"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Friday, 5 September 2014

Mukhriz Lafaz Ikrar Taat, Setia, Ikhlas Sokong Najib!

Jerlun - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau memberi sokongan penuh pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinannya sebagai Presiden UMNO dan Barisan Nasional.

Mukhriz berkata, keyakinan beliau selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan semua barisan kepimpinan UMNO di negeri Jelapang Padi itu tidak pernah pudar, malah amat menghargai sokongan Perdana Menteri terhadap kepimpinannya di peringkat negeri.

"Saya ingin menyatakan bahawa seluruh kepimpinan UMNO dan BN Negeri Kedah, bermula dari saya sendiri melafazkan ketaatan dan kesetiaan kepada perjuangan parti dan ikhlas menyokong kepimpinan Datuk Seri (Najib Tun Razak," tegasnya dalam ucapan beliau dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun, di sini, petang tadi.

Najib dijemput Menteri Besar Kedah itu untuk hadir merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Jerlun.

Mengulas mengenai teguran bapanya terhadap Perdana Menteri baru-baru ini, Mukhriz menyifatkan ia sebagai "tonik" memperkasakan kepimpinan Najib dan bukti Tun Dr Mahathir Mohamad itu sayang pada pemimpin nombor satu negara itu.

"Teguran yang dikemukakan Ayahanda Tun Mahathir itu juga adalah datangnya dari sifat sayang dan bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Datuk Seri.

"Dari kenyataan-kenyataan Datuk Seri sendiri, saya percaya Datuk Seri juga memahami (tujuan dan niat) akan perkara ini", jelasnya yang memandang tinggi respon Najib dalam menerima dan menghormati teguran ayahnya itu.

Mukhriz turut menzahirkan penghargaan beliau terhadap Perdana Menteri melalui sebuah lukisan penuh makna, melakarkan potretnya bersama Najib yang dihadiahkan sebagai cenderahati di majlis berkenaan.


Selain itu, Menteri Besar itu berkata, kepimpinan PAS dan rakan-rakan sekutunya selama lima tahun di negeri itu memberikan "hikmah tersendiri" kepada rakyat Kedah untuk menilai dan membandingkan sendiri pencapaian di antara dua kerajaan yang berbeza.

Katanya, maklum balas yang diperoleh dari majoriti rakyat menjelaskan tentang pelbagai kelemahan yang ada pada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sehingga menyebabkan mereka serik untuk memilih pakatan pembangkang itu sekali lagi.

"Jelas sekali ketidakcekapan, ketidakikhlasan dan kepincangan di antara mereka telah mengakibatkan kemerosotan berlaku pada kepimpinan mereka," katanya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, turut hadir dalam mesyuarat tersebut. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com

Read More

Lapan Anggota Polis Dibuang Kerja

Lapan anggota polis dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan tata tertib sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ia membabitkan seorang inspektor dan tujuh anggota pangkat rendah daripada 6,200 anggota yang bertugas di negeri ini.

Beliau yang memberi perhartian serius isu tata tertib dan integriti anggota tidak akan berkompromi jika ada yang melakukan kesalahan.

"Kita tidak akan toleransi dan berkompromi dalam menangani isu salah laku warga polis. Segala aduan yang diterima akan disiasat secara telus dan saksama berlandaskan undang-undang dan arahan jabatan.

"Kita mementingkan intergriti termasuk nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus, adil dan saksama. Mereka tidak boleh mementingkan diri sendiri sebaliknya mengutamakan orang ramai," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurutnya, integriti amat penting bagi meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap polis selain  menjaga nama baik pasukan.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan Abdul Rahim menyampaikan anugerah kepada anggotanya yang memberi khidmat cemerlang termasuk pengawal keselamatan, Muhamad Najib Ahmad, 29, yang berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki untuk merompak sebuah bank di Sungai Dua, di sini 28 Ogos lalu. -Sinar Harian

Read More

PRK Pengkalan Kubor: PKR Yakin Boleh Menang Walau Huru Hara Di Selangor

KOTA BHARU - PKR yakin krisis politik parti itu di Selangor tidak akan menjejaskan peluang mereka untuk memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor pada 25 September ini.

Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat, Dr Afif Bahardin berkata, ini kerana penduduk tempatan tidak akan memberi tumpuan khusus kepada kemelut di Selangor walaupun isu itu akan diketengahkan dalam PRK nanti.

"Kami percaya pengundi di Pengkalan Kubor akan lebih memberi fokus kepada isu tempatan yang lebih dekat dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan Pemuda Pas di sini hari ini.

Katanya, walaupun menjangkakan akan menghadapi beberapa cabaran dalam PRK kali ini, PKR akan cuba menanganinya dengan kekuatan jentera sedia ada.

Beliau berkata PRK di kerusi Dun itu juga akan menjadi medan ujian kepada PKR dalam menunjukkan komitmen dan keutuhan parti itu.

Dr Afif berkata 45 peratus pengundi adalah di kalangan pengundi muda dan peratusan itu memberi cabaran kepada jentera pemuda untuk memberi komitmen sepenuhnya dalam PRK nanti. - Bernama

Read More

Kumpulan Kembara Bertaut Kembali Rakam Album - M.Nasir

Kuala Lumpur - Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara yang diasaskan Datuk M Nasir di Singapura pada 1980 kembali memeriahkan industri muzik tempatan apabila bakal mengadakan Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya, 21-23 November ini.

Konsert itu turut menampilkan anggota asal Kembara yang lain iaitu A Ali (gitar, penyanyi), S Sahlan (penyanyi), Zoul (gitar), Cheman (bass), Md Shah (keyboard) dan Shahrom (dram). 

M Nasir berkata, tujuan konsert berkenaan diadakan antaranya bagi memberitahu bahawa kumpulan berkenaan masih aktif bermain muzik selain lagu-lagu mereka masih diingati selepas lebih 30 tahun.

Selain konsert ini, Kembara juga bakal muncul dengan album baru yang mengandungi 10 lagu merangkumi lagu baru dan beberapa lagu lama mereka yang diberi nafas baru.

Kumpulan yang sinonim dengan lagu berunsur rakyat dan lirik puitis ini populat dengan lagu-lagu seperti Hati Emas, Gerhana, Keroncong Untuk Ana, Ekspres Rakyat, Impian Seorang Nelayan, Duit dan Kepadamu Kekasih. -MyMetro

Read More

Remaja Terima Padah Lari Dari "Roadblock"

Foto

Petaling Jaya - Hanya kerana bimbang diberkas polis berikutan tidak mempunyai lesen memandu, sepasang remaja bertindak agresif memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Lembah Baru Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, remaja terbabit cuba melarikan diri sebaik ditahan anggota polis di kawasan perindustrian di Kota Damansara.

Tindakan ‘berani mati’ itu bagaimanapun mengundang padah apabila mereka terbabit kemalangan selepas merempuh sebuah kereta model Honda Civic.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku apabila anggota Unit Peronda Polis (MPV) yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak kereta dinaiki pasangan remaja berusia 17 tahun itu.

Menurutnya, pihak polis kemudian cuba menahan remaja terbabit untuk pemeriksaan lanjut.

“Panik melihat kehadiran kereta peronda polis, suspek terus memecut laju dan melarikan diri menyebabkan anggota polis mengejar mereka.

“Suspek mulanya melarikan diri ke arah susur keluar Damansara Lebuh raya NKVE namun bertindak berani berpatah semula dan melawan arus,” katanya.

Tindakan suspek mengundang padah apabila sebuah kereta Honda Civic yang melalui lebuh raya itu menghala ke Subang Jaya gagal mengelak sebelum merempuh kereta dipandu remaja itu.

Azmi berkata, pemandu kereta Honda Civic terselamat dalam kejadian itu sementara suspek mengalami kecederaan ringan.

“Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -MyMetro

Read More

Pencuri Licik "Kebas" 96 Buah Televisyen

YAN - Kelicikan sekumpulan bekas pekerja sebuah stor peralatan elektrik di Sungai Limau Luar, di sini, mencuri dan menjual beberapa unit televisyen milik syarikat berakhir apabila ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, kejadian itu disedari pekerja syarikat terbabit ketika melakukan pengauditan sebelum mendapati beberapa unit televisyen berkurangan sejak Mei lalu.

