Monday, 20 October 2014
Isteri Meradang Tak Dapat "Habuan Malam Jumaat"!
11:00 pm Admin Kedahnews No comments
Gara-gara tidak mendapat "habuan seks" pada setiap malam Jumaat, seorang isteri sanggup memuat naik status yang agak "daring" di akaun laman sosial Facebook, menyuruh suaminya itu berkahwin dua.
Isteri "mithali"itu mendakwa suaminya sering bekerja pada setiap malam Jumaat sehingga menyebabkan dia meradang pada malam "sunat" itu.
Justeru itu katanya, dia menyarankan agar suaminya itu berkahwin dua supaya tidak lagi mendapat "layanan" darinya.
"Aku sakit hati dengan suami aku.. setiap malam Jumaat di kerja.
"Ko tau apa aku buat?? Aku suruh dia kawen dua biar dia x dapat (seks) dari aku dahh. Padan muka dia?? hikhik," kata wanita itu yang dipetik dari laman sosialnya itu.
Pertamanya, KedahNews.com berpandangan bahawa jika marah sangat sekali pun pada suami, hal ehwal "dalam kelambu" rasanya tidak perlulah dibawa masuk ke dalam Facebook.
Bayangkan sekiranya ibubapa, anak-anak, saudara mara, sahabat handai dan sebagainya terbaca status yang agak "daring" itu. Apa agaknya yang terbayang di fikiran mereka tentang kita?
Rasanya, tidak perlulah rendahkan maruah dan cerita kita yang terlampau peribadi di depan khalayak umum. Satu dunia boleh tengok nanti, bukan?
Keduanya, Islam sememangnya mewajibkan pada para suami memberi nafkah seks (batin) kepada isteri. Namun tidaklah dinyatakan kewajipan tersebut wajib dan mesti diberikan pada malam Jumaat atau masa-masa yang tertentu.
Syurga seorang isteri itu berada di bawah tapak kaki suami dan sekiranya si isteri tidak berpuas hati dengan "layanan" suami maka sewajarnya dia meluahkan rasa hati secara "one by one" dengan suaminya dengan kaedah yang berhikmah supaya tiada berlaku salah faham.
Ketiga,selami dan fahamilah tujuan sebenar pernikahan dalam Islam. Mohon jangan kaitkan pernikahan itu hanya semata-mata berteraskan nafsu, namun lebih menjurus ke arah ibadah kepada Allah SWT, bukan? Wallahu'alam. -KedahNews.com
Read More
Golongan Mana Yang Takut PAS Keluar Pakatan Rakyat?
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Dalam ucapannya di Muktamar PAS baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pengakuan bahawa partinya akan terus bertahaluf dengan PKR dan DAP, selagi rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang tidak berlaku khianat.
Jika tidak kerana mukanya yang serius dan ketegasannya, kenyataan Presiden PAS itu dianggap melucukan kerana PKR dan DAP yang terlebih dulu melabelkan beliau serta partinya sebagai pengkhianat. Dua wakil rakyat PAS yang dituduh pengkhianat dan barua diberi penghormatan sebagai wira pula oleh PKR mahupun DAP.
Isu siapa khianati siapa dan sama ada PAS masih relevan dalam pakatan pembangkang bukan saja perdebatan hangat dalam kalangan perwakilan di muktamar, tetapi perbalahan sesama ahli dan penyokong, selain pemerhati politik mahupun media. Kata Abdul Hadi, PAS bercanggah dengan PKR dan DAP dalam krisis kepemimpinan Selangor.
Dia juga mengakui PAS berbeza dengan sekutunya dalam soal kalimah Allah. Pastinya, PAS akan bertelagah lagi dengan PKR dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, yang akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi.
Dalam ucapannya pada muktamar, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, berkata tahaluf siyasi PAS dengan PKR-DAP tidak semestinya kekal. Beliau mengingatkan, Majlis Syura Ulama akan menilai kesan buruk baik bertahaluf dengan parti sekular seperti PKR dan DAP kerana akan ada kuasa membuat keputusan bila tiba masanya.
Bimbang PAS keluar pakatan
Bimbang dengan kemungkinan PAS bergabung dengan UMNO andainya keluar dari pakatan pembangkang, Timbalan Presiden Mohamed Sabu dan beberapa pemimpin PAS pro-Anwar Ibrahim dengan cepat memberi amaran. "Apa saja perbezaan antara kita (dengan PKR dan DAP), ia biasa untuk dihadapi. UMNO tetap musuh kita. Jangan cuba kelip mata atau hulur tangan kepada PAS. Saya beri amaran."
Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengingatkan bahawa Hadi yang mencadang kewujudan pakatan pada tahun 2008 dan PAS memperoleh laba. Misalnya di Selangor, daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2008, PAS menang 15 pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu. Ini bermakna, PAS perlu kekal dengan pakatan pembangkang.
Wakil Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anwar Wafa pula mencadangkan Majlis Syura kurang mengeluarkan kenyataan media supaya 'tidak serabut kepala orang.' "Ulama banyak bercakap negatif mengenai tahaluf menjadikan orang ramai semakin keliru dengan identiti PAS, "katanya.
Isu ini dimainkan dalam Harakah. Kononnya UMNO kecewa kerana PAS terus mahu bersama pakatan pembangkang. Kolumnis Zulkifli Yahaya berkata, isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang kedengaran sejak tahun 2008 membabitkan pemimpin yang bukan calang-calang dan menjadi punca perpecahan parti (22 September tahun 2014). Beliau tidak menyebut nama, tapi Abdul Hadi sendiri, bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Datuk Dr Hasan Ali, pernah dikaitkan.
