"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Wednesday, 2 July 2014

Keberkatan Ramadhan, Neelofa Telah Berhijab


Pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor mengakui pintu hatinya sudah terbuka untuk dia mengenakan hijab secara tetap selepas ini.

Menerusi perkongsian gambar screen capture di antara Neelofa dan rakan baiknya yang merupakan seorang jurugambar, Annas Easkey, pelakon ini menegaskan dia sudah mula mengenakan hijab dan akan terus beristiqamah dengan penghijrahan itu.


neelofa2


Sebelum ini, Neelofa sering tampil mengayakan beberapa rekaan tudung jenamanya dan sering memuatnaik gambarnya berhijab di laman Instagramnya.

Selain itu, adik kepada pelakon ini, Ameera turut berkongsi rasa bersyukur terhadap penghijrahan kakaknya itu di Instagram.

KedahNews.com meluahkan rasa syukur terhadap perubahan yang dilakukan pelakon cantik ini. Pihak kami berharap banyak lagi artis-artis wanita negara ini akan mengikut jejak langkah Neelofa dan mengambil keberkatan daripada bulan yang mulia ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

neelofaa

Read More

RM890 Juta "Duit Raya" Untuk Penjawat Awam, Pesara

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

Read More

Dato' Sharifah Aini Dimasukan Ke ICU Akibat Komplikasi Paru-Paru

datuk sharifah aini dimasukkan ke icu akibat komplikasi peparu

Kuala Lumpur, 2 Julai - Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di sini akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Menurut pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zin memberitahu Sharifah Aini dibawa ke pusat perubatan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada pagi Selasa selepas mengalami kesukaran bernafas. Bagaimanapun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

"Buat masa ini Sharifah Aini tidak dibenarkan menerima lawatan mana-mana tetamu melainkan ahli keluarga terdekatnya sahaja," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.

Katanya, keadaan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru yang mengakibatkan lama-kelamaan terjadinya penyakit tersebut yang menyebabkan penyerapan oksigen tidak efisyen.

Terdahulu pada hujung Mei lalu, Sharifah Aini berkata beliau reda jika dijemput Allah selepas 28 hari dirawat di hospital akibat penyakit paru-parunya.

Dalam luahan yang ditulis menerusi Facebook miliknya itu beliau meminta agar seluruh peminat mendoakan kesejahteraannya selain menghadiahkan Al-Fatihah sekiranya beliau sudah tiada.


Sumber : murai.com.my

Read More

Lolanopita Diikat Jamin

SEREMBAN – Selepas tiga hari Lolanopita Sadi, 40, didakwa di mahkamah, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Brahim’s Airline Catering (BAC) hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban hari ini, bagi membayar wang jaminannya berjumlah RM7,000.

Dua wakil daripada syarikat tempatnya bekerja hadir kira-kira jam 3.30 petang.

Difahamkan, wang jaminan tersebut dibayar atas dasar kebajikan kesatuan pekerja tersebut terhadap nasib menimpa Lolalopita atau lebih dikenali sebagai Lola.

Pada 27 Jun lalu, Lola dihadapkan di mahkamah seksyen di sini atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya yang juga OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, tanpa pengawasan pada 21 Jun lalu di sebuah bilik Flat Taman Semarak, Nilai.

Bagi kesalahan tersebut, wanita berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) dan Seksyen 33(c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Hakim, Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan (RM3,500 satu pertuduhan) dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Julai, sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, menurut sumber, Lola kini diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sehingga kesnya selesai.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Penjawat Awam Meninggal Di Bazar Dapat Perhatian Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga kakitangan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Muhammad Kamal Sallehodin, yang meninggal dunia di Pasar Ramadan, Presint 3, Putrajaya semalam.

Najib juga turut meluahkan rasa sedih beliau ke atas kejadian yang menimpa mangsa itu.

“Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya.

“Takziah kepada keluarga Muhammad Kamal, Al-Fatihah,” kata Najib melalui akaun twitternya.

Semalam, Allahyarham meninggal dunia kerana kepalanya terhantuk di tebing longkang di tepi pasar itu. Sebelum itu, beliau dikatakan gagal melompat longkang berkenaan.


