"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Sunday, 14 September 2014

3 Elemen Penting Jadi Pekerja terbaik Menurut Islam


Rasulullah SAW mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah,
"Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi).
Pekerjaan adalah proses, wadah dan kaedah untuk beri kebaikan kepada orang lain, bukan sekadar mendapat laba, tetapi gudang memperoleh pahala. Bukan semata-mata makan gaji, tetapi menghadam sebanyak-banyaknya kebaikan dan reda Ilahi.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengajak kita melihat pekerjaan daripada perspektif Islam yang kaya dengan kebaikan dan punya kaitan dengan tujuan kehidupan menerusi Islam Itu Indah dipetik menerusi IKIMfm, Rabu lalu.

Katanya, pegang kata kunci 'beri kebaikan yang terbaik jika ingin menjadi baik' untuk membezakan pekerjaan manusia dengan makhluk Allah SWT yang lain mahupun meletakkan beza pekerjaan umat Islam dengan yang belum beragama Islam.

Menyorot kehidupan sebagai hamba Allah SWT juga khalifah di dunia, manusia diberi tanggungjawab bekerja sebagai cabang ujian dan menjadi kewajipan untuk menang dalam menyahut ujian itu. Caranya dengan melaksanakan pekerjaan pada tahap terbaik.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dialah yang mencipta mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2).
 
Setiap pekerjaan datang dengan ujian, kecekapan, kesungguhan, keikhlasan dan akhlak semuanya diuji. Setiap ujian menjadi kayu penanda keperibadian seseorang Mukmin.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah." (Surah al-Qasas, ayat 26).

Gabungan sudut al-quwwah

Perlu menggabungkan ciri-ciri dari sudut al-quwwah iaitu kekuatan serta kemampuan bukan sekadar fizikal, tetapi juga ilmu dan kemahiran. Mempunyai amanah, ketelusan serta kasih sayang dalam melaksanakan tugasan.

Inilah sifat umat Islam dalam bekerja. Ada gabungan kepakaran juga keimanan, cantuman integriti dan kecekapan. Jika ada semuanya, dengan izin Allah SWT segala yang direncana menjadi dan diberkati.

Pekerja juga perlu melakukan kerja dengan acuan Allah SWT bukan terapan manusia jika ingin melahirkan pekerja yang punya prestasi kerja tinggi.

Terdapat tiga elemen sebagai neraca kerja yang terbaik. Pertama, capai kualiti dengan input yang sedikit menghasilkan output yang banyak. Kedua, kuantiti yang lebih baik dan ketiga ialah akhlak, etika serta adab terpuji yang membangun jati diri, sahsiah peribadi seorang Mukmin.

Imam Malik menyuarakan pendapat untuk menulis Kitab Muwatta' dan hasrat itu dipertikaikan kerana ketika itu sudah ada Kitab Muwatta' yang ditulis oleh orang terdahulu, jadi apakah perbezaan hasil tangan Imam Malik?

Lalu Imam Malik menegaskan, perbezaan terletak pada keikhlasan dan keikhlasan itu akan berkekalan. Beliau menulis dengan ikhlas dan mengharap reda Allah SWT sehinggakan beliau menyaring 3,000 daripada 10,000 hadis dalam menghasilkan Kitab Muwatta' karangannya.

Beliau begitu teliti dan hanya inginkan yang terbaik. Sebagai ganjaran ketelitian, kesungguhan dan curahan ilmu yang terbaik itu, sehingga hari ini jika menyebut Kitab Muwatta' hanya terbayang Kitab Muwatta' milik Imam Malik dan terpadam kitab muwatta' yang terdahulu sebelum beliau.

Hebatnya keikhlasan akhirnya melahirkan ketelitian dan kesungguhan. Rasulullah SAW menyatakan, Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh.

Tidak mudah lakukan kebaikan

Bukan suatu yang mudah untuk melakukan kebaikan. Terkadang setiap kebaikan dilakukan perlu kepada perlindungan daripada tempias kata-kata yang mengecewakan. Allah SWT mengingatkan, kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian ke atas hamba-Nya dan ia adalah sunahtullah.

Bukankah syurga itu dipagari dugaan dan ujian sedang neraka dipagari kesenangan serta kenikmatan? Sedangkan Rasulullah SAW sebaik-baik manusia juga diuji apatah lagi kita manusia biasa yang selayaknya diuji.

Jika ada suara mengkritik perbuatan baik kita, Ustaz Pahrol menasihatkan kita katakan kembali bahawa perbuatan atau kerja baik kita bukan bererti kita sudah menjadi baik, tetapi itu sahaja usaha untuk menjadi orang yang baik.

Jika ditanya adakah kita sudah baik? Usah yakin bahawa kita sudah jadi baik,

tetapi jawablah dengan yakin bahawa kita sedang dalam usaha menjadi baik dengan melakukan kebaikan secara yang terbaik. Walau apa juga kekangan, lakukanlah kebaikan dengan sehabis baik, penuh kesungguhan serta iltizam kerana ia sangat berkait rapat dengan iman dan cara meraih reda Allah SWT.

Dr Yusof al-Qaradawi mengatakan, tiada pendorong dan penggerak yang lebih kuat pengaruhnya dalam usaha meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti pengeluaran selain daripada iman. Ini akan melahirkan pekerja yang selari dengan falsafah Islam.

