"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 15 July 2014

OMG!!! Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin..


SUDAH menjadi trend wanita pada masa kini untuk menjalani latihan dan senaman di gimnasium bagi mendapatkan tubuh yang sihat dan langsing.

Namun, jika terlalu obses hingga tubuh berubah menyerupai seorang lelaki, kami rasa itu tidak wajar.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan pendapat ini, tetapi kami sarankan anda melihat gambar seorang ahli bina badan wanita Jerman, Gabrielle Hames yang melangsungkan perkahwinannya beberapa bulan lalu.

Lihatlah rupanya dalam persalinan pengantin.

Cantik ke kalau sudah sampai begini jadinya? Aduhai…


GAMBAR: Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin...


GAMBAR: Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin...

GAMBAR: Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin...

GAMBAR: Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin...

GAMBAR: Bila Ahli Bina Badan Wanita Pakai Gaun Pengantin...

Sumber : MyNewsHub.My

Read More

Arin Rajalawak & Isteri Tipu, Maki Hamun Pelanggan Online?


KES ditipu oleh peniaga yang menjalankan perniagaan secara online bukanlah perkara baru sebenarnya.

Terbaru, menerusi laporan portal Oh!Media, satu aduan telah diterima daripada seorang pelanggan yang mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan seorang isteri pelawak tempatan, Arin Raja Lawak.

Menurutnya, dia telah membeli sebuah beg yang dijual dengan harga RM190, namun apa yang diterimanya ternyata jauh berbeza daripada gambar yang diberi.

Bukan sahaja warna dan set lain yang diterima, material dan zip pada beg tersebut umpama beg berharga RM20 yang boleh didapati di pasar malam.


Pelanggan Mengadu Ditipu Dan Dimaki Pelawak Tempatan


Lebih menyakitkan hati, bukan sahaja ditipu, malah dia turut menjadi dimaki oleh pasangan suami isteri itu apabila mempersoalkan mengenai barangan tersebut.

Berikut merupakan petikan aduan mangsa:

Pelanggan Mengadu Ditipu Dan Dimaki Pelawak Tempatan
beg 2

Pelanggan Mengadu Ditipu Dan Dimaki Pelawak Tempatan


Hai, memang tak berkatlah hasil berniaga kalau begini caranya.

Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Senang cakap, sudahlah tak popular, buat hal pula!

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Apa Salah Mukhriz Hingga Nak Dibunuh? -Tun M


 Dr Mahathir sedang melihat produk peniaga Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.

Alor Setar, 15 Julai – Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mempersoalkan di manakah kesalahan yang telah dilakukan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah sehingga tergamak diugut bunuh oleh seorang blogger baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata, dia hanya mengetahui berita mengenai ugutan terhadap Menteri Besar Kedah selepas membacanya di surat khabar.

“Saya tak dengar kata ada (ugutan daripada Mukhriz), tapi saya baca dalam surat khabar ada ugutan terhadap menteri besar, tapi apa salah yang dia buat?

“Saya tak tahu lah kot dia ada buat salah tapi setakat yang saya tahu dia cuba berkhidmat, mungkin ada yang tak suka,” katanya mengulas kejadian yang menimpa Mukhriz.

Menurut Tun Mahathir , beliau menyifatkan ugutan bunuh yang diterima oleh Mukhriz dan Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Dato’ Syed Unan Masri Syed Abdullah adalah satu perkara biasa dalam politik serta berharap ia hanyalah ugutan semata-mata.

“Bagi saya perkara biasa sahaja... orang Malaysia tak ganas sangat. Tapi saya harap itu sebagai ugutan sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa lawatannya ke Kompleks Pekan Rabu, di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang pemilik akaun Facebook (FB), ‘Padi Jantan’ telah mengeluarkan beberapa kenyataan di laman sosialnya yang mahu menembak kedua-dua pemimpin ini sekiranya dibekalkan pistol serta peluru.

Susulan daripada kenyataan itu, Ketua Pemuda UMNO Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah telah membuat satu laporan polis terhadap pemilik FB, Padi Jantn untuk diambil tindakan di atas kenyataan tersebut.

Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Dalam perkembangan lain, Tun Mahathir yang melawat Kompleks Pekan Rabu berkata, peniaga yang menjalankan perniagaan di sini sudah semakin bijak dalam memasarkan barangan jualan mereka.
  
