"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 28 October 2014

Anda Ada Pinggang Kerengga Begini?

Anda mahu pinggang begini?
New York – Selama tujuh tahun Kelly Dekay memakai korset dan kini dia mendapat pinggang yang diidamkannya iaitu pinggang ramping umpama kerengga dengan ukuran 16 inci.

Meskipun terpaksa menahan kesakitan dan menghadkan pergerakannya namun Kelly tetap melakukannya. Baginya ia membantu dia membuang sifat pemalu dalam dirinya.

Ketika kecil, Kelly merupakan seorang tomboy dan ketika berusia 20 tahun, dia tertarik dengan imej kartun Jessica Rabbit lalu wanita ini terus menukar dirinya dengan mengenakan korset.

“Apabila memakai korset ini, saya berdepan dengan beberapa kesukaran termasuk aktiviti fizikal seperti menaiki tangga atau membawa barang yang berat kerana ia boleh mencederakan saya.

“Saya pernah mendaki dengan memakai korset, namun ia amat bahaya,’’ katanya yang juga pelajar bidang fesyen.

Walaupun berdepan kesukaran dan mendapat kecaman ramai, namun Kelly tidak bercadang untuk berhenti daripada memakai korset.

“Saya mendapat komen yang pelbagai. Ada orang yang sukakannya dan tidak kurang pula yang membenci.

“Tetapi saya tidak kisah kerana saya melakukan untuk diri sendiri dan bukannya untuk orang lain,’’ katanya.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Sekitar Kedah Antara 29 Senarai Lokasi "Paling Keras" Di Semenanjung!

Setahun dua yang lalu, dikatakan bahawa seorang individu dari Kumpulan Pengkaji Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, pernah menyenaraikan sebanyak 29 lokasi "paling keras" di sekitar Semenanjung Malaysia.

Beberapa lokasi di negeri Kedah turut disenaraikan sebagai lokasi paling berhantu itu, antaranya di Lorong Petani dan bangunan berhampiran pejabat Bernama lama di Pekan Rabu, Alor Setar, jambatan Titi Haji Idris di Pendang serta banyak lagi.

Sebetulnya, KedahNews.com tidak "pakar" dalam hal ehwal paranormal ini. Namun kami sebagai umat Islam percaya dan yakin tentang kewujudan alam ghaib sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran berkenaan kejadian jin, syaitan, iblis dan alam roh.

Tidak dapat dipastikan sama ada 29 lokasi yang dilaporkan "paling keras" itu benar-benar "keras" atau tidak. 

Namun pada mereka yang berminat atau ingin "test power" dengan lebih lanjut, mereka boleh cuba sendiri ke lokasi-lokasi berikut;

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur.
2. Institut Victoria, Kuala Lumpur.
3. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
4. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Jambatan Sungai Perak, Perak.
5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur.
6. Jalan KL ke Genting Highland.
7. Kawasan Kota Lama, Melaka.
8. Kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
9. Tobiar, Pendang, Kedah. (Tidak dinyatakan lokasi spesifik).
10. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur.

11. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kubu Bharu, Selangor.
12. Lebuhraya Karak (baru dan lama)
13. Hospital Lady Templer atau Poliklinik Cheras, Kuala Lumpur.
14. Jalan simpang masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
15. Rumah sewa "RM50" di Seksyen 2 dan beberapa rumah lagi di Shah Alam, Selangor.
16. Kawasan Kubur Panjang, Pendang, Kedah.
17. Sekitar kediaman elit di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
18. Penjara Pudu, Kuala Lumpur. (telah dirobohkan, tiada lawatan di sini)
19. Kawasan berhampiran Tambun Inn, Perak.
20. Kawasan berbukit di Teluk Chempedak, Kuantan Pahang.
21. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.
22. Kellie's Castle di Perak.
23. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang.
24. Kawasan Lorong Petani, Alor Setar, Kedah.
25. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah.
26. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Setar, Kedah.
27. Villa Nabila, Johor Bahru, Johor.

28. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang, Selangor.
29. Kawasan di sekitar Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, kami percaya ilmu dan ketinggian martabat manusia sebagai sebaik-baik makhluk kejadian Allah SWT mampu mengatasi sebarang insiden yang mampu dilakukan oleh makhluk halus di muka bumi ini.

Dengan iman dan taqwa pada Maha Pencipta, berbekalkan keyakinan yang teguh kepada Al-Quran dan ajaran Rasulullah SAW, semoga kita semua terhindar dari sebarang kejadian tidak diingini yang berpunca dari alam misteri itu. Wallahu'alam. -KedahNews.com 

Read More

Peguam Anwar Lebih Tumpu KY Jelly Berbanding Air Mani

Anwar dan Gopal
PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan dalam kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoal sama ada terjadi penembusan dalam perbuatan liwat yang didakwa berlaku kerana keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak konsisten berhubung kewujudan bahan pelincir dalam perbuatan itu.

