"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Thursday, 17 July 2014

Kita Semua Akan Ke Sana, Itu Pasti..!

Dari Abu Sa'id ra katanya: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke tempat solatnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa. Baginda SAW pun menegur mereka dengan bersabda:
Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat.”

Maka apabila hamba Allah SWT yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya:
“Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau – kepada ku – sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu. Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan berasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam syurga itu).

Kubur mengepit

Dan sebaliknya apabila orang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya:
“Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau – kepada ku – adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu.”
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi:
“Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang rusuknya.”
Kata perawi hadis ini: Nabi Muhammad SAW (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda SAW) memasukkan jari-jari sebelah tangannya di celah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda SAW bersabda lagi:
“Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun daripada tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan melukakannya sehingga dia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)”. 
Kata perawi hadis ini: Nabi SAW bersabda lagi:
“Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung neraka.”


Sumber: Berita Harian

Read More

Era FM Dikecam Jemput Kiki Ke Konti


Tindakan radio Era FM menjemput Siti Fairrah Ashyikin Kamarudin atau Kiki yang mengamuk sakan terhadap seorang lelaki warga emas setelah keretanya dilanggar telah mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Jemputan itu sebenarnya bertujuan untuk memberi peluang kepada Kiki memohon maaf secara terbuka khususnya kepada warga emas dikenali sebagai Uncle Sim dan semua rakyat Malaysia yang jelas marah dengan kebiadapannya semasa insiden kemalangan itu berlaku baru-baru ini.

Niat murni Era FM terhadap Kiki mendapat perhatian para pengguna media sosial yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan stesen radio berkenaan.

kiki (1)

Di sini KedahNews.com ingin kongsikan beberapa komen yang diterima menerusi laman Facebook(FB) rasmi ‘Era FM & Era FM’ :

kiki 2


kiki 3


Sumber dari Era FM berkata, pihak mereka telah menjemput Uncle Sim untuk berada bersama Kiki tetapi dia tidak dapat hadir kerana menetap di Kuantan dan mempunyai urusan di balai polis.

 Oleh sebab itu, mereka telah menghubungi Uncle Sim bagi membolehkan Kiki bercakap dengannya sendiri bagi memohon maaf secara terbuka atas perbuatannya dalam insiden kemalangan itu.

Kebanyakkan pengguna FB beranggapan ini adalah satu tindakan yang semata-mata mahu mencari publisiti untuk Kiki.

Era FM juga dikecam hebat kerana pihak mereka dikatakan mungkin telah dibayar oleh wanita itu bagi mengadakan temuramah khas bagi membersihkan nama baik Kiki.

Adakah benar dakwaan ini?

Bagi KedahNews.com, seandainya benar tindakan ini adalah untuk memulihkan kembali hubungan antara Kiki dan Uncle Sim, ia adalah satu tindakan yang positif di samping dapat membuka mata orang ramai yang marah terhadap tindakannya agar dapat menerimanya kembali sebagai sebahagian ‘rakyat’ Malaysia.

Di sini KedahNews.com kongsikan permohonan maaf Kiki yang telah dimuatnaik dalam Youtube.-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

"Siti Nurhaliza" Kutuk Rakyat Palestin?


Betul ke Datuk Siti Nurhaliza mengambil kesempatan mengutuk rakyat Palestin di saat mereka kini sedang bertarung nyawa menentang kekejaman rejim zionis Israel?

Rupa-rupanya memang terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyamar menggunakan nama Siti Nurhaliza di laman Facebook dan berkongsi status yang menghina dan mengutuk rakyat Palestin.

Mengulas mengenai perkara memalukan itu, Siti menjelaskan di laman Instagram peribadinya,  bahawa dia mengecam serta tidak akan menghalalkan tindakan individu terbabit.

“Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

“Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini,” katanya.

Antara kata-kata hinaan tersebut yang ditulis individu yang menyamar sebagai Siti itu berbunyi, “nasib kaulah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli. Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut”.

siti

Hai, siapalah yang tak berhati perut ni, penulis sifatkan orang macam ini seorang pengecut yang hanya berani dan lantang di papan kekunci sahaja!

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Sahabat Baik Bongkar Cerita Tipu #RozanaMisbun?


BARU semalam temubual eksklusif bersama Rozana Misbun, 36, disiarkan menerusi mStar Online yang menceritakan penderitaannya kerana dihalang untuk berjumpa dengan tiga anak kandungnya oleh suaminya, Awie, 46.

Ia merupakan rentetan kepada dakwaan penyanyi itu telah menyerang isterinya sehingga mendatangkan kecederaan teruk pada awal bulan lalu.

kes-awie-pukul2

Bagaimanapun, hari ini heboh pula mengenai pendedahan terbaru oleh seorang pengguna Instagram yang juga kawan baik Rozana  yang menceritakan mengenai punca sebenar kejadian itu dari sisi lain.

