"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 9 September 2014

Islam Suruh Sabar, Kenapa Susah Sangat Nak Sabar?



Ajal adalah rahsia yang tak seorang pun daripada kalangan manusia mengetahuinya, kecuali Allah SWT dan malaikat-Nya. Ketika, tiba-tiba nyawa tercabut daripada jasad, apakah kita sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap hidup kita jalani di dunia.

Kehidupan dunia yang selama ini kita tempuh adalah ujian Ilahi untuk membezakan siapakah manusia yang baik dan buruk amalnya. Manusia yang baik amalnya, maka jaminannya adalah syurga penuh kenikmatan, manakala yang buruk amalnya, akan dihumbankan ke dalam neraka penuh kesengsaraan.

Hidup di dunia diibaratkan ladang untuk mencari bekalan terbaik menghadap Allah yang Maha Besar. Untuk itu, ada sejumlah bekalan yang seharusnya dipersiapkan setiap insan yang beriman kepada Allah SWT. Pertama, bekalan paling utama untuk menghadap Allah adalah takwa.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa iaitu memelihara diri (daripada keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Surah al-Baqarah, ayat 197)
Bekalan takwa

Takwa adalah bekalan setiap insan yang beriman. Tanpa takwa, Allah SWT tidak akan reda dan tidak akan memberikan pertolongan kepada hamba-Nya. Tanpa takwa juga, Allah SWT tidak akan menerima amalan hamba-Nya.

Kedua, bekalan ilmu kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun." (Surah Fathir, ayat 28)
Menuntut ilmu kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah. Jika kita enggan belajar dan menuntut ilmu, maka kita akan mudah melakukan kesilapan, tidak pula melakukan kebaikan, malah tidak bermanfaat kepada orang lain, tidak akan berjaya dalam hidupnya dan yang pastinya akan mudah tersesat.

Apatah lagi, orang rajin beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu yang benar, maka dia adalah seperti seorang yang berjalan bukan pada jalannya. Pendek kata, kita kena beringat supaya jangan sampai amalan dilakukan hanya sia-sia kerana tidak didasari ilmu yang benar.

Ketiga, bekalan tawakal. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." (Surah al-Thalaq, ayat 3)
Tawakal akan menanamkan dalam hati insan sifat kesungguhan, menggantungkan harapan hanya kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap insan hanya berdaya berusaha, berikhtiar dan berdoa, manakala natijah dan hasil segala sesuatu itu Allah SWT yang menentukan.

Keempat, bekalan selanjutnya adalah syukur. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepada- Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)." (Surah al-Nisa', ayat 147)
Bentuk syukur

Bentuk rasa syukur itu meliputi syukur dengan lisan, hati dan tindakan kita.

Ingatlah bahawa sesungguhnya nikmat itu akan lestari kerana syukur kita kepada Ilahi, sebaliknya ia akan hilang dengan kufur kita kepada nikmat dikurniakan.

Kelima, bekalan sabar. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar." (Surah al- Baqarah, ayat 153)
Apa pun pekerjaan dan di mana juga berada, setiap insan sangat perlu menghiaskan diri dengan sifat sabar. Seorang guru sudah tentu dituntut bersabar mengajar anak didiknya. Begitu juga majikan mestilah bersabar berdepan pelbagai kerenah anak buahnya.

Bahkan, orang yang ditimpa musibah juga harus sentiasa bersabar. Jadikanlah sabar sebagai penolong kita kerana yakinlah bahawa Allah SWT bersama dengan orang yang bersabar terhadap ujian hidup di dunia ini.

Zuhud

Bekalan yang seterusnya adalah zuhud iaitu tidak mencintai dunia. Rasulullah SAW bersabda: 
"Zuhudlah kamu terhadap dunia, nescaya Allah akan mencintaimu dan janganlah kamu mencintai apa yang dimiliki manusia, nescaya sekalian manusia akan mencintaimu!" (Riwayat Ibnu Majah)
Mengutamakan akhirat adalah bekalan yang bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya." (Surah al-Isra', ayat 19)
Demikianlah antara bekalan penting yang harus kita siapkan sebelum Allah SWT memanggil kita untuk menghadap-Nya. Yakinlah, bekalan inilah yang menolong kita memikul taklif kewajipan syariat dalam kehidupan dunia ini, mudah-mudahan kita beroleh kebahagiaan dunia akhirat.

Sumber : Berita Harian

Read More

Anggota "Pekida" Nyaris Maut Kerana Bergaduh Sesama Sendiri


Dua lelaki yang dipercayai ahli kumpulan 'Pekida' dilaporkan nyaris maut setelah ditetak di bahagian perut dan belakang badan kerana terlibat dalam pergaduhan. 

Pergaduhan itu dilaporkan telah berlaku 8 September 2014 lebih kurang 5 petang di Tingkat 1, World One SP Enterprise, Legenda Heights di Sg Petani, Kedah.

Pergaduhan itu berlaku dipercayai berpunca daripada penipuan dalam 'Peraduan Gores dan Menang' oleh sebuah syarikat yang dimiliki seorang individu berbangsa cina .

Mangsa yang parah kini ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut. 

Berikut adalah gambar-gambar yang dikongsikan di laman Facebook Daily Traffic Report yang turut melaporkan tentang pergaduhan ini:


Read More

Akta Hasutan 1948: 'Site Supervisor' Didakwa Kerana Menghina Bulan Ramadhan


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman setahun penjara keatas sorang penyelia tapak pembinaan berikutan komen menyinggung berbentuk penghinaan mengenai Hari Raya pada akaun Facebooknya.

Chow Mun Fai, mengaku bersalah membuat komen-komen yang menghina umat Islam tentang Ramadhan.

Beliau mengaku menggunakan akaun Facebooknya untuk menghantar komen menghina dan sensitiviti perasaan orang lain. 

Chow didakwa di bawah Akta Hasutan 1948, turut mengaku bersalah terhadap tuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, lapor Selangorpress.com.

Chow, yang memakai T-shirt merah jambu dan seluar jeans, dilihat menangis ketika beliau bercakap kepada ibunya sebelum prosiding mahkamah dimulakan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menggesa mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berat.

