"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Tuesday, 21 October 2014

Wanita Mabuk Tak Sedar Berenang Sampai 75 Kilometer!

Itu adalah antara hikmahnya Islam melarang umatnya untuk mengambil minuman beralkohol. Tapi tak tahulah agama lain atau beberapa pemimpin DAP dan PKR yang sebelum ini menyokong pesta arak, "Octoberfest".

Kisah benar ini berlaku terhadap seorang wanita di China akibat pengambilan minuman tersebut.

Shen Ailan yang berusia 57 tahun telah mabuk selepas mengambil sejenis vodka China – Baijiu sebanyak 2 botol.

Untuk menghilangkan pening, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk merendamkan kepalanya ke dalam sebatang sungai.

Dia terjun ke dalam Sungai Yangtze di Bandar Huangshi, Wilayah Hubei dan sedikit masa kemudian, dia tidak sedarkan diri.

Ajaibnya, selepas 10 jam, Ailan kembali terjaga dari ‘tidurnya’ dan berada di Bandar Ruichang, kira-kira 75 kilometer dari Yangtze.

Shen-Ailan21-550x308

Memetik kenyataan Ailan dari laman Oddity Central, wanita itu dilaporkan berkata...
"Saya mengambil keputusan untuk membasahkan kepala agar ia segar kembali. Ia berlaku pada tengah hari dan selepas itu semuanya menjadi gelap."
Walau bagaimanapun, dia bernasib baik kerana masih hidup walaupun menghidapi kejutan hipotermia akibat berada di dalam air yang sejuk.

Paramedik juga berkata, secara automatik, tubuh Ailan telah mengekalkan posisi kepalanya di atas permukaan air kerana arus membawanya ke hilir sungai.

Dia juga bernasib baik kerana walaupun terdapat banyak bahaya menanti di sepanjang laluan sungai, antaranya jambatan, bot dan kapal, namun dia tidak mengalami sebarang luka teruk.

Ketika sedar, tangisannya telah didengar oleh Li Chunfu, penduduk di Ruichang. Chunfu terjun ke dalam air dan menarik Ailan keluar.

Saya menghidu bau alkohol yang kuat ketika menariknya keluar dari sungai,” ujar Chunfu. -KedahNews.com

Read More

Kisah Benar: Menyayat Hati, Gadis Peluk Bekas Kekasih Di Depan Pelamin..

Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lepas.

Pada tarikh tersebut seorang lelaki dikenali sebagai Rais melangsungkan pernikahannya.

Antara yang hadir di hari berbahagianya itu adalah bekas teman wanita Rais dikenali sebagai Risna, 22.

Persis babak sedih dalam drama, Risna tiba-tiba tidak dapat menahan diri lalu memeluk bekas kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai termasuk isteri Rais.

Difahamkan, Risna dan Rais telah berpacaran selama tujuh tahun tetapi kerana jodoh tiada, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain, menurut sumber suarainsan.net.

Tindakan Risna membuat suasana majlis menjadi agak kecoh namun ada juga jemputan turut menangis menyaksikan babak drama realiti percintaan yang berlaku depan mata mereka itu.

Keluarga Rais menyatakan pihak mereka sudah pernah bertemu keluarga Risna untuk datang melamarnya bagi dijadikan isteri selepas mereka berpacaran lama, namun lamaran ditolak oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.

“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais lagi.


Di Indonesia, gambar saat Risna memeluk bekas kekasihnya itu menjadi viral dan hangat diperkatakan. -Mynewshub.cc

Read More

Hina Islam Budaya Terbaru Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Penganjuran Kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cubaan mencipta budaya baharu sekali gus membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, hal ini sekali gus telah menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana secara jelas bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di negara ini.

Beliau berkata, Mazhab Syafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah adalah haram di sisi Islam.

“Walaupun islam meletakkan kaedah sertu (samak) apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis berkenaan secara sengaja.

“Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas penganjuran kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya semalam yang dikatakan bagi menepis persepsi negatif orang ramai terutamanya umat Islam terhadap haiwan berkenaan sebagai haiwan peliharaan seperti kucing.

Dalam pada itu, Othman turut menegur pihak penganjur yang mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.

“Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada Mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi mazhab tersebut,” jelasnya.

Munurut Othman, Islam pada dasarnya tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh haiwan tersebut tanpa sebab yang secara terangan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Sebaliknya, anjing wajar diberi kasih sayang. Walau bagaimanapun, Mazhab Syafie tidak membenarkan haiwan tersebut dijadikan binatang peliharaan.