Etika dan profesionalisme Islam meletakkan kesetiaan kepada Allah SWT dan rasul-Nya mengatasi segala nilai yang wujud dalam sesuatu sistem atau budaya. Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang memperelokkan kerjanya.

Kerja yang bersungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan takwa, ketulusan hati, keluhuran budi serta kemuliaan akhlak yang semua sifat itu akan dikira oleh Allah SWT dalam menentukan amal hamba-Nya diterima atau sebaliknya.

Seiring pelaksanaan kerja yang baik, prinsip kesempurnaan juga sangat menitikberatkan elemen ikhlas. Semoga dicampakkan ikhlas ke dalam hati kita ketika melaksanakannya.

Jawatan, kerja, tugas atau apa juga profesion yang kita pegang bukan suatu kebanggaan untuk digunakan sebagai alat mencapai cita-cita dunia, tetapi ia amanah yang wajib ditunaikan dengan sempurna. Mudah-mudahan kerja dilakukan membawa faedah duniawi dan manfaat ukhrawi.

Islam bukan sekadar mendidik kita untuk memberi kebaikan, malah menuntut kita menghulur kebaikan. Lakukan kerja tidak cukup dengan buat kerja yang betul, tapi laksanakan dengan betul-betul secara yang terbaik.


Sumber : Berita Harian

Read More

Kejam! Wanita Dikurung Tiga Tahun Dalam Bilik Air Oleh Suami

wanita dikurung dalam bilik air

Seorang wanita berusia 25 tahun , Gunja Devi didakwa telah dikurung dalam bilik air selama tiga tahun oleh suami dan mertuanya kerana tidak memenuhi permintaan mas kahwin mereka.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh polis di sebuah rumah di kampung Rambagh, kira-kira 140km timur laut Patna di Bihar, India Utara, pada hari Jumaat lalu.

Wanita tersebut ditemui dengan rambut dan kuku yang tidak terurus, dan dalam pakaian koyak, lapor laman Nanban2u.com (Malaysia Namban).

Wanita itu juga dilaporkan mengalami kesukaran untuk membuka matanya dalam cahaya matahari kerana telah hidup di bilik mandi yang gelap selama tiga tahun.

Dilaporkan bahawa wanita itu berasal dari kampung Patsan di daerah Darbhanga dan telah berkahwin dengan Prabhat Kumar Singh pada tahun 2010. 

Namun, tidak lama selepas perkahwinan itu, suaminya dan mertuanya didakwa mula mendera beliau disamping menuntut mas kahwin yang lebih.

Penderaan bertambah teruk apabila permintaan mas kahwin tidak dipenuhi dan semakin memuncak apabila dia melahirkan seorang anak perempuan dan bukannya seorang anak lelaki.

Dia tidak dibenarkan untuk melihat ibu bapanya. Apabila saudara-mara wanita tersebut mahu berjumpa dengannya, mereka telah dihalau dari situ.

Dia juga telah dihalang daripada berinteraksi dengan sesiapa sahaja di luar.

Wanita itu diselamatkan selepas bapanya Shyam Sundar Singh mengadu kepada polis Darbhanga.

Polis telah memfailkan kes terhadap suami dan kedua mertua wanita tersebut. 

Kini, wanita tersebut kini berada di bawah jagaan keluarganya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

#PRKPengkalanKubor: Calon BN Jawab Pertikaian Calon PAS Tentang Pemakaian Jubah Dan Panggilan Ustaz


Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail berkata beliau tidak meminta dipanggil ‘ustaz’, namun itu gelaran yang diberikan masyarakat atas khidmat bakti beliau membina Pondok Agama Simpangan di sini.

Mat Razi berkata walaupun beliau merupakan bekas Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sekolah) Tumpat dan berpakaian formal ketika berada di pejabat, namun ia tidak menghalang beliau memakai jubah di rumah.

“Soal panggilan adalah perkara biasa dan bukan satu masalah kepada saya. Kita sebagai pegawai kena pakai pakaian rasmi bila bertugas.

Bila di rumah saya berjubah dan perkara ini bukan dilakonkan. Kalau esok nak diumum jadi calon hari ini baharu nak berjubah, ia akan nampak ‘kekok’,” katanya yang dipetik dari laman Bernama.com.

Kenyataan itu adalah bagi menjawab tuduhan dilemparkan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang menganggap beliau tidak layak dipanggil ustaz kerana pernah bekerja sebagai penjawat awam dan berpakaian formal ketika menjalankan tugas.

Laporan media sebelum ini melaporkan Wan Rosdi memperlekehkan Mat Razi dengan menuduh bekas pegawai kerajaan itu sebagai ustaz yang kurang kewibawaannya seperti digembar-gemburkan.

Mengulas mengenai penerimaan masyarakat terhadap beliau, Mat Razi berkata penerimaan masyarakat setakat ini amat baik dan ada yang bersyukur selepas beliau diumumkan sebagai calon BN bagi DUN itu.

“Ini mungkin kerana saya sentiasa bersama Allahyarham (Datuk Noor Zahidi Omar) membantu penduduk terutama dalam soal pendidikan anak-anak di sini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mat Razi sekali lagi mengulangi pendirian beliau untuk terus membantu masyarakat dalam DUN Pengkalan Kubor bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Allahyarham Noor Zahidi.

“Insya Allah jika saya dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), saya akan teruskan projek-projek terbengkalai yang tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham selepas beliau jatuh sakit,” katanya lagi.

Read More

Krisis MB Selangor: Wan Azizah Enggan Dedah Kandungan Surat Kedua Yang Dihantar Pada Istana


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.

Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari, kan? Kita tunggu respon Istana,

"Hari ini saya jumpa (anggota PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama (Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok) Dr Idris Ahmad, (bekas Exco kerajaan Selangor) Elizabeth Wong, (Anggota Parlimen Subang) R. Sivarasa dan Anggota Parlimen Ampang (Zuraida Kamaruddin)," kata Wan Azizah yang dipetik dari laman Astroawani.com.

Selasa lepas, PKR dan DAP masing-masing menyerahkan sepucuk surat kepada Istana Selangor susulan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap tindakan kedua-dua parti itu yang hanya mengemukakan satu nama iaitu Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu.

Selain menghantar surat kedua itu, pada hari yang sama PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor.

Namun begitu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan kedua-dua parti itu berhubung calon mereka bagi jawatan Menteri Besar Selangor. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

PSMCK Mahu Jadikan Istana Sepachendera Sebagai Muzium di Kedah!!


Alor Setar - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menyuarakan cadangan kepada kerajaan negeri agar Istana Sepachendera di Jalan Kampung Baru supaya dibangunkan menjadi Muzium Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusuf berkata, pihak mereka berharap agar kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap usaha membaik pulih keadaan istana yang mempunyai nilai sejarah tersendiri agar kembali kepada bentuk asalnya.

 “Istana Sepachendera memiliki nilai sejarah tinggi kerana ia dibina khusus oleh Sultan Kedah ke-28 Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isterinya.

“Baginda memerintah dari 1882 sehingga 1943 dan membina istana untuk Che Sepachendera,” katanya dipetik Sinar Harian.


Dr Wan berkata, istana tersebut mempunyai satu nilai sejarah yang cukup tinggi di antaranya kisah Tuanku Kasim  yang diangkat menjadi Putera di istana tersebut.

"Pihak kami berharap hasrat tercapai sekiranya perancangan membaiki pulih istana dibenarkan, sekali gus menyimpan koleksi baginda nanti," katanya.

, Ahli Kerabat Diraja Kedah merangkap cucunda Baginda, Tunku Aishah Tunku Kasim berkata, istana milik nendanya itu sudah terbiar begitu lama.

Menurut Tunku Aishah lagi, dia berharap banguna itu akan segera dibaik pulih kerana ia merupakan satu khazanah tidak ternilai bagi penduduk di negeri Kedah.

Sementara itu, Tunku Habsah Tunku Kasim berkata, dia menyokong penuh hasrat yang disuarakan oleh persatuan sekiranya pihak kerajaan negeri berhasrat menjadikan bangunan tersebut sebagai sebuah muzium.

Tunku Habsah berkata cadangan untuk menjadi istana itu sebagai sebuah muzium mampu menjadi satu lagi produk pelancongan menarik di negeri Kedah malahan ia akan menjadi sumber ekonomi untuk rakyat di negeri ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan sebelum ini, istana tersebut telah dibina khusus oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah untuk isteri baginda, Che Sepachendera.

Cucunda Sultan Abdul Hamid, Tunku Mansor Tunku Kasim berhasrat mempertahankan istana tersebut yang merupakan satu warisan yang tidak terniai di negeri Kedah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Demokrasi Jadi 'Alat' Serang Islam


Pernahkah kita terfikir bagaimana Islam boleh berkonflik dengan Barat? Islam adalah agama sedangkan Barat adalah blok atau kumpulan negara dan bukannya agama. Begitu juga dalam konteks politik dan pemerintahan, penggunaan istilah Islam dan demokrasi digunakan. Ada yang mempersoalkan bagaimana Islam boleh digandingkan dengan sebuah sistem politik ciptaan manusia yang terdedah dengan kekurangan?

Tidak dinafikan, terma Islam dan Barat atau Islam dan demokrasi sering kali dipilih bagi menggambarkan sebuah hubungan, juga pertembungan antara kedua-dua belah pihak. Ini kerana antara Islam dan Barat atau demokrasi, ia mewakili sejarah, pemikiran, budaya dan nilai yang berbeza. Lebih-lebih lagi demokrasi yang lahir di bumi Barat, telah membawa segala idea kemajuan yang berpaksikan kepada pembangunan dan pemodenan.

Dalam konteks masa kini, demokrasi telah menjadi satu jenama Barat yang semakin diterima baik, malah di beberapa tempat, bersikap tidak demokratik dianggap sebagai satu kesalahan besar, berbanding tidak menjalankan tuntutan agama. Demokrasi disinonimkan dengan hak dan kebebasan, manakala agama pula amanah dan tanggungjawab yang dianggap membebankan. Malah, jika demokrasi sekalipun, ia mesti mengikut acuan dan selera Barat. Bukan demokrasi yang diubah suai, tetapi demokrasi salinan Barat.

Demokrasi acuan kita

Demokrasi sering kali dilihat mempunyai satu bentuk sahaja iaitu yang ditentukan oleh falsafah dan ideologi Barat. Dalam hal ini, hegemoni demokrasi Barat yang liberal amat kental dan mempengaruhi dalam konteks pelaksanaannya seperti soal hak asasi manusia dan kebebasan individu. Malaysia tidak terlepas dalam soal ini apabila sering disorot dan dibandingkan pelaksanaan demokrasinya mengikut perspektif Barat.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, majoriti rakyatnya Melayu dan beragama Islam serta masih sensitif dengan nilai dan budaya tempatan, demokrasi ala Barat tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

Di sinilah letaknya kepentingan demokrasi diterjemahkan dalam konteks Islam yang meletakkan al-Quran dan as-sunah sebagai panduan, bukannya telunjuk dan ideologi Barat. Dalam erti kata lain, hegemoni terhadap demokrasi oleh Barat yang berpaksikan fahaman liberal dan kebebasan individu hendaklah dilunturkan dan diganti dengan prinsip dan nilai Islam.

