Wednesday, 16 July 2014
Kalimah Allah Pada Pek Kentang Goreng McDonald's?
11:02 pm Shahir Shukor No comments
Di saat McDonald’s menerima tempias kemarahan orang ramai terhadap isu serangan Israel pada penduduk Islam Palestin di Gaza hingga ada yang melancarkan boikot terhadap produk mereka, ada isu baru yang tidak sepatutnya berlaku melibatkan makanan segera ini.
Ia adalah kalimah menyerupai perkataan ALLAH pada pek kentang goreng edisi World Cup yang kini giat dikongsikan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Di sebalik lukisan grafik pada pek kentang goreng tersebut, terdapat ukiran berupa kalimah Allah yang tidak dapat dipastikan sama ada ia disengajakan.
Apa pun alasannya, McDonald’s perlu lebih hati-hati dan sensitif dengan isu seperti ini kerana seperti kita sedia maklum, kalimah Allah terlalu suci dan tidak boleh diletakkan sesuka hati pada sebarang objek.
Sumber : MyNewsHub.My
Read More
Kiki CDM25 Mengaku Salah: "Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian..."?
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
Kini, wanita yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin sedang diserang bertubi-tubi di laman sosial di Facebook, Twitter dan juga YouTube.
Di twitter, kisah Kiki juga sedang trending atau popular di Twitter Malaysia dengan tweet menggunakan hashtag #CDM25 sudah pun mencecah 127,000 tweet.
Semalam, Kiki dirakam mengamuk dengan teruk ke atas seorang lelaki warga emas di Kuantan termasuk memukul kereta lelaki itu dengan menggunakan pengunci stereng.
Lelaki berkenaan, Sim Siak Hong, 67 tahun yang merupakan seorang pesara pada mulanya terlanggar bahagian belakang sebelah kiri kereta Kiki sehingga membuatnya mengamuk sakan.
Kini, selepas mengakui bahawa perbuatannya itu terlanjur dan tidak sesuai, barulah Kiki beriya-iya meminta semua pihak yang mempunyai rakaman aksi berkenaan agar memadamkannya.
“Saya sudah membaca semua tweet berkenaan, saya terima kritikan anda dan saya mengaku saya salah.
“Ada ketikanya kita harus belajar memaafkan orang lain, saya mahu orang ramai memadamkan video berkenaan.
“Tolong hormati privasi saya dan cuba bayangkan jika keadaan yang sama berlaku kepada keluarga anda,” katanya meminta belas orang ramai.
Bagi pengguna laman sosial dan juga laman portal berita, pastinya permintaan Kiki tidak akan dilayan sebaliknya video berkenaan ketika ini masih lagi rancak dikongsikan antara pengguna Facebook.
Rata-rata komen yang diberikan mereka ialah, Kiki sepatutnya bersedia menerima akibat apabila mengamuk dengan cara yang melampau sebegitu di khalayak ramai, pada mereka, ‘berani buat berani tanggung,”.
Ada juga yang menempelak Kiki, tidak berfikir dahulu sebelum bertindak melulu mengherdik Sim dengan kata-kata kesat dan juga mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman.
Orang ramai pula tidak mahu memadamkan video berkenaan sebagai satu pengajaran kepada Kiki agar tidak mengulangi kesilapan yang sama apabila berdepan situasi sama kemungkinan nanti.
Sumber: MYNEWSHUB.MY
Read More
Video: Bila Wanita Islam Mengamuk, Antara Sengaja dan Tidak Sengaja...
9:07 pm Shahir Shukor No comments
KedahNews.com ingin berkongsi sebuah video kemalangan di antara dua buah kereta yang dipandu oleh seorang wanita bertudung telah dilanggar oleh seorang lelaki Cina.
Apa yang hendak KedahNews.com ingin sampaikan tindakan pemandu wanita yang mengamuk sakan apabila keretanya telah dilanggar walaupun ia merupakan kemalangan yang kecil dari sudut pandangan penulis.
Video yang dimuatnaik di beberapa laman media sosial ini telah menjadi viral dikalangan pengguna kerana tertarik dengan amukan gila wanita itu setelah kereta kesayangan dilanggar.
Dalam rakaman Video ini dipetik dari saluran Youtube The Rakyat Post, wanita itu bertindak memukul bahagian hadapan kenderaan lelaki Cina itu dengan pengunci stereng sambil menjerit-jerit kerana marah kerana keretanya dilanggar dari belakang.
“What you did to my car now? you see?? ( Apa kau dah buat pada kereta aku, kau tengok??” jerkah si wanita dengan garang.
Amukan wanita itu menarik perhatian ramai pengguna jalan raya yang dilihat merakam insiden tersebut.
Dalam kekecohan yang berlaku itu, wanita yang menaiki kereta berjenama Peugeot bertindak merampas kunci lelaki Cina dan memaksanya membayar RM2,000 dengan segera dalam nada yang sangat biadap.
Dari pandangan KedahNews.com, walaupun lelaki Cina itu memang bersalah kerana melanggar belakang kereta wanita itu tetapi tidak wajar dia bertindak melampau dengan memukul kereta lelaki berkenaan.
