"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Sunday, 2 November 2014

Supermodel Yang "Superkaya"!

Gisele Bundchen
Kerjaya sebagai supermodel sememangnya mendatangkan pendapatan yang lumayan.

Tahukah anda setakat ini, supermodel yang menduduki carta bayaran model termahal adalah milik Gisele Bundchen, 34 tahun dan perkara ini turut diakui oleh majalah kewangan terkemuka dunia, Forbes Magazine.

Jelitawan ini sudah menduduki senarai teratas model sejak 8 tahun berturut-turut dengan bayaran sebanyak RM155 juta.

Gisele-Bundchen-red-dress-Met-Gala-2011 c558b61e16308ca3_spl647074_002_wm.preview_tall

Model dari Brazil ini sememangnya laku, malah pendapatannya meningkat sebanyak RM16 juta pada tahun lepas.

Walaupun merupakan ibu kepada dua anak tetapi dia sememangnya punyai keistimewaan tersendiri.

Lihat sahaja figura wajahnya sering jadi pilihan syarikat-syarikat besar seperti H&M, Chanel, Carolina Herrera, produk rambut Pantene dan Oral-B di Brazil.

images (7) Ipanema unveils stunning_photo 1 Gisele-Bundchen-For-Elle-Magazine-Argentina-July-2014-1

Lebih mengejutkan jurang perbezaan pendapatan supermodel di tempat kedua sangatlah jauh berbeza hingga dikatakan tidak sampai 18 peratus daripada jumlah pendapatan diterime Gisele.

Supermodel di tempat kedua jatuh kepada model dari Victoria’s Secret, Doutzen Kroes dan Adriana Lima.

images (5)
images (6)
Model-model Victoria Secret yang menduduki carta kedua tertinggi
Memang bertuahlah Gisele, bukan sahaja cantik malah tersangat kaya!



gisele-bundchen-by-terry-richardson-0

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Kisah Benar: Gadis 5 Tahun Bergelumang Dosa...

SABAK BERNAM – “Lima tahun hidup saya bergelumang dengan dosa dan Alhamdulillah, ALLAH bukakan hati saya untuk berubah,” kata seorang bekas pelatih Rumah Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Hazumi (bukan nama sebenar), 24.

Hazumi anak sulung daripada enam beradik berkata, dia mula terjebak dengan gejala sosial sejak dari tingkatan tiga lagi apabila sering mengikut teman lelakinya merempit di sekitar Kuala Lumpur.

Menurutnya, bermula dari situ, dia semakin ‘liar’ dan sering pulang lewat malam hingga pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelakinya.

“Jiwa muda merasakan inilah dunia yang saya cari. Saya dah besar panjang, inginkan kebebasan dan berseronok dengan teman lelaki yang memahami keinginan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Walaupun sering dimarahi ibu bapanya, Hazumi masih terus bersosial, tetapi dia yang cepat bosan dengan sesuatu aktiviti itu mula meninggalkan dunia rempit dan terjebak dengan budaya 'skin' dan 'punk'.

“Akibat pengaruh kawan juga, saya jadi gengster dan mula ikut kumpulan tertentu dengan perwatakan diri saya pun berubah. Rambut saya pacak, dan kalau rasa tak puas hati saya juga sanggup bergaduh,” katanya.

Hazumi berkata, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia ditawarkan menyambung pengajian peringkat diploma dalam jurusan pengurusan perhotelan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

“Langkah saya makin panjang. Saya praktikal di hotel terkemuka.Semasa cuti semester saya bekerja sambilan di sebuah hotel dan pernah menerima bayaran daripada pelanggan untuk khidmat seks,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah serik dengan perbuatannya itu sehinggalah bapanya tekad mengambil keputusan menghantarnya ke Baitul Ehsan agar Hazumi dapat kembali ke pangkal jalan dan tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

“Mulanya memang saya tak nak datang ke sini (Baitul Ehsan). Tapi bapa cabar saya, kalau saya boleh ubah perangai dia akan keluarkan saya dengan cepat.

“Masuk saja sini saya demam seminggu. Saya tak bebas, tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan seronok dengan rakan-rakan di sini.

“Saya di sini hanya tiga bulan. Ketika melangkah keluar, hati jadi sebak dan sayu kerana terpaksa tinggalkan rakan-rakan,” katanya.
Menurutnya, sejak dari itu, dia tekad untuk berubah dan menyambung pengajiannya dalam bidang kemahiran di Pekan, Pahang sebelum bertemu jodoh dengan seorang duda yang sememangnya lelaki terbaik yang membimbingnya ke jalan kebenaran.

