"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Thursday, 18 September 2014

"Saya Cuma Berasmara, Tak Buat Seks Pun"


“Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”

Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, di Sungai Petani semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.

Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan, lapor Hmetro.com.my.

Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.

Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.

“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.

“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Pasangan Kekasih Dari Pendang "Kantoi" Khalwat Di Hotel Bajet

ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.

Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka.

Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang,  Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa.

“Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu.

“Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri .

"Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air.

“Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu,” katanya.

Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat.

"Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu.

Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka.

"Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya. -Sinar Harian

Read More

Astaghfirullahil'azim... Lihat Sendiri Perangai Anak Muda Zaman Sekarang...


MUTAKHIR ini kita lihat semakin ramai individu yang seakan-akan terlupa menjaga nilai moral dan kesopanan diri.

Sehingga ada yang berani melanggar batas kesopanan dan kesusilaan atas tiket hak asasi manusia.

Kes-kes yang melibatkan moral dan mendapat liputan meluas serta menjadi viral dalam media sosial seperti kes berbogel beramai-ramai di Teluk Bahang, model memakai pakaian dalam dan menjalani sesi fotografi di tempat awam, mengamuk dan bergaduh di jalan raya, kes buli membabitkan pelajar perempuan dan lelaki, rasuah dalam kalangan masyarakat serta banyak lagi masalah moral lain.

Semua yang disebut itu menjadikan masyarakat kita semakin hilang nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan sehingga menjejaskan perpaduan.

Ya, kita telah 57 tahun merdeka tetapi pemikiran dan tingkah laku segelintir masyarakat kita tidak seiring dengan usia kemerdekaan negara. Hal-hal sedemikian membuktikan kepincangan dalam minda dan tingkah laku masyarakat kita.

Sedangkan rakyat Malaysia telah disedarkan sedari peringkat persekolahan agar menghormati dan menghayati prinsip Rukun Negara bagi menjamin keharmonian negara.

Kesopanan dan kesusilaan
  
Sumber dari Portal 1Malaysia menyatakan Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos, 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Ia diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei, 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas adalah kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Satu daripada prinsip yang digariskan ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Mengikut prinsip ini, setiap orang dan kumpulan dalam masyarakat adalah dikehendaki bertindak dan berkelakuan secara sopan dan susila.

Ia haruslah mempunyai moral yang tinggi, menghormati orang lain dan menghindarkan diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum.

Contohnya, hal-hal yang berkaitan dengan ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan.

Menurut Profesor Dr Rohaty Majzub dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan itu sendiri menjelaskan bahawa ia menjadi teras kepada pembangunan manusia dan masyarakat.

Tanpa tatasusila, pelbagai penyakit masyarakat akan timbul kerana mereka bebas berbuat apa yang mereka suka tanpa mempedulikan undang-undang.

Nilai-nilai kesantunan itu nampaknya kian merosot dalam diri masyarakat baik dalam generasi X mahupun generasi Y.

"Nilai-nilai itu mungkin merosot berbanding dengan generasi sebelumnya. Ini boleh dilihat daripada tutur kata yang meninggi dan kebebasan yang terlampau.

Liberalisme, materialisme dan individualisme; sifat ini mungkin menyebabkan individu sebegini menjadi 'self centered' dan menjaga kepentingan diri sendiri sahaja", ulas Prof Dr Rohaty.

Cara luahan perasaan
  
Menurut beliau, ia mungkin disebabkan oleh perasaan ingin menzahirkan rasa kecewa mereka terhadap sesuatu perkara. Mungkin juga kerana mereka tidak berpuas hati atau ada keperluan tertentu yang tidak dipenuhi.

Maka secara langsung atau tidak langsung mereka protes untuk menarik perhatian atau menunjukkan kemarahan mereka atau menyalahkan orang lain selain diri mereka.

Prof Dr Rohaty bagaimanapun berpendapat ia bukanlah berpunca daripada kegagalan dalam penerapan nilai-nilai murni yang dirangka dalam bidang pendidikan.

Menurut beliau, pelan pembangunan pendidikan negara sebenarnya adalah holistik malah mementingkan perkembangan menyeluruh dan seimbang bersama nilai murni.

"Saya berpendapat pelan tersebut adalah sempurna dan baik tetapi yang tidak berkesan adalah dari segi pelaksanaannya", sambung beliau.

Ini kerana fokus masyarakat adalah lebih kepada pencapaian gred peperiksaan bagi mendapatkan 14A berbanding penekanan terhadap penyemaian nilai murni dan akhlak yang baik.

Kesan jangka panjang

Pengabaian terhadap nilai-nilai yang ditekankan dalan prinsip kelima Rukun Negara ini dibimbangi akan menambahkan lagi kepincangan ke atas keharmonian negara.

"Jika dibiarkan negara akan bertambah pincang malah kes jenayah kecil dan besar akan bertambah sehingga menjejaskan ketenteraman awam. Ia perlu dibendung secepat mungkin supaya jangan menggunung".

"Banyak faktor yang terlibat dalam menganalisis keadaan ini. Antara faktor dalaman terjadinya tingkah laku menyeleweng adalah ketiadaan 'role model' atau mithali yang baik yang digauli sejak kecil", katanya.

Malahan jika berlaku secara berkumpulan, ia akan menjadi ikutan kerana mereka menjadi lebih berani dan berasa kuat dalam kumpulan.

Beliau turut berpendapat wujudnya batu api yang besar dan berpengaruh yang menyiram minyak ke dalam api.

Kadangkala ada pula kumpulan tertentu yang diperalatkan bagi kepentingan orang lain.  

Melihat kepada sikap hormat menghormati yang semakin berkurangan dan berlaku secara terang-terangan kini, Prof Dr Rohaty berpendapat sikap itu kini tidak hanya berlaku dalam kalangan orang biasa tetapi turut ditunjukkan oleh kalangan pemimpin.

"Kita semua perlu dan wajib bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam. Seboleh mungkin kita tidak mahu gangguan yang mengacau hidup kita. Yang baik jadikan teladan dan buruk jadikan sempadan".

Beliau menyatakan masyarakat Malaysia seharusnya bersyukur atas apa yang ada dan membandingkan dengan keadaan di Gaza, Afghanistan dan keadaan pelarian di merata tempat.

Selain itu, beliau melahirkan pandangan bahawa pendidikan terbaik adalah bermula dari rumah. Ibu terutamanya tidak perlu menanamkan prejudis dan stereotaip kepada anak yang masih muda supaya membenci sesuatu kaum.

Ibu bapa perlu menjadi model keamanan dalam negara yang mempunyai pelbagai budaya ini sejak negara merdeka.

Falsafah hidup yang murni perlu disemai seawal mungkin terhadap anak supaya mereka dapat melihat peta yang jelas. Jangan nanti sehingga mereka menjadi sampah masyarakat dan memberi kesan buruk kepada masyarakat, keluarga dan diri sendiri.


Sumber: Bernama

Read More

Peguam PAS Fitnah Dr Haron Din Al-Hafiz?

Photo: Ishhh..ishhh..sampai tara ni puak Anwarinas aka PasMa dok tibai geng ulama Pas..Ustaz Harun Din ni..bkn takat org Pas ja yg hormat..org UMNO pun sgt hormat kat dia..sebab ketokohan dia..lagipun dia bknnya pengamal politik binatang yg totok.. Tapi lihatlah sendiri arini..Ustaz Harun Din bkn setakat tdk lagi dihormati..malah difitnah sbg seorg ulamak yg mmpunyai kepentingan peribadi duniawi.. Tuduhan yg dibuat oleh Zulhazmi (calon yg kalah jawatan KP Pas yg hnya dpt 17 undi saja) ni adalah tuduhan yg sgt berat dan dahsyat..Timbalan Mursyidul Am Pas Ustaz Harun Din kena jawap secara segera sebab lawyer buruk Zulhazmi ni dah petik nama Ustaz Harun Din secara jelas dan terbuka.. Nampaknya..sekarang ni di mata ahli Pas..Anwar Abraham lebih mulia berbanding N.Aziz,Harun Din dan Hadi Awang..dunia akhir zaman ka..atau Pas sudah hampir tamat riwayat..jom takbirrrrrr!!! #PasMaLebihColl


Ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia PasMa, Zulhazmi Sharif mendedahkan nama seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dikatakan terlibat dalam satu urusan melibatkan sebuah projek dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin.