Menurutnya, curiga dengan perkara itu, pemilik stor berkenaan membuat laporan di Balai Polis Guar Chempedak pada 21 Jun lalu.

“Pemilik stor berkenaan mendapati sebanyak 96 unit televisyen pelbagai jenama dan saiz hilang dari stornya sejak Mei lalu.

“Susulan kejadian, sepasukan anggota polis berjaya menahan seramai 11 individu yang berumur antara 20 hingga 44 tahun yang disyaki terlibat dengan kegiatan terbabit,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini, semalam.

Katanya, seorang suspek yang ditahan juga mempunyai rekod kesalahan lampau iaitu mencuri dalam bangunan.

“Enam daripada individu terbabit adalah bekas pekerja stor terbabit dan terlibat secara langsung memecah masuk stor berkenaan, manakala lima yang lain sebagai orang tengah yang menjual televisyen kepada orang ramai,” katanya.

Nek Zaidi berkata, hasil soal siasat pihak polis berjaya menemui semula sebanyak 39 unit televisyen pelbagai jenama di beberapa lokasi sekitar Guar Chempedak dan Kuala Kedah.

“Kita mendapati modus operandi kumpulan terbabit adalah melakukan perniagaan barangan curi sebelum hasilnya digunakan untuk aktiviti perjudian,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Polis Buru Pengguna Facebook Ugut Bunuh

Johor Bahru - Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, di sini, hari ini, berkaitan status satu akaun laman sosial Facebook yang didakwa mengugut menembak Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan serta individu tertentu dalam kabinet.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh seorang pegawai polis, kira-kira 2 petang. 

Status berkenaan dipercayai dimuat naik pemilik akaun FB yang dikenali sebagai, Nurul Nizam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan polis berkenaan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan dengan cara menyembunyikan nama. -MyMetro

Read More

207 akaun RM6 Juta Dibeku, 10 Kereta Mewah Disita


Kuala Lumpur - Sejumlah RM6 juta wang simpanan dalam 207 akaun milik 24 individu yang disyaki dalang kegiatan sindiket penyeludupan rokok dan arak dibekukan serta merta.

Daripada jumlah itu, kira-kira RM4 juta milik 12 pegawai Jabatan kastam Diraja Malaysia (JKDM) termasuk seorang pengarah Kastam negeri, manakala selebihnya dikesan dalam akaun pemilik syarikat yang juga anggota sindiket yang terbabit dalam transaksi rasuah untuk mengelak membayar cukai.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, selain membekukan akaun dalang kegiatan itu, harta mereka turut disita.

"Pelbagai harga alih dan tidak alih milik pegawai Kastam dan anggota sindiket juga disita, iaitu 10 kenderaan mewah, sebuah lot rumah kedai dan wang tunai berjumlah RM3 juta.

"Pihak kami percaya, kemungkinan akan ada lagi tangkapan dibuat berdasarkan bukti siasatan," katanya pada sidang media khas di Kompleks SPRM Kuala Lumpur, Khamis.

Operasi besar-besaran yang diketuai SPRM menahan 22 individu pada Rabu dan susulan itu, dua lagi ahli sindiket ditahan pagi Khamis, menjadikan jumlah keseluruhannya setakat ini, 24 orang.

Sementara itu, Mohd Shukri menjelaskan kerajaan mengalami kerugian antara RM3.6 bilion hingga RM4 billion sejak dari 2011 akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak yang mengelak membayar cukai.

"Sebanyak RM1.67 billion rokok dan arak dibawa masuk dan pengistiharan yang dibuat hanya RM420 juta, sekali gus nilai yang tidak diisytiharkan adalah RM1.2 billion.

"Tindakan susulan untuk menilai cukai ini sedang dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kastam melibatkan duti eksais.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak yang tidak membayar duti kastam, di pelabuhan utama Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ)," katanya.

Terdahulu, semua 12 pegawai dan anggota Kastam, termasuk seorang pengarah negeri yang ditahan pada Rabu direman tujuh hari untuk siasatan kes berkenaan.