“Dalam perkembangan ini, penganjur kempen tersebut akan dipanggil untuk memberi penjelasan,” katanya. -Utusan

Read More

"Hati-Hati Beli Tiket.." - Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap ulat tiket yang menjual tiket palsu menyebabkan penyokong Hijau Kuning tidak dapat menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di Stadium Darul Aman pada Ahad.

"Ada beberapa penyokong mengadu, mereka datang dari jauh tetapi tersilap beli tiket daripada orang yang tidak sepatutnya menjual tiket. Ada (ulat) yang jual tiket warna kuning tetapi kita tidak ada tiket berwarna kuning.
 
"Jadi pada masa akan datang, kena ada sistem lebih berkesan dalam menghalang ulat tiket menjual tiket yang sebenarnya tidak wujud, mereka dapat untung atas angin.
 
"Pesanan saya, hati-hati beli tiket, kena pastikan tiket yang sah sahaja untuk masuk ke stadium," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 700 penerima di Seri Mentaloon, dekat sini, Isnin.

Semalam, difahamkan lebih 1,000 penyokong pasukan Hijau Kuning terpaksa pulang hampa apabila gagal mendapatkan tiket apabila ia habis terjual dalam tempoh kurang dua jam. 

Difahamkan, empat kaunter tiket di pekarangan stadium itu dibuka pada 9.45 pagi dan semua 27,000 keping tiket termasuk 900 tiket dikhaskan untuk penyokong Pahang habis dijual kira-kira 11.15 pagi.

Sementara itu, Mukhriz melahirkan penghargaan kepada penyokong bola sepak Kedah yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Pada aksi separuh akhir pertama semalam, Kedah menumpaskan Pahang 3-1. Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat ini (24 Okt). -mStar

Read More

Mahu Ke Syurga? Amalkan Amalan Ini...

DARIPADA Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori r.a: 
Bahawasanya seorang lelaki berkata, Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga. Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian:

Hubungan silaturahim adalah satu cara yang membolehkan seorang masuk syurga.

Hubungan silaturahim adalah sebahagian daripada amalan yang dituntut oleh Islam.

Silaturahim adalah sama dengan amalan-amalan lain yang diperintah oleh Rasulullah melakukannya.

Memutuskan hubungan silaturahim menghalang seorang daripada masuk syurga.

Di antara sebab yang membawa seorang masuk syurga ialah ibadah-ibadah yang tersebut dalam hadisnya ini.

Harapan dan angan-angan semata-mata tidak boleh membawa seorang masuk syurga, malah perlu kepada melakukan amalan yang telah difardukan Allah SWT.

(Sumber: Kitab Riyadhus Salihin)

DARIPADA Anas r.a daripada Nabi SAW sabdanya: 
Sesiapa yang memelihara dua anak gadis sehingga baligh kedua-duanya nescaya dia datang bersama aku pada hari kiamat seperti ini sambil menunjukkan (merapatkan) dua jarinya. (riwayat: Muslim)
Huraian:

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak gadis mestilah memelihara dan mendidik dengan sempurna sehinggalah dia dewasa (bersuami).

Balasan syurga adalah merupakan jaminan Allah SWT kepada setiap ibu bapa yang memelihara anak gadisnya dengan sempurna hingga dewasa.

Islam mengambil berat tentang penjagaan terhadap anak gadis.

*Petikan daripada koleksi Senarai Hadis dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Read More

Wanita Berpurdah Dihalau Keluar Panggung Opera

Seorang wanita dihalau keluar dari pentas opera selepas pelakon opera terbabit enggan membuat persembahan hanya disebabkan wanita terbabit memakai purdah.

Pelakon-pelakon opera La Traviata itu hanya menyedari mengenai wanita tersebut ketika mereka melakukan lakonan pada masa kedua.

Menurut pengarah pentas terbabit, Philippe Thiellay, selepas menyaksikan wanita itu, penyanyi kumpulan berkenaan enggan menyanyikan lagu-lagu opera.

Beliau turut mengesahkan wanita yang memakai purdah tersebut telah dihalau kerana dia enggan menanggalkan kain yang menutup mukanya itu.

Meskipun tidak didedahkan namanya, namun wanita berkenaan dipercayai daripada kalangan keluarga berada dari negara teluk dan dia menghadiri persembahan opera tersebut bersama rakannya.

Kejadian yang berlaku pada 3 Oktober lalu, kini menjadi polimik politik.

