"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Friday, 24 October 2014

"Bayangkan, Saya Hamil Sewaktu Saya Tingkatan Tiga..."

SABAK BERNAM - “Bayangkan saya hamil sewaktu saya tingkatan tiga, macam mana saya nak rahsiakannya daripada ibu bapa sedangkan perut makin membesar,” kata Suriyani (bukan nama sebenar), 21.

Suriyani yang kini menuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berkata, peristiwa lima tahun lalu itu masih segar di ingatan setelah disahkan hamil selepas dirogol seorang lelaki tidak dikenali di sebuah jirat Cina.

Menurutnya, kejadian itu menjadi titik hitam dalam hidupnya selepas dia bersama rakan-rakannya berhibur sambil meneguk minuman keras sebelum dia dipelawa seorang lelaki menaiki sebuah kereta.

“Saya tak sedar apa yang berlaku waktu tu kerana mabuk, sebaik sedar saya dah berada di kubur Cina. Ketika itu rasa dunia ini kelam selepas dirogol dan dibiarkan di kubur,” katanya kepada Sinar Harian.

Suriyani memberitahu, sebulan selepas kejadian itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya akibat sering kali ke tandas kerana mengalami muntah yang teruk terutama ketika sedang belajar di dalam kelas.

“Saya merahsiakan kehamilan ini hingga kandungan berusia sembilan bulan sebelum seorang guru kaunseling menegur saya dan meminta saya berdiri sambil menyuruh saya memegang perut.

“Saya hanya menangis dan memberitahu saya mengandung sembilan bulan sebelum dia membawa saya berjumpa dengan pengetua yang baru dua hari melapor diri di sekolah berkenaan,” katanya.

Menurut anak bongsu dari tujuh beradik itu, ibu bapanya hanya mengetahui dia hamil setelah dia dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan pada 13 Mac 2010 dan selamat melahirkan seorang bayi lelaki dua hari selepas itu.

“Memang ibu bapa saya amat kecewa selepas mengetahui saya lahirkan anak luar nikah, tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur, cuma mereka tak putus-putus beri perangsang kepada saya untuk teruskan hidup,” katanya.

Bagaimanapun, sikapnya yang suka berfoya-foya dengan rakan-rakan masih diteruskan selepas habis berpantang hinggalah dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan pindah ke sebuah sekolah baharu.

“Saya mula pergi kelab malam dan minum arak sejak tingkatan satu lagi. Semuanya kerana pengaruh rakan-rakan. Saya rasa segala tekanan hilang setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan,” katanya.

Menurutnya, dia hanya bersekolah selama dua minggu di sekolah baharu sebelum dia dibawa ibu bapanya menjalani rawatan pemulihan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan Sabak Bernam.

“Pada mulanya memang saya tak nak datang ke sini kerana tak bebas, tapi selepas tinggal beberapa minggu, saya rasa seronok dan jiwa semakin tenang selain tekad untuk berubah,” katanya.

Selepas keluar dari pusat perlindungan wanita itu, Suriyani kemudiannya belajar di sebuah sekolah aliran agama swasta dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setahun lewat daripada rakan-rakan seusianya.

“Saya insaf dan bergaul dengan rakan-rakan yang baik di sekolah agama dan kemudiannya menyambung pengajian di sebuah IPT di Melaka dan berhenti sebelum menyambung pengajian peringkat asasi dan ijazah di kolej sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana keluarganya dapat menerima dirinya, malah anak yang dilahirkannya itu yang kini berusia lima tahun dijaga baik kakak sulungnya.

“Saya berharap walaupun anak saya bukan anak sah taraf,  dia boleh jadi pemimpin yang baik suatu hari nanti.

“Saya sebenarnya malu dengan diri sendiri bagaimana nak bagi tahu dia adalah anak saya, sedangkan dia menganggap saya makciknya, saya harap dia dapat memaafkan kesalahan yang saya lakukan,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Video Seks Mirip UAI: Ini Komen Pembantu Ustaz Azhar Idrus...

Kuala Terengganu - Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu. -myMetro

Read More

"Cantik"nya Budaya Orang Kita, Kan?!

Kuala Lumpur - Sukar hendak menggambarkan sikap orang kita yang apabila keluar berbelanja, tolak troli ke kereta kemudian meninggalkannya merata tempat atau apabila menaiki kereta api, nampak penumpang yang memerlukan tempat duduk tapi buat tak endah.

Paling kerap dilihat ialah sikap tidak menghiraukan pengguna lain apabila meletakkan kereta bertindih (double parking) di kawasan sesak.

Biarpun sukar diterima tetapi begitulah sikap orang kita. Apakah kita sukar untuk mengubahnya atau memerlukan satu paksaan supaya sikap itu tidak lagi menjadi amalan.

Tinjauan di beberapa lokasi di ibu negara mendapati golongan seperti itu dipercayai bersikap seolah-olah tiada pengguna lain selain dirinya apabila meletakkan kenderaan secara bertindih dan mereka 'gemar' meninggalkan troli di merata tempat selepas menggunakannya.

Sikap begini terbukti apabila penumpang wanita yang menaiki ERL memuatnaik gambar menyusukan anaknya atas lantai kereta api itu apabila hendak pulang kerja di Facebook.