“Mahkamah perlu menunjukkan bahawa ia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang percaya mereka boleh mengganggu sensitiviti agama, atas nama kebebasan mutlak bersuara.", Kata Suhaimi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

PKR Dan DAP Tidak Punya Hak Tentukan Keputusan Presiden PAS - Nik Aziz

Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidak mempunyai hak untuk memaksa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik keputusan parti itu menolak cadangan Pakatan Rakyat meletakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Nik Aziz berkata, kedua-dua parti tersebut tidak mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan PAS dalam isu itu dan tindakan PKR serta DAP memaksa Abdul Hadi menarik kenyataannya adalah satu perkara yang tidak wajar.

Jelas Nik Aziz lagi, PKR dan DAP sebenarnya hanya sebuah parti yang ‘menumpang’ dalam perjuangan PAS dalam menentang UMNO.

"Tidak ada hak orang lain (PKR dan DAP) paksa parti lain (Pas) buat sesuatu. Keputusan yang dibuat Presiden Pas maka tidak ada hak untuk orang suruh tarik balik.

"Kita adalah tiga parti (Pas, PKR dan DAP) yang berpakat melawan UMNO dan Pas adalah 'kakak tua' (abang), Pas dibawa masuk ke Kelantan pada 1951 oleh (Allahyarham) Ustaz Amaluddin Darus, saya sendiri masuk Pas tahun 1957 dan mula bergiat.

"Orang lain menumpang, DAP mari kemudian, PKR menumpang kemudian, orang Pas ada pengalaman yang begitu banyak sebelum daripada orang lain dan terima bermacam-macam dugaan, jadi Datuk Presiden (Abdul Hadi) buat kenyataan dan kenyataan ini daripada keputusan majlis-majlis (mesyuarat) sebelum ini," katanya dipetik Utusan.

Merujuk laporan sebelum ini, beberapa pemimpin dalam PKR dan DAP telah memaksa Abdul Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Wan Azizah tidak mempunyai kebolehan menjadi Menteri Besar Selangor.

Kenyataan Abdul Hadi itu telah menyebabkan dia ‘diserang’ teruk oleh pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang turut mengkritik kepimpinannya semasa menjadi Menteri Besar Terengganu dahulu.

Sementara itu, Nik Aziz turut mengucapkan syukur kerana tindakan PAS menghantar tiga nama calon Menteri Besar kepada Sultan Selangor telah diterima baik oleh pihak Istana.

Bekas Menteri Besar Kelantan mengakui terkejut dengan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang murka terhadap PKR dan DAP serta menganggap kedua-dua parti ini sebagai biadap dan derhaka kepada titah baginda.

"(Allahuakbar)! Memang Raja ini Raja... Raja ialah Raja..Raja 'is' Raja..," kata Nik Abdul Aziz lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor




Read More

Anwar Mohon Ampun Jika Sultan Terguris

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru. -Malaysiakini

Read More

Krisis MB Selangor: Anwar Redha Bakal MB Selangor Dari PAS?


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan. 

Anwar juga dikatakan bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS. 

Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor, lapor laman Utaranews.com

Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan UMNO dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Salah satu nama yang disebut ialah Iskandar Samad. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Tok Lebai Ditahan Liwat Orang Kurang Upaya


Gambar Hiasan

Jitra – Seorang lelaki yang dikenali dengan gelaran ‘Lebai’ telah ditahan polis setelah didakwa meliwat seorang orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, Jerlun pada 4 September lalu.

Suspek yang berusia lingkungan 50-an telah ditahan oleh pihak berkuasa di rumahnya selepas mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jitra semalam.

Menurut sumber, pada mulanya mangsa yang berusia 46 tahun telah diajak suspek pergi ke masjid berkenaan dengan menaiki sebuah motosikal pada jam 11.00 pagi.

Difahamkan lelaki yang cacat penglihatan telah diberi makan oleh suspek sebelum dia bertindak mengunci pintu dan meliwat mangsa.

"Mangsa mengenali suspek sejak tiga bulan lalu ketika solat di masjid tersebut. Sebaik tiba di masjid, mangsa diberi makan terlebih dahulu sebelum suspek mengunci pintu masjid selepas mendapati tiada orang lain di situ.

"Selepas meliwat mangsa, suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang," katanya dipetik Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, mangsa telah mengadu mengenai kejadian tersebut kepada kakak iparnya sebelum dia dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Abdul Rahim berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan sejurus selesai membuat laporan di balai polis.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Jitra tengah hari kelmarin sebelum dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.

"Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis menyerbu rumah suspek dan menahannya pada hari yang sama. Suspek kini direman selama lima hari mulai semalam untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah," katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor?


Lim Guan Eng

Shah Alam – DAP memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana parti itu telah menyebabkan baginda berasa dukacita akibat tindakan mereka yang tidak mematuhi titah tuanku dalam mengemukan nama tiga calon bagi jawatan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP akan sentiasa taat setia terhadap Sultan Selangor walaupun parti itu gagal mematuhi permintaan Sultan Selangor dalam mengemukakan tiga nama selain  Presiden Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Datuk seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya ingin memohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana telah menyebabkan tuanku merasa dukacita terhadap keputusan parti DAP mengemukakan nama Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Keputusan DAP itu telah dicapai selepas rundingan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia mengikut konvensyen yang dituruti sebelum ini berkaitan dengan lantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 2013," katanya dipetik Sinar Harian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Merujuk kepada laporan semalam, Sultan Selangor berasa sangat dukacita terhadap tindakan PKR dan DAP yang enggan mengikut titah baginda apabila bertegas menghantar nama Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor , Datuk Mohamad Munir, tindakan yang dilakukan oleh dua parti tersebut jelas membuktikan satu perbuatan yang biadap terhadap institusi raja kerana menderhaka kepada titah baginda.

Tambah Mohamad Munir lagi, Sultan Sharafuddin sudah menerima senarai calon bagi jawatan Menteri Besar daripada Pakatan Rakyat namun hanya PAS yang akur dengan titah baginda dengan menyenaraikan tiga nama.

Sementara itu, Guan Eng berkata, DAP akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu tersebut.

"DAP mengulangi kesetiaan kepada institusi Raja Berperlembagaan yang tidak berbelah bagi dan akan berunding dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang titah Tuanku DYMM Sultan Selangor yang terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Setiausaha Sulit Tuanku," ujarnya. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

3 Rahsia Syaitan Tawan Hati Manusia



Seseorang hamba Allah SWT itu masih boleh terus melangkah dalam keadaan getir kerana didokong oleh harapan. Maka kerana itulah kita digalakkan berdoa dan memohon kepada Allah SWT supaya diberikan kebaikan dunia dan akhirat.