Dalam rakaman itu jelas menunjukkan lelaki Cina yang agak berusia berkali-kali meminta maaf dan memberitahu kepada wanita itu dia tidak sengaja melanggar keretanya.
Tindakan wanita itu sangat-sangat memalukan dari pandangan KedahNews.com kerana dia kelihatan sungguh biadap sedang lelaki Cina yang lebih berusia daripadanya menggunakan bahasa yang lembut walaupun telah dimakai hamun berkali-kali oleh pemandu Peugeot itu.
Pemandu wanita kemudiannya cuba meminta bantuan orang ramai menghubungi polis bertujuan meminta ganti rugi daripada lelaki itu sebelum beredar berkemungkinan ke Balai Polis.
Adakah wanita ini tidak mengetahui sekiranya berlaku kemalangan seperti itu segala kerosakan boleh diperbaiki dengan menggunakan insurans kereta lelaki berkenaan?
Sekiranya segala perbuatannya yang telah dirakam itu dihantar ke Balai Polis berkemungkinan dia yang akan ditahan kerana bertindak merosakkan kenderaan lelaki itu dengan sengaja.
KedahNews.com beranggapan wanita ini baru mendapat lesen kenderaan kerana dibelakang cermin kereta terpapar pelekat ‘P’.
Bayangkan seandainya wanita itu meroyan meminta ganti rugi kepada golongan yang tidak disangka jutawan, mungkin wang yang diminta akan dihempas ke mukanya bukan? –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
KJ Sokong Wanita Layak Jadi MB Tetapi Bukan Wan Azizah
8:05 pm Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 16 Julai - Pandangan Peguam Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun mengenai wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar terus menerima kritikan termasuk daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, Khairy menegaskan alasan bahawa wanita tidak boleh mengiringi sultan pada majlis keagamaan kerana keuzuran hanya perkara kecil.
"Itu pandangan peribadi beliau. Tapi bagi saya secara peribadi...tidak ada salah wanita menjadi Menteri Besar ataupun Perdana Menteri.
"Kalau bagi alasan tak boleh iringi sultan ke majlis keagamaan, itu bukan satu-satunya tugas Menteri Besar kerana tugas paling penting ialah untuk tadbir negeri," katanya di sini, Selasa.
Bagaimanapun tambah Khairy, semua wanita layak untuk dipilih ke jawatan nombor satu dalam kerajaan namun Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam bukanlah calon yang layak untuk mentadbir Selangor.
"Bagi saya wanita lebih daripada layak untuk menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri...cuma bukan wanita itulah. Tapi itu terpulang kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Beliau merujuk kepada kenyataan asal Hafarizam bahawa Wan Azizah tidak sesuai menjadi Menteri Besar Selangor kerana wanita lazimnya mengalami uzur syarie atau haid.
Mohd Hafarizam dilaporkan berkata bahawa walaupun tiada halangan jantina di bawah Undang-Undang Tubuh Selangor, terdapat kebimbangan dalam memilih wanita sebagai Menteri Besar.
“Ini kerana seorang Menteri Besar wanita mengalami uzur syarie (haid), terdapat banyak halangan untuknya untuk mengiringi Sultan dalam acara keagamaan.
“Walaupun perkara bawah perlembagaan Selangor sebagai contoh tidak menghalang wanita daripada menjadi Menteri Besar, tetapi berdasarkan konvensyen, terdapat masalah ekoran keadaan itu,” demikian kata Mohd Hafarizam.
Sumber : Mstar
Read More
Harith Iskander Berazam Kuruskan Badan Sempena Hari Jadinya Ke-43
7:01 pm Shahir Shukor No comments
Pelawak terkenal Harith Iskander menyatakan hasratnya yang mahu kelihatan lebih kurus dan langsing berikutan peningkatan usianya yang kini genap berusia 43 tahun.
Menurut Harith, dia sukar bermain dengan anak-anaknya kerana mudah berasa letih disebabkan masalah berat badan berlebihan.
“Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak, kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak.
“Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa,” katanya yang dipetik menerusi mStar.
Usaha Harith kini mula menampakkan hasil apabila dia berjaya menurunkan berat badan dari 122 kilogram (kg) kepada 98 kg sekarang.
Namun begitu, Harith masih lagi belum berpuas hati dengan berat badan terkininya dan berhasrat untuk menurunkan sebanyak 18 kg lagi untuk mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya.
Sumber : MYNEWSHUB.MY
Read More
Kiki CDM25 Bakal Disiasat Polis Sebagai Pembuli
6:32 pm Admin Kedahnews 1 comment
Mungkin kerana video ini sudah terlalu viral, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan kenyataan di Bukit Aman sebentar tadi bahawa PDRM akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan unsur pembuli jalan raya.
Dalam kenyataan yang terkini, Khalid menegaskan bahawa wanita yang tiba-tiba "terkenal" sebagai "pembuli jalanraya" itu akan disiasat sewajarnya.
“Saya sudah melihat rakaman video itu pagi tadi, kita akan siasat wanita itu. Kalau kemalangan bukan itu caranya tetapi dia perlu membuat laporan polis bukan bertindak sendiri.
"Apa sahaja melibatkan kemalangan biarlah polis menjalankan siasatan dan jangan sesekali membuat tindakan sendiri seumpama itu," kata Ketua Polis Negara yang dipetik dari media, hari ini.
