"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Thursday, 10 July 2014

DAP Kedah Anggap Zairil Penipu Besar

DAP Kedah menegaskan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari sebagai pembohong dan sengaja mengelirukan semua ahli DAP di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, Zairil menipu apabila menyebarkan dakwaan kononnya hanya lapan cawangan DAP sahaja yang layak mengundi dalam pemilihan parti itu sedangkan jumlah tersebut tidak benar sama sekali.

Katanya tindakan Zairil itu menafikan hak cawangan-cawangan DAP Kedah yang lain untuk mengundi.

Zairil sebelum itu memaklumkan kepada media bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) DAP Kedah yang dijadualkan pada 11 Julai (esok) adalah tidak sah dengan alasan tidak memaklumkan berkenaan mesyuarat itu terlebih dahulu kepada DAP Pusat selain tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

Guan Aik menjelaskan bahawa pihak DAP Kedah telah memaklumkan kepada DAP Pusat mengenai mesyuarat itu dalam suratnya yang bertarikh 28 Mac lalu, namun ibu pejabat parti itu gagal memberi sebarang jawapan terhadap makluman tersebut.

Justeru itu katanya, DAP Kedah telah menetapkan tarikh 11 Julai ini untuk menjalankan AGM negeri Kedah.

Selain itu, Pengerusi DAP Kedah itu juga menegaskan bahawa arahan CEC yang digunapakai Zairil itu juga tidak sah memandangkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) masih belum mengiktiraf barisan CEC yang terpilih pada pemilihan jawatankuasa itu.

Guan Aik juga mengulangi cabaran terhadap Zairil supaya mengheretnya ke jawatankuasa disiplin parti sekiranya menganggap DAP Kedah telah melanggar perlembagaan parti tersebut. -KedahNews.com

Read More

Selamat Hari Lahir Tun M, 89 Tahun Masih Bertenaga - Najib Razak.

Hari ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-89.

Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebooknya mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran berkenaan dan menyifatkan Dr Mahathir sebagai masih kelihatan muda dan bertenaga.

“89 tahun namun nampak muda, bertenaga kan?

“Selamat hari jadi Tun Dr Mahathir, semoga Allah panjangkan umur,” kata Najib.

Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling lama memegang jawatan berkenaan iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Setar, Kedah dan pada zaman pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri, beliau lantang menyuarakan kritikan kepada barat khususnya rejim Israel dan zionis kerana kekejaman yang dilakukan mereka ke atas rakyat Palestin.

Beliau kemudian digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. 

KedahNews.com turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berbuka puasa dan menyambut hari kelahiran ke-89 buat Tun M, negarawan ulung yang sentiasa kami sanjungi. -KedahNews.com

Read More

Najib Umum Tempat Khas Untuk Gelandangan Siap Dalam Tempoh 6 Bulan


Kuala Lumpur, 10 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam Rabu.

Najib berkata, selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Najib, yang turut ditemani Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan beberapa gelandangan yang tidur di tepi jalan, termasuk di perhentian bas.

Isu gelandangan di ibu kota menjadi topik hangat kebelakangan ini termasuk  apabila Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan melarang Dapur Jalanan daripada beroperasi dalam lingkungan 2km dari pusat beli belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini, minggu lepas.

Namun, pada Selasa, Tengku Adnan menarik balik arahan tersebut dan memberi peluang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti Dapur Jalanan untuk beroperasi di kawasan itu sehingga 16 Ogos ini, iaitu selepas sambutan Aidilfitri.

Sejurus tiba Perdana Menteri telah meninjau aktiviti sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen yang mengedarkan nasi berlauk ayam bersama buah epal, kopi O panas, sirap, roti bun, biskut wafer dan minuman kotak kepada gelandangan, kebanyakannya warga emas di kawasan tersebut.

Najib turut diberi penerangan mengenai aktiviti Pertiwi Soup Kitchen oleh pengasasnya, Munirah Abdul Hamid.

Ketika mengadakan tinjauan di sekitar Bangunan Cahaya Suria, Najib turut menegur seorang lelaki warga emas yang sedang tidur di sebuah perhentian bas dan beliau terkejut apabila menyedari Perdana Menteri berdiri di sebelahnya.

Najib turut meluangkan masa hampir 10 minit bertanya khabar kepada bekas pemandu teksi Lim Kim Hua, 63, yang terpaksa hidup bergelandangan kerana tiada keluarga untuk menjaganya.