Dalam hujahnya, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, berdasarkan keterangan pengadu, Mohd Saiful, di Mahkamah Tinggi, perbuatan itu dilakukan secara kasar serta laju hingga menyebabkannya mengalami kesakitan pada anus dan perut.

Berhujah di hadapan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan, yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sri Ram berkata sekiranya keterangan itu betul, maka bahan pelincir dikenali sebagai 'KY Jelly' telah tidak digunakan kerana penggunaannya bertujuan memudahkan penembusan dan mengelak kesakitan.

Katanya bukti perubatan mengesahkan bahawa tiada trauma atau kecederaan dikesan pada anus Mohd Saiful.

Sri Ram berkata bahan pelincir itu tidak disebut pihak pendakwaan dalam senarai barang kes yang diambil daripada Mohd Saiful, saksi pertama dalam perbicaraan kes liwat berkenaan.

"Ketiadaan bahan pelincir dalam senarai itu menimbulkan keraguan serius tentang kredibiliti Mohd Saiful serta ketiadaan kredibiliti dalam kes yang dikemukakan pendakwa dan keseluruhan penyiasatan," katanya serta menegaskan bahawa dalam laporan polis juga, Mohd Saiful tidak menyebut tentang penggunaan jeli itu.

Menjawab soalan Arifin kenapa beliau berkata tidak wujud kredibiliti, Sri Ram berkata sekiranya jeli digunakan, Mohd Saiful tidak akan mengalami kesakitan.

Sri Ram berhujah bahawa hakim perbicaraan langsung tidak memberi tumpuan terhadap bahagian berkenaan dalam kes terbabit, walaupun perkara itu (penggunaan KY Jelly) menjadi tumpuan asakan dalam pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh.

Sri Ram berkata dalam keterangannya, Mohd Saiful menyatakan air mani terus berada di dalam anusnya selama beberapa hari, tetapi dalam keterangannya ketika disoal balas oleh Karpal, Mohd Saiful berkata dia tidak mandi selepas berlaku kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya, tetapi mandi pada pagi sebelum kejadian itu.

"Ini menunjukkan keterangan Mohd Saiful tidak konsisten," katanya.

Sri Ram berkata KY Jelly adalah bahan kes penting, tetapi ia hanya muncul dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwa terhadap Mohd Saiful dan Mohd Saiful pula memberitahu mahkamah bahawa dia sendiri membeli jeli itu sebelum pergi ke kondominium berkenaan.

Sri Ram berkata apabila ditanya Karpal pada kali pertama sama ada jeli berkenaan adalah sesuatu yang difikirkan kemudian, Mohd Saiful menjawab 'ya', tetapi saksi utama itu mengubah jawapan kepada 'tidak' selepas dia meminta Karpal mengulang pertanyaan itu.

Pada perbicaran hari ini, Ky Jelly menjadi fokus pihak pembelaan, walaupun ia tidak begitu diberi tumpuan ketika rayuan kes ini dibicarakan di Mahkamah Rayuan pada 6 dan 7 Mac tahun ini.

Dalam rayuan terakhirnya ini, Anwar memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful, 27, manakala pihak pendakwaan memfailkan rayuan balas untuk memohon mahkamah menambah hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar, 67.

Pihak pembelaan mengemukakan 46 alasan untuk memohon mahkamah melepaskan Anwar daripada tuduhan itu dengan berkata sabitan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac adalah tidak kukuh.

Dalam satu lagi hujahnya, Sri Ram mempertikai perbuatan Mohd Saiful yang hanya membuat laporan polis dua hari selepas berlakunya kejadian yang didakwa itu dengan memberi alasan dia bimbang tentang keselamatan dirinya.

Kata peguam itu, sekiranya perkara itu betul, Mohd Saiful pasti telah membuat laporan polis atau dengan sendiri pergi mendapatkan pemeriksaan fizikal dengan secepat mungkin, tetapi Mohd Saiful menunggu sehingga dua hari sebelum pergi ke hospital dan seterusnya membuat laporan polis pada 28 Jun 2008.

