Wednesday, 9 July 2014
Terdapat Hanya Satu Hukuman... Iaitu Mati Dengan Digantung
11:02 pm Admin Kedahnews No comments
Seorang pekedai dijatuhi hukuman mati selepas mahkamah mendapati tertuduh bersalah bersabit kes pembunuhan seorang pelancong Perancis, mendiang Stephanie Foray, 30, yang hilang di sebuah pulau peranginan. Pulau Tioman, Pahang pada Mei 2011.
Mayat Stephanie telah ditemui kira-kira tiga bulan kemudiaan dalam keadaan separa diawet dan ditanam di dalam sebuah gua di pulau itu.
Mahkamah di Kuantan mendapati Asni Omar, 39, yang mengendalikan kedai menjual pakaian mandi di pulau itu, bersalah membunuh Foray.
Dalam menyampaikan keputusan itu, hakim Mariana Yahya berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, sambil menambah Asni telah “melemahkan pembelaannya sendiri” dengan hanya menyampaikan “cerita yang telah diatur” untuk menafikan kesalahannya.
“Oleh itu saya mendapati defendan bersalah sebagaimana yang dituduh. Terdapat hanya satu hukuman … iaitu mati dengan digantung,” katanya yang dipetik dari media hari ini.
Selepas hukuman mati dijatuhkan, ibu Foray, Irene Mortel, dilihat bangun sambil melihat Asni dan menangis.
“Saya tidak berharap untuk apa-apa lagi. Itu sahaja … Saya tahu ia tidak boleh mengubah apa-apa,” katanya sebagai reaksi kepada keputusan itu sewaktu meninggalkan mahkamah bersama bapa Foray, Joel.
Asni, yang duduk di kandang tertuduh dengan rambut dicukur pendek dan memakai baju biru gelap dengan jalur putih dan seluar jeans, dipeluk oleh ahli keluarga yang menangis sebelum dibawa keluar dari mahkamah oleh polis.
Peguam Asni bagaimanapun menmberitahu bahawa pihaknya akan merayu bagi hukuman tersebut.
Asni dituduh membunuh Foray, seorang pekerja perkhidmatan awam Perancis, selepas warga asing itu dikatakan menolak cintanya.
Pembunuhan Foray mengejutkan ramai orang di negara ini di mana jenayah kekerasan terhadap pelancong jarang berlaku.
Foray tiba di Malaysia pada Mei 2011 selepas berhenti berkerja dan menghabiskan beberapa bulan di India dan Sri Lanka. Mendiang kemudiannya ke Pulau Tioman sebelum hilang.
Keputusan terhadap Asni itu dibuat hanya beberapa minggu selepas seorang lagi pelancong asing dari Britain, Gareth Huntley hilang di pulau yang sama dalam keadaan yang masih belum ada diketahui puncanya. -KedahNews.com
Read More
Gambar Lelaki Sunni Di Iran Senyum Hingga Ke Tali Gantung
10:03 pm Shahir Shukor No comments
Empat keping gambar berikut diperoleh penulis daripada Twitter.
Antara kandungan atau keterangan ialah mengenai kerajaan syiah Iran dengan sengaja mengantung seorang lelaki sunnah.
Sejauh mana kebenaran hal itu memang tidak diketahui.
Namun, dakwaan Iran kerap menghukum pengikut mazhab Sunnah memang sudah lama kedengaran.
Andai benar lelaki itu menjadi mangsa kezaliman, maka kita doakan dia mendapat balasan yang indah kelak.
Ternyata lelaki itu sangat tabah malah kelihatan gembira dalam menghadapi saat yang begitu menakutkan kepada sebahagian besar manusia.
Sumber : Mynewshub.my
Read More
Azwan Ali Ambil Pelajar Tahfiz Jadi Anak Angkat
8:01 pm Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 9 Julai- Walaupun dikenali kerana tingkah laku dan tutur kata yang berlebih-lebihan setiap kali muncul di depan kamera, pengacara sensasi Azwan Ali tetap tidak pernah lupa untuk berkongsi semula rezeki kurniaan Allah SWT kepada mereka yang memerlukan.
Terkini, seperti yang dijanjikan sebelum ini anak-anak bertuah dari asrama anak-anak yatim Tahfiz Darul Aminah, Seremban telah berpeluang beramah mesra dengan barisan selebriti sensasi yang hadir pada majlis berbuka puasa yang berlangsung pada di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam pada 5 Julai lalu.
"Saya sudah lama menyimpan hasrat ini kerana ingin mengumpulkan semua rakan-rakan selebriti dalam sebuah majlis. Acara berbuka dirasakan bersesuaian dan tengoklah sambutan malam ini, sungguh meriah! Dah macam malam raya dah."
"Di kesempatan ini juga saya ingin membantu para anak-anak tahfiz ini, saya telah membuat keputusan untuk menjadikan salah seorang daripada anak-anak ini anak angkat saya,"cerita Azwan merujuk kepada anak yatim piatu berusia 6 tahun yang sudah dikenali personaliti popular sejak beberapa tahun lalu.
"Hidup dia susah, umur dua tahun ibubapa dah meninggal jadi yatim piatu. Jadi bermula hari ini Aqil akan saya bantu taja perbelajaan hariannya sebanyak RM500 sebulan diharap cukup dan syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang murah sekarang bolehlah saya sedekahkan, mana tau nanti di masa akan datang dia berjaya, masa itu nanti dia pula taja saya," ujar Azwan berseloroh.
Majlis berbuka puasa yang diberi nama Majlis Iftar Azwan Azli & Anak-Anak Yatim Tahfiz Asrama Darul Aminah Seremban itu diadakan dengan meriah sekali dengan kehadiran ramai artis menyokong acara amal di bulan mulia itu.