Ia juga menyebabkan orang ramai berbelah bagi mengenai peraturan yang mengharamkan wanita memakai purdah di Perancis, atau mereka akan didenda sebanyak £180.

Undang-undang mengharamkan pemakaian purdah telah dilaksanakan sejak 2011 di negara itu.

Dalam pada itu, salah seorang peminat opera, Guy Laurent menyelar tindakan pengurusan pentas itu yang menghalau wanita terbabit.

“Apa salahnya wanita itu duduk diam di kalangan penonton dengan wajahnya ditutup.

“Wanita itu dimalukan dengan kejadian ini. Kebudayaan Perancis sepatutnya lebih bertolak ansur.

“Ia bukan tanggungjawab pentas opera untuk melaksanakan undang-undang dengan menghalaunya,’’ katanya. -Agensi

Read More

Video: Bakat Terpendam Jep Sepahtu, Jaringan Memukau Ala Pirlo-Bekham!

Di sebalik lawak jenaka Jep Sepahtu, rupa-rupanya tersimpan satu lagi rahsia bakat terpendam pada selebriti itu yang akhirnya terpamer dalam aksi perlawanan bola sepak amal yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Meledakkan sebuah gol ala-ala Pirlo - David Bekham, Jep yang mewakili Super Lawak FC melepaskan satu tendangan percuma yang melencong cantik ke udara sebelum terkena palang dan menerjah masuk ke pintu gol lawan.

Jangankan bekas Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang menjaga gawang gol pasukan MB Perak, rasanya penjaga gol sehebat Gianluigi Buffon atau Francesco Toldo pun akan terkial-kial, terkedu dengan sepakan secantik itu.

Tidak hairanlah gol sepakan percuma itu tiba-tiba menjadi viral apabila ia dimuatnaik ke laman YouTube oleh Perak The Yob, semalam. -KedahNews.com

Read More

GEMPAR: Chong Wei Positif Dadah? Biar Betul..?!

Sukan badminton Malaysia dikejutkan semalam dengan berita seorang pemain utama badminton negara gagal dalam ujian dadah yang dilakukan di Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lepas.

Dalam laporan khas laman web Harian Metro hari ini, Pegawai Kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang enggan namanya disiarkan berkata, BAM dan organisasi berkaitan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu selepas berahkhir temasya Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan baru-baru ini.

Ia melibatkan sampel A pemain dimaksudkan yang didapati positif.

Jika benar, perkembangan ini pastinya mencalarkan imej sukan badminton negara dan BAM sebagai badan induk badminton di negara ini.

Menurut laporan itu, BAM masih belum mahu mendedahkan identiti sebenar pemain terbabit sehingga keputusan untuk sampel B dikeluarkan.

Bagaimanapun, pemain lelaki itu dilaporkan banyak memenangi kejohanan di pentas antarabangsa serta turut mewakili negara di Incheon dan memenangi pingat.

“Dia didapati positif dadah diharamkan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). Tapi saya tidak ingat sama ada ia membabitkan bahan terlarang anabolik steroid atau dadah perangsang prestasi. Saya percaya dia tidak sengaja mengambil bahan itu, tapi sepatutnya harus lebih berhati-hati.

“BAM tidak mahu membuat kenyataan rasmi sebelum keputusan sampel B dikeluarkan.

"Semua pihak tahu mengenai perkara ini termasuk Ketua Pegawai Operasi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Azizi dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin,” katanya.

Di Sukan Asia, Malaysia telah menghantar pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How sebagai wakil negara.

Berkenaan kes ini, pihak ISN juga belum membuat sebarang kenyataan kerana mahu menunggu laporan penuh dahulu dalam masa terdekat.

Menjadi amalan kebiasaan, jika sampel A didapati positif, keputusan sampel B juga akan menunjukkan keputusan sama.

Sekiranya didapati bersalah, pemain terbabit bakal berdepan penggantungan dua tahun namun dia masih boleh mengemukakan rayuan. -Mynewshub.cc

Read More

Elfira Loy Nafi Jalin Cinta, Aktor Indonesia "Syok Sendiri"?

Baharu saja pelakon Indonesia, Baim Wong, mengumumkan dirinya menjalin hubungan cinta dengan Elfira Loy menerusi media di negara seberang, tiba-tiba lain pula reaksi yang timbul dari pelakon kecil molek tanahair itu.

Elfira menegaskan bahawa dia tidak pernah meluahkan rasa cinta terhadap Baim dan menafikan sebarang hubungan istimewa di antara dua pelakon muda itu.