Ketika menyerang kredibiliti Mohd Saiful sebagai saksi utama, Sri Ram berkata tingkah laku Mohd Saiful ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku adalah tidak konsisten dengan keterangannya. Dalam hujahnya, Sri Ram berkata Mohd Saiful pergi berjumpa Anwar pada hari berikutnya selepas hari yang dikatakan berlaku kejadian itu untuk mengadakan perbincangan dan selepas itu minum teh bersama Anwar di rumah Anwar. "Tingkah lakunya pada 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian itu didakwa berlaku, menjelaskan sesuatu. Dia mengenal pasti dirinya dalam foto yang dirakam ketika minum teh di situ.

Berdasarkan gambar berkenaan, tingkah laku saksi pertama ini (Mohd Saiful) adalah sangat penting," katanya.

Sri Ram berkata Mohd Saiful hampir tidak langsung kelihatan seperti seseorang yang sedang diancam atau seseorang yang berada dalam ketakutan, tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terlepas pandang mengenainya dalam kes ini.

Mengenai alasan berikutnya, Sri Ram berhujah tentang dua seluar dalam Mohd Saiful yang dipakai saksi itu dalam kejadian berkenaan dan ketika dia membuat laporan polis, tetapi tidak disebut dalam rayuan di Mahkamah Rayuan.

Katanya Mohd Saiful memakai seluar dalam pada hari dia didakwa diliwat, tetapi dari segi forensik, ia tidak bermakna kerana apabila pegawai penyiasat merampas seluar dalam itu, ia telah dicuci oleh ibu tunang Mohd Saiful.

Bagaimanapun, ahli kimia mendapati wujud kesan air mani pada satu lagi seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful pada hari dia membuat laporan polis iaitu 28 Jun 2008.

"Menurut pihak pendakwaan, kesan itu berasal daripada perayu, tetapi seluar dalam berkenaan bukanlah yang dipakai Mohd Saiful pada waktu berkenaan. Ini menyebabkan keterangan Mohd Saiful tidak boleh diterima.

"Mahkamaah Tinggi terlepas pandang sepenuhnya tentang semua perkara ini. Mahkamah Rayuan tidak mendapati seluar dalam berkenaan disebut dalam penghakiman (mahkamah Tinggi) pada kali pertama. Ia juga tidak mendapatinya disebut dalam penghakiman yang mensabitkan kesalahan perayu (Anwar)," katanya. -BERNAMA

Read More

JPJ Kedah Jumpa Penjual Aksesori Kenderaan 1 November

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah akan melakukan program advokasi dalam masa terdekat terhadap pemilik premis menjual aksesori kenderaan yang tidak mematuhi undang-undang.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Kedah Shahrul Azhar Mad Dali berkata pihaknya perlu menjelaskan mengenai undang-undang sedia ada kerana terdapat aksesori yang melanggar undang-undang seperti lampu ‘High-Intensity Discharge’ (HID) dan lampu ‘Strobe’.

Katanya, program advokasi perlu dilakukan secara besar-besaran kepada orang ramai dan pengusaha pusat aksesori kenderaan, sebelum penguatkuasaan dan nombor pendaftaran dikuat kuasa oleh JPJ bermula 1 Nov ini.

Beliau berkata pihaknya bercadang untuk mengatur pertemuan dengan pengusaha aksesori kenderaan bagi menerangkan lebih lanjut mengenai penyalahgunaan aksesori yang boleh mengundang kemalangan.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi membanteras penjualan aksesori yang menyalahi undang-undang. 

"JPJ tiada kuasa untuk merampas barangan tersebut dan kita hanya mampu memberi kesedaran kepada mereka,” katanya kepada pemberita dalam Taklimat Khas bersama-sama Skuad Muda 1JPJ Kedah di Ibu Pejabat JPJ negeri di sini malam tadi. – BERNAMA

Read More

Harussani Dakwa Syed Azmi Main-Main Minta Maaf

IPOH  – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan permohonan maaf oleh penganjur program I Want To Touch A Dog, Syed Azmi Alhabshi kelmarin sebagai satu permainan semata-mata dan tidak dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Menurut beliau, wajah penganjur program itu tidak menunjukkan tanda kekesalan di atas perbuatannya sewaktu membuat permohonan maaf tempoh hari.

“Saya melihat itu (permohonan maaf oleh penganjur) hanya permainan. Wajahnya tidak menunjukkan kekesalan malah dia tersenyum, jadi ini satu permainan.

“Saya mendapat tahu selepas sidang akhbar ketika wartawan hendak tanya, dia lari tidak mahu menjawab soalan. Ini seperti melepaskan batuk di tangga dan inilah yang berlaku,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan al-Quran dan Negara Toyyibah di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penganjur program I Want To Touch A Dog. Syed Azmi yang akhirnya tampil meminta maaf kelmarin di atas perbuatannya menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurut Harussani, penganjur tidak perlu meminta maaf kepada masyarakat sebaliknya wajib bertaubat kerana melanggar hukum Allah.