Anggota PAS tolak idea
Subky Latif berkata, PAS tidak berhajat bergabung dengan UMNO, malah idea itu pasti tidak diterima ahli parti. (12 September tahun 2014). Tulis Ahmad Lutfi Othman: "Ada gosip disebarkan mengenai kemungkinan persefahaman politik antara PAS dan UMNO... tidak bermakna ada kecenderungan untuk 'bermain mata' dengan UMNO. Ramai ulama menyifatkan ratib dakwaan kerajaan perpaduan semata - mata fitnah untuk memburuk-burukkan mereka." (22 September tahun 2014).
Tidak dapat dipastikan siapa yang mulakan gosip ini. Fitnah ini, jika ada, pasti datangnya daripada ahli PAS juga kerana tiada respons rasmi daripada UMNO. Tiada pemimpin utamaUMNO yang komen mengenainya dua tiga minggu kebelakangan ini. Isu ini juga bukan agenda dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan depan, malah UMNO baru berentap dengan PAS di DUN Pengkalan Kubor dan menang besar.
Jika PAS anggap tempoh kerjasama dengan UMNO pada tahun 1974 hingga 1977 adalah perit, UMNO juga serik. PAS menceritakan pengalaman pahit dibuang daripada Barisan Nasional, tapi menyorok cerita bagaimana ia mengkhianati perjanjian dengan UMNO sebagai punca kena keluar. Hari ini, PAS adalah parti bermasalah, 'sakit' dan rosak dari dalam.
Parti ini berpuak-puak dan banyak kepala. Semua pimpinan penting adalah sebahagian daripada masalah. Pemimpin PAS akui ada komplot 'langgar' Presiden dan kumpulan yang tidak lagi hormat ulama. Mereka melabel sesama sendiri dengan gelaran munafik, hantu, pengkhianat dan barua. -BH Online
Read More
Isu PasMa: Sikap Bisu Mahfuz Wajar Dipersoal
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Setahu penulis, belum ada lagi sebarang kenyataan rasmi dari Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar atau Dewan Ulama PAS Kedah berhubung isu kewujudan sebuah NGO, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dianggotai majoriti ahli parti itu.
Bermula dari PAS Terengganu, PAS Pusat baru-baru ini melalui Naib Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan larangan keras terhadap ahli-ahli parti itu untuk tidak menyertai NGO tersebut.
Terkini, PAS Pahang yang diketuai Tuan Ibrahim turut menegaskan perkara yang sama kepada ahli-ahlinya.
Namun Mahfuz dilihat masih lagi berdiam diri meskipun Timbalannya, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara terang-terangan menonjolkan diri sebagai Presiden PasMa.
Sebelum ini, bekas Pengarah Urusetia Unit Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahya dalam satu kenyataannya di akhbar rasmi parti itu menegaskan pandangan supaya PasMa dibubarkan saja.
Menurut Zulkifli, meskipun PasMa mengaku pertubuhan itu merupakan sebuah pertubuhan bukan politik.
Namun katanya, kecenderungan PasMa yang hanya membicarakan tentang politik dan menjadikan agenda menghentam kepimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjadikan ia lebih menjurus kepada bidang politik.
Justeru itu katanya, PasMa lebih baik sekiranya dibubarkan.
"Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah PasMa sedar bahawa bagaimana mulia dan murni pun niatnya tetapi kehadirannya akan membawa lebih banyak mudarat terhadap PAS sebagai jemaah Islam.
"Elok bubarkan saja PasMa," kata Zulkifli yang dipetik dari Harakah, sebelum ini.
Namun kenyataan Zulkifli tersebut tidak boleh diambil kira mewakili PAS Kedah memandangkan dia bukan individu yang mengetuai parti di negeri jelapang padi tersebut dan ia hanyalah mewakili pandangan peribadinya sahaja.
Namun sikap berdiam diri Mahfuz mengenai keterlibatan Phahrolrazi sebagai pemimpin tertinggi PasMa kini menjadi "buah mulut" di kalangan ahli-ahli PAS Kedah yang mempersoal tentang tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor itu.
Penulis khuatir sekiranya Mahfuz terus bersikap tidak mempedulikan "aktiviti luar" Timbalannya itu akan menyebabkan pergolakan dan pepecahan serius di kalangan ahli dan para penyokong PAS di Kedah.
Rasanya, cukuplah melihat bagaimana PAS Kedah teruk bercakaran sesama sendiri hingga menyebabkan kehilangan kuasa di negeri itu ekoran "perang sengit" yang berlaku di antara Phahrolrazi dan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri, Allahyarham Dato' Seri Azizan Razak.
Seandainya pepecahan seumpama itu berlaku di dalam PAS Kedah, tidak hairanlah jika ramai pula yang beralih arah dan lebih meyakini UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam arena politik di negeri tersebut, bukan? -Amir Hamzah Al-Asad

Pengantin Baru Tambah Derita #TokGajah
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR – Kedah sekali lagi mempamerkan persembahan bermutu untuk menewaskan Pahang 3-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, malam ini.
Kemenangan berharga ini memberi modal selesa buat anak didik Tan Cheng Hoe yang jelas menyajikan aksi penuh bertenaga di hadapan puluhan ribu penyokong Helang Merah.
Pahang pimpinan Zainal Abidin Hassan memberi saingan, namun penyudahan hambar mereka gagal membantu cabaran skuad Tok Gajah itu di tempat lawan.
Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam separuh akhir kedua di Kuantan, Jumaat ini untuk mengintai peluang ke final, bulan depan.
Tuan rumah membuka tirai jaringan pada minit kelapan hasil jaringan cantik pemain import Korea Selatan, Namkung Wong yang menyudahkan hantaran daripada Mohd Rizal Ghazali.
Pahang yang jelas pincang tanpa Dickson Nwakaeme dan Damion Stewart gara-gara digantung perlawanan bangkit dan hampir mahu menyamakan kedudukan pada minit ke-16 tetapi usaha baik daripada Mohd Azamuddin Md Akil gagal disempurnakan R Gopinathan.