Masalah tak endah ini berlaku ke atas Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nilai dari KL Sentral ke stesen Salak Tinggi, pada 6.30 petang, 9 Oktober lalu.

Wan Noor Shila dipetik sebagai berkata: "Setibanya di Stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak.

"Kebayakan duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikit pun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahan saya yang mempunyai anak kecil."


Mengulas mengenai perkara itu, bekas Pengarah Institusi Sosial Malaysia (ISM) dan Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata sikap segelintir masyarakat itu boleh diklasifikasikan sebagai tidak prihatin, mementingkan diri sendiri dan seolah-olah berada dalam dunia sendiri.

"Mereka ini saya andaikan berfikir secara `asalkan dapat dan untung'. Sebagai contoh dalam institusi kekeluargaan apabila seorang anak hanya bergantung kepada ibu bapa dalam segala aspek. Segala perkara diingini akan dipenuhi ibu bapa dan apa yang dimahukan itu akan mudah diperoleh.

"Sikap `mudah dapat' itu dijadikan sebagai budaya dan diterapkan dalam kehidupan mereka terutama di kalangan belia. Dengan itu, berlaku `asal dapat dan untung'," katanya.

Fadzil berkata, dia tidak menafikan kes membabitkan masyarakat tidak prihatin itu semakin bertambah teruk walaupun sebelum ini pelbagai kempen kesedaran sering dilakukan.

"Keadaan ini akan memberi kesan pada masa akan datang termasuk masalah sosial semakin berleluasa, nilai sosial akan bertambah teruk dan ia akan memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

"Negara akan mengalami kemusnahan daripada aspek nilai, sikap dan amalan iaitu amalan anti-sosial jika tidak dibendung daripada awal," katanya.

Katanya, kerajaan perlu mewujudkan dasar sosial negara yang lebih komprehensif yang boleh membawa perubahan kepada sistem sosial di negara ini.

"Dasar itu perlu dilaksanakan segera untuk mencapai negara maju menjelang 2020," katanya. -myMetro

Read More

Betapa Jauhnya Kita Dari Al-Quran... Astaghfirulahil'azim...


Al-Quran adalah pedoman hidup kaum muslimin. Tiada keraguan akan kemuliaan dan kebenaran isi kandungannya. Ia adalah hak yang diyakini.

Namun, mengapa Al-Quran begitu jauh dari umat Islam sekarang? ‘Pedoman hidup’, ‘petunjuk sepanjang zaman ‘ dan ‘cahaya yang menerangi kehidupan’ hanya tinggal slogan-slogan yang tidak bermakna. Pemikiran, peradaban, norma dan tujuan hidup umat Islam, tidak ubah seperti mereka yang tidak beriman. Al-Quran bukan lagi pembeda antara mukminin dan musyrikin.

Keadaan ini berpunca dari sikap umat Islam terhadap Al-Quran itu sendiri. Al-Quran dihiasi dengan kesenian huruf-hurufnya (khat),tetapi diabaikan hududnya (sempadan). Al-Quran kini berseri-seri, berwarnani-warni, tetapi hilang intipatinya. Setiap rumah pasti ada bukannya senaskah, tetapi beberapa. Namun, belum pasti tiada kemungkaran di rumah-rumah yang sama.

Bacaan Al-Quran amat lunak pada zaman sekarang. Apabila dibaca, hukum tajwid amat diteliti, dari makhraj hingga ke taranumnya. Qari-qari menjadi sanjungan. Pertandingan tilawah dianjur besar-besaran. Tetapi sayang, tauladan dan pengajaran Al-Quran dipinggirkan. Tinggallah Al-Quran menjadi gurindam merdu yang puitis liriknya.

Apabila isi kandungan Al-Quran dibahaskan, fokus perbincangan tertumpu kepada zaman dan tempat ia diturunkan. Maka, terpisahlah Al-Quran dari pengkajinya dari aspek geografi dan masa. Al-Quran menjadi wahyu untuk orang Arab, pada kurun ketujuh masihi sahaja.

Sarjana-sarjana yang cuba menafsir Al-Quran mengikut perkembangan semasa sering menerima tuduhan dan cemuhan. Sesat dan sebagainya. Ini menimbulkan seribu satu keraguan kepada ummah. Ketakutan ini membuatkan ummah berbalik kepada tafsiran-tafsiran terdahulu yang lebih sesuai kepada moyang-moyang mereka.

Cerdik-pandai pula hanya asyik menghasilkan thesis dan kertas kerja. Kebanyakkan mereka ingin bergelar doktor dan professor. Tempat mereka bukan lagi di pondok-pondok. Mereka berkumpul di institusi-institusi yang canggih dan selesa. Tiada sedikit pun manafaat dari Al-Quran kepada ummah yang dizahirkan dari persidangan-persidangan mereka.

Tidak hairanlah jika Al-Quran mendapat perhatian yang dingin sekarang. Yang menyedihkan adalah apabila Al-Quran digantikan dengan falsafah kontemporari. Prinsip-prinsip motivasi  dijadikan panduan. Tanpa disedari, umat Islam semakin jauh dari Allah SWT kerana tiada iman atau tauhid pada teori-teori ini.