Dicabar beberapa pihak sebelum ini, Zulhazmi melalui akaun laman Facebooknya, "Zulhazmi Al-Takanan" mendedahkan bahawa AJK PAS Pusat yang dimaksudkan itu ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Menurut peguam PAS itu, Ustaz Haron terlibat dalam satu projek di Pantai Sentral, Bukit Kerinchi.

Zulhazmi turut menuduh Haron berjumpa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anuar bagi memujuk anak Ketua Pembangkang itu agar tidak membantah projek berkenaan yang akan dimajukan oleh sebuah syarikat.

Selain itu, Zulhazmi yang hanya mendapat 7 undi dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda PAS yang lalu itu turut mengaitkan menantu Timbalan Mursyidul Am PAS itu dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dalam projek tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Lelaki Tanpa Kedua-Dua Belah Tangan Lulus Ujian Memandu Dengan Cemerlang!


Seorang lelaki dari bandar Riga, Latvia berjaya memperoleh lesen memandu walaupun dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan dan terpaksa memandu dengan menggunakan kaki, kelmarin.

Lebih menakjubkan lagi, lelaki tersebut, Gatis Caunitis, lulus ujian lesen memandu dalam cubaan yang pertama, lapor Dailymail.co.uk.

Caunitis kehilangan kedua-dua belah tangannya akibat terkena renjatan elektrik ketika berusia enam tahun dan sejak itu dia menggunakan kakinya untuk melakukan semua tugas termasuk memandu kereta.

Walaupun cacat, Caunitis mampu memandu kereta transmisi automatik dengan baik dan lebih selamat berbanding pemandu normal.

Caunitis berkata, pengajar di sekolah memandu tidak terkejut apabila kali pertama melihat keadaan dirinya dan pengajar tersebut sering memberi kata-kata semangat kepadanya.

“Pengajar itu memberitahu saya, dia kagum melihat kecekapan saya memandu kereta walaupun saya hanya menggunakan kaki.

“Saya lulus ujian teori dan praktikal dalam cubaan yang pertama,” katanya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Ulama PAS Minta "Musuh Dalam Selimut" Dikenakan Tindakan!

Reaksi bersemangat daripada ahli-ahli Pemuda PAS dalam Muktamar Pemuda PAS ke-55 yang berlangsung di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Mereka menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 September, 2014.

Sayap konservatif Ulama PAS hari ini menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura, semasa krisis menteri besar Selangor yang semakin memuncak.

Selain itu, Dewan Ulama juga mahu PAS ‎mendapatkan jaminan daripada sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar membolehkan parti itu melaksanakan agenda Islam seperti Undang-undang Syariah Kanun Keseksaan, hudud.

Semua tuntutan itu adalah antara dua usul yang diterima pada muktamar Pemuda PAS ini, lapor The Malaysian Insider.

Usul mengenai disiplin juga dibangkitkan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di Selangor yang mengingkari keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor.

Dua ADUN berkenaan, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), mengatasi keputusan Jawatankuasa Pusat parti bulan lalu berhubung pendirian PAS mengenai status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Saari dan Hasnul menyertai 28 Adun Selangor lain bagi menyokongan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri daripada Khalid.

Sebagai perbandingan, Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos memutuskan untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon untuk menggantikan Khalid.

Bagaimanapun, tidak mengikut keputusan parti, Hadi menghantar tiga nama lain kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar.

Keputusan Hadi kemudiannya dikritik para pemimpin PAS yang lain kerana mengabaikan Jawatankuasa Pusat apatah beliau sendiri adalah sebahagian daripadanya.

Dalam usul berkenaan disiplin hari ini yang dibentangkan perwakilan dari lima negeri, Dewan Ulama mahu tindakan terhadap pemimpin dan ahli yang mengkritik atau mempersoalkan keputusan unilateral Hadi.

Sayap Ulama juga meluluskan usul yang berasingan menuntut PAS tidak membenarkan sekutu PR menghalang dasar dan inisiatif parti.

"Kami mendengar rakan-rakan menghalang kita daripada melaksanakan hudud dan qisas," kata perwakilan Perak Suhaimi Wakir.

"Tetapi ini adalah teras dan keutamaan kami. Kami tidak pernah menghalang sesiapa memberi keutamaan kepada teras mereka, justeru kita juga tidak mahu rakan-rakan menghalang kami," kata Suhaimi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Tingkatkan Bekalan Sebelum Jadi Tetamu Allah


Haji adalah ibadat yang akan menguji kekuatan iman seorang hamba dalam mentaati Allah SWT.

Ia rukun kelima dalam Islam yang diletakkan selepas syahadah, solat, zakat dan puasa. Susunan terakhir yang diletakkan oleh Allah SWT bukanlah menunjukkan ia ibadat yang tidak penting. Sebenarnya, haji adalah kemuncak kepada ibadat lain bagi menentukan sejauh manakah ketaatan kita sebagai seorang hamba.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: 
"Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan." (Riwayat Ibnu Majah, Tabarani dan al-Baihaqi)

Mereka yang layak menunaikan ibadat haji adalah tetamu kepada Allah SWT yang telah dijemput oleh Allah SWT ke tempat paling suci di samping membenarkan seruan Nabi Ibrahim seperti dirakamkan dalam al-Quran.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
"Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta, yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah sebahagian yang lain untuk makanan bagi mereka yang sengsara dan orang fakir." (Surah al-Hajj, ayat 27-28)
Persiapan diri

Persiapan menjelang ibadah haji dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, melakukan amalan wajib dan sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Menunjukkan mereka yang akan melaksanakan ibadah haji sudah bersedia dengan kebersihan diri, harta, zahir dan batin.

Persediaan inilah yang menggusarkan bakal haji kerana beranggapan mereka belum cukup bersedia untuk menjadi tetamu Allah SWT sedangkan agama itu sangatlah mudah untuk dilaksanakan. Sebenarnya persediaan itu lebih cenderung kepada usaha mendekatkan diri dengan Allah SWT sekadar yang termampu.

Ketahuilah, setiap ibadah yang kita lakukan, sempurna atau tidak ibadatitu banyak tergantung kepada persiapan dan perbekalan. Oleh itu, bagi yang akan melaksanakan ibadah haji hendaklah bermuhasabah diri dengan bekalan takwa sehingga dapat meraih haji yang mabrur di sisi Allah SWT.

Haji juga dianggap suatu perjalanan suci umat Islam untuk membersihkandiri daripada segala dosa dan kemaksiatan. Ibadah haji akanmelengkapkan lagi peraturan hidup yang sedang berjalan. Jemaah haji mendapat kelebihan berbanding mereka yang belum menunaikan haji.

Hidup mereka akan kelihatan lebih mulia dan sempurna atau dengan kata lain, mereka yang telah menunaikan haji sudah lengkap proses pendidikan ke arah menjadi Muslim sejati. Pelajaran hidup bagi yang belum dijemput menunaikan haji adalah hasil pendidikan daripada sembahyang, puasa dan zakat sahaja.