Islam perlu memimpin demokrasi agar demokrasi terpimpin ini tidak terpisah dengan agama dan tradisi Islam. Dalam hal ini, Al-Maududi pernah memperkenalkan konsep theo-democracy iaitu demokrasi yang berasaskan agama. Konsep ini jelas menonjolkan peranan agama dalam memandu demokrasi, dan ia berbeza dengan demokrasi ala Barat yang lebih mengutamakan kehendak manusia dan kebebasan individu.

Maududi percaya bahawa demokrasi hanya boleh diterima jika sistem politik dari Barat itu berlandaskan agama atau 'lingkungan' yang telah ditetapkan oleh Islam.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna umat Islam dihalang untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri. Mereka boleh mencari jalan penyelesaian atau hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak diputuskan secara langsung dalam al-Quran mahupun as-sunah. Malah dalam Islam, perkara yang dikategorikan sebagai siyasi iaitu cara untuk memerintah kerajaan dan menyelesaikan konflik, umat Islam diberikan kebebasan untuk mencari jalan penyelesaiannya dengan syarat ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-sunah.

Berbeza dengan perkara yang dikategorikan sebagai adini iaitu hal yang berkaitan dengan akidah (kepercayaan), ibadah (penyembahan) dan akhlak (tingkah laku), umat Islam mesti menerima apa juga ketetapan yang telah diputuskan dalam al-Quran dan as-sunah. Mereka tidak diberikan kebebasan untuk menentu dan mengubah tentang apa yang telah diputuskan berkaitan tentang ketiga-tiga perkara itu.

Sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam pada kedudukan yang tinggi dalam perlembagaan negara, Malaysia wajar mendefinisikan demokrasi mengikut acuan Islam selain mengambil kira tuntutan nilai timur dan budaya tempatan. Pandangan ini sebenarnya pernah dilontarkan oleh John L Esposito dalam buku Islam and Democracy, apabila beliau melihat demokrasi adalah satu sistem politik yang sentiasa berubah, boleh diperdebatkan dan tidak hadir dalam satu bentuk sahaja.

Malah, beliau menyarankan demokrasi perlu digabungkan dengan nilai dan budaya tempatan termasuk faktor Islam dalam konteks ini. Pendekatan ini pastinya akan menjadikan demokrasi itu lebih 'dekat' dengan aspirasi Islam dan relevan dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia.


Tolak idea kemajuan Barat

Tragedi 11 September 2001 telah memperkukuhkan kedudukan demokrasi selain Amerika Syarikat (AS) di peringkat global. Hegemoni Barat yang didalangi oleh AS telah dirobek selepas serangan terhadap World Trade Centre (WTC) dan sebahagian bangunan Pentagon. Ketika itu, AS tanpa mengambil masa yang panjang telah melancarkan kempen Perang Global Menangani Keganasan atau 'Global War Against Terror' (GWAT).

Meskipun kempen ini pada awalnya mahu memberi tekanan kepada kumpulan Al-Qaeda yang didakwa menjadi pencetus kepada siri keganasan atas nama Islam, tetapi kesannya menjalar kepada pergerakan Islam yang mengambil pendekatan sederhana, juga keseluruhan umat Islam. Situasi ini sebenarnya didorong oleh pendirian Barat yang melihat umat Islam adalah kumpulan yang bersifat monolitik atau seragam.

Sikap pukul rata ini memberi gambaran buruk kepada Islam sehingga agama dilihat sebagai satu elemen yang mendorong kepada keganasan. Dasar dan pendekatan beragama dianggap satu langkah berbahaya dan terkebelakang yang akan menolak keadilan dan kebebasan manusia.

Bagi Barat, demokrasi tidak hanya datang membawa pilihan raya, sebaliknya, ia datang bersama idea kemajuan yang mencabar peranan agama dengan mengagungkan proses rasionalisasi, konsep kekayaan material, pembebasan daripada kongkongan adat, pemisahan politik daripada agama serta kemampuan sains dan teknologi yang berjaya membekalkan manusia dengan keupayaan untuk menguasai dirinya dan alam sekeliling. Mana-mana negara yang menerima demokrasi, tetapi menolak idea kemajuan ini akan dianggap tidak membawa aspirasi asal Barat.

Justeru, kemenangan parti Islam dalam pilihan raya di beberapa negara dinafikan kerana mereka menggugat nilai demokrasi asal dan selera Barat. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sebelum itu Parti Refah di Turki, Front Islamique Salvation (FIS) di Algeria dan Hamas di Palestin. Hak mereka untuk memerintah dihalang walaupun telah menggunakan proses demokrasi melalui pilihan raya yang sah.

Faktor demokrasi yang tidak berisiko memperlihatkan kerajaan hanya menerima demokrasi selagi demokrasi itu tidak membawa risiko apa-apa terhadapnya. Sebagai contohnya, kerajaan tidak bersedia menerima kemenangan daripada parti Islam meskipun pada awalnya menerima penyertaan parti itu dalam proses demokrasi melalui pilihan raya.