Menjadi lumrah bagi seseorang itu bersandarkan harapan yang diberikan oleh Allah SWT sebagai motivasi meneruskan kehidupan, namun ada dalam kalangan kita yang tertipu dengan menaruh harapan melalui bisikan syaitan.

Program Pesona D'Zahra bersama Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin mengadakan perbincangan mengenai Manusia dan Harapan. Mengikut sejarah, manusia pertama disogokkan dengan harapan yang dibisikkan syaitan adalah Nabi Adam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: 
"Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua." (Surah al-A'raf, ayat 21)
Tiga jalan lupakan manusia kejar akhirat

Kita perlu selalu sedar syaitan musuh yang sentiasa berusaha dengan muslihatnya menyesatkan dan memesongkan kita daripada jalan Allah SWT. Ustaz Muhamad berkongsi tiga jalan sering digunakan syaitan dalam usaha menawan hati manusia supaya berharap kepada dunia dan melupakan pencarian akhirat.

Tiga jalan itu ialah mencari puas hati, ketenangan dengan jalan maksiat dan kaya dengan jalan bakhil. Raja Namrud contoh yang dapat kita lihat sebagai manusia dibisikkan untuk tidak merasa puas hati. Namrud dikuasai perasaan tidak puas hati yang meluap terhadap Nabi Ibrahim.

Dinyalakannya api yang luar biasa marak dengan tujuan mendera dan menzalimi Nabi Ibrahim sekeras-kerasnya bagi usaha mencari puas hati.

Dalam konteks hari ini, apabila rumah tangga dilanda badai, kekerasan dan helah digunakan bagi menyakiti pasangan bagi mendapatkan perasaan puas hati. Sedangkan semua tidak pernah berjaya memberikan ketenangan hakiki bagi mereka yang menurut bisikan syaitan.

Andai ketika bermuhasabah diri kita mengesan adanya sifat mazmumah, kembalilah kepada fitrah kemanusiaan iaitu mencari ubat hati. Lazimnya mereka yang menurut hawa nafsu dalam perbuatan akan hanya menyebabkan lebih banyak kekecewaan dalam kehidupan.

Islam mendidik umatnya bersabar dan Allah SWT menjanjikan darjat yang tinggi kepada orang yang sabar serta bersedia memaafkan orang yang berbuat kesalahan terhadap dirinya. Itulah yang dikatakan sebagai ubat hati.

Orang hatinya jauh daripada mengingati kekuasaan Allah SWT, tidak berpegang dengan panduan hidup yang dibekalkan kepadanya menerusi al-Quran dan jauh daripada mengamalkan panduan ditinggalkan Rasulullah SAW melalui hadisnya.

Hati kosong mudah dipengaruhi syaitan

Ini mengakibatkan hati menjadi kosong dan sunyi, yang hanya memudahkan ia dipengaruhi oleh bisikan syaitan. Fikiran dipandu suara negatif akhirnya menyebabkan perbuatan yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Kesunyian dan kekosongan menyebabkan seseorang itu akan mencari-cari keseronokan atau hiburan dengan harapan untuk mengisi kehampaan akibat kesunyiannya. Tidak sedikit mereka yang mempunyai kedudukan atau pangkat tinggi, kelihatan zahir mempunyai kesempurnaan tetapi mencari ketenangan dengan jalan maksiat.

Mereka tercari-cari jalan untuk mengubat hati yang kosong dan tidak tenang. Ada yang mengambil dadah, minum arak, melanggan teman sosial, namun masih tidak membawa kepada ketenangan untuk mengisi hati yang kosong.

Orang dipengaruhi harapan daripada syaitan yang menjanjikan kekayaan itu datang dengan memiliki sifat bakhil dan kedekut. Mereka mempercayai sikap kedekut dan bakhil itulah yang menyebabkan mereka dapat mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda: 
"Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (Riwayat Muslim)
Amalan memberi sedekah kepada yang memerlukan amat digalakkan dalam Islam. Perlu kita fahami, rezeki yang dikurniakan kepada seseorang itu adalah milik Allah SWT dan hanya pinjaman kepada hamba-Nya semata-mata.

Seseorang Muslim seharusnya tidak terlalu sayang kepada harta benda dan tidak terikat untuk membelanjakannya kepada perkara kebaikan. Kita perlu fahami setiap pemberian yang dikeluarkan untuk jalan kebaikan akan diganti oleh Allah Taala.

Sedekah juga tidak mengurangkan harta kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatan dan suburnya harta, atau ganjaran dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia akan memperdaya hati serta fikiran seseorang supaya merasa berat mengeluarkan harta atau wang ringgitnya ke jalan sedekah dan infak. Mereka yang dipengaruhi bisikan ini akan diperhambakan dan disibukkan urusannya dengan mencari wang dan harta.

Walaupun mencari harta dan kekayaan digalakkan dalam Islam, tetapi ia perlu berlandaskan kepada usaha, ikhtiar dan seterusnya reda serta tawakal kepada Allah SWT atas pemberian-Nya. Harta dan rezeki seharusnya melapangkan dada dan bertujuan memberi khidmat kepada empunya harta itu.

Ia juga sebagai jalan kita memperoleh ganjaran pahala daripada Allah SWT dengan mengembalikan sebahagiannya ke jalan yang diredai-Nya. Usaha mencari rezeki adalah satu kewajipan manusia tetapi yang mengurniakan kekayaan itu adalah semata-mata urusan Allah SWT.

Waspada permainan syaitan

Berwaspadalah dengan mengelakkan diri daripada dipermainkan syaitan yang mahukan manusia itu melupakan akhirat melalui jalan mencintai dunia. Allah SWT memerintahkan kita bukan mencari harta semata-mata tetapi juga mencari keberkatan.

Ustaz Muhamad memberikan tiga panduan dalam menilai keberkatan harta iaitu harta itu membawa kepada kebaikan, semakin berharta semakin tenang hatinya, harta itu mencukupkannya dan banyaknya menggembirakan seseorang.

Jika harta itu sering memberi kerunsingan hati dan selalu merasa tidak cukup, periksalah semula akan jalan masuknya harta itu dan bagaimana kita membelanjakannya. Berhati-hatilah dengan harapan yang kita pertaruhkan dalam hidup ini sama ada berlandaskan iman atau bisikan syaitan.