Selepas rehat, Kedah menguatkan lagi cengkaman apabila Mohd Farhan Roslan menanduk masuk gol kedua selepas menerima hantaran silang Badrol Bakhtiar pada minit ke-48.
Namun, Pahang tidak menyerah dan usaha mereka berbalas apabila bangkit merapatkan jurang pada minit ke-90 hasil jaringan Matias Conti.
Kedah bagai tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka dan bertindak agresif mahu gegar gawang lawan lagi.
Selang dua minit kemudian keringat mereka berbalas apabila Khyril Muhymeen Zambri tenang menyumbat masuk gol ketiga pasukan untuk memberi modal selasa buat skuad Helang Merah.
KEPUTUSAN
Separuh akhir pertama
KEDAH……….3
(Namkung Wong, m-8
Farhan Roslan, m48
Khyril Muhymeen Zambri, 92)
PAHANG……..1
(Matias Conti,m-90)
Sumber: BH Online
Read More
Program Sentuh Anjing Agenda Halus Liberalisme, Pluralisme - Ustaz Kazim
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
Kempen sentuh anjing yang kononnya untuk membuang stigma dan mengatasi persepsi negatif orang Islam dan Melayu terhadap haiwan itu sebenarnya adalah 'jarum halus' bagi menyuburkan fahaman liberal dan pluralisme di negara.
Pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias mendakwa kempen anjing anjuran seorang Islam itu merupakan satu gerakan untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan ALLAH kepada penganutnya.
"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.
"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.
"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog" anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama, Selangor, semalam.

Acara tersebut dianjurkan didakwa bagi membantu orang ramai terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing.
Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim turut mempersoalkan penganjuran kempen tersebut dan kesal segelintir penganut Islam mudah terpedaya tanpa usul periksa.
"Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yang tidak cukup halus mata hatinya untuk meneliti....
"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak, mai anjing pula, lepas ni apa pula?
"Jangan lepas ini buat kempen babi pula dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam aircond, yang mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," tegasnya.
Mengulas lanjut, Mohd Kazim menegaskan hukum memegang anjing sama seperti memegang babi yang telah diharamkan oleh ALLAH kepada orang Islam kerana kedua-dua haiwan itu bersifat 'mughallazah'.
"Mana boleh saja-saja bela, saja-saja hendak pegang. Sebab apa hendak pegang? Isu apa? Hendak jadikan anjing sebagai apa? Mula-mula pegang, lepas itu bela, lepas itu masuk dalam rumah!
"Binatang mughalazah ini macam babi jugalah mugahalazahnya, lepas ini buat la kempen pula pegang babi dengan melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.
"Tidaklah salah pegang anjing, tapi apa sebabnya sampai buat kempen? Kenapa tidak buat kempen ke masjid, kempen menerima hudud atau kempen menerima konsep kalimah ALLAH," soalnya lagi. -Sinar Harian

Gambar Intim: Angkara Siapa Burukkan Dyana - Zairil Sebenarnya?
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
Ekoran penyebaran beberapa keping gambar intim yang dikaitkan dengan Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari baru-baru ini, dua anak muda Melayu yang menyertai DAP itu kembali menjadi perhatian umum serta menjadi topik panas yang diperbual.
Sudah semestinya, kedua anak muda Melayu itu menafikan individu yang terpapat di gambar-gambar tersebut adalah mereka dan masing-masing menafikan serta meluahkan rasa marah pada dalang penyebaran gambar-gambar tidak bermoral itu.
"Saya tak nak komen sangat isu bebal macam ini, cuma hendak cakap politik longkang di Malaysia semakin teruk. Bukan kali pertama difitnah atau menjadi mangsa, sudah tiada isu lain hendak main," kata Zairil berhubung isu gambar-gambar itu.
"Hal ini menjijikkan bagaimana mereka tetap menggunakan politik longkang terhadap pembangkang. Sebagai seorang wanita, saya sasaran yang mudah. Sebab saya wanita, saya dilihat sebagai mudah dibuli. Saya marah, tetapi saya tak nak layan politik jahat macam ini," kata Dyana pula sebagaimana dipetik dari Sinar Harian.
Penulis secara peribadi mengutuk keras penyebaran gambar seumpama itu.
Islam pada dasarnya melarang keras umatnya menyebarkan keaiban individu lain khususnya di khalayak umum. Apatah lagi sekiranya gambar tersebut direka-reka untuk memburuk-buruk dan memfitnah pihak tertentu. Sudah tentu berdosa besar menabur fitnah, bukan?
Keduanya, gambar-gambar tersebut menyalahi etika kewartawanan dan penyiaran selain mampu memberi pengaruh buruk kepada golongan anak muda lain yang mungkin cuba meniru aksi tidak senonoh di dalam gambar-gambar tersebut. Moralnya salah sama sekali.
Kebiasaannya, lumrah akal yang pendek mungkin akan menuduh musuh politik DAP sebagai dalang yang bertanggungjawab dalam isu penyebaran gambar-gambar itu. Maka mereka yang berfikiran sebegitu sudah tentu akan menuding jari pada UMNO atau Barisan Nasional (BN), musuh tradisi DAP dalam medan politik Malaysia.
Namun benarkah UMNO dan BN yang bertanggungjawab dalam hal tdak beretika itu?
Namun jika dirujuk pada Islam dan undang-undang, kita dilarang sama sekali untuk menuduh tanpa bukti-bukti yang kukuh dan sahih, bukan? Apa hukumnya menuduh semberono tanpa bukti sebegitu di dalam Islam agaknya? Satu lagi fitnah, bukan?