“Kalau tak kerana ibu bapa saya yang suruh masuk ke Baitul Ehsan, tak tahulah kehidupan saya pada masa sekarang. Saya juga bersyukur kerana mendapat suami yang dapat menerima saya seadanya,” katanya. -Sinar Harian

Read More

Pelajar Sekolah, Penduduk Kampung Histeria Lepas Sebuah Rumah Diroboh

Gambar hiasan
JERTIH - Penduduk dua kampung, dekat sini, berada dalam keresahan apabila kejadian histeria yang bermula di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Puteri minggu lalu dikatakan berlaku pula di kampung mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Puteri, Ghazali Omar berkata, dua minggu lalu, 10 murid sekolah berkenaan tiba-tiba meracau dan keadaan itu berlarutan selama tiga hari.

Menurutnya, kejadian mula berlaku pada 16 Oktober lalu dan berterusan dua hari berikutnya pada 19 dan 20 Oktober.

"Pada hari pertama kira-kira 10 murid kebanyakan perempuan tahun 4 dan 5 histeria.

"Pada hari kedua, kira-kira enam murid daripada 10 murid yang sama diserang histeria lagi, manakala pada hari ketiga pula melibatkan murid lain,” katanya ketika ditemui pada Majlis Solat Hajat di SK Bukit Puteri anjuran bersama PIBG dan pihak sekolah, malam kelmarin.

Solat hajat berkenaan yang turut dihadiri guru besar, Hassan Mat Arshad bertujuan agar kejadian histeria tidak berulang di sekolah tersebut.

Ghazali berkata, sejak pihak sekolah dan PIBG mendapatkan khidmat tokoh agama dan pengamal tradisional, kejadian histeria tidak berlaku lagi.

Bagaimanapun keresahan mula timbul dalam kalangan penduduk kampung sekitar sekolah itu iaitu Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has apabila ada antara penduduk pula yang diserang histeria.

Katanya, difahamkan masing-masing satu keluarga di Kampung Tok Has dan Lay Out Tok Has.

“Saya tak berani nak sahkan sama ada apa yang berlaku di kampung tersebut ada kaitan dengan di sekolah kerana kejadian di kampung turut membabitkan orang dewasa,” katanya.

Sementara itu, ada dakwaan mengatakan sebelum meracau, murid terbabit melihat kelibat lembaga hitam di sesuatu lokasi di sekolah tersebut.

Difahamkan, masalah histeria dilaporkan sudah lama tidak berlaku di sekolah berkenaan, sehinggakan ada pihak mendakwa dan mengaitkan kononnya kejadian histeria yang berlaku baru-baru ini ada kaitan dengan kerja merobohkan sebuah rumah berhampiran sekolah tersebut.

Dalam pada itu Ghazali berkata, pihaknya akan terus berusaha mendapatkan bantuan pakar perubatan tradisional untuk menangani masalah itu. -Sinar Harian

Read More

Penyanyi Beraksi Ghairah Buruk Imej Terengganu

MARANG - Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman kesal dengan penganjuran dikir barat yang menampilkan penyanyi perempuan dalam aksi tarian mengghairahkan di Rawai, di sini, malam kelmarin.

Kata Ariffin, program seumpama itu akan meninggalkan kesan negatif kepada masyarakat, tambahan pula orang Islam masih berada di awal Muharam, yang sepatutnya dihayati dengan melakukan amalan makruf dan meninggalkan amalan mungkar.

“Saya kecewa kerana program seumpama ini diadakan di dalam kawasan Dun saya. Tatkala masyarakat perlu didedahkan dengan lebih banyak majlis ilmu, datang pula program berbentuk maksiat seperti ini yang seolah-olah mencabar hukum ALLAH SWT.

"Apa relevannya pihak berkuasa beri kelulusan permit bagi program seumpama ini? Yang kita tahu, terang-terangan program ini adalah program maksiat dengan aksi selebriti perempuan menari gelek dan berpakaian menjolok mata. Jadi, kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat sesuatu sekiranya program seumpama ini diadakan lagi pada masa akan datang. Ini ketegasan dan prinsip kita,” katanya.

Difahamkan, pertunjukan dikir barat yang menampilkan beberapa penyanyi wanita dengan aksi mengghairahkan itu berlangsung di lokasi tertutup di Rawai dengan mengenakan yuran RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


’Hati-hati saring hiburan’

Terdahulu, Pemuda Pas Marang turut kesal dan membantah penganjuran dikir barat seumpama itu kerana menampilkan penyanyi perempuan yang berpakaian seksi dengan aksi mengghairahkan.

Tambahan pula, Marang dikenali sebagai kawasan yang subur dengan ilmu, selain negara turut bergelut dengan pelbagai masalah sosial yang melanda umat Islam sekarang.

Setiausaha Pemuda Pas Marang, Mohamad Aswadi Mohamad dalam kenyataannya berkata, penganjuran itu menggambarkan sikap acuh tidak acuh kerajaan berkaitan program hiburan agak melampau membabitkan artis-artis yang tidak mengikut syariat.

