"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Saturday, 28 June 2014

Gambar 3 Jin Bersolat Atas Gunung Jerai?


Gambar ini bukan merujuk pada keempat-empat abang kita yang hensem-hensem itu. Tetapi merujuk pada kelibat di penjuru gambar di atas.

Tidak diketahui sejauh mana kesahihan gambar ini, sama ada ianya memang original atau pun sudah di"photoshop"kan.

Namun yang pasti gambar ini berjaya menjadi viral di media-media sosial di mana ianya menimbulkan misteri berikutan kehadiran tiga orang yang secara tiba-tiba sedang bersolat di penjuru gambar ini dirakam.

KedahNews.com difahamkan bahawa gambar ini dirakamkan oleh kakitangan TM selepas mereka membuat pemeriksaan ke atas pencawang TM di Gunung Jerai, Kedah.

Berikutan itu, ramai beranggapan tiga orang tersebut adalah jin yang sedang bersolat di situ.

Entahlah tak tahu yang mana satu betul, sekarang ini macam-macam benda orang boleh edit kan. Anda nilaikanlah sendiri. - KedahNews.com
 
jin

Read More

Luahan Hati Ibu Tentang Anaknya Yang "Jihad" Di Syria...

Ibu kepada seorang lelaki berusia 22 tahun yang sudah ke Syria untuk menyertai jihad di sana memerangi rejim Presiden Syria Bashar al-Assad, menyeru kerajaan melakukan sesuatu menghalang lebih ramai belia muda ke sana.

“Dia sebenarnya tidak memahami erti jihad sebenar, dia sudah terpengaruh dengan beberapa pihak tertentu,” kata Rozini Talib.

Beliau berkata dalam laporan laman web StraitsTimes.com. Rozini berkata anaknya telah meninggalkan negara ini dan berlepas ke Syria bersama Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang turut dipercayai berfungsi sebagai pengebom bunuh diri.

Wanita itu yang hanya seorang suri rumah, berkata anaknya kini menggunakan nama Salman Al Farisi kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 15 Jun lepas.

Beliau turut tidak tahu, Salman menyertai kumpulan jihad mana dan juga siapa rakan-rakannya di sana.

Pada temubual itu, Rozini enggan mendedahkan nama anaknya tetapi, memanggil Salman dengan panggilan “Along” kerana dia merupakan anak sulung dalam keluarga, atau nama panggilannya Syafiq.

Dalam satu lagi laporan New Straits Times pada 23 Jun lepas. Rozini berkata apa faedahnya anaknya pergi ke Syria sedangkan beliau berendam air mata menantikan kepulangan anaknya itu setiap hari?

Kini, wanita itu kerap keluar masuk hospital menerima rawatan kerana kesihatan jantungnya. 

Menurutnya, Salman memberitahunya keputusan untuk ke Syria pada penghujung Februari lepas untuk menyertai satu misi kemanusiaan, dan tidak pulang sejak itu.

“Saya berkata padanya, jangan pergi kerana saya tidak tahu berapa lama lagi saya boleh hidup.. Saya tidak sangka dia nekad dan pergi ke Syria untuk berperang.

“Saya kerap mengingatkannya bahawa membantu keluarganya di sini juga merupakan satu antara amalan jihad dalam Islam, tetapi hatinya sudah tetap untuk meninggalkan kami, apa yang dia mahukan ialah mati syahid,” katanya.

Sejak konflik di Syria meletus yang menyaksikan kedegilan Presiden Bashar enggan meletakkan jawatan, begitu ramai belia muda Malaysia yang berlepas ke Syria untuk menyertai jihad dengan harapan dapat pahala mati syahid.

Antaranya termasuk pemimpin parti PAS dan juga seorang bekas pemain muzik kumpulan Rock tanah air.

Gambar di atas menunjukkan beberapa orang rakyat Malaysia yang sudah pun berada di sana mengangkat senjata menentang rejim al-Assad. -  MYNEWSHUB.MY

Read More

Ganti Solat Perlu Diutamakan Berbanding Amalan Sunat


Solat fardu adalah kewajipan bagi setiap Muslim yang mukallaf. Meninggalkan solat dengan sengaja atau tiada keuzuran adalah dosa besar. Oleh itu, solat yang ditinggalkan sama ada sengaja atau uzur seperti terlupa dan tertidur wajib diganti pada waktu lain.

Mengikut Kitab Fiqh dan Perundangan Islam oleh Dr Wahbah az-Zuhaili, fuqaha sependapat mengatakan qada sembahyang yang luput wajib disegerakan tanpa mengambil kira sama ada disebabkan keuzuran atau tidak.