Perdana Menteri juga sempat menjenguk seorang ayah dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun yang sedang nyenyak tidur beralaskan plastik di siar kaki Jalan Silang.

Najib turut bertanya khabar dengan satu-satunya wanita yang ditemui tidur di tepi Jalan Silang itu iaitu Norliza Mat Zain, 42, yang berasal dari Teluk Intan dan datang ke Kuala Lumpur untuk menemani suaminya mendapatkan pekerjaan.

Bagaimanapun suaminya kini berada dalam penjara dan bakal dibebaskan sebelum Aidilfitri ini.

Najib juga turut mendengar luahan hati bekas penjual kereta Tan Yap Heng, 70-an yang mendakwa sudah 20 tahun hidup bergelandangan berikutan tidak mampu untuk mendapatkan pekerjaan kerana faktor usia dan pernah dirompak.


Tan memberitahu Perdana Menteri bahawa setiap kali beliau memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan, permohonan beliau sering ditolak kerana beliau tidak mempunyai alamat tempat tinggal tetap.

Sumber : Mstar

Kredit Video : MyMetro



Read More

Mangsa Serangan Seksual Pegawai Diplomatik Malaysia Dedah Indentiti Di Channel 3


New Zealand, 10 Julai – Seorang wanita yang mengakui telah diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu indentitinya didedahkan kepada umum agar dapat membantu membenteras masalah seksual dikalangan wanita dinegara itu.

 Mangsa, Tania Billingsley, 21, berkata, dia mempunyai banyak perkara untuk dikongsi berhubung dengan insiden itu walaupun dirinya bukanlah ‘orang yang berada ditempat kejadian’.

"Ini kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini," katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada baru-baru ini.

Sebelum ini, Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail yang bertugas sebagai pembantu pegawai pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand telah didakwa oleh pihak berkuasa di sana atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita pada 9 Mei lalu dengan niat mahu merogol mangsa.

Billingsley berkata, dia tidak tahu mengenai status sebenar suspek ketika kejadian berlaku dirumahnya di Brooklun dan hanya mengetahui status diplomatik Rizalman pada 11 Mei selepas kejadian semasa menyambut ulang tahun kelahirannya.

"Saya berada di balai polis pada pagi itu dan diberitahu bahawa dia (Rizalman) merupakan seorang diplomat," katanya lagi.

Menurut Bilingsley lagi, dia hanya mendapat tahu Rizalman, 38, telah pulang ke Malaysia pada 22 Mei yang lalu setelah Suruhanjaya Tinggi Malaysia talah menolak permintaan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand untuk mengenetepikan kekebalan status diplomatiknya supaya dia turut didakwa atas tindakannya itu.

 "Saya mendapat tahu bahawa dia akan pulang (ke negaranya) pada hari dia bertolak. Sejak itu, polis begitu bekerjasama untuk memberi maklumat kepada saya, malah bila mereka sendiri tidak tahu untuk apa yang dapat dimaklumkan.

"Saya mendapat panggilan telefon dan seperti, 'Anda hendak tahu bahawa kami baharu sahaja mendapat tahu dia meninggalkan negara hari ini'.

"Sudah tentu saya kecewa dan marah kerana sejak awal lagi berkata yang saya mahu dia berada di New Zealand dan diadili di sini,” tambah Billingsley.

Menerusi laporan Media Dominion Post di saluran berita Channel 3, Ketua Hakim, Bruce Davidson telah membenarkan pemohonan di Mahkamah daerah Wellington untuk menolak sekatan terhadap namanya pada semalam.

Pada 2 Julai lalu, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menghantar kembali Rizalman ke New Zealand untuk didakwa atas kesalahan itu tetapi tarikhnya masih belum diputuskan kerana menunggu laporan dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian perubatan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Bekas ADUN Bayu Meninggal Dunia, Al-Fatihah...

BALING – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Salleh Yaakob, 63, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Carok Putih, Mukim Siong di sini.

Allayarham meninggal kira-kira 5 pagi tadi berikutan masalah kesihatan yang dihidapinya sejak beberapa bulan lepas.

Adik Allahyarham, Mohd Taufik berkata abangnya dimasukkan ke Hospital Baling pada Isnin lepas akibat masalah jantung tetapi dibenarkan keluar semalam.

Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Kampung Carok Putih.
Turut menziarahi jenazah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Azimi Daim.

Salleh memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bayu pada pilihan raya umum 2004 menewaskan calon Pas, Datuk Taib Azamuddin Mohd Taib dengan majoriti 1,786 undi.

Allahyarham meninggalkan isteri Azidah Ahad, 56, tiga anak dan seorang cucu.- BERNAMA

Read More

Plat Nombor Terbaik, Harap JPJ Tak Marah...


Sebenarnya kalau nak, ada macam-macam cara untuk menyebarkan kebaikan atau dakwah.

Sesetengahnya perlukan daya kreatif bagi memnyampaikan dakwah.

Contohnya pemilik Honda CRV ini, nombor plat keretanya membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk memandang kerana abjad dan nombor didekatkan hingga membentuk perkataan ‘ABAI5′.

dakwah

Tapi bila didekati rupa-rupanya terdapat penambahan perkataan pada nombor plat hingga membentuk ayat berbunyi ‘Jangan Abai 5 Waktu’ iaitu merujuk pada ibadah solat.

Bagaimanapun, nombor ini rasanya menyalahi garis panduan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Jadi kalau ada sekatan jalan raya harap-harap pemiliknya dapat ‘berdakwah’ dengan baik kepada penguasa terlibat kalau tak mahu disaman.


Sumber : MyNewsHub.My

Read More

Remaja Bersyukur Dapat Berbuka Puasa Dengan Tiger!!


Baru-baru ini satu status yang dimuatnaik oleh seorang remaja beragama Islam di laman sosial Facebooknya(FB) dan Whatsapp telah mengejutkan para pengguna media sosial sehingga mencetuskan kontoversi hangat.

Status yang dimuatnaik oleh pengguna FB bernama Muhammad Arwan dilihat menghina umat Islam yang sedang berpuasa dengan menulis kenyataan berbunyi :

Status FB Remaja Islam 'Buka Puasa Dengan Tiger' Tersebar

“Alhamdulillah.. awal-awal pagi.. buka posew bersama menu kegemaran aku.. TIGER.. syukur pada Allah SWT.”

Terkejut KedahNews.com bila membaca status yang dimuatnaik oleh remaja berkenaan. Berkemungkinan akaun FB Muhammad Arwan telah berjaya diceroboh oleh pakar IT atau hanya direka oleh individu tertentu bagi menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Sekirannya benar akaun FB ini telah digodam oleh pihak tertentu, KedahNews.com berharap pemilik sebenar FB atau  gambar profil dapat membuat laporan kepada pihak berkuasa agar dapat membersihkan kembali namanya yang telah dicerca dan dihina oleh pengguna media sosial yang lain.

Walau apa pun alasan yang diberi, kami menganggap individu yang melakukan perbuatan tersebut sebagai sangat biadap kerana sengaja mencetuskan provokasi yang akan menyebabkan pepecahan kaum berlaku di negara ini.

Diharap kes seperti akan di siasat dengan lebih terperinci oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana KedahNews.com perhatikan semakin ramai pengguna yang memuatnaik pelbagai status yang telah mencetuskan pelbagai kontoroversi menganggu kententeraman masyarakat di Malaysia.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor



Read More

Iklan Raya Yang Mampu Membuat Anda Bergenang Air Mata...


Masih ingatkah anda mengenai iklan raya yang telah dihasilkan oleh syarikat Bernas yang mengisahkan dua orang anak yatim yang mempunyai masalah penglihatan dan seorang lagi mengalami masalah pekak serta bisu.

Daripada lambakan iklan yang sering kali menghiasi kaca televisyen sempena menyambut aidilfitri, KedahNews.com merasakan iklan yang mempaparkan dua orang anak yatim yang mahu menziarahi kubur ibu salah seorang dari mereka merupakan satu terbitan yang paling terbaik dari Bernas.

Walaupun iklan tersebut telah dihasilkan pada tahun 2012, namun setiap kali ia ditayangkan kembali, KedahNews.com pasti ramai penonton yang akan mengalirkan airmata.

Apa yang dapat disimpulkan mengenai Iklan tersebut ialah video yang berdurasi tujuh minit empat puluh satu saat itu merangkumi segala aspek termasuk kesedihan,kegembiraan,kemaafan, tolong menolong tanpa mengira batas agama, persahabatan dan erti kekeluargaan.