Masih ada ruang kosong yang hanya dapat dipenuhi dengan cara menunaikan haji. Oleh itu, ibadah haji adalah puncak proses pentarbiahan seseorang seterusnya melengkapkan rukun Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Hukum-hakam di dalamnya juga dapat dicerna sebagai pemangkin kepada proses pendidikan jiwa seorang Muslim. Ini tidak bererti mereka yang belum menunaikan haji tidak sempurna imannya dan tidak diredai kerana kekuatan dan kemampuan melakukan haji terbatas kepada mereka yang berkemampuan sahaja.

Ibadat bukan trend sering berlaku dalam kalangan ummah menjadikan ibadat haji dan umrah sekadar trend semata-mata, terikut- ikut dengan pengaruh persekitaran, berlumba-lumba mendapatkan gelaran dalam masyarakat tanpa mengambil kira matlamat sebenar ibadah bakal dilaksanakan.

Tidak kurang yang masih mencaricari hidayah dan seruan walaupun kemampuan sudah melebihi keperluan untuk menunaikan haji. Mereka yang layak menunaikan haji dan mengabaikannya, telah diingatkan bahawa mereka menempah kemurkaan daripada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani." (Riwayat Tirmizi)
Ibadah haji bukan hanya berkisar soal kekuatan dan kehebatan semata- mata, tetapi juga membabitkan soal disiplin serta kepatuhan. Kesukaran menjaga batas larangan Allah SWT menjadi sifat manusia. Maka ibadah haji bagi menunjukkan kepatuhan kepada Allah SWT serta kekuatan menjaga disiplin menunaikan ibadat.

Semangat yang dijelmakan dalam melakukan ibadah membabitkan fizikal melambangkan setiap kejayaan memerlukan usaha dan kerja keras untuk mencapainya. Konsep perpaduan memang menjadi agenda utama dalam haji kerana ia adalah asas kekuatan umat mendepani cabaran. Semua perilaku dalam haji dilakukan bersama sambil bertalbiah memuji kebesaran Allah SWT.

Umat Islam adalah umpama tubuh yang satu, maka perbezaan pendapat, kekayaan, kedudukan, tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka berpecah. Umat Islam yang kaya, miskin, alim, orang biasa, pemimpin dan rakyat semuanya bersatu dalam ibadat haji. Inilah nilai yang tersembunyi ketika berwukuf di Arafah setelah melakukan tawaf dan saie. Arafah juga ini akan menimbulkan sikap rahmah, kasih sayang sesama makhluk.

Ibadah haji umpama sebuah sekolah yang menebarkan jalan untuk mempelajari kaedah bagi menghadapi kehidupan dengan bekalan nilai tauhid, ibadah, usaha, silaturahim, siap menghadapi godaan dan kesiapan diri untuk berkorban.


Sumber : Berita Harian

Read More

Dafi AF Lakar Sejarah Tersendiri


Kuala Lumpur – Penyanyi AF, Dafi telah melakar satu sejarah tersendiri apabila berjaya melancarkan album keduanya berjudul #D4F1 dan dilantik menjadi duta syarikat telekomunikasi U Mobile.

Pengumuman tersebut telah dilakukan semasa carnival KL Converge yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi hari ini.

Dafi berkata, dia berasa sangat terharu kerana diberi kepercayaan oleh U Mobile untuk menjadi duta kepada syarikat berkenaan kerana perlantikan tersebut diadakan serentak bersama pelancaran album keduanya.

"Saya bersyukur terus diberi kepercayaan bergelar duta produk. Malah, hari ini kegembiraan saya berganda kerana dilantik sebagai duta U Mobile untuk tempoh setahun dan melancarkan album peribadi kedua serentak.

"Selepas menyertai dunia seni dan memiliki syarikat sendiri, Laugh Out Loud Entertainment sejak empat tahun lalu, saya perlu bijak mencuri peluang termasuk melebarkan sayap sebagai ahli perniagaan.

"Terima kasih U Mobile di atas peluang berharga ini," katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama U Mobile, Jeanette Lee berkata, syarikat mereka memilih Dafi menjadi duta disebabkan oleh pengaruh penyanyi tersebut yang mampu menarik golongan remaja menggunakan produk keluaran U Mobile.

"Dafi mewakili semangat U Mobile yakni kombinasi kualiti aspirasi, segar dan inspirasi. Kami optimis dengan pelantikan beliau dalam menarik kelompok pengguna baharu.


"Bagi meraikan pelantikan Dafi, kami akan mempromosikan dua lagu baharunya iaitu Salahkan Aku dan Dalam Hati Ini di aplikasi U Karaoke untuk dicuba peminatnya. Ia boleh layari menerusi wap.u.com.my untuk keterangan lebih lanjut," tambahnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Mujahid Rawa Mahu Hadi Ikut Telunjuk PKR - DAP Jika Mahu Kekal Presiden? #MuktamarPAS60

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti tidak mampu mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menangani krisis di Selangor, kata Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya berada di bawah telunjuk kemahuan Pakatan Rakyat (PR) berhubung isu kemelut dalaman tiga parti pembangkang itu.

Mujahid turut menggesa agar Abdul Hadil setuju untuk melantik isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sekiranya mahu terus menerajui parti berkenaan.

Mujahid berkata, tindakan Abdul Hadi tidak menyokong keputusan PR membuktikan dia mempunyai kelemahan untuk mengekalkan kerjasama parti itu bersama PKR dan DAP dalam menangani isu pemilihan Menteri Besar di Selangor.

"Apakah sebabnya? Adakah kerana tekanan untuk keluar PR terlalu kuat? Ataukah Presiden PAS terlalu lemah," soalnya dipetik melalui Malaysia Insider.

Jelas Mujahid lagi, keputusan Abdul Hadi amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju parti berkenaan pada masa hadapan.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar itu, Abdul Hadi seharusnya membuat satu keputusan yang boleh menarik sokongan masyarakat bukan Islam kerana ia akan mempengaruhi kepercayaan mereka terhadap PAS dan terus mengundi parti berkenaan pada masa hadapan.

"Sehingga ahli membuat penilaian yang matang dan luas perkiraannya, mereka akan sentiasa diperhatikan.

."PAS harus berhati-hati agar tidak mengecewakan kepercayaan umum terhadapnya.

"Pengundi hari ini mengundi atas dasar keyakinannya kepada PAS dan manifesto yang kita janjikan. Lebih-lebih lagi pengundi di Pantai Barat yang tertarik dengan tawaran PR dan mengundi atas semangat PR.

"Baru setahun berlalu, dan keghairahan PR bertelagah di Selangor pastinya mengurangkan kepercayaan umum, dan PAS terpalit sebagai satu daripada pihak terlibat," katanya lagi.

Selain itu, dia mendakwa tindakan Abdul Hadi menolak cadangan PR menunjukkan dia seolah-olah terpengaruh dengan helah UMNO yang sengaja mengunakkan isu perkauman bagi menghancurkan kerjasama parti itu dalam PR.
.
"Sememangnya permainan sentimen Melayu-Islam Umno boleh melemahkan langkah tegas yang diambil PAS demi kebaikan politik baru yang makin kuat sekarang.

"Oleh itu, PAS dan ahlinya harus mengelakkan diri sejauh-jauhnya daripada terheret dalam krisis Selangor, yang merupakan perangkap politik Umno," katanya.

Sementara itu, dia berharap semua parti dalam PR termasuk PAS akan sentiasa bersabar dan tidak melakukan tindakan terburu-buru bagi menangani sesuatu isu bagi mencapai matlamat PR menakluk Putrajaya pada masa depan.

Tambah Mujahid lagi, PAS tidak seharusnya terlalu mementingkan diri sendiri sahaja tetapi perlu melihat dari satu sudut kepentingan dalam PR dan harapan rakyat terhadap kerjasama mereka bagi mencapai matlamat dalam merubah kerajaan pada pilihan raya akan dating.