Pada hakikatnya, Al-Quran tidak lagi menjadi pegangan ummah. Penolakkan Al-Quran sudah hampir mutlak. Yang tinggal hanyalah ekspresi-ekspresi seni dan gurindam-gurindam merdu. Itulah nilai Al-Quran masa kini. Wallahu a’lam. 

-Dr Azlie F Rahman

Read More

Masjid Kekang Akidah Sesat Di Kedah

Mukhriz Mahathir bersalam dengan peserta semasa Majlis Perasmian Festival Masjid Serantau Kedah 2014 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, kelmarin.
Muzakarah Forum Silaturahim Kemakmuran Masjid Serantau (Forsimas) sempena Festival Masjid Serantau Kedah 2014 di sini yang bermula semalam bertujuan mewujudkan kepimpinan masjid di rantau ini dalam kalangan generasi muda.

Pengasas dan Setiausaha Agung Forsimas, Drs. Hassan Basry berkata, demi kelangsungan institusi masjid, gerakannya harus diterajui dalam kalangan profesional dan intelektual.

Hassan yang juga bekas dekan di Universiti Islam Acheh turut melahirkan kebimbangannya terhadap ketandusan gerakan masjid membabitkan anak-anak muda di rantau ini.

“Golongan muda wajar ada dalam pimpinan masjid. Ini masjid ada tetapi di mana golongan muda Islamnya. Seperti yang kita ketahui masjid adalah institusi unggul yang mampu menjadi tempat berdakwah dan mengelakkan mereka terjerumus dalam arena yang menyesatkan.

“Wajar sekali golongan ini kini mempelopori gerakan masjid bukan sahaja di negara masing-masing tetapi di rantau ini. Saya berharap melalui forum ini kita dapat mencari penyelesaian ke arah itu,” katanya ketika ditemui selepas perasmian festival tersebut yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir di sini semalam.

Menurut Hassan, generasi muda adalah tunggak kepada dakwah melalui gerakan masjid dan sebagai pengganti kepada generasi yang semakin berusia.

“Saya gembira dengan inisiatif Dewan Pemuda Masjid Malaysia yang mengadakan perjumpaan ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Pemuda Forsimas Acheh, Dr. Abdul Rani Usman, Forsimas yang kini telah bertapak di rantau Asia mempunyai keupayaan untuk menggerakkan dakwah dan intelektual dalam kalangan generasi muda.

“Sekiranya seluruh pemuda Islam di rantau ini bersatu di bawah institusi masjid, dakwah Islam dapat diperkukuhkan.

“Walaupun berbeza bangsa dan bahasa, namun kita bersatu di bawah institusi masjid demi penyatuan ummah,” katanya.

Forsimas lahir atas inisiatif Pimpinan Pusat Dewan Kemakmuran Masjid Aceh (PPDKMA) pada 2006 dan kini dianggotai aktivis termasuk pengurusan masjid dari Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Thailand, Myanmar dan Vietnam.

Sempena festival lima hari itu, sebanyak 160 perwakilan terdiri daripada para ulama, imam-imam dan cendikiawan Islam dari seluruh dunia berhimpun untuk menjayakan pelbagai aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di sekitar negeri ini.

Perwakilan dari Malaysia, Sudan, Indonesia, Singapura, Australia, Thailand, Hong Kong dan Filipina itu akan berkampung untuk menyertai pelbagai aktiviti anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia dan Forsimas dengan kerjasama kerajaan negeri. -Utusan

Read More

Hanya RM180 Setahun Untuk Kuliyah Al-Furqan!

Marang - Institut Al-Quran Terengganu (IQ Terengganu) membuka peluang kepada umat Islam berumur 18 hingga 65 tahun mengikuti kelas pengajian dewasa iaitu kelas pengajian Kuliyah Al-Furqan bagi pengambilan baru sesi Januari 2015.

Ketua Unit Kuliyah Al-Furqan Raslan Sidek berkata permohonan baharu dibuka dari 20 Okt hingga 3 Nov ini dan borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pentadbiran IQ Terengganu.

Selain itu, orang ramai juga boleh mendapatkan borang di laman web rasmi iqt.terengganu.gov.my dan menghantar borang itu selewat-lewatnya 3 November ini.

“Yuran pengajian untuk setahun pengajian hanya RM180 dan untuk pengambilan kali ini kami meletakkan sasaran 400 pelajar baru,” katanya, hari ini.

Raslan berkata, pelajar terpilih akan dipanggil menghadiri sesi temuduga bagi menentukan tahap kelas yang akan diikuti.

Sehingga ini, hampir 2,000 pelajar sedang mengikuti kelas pengajian di institut itu. - Bernama

Read More

Litar 1Kedah: SIC Dilantik Penasihat Teknikal

Sepang - Perbadanan Menteri Besar Kedah Darul Aman (MB Inc) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sepang International Circuit (SIC) bagi pembangunan Litar Kedah.

Perjanjian berkenaan antara lain menjadikan SIC sebagai penasihat teknikal bagi pelaksanaan pembangunan Litar Kedah selain bertanggungjawab sebagai penasihat pengurusan selepas ia siap kelak.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pembinaan Litar Kedah dijangka akan menghasilkan peluang kerja kepada penduduk tempatan dan merancakkan ekonomi setempat melalui pelbagai program permotoran yang dianjurkan.