Sumber: Berita Harian

Read More

Peguam Pro-Pembangkang Dakwa Tidak Salah Kalau 'Derhaka' Pada Sultan?


Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berkata, mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung krisis berpanjangan membabitkan perlantikan menteri besar yang baharu bukan perbuatan jenayah.

Menurutnya, penderhakaan terhadap Sultan tidak menjadi satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut proses undang-undang berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

"Derhaka bukan satu kesalahan. Tak seperti di Thailand kerana mereka ada satu akta, sesiapa yang dianggap kurang ajar ataupun biadap kepada raja boleh di hukum.

"Itu undang-undang mereka, tapi di Malaysia tidak ada. Jadi itu hak pihak yang berkenaan untuk menderhaka (menghukukm) sesiapa supaya menjadi 'katak' atau apa sahaja," katanya yang dipetik dari laman Mstar.com.my.

Kenyataannya itu dilihat merujuk kepada perkembangan terbaharu politik di Selangor apabila Sultan Sharafuddin menzahirkan dukacita terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum terbuka bertajuk 'PAS Campur Umno: Ke Mana Halatuju?' anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada Isnin malam.

Abdul Aziz menjawab kepada soalan penonton yang bertanya mengenai kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor mengikut Perlembagaan dalam melantik seorang menteri besar.

Mengulas lanjut Abdul Aziz berkata, mengikut Perlembagaan Persekutuan dan amalan demokrasi, tidak wujud istilah 'kuasa mutlak' oleh seseorang raja atau sultan.

"No such thing as absolute power sebab kita mengamalkan demokrasi. Dalam demokrasi tidak ada apa yang dikatakan kuasa mutlak. Saya fikir dalam Islam pun tak ada kuasa mutlak.

"Jadi dari mana kuasa mutlak ini (timbul)? Apa asasnya?" soalnya yang dilihat merujuk kepada kuasa budi bicara Sultan Selangor dalam perlantikan menteri besar.

Sebelum ini Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, titah baginda supaya setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon adalah benar mengikut Perlembagaan.

Menurut Mohamad Munir ia selaras dengan diperuntukan di bawah Perkara LI (1), Perkara LII (2)(a), (4) dan LV (2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyebut Duli Yang Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam pelantikan seorang menteri besar yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun Abdul Aziz ternyata tidak bersetuju dengan titah Sultan Selangor berhubung permintaan supaya mengemukakan lebih banyak nama calon berbanding hanya satu calon tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dilakukan PKR dan DAP sebelum ini.

Katanya, pihak istana seharusnya tidak mencampuri urusan parti politik termasuk dalam perlantikan dan proses penggantian ketua eksekutif negeri mahupun Persekutuan.

"Di selangor sudah ada 30 orang Adun (menyokong Dr Wan Azizah) dengan SD (Akuan Bersumpah). Apa lagi (yang diperlukan)? Pertama kali dalam sejarah Malaysia orang menyatakan sokongan majoriti dengan SD.

"Bila tuanku mengeluarkan perintah mahukan nama lain, pada saya ini tidak ada...ini salah dari segi Perlembagaan. Yang mutlak hanya Allah. Manusia biasa tak kira sesiapa boleh buat salah, dan pada saya mintak nama (lain) setelah Dr Wan Azizah ada 30 majoriti itu salah.

"Sekarang di Selangor, (sultan) perlu mendengar parti (yang mempunyai) majoriti kerana (proses) menentukan kerajaan adalah kerja parti," katanya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Wan Azizah Kecewa Dengan Kenyataan Abdul Hadi



Kuala Lumpur – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui berasa kecewa terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertikaikan kewibawaannya menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah berkata, kenyataan Abdul Hadi yang menggangap dirinya tidak layak bagi jawatan tersebut adalah berunsur satu serangan peribadi.

"Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

"Bagaimanapun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran supaya boleh memperbaiki diri," katanya dipetik Berita Harian

Menurut Wan Azizah, dia meminta kepada semua pihak agar tidak memberi sebarang kenyataan balas terhadap pendirian Abdul Hadi yang enggan mengemukan namanya sebagai calon Menteri Besar di negerberkenaan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Abdul Hadi dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi.

"Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga," katanya lagi.

Merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, tindakan PAS tidak mengemukakan nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar bukan disebakan oleh jantina tetapi Presiden PKR itu tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi ketua pemimpin kerajaan di negeri Selangor. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

#MH17: Dua Lagi Jenazah Selamat Tiba #MalaysiaBerkabung


Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini sekali lagi diselubungi suasana pilu, sebaik pesawat yang membawa dua jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di pekarangan kompleks.

Pesawat yang membawa jenazah Tambi Jiee dan kanak-kanak Benjamin Lee Jian Han berumur setahun, tiba pukul 8.28 pagi dan istiadat penghormatan sama seperti sebelum ini diberikan kepada kedua-dua jenazah.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sejurus keranda jenazah pertama Tambi diusung keluar dari pesawat pukul 8.37 pagi, disusuli keranda yang disimpan abu Benjamin Lee pada 8.40 pagi, suasana hiba menyelubungi khemah yang menempatkan waris kedua-dua mangsa.

Waris mangsa turut kelihatan mengalirkan air mata sambil berpelukan antara satu sama lain. Sebaik selesai keranda kedua-dua mangsa dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, semua yang hadir pada istiadat itu berdoa dan bertafakur selama seminit pada pukul 8.44 pagi sebagai tanda penghormatan.

Kenderaan jenazah kemudian beredar meninggalkan pekarangan Kompleks Bunga Raya pada 8.46 pagi.

Jenazah Tambi kemudian diterbangkan ke Kuching, Sarawak dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Hercules C130 untuk disemadikan bersama isteri dan anaknya yang turut terkorban dalam tragedi itu.

Isteri Tambi, Ariza Ghazalee, 46, dan anak sulungnya, Muhammad Afif, 19, dikebumikan pada 22 Ogos lepas.

Tambi adalah merupakan kakitangan Shell yang bertugas di Khazakhstan sejak tiga tahun lalu, berada dalam pesawat MH17 itu bersama isteri dan empat orang anaknya.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebelum Tambi kembali bertugas di Ibu Pejabat Shell di Kuala Lumpur.

Sementara keranda jenazah Benjamin Lee dibawa dengan kenderaan jenazah ke Pusat Xiao En Bereavement di Cheras.