“Kita tersinggung di atas perbuatannya sebab kita beragama Islam, tetapi Tuhan murka kerana dia melakukan penghinaan terhadap hukum Allah, jadi dia wajib bertaubat dan tidak akan melakukannya lagi,” katanya. -Utusan

Read More

Lelaki Saudi Tangkap Haiwan Aneh Di Padang Pasir


Jeddah – Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi

Read More

Sintok Banjir: Dua Pelajar UUM Hampir Lemas

Persimpangan Kampung Lembah Keriang dinaiki air akibat banjir kilat, semalam. - Foto: JPAM Kedah
SINTOK – Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila air sungai melimpah di Jalan Sintok- Bukit Kachi, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu penunggang motosikal Nor Zaimi Ibrahim, 39, yang cuba meredah arus deras, tiba-tiba terjatuh dan hampir lemas.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam, Lee Ah Hing berkata, kejadian berlaku kira-kira 1 kilometer sebelum sampai ke Bukit Kachi.

Bagaimanapun, mangsa terselamat selepas dapat berpaut pada tiang elektrik ketika dihanyutkan arus.

“Dua lagi mangsa terperangkap dalam arus deras itu, Mohd Saiful Afendi Azlan, 25, dan rakan Siti Nor Aishah Mohd Zain, 24, yang berada dalam kereta untuk ke kolej kediaman UUM Bukit Kachi.

“Kedua-duanya diselamatkan anggota bomba dengan menggunakan tali bagi mengeluarkan mangsa dari kawasan kejadian,” katanya.

Tambah beliau, air sungai berhampiran jalan melimpah akibat hujan lebat sebelum itu menyebabkan arus deras melintasi jalan dan mangsa terperangkap di tengah-tengah jalan itu,” katanya.

Beberapa bangunan UUM dan Akademi Binaan Malaysia Bukit Kachi turut dilanda banjir lumpur akibat hujan lebat.   -Sinar Harian

Read More

Garfi: Kucing Paling "Garang" Dalam Dunia..!

Garfi... Garangnya..!
Garfi, seekor kucing parsi kini menjadi perbualan terutama di kalangan pencinta kucing seluruh dunia.

Ekspresi wajahnya membuatkan ramai orang tertarik  dan ia juga membuatkan Garfi dimahkotakan menjadi kucing paling ‘garang’ di dunia.

Dengan memek muka sebegitu, Garfi kelihatan marah 24 jam.

Namun segarang-garang Garfi pun, kami lihat ia adalah seekor kucing yang baik.
Lihat sahaja gambar-gambar yang dirakam oleh pemiliknya, Hulya Ozkok. Elok sahaja dia bergambar.

Bagi menampakkan gambar lebih menarik, pemiliknya mengayakan Garfi dengan latar belakang dan aksesori bersesuaian dengan wajah bengis Garfi.

Lihat gambar Garfi di bawah, kucing garang ini sememangnya sangat comel.

1
2
3
5
6
7
8
11
13
14
15

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Buku Sayuti Buat Rakyat Tak Percaya Pada PAS, Pakatan

Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah, oleh Mohd Sayuti Omar
KUALA LUMPUR -  PAS Selangor kesal dengan penerbitan satu buku bertajuk “Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah”  oleh penulis politik, Mohd. Sayuti Omar.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, penerbitan buku itu bakal menyukarkan pakatan pembangkang di Selangor memulihkan keyakinan orang ramai.

“Kami di Selangor baru sahaja selesai melalui krisis Menteri Besar dan sekarang ini memandang ke hadapan berusaha untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat yang telah sedikit sebanyak terhakis akibat dari krisis tersebut.

“Oleh yang demikian, adalah tidak perlu membawa krisis yang berlaku di luar ke negeri Selangor. Kami di Selangor tidak perlu disibukkan dengan perkara tersebut,” katanya dalam satu kenyatan media hari ini.

Iskandar turut menyifatkan penerbitan buku itu juga bertujuan mengelirukan rakyat Selangor dengan membawa isu-isu luar terutama isu kejatuhan kerajaan PAS di Kedah,

Justeru, beliau menegaskan program Bedah: Inside Story: Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah yang dirancang diadakan di Ampang di sini oleh pihak tertentu tiada kaitan dengan PAS Selangor.

“Satu kajian telah menunjukkan sokongan rakyat kepada pakatan telah meningkat. Maka janganlah pula ada yang menjadi pengacau kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS dan pakatan di Selangor,” katanya.