"Menghadiri muktamar kali ini bukan sekadar untuk mengikuti ucapan retorik dan bersemangat dalam mempertahankan kepimpinan ulama atau presiden parti.

"Ia juga tentang bagaimana perwakilan boleh mempertahankan prinsip parti, prinsip organisasi, prinsip strategi dan lebih penting, bagaimana PAS harus berperanan dalam kerangka membina masa depan negara," ujarnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

#MH370: MAS Kesal Tuduhan Palsu Media Asing

Malaysia Airlines (MAS) hari ini menggesa pihak berkuasa menyekat laman web parodi kerana menerbitkan artikel palsu yang mengatakan bahawa salah satu kapal terbang miliknya membuat pendaratan kecemasan selepas terbang di atas gunung berapi Iceland.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu, yang telah mengalami dua kemalangan pesawat tahun ini, menyifatkan artikel pada Worldnewsdailyreport.com bertajuk "Malaysia Airline flight forced into emergency landing after flying over Icelandic volcano" yang disiarkan pada Isnin  sebagai tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan tragedi baru-baru ini, kami percaya bahawa cerita-cerita tersebut disebar hanya untuk satu tujuan, iaitu untuk membuat spekulasi, salah faham dan mencetuskan ketakutan dalam kalangan orang ramai yang ingin membuat penerbangan," kata MAS yang dipetik dari Bernama.com.

Syarikat penerbangan itu berkata mereka tidak terbang ke New York atau mana-mana destinasi di Amerika Syarikat dari Eropah, sepertiman yang dilapor dalam artikel World News Daily Report yang mendakwa Penerbangan MH131 terbang dari Paris ke New York.

World News Daily Report adalah penerbitan web satira politik. Pada laman web, ia ada menyatakan bahawa semua artikel berita adalah "fiksyen" dan "berita mungkin palsu". 

MAS hari ini juga mengkritik buku yang ditulis oleh warga New Zealand Geoff Taylor dan Ewan Wilson yang mendakwa juruterbang Penerbangan MH370 yang hilang telah mematikan bekalan oksigen dalam kabin dan membiarkan kapal terbang tenggelam ke dalam Lautan Hindi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

6,000 Kakitangan MAS Yang Bakal Dihentikan Terbela Melalui OPC

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd akan menubuhkan pusat khas bagi memberikan 'sokongan penempatan' kepada kira-kira 6,000 kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang akan dihentikan berikutan proses penstrukturan semulanya.

Sumber yang mahir dengan penstrukturan semula berkata, tumpuan pusat penempatan (OPC) itu adalah untuk menghulurkan semua sokongan berkaitan dan diperlukan kepada pelbagai kumpulan kakitangan yang meninggalkan syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Ini termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka ketika mereka beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Pada akhir Ogos lalu Khazanah mengumumkan pelan 12 perkara bagi memulihkan MAS yang akan menyaksikan 6,000 pekerja daripada setiap peringkat dihentikan.

Tindakan itu akan menyebabkan munculnya MAS baharu dan lebih kecil pada 1 Julai 2015 berbanding 20,000 tenaga kerja ketika ini.

Menurut sumber berkenaan, OPC akan membantu kakitangan transisi yang dikenal pasti di bawah tiga kategori, iaitu pesara awal, pencari kerja dan usahawan berpotensi.

OPC yang berada di bawah naungan Pusat Latihan Kemahiran Korporat (CRC), ditubuhkan untuk penstrukturan semula dan perkhidmatan sokongan dan akan merangkumi bidang seperti kewangan, perancangan persaraan, panduan kerjaya dan kaunseling, hubungan dengan bakal perekrut dan perkongsian dengan badan berkanun yang berpotensi.

Untuk pesara awal, OPC akan menyediakan kaunseling mengenai pengurusan dana persaraan mereka di samping menyesuaikan diri kepada kehidupan selepas bersara.

Kepada kakitangan yang memilih latihan kemahiran, mendapat kerja baharu atau mungkin industri lain dengan keperluan berbeza, OPC akan membantu mempersediakan mereka untuk masa depan.

Latihan kemahiran di CRC akan menampung pekerja yang memilih latihan dan latihan kemahiran bagi mendapatkan kemahiran baharu kerana CRC akan menawarkan mereka infrastruktur dan sokongan yang perlu agar mereka cemerlang dalam kerjaya selepas meninggalkan MAS.

Khazanah dan MAS telah bekerjasama dengan Scicom (MSC) Bhd dan Sutherland Global Services untuk memberi latihan kemahiran kepada kakitangan MAS.

Selain itu, OPC menawarkan panduan dan bantuan kepada mereka yang memilih untuk menjadi usahawan.

Sumber itu juga berkata, OPC akan memainkan peranan penting dalam proses penstrukturan semula, bukan sahaja kepada 6,000 kakitangan terbabit, tetapi juga daripada aspek 14,000 kakitangan yang akan menyertai MAS baharu di mana akan terdapat penilaian kakitangan yang akan bergerak secara dalaman.

"Kedua-dua pihak akan memerlukan sokongan dan kaunseling ketika mereka bergerak ke tempat kerja yang berbeza dan pelarasan akan dilakukan di dalam persekitaran dan keperluan yang berbeza itu," katanya.

Ketika ditanya bagaimana 6,000 kakitangan yang dihentikan itu akan dikenal pasti, sumber itu berkata, proses itu sedang dijalankan oleh profesional sumber manusia yang kini mengkaji keperluan kerja selepas penstrukturan semula.

"Dengan mengambil pihak ketiga melakukannya, akan menghapuskan tindakan berat sebelah dan pilih kasih, dengan mengambil kira prinsip keadilan, ketelusan dan belas kasihan," tambahnya.

Satu konsep baharu di Malaysia, OPC adalah pelan holistik dan komprehensif pertama bagi membantu transisi kakitangan yang terlibat kepada pekerjaan baharu, kata sumber berkenaan.

Program penempatan ini adalah unik dalam konteks pemberhentian kakitangan di negara ini kerana ia mengambil kira semua aspek isu transisi kerjaya bagi menampung keperluan kakitangan terbabit, iaitu mereka yang mahu bersara, mereka yang mahu menjadi usahawan dan mereka yang mencari pekerjaan baharu.

Selain itu, individu juga diberikan pilihan memasuki CRC yang akan menawarkan mereka peluang untuk memahirkan diri mereka untuk pasaran pekerjaan dan pelbagai aktiviti keusahawanan berpotensi.

Dibiayai Khazanah, ia adalah yang pertana untuk syarikat berkaitan kerajaan dan akan menjadi contoh kepada pihak lain mengikutinya manakala kakitangan MAS yang beralih keluar daripada syarikat penerbangan itu akan menjadi penerima manfaat pertama program ini. - BERNAMA

Read More

"Kelantan Mampu Bertahan Tanpa Pengaruh Nik Aziz" - Ahmad Yakob


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membidas amaran Suhaizan Kaiat dengan menegaskan pada Ketua Pemuda PAS itu bahawa Kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan meskipun tanpa pengaruh bekas Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, PAS Kelantan masih mampu mengekalkan rekod kemenangan yang besar di negeri Serambi Mekah itu dan yakin bahawa parti itu tidak berhadapan sebarang masalah yang didakwa Ketua Pemuda PAS yang teruk dihentam pada Muktamar Pemuda PAS ke-60 kali ini.

"Bagi kita di Kelantan, kita meneruskan agenda yang telah pun dipersetujui bersama. Kita hanya meneruskan program pembangunan bersama Islam.

"Kita hanya memperkasakan dengan merakyatkan semula program yang dibuat selama ini. Tidak ada masalah, PAS tak akan terkesan," katanya kepada pemberita selepas majlis penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-5, semalam. 