Sumber: Murai.com.my
Read More
Kerajaan Kedah Beri Amaran Kepada Pusat Tahfiz Guna Pelajar Kutip Derma
7:00 pm Shahir Shukor No comments
Alor Setar, 9 Julai - Kerajaan Kedah menegaskan akan sentiasa memantau pergerakkan pusat tahfiz Amal sekitar daerah Kuala Kedah-Yan yang menjalankan kegiatan mengutip derma menerusi para pelajarnya di beberapa negeri lain.
Menerusi sumber yang KedahNews.com perolehi, pusat tahfiz berkenaan sudah diarahkan untuk ditutup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) pada 10 Febuari yang lalu kerana beroperasi tanpa berdaftar serta menggunakan para pelajar untuk mengutip derma.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, pihaknya mendapat beberapa aduan mengenai pusat tahfiz tersebut telah menghantar pelajarnya ke negeri lain seperti di Lembah Klang, Perak dan Johor.
"Jaik tidak ada kuasa untuk tangkap pelajar tersebut di negeri lain, tetapi polis ada kuasa untuk tangkap pelajar bawah umur yang dipaksa oleh sekolah mereka mengutip derma dari orang ramai.
"Kita sentiasa pantau pegerakan mereka ini. Di sekitar negeri ini sudah tidak berlaku kegiatan mengutip derma oleh pelajar tetapi mereka bergerak ke negeri lain," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa bersama Tourism Malaysia Kedah di sini semalam.
Mohd Rawi berkata, pihak kerajaan negeri memberi amaran untuk mengambil tindakan yang lebih tegas sekiranya pusat tahfiz ini masih melakukan kegiatan berkenaan di negeri Kedah.
Menurutnya lagi, pengurusan tahfiz tersebut ada mengemukan rayuan agar diberi kebenaran untuk beroperasi kembali tetapi permohonan itu telah ditolak kerana pusat berkenaan telah melanggar beberapa peraturan walaupun telah diberikan beberapa amaran sebelum ini.
"Jaik keluarkan notis arahan penutupan pusat tahfiz itu mengikut prosedur yang betul," katanya lagi.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Pemandu Bas Pakai Kopiah Pun Salah?
6:02 pm Admin Kedahnews No comments
Kita pernah mendengar diskriminasi terhadap wanita bertudung yang dinafikan hak mereka untuk bekerja di sesetengah tempat.
Namun kes ini lain pula, seorang pemandu bas diarahkan memberi surat tunjuk sebab kerana memakai kopiah ketika bekerja.
Katanya, bercanggah dengan terma kerja pemandu bas tersebut.
Antara isi surat tersebut yang kini tersebar di media sosial adalah:
Merujuk kepada laporan yang diterima, saudara telah melakukan perbuatan yang bercanggah dengan terma-terma kerja saudara:
Saudara didapati mengingkari arahan masih memakai kopiah walaupun sudah ditegur.
Kalau itu alasannya agak janggal pula rasanya memandangkan kerja pemandu bas hanya memegang stereng dan bukan seperti pramugari yang perlu melayan penumpang kot.
Kalau pemandu bas itu seorang pemandu Singh misalnya, tentu tak ada masalah untuk dia memakai serbannya tapi bagaimana pula di negara Islam ini seorang lelaki muslim dinafikan hak untuk berkopiah sewaktu membawa bas?
Apa pun jika benar surat tunjuk sebab berkopiah ini benar-benar ada, maka diharapkan ia sudah diselesaikan secara baik.
Read More
Bertudung, Berteman, Tapi "Bertelanjang" Ke Bazar Ramadhan?
5:04 pm Admin Kedahnews No comments
Jika tadi kami siarkan tentang perempuan ke bazar Ramadan cuma dengan bertuala mandi, ini pula gambar seorang muslimah yang berpakaian tetapi seperti telanjang.
Apa yang dikesalkan, wanita ini kelihatan memimpin sebelah tangan anak kecil manakala sebelah lagi tangan anak tersebut dipimpin orang lain.
Isk, kalau pun dia tak perasan bajunya tu jarang sampai menampakkan coli dan seluar dalam takkanlah manusia seorang lagi yang menemaninya tu tak perasan dan terfikir nak nasihatkan dia kan?
Kepada kaum hawa di luar sana kami ingin nasihatkan anda semua supaya kasihanilah kaum lelaki yang turut berada di bazar Ramadan saban petang.
Kadang-kadang waktu berbuka dah hampir sangat tapi pahala puasa mereka tinggal ‘cukup-cukup makan aje’ disebabkan pakaian wanita seperti gambar di atas.
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Jamil Khir Usahakan Fatwa Berkaitan Militan Dikaji
4:03 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi mereka yang terbabit dengan kegiatan kumpulan militan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum fatwa itu dikeluarkan, satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat kesesuaian fatwa berkenaan.
“Nanti kita tengok… kita akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (untuk mengeluarkan fatwa), tengok kesesuaian, sesuai atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sehingga kini tiada fatwa rasmi daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum terhadap rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan militan.
Bulan lepas, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik oleh media sebagai berkata, istilah jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana ia melibatkan konflik sesama Islam dan adalah tidak adil untuk mengisyhtiharkan pihak yang ditentang itu sebagai bukan Islam.
Polis pula baru-baru ini telah menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan dan mempunyai hubungan dengan militan di luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini dipetik sebagai berkata, polis masih memburu lima individu kerana terbabit dengan kegiatan militan di luar negara.
Mereka ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil.
Jamil Khir berkata kerajaan juga akan menyiasat dakwaan kononnya anggota militan terbabit mempunyai kaitan dengan kumpulan tabligh tertentu di negara ini.
Sumber: BERNAMA
Sumber: BERNAMA
Read More
16 Mei 1969: Mengapa Kit Siang Sensitif Sangat?
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
Memang benar kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.