Mangsa juga dikatakan kepenatan kerana terpaksa berjalan mendaki cerun yang agak tinggi sebelum dapat pergi ke pasar itu yang terletak sedikit tinggi dari paras jalan raya.

Beberapa keping gambar Allahyarham yang terbaring menerima rawatan kecemasan tersebar di laman sosial dan internet hari ini. Polis mengesahkan Allahyarham Muhammad Kamal meninggal dunia di tempat kejadian. 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Terbaik: Ulama Muda Mesir Berbahasa "Kelate" Beri Tazkirah Ramadhan...

Nama Ustaz Mat Mesir atau nama sebenarnya Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim bukan nama asing bagi rakyat Malaysia, khususnya yang pernah mengikuti pengajian di Timur Tengah.

Istimewanya Ustaz Mat Mesir ini, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan dapat bertutur dalam dialek Kelantan dengan fasih.

KedahNews.com difahamkan bahawa Ustaz Mat Mesir menguasai Bahasa Melayu hanya dalam tempoh selama 9 bulan sahaja ketika mula belajar kira-kira pada tahun 1993.

Yang peliknya, terdapat pula pihak di Malaysia yang berstatus warganegara Malaysia dan sudah tinggal di Malaysia selama berpuluh-puluh tahun tetapi tidak mampu untuk berbahasa Melayu seperti beliau.

Mengaku "rakyat Malaysia", tapi tergagap-gagap bila berbahasa rasmi negara meskipun di dalam Parlimen?

Ustaz Mat Mesir merupakan  Anggota Majlis Fatwa Mesir yang termuda dan beliau sering dijemput oleh rakyat Malaysia, khususnya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed, untuk menjayakan program-program sempena Ramadhan seperti solat tarawih serta tazkirah khas di bulan Ramadhan.

Ikuti tazkirah menarik beliau di bawah. -KedahNews.com

 

Read More

Pengarah UMcedel Didakwa "Pekakas" Anwar Ibrahim?

Keputusan Universiti Malaya dan Kerajaan untuk tidak menyambung kontrak Prof Datuk Dr Mohamad Radzuan Othman sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah merupakan hak preogratif dan pentadbiran. 
 
Ia bukan hak pelajar, tenaga akademik mahu pun mana-mana pemimpin parti politik atau mana-mana media massa. 

Justeru walau apa pun yang alasan atau sebab tindakan tersebut ia adalah hak majikan yang mencari sumber kewangan bagi membayar gaji mereka dan menyediakan pelbagai kemudahan bagi kakitangan akademik.

Jawatan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial adalah jawatan yang dilantik secara kotrak selama dua tahun. Kita akan dapati setiap 2-4 tahun Fakulti akan menerima penjawat yang baru.

Malah ada beberapa tenaga akademik yang sudah dilantik sebagai Dekan beberapa kali secara berselang seli dengan profesor lain. Justeru, apa masalah apabila Universiti Malaya mahu melantik Profesor lain sebagai Dekan Fakulti?

Sebagai Pengarah UMCedel, Prof Radzuan juga tidak boleh selama-lamanya kekal di situ. Sungguhpun beliau adalah pengasas, bukan bermakna UMcedel milik peribadi beliau.



Prof Khoo Kay Khim merupakan pengasas Pusat Sains Sukan Universiti Malaya. Bagaimanapun beliau tidak menjadi pengarah seumur hidup. Jika tidak silap saya beliau hanya pengarah selama sepenggal sebelum diganti oleh orang lain.

Soal perlantikan jawatan ia adalah hak Universiti dan kerajaan yang membiayai pengurusan Universiti.

Pada April tahun lalu, portal ini mendedahkan bahawa kemungkinan hasil kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), merupakan satu perancangan licik oleh Pengarahnya yang juga merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim.