“Saya seronok tengok ramai orang berniaga sekarang ini (di Pekan Rabu). Produk-produk mereka pun sudah naik taraf semakin meningkat tidak seperti dahulu, sekarang telah dibungkus, ada jenama, ia sudah banyak maju,” katanya yang mahu penambahbaikan dilakukan ke atas Kompleks tersebut agar pengujung berasa selesa. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Azmin Ali Bakal Dilantik MB Selangor Selepas Aidilfitri?


PETALING JAYA – Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.

Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.

“Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya,” kata sumber itu, Selasa.

Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.

Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti,” kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.

Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, ‘selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri’.

Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.

Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.

DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.

“Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua,” kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.

Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini.

Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara.


Sumber : mStar Online

Read More

'Spiderman' Malaysia Didenda RM1,000 Ceroboh Bangunan


Kuala Lumpur, 15 Julai - Seorang jurugambar sambilan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana telah menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral.

Jurugambar, Keow Wee Loong, 26, telah melakukan pencerobohan di bangunan setinggi 32 dengan cara memanjat seperti 'spiderman' tanpa sebarang kebenaran dua minggu lepas.

Dalam perbicaraan semalam, Koew mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan oleh hakim mahkamah.

Majistret Nur Azura Murah telah menjatuhkan hukum denda sebanyak RM1,000 kepada Koew Wee Loong diatas kesalahanya dan memerintahkan dia dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Peguam, Latheefa Koya yang mewakili Keow berkata, anak guamnya bersetuju untuk membayar denda yang telah dikenakan oleh mahkamah.

Dalam kejadian 29 Jun lepas, Keow didakwa menceroboh bangunan 1 Sentrum, KL Sentral dengan cara memanjat di luar bangunan  pada jam 2.30 petang..

Mengikut pertuduhan kes, Keow telah memanjat  dari luar bangunan 1 Sentrum, KL Sentral tingkat bawah sebelum ditangkap oleh pengawal keselamatan ketika berada di tingkat 32 bangunan kira-kira jam 3,30 petang.

Keow didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM3,000.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor



Read More

Terlibat Militan: PAS Pecat Tiga Lagi Ahli

PAS yang sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubung kait dengan mana-mana gerakan pelampau militan telah memecat tiga orang lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan militan seperti yang didedah media sebelum ini.

Ahli-ahli PAS yang terkini dipecat atas alasan mereka dikesan sebagai ahli gerakan kumpulan militan adalah Dr Mahmud Ahmad, 36, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan seorang lagi Mohd Najib Husen, 36.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan memecat ketiga-tiga mereka dibuat ketika kepimpinan parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang baru-baru ini.

"Oleh kerana kenyataan Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) sebelum ini menyatakan sesiapa yang terlibat dengan gerakan selain gerakan aman "muajahah silmiyah" ini, kita akan pecat mereka ini.

"Oleh itu jawatankuasa PAS Pusat semalam membuat keputusan, ketiga-tiga mereka dipecat daripada PAS," katanya yang dipetik dari laman rasmi PAS, Harakahdaily.

Mustafa menjelaskan bahawa sebelum memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai isu tersebut, pihaknya awal-awal lagi telah membuat semakan terhadap ketiga-tiga individu itu dan maklumat mengesahkan bahawa mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan.

Menurutnya lagi, penyiasatan lanjut telah dibuat menerusi pertemuan dengan sumber rapat dan mengenali latar belakang ahli-ahli PAS itu bagi memastikan kesahihan penglibatan mereka dengan kumpulan militan sebagaimana yang didakwa.

Setiausaha Agung PAS itu mendedahkan bahawa hasil siasatan ketiga-tiga itu menunjukkan bahawa mereka sememangnya terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao.

"Adapun dari sudut terlibat dengan militan, sumber tidak boleh mengesahkan secara muktamad kepada saya sebab mereka semua ini tidak berada dalam negara dan tidak dapat dihubungi.

"Atas sifat tidak ada dalam negara, saya tidak boleh nak buat pengesahan sama ada mereka terlibat atau tidak," kata Mustafa lagi.

Mustafa bagaimanapun tidak menjelaskan pihak "berkuasa" yang bertanggungjawab menjalankan siasatan mengenai ketiga-tiga ahli PAS itu dan berkemungkinan ia melibatkan Unit Amal PAS yang dilihat seolah-olah bertugas seperti "pasukan keselamatan ala-ala polis".