Tambahan pula katanya, hiburan merupakan elemen berpengaruh dalam kalangan remaja dan hiburan bersifat mendidik akan mendorong golongan berkenaan mengembangkan sahsiah diri secara positif.

“Jika mereka terima pendedahan bersifat hedonistik (mementingkan keseronokan) semata-mata, ia akan mendorong golongan muda bertindak menurut nafsu, tambahan pula artis ditampilkan mengundang kelucahan.

"Jadi, kita harap pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam menyaring sebarang kemasukan penganjuran hiburan kelak," katanya.

Pemuda Pas Marang juga meminta pihak berkuasa lebih peka dengan sensitiviti umat Islam, sementara kerajaan perlu lebih tegas dalam menyekat unsur yang boleh merosakkan akhlak generasi muda, manakala Majlis Daerah Marang pula menyenaraikan penganjur tidak mengikut syarat.


Senarai hitam jika tak ikut syarat

Sementara itu, jurucakap Majlis Daerah Marang, semalam, mengesahkan menerima permohonan penganjur bagi mengadakan pertunjukan berkenaan dengan syarat-syarat ditetapkan.

“Namun jika persembahan itu didapati lari daripada konsep dikir barat (seperti dimohon) termasuk jika ‘terlebih’ atau tidak ikut syarat, kita akan menyenaraihitamkan penganjur,” katanya.

Namun, Sinar Harian gagal mengesan penganjur pertunjukan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Akta SOSMA Perlu Diperketat Bendung Jihad Terlampau Di Malaysia - Irmo

Apabila timbul riuh-rendah berhubung gerakan jihadis yang dikaitkan dengan penyusupan lebih 30 orang rakyat Malaysia ke Syria, reaksi terperanjat masyarakat terhadap isu ini seakan-akan kita sedang berdepan satu fenomena. Siapa pejuang jihadis warga tempatan yang berada di bumi Syria, serta lokasi dan kumpulan yang disertai diketahui umum; ini kerana hampir semua individu tersebut menyebarkan maklumat aktiviti mereka di Internet terutama melalui medium Facebook.

Selain foto-foto aksi di lokasi perang, dengan beruniform pejuang berserta senjata berat yang digunakan dalam pertempuran, Facebook mereka turut menyebarkan faham perjuangan – sekali gus menyebarkan tindakan mereka berada di bumi Syria memerangi tentera Presiden Bashar Assad sebagai satu jihad fisabilillah.

Mengapa setegar ini aksi dan pemikiran mereka? Apakah ini gambaran gejolak jiwa dan krisis pemikiran yang dialami anak muda kita dalam konteks memahami jihad? Sebelum menjawabnya, saya bawa kita menjengok sedikit sejarah tahun-tahun 1980-an.

Apabila tentera Kesatuan Soviet menyerang dan melanggar masuk ke Afghanistan; dunia Islam tersentak. Selepas Perang Dunia Kedua 1940-1945, peristiwa pendudukan ini menjadikan ia satu-satunya perang penjajahan pasca Perang Dunia Kedua.

Dalam iklim Perang Dingin yang berpanjangan sejak tahun-tahun 1960-an antara Blok Barat dan Blok Komunis, penaklukan Afghanistan adalah satu kejutan. Ini kerana, ia satu-satunya negara Islam Asia Tengah yang tidak berjaya diduduki Kesatuan Soviet sejak era Revolusi Bolshevik 1917 hingga berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Turkmenistan, Kazakhstan, Kyrgystan dan Uzbekistan sudah menjadi jajahan Kesatuan Soviet. Dengan ideologi komunis yang menafikan kewujudan Tuhan dan agama, serta sentimen anti- komunis pada waktu itu, peristiwa pendudukan Afghanistan mencetuskan kemarahan umat Islam.

Waktu itu, seruan jihad mula bergema. Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa bukan sedikit pemuda Islam dari wilayah Nusantara ini ikut menyusup masuk ke Afghanistan dan berjuang atas nama Mujahiddin.

Dari selatan Filipina dan selatan Thailand yang sedang berkrisis untuk menubuhkan negara Islam merdeka – anak-anak muda Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Pattani United Liberation Organisation (PULO) menuju ke sempadan Pakistan. Bukanlah rahsia juga, bahawa anak-anak muda Malaysia dan Indonesia juga ikut serta. Kekejaman Kesatuan Soviet dan semangat mempertahankan wilayah Islam terakhir di Asia Tengah membangkitkan sokongan terhadap perjua­ngan Mujahiddin.

Nama-nama pemim-pin Mujahiddin seperti Burhanuddin Rabani, Ga­bod­din Heymatyar, Ali Shah Masood dan Abdul Rashid Dostum menjadi wajah-wa­jah pemimpin puak Mu­jahiddin yang dikagumi.

