Mukhriz Mahathir: Dulu dan Kini...

Timbul juga persepsi bahawa Mukhriz bukan anak kampung, tidak bergelumang "selut geleboq" dan tidak pernah menyerkap ikan darat di belakang "kubota". Dia seolah lahir dalam "lubuk emas" dan "tilam empuk" di dalam keluarga ternama...

Dua Tokoh Pemimpin Muda Kedah Terima Gelaran Datuk

Walaupun dalam usia 36 tahun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu dilihat sebagai "role model" di daerah Kulim dan kini masih lagi memegang tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu.

"Hari Ini Exco Dengar Rintihan Kami..."

“Syukurlah sebab dah lama minta pihak bertanggungjawab naik taraf bazar ini. Hari ini Exco dengar rintihan kami dan beliau turun padang beri harapan yang tinggi kepada peniaga bazar di sini,”

KXP Bakal Semarak Ekonomi Kedah - Mukhriz Mahathir

"Sepertimana seluruh kawasan Kedah Utara mengalami pertumbuhan mendadak dalam tempoh yang singkat dengan pembukaan Universiti Utara Malaysia di Sintok, begitu jugalah diharapkan akan berlaku kepada negeri kita, malah turut melimpah ke negeri-negeri jiran seluruh Utara Semenanjung ini,"

Anak Pendang Ketuai Senarai 77 Terima Pingat Dari Sultan Kedah

Anak jati Kedah ini, yang dilahirkan pada 31 Mei 1982 di Pendang, merupakan penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK). Beliau terlibat dalam insiden berdarah di Kampung Air Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 yang mengakibatkan 10 musuh ditembak mati, 14 ditangkap manakala enam anggota keselamatan pula terkorban.

"Layanilah Pihak Lain Sebagaimana Kamu Ingin Dilayani"

"Layanilah pihak lain sebagaimana kamu ingin dilayani’". Seruan sedemikian kerap dipetik dan dimajukan sebagai rukun persefahaman dan kerjasama antara warga pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama.

Friday, 18 July 2014

Khalid, Khalid Dan Khalid...

Kerana mulut badan binasa, ramai yang ingat macam mana celuparnya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempertikaikan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) 16 Jun lalu.
Pada Selasa, Sultan Selangor bertitah beliau kecewa dengan kenyataan Khalid itu dan ramai yang menafsir titah sultan itu sebagai ‘tuanku murka’.

Berikutan itu juga MP Shah Alam yang terkenal dengan kelancangan mulutnya itu juga bakal dipanggil polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, wakil rakyat PAS itu akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik.

“Ya benar, kami sedang menyiasat perkara itu, dan akan memanggil beliau bila-bila masa,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Op Selamat 5 sempena Hari Raya Aidilfitri di Menara Telekom Malaysia (TM).

Pada Khamis, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menganggap Khalid sebagai seorang pemimpin yang tidak memahami adab dan tatatertib untuk mengemukakan sesuatu cadangan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, Khalid sepatutnya tahu cara untuk mengemukakan cadangan atau pandangan mengenai sesuatu perkara kepada kerajaan negeri mengikut lunas undang-undang serta konsep pemerintahan beraja sedia ada.

“Saya fikir, baik dalam soal memelihara ketenteraman atau kejayaan sesebuah pengurusan, kita bukan hanya perlu mematuhi lunas undang-undang semata-mata. Adab dan tatatertib juga perlulah diutamakan.

“Mungkin kita merasakan idea, pandangan dan cadangan kita itu betul tetapi cara penyampaian atau penyalurannya haruslah dibuat dengan cara yang tertib dan terbaik supaya apa yang kita cadangkan itu dapat dilaksanakan sebaik-baiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menasihatkan semua anggota pentadbiran kerajaan negeri termasuk ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen supaya bersikap matang selain mengambil kira kepentingan rakyat dalam membuat sebarang keputusan.

“Dalam senario di Malaysia, kita ada monarki berperlembagaan dan kita kena ambil kira perkara itu,” ujarnya.

15 Julai lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat kesal dan kecewa dengan Khalid Samad dalam titahnya semasa merasmikan Majis Pekan Sepang.

Baginda menyifatkan tindakan Khalid mencadangkan supaya Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam.

Titah baginda, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS seta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

“Kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai ketua agama Islam di Selangor.