"Saya tidak bercinta dengan Baim," tegas Elfira, kesal dengan dakwaan yang dikeluarkan Baim sebelum itu.

Katanya, kenyataan kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan Baim dikeluarkan oleh aktor seberang itu dan bukannya terbit dari mulut Elfira sendiri.

"Kenyataan yang dikeluarkan itu hanya dari mulut Baim. Bukan dari saya. Memang saya ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu dengan Baim selepas dia mengajak saya ke majlis perkahwinan kawannya.

"Tetapi saya bukan pergi seorang. Ibu dan adik perempuan saya, Ezlisa Loy juga ada bersama. Baim hanyalah kawan biasa saya. Lagipun saya pernah memberitahu Baim saya tidak mahu bercinta lagi.

"Hakikatnya, kami tidak pernah bercinta dan hanya pernah berlakon bersama dalam telefilem Untuk Terakhir Kali pada 2012," jelasnya dalam satu kenyataan terbaru yang dipetik dari media.


Persoalannya, siapakah yang benar dalam gosip antara dua pelakon muda dua negara ini? Baim atau Elfira?

Menyembunyikan status hubungan cinta bukanlah satu perkara asing dalam dunia seni hiburan nusantara.

Namun, tidak dapat juga dinafikan tentang sesetengah artis dan selebriti yang bersikap "syok sendiri" dengan mendakwa mereka menjalin hubungan istimewa dengan seseorang sebelum ini, bukan? -KedahNews.com

Read More

GST: Belum Apa-Apa Lagi Dah Kena Tumbuk?

MASIH berbaki enam bulan untuk pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Ini bermakna semua syarikat yang layak mengenakan GST sudah membuat persiapan.

Namun dalam tempoh ini, ada juga peniaga-peniaga kecil dan beberapa syarikat sudah mengenakan caj GST ini. Adakah ini sebagai pra permulaan atau sekadar mengambil kesempatan.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, perkara ini sudah berlaku di beberapa tempat, namun bukan daripada syarikat besar sebaliknya kedai makan kecil dan tempat parkir kereta. Ikuti kupasan wartawan mengenai isu GST ini.

Pekerja ditumbuk gara-gara GST

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu. -Sinar Harian

Read More

Kisah Benar: Isteri Meroyan Suami Curang Akhirnya Nikmati Kemanisan "Madu"...

SESUNGGUHNYA saya pasrah dengan kehidupan ini. Saya akui, bukan mudah untuk bangkit dan bertahan setelah hati berpuluh-puluh kali disakiti. Apatah lagi, selama lapan tahun perkahwinan, saya tidak pernah menerima nafkah seperti yang selayaknya kaum suami berikan.

Namun, saya harus bangkit dan memperjuangkan kedudukan diri demi cinta dan anak-anak yang masih kecil, serta bayi dalam kandungan.

Nama samaran saya Juli. Saya kini hamil tujuh bulan anak ketiga, hasil perkahwinan saya dengan suami, seorang pemilik restoran di Shah Alam. Saya berasal dari Selatan tanah air dan dahulunya seorang pelajar kursus kulinari di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Setelah beberapa bulan berkenalan dengan suami lapan tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya, atas dasar cinta.

Pada awalnya, keluarga keberatan memandangkan saya baru habis belajar dan bercita-cita untuk menyambung di peringkat Diploma. Tetapi, dek kerana kesungguhan saya yang ingin berkahwin, keluarga tidak dapat menghalang dan saya akhirnya berkahwin dengan lelaki yang saya cinta.


Suami curang

Suami berbeza umur tujuh tahun dengan saya. Kehidupannya, gayanya, duitnya, buat saya alpa akan dugaan berumah tangga yang menanti di masa hadapan. Saat itu saya tidak pernah terfikir bahawa hati manusia mudah berubah. Dan lelaki yang mencintai kecantikan wanita dari luaran, akan terus mencintai dan memburu kecantikan itu. Pemburu itu adalah suami saya.

Di saat saya hamilkan anak pertama, perubahan drastik berlaku pada tubuh. Daripada seorang yang tinggi, cantik dan ramping, saya berubah menjadi tembam dan gempal. Leher saya yang jinjang berubah kehitam-hitaman akibat alahan. Kaki saya yang panjang dan cantik menjadi semakin menebal dek tempelan lemak. Ia buat saya nampak pendek dan hilang seri.

Apatah lagi, selulit mula kelihatan dan saya semakin hilang keyakinan diri serta merasa tertekan dengan kandungan. Saya alah teruk sehinggakan tidak suka pada wangi-wangian. Hilanglah seri dan kecantikan yang saya miliki.