Sikap tidak adil ini bukan sahaja tidak demokratik, malah lebih buruk daripada itu, ia mendorong kepada kelahiran kumpulan pengganas yang sudah tidak lagi mempercayai demokrasi dan pilihan raya. Apabila demokrasi disekat, keganasan politik akan berlaku dan inilah sebenarnya yang mahu dilihat oleh Barat, iaitu Islam menganjurkan keganasan.

Pluralisme demokrasi dan kepelbagaian agama

Barat amat konsisten mempromosikan kebebasan atas nama demokrasi. Kini Barat tidak perlu lagi runsing kerana agenda itu dilakukan sendiri oleh umat Islam, khususnya golongan intelektual. Sebahagian mereka ditaja melalui dana penyelidikan antarabangsa yang besar dengan tujuan mempromosikan demokrasi, kebebasan dan keadilan yang mutlak dan meminggirkan peranan agama.

Kumpulan intelektual ini sememangnya digemari oleh Barat dan melalui suntikan dana penyelidikan, mereka menjadi jurucakap dan diberi pentas yang besar dalam mempromosikan 'Islam'. Kumpulan ini bukan semua berlatarbelakangkan agama, tetapi dengan kemampuan berbahasa Inggeris, berketrampilan dan sikap toleransi yang melampau, mereka mentafsir Islam menggunakan logik akal tanpa menggunakan sumber tertinggi, iaitu al-Quran dan as-sunah.

Fenomena pluralisme demokrasi dan kepelbagaian agama masa kini memburukkan lagi keadaan. Bagi mereka, sudah tidak ada kebenaran mutlak dalam Islam dan semua boleh disanggah dan diberi penafsiran yang pelbagai. Lebih malang, atas nama meraikan kepelbagaian, umat Islam dikelirukan dengan hujah dan logik akal mereka.

Ini termasuk memperjuangkan hak atas nama kebebasan dan demokrasi. Anehnya, mereka langsung tidak bercakap soal tanggungjawab atau sekurang-kurangnya mencari keseimbangan antara hak dan tanggungjawab. Sebaliknya, mereka melihat menuntut hak itu lebih besar dan mulia daripada memperingatkan soal tanggungjawab.

Sedangkan dalam konteks Islam, kita dilahirkan dalam keadaan berhutang kerana dianugerahkan nyawa dan kehidupan oleh Allah SWT. Kita sepatutnya malu kerana melebihkan soal hak dan melunakkan soal tanggungjawab. Bersuara soal hak tidak salah, tetapi ia mestilah seiring dengan tanggungjawab kita sebagai makhluk Allah SWT yang mempunyai batas dan sempadannya.

Apa yang penting, kita perlu cerdik mendefinisi dan menilai demokrasi mengikut acuan kita, bukan mencedok bulat-bulat dari Barat. Kenapa kita perlu tunduk dengan pendirian Barat sedangkan kita sendiri boleh membuat pilihan? Jika benar demokrasi bercakap soal hak dan kebebasan, kenapa kita tidak boleh menunaikan hak dan kebebasan itu untuk membuat pilihan?

Kebebasan bukanlah kunci utama memahami demokrasi, sebaliknya ilmu dan kebijaksanaan. Keghairahan kita mengejar kebebasan tidak akan membawa ke mana kerana suatu masa nanti, kita akan rebah dan tersungkur. Kebebasan tanpa had dan batas akan merosakkan kita.

Islam bukanlah agama yang mengekang umatnya daripada berfikir dan menyelidik. Jika Islam menghalang, maka tidak lahirlah tradisi ilmu Islam yang kekal sampai sekarang. Islam juga tidak menolak penolak pembaharuan, tetapi agama yang bersifat sejagat dan dinamik yang menjawab persoalan sepanjang hayat. Tugas kita adalah mencungkil kebenarannya dan apa juga kaedah penyelesaian mesti kembali kepada tanggungjawab kita mendaulatkan kesucian dan ketinggian agama.

Barat tidak memerlukan satu lagi tragedi selepas 11 September 2001 untuk melemahkan umat Islam. Ia boleh datang secara proksi dan kejahilan umat Islam sendiri yang melihat Islam itu hanya satu anutan bukan cara hidup yang sempurna.


Sumber : Berita Harian

Read More

Guan Eng Tuduh Najib Sebagai 'Munafik'


Setiausaha Agung DAP,  Lim  Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang munafik kerana gagal mengotakan janjinya dalam memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Guan Eng berkata, tindakan Najib yang sebelum ini mengeluarkan kenyaatan bagi memansuhkan akta berkenaan ketika di wawancara oleh BBC World News pada tahun 2012 dilihat sebagai satu janji kepada seluruh rakyat di negara ini.

Menurut Guan Eng lagi, kegagalan Najib mengotakan janjinya itu membuktikan dia adalah munafik serta perlu akur konsep 1Malaysia yang dijalankan oleh Perdana Menteri sebagai tidak berjaya.

"Najib hanya perlu mengakui gabungan sederhana beliau dan konsep 1Malaysia menemui kegagalan baru-baru ini.

"Adalah menarik untuk diambil perhatian Najib baru-baru ini menubuhkan laman web peribadi baru untuk menjauhkan dirinya daripada www.1malaysia.com.my yang penuh dengan janji-janji yang tidak tertunai." Ujar Guan Eng dipetik Malaysia Insider.