Selain itu, ia juga dijangka menjadi platform sukan permotoran yang lebih selamat dan mengekang perlumbaan jalanan yang dianjurkan secara tidak sah.

Pembinaan Litar Kedah dijangka membuka peluang bagi Kedah sebagai hab sukan bermotor di wilayah utara. -myMetro

Read More

Alyah Tak Pernah Guna Pengaruh Ramli MS

Penyanyi, Datin Alyah tidak pernah menggunakan pengaruh suaminya yang juga pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menaikkan namanya dalam industri muzik. 

Alyah atau nama sebenarnya Norhasliah Abu Hassan, 33, berkata, mereka tidak pernah mencampur-adukkan urusan profesional dan peribadi dalam rumah tangga mereka dan kejayaannya sebagai penyanyi adalah usaha kerasnya selama ini.

"Benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama sekali tidak benar.

"Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya kerana pengaruh sesiapa," katanya kepada mStar Online.
Alyah bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun hadapan.
Alyah ditemui pada majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) yang diadakan di Hotel Istana pada Selasa.

Penyanyi itu turut tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Adil AF manakala lirik ditulis oleh Alyah dan Shah Shamsiri.

Bagaimanapun Alyah mengakui Ramli ada memberikan nasihat mengenai beberapa perkara berhubung kerjayanya namun memberitahu ia secara tidak langsung.

Pasangan itu bernikah secara rahsia di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 dan perkahwinan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Alyah berkata, kehidupannya sebagai isteri berjalan lancar dan berharap akan dikurniakan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga mereka.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan pada usia sekarang apa yang saya harapkan akan dikurniakan anak secepat mungkin," ujarnya.

Ditanya mengenai kebarangkalian dia dan Ramli akan mengadakan majlis resepsi, Alyah berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya untuk membuat keputusan.

Sementara itu, Alyah berkata, dia bersyukur apabila lagu Sesal Separuh Nyawa tercalon dalam AIM 21 pada tahun ini selepas lapan tahun tidak disenaraikan sebagai calon akhir.

Ramli MS
Bagi Alyah, pencalonan tersebut memberi makna besar kepadanya namun tidak meletakkan sebarang harapan untuk membawa pulang trofi.

"Ini adalah pencalonan kedua saya selepas lapan tahun dan saya sangat bersyukur lagu Sesal Separuh Nyawa mendapat tempat dalam lima terbaik selepas kali terakhir dicalonkan lapan tahun lalu menerusi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alyah berkata, dia kini sedang dalam proses merakamkan album ketiganya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan. -mStar

Read More

Diana Danielle Sudah Bertudung? So Sweet...!

Kalau ada yang mengikuti Instagram ibu muda cantik ini, anda pasti perasan Diana Danielle sering memuat naik gambarnya manis bertudung litup.

Mulanya memang kami tertanya-tanya tetapi menyambut baik penghijrahan selebriti wanita di Malaysia yang dilihat meningkat semakin hari.

Memang ramai peminatnya menganggap Diana Danielle bertudung penuh kerana artis itu memuat naik beberapa gambar lain dia mengenakan tudung.

63-Diana-Danielle-Bertudung-Untuk-Watak-Belum-Sepenuhnya-ROTIKAYA 65-Diana-Danielle-Bertudung-Untuk-Watak-Belum-Sepenuhnya-ROTIKAYA 66-Diana-Danielle-Bertudung-Untuk-Watak-Belum-Sepenuhnya-ROTIKAYA 67-Diana-Danielle-Bertudung-Untuk-Watak-Belum-Sepenuhnya-ROTIKAYA

Akhirnya persoalan ini terjawab, bercakap kepada GUA, suaminya Farid Kamil menjelaskan yang isterinya itu mengenakan tudung untuk memenuhi tuntutan watak dalam sebuah drama berjudul Perempuan Lindungan Kaabah selain sebuah lagi telefilem lain.

“Dia memakai tudung adalah bagi memenuhi tuntutan wataknya ketika berlakon dalam drama Perempuan Lindungan Kaabah. Malah, baru-baru ini juga pun ada satu telefilem yang memerlukan dia memakai tudung. Namun buat masa ini, dia belum lagi bertudung sepenuhnya,” jelas Farid Kamil.

Farid Kamil turut ditanya adakah isterinya itu masih mencemburui Nora Danish yang turut sama berganding dengannya dalam filem Anak Jantan gara-gara insiden gambar baru-baru ini.

“Tidak, dia sudah profesional sekarang. Dia faham, malah dia sendiri tidak sabar nak menunggu malam gala filem ini nanti untuk menonton bersama-sama filem Anak Jantan bersama saya,” ujar Farid Kamil.

Manisnya ibu cantik ini mengenakan tudung kan!

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Cikgu Anjur Makan Katak? Buruknya Laku Pengguna Media Sosial Ini...

Belum lagi sejuk kisah program I Want To Touch A Dog yang diadakan pada 19 Oktober lepas yang mencetuskan ketegangan di media perdana dan media sosial, dunia internet digemparkan lagi oleh gambar-gambar guru dari sebuah sekolah yang memegang katak.