Sekiranya dikaji dan diteliti, peristiwa berdarah itu sememangnya berlaku kerana pepecahan di kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara kita pada tahun 1969 dahulu. Itu fakta.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang secara tiba-tiba dalam kenyataannya yang membantah pula kenyataan Muhyiddin itu, seolah-olah tindakan menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan mengeratkan hubungan antara kaum serta agama itu salah di matanya.
Kit Siang berpendirian bahawa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung peristiwa 13 Mei itu seolah-olah menunjukkan Melayu dan Islam di negara ini menghadapi masalah dengan penganut agama lain.
Lantas bantahan Kit Siang itu dibidas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, yang menegaskan bahawa pengasas DAP itu memutar belit kenyataan Muhyiddin.
Sekiranya diteliti dari sudut pemahaman bahasa Malaysia dari ucapan Muhyiddin itu, KedahNews.com berpandangan ia tiada sebarang cacat cela.
Ia tidak lebih dari seruan untuk merapatkan kembali keharmonian di kalangan rakyat Malaysia yang tercalar dengan beberapa insiden sebelum ini.
Namun, mungkin Kit Siang tersalah anggap dan terlalu sensitif apabila peristiwa 16 Mei itu dijadikan contoh oleh Muhyiddin. Padahal, peristiwa berdarah itu merupakan satu titik hitam yang mempunyai nilai yang sangat baik dan menghasilkan keharmonian kaum yang lebih stabil di negara kita secara pascanya.
Kit Siang dalam kenyataannya juga memberi jaminan bahawa pihaknya sedia memberikan kerjasama erat kepada Kerajaan BN untuk memastikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang di negara ini.
Persoalannya, telah terbukti sebelum ini bahawa DAP merupakan pihak yang paling vokal mempertikai dan menyuarakan pelbagai bantahan terhadap keistimewaan hak bangsa Melayu, Bumiputera serta kedudukan agama Islam sebagaimana yang tertera di dalam perlembagaan negara.
Malah lebih jelas lagi, DAP memperjuangkan kesamarataan hak melalui slogan "Malaysian Malaysia" yang menyebabkan hak dan keistimewaan Melayu, Bumiputera dan agama Islam hilang secara tidak langsung.
Apakah tindakan itu boleh disifatkan sebagai "membantu" mengeratkan keharmonian kaum?
Sedangkan, kita dapat melihat bagaimana provokasi yang dilakukan oleh para pemimpin DAP jelas telah menimbulkan rasa tidak puas hati bangsa Melayu, Bumiputera dan umat Islam di seluruh negara, bukan?
Sekiranya DAP ikhlas mahu bekerjasama, sanggupkah mereka berkempen pada seluruh kaum di Malaysia, khususnya golongan muda kaum Cina untuk menghormati kontrak sosial, "jus soli", hak dan keistimewaan bangsa Melayu, Bumiputera serta agama Islam?
Sanggupkah Kit Siang memansuhkan slogan "Malaysian Malaysia" dan akur dengan ketetapan perlembagaan bahawa mana-mana bangsa selain Melayu dan Bumiputera serta mana-mana agama selain Islam patut akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui ketika di awal zaman merdeka?
Sewajarnya Kit Siang wajar diberi pemahaman kenyataan Muhyiddin yang disampaikan di dalam Bahasa Rasmi Kebangsaan itu. Takkanlah sudah berpuluh-puluh tahun pun masih tidak dapat memahami bahasa Malaysia dengan baik? Warganegara jenis apa begini? -KedahNews.com
Read More
Kita Leka #WorldCup, Saudara Kita 28 Maut 150 Cedera Di Palestin.. Al-Fatihah
2:02 pm Admin Kedahnews No comments
Ketika leka bersahur sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia peringkat separuh akhir di antara Jerman dan Brazil pagi tadi, umat Islam di Palestin terus menjadi mangsa kezaliman rejim laknatullah, Zionis Israel.
Dalam kejadian itu, operasi serangan udara berterusan dari rejim Israel terhadap umat Islam di Gaza kini mengorbankan 28 orang manakala lebih 150 lagi cedera, lapor pasukan perubatan hari ini.
Dilaporkan sebagai serangan berdarah terburuk dalam sehari di semenanjung berkenaan sejak 2012,
rejim zionis paling zalim di zaman serba moden itu telah mengorbankan 24 orang mangsa, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak manakala askar Israel membunuh empat pejuang Hamas.
Memetik laporan AFP, korban nyawa pertama awal pagi ini pula membabitkan enam orang dalam satu keluarga, demikian menurut jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra.
Kejadian berlaku apabila serangan bom pesawat Israel mengenai rumah keluarga berkenaan di Beit Hanoun yang terletak di sebelah utara Gaza.
Rumah berkenaan didakwa milik seorang komander Briged Al-Quds, salah satu sayap Pergerakan Jihad Palestin.
Manakala satu lagi serangan awal hari ini ialah di bandar selatan Rafah yang mengorbankan seorang remaja lelaki. -KedahNews.com
Read More
MAS Perkenal Sistem Daftar Masuk Lebih Mudah
1:02 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) memperkenalkan syarat daftar masuk kendiri mandatori bagi semua penumpang kelas ekonomi yang membuat perjalanan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 15 Julai ini.
Syarikat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa pelanggan-pelanggan boleh menjimatkan masa yang berharga dan mengurangkan kerumitan mendaftar masuk melalui pilihan daftar masuk kendiri ini.
Hingga 48 jam sebelum penerbangan, pelanggan-pelanggan boleh memilih untuk sama ada mendaftar masuk melalui MHweb di alamat www.malaysiaairlines.com atau daftar masuk melalui MHmobile di flymas.mobi.