Benjamin Lee ialah anak kepada pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ng Shi Ing yang turut terkorban dalam insiden sama.
|
Pada 24 Ogos lepas, abu mendiang ibunya, Ng dan ibu saudaranya, Elisabeth Ng Lyeti disimpan di pusat yang sama.

Mereka terkorban dalam perjalanan pulang selepas menemani ibunya Ng yang menghadiri persidangan di University of Antwerp, Belgium.

Dengan ketibaan jenazah kedua-dua rakyat Malaysia itu, sebanyak 35 mangsa MH17 dibawa pulang ke Malaysia termasuk seorang penumpang dengan dua kerakyatan (Loh Yan Hwa) dan dua warga Belanda (Paul Goes dan Fan Shun Po).

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas pada 17 Julai lalu, selepas ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Ingkar Titah Sultan: Rakyat Selangor Berhimpun Protes PKR dan DAP!


Kira-kira 100 orang berhimpun di sebelah Masjid Diraja Sultan Suleiman di sini hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kebiadapan PKR dan DAP kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Himpunan Rakyat Menjunjung Kasih Keatas D.Y.M.M Sultan Selangor itu, yang disertai anggota badan bukan kerajaan seperti Waris Malaya, Persatuan Penduduk Kampung Jawa dan Pertubuhan Belia 4B Kampung Raja bermula kira-kira 5 petang dan berakhir sejam kemudian, semalam.

Mohd Khusyairi Abdul Aziz yang menyertai perhimpunan itu berkata tindakan PKR dan DAP jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan tidak menghormati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Mohd Khusyairi yang juga Pengerusi Kelab Sosial dan Energetik Selangor, berkata pihaknya menyokong penuh sebarang keputusan Sultan Selangor.

Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

Namun, PKR dan DAP masing-masing telah ingkar dengan mengemukakan satu nama yang sama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Wanita DAP, Muslimat PAS Sertai "Gusti" MB Selangor


Pakatan Rakyat yang terkini berada di tahap "lampu merah berkedip-kedip" apabila sengketa di antara PAS dengan PKR dan DAP semakin memuncak dengan penyertaan "pelakon tambahan" dari sayap-sayap wanita parti itu.

Ketua wanita DAP, Chong Eng, semalam bertindak "lazer" mengecam hebat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disifatkan menjadi dalang utama untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat dalam edisi "gaduh teruk" kali ini.

Chong Eng mendakwa perangai Abdul Hadi sangat buruk dengan memberi alasan sering bertukar pendirian dan memberikan alasan yang tidak munasabah dalam hal menolak nama Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang tunggal.

“Perangai Hadi yang meragui kebolehan rakan dalam keadaan terbuka telah mencerminkan beliau tidak menghormati rakan-rakannya.

“Perangai beliau memecah belahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini,” kata Chong Eng, marah pada Presiden PAS itu.

Mendengar cemuhan Wanita DAP itu, "sepantas kilat" pula Timbalan Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam bingkas membidas kenyataan Chong Eng sekaligus membela Abdul Hadi.

Kata Rosni, Wanita DAP perlu bersikap terbuka dalam menghadapi teguran atau kritikan dari rakan-rakan, termasuk dari PAS.

Rosni berkata, Muslimat PAS sudah lama sejak tahun 2008 lagi telah tidak percaya pada isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ekoran tindakannya meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang walaupun baru 6 bulan memegang jawatan tersebut di Parlimen.

Wan Azizah yang ketika itu Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh meletakkan kedua-dua jawatan tersebut pada 31 Julai 2008 semata-mata bagi memberi laluan peribadi pada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Permatan Pauh.

Rosni menegaskan bahawa sejak itulah Muslimat PAS sudah hilang rasa percaya pada Wan Azizah.

"Apa jua alasan beliau ketika itu, rakyat telah hilang kepercayaan dan tidak dapat melihat keseriusan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik dalam melaksanakan amanah pengundi yang mengundi beliau enam bulan sebelumnya,” katanya yang dipetik dari media pro-pembangkang, Malaysiakini.

Selain itu, Rosni juga mempertikai peranan dan pencapaian kerja Wan Azizah sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Kajang yang dimenanginya dalam PRK "terancang" sebelum ini di mana isteri Anwar itu disifatkan sebagai tidak berkaliber serta tidak menepati ciri-ciri yang diharapkan.

"PAS khuatir jika prestasi sedemikian diteruskan, dan rakyat akan terus mempertikaikan kemampuan Pakatan melahirkan wakil rakyat dan MB yang berkaliber," bidasnya lagi.

Muslimat PAS itu berkata, setiap tindakan atau pendirian Presiden PAS itu punya alasan yang sangat kukuh dan semua pihak perlu menghormatinya. -KedahNews.com


Read More

Krisis MB Selangor: Iskandar Abdul Samad Nafi Dipanggil Mengadap Sultan

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, dirinya mempengerusikan sesi pendengaran awam di Majlis Daerah Kuala Langat sehingga petang ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 September, 2014.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Iskandar berkata, pada masa ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh mana-mana pihak termasuk pihak istana Selangor.

"Tiada (tidak diminta untuk menghadap)...esok tak ada, lusa tak ada, minggu depan pun tak ada," katanya yang dipetik dari laman Bernama.com.

Laman The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan bahawa tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor daripada PAS dipanggil untuk menghadap Sultan Selangor dengan menamakan mereka sebagai Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ketiga-tiga Anggota Exco itu didakwa dipanggil menghadap berikutan nama mereka disenaraikan sebagai calon Menteri Besar yang baharu oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menggantikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dipecat daripada PKR selepas beliau enggan mengikut keputusan parti dan Pakatan Rakyat untuk berundur bagi membuka jalan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih jawatan ketua eksekutif negeri.

Khamis lepas, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan Abdul Hadi telah menghantar tiga nama kepada istana untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar.

Mustafa berkata ketiga-tiga nama itu dihantar bagi menghormati titah Sultan Selangor yang meminta supaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Langkah Kajang, Langkah Sumbang - Pemuda PAS


Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin, mendakwa gerakan "Langkah Kajang" yang diilhamkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dengan restu Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu langkah yang sangat "sumbang".

Menurutnya, "Langkah Kajang" telah kononnya dicatur untuk kebaikan Pakatan Rakyat telah bertukar menjadi "mimpi ngeri" yang bakal meranapkan gabungan tiga parti pembangkang itu dan seolah-olah menghina semangat setiakawan yang dihulurkan PAS.

"Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS," katanya yang dipetik dari laman rasmi PAS, Harakahdaily.

Kata Khairil Nizam, ekoran sumbangnya Langkah Kajang itu, PAS terpaka berkali-kali disusahkan dengan pelbagai kerenah dan perkara yang tidak dipersetujui, termasuk tujuan sebenar gerakan itu untuk menjatuhkan atau menukar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya lagi, PAS tidak pernah bersetuju dengan niat sumbang itu, namun ia tetap diteruskan PKR tanpa mengira atau mengambil peduli tentang pendirian rakan sekutu yang sama-sama membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

Selain itu, Khairil turut memuji tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang jelas faham, matang dan bijak dalam mematuhi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berbanding PKR dan "sahabat baik"nya, DAP, yang mengundang murka pihak Istana Kayangan.

Justeru itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu mahu Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui bahawa PKR dan Langkah Kajang kini merupakan satu "liabiliti" bagi Pakatan Rakyat.

Khairil juga yakin bahawa kemelut dan huru-hara di dalam Pakatan Rakyat yang sangat memalukan itu bakal mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Berikut adalah kenyataan penuh Khairil Nizam:
SAYA menggesa supaya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad merujuk terlebih dahulu punca krisis Menteri Besar Selangor yang bermula daripada Langkah Kajang sebelum membuat kesimpulan melulu terhadap kewibawaan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS.

Walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa Langkah Kajang tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun jelas pada tarikh 21 Julai 2014, PKR telah mengumumkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Sila rujuk juga kenyataan Presiden PKR yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani bertarikh 5 Ogos 2014.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,”

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,”

Tindakan PKR tersebut memaksa PAS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat Majlis Syura Ulamak dan membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudian, apabila beliau dipecat pada tarikh 9 Ogos 2014, PAS sekali lagi terpaksa bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk membuat pencalonan baru kerana Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kelayakan asas untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengambil kira keputusan PKR (21 Julai 2014), pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pihak istana dan perspektif Islam, Presiden PAS turut menamakan Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah. Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Isu ini berlanjutan dan sehinggalah pada tarikh 27 Ogos pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak.

Saya berpendapat, Nik Nazmi memulakan langkah sumbang sebagai Ketua AMK yang baru. Beliau harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
Khairil Nizam Khirudin - Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Read More

Fahrin Mengeluh Susah Cari "Awek"... Aduhai..!

PETALING JAYA - Pelakon Fahrin Ahmad mengakui agak sukar memegang status solo diusianya itu untuk mendekati wanita biarpun dengan niat hanya sekadar berkawan sahaja.

Fahrin, 35, berkata, setiap kali tindakannya bertegur sapa terutama dengan rakan artis wanita seringkali disalah tafsirkan oleh pelbagai pihak.

"Susahnya jadi Fahrin Ahmad, pantang sahaja menegur atau cuba membuat kawan dengan mana-mana perempuan terutama selebriti kerana pasti akan ada sahaja yang jadi bahan cerita.

"Bagaimanapun, saya terpaksa juga terima kerana ia adalah lumrah yang perlu ditanggung sebagai seorang artis yang mana peminat sentiasa ingin tahu,' ujarnya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Fahrin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip terbaharunya yang dikatakan sedang intim dengan pendatang baharu aktres Zara Zya di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Zara Zya dikatakan intim dengan Fahrin Ahmad di laman sosial Instagram.

Mengulas lanjut tentang gosip itu, Fahrin berkata dia tidak mengenali Zara Zya secara peribadi, malah tidak pernah terserempak dengan pelakon wanita itu di mana-mana acara hiburan yang dihadiri.

"Tiada apa yang ingin dikomen kerana saya hanya mengenali Zara Zya sebagai pelakon baru yang sedang meningkat naik dalam industri melalui drama-dramanya.

"Secara peribadi kami tidak pernah berjumpa atau terserempak di mana-mana acara hiburan, malah saya tidak mempunyai nombor telefon dia pun untuk berhubung," ujarnya.

Tambah Fahrin, komen yang ditulis dilaman Instagram milik aktres tersebut hanya bersifat umum diantara dua personaliti hiburan.

"Hanya beberapa komen di Instagram yang bersifat umum kami sudah dikira mempunyai hubungan mesra.

"Saya akui mungkin kerana ramai peminat kami yang suka berseloroh dan menyakat," ujarnya.

Dalam perkembangan kerjaya, drama bersiri terbaharu lakonannya berjudul Maafkan Jika Aku Tak Sempurna disiarkan di slot Akasia pada pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis. -Mstar

Read More

Gadis Bertudung Tergamak Tunjuk Perangai Keji Di Laman Sosial!

KedahNews.com begitu terkejut menerima satu kiriman "print screen" berkenaan seorang remaja bertudung yang bertindak memaki hamun ibunya di laman sosial secara "brutal" dan tidak mencerminkan agama yang tertera di kad pengenalan gadis itu.

Gadis remaja itu tanpa rasa berdosa mencaci dan mencerca ibunya hanya kerana dia dan adiknya dipukul atas perkara yang tidak dapat dikenal pasti.

KedahNews.com faham bahawa gadis dan adiknya itu sakit dipukul ibu.

Namun bila terkenangkan betapa tingginya pengorbanan ibu gadis itu menahan sakit dan bertarung nyawa demi untuk melahirkan dia serta adiknya, keperitan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dibalas!

Terfikir juga KedahNews.com tentang sikap golongan remaja di zaman sekarang yang tidak teragak-agak untuk menggunakan kata-kata kesat terhadap ibu bapa masing-masing.

Apakah mereka tidak pernah menerima didikan agama yang meletakan kedudukan ibu sebagai individu tertinggi martabatnya bagi setiap anak Adam?

Firman Allah SWT menjelaskan bahawa umat Islam dilarang keras menyakiti hati ibu bapa walaupun dengan keluhan "uhhh" sekalipun dan menyakiti hati kedua orang tua itu dikategorikan sebagai dosa besar di sisi Allah.

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadis baginda yang bermaksud: 
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Bandingkan pula caci maki gadis remaja itu terhadap ibunya berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW di atas. 