KedahNews.com mengucapkan syabas kepada Bernas kerana berjaya menghasilkan sebuah iklan yang pasti dikenang setiap kali menyambut perayaan aidilfitri.

Di sini KedahNews.com ini berkongsi iklan yang telah dimuatnaik di laman YouTube kepada pembaca untuk tontonan semua.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor




Read More

Demi Saudara Kita Di Palestin, Demi Kehancuran Israel... Doakanlah Mereka...

Semalam, saudara-saudar kita di Gaza ditimpa musibah dan dugaan perit apabila mereka dihujani serangan dari pesawat-pesawat pejuang rejim Yahudi Zionis Israel.

Meskipun menyedari umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, rejim laknatullah itu tetap dengan sikap kejam mereka merampas, menyerang dan cuba menghapuskan umat Islam di Palestin.

Lihatlah gambar-gambar yang mampu membuat jantung kita tersentak di bawah. Hanya mereka yang tidak punya perasaan dan perikemanusiaan saja yang tidak akan sedih dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di sana.

10513495_727167833991962_4507334567975707285_n
10487367_727167887325290_2266282061686367547_n
10442540_727167857325293_31474671206475720_n
KedahNews.com tertanya-tanya bersempena Ramadhan ini dan akuan keimanan kepada Allah SWT serta ajaran Rasulullah SAW, tidak wujudkah satu pun negara Islam yang sanggup dan berani membela nasib umat Islam di Palestin itu?

Mungkin disebabkan wujudnya pemimpin Islam yang merelakan Israel menyerang Palestin atas alasan "menjaga kepentingan negara Yahudi itu dari ancaman luar", maka rejim kesayangan Amerika Syarikat itu boleh mengganas sesuka hati "mak bapak" mereka???


Mengapa hanya berani berperang sesama umat Islam seperti yang berlaku di Syria sedangkan di Palestin menjanjikan perjuangan jihad yang sebenar dengan memerangi puak Yahudi yang jelas zalim, tidak bertamadun dan kejam.



KedahNews.com secara rasminya mengutuk segala kezaliman rejim Israel sejak berpuluh tahun terhadap bumi Palestin itu dan tidak akan redha sama sekali dengan kekejaman yang mereka lakukan terhadap saudara kita di sana.

Mungkin kami tidak mampu mengangkat senjata berjihad, namun dengan kelebihan yang Allah berikan melalui mata pena yang tajam, in sha Allah kami akan berjihad dengan cara tersendiri melalui penyiaran berita dan doa dari kejauhan.

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ  وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى إيران وفي سوريا  وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ ,  اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ, اللّهُمَّ   يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا, اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Read More

Pemilihan Naib Presiden PKR: Rafizi Ditolak, Shamsul Iskandar Lebih Berpengaruh!

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin lebih diterima akar umbi PKR apabila dia berjaya menyingkirkan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, dalam perebutan jawatan Naib Presiden parti itu.

Meskipun Rafizi terkenal dengan kepetahannya dalam sesuatu isu, dia akhirnya tersingkir oleh ahli parti sendiri apabila terkeluar daripada senarai empat calon yang memperoleh undi tertinggi bagi pemilihan jawatan tersebut.

Shamsul Iskandar turut memberi kejutan apabila berada pada tangga ketiga pemilihan Naib Presiden apabila mendapat 18,777 undi.

Kedudukan terkini Rafizi dilaporkan ketinggalan sebanyak 126 undi di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar, yang berada pada kedudukan keempat apabila mendapat 17,461 undi.


Sebelum ini, Mohd Rafizi secara konsisten berada pada tangga ketiga namun terpaksa akur dengan kedudukan terkini yang membabitkan keputusan 195 daripada 198 cabang yang selesai menjalankan proses pemilihan dan pengiraan undi.

Bagaimanapun masih terdapat tiga lagi cabang  yang belum menyelesaikan pemilihan dan pengiraan undi melibatkan cabang Kelana Jaya, Puchong dan Pensiangan.

Selain itu Nurul Izzah Anwar kekal mengungguli perebutan jawatan Naib Presiden parti yang diasaskan ibubapanya itu dengan memperoleh 27,031 undi, manakala Ahlim Parlimen Batu, Tian Chua di tempat kedua apabila berjaya meraih sebanyak 20,490 undi.

Read More

Astro Bayar Ribuan Ringgit Untuk Azwan Ali Maki Orang?