Mungkin juga tiada siapa sangka, hanya kerana rakaman video berdurasi dua minit lebih yang kemudiaannya dimuatnaik ke laman media sosial sahaja, nasib seorang gadis baran berubah menjadi malang hari ini.
Video tersebut yang dimuatnaik anak perempuan lelaki tua yang menjadi mangsa herdikan seorang gadis kerana melanggar kereta barunya menjadi perhatian seluruh negara.
Majoriti orang ramai dilihat tidak bersetuju dengan cara gadis tersebut menangani situasi yang dianggap keterlaluan apabila menengking dan mengeluarkan pengunci kereta ketika berhadapan dengan pemandu tua yang melanggar keretanya tanpa disengajakan.
Dalam perkembangan berkaitan, wanita tersebut yang dikenali sebagai Kiki, difahamkan telah membuat satu laporan polis berkaitan kemalangan ini di Kuantan. Berikut adalah butiran aduannya yang kini tersebar:
As salam YDH Dato/ Tuan. Laporan kes menarik perhatian kemalangan jalanraya/road bully spt mana disiarkan dlm laman sosial facebook, youtube dan whatsapp.
1. Tarikh/masa kejadian : 14 hb Julai 2014 jam l/kurang 1310hrs. 2. Tempat kejadian: kawasan parking UTC Kuantan. 3. No repot : Trafik Kuantan Repot 7143/14. 4. Pengadu: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin, umur 30 tahun, kerja swasta, alamat C1 Rumah kakitangan ladang felda lepar utara 8 bandar Jengka. Pahang. 5. Ringkasan kes: Pada 14/7/14 jam lebih kurang 1310 hrs, pengadu memandu motokarnya no CDM 25 jenis Peugeot di kawasan parking UTC Kuantan utk ke tempat bayar parking tiba2 sebuah motokar jenis Toyota no CBG 5392 keluar dari sebelah kiri dan terus melanggar bhg kiri motokar pengadu. Pengadu tidak cedera dan motokar pengadu mengalami calar2 di bhg bumper belakang. 6. Tindakan diambil: kes disiasat oleh A.I.O Sjn 162772 Mohd Izam Sadhli bin Zakaria dibawah LN166/59 003(2)(B) iaitu keluar simpang tidak beri laluan. Saman telah dikeluarkan kepada pemilik motokar Toyota no CBG 5392 iaitu Sim Siak Hong umur 67 tahun seorang pesara, Alamat A 2486 Lorong Kubang Buaya 20 Off Jln Kubang Buaya Kuantan. Beliau juga ada membuat repot trafik no 7145/14 menyatakan beliau tidak cedera dan kereta tidak rosak. 7. Sewaktu diambil keterangan oleh a.i.o, lelaki cina ini ada menyatakan pengadu ada mencekak baju beliau dan mengetuk kereta beliau dengan stering lock. A.i.o telah memberi nasihat agar beliau membuat laporan polis namun lelaki cina ini ada menyatakan tidak mahu membuat laporan dan memaafkan pengadu.
Sekian utk makluman YDH Dato/ tuan drp ASP Ahmad Nazri Zainal. KBKA/KTD Kuantan, Pahang.
Sudah tentu Siti Fairrah tidak melaporkan kepada polis tentang sikapnya menjerit-jerit, memaki hamun, mengetuk kereta lelaki warga emas itu dengan pengunci stereng, dan mahu lelaki itu membayar RM2,000 sebagai ganti rugi keretanya yang hanya calar-calar di bahagian bumper, bukan?
Nampaknya Kiki atau Siti Fairrah perlu membayar harga yang sangat mahal atas ketelanjuran perbuatannya jika dibandingkan dengan nilai kemek yang tak seberapa pada kereta barunya.
Nampaknya Kiki atau Siti Fairrah perlu membayar harga yang sangat mahal atas ketelanjuran perbuatannya jika dibandingkan dengan nilai kemek yang tak seberapa pada kereta barunya.
KedahNews.com mencadangkan agar Kiki melipat gandakan usaha mengawal kemarahannya memandangkan marah itu merupakan nafsu yang bersifat negatif yang sewajarnya dikawal umat Islam, khususnya di bulan Ramadhan, boleh begitu? -KedahNews.com
Read More
Titah Ucapan Penuh Sultan Selangor Murka Dengan Khalid Samad
6:05 pm Shahir Shukor No comments
BERIKUT IALAH TITAH UCAPAN PENUH SULTAN SELANGOR:
TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata’ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.
Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan Allah Subhanahu Wata’ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan agama Islam .
Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat.
Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.
Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan.
Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.
Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.
Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.
Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.
Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.
Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi. Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang “moderate” mengikut fahaman Ahli Sunah Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor
Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.
Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.
Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.
MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama
Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.
Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.
Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.
Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata’ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala.
Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sumber : MyNewsHub.My
Read More
Sultan Murka: Khalid Samad "Terkejut"...
5:30 pm Admin Kedahnews No comments
PETALING JAYA – Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad terkejut dengan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap beliau ekoran tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan.
Beliau yang akur dengan teguran dan titah Sultan Selangor, bagaimanapun berharap untuk menghadap baginda bagi memberi penjelasan.