Di hadapan saya, suami melayan dengan baik seperti biasa. Namun suatu hari, telefon bimbitnya memecangkan segala tembelang suami. Mesej berbunyi, ’sayang dah sampai kedai’ buat dada saya berdebar-debar. Saya hubungi nombor tertera dan suara yang kedengaran di hujung talian amat menyesakkan nafas. Ya, saya kenal suara itu. Dia pekerja wanita di restoran milik suami dan telah lebih setahun bekerja dengan kami. Ya ALLAH, demi Mu saya amat tertekan dengan perkhabaran ini.

Rupa-rupanya, sepanjang saya hamil, ada perempuan lain yang menghiburkan suami saya di luar. Hati saya hancur. Saya bergaduh dengan suami dan minta penjelasan kenapa saya diperlakukan sedemikian. Alasan suami amat mudah, saya sudah tidak menarik seperti dahulu lagi.

Terima bermadu

Saya ambil keputusan keluar dari rumah dan menyendiri sehinggalah saya habis berpantang. Saya pulang ke kampung mengadu pada ibu dan adik-beradik. Hidup saya menjadi kucar-kacir kerana saya selalu menangis dan menyalahkan diri sendiri serta kandungan. Saya tidak membenci bayi saya tapi saya membenci kehidupan saya sebagai wanita yang terpaksa mengandungkan anak dan mengalami perubahan teruk pada tubuh badan.

Apa salah saya sehingga kecantikan yang mengikat hati suami terhadap saya selama ini hilang sekelip mata? Saya selalu memutar soalan itu dalam kepala sehingga saya merasa sakit yang amat sangat. Saya menjerit. Melempar semua barang yang ada dalam bilik termasuk menggigit-gigit cadar dan selimut. Saat itu, ibu akan menjauhkan bayi daripada saya, kerana menurut ibu, saya meroyan dan hampir mencederakan diri sendiri.

Dalam tempoh berpantang, saya tidak ingat berapa kali suami datang melawat saya di kampung kerana saya tidak pernah mengingati wajahnya lagi. Kata ibu, suami selalu datang tapi keadaan tidak mengizinkan beliau untuk menemukan kami. Saya selalu menjerit mahu berjumpa suami dan teman wanitanya. Saya ingin tahu, apa salah saya? Saya sanggup menerima jika ditakdirkan bermadu tapi saya tidak sanggup kehilangan suami yang amat saya cintai.


Hikmah hidup

Keluarga banyak membantu saya menjalani rawatan. Berkat usaha dan doa mereka yang tidak pernah padam, saya sembuh dari tekanan.

Saya kembali ke pangkuan suami dan saat itu saya merelakan diri dimadukan. Saya juga tidak kisah suami membawa madu tinggal serumah dengan saya. Suka duka perkahwinan, kami tempuh dan kongsikan bersama.

Kini, madu adalah teman baik saya. Kami terbuka berbincang apa sahaja. Saya mula sedar, ada hikmahnya madu didatangkan ALLAH dalam hidup saya.

Sepanjang tempuh ini, saya sudah pun hamil tiga kali dan kini menunggu masa untuk melahirkan.

Madulah yang banyak menjaga saya. Kadangkala saya kasihankannya kerana dia melayan saya bukan sahaja sebagai isteri tua suami, tetapi masih ibarat majikan. Dia menjaga saya dengan baik. Saya juga menantikan jika dia akan hamil seperti saya. Namun masih belum ada rezeki.

Soal sikap suami, biarlah kami berdua pendamkan. Apa yang boleh kami kongsikan adalah, jika suami memburu kecantikan, maka dia akan terus memburu. Jika dia memburukan akhirat, maka pemburuannya pasti menghasilkan cinta yang lebih indah.

Doa kami semoga keluarga kami sejahtera hingga akhir hayat. Madu kini teman rapat. -Sinar Harian

Read More

Wow! Wajah Miss Universe 1965 Selepas 50 Tahun..

miss universe 1965-thailand (aspara hongsakula)
Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.

Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.

apasra-spa_3_1
Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.

Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.

28
miss_universe model1
download (8)
annidopo7

Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)

Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.

Ye ke.. rasa boleh percaya? 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Elfira Loy Kini Berpacar Artis Indon?

MEDIA Indonesia melaporkan artis kita, Elfira Loy kini berpacaran dengan artis mereka, Baim Wong, memetik laporan Rotikaya.