Mazhab Syafie yang membuat penafsiran mengenai hal ini berkata: "Sunat menyegerakan sembahyang yang terluput jika disebabkan keuzuran seperti tertidur atau terlupa. Namun, jika keluputan itu terjadi tanpa sebarang keuzuran, maka menyegerakan qada adalah wajib".

Perkara ini merujuk firman Allah SWT bermaksud "... dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku " (Surah Taha: ayat 14) yang memberi tafsiran melewatkan solat adalah maksiat, maka maksiat wajib dihapuskan segera.

Oleh itu, penting untuk qada solat fardu yang terluput secepat mungkin. Sesetengah ulama berpendapat orang yang sudah meninggalkan solat tidak boleh mendahului beberapa solat sunat sedangkan beliau belum menyelesaikan dan melengahkan qada solat fardu.

Contohnya, jika seseorang leka menjaga solat fardu tetapi rajin melakukan solat hajat, diibaratkan seorang hamba Allah tidak mahu melakukan perintah Allah tetapi suka bermohon atau mendesak agar Allah SWT kabulkan permintaan dan kehendak peribadinya.

Ia menunjukkan sifat tamak dan tidak bersyukur sebagai hamba Allah.


Sumber: Berita Harian

Read More

Siapa Pukul Isteri Awie?

SEBELUM ini, heboh mengenai kisah penyanyi rock terkenal, Awie yang dikatakan telah memukul isterinya di sebuah bank berikutan perselisishan faham antara mereka.

Bagaimanapun, penyanyi itu enggan memberi komen mengenai gosip tersebut dan menganggap masalah rumahtangganya tidak perlu didedahkan.

Semalam, beberapa gambar seorang wanita dalam keadaan lebam di muka akibat dipukul mula tersebar di laman sosial.

Maklumat yang diberikan juga mendakwa wanita itu ialah Rozana Misbun yang juga isteri kepada Awie.

Jika dilihat, memang agak teruk juga kecederaan pada wajah wanita terbabit terutamanya di bahagian mata.

Namun, kami sendiri tidak berani untuk mengesahkan sama ada gambar itu adalah bukti kepada gosip pukul itu.

Setakat ini, Rozana sendiri belum pernah tampil untuk memberi sebarang penjelasan kepada media.
Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat…

Gambar Isteri Awie Lebam Akibat Dipukul Kini Tersebar?
 Sumber: Mynewshub.my

Read More

Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam - KedahNews.com

Alhamdulillah, kita umat Islam telah dipanjangkan umur dan berjaya bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak, dan bersama-sama menjalani ibadah yang menjadi rukun Islam ini selama sebulan penuh. Tahniah untuk semua.

Sejak kecil lagi, kita diberitahu bahawa di bulan Ramadhan ini, umat Islam akan menahan diri dari makan dan minum pada siang hari bermula azan subuh hinggalah ke azan maghrib. Maka kita semasa kecil berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi syarat puasa tersebut.

Ada yang tidak tahan, hanya berpuasa hingga jam 10 pagi sahaja. Terdengar bunyi loceng rehat di sekolah, kita ke kantin. Bila kembali ke kelas, kita "berpuasa" semula. Kalau dahaga pun, mungkin ada yang curi-curi minum dari paip di sinki tandas. Itu pun terpaksa dilakukan secara tersembunyi. 

"Malu kalau orang nampak.." mungkin itu bisik hati kita dahulu...

Ada pula yang bertahan hingga setengah hari, pulang saja dari sekolah, terus merengek tunjuk "muka 10 sen" pada ibu, minta dikasihani. Lauk sahur semalam pun "boleh" asalkan perut kita kenyang dan tidak berteriak lagi minta diisi...

Namun, ramai juga yang mampu bertahan hingga ke azan maghrib dan berbuka bersama keluarga. Ada yang cukup sebulan berpuasa, 15 hari, 10 hari atau sekadar 3-4 hari sahaja. Bila tiba Aidilfitri, ada yang menerima RM30, RM15, RM10 atau hanya berpuas hati dengan RM3-RM4 sahaja...

Bila dewasa, sudah belajar pengertian puasa sebenar, barulah kita tahu pengisian ibadah puasa dengan jelas. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, ibadah puasa sebenarnya mengajar kita untuk mengawal nafsu diri dari pelbagai perkara di dalam kehidupan manusia.

Namun, ada juga di kalangan kita yang tanpa segan silu membeli makanan di kedai mamak dari pintu belakang. 

Ada juga yang selamba merokok dalam tandas di pejabat atau tandas-tandas awam, yang mana sempat.