Alasan

Justeru, ramai yang per­gi ke Afghanistan atas alasan belajar agama di se­kolah-sekolah berdeka­tan Pensyawar dan Quet­ta, Pakistan. Namun seba­lik­nya, dari sempadan 600 kilometer kedua-dua bandar itu, pelajar-pelajar masuk ke Afganistan terutama me­lalui laluan Genting Khyber sepanjang 56 kilometer lalu menyertai puak Mujahiddin. Kira-kira 25 tahun kemudian, ketika era jihad di Afghanistan sudah berakhir kerana berundurnya Rusia, dan bumi Islam itu berperang sesama sendiri, di negara kita sel-sel bahaya pemikiran jihad di Afghanistan mula terasa.

Penubuhan Kesatuan Mujahiddin Malaysia (KMM) yang ditumpaskan polis setelah disedari menyusun agenda ekstremis, meninggalkan kesan untuk direnungi. Waktu itu, barulah disedari bahawa agenda perjuangan Mujahiddin di Afghanistan tidak berakhir begitu sahaja. Bahangnya dibawa balik ke tanah air.

KMM menjadi satu kegemparan; sekali gus pengajaran. Perjuangan militan tidak sekadar soal di mana anda berada, tetapi kesannya membiakkan sel fikiran yang ekstrem. KMM yang digagaskan oleh mereka yang memiliki latar belakang berjuang di Afghanistan pada 1995, hampir mencetuskan gerakan bersenjata di Malaysia, namun kita bernasib baik kerana tindakan pantas pihak berkuasa.

Itulah yang saya bimbang dengan pembabitan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda di Syria. Menurut sebuah portal berita, yang memetik sumber Bukit Aman; dilaporkan terdapat lebih 100 rakyat Malaysia terbabit dengan perjuangan jihadis di Syria, manakala 15 daripada mereka dilaporkan terbunuh.

Dengan aliran pemikiran yang lebih ekstrem dalam kalangan gerakan jihad Syria terutama kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) serta An Nasr, sel-sel pemikiran ini tidak akan lupus begitu sahaja dalam fikiran mereka yang terlibat.

Apatah lagi, dalam keadaan sekarang, kedua-dua gerakan ini mengisytiharkan perjuangan Islam mereka menyasarkan peluasan kuasa di peringkat global.

ISIS yang terkenal dengan keganasan tanpa had, serta An Nasr yang terbabit dengan pembunuhan dan pemusnahan rumah ibadat penganut bukan Islam, adalah ideologi yang mampu mencetuskan bencana bukan kecil, sekiranya dibawa pulang ke tanah air. Justeru, saya faham – mengapa kerajaan dan pihak berkuasa terutama polis sangat bimbang dan bertindak tegas dengan isu ini.

Tangkapan dan penahanan silih berganti mereka yang disyaki terbabit dan masih berada di negara ini, membuktikan langkah-langkah pencegahan yang agresif. Namun yang lebih penting, ialah mengenal pasti, siapa lagi yang berada di Syria pada masa ini, dan memastikan mereka tidak kembali dan dibiarkan menyebarkan faham ekstremis yang berbahaya. Kita tahu pada waktu ini, bukan semua yang berada di Syria dan terbabit dengan militan dapat dikenal pasti – namun kita yakin, polis sedang mengesan dan pastinya mereka akan ditahan apabila pulang.

Saya berpendapat penahanan ini sangat penting supaya fahaman ekstremis tidak dibiarkan bertapak di negara kita, dan sejarah KMM tidak berulang. Timbul pula persoalan dalam pemikiran saya agar kerajaan memperketatkan peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi membendung gerakan jihadis daripada berkembang di Malaysia.

* Datuk Irmohizam Ibrahim - Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia.

Read More

Isu Agama: Parti Komponen Jangan Masuk Campur

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Progresif Rakyat (PPP) hari ini, menekankan kepada rakan-rakan pemudanya (MCA, MIC) supaya tidak mencampuri urusan agama lain bagi memastikan suasana aman di Malaysia terus kekal.

Ketua Pemudanya, Harridz Mohan berkata, mengambil contoh hukuman hudud, baginya perkara ini biarlah kerajaan yang memberikan sendiri tanggapan serta keputusan yang tepat kerana sekiranya ramai yang campur tangan, bimbang boleh mencetuskan situasi negatif.

"Apabila mendengar perkataan hudud maka terlintas di denak kepala kita potong tangan dan kepelbagaian lagi hukuman yang di luar jangkaan pemikiran kita.

"Saya ingin tekankan biarlah kerajaan yang buat keputusan...jadi dalam perkara ini (hudud) saya ingin mengingatkan MCA, MIC serta kesemua rakan-rakan dalam BN yang lain untuk tidak sesekali memberi komen negatif kerana ianya melibatkan isu agama," katanya ketika menyampaikan ucapan aluan pada Perhimpunan Agung Pemuda PPP, di Hotel Dnasty di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Harridz berkata sebagai rakan di bawah satu payung BN, komen negatif yang melibatkan isu agama perlulah diberhentikan segera.