Mereka juga boleh menggunakan kiosk daftar masuk layan diri yang terletak di KLIA dan stesen Express Rail Link Putrajaya.
“Pada masa ini ada 34 kiosk yang disediakan di seluruh KLIA. Pengguna telefon pintar boleh juga memuat turun aplikasi MHmobile percuma untuk mendaftar masuk dengan mudah. Penumpang kelas satu dan kelas perniagaan yang memilih untuk mendaftar masuk sendiri, boleh berbuat demikian melalui mana-mana pilihan yang ada,” jelas MAS.
Pengarah Perkhidmatan Pelanggan, Datuk Salleh Ahmad Tabrani, berkata daftar masuk kendiri ini merupakan permulaan bagi pelaksanaan daftar masuk bagasi automatik dan pemasangan tag kendiri.
“Apabila dilaksanakan sepenuhnya nanti, kiosk daftar masuk layan diri akan membolehkan penumpang mengambil alih pengalaman daftar masuk masing-masing dan menguruskan masa mereka sewajarnya.
“Penggunaan teknologi dan inovasi untuk mengautomasikan proses daftar masuk akan meredakan kesesakan di kaunter-kaunter daftar masuk.
“Pelanggan kami akan beroleh manfaat kerana ia memendekkan masa yang dihabiskan kerana menunggu dan beratur. Kami menggesa semua pelanggan MAS supaya memberikan perhatian kepada perkembangan baharu ini,” katanya.
Pelanggan hanya memerlukan rujukan tempahan mereka atau nombor e-tiket 13 angka mereka untuk melakukan daftar masuk kendiri. – BERNAMA
Read More
Saingan Tudung Fareeda: "Utamakan Aurat, Bukan Fesyen" - Peniaga Online
12:01 pm Admin Kedahnews No comments
Hari ini, antara cara berkesan untuk berniaga adalah menggunakan laman sosial terutama blog, Facebook dan Instagram kerana ia lebih murah namun masih mampu mencapai golongan sasaran pembeli dengan berkesan.
Bagaimanapun dari hari ke hari, peniaga online muncul bagai cendawan selepas hujan. Tak cukup dengan persaingan sesama sendiri, peniaga tudung contohnya terpaksa pula bersaing dengan jenama terkenal yang sedia kukuh di pasaran.
Daripada satu segi perniagaan tudung yang semakin rancak amat baik kerana ia melambangkan peningkatan muslimah yang menutup aurat di Malaysia walaupun ada juga isu sesetengah tudung kelihatan tidak mengikut syariat – inilah yang dijadikan modal seorang peniaga tudung online untuk menyelar tudung jenama terkenal, Fareeda.
Sekiranya niat hati peniaga online ini benar-benar untuk menyedarkan wanita muslimah di luar sana baguslah, tapi kalau ia bertujuan menaikkan jualan dengan memburukkan produk lain apa pula hukumnya ya?
Lagi pun setahu kami, tudung Fareeda ada juga yang dijual labuh hingga menutup dada manakala pengguna tudung bawal pula ada yang menggayakan tudung besar ini dalam keadaan singkat hingga tidak menutup aurat seperti sepatutnya.
Jadi isu tudung menutup aurat atau tidak ini pada kami terletak pada si pemakai, bukan jenama tudung tertentu. Tak gitu?
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Astagfirullhil'azim.. Kisah Masjid "Mati" Bila Sekampung Murtad...
11:01 am Admin Kedahnews No comments
TUGAS membimbing golongan mualaf sebenarnya tidak hanya terletak di bahu jabatan dan pertubuhan agama semata-mata.
Sebaliknya, kita sebagai umat Islam juga perlu memainkan peranan dalam membantu golongan ini memahami erti Islam yang sebenar.
Di sini, kami ingin kongsikan status Facebook seorang penceramah, Ustaz Ebit Lew yang menceritakan perihal sebuah kampung yang murtad di Tongod, Sabah akibat kesilapan dan kealpaan kita sebagai umat Islam:
“Menangis mendengar laporan sebuah kampung yang murtad dan sebuah masjid yang mati dari dr Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Sayunya ya Allah.salah saya ni..ampun Ya Allah.
Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.
Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui minggu lepas selepas solah jumaat di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan, kelmarin(6hb Julai 2014) saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod.
Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.
Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.
Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.
Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.
Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.
Di sekitar tahun 1979- 82 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.
Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yg bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.
Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak.
Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.
Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yg mempertahankan imannya dari murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya ‘Kalaulah nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah’. Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i…… InsyaAllah. Laporan Dr Rosmadi dan Jemaah.
Semasa saya di ke Sabah. Jabatan Agama Islam Sabah sangat banyak membantu dan membuat pelbagai pengisian. Membantu memberi zakat dan memberi bantuan kepada sukarelawan. Jemaah orang Islam tidak berhenti berdakwah di Sabah. Banyak orang yang berkorban tanpa dikenali. Sebenarnya bila kita mula beri masa untuk ziarah saudara Islam dan semua orang. Bukan di Sabah, di kawasan rumah kita juga ada orang yang hidup puluhan tahun dan sudah berada di pinggir kemurtadan.
Saya banyak kali keluar dari surau sahaja jumpa orang yang jauh dari Allah. Oleh itu kita kita perlu buat dakwah secara istiqamah. Beri masa dakwah dalam rumah kita. Beri masa dakwah jiran dan juga kawasan kampung jiran. Dakwah kawan di pejabat. Beri masa dakwah dalam negeri. Juga luar negeri. Negara yang jauh. Seluruh dunia tanpa sempadan macam sahabah rhum. Jika tak, kita pun mungkin belum mengenal Allah.. Hargai semua orang berdakwah. Jangan halau orang berdakwah di Masjid kita iktikaf.