Pada Februari 2014, Datuk Zaid Ibrahim juga membuat sidang akhbar mendakwa pengarah UMcedel di bawah pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zaid mendakwa kajian oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) ke atas persepsi umum dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang (PRK Kajang) dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Zaid, Anwar mempunyai pengaruh dalam tinjauan Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) berkaitan Kajang yang menghasilkan dapatan positif padanya.
Dakwa Zaid, ketika Lee Chin Cheh berundur sebagai anggota DUN – sekali gus memaksa pilihan raya kecil – Anwar mendapatkan Mohammad Redzuan Othman bagi menjalankan tinjauan segera.
“Redzuan pengarah Umcedel. Beliau juga kawan Anwar ketika zaman Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim),” kata Zaid dalam blognya hari ini.
“Tidak mengejutkan, tinjauan Umcedel mendapati majoriti pengundi Kajang setuju bahawa pilihan raya kecil tidak membazirkan wang rakyat.
Pada Februari 2014 juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Kahlid Ibrahim, menyelar UMcedel sebagai satu pusat yang digunakan untuk memutar-belit keinginan rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCedel) bahawa keputusan tersebut hanyalah digunakan sebagai maklumat utama untuk memutar-belitkan keingginan rakyat.
Kajian mengenai wajarkah PRK DUN Kajang diadakan atau tidak menampakkan keputusannya menyebelahi kepada Ketua Umum Pembanggkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kajian dijalankan terhadap 576 responden daripada 38,965 pengundi berdaftar di Kajang yang menampakkan hasil sebanyak 59% mengatakan YA, PRK itu wajar dilakukan berbanding hanya 17% sahaja mengatakan tidak dan 24% lain adalah tidak pasti.
Justeru, tindakan Universiti Malaya tidak menyambung kontrak beliau bukanlah isu besar kerana kredebiliti beliau sendiri menjadi pertikaian.



Mungkin sebab itu juga yang terlebih sudu dari kuah bukan tuan punya tubuh badan tetapi pihak lain yang mahu mengambil kesempatan.

Sumber: Mykmu.net

Read More

Enggan Ketuai MPKN: Bekas Ketua Hakim Tidak Mahu Jadi "Pekakas" Pembangkang

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
  
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.
  
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.
  
"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.

"Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya.
  
Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, telahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan 'National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.
  
Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.
  
Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiar menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.
  
Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.

"Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu).
  
"Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya.
  
Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.
  
"Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
  
"Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya.
  
Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas pilihan raya umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.
  
"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya. -Bernama

Read More

Kejam Gila! Siapa Kata Semua Isteri Baik?

Seorang isteri curang di Chennai, India tergamak meletak racun dalam masakan nasi goreng yang dihidangkan kepada suaminya sehingga menjadi penyebab kepada kematian lelaki tersebut, baru-baru ini.

Menurut sumber Tamil Nesan, wanita yang dikenali sebagai Amsa, 35, dan kekasihnya, Tirupathy menjalankan komplot untuk membunuh Ramesh, 45, agar mereka boleh terus memadu kasih tanpa sebarang halangan selepas ini.

Walau bagaimanapun, anak saudara Ramesh, Sampath terus membuat laporan polis selepas curiga dengan cara kematian mengejut pak ciknya yang sebelum ini tidak pernah menghidap sebarang penyakit.

Selepas disiasat pihak polis, akhirnya Amsa yang mempunyai dua anak, mengaku membunuh mangsa yang kemudiannya dibawa balik ke kampung, di mana Amsa mengatakan kepada penduduk kampung bahawa suaminya mati disebabkan penyakit perut kronik yang dialaminya sebelum ini. 

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Read More

Info Menarik: 10 Selebriti Hollywod Yang Genius dan "Educated"...!


Steven Martin

Pemilik nama sebenar Stephen Glenn Martin ini merupakan pelakon komedi Hollywood dengan filem-filem seperti Roxanne, Cheaper By The Dozen, The Pink Panther dan The Big Year.

Martin juga merupakan ahli Mensa iaitu satu komuniti bagi golongan yang mempunyai IQ tertinggi, terbesar dan tertua di dunia.

Dia yang mempunyai IQ 142 juga pernah menulis di The New Yorker mengenai usahanya untuk memasuki Mensa pada 1997.

Pelakon komedi itu juga merupakan graduan Universiti State California dalam bidang dalam bidang falsafah dan hampir menjadi profesor.

John Legend


Penyanyi Soul kelahiran Ohio, Amerika Syarikat ini pernah ditawarkan biasiswa untuk menyambung pengajian di Kolej Morehouse, Georgetown dan Universiti Harvard. Bagaimanapun, Legend menolak dan hanya menyambung pengajian di UPenn dalam
bidang kesusasteraan Inggeris dan Afrika Amerika.