Suhaizan sebelum ini memberi amaran dihadapan para penyokong parti bahawa kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya pasti itu terus mengharapkan pengaruh Nik Aziz dan gagal meningkatkan prestasi pentadbiran serta menguruskan masalah dalaman yang sedang berlaku.

Dalam nada sinis, Ahmad mendakwa Suhaizan membuat kenyataan mengenai politik Kelantan tanpa mengetahui situasi sebenar keadaan selok-belok perkembangan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

"Suhaizan tidak terlibat secara langsung dengan pentadbiran kita di Kelantan. Mungkin itu pandangan beliau," bidas Menteri Besar Kelantan itu yang dipetik dari Mstar.

Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Ahmad sedang diuji dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor apabila Adunnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang menewaskan calon PKR pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lalu telah meninggal dunia baru-baru ini. -KedahNews.com

Read More

Dewan Ulama PAS Perak Label Mat Sabu Munafik?


Wakil Dewan Ulama PAS Perak mengecam keras sebilangan pemimpin tertinggi PAS, khususnya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, yang enggan menyokong Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Norazli Musa dalam ucapannya menyelar pemimpin PAS yang bertindak menyebelahi parti sekutu mereka, DAP dan PKR, serta menyifatkan tindakan tersebut sebagai salah satu tanda munafik terhadap parti.

"Mereka tidak menyokong presiden kita dan memihak pada parti lain. Adakah ini bukan merupakan perbuatan munafik dalam parti.

"Timbalan Presiden sendiri pun tidak menyokong Presiden," katanya yang dipetik dari Malaysian Insider, semalam.

Kenyataan Norazli itu turut disokong oleh kumpulan penyokong kepimpinan ulama di dalam PAS, El-Haraki yang memuji sikap vokal wakil Dewan Ulama PAS Perak tersebut.

"Beliau menyatakan, jika dahulu zaman Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor diserang, dibelakangnya ada Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib, Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan pimpinan Ulamak yang lain. Namun hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi diserang siapa yang mempertahankannya? Harapkan Timbalan Presiden sekarang, langsung tidak mempertahankan malahan melawan Tuan Guru Presiden.

"Tambahan lagi, disuarakan juga isu berkait dua Adun yang mengkhianati PAS. "Munafik" itu gelaran yang wajar diberikan kepada mereka, kerana jelas ia menepati syarat-syarat munafik tersebut. Apabila ditanyakan kepada para muktamirin yang hadir, "Tidak munafikkah mereka?" Maka seluruh yang hadir dalam dewan menyatakan "munafik"," kata kumpulan tersebut yang dipetik dari laman Facebook mereka.



Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebelum ini dilihat lebih mempertahankan DAP dan PKR berbanding pendirian Abdul Hadi di dalam menghadapi krisis dalaman Pakatan Rakyat yang semakin meruncing.

Mat Sabu turut disifatkan cuba mengelak dari mempertahan Presiden PAS yang enggan menurut telunjuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP dalam isu Menteri Besar Selangor.

Selain itu, beberapa pemimpin PAS yang berlatar belakangkan fahaman Islam liberal serta golongan profesional juga dikatakan enggan bersetuju dengan Presiden dan Dewan Ulama berhubung krisis "retak menanti belah" itu.

Norazli juga tidak menghiraukan "arahan" Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng, yang mahu PAS tidak menyanjung bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah, Allahyarham Mohd Lotfi Ariffin, yang terkorban di negara bergolak, Syria, baru-baru ini.

Dalam ucapannya semalam, Norazli memohon dewan muktamar supaya bertafakur sejenak bagi menghadiahkan doa dan Al-Fatihah kepada Mohd Lotfi. -KedahNews.com

Read More

Pendokong Pro-Ulama PAS Cabar Mat Sabu Jawab 7 Soalan "Maut"!

Sempena Muktamar PAS ke-60, sekumpulan pendokong golongan pro-ulama parti itu yang bergelar El-Haraki mendesak Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk menjawab tujuh persoalan yang mereka kemukakan di laman Facebook milik gerakan tersebut.

Menurut gerakan tersebut, sekiranya Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu gagal menjawab pertikaian yang menjadi punca ketidakpuasan hati mereka, maka Timbalan Presiden itu diberi kata dua sama ada untuk meletak jawatan atau diturunkan dari jawatan yang disandangnya.

Berikut adalah tujuh persoalan yang dikemukakan:
1) Dimana Abang Mat sebagai Timbalan Presiden ketika Tuan Guru Presiden kami dihentam oleh musuh?

2) Mengapa Abang Mat tidak bawa suara Tuan Guru Presiden dan PAS Pusat ketika mesyuarat PR dalam isu calon MB Selangor?

3) Mengapa Abang Mat mengguris hati kami pendokong jemaah Islam apabila hadir dalam program PSM atas nama wakil PAS sedangkan kami tak pernah redha tindakan Abang Mat tersebut.

4) Mengapa abang Mat sanggup menghina institusi Kepimpinan Ulamak dengan membandingkan dengan DAP. Jelas, ia menghiris hari kami.

5) Sanggup Abang Mat 'meredhai' tindakan khianat dua orang ADUN PAS yang membelakangi pendirian rasmi jemaah dalam isu MB Selangor. Telah tersebar printscreen whatsapp perbincangan tersebut, tapi Abang Mat diam membisu untuk memberi penjelasan.

6) Kami kecewa dengan sikap Abang Mat yang langsung tidak melambangkan Timbalan Presiden sebuah gerakan Islam. Abang Mat lebih mengagungkan aliran-aliran pemikiran terpesong seperti Sosialis berbanding Islam.

7) Kami kecewa dengan Abang Mat kerana sebelum ini kami menganggap Abang Mat sebagai Ayam Sabung kepada PAS. Tetapi sekarang mengapa menjadi 'ayam daging' kepada Anwar?
Mungkin menganggap Mat Sabu berkemungkinan besar tidak mampu menjawab atau hanya sekadar berdolak-dalik dengan persoalan-persoalan tersebut, El-Haraki memaklumkan bahawa mereka sudah enggan lagi bertolak ansur dengannya.

Justeru itu, mereka meminta agar Mat Sabu meletak jawatan secara terhormat atau berdepan dengan gerakan menjatuhkan beliau pada pemilihan pucuk pimpinan PAS pada muktamar yang berikutnya.

"Maaf, kekecewaan kami ini sudah sampai ke tahap pengakhiran. Kami merasakan sudah sampai masanya Abang Mat turun daripada kerusi Timbalan Presiden ataupun Abang Mat akan diturunkan tidak lama lagi..," tegas mereka di laman Facebook tersebut.

Mat Sabu sebelum ini menegaskan pendiriannya untuk terus bersama Pakatan Rakyat meskipun difahamkan bahawa majoriti kepimpinan pro-ulama dan Dewan Ulama PAS mahu hubungan antara parti itu dengan PKR dan DAP dikaji semula.

Mereka berpandangan bahawa PAS semakin hilang identiti dan lari dari perjuangan asal sejak bersama PKR dan DAP, serta hubungan "tahaluf siyasi" di antara gabungan parti pembangkang itu lebih merugikan Islam, termasuk menggadai perjuangan menubuhkan "negara Islam" dan "mematikan" hudud di dalam buku jingga. -KedahNews.com


Read More

Usah Berlengah Perangi Pornografi Internet


Internet adalah satu keperluan dalam kehidupan manusia pada abad ke-21. Memang revolusi dalam teknologi maklumat ini mengubah cara hidup manusia, cara berfikir, berkomunikasi atau interaksi, berhibur dan cara berlibur.