Pasangan itu yang pernah berlakon bersama di telemovie ‘Untuk Terakhir Kali’ dikatakan memang hangat bercinta, berdasarkan pengakuan Baim sendiri.

Ketika ditemui media Indonesia, pasangan Baim Wong, 33,  dan Elfira Loy, 20, hadir ke majlis perkahwinan pasangan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina di The Ritz Carlton, Jakarta hujung minggu lalu namun media di sana tidak sempat merakam gambar pasangan ini bersama.


Wartawan tabloid NOVA bertemu Baim Wong di tempat letak kereta valet dan sempat bertanyakan tentang gadis yang dibawa bersama ke majlis perkahwinan itu.

“Ada (pacar), dia orang Malaysia. Sudah kenal lama kok, empat tahun yang lalu. Namanya Elfira Loy. Dia di atas, lagi makan. Aku ke bawah cuma mau ketemuan sama orang kok, untuk kasih barang,”ujar Baim Wong seperti dilaporkan media Indonesia.

elfira roy1
Sekitar Jun 2013 yang lalu, menerusi program TV Meletop, pasangan ini tampil seakan sepasang kekasih mesra di kaca televisyen selain aksi Baim Wong sendiri yang secara spontan dan berseloroh mengatakan sedang bercinta dengan Elfira Loy.

Ketika itu Baim Wong hadir ke Malaysia untuk mempromosikan telemovie bersama Elfira Loy ‘Untuk Terakhir Kali’.

Hari ini juga, Elfira Loy mengirimkan sekeping gambar mereka yang berjalan di sekitar Jakarta sempena perlantikan Presiden Indonesia yang baru, Joko Widodo.

Dikatakan juga, Elfira Roy sudah bertemu dengan ahli keluarga Baim Wong dan disukai oleh ahli keluarganya. Kalau dah begitu, bila lagi nak naik pelamin ini? Tak sabar nak tengok… 

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Breaking News: Gerakan Pro-Ulama PAS Lancar Serangan Balas?

Kemelut di dalam PAS semakin meruncing apabila golongan pro-ulama dikesan bingkas bangun menyerang balas golongan liberal yang semakin menguasai kepimpinan parti politik itu sejak kebelakangan baru-baru ini menerusi laman-laman sosial.

Antara yang rancak diserang kini ialah bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, yang sebelum ini dilabel sebagai "ulama" dan diberi jolokan "ustaz" oleh ramai penyokong liberal PAS.

Sekumpulan penyokong PAS pro-ulama yang agak vokal di laman Facebook yang dikenali sebagai "El-Haraki" mendedahkan bahawa Wan Ji tidak layak untuk digelar ulama.

Admin laman itu turut memuat naik sokongan Wan Ji terhadap seorang "ulama" Timur Tengah yang dikenali sebagai Dr Tareq Al-Suwaiban, yang dianggapnya sebagai ulama tersohor dunia sebelum ini.

Menurut El-Haraki, Tareq tidak layak dilabel sebagai ulama Islam sebenar berdasarkan beberapa fakta seperti berikut:
1 - Tariqa Suwaidan bukanlah seorang Ulamak

2 - Dia adalah jurutera petroleum

3 - Membesar di Amerika dan juga telah menetap di sana

4 - Dia bukanlah "Political Scientist"

5 - Tiada rekod dia buat kajian dalan sains politik atau terbit artikel sains politik dalam jurnal

6 - Tariq Suwaidan menyokong tindakan Bush yang menyerang dan memusnahkan Iraq pada Perang Teluk tajuk 1991

7 - Dia telah dipulau oleh komuniti Islam Amerika kerana sokongan terbuka itu.

8 - Dia ada saham dalam syarikat orang Malaysia misalnya AFBRAR, IIT di Amerika, Malaysia dan Timur Tengah.

Diyakini bahawa pendedahan tersebut dibuat supaya para penyokong PAS tidak mudah terpengaruh dengan hujah-hujah Wan Ji yang terkenal mencetus perbalahan dan pertikaian di kalangan ahli-ahli parti itu sebelum ini.

Sebelum ini, Wan Ji dikatakan pernah melabel Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din Al-Hafiz sebagai "ulama kepala lutut" berhubung kenyataan pemimpin ulama PAS itu yang tidak membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh golongan bukan Islam.

"Masalah sekarang, Harun Din pun dah berhujjah macam Umno....mengkafirkan orang dengan penilaian kepala lutut.....kepala lutut punya ulama", kata Wan Ji, yang dipetik dari laman pro-PAS, tranungkite.net. -KedahNews.com

Read More

Ini Jadinya Bila Ramai "Pakar" Dalam Media Sosial...