"Parti dominan Umno belum ada sejarah meletakkan buah pemikiran mereka ke dalam mana-mana agama di Malaysia sekaligus memberi sebarang bentuk penterjemahan bagi agama lain selain daripada Islam.

"Oleh itu saya mengingatkan diri saya serta sahabat-sahabat lain daripada BN ayuh sama-sama berhenti memberi sebarang komen yang boleh menyentuh sensitiviti agama," katanya.

Isu hudud menjadi hangat apabila Kelantan menyuarakan hasrat untuk melaksanakan hukuman tersebut di negeri itu.

Rentetan daripada itu, pelbagai komen telah dikeluarkan sehinggakan ada yang melangkaui komen yang sewajarnya mengenai hukuman itu.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Dato' "Terlajak Laris" Tayang Bulu Ketiak Gara-Gara Lepas Geram Pada Peminat

Siapa yang tidak kenal Dato’ Aliff Syukri lagi-lagi tagline ‘TERLAJAKKK LARIS’ yang digunakannya cukup terkenal dan menjadi ikutan ramai.

Tak keterlaluan dikatakan, populariti beliau persis selebriti tanahair.
Namun sesiapa yang mengikuti Instagram Dato Aliff pastinya tergamam dan terkejut melihat gambar yang baru dimuat naik hari ini.

Begitu  berani sekali, beliau berkongsi gambar mempamerkan bulu ketiaknya hingga ramai tertanya-tanya mengapa beliau berkelakuan sebegitu.

SHAH ISKANDAR / SIDANG MEDIA PROJEK KAHWIN

Rupa-rupanya menerusi kapsyen yang ditulis, beliau memberitahu bengang dengan segelintir peminat yang memperbesarkan isu mengenai gambarnya sebelum ini yang tidak sengaja menampakkan beberapa helai bulu ketiak.

SHAH ISKANDAR / SIDANG MEDIA PROJEK KAHWIN
Rupa-rupanya gambar di bawahlah puncanya…

Tengoklah, siap ada peminat yang perasan dan menegur bulu ketiak Dato Aliff walaupun hanya beberapa helai terkeluar.

Memang semua manusia ada bulu ketiak dan rasanya lelaki menyimpan bulu ketiak boleh dianggap biasa-biasa sahaja kot.

SHAH ISKANDAR / SIDANG MEDIA PROJEK KAHWIN

Alahai, Dato Alif sabarlah ye sememangnya orang-orang "terlajak" popular semua benda diperhati.

Sumber: Mynewshub .cc

Read More

Pelanggan Gabra, Potong Rambut Guna Pedang Samurai..!

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam pelbagai saiz untuk memotong rambut pelanggan yang berkunjung ke kedai untuk mendapatkan khidmat mereka.

Tapi, seorang pendandan rambut di Vietnam ni memang ‘rare’ habis apabila menggunakan pedang samurai sebagai senjata magisnya dalam mencorak gaya rambut pelanggan.

Nguyen Hoang Hung mengatakan pedang samurai yang digunakannya itu membolehkannya memotong rambut dengan cermat dan kemas, yang tidak mungkin boleh dilakukan olehnya sekiranya menggunakan gunting seperti mana pendandan lain.


Tengoklah, pelanggannya pun macam cuak je mula-mula, tapi hasilnya memang menakjubkan!

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Video: Nilai Di Sebalik Sebuah Kek Harijadi...

Kek merupakan makanan pencuci mulut paling digemari, tiada siapa mampu menolak keenakan rasa kek yang manis dan berkrim. Pendek kata semua peringkat umur sukakan juadah ini.

Ulang tahun seseorang juga kiranya tidak lengkap jika kek tidak dihidangkan. Namun kos bagi membeli kek agak mahal hingga ada individu tidak mampu membelinya.

Ini kami siarkan sebuah video yang boleh menyentuh perasaan anda.

Kisah kek hari jadi ini sarat dengan mesej yang boleh membuatkan anda menitiskan air mata.


Kesusahan dan keperitan hidup yang dilalui keluarga ini bagai disinari ‘pelangi’ apabila seseorang yang tak dikenali sanggup menghulurkan bantuan.

Ini mengingatkan kita tentang amalan memberi seikhlas mungkin tanpa mengharap sebarang balasan.

Bayangkan indahnya bantuan yang kita hulur, apabila ia mampu mengukirkan senyuman di wajah seseorang.

Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Agama Dibuang, Politik Disembah...

Politik menghalalkan segalanya?
Nampaknya, mungkin ada yang puas hati apabila rapu dan repek mereka menjadi kenyataan. Mungkin kini ada yang menyeringai senyum apabila tilikan mereka mengatakan "puaka Rosmah akan pastikan Pahang menang" telah berhasil.