“Pada dasarnya, saya memang terkejut sebaik sahaja mendapat tahu daripada media ketika waktu berbuka puasa semalam (Selasa), tetapi saya terima (teguran).
“Saya berharap dapat menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan secara peribadi supaya baginda memahami tentang konteks kenyataan saya.
“Saya akan membuat draf surat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor hari ini dan akan menghantarnya selewat-lewatnya esok pagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.
Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.
Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Menurut Khalid, beliau akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi memberi komen dan penjelasan berhubung isu berkenaan.
“Saya akan mengadakan sidang media esok untuk memberi penjelasan secara umum memandangkan isu (kemurkaan Sultan Selangor) telah tersebar meluas.
“Pada masa sama, saya tetap mahu menghadap baginda Sultan Selangor untuk memberi penjelasan bagi pihak saya… saya amat berharap (dapat menghadap dalam masa terdekat),” katanya mengenai sidang media yang dijadualkan pada kira-kira pukul 2 petang, Khamis di pejabatnya di Shah Alam.
Kemurkaan Sultan Selangor itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor supaya menghapuskan kuasa eksekutif Mais.
Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais. – mStar Online
Read More
Sultan Selangor Murka Tindakan Khalid Samad Persoal MAIS
5:02 pm Shahir Shukor No comments
Sepang, 16 Julai – Tindakan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang terus mempersoalkan peranan Majlis Agama Negeri Selangor (MAIS) dan mahu kerajaan Pakatan Rakyat (PKR) Selangor menghapuskan kuasa MAIS baru-baru ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, apa yang cuba dilakukan Khalid adalah satu tindakan yang biadap kerana menentang kuasa baginda sebagai Ketua Agama Islam Negeri apabila dia terus mempersoalkan kuasa MAIS.
Baginda turut menyifatkan wakil rakyat Pas itu tidak mengetahui peranan MAIS yang telah diwujudkan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dalam membantu baginda menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di Selangor.
.Kemurkaan serta kekecewaan terhadap kenyataan Khalid itu diluahkan secara terbuka oleh baginda menerusi titahnya di Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang kelmarin.
Titah baginda, Ahli Parlimen Shah Alam itu sepatutnya mengambil tahu sejarah Negeri Selangor serta mendalami undang-undang yang digunakan dalam negeri ini terutamanya Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangaor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri kerana dia telah diberi peluang menjadi Ahli Parlimen Shah Alam walaupun bukan anak jati negeri Selangor.
Menurut baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS bukanlah kali pertama dilakukan malah dia pernah berkali-kali mengkritik Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sebagai sudah lapuk.
“Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam,” titahnya.
Selain itu,baginda turut menegaskan MAIS sentiasa bersikap terbuka terhadap penganut agama lain di Selangor dalam mengamalkan adat budaya agama mereka.
“MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan,”
“Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menganggu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka,” titahnya.
Sementara itu, baginda memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menjadikan agama Islam sebagai modal untuk berpolitik dan mahu rakyat menjaga kesucian agama Islam.
“Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini,” titah baginda.
Dalam kenyataan Khalid pada 18 Jun lalu, dia mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mahu peranan MAIS dihapuskan oleh kerajaan PKR Selangor ekoran rampasan bible bahasa Malaysia milik Persekutuan Bible Malaysia oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menggunakan kalimah Allah.
Tindakan Khalid yang lantang mengritik MAIS serta mencadangkan peranannya sebagai penasihat Sultan Selangor dikurangkan kerana tidak berpuas hati dengan sikap tegas majlis agama itu tidak mahu memulangkan semua bible yang dirampas walaupun Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes itu ditutup. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Tiga Musuh Utama Islam: PAS Terengganu Sindir Anwar?
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani dalam tazkirahnya di Harakah baru-baru ini menggariskan tiga golongan dari kalangan musuh utama yang perlu dikenali oleh seluruh umat Islam.
Katanya, musuh pertama bagi umat Islam adalah jelas iaitu Iblis dan syaitan, manakala musuh kedua pula ialah melibatkan majoriti kaum Yahudi dan Nasrani yang jelas memerangi dunia Islam dalam pelbagai aspek.
“Musuh pertama umat manusia dan Islam ialah Iblis dan syaitan. Musuh ini ada sejak zaman nabi Adam lagi. Pada ketika itu belum ada kaum Yahudi mahupun Nasrani. Iblis dan syaitan kekal hingga ke hari ini dan terus berusaha memesongkan manusia dan umat Islam daripada jalan kebenaran.
“Musuh kedua umat Islam ialah golongan Yahudi dan Nasrani. Khususnya Yahudi, bukanlah saya bermaksud kesemuanya tetapi sebahagian besarnya. Perlu diingat bahawa ramai kalangan nabi dan rasul diutuskan kepada kaum Yahudi seperti nabi Ishak, Yaakub, Yusuf, Musa dan Isa,” tegas Azman yang dipetik dari laman rasmi PAS itu.
Sementara golongan ketiga pula tegasnya ialah golongan munafik.
Menurut Azman, kelompok ini merupakan duri dalam daging kepada perjuangan Islam sejak di zaman Rasulullah SAW lagi. Antara tokoh munafik yang paling terkenal ialah Abdullah bin Ubai.