Tidak dinafikan bahawa kelibat dua anak muda Melayu yang menyertai DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari, menjadi perbahasan ramai pihak khususnya masyarakat Melayu itu sendiri.
Namun kedua anak muda itu juga perlu menerima hakikat bahawa meskipun penglibatan mereka bersama DAP seolah dilayan istimewa beberapa pemimpin parti itu di peringkat pusat, mereka tidak pula semestinya diterima baik di peringkat akar umbi.
Kehadiran Zairil sebetulnya mendapat tentangan keras dari para pemimpin akar umbi di Kedah. Ketika dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, para pemimpin DAP Kedah "mengamuk sakan" dan memandang dingin terhadap Zairil.
Zairil ditentang habis-habisan di Kedah dan jawatannya yang dilantik oleh DAP Pusat itu langsung tidak diiktiraf oleh DAP Kedah sehingga menyebabkan krisis serta pepecahan serius parti itu di peringkat negeri. Kemelut itu masih gagal diselesaikan sehingga kini.
Begitu juga dengan Dyana, anak gadis Melayu ini menerima tamparan keras dari DAP Perak apabila dia tewas mengejut kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong pada Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan sebelum ini.
Parlimen itu sebetulnya dikuasai DAP dengan beribu-ribu undi majoriti, namun faktor tidak mendapat sokongan dari akar umni DAP Perak, khususnya di Teluk Intan, dia tewas tipis dengan majoriti 238 undi selain kehilangan ribuan undi sebelum itu.
Kehilangan ribuan undi itu masih menjadi tanda tanya dan analisis menunjukkan bahawa antara faktor penolakan Dyana di Teluk Intan hanyalah semata-mata kerana dia berbangsa Melayu!
Justeru, tidak wajarlah musuh Zairil dan Dyana hanya ditumpukan pada UMNO dan BN sahaja. Mungkin ada pihak di dalam DAP sendiri yang merancang untuk menjatuhkan kedua anak muda Melayu di dalam parti yang terkenal dengn sifat "chauvinis ultra kiasu" itu, bukan?
Politik itu bukan selalunya indah dan "bersih" semata-mata. Janganlah hanya nampak kuman di seberang laut, namun tidak nampak pula gajah di depan mata. Sesungguhnya api di dalam sekam itu lebih merbahaya, bukan? Wallahu'alam. -Amir Hamzah Al-Asad

TMJ Bakal Akhiri Zaman Bujang November Ini
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.
Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.
“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.
“Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera,” katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi. -BH Online
Read More
Dua Isteri Bantu Bomoh Rogol Guru Wanita
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan dua isterinya.
Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.
Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya – Mona dan Rama – tinggal di rumah sama di Amroli.
“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.
Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yang bertemu Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yang hilang.
Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan "kuasa hikmat"nya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.
Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama empat hari.
“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.
“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.
Pihak berkuasa kemudian menangkap ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital berdekatan.
Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah memperoleh bukti kukuh. – Agensi
Read More
Jakim Siasat Program Umat Islam Pegang Anjing Di Selangor
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara ‘I Want To Touch A Dog’ (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang semalam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak npenganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada,” katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, semalam.
Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.
Penganjuran program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.
Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.
“Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz,” katanya. – BERNAMA
Read More
DJ Era Dikecam Gara-Gara Kembali Tidak Berhijab...
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
PENYAMPAI radio ERA fm, Ira Mohd Amin yang memulakan langkah baru dalam hidup dengan berhijab Ramadhan lalu mengejutkan peminatnya apabila bergambar tanpa tudung bersama teman baiknya, Nana Mahzan.
Memetik laporan portal Murai Batu, akibatnya dia menerima kecaman peminat kerana tidak istiqomah dalam menutup aurat.
Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:
Memetik laporan portal Murai Batu, akibatnya dia menerima kecaman peminat kerana tidak istiqomah dalam menutup aurat.
Berikut merupakan foto yang dimuatnaik Nana:
Menurut Murai Batu, tidak diketahui sama ada ianya dimuat naik atas persetujuan Ira atau tidak tapi ditegur oleh ramai peminat dari pengikut di laman Instagram milik Nana Mahzan.
Kebanyakan peminat tidak bersetuju dengan sikap Ira yang sengaja tidak bertudung apabila keluar sedangkan dia sudah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sebelum ini.
Berikut merupakan komen-komen peminat berkenaan:
Sebelum ini, Ira pernah mengeluarkan kenyataan:
“Bertudung adalah sesuatu yang perlu dilakukan untuk setiap wanita Islam. Saya cuma rasakan kini sudah tiba masanya untuk saya berhijrah.”
Namun dia juga berkata yang dia...
“Berubah dan berhijrah bukan untuk menjadi seorang ustazah atau orang alim, saya cuba untuk menjadi seorang wanita Islam yang baik dari sekarang. Saya masih Ira Mohd Amin yang anda kenali.”
Sumber: Mynewshub.cc
Read More
Saham MAS: Terima Sajalah RM0.27 Atau Tiada Langsung Pulangan
1:00 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR - Pemegang saham minoriti Malaysian Airline System Bhd (MAS) mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual pada 6 Nov, kata pakar ekonomi terkemuka pada Ahad.
Dr Yeah Kim Leng, Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia memberikan nasihat ini kepada pemegang saham tersebut - Lebih baik "menerimanya walaupun sukar" dan sekurang-kurangnya mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu.
Dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Bhd pada 30 Ogos telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk memulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerjaan, suntikan modal sehingga RM6 bilion dan penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu.
Selain itu, ia menawarkan 27 sen sesaham kepada pemegang saham minoriti dan selepas memperoleh kelulusan pemegang saham, MAS akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula yang bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.
Dr Yeah berkata jika MAS menjadi entiti swasta sekarang, pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.