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS itu menjelaskan bahawa ketiga-tiga ahli PAS yang telah dipecat keahlian parti itu boleh membuat rayuan pada PAS dengan mengemukan bukti bagi membersihkan tuduhan atau hukuman yang telah dijatuhkan pada mereka.

Sebelum ini PAS telah memecat keahlian Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, kerana menyertai gerakan bersenjata di Syria. -KedahNews.com

Read More

Gambar Terkini Bonda Mukhriz, Tun Siti, Jadi Viral Di Media Sosial


Sudah seminggu gambar terbaru isteri mantan Perdana Menteri ini tersebar di laman-laman sosial dan menjadi viral di kalangan rakyat Malaysia yang mengkagumi beliau.

Tun Dr. Siti Hasmah bukan calang-calang wanita. Beliau terpelajar dan menjadi "tulang belakang" kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang negarawan ulung yang disegani kawan dan lawan.

Bonda kepada Menteri Besar Kedah itu juga pernah mengharungi pelbagai tohmahan dan dikritik hebat khususnya pihak yang berkepentingan politik dari sudut pemakaian tidak bertudung sebelum ini serta disifatkan tidak menutup aurat.

Malah ada suara-suara "sumbang" sebelum ini yang mendakwa wanita idola ramai ini bakal ditempatkan di neraka gara-gara tidak berhijab sebelum ini.

Padahal syurga dan neraka bukanlah hak milik pengkritik-pengkritik itu dan mereka bukannya tuhan yang layak menentukan seseorang itu masuk ke syurga atau neraka.

GAMBAR: Comel Sungguh Tun Siti Hasmah Bertudung!

KedahNews.com tidak dapat memastikan sama ada penampilan Tun Siti Hasmah itu akan terus dikekalkan atau tidak, namun ramai pihak yang mendoakan agar Tun Siti Hasmah akan terus bertudung selepas ini, termasuk kami.

Apapun, jika benar beliau sudah mengubah penampilannya, tidak perlulah ada yang mempersoalkan ‘kenapa baru sekarang?’ atau ‘kenapa tidak dari dulu lagi?’, bukan? Bukankah semua itu perencanaan Allah SWT?

Syabas kami ucapkan pada Tun Siti Hasmah. Thumbs up! -KedahNews.com

Read More

Ops Hari Raya Kedah 2014: JPJ Guna Taktik Menyamar

Fadhil (tiga, kanan) dalam perjumpaan bersama pengusaha dan pemandu bas ekspres, kelmarin.

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Kedah akan melakukan kaedah penyamaran bagi mengenal pasti para pemandu bas ekspress yang melakukan kesalahan semasa memandu bagi menjamin keselamatan penumpang dalam Ops Hari Raya Kedah 2014.

Pengarah Negeri, Mohd Fadhil Hassan berkata, operasi akan dijalankan selama dua minggu bermula 21 Julai hingga 5 Ogos depan selama 24 jam.

“Kaedah penyamaran sebagai penumpang dilaksanakan bagi mengekang kesalahan seperti merokok mahupun menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu bas ekspres.

“Malah, pihak kami tidak ketinggalan akan menguatkuasakan penyamaran bergambar untuk memastikan pemandu tidak memandu secara berbahaya”, katanya semasa berucap dalam Majlis Perjumpaan bersama pengusaha dan pemandu bas ekspress di Terminal Bas Shahab perdana, kelmarin.

Mohd Fadli berkata, pihaknya akan sentiasa melakukan pemeriksaan dan pemantau di 10 depo bas ekspress yang berada di negeri Kedah untuk memastikan kenderaan tersebut selamat serta mematuhi piawaian ditetapkan oleh JPJ.

Selain itu, pemeriksaan terhadap pemandu bas ekspress akan dijalankan di beberapa terminal bas utama disamping melakukan pemantauan statistik di Kawasan Kerap Kemalangan (KKK).

“Ini kerana, jikalau kemalangan melibatkan bas, ia membabitkan banyak nyawa. Jadi, kami mengharapkan penguatkuasaan ini mengurangkan kadar kematian di musim perayaan,” katanya.

