"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Monday, 1 September 2014

Luar Apartment Kosong, Dalam Rumah Urut

Keadaan lokasi apartmen di TTJ dijadikan port menjalankan aktiviti tidak bermoral.

Kelihatan dari luar, ia hanya kawasan apartmen tinggal yang tidak berpenghuni namun siapa sangka lokasi yang berhampiran dengan Kelab Golf Taman Tuanku Jaafar (TTJ), Seremban dijadikan 'port' kepada lelaki hidung belang melakukan aktiviti tidak bermoral.

Rahsia terbabit terbongkar selepas serbuan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam ‘Ops Mungkar’ sempena malam sambutan kemerdekaan bermula jam 10 malam hingga 6 pagi semalam.

Ketika serbuan tersebut, dua lelaki beragama Islam berusia lingkungan 20 dan 30-an dalam keadaan separuh bogel dicekup bersama pasangan wanita warga asing di dalam bilik masing-masing di apartmen berkenaan.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat enam wanita warga Thailand dan Vietnam di dalam rumah berkenaan dipercayai berperanan menyediakan perkhidmatan ‘tidak bermoral’.

“Berdasarkan siasatan awal, wanita warga asing terbabit menawarkan perkhidmatan urutan dengan bayaran RM100 kepada setiap pelanggan dan jika mahu lebih daripada itu bayaran tambahan akan dikenakan.

“Setiap pelanggan akan diberi satu kad yang membolehkan mereka mendapatkan perkhidmatan secara percuma selepas 10 kali berkunjung ke apartmen tersebut,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati apartmen tiga tingkat tersebut turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pergerakan di luar kediaman berkenaan.

Ahmad Zaki berkata, pihaknya mendapati modus operandi digunakan ialah dengan memilih lokasi tersembunyi dan terpencil daripada pandangan masyarakat bagi memudahkan aktiviti tidak bermoral tersebut dijalankan.

“Di dalam setiap bilik disediakan dengan sebuah katil dan kita mengesyaki wanita warga asing itu tinggal di apartmen tersebut.

“Pada serbuan ini kita telah merampas decoder CCTV dan wang tunai RM470 juga kad tawaran perkhidmatan dipercayai diberi kepada pelanggan,” katanya.

Sementara itu katanya, secara keseluruhan tiga lelaki beragama Islam ditahan termasuk seorang lelaki di sebuah pusat urut di sekitar daerah ini.

Kata Ahmad Zaki, mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 61(1) Enakmen Syariah Syariah iaitu cubaan melakukan persetubuhan haram.

“Manakala kesemua wanita warga Thailand dan Vietnam berusia antara 20 hingga 30-an itu dibawa ke bahagian penguatkuasaan JHEAINS untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

MERDEKA DARI SUDUT PANDANG ANAK-ANAK MUDA KEDAH

Di ambang seluruh rakyat Malaysia menanti detik jam 12 tengah malam bagi menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-57, krew KedahNewsTv sempat menemubual beberapa anak muda di bandar Alor Setar bagi mengetahui erti kemerdekaan dari sudut pandangan mereka.

Berdasarkan tiga soalan yang kami kemukakan, anak-anak jati Kedah ini memberikan pandangan mereka mengenai erti merdeka, perubahan yang kehidupan rakyat serta cubaan segelintir pihak yang sebelum ini cuba menukar jalur gemilang.

Mari lihat apakah erti "merdeka" bagi mereka. Semua jawapan adalah pendapat peribadi mereka. Jadi bagaimana pula pendapat anda?

Read More

Rupanya 3 Anggota PPS Yang Dibela Guan Eng Positif Dadah

GEORGE TOWN – Tiga daripada 136 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang masih ditahan polis didapati positif ujian dadah jenis methamphetamine, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid.

Beliau berkata pemeriksaan polis juga mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah dan berada dalam senarai dikehendaki polis.

Semalam polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Bagaimanapun, dua puluh orang terdiri daripada tujuh wanita dan warga emas berusia lebih 60 tahun dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi.

Mior Faridalatrash berkata proses mendapatkan perintah tahanan reman terhadap 136 anggota PPS sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini bermula pukul 12 tengah hari ini.

“Sehingga pukul 1.30 tengah hari, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Tinjauan Bernama di IPD Timur Laut mendapati 20 peguam termasuk Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut pagi ini manakala keadaan di luar ibu pejabat polis itu sesak dengan orang ramai yang berkumpul. – BERNAMA

Read More

TERKINI: Polis "Cekup" Rayer



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.