Sementara itu, Guan Eng menyelar tindakan penahanan beberapa pemimpin pembangkang berhubung kenyaatan berkaitan isu tersebut dilihat tidak adil kerana ia hanya membabitkan golongan ‘terpilih’ daripada DAP.

"Ini menunjukkan pendakwaan terpilih oleh Peguam Negara, yang ditentang DAP.

"Tidak ada tindakan tegas diambil terhadap Perkasa atau pemimpin Umno yang lain kerana membuat kenyataan kesat terhadap bukan Melayu dan bukan Islam." Ujarnya lagi.

Tambah Guan Eng, kenyataan yang dilakukan oleh Pensyarah Undang-Undang Malaya, Profesor Azmi Sharom dilihat lebih berunsur hasutan dan perlu didakwa kerana tindakannya mengeluarkan pandangan jelas menunjukkan ia lebih terarah kepada akademik dan menyifatkatnya sebagai tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

"Walaupun Putrajaya sibuk mendakwa rakyat Malaysia, masalah asas hutang yang tinggi dan defisit belanjawan tidak ditangani.

"Hutang negara meningkat daripada RM266 bilion kepada RM542 bilion antara 2007 dan 2014," katanya.

Jelas Guan Eng lagi, peningkatan hutang Negara turut mendapat perhatian Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang dengan eksploitasi kewangan 1MDB.

"Hutang isi rumah adalah yang kedua tertinggi di Asia pada 87% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia. Peningkatan kos hidup adalah masalah yang serius untuk kumpulan berpendapatan rendah."

"Hutang 1MDB kini RM38 bilion dan pendapatan operasi tidak mencukupi untuk menampung bayaran faedah," katanya.

"Memandangkan Malaysia bersedia untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September, hak dan perasaan kita sedang diinjak-injak oleh pelampau." –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Amerika Isytihar Perang Dengan Kumpulan Negara Islam, IS


Negara kuasa dunia, Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan perang terhadap kumpulan Negara Islam, sehari selepas Barack Obama menyatakan pendirian untuk menghancurkan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria.

Pengisyhtiharan itu dibuat oleh Rumah Putih (White House) dan Pentagon, di Washington, lapor laman agensi berita AFP.com.

Jurucakap Rumah Putih berkata, kaedah perang itu sama seperti yang pernah dilakukan dalam usaha memburu dan menghapuskan gerakan Al Qaeda.

Bagaimanapun, Setiausaha Negara AS John Kerry semalam, dilihat enggan menggunakan istilah 'perang' tetapi lebih selesa menggunakan istilah membendung aktiviti pengganas.

Sementara itu, Jeneral Marin Bersara, John Allen yang juga bekas komander AS di Afghanistan, dilantik sebagai penyelaras memerangi kumpulan itu.

Timbalan Jurucakap Jabatan Negara, Marie Harf berkata, Allen akan membantu untuk mewujudkan, menyelaras dan meneruskan pakatan global dalam pelbagai usaha melenyapkan kemaraan ISIL. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Guan Eng Terus Sawan Dengan Akta Hasutan


Setiausaha Agung DAP,  Lim  Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai pendirian sendiri bagi membuat keputusan dalam memansuhkan Akta Hasutan 1948 setelah mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak yang dianggap sebagai pelampau.

Guan Eng berkata, cadangan untuk memansuhkan akta tersebut merupakan satu janji Najib kepada rakyat yang dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri semasa di temubual oleh BBC World News pada tahun 2012.

Jelasnya lagi, sikap Najib yang masih berteka-teki dalam membuat keputusan mengenai pemansuhan akta berkenaan membuktikan dia tidak berani menentang pelampau yang mahu akta it uterus dikekalkan.


"Bagaimanapun, sikap 'flip-flop' Najib ke atas Akta Hasutan jelas menunjukkan bahawa dia tidak berani untuk menentang pelampau," kata Lim dipetik menerusi Malaysia Insider.

Merujuk kepada kenyataan Putrajaya semalam, kerajaan pusat menegaskan cadangan untuk memansuhkan akta hasutan bagi menukar dengan akta baru masih dalam perbincangan kerana sehingga kini tidak ada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan akta tersebut.

Dalam kenyataan itu lagi, Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara hanya akan menggubal Akta Kerharmonian Nasional selepas isu-isu utama dan asas diputuskan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara akan menggubal Akta Keharmonian Nasional hanya selepas isu-isu utama dan asas diputuskan.

Menurut Guan Eng lagi, kegagalan Najib memansuhkan akta tersebut menunjukkan dia seolah-olah menjadi ‘tebusan’ kepada golongan yang dianggap pelampau.


"Dengan kegagalannya menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut, Najib membuktikan dia seorang tebusan kepada pelampau," kata Lim lagi. – UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Tempahan Model Baru Proton Iriz 2014 (PCC - Proton Compact Car) Telah Dibuka!!


Tempahan untuk Model kompak Proton terbaru, Proton Iriz sudah mula dibuka di semua cawangan Proton Edar bermula semalam.

Model ini dijual pada harga di atas jalan (OTR) bermula daripada RM42,438 sehingga RM62,888.

Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.

Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.

Model itu yang dibangunkan sendiri oleh Proton menawarkan dua warna baru yang khusus dan kali pertama diperkenalkan untuk Iriz ialah citrus green dan moon dust silver.

Menurut laman Paultan.org, bayaran tempahan bagi model itu ialah RM300 dan penghantaran model itu akan bermula bulan depan menerusi semua cawangan jualan dan bilik pameran Proton Edar di seluruh negara.