Semua orang tahu skuad bola sepak Pahang menang dengan sepakan penalti 5 - 3, menewaskan skuad bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam semalam.

Berjuang hingga ke minit akhir perlawanan semalam, kedua pasukan terikat dengan jaringan 2 - 2, mengheret ke perlawanan masa tambahan, namun tiada sebarang gol dihasilkan.

Di dalam tempoh 30 minit masa tambahan, pemain-pemain JDT telah dua kali menggegar palang gol, namun bola gagal masuk ke gawang gol lawan meskipun skuad Tok Gajah hanya beraksi dengan 10 orang pemain sahaja.

Senario itu mungkin menguatkan lagi teori pihak yang meramal kemenangan Pahang semalam, kononnya ada hubung kait dengan "puaka Rosmah".

Soalnya, percayakah kita dengan rapu dan repek segelintir pihak yang sanggup mempolitikkan perlawanan akhir semalam dengan tindakan memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor?

Tapi itulah politik. Jika boleh, semua perkara mahu dikaitkan dengan politik. Kalau boleh, semua perkara negatif akan dikaitkan dengan Rosmah walaupun beliau sebenarnya tiada sebarang kaitan dengan isu atau perkara yang dikatakan itu.

Mungkin itu nasib isteri Perdana Menteri. Walau apa pun yang dibuat, dilakukan atau dilaksanakan, pasti ada pihak yang tampil menangguk di air yang keruh, cuma memburukkan imej beliau walaupun apa yang dikaitkan itu hanyalah fitnah semata-mata.

Mungkin bagi pihak pembangkang, demi politik mereka maka "dihalalkan" segalanya termasuk fitnah, tohmah mahupun terpaksa syirik kepada Allah SWT.

Berikut adalah petikan fitnah terbaru pihak politik yang lebih berkiblatkan politik berbanding agama seperti yang dimaksudkan:
"Penyokong bolasepak Pahang dan Johor JDT yang berebut-rebut membeli tiket perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil malam ini, memang bodoh. Bolasepak itu sendiri pun dah sukan bodoh, sebiji bola 22 orang berkejar, tak kah bodoh namanya?

Apa pun, penyokong Johor JDT lebih bodoh lagi kerana semua orang tahu keputusan perlawanan malam ini telah diatur lebih awal terlebih dahulu. Selain judi dan bookie, sumber menyatakan, puaka Rosmah juga menjamin Pahang akan menang dalam perlawanan tersebut.

Suami Rosmah, Najib, berasal dari Pahang.

Jangan main-main dengan puaka Rosmah, sebelum ini bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang lama menghilang diri ke luar negara, tiba-tiba mati mengejut tidak lama setelah balik semula ke negara ini.

Semua ini dikaitkan dengan puaka Rosmah yang mengganas.

Kalau diikut dari sejarah, bukan sekali ini puaka Rosmah mengganas. Banyak kejadian-kejadian pelik di negara ini sebenarnya dilakukan puaka Rosmah, kita sahaja yang tidak tahu sebab kerajaan menyembunyikan perkara ini.

Nasihat aku kepada penyokong-penyokong JDT, usahlah buang masa menonton perlawanan tersebut di stadium. Jauh perjalanan dari Johor ke Bukit Jalil, bukan sikit wang yang dikeluarkan, untuk apa? Untuk lihat Pahang membelasah JDT?

Ikut sumber yang tahu peranan puaka Rosmah dalam perlawanan malam ini, Pahang akan menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1. Puaka Rosmah dah tentukan begitu." - NegaraPakatanRakyat
Walau bagaimanapun, KedahNews.com yakin bahawa pihak pembangkang tidak akan mengaku portal pro-pembangkang itu milik mereka meskipun memang jelas sekali portal berkenaan berjuang untuk survival mereka.

Biasalah. Mana mungkin ada pihak sanggup mengaku "buang air besar tengah jalan", kan? Wallahu'alam. -KedahNews.com

Read More

Hotel "Harry Potter" Bagai Tinggal Di Hogwarts!

Populariti Harry Potter sememangnya tiada siapa boleh sangkal lagi-lagi menerusi dongeng magikal inilah mengubah keseluruhan hidup penulisnya JK Rowling kepada jutawan ternama.

Dari sebuah novel akhirnya digarap menjadi sebuah filem yang sentiasa pecah panggung dan merekodkan sejarah kutipan perfileman jelas menunjukkan ilham novelis JK Rowling sememangnya luar biasa.

Kini, pemilik sebuah hotel di London, The Georgian House mendapat idea baru bagi melariskan tempat penginapan itu dengan mengubahsuai beberapa bilik menjadi rekaan dalam seperti asrama sekolah magis Hogwarts di dalam filem Harry Potter.

hotel-harry-potter-5-1024x768 hotel-harry-potter-7 hotel-harry-potter-8

Idea ini ternyata menjadi hingga ramai pelancong ingin mencuba pengalaman yang dianggap luar biasa ini.