Ia disahkan Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini.

Penahanannya dibuat ketika polis dipercayai sedang membuat persediaan membebaskan pengerusi Jawatankuasa Persekitaran dan Kesejahteraan Masyarakat, Phee Boon Poh dan semua 155 anggota PPS menjelang tengah malam ini.

Rayer, salah seorang peguam membantu anggota PPS yang ditahan semalam, hadir di balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang ini dan terus ditahan.

Beliau dimaklumkan polis sedang disiasat di bawah Akta Pertubuhan. – The Malaysian Insider

Read More

Lelaki Hina PDRM "Kecut Perut" Minta Maaf? #PDRMsia



SEMALAM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya telah mengeluarkan kenyataan mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengesan dua pengguna Twitter yang mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis.

Kedua-dua menggunakan nama Nasrul Omar dan Viktor Wong.

Lelaki Hina PDRM Sudah 'Kecut Telur', Mohon Maaf Di Twitter
Lelaki Hina PDRM Sudah 'Kecut Telur', Mohon Maaf Di Twitter

Bagaimapun, hari ini, Viktor Wong telah mengemaskini statusnya yang memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM atas kebiadapannya itu.

Ia berbunyi:

“Hello @PDRMsia @KBAB51, saya menarik balik kenyataan ‘anak haram’ dan memohon maaf kepada anda dan semua anggota.”

Lelaki Hina PDRM Sudah 'Kecut Telur', Mohon Maaf Di Twitter

Sebelum ini, dia juga pernah memuatnaik status seakan-akan menyindir ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sempena Hari Kemerdekaan ke-57, kononnya ia tidak asli dan terlalu ‘plastik’.

Lelaki Hina PDRM Sudah 'Kecut Telur', Mohon Maaf Di Twitter

Justeru, ramai yang beranggapan orang seperti Viktor Wong hanya berani bercakap di laman sosial, namun ‘kecut telur’ apabila PDRM mengambil tindakan. -Mynewshub.my

Read More

Guan Eng Cuba Hasut Rakyat? Patut Pun Nak Mansuh Akta Hasutan Sangat...


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan cuba menghasut anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang agar tidak akan tunduk sama sekali dengan amaran Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap pasukan keselamatan tidak berdaftar itu.


Guan Eng juga telah mencabar Ketua Polis Negara untuk adakan perbahasan terbuka tentang PPS walaupun Khalid mengesahkan bahawa PPS adalah satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966 kerana tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). 

"Walaupun kami tidak ada kekuatan seperti Ketua Polis Negara, kami tidak akan tunduk kerana satu nilai sahaja iaitu kebenaran. Kalau beliau (Khalid) benar-benar rasa beliau benar, saya cabar Ketua Polis Negara untuk adakan satu perbahasan terbuka tentang PPS,

"Beranikah anda sebagai Ketua Polis Negara untuk mengadakan perbahasan tentang ucapan beliau yang sungguh tidak bertanggungjawab menggunakan kuasa untuk menangkap (anggota exco) Phee Boon Poh dan juga mengambil keterangan Ketua Menteri,

"Kerajaan negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan beliau (Khalid)...mungkin saya nak tanya bilakah giliran saya untuk ditangkap...saya tunggu sama beliau," kata Guan Eng yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.

Tindakan Guan Eng ini dilihat biadap kerana seolah-olah mencabar kewibawaan pihak yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara. Ini juga berkait rapat dengan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang digembar-gemburkan pembangkang.
Akta Hasutan baru-baru ini digunakan ke atas pemimpin pembangkang termasuk dua Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan N. Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer. 

Semalam, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.

Polis juga turut mengambil keterangan Guan Eng dan Adun Seri Delima RSN Rayer. Guan Eng berada di IPD Timur Laut sehingga pukul 3.30 pagi.

Khalid dalam Twitternya semalam meminta mereka yang bertanggungjawab terhadap PPS segera menyerah diri sebelum polis menyerbu rumah mereka. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Di Alor Setar


Sebanyak 101 kontinjen melibatkan 4,000 orang daripada pelbagai agensi swasta, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Kedah yang diadakan di Dataran Tunku, Alor Setar semalam.

Perarakan dan sambutan yang diraikan secara sederhana itu bermula kira-kira seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 10 pagi bermula sebaik sahaja Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Dataran Tunku hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta lain-lain jemputan.