MakanKatak_2 

Katak yang dipegang dilihat seperti sudah disiang dan siap untuk dipanggang.

Menurut pihak tidak bertanggungjawab, gambar itu disebarkan sejak semalam dan ia dikatakan pesta makan katak yang dianjurkan oleh sebuah sekolah.

Tindakan jahat pihak berkenaan dikecam hebat oleh seorang daripada keluarga pelajar sekolah itu yang memaklumkan bahawa sebenarnya ia adalah satu program demonstrasi cara survival yang dianjurkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di sekolah berkenaan yang tidak didedahkan.

MakanKatak_1

Ada pihak juga tampil dan memberi penjelasan tentang apa sebenarnya berlaku di sekolah berkenaan.

“Assalamualaikum admin sstv (sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah.

“Tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu,” kata pihak berkenaan.

Individu yang bertindak menyebarkan gambar ini pastinya inginkan publisiti ekoran berjaya mendedahkan konon-kononnya satu kepincangan dalam masyarakat padahal tindakannya akan membuatkan keadaan menjadi lebih buruk apabila ia disalah tafsir. 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

PAS Perlis Isytihar Haramkan PasMa, PAS Kedah Bila Lagi?

Seluruh ahli PAS di negeri Perlis yang berhasrat untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diberi kata dua untuk memilih sama ada kekal di dalam parti dan tidak menyertai pertubuhan itu atau sebaliknya.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, ahli PAS yang berhasrat untuk menyertai PasMa dikehendaki meninggalkan parti itu serta merta sebagaimana yang digariskan oleh pimpinan tertinggi PAS, Majlis Syura Ulama.

"Bagi Ahli yang masih juga berhasrat untuk bersama PasMa mereka hendaklah meninggalkan PAS.

"Pilih satu saja sebagai wadah perjuangan," kata Mohd Shukri yang dipetik dari laman rasmi Facebook PAS Negeri Perlis.

Menegaskan larangan menyertai PasMa berkuatkuasa serta merta, Pesuruhjaya PAS Perlis itu juga melarang mana-mana premis milik PAS di negeri itu dari dijadikan tempat penyebaran dakyah pertubuhan tersebut.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan larangan pada ahli-ahli parti itu dari menyertai PasMa, namun dipertikai oleh Presiden pertubuhan itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Pengkalan Kundor, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah mendakwa Majlis Syura tiada hak untuk membuat keputusan tersebut.

Kata Phahrolrazi, PasMa bukan merupakan pertubuhan politik dan hanyalah merupakan sebuah pertubuhan kebajikan.

Bagaimanapun, kenyataan itu dilihat bertentangan dengan kecenderungan partubuhan itu yang dilihat sering berbincang, bermunaqasyah serta berdialog tentang soal politik berbanding melakukan aktiviti kebajikan sebagaimana yang didakwa Presidennya.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, masih lagi "membisu" berhubung keterlibatan Timbalannya yang menjadi pemimpin tertinggi PasMa, termasuk belum melarang keterlibatan ahli PAS di Kedah dari menyertai pertubuhan itu. -Amir Hamzah Al-Asad/UtaraNews.com

Read More

Aktres Cun Terpaksa Terpaksa Hipokrit Demi Nak Jaga Hati Orang...

Mungkin namanya belum mampu untuk duduk sebaris dengan bintang seperti Tasha Shila ataupun Anzalna Nasir, namun bahang populariti mula dikecapi pelakon ini sedikit demi sedikit.

Nama Aishah Illias mula melonjak naik apabila menjadi watak utama dalam drama bersiri terpanjang Malaysia, Cinta Ibadah yang mula ditayangkan semenjak September lepas.

Drama ini bakal ditayangkan sebanyak 130 episod di Astro Prima. Wah, dah macam telenovela.

Cinta Ibadah astro

Namun, perkara tipikal yang akan menghimpit setiap selebriti terutama yang sedang meningkat naik seperti Aishah adalah masalah disiplin.

Menurut laporan dari Berita Harian, nama Aishah menjadi hangat dalam kalangan pelakon senior malahan kru kerana berlagak seperti seorang diva.

“Saya memang terkejut dengan cerita ini. Tuduhan saya lewat ke set itu saya sendiri pelik kenapa boleh timbul. 

“Saya cuba sedaya upaya datang awal ke lokasi penggambaran walaupun hari-hari ‘call-time’ saya pukul 7 pagi dan pulang paling awal jam 12 tengah malam,” ujar Aishah.

Namun, Aishah tidak menafikan bahawa dia pernah terlewat beberapa kali untuk tiba tepat pada masa, walau bagaimana pun ia tidak melebihi dari setengah jam.

“Bayangkan saya pernah tidur dalam kereta kerana takut terbabas tidur dan lambat ke set penggambaran,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Ujarnya lagi, “Saya di set penggambaran pun tak bercakap sangat sebab sibuk baca skrip yang panjang lebar. Dulu saya pernah terkena di set drama yang sama apabila orang bercakap saya berlagak diva apabila buat hal sendiri.”