"Mereka akan memperoleh nilai sifar daripada pelaburan mereka. Mujurlah, Khazanah campur tangan sekurang-kurangnya jalan keluar itu dianggap munasabah dengan keadaan semasa di MAS. Justeru, tawaran 27 sen itu tidak perlu dilihat sebagai terlalu rendah kerana sekurang-kurangnya suntikan modal dan diambil alih oleh Khazanah, mereka akan mendapat semula sebahagian daripada pelaburan mereka," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata memandangkan kepada hakikat bahawa tiada wira lain yang muncul dan mampu untuk menyelamatkan MAS, tiada asas yang kukuh bagi pemengang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.
"Sudah tentu, mereka boleh tawar-menawar bagi nilai yang lebih tinggi tetapi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh MAS, sukar untuk mempertikaikan untuk nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka," katanya.
Bersetuju dengan pendapat Dr Yeah, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat berkata pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut.
"Apabila syarikat dinyahsenarai, apa pilihan yang kita ada? Anda perlu menerimanya," katanya.
Ong berkata kerajaan yang bertanggungjawab kepada pembayar cukai dalam apa keadaan sekali pun, menambah: "Anda tidak mampu untuk memuaskan hati pemegang saham minoriti dengan mengorbankan kepentingan pembayar cukai. Saya kira ini merupakan keseimbangan yang kerajaan perlu laksanakan".
Beliau berkata jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti tidak akan mendapat apa-apa.
MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Okt, 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu bagi memberi laluan kepada pelan pemulihannya.
Pelan pemulihan komprehensif MAS yang diumumkan oleh dana negara tersebut pada 29 Ogos adalah bergantung kepada penerimaan penswastaan MAS bernilai RM1.38 bilion.
Syarikat penerbangan negara, yang menanggung kerugian bagi tiga tahun kewangan yang lepas, menghadapi tekanan yang besar untuk meningkatkan prestasi kewangannya. Dan dua tragedi MH370 dan MH17 telah menjadikan proses pemulihan lebih sukar.
Berdasarkan persekitaran yang mencabar dalam sektor penerbangan, prestasi kewangan MAS dijangka terus lemah.
Dalam pekelilingnya kepada pemegang saham, yang akan mengadakan pertemuan pada 6 Nov, MAS memberi penekanan bahawa ia perlu melaksanakan penstrukturan semula yang komprehensif dengan segera untuk menangani keadaan perniagaan yang kurang baik, justeru syarikat penerbangan negara memerlukan pembiayaan untuk mengekalkan perniagaannya.
MAS dikatakan membelanjakan RM4 juta sehari untuk memastikan operasinya terus berjalan.
Jika MAS terus menanggung kerugian yang besar, ditambah dengan pengurangan simpanan tunai, tanpa sebarang bantuan kewangan mungkin akan terus memburukkan keadaan kewangannya dan membawa kepada Syarat-Syarat Penyenaraian PN17. -BERNAMA

Surat Terbuka NGO Anak Muda Kepada Anwar
12:00 pm Admin Kedahnews 1 comment
KedahNews.com terkedu membaca sepucuk surat dari sebuah NGO anak muda, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) yang disifatkan pro-Pakatan Rakyat, tiba-tiba beralih arah menghentam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isi kandungan surat berkenaan jelas mahu Anwar bersara secepat mungkin dari dunia politik tanahair dari terus menjadi "liabiliti" kepada landskap perjuangan politik anak muda.
Berikut adalah kandungan surat terbuka itu:
LENSA ANAK MUDA MALAYSIA (LENSA)
KENYATAAN MEDIA: 17 OKTOBER 2014
SURAT UNTUK ANWAR IBRAHIM
“BERSARALAH ANWAR IBRAHIM, RAKYAT NAMPAKNYA SUDAH LETIH”
28 dan 29 Oktober ini merupakan tarikh yang amat penting untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Iaitu tarikh perbicaraan dan keputusan rayuan Kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan Putrajaya. Hanya ada dua kemungkinan untuk Datuk Seri. Samada Datuk Seri dibebaskan sama seperti 901, atau didapati bersalah dan dihumban sekali lagi ke dalam penjara yang boleh mencecah 20 tahun.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) di bawah pimpinan YB Nik Nazmi pada 14 Oktober lalu telah melancarkan kempen Rakyat Hakim Negara dengan tujuan ingin memobilisasi rakyat untuk bersolidariti di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu. Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam Penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.
Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?. Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama Datuk Seri. Sampai bila Datuk Seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama Datuk Seri.
Kerana Datuk Seri masih di sini, musuh-musuh Datuk Seri terus merancang strategi untuk menghambat Datuk Seri. Kerana Datuk Seri masih di sini, segala kekuatan rejim diperalatkan untuk membunuh perjuangan politik Datuk Seri. Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Datuk Seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor.
Kenapa Datuk Seri tidak terima sahaja pelawaan pihak dari ‘sebelah sana’ yang menawarkan Datuk Seri jawatan Timbalan Perdana Menteri di bawah nama Konsensus Nasional?. Kenapa Datuk Seri menolak pelawaan tersebut? Sedangkan jika Datuk Seri menerima idea itu, sudah pasti segalanya akan berakhir, dan Datuk Seri tidak perlu lagi mengheret rakyat dalam isu ini.
Kenapa Datuk Seri tidak menerima sahaja pelawaan dari Turki, yang menawarkan posisi tertentu untuk Datuk Seri menetap di sana? Bukankah lebih baik Datuk Seri berhijrah ke Turki daripada terus berhadapan dengan kerakusan rejim yang tidak akan berpuas hati sehinggalah Datuk Seri tunduk pada mereka.
Andai kata Datuk Seri dipenjara lagi, apakah Datuk Seri mengjangkakan kami akan bersolidariti di hadapan penjara? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan memenuhi jalanraya dengan laungan reformasi? Apakah Datuk Seri menjangkakan kami akan bangkit merempuh rejim?