Menurut Ustaz Azman lagi, golongan munafik ini kadangkala penampilannya lebih alim daripada kebanyakan umat Islam biasa, kelihatan lebih lunak dan baik di hadapan umat Islam sama ada dari segi berpakaiannya, ucapannya, mahu pun tingkah lakunya.
Menurut Ustaz Azman lagi, golongan munafik ini kadangkala penampilannya lebih alim daripada kebanyakan umat Islam biasa, kelihatan lebih lunak dan baik di hadapan umat Islam sama ada dari segi berpakaiannya, ucapannya, mahu pun tingkah lakunya.
Beliau turut memberi contoh di mana Abdullah bin Ubai telah berjaya memujuk penduduk Madinah supaya tidak terlibat dalam Perang Badar dan hasil pujukan secara halus itu menjadikan sebahagian penduduk Madinah menarik diri daripada menyertai Rasulullah SAW.
Oleh hal yang demikian beliau menyeru agar umat Islam sentiasa berhati-hati dengan tipu muslihat ketiga-tiga golongan tersebut.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki sifat-sifat munafik.
Dalam satu sesi temuramah, Mufti Perak yang bertanggungjawab di sebalik kisah "nikah lari" Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu mendakwa bahawa Anwar lebih teruk dari munafik apabila dibuktikan menyokong agenda Yahudi dan mendokong fahaman pluralisme.
Mendokong fahaman pluralisme yang dipelopori John Hick, Anwar dikatakan berbangga duduk sebaris dengan tenaga pengajar fakulti agama di Universiti Harvard, School of Oreintal & African Studies (SOAS) yang majoritinya berbangsa Yahudi.
Anwar juga sebelum ini menyokong dasar Israel untuk menyerang mana-mana negara, termasuk Palestin dalam soal mempertahan negara zionis itu dalam satu wawancaranya dengan media antarabangsa.
Selain itu, Ketua Pembangkang itu juga pernah dilaporkan telah mengelilingi eropah untuk bertemu dengan tokoh-tokoh Yahudi dan Neo-Con untuk memohon maaf setelah mengecam tindakan Israel di Malaysia sebelum itu.
Persoalannya, apakah Anwar yang dimaksudkan oleh Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu itu? -KedahNews.com
Read More
Sudikah "Awek Cun" Melayu Sertai DAP?
3:04 pm Admin Kedahnews No comments
DAP kini sedang kuat berkempen kepada "awek-awek cun" bangsa Melayu untuk menyertai parti itu dengan mempromosikan "model-model" terkini seperti Syefura Othman, seperti yang disiarkan di laman rasminya, Roketkini.com.
Syefura atau nama manjanya, "Rara", baru berusia 25 tahun telah memilih untuk menjadi ahli DAP meskipun ibunya merupakan seorang aktivitis tegar PAS.
Rara mendakwa bahawa dia memilih DAP kerana parti itu memberi ruang kepada wanita muda berbangsa Melayu untuk menjadi pemimpin.
Namun mungkin Rara terlupa bahawa PAS dan UMNO juga sentiasa memberi ruang pada golongan wanita muda untuk berjuang dalam politik melalui sayap-sayap parti seperti Dewan Muslimat PAS dan Puteri UMNO.
Rara juga menyanjung DAP yang sebelum ini mengisytihar Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 untuk “Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.”.
Namun mungkin Rara yang masih "mentah" itu kurang celik dengan perjuangan utama DAP yang mahukan "Malaysian Malaysia" di mana kesamarataan hak yang diperjuangkan parti itu secara tidak langsung akan menjadikan Islam, Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan yang ditetapkan oleh Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Rara lagi, ramai "awek-awek Melayu" enggan menonjol diri berjuang bersama DAP kerana takut diapa-apakan.
Namun mungkin Rara "kabur" tentang lebih ramai lagi wanita muda Melayu yang sedar tentang retorik DAP yang kononnya berjuang untuk semua bangsa, namun terkenal dengan polisi tidak rasminya yang menyebelahi kaum Cina dan menidakkan kaum lain, khususnya di Pulau Pinang.
Mungkin Rara hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tentang apa yang berlaku terhadap penduduk Kampung Buah Pala, para peniaga dan usahawan bangsa Melayu dan Bumiputera yang kini hidup dalam tekanan di bawah pemerintahan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Apapun, Rara masih disifatkan "mentah" dalam mengenali politik dan perjuangan atas kertas berbanding apa yang berlaku secara realiti sehingga tergamak menyisihkan diri dari jemaah ibunya sendiri mahupun parti majoriti Melayu yang lain.
Bagi Melayu yang lama di dalam DAP seperti bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim sudah tentu tahu agenda di sebalik parti tersebut.