Kemudian, kita renung kembali diri kita. Apakah kita sedar dan menjaga hati ibu dan ayah kita? Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Seorang Lagi Ahli Kumpulan K-Pop Ladies Code Disahkan Meninggal Dunia



Seorang lagi anggota kumpulan Ladies Code iaitu Rise disahkan meninggal dunia semalam selepas 4 hari koma akibat kecederaan parah dibahagian kepala.

Rise turut terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang sebelum ini yang meragut nyawa rakannya, EunB.

Menurut laporan, Rise, 23, gagal bertahan ketika mendapat rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi waktu Korea Selatan, semalam.

Sebelum ini,peminat kumpulan Ladies Code dikejutkan dengan berita kemalangan  menimpa 5 orang ahli kumpulan tersebut yang mengakibatkan EunB mati ditempat kejadian.


Dalam kemalangan tersebut, EunB dan pemandu kenderaan dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian sementara 4 rakan mengalami cedera parah.

"Biarpun sudah menjalani pembedahan namun kecederaan serius pada bahagian kepala Rise membuatkan dia tidak dapat bertahan.

"Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi," kata wakil syarikat pengurusan kumpulan itu  dipetik Mstar.

Sumber melaporkan ketika Rise menghembuskan nafasnya yang terakhir kesemua ahli keluarga penyanyi itu berada disampingnya.

Pihak pengurusan Rise enggan mengesahkan lokasi pengebumian penyanyi itu yang akan dilakukan nanti.

"Kami kehilangan dua anggota Ladies Code dan ia masa yang sukar buat kami," katanya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Video: Nostalgia Istiadat Persandingan Sultan Dan Sultanah Kedah 1956


Mungkin ramai di kalangan kita, khususnya generasi muda yang "terlepas" dan tidak pernah melihat temasya persandingan DiRaja yang melibatkan detik-detik nostalgia kemeriahan istiadat perkahwinan Raja-Raja Melayu yang begitu disayangi rakyat.

Memang benar, rakyat di era-era terdahulu begitu dekat dengan Raja dan Kesultanan Melayu yang menjadi payung pada kedaulatan sesebuah negeri di Tanah Melayu ini.

Pun begitu, di zaman serba moden ini, terdapat segelintir pihak yang tidak sedar diri dan mungkin tidak tahu asal usul, tergamak melakukan onar dan bertindak derhaka terhadap Raja-Raja Melayu.

Justeru itu, KedahNews.com berbesar hati untuk menyiarkan sebuah klip video yang begitu menyentuh hati memaparkan istiadat persandingan DYMM Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dengan Sultanah Kedah, Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Video yang dimuat naik di Youtube Pathe News (British Pathe) berjudul 'Malayan Wedding (1956)' 'menggambarkan' kembali kemeriahan suasana semasa majlis perkahwinan DiRaja terbesar yang pernah diadakan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. 


'Malayan Wedding' tersebut adalah majlis perkahwinan Yang Dipertuan Agong sekarang, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. 


Tuanku Abdul Halim telah disatukan dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada 9 Mac 1956 di Istana Seri Menanti, Negeri Sembilan. 

Almarhumah merupakan puteri sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Muhammad yang juga Yang di-Pertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu. 

Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof, Tuanku telah berkenalan dengan Almarhumah ketika belajar di England. 

Katanya, proses perkahwinan baginda berdua mengikut adat istiadat silam yang dimulai dengan majlis merisik, meminang, hantar belanja dan mas kahwin, akad nikah seterusnya kenduri kahwin. 

“Proses itu sama seperti kebiasaan yang dibuat rakyat dengan menghantar rombongan meminang. Seperti lazimnya, beberapa barang hantaran berupa cenderamata termasuk cincin dan tepak sirih berisi buah pinang melambangkan majlis meminang,” kata Wan Shamsuddin yang dipetik dari laman Kosmo.com.my

Kemuncak istiadat ialah pada hari ketiga apabila berlangsung upacara mandi-manda iaitu aktiviti simbah-menyimbah air. Acara diadakan di pentas khas yang dipanggil Panca Persada. 

“Pada istiadat itu, baginda berdua saling menyiram air antara mereka selain turut dimeriahkan dengan kehadiran pembesar negeri dan rakyat jelata,” ujarnya lagi. 

Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua dikurniakan tiga puteri iaitu Tunku Soraya, Tunku Sarina (mangkat) dan Tunku Puteri Intan Safinaz. 

Pada 26 Ogos 2003, Tuanku Sultanah Bahiyah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit. 

Al-Fatihah kepada Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Dirgahayu Tuanku... - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Pegawai Polis Gari, "Balun" Lelaki Gila Di Kota Sarang Semut?

Sebuah klip video rakaman telah dimuat naik ke laman Youtube memaparkan seorang pemuda kurang siuman sedang duduk di atas dikerusi telah dibelasah dalam kedaan yang terikat, dipercayai telah digari.

Menurut sumber yang bertanggungjawab memuat naik klip video berdurasi 1.22 minit yang dikenali sebagai Ali Akmal,  lelaki yang dibelasah di khalayak ramai itu layak dikategorikan sebagai orang kurang siuman.

Ali Akmal turut mendakwa bahawa lelaki yang membelasah pemuda itu merupakan seorang pegawai polis. 

Bagaimanapun, pihak KedahNews.com tidak dapat memastikan sama ada lelaki berkenaan benar-benar seorang pegawai polis atau tidak ekoran tiada sebarang bukti yang sahih.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah gerai yang terletak di pekan Kota Sarang Semut itu, pegawai polis itu mendakwa pemuda kurang siuman itu sering melakukan pelbagai masalah di sekitar pekan tersebut.

Lantaran kelakuan gila pemuda tersebut, berkemungkinan pegawai polis itu hilang sabar dan bertindak melakukan sesuatu yang "tidak diingini" itu.

"Hari-hari masalah hang jaaaa.." marah lelaki berkenaan pada pemuda tersebut sambil menampar dan memberikan beberapa kali "hentakan lutut" padanya.

Bagaimanapun, orang ramai yang ada di tempat kejadian meminta pegawai polis berkenaan supaya bersabar dan tidak terus membelasah pemuda itu memandangkan dia tidak siuman serta tidak wajar diperlaku sedemikian. -KedahNews.com

Read More

Akademi Fantasia: Peminat Tak Puas Hati Jihan "Tersingkir", Ganti FBI

Ramai peminat Akademi Fantasia (AF2014) meluahkan ketidak puasan hati mereka di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter apabila Jihan Raja Lawak "terkeluar" dan digantikan dengan pengacara, Faizal Ismail.