Perarakan tersebut turut disaksikan lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 itu.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Perarakan Hari Kemerdekaan ke-57 yang diadakan semalam:





Untuk gambar-gambar lain yang lebih menarik, anda boleh ke halaman . Mungkin gambar anda turut termuat di dalam lensa kamera kami, siapa tahu, bukan?- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Video: Rakaman CCTV Ketika Banglo Guan Eng Dibaling 'Molotov Cocktail'


Rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di jalan Pinhorn diletupkan dengan sebutir bom petrol yang dilemparkan oleh seorang penunggang motosikal, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, Guan Eng berada dalam rumah bersama isterinya, Betty Chew dan dua anak lelaki mereka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, 'molotov cokctail 'itu meletup di kawasan letak kereta namun tidak mencederakan sesiapa atau merosakkan harta benda.

"Polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan kediaman itu dan mendapati seorang lelaki menaiki motosikal membaling bom petrol ke dalam kawasan rumah berkenaan sebelum melarikan diri," katanya yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.

Menurutnya, siasatan forensik awal mendapati botol yang dilempar itu dipenuhi minyak tanah. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

21 Lokasi Diserbu: Jabatan Agama Islam Tak Mahu Maksiat Berleluasa Di Kedah

SUNGAI PETANI – Semak dan menjijikkan. Itulah keadaan rumah tumpangan tidak bertanda yang dijadikan lokasi melampiaskan nafsu di Bandar Puteri Jaya, dekat sini, yang  menjadi tumpuan golongan tidak bermoral sempena ambang kemerdekaan semalam.

Keadaan semak-samun dalam rumah terbabit cukup menggerunkan malah tingkap di ruang tamu serta bahagian kiri dan bilik tidur yang pecah hanya ditampal menggunakan kertas putih sahaja.

Hasil maklumat penduduk tempatan, rumah yang sering dijadikan lokasi persinggahan pasangan bercinta tidak kira tua atau muda, musim cuti atau hari biasa, malah saling bertukar pengunjung selang beberapa jam sahaja.

Serbuan yang dijalankan anggota penguat kuasa dari enam agensi terlibat lebih kurang jam 4 pagi mendapati, sepasang kekasih berusia lewat 40-an keluar daripada satu dari empat bilik setelah kira-kira 20 minit rumah itu dikepung.

Janda berusia 48 tahun itu mengakui datang dari Kampung Pokok Tai, Pendang, dan bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah serta bersekedudukan dalam sebuah bilik dipercayai suami orang berusia 41 tahun dari Kampung Huma, Sungai Layar.

Pasangan itu mengakui baru berkenalan dalam tempoh dua bulan sebelum keluar makan malam bersama.

Turut ditemui dalam rumah berkenaan, sebuah motosikal dipercayai milik lelaki berkenaan dan sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah dipercayai milik wanita terbabit.

Cubaan pasangan larikan diri gagal

Sebelum itu, anggota penguat kuasa yang melakukan serbuan di sebuah hotel bajet di Padang Temusu lebih kurang jam 2.30 pagi terkejut apabila terdengar dentuman kuat kira-kira 20 minit selepas mengetuk pintu sebuah bilik.

Hasil pemeriksaan mendapati bunyi dentuman kuat berpunca daripada tindakan seorang wanita yang nekad melarikan diri dari tingkap hotel bajet bersama teman lelaki, tetapi tersangkut pada atap bumbung sebelum terjatuh ke dalam sebuah kedai bersebelahan.

Tindakan itu bagaimanapun mendatangkan padah setelah wanita itu cedera di kaki sebelum kedua-duanya dicekup anggota penguat kuasa.

Mesra atas motosikal

Terdahulu, sepasang kekasih dilihat melakukan adegan mesra atas motosikal yang diparkir di lokasi tempat letak kenderaan dekat pusat perniagaan Lagenda Heights kira-kira jam 12 tengah malam.

Kedua-duanya yang masih menuntut dilihat berkelakuan tidak sopan boleh dikenakan denda dan diminta hadir ke Pejabat Agama Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

Serbuan kemudian diteruskan di sebuah hotel di lokasi sama melibatkan pasangan berusia 29 dan 22 tahun dari bandar ini manakala pasangan wanita dari Kota Bharu, Kelantan.

Apabila dicekup, lelaki terbabit hanya berseluar pendek manakala teman wanitanya hanya memakai baju-T lengan pendek dan berseluar pendek.