Kehidupan dunia siber memberikan suatu cabaran, realiti dan ilusi kepada manusia sejagat. Tidak menghairankan kebimbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini, mencadangkan kerajaan menapis internet demi kelangsungan dan jaminan kemakmuran rakyat terus dipertahankan. Kecoh satu dunia dalam Malaysia ini yang mahu pihak berkaitan menapis, menutup, mengehadkan dan segala macam untuk menahan kegilaan yang ada dalam dunia internet. Tapi setakat mana pun ?

Sebenarnya kerisauan itu dikongsi kelompok ibu bapa. Mereka tentu bimbang, resah dan gelisah terhadap integriti anak dalam melayari internet. Soal untuk menapis atau menutup media sosial baru seperti Facebook atau Twitter adalah sesuatu yang agak mustahil.

Internet sudah menjadi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, pengangkutan awam, sekolah dan universiti. Kata seorang kenalan, boleh mati rasanya kalau tidak ada talian internet. Ini persepsi khalayak masa kini yang nampak macam terlalu obses terhadap dunia siber ini. Anak-anak berusia dua tahun atau tiga tahun pun dah pandai meminta iPad atau tablet Samsung.

Yang menjadi persoalan utama sekarang ialah sejauh manakah kebebasan internet menjadi racun kepada kestabilan sosio, ekonomi, politik dan keselamatan negara? Penulis maklum kerajaan sudah lama bersedia dan mempunyai kepakaran menangani kekangan, ancaman, masalah atau serangan hasil dari dunia internet. Kita ada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain akta sedia ada.

25 juta pengguna internet di Malaysia

Di Malaysia, statistik penggunaan internet terus meningkat. Dengan 14,904,000 pengguna internet sehingga Jun 2007, angka ini menunjukkan 59 peratus daripada jumlah penduduk negara mempunyai capaian internet daripada keseluruhan 25 juta penduduk. Peratusan ini menunjukkan peningkatan, berbanding 15 peratus saja rakyat yang mempunyai akses internet pada tahun 2000. Pada tahun 2014, pengguna internet di Malaysia mencapai hampir 25 juta orang.

Apa yang memeningkan kepala penulis sekarang ialah apa bentuk sebenar-benarnya yang sudah dan hendak ditapis dalam dunia internet apatah lagi di negara ini ? Walaupun bukan kerja mudah, usaha itu kena nampak. Apa kategori internet yang hendak ditapis? Ini perlu dirancang secara strategik dan benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Kerajaan pasti menjadi jaguh dan boleh memenangi hati rakyat jika bercadang menyekat akses pornografi internet terlebih dulu secara besar-besaran.

Dalam hal ini, tidak ramai sebenarnya mengetahui sistem IT dalam sektor pentadbiran awam dan banyak syarikat swasta yang mempunyai sistem 'block' menyekat langsung pornografi internet tetapi tidak ada maknanya juga apabila seseorang pekerja itu mempunyai pelan data internet dalam telefon pintar atau tablet peribadi masing-masing yang masih boleh mengakses pornografi internet ketika dia bekerja.

Sudah tiba masanya kerajaan melancarkan 'jihad' perang terhadap pornografi internet ini secara besar-besaran seperti yang dilaksanakan terhadap penyalahgunaan dadah sejak 1970-an atau kempen perangi denggi. Penulis syorkan supaya kempen perangi pornografi internet hendaklah diletakkan sebaris ancaman komunis satu ketika dulu dan pengganas.

Saya yakin, rakyat tidak membantah perkara itu. Kes anak rogol ibu kandung sendiri di Bukit OUG Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, adalah kerana didorong dengan bahan lucah dalam telefon bimbit. Satu lagi kisah, remaja diperkosa 16 lelaki dan dipaksa melakukan seks oral di Jalan Kuari Cheras, manakala di Kuala Terengganu, seorang tukang cuci berusia 21 tahun dirogol rakan sekerja di tempat kerja.

Tiga kes ini dipaparkan hampir satu muka surat BH pada 21 Ogos lalu. Ia menunjukkan begitu mudahnya pornografi internet diakses di mana-mana saja. Penulis hendak berkongsi maklumat betapa industri pornografi internet ini memberi pulangan besar kepada keuntungan dunia yang mencecah AS$97 bilion pada tahun 2006 dan meningkat tiga kali ganda sehingga Jun 2014.

Pulangan industri ini secara keseluruhannya dikatakan lebih besar berbanding syarikat terkemuka seperti Microsoft, Google, Amazon, eBay, Yahoo! dan Apple. Daripada jumlah itu, dikesan bahawa setiap saat, AS$3,075.64 (RM9,842) dibelanjakan khusus untuk pornografi di seluruh dunia dan pada saat sama 28,258 penonton internet menonton pornografi, juga 372 pengguna internet menaip terma berkaitan kelucahan daripada enjin carian, dan setiap 39 minit satu video lucah dirakam di Amerika Syarikat (AS).

Bagi jumlah jaringan pornografi pula, 12 peratus daripada keseluruhan laman web di dunia ini adalah laman lucah sehingga menarik perhatian 420 juta 'peminat' di ruang siber.

Tak mudah sekat web pornografi

Untuk sekat web pornografi internet bukan satu tugas mudah. Kalau ikut statistik yang penulis sempat cari dalam internet Google, di AS, terdapat hasilan laman web pornografi sebanyak 244,661,900, di Jerman 10,030,200 laman web pornografi, di Britain (8,506,800 laman web pornografi), di Australia (5,655,800 laman web pornografi), di Jepun pula terhasil laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

Statistik Google Trends menunjukkan Malaysia menduduki tangga kelapan bagi negara paling banyak pencari maklumat mengenai seks. Malah, kajian dapatan siasatan penulis mendapati kemudahan WiFi pada telefon pintar, begitu mudah novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital). Ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari internet di premis pusat siber tetapi hanya menggunakan kaedah memuat turun aplikasi melalui Play Store.

Industri pornografi

Walaupun hasil pornografi disebar luas di Barat sejak tahun 1980, penciptaan world wide web pada tahun 1991 membuka ruang lebih besar dan luas kepada ledakan pornografi online. Hari ini, negara yang menjalankan industri pornografi internet terhebat adalah China, diikuti Korea Selatan dan Jepun. AS menduduki tempat keempat dunia, manakala Britain tempat keenam selepas Australia di tempat kelima.

Malaysia kena sedar segera dalam hal ini. Statistik ini nyata membimbangkan, kerana gejala ini bukan hanya menular di Barat, malah mula dimonopoli orang Timur. Kemudahan penonton untuk melayari internet dari sehari ke sehari memberi peluang muat turun yang luas terhadap gambar dan video pornografi.

Di Barat hari ini, pornografi internet dilihat antara satu daripada masalah yang bukan saja mengancam individu dewasa, malah juga kanak-kanak. Misalnya, satu kajian yang dijalankan di Kanada mendapati 90 peratus pelajar berumur antara 13 hingga 14 tahun dilaporkan pernah terdedah kepada kandungan lucah sekurang-kurangnya sekali.

Hasil kajian juga menunjukkan remaja lelaki mempunyai kecenderungan untuk menonton laman web lucah secara sukarela. Jika dilihat di peringkat awal perkembangan pornografi di Britian pula, ia berkembang menerusi industri penerbitan majalah lucah yang dijual sehingga mencecah 20 juta pada tahun 1990 dan dibaca oleh sehingga lima juta orang. Hasil lucah ini dibentuk dan disebarkan dengan cara berbeza di Britain dan AS. Di AS misalnya, bahan lucah dihasilkan dalam bentuk jenayah terancang. Di Britain, ia dihasilkan oleh individu tertentu industri penerbitan yang turut menerbitkan hasil bukan lucah untuk umum.

Menariknya hari ini, pornografi dan impak negatifnya tidak dipandang ringan termasuk di Barat. Di Britain, kajian mengenai impak pornografi peringkat nasional diarah dijalankan untuk menambah baik dan melengkapkan hasil kajian terdahulu.

