu tidak menghalang pelakon Nabila Huda daripada menyumbangkan tenaga menyertai Misi Kemanusiaan Prihatin Kemboja anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Al-I’tisam Relief Program (ARP) bersempena bulan Ramadan ini.

Difahamkan misi kemanusiaan ini dijalankan selama lima hari empat malam, dengan melibatkan aktiviti berkunjung ke beberapa buah kampung di Kemboja antaranya Kampung Ambel dan Phom Soi.

Peserta program tersebut menyampaikan sumbangan waqaf Al-Quran dan kelengkapan solat untuk diberikan kepada penduduk di Kampung Phom Soi.
  
Semoga dengan menyertai program kemanusiaan seperti ini akan dapat memberikan lebih ketenangan buat Nabila dan diharapkan agar hubungannya dengan Amy Search akan kembali baik seperti biasa selepas ini. Sumber :


 Sumber : MYNEWSHUB.MY

nabila2

nabila3

nabila4

Read More

Pemain Bola Tampar Wanita Terkejut Kereta Di Pecah Masuk Lelaki Mabuk


SEORANG pemain wanita sebuah kelab bola tampar bernasib baik kerana terselamat daripada serangan seorang pencuri yang memecah masuk keretanya di Stadium Bola Tampar Seksyen 19, Sham Alam, kelmarin.

Kejadian itu dikongsikan menerusi Facebook City Rangers Volleyball Club (CRVC).

Pemain tersebut pada mulanya mahu mengambil botol airnya yang berada di dalam kereta yang diletakkan berhampiran dengan pintu masuk stadium.

Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba, dia melihat seorang lelaki India sedang berada di dalam kenderaannya itu dan dipercayai sedang mencari barang berharga.

Terkejut dengan apa yang dilihat, pemain itu terus menutup pintu kereta tersebut dari luar.

Suspek kemudiannya keluar dan cuba menyerang mangsa termasuklah dengan menumbuknya.

Mangsa bertindak melawan sambil menjerit meminta pertolongan sebelum beberapa individu dan pemain yang lain datang membantunya.

Suspek yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Justeru, adalah diingatkan supaya anda tidak bersendirian sekiranya mahu mengambil barangan dalam kenderaan terutama di kawasan sunyi bagi mengelakkan kejadian buruk seumpama ini menimpa anda di  masa akan datang.

Sumber : MyNewsHub

Read More

Kembar Siam Tak Sabar Diiktiraf Paling Lama Hidup Di Dunia


Ohio, Amerika Syarikat, 6 Julai – Pasangan kembar siam dari Ohio kini menghitung hari untuk dinobatkan sebagai pasangan kembar siam yang hidup paling lama.

Donnie dan Ronnie Galyon akan berusia 62 tahun, lapan bulan dan tujuh hari pada hari ini, sekali gus mengatasi usia Eng dan Chang Bunker, kembar siam terkenal abad ke-19.

Adik pasangan itu, Jim Galyon berkata, kedua-dua abangnya sering bercakap mengenai perkara itu.

Dia sudah merancang untuk mengadakan sambutan paling meriah untuk meraikan kejayaan abangnya itu.

“Mereka sudah sekian lama menghitung hari, termasuk menanda kalendar, untuk meraikan saat bersejarah ini,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, apa yang mereka inginkan ialah pengiktirafan daripada Buku Rekod Dunia Guinness dan segala-galanya akan menjadi kenyataan pada bulan Oktober depan apabila mereka berusia 63 tahun, mengatasi rekod pasangan kembar siam yang berasal dari Itali, Giacomo and Giovanni Battista Tocci.

Ronnie ketika ditemu bual pemberita baru-baru ini berkata, sudah menjadi impian mereka sejak kecil lagi untuk mengatasi rekod berkenaan di samping tidak sabar untuk melihatnya menjadi realiti.

Kembar berkenaan yang bercantum pada bahagian badan kini tinggal bersama adiknya Jim dan isteri di Beavercreek.

Pasangan berkenaan menjaga kedua-dua abangnya sejak empat tahun lalu.

Malah, penduduk tempatan turut sama membantu mengubah suai kediaman untuk memudahkan kehidupan keluarga itu.

Donnie dan Ronnie pernah menyertai pertunjukan sarkas sebelum bersara pada 1991 dan kini banyak menghabiskan masa di atas katil khas.

Sumber : Agensi

Read More
Newer Posts Older Posts Home