Turut dicekup seorang penjawat awam dari Bedong bersama kekasihnya iaitu seorang janda juga berasal dari Bedong.

Lebih mengejutkan, janda yang berusia 24 tahun itu sebenarnya orang kurang upaya (OKU) bisu.

21 lokasi panas diserbu

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Othman berkata, hasil pemeriksaan terhadap 21 lokasi panas dalam Operasi Merdeka Bersepadu itu mendapati lima kes bersekedudukan, dua kes bernikah di negara jiran dan dua kes berkelakuan tidak sopan.

Kesemua 56 anggota terdiri daripada kakitangan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Yan, Sik, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.

Katanya, empat kes didapati positif dadah apabila ujian air kencing dilakukan ke atas individu yang diperiksa.

“Kes disiasat bawah Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) Kedah 1988 iaitu melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang atau malam yang boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.

“Lima pasangan turut disiasat di bawah Seksyen 9 EKJS Kedah 1988 iaitu bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan isteri atau mahram. Bagi kesalahan itu, denda RM2,000 atau penjara setahun atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya sabit kesalahan,” katanya.

Operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu dibahagikan kepada tiga pasukan dan diteruskan sehingga subuh semalam.

Katanya, pemantauan kerap akan terus dilakukan dan pihaknya kini sedang memantau kegiatan di pusat hiburan serta karaoke. -Sinar Harian

Read More

Cuba Pecah Rekod Dunia Dengan #Selfie Terbanyak Dalam Masa 1 Jam

Gambar hiasan
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, sekumpulan 665 rakyat Malaysia dari semua lapisan hidup mengambil kesempatan untuk cubaan memecahkan 'Guinness World Record' dengan merakam gambar selfie paling banyak dalam masa satu jam.

Pelajar Muhammad Hazwan Md Nor, 20, yang menjadi selfie untuk hari acara, mengambil gambar bersama sekurang-kurangnya 10 orang satu minit untuk mencapai jumlah 665 selfie.

"Daripada 665 selfie itu, 52 dibatalkan oleh saksi-saksi dengan baki 613 selfie untuk dipertimbangkan dalam percubaan untuk memecahkan rekod," kata Hazwan yang dipetik dari laman Bernama.com.

Acara itu yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan percubaan untuk mengatasi rekod sekarang iaitu 421.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh para pegawai Guinness dalam masa sebulan.

Turut menghadiri acara itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

Selfie biasanya dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat turun ke dalam laman media sosial. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

"Tidak Berdosa Ramli MS - Alyah Sorok Nikah Mereka", Tegas Ustaz Kazim

Langkah konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.

Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias berkata, ini pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana mengwar-warkan kepada masyarakat adalah sunat.

"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

"Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu," katanya.

Kazim diminta mengulas berkenaan dengan isu pernikahan rahsia Ramli MS dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Rahsia pasangan itu terbongkar  apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.



Ramli MS dan Alyah sudah bernikah sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, Kazim berkata, orang ramai mahupun pihak media tidak perlu terlalu beria-ia menyalahkan Ramli mahupun Alyah kerana pasangan itu mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut.

Katanya lagi, mengikut hukum Islam juga, apabila seorang suami mahupun isteri menafikan perkahwinan mereka, ia tidak menggugat perkahwinan sehingga jatuh talak.

"Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

"Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

"Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka," tuturnya.

Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar. -Mstar

Read More

Sabrina Enggan Ulas Konflik Rumahtangganya


PELAKON Sabrina Ali sememangnya sinonim dengan rangkaian drama terbitan Skop Productions dan sejak mendirikan rumah tangga empat tahun lalu, dia dilihat semakin kurang aktif dalam bidang seni.

Mungkin ketika itu fokus dan tumpuan pelakon manis ini lebih terarah kepada suami dan anak-anaknya.

Namun, sejak akhir tahun lalu wajahnya kembali menghiasi kaca televisyen tempatan berikutan dia kini khabarnya sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Tak tahu sejauh mana kebenaran kisah tersebut tetapi daripada cara Sabrina menjawab soalan wartawan Harian Metro ini, kita sudah dapat meneka masalah yang dihadapi Sabrina.

Namun, disebabkan banyak hati yang perlu dijaga, Sabrina enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

sabrina1

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati yang perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.

“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya. Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harapkan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.

Pelakon berusia 32 tahun ini bernikah dengan Syed Amirul Syed Ahmad pada 2009 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Syed Aryan Khan, 3, dan Syed Adrian Khan, 18 bulan.