Penulis pernah membaca berita pada tahun 2005 melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 kanak-kanak dan remaja berusia antara lapan dan 16 tahun melayari laman web lucah dan kebanyakannya secara tidak sengaja ketika mencari maklumat berkaitan kerja sekolah di Malaysia. Malahan kebanyakan laman web terbabit berselindung di sebalik penggunaan nama yang `bersih' daripada unsur kelucahan.

Sudah tiba masanya untuk permulaan yang drastik ini, kerajaan perlu melancarkan perang kempen perangi pornografi internet secara besar-besaran, diikuti perangi perjudian internet, kempen perangi fitnah, penipuan, penyelewengan dan perdagangan manusia secara internet. Rakyat pasti sokong dan lega dengan tindakan murni kerajaan dalam hal sebegitu.

Sumber: Berita Harian


Read More

"Allah Tahu" Kisah Rumah Tangga Sham Kamikaze - Bekas Isteri

Farazila
Bekas isteri kepada Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar tidak menafikan single pertamanya yang berjudul 'Allah Tahu' berkisar mengenai keretakan rumah tangganya kira-kira dua tahun lalu.

Farazila yang kini dikenali dengan nama Farazila AJ, berkata, dia menghasilkan lagu tersebut bagi meluahkan perkara terkubu dihatinya selama ini tentang kemelut yang melanda rumah-tangga mereka ketika itu.

"Benar saya hasilkan lagu berkenaan untuk menjelaskan apa yang saya lalui ketika itu kerana saya tiada saluran untuk meluahkan perasaan dan apa yang terbuku dalam hati saya selama ini.

"Menerusi lagu itu juga saya dapat menjawab tentang persoalan dan tuduhan serong sesetengah pihak terhadap saya sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Bagaimanapun kata Farazila, lagu itu dihasilkan bukan berniat untuk mengungkit kisah lalu sebaliknya ingin berkongsi perasaannya dengan pendengar yang barangkali mengalami nasib sama sepertinya.


"Saya sedar mungkin akan ada pihak yang menganggap saya sengaja mahu membuka cerita lama tetapi itu bukan niat saya malah lagu itu sudah lama siap cuma baharu tahun ini dapat dilancarkan.

"Bagaimanapun disebalik luahan saya ia sebenarnya membawa mesej yang lebih luas yang mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja sebab itu saya beri nama lagu itu 'Allah Tahu'," katanya.

Sham dan Farazila mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 di Batu Pahat, Johor sebelum disahkan bercerai pada 1 September 2011.

Dalam pada itu, Farazila berkata, nyanyian bukan bidang asing kepadanya kerana sebelum ini dia aktif sebagai penyanyi latar untuk persembahan dan program yang mempunyai segmen nyanyian.

Jelas Farazila, dia mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi kerana minat mendalam dalam bidang itu selain mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakannya.

"Mungkin ada yang tidak tahu saya memang menyanyi sebelum ini dan selepas berkahwin dengan Sham saya tinggalkan bidang tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada rumah tangga," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai kehidupannya kini, Farazila memberitahu dia menjadi lebih baik dan tenang.

Dalam perkembangan lain, Farazila sibuk merakamkan single duet bersama penyanyi Zamani untuk lagu tema sebuah drama bersiri terbitan produksi milik penerbit A.Aida. -Mstar

Read More

Alat Pencegah Kehamilan Untuk Lelaki?


Alat pencegah kehamilan biasanya lebih sinonim kepada golongan wanita atau isteri. Sejak sekian lama beberapa alat pencegahan kehamilan telah dibangunkan seiring dengan kemajuan teknologi perubatan bertujuan untuk merancang kehamilan.

Biarpun terdapat beberapa kaedah pencegahan kehamilan membabitkan pihak lelaki, kaedahnya terhad seperti penggunaan kondom atau pembedahan vasektomi atau pemandulan.

Begitu pun dalam tempoh tiga tahun akan datang golongan lelaki bakal mempunyai lebih banyak pilihan dalam penggunaan alat pencegah kehamilan, yang tidak perlu melibatkan penggunaan kondom.

Ujian terhadap alat pencegah kehamilan baharu berbentuk suntikan, Vasalgel, ini menunjukkan keputusan yang cukup meyakinkan.

Ketika ini ia sedang dibangunkan oleh Yayasan Parsemus, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang giat menjalankan penyelidikan perubatan yang berbentuk penyelesaian masalah pada kos yang rendah.

Pertubuhan itu berharap kaedah baharu itu akan lebih murah, bertahan lama dan boleh diterbalikkan (kembali ke asal).

Vasalgel adalah hidrogel polimer yang akan disuntik ke dalam vas deferens iaitu tiub yang menyalurkan sperma ke zakar.

Gel tersebut akan bertindak menyekat pengaliran sperma, sekali gus menghindari kehamilan.

Mereka berkata, prosedur ini mempunyai kesan yang sama jika melakukan pembedahan vasektomi (pemandulan), tetapi kurang berbahaya memandangkan ia tidak memerlukan pembedahan dan tiub vas deferens hanya disekat dengan gel, bukan memotongnya.

Mereka juga berharap kaedah pencegahan hamil ini lebih murah dengan kosnya tidak melebihi daripada harga sebuah TV skrin leper.

Dalam ujian yang sedang dilakukan ketika ini terhadap babun, tiga haiwan tersebut disuntik dengan alat pencegah hamil Vasalgel. Setiap babun tersebut kemudian diletakkan di dalam sangkar bersama 10 hingga 15 babun betina.

Selepas enam bulan, tiada seekor pun babun betina tersebut bunting.

Apa pun ujian tersebut masih berjalan dan menjelang akhir tahun ini, Yayasan Parsemus yakin akan mendapat lebih banyak maklumat mengenai sama ada Vasalgel tersebut berkesan atau sebaliknya.

Mereka menambah, jika segalanya berjalan lancar pihak penyelidik merancang untuk menjalankan ujian klinikal ke atas manusia bermula tahun depan.

Antara kelebihan alat pencegah kehamilan ini, keadaan boleh kembali ke asal. Maksudnya, jika lelaki tersebut mahu sekatan tersebut dihapuskan, satu lagi gel polimer boleh disuntik untuk membuang Vasalgel yang menyekat sperma.

Produk tersebut mempunyai asas sama dengan satu lagi alat pencegah hamil lelaki yang sedang dibangunkan dipanggil RISUG.

Kedua-duanya, RISUG dan Vasalgel bertindak pada prinsip penggunan gel bagi menyekat tiub vas deferens, tetapi dengan formula berbeza.

Apa yang tidak disebut oleh Yayasan Parsemus ialah berapa lama suntikan Vasalgel boleh bertahan sebagai alat pencegah hamil, namun setakat ini suntikan RISUG dikatakan boleh bertahan untuk 10 tahun.

Jurucakap dari Yayasan Parsemus berkata: “Kami sedang berusaha untuk memasarkan Vasalgel secepat yang mungkin, tetapi ujian dari aspek keselamatan dan keberkesanannya perlu diselesaikan dengan betul.

“Vasalgel ketika ini diuji pada haiwan. Ujian pada manusia dijangka bermula awak tahun 2015 dan antara 2015 hingga 2016 untuk ujian lebih besar.

“ Jika semuanya berjalan lancar dan kita memperoleh cukup sokongan daripada orang awan, kami berharap dapat mengeluarkan Vasalgel di pasaran pada 2016-2017," kata jurucakap tersebut.

Yayasan itu juga dijangka akan merayu sumbangan daripada orang awam bagi membiayai ujian klinikal ke atas manusia pada tahun depan.