Read More

Biadap... Mahasiswa Baru Daftar 3 Hari Kutuk UiTM Di Twitter


Seorang pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengejutkan banyak pihak apabila dia mencemuh serta memperlekeh universiti itu melalui laman sosial Twitternya.

Pelajar pengajian perubatan yang baru mendaftar selama 3 hari itu membuat beberapa status yang mencemuh minggu orientasi UiTM dengan perkataan kesat selain mengheret nama baik universiti itu sebagai sebuah universiti yang tidak akan menjadi pilihan untuk anak-anaknya pada masa hadapan.

“Kalau aku dah ada anak dah besar nanti, i’ll make sure that my children wont pursue their studies at uitm! like ever!”, kata pelajar yang dikenali @mieruuzairis di akaun Twitternya.

“None of the universities in Malaysia can beat UiTM’s MDS when it comes to silly slot and wasting time” tambahnya lagi di laman sosial sama.

Menurut laman Universitynewscapital.com (Media UNC),  pihaknya sempat menemuramah beberapa mahasiswa UiTM berkenaan respon mereka tentang pelajar tersebut, rata-ratanya kecewa dengan tindakannya sebagai pelajar baru yang hanya bergelar sebagai mahasiswa selama 3 hari dan telah menunjukkan sikap yang tidak bersyukur selain memalukan UiTM.

Amier Atief, penuntut Asasi Undang-undang UiTM dalam responnya menjelaskan tindakan pelajar ini memperlihatkan bahawa dia langsung tidak bersyukur mendapat tempat di UiTM, manakala Firdaus Zaki dalam kenyataannya menjelaskan pelajar tersebut hanya inginkan perhatian.

Media UNC turut mendapatkan komen melalui twitter antaranya ialah respon daripada Syahmi Suhaimi berkenaan pelajar tersebut; “Antara anak melayu yang tak reti menghargai pengorbanan orang lain. Hanya mahukan kesenangan untuk diri sendiri.

Dalam pada itu, Media UNC sempat menghubungi pegawai HEP yang terlibat dengan kursus orientasi, Minggu Destini Siswa UiTM, beliau menjelaskan bahawa keadaan kursus terkawal dan sentiasa mendapat perhatian Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Jelasnya setiap slot yang disediakan adalah lebih kepada mempermudahkan mahasiswa itu sendiri sebagai pelajar baru supaya dapat menyesuaikan diri di alam universiti selain diuruskan oleh fasilitator yang terlatih.

Walau bagaimanapun, sebaik ditanya responnya berkenaan status twitter pelajar tersebut, jelasnya tegas dengan harapan agar pelajar itu digugurkan kerana terlalu bersikap angkuh dan sombong selain berpotensi memalukan UiTM pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, lebih ramai diluar sana pelajar lepasan matrikulasi dan asasi yang memilih UiTM tetapi terpaksa membuat rayuan kerana tidak mendapat peluang.

Sebelum itu UiTM dilaporkan menerima lebih 3000 mahasiswa dengan jumlah keseluruhan mencecah 2279 siswi dan 1014 siswa sehingga tengahari tadi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Nabi Sedih Ramai Wanita Penghuni Neraka


Rasulullah SAW ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika peristiwa Israk Mikraj:

SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Sumber: Berita Harian

Read More

Remaja Tak Tahan Jadi Mangsa Rogol Bapanya Selama 4 Tahun


Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di Jerteh apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

“Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu,” katanya yang dipetik dari laman Sinarharian.com.my.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -Sinar Harian

Read More

Sony Perkenal Telefon Pintar Xperia Z3, Paling Nipis?

Sony bakal memperkenalkan telefon pintar baru mereka dalam masa lebih kurang 10 jam lagi di Persidangan IFA, Berlin dan kini beberapa gambar baru hadir memperlihatkan peranti baru yang akan diumumkan oleh Sony kelak.

Xperia Z3 merupakan kemaskini kepada keluarga Xperia Z, dimana ia dilihat membawakan kemaskini daripada spesifikasi, rekaan dan turut sama menggunakan warna peranti baru.

Salah satu warna peranti baru yang digunakan pada peranti Xperia Z3 adalah warna tembaga pada peranti tersebut.