Dan Rara juga mungkin boleh merujuk pada Zairil Khir Johari dan bertanya padanya tentang kemelut yang melanda DAP Kedah dan Dyana Sofya yang kalah dalam PRK Teluk Intan di mana kedua-duanya menjadi mangsa "chauvinis ultra kiasu" di kalangan ahli DAP. -KedahNews.com
Read More
Pelajar Diugut Buang Universiti Jika Puasa
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
Tindakan sebuah universiti di Kashgar yang terletak di wilayah Xinjiang mencetus kemarahan umat Islam apabila mengugut untuk membuang pelajar universiti berkenaan sekiranya mereka berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Pihak universiti berkenaan dikatakan telah memaksa para pelajarnya untuk makan di depan pensyarah masing-masing sebelum dimulakan kelas setiap hari bagi memastikan mereka mematuhi arahan supaya tidak berpuasa yang dikeluarkan itu.
Menurut sumber, mana-mana pelajar yang engkar atau enggan mematuhi arahan tersebut terpaksa berdepan dengan tindakan disiplin pihak pengurusan universiti tersebut termasuk diusir, dinafikan hak untuk menerima ijazah atau diploma, atau dibuang.
Menurut seorang pelajar universiti berkenaan, kakitangan pentadbiran universiti itu juga turut membekalkan air botol serta makanan kepada pelajar Islam pada siang hari, dan akan mencatat nama pelajar yang enggan menerima pemberian percuma tersebut.
Pihak berkuasa China sebelum ini menggemparkan dunia Islam apabila melaksanakan polisi melarang penjawat awam kerajaan, guru dan pelajar berpuasa khususnya di wilayah Xinjiang.
Mereka juga dilaporkan telah bertindak mengarahkan semua restoran ditutup pada waktu malam dan mengancam mengenakan denda bagi mereka yang tidak mematuhi arahan itu.
Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa ini adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap "perbuatan pengganas" oleh minoriti Muslim Uygur ekoran berlakunya satu pertempuran di sebuah pasar di Urumqi, serta di sebuah stesen kereta api di Kunming dan di Dataran Tiananmen.
Begitulah yang berlaku di negara Tanah Besar China.
Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa ini adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap "perbuatan pengganas" oleh minoriti Muslim Uygur ekoran berlakunya satu pertempuran di sebuah pasar di Urumqi, serta di sebuah stesen kereta api di Kunming dan di Dataran Tiananmen.
Begitulah yang berlaku di negara Tanah Besar China.
Sekiranya dibandingkan dengan polisi kerajaan dan kelebihan yang diberikan kepada masyarakat Cina di Malaysia ia boleh disifatkan bagai "langit dengan bumi" di mana mereka diberikan hak yang cukup selesa.
Bukan saja diberi kebebasan berkongsi kek ekonomi yang telah mereka kuasai, malah hak kebebasan agama serta mengamalkan budaya masing-masing juga diberikan, asalkan mereka tidak mempersoal atau mengganggu gugat keistimewaan serta hak yang telah ditetapkan kepada Islam, Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang tertera di dalam perlembagaan.
Namun sejak kebelakangan ini ramai generasi muda dan lapisan baru masyarakat Tiong Hua yang gagal memahami konsep perlembagaan Malaysia dengan baik itu tampil membuat provokasi melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu khususnya menerusi laman-laman sosial.
Justeru itu, belajarlah berterima kasih dengan nikmat yang ada, fahamilah konsep perlembagaan negara dan hargailah keharmonian kaum yang selama ini subur di Malaysia. -KedahNews.com
Read More
Pemimpin Pakatan Selangor Pentingkan Diri Berbanding Rakyat - Exco PAS
1:02 pm Admin Kedahnews No comments
Adun PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi mempertikai pemimpin Pakatan Rakyat Selangor yang disifatkan lebih cenderung merebut peluang untuk menjadi Menteri Besar berbanding berkhdidmat untuk rakyat.
Ahmad Yunus yang dipetik dari akaun laman sosial Facebook miliknya menempelak sikap buruk pemimpin politik Pakatan Rakyat yang mengutamakan agenda kepentingan diri sendiri.
"Adakah kini tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah di dalam keutamaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan agenda perubahan tampuk tertinggi selaku Penguasa Utama Negeri Selangor menjadi impian dan harapan mutlak untuk penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor kali ini," katanya kesal.
Menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, sikap tersebut telah membuat ramai di kalangan rakyat di Selangor rasa "loya" dan ia mampu menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang dicanang sebagai "prihatin" terhadap kepentingan orang ramai.
"Ribut apakah yang melanda Pakatan Rakyat Selangor sehingga menyebabkan kapal yang sudah selesa belayar teroleng-oleng ke kiri dan ke kanan lalu menyebabkan rakyat menjadi tidak selesa dan muntah meloya.
"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman ini secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat Selangor," katanya berkias, tapi keras dan pedas.
Yunus kemudiaannya bertanya sama ada para pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu sama ada mereka telah dijangkiti penyakit dengki dan iri hati.
"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati," kata Yunus menambah "cili".
Perkembangan terkini berkenaan krisis kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor menyaksikan
Kelab penyokong kerajaan DUN Selangor sedang sebok berbincang untuk mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Besar. -KedahNews.com
Kelab penyokong kerajaan DUN Selangor sedang sebok berbincang untuk mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan Menteri Besar. -KedahNews.com
Read More
Ganti MB Selangor: Azmin Boleh Senyum Lebar...
12:02 pm Admin Kedahnews 1 comment
PETALING JAYA – Selangor dilihat sudah bersedia untuk melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi, menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah menerima tekanan untuk melepaskan kedudukannya.