Ada juga yang tidak serik-serik "kantoi" ditahan penguatkuasa dan Jabatan Agama Islam kerana ingkar ketetapan arahan dari Allah SWT itu.

Namun KedahNews.com yakin, majoriti umat Islam di Malaysia patuh menjalani ibadah puasa dengan baik, berjaya menahan diri dan mengawal nafsu dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa masing-masing. Alhamdulillah.

Persoalannya, cukupkah kita hanya mengawal nafsu hanya di bulan Ramadhan sahaja dan tidak di bulan-bulan lain?

KedahNews.com tidak menjangkakan jawapan dari kalangan pembaca. Cukuplah jawapan tersebut dijawab di dalam hati kita yang paling dalam...

Apapun, kami warga kerja KedahNews.com mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa di bulan Ramadhan kali ini dan hargailah kesempatan yang diberikan Allah SWT ini sebaik-baiknya. 

Lagipun, tiada siapa yang mampu menjamin kita akan berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang atau tidak, bukan? Hargailah Ramadhan ini. Selamat beribadah semua! - Editor KedahNews.com

Read More

Insan Berkualiti Utamakan Kehidupan Di Dunia Dan Akhirat


SEMUA orang inginkan kesenangan hidup di dunia ini. Justeru, semua orang sibuk mencari harta atau kekayaan. Dengan ada kekayaan segala idaman dan harapan akan mudah diperoleh. Agama juga menggalakkan manusia mencari kekayaan, supaya dengan kekayaan seseorang tidak perlu mengharapkan bantuan atau pertolongan orang lain untuk hidup.

Harta diperlukan oleh manusia, tetapi adakah seseorang itu hidup untuk mencari kekayaan semata-mata? Adakah setiap gerak-geri, tindakan dan perjalanan hidup kita hanya perlu dihalakan untuk mencari kekayaan?

Ramai tersilap perhitungan dalam keharusan mencari kekayaan. Lalu mereka memburu kekayaan sebanyak yang mungkin. Lebih teruk lagi tanpa mengira halal atau haram, semuanya dibolot dan hendak dikaut.

Tidak cukup dengan wang melimpah ruah, dengan banglo yang besar, bahkan lebih daripada dua buah rumah. Begitu juga dengan kereta, diletakkan dua atau tiga buah kereta mewah menghiasi laman, dengan peralatan rumah pula serba indah.

Anak yang masih muda belia, yang masih belajar sama ada di institusi pengajian tinggi, mahupun masih di sekolah pula dibekalkan dengan kereta mewah kerana kekayaan yang ada mampu berbelanja apa saja. Sedangkan Allah berfirman, bermaksud: "Hai orang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat begitu, itulah orang menderita kerugian" (Surah Al-Munafiqun:9)

Walaupun tidak dinafikan kekayaan itu perlu dalam kehidupan, untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, maka kita perlu membuat perancangan atau batasan dalam mengumpul kekayaan itu. Kita hendaklah membuat sasaran, misalnya, kita ingin mencari kekayaan sehingga terkumpul wang RM200,000 atau RM500,000.

Apabila mencapai sasaran yang diidamkan, hendaklah kita berhenti daripada mencari wang atau katakan kita bercita-cita untuk mencari harta dengan sasaran memiliki dua banglo mewah, tiga kereta mewah, 10 hektar tanah dan 10 rumah gudang sewaan.

Selepas perkara yang kita cita-citakan itu tercapai, maka pada masa itu hendaklah berhenti mencari kekayaan. Memadailah dengan kadar yang ada. Usaha melebihi kadar itu sudah termasuk dalam kategori tamak. Allah melaknati orang yang tamak.

Perancangan atau membuat batasan dalam mencari harta kekayaan memang perlu. Hal ini kerana keinginan mencari kekayaan itu sendiri bersifat infiniti. Jadi, sekiranya tidak membuat batasan, kita tidak tahu di mana noktah pencarian kita itu, tidak tahu di mana tempat untuk berhenti.

Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan kita akan terus hanyut dibuai kenikmatan akhirnya membawa kepada kekufuran. Berhubung dengan hal ini Allah berfirman; "Kehidupan dunia ini hanya permainan dan kesukaan belaka! Dan kalau kamu beriman dan memelihara diri daripada kejahatan, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tiada meminta wang daripadamu." (Surah Muhammad:36)

Sebagai seorang Islam, kita jangan tertipu dengan kehidupan di dunia yang sementara ini. Kita perlu ingat bahawa kita tidak akan selamanya hidup di alam fana ini. Jika panjang sekalipun umur kita di dunia ini, belum tentu boleh mencecah 100 tahun. Tidak dinafikan ada mereka yang mempunyai jangka hayat sehingga 100 tahun, tetapi siapa yang boleh membuat jaminan?