Menurut Mohd Fadhli, pihaknya berharap orang ramai dapat memberi kerjasama agar matlamat operasi tercapai bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian sepanjang musim perayaan.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut melarang penggunaan kenderaan berat seperti lori-lori besar dalam tempoh kemuncak bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan mengenai kesalahan lalu lintas boleh disalurkan melalui talian hotline JPJ Kedah (07-740 4967) ataupun laman web

Turut hadir semasa Majlis Perjumpaan kelmarin ,Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Nik Ahmad Syazwan Nik Azman. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Krisis MB Selangor: PKR Cuba Nafikan Hak PAS Sekali Lagi

Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-oleh begitu gelojoh apabila cuba "menjolok" nama dua calon dari partinya untuk menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang bakal "digulingkan" tidak lama lagi.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari, semalam mendedahkan pada media bahawa Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali, adalah dua nama yang disebut-sebut bakal  merampas kerusi yang sedang disandang Khalid.

Meskipun begitu katanya, "coup de tat" yang bakal terjadi di Selangor itu perlu disusun dengan teliti dan berhati-hati memandangkan sebarang perubahan drastik yang melibatkan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan itu memerlukan penyesuaian terbaik dari kepimpinan yang baru.

"Kita takut salah pandang jika tergesa-gesa dan ia mendatangkan risiko PR pada Pilihan raya Umum ke -14 akan datang. 

"Adun dan ahli parlimen sedang bincang termasuk juga akar umbi sama ada penentuan kekal atau tidak. Ia dalam proses dan tak perlu tergesa-gesa kerana banyak perkara wajar dipertimbangkan masak-masak, gesaan saya cuma keputusan ini perlu dibuat,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian semalam.

PAS memiliki kelebihan satu kerusi DUN di Selangor berbanding PKR, namun parti-parti Pakatan Rakyat itu sebelum ini memilih Adun dari PKR untuk dijadikan Menteri Besar Selangor dipercayai setelah mendapat sokongan dari pihak DAP serta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendedahkan bahawa krisis kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor itu akan diselesaikan pucuk pimpinan ketiga-tiga parti gabungan, PAS, PKR dan DAP dalam masa terdekat.

Mustafa bagaimanapun berkata, keputusan akhir mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor bakal dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan akan cuba dimuktamadkan secepat mungkin, sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kita mengharapkan sebelum raya akan ada satu mesyuarat Majlis Presiden, dan mungkin salah satu isu yang akan dibincangkan adalah isu MB Selangor,"kata Mustafa yang dipetik dari sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS itu menegaskan bahawa apa-apa perkara berkaitan khususnya berhubung kemelut melibatkan kemelut yang sudah menjadi "rahsia umum" itu mestilah dilakukan bersama-sama menerusi Majlis Presiden.

"Isu yang melibatkan pimpinan tertinggi, kita ada Majlis Presiden, kita berpandukan kepada Majlis Presiden. Kita tidak ada pandangan sendiri,"jelas Mustafa yang dipetik dari Harakahdaily. -KedahNews.com

Read More

Eksklusif! Ratusan Web Israel Digodam Hacker Malaysia! Syabas MST..!!! #OpsSaveGaza

KedahNews.com mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemilik laman sosial Facebook bergelar Malaysia Security Tester (MST) yang mengetuai kumpulan hackers dari Malaysia yang bertindak menggodam ratusan laman web milik kepentingan Israel pagi ini.

Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa Malaysia juga punya sekumpulan hackers muslim yang hebat dan mampu melakukan kejutan pada negara rejim zionis Israel yang kononnya "kuat sangat" itu.

"More Than 100++ Israeli Website Got Hacked By #MalaysiaSecurityTester viva palestine!" kata MST di dinding laman Facebooknya.
Malaysia Security Tester
Perkembangan terkini menyaksikan ratusan web di negara penindas zalim itu telah digodam oleh pejuang-pejuang siber dari Malaysia di antaranya ialah:

http://www.gr-gazit.co.il/index.html
http://www.grarbengigi.co.il/index.html
http://www.gril-stone.co.il/index.html
http://www.grupin2000.co.il/index.html
http://www.gutmanadv-law.co.il/index.html
http://www.hacozat-baryochai.co.il/index.html
http://www.hagina1.co.il/index.htm
http://www.hagaderhatova.co.il/index.html
http://www.halevi-law.co.il/index.html
http://www.havayadruzit.co.il/index.html
 http://dark-h.org/hacker/?user=My-sec+Team
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688913
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688914
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688915
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688916
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688917
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688918
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688919
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688920
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688921
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688922