“Bayangkan saya buat hal sendiri pun boleh timbul cerita kurang enak, apatah lagi kalau saya bergaul mesra. Jadi nak tak nak, saya kena berjaga-jaga. Kena bermuka-muka. Tapi saya tahu ini semua permainan dalam industri seni.” katanya.
 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Video: Saksikan Keunikan "Awang Batil" Dari Perlis!

HANYA tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi sebelum Tahun Melawat Malaysia 2014 melabuhkan tirainya.

Jika anda masih belum berkesempatan untuk menjelajah negeri-negeri di serata Malaysia, apa kata cuba ke Perlis, negeri sebelah utara yang paling hujung dalam peta.

Banyak keistimewaan dan keunikan sama ada dari segi makanan, pemandangan serta seni dan budaya terdapat di negeri paling kecil di Malaysia ini.

Salah satu keunikan yang tak boleh didapati di negeri-negeri lain ialah persembahan kebudayaan Awang Batil.

Jika negeri Johor terkenal dengan kuda kepang, Kelantan dengan dikir baratnya, Melaka dengan dondang sayang, Pulau Pinang dengan boria, Perlis ada Awang Batil.

Memang unik dan persembahan tradisi ini patut dipertahankan agar ia tidak ditelan arus pemodenan.

Menurut satu-satu individu yang masih aktif menjayakan persembahan dan menjadi tenaga pengajar iaitu Romli Mahmud,59, Awang Batil merupakan penglipur lara yang hanya terdapat di Perlis Indera Kayangan.

awang batil

Pada asalnya, Awang Batil merupakan penglipur lara yang dikenali terlebih dahulu dengan nama Awang Belanga kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya.

“Zaman dulu-dulu, Awang Batil akan mengembara dari kampung ke kampung dan dari rumah ke rumah untuk mempersembahkan cerita-cerita terutama di rumah-rumah kenduri kahwin.

“Dalam babak-babak tertentu, Awang Batil akan memakai topeng bagi menceritakan watak sama ada Hulubalang atau Ahli Nujum. 

“Topeng tersebut diperbuat daripada kayu yang biasanya disapu cat warna merah dan putih,” katanya ketika ditemui semasa Program Sahabat Media Visit Malaysia Year 2014 – Negeri Perlis, baru-baru ini.

Antara cerita yang lazimnya dipersembahkan adalah Raja Dewa Lok, Raja Bersiung, Raja Berdarah Putih, Anak Lang Pak Belang, Cerita Angan-Angan dan Awang Ada Duit Semua Jadi.

Kesemua cerita yang dipersembahkan selain memberi hiburan, turut diselitkan dengan bermacam-macam unsur nasihat buat penonton.

Kebiasaannya, persembahan Awang Batil dijayakan semasa majlis perkahwinan malah dianggap satu kemestian di kalangan orang Perlis suatu ketika dahulu.

Tidak hanya bercerita, Romli juga akan bermain alat muzik seperti serunai dan biola untuk memperkuatkan jalan ceritanya dengan unsur-unsur muzikal jadi penonton tidak berasa bosan dengan persembahan yang kebiasaannya mengambil masa sejam.

awang batil2
awang batil1

Menceritakan pengalamannya mempersembahkan Awang Batil di jalanan Kuala Lumpur awal tahun 2000, Romli mengatakan dia pernah dihulurkan duit oleh orang yang lalu-lalang.

Namun, disebabkan kecintaan dan minatnya yang tinggi terhadap seni Awang Batil, Romli tidak menyukai tindakan sesetengah pihak yang menganggapnya bagai peminta sedekah.

“Saya tak suka orang bagi duit kerana saya main sebab minat sebagai seniman jalanan,” katanya yang pernah terbang ke Switzerland, Jepun dan Singapura bagi memenuhi jemputan membuat persembahan.

Ditanya mengenai kelangsungan seni Awang Batil di kalangan orang muda, Romli mengatakan hanya dia sahaja masih gigih memperjuangkannya dan merupakan satu-satu tenaga pengajar yang mengajar kokurikulum tersebut di tiga buah sekolah terpilih di Perlis.

“Selagi ada permintaan, selagi itulah Awang Batil akan ada,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kepupusan seni lama yang semakin dilupakan orang muda kini.

awang batil4

Mengenai warisan Awang Batil yang akan diperturunkan, Romli mengatakan buat masa ini dia tidak mendedahkan anak-anaknya dengan seni tersebut kerana mahu mereka menamatkan pengajian terlebih dahulu sebelum melibatkan diri secara serius seperti dirinya.


Sumber: Mynewshub.my

Read More

Pra-Semi Final Piala Malaysia: Tak Sabar Julang Kedah #HijauKuning #LangMerah

Alor Setar - “Saya tidak sabar membantu Kedah layak ke final Piala Malaysia kerana Kenari agak lama tidak menjulang kejayaan selepas muncul juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dua kali pada musim 2006 dan 2007 di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah,” kata tonggak pertahanan Shafizan Hashim.

Menurutnya, walaupun pernah merasai suasana dilalui barisan pemain Kedah ketika ini, dia masih tidak sabar dan bersungguh-sungguh mahu memastikan pasukannya tampil bergaya di final.

Shafizan menjarung jersi Kedah pada 2001 di bawah bimbingan Datuk Ahmad Shafie dan jurulatih import Larsen mengenepikannya pada 2003 dari kesebelasan utama.

