Apabila diajukan soalan berhubung status sebenar Hanez samada beliau masih berhubung dengan kekasihnya, Romie , Hanez menyatakan bahawa dia sendiri berbelah bahagi tentang hubungan mereka.
Walaupun timbul pelbagai spekulasi mula bertebaran sejak kebelakangan ini mendakwa hubungan pasangan kontroversi itu sudah berakhir.
Namun sangkaan itu hanyalah khabar angin, kerana sehingga sekarang Romie masih berhubung dengan Hanez walaupun pelakon itu cuba untuk menjauhkan dirinya daripada lelaki yang berstatus suami kepada Nur Liyana Abdul Manan itu.
Bagaimanapun, Hanez menjelaskan bahawa dia tidak mampu melawan kehendak takdir.
Malah, dia memberitahu bahawa pernah terdetik dihatinya untuk memutuskan perhubungan mereka dengan cuba membawa diri, menjauhi lelaki berkenaan, namun semakin dia lari, semakin tinggi usaha Romie memujuk dan memenangi hatinya kembali.
Hanez sebelum ini dikecam hebat dan dilabel sebagai "perosak rumah tangga orang".
Tambah Hanez lagi, Romie seakan tidak mahu melepaskannya.
"Dengan apa yang cuba dia lakukan, perasaan sayang itu kian bertambah.
"Saya masih sayangkannya. Anaknya pun memang rapat dengan saya," kata pelakon cantik ini yang dipetik dari BHonline.
"Saya dalam keadaan berbelah bahagi sekarang. Mungkin ada ramai yang mendoakan hubungan kami berakhir. Itu satu fakta yang ramai mahu ia jadi sebegitu.
"Percaya atau tidak, andai kami putus atau sebaliknya, kebarangkalian untuk saya dikecam akan terjadi. Saya reda dengan apa saja kemungkinan," katanya.
Walau bagaimanapun, Hanez mengambil keputusan untuk tidak masuk campur urusan mahkamah diantara Romie dan isterinya serta berharap agar ianya diselesaikan secara baik.
"Saya amat bersyukur dan gembira kalau mereka dapat berbaik semula dan bersatu kembali demi anak," katanya.
"Saya sendiri kasihankan anak mereka. Malah, di saat kes mereka terus berjalan, saya berkecil hati sebenarnya kerana terus-terusan dianggap sebagai punca kepada apa yang terjadi membabitkan mereka. Saya terus dipersalahkan. Benar, saya tak nafikan saya hadir dalam hidupnya pada waktu yang salah," jelas Hanez dengan nada kecewa.
Hanez juga mengakui kontroversi berkenaan turut menjejaskan sumber rezekinya.
"Memang hingga saat ini tawaran berlakon untuk saya tiada langsung. Saya reda dengan apa yang terjadi.
"Projek terakhir saya ialah menerusi teater Projek Kahwin yang dipentaskan di Istana Budaya beberapa bulan lalu," jelasnya lagi.
Namun selama beliau tiada tawaran dari mana-mana produksi, Hanez banyak berikan tumpuan pada bidang perniagaan.
Hanez kini mengusahakan pakaian kasual dan sedia dipakai, Siblinqs by HS, bersama adiknya, Hanez Safira, selain mengeluarkan jenama produk syampu sendiri baru-baru ini. -Norhayati Shaharun/ KedahNews.Com