http://www.famedresses.co.il/index.htm
http://www.eve-kitchens.co.il/index.html
http://www.fix1.co.il/index.html
http://www.gabiproject.co.il/index.htm
http://www.gabi-tax.co.il/index.html
http://www.gadiw.co.il/index.html
http://www.gan-tzamereth.co.il/index.html
http://www.gazit-kitchens.co.il/index.html
http://www.gloria-kitchens.co.il/index.html
http://www.gordonspa.co.il/index.html
http://www.goshen-events.co.il/index.html
 http://dark-h.org/hacker/?user=My-sec+Team
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688904
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688903
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688902
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688900
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688901
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688899
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688898
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688897
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688896
http://www.zone-h.org/mirror/id/22688895

Serangan siber yang dilancarkan pada Israel sejak 1 Julai lalu oleh kumpulan hackers, anonGhost, telah menyaksikan beribu-ribu laman web di negara haram itu telah digodam, termasuk laman web milik kerajaan Israel.

Antara laman web Israel yang digodam anonGhost
Antara laman kerajaan Israel yang diserang ialah http://jobs.galil.gov.il/temp/ dan http://galilee.gov.il/temp/index.asp.

Selain itu, laman-laman web negara Yahudi yang telah digodam juga telah ditanda dengan hashtag #OpsSaveGaza dan turut dimuat naik sekeping gambar "cenderahati" yang turut diletakkan bendera Malaysia.

Nampaknya perang di Gaza kini bukan sekadar bertumpu kepada serangan bersenjata di kawasan itu oleh tentera Yahudi tetapi kini berkembang dan merebak hingga ke dunia perang siber.

Sekali lagi, kami ucapkan syabas kepada MST atas sumbangannya menyerang sebuah negara Yahudi yang telah berdekad-dekad menyembelih saudara seagama kita di Palestin dan menafikan hak kemanusiaan mereka. -KedahNews.com

Read More

Media Sosial Jangan Tambah Tekanan Anggota Keselamatan Negara - Zahid Hamidi

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon supaya media sosial di negara ini bertindak rasional dengan tidak memperlekeh usaha pasukan keselamatan yang mengawal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Beliau menegaskan bahawa para pengendali media sosial sewajarny harus bersama-sama dan menyokong sebarang usaha kerajaan dalam mendaulatkan negara daripada sebarang aktiviti pencerobohan di sempadan negara di negeri itu.

Menteri KDN itu menjelaskan bahawa insiden yang berlaku di perairan Sabah termasuk yang berlaku baru-baru ini membabitkan soal maruah negara yang menjadi masalah bersama dan bukannya menuding jari meletakkan kesalahan di bahu ESSCOM semata-mata.

"Saya minta media sosial atau mana-mana pihak agar jangan merendah-rendahkan usaha yang dibuat ESSCom sama ada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ataupun APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia).

"Ini masalah negara. Pasukan keselamatan kita harus diberi sokongan moral oleh semua pihak. Media sosial harus bersama dan jangan hanya pandai mengutuk sahaja," katanya yang dipetik dari Bernama, sejurus selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan baru-baru ini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas insiden yang menyebabkan anggota pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakia Aleip, 26, yang dilaporkan hilang,  dipercayai telah diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.

Ekoran itu, beberapa pengendali laman media sosial khususnya pro-parti pembangkang bertindak memperlekeh ESSCOM dan KDN, seolah-olah sengaja menambah kekusutan dan tekanan yang dihadapi pasukan anggota keselamatan negara di Sabah.

Pengarah Operasi ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun sebelum ini memaklumkan bahawa penyerang yang menggunakan senjata berat itu membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam semalam.

Mengulas tentang perkara tersebut, Zahid menyatakan apa yang berlaku merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi PDRM sebelum pasukan itu mengambil alih pentadbiran dan operasi ESSCOM mulai 15 Julai ini.

"Saya ingin sahkan kejadian itu merupakan satu tamparan dan pukulan terhadap PDRM sebelum ambil alih ESSCom," katanya.