Kuala Lumpur, 10 Julai – Diva sensasi, Azwan Ali (Diva AA) mengakui pernah dibayar ribuan ringgit oleh pihak Astro hanya semata-mata untuk memaki para peserta dalam program MasterChef Selebriti dua tahun lalu.

Menurut Azwan Ali, dia tidak kisah sekiranya dituduh sebagai lelaki bermulut jahat atau diberi pelbagai gelaran oleh masyarakat  mengenai dirinya kerana beranggapan ini adalah satu sumber rezeki yang tidak putus-putus dikurniakan Allah SWT kepada pengacara ini.

“Pihak Astro pernah tawarkan saya tugas memaki hamun para peserta MasterChef Selebriti untuk musim dua tahun lepas. Untuk job itu saja, saya dibayar ribuan ringgit.

“Jadi saya tak kisah, kalau orang tak suka, benci dan menyampah dengan saya, saya tak peduli semua itu,” katanya memetik portal Malaysian Digest.

Pengakuan Diva AA ini pasti mencetuskan satu lagi kontroversi apabila mengaitkan saluran penyiaran swasta yang berpengaruh di Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Azwan turut memaklumkan bahawa dia akan berangkat ke Mekah pada 21 Julai ini bagi menunaikan umrah buat kali ketujuh. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Jawatan MB Bukan Milik Individu - Anwar Ibrahim

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan jawatan menteri besar Selangor bukan milik individu, tetapi untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dilakukan secara konsensus.

Anwar berkata, jawatan tersebut adalah mandat yang diberikan menerusi rakyat dan parti.

"Ini bukan kerusi peribadi tetapi mandat yang diberikan daripada rakyat dan parti," kata Anwar semasa mengadakan pertemuan dengan kumpulan masyarakat sivil di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, sebarang usaha menggantikan Khalid perlu dilakukan secara bersama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam konteks PR, kita perlu bincang dan mendapat persetujuan DAP dan PAS," kata Anwar.

Anwar juga mengakui kontroversi yang tidak berpenghujung tersebut memberi kesan kepada pentadbiran dan pembangunan negeri, khususnya dalam melihat isu lebih besar.

"Isu berlarutan ini menghalang pembangunan dan kemampuan untuk fokus kepada isu lebih besar," kata beliau.

Beliau juga berharap agar kemelut jawatan penting negeri terkaya tersebut dapat diselesaikan dengan segera.

Pentadbiran Khalid menerima tamparan hebat selepas diberi mandat penggal kedua, khususnya dalam isu melibatkan rampasan Bible, pembinaan lebuh raya dan air.

Sementara itu, bekas pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam majlis yang sama, menyatakan kebimbangan dengan perkembangan yang berlaku di Selangor.

"Kami sangat bimbang dengan apa yang berlaku di Selangor. Ia sangat kucar-kacir," kata Ambiga.

Desas-desus mengenai kedudukan Khalid diperkatakan kembali, terutama selepas beberapa kritikan terbuka pemimpin PR pentadbirannya.

Khabar angin tentang peletakan jawatan Khalid juga menyebabkan wartawan terpaksa berkampung di depan Istana Selangor baru-baru ini selepas ura-ura mengatakan beliau akan meletak jawatan.

Bagaimanapun, Khalid berkata semalam beliau tidak bimbang jika wujud usul undi tidak percaya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR sendiri.

Sumber: TMI

Read More

Kucing Comel Pakar Curi Seluar Dalam!

Kucing merupakan haiwan kesayangan ramai.

Seorang sahabat, Abdul Rahman RA juga sangat menyayangi kucing sehingga beliau digelar "bapa kucing" (Abu Hurairah) dan nama yang diberikan Rasulullah SAW itu kekal hingga kini.

Boleh dikatakan ramai juga rakyat Malaysia sememangnya "gila"kan kucing.

Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit untuk kucing-kucing kesayangan mereka. Ada dikalangan mereka yang sanggup makan, tidur, menonton dan berkongsi serba serbi dengan haiwan kesayangan mereka itu.

Namun lain pula dengan kucing yang seekor di dalam klip video di bawah.

Kucing tersebut tinggal bersama tuannya di Carlifornia, Amerika Syarikat dan tabiat pelik haiwan yang diberi nama "Dusty" itu menarik perhatian penerbit The Animal Planet.