Tidak Datuk Seri. Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri. Datuk Seri pada era 60an memilih untuk memimpin Gerakan Mahasiswa sehingga disumbat ke dalam ISA. Datuk Seri pada 1998 memilih untuk bertembung dengan Mahathir Muhammad sehingga sekali ditangkap bawah ISA dan terhumban ke penjara. Hari ini, Datuk Seri pada usia 60an sekali lagi memilih untuk ke penjara. Kami anggap itu pilihan Datuk Seri yang sengaja memilih jalan sengsara sedangkan ada jalan-jalan lain yang lebih mudah untuk Datuk Seri.
Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah. Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Bahkan dalam lingkungan rakan sendiri pun semakin ramai yang percaya pada istilah ‘Semua Salah Anwar’ sehingga ada yang tidak mahu lagi bersolidariti bersama Datuk Seri di Mahkamah pada 28 dan 29 Oktober ini. Seolah-olah mereka tidak lagi peduli pada kezaliman rejim yang ditimpakan ke atas Datuk Seri.
Maka apa lagi yang ingin Datuk Seri harapkan. Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang. Mungkin sudah tiba masanya, Datuk Seri ambil masa untuk kehidupan peribadi Datuk Seri, setelah dari muda sehingga tua, Datuk Seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa Datuk Seri ke penjara.
Sekian.
EKHSAN BUKHAREE
Kordinator Pusat
Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA)
Read More
Kubur Puntianak Pun Ada?
11:00 am Admin Kedahnews No comments
Seorang ahli arkeologi mendakwa telah menjumpai satu kubur puntianak ketika melakukan aktiviti cari gali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.
Menurut laporan The Telegraph, dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.
Menurut laporan itu, penemuan tersebut dilakukan oleh Profesor Nikolai Ovcharov di sebuah kota kuno, Thracian.
Menurut Profesor Ovcharov, kubur tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Burgaria Indiana Jones’.
Rangka tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki yang berusia 40-50 tahun.
Bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan di samping rangkanya.
Terdapat kayu pancang ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.
“Tidak ragu-ragu lagi, kita menyaksikan ritual anti-puntianak dijalankan ke atas mayat ini sebelum menanamnya,” katanya.
Profesor Ovcharov dikatakan seorang ahli arkeologi yang mengabadikan hidupnya demi menyingkap misteri peradaban kuno.
Fokus beliau ialah mencari gali dan menyiasat semua penemuan misteri yang terkubur sejak sebelum Perang Salib.
“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.
"Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.
Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.
Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak. -Sinar Harian

Kalau Semua Rakyat Macam Pakcik Jamil, Amanlah Malaysia...
10:00 am Admin Kedahnews 1 comment
"Dulu lain sekarang lain...dulu Melayu, Cina dan India hidup macam satu keluarga. Kita berkongsi manis dan pahit, lebih-lebih lagi bila ada perayaan suatu kaum, kita merayakan bersama-sama...gembira betul.
"Sekarang negara maju, rakyat belajar tinggi, banyak pengetahuan tetapi semangat kekeluargaan dan perpaduan itu 'kurang'," begitulah luahan hati Jamil Mohd Yusof, 76, mengimbas kembali zaman mudanya dalam satu temu bual khas dengan Bernama TV, baru-baru ini.
Dalam kesibukan masyarakat Hindu membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali tahun ini, Jamil menjadi topik perbualan menarik semua lapisan masyarakat di negara ini termasuk yang berada di luar negara, selepas kisahnya dimuatkan dalam laman media sosial seperti Facebook, Youtube, WhatsApp dengan 'klip video' pendek selama 1 minit 10 saat.
Dalam klip tersebut yang berkonsepkan 'Nothing Greater Than Being Malaysian,' Jamil mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Deepavali' kepada semua penganut Hindu di negara ini, dalam bahasa Tamil dengan fasih.
'Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun).
Rata-ratanya semua rakyat Malaysia daripada pemimpin tertinggi, ahli politik, ahli akademik, peniaga, pelajar, orang kampung serta pekerja asing menyifatkan klip video itu sangat bermakna dan signifikan dengan mesej padat, selain melabelkan beliau sebagai 'Rakyat Malaysia Tulen'.
P Elango, 45, pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) yang tidak dapat menyambut Deepavali tahun ini berikutan kematian ayahnya berkata, klip dwibahasa, Melayu dan Tamil dengan terjemahan bahasa Inggeris itu menyentuh hati beliau.
"Biasa kalau Deepavali, iklan Petronas yang menjadi tarikan utama dengan penampilan konsep baharu. Tahun ini, klip ini pula begitu popular dengan mesejnya. Walaupun Pak Cik Jamil orang ladang, tetapi mesejnya cukup bagus," katanya.
Elango yang sempat berkongsi klip video tersebut dengan saudara mara dan rakan-rakannya yang kini melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara berkata, mereka kagum dengan Jamil sambil akur hubungan antara kaum pada masa dulu dan kini berbeza.
Mengimbas kembali bagaimana klip itu dihasilkan, Jamil berkata sekumpulan kru India tempatan yang membuat penggambaran di Batu 2, Ladang Kerling, kira-kira tujuh kilometer dari Kuala Kubu Baru tahun lalu (2013) merakamkan perbualan itu secara santai.
"Mereka tengok saya pandai dalam bahasa Tamil, mereka minta saya bercakap. Orang estet apa boleh cakap besar? Cakap saja apa yang ada dalam hati. Betul jugakan orang dulu dan sekarang lain. Tapi tak sangka ia boleh popular macam ini," katanya.
Anak kelahiran Jalan Bukit Kuda, bandar diraja Klang itu mengambil alih perniagaan kedai makanan dan runcit di Ladang Kerling itu, kira-kira 53 tahun lalu, daripada abang iparnya ketika beliau berusia 23 tahun.