Konsert minggu pertama AF2014 membuat kejutan apabila mengumumkan bekas penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail sebagai pengacara program tersebut bersama Zizan bermula minggu hadapan.

Faizal yang lebih dikenali dengan panggilan “FBI” muncul pada segmen terakhir konsert yang sepatutnya mengumumkan penyingkiran peserta pertama daripada konsert itu.


Namun sebaliknya yang berlaku apabila tiada peserta yang tersingkir malah tempat Jihan sebagai pengacara diganti orang lain.

Rata-rata peminat menyukai Jihan mengacara AF kerana dia seorang yang selamba dan tidak over.

Malah, ramai peminat sudah selesa akan gandingan hebat dari Jihan dan Zizan sebagai pengacara baru AF tahun ini kerana masing-masing mempunyai karakter sebagai pelawak. 



Jursteru itu, ramai penonton kecewa dan mempertikai pemilihan Astro kali ini.

Banyak komen tidak puas hati yang dilemparkan terhadap piha pengurusan AF2014 dan juga Astro.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa mereka sudah mula hilang mood untuk menonton Akademi Fantasia setelah Jihan dikeluarkan.

Namun begitu, menurut tinjauan kami, Jihan bukan dikeluarkan terus daripada AF tetapi beliau masih lagi mengendalikan diari AF yang disiarkan pada setiap hari.



Konsert AF2014 berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam dekat sini pada malam Ahad lepas. - Norhayati Shaharun/KedahNews.Com

Read More

Cadangan Transformasi Akta Hasutan, Najib Janji Yang Terbaik


Najib Tun Razak - Foto Bernama

Putrajaya – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan keputusan menukar Akta Hasutan 1948 kepada Akta Keharmonian Nasional akan dilakukan dengan penuh berhemah serta terbuka bagi menjamin keharmonian dan keamanan negara.

Najib berkata, kerajaan akan memastikan sebarang tindakan yang dibuat tidak mendatangkan keburukan kepada masyarakat di negara ini.
   
"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, dengan cara terbuka tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya," katanya dipetik Bernama pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menurut Najib lagi, setiap langkah akan dilakukan dengan lebih rasional kerana bagi mengubah sebarang akta yang ditetapkan sebelum ini ia haruslah lebih baik daripada akta sedia ada
   
"Dalam hal itu kita akan melakukan rundingan dengan semua 'stake holder' (pihak berkepentingan), tentu sekali yang dilihat bersuara dalam hal ini ialah kumpulan yang mewakili orang Melayu," katanya lagi.

Tambah Najib, dia menerima dan faham mengenai pandangan yang diberikan oleh orang ramai berhubung isu itu kerana ia berkait rapat dengan agama Islam, Raja-Raja Melayu dan Peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, Najib menegaskan setiap keputusan berhubung penukaran tersebut akan dikaji bagi mengelakkan orang melayu dan bukan melayu rasa selamat dan tidak terancam sekiranya ia dipinda kelak.
   
"Kalau tidak lebih baik mengapa kita ambil langkah itu, adalah sesuatu yang tidak wajar apa jua langkah pembaharuan kalau ia bukan langkah lebih baik.
   
"Sebab itu semua proses berhubung langkah itu mesti diuruskan dengan baik supaya pada kesudahannya dan keputusan dibuat akan mencerminkan satu keadaan lebih baik," kata perdana menteri.

Dalam perhimpunan itu juga, Najib turut melahirkan rasa syukur kerana sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 masih dapat diraikan dengan perasaan bangga serta semangat patriotisme walaupun negera masih bersedih terhadap tragedi yang menimpa dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan MH17.
   
"Peristiwa seumpama itu belum pernah berlaku jadi ia merupakan satu ujian kerana bila berlaku satu peristiwa yang menyentap perasaan boleh dilihat terdapatnya penyatuan perasaan menerusi tindakan kebersamaan," ujarnya lagi. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Azmin Dakwa PKR "Hormat" Sistem Beraja


PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan parti itu sentiasa mendukung sistem demokrasi dan prinsip raja berperlembagaan, demikian menurut Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Penegasan itu dibuat beberapa jam selepas Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kemurkaan baginda terhadap PKR dan DAP berhubung krisis menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan dasar PKR yang mendukung sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan merupakan salah satu tunggak kerajaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Awal Isnin, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita baginda terhadap PKR dan DAP kerana mengingkari titah supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon untuk dipertimbangkan ke jawatan menteri besar.

Kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat itu dianggap mengingkari titah Sultan Selangor apabila hanya mempersembahkan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk dilantik ke jawatan eksekutif itu.

Bebeza dengan PAS, sekutu Pakatan Rakyat itu disahkan mempersembahkan tiga nama kepada Sultan Sharafuddin seperti yang dititahkan baginda menerusi surat bertarikh 27 Ogos lalu.

Mengulas lanjut Azmin mengakui PKR berhadapan 'kesukaran' berhubung krisis berpanjangan membabitkan pertukaran menteri besar.

"Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun saya yakin berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang.

"Saya yakin kita akan keluar daripada kemelut sekarang dan kita perlu menggilap iltizam dan azam untuk maju ke hadapan dan membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat jelata," katanya. -Mstar

Read More

Shaheizy Sam Sambut "Besday" Dalam Wad Gara-Gara Denggi...

Pelakon terkenal Shaheizy Sam, 32, terpaksa menyambut hari lahirnya di Hospital gara-gara beliau disahkan menghidap penyakit demam denggi pada Khamis yang lalu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Sam apabila beliau memuatnaik sekeping gambar di laman sosial Instagramnya yang menunjukkan tangannya berdrip dengan kapsyen "Birthday Gift!! Denggi la pulak."

Foto tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang turut mendoakan kesihatan Sam dengan harapan beliau akan sembuh seperti sedia kala.
 

Tidak kurang juga ada peminat yang memberikan petua kepadanya agar meminum air rebusan ketam dan air kelapa.
 

Malah, kakaknya iaitu pelakon Zzie Ezzete juga memuatnaik foto Sam terlantar atas katil hospital dengan kapsyen "It's time to visit someone sick in the hospital...guess who that someone is? The poor birthday boy @shaheizy_sam," coretnya. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com

Read More
Newer Posts Older Posts Home