Sabrina turut mempunyai seorang anak perempuan, Ariyana, 7, yang merupakan hasil perkahwinan terdahulu.

Semoga Sabrina tabah menghadapi dugaan yang menimpa dan berharap agar masalahnya akan berjaya diatasi dengan sebaik mungkin.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Eksklusif: Pensyarah Dedah Sikap Segelintir Rakyat, Media "Paling Transparen"


Sikap dan budaya rakyat Malaysia yang begitu cepat terpengaruh dengan laporan-laporan berat sebelah, tidak tepat dan sama sekali tidak berfakta dari sesetengah laman web yang dikatakan "bebas" memang merupakan satu "penyakit" yang agak sukar diubati.

Namun, jika bertemu "buku dengan ruas", selalunya mereka yang memiliki daya pemikiran yang agak rendah dan malas berfikir itu akan malu sendiri apabila berdepan dengan rakyat Malaysia yang lebih rasional kewarasannya.

Seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia, mendedahkan seorang warganegara kita yang memiliki sikap dan mentaliti yang negatif tersebut. 

Kisahnya adalah seperti berikut...
Saya ada bersembang dengan seorang "rakyat Malaysia" yang baru berhijrah ke Australia. Kami ada bercerita mengenai krisis perlantikan MB di Selangor. Beliau bersungguh-sungguh berkata bahawa setahu beliau Sultan tiada kuasa dalam melantik MB dan tidak perlu campurtangan. Menurut beliau, tidak pernah terjadi sebelum ini Sultan menolak calon MB yang menerima sokongan majoriti ADUN-ADUN!

Saya menceritakan tentang kisah melibatkan DS Idris Jusoh selepas PRU12 dimana walaupun beliau mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Terengganu, akhirnya akur dengan pilihan istana yang inginkan DS Ahamd Said menjadi MB. Dalam kes ini, UMNO akur dengan titah istana.

Begitu juga isu di Perlis berkaitan dengan perlantikan DS Shahidan Kassim sebagai MB selepas PRU12. Dalam isu ini juga, UMNO akur dengan titah istana. Itu belum kisah-kisah berkaitan dengan pertukaran MB di beberapa negeri lagi.

Akhirnya beliau berkata, betul ke? Saya tanya dia, dimana dia baca kata Sultan kena terima sahaja pilihan parti yang menang, dia kata dia baca di akhbar online "yang paling transparen" di Malaysia!

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang mula minat politik ketika gelombang PRU13 tempohari. Mereka ini kebanyakkanya membentuk pemahaman politik berdasarkan bacaan mereka didalam akhbar-akhbar online yang jelas "bias" kepada pihak tertentu. Bacaan-bacaan ini akhirnya diterima mereka sebagai fakta dan menjadi asas "mental models" mereka tentang politik Malaysia.

Bagaimana? Setuju dengan pandangan pensyarah universiti di Australia itu?

Lebih menarik lagi, akhbar-akhbar manakah yang "berat sebelah" sebagaimana yang dijelaskan Radzi Jidin itu? 

Apa pula agenda sebenar akhbar-akhbar tersebut terhadap rakyat Malaysia agaknya?

Tidakkah rakyat Malaysia sedar tentang sikap akhbar online itu yang berat sebelah, namun mengaku kononnya bersikap "adil" dan "paling transparen"?

Sebagai hamba Allah, marilah kita sama-sama berfikir dan belajar untuk rajin berfikir secara waras, rasional serta adil. Paling penting sebagai umat Islam, kita perlu rujuk kepada Islam terlebih dahulu sebelum merujuk pada mana-mana sumber sebagai panduan berfikir. 

Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Krisis MB Selangor: NGO Wanita Pertikai Titah Sultan


Gabungan pertubuhan wanita, Empower, mempersoal titah Sultan Selangor yang mahu Pakatan Rakyat (PR) menghantar lebih daripada dua nama bagi jawatan Menteri Besar akan mengundang tanggapan yang salah mengenai wanita mengetuai pejabat awam, .

Kata mereka, dalam keadaan kekurangan ketara penjawat wanita di peringkat pembuat keputusan di seluruh negara, ia akan mengukuhkan persepsi bahawa adalah luar biasa bagi wanita menduduki pejabat awam.