Menerusi Instagramnya, ‘mygothsoul’, beberapa ‘screenshot’ perbualan serta status telah dimuatnaik yang menunjukkan Rozana cuba menipu pihak media mengenai kes itu.


Kawan Baik Dedahkan 'Penipuan' Rozana Misbun Di Instagram!


Menurutnya, isteri penyanyi itu sengaja membuat laporan polis mengenai kecederaannya itu bagi menutup isu menutup isu ‘curi duit’ Awie yang berjumlah ratusan ribu yang heboh sebelum ini.

“Re-post Ada org kata, saya buat polis report sebab saya trauma lah, takut nyawa terancam lah, sebab kena pukul…… Nah saya bagi, sebab sebenar kenapa Hmmmm buat polis report. Tujuan Utama Adalah untuk menutup issue tentang wang ringgit. Theory atau pandangan. Saya kenapa buat polis report ialah ……Dengan buat polis report dia boleh create simpati Dan yang paling penting Kalau dia tak payah bayar duit tu balik, dia Akan drop the charges…… Ini yang korang sibuk nak support ?
“Dia memang ada niat jahat. Esok saya nak post chat tentang macamana org yang kata dalam kesakitan yang amat sangat tu bersembang dan boleh keluar jalan jalan dan Kalau gambar yang tersiar tu gambar yang diedit. Katanya dia Tak tahu siapa ambik gambar konon…., dah sah sah u posing for THE pic. Tak faham kenapa nak buat semua ni menambah keruh.
“Tak cukup ke You took all THE Money? Tak cukup ke You maki maki anak anak and tidak menjaga kebajikkan mereka. Kebajikkan anak anak bukan setakat bagi makan and hantar sekolah…… You nak bina hidup baru go ahead. Tak payah nak heret anak anak ke mahkamah and polis. Sudah sudah lah hidup menipu and menyusahkan org.
“Awalnya dulu Awie tak buat repot sebab You ask him to forgive You and bagi You waktu untuk memperbaiki. Tapi rupanya dalam diam You buat plan jahat. You kena kan dia. Betul dia Salah……. Tapi tak sebesar Salah Rozana . Pada yang melihat, Tolong JGN sekadar mmembela dia di pukul. Kenapa tak de org pun yang marah Dan maki dia sebab memperhabiskan wang anak anaknya. Macam ni ke seorang ibu. Saya yakin disaat Ini dia Pasti Sudah pulih Dan cantik seperti biasa. Tapi duit anak anak 250k bukan senang nAk dapat balik. JGN ingat semua org kaya .
“Kita tak tahu perih org mengumpul duit tu. So pada semua berlaku adil lah sehingga anda tahu kebenaran. JGN hentak satu pihak. Macam kami yang tahu kisah sebenar, kami bukan menyokong sesiapa tapi hanya mennyatakan apa yang benar. #meniputahapdewa #rozanamisbun #awie #bayarhutangwoinakraya #nakpakaibrandedtapikokak”
Pada masa yang sama, dia turut mendedahkan sikap Rozana yang dikatakan suka membeli-belah barangan berjenama.

Kawan Baik Dedahkan 'Penipuan' Rozana Misbun Di Instagram!


‘Mygothsoul’ turut berkongsi ‘screenshot’ komen anak Awie, Puteri Aleeya Antasha, 14, yang dilihat seolah-olah memerli video kenyataan Rozana mengenai nasib dirinya sebelum ini.


rozana 3

“Ini Adalah comment Dari Dan capture dari pada video and statement yang Rozana misbun buat semalam. Sila Lihat comment Dari anak Awie aleeya. “Siapa director ni?” Tidak Kah Ini satu statement yang jelas Dan terang bagai mana dia menjaga anak anak? Lagi nAk cakap dia ibu yang baik segala..,,,, hubungan dia dengan anak anak arni baik Sahaja?
 “Oh come on Rozana. NAk menipu pun agak agak. JGN ingat you boleh suruh kita orang menipu untuk you lagi….. Semua orang tahu betapa kuat you drama….. Airmata simpan lah…… But again Kalau tengok video dia anda Akan perasan mana Ada airmata keluar…. Hati batu and pura pura.. #bercakappakaiotak #sudahsudahlahmenipu #rozanamisbun #awie #adaakukisah #meniputahapdewa”
Fuh, semakin rumit nampaknya kes ini!

Apapun, kami sendiri tidak berani mengesahkan kesahihan kenyataan tersebut.