Walaupun sebelum ini dilaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada gesaan untuk menggantikan Khalid, kini sumber yang rapat dengan Azmin berkata peralihan kuasa itu akan dilakukan selepas Hari Raya.
“Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya,” kata sumber itu, Selasa.
Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.
Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.
“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti,” kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.
Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, ‘selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri’.
Walau bagaimanapun, pada Selasa dilaporkan PAS Selangor berpendapat bahawa tugas Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mereka dikatakan memihak kepada Khalid, termasuk Pesuruhjaya PAS dan Exco negeri Selangor, Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti untuk Khalid.
Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi, juga mempertahankan Khalid.
DAP, ketika dihubungi, berkata satu perjanjian yang telah dibuat untuk menggantikan Khalid dengan Azmin telah tersebar.
“Tidak, kami langsung tidak pernah membincangkan perkara ini semua,” kata Adun Kampung Tunk Lau Weng San.
Khalid telah berada di bawah tekanan untuk melepaskan jawatannya daripada rakan-rakan partinya berikutan beberapa kritikan yang dilemparkan berhubung cara beliau mengendalikan pelbagai isu di negeri ini.
Adun Pelabuhan Klang, yang kalah kepada Azmin dalam jawatan timbalan presiden PKR, juga dikenali sebagai seorang yang tidak berunding dengan parti mengenai dasar negara. – mStar Online
Read More
Demi Hisyam Dan Erna, Rosmah Terpaksa Merayu...
11:06 am Admin Kedahnews No comments
PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merayu supaya Konstabel Zakia Aleip yang dilarikan sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul Sabtu lepas, dikembalikan kepada keluarganya.
“Saya sebagai ibu dan isteri memahami perasaan isteri Zakia. Saya merayu kepada kumpulan penculik itu ingatlah konstabel mempunyai anak dan isteri.
“Jangan sebab hendak kepuasan diri sampai sanggup melakukan penculikan tersebut,” katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian sumbangan kepada keluarga dan waris Perwira Negara Lahad Datu, kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas dan keluarga anggota tentera di sini, Selasa.
Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) meminta isteri Zakia serta rakyat Malaysia supaya terus mendoakan anggota polis itu dapat pulang dengan selamat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.
Insiden serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Mabul Water Bungalow Resort, Pulau Mabul di Semporna, Sabah Sabtu malam lepas mengorbankan anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, manakala rakan setugasnya Zakia, 26, dilarikan.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Zakia ada menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson pada Ahad malam memaklumkan beliau masih hidup dan kini berada bersama beberapa orang.
Pada majlis itu, Biro Kebajikan Umno dan Bakti menyampaikan sumbangan berjumlah RM290,00 kepada 39 orang termasuk balu, waris serta anggota polis dan tentera yang cedera.
Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata masing-masing menerima sumbangan antara RM5,000 sehingga RM20,000 manakala balu mangsa serang hendap di Pulau Mabul serta dua balu insiden kereta perisai terbalik di Kuala Kangsar, Perak masing-masing menerima RM20,000.
Sementara itu ketika diminta mengulas pertemuan beliau dan Rosmah dengan waris kru MH370 selepas majlis itu, Abdul Azeez berkata mereka meminta dua perkara, pertama supaya bantuan kewangan diberikan tidak diumumkan untuk mengelakkan keselamatan tergugat.
Perkara kedua adalah supaya semua filem tentang insiden kehilangan pesawat MH370 tidak ditayangkan kerana ia akan menyentuh sensitiviti waris kru kerana perkara sebenar yang berlaku pada pesawat itu masih tidak diketahui, katanya. – BERNAMA
Read More
Penghina Islam Guna Identiti Muslim Cetus Provokasi Agama Di Malaysia?
10:03 am Admin Kedahnews No comments
Sejak beberapa hari ini, satu status Facebook menghina Islam dan Allah Taala telah disebarkan di laman sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Rata-rata beranggapan akaun Facebook ini sengaja direka oleh seorang musuh Islam menggunakan nama palsu seakan-akan orang Islam.
Namun disebabkan zaman sekarang ini ramai sangat penyiasat tak bertauliah yang terror IT, maka satu kajian telah dibuat lalu membawa kepada identiti seorang ‘mamat’ yang dikatakan pemilik akan Facebook menghina Allah tersebut.
Apa yang mengejutkan, dia merupakan seorang lelaki berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah pusat telekomunikasi terkenal.
Bagaimanapun sejauh mana kebenaran identiti lelaki ini masih belum dapat dipastikan.
Apatah lagi, setiap kali ada kes sebegini ia biasanya berujung dengan komen bahawa akaun Facebook pemilik terlibat digodam oleh individu lain.
Jika benar lelaki ini telah menghina Islam, semoga Allah masih punya kasih sayang untuk memberikan hidayah buatnya kerana secara terang-terangan dia bukan lagi tergolong dalam umat Muhammad.
Jika benar lelaki ini telah menghina Islam, semoga Allah masih punya kasih sayang untuk memberikan hidayah buatnya kerana secara terang-terangan dia bukan lagi tergolong dalam umat Muhammad.