"Pada hakikatnya, perlembagaan negeri adalah neutral dalam hal ini," menurut kenyataan Empower yang ditandatangani bersama Persatuan Bertindak Wanita (Awam), Wanita Untuk Wanita Perak (PWW) dan Sisters in Islam (SIS).

Mereka berkata ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pun memperoleh sokongan majoriti DUN Selangor yang melayakkannya memegang jawatan nombor satu kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa lepas menitahkan setiap parti dalam PR menghantar lebih daripada dua nama kepada istana sebelum 3 September ini.

"Wanita yang memilih untuk menceburi bidang politik selalu berdepan isu seksis dan diberi standard yang lebih tinggi. Mereka selalunya perlu membuktikan potensi mereka di luar kebiasaan.

"Malah, kaum lelaki yang mempunyai pengalaman yang sama tidak dipersoalkan kelayakan mereka.", kata kumpulan itu yang dipetik dari laman Malaysian Insider.

Ini juga adalah disebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membantah Dr Wan Azizah menjadi MB atas dasar agama dan kelayakan. ‎

Parti Islam itu akan menghantar lebih daripada satu nama kepada Sultan yang sama sekali bertentangan dengan keputusan Majlis Pimpinan PR mencalonkan hanya Dr Wan Azizah.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu mempertikai keputusan PAS yang sebelum ini memuktamadkan pendirian untuk menolak wanita sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
‎‎
Empower melahirkan rasa kesal kerana walaupun Dr Wan Azizah disokong 30 daripada 56 Adun, beliau masih belum menjadi menteri besar.

"Adakah patut calon yang tidak mendapat sokongan majoriti dilantik sebagai menteri besar?
"Ini akan meruntuhkan proses demokrasi yang didukung DUN dan kerajaan negeri."‎ kata pertubuhan itu membantah keputusan PAS.

Dalam perkembangan lain, Empower juga melahirkan rasa kurang senang terhadap penggunaan Akta Hasutan bagi mendiamkan kritikan.

"Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akta itu akan dimansuhkan.

"Bagaimanapun, statistik Suaram menunjukkan bilangan tuduhan dan penyiasatan di bawah akta itu bertambah pada 2013 - 15 kes berbanding 7 pada 2012," katanya, merujuk dakwaan pertubuhan hak asasi manusia, Suaram.

Akta Hasutan baru-baru ini digunakan ke atas pemimpin pembangkang termasuk dua Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan N. Surendran, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Malaysia...Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta...


Di sini lahirnya sebuah cinta… 

Mesti rata-rata rakyat Malaysia sudah tahu akan tema sambutan hari kemerdekaan ke-57 pada tahun 2014 ini bukan? 

Manakan tidak, slogan "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" sentiasa diperkata dan diputar di semua media massa di sepanjang bulan kemerdekaan

Sambutan Hari Kebangsaan pada  tahun  ini  menampilkan keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan "Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" yang dinyanyikan oleh Allahyarham  Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema kemerdekaan yang  ke -57. 

Manakala, logo Hari Kemerdekaan yang dipilih pula adalah hasil ciptaan seramai 1,586 orang peserta Pertandingan Mereka Mencipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57, anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Multimedia.

Ketika mengumumkan logo dan tema tersebut, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan sebaris lirik lagu Allahyarham Sudirman itu mampu menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam jiwa rakyat.

"Secara tidak langsung dapat mewujudkan  masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan,kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa yang panjang," katanya.

Dengan itu, marilah kita sama-sama mengharmonikan negara kita yang tercinta ini.

Sama-samalah kita menjaga negara dari segala bentuk aspek penjajahan yang mampu menggugat kedaulatan negara demi sebuah masa depan yang lebih harmoni, aman, makmur dan sama-sama bertransformasi ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

Apa yang dapat dilihat dan menyedihkan adalah kibaran jalur gemilang di setiap rumah, malah kenderaan semakin hari semakin pupus dan tidak diendahkan oleh sebilangan rakyat Malaysia.

Oleh itu, marilah kita jalankan tanggungjawab dan peranan kita sebagai rakyat yang cintakan negara dengan menyemai rasa hormat di antara satu sama lain bersama sikap positif dari sebarang bentuk ancaman penjajahan di zaman serba canggih dan moden ini.

Ayuh, sama-sama kita kibarkan jalur gemilang dan sematkan semangat cintakan tanahair tidak kira di mana kita berada. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia  ke-57 pada 31 Ogos 2014. Semoga kita sentiasa merdeka di hati... -Norhayati Shaharun/KedahNews.com

Read More

PPS: Lim Guan Eng Disiasat Polis!


Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan yang ditubuh kerajaan negeri pimpinan DAP itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata Phee, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di George Town, Ahad.

"Phee hadir di IPD Timur Laut pukul 4.30 petang dan polis menahannya untuk siasatan lanjut manakala Lim Guan Eng dibebaskan selepas polis merekod keterangannya," kata Mior yang dipetik dari laman Bernama.com.

Mior juga berkata, pihaknya juga mengambil keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer.

Sehingga pukul 6 petang, sejumlah 156 anggota PPS termasuk Phee dan tujuh wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu, yang didakwa ingkar amaran untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pada sebelah pagi, polis menahan 154 anggota PPS selepas mereka menyertai perbarisan Hari Kemerdekaan di Padang Kota.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata kesemua anggota PPS, termasuk tujuh wanita itu, ditahan pada 10.15 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan.

Sementara itu, tinjauan BERNAMA di IPD Timur Laut mendapati beberapa ADUN, anggota keluarga PPS dan penyokong kerajaan negeri berkumpul di pintu masuk IPD berkenaan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Harapan baharu kepada MAS

Bersesuaian dengan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 negara hari ini, Malaysia Airlines (MAS) juga harus 'dimerdekakan' daripada beban hutang dan kerugian berpanjangan.
 
Pelan pemulihan MAS bernilai RM6 bilion merupakan langkah paling drastik dalam sejarah perniagaan negara ini. Episod ini juga boleh diterjemahkan menjadi kisah apabila "Najib dalam keadaan terdesak" boleh memulangkan kembali kritikan yang mengatakan beliau terlampau berlembut dalam banyak isu ekonomi negara.
 
Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak: "Ini adalah pelaburan, bukan bail out (langkah menyelamat), bukan selamatkan (MAS)."
 
Perdana Menteri sebelum ini ada menyatakan MAS mesti diperbaharui supaya syarikat penerbangan ini berada pada kedudukan yang kuat serta mapan. Untuk mencapai matlamat dan perubahan besar-besaran serta proses baik pulih yang lengkap perlu dilakukan. Perubahan sedikit demi sedikit tidak akan menghasilkan apa-apa.
 
Pengumuman Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dengan 12 pelan bagi memulihkan MAS yang diumumkan oleh Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar pada petang Jumaat (29 Ogos) kelmarin memang dijangkakan tetapi agak mengejutkan dengan langkah berani itu.
 
Hakikatnya syarikat MAS yang lama akan dikenang sebagai sejarah apabila MAS yang baharu akan dilahirkan pada 1 Julai 2015.
 
Perkara yang tidak dinyatakan secara terbuka ialah banyak punca yang menyebabkan bertahun-tahun MAS kerugian.
 
Banyak pihak mungkin sudah lupa bail out berharga hampir RM1.8 bilion pada 2001 dahulu. MAS ditinggalkan dengan beban hutang hampir RM10 bilion. Faktor hutang itulah yang menyebabkan MAS sampai sekarang tak mampu pulih?
 
Kedudukan MAS yang menjadi syarikat penerbangan milik kerajaan telah mempengaruhi pemikiran sesetengah kakitangannya dan orang awam bahawa kes MAS selalu mendapat layanan istimewa kerajaan. Oleh itu kakitangannya tidak perlu bersaing dan beroperasi dengan cekap sebagaimana syarikat penerbangan lain.
 
Sejak sekian lama, pemikiran sedemikian bagaikan sudah ditanamkan dalam kepala yang mengakibatkan sikap warga MAS tidak berubah bersesuaian dengan perubahan landskap industri penerbangan semasa.
 
Kini masanya telah tiba untuk mengubah budaya kerja dan kerajaan telah menetapkan MAS akan berada dalam entiti syarikat penerbangan yang baharu dan MAS yang lama akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia dan ditutup buku. Rawatan untuk memulihkan MAS bukan dengan cara tampal sana sini tapi perlu dibaik pulih sepenuhnya.
 
Pada 2011, MAS mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.52 bilion; tahun 2012 kerugian bersih sebanyak RM431 juta; tahun 2013 pula, MAS masih mencatat kerugian selepas cukai sebanyak RM1.174 bilion. Bagi tempoh suku pertama tahun 2014 ini pula, MAS mencatat kerugian sebanyak RM443 juta dan pada suku kedua kerugian sebelum cukai sebanyak RM302.62 juta. 
 