Dusty suka mencuri. Macam-macam benda yang dicuri kucing itu termasuklah seluar dalam, kasut dan apa jua barangan yang mampu digigitnya.

Selepas mendapatkan barangan curi, Dusty membawa pulang barang-barang tersebut ke rumah tuannya. Banyak jugalah koleksi barangan curi Dusty. Cuba tonton klip video di bawah...


Read More

Orang Ramai Berebut Kutip Ikan Patin "Babi"

Penulis blog yang bertanggungjawab menyebarkan insiden ikan patin "babi" di Ipoh, Mohd Khirul Adnan Hamid mendakwa melihat orang ramai berebut-rebut mengutip ikan dari kolam tersebut ketika ia pecah dan melimpah.

 “Saya nampak ribuan ikan patin di sekitar kawasan dalam dan luar kolam itu sebaik kolam berkenaan pecah dan ketika kejadian berlaku, ramai orang berebut-rebut mengutip ikan itu termasuk masyarakat beragama Islam,” katanya.

Khirul merupakan individu yang memuat naik maklumat serta gambar yang menampakkan tulang haiwan dipercayai babi di laman blog peribadinya dalam kejadian kolam ikan patin pecah di Lahat, pada Ahad lalu.

Terdahulu, Khirul melaporkan bahawa dia memperoleh maklumat mengenai kerosakan paip pecah sehingga menyebabkan air melimpah hingga tebing kolam terbabit runtuh kira-kira jam 2 petang, pada hari yang sama setelah dimaklumkan oleh seorang rakan.

Katanya, ketika kejadian itu orang ramai dilihat mengerumuni kolam itu selepas kesemua ikan ternakan mula kelihatan keluar dari permukaan dasar kolam tersebut.

"Saya difahamkan saliran kolam itu mengalami masalah sehingga menyebabkan air di situ susut hingga menampakkan permukaan dasar tanah. Akibatnya, kesemua ikan di dalam kolam itu jelas kelihatan sekali gus menjadi tumpuan orang ramai.

“Malah, satu saluran turut pecah menyebabkan sebahagian ikan di situ berlambak ke luar kolam,” katanya yang dipetik dari MyMetro, semalam.

Khirul mendakwa dia ada menasihatkan orang awam, khususnya yang beragama Islam, supaya tidak mengambil ikan patin itu untuk makan kerana berdasarkan pemerhatiannya, rangka tulang haiwan yang bersepah di dasar kolam itu dipercayai rangka babi. 

Dalam perkembangan berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, menegaskan bahawa haram hukumnya bagi umat Islam memakan ikan yang diberi makan bangkai babi tanpa dikuarantin selama tiga hari.

Beliau berkata, ikan seperti itu hanya boleh dimakan jika tempoh kuarantin berkenaan dilakukan termasuk diberi makan makanan lain sepanjang tempoh itu. -KedahNews.com

Read More

Restoran ARAK Tetap Degil Tawar Bufet Ramadhan!

Tidak sampai 48 jam selepas diserbu pihak berkuasa pada Isnin lalu, sebuah restoran yang tidak mempunyai sijil halal di Jalan Yap Kwan Seng di sini kembali menjalankan operasinya dengan menawarkan promosi bufet Ramadan kepada orang ramai. 

Restoran yang menggunakan nama dan elemen kemelayuan dikesan masih menerima tempahan daripada pelanggan bagi hidangan berbuka puasa menerusi panggilan telefon.

Tidak cukup dengan itu, restoran berkenaan yang merupakan sebuah bar turut menyajikan pelbagai minuman keras secara terbuka dan bebas pada waktu malam.

Pada Isnin lalu, restoran itu diarahkan menghentikan tawaran bufet Ramadan kerana tidak mempunyai sijil halal dan menjual minuman keras oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Ops Bufet Ramadan.

Turut bersama dalam operasi itu ialah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Restoran yang masih dibawah siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 menawarkan pakej bufet Ramadan dengan menghidangkan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak).

Kedegilan restoran itu yang masih menawarkan bufet Ramadan terbongkar selepas Mstar Online pada malam Selasa menghubunginya dengan menyamar sebagai pelanggan untuk membuat tempahan meja bagi sesi berbuka puasa pada Rabu.

Amat mengejutkan apabila kakitangan restoran yang menjawab panggilan berkenaan memberitahu bahawa masih terdapat kekosongan tempahan meja untuk bufet Ramadan.