Bagaimanapun pada 2005, jurulatih Miranda menerimanya kembali dan ketibaan Azraai pada saingan Piala Malaysia musim itu meletaknya sebagai tonggak utama.

Shafizan mengambil keputusan menukar angin dengan menyertai FELADA United selama setahun pada 2013, tetapi kembali ke negeri asalnya musim ini.

“Saya lega dan bersyukur kerana Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerima saya kembali ke dalam pasukan selepas meninggalkan mereka setahun lalu,” jelasnya.

Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe memberi tugas utama kepadanya di benteng hingga berjaya membentuk tembok kebal Kedah.

“Kesungguhan untuk menamatkan cabaran Pahang pada aksi kedua Piala Malaysia di Kuantan malam esok menjadi pembakar semangat pemain lain dan kami tidak mahu mengambil risiko dengan terlalu yakin berbekal modal kejayaan 3-1 di Alor Setar,” katanya.

Kehadiran pemain muda seperti Muhammad Farhan Roslan, Syazwan Tajuddin, Muhammad Hanif Mt Dzahir, Rizal Ghazali dan Syafiq Ahmad memberi tenaga baru dalam skuad Kedah menggegar Liga M.

“Kami bertekad memastikan Kedah layak ke akhir dan tidak akan mensia-siakan kelebihan dua gol di Kuantan nanti.

“Pada saya inilah peluang terbaik kami menggembalikan semula kegemilangan bola sepak Hijau Kuning dengan beraksi di Stadium Bukit Jalil buat pertama kali dan merasai sendiri suasana final,” katanya. -myMetro

Read More

Mukhriz, KFA Diminta Perjelas Soal Tiket 26,000...


Penyokong tegar skuad bola sepak Kedah mempersoal tentang "kehilangan" puluhan ribu tiket perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Darulaman baru-baru ini.

Mempertikai mengenai jumlah sebenar tiket yang dijual, sebuah laman blog, Anak Kedah 007 (anakkedah007.blogspot.com), meluahkan rasa peliknya tentang 26,000 keping tiket yang "habis" dalam tempoh kira-kira sejam.

"Depa kata tiket dijual 26000... jual pukoi 10.00pagi dan pukoi 11.00pagi dah habih...," katanya memulakan persoalan dalam sebuah artikel bertajuk "KFA & MUKHRIZ sila jelaskan mana pie habih tiket bola separuh akhir Kedah vs Pahang?".

Namun katanya, jika dikira dari sudut logik dan matematik mudah, adalah tidak mungkin tiket berjumlah 26,000 keping itu habis terjual dalam masa sejam di perkarangan stadium negeri itu.

"Jika seorang beli max 5 unit maka dengan 26000 dibahagi 5 = 5200 org yang diperlukan beratur membelinya....

"Jadi dari 5200 nie jika masa nak beli tiket ialah 2minit seorang jadi jika di darat dalam masa sejam maka 60/2 = 30org dan dibuka 4 kaunter maka 30 x 4 = 120 orang....

"Disini dapat disimpulkan dalam masa sejam baru 120 orang beratuq membelinya....dan jika di bahagi dengan 5200/120 = 43 jam di perlukan untuk menjual keseluruhan tiket tersebut....," katanya memberikan kira-kira mudah kepada persoalan itu.

Penulis blog itu turut meluahkan rasa kesalnya dengan "fenomena pelik" itu dan mendakwa ia merupakan satu bentuk penganiayaan kepada seluruh peminat skuad Hijau Kuning yang terpaksa beratur panjang untuk membeli tiket, tapi gagal.

"Kerana ia telah berlaku penganiayaan kepada peminat yang datang beratur panjang sejak jam 6.00pagi tetapi hampa dalam masa sejam sahaja tiket dikatakan habis...

"Sebaik2nya KFA berikan terus kouta berapa yg akan dijual di stadium berapa yang nak bagi kat sepupu sepapat senang mudah peminat nak atoq masa....dan jika habih tu silalah letak notis atau memo depan kaunter tu kata tiket habis... nie dak dok buang masa beratoq last hampa bila dikatakan tiket habis..," jelasnya, kesal dengan apa yang berlaku.

Justeru itu, dia memohon supaya pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memberi penjelasan mengenai jumlah sebenar penjualan tiket di kaunter stadium dan cara agihan tiket yang lain.

"Jadi nak mintak pihak Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - berikan jumlah sebenar tiket yang dijual di stadium dan juga yang telah diedarkan awal kepada suku sakat adik beradik sepupu sepapat anda...," rayu peminat tersebut. -Amir Hamzah Al-Asad/UtaraNews.com

Read More

Separuh Akhir Piala Malaysia Kedah VS Pahang: "Live Di Stadium Darulaman

Peminat bola sepak Kedah yang tidak berkesempatan menonton perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur, Pahang esok berpeluang menyaksikannya secara langsung di Stadium Darul Aman di sini.
  
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bersetuju supaya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memasang layar besar di kawasan letak kereta stadium itu bagi membolehkan para penyokong menyaksikan pasukan Kedah menempa tempat ke pusingan akhir.
  