Cara terbaik, tunggu sahaja keputusan daripada pihak mahkamah selepas ini.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Maksud 'Paksaan' Dalam Agama Islam


Banyak kekeliruan ditimbulkan sama ada secara sengaja atau tidak, mengenai persoalan tiada paksaan dalam agama. Masalah ini berlaku apabila mereka yang tiada kefahaman memandai-mandai berbicara mengenai agama hingga menimbulkan pelbagai salah faham kepada masyarakat awam.

Golongan liberal yang mendokong fahaman pluralisme gemar memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 256, yang bermaksud “tiada paksaan dalam agama.” Ayat itu dijadikan hujah agama tidak boleh dipaksakan ke atas sesiapa.

Ayat ini menurut mereka memberi erti bahawa sesiapapun boleh memilih untuk menganuti mana-mana agama ataupun menukar agama dengan sesuka hati. Oleh itu, mereka berpandangan, tidak sepatutnya wujud undang-undang khusus yang menghalang orang Islam murtad atau berkahwin dengan pasangan berlainan agama.

Orang Islam di negara ini, dalam erti kata lain dinafikan kebebasan mereka dalam soal beragama, sedangkan hak itu dijamin dalam ayat di atas. Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh ayat ini? 

Terdapat tiga persoalan yang perlu dihuraikan iaitu agama, paksaan dan kebebasan.

Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, menjelaskan ayat itu bukan saja bererti kita tidak boleh memaksakan agama ke atas orang lain bahkan ke atas diri sendiri pun tidak seharusnya ada paksaan kerana agama seharusnya diamalkan dengan sukarela, sungguh hati, tanpa rasa enggan dan benci.

Beliau menghuraikan dengan lebih lanjut bahawa ‘agama’ yang antara lain memberi erti ‘penyerahan’ memungkinkan dua jenis penyerahan yang dibuat secara rela dan yang dibuat secara terpaksa atau enggan.

Ayat di atas menegaskan bahawa Allah tidak menerima penyerahan yang dibuat secara terpaksa atau dibenci.

Walaupun semua agama pada dasarnya mendakwa melakukan penyerahan diri, akan tetapi haruslah kita ingat tidak semuanya melakukannya menurut cara dan kaedah yang dikehendaki Allah.

Di sinilah terletaknya perbezaan paling asasi antara agama Islam dengan agama lain. Islam mendakwa hanya dialah satu-satunya penyerahan yang dimaksudkan manakala agama lain adalah penyerahan yang terpaksa kerana tidak mahu mentaati perintah Allah disampaikan RasulNya. Penyerahan sebegini tidak diterima oleh Allah selama-lamanya.

Jika kita selidiki dan perhatikan, sebahagian daripada apa yang dinamakan agama hanyalah kumpulan ajaran pendeta dan bijak pandai yang lebih layak digelar falsafah, tidak berpandukan kepada ajaran rasul utusan Allah.

Sebahagian lain seperti yang ditunjukkan agama Ahli Kitab, adalah campur aduk antara ajaran rasul terdahulu dengan adat resam, gubahan kaum dan bangsa manusia yang dinamakan kebudayaan.

Kedua-dua bentuk agama tidak boleh dinamakan agama dengan erti kata penyerahan yang rela tanpa paksaan kerana penganut agama berkenaan sebenarnya tidak menyerah diri kepada kehendak Allah sebaliknya mereka mencipta penyerahan tanpa mendapat perakuan dan pengesahan Allah.

Penyerahan sedemikian yang dimaksudkan dengan penyerahan yang terpaksa atau kekufuran disebabkan keengganan menerima kebenaran setelah mengetahuinya sebagai kebenaran.

Maka paksaan yang dimaksudkan dalam ayat ini hanya berlaku kepada penganut agama lain. Paksaan tidak berlaku kepada penganut agama Islam kerana telah nyata ilmu mengenai kebenaran dan kebaikannya berbanding agama lain.

Dengan sebab itu asas kepada akidah Islam adalah ilmu. Setiap Muslim tidak kira lelaki mahupun perempuan diwajibkan menuntut ilmu atas pegangan bahawa manusia berupaya mencapai ilmu mengenai hakikat sesuatu dan berupaya membezakan kebenaran daripada kebatilan.

Pendukung fahaman pluralisme tentu saja akan membantah kenyataan ini kerana mereka sememangnya mengingkari kemutlakan ilmu dan kebenaran. Penafian terhadap kebenaran Islam tidak mungkin dilakukan tanpa terlebih dulu menafikan asasnya, yakni ilmu.

Justeru, kaum pluralis mengajar terdapat lebih daripada satu kebenaran mengenai sesuatu perkara, iaitu mereka mengisbatkan berbilang-bilang kebenaran dan setiap satu adalah sama sah serta sama benar dengan yang lain.

Apabila dikenakan kepada agama, pluralisme menganjurkan agama yang berbagai itu dianggap sama benar, sama tidak lengkap secara bersendirian dan oleh itu masing-masing saling memerlukan demi melengkapi satu sama lain.