Kakitangan restoran: "Hai, ini restoran XXXXX."

Mstar: "Boleh buat booking (tempahan) untuk bufet Ramadan?

Kakitangan: "Boleh, harga RM75 nett. Bila tu?

Mstar: "Nak booking untuk esok (Rabu). Kalau saya nak book untuk buka puasa esok, bila boleh saya buat last call (waktu panggilan terakhir untuk tempahan)?

Kakitangan: "Boleh buat tempahan sekurang-kurangnya enam jam lebih awal (sebelum waktu berbuka puasa)."

Tinjauan pada malam Selasa mendapati tiada lagi kain rentang bufet Ramadan dipaparkan di luar premis berkenaan berikutan ia sudah diturunkan dan disita oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, khemah berwarna putih dan hijau yang mempunyai meja-meja dan kerusi-kerusi, terletak di dalam kawasan premis sebagai tempat untuk bufet Ramadan dipercayai masih digunakan.

Ini termasuk lampu hiasan berbentuk bulan sabit dan bintang segi berbucu lima, yang mengelilingi khemah tersebut turut dinyalakan, sekali gus mengaburi orang ramai mengenai kesahihan bufet Ramadan yang ditawarkan oleh restoran itu.

Berdasarkan pemeriksaan mStar Online setakat 6 pagi Rabu, laman web rasmi restoran berkenaan termasuk laman sosial Facebooknya masih lagi memaparkan promosi bufet Ramadan.

Terdapat komen yang ditulis pada Selasa di bawah gambar pakej bufet Ramadan yang dimuatkan di Facebook restoran itu: Abu Ammar Alattas: "Dah kena rush (serbu) Jakim semalam. Harap umat Islam berhati-hati dengan restoran ini yang menyajikan arak."

Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman ketika dihubungi berkata, restoran berkenaan sepatutnya menghentikan segala promosi bufet Ramadan serta-merta selepas didapati tidak mempunyai sijil halal dan memiliki minuman keras.

"Kita hanya membenarkan restoran itu menjalankan operasi seperti biasa sepanjang tempoh siasatan tetapi bukan promosi bufet Ramadan.

"Arahan ini termasuk promosi bufet Ramadan menerusi medium lain seperti laman web rasmi restoran itu supaya tidak mengelirukan orang ramai. Ini merupakan satu kesalahan," katanya.

Ditanya mengenai tindakan, Muhammad Khalid berkata, beliau akan meneliti perkara itu dan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan Ops Bufet Ramadan terlebih dahulu sebelum membuat tindakan susulan.

Sumber: Mstar

Read More

Exco Kongsi Maklumat Jawatan Kosong KEDA @Suraya_Yaacob

Exco Kerajaan Negeri, Dato' Suraya Yaacob berkongsi peluang dengan rakyat yang berminat untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda).

Beliau berkongsi maklumat mengenai kekosongan jawatan itu di laman facebooknya, turut memaklumkan tarik tutup bagi permohonan jawatan tersebut pada 20 Julai ini.

Berikut adalah keterangan ringkas mengenai kekosongan jawatan itu:

Untuk makluman lanjut, mana-mana calon yang berminat boleh melayari laman web, klik di sini atau di sini.

Read More

HARU-BIRU: Bila Dua-Dua Calon Presiden Indonesia Mengaku Menang...

JAKARTA – Kedua-dua calon dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres), Joko Widodo dan Prabowo Subianto masing-masing mengisytiharkan diri sebagai pemenang berdasarkan kiraan undi awal setakat petang ini.

“Pada masa ini, undi awal itu menunjukkan gabungan Jokowi-Kalla adalah pemenangnya,” kata Widodo pada sidang akhbar, sambil merujuk kepada regunya, Jusuf Kalla.

Serentak dengan itu Prabowo pula mengumumkan kepada satu perhimpunan politik bahawa gabungan beliau dan Hatta Rajasa mendapat sokongan dan mandat daripada rakyat Indonesia dalam pemilihan 2014 itu.

Laporan agensi berita sebelum ini menyatakan keputusan awal tidak rasmi mendapati Widodo mendahuli dengan kira-kira 52 peratus, manakala Subianto memperoleh 48 peratus.

Keputusan daripada kiraan undi awal itu adalah satu petanda undi rasmi yang bakal diumumkan dalam tempoh dua minggu.