Seperti biasa, maklumat lanjut peranti ini dijangka akan diketahui ramai tidak lama lagi.

xperia-z3-copper_01
xperia too2
xperiaaa22

Sumber: XPERIABLOG

Read More

Kerana "Lidah": Mahu Ke Syurga Atau Neraka?


DUA perkara penting yang diingatkan junjungan Nabi SAW ialah menjaga serta memelihara lidah dan tingkah laku. Lidah termasuk nikmat Allah yang sangat besar kerana kebaikan diucapkannya akan melahirkan manfaat, yang buruk mendatangkan kesan berpanjangan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pesanan itu adalah manifestasi pentingnya menjaga tutur kata, tidak mengucapkan hal yang buruk dan menyakiti hati saudara seagama kerana bertutur sembarangan tanpa berfikir kesannya akan membawa kepada permusuhan, kekacauan bahkan boleh menjurus kepada pertumpahan darah.

Rasulullah SAW berpesan supaya menjaga lidah dan tingkah laku supaya tidak mengganggu serta melampaui batas atau menyentuh hak orang lain. Sabda Baginda yang bermaksud: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam beragama.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pada saat pengaruh kehidupan bersalut kebendaan, didapati manusia semakin boros mengeluarkan kata-kata sehingga ada yang terlupa mempertahankan sifat santun dan adab dalam menuturkannya hingga menyakitkan hati pendengarnya.

Harus diakui manusia memang berbeza pandangan, pendirian dan bebas membuat penafsiran terhadap sesuatu yang dirasakan benar baginya tetapi ketika yang sama, manusia diberi akal dan iman untuk mempertimbangkan ilmu secara beradab.

Firman Allah yang bermaksud: 
“Serulah ke jalan Tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik.” (Surah al-Nahl, ayat 125)
Debat nabi jelas beretika dan halus budi bahasanya. Setiap patah kata dalam ungkapannya dapat menjadi contoh mereka yang mencintai kebenaran. Tetapi sayang, sebahagian daripada pendebat sekarang menyimpang jauh daripada panduan kerana debat mereka untuk mencari pengaruh dan kemenangan.

Sedangkan debat yang dicadangkan adalah untuk mencari jalan yang lurus. Oleh itu, berhujah untuk memburukkan lawan, pelbagai kata kasar dan nista terkeluar. Keburukan demi keburukan orang didedah dan diaibkan melalui kata-kata.

Cucunda Rasulullah SAW, Saidina Hussain berkata, seseorang yang menceritakan keburukan orang lain di hadapanmu, boleh jadi dia akan menceritakan keburukanmu (juga) pada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa mampu menjaga apa yang ada antara dua janggut dan apa yang ada di antara dua kaki, maka aku jamin dia masuk syurga. (Hadis riwayat Sahl bin Sa'ad)
Apabila seseorang memahami dan mengerti bahawa setiap perkataan diucapkan melalui lidahnya akan dihisab dan dibalas maka, dia akan tahu untuk menjaga lidahnya, menjaga tutur katanya dan mempertimbangkan dengan teliti sebelum berkata-kata.

Justeru, jangan biarkan lidah itu lebih cepat daripada akal dalam menuturkan kata-kata. Apalagi apabila akal gagal mengawal tutur katanya menyebabkan apa yang terkeluar itu menjadi zarah amarah dan dendam bersalut nafsu semata-mata. Bahaya lidah sebenarnya amat bisa dan tajam.

Rasulullah SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: 
“Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah memelihara engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Akhir-akhir ini perkataan melaknat dan mengutuk sering menjadi mainan sesetengah individu atau kumpulan dalam masyarakat. Ucapan seperti itu hanya mengundang kemarahan dan perkara itu amat disenangi iblis.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullullah SAW ada menceritakan suatu kisah: “Pada zaman Bani Israil dulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap berbeza. Lelaki pertama suka berbuat dosa, sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali ahli ibadah melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan rakannya itu untuk berhenti daripada perbuatan dosanya.

Suatu ketika, ahli ibadah itu berkata lagi: “Berhentilah daripada perbuatan dosa. Ahli maksiat pun menjawab: Jangan pedulikan aku, terserah kepada Allah yang akan menilai perbuatanku. Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi setiap apa yang aku lakukan? Ahli ibadah membalas: Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah.