Kata Zahid, tindakan pihak pengganas yang melakukan serangan secara gerila itu adalah sangat mencabar namun tindakan pihak musuh sedikit pun tidak menggentarkan pasukan keselamatan.

Ahmad Zahid berkata pihak musuh yang terbabit sebenarnya terkenal mempunyai sifat dendam yang sangat tinggi dan dijanjikan upah yang lumayan oleh pihak tertentu untuk melancarkan serangan seperti itu.
"Masyarakat itu sebenarnya golongan yang berada pada paras kemiskinan dan mereka sebenarnya telah digula-gulakan untuk melakukan tindakan itu," katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya masih tiada maklumat terkini berhubung nasib Konstabel Zakia Aleip yang disahkan telah diculik pengganas sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. -KedahNews.com

Read More

8 Pengguna FB Dipenjara 127 Tahun Kerana Menghina Kerajaan


Teheran, 15 Julai – Mahkamah di negara Iran telah menjatuhkan hukuman penjara selama 127 tahun ke atas lapan orang pengguna laman Facebook (FB) kerana menyiarkan beberapa kenyataan anti kerajaan di laman sosial tersebut.

Dalam satu laporan media di negara itu, kelapan-lapan tertuduh yang tidak didedahkan identiti mereka telah didapati bersalah dengan mengeluarkan kenyataan berunsur anti kerajaan yang boleh mengancam keselamatan negara serta dan turut menghina nilai agama serta para pemimpin negara tersebut.

Menurut laporan itu lagi, kesemua tertuduh yang berasal dari Teheran, Yazd, Shiraz dan Kerman telah dijatuhkan hukuman penjara antara 11 hingga 21 tahun.

Walau bagaimanapun, kesemua tertuduh masih boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada mereka.

Negara Iran telah menetapkan setiap akses rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter akan ditapis secara berperingkat oleh pihak berkuasa termasuk beberapa laman web yang dipercayai bercanggah dengan Islam serta menentang pemerintah.

Pada Mei lalu, lapan orang pengguna FB telah dihukum penjara antara tujuh hingga dua puluh tahun apabila dikesan melakukan kesalahan menyebarkan propaganda anti kerajaan yang boleh mengancam keselamatan negara itu. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Umat Islam Wajib Hayati Ajaran Al-Quran - Muhyiddin


Kuala Lumpur, 15 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarakan semua masyarakat beragama Islam di negara ini agar terus menghayati ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran serta menjadikan ia satu amalan dalam kehidupan seharian.

Muhyiddin dalam perutusannya sempena Nuzul Al-Quran berkata, setiap baris ayat di dalam kitab Al-Quran mengandungi kesucian dan kesejahteraan yang wajib diikuti oleh masyarakat agar dapat dihayati serta dijadikan pegangan hidup supaya Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang dihormati.

“Marilah kita bersama-sama menghayati Nuzul Al-Quran ini sebagai satu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah.

“Marilah kita mempertingkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadan yang barakah ini di samping menginsafi keadaan umat Islam pada masa ini,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Nuzul Al-Quran yang jatuh pada 16 Ramadhan harus sentiasa diingati kerana berlakunya satu peristiwa turunnya Al-Quran  kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Menurut Muhyiddin, isi kandungan di dalam Al-Quran memberi manfaat serta pedoman kepada umat Islam supaya patuh kepada perintah Allah S.W.T dan sentiasa bersikap tabah dalam menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“Allah SWT menurunkan al-Quran secara berperingkat sehingga akhirnya menjadi sebuah kitab yang syamil dan kamil sehingga mencakupi semua aspek kehidupan.

“Al-Quran menjadi satu-satunya kitab yang intipatinya menjadi rujukan dari mula ayat pertama diturunkan sehinggalah ayat terakhir. Amat penting sekali isi kandungan al-Quran tidak pernah lapuk dan sentiasa sesuai dengan peredaran zaman.

“Sesungguhnya turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW kali pertama di Gua Hira pada malam Jumaat bertepatan pada, 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda mesti disyukuri oleh setiap umat Islam lantaran Kitab Suci itu menjadi panduan untuk kita umat Islam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini,” katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Pasukan Keselamatan Diberi Kuasa Tembak Penceroboh - Zahid


Kangar, 15 Julai - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Ahmad Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas," katanya.

Ahmad Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada.

"Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik. 