"Sebelum itu, saya bekerja sebagai tukang masak di rumah pengurus ladang Sungai Chua, F W Harrison. Masa itu saya baru berumur 15 tahun, jadi isteri beliau yang mengajar saya cara memasak.
"Mereka juga ajak saya ikut ke Australia kerja di rumah mereka. Tetapi isteri dan anak-anak saya kata jangan. Mereka takut mungkin saya kahwin kali kedua pulak," katanya sambil ketawa besar, berkongsi pengalamannya.
Hasil perkongsian hidup dengan Stiah Kutty, 72, wanita keturunan Malabar, India, pasangan itu dikurniakan tujuh anak (tiga lelaki dan empat perempuan), 25 cucu dan dua cicit, yang kesemuanya boleh bertutur pelbagai bahasa.
"Rojak... bahasa Melayu, Tamil, Malayalam, Inggeris...sikit-sikit bahasa Cina, semua boleh. Sejak kecil lagi, saya pandai cakap bahasa Tamil. Sebab itu bila jatuh cinta dengan Stiah masa saya umur 20 tahun, kedua-dua keluarga pun tak ada halangan untuk dikahwinkan," katanya.
Beliau yang lebih dikenali sebagai 'anneh' (abang) dan 'kadaikaru'(pekedai) menetap di Ladang Kerling lebih 50 tahun lalu berkata dalam keadaan serba kekurangan, masyarakat pelbagai kaum ketika itu tetap menikmati kehidupan aman dan baik seperti mana yang diimpikan pemimpin negara.
Malangnya, pembangunan pesat negara telah 'menelan' nilai-nilai mulia seperti sikap bertolak ansur, hormat menghormati, tolong menolong, kunjung-mengunjungi rumah terbuka perayaan mahupun memahami perasaan dan sensitiviti sesuatu kaum, kata beliau dengan nada kesal.
"Dulu lebih 200 keluarga ada di ladang ini...India, Melayu, Cina semua ada. Kita macam abang adik, satu keluarga. Tak ada kacau, gaduh, tak ada masalah. Kalau Hari Raya, kita buat kuih untuk semua orang...sebab semua kita kenal.
"Kalau Deepavali, rumah saya penuh dengan kuih-muih daripada kawan-kawan India. Begitu juga kena pergi kesemua rumah. Kalau terlepas satu, kawan India itu marah pulak. Itu sambutan dulu..."
"Sekarang negara maju, tapi semangat kekitaan-kekeluargaan itu tak ada. Saya tak tahulah, ia dapat dihidupkan semula atau tidak. Kalau disuburkan semula, bagus untuk semua," katanya sambil menyatakan sebilangan kecil kawan-kawan lama dari ladang itu masih menghubungi beliau dan mengunjungi kedainya apabila melalui kawasan itu.
Beliau merupakan penggemar lagu klasik Tamil dan cerita filem Tamil berlatarbelakangkan keluarga, selain filem-filem klasik Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Menurutnya, beliau pernah melawat beberapa negara antaranya Australia, Jerman, England, Arab Saudi, Singapura dan India, namun baginya tidak ada negara yang unik dan aman seperti Malaysia dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan perayaan yang dikongsi bersama semua orang.
Sementara itu, bekas anak kelahiran ladang itu, Ketua Pemuda MIC Selangor V Mugilan berkata, Jamil banyak menolong masyarakat ladang itu, termasuk beliau sendiri sehingga menjejak kaki ke Universiti Malaya.
"Sewaktu di sekolah rendah dan menengah, setiap hari saya pergi ke kedai Pak Cik Jamil untuk baca akhbar Tamil dan Utusan Melayu secara percuma, sebab tak mampu beli akhbar. Beliau menggalakkan saya baca akhbar dan mahu melihat anak-anak ladang maju.
"Lagipun Pak Cik (Jamil) kenal sangat dengan ayah saya, beliau juga sentiasa menasihatkan saya agar belajar bersungguh-sungguh dan menyedari pengorbanan ibunya terutamanya selepas ayahnya meninggal dunia," katanya sambil melahirkan rasa gembira dengan tersebar luasnya 'Klip Pak Cik Jamil' dalam media sosial.
Pekerja ladang Kerling, Tamil Selvam pula menyifatkan Jamil yang telah menunaikan haji tujuh tahun lalu sebagai orang yang mudah mesra, pandai berjenaka dan suka menolong orang lain.
"Walaupun harga makanan naik di semua tempat, Pak Cik Jamil hanya kenakan 80 sen bagi teh tarik dan 70 sen bagi roti canai. Kita orang lama ada lebih kurang 10 keluarga sahaja. Kita 'respect' dia (Jamil)," katanya.
Isterinya Stiah berkata, walaupun anak-anaknya mengajak mereka tinggal bersama di bandar namun bagi beliau dan suaminya, Ladang Kerling tetap istimewa dan akan menyambut Deepavali tahun ini juga bersama penduduk ladang ini. -mStar
Read More
Umat Islam Teruja Sentuh Anjing Di One Utama
9:00 am Admin Kedahnews No comments
Berlangsung di Central Park, One Utama pada pukul 8 hingga 10 pagi tadi, acara ‘I Want To Touch A Dog’ dianjurkan bagi membuang stigma masyarakat khususnya Islam tentang bersentuhan dengan anjing.
Memetik laporan dari The Malaysian Insider, acara tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti Islam apabila dihadiri lebih 1000 pengunjung.
Menurut Siti Sakinah yang juga bekas guru agama, masyarakat menjadi takut dengan haiwan berkenaan kerana persepsi sejak azali bahawa menyentuh anjing itu haram.