“Khalid bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil langkah untuk melengkapkan diri memahami sejarah negeri Selangor,” titah baginda. – Agendadaily.com

Read More

Pengacara TV China Dibunuh Perompak Kerana Tiada Wang


China, 17 Julai - Kematian seorang pengacara wanita popular program televisyen yang dipercayai dirompak sebelum dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya baru-baru ini telah mengejutkan penduduk di negara ini.

Pengacara, Chen Xia, 26 yang popular dengan rancangan ‘Home In The Countryside’, dikatakan hanya ingin dirompak oleh dua lelaki berkenaan tetapi dia telah ditikam oleh mereka kerana berang wanita itu tidak membawa wang seperti yang dijangka.

Chen yang ditikam kemudianya telah dicampakkan ke dalam sungai oleh dua perompak tersebut.

Laporan media di China menyatakan Chen yang masih hidup ketika dicampak ke dalam sungai sempat menjerit sebelum dua orang anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya menangkap perompak tersebut.

Dalam satu laporan pihak berkuasa China, pengacara itu masih hidup ketika berada di dalam sungai namun setelah polis berjaya mendapatkan Chen, dia telah disahkan meninggal dunia.

Menurut media di China, kematian Chen ditangisi oleh para peminatnya dinegara ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

.

Read More

Mengejar Ibadah 83 Tahun Dalam 1 Malam, Mampukah Kita?

 

Banyak hadis yang menyebutkan tentang hal ini, antaranya:

من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Barangsiapa yang beribadah pada saat lailatul qadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Nasa-i)

Nabi SAW juga menyebut seperti yang datang dari Aisyah RA,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Artinya: “Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Bahkan Nabi SAW memberikan petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari Lailatul qadar dengan memperincikan lagi di dalam riwayat yang lain,

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوِتْرِ، مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Ertinya: “Carilah malam al-qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW turut bersabda dalam riwayat yang lain,

فَالْتَمِسُوهَا فِي التَّاسِعَةِ وَالسَّابِعَةِ وَالْخَامِسَةِ

Ertinya: “Maka carilah (lailatul qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (dari 10 malam yang terakhir).” (riwayat Imam Al Bukhari)

Bukan sekadar itu sahaja, datang pula atsar dari Ubay bin Ka’b RA yang berkata:

والله إني لأعلم أي ليلة هي ، هي الليلة التي أمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم بقيامها ، وهي ليلة سبع وعشرين

“Demi Allah, sungguh aku tahu malam mana malam itu (lailatul Qadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke 27.” (riwayat Imam Muslim)

Ini adalah pendapat sahabat Nabi RA. Walaubagaimanapun Al Hafidz Ibn Hajar Al Atsqalani rahimahullah membuat rumusan daripada keseluruhan tentang hadis-hadis berkaitan Lailatul Qadar, menurutnya Allah SWT lebih mengetahui bilakah malam tersebut, cuma Nabi SAW memberi kepada kita tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam tersebut.

Ia bukan bererti Nabi SAW menetapkan malam itu pada 27, 29, atau 25, tetapi sebenarnya ia adalah sebagai satu ujian kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. 

Orang yang tidak pernah menghidupkan malam sejak awal Ramadhan dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatul qadar tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut, melainkan dia konsisten sejak awal lagi, mudah-mudahan dia memperolehnya.

Sumber : AAAS

Read More

Kenal Betul-Betul Wanita "Syaitan" Ini...

Gambar di atas merupakan gambar ahli politik wanita Israel, Ayelet Shaked, dan KedahNews.com memohon umat Islam di seluruh dunia supaya mengecam betul-betul mukanya supaya tidak terlepas peluang untuk menampar muka atau pijak kepalanya sekiranya bertemu dengan wanita itu.

Ahli Parlimen Israel itu baru-baru ini dilaporkan dengan angkuhnya berkata bahawa kesemua rakyat Palestin merupakan pengganas yang harus dihapuskan segera dari muka bumi.

Lebih buruk lagi, wanita syaitan itu turut menegaskan bahawa golongan wanita Palestin perlu dibunuh terlebih dahulu supaya keturunan rakyat Palestin akan mati dan tidak akan terus berkembang.

“Mereka (para ibu) harus mati, rumah mereka perlu dimusnahkan, agar mereka tidak lagi boleh melahirkan keturunan pengganas. Mereka semua merupakan musuh kita dan mereka perlu mati di tangan kita (rejim zionis),” katanya yang dipetik dari laporan Press TV.