Memang tidak dapat dinafikan bahawa di zaman "dunia tanpa sempadan" kini, terdapat ramai "ulama", "cendikiawan Islam", "Syeikh" dan "ustaz" yang berkonsepkan "segera".

Pantang silap sedikit, pastinya dikomen bertalu-talu di laman-laman komunikasi sosial Facebook, Twitter, Whatsapps dan sebagainya, seolah-olah merekalah yang paling tahu, warak, alim serta tinggi ilmu agamanya.

Ada "pakar" ekonomi, ada "pakar" politik. Ada "pakar" kaunseling, ada "pakar" agama. Ada "pakar" perubatan, ada pula "pakar" hiburan. Macam-macam "pakar" ada...

Lain yang ditulis, lain pula yang dibebelkan. Ada juga yang hanya baca tajuk, terus buat kesimpulan mengikut persepsi sendiri. Dari situlah timbulnya salah faham yang mungkin "terbabas" ke arah fitnah dan dosa.

Kadang-kadang, mereka tidak faham pun apa yang cuba disampaikan, namun mungkin berdasarkan "ketinggian ilmu" mereka, teruk kita diseranah "tak cukup tanah", diceramahnya kita berjela-jela!

Islam menganjurkan kita supaya meneliti dan mengkaji terlebih dahulu tentang sesuatu perkara sebelum memberi komen. Jika tidak tahu, sewajarnya kita dia sahaja. 

Jika kita menerima sesuatu berita, tidak wajar untuk kita membuat andaian tanpa usul periksa berdasarkan fakta dan pastikan ia adalah benar kerana dikhuatiri akan menyebabkan fitnah yang secara tidak langsung merosakkan perhubungan sesama insan.

Memetik komik yang disiarkan di TheMuslimShow, terdapat satu pengajaran yang menarik untuk direnungi bersama.

the-muslim-show

Apa kata anda? Anda setuju? Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Gambar Intim: Bekas "Boyfriend" Dyana Bongkar Rahsia?

Amboi makin panas pula gosip yang melanda pasangan ‘hot’ Melayu DAP, Dyana – Zairil.

Di kala masing-masing menafikan ‘keintiman’ mereka kononnya tidak ada sebarang hubungan, tiba-tiba keluar pula kenyataan seorang lelaki dikenali sebagai Fairuz Azhan.

Difahamkan, Fairuz merupakan bekas teman lelaki Dyana Sofya.

Menurut status yang dimuat naik Fairuz Azhan di laman Facebooknya,  dia mendakwa kecuaian berlaku di pihak Zairil yang kononnya ingin memuat naik gambar untuk tatapan peribadi tapi tersilap menukar status kepada tontonan umum.

bekas kekasih Dyana Sofya mengulas isu gambar intim

Katanya, adalah mustahil mengatakan akaun Zairil diceroboh (hacked) kurang dari lima minit.

Dan lebih menarik lagi, dia mempertikaikan kenapa hubungan antara Dyana dan Zairil sesuatu yang tidak logik.

Secara jelas Fairuz kemudiannya membayangkan bahawa hubungan antara kedua mereka sudah lama diketahuinya tetapi didiamkan selama ini demi menjaga aib.

Baru sekarang dia bersuara, selepas aib itu dibuka ‘sendiri’.

Sebenarnya, memang tak mustahil jika jika Dyana dan Zairul mempunyai hubungan namun ia tidak wajar dari sudut moral memandangkan Zairul sudah pun berkahwin.

Selain itu, jika benar mereka mempunyai hubungan itimewa sudah tentulah sedikit sebanyak umum akan mengaitkannya dengan keputusan Dyana masuk parti DAP yang terlebih dahulu disertai Zairul.

Apa pun baca sajalah komen bekas kekasih Dyana Sofya ini, kemudian penilaiannya terpulanglah pada kebijaksanaan akal masing-masing. -Mynewshub.cc

Read More

Pantai Sarawak Dilanda "Belalai Air''? Apa "Belalai Air"?

MIRI - Fenomena 'belalai air' iaitu pusaran angin yang hanya berlaku di permukaan air melanda kawasan pesisiran utara Sarawak iaitu di Bandar Bintulu dan Bandaraya Miri, hari ini.