Kita syok masjid hidup dengan ceramah dan kuliah sesama kita. Itu baik, tapi masih ramai orang yang belum pernah solat pun di keliling surau kita. Semoga Allah ampunkan saya. Setiap orang jadi Daie Allah istiqamah walaupun dikeji dan tidak dihargai kerana Redha Allah maksud usaha ini.
Ya Allah bantulah mereka yang sedang berdakwah di seluruh Sabah dan seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Ya Allah kembalikanlah seluruh kampung ini kepada Islam. Ya Allah bukakanlah malam ini semua penduduk kampung ini kembali pada Islam. Kasihanilah kami semua. Maafkanlah kerana kecuaian diriku dalam dakwah, korban , menangis untuk agama ini- ebit lew”
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Menarik: Surat Terbuka Buat Prabowo, Lebih Tersirat Dari Tersurat
10:00 am Admin Kedahnews No comments
Indonesia sedang di dalam proses memilih Presiden barunya. Dalam keriuhan negara jiran tersebut, terdapat sewarkah nukilan dari seorang rakyat negara itu yang benar-benar dilihat ikhlas dan meminta sesuatu yang sangat bermakna pada calon Presiden, Probowo Subianto.
Mungkin pesanan dan harapan yang terdapat pada surat tersebut ditujukan khas buat Probowo sahaja. namun pada KedahNews.com, pengertian yang tersirat di sebalik warkah terbuka berkenaan relevan untuk ditujukan pada setiap pemimpin beragam Islam di seluruh dunia.
KedahNews.com berbesar hati untuk menyiarkan warkah tersebut untuk dikongsi bersama para pembaca budiman sekelian...
Mungkin pesanan dan harapan yang terdapat pada surat tersebut ditujukan khas buat Probowo sahaja. namun pada KedahNews.com, pengertian yang tersirat di sebalik warkah terbuka berkenaan relevan untuk ditujukan pada setiap pemimpin beragam Islam di seluruh dunia.
KedahNews.com berbesar hati untuk menyiarkan warkah tersebut untuk dikongsi bersama para pembaca budiman sekelian...
Sahabat. Kemarin sore saya menerima kiriman tulisan dari sahabat Twitter yang tinggal di Melbourne, Australia - Ustad Salim A. Fillah.
Terima kasih saudara Salim atas tulisan ini. Terima kasih sudah memberikan kepercayaan kepada saya. Adalah cita-cita saya menjadi seorang pemimpin yang menjaga agama, menjaga jiwa, menjaga kelangsungan, menjaga akal, dan menjaga kekayaan bangsa Indonesia. Insya Allah. Aamiin.
*** Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi.. ***
Tapi sungguh orang yang jauh lebih mulia daripada kita semua, Abu Bakr Ash Shiddiq, pernah mengatakan, “Saya telah dipilih untuk memimpin kalian, padahal saya bukanlah orang yang terbaik di antara kalian. Kalau saya berlaku baik, bantulah saya. Dan kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah.”
Maka yang kami harapkan pertama kali dari Anda, Pak Prabowo, adalah sebuah kesadaran bahwa Anda bukan pahlawan tunggal dalam masa depan negeri ini. Barangkali memang pendukung Anda ada yang menganggap Andalah orang terbaik. Tetapi sebagian yang lain hanya menganggap Anda adalah sosok yang sedang tepat untuk saat ini. Sebagian yang lainnya lagi menganggap Anda adalah “yang lebih ringan di antara dua madharat”.
Tentu saja, mereka yang tidak memiliih Anda menganggap Anda bukan yang terbaik, tidak tepat, dan juga berbahaya.
Dan jika Anda, Pak Prabowo, nantinya terpilih menjadi Presiden, maka mereka semua akan menjadi rakyat yang dibebankan kepada pundak Anda tanggungjawabnya di hadapan Allah. Maka kami berbahagia ketika Anda berulang kali berkata di berbagai kesempatan, “Jangan mau dipecah belah. Jangan mau saling membenci. Kalau orang lain menghina kita, kita serahkan pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan Maha Besar.”
Dan Anda juga harus menyadari bahwa barangsiapa merasa jumawa dengan kekuasaan, maka beban kepemimpinan itu akan Allah pikulkan sepelik-peliknya di dunia, dan tanggungjawabnya akan Dia jadikan penyesalan serta siksa di akhirat. Adapun pemimpin yang takut kepada Allah, maka Dia jadikan manusia taat kepadanya, dan Dia menolong pemimpin itu dalam mengemban amanahnya.
Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi..
Tapi sungguh orang yang jauh lebih perkasa daripada kita semua, ‘Umar ibn Al Khaththab, pernah mengatakan, “Seandainya tidaklah didorong oleh harapan bahwa saya akan menjadi orang yang terbaik di antara kalian dalam memimpin kalian, orang yang terkuat bagi kalian dalam melayani keperluan-keperluan kalian, dan orang yang paling teguh mengurusi urusan-urusan kalian, tidaklah saya sudi menerima jabatan ini. Sungguh berat bagi Umar, menunggu datangnya saat perhitungan.”
Maka yang kami harapkan berikutnya dari Anda, Pak Prabowo, adalah sebuah cita-cita yang menyala untuk menjadi pelayan bagi rakyat Indonesia. Sebuah tekad besar, yang memang selama ini sudah kami lihat dari kata-kata Anda. Dan sungguh, kami berharap, ia diikuti kegentaran dalam hati, seperti ‘Umar, tentang beratnya tanggungjawab kelak ketika seperempat milyar manusia Indonesia ini berdiri di hadapan pengadilan Allah untuk menjadi penggugat dan Anda adalah terdakwa tunggal bila tidak amanah, sedangkan entah ada atau tidak yang sudi jadi pembela.