Sumber terkini dari Palestine memaklumkan bahawa seramai 214 penduduk Palestin telah terkorban sejak rejim zionis membedil Semenanjung Gaza bermula minggu lalu.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam mengulas kenyataan Ayelet itu jelas marah dan beliau menyamakan wanita tersebut dengan ahli politik Jerman, Adolf Hitler, yang namanya cukup sensitif di kalangan orang Yahudi.

Mungkin Erdogan sengaja mahu menyakitkan hati Ayelet dengan menyebut kembali nama Hitler yang sebelum ini telah menyebabkan lebih kurang 6 juta bangsa Yahudi dibunuh dalam satu peristiwa hitam golongan Israel itu yang digelar "The Holocaust". -KedahNews.com

Read More

Perbezaan Matlamat Hidup Muslim Dan Bukan Muslim


Manusia dipilih Allah SWT sebagai makhluk paling mulia di muka bumi ini menggalas amanah dan tanggungjawab getir iaitu beribadah kepada Allah SWT serta memakmurkan dunia ini. Justeru, tidak hairanlah setiap manusia memiliki matlamat dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia.

Al-Quran sebagai kitab panduan dan pedoman untuk umat manusia dari awal telah merakamkan pelbagai kisah rutin hidup yang mengiringi setiap langkah manusia. Namun, ada manusia menjadikan keseronokan dunia sebagai matlamat hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan (sebaliknya) orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum seperti mana binatang ternakan makan minum sedangkan nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.” (Surah Muhammad, ayat 12)
Firman Allah SWT:
Dirikanlah solat, berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang sedemikian sifatnya) Dialah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 77-78)

Di samping itu, al-Quran turut menyingkap kisah segolongan manusia yang mengejar kekayaan dan meraih sebanyak mungkin harta dunia yang mengasyikkan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: 

“Dihiaskan kepada manusia nafsu yang inginkan perempuan, anak pinak, harta benda emas dan perak, kuda, binatang ternakan serta kebun tanaman, semuanya itu kesenangan hidup dunia. Dan (ingatlah) di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Ali-Imran, ayat 14)
Suka lakukan kerosakan

Selain itu, terdapat juga manusia suka melakukan kerosakan di muka bumi dengan menaburkan pelbagai fitnah dan kejahatan yang boleh mendatangkan mudarat kepada ummah sejagat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan dia (bersumpah dengan mengatakan) Allah menjadi saksi atas apa yang ada di dalam hatinya pada hal dia orang yang keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapatkan hajatnya) berusahalah dia di bumi untuk melakukan bencana padanya dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternakan dan manusia) sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.” (Surah al-Baqarah, ayat 204-205)

Demikianlah gambaran al-Quran secara umum mengenai persepsi sebahagian besar manusia yang menghuni alam ini terhadap makna dan hakikat kehidupan. Ini berbeza dengan pandangan orang Islam terhadap erti kehidupan kerana Islam sebagai al-Din yang lengkap dalam semua lapangan.

Jambatan menuju akhirat

Orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT menjadikan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju alam akhirat yang kekal abadi. Setiap Muslim sepatutnya menyedari dia memikul tanggungjawab besar sebagai khalifah Allah SWT untuk menegakkan kalimah Islam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Rukuk dan sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhanmu (dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya. Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agama) dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu orang Islam sejak dulu dan dalam (al-Quran) ini supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (mengenai kebenaran dan kesalahan). Oleh itu, dirikanlah solat, berilah zakat dan berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang sedemikian sifatnya) Dialah sebaik-baik pelindung dan pemberi pertolongan.” (Surah al-Hajj, ayat 77-78)
Demikianlah matlamat hidup manusia yang telah digariskan Allah SWT kepada manusia mengenai tujuan kehidupan di dunia bukanlah sia-sia atau permainan semata-mata. Sebaliknya, penciptaan manusia mempunyai hikmah sebagai khalifah menyampaikan Islam kepada ummah sejagat.


Sumber : Berita Harian

Read More

Que Haidar Akan Ke Gaza Bantu Rakyat Palestin


Sebagai saudara seagama, pastinya penderitaan yang dialami penduduk Palestin pada ketika ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada kita seluruh rakyat Malaysia.