Kerugian MAS bukanlah disebabkan barisan pengurusannya, turun naik harga minyak, penurunan mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat, persaingan harga tiket dengan syarikat penerbangan tambang murah dan misteri kehilangan MH370 dan nahas MH17, tetapi sebenarnya syarikat itu mewarisi hutang 'mega' yang entah bila mampu dilunaskan.
 
Ada segelintir pihak beranggapan lebih baik jika kerajaan menutup sahaja MAS daripada terus menanggung kerugian. Oleh itu tidak wajar kerajaan melalui Khazanah membelanjakan RM6 bilion untuk pelan pemulihan MAS.
 
Namun Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata pelan itu turut mengambil kira prinsip asas untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan nasional.
 
Suntikan pelaburan oleh Khazanah kena pada masanya. Sebagai rakyat Malaysia usah asyik mengutuk dan mengkritik sahaja, MAS perlukan sokongan dalam usahanya untuk memulihkan kembali syarikat penerbangan negara ini. 
 
Ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana kesungguhan politiknya bagi menyokong pelan pemulihan MAS.
 
Najib menaruh keyakinan Khazanah akan memastikan MAS kembali menjadi organisasi yang mapan dan memberi pulangan ke atas setiap sen daripada RM6 bilion yang dilaburkan.
 
Khazanah akan membelanjakan RM6 bilion bagi penstrukturan semula MAS dengan separuh daripadanya digunakan sebagai modal permulaan untuk pembentukan entiti syarikat penerbangan baharu dan selebihnya iaitu RM1.4 bilion dibelanjakan untuk menyahsenaraikan MAS yang lama dan RM1.6 bilion lagi bagi tujuan pemberhentian pekerja dan pembatalan kontrak-kontrak pembekalan oleh vendor.
 
Dalam usaha pemulihan MAS ini Khazanah perlu mendapatkan kerjasama terbaik daripada pihak pengurusan, pekerja, kesatuan, pemiutang, vendor dan pihak-pihak lain yang terlibat. Sudah tentu beberapa halangan terpaksa ditempuhi bagi mencari jalan penyelesaian terbaik ini.
 
Berkaitan nasib kakitangannya pula, kira-kira 6,000 kakitangan akan diberhentikan kerja di bawah pelan yang termasuk skim pemberhentian sukarela (VSS) dan 3,500 pekerja MAS ditawarkan pekerjaan dalam syarikat-syarikat lain di bawah Khazanah yang memerlukan latihan semula. 
 
Keputusan bergantung pada penerimaan kakitangan terhadap VSS atau tidak.
 
Bagaimanapun banyak kakitangan akan tertanya-tanya bagaimana mereka dapat membantu pelan pemulihan itu jika mereka sendiri tidak pasti sama ada kekal atau diberhentikan kerja. Jawapan pada soalan ini ialah terima hakikat dan cuba dapatkan perundingan yang terbaik.
 
Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, pemulihan syarikat penerbangan negara kali ini lebih menyeluruh dan diharap dapat mengembalikan MAS sebagai entiti perniagaan berdaya saing.
 
"Pemulihan besar-besaran MAS secara menyeluruh ini perlu dipastikan berjaya bagi mengelak pembaziran wang rakyat," katanya. 
 
Beliau menyeru pihak pengurusan MAS dan kesatuan sekerja bekerjasama mencari titik penyelesaian dan memberi sokongan kepada usaha pemulihan MAS ini.
 
"Ini kerana, selain keberkesanan model perniagaan, kejayaan pemulihan MAS turut terletak di tangan mereka."
 
Tegas Ahmad Fauzi lagi, beberapa usaha pemulihan telah dilakukan dan usaha MAS kali ini mestilah yang terakhir bagi membolehkan syarikat berkenaan kembali mencatat keuntungan.
 
"Pada saya dengan izin, this is the mother of all restructuring as far as MAS is concerned kerana kita telah selamatkan MAS beberapa kali."
 
"Oleh sebab MAS sebagai icon, kalau kita harus terus menyelamatkannya beberapa kali juga tidak adil kepada wang rakyat dan kerajaan. Saya hanya berharap bahawa kali ini adalah yang terakhir MAS diselamatkan secara komprehensif," kata Ahmad Fauzi.
 
Keupayaan Khazanah dalam memulihkan syarikat penerbangan negara disifatkan memberi harapan baru kepada MAS. -Utusan

Read More
Newer Posts Older Posts Home