Pak Prabowo, jangankan yang tak mendukung Anda, di antara pemilih Andapun ada yang masih meragukan Anda karena catatan masa lalu. Saya hendak membesarkan hati Anda, bahwa ‘Umar pun pernah diragukan oleh para tokoh sahabat ketika dinominasikan oleh Abu Bakr sebab dia dianggap keras, kasar, dan menakutkan. Tapi Anda bukan ‘Umar. Usaha Anda untuk meyakinkan kami bahwa kelak ketika terpilih akan berlaku penuh kasih kepada yang Anda pimpin harus lebih keras daripada ‘Umar.
Pak Prabowo, kami memilih Anda karena kami tahu, seseorang tak selalu bisa dinilai dari rekam jejaknya. ‘Umar yang dahulu ingin membunuh Nabi, kini berbaring mesra di sampingnya. Khalid yang dahulu panglima kebatilan, belakangan dijuluki ‘Pedang Allah’. Tapi Anda bukan ‘Umar. Tapi Anda bukan Khalid. Usaha Anda untuk berubah terus menjadi insan yang lebih baik daripada masa lalu Anda akan terus kami tuntut dan nantikan. Ya, maaf dan dukungan justru dari orang-orang yang diisukan pernah Anda ‘culik’ menjadi modal awal kepercayaan kami kepada Anda.
Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi..
Tapi orang yang jauh lebih dermawan daripada kita semua, ‘Utsman ibn ‘Affan, pernah mengatakan, “Ketahuilah bahwa kalian berhak menuntut aku mengenai tiga hal, selain kitab Allah dan Sunnah Nabi; yaitu agar aku mengikuti apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin sebelumku dalam hal-hal yang telah kalian sepakati sebagai kebaikan, membuat kebiasaan baru yang lebih baik lagi layak bagi ahli kebajikan, dan mencegah diriku bertindak atas kalian, kecuali dalam hal-hal yang kalian sendiri menyebabkannya.”
Ummat Islam amat besar pengorbanannya dalam perjuangan kemerdekaan negeri ini. Pun demikian, sejarah juga menyaksikan mereka banyak mengalah dalam soal-soal asasi kenegaraan Indonesia. Cita-cita untuk mengamalkan agama dalam hidup berbangsa rasanya masih jauh dari terwujud.
Tetapi para bapak bangsa, telah menitipkan amanah Maqashid Asy Syari’ah (tujuan diturunkannya syari’at) yang paling pokok untuk menjadi dasar negara ini. Lima hal itu; pertama adalah Hifzhud Diin (Menjaga Agama) yang disederhanakan dalam sila Ketuhanan Yang Maha Esa. Kedua Hifzhun Nafs (Menjaga Jiwa) yang diejawantahkan dalam sila Kemanusiaan Yang Adil dan Beradab. Ketiga Hifzhun Nasl (Menjaga Kelangsungan) yang diringkas dalam sila Persatuan Indonesia. Keempat Hifzhul ‘Aql (Menjaga Akal) yang diwujudkan dalam sila Kerakyatan yang Dipimpin oleh Hikmat Kebijaksanaan dalam Permusyawaratan Perwakilan. Dan kelima, Hifzhul Maal (Menjaga Kekayaan) yang diterjemahkan dalam sila Keadilan Sosial bagi Seluruh Rakyat Indonesia.
Pak Prabowo, kami memilih Anda sebab kami berharap Anda akan melaksanakan setidak-tidaknya kelima hal tersebut; menjaga agama, menjaga jiwa, menjaga kelangsungan, menjaga akal, dan menjaga kekayaan; dengan segala perwujudannya dalam kemaslahatan bagi rakyat Indonesia. Kami memilih Anda ketika di seberang sana, ada wacana semisal menghapus kolom agama di KTP, pengalaman masa lalu penjualan asset-aset bangsa, lisan-lisan yang belepotan pelecehan kepada agama Allah, hingga purna-prajurit yang tangannya berlumuran darah ummat.
Pak Prabowo, seperti ‘Utsman, jadilah pemimpin pelaksana ungkapan yang amat dikenal di kalangan Nahdlatul ‘Ulama, “Al Muhafazhatu ‘Alal Qadimish Shalih, wal Akhdzu bil Jadidil Ashlah.. Memelihara nilai-nilai lama yang baik dan mengambil hal-hal baru yang lebih baik.”
Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi..
Tapi orang yang lebih zuhud daripada kita semua, ‘Ali ibn Abi Thalib, pernah mengatakan, “Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya dia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lisannya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati ketimbang yang mengajari orang lain.”
Pak Prabowo, hal yang paling hilang dari bangsa ini selama beberapa dasawarsa yang kita lalui adalah keteladanan para pemimpin. Kami semua rindu pada perilaku-perilaku luhur terpuji yang mengiringi tingginya kedudukan. Kami tahu setiap manusia punya keterbatasan, pun juga Anda Pak. Tapi percayalah, satu tindakan adil seorang pemimpin bisa memberi rasa aman pada berjuta hati, satu ucapan jujur seorang pemimpin bisa memberi ketenangan pada berjuta jiwa, satu gaya hidup sederhana seorang pemimpin bisa menggerakkan berjuta manusia.
Pak Prabowo, kami memilih Anda sebab kami tahu, kendali sebuah bangsa takkan dapat dihela oleh satu sosok saja. Maka kami menyeksamai sesiapa yang ada bersama Anda. Lihatlah betapa banyak ‘Ulama yang tegak mendukung dan tunduk mendoakan Anda. Balaslah dengan penghormatan pada ilmu dan nasehat mereka. Lihatlah betapa banyak kaum cendikia yang berdiri memilih Anda, tanpa bayaran teguh membela. Lihatlah kaum muda, bahkan para mahasiswa.