Fenomena yang pada mula menimbulkan keresahan penduduk di sekitar kawasan terbabit, sehinggakan ramai yang berkongsi gambar dalam media sosial seperti Facebook serta Twitter, namun ia berakhir dengan kelegaan apabila tiada kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Belalai air paling jelas dapat dilihat di Bintulu manakala di Miri hanya dapat dilihat di kawasan Niah dan mengikut saksi, fenomena belalai air di Bintulu berlaku antara 8.30 pagi dan 10 pagi.

Francis Ngu, 39, yang telah menetap di Bintulu lebih 20 tahun berkata, ketika kejadian cuaca amat gelap dan kebanyakan orang berkejar ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh rakan serta melihat gambar dikongsi dalam media sosial dan saya terus memandu ke Kidurong untuk melihat sendiri fenomena tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Francis berkata, fenomena tersebut berlaku dalam tempoh tidak sampai 20 minit namun mengakui ia pengalaman menakutkan kerana bimbang ia akan berlanjutan ke darat dan membahayakan penduduk.

"Saya dah lama menetap di Bintulu dan ini pertama kali saya menyaksikan kejadian ini," katanya.

Mohd Zaidi Amri, 40, yang sedang dalam perjalanan pulang ke Miri dari Sibu turut menyaksikan fenomena tersebut dan menganggap ia pengalaman menakutkan.

"Saya selalu tengok cerita kat televisyen, kejadian ini tak sangka boleh berlaku kat sini," kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata, setakat petang ini, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan berkaitan fenomena berkenaan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi di Kuching ketika dihubungi berkata, belalai air atau puting beliung kecil biasanya berlaku di kawasan pesisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat dan tidak membawa bencana. - Bernama

Read More

Pegawai Imigresen Ditemui Maut Di Gunung Jerai

YAN - Seorang pegawai Imigresen maut ketika melakukan aktiviti rutin menaiki Gunung Jerai dengan basikal seorang diri, semalam.

Shukri Che Mohamad, 54, yang bertugas di Pulau Pinang ditemui terbaring di KM 7 puncak Gunung Jerai pada jam 9.15 pagi oleh orang awam.

Mangsa yang berada dalam keadaan tenat turut diberi bantuan pernafasan sementara menunggu bantuan tiba di tempat kejadian, bagaimanapun usaha itu gagal.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria mengesahkan kejadian.

“Bedah siasat di Hospital Yan mendapati mangsa mengalami serangan jantung,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Iklan Tak Senonoh Punca Lebih 500 Kemalangan Berlaku!


Gara-gara gambar payudara besar yang digunakan untuk satu kempen iklan, lebih 500 kemalangan jalan raya berlaku hanya dalam satu hari.

Gambar tersebut yang diletakkan di bahagian tepi 30 trak yang beredar di bandar Moscow menunjukkan seorang wanita memegang payudaranya yang hanya ditutup di bahagian puting dengan satu garisan biru tertulis, “Ia menarik perhatian”.

Sebaik sahaja trak-trak bergambar payudara ini keluar ke destinasi masing-masing kes kemalangan disebabkan olehnya mula dilaporkan hingga akhirnya mencecah 517 kes hanya dalam masa sehari.
Rata-rata disebabkan pemandu hilang fokus sebaik sahaja terlihat gambar tersebut.

Disebabkan itu pasukan polis terpaksa mengerahkan skuad patrol mereka untuk menahan trak-trak terbabit daripada terus melalui jalan raya.

Seorang penunggang motosikal yang menjadi mangsa kemalangan, Iidar Yuriev,35, berkata, “Saya dalam perjalanan menghadiri mesyuarat perniagaan apabila sebuah trak dengan gambar payudara besar lalu.

“Sejurus kemudian saya dilanggar kereta belakang. Kata pemandunya dia hilang tumpuan selepas melihat gambar itu”.

Jurucakap Agensi Pengiklanan Sarafan yang mengatur promosi menggunakan payudara ini berkata:
“Kami merancang untuk membawa format baru pengiklanan kepada pasaran dengan menggalakkan syarikat mempromosi iklan di badan trak selain badan pengangkutan awam yang biasa dilakukan.
“Memang niat kami untuk meraih perhatian awam menerusi kempen ini jadi kami akan bayar sagu hati kepada setiap mangsa kemalangan disebabkan olehnya jika mereka tidak dilindungi insuran.”
Gila.. dibuatnya ada yang terbunuh gara-gara gambar payudara ni tempoh hari berapa agaknya mereka sanggup bayar? -Mynewshub.cc

Read More
Newer Posts Older Posts Home