Selepas kedua-dua ahli ibadah dan ahli maksiat itu meninggal dunia, Allah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya. Allah menyoal ahli ibadah: Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang berada dalam kekuasaan-Ku?

Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat: Masuklah kamu ke dalam syurga Berkat rahmat-Ku. Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: Masukkan orang ini ke dalam neraka.”

Sesungguhnya Allah menghukum ahli ibadah kerana dia sudah berbuat syirik kepada Allah dengan menentukan seseorang masuk ke neraka. Ini kerana kuasa menghukum mutlak milik Allah, bukan sekali-kali hak milik manusia yang tidak berkuasa atas makhluk lain.

Sumber : Berita Harian

Read More

Gadis Sanggup Kahwini Anjing Di India

Seorang remaja perempuan mengahwini anjing dalam majlis besar-besaran dihadiri sekurang-kurangnya 70 orang semata-mata untuk ‘membuang sial’ yang dibawanya.

Mangli Munda, 18, bersetuju berbuat demikian selepas orang tua di kampungnya memberitahu ibu bapanya satu-satunya cara bagi mengelak remaja berkenaan membawa kemusnahan kepada keluarga dan penduduk di situ.

“Orang tua di kampung ini percaya perkara buruk akan berlaku jika saya berkahwin dengan lelaki buat masa ini. Memilih anjing sebagai pengantin bererti sial itu akan diturunkan kepada haiwan berkenaan.

“Ini akan memastikan lelaki yang saya kahwini kelak bernasib baik dan panjang umur,” katanya.
Bapanya, Sri Amnmunda bersetuju dengan pendapat orang kampung dan turut mencarikan ‘pengantin lelaki’ untuk Mangli.

“Kami diarahkan mengadakan perkahwinan secepat mungkin untuk menghapuskan sumpahan terhadap anak saya,” katanya.

Percaya atau tidak ini bukan kali pertama perkahwinan seumpama itu diadakan di kampung berkenaan.

“Ia juga dilakukan di kampung lain. Memang kami semua percaya dengan sumpahan seperti itu,” kata Sri.

Ibunya Seema Devi berkata, keluarganya membelanjakan wang yang banyak untuk majlis berkenaan, selain memberi penghormatan penuh kepada Sheru, sama seperti mana-mana pengantin lelaki.

Perkahwinan itu tidak memberi kesan terhadap kehidupan Mangli malah dia boleh berkahwin kelak tanpa perlu menceraikan ‘suaminya’ itu.

“Saya diberitahu ramai gadis melakukan perkahwinan seperti ini dan mampu hidup bahagia selepas itu. Jadi saya juga boleh mengahwini lelaki idaman saya kelak,” katanya.

Dia kini perlu menjaga haiwan berkenaan untuk beberapa bulan akan datang. – Agensi

Read More

Unit Amal PAS Diusir Cuba Ambil Alih Tugas Polis


Polis berjaya menyuraikan lebih 20 anggota Unit Amal PAS yang merancang untuk melakukan rondaan pencegahan jenayah di sekitar Stesen LRT Pandan Indah di Ampang Jaya malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya tidak membenarkan pasukan Unit Amal PAS membuat rodaan sebegitu kerana pencegahan jenayah merupakan tanggungjawab polis dan orang awam tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Selepas mengadakan perbincangan, kita nasihatkan kumpulan itu beredar dengan cara baik dan mereka mengikut arahan polis untuk beredar dalam tempoh 15 minit,

“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri terhadap jenayah yang berlaku di kawasan ini kerana setiap laporan polis berhubung kejadian jenayah yang berlaku disiasat sewajarnya." kata Khairuldin yang dipetik dari laman The Malaysian Insider.

Khairuldin berkata, pihaknya sudah menugaskan anggota membuat rondaan dan meningkatkan pemantauan dengan meletakkan anggota berpakaian preman di lokasi yang seringkali berlaku jenayah.

"Kita juga tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya jika mereka (Unit Amal PAS) meneruskan niat melakukan rondaan cegah jenayah tanpa berbincang dengan polis," katanya.