Read More
Mangsa Liwat Anwar Dikurnia Cahaya Mata Sulung...
9:00 am Admin Kedahnews No comments
Tahniah diucapkan kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan yang selamat menimang cahaya mata pertamanya, petang kelmarin.
Bayi lelaki hasil perkongsian hidup Saiful dan isteri, Nik Suryani Megat Deraman yang dilahirkan jam 5.35 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur itu diberi nama Yusuf Bukhari.
Saiful turut berkongsi kegembiraan hatinya menerusi status Facebook berbunyi:
“Alhamdulillah, isteri saya Sue Megat Deraman selamat melahirkan cahaya mata lelaki pertama kami. Syukur Ya Allah atas kurniaan dan rezeki yang diberi. Hadiah hari lahir paling bermakna. Selamat Datang Anakandaku Yusuf Bukhari bin Mohd Saiful Bukhari.”
Saiful Bukhari yang dikenali kerana kes liwatnya dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV3, Nik Suryani pada 25 Mei 2013.
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Orang Kota Bharu Mulakan Boikot McDonalds?
8:00 am Admin Kedahnews No comments
SERANGAN Israel ke atas Semenanjung Gaza nyata membangkitkan kemarahan ramai sehingga mewujudkan kempen memboikot produk yang dikatakan memberi sumbangan kepada negara Zionis itu.
Restoran makanan segera, McDonalds adalah antara jenama yang turut terkena tempias kempen ini.
Menerusi ‘screenshot’ yang mula viral di Facebook, seorang pengguna berkongsi gambar restoran tersebut di KB Mall, Kota Bharu yang kelihatan lengang pada jam 9 malam.
Menurutnya, ia mungkin penangan boikot kerana restoran lain yang berhampiran dengannya masih penuh.
Kami sendiri tidak berani mengesahkan kebenaran situasi ini, namun jika benar, ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak memandang ringan mengenai kesengsaraan penduduk Gaza.
Mungkin ada yang merendah-rendahkan usaha ini dengan menganggap ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap pihak musuh.
Namun, jangan lupa dengan firman Allah S.W.T menerusi Surah al-Zalzalah, 99:7 yang bermaksud:
“Maka sesiapa berbuat kebajikan walau seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya dan diberi balasan).”
Kita mungkin hanya mampu memboikot sesetengah produk sahaja, namun sekurang-kurangnya ia lebih baik daripada langsung tidak berbuat apa-apa.
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Ikrar Komander ESSCOM Di Hari Pertama Bertugas
7:02 am Admin Kedahnews No comments
KOTA KINABALU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun memberi jaminan tindakan penguatkuasaan undang-undang di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) akan lebih proaktif selepas ini.
Katanya, akan wujud sedikit perubahan dari segi tugas membabitkan kesemua pasukan keselamatan yang bertugas di bawah ESSCOM.
“Hari ini hari pertama saya menjawat jawatan Komander ESSCOM. Saya akan menilai dan mengkaji panduan tersebut untuk melaksanakan apa juga tindakan mengikut undang-undang demi kesejahteraan dan kedaulatan negara,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas membuat kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa ESSCOM, di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa pasukan keselamatan negara diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara, Abdul Rashid berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk melaksanakannya selagi mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Mengenai pertemuan beliau dengan Ketua Menteri, Abdul Rashid berkata Musa melahirkan harapan supaya beliau dapat menggalas tanggungjawab itu dengan penuh amanah dan ikhlas demi kedaulatan negara. – BERNAMA
Read More
Che Ta Dah Bosan Berlakon?
12:05 am Shahir Shukor No comments
Sudah menjadi perkara biasa bagi selebriti wanita untuk mengurangkan aktiviti seni sekiranya diri mereka sedang berbadan dua.
Mungkin disebabkan komitmen waktu kerja yang panjang dan tidak menentu menjadi penyebab utama kepada perkara tersebut.
Namun, berlainan buat pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, yang tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan, sebaliknya aktres berusia 40-an ini telah membuat keputusan untuk memperlahankan kerjayanya demi memberi tumpuan kepada syarikat produksi miliknya, Padusi Pictures Sdn Bhd yang baru ditubuhkan Mac lalu.
Selain itu, aktres cantik ini juga mahu melebihkan tumpuannya kepada suami dan anak-anak serta perniagaan tudung yang diusahakan bersama adiknya, Ayu Raudhah.
“Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskan perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yang baru ditubuhkan,” katanya memetik mStar.
Untuk permulaan, syarikat produksi miliknya telah menerbitkan program Resepi Memikat Suami yang dihoskan oleh Jihan Musa yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini di saluran Astro Ria.
Menurutnya, rancangan tersebut mendapat respons(tindak balas) yang sangat baik daripada penonton sehinggakan pihak Astro telah memberi peluang kepada Padusi Pictures untuk menerbitkan sebuah telefilem bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Wah, makin lebatlah Che Ta lepas ni kalau dapat banyak ‘job’ daripada syarikat penyiaran.
Agak-agak kalau dah tak ada tawaran dari mana-mana penerbit lain, bolehlah Che Ta berlakon dalam drama produksi sendiri pula ye. Tak gitu?
Sumber : MYNEWSHUB.MY
Read More