Lantas, dia bersama empat anaknya mengambil bahagian dalam acara tersebut bagi mengubah mentaliti dan ketakutan mereka terhadap anjing.
“Ia juga untuk menunjukkan menyentuh anjing tidak haram. Ramai yang bimbang menyentuh anjing lebih kerana ia satu dosa, bukannya takut kepada dosa yang lebih besar,” ujarnya.
Menurut penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi, acara yang julung kali diadakan ini dilihat berjaya kerana sasaran asalnya hanyalah dalam jumlah yang kecil sahaja.
“Kami hanya jangka 60 tapi ini sudah lebih dari 60. Ini amat menggalakkan dan saya harap saya menyediakan air yang cukup untuk anjing dan meminta maaf atas sebarang kekurangan.” katanya lagi.
Selain daripada itu, acara tersebut juga mengadakan satu slot demonstrasi sertu (samak) selepas menyentuh haiwan berkenaan. -Mynewshub.cc
Read More
Ibu Dyana Tahu Siapa Kekasih Anaknya
8:00 am Admin Kedahnews No comments
"Saya tahu siapa cinta hati Dyana, tetapi bukan Zairil."
Demikian kata Yammy Samat, ibu kepada bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud ketika diminta mengulas mengenai insiden penyebaran gambar intim anaknya itu dengan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, pagi Ahad.
Yammy berkata, beliau tahu sejauh mana hubungan Zairil dan Dyana yang disifatkan tidak lebih daripada sekadar teman rapat di dalam DAP.

"Memang mereka rapat tetapi tidak lebih daripada sekadar rakan seperjuangan di dalam parti. Mereka tidak bercinta," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Malah, Yammy juga yakin gambar tersebut adalah palsu dan sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan karier anaknya.
"Sebagai seorang ibu, saya percaya itu bukan Dyana. Gambar seumpama itu juga pernah tersebar semasa Dyana bertanding di Teluk Intan," katanya.
Yammy berkata, beliau tidak marah dengan tindakan tersebut tetapi menganggap ia cabaran yang perlu diharungi Dyana sebagai individu yang bergelar ahli politik.
"Saya tidak marah. Apabila sudah jadi ahli politik dia (Dyana) perlu mengharungi semua fitnah yang dilemparkan. Yang penting dia perlu tenang dan berjuang mengharunginya," kata Yammy.
Pada Ahad, gambar memaparkan aksi mesra dan intim di antara Zairil dan Dyana yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.
Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.
Zairil menyifatkan tindakan tersebut sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.
Sementara itu, Dyana pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.
"Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya. -mStar

Projek RM150 Juta Di Kuala Kedah
7:00 am Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Projek naik taraf Terminal Jeti Kuala Kedah dengan anggaran kos lebih RM150 juta sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika lawatannya ke Kedah baru-baru ini.
“Jeti Kuala Kedah adalah satu projek yang sentiasa kita bagi keutamaan. Hasil pertemuan bersama Perdana Menteri, beliau meluluskan peruntukan untuk projek itu.
“Tetapi ia perlu mengambil sedikit masa untuk merangka reka bentuk dan lain-lain keperluan di jeti itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sudah tiba masanya jeti Kuala Kedah dibuat penambahbaikan sesuai dengan zaman, permintaan dan kegunaan masyarakat yang semakin meningkat.
“Saya yakin kelulusan itu menggembirakan orang Pulau Langkawi, terutama mereka yang selalu berulang-alik ke tanah besar,” katanya.
Mohd Rawi yakin projek itu juga dapat membangunkan ekonomi penduduk di Pulau Langkawi dan Alor Setar.
“Mana mungkin jeti yang berumur lebih 20 tahun mampu menampung kedatangan pelancong semakin ramai.
“Sebab itu perbandingan antara jeti Kuala Kedah dan jeti Kuala Perlis amat jauh sekali apabila hampir 80 peratus pelancong yang datang ke Pulau Langkawi menggunakan jeti Kuala Kedah,” katanya.
Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang mewujudkan parkir bertingkat di Terminal Jeti Kuala Kedah setelah banyak kali tertangguh walaupun pemimpin tertinggi negeri bersilih ganti.
Namun, projek itu dilaporkan masih menunggu kelulusan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk membentangkan laporan berhubung pemilihan syarikat swasta yang akan dilantik menerajuinya. -Sinar Harian

Ramai Lelaki Cuba "Mengorat" Artis Janda Ini Rupanya...
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Mungkin ramai lelaki melihat status Izreen Azminda sebagai janda muda yang masih "bergetah", maka ramailah yang memasang angan-angan untuk memikat pelakon drama jelita itu untuk dijadikan pasangan hidup masing-masing.
Izreen baru lima bulan menjanda, namun dia mendedahkan bahawa ramai lelaki yang beriya-iya mahu mendekatinya.
Namun pelakon itu menegaskan bahawa dia kini sedang menumpukan perhatian terhadap anaknya, Muhammad Umar Adrian, yang kini berusia setahun tiga bulan dan mana-mana lelaki yang berminat pada Izreen, juga perlu menerima anaknya.
"Bagi saya apa yang berlaku masih baru dan biarlah saya beri tumpuan kepada anak dahulu.
"Sudah tentu saya perlu utamakan anak saya dahulu, kalau seseorang lelaki itu mahu mengenali saya, dia perlu terima anak saya juga," kata Izreen yang dipetik dari mStar.
Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza Baharuddin pada 31 Ogos 2012 di Alor Setar, Kedah, dan telah dikurniakan seorang cahaya mata sebelum bercerai pada 9 Jun lalu.
Sebelum itu, pelakon drama bersiri itu juga meluahkan pendiriannya untuk tidak menerima mana-mana lelaki buat masa terdekat bagi mengelak hatinya dilukai sekali lagi. -KedahNews.com
Read More