Unik dan menarik sungguh lihat sahaja suasana bilik tidur ini yang mempunyai katil “Muggle size”, botol posyen dan aksesori bertemakan filem terhebat itu.

rs_600x400-141027114937-1024.georgian-house-hotel-harry-potter4 hotel-harry-potter-2-600x450

Bilik bernama “Wizard Chamber” ini turut menyediakan pakej bersama “Muggle walking tour” ala-ala Harry Potter yang bermula dari London dan ke pelbagai tempat-tempat yang dijadikan ilham penulis JK Rowling.

Bagi yang berminat dan mengaku peminat setia Harry Potter pastinya tidak akan melepaskan peluang kecemasan ini lagi-lagi ianya bermula serendah RM1000 hingga ke RM2000.

Pastikan ianya tercatat menjadi salah satu destinasi menarik untuk dikunjungi suatu hari nanti!
Sumber: Mynewshub.cc

Read More

Jika pemegang minoriti MAS tolak?

#MAS4Malaysia
Selepas 29 Ogos lalu, apabila pengumuman pelan pemulihan Khazanah Nasional terhadap Malaysian Airline System Bhd., (MAS), desas-desus cerita pengambilalihan itu beransur-ansur semakin reda sehingga hari ini. Orang ramai bagaikan tidak lagi peduli, malah menyerahkan kebijaksanaan kepada Khazanah untuk mengurus masalah syarikat penerbangan negara ini.

Khazanah sudah mengumumkan 12 perkara pelan pemulihan untuk MAS. Khazanah yang memiliki 69.4% kepentingan MAS itu mengumumkan akhir Ogos lalu ia akan membeli 30.4% kepentingan dalam MAS yang belum dimilikinya, di bawah cadangan belian balik saham pada harga 27 sen sesaham, yang akan melibatkan kos berjumlah RM1.38 bilion untuk memulakan proses penstrukturan semula syarikat.

Cabang pelaburan strategik kerajaan Malaysia itu telah mengumumkan satu pelan yang radikal untuk me­­­­­­­mulihkan MAS yang memerlukan pengurangan pekerja, suntikan modal sehingga RM6 bilion dengan RM3 bilion diperuntukan kepada penubuhan sebuah syarikat baharu (Newco) untuk menjalankan perniagaan syarikat penerbangan itu, RM1.38 bilion diperuntukkan untuk membayar saham pemegang minoriti sebagai sebahagian proses dinyahsenarai MAS daripada Bursa Malaysia dan selebihnya untuk penstrukturan dan kos pemberhentian pekerja.

Langkah tersebut bertujuan mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara dalam tempoh tiga tahun dinyahsenarai.

Khamis ini, 6 November 2014 akan berlangsung mesyuarat agung luar biasa (EGM), dengan para peme- gang saham minoriti akan mengundi sama ada untuk me- nerima ataupun menolak tawaran Khazanah membeli saham mereka pada harga 27 sen.

Ada beberapa kemungkinan yang boleh kita lihat daripada keputusan mereka nanti.

Pemegang saham minoriti MAS mungkin tidak akan memperoleh apa-apa jika mereka menolak tawaran 27 sen sesaham itu. Sebelum ini pun banyak penganalisis saham mengulas isu ini. Pada mereka, lebih baik “menerimanya walaupun sukar” dan sekurang-kurangnya pemegang saham minoriti mendapat semula sebahagian daripada pelaburan itu.

Mereka kena fikirkan sekiranya MAS bukan lagi menjadi entiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pemegang saham minoriti sedia ada akan kehilangan semua pelaburan mereka.

Khazanah

Sekurang-kurangnya dengan adanya Khazanah yang ‘berkorban’ campur tangan, ia menun­juk jalan keluar daripada kemelut kerugian dan tragedi MH370 dan MH17 yang melanda MAS. Maka, pemegang saham minoriti usah terlalu kecewa ditawarkan 27 sen sesaham itu – terlalu rendah untuk mereka, tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat semula seba­hagian daripada pelaburannya.

Oleh kerana tiada mana-mana pihak yang berani berdepan dengan cabaran dan mampu untuk me­nyelamatkan MAS, maka tiada alasan kukuh lain bagi pe­megang saham minoriti untuk menolak tawaran tersebut.

Hakikat situasi MAS seka­rang yang tenat, adalah sukar untuk mereka mendapat nilai yang lebih tinggi bagi saham mereka. Pemengang saham minoriti sebenarnya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima tawaran tersebut. Jika MAS gagal dan tanpa bantuan daripada Khazanah, pemegang saham minoriti juga tidak akan mendapat apa-apa pulangan.