Andaian kaum pluralis bahawa agama itu semuanya adalah ciptaan manusia dan oleh itu tiada agama yang lebih baik atau lebih benar daripada yang lain.

Sudah tentu kita membantah tanggapan ini kerana ia tanggapan yang salah datang daripada kejahilan. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain kerana menyamaratakan agama Islam dengan agama lain hanya menunjukkan kejahilan orang yang melakukannya.


Sumber: Berita Harian

Read More

Bekerja Dengan Suka Hati Bukan Kerja Ikut Suka!!!


Kerja bersistem jamin kelancaran urusan, elak salah guna kuasa dan penyelewengan.

Setiap majikan dan pekerja pasti inginkan yang terbaik daripada apa yang diusahakan sepanjang kerja seharian. Semakin baik usaha dilakukan, secara fitrahnya semakin baiklah penghasilannya. Usaha yang dianggap baik itu pula hendaklah selaras dengan sistem kerja yang digariskan.

Tidak dapat dinafikan, setiap individu, mempunyai cara, pemikiran, pendekatan dan kehendak masing-masing yang kadangkala berbeza dalam melakukan tugasan, mendepani isu serta membuat keputusan.

Justeru, untuk mencapai hasil kerja yang baik, bukan sekadar faktor persekitaran kerja yang kondusif dan menyeronokkan tetapi juga ditentukan faktor pematuhan dan pemantauan sistem kerja berasaskan prosedur serta peraturan bersesuaian dan mesra pekerja-pelanggan.

Walaupun biasanya sifat semula jadi manusia lebih cenderung kepada yang mudah dan tanpa kongkongan peraturan, undang-undang, dasar dan proses kerja, namun sistem kerja ini yang akan memelihara hak pekerja agar tidak diabai, dieksploitasi atau dicerobohi.

Ia juga menjamin kelancaran proses kerja, mengelakkan birokrasi serta menghasilkan kerja berintegiti dan berkualiti serta mengelakkan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ajaran Islam amat menekankan aspek amalan berteraskan hukum sama ada wajib, sunat, haram, harus atau makruh. Semua ini melambangkan sistem, kaedah, peraturan dan panduan sama ada yang umum mahupun khusus dalam segenap aspek kehidupan.

Contohnya dalam mengerjakan solat, umat Islam ditentukan kaedah dan peraturannya melalui rukun dan syarat sah solat. Seperti kaedah berwuduk, jenis airnya, jumlah rakaat, bacaan dalam solat, niat, arah kiblat, waktu serta perkara yang boleh membatalkan solat itu.

Semua ini jika diteliti dan dihayati adalah satu bentuk sistem beramal yang sangat istimewa daripada Allah SWT. Walaupun jika diikutkan rasa hati manusia itu lebih suka untuk mengikut cara sendiri, namun sebagai bukti ketaatan, kesyukuran dan matlamat untuk mencapai kesempurnaan iman dan amal serta membentuk kecemerlangan peribadi, maka setiap ibadat yang utama itu, Allah memerintahkan hukumnya wajib dilaksanakan.

Tujuan disyariatkan itu termasuklah untuk melahirkan insan ikhlas, bersih hati dan fizikal, sihat, memiliki daya tumpuan tinggi dan berdisiplin.

Begitulah halnya dalam memahami pelaksanaan sistem kerja berpandukan prosedur, panduan dan peraturan. Ia diwujudkan untuk mencapai kejayaan (al-falah) dan kebaikan (al-khair) serta gesaan ke arah penguatkuasakan kebaikan dan menghindari segala bentuk keburukan untuk mewujudkan kualiti kerja dan integriti pekerja.

Firman Allah SWT bermaksud: 
“Dan hendaklah ada di antara kamu kelompok yang menyeru manusia kepada kebajikan dan yang menyuruh manusia berbuat segala perkara baik serta melarang manusia daripada segala perkara buruk. Dan manusia yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya.” – (al-Imran: 104)
Untuk tujuan itulah, maka Nabi serta sahabat sentiasa memantau urusan umatnya supaya menjadi peniaga atau pekerja jujur dan amanah termasuk dalam hal sukatan dan timbangan.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pada satu ketika berjalan melalui satu longgokan makanan (di pasar), lalu Baginda Rasulullah SAW memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu, jari Baginda SAW tersentuh sesuatu yang basah lantas Rasulullah SAW bertanya kepada penjual berkenaan: “Apakah semua ini?” Jawab penjual itu: “Makanan ini terkena hujan.” Nabi Muhammad SAW bersabda: “Kenapa engkau tidak meletakkannya di atas supaya dapat dilihat oleh orang ramai, Baginda SAW menyambung