Harga jualan bagi model 1.3 liter standard bagi transmisi manual (metalik) misalnya dijual pada harga di atas jalan ialah RM42,888 manakala model 1.6 liter manual (executive) berharga RM55,888 dan harga model premium CVT (auto) ialah RM62,888.

Sebanyak tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue.

Gambar:








Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Pas Mahu Pengundi Pengkalan Kubor Tolak BN Kerana Royalti Minyak


Tumpat – Timbalan Presiden Royalti Minyak Kelantan (R), Abdul Shakur Sharrie mengesa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan  Kubor (N01) menolak calon Barisan Nasional (BN) kerana mendakwa kerajaan pusat masih gagal mejelaskan hutang kepada negeri berkenaan berhubung isu royalti minyak menerusi syarikat Petronas.

Abdul Shakur berkata, dia  mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi  menyiasat jumlah akaun Petronas bagi mengetahui jumlah sebenar wang royalti yang sepatutnya diterima oleh knegeri berkenaan tetapi ia diserahkan kepada kerajaan pusat.

Menurut Abdul Shakur lagi, pihaknya pernah menyuarakan cadangan agar isu royalti minyak dibincangkan secara terbuka dengan memanggil beberapa orang saksi serta mendapatkan dokumen mengenai pengeluaran yang dilakukan Petronas tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

“Kami pernah mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan menyiasat akaun Petronas. Kami juga telah menyerahkan beratus surat kepada Perdana Menteri dan Petronas.

“Jika Timbalan Perdana Menteri benar-benar ikhlas, usulkan atau sekurang-kurangnya menyokong secara terbuka usaha meletakkan Petronas di bawah tanggungjawab parlimen bagi membolehkan akaunnya dibentang dan dibahaskan setiap wakil rakyat,” katanya dipetik Harakah Daily.

Tambah Abdul Shakur lagi, kerajaan pusat seolah-olah merampas hak petroleum yang dimiliki oleh Kelantan dengan menghapuskan Undang-Undang Darurat yang turut menyebabkan keseluruhan wilayah laut termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak menjadi milik mutlak kerajaan.

Selain itu, dia turut mempertikaikan Akta 750 yang dilihat sebagai tidak sah untuk dikuatkuasakan kerana ia tidak diluluskan Dewan  Undangan Negeri serta belum  mendapat perkenan Majlis Rajka-Raja Melayu.

Justeru itu, pihaknya sedang menjalankan beberapa kempen agar kesemua negeri yang mempunyai sumber petroleum supaya menolak Akta 750 yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat sebelum ini.


“Akta ini tidak sah. Oleh itu pengundi di Pengkalan Kubor hendaklah menolak calon parti yang mengkhianati rakyat Kelantan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Akta Darurat telah mansuhkan dan diganti dengan Akta 750 Akta Wilayah Laut 2012 yang telah diluluskan oleh parlimen pada tahun 2012.

Sementara itu, tindakan yang dilakukan oleh pertubuhan R dilihat sebagai satu strategi PAS bagi mendapatkan undi penduduk di kawasan Pengkalan Kubor yang sebelum ini dikuasai oleh calon BN.


Merujuk kepada kenyataan Muhyiddin sebelum ini, dia mencabar pihak kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan semua bukti-bukti yang mendakwa kerajaan pusat mempunyai hutang dengan negeri berkenaan berhubung isu tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

#PRKPengkalanKubor: Pemimpin PAS Dakwa BN Ketandusan Calon Ulama

Mat Razi Mat Ail, Calon BN di PRK Pengkalan Kubor
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud mendakwa Barisan Nasional (BN) ketandusan calon ulama dengan meletakkan Mat Razi Mat Ail sebagai calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Nassaruddin berkata, Mat Razi hanya mengajar qiraati di sekolah pondoknya dan tidak seperti sekolah pondok lain yang mengajar pelbagai disiplin ilmu agama.

"Walaupun calon UMNO kita tahu seorang cikgu, tetapi kerana UMNO tiada ustaz, dia tukar nama ustaz. Orang sini lebih kenal daripada UMNO. Bunyi khabar ada pondok, mengajar qiraati saja." katanya yang dipetik dari laman The Malaysian Insider.

Nassaruddin juga berkata, beliau tidak mahu taraf pondok diturunkan kerana sukatan pelajaran pondok yang tidak sempurna.

"Di kawasan Pengkalan Kubor kawasan pondok zaman berzaman kerana saya tidak mahu taraf pondok diturunkan. Orang buka pondok zaman dahulu mengajar bukan setakat kitab jawi, kitab arab pun ada mengajar. Kalau kitab Tafsir, diajar Al-Jalalain, Nasafi, Ibnu Kathir,

"Tidak ada orang buka pondok mengajar qiraati zaman dulu. Saya tidak mahu kelas pondok itu diturunkan. Orang mengaji ilmu pondok dulu kelasnya lebih dari universiti. Orang mengaji universiti kena menghadap kitab pondok. Sungguh saya kata," katanya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Lagi Pesawat MAS Lakukan ''Air Turn Back''?


Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH198 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hyderabad, India, terpaksa berpatah balik selepas berlepas malam tadi kerana masalah teknikal.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan nasional itu berkata pusingan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan.

"Isu teknikal tersebut tidak memberi sebarang impak kepada keselamatan pesawat ataupun penumpang," kata MAS yang dipetik dari laman Bernama.com.