MAS dalam pekelilingnya bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoritinya untuk menerima harga tawaran 27 sen oleh Khazanah untuk penswastaan syarikat penerbangan itu. Tu­juannya bagi memberi laluan kepada pelan pemu­lihan MAS.

Jika tawaran ini diterima oleh pemegang minoriti, MAS akan dinyahsenaraikan dan menjadi milik penuh Kha­zanah Nasional untuk melaksanakan 12 pelan penstrukturan ke atas syarikat penerbangan negara.

MAS akan terus beroperasi dengan suntikan dana daripada Khazanah dan turut memberi faedah kepada pemegang minoritinya. Pada pandangan kasar seolah-olah hala tuju MAS terletak di bahu pemegang saham minoritinya, dan kenyataan sokongan “Ya” MAS boleh mene- ruskan pen­strukturan semula. Apa yang lebih bermakna daripada penerimaan tawaran Khazanah oleh pemegang minoriti itu nanti bukan sahaja ‘kelangsungan hidup’ MAS sebagai sebuah syarikat serta kakitangannya tetapi ia juga memberi nafas kepada beribu-ribu bumiputera yang bernaung di bawah payung MAS.

Banyak program Agenda Pemerkasaan Bumiputera melibatkan pihak MAS. Antaranya ialah memasukkan tenaga kerja bumiputera ke dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi Skim Latihan 1Malaysia. Syarikat ini juga menjalin kerjasama dengan Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra).

Jika pemegang minoriti memilih tidak menerima tawaran Khazanah nanti, bermakna program agenda pemerkasaan bumiputera berkemungkinan ter­gen­dala ataupun terbengkalai. Bukan itu sahaja, kesannya turut menjejas peranan MAS dalam membangunkan tenaga mahir dalam industri penerbangan dan perkhidmatan.

Sejak nama MAS berterbangan di serata dunia, ia menjadi pilihan juruterbang bumiputera, jurutera dan juruteknik pesawat yang dilatih di kolej tempatan untuk menabur bakti dengan berkhidmat di bawah MAS. Syarikat ini juga menjadi GLC pertama yang me­ngambil bahagian dalam program sekolah angkat PINTAR sejak Januari 2007 dan kini mengambil 23 sekolah di seluruh Malay­sia sebagai sekolah angkat.

Jadi keputusan untuk menerima tawaran itu amat-amat penting bukan sahaja kepada pemegang saham minoriti MAS tetapi juga peranan tanggungjawab sosial korporat yang dilaksanakannya selama ini. Fikirkan jika pemegang saham tolak tawaran Khazanah Khamis ini! -Utusan

Read More

Anak Curi "Handphone", Bapa Libas Dengan Kabel Brek Basikal!

Kota Bharu – Seorang bapa hilang pertimbangan apabila sanggup memukul anaknya yang berusia 12 tahun menggunakan kabel brek basikal, mencekik leher dan menendang kaki serta tangan sehingga cedera selepas mendapati anaknya itu mencuri telefon bimbit sepupunya dalam kejadian di Pasir Hor, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa luka dan lebam di belakang badan, kaki serta tangan sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, oleh neneknya untuk dirawat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 38 tahun membawa anak ke rumah sepupunya untuk menyerahkan kembali telefon bimbit dicuri.

Katanya, sebaik mangsa menyerahkan telefon bimbit itu, bapanya mengambil kabel brek basikal di bawah rumah dan memukul mangsa.

“Mangsa dibawa pulang ke rumahnya sebelum sekali lagi dipukul dengan kabel berkenaan, dicekik leher dan ditendang kaki serta tangan. – myMetro

Read More

Tak Senonoh! Go Girl – Alat Wanita Untuk Kencing Berdiri

Tak tahulah sama ada wanita di negara ini akan menerima atau meluat dengan ciptaan yang dinamakan sebagai Go Girl yang dilancarkan di Amerika Syarikat sejak 2009.

Ia bertujuan memudahkan wanita untuk kencing sambil berdiri yakni satu ‘kelebihan’ yang selama ini hanya dimiliki oleh kaum lelaki.


Pengeluar produk berkenaan mendakwa, Go Girl sesuai untuk wanita yang melakukan aktiviti lasak seperti memanjat gunung atau berkhemah di luar.

Ia juga sesuai digunakan di tandas yang mungkin terlalu kotor dan wanita tak lalu hendak duduk, dakwa pengeluar berkenaan.

Bersaiz kecil, alat berkenaan dikatakan mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh diletakan dalam poket sekali pun. Ia boleh dibasuh dan digunakan semula.

Antara kelebihan Go Girl menurut pengeluarnya ialah pengguna hanya perlu membuka zip seluar sahaja (tak pakai seluar dalam kot) berbanding keperluan menanggalkan seluruh seluar.
go girl 2

Harga dalam talian bagi produk itu bermula dari harga 13 Dollar AS satu.

Read More
Newer Posts Older Posts Home