Sebelum menceburi bidang muzik, Legend merupakan bekas kakitangan firma perunding yang paling berprestij di dunia, Kumpulan Perunding Boston.




James Wood


Aktor yang berusia 67 tahun ini adalah pelajar bijak yang pernah memperoleh markah sehingga 800 secara lisan dan 779 untuk bahagian Matematik ketika Pra-1995 SAT. SAT adalah satu ujian standard yang digunakan secara meluas untuk kemasukan kolej di Amerika Syarikat.

Woods turut mendaftar dalam kursus algebra linear di UCLA ketika masih di sekolah tinggi.

Dia yang mempunyai IQ 184 juga pernah belajar sains politik di MIT menerusi biasiswa.






Jordana Brewster


Selepas kejayaan filem The Fast & The Furious, Brewster meninggalkan Hollywood untuk menyambung pelajaran di Universiti Yale dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris.

Dia juga dikategorikan sebagai pelajar ‘nerd’ di universiti berkenaan.










Ashton Kutcher

Bekas pengacara Punk’d ini merupakan bekas pelajar Universiti Iowa tetapi hanya belajar separuh jalan untuk meneruskan minatnya dalam dunia peragaan. Selain terlibat dalam dunia hiburan, Kutcher juga terlibat dalam pelaburan di beberapa syarikat seperti Airbnb, Spotify dan Foursquare.

Bak kata Kutcher ‘Benda paling seksi dalam dunia adalah menjadi yang bijak’.


Edward Norton

Pelakon yang pernah dicalonkan sebanyak dua kali dalam Anugerah Oscar ini merupakan graduan Universiti Yale dalam bidang sejarah.

Selepas pengajiannya, Norton berpindah ke Osaka, Jepun untuk menjadi penganalisis di syarikat milik keluarganya iaitu salah satu syarikat peneraju dalam penyediaan modal dan kepakaran dalam rumah mampu milik.

Norton turut mendaftar diri di Aikido, dalam seni mempertahankan diri serta mampu berbahasa Jepun dengan cekap.

Mehmet OZ

Oz pernah digelar sebagai pakar bedah kardiotorasik yang berjaya dalam generasinya kerana pernah melakukan pembedahan jantung dan paru-paru sepanjang kariernya sebagi pakar bedah.

Oz merupakan graduan Universiti Harvard dan UPenn yang mendapat kedua-dua MD dan MBA. Dia juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Institut Kardiovaskular New York selama lapan tahun. – Sinar Harian

Read More

AWAS: Lelaki Ini Mungkin Akan Jual Anak-Anak Anda...

Menerusi perkongsian di laman sosial dan aplikasi Whatsapp, tersebar satu gambar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.

Modus operansinya ialah dengan datang ke sekolah tertentu dan mengaku dirinya pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang ditugaskan untuk menguruskan pengambilan pelajar ke sekolah sukan.

Berikut merupakan info penuh mengenai gambar tersebut:

Lelaki Dakwa Pegawai KPM Dipercayai Suspek Pemerdagangan Manusia
Susulan itu, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak KPM yang menafikan pihak mereka ada menghantar wakil untuk menguruskan perihal pengambilan pelajar ke sekolah sukan di negara ini.

Ia sekaligus mengesahkan kebenaran info yang tersebar itu.

kpm

Justeru itu, diharap ibu-bapa dan pelajar yang didatangi individu seperti ini akan lebih berhati-hati dan membuat pengesahan rasmi dengan pihak atasan sebelum memberikan sebarang persetujuan.

Dibimbangi perkara seumpama ini turut menjurus kepada jenayah culik yang semakin membimbangkan pada masa kini.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Subhanallah! Umur 5 Tahun Hafaz 30 Juzuk, Kita Bagaimana?


Seorang juri program menghafaz Al-Quran di Indonesia iaitu Hafiz Indonesia begitu sebak dan kagum kepada seorang kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Juri berkenaan Abi Amir Faisol Fath kemudiannya datang ke arah kanak-kanak itu yang bernama Musa dan mencium tangan Musa mengambil keberkatan mukjizat Al-Quran yang dihafal oleh kanak-kanak itu.