Kaedah lain pencegah hamil untuk lelaki

Satu lagi alat pencegah hamil untuk lelaki yang sedang diperingkat awal kajian adalah pill ‘cadar bersih’ atau ‘orgasma kering’.

Ubat ini boleh diambil sebelum melakukan hubungan seks, yang akan membuatkan tiada pengeluaran air mani ketika orgasma (puncak syahwat).

Lelaki tersebut masih merasai nikmat orgasma yang sama tetapi tiada air mani dikeluarkan.

Para penyelidik merancang untuk mereka ubat yang akan memberi kesan dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilannya, tetapi akan hilang keberkesanananya dalam tempoh 24 jam.

Lelaki hanya akan mengambil pil tersebut jika diperlukan iaitu sebelum melakukan hubungan seks.

Sumber: Agensi





Read More

Mr Bean Kemalangan Lagi...

Rowan Atkinson

Pelawak dan Pelakon terkenal Mr Bean dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang berlumba di litar Shelby Cup.

Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson bagaimanapun telah terselamat dalam kemalangan tersebut.

Menurut Sumber Worldcarfans, Atkinson, 59, sedang memandu kereta jenis Ford Falcon Sprint 1964 ketika kemalangan berlaku,

Kejadian berlaku dipercayai selepas dua kereta yang berada dihadapannya telah berlangar sesame sendiri menyebabkan dia yang berada dibelakang tidak sempat mengelak lalu merempuh kedua-dua kereta berkenaan.

Kemalangan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Atkinson hancur akibat rempuhan yang kuat tetapi dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecerderaan serius dalam pelanggaran itu.

Merujuk kepada kejadian sebelum ini, Atkinson pernah mengalami cedera parah akibat terlbat dalam kemalangan pada tahun 1999 dan 2011. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor



Read More

Azmi Sharom Mahu Cabar Keperlembagaan Negara

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya , Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948.

Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.

Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.

Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan perkara yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964.

Bagi menyokong permohonannya, Gobind yang diiringi Dr Azmi dan peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata, Akta Hasutan tidak digubal oleh Parlimen.

"Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang.

"Ia tidak diluluskan menerusi Parlimen dan oleh itu ia tidak boleh menghalang hak Dr Azmi untuk bersuara seperti yang dibenarkan dibawah Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak mengikut Perlembagaan," katanya.

Pada 2 September lalu, Dr Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen  di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur hasutan dalam sebuah portal mengenai krisis politik di Perak pada 2009. -Mstar

Read More

Vincent Hina Melayu "Pengecut" Di Facebook


Semakin menjadi-jadi isu perkauman di negara kita dan tidak tahu apa puncanya. Sebelum ini tidak pula timbul isu-isu sebegini sehingga penulis pun terpinga-pinga mengapa tiba-tiba sahaja isu perkauman menjadi semakin hangat.

Menerusi forum Cari.com.my kali ini didedahkan seorang lelaki berbangsa Cina, Vincent Choo, yang ketika ini menetap di Puchong New Village telah memuat naik satu status yang agak mengguris hati penulis sendiri sebagai seorang Melayu.

Status di laman sosialnya itu terang-terangan menyatakan yang Melayu pengecut apabila dia membuka sejarah yang Melayu tidak pernah berperang mempertahankan tanah air kecuali di Bukit Kepong.


Baru sahaja sebelum ini seorang lelaki berbangsa Cina dipenjarakan kerana tidak menghormati sensitiviti agama lain dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W. Sepertinya segelintir rakyat kita yang tidak serik terus menghangatkan isu ini.

Penulis amatlah berharap yang perkara ini dihentikan dengan segera dan bagi mereka yang terlibat seharusnya dikenakan hukuman yang lebih keras. Kerana perkauman boleh meruntuhkan negara kita yang berbilang bangsa ini. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Kenderaan Rasmi Exco Perlis Disimbah Cat Merah


Kereta Exco Perlis, Mat Hassan menjadi sasaran cat merah yang dipercayai dilempar di parkir hadapan rumahnya di Taman Bukit Kubu, Alor Setar, kelmarin.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam kelmarin, ketika Mat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berada di dalam rumah dan tidak menyedari sehingga bangun tidur awal pagi semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron mengesahkan menerima laporan polis yang telah dibuat Mat Hassan pagi semalam sebaik menyedari kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Perlis.

“Kita masih siasat punca kejadian, sama ada ia bermotif dendam, khianat atau sebagainya,” kata Zull yang dipetik dari Sinarharian.com.my.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

Sementara itu, memetik laporan sebuah portal berita Mat Hassan berkata, selain kereta miliknya, kenderaan rasmi exco yang digunakannya turut disimbah dengan cat merah.

“Saya tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan ini dan saya sudah membuat laporan polis.

“Ini adalah kejadian kedua yang berlaku kepada saya, tetapi sebelum ini kereta saya disimbah cat putih, namun saya tidak membuat laporan polis,” katanya.

Pada 2012, Mat pernah cedera pada mata dan pipi akibat ditumbuk seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menziarahi jenazah di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis.

Dalam kejadian itu suspek difahamkan mewakili peniaga sebuah pasar malam di kawasan tersebut bertindak menyerang mangsa kerana tidak berpuas hati dengan kewujudan pasar malam baharu yang menyebabkan perniagaan mereka merosot teruk. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

"Jangan Tubuh Parti Islam Lain", Tegah Mat Sabu


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyokong penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam menentang Barisan Nasional.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan penubuhan NGO dilihat satu perkara yang baik memandangkan rakyat Malaysia tidak lagi memandang kepada nama sesebuah parti tetapi lebih cenderung memilih siapa pemimpin yang berada dalam setiap pertubuhan yang diwujudkan.

"Bukan kita tolak, nak tubuh NGO tidak mengapa, bekerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita berbeza pendapat dalam keluarga, dan untuk menghadapi Umno kita tidak akan sesekali.

"Jangan cuba kenyit mata-mata, jangan cuba hulur tangan kepada kami, kami akan tampar tangan kamu itu," kata Mat Sabu dipetik Malaysian Insider ketika berucap di Muktamar pemuda PAS ke -55 di Kota Tinggi.

Namun begitu, Mat Sabu mengingatkan kepada semua Ahli PAS agar tidak menubuhkan sebuah lagi parti berterasakan Islam seperti yang dilakukan oleh Persatuan Ummah sejahtera Malaysia (PasMa).

Jelas Mat sabu, sekiranya di kalangan ahli mempunyai perbezaan pendapat, ia merupakan satu perkara biasa dan jangan disebabkan kepentingan diri PAS akan mengalami kerugian di dalam kalangan ahlinya.

"Jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam kalau beza pandangan.

"Kritiklah, tegurlah, tapi jangan sampai rugikan saf dan PAS, PR untuk merubah bumi Malaysia ini," katanya lagi..

Dalam kenyataan tersebut, Mat Sabu jelas merujuk kepada penubuhan PasMa yang diketuai oleh majoriti pemimpin PAS.

Menurut laporan, penubuhan PasMa sebenarnya dianggotai ahli PAS yang menyokong Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan ahli parti yang tidak setuju dengan cara pimpinan Presiden PAS, Datul Seri Abdul Hadi Awang.

Difahamkan, PasMa ditubuhkan sebagai sebiah parti yang akan mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat setelah parti itu tidak menyokong isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Baharu di Selangor.

Sementara itu, Mat Sabu menyatakan krisis pemilihan Menteri besar di Selangor akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

"Kita harap kemelut di Selangor akan selesai. Cara mana, kita tunggu tapi saya yakin semakin dekat."

"Sultan sendiri saya yakin tidak mahu negerinya tidak tenang," katanya.

"Apabila selesai hal Selangor, kita akan bertaut sehebat-sehebatnya dan kita gempur Umno,” tambah Mat Sabu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More
Newer Posts Older Posts Home