Tidak terkecuali pelakon Que Haidar yang menyatakan keinginannya mahu ke Gaza bagi membantu seberapa yang boleh untuk penduduk di sana.

“Setiap hari saya melihat apa yang berlaku kepada mereka di televisyen, surat khabar dan Internet. Saya pun ada anak dan isteri, apabila melihat anak-anak kecil dan wanita di sana dibunuh, dikejami dan mati setiap hari, ia benar-benar menyedarkan saya.

“Sebab itu, saya fikir apa lagi boleh kita lakukan untuk membantu mereka,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Menurut aktor berkaliber ini lagi, untuk menyertai misi kemanusiaan tersebut dia telah mendapatkan maklumat berhubung sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aman Palestin yang pernah disertai Maulana AF sebelum ini.

Hasil perbincangannya dengan Aman Palestin, mereka akan bertolak ke Palestin dalam jangka masa terdekat bagi membantu penduduk yang teraniaya di tanah mereka sendiri.

Memang satu tindakan mulia apa yang Que buat ni, semoga segala perancangan yang telah direncana akan berjalan lancar dan semoga semuanya selamat pergi dan kembali. InsyaAllah.


Sumber : MyNewsHub.My

Read More

Terkini: 27 Keping Gambar Tragedi #MH17, Passport Identiti Warga Malaysia


Berikut disiarkan sebanyak 27 keping gambar tragedi pesawat Boeing 777 MH17 milik Malaysia Airlines yang dilaporkan terhempas di sekitar wilayah Donetsk, Ukraine.

Difahamkan pesawat berkenaan membawa seramai 280 orang penumpang dan 15 orang kru pesawat yang dikhuatiri terbunuh dalam insiden mengejutkan dunia itu.

Pihak berkuasa Ukraine tidak menolak kejadian tersebut adalah angkara puak pemisah Ukraine yang sebelum ini pernah menembak jatuh beberapa pesawat milik angkatan tentera negara itu pada 14 dan 11 Julai, baru-baru ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang dipetik dari sumber media Ukraine, Life News.


























Read More

Terkini #MH17: Hampir 100 Mayat Ditemui Dalam Radius 15 Kilometer Grabovo.


ALOR SETAR - Puluhan mayat ditemui bergelimpangan di sekitar kawasan serpihan pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Donetsk yang terletak di sebelah kawasan timur Ukraine.

Memetik dari sumber media antarabangsa, Reuter, seorang pekerja menyelamat dan perkhidmatan kecemasan berkata sekurang-kurangnya 100 mayat sudah ditemui sehingga kini di tempat kejadian, berhampiran Kampung Grabovo.

Menurutnya lagi, serpihan pesawat berkenaan ditemui di kawasan sekitar radius keluasan 15 kilometer dari kedudukan pesawat yang terhempas itu.

"Saya berada di atas traktor ketika terdengar bunyi pesawat dan letupan kuat. Kemudian, saya nampak sebuah pesawat jatuh ke tanah dan pecah kepada dua.

"Kawasan itu dipenuhi asap hitam yang tebal," kata seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Vladimir. 

Pecahan sayap bertanda biru dan merah cat iaitu warna yang sama mewakili lambang syarikat penerbangan Malaysia di mana pesawatnya jenis Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Seorang pemberontak pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei mendakwa ternampak kapal terbang itu menjunam jatuh tinggi dari udara  dan kemudian mendengar dua letupan dari balkoni rumahnya.

Bagaimanapun, dia menafikan pihaknya menembak pesawat berkenaan.

"Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah)," katanya kepada Reuters.

Sergei menegaskan bahawa kumpulan pemberontak yang disertainya itu tidak mempunyai sebarang senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian berpuluh ribu kaki dari permukaan bumi itu. - KedahNews.com

Read More

Terkini: Senarai Kru & Anak Kapal #MH17


Pesawat penerbangan MH17 Malaysia Airlines (MAS) dari Amsterdam ke Kuala Lumpur disahkan terhempas di kawasan konflik berhampiran Donets Ukraine pada lewat malam Khamis 17 Julai 2014 waktu Malaysia.

Menerusi laporan awal MAS dalam akaun Twitter, pesawat MH17 jenis Boeing 777  yang membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal telah terputus hubungan dengan menara kawalan setelah memasuki ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Menurut sumber berita Rusia, MH17 dipercayai  telah ditembak oleh pengganas menggunakan peluru berpandu ketika terbang pada pada ketinggian 10,000 meter.