Musa yang berasal dari Bangka, Indonesia membuatkan penonton rancangan Hafiz Indonesia menangis menitiskan air mata tatkala mampu menjawab soalan demi soalan yang diberikan oleh juri serta para penonton.

Program itu disiarkan di stesen televisyen RCTI dan juga ada dimuatnaikkan di laman YouTube, dan episod melibatkan Musa dimuatnaik pada 29 Jun lepas.

Menurut Abi Amir, kanak-kanak itu membuatnya begitu kagum kerana Allah sendiri telah memuliakannya biarpun umurnya masih mudah dengan mengindahkan jiwanya dengan Al-Quran.

“Saya tidak punyai bahasa.. Subhanallah.

“Ayah bonda semua, inilah sebuah nilai bahawa anak kecil sekalipun dia masih sangat lemah kemampuannya, ketika dia menjadi mulia kerana Al-Quran maka semua kita tunduk kerana Allah telah memuliakannya,” katanya.


Beliau turut menjelaskan bahawa wang kertas tetap bernilai biarpun ia dipijak kerana manusia telah menetapkan satu nilai untuk sekeping wang kertas.

Bagi Musa, Allah telah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran biarpun masih muda.

 Seorang lagi juri program itu, Syeikh Ali Jaber pula menjelaskan bahawa ayat Al-Quran yang diturunkan Allah membenarkan segala-galanya apabila Allah sendiri berfirman bahawa Al-Quran itu merupakan sebuah kitab suci yang mudah dipelajari.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Video: Anda Bola"natic" Kategori Yang Mana Satu?


Sejak kebelakangan ini, makin banyak pula video parodi mengenai bola sepak seiring dengan kerancakan Piala Dunia 2014 yang berlangsung sehingga 13 Julai ini.

Kini memasuki pusingan kalah mati, pastinya penonton semua dah tak sabar menantikan pasukan manakah yang layak memasuki peringkat akhir sekali gus dinobatkan sebagai juara bagi edisi kali ini.

Selain pemain bola sepak, peminat bola sepak turut menarik perhatian apabila diperkatakan mengenai sukan nombor satu dunia ini.

Memang macam-macam katogeri boleh diklasifikasikan terhadap sebahagian peminat ni.

Ada yang serba tahu mengenai bola sepak, ada pula yang hanya meminati pemain bola sepak yang kacak dan berwajah tampan sahaja.

Anda merupakan peminat bola sepak yang tergolong dalam kategori mana pula ya?


Sumber : MYNEWSHUB.MY


Read More

Sultan Nazrin Shah Titah Jadikan Masjid Pusat Ilmu, Budaya & Pembangunan

BATU GAJAH – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahu masjid tidak hanya dijadikan pusat ibadah solat sebaliknya peranan institusi itu perlu diperkukuh sebagai pusat perkembangan ilmu, budaya dan pembangunan masyarakat.

Baginda bertitah institusi masjid perlu terus berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan solihin selain terus berfungsi sebagai penjana tamadun Islam yang agung.

“Sebaik bertapak di Madinah semasa peristiwa hijrah, Nabi Muhammad bersama-sama rombongan bergotong-royong membina masjid.

“Baginda tidak sekadar membina masjid tetapi telah membangunkan sebuah pusat kegiatan untuk usaha menyebar dan mengembangkan risalah Islam,” titah baginda ketika berkenan mengisytiharkan nama dan merasmikan Masjid Toh Puan Besar Hatijah, yang sebelum ini merupakan Masjid Daerah Batu Gajah, di sini baru-baru ini.

Masjid yang dirasmikan itu, titah baginda, mempunyai sejarah panjang sejak 1930-an kerana pada mulanya, ia sebuah masjid yang dibina daripada kayu di tanah tapak asal milik dan diwakaf oleh nenda baginda Toh Puan Besar Hatijah.

Ketika menyentuh pembabitan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah terhadap pembinaan masjid itu, Sultan Nazrin Shah kelihatan sebak dan sesekali mengesat air mata baginda.

Baginda bertitah pada akhir 2006, Sultan Azlan Shah menitahkan agar masjid itu dibina semula dan kerja-kerja berkenaan dimulakan pada 9 Oktober 2008 di bawah perhatian serta pemantauan langsung Almarhum.