Ketua Kempen Subianto, Mohammad Mahfud, juga berkata keputusan kiraan awal menunjukkan calon mereka mendahului. Beliau menggesa penyokong supaya bertenang ketika undi terus dikira.

Pertandingan itu adalah yang ketiga selepas berakhirnya pemerintahan Suharto pada 1988. – AP

Read More

Pegawai Tourism Pukul Anak Di Sweden Telah Dibebaskan

Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara di negara itu kerana memukul anaknya telah dibebaskan oleh pihak berkuasa negara tersebut semalam.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi pada semalam mengesahan laporan berkenaan kepada media.

"Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan kita di sana. Pada masa yang sama, kita juga memohon supaya Azizul dapat bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin.

"Ini kerana dijangkakan pada 15 Julai ini, Azizul akan pulang ke Malaysia," jelasnya.

Azizul Raheem dijatuhi hukuman penjara kerana memukul keempat-empat anaknya sejak September 2010, dan telah menjalani hukuman tiga bulan di Sweden bermula 28 Mac lepas.

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhi hukuman penjara 10 bulan terhadap Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal bagi kesalahan itu, namun hukuman penjara  masing-masing dikurangkan dan mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu.

Bagaimanapun isterinya, Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, akan dibebaskan tiga bulan lagi.

Empat anak pasangan itu yang pada mulanya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan Islam kerana kes berkenaan, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini pada 30 Jan lepas setelah tiba di tanahair sebelum diserahkan di bawah jagaan ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan.

Hamzah berkata kes itu tidak menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Sweden sebaliknya kerjasama semakin erat dan kukuh antara kedua-dua negara. -KedahNews.com

Read More

Model Estonia Mati Dibunuh Di Mersing



Seorang model sambilan warganegara Estonia dipercayai dibunuh di Pulau Rawa, dekat Mersing, awal bulan ini dan mayatnya ditemui dalam laut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata wanita berkenaan, Regina Soosalu, 30, yang menetap di Kuala Lumpur tiba di pulau itu pada 1 Julai lepas sebelum ditemui mati lemas dalam laut pada hari yang sama.

“Pada peringkat awal, polis menyiasat kes berkenaan sebagai mati lemas tetapi kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh selepas hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kecederaan di badan wanita itu,” katanya kepada pemberita di Johor Baharu hari ini.

542628_10151300672765867_1536588208_n

Hasnan berkata setakat ini, polis menahan enam individu yang berada di pulau berkenaan untuk membantu siasatan.

Beliau berkata mayat wanita itu dibedah siasat di hospital dan polis Johor menghubungi Interpol untuk memaklumkan kejadian.

Keluarga mangsa juga difahamkan sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi Kedutaan Estonia di Beijing, China, katanya. – Bernama

Read More

Isteri Awie Curi RM250,000 Punca Dibelasah?


Gosip artis Malaysia Punca Gambar Awie Pukul Isteri Rozana Misbun? Heboh satu Malaysia apabila pada mulanya tersebar berita artis Malaysia Awie pukul Rozana Misbun (isteri Awie) yang mana dihebahkan sendiri oleh akhbar Berita Harian sekitar awal bulan Jun 2014.

Menurut laporan Berita harian, Awie telah pukul Rozana Misbun (isterinya) di depan khalayak ramai di sekitar sebuah bank yang terletak di Ampang telah memeranjatkan kalangan kakitangan bank, dan pelanggan bank tersebut sewaktu berada di sana.

Sehingga ada cakap-cakap termasuk daripada sebuah blog hiburan di malaysia mengatakan Rozana Misbun telah curi duit dan wang Awie sendiri sehingga menyebabkan Awie hilang sabar terhadap perlaku isterinya.

Tiba-tiba tersebar gambar Rozana Misbul cedera teruk dikatakan akibat kena pukul pada 27 Jun 2014


Ada cakap-cakap yang mengatakan punca gambar Awie pukul isteri Rozana Misbun selepas Awie mendapati duit simpanannya berjumlah RM250,000 telah hilang dan mendapati Rozana Misbun telah curi duit tersebut. Wallahualam. Sama-sama kita tunggu berita terkini yang selanjutnya mengenai kes kononnya Awie pukul isteri Rozana Misbun bagi mendapatkan berita sebenar selepas ini.

Sumber : beritasemasa.com

Read More
Newer Posts Older Posts Home