Tambah laporan lagi, kesemua 280 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan MH17 itu terbunuh. 

Berikut senarai nama anak kapal MH17 yang KedahNews.com perolehi :

1. Kapten Wan Amran Wan Hussin
2. Kapten Choo Jin Leong Eugene
3. Ahmad Hakimi Bin Hanapi
4. Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
5. Mohd Ghapar Bin Abu Bakar
6. Dora Shahila Binti Kassim
7. Azrina Binti Yakob
8. Lee Mui Pin
9. Mastura Binti Mustapa
10. Chong Yee Pheng
11. Shaikh Mohd Noor Bin Mahmoof
12. Sanjit Singh Sandhu
13. Hamfazlin Shah Binti Mohamed Arifin
14. Nur Shazana Binti Mohamed Sallem
15. Angeline Premila Rajandaran

Al-Fatihah.... -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Reaksi Awal Najib Sejurus Tragedi #MH17



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menzahirkan perasaan terkejut beliau terhadap perkhabaran yang baru diterima mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di wilayah Donetsk, Ukraine, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Russia, semalam.

Perdana Menteri turut menegaskan pihak Kerajaan akan menyiasat mengenai insiden tersebut serta merta sebagaimana yang dinyatakan menerusi akaun laman Twitter rasminya.

“Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas. Kita sedang lakukan siasatan dengan segera.” kata Najib.

Dipercayai kesemua 295 penumpang dan anak kapal pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai maut dalam kejadian tersebut. -KedahNews.com

Read More

Terkini Dari Ukraine: Media Ukraine-Rusia Dakwa #MH17 Ditembak BUK-M1 Militan LHR


Alor Setar - Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dilaporkan terhempas di Donetsk, Ukraine, sebentar tadi didakwa berkemungkinan telah ditembak oleh senjata anti-pesawat BUK-M1 yang juga dikenali sebagai SA-11 milik pengganas militan di negara itu.


Memetik dari laman media sosial twitter media antarabangsa, @NATOSource, menjelaskan kemungkinan pesawat Boeing 777 itu telah menjadi mangsa tembakan puak militan Luhansk People’s Republic (LPR) di Ukraine.

LPR baru-baru mengaku bertanggungjawab menembak dua pesawat milik Tentera Udara Ukraine pada 14 Julai lalu, dan sebuah pesawat lagi pada 11 Julai sebelumnya.

Pesawat MH17 itu dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam semalam dan sepatutnya masuk ke ruang udara Rusia pada jam 5.20 waktu Moscow terhempas kira-kira 60 kilometer sebelum memasuki sempadan negara itu.

Memetik dari media Rusia, ITAR-TASS, pihak berkuasa di Ukraine sedang menyiasat tentang malapetaka tersebut.

"Walau bagaimanapun, pesawat itu terhempas kira-kira 60 kilometer dari sempadan" kata sumber dari pusat kawalan udara Ukraine yang dipetik dari agensi berita itu. -KedahNew.com

Read More

Breaking News: Pesawat MAS #MH17 Terhempas Di Ukraine!

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat penumpang milik Malaysia Airlines (MAS), MH17 dilaporkan telah terhempas di Donetsk, Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, lapor media antarabangsa, Reuter.

Memetik dari sumber industri penerbangan antarabangsa, laporan tersebut menyatakan pesawat itu dikatakan di dalam penerbangan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber itu lagi, pesawat MH17 tersebut membawa seramai 295 penumpang dari pelbagai negara termasuk 15 krew.

Lebih membimbangkan, desas-desus memberitahu bahawa pesawat itu terhempas setelah ditembak jatuh oleh pihak yang tidak dikenal pasti pada paras 30,000 kaki di udara.


Sumber MAS pula dikatakan memberitahu pihak mereka telah terputus hubungan dengan pesawat tersebut dari ibu negara Belanda itu.

Sementara itu, sumber dari Kementerian Dalam Negeri Ukrain menyatakan kebimbangan mereka mengenai nasib para penumpang dan krew pesaawat itu yang dikhuatiri menjadi korban pada insiden tersebut.

Berita selanjutnya akan menyusul. -KedahNews.com

Read More
Newer Posts Older Posts Home