"Jangan kecewa jika tidak dapat ke Stadium Darul Makmur, Kuantan Jumaat ini. Penyokong setia Lang Merah masih berpeluang untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka menentang Tok Gajah secara langsung beramai-ramai," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
  
Mukhriz berkata inisiatif itu diambil kerana mahu memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk turut merasai kemeriahan serta kehangatan semangat Lang Merah mencabar Tok Gajah di gelanggang sendiri.
  
"Para penyokong digalakkan memakai jersi pasukan Kedah pada malam itu," katanya.
  
Dalam saingan separuh akhir pertama pasukan Kedah menewaskan Pahang 3-1 di Stadium Darul Aman Ahad lepas. - Bernama

Read More

Curi Balak: 9 Individu & Pegawai Polis Ditahan, RM18 Juta Dibeku

KUALA LUMPUR – Sepuluh individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan dalam satu operasi bersepadu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ops Tukul berhubung kes pembalakan haram di Sarawak, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata dalam operasi yang dijalankan sejak 20 Oktober itu sebanyak 30 akaun pemilik syarikat balak bernilai lebih RM18 juta turut disita.

Beliau berkata, pegawai kanan polis yang berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sarawak itu ditahan kerana menerima rasuah berjumlah RM16,000 daripada pembalak haram.

“Bahagian Perisikan SPRM sudah membuat pemerhatian dan pemantauan selama sembilan bulan di 12 lokasi di Sarawak termasuk Kuching, Limbang, Sibu, Ulu Baram, Lundu, Kapit dan Miri. Risikan kami mengesahkan bahawa kecurian balak di kawasan yang dipantau memang berlaku.

“Mereka yang ditangkap berumur antara 28 hingga 70 tahun yang terdiri daripada pengarah urusan syarikat, pemilik syarikat dan pengurus kem. Nilai rasuah yang diberi adalah antara RM300 hingga RM10,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Shukri berkata, setakat ini lima daripada individu yang ditahan sudah didakwa manakala selebihnya masih ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Empat di Limbang dan seorang di Kuching sudah didakwa manakala yang lain masih ditahan termasuk seorang pegawai kanan polis berkenaan hingga 26 Oktober ini,” katanya.

Semua individu yang ditahan boleh didakwa mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika disabitkan kesalahan akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan. - BH Online

Read More

#Hot! Ustaz Azhar Idrus Jadi Mangsa Fitnah Video Seks?


Belum sejuk cerita pasal gambar intim Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan calon Prk Teluk Intan Dyana Sofya, sekarang ni kecoh pula pasal video seks mirip penceramah agama terkenal yang pro Pakatan..

Khabarnya, video pasal individu bergelar Ustaz ni dah tersebar melalui beberapa blog serta facebook dan group whatsapp.. Tak tahulah dari mana sumber asalnya, tapi sejak tengah malam tadi memang kemunculan video ni menjadi topik hangat di media sosial..

Dengan trend perkongsian perkara-perkara dalam bilik tidur sebegini sekarang, tak ada apa yang mustahil untuk kita nafikan.. Walaubagaimanapun, kalau difikirkan secara logik akal, takkan lah seorang Ustaz yang sering membicarakan soal agama tergamak merakam aksi seksnya sendiri kann..

Tambah-tambah pulak Ustaz ni memang terkenal serta mempunyai pengikut yang ramai di seluruh negara.. Dan agak mustahil jugak Ustaz ni sengaja mahu simpan benda-benda macam ni.. Rasanya tak ada untung apapun kalau disimpan walaupun sekadar untuk kenangan..


Tapi kann.., apa lah sangat kita nak heran dengan video-video macam ni. Dah ramai rasanya orang-orang ternama didalam negara kita yang pernah terlibat dengan penyebaran video skandal seks di bilik tidur..

Yang paling awal adalah Chua Soi Lek.. Kemudiannya Anwar Ibrahim serta Azmin Ali.. Dan tak ketinggalan juga Mustapha Ali Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia.. Semua ada video sama ada tengah ringan-ringan ataupun tengah "buat projek" dengan pasangan masing-masing..

Dan jawapan skema yang diberikan selepas tersebarnya video terbabit adalah.., "muka macam saya.., tapi itu bukan saya..." Tak pun akan keluar jawapan..., "video tersebut tak boleh dijadikan bukti kerana ia hanyalah besi.." Ataupun jawapan macam ni..., " Itu semua fitnah bagi menjatuhkan karier dan imej saya.."

Apapun.., seks dan manusia adalah lumrah dan tak ada sesiapa pun mampu jangka bagaimana gilanya nafsu seseorang tu.. Ada pernah keluar berita atuk rogol cucu.., nenek 70 tahun kena rogol dalam kebun getah..., dan juga OKU kena rogol dengan remaja.. Tak gila ke semua benda tu hanya kerana nafsu..

Jadi apa nak heran dengan video-video macam ni.. Kalau betul pun apa yang kita boleh buat kecuali kutuk si pelaku secara berjemaah.. Dan kalau tak betul pun apa yang boleh kita cakap selain kutuk juga si pembuat video secara berjemaah lagi...

Kesimpulannya.., tengok saja lah dan ambik ikhtibar dari apa yang berlaku. -UtaraNews.com

Read More
Newer Posts Older Posts Home