Mohd. Sayuti dalam blog beliau mendakwa buku itu adalah satu dokumen sejarah yang merekodkan faktor yang menyebabkan kerajaan PAS tumbang di Kedah.

Dakwa beliau, ia bertujuan supaya tragedi yang berlaku di Kedah itu tidak berulang di negeri lain kerana ia relevan dengan isu jawatan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Read More

PAS Perlu "Tunduk" Pada PKR & DAP, Jika... - Khalid Samad

KUALA LUMPUR – PAS mengakui parti itu terpaksa mengalah dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi masa depan politiknya dalam Pakatan Rakyat.

Menyifatkan pernah ‘disiku’ oleh rakan sekutunya itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagaimanapun berkata, parti itu perlu bertahan jika ingin terus bersama dengan DAP dan PKR.

“Kita kena faham adat berkawan, kalau dulu biasanya main sendirian, tapi sekarang dah ada kawan. Tak boleh kememeh (manja), main bola dengan kawan pun kadang-kadang kena siku.

“Lalu relakslah. Kalau kena siku…balik rumah beritahu mak ayah dibuli, takut-takut akhirnya tak ada orang nak kawan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2015 di sini.

Bagaimanapun, Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS menegaskan bahawa parti tidak pernah dibuli oleh DAP dan PKR ketika berada dalam Pakatan Rakyat sejak penubuhannya pada 2008.

“Dari segi dakwaan buli yang disebut oleh Yang Berhormat (YB) Ketereh (Tan Sri Annuar Musa) khususnya mengenai PAS dalam Pakatan Rakyat, saya ingin nyatakan secara jelas bahawa dalam pakatan ini, PAS tidak dibuli,” katanya.

Sebelum ini, ketika membahaskan RUU yang sama, Annuar mendakwa PAS sering menjadi mangsa buli oleh DAP dan PKR dalam pelbagai perkara termasuk yang terbaharu membabitkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor. - mStar Online

KJ Kecam Malaysian Insider Buruk Lapor Isu Alvin, Ali

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengkritik portal berita The Malaysian Insider kerana membuat laporan tidak benar berhubung tindakan Ali Abd, Jalil dan Alvin Tan melarikan diri ke luar negara bagi mencari suaka politik.

Beliau menyelar laporan The Malaysian Insider kerana memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu yang berhadapan prosiding mahkamah itu terpaksa lari dari Malaysia sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan.

“Saya ada masalah besar dengan artikel yang dikeluarkan oleh sebuah portal pro-pakatan ini. Artikel ini bermula dengan: 
“Keputusan Ali Abd Jalil dan Alvin Tan mencari suaka politik berbanding berdepan dengan sistem keadilan bagi kesalahan mereka merupakan simptom peningkatan kekecewaan anak muda berhubung tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik”.
“Ini memberi gambaran seolah-olah kedua-dua individu ini terpaksa lari dari Malaysia, mencari perlindungan di luar negara sebab tidak mahu dizalimi oleh kerajaan yang tidak membernarkan kritikan dan kebebasan bersuara. Sebab itu ditulis tentang “tindakan tegas Putrajaya terhadap musuh politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy menerangkan, kes yang dihadapi kedua-dua individu tersebut di mahkamah bukan merupakan kes politik tetapi laporan The Malaysian Insider mendakwa mereka adalah pelarian politik yang menentang kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan bersuara.

Jelasnya, Ali dan Alvin didakwa di mahkamah bukan kerana mengkritik kerajaan tetapi kerana memuat naik gambar ‘bak kut teh halal’ yang menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia.

Ali pula, kata beliau, memang mengkritik UMNO tetapi dia didakwa di mahkamah bukan kerana itu sebaliknya kerana komennya tentang institusi sultan dan raja di negara ini.

“Antara komen beliau, mahu raja dihapuskan dan sultan rasa negara ini “kepala bapak depa punya.” Tulis “kami berani mati, tetapi baru kena dakwa di mahkamah terus lari,” sindir Khairy.

Justeru, beliau menyelar The Malaysian Insider kerana cuba memberi gambaran seolah-olah Alvin dan Ali hero anak muda yang menentang kerajaan atau polisi kerajaan dengan menutup fakta kes mereka didakwa kerana menghina perkara-perkara yang sensitif.

“Nak jadikan mereka ini ikon orang muda? Nak kata mereka ini contoh bagi orang muda di Malaysia? Saya rasa majoriti anak muda Malaysia lebih suka melihat dua orang ini tidak kembali semula ke tanah air,” tegasnya. -Mynewshub.my

Read More
Newer Posts Older Posts Home