Sumber : Bernama

Read More

Mukhriz Mahu Hospital Sultanah Bahiyah Diperluas Untuk Rakyat

ALOR SETAR – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang merupakan hospital kerajaan utama di Kedah, kini mencapai tahap kapasiti maksimum dan perlu diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun berpuas hati dengan tahap perkhidmatan  HSB, namun beliau melihat adanya keperluan untuk menambah kemudahan baharu terutama bangunan.

“Mungkin sudah tiba masanya hospital ini diperluaskan lagi dengan tambahan bangunan baharu. (Kerajaan negeri) boleh berbincang dengan pihak hospital tetapi tentu ia memerlukan persetujuan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan.

“Keperluan rakyat Kedah menjadi keutamaan kerajaan negeri. Soal kesihatan suatu yang kita amat utamakan…kita akan bincang dengan pihak berwajib,” katanya ketika ditemui semasa melawat HSB hari ini.

Semasa lawatannya ke hospital itu, Mukhriz dan isteri Tok Puan  Norzieta Zakaria turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pesakit-pesakit HSB.

Mukhriz berkata HSB telah menjalankan banyak usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat Kedah dan kerajaan negeri akan cuba memberi bantuan kepada hospital itu.

“Setakat ini saya lihat dari segi dana…ia suatu yang perlu kita bincangkan dengan pihak hospital.
“Walaupun banyak dana adalah daripada Kementerian Kesihatan, mungkin ada bantuan kerajaan yang kita akan pertimbangkan,” katanya. – BERNAMA

Read More

TLDM Perlu Izin Peguam Negara Untuk Tembak Penceroboh

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan untuk membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang menceroboh masuk kawasan perairan Sabah.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, cadangan peraturan itu sebagai salah satu usaha untuk menghalang kumpulan pengganas dari Filipina menceroboh masuk ke negara ini.

Beliau berkata peraturan sedia ada tidak membenarkan pasukan keselamatan menembak apabila ternampak (shoot on sight) yang menghalang pasukan keselamatan termasuk TLDM untuk membanteras kumpulan pengganas.

“Saya fikir sudah tiba masanya Peguam Negara harus memikirkan perkara ini supaya memudahkan pengawasan untuk keselamatan perairan negara di Pantai Timur Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pencerobohan terbaharu di Semporna, Sabah yang mengakibatkan seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi hilang dipercayai diculik.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakia Aleip, 26.

Beliau berkata, penceroboh tidak takut dengan pihak berkuasa kerana mereka tahu pasukan itu hanya memberi amaran supaya berhenti dan tidak akan melepaskan tembakan.

“Kalau kita bagi amaran berhenti, mereka tidak akan berbuat demikian dan akan sentiasa berjaya melepaskan diri, oleh itu perkara ini tidak boleh dibiarkan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada yang baharu iaitu Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli bagi menggantikan Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid yang bersara wajib. – BERNAMA

Read More

Tabur Bunga Atas Kubur Amalan Yahudi, Kristian

KANGAR – Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.

Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.

“Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan,” katanya.

Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk  terhadap diri sendiri.

Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.

Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. – BERNAMA

Read More

Blogger Nak Bunuh Mukhriz Direman 4 Hari


Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah.

Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, suspek ditahan kira-kira jam 5.45 petang semalam di Shah Alam, Selangor.

Katanya, tindakan terhadap suspek dilakukan selepas polis menerima sebanyak empat laporan polis daripada pelbagai pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenyataan dibuat di laman Facebook (FB) pada Jumaat lalu.

“Berikutan daripada laporan dibuat itu, polis menjalankan satu operasi ugut tembak Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah dan berjaya menahan suspek petang semalam,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

Read More

Gaza Derita Bermandi Darah, Lihat Apa Yang Pak Arab UAE Buat...

MUNGKIN ada yang akan tertanya-tanya, apa kaitannya serangan Israel di Palestin dan hasrat kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) hendak membina pusat membeli-belah terbesar di dunia?

Jawapannya mudah, bayangkan segala peruntukan yang berbilion dolar untuk membina Dubai ‘Mall Of The World’ itu disalurkan untuk kemudahan perubatan, pembangunan warga dan bumi Palestin atau kelengkapan untuk rakyatnya mempertahankan diri, sudah tentu Palestin tidak melarat dan diganyang sedemikian rupa oleh rejim zionis Laknatullah!