Pembinaan masjid itu merupakan projek terakhir yang diberi tumpuan dan menyaksikan pembabitan secara langsung Sultan Azlan Shah.

“Sejauh mana Almarhum merantau dan setinggi mana Almarhum mencapai kejayaan, Almarhum senantiasa mencari masa untuk kembali memijakkan kaki di bumi Batu Gajah untuk menyedut udara daripada atmosfera Batu Gajah.

“Rumah Allah ini adalah hadiah kenangan daripada Almarhum kepada masyarakat Batu Gajah yang sangat nostalgik dalam ingatan Almarhum,” titah baginda.

Baginda bertitah Almarhum telah berkenan menamakan masjid itu sebagai Masjid Toh Puan Besar Hatijah, yang melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada bondanya.
“Almarhum tidak sempat untuk bersolat di masjid yang telah dibina semula ini.

“Almarhum telah meninggalkan wasiat agar masjid ini dirasmikan bersempena Ramadan 1435 Hijrah dan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat pada tahun ini hendaklah diadakan di masjid ini,” titah baginda.

Sultan Nazrin Shah kemudian berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih berjemaah bersama-sama umat Islam di masjid itu.

Terdahulu, Sultan Nazrin Shah bersama-sama adinda baginda iaitu Raja Datuk Seri Azureen dan Raja Datuk Seri Eleena serta kerabat diraja yang lain menziarahi makam Toh Puan Besar Hatijah di Tanah Perkuburan Islam Segedup. – BERNAMA

Read More

Bubur Lambuk Isi Ketam.. Sedapnya...!


Bubur lambuk isi ketam dihidangkan kepada kira-kira 1,200 tetamu termasuk 400 orang kurang upaya, warga emas, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta ibu tunggal pada Majlis Jalinan Kasih Berbuka Puasa Parlimen Besut di Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jerteh petang semalam.

Bubur itu dimasak secara bergotong-royong oleh 300 peserta yang mengambil kursus masakan anjuran Empower Ecer Pantai Timur.

Pengurus Pejabat ECERDC Terengganu, Ahmad Hasim berkata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh dan isteri Toh Puan Seri Che Kamariah Zakaria turut mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai serta menyampaikan duit raya.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa dan Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. – BERNAMA

Read More

Orang Muda Diajak Mengimarahkan Masjid


Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat menyarankan golongan belia di negeri ini agar menyertai pelbagai program anjuran masjid di kawasan masing-masing bagi mengimarah dan memuliakan Ramadan dengan amal ibadah berterusan.

Beliau berkata penglibatan generasi muda perlu bagi memastikan program-program yang dijalankan oleh pihak masjid mencapai matlamat.

“Oleh itu, saya berharap pemimpin jawatankuasa masjid dan surau supaya bertindak lebih proaktif dalam usaha menarik golongan belia menyertai program dalam bulan Ramadan,” katanya ketika merasmikan Majlis Tadarus al-Quran di Masjid Jamek Kampung Ranggu, di sini hari ini.

Mengulas mengenai program itu, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu berharap program tadarus al-Quran itu diharap dapat membentuk generasi belia Islam dengan ilmu pengetahuan, sejak awal lagi.

“Saya juga berharap penglibatan belia dalam mengimarahkan masjid ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia bukannya perkara bermusim,” katanya. -Bernama

Read More

Wanita Maksiat Dicelah Ramadhan Di Selangor

Foto

Petaling Jaya: Polis menahan 76 pekerja termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown di sini, malam kelmarin.

Op Noda pada jam 11 malam itu dilakukan empat pegawai dan 13 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripada GRO yang ditahan adalah warga Thailand manakala seorang Laos berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

“Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan.

“Selain GRO terbabit, 18 pekerja lelaki warga asing iaitu enam Thailand, Bangladesh (empat), Pakistan (tiga), Nepal (tiga) dan Myanmar (dua) turut ditahan,” katanya ketika ditemui malam kelmarin.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah.

“Semua pekerja warga asing yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

“Seorang pengurus premis turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah manakala dua lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sebagai pengawal dan deejay diperiksa bagi membantu siasatan, “katanya.

Sementara itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

Read More
Newer Posts Older Posts Home