Didiklah diri Anda, belajarlah dari mereka; hingga Anda kelak menjelma apa yang disampaikan Nabi, “Sebaik-baik pemimpin adalah yang kalian mencintainya dan dia mencintai kalian. Yang kalian doakan dan dia mendoakan kalian.”
Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi..
Tapi orang yang lebih adil daripada kita semua, ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz, pernah mengatakan, “Saudara-saudara, barangsiapa menyertai kami maka silahkan menyertai kami dengan lima syarat, jika tidak maka silahkan meninggalkan kami; yakni, menyampaikan kepada kami keperluan orang-orang yang tidak dapat menyampaikannya, membantu kami atas kebaikan dengan upayanya, menunjuki kami dari kebaikan kepada apa yang kami tidak dapat menuju kepadanya, dan jangan menggunjingkan rakyat di hadapan kami, serta jangan membuat-buat hal yang tidak berguna.”
Sungguh karena pidato pertamanya ini para penyair pemuja dan pejabat penjilat menghilang dari sisi ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz, lalu tinggallah bersamanya para ‘ulama, cendikia, dan para zuhud. Bersama merekalah ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz mewujudkan pemerintahan yang keadilannya dirasakan di segala penjuru, sampai serigalapun enggal memangsa domba. Pak Prabowo, sekali lagi, kami memilih Anda bukan semata karena diri pribadi Anda. Maka pilihlah untuk membantu urusan Anda nanti, orang-orang yang akan meringankan hisab Anda di akhirat.
Pak Prabowo, kami memilih Anda, tapi..
Tapi kalaupun Anda tidak terpilih, kami yakin, pengabdian tak memerlukan jabatan. Tetaplah bekerja untuk Indonesia dengan segala yang Anda bisa, sejauh yang Anda mampu.
Sungguh Anda terpilih ataupun tidak, kami sama was-wasnya. Bahkan mungkin, rasa-rasanya, lebih was-was jika Anda terpilih. Kami tidak tahu hal yang gaib. Kami tidak tahu yang disembunyikan oleh hati. Kami tidak tahu masa depan. Kami hanya memilih Anda berdasarkan pandangan lahiriyah yang sering tertipu, disertai istikharah kami yang sepertinya kurang bermutu.
Mungkin jika Anda terpilih nanti, urusan kami tak selesai sampai di situ. Bahkan kami juga akan makin sibuk. Sibuk mendoakan Anda. Sibuk mengingatkan Anda tentang janji Anda. Sibuk memberi masukan demi kemaslahatan. Sibuk meluruskan Anda jika bengkok. Sibuk menuntut Anda jika berkelit.
Inilah kami. Kami memilih Anda Pak Prabowo, tapi..
Tapi sebagai penutup tulisan ini, mari mengenang ketika Khalifah ‘Umar ibn ‘Abdil ‘Aziz meminta nasehat kepada Imam Hasan Al Bashri terkait amanah yang baru diembannya. Maka Sang Imam menulis sebuah surat ringkas. Pesan yang disampaikannya, ingin juga kami sampaikan pada Anda, Pak Prabowo. Bunyi nasehat itu adalah, “Amma bakdu. Durhakailah hawa nafsumu! Wassalam.”
Doa kami, Hamba Allah yang tertawan dosanya, warga negara Republik Indonesia.
Salim A. Fillah. -KedahNews.com
Read More
13 Mei 1969: Gerakan Cabar DAP Bersikap Ikhlas
9:04 am Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Pemuda Gerakan mengalu-alukan kesediaan DAP untuk menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang.
Ketuanya, Tan Keng Liang berharap DAP dapat melaksanakan perkara itu dan memastikan kenyataan tersebut bukan semata-mata retorik.
“Jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang ikhlas, beliau mesti memastikan semua pimpinan DAP menghentikan terus kenyataan berbaur provokasi mengenai 13 Mei selepa sini.
“Perpaduan dalam negara tidak boleh diabaikan atas sebab agenda mana-mana parti politik,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Keng Liang berkata, Kit Siang perlu juga mengambil tindakan ke atas pemimpin DAP, Dr. P.Ramasamy kerana menyebut perkara sensitif tentang 13 Mei sebelum ini untuk membuktikan keikhlasan itu.
Kit Siang hari ini menyatakan kesediaan DAP untuk bekerjasama dengan BN khususnya UMNO bagi memastikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang.
Beliau dipetik berkata, DAP sanggup menjalinkan kerjasama itu kerana ancaman 13 Mei tidak boleh di toleransi sama sekali pada zaman ini.
“DAP tidak akan membiarkan atau bertolak ansur dengan mana-mana ancaman 13 Mei dan kita bersedia untuk bekerjasama sepenuhnya dengan BN untuk memastikan tidak ada satu lagi 13 Mei di Malaysia,” kata Kit Siang
Read More
Proton Lancar Varian Eksekutif Saga, Persona Terbaru
8:05 am Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan rangkaian varian eksekutif bagi model paling larisnya, Saga dan Persona dengan dibuka mulai hari ini.
Walaupun Saga Executive ditawarkan dengan pelbagai fungsi tambahan lebih menarik, ia dijual pada harga atas jalan RM41,924 bagi transmisi manual dan RM44,524 (automatik), manakala Persona Executive pula dijual pada harga atas jalan RM49,938 (manual) dan RM52,938 (automatik).
Saga Executive dan Persona Executive, adalah varian dipertingkatkan, disasarkan kepada pasaran golongan muda dengan varian Persona akan ditawarkan dengan warna pilihan baharu iaitu Elegant Brown, menambah koleksi pilihan kepada enam warna.
Antara fungsi yang dipertingkatkan bagi Persona Executive termasuk bodi kit, tempat duduk kulit, rim 15 inci, stering dengan suis audio, wi-fi 4G, dan spoiler belakang.