Ketua kumpulan Unit Amal PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Cempaka, Iskandar Samad berkata pihaknya menghormati arahan polis dan akan mengadakan perbincangan seperti diminta.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan Zahid, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat menggesa menteri dalam negeri itu memohon maaf kerana melabelkan Unit Amal PAS sebagai jabatan keselamatan tidak berdaftar.

Suhaizan berkata, Unit Amal PAS adalah badan kebajikan di bawah Pemuda PAS yang menguruskan kebajikan dan bantuan kemanusiaan termasuk banjir. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Ibu Kongsi Pengalaman Anak Cuba Diculik

MENERUSI akaun Instagram , seorang ibu telah berkongsi detik cemasnya berdepan dengan percubaan culik bayinya yang berusia tujuh bulan di Bandar Baru Sentul pada 1 September lalu.

Katanya:
“Untuk peringatan utk suma parents. Terutama yang duduk area SENTUL. Semalam, 1hb September 2014, pegi makan dekat mamak al Malik kat Bandar Baru Sentul. Lepas makan aku pun bawak Umar nak masuk keta. Baba ngan Oppa still kat mamak lagi. Aku ni takde la mcm takut sgt sbb baru 7.30 mlm. Org dok ramai. Masa masuk celah kereta tu aku ada perasan ada org follow aku tapi aku memang x suspect apa2 sbb nak cepat masuk keta.

“Then aku dok perasan org ni take over aku and tros grab baju umar and tarik. Aku terus peluk umar dan tarik umar balik terus pusing belakang and lari. Then bila aku tgk belakang balik, ada 2 org tgh berlari lintas jalan. Aku masuk mamak tu depan baba depan oppa depan semua org aku menangis sampai suma org pandang. Then ada 1 cina ni masuk cakap kat baba "org tu nak curi ka???”. Baba and Oppa keluar cari tapi xde dh org.

“Aku dok fikir, kalau la sorang tu pegang aku, sorang amik Umar and dapat Umar, macamana la umar nak minum susu, nak tido, nak tukar pempers. Nauzubillah. Nauzubillah!! Allahuakbar. Kenapa la sekarang ni orang2 tak de hati dan perasaan.

“Tindakan : 1. Tolong la. Tolong la parents yang ada anak2. Tolong la jaga anak2 korang. Tolong la dukung anak2 erat2. Pegang tangan anak2 kuat2. 2. Mesti ada org teman. Suami ke kawan ke adik beradik ke tak kisah. Tapi ada org teman. Jangan sorang2. Memang bahaya. Bahaya sgt2. 3. Mata jangan lepas langsung pandang anak2. Kena alert anak kat mana.

“Aku share sbb aku nak suma org alert. SEMUA ORANG. Alert pada anak2. Pada cucu2. Pada anak2 saudara. Pada anak2 kawan. Pada anak2 orang. Tolong la. Org nak kata aku paranoid aku tak peduli. Tapi YES skrang ni kalau org senyum kat Umar pun akan syak bukan. Instagram : Tolong la repost benda ni. Facebook : Tolong share benda.”
Wanita itu turut berkongsi gambar salinan laporan polis yang telah dibuatnya.

Ibu Kongsi Pengalaman Anak Hampir Diculik Di Sentul

Semoga apa yang terjadi dapat dijadikan iktibar oleh para pembaca di luar sana.

Pesanan kami, jangan ambil mudah perihal keselamatan anak-anak kerana kejadian seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Cinta Dari Usia 6 Tahun, Terpisah 18 Tahun, Akhirnya Ke Jinjang Pelamin Jua...

Impian seorang lelaki untuk mengahwini gadis cantik yang merupakan jirannya sewaktu kecil dahulu akhrnya tercapai.

Terpisah kira-kira 18 tahun lalu, pasangan yang pernah berkawan sejak berusia 6 tahun itu dilaporkan bakal berkahwin pada 7 September ini.

Zi-heng Wang, 24, menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Qian-qian, 24, kepada ibunya ketika masing-masing berusia enam tahun.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya terpisah apabila keluarga Wang berpindah sekaligus terputus hubungan.