Berbalik kepada projek super-mega kerajaan UAE ini, ia dijangka merangkumi keluasan sebanyak 8 juta kaki persegi yang akan menyambungkan 100 buah hotel dan 20,000 buah bilik.

Suhunya akan sentiasa nyaman kerana dikawal bagi memenuhi keselesaaan para pelanggan dan peniaga di sepanjang tujuh kilometer kompleks perniagaan itu.

Taman tema terbesar di dunia khas untuk hiburan mereka yang berkeluarga juga akan dibina di tempat yang sama.

Di dalam Mall of The World juga akan dibina kawasan menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah, kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona.

Cakap banyak tak guna, tengok sajalah gambarnya…macam-macam hal...

33
77
3506997463
99 

Sumber: Mynewhub.my

Read More

Nuzul Quran: Umat Islam Perlu Berhikmah Tegakkan Agenda Ummah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menggesa seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati semangat Nuzul al-Quran serta bersatu dalam menegakkan agenda ummah.

Perdana Menteri, dalam perutusan Nuzul Al-Quran yang akan disambut esok, turut mengajak umat Islam berstrategi dengan matang dan berhikmah supaya tanggungjawab menjaga agama Islam di bumi bertuah ini dilaksana dengan sempurna.

“Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, yang mana hanya dengan izinNya, kita masih lagi dapat bersama dengan rahmat Ramadan al-Mubarak, seterusnya pada tarikh 17 Ramadan ini, kita dapat meraikan peristiwa agung Nuzul al-Quran.

“Saya mendoakan supaya dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada Ramadan yang mulia ini, Allah SWT menyatukan hati kita semua. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT jua,” kata Najib dalam laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata, Nuzul al-Quran yang merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadan telah mengubah dan membina peradaban ummah.

Najib berkata, al-Quran bukan saja dipaparkan indah kaligrafinya, dialunkan dengan merdu lenggok bacaannya, malah merupakan satu mukjizat yang terus kekal mendampingi umat Islam untuk diambil petunjuk dan hidayahnya yang terus relevan sepanjang zaman.

“Sudah tentu Nuzul al-Quran bukan sekadar satu nostalgia sirah buat kita semua, bahkan penurunan al-Quran ini merupakan satu titik mula transformasi insani daripada kegelapan jahiliah kepada indahnya sinar cahaya Islam,” katanya.

Perdana Menteri berkata, al-Quran sememangnya adalah panduan abadi lagi hakiki buat insan sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah melalui ayat dua surah al-Baqarah: “Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa.”

Beliau berkata, Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden dan progresif, sentiasa berusaha untuk membawa kemajuan dan kemakmuran pada tahap yang terbaik, tanpa mengabaikan didikan kerohanian sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran.

“Kita amat percaya bahawa hanya dengan mempunyai warga yang mampu berdaya saing dan berkualiti, barulah impian kita untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi akan menjadi kenyataan,” katanya. – BERNAMA

Read More

Mayat Tertinggal Di Tengah-Tengah Jalan..!

Kegagalan pintu van jenazah berfungsi dengan baik menyebabkan satu mayat yang diletakkan atas pengusung beroda terkeluar dari kenderaan itu sebelum menggelungsur di tengah jalan raya.

Laporan media semalam menyatakan kejadian berlaku berdekatan kompleks beli-belah Feasterville, kelmarin.

Gambar disiarkan laman sesawang berita dalam talian menunjukkan mayat berbalut kain putih berada betul-betul di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Namun mayat itu mungkin bernasib baik kerana tiada mana-mana kenderaan melanggarnya.

Menurut Pejabat Koroner Bucks County, pemandu van menyedari pintu belakang kenderaannya terbuka lalu menyelamatkan mayat berkenaan.

Pihak pengurusan mayat pula meminta maaf kepada waris si mati dan menyatakan kekesalan atas kejadian yang tidak diduga itu.

Seorang pejalan kaki yang melintas di jalan raya pula menganggap itu sebagai satu usikan dan menganggap ia “perkara paling aneh” yang pernah berlaku. 

Sumber : AP

Read More

Astaghfirullahil'azim... Datuk 48 Cucu Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang!


Kuala Terengganu, 14 Julai – Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah…hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Read More
Newer Posts Older Posts Home