Dalam dunia moden hari ini, pelbagai penyakit boleh menyerang manusia. Sesetengahnya pada usia muda sudah meninggal dunia.

Menginsafi umur atau hayat kita yang tidak lama ini, maka perlu setiap kita mempunyai wawasan untuk hari depan, berupa perancangan rapi untuk mengharungi hidup di dunia baru nanti iaitu alam akhirat, destinasi yang kekal abadi.

Sudahkah kita mempunyai bekalan amalan atau sudahkah kita laburkan wang untuk membeli saham akhirat?

Jika sekarang ini kita kaya-raya, tentunya kita ingin menjadi 'orang kaya' di akhirat. Janatul Firdaus satu-satunya tempat eksklusif yang di dalamnya penuh kenikmatan atau tiada tolok bandingannya dengan apa yang ada di dunia ini.

Janganlah kita leka dan terlena di dunia hari ini, di akhirat nanti baru terjaga. Pada masa hidup di dunia ini, kita hendaklah memanfaatkan harta yang dimiliki untuk jalan yang diredai-Nya, supaya kita beroleh penginapan eksklusif itu. Kalau tidak, menyesal kemudian hari, seperti firman Allah "Belanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian rezeki kamu, sebelum kematian datang kepada seseorang antaramu, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Mengapa Engkau tidak berikan kepadaku sedikit tempoh barang sedikit waktu, supaya aku memberikan sedekah, supaya aku termasuk dalam golongan orang yang mengerjakan perbuatan baik?" (Surah l-Munafiqun: Ayat 10)

Justeru, jadikanlah diri seorang hamba sentiasa bertakwa dan berkualiti.

Sumber: Berita Harian

Read More

Mahkamah Putuskan Nikah Sham Kamikaze Tidak Sah

Kuang - Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal. 

Berikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan. 

Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah. 

Beliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung. – Berita Harian

Read More

Suspek Pencabul Kanak-Kanak Akhirnya Berjaya Diberkas!

Ipoh – Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila dilarikan oleh seorang lelaki berdekatan Sekolah Rendah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River sebelum dicabul dalam sebuah pondok di kawasan jirat di Jalan Slim Lama, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, suspek dikatakan mendekati mangsa di Stesen Bas Slim River dan berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, ketika di dalam kereta, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa sebelum memberhentikan keretanya di kawasan jirat berkenaan dan memaksa mangsa pergi ke sebuah pondok di situ.

“Apabila berada di dalam pondok berkenaan, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar dan mencabul kehormatannya. Selepas beberapa minit suspek beredar dari situ dan ketika itu mangsa melarikan diri.

“Pada kira-kira jam 1.50 tengah hari, seorang wanita yang sedang memandu sebuah kereta di jalan berkenaan melihat mangsa berlari di tepi jalan dalam keadaan ketakutan.

“Wanita itu kemudian memberhentikan kenderaannya dan bertanya kepada mangsa. Selepas mengetahui kejadian sebenar, wanita terbabit membawa mangsa ke Balai Polis Slim River,” katanya ketika dihubungi di sini.

Othman berkata, bapa mangsa berusia 43 tahun yang turut dimaklumkan oleh kakak mangsa berusia 12 tahun bergegas ke balai polis dan terkejut melihat mangsa sudah berada di situ.

Beliau berkata, dua anggota kereta peronda polis (MPV) mengesan kenderaan suspek kira-kira jam 2.30 petang iaitu PROTON Wira Aeroback berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WKQ 907 sebelum cuba menahannya.

“Bagaimanapun suspek enggan memberhentikan kenderaan sebaliknya memecut laju menghala ke arah Plaza Tol Slim River menghala Ipoh.

“Ketika di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berlaku kejar-mengejar dan anggota MPV meminta bantuan. Suspek kemudian merempuh palang Plaza Tol Sungai dan terus menghala ke pekan Sungkai.

“Semasa kejar-mengejar di pekan Sungkai pula, kenderaan suspek telah melanggar sebuah PROTON Exora milik orang awam sebelum terus memasuki Taman Desa Idaman Sungkai. Bagaimanapun, anggota MPV berjaya mengesan dan menghalang laluan suspek, namun suspek bertindak melanggar MPV berkenaan di bahagian hadapan sisi kiri.

“Dengan bantuan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River telah berjaya menahan suspek bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki dipercayai isteri dan anaknya untuk siasatan lanjut,” katanya.

Othman berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

Katanya, mangsa sudah dihantar ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan mangsa diperkosa. - BH Online

Read More
Newer Posts Older Posts Home