Takdir kemudiannya menemukan kedua-duanya 18 tahun kemudian dan mencetuskan semula rasa cinta dalam hati mereka.

Malah, mereka juga telah merakamkan semula gambar di atas jambatan yang pernah mereka kunjungi sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.

"Kalau sudah jodoh,tidak ke mana", mungkin itu pepatah yang paling sesuai untuk pasangan sejoli ini.

Semoga pasangan Wang dan Qian bahagia hingga ke akhir hayat. -Norhayati Shaharun/ KedahNews.Com

Read More

Rita Rudaini Tiada Niat Raih Perhatian


PETALING JAYA - Pelakon Rita Rudaini menegaskan dia tidak berniat untuk meraih simpati mahupun perhatian daripada orang ramai apabila sering memuat naik status-status rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara menerusi laman sosial miliknya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 38, berkata, tindakannya berbuat demikian ada bersebab supaya setiap perkara yang dilaluinya boleh menjadi pengajaran buat pengikut-pengikutnya di Instagram, Facebook dan Twitter.

"Ada yang mengatakan saya sengaja ingin mencari perhatian daripada orang ramai. Bukan macam itu!

"Sebenarnya apabila ada isu-isu semasa yang berbangkit sebagai contoh seperti masalah servis syarikat telekomunikasi, masalah anak-anak ataupun isu-isu semasa lain, kita boleh berkongsi pendapat dengan orang ramai tentang masalah-masalah yang sering kita hadapi.

"Tetapi ada juga yang salah faham kononnya saya suka buat bising di sosial media," katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Rita telah memuat naik foto yang mengandungi kata-kata tidak puas hatinya terhadap sebuah syarikat perkhidmatan.

Kemudian, beberapa hari selepas itu, dia sekali lagi membuat luahan perasaan mengenai seorang individu yang bersikap kurang ajar ketika bertanyakan informasi sebuah pra sekolah.

Luahan perasaan tersebut membuatkan Rita dianggap sengaja ingin mencari perhatian orang ramai. Bagaimanapun, ada juga yang memberi respons positif dengan menyokong pelakon itu mengenai tindakannya mendedahkan kepada umum.

Sementara itu, ditanya pula mengenai isu tuntutan nafkah anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, yang dituntut daripada bekas suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abd. Radzak, kata Rita, sehingga kini pemain bola sepak negara itu seperti tidak mengendahkan permintaannya.

"Sebagai ibu, saya tidak akan berputus asa dan sanggup turun naik mahkamah sehinggalah tuntutan nafkah anak-anak dijelaskan.

"Biarlah orang nak kata apa, saya akan terus berjuang untuk anak-anak. Ayah mereka masih lagi hidup, dan menjadi tanggungjawab saya mendapatkan apa yang patut daripada ayahnya.

"Sejak kes cerai dengan Aidil, saya belajar banyak perkara di mahkamah. Banyak hak wanita yang boleh kita dapat, cuma orang ramai tidak tahu. Sebab itu, segala hak yang patut saya dan anak-anak perlu dapat akan saya tuntut," ujarnya.

Rita dan Aidil sah bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pada 7 Julai, pelakon itu telah memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM300,000  daripada Aidil mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Tuntutan itu adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang munasabah berdasarkan syarak.

Kes itu akan disebut semula pada 11 September ini.

Terdahulu, pada November 2012, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah kedua-dua anak lelakinya itu yang meliputi perbelanjaan makan minum dan pengasuh.

Kes tersebut juga akan didengar semula pada 10 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah daerah Petaling, Subang Bestari dekat sini.

Read More

Amy Grand Mengaku 'Songlap' Duit Rakan


Bekas penyanyi kumpulan Grand, Amy mengaku salah dan berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat.

Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu, lapor mStar Online.

“Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.

“Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu lalu.


Sebelum ini, penyanyi Kristal iaitu Razlan meluahkan rasa kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit.

Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika individu itu gagal mengembalikan wang berkenaan.

Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut.

Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.


Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.

"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.

“Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tegas Amy dalam FB miliknya.

Lan berkata, dia tidak akan sesekali percaya pada Amy dan mendakwa individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.
"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya.

"Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More
Newer Posts Older Posts Home