Bagi Saga Executive pula antaranya menawarkan bodi kit edisi khas, panel konsol tengah hitam satin, ruang pendingin hawa hitam, bahagian dalaman pintu hitam satin dan tempat duduk kulit.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata komitmen kami adalah mempertingkatkan rangkaian kereta PROTON dengan versi dipertingkatkan.
“Ia menawarkan pelanggan kepada pilihan nilai untuk wang tanpa menjejaskan aspek keselesaan, prestasi dan kualiti.
“Proton memiliki kejayaan besar menerusi Saga dan Persona SV dan kami berharap ia dapat diteruskan dengan varian dipertingkatkan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdapat enam pilihan warna bagi Saga Executive iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Blue Rock, Solid White dan Elegant Brown.
Sementara itu, Persona Executive ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White, Elegant Brown, Bronze Garnet dan Chiffon Green.
Saga Executive didatangkan dengan jaminan kilang tiga tahun atau 60,000 kilometer (km), sementara Persona Executive pula dengan jaminan kilang dua tahun atau 50,000 km.
Proton Saga Executive dan Persona Executive yang kini boleh didapati untuk tempahan di seluruh negara, namun unit dipamer di bilik pameran bagi Sabah dan Sarawak boleh didapati bermula 17 Julai ini.
“Sebahagian daripada jaminan kilang, kami juga menawarkan servis percuma tiga tahun,” jelas Abdul Harith.
Info:-
Perbezaan harga atas jalan mengikut varian:
* Saga Executive manual – dari RM41,924
* Saga SV manual – dari RM33,438.15
* Saga Executive automatik – dari RM44,524
* Saga SV automatik – dari RM36,438.15
* Saga SV manual – dari RM33,438.15
* Saga Executive automatik – dari RM44,524
* Saga SV automatik – dari RM36,438.15
* Persona Executive manual – dari RM49,938
* Persona SV manual – dari RM44,951.50
* Persona Executive automatik – dari RM52,938
* Persona SV automatik – dari RM47,951.50
* Persona SV manual – dari RM44,951.50
* Persona Executive automatik – dari RM52,938
* Persona SV automatik – dari RM47,951.50
Sumber: Berita Harian
Read More
Lenovo Perkenal 5 Produk Serendah Dari RM399..!
7:04 am Admin Kedahnews No comments
Lenovo Malaysia secara rasminya telah melancarkan 5 produk baru ke pasaran tempatan dan menariknya pada harga yang berpatutan.
Lenovo yang dilihat sangat angresif didalam pasaran telefon pintar juga tidak mahu ketinggalan dalam pasaran komputer peribadi mereka.
Dua komputer mudah alih telah dilancarkan yang mempunyai nama G40-70 dan G50-70 yang mana masing-masing dijual pada harga RM 1699 dan RM 1499 dan sudah mula dijual sekarang.
Berikut adalah spesifikasi bagi G40-70 dan G50-70
G40-70
Pemproses – Intel Core i5-4200U (1.6 GHz sehingga 2.6 GHz, 3MB L3 Cache)
Sistem Operasi – Windows 8.1
Skrin Paparan – 14″ HD WLED
Sistem Grafik – AMD Radeon R5-M230 2GB
RAM – 4G (1×4096) RAM
Memori Dalaman – 1 TB
Bateri – 4 CELLS
G50-70
Pemproses – Intel Core i3-4010U (1.7GHz, 3MB L3 Cache)
Sistem Operasi – DOS
Skrin Paparan -15.6″ HD WLED
Sistem Grafik -AMD Radeon R5-M230 2GB
RAM – 4G (1×4096) RAM
Memori Dalaman – 500G
Bateri – 6 CELLS
Lenovo juga telah melancarkan dua tablet yang mana harga penjualan tablet ini dilihat murah dan pasti menarik perhatian ramai. Berikut adalah spesifikasi dan harga dua model tersebut.
Skrin paparan IPS LCD7.0 inci (~170 ppi)
Pemproses – Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7
Memori simpanan dalaman 8 GB
RAM 1 GB
microSD sehingga 64GB
Kamera – 2MP (belakang), VGA (hadapan)
Sistem Operasi – Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean)
Bateri – Li-Ion 3500 mAh
Harga : RM 399
Skrin paparan IPS LCD 8.0 inci (~189 ppi)
Pemproses – Quad-Core 1.7Ghz Cortex A7
Memori simpanan dalaman 8/16 GB,
RAM 1 GB
microSD, sehingga 32GB
Kamera – 5 MP(belakang) ,2MP (hadapan)
Sistem Operasi – Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean)
Bateri – Li-Ion 4200 mAh
Harga : RM 699
Read More
Hartawan China Derma RM6.56 Bilion?
12:06 am Shahir Shukor No comments
Beijing – Seorang hartawan mendermakan seluruh harta kekayaannya bernilai £1.2 bilion (RM6.56 bilion) kepada badan kebajikan tanpa meninggalkan sesen untuk isteri dan anak-anaknya.
Ketika muda, Yu Pengnian (gambar) bekerja sebagai pemandu beca yang tidak berwang, namun hidupnya berubah menjadi orang paling kaya di China ketika usianya 88 tahun.
Tanpa pengetahuan keluarga, Yu mendedahkan mengenai harta yang didermakan kepada badan kebajikan melalui sidang media.
Seluruh harta kekayaan itu diberikan kepada pertubuhan miliknya yang diusahakannya lima tahun dulu.
Wang itu disalurkan sebagai bantuan kepada pelajar, biasiswa, kerja pembinaan semula gempa bumi Sichuan dan pembedahan pesakit katarak yang sama sepertinya.
Dermawan yang menetap di Panglin, hotel lima bintang di Shenzhen itu bernasib baik kerana keputusannya mendapat sokongan keluarga.
Sumber – Agensi
Read More