MH198 mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.01 pagi ini. Ia berlepas pada jam 10.20 semalam.

MAS berkata penumpang diberikan tempat penginapan di hotel berhampiran dan dijangka akan berlepas tengah hari ini.

"MH198 dijadualkan beroperasi sekali lagi sebagai MH198D dan akan berlepas dari Kuala Lumpur pada tengah hari."

"Penerbangan akan tiba di Hyderabad pada 1.35 hari ini," kata kenyataan tersebut.

MAS meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang punca patah balik MH198 supaya mengelak rasa tidak selesa penumpang.

Penerbangan nasional itu belum lagi mendedahkan masalah teknikal yang menyebabkan MH198 berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Ia merupakan tahun yang amat buruk bagi penerbangan tersebut, dengan kehilangan MH17 dan MH370 sebelum ini.

MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac menuju ke Beijing apabila ia hilang.

Tiada berita tentang 12 anak kapal dan 227 penumpangnya sejak pesawat itu hilang daripada radar.

Pada 17 Julai, 15 anak kapal dan 283 penumpang terkorban apabila MH17 ditembak oleh peluru berpandu darat.

MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur dan terhempas di timur Ukraine. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

#PRKPengkalanKubor: PAS Tuntut Diberi Ruang Dalam Jawatankuasa Royalti Minyak


Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassaruddin Daud meminta supaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunaikan janjinya untuk memberi ruang kepada satu jawatankuasa royalti minyak Kelantan yang ditubuhkan bagi memeriksa butiran berkaitan

Nassaruddin juga berkata, perjanjian yang dimeterai pada 1975 oleh semua menteri besar itu jelas menyatakan gas dan petroleum adalah hak milik kerajaan negeri Kelantan.

"Timbalan presiden UMNO sebut beliau bersikap terbuka dan boleh terima wakil kerajaan negeri hendak pergi periksa. InsyaAllah jika betul berpegang pada janji, kita akan tubuhkan jawatankuasa. Kita akan periksa macam mana.

"Biar dia bagi ruang pada kita. Ini hak kita. Orang Kelantan lama menderita. Duit kita ada, orang lain rampas," katanya yang dipetik dari laman The Malaysian Insider.

Muhyiddin juga didakwa telah mencabar kepimpinan PAS untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat kewajaran royalti minyak diberikan kepada Kelantan.

Jawatankuasa itu boleh menyiasat dari aspek perundangan atau akaun Petronas sendiri sama ada syarikat petroleum negara itu memiliki RM12 bilion peruntukan kepada Kelantan, kata Muhyiddin.

"Saya cabar PAS supaya menubuhkan jawatankuasa menyiasat perkara sebenar, baik dari sudut perlembagaan, akta sedia ada, prestasi Petronas untuk diteliti di mana perakaunan Petronas didapati ada jumlah RM12 bilion yang tertunggak,

"Saya percaya ini tuduhan agak serius. Saya anggap ini satu fitnah kerana Petronas syarikat milik kerajaan, banyak syarikat di bawahnya milik awam. Mereka mengamalkan sikap ketelusan,

"Sebab itu apa yang diputuskan royalti adalah pertimbangan kerajaan BN walaupun dari segi undang-undang, kita tubuh jawatankuasa untuk meneliti tuntutan ini, didapati kawasan yang terlibat jauh lebih daripada 3 batu nautika dan ikut perlembagaan, di luar kawasan itu milik kerajaan pusat," kata Muhyiddin.

Nassuruddin juga meminta Muhyiddin untuk menjelaskan jika bukan royalti RM12 bilion perlu diberikan kepada Kelantan, maka berapa jumlah yang sebenarnya.

Katanya, royalti negeri yang diperintah Kerajaan PAS ditarik untuk mendesak rakyat Kelantan akur mengundi Barisan Nasional (BN).

"Saya hendak jawab kenyataan timbalan presiden Umno. Dia kata tidak timbul soal tidak bayar royalti minyak RM12 bilion. Tidak betul katanya. Saya hendak tanya kalau bukan RM12 bilion, berapa bilion? Biar dia cakap,

"Kalau kerajaan negeri tiada hak mengapa waktu Umno memerintah Terengganu dulu dia bayar royalti minyak? Biar dia jawab,

"Masa PAS memerintah Terengganu peringkat permulaan Tok Guru (Hadi Awang) jadi menteri besar dia bayar lagi royalti minyak. Bila dia berasa bayar royalti minyak, Umno tidak akan menang sampai bila-bila maka dia tarik royalti minyak. Tiba-tiba dia kata kita tiada hak. Ini tidak betul," katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Kejam... Tauke Cina Nyaris Maut Kerana Dilanggar Dan Ditetak Sebelum Dirompak!!!


Seorang ahli perniagaan ditemui terbaring berlumuran darah sejurus dirompak tiga penjenayah di Bandar Manjalara di Kepong, semalam. 

Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 pagi itu, mangsa, Wangliang Hua, 37, dikatakan diserang suspek yang menaiki kereta jenis Honda City ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux terlebih dahulu dirempuh kereta dinaiki suspek di kawasan itu. 

“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun dia dibelasah ketiga-tiga suspek sehingga cedera teruk dan pengsan,” Kata Munusamy yang dipetik dari laman Utaranews.com.

Menurutnya, mangsa yang berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan pada kenderaannya bagaimanapun diserang mendadak oleh kumpulan penjenayah. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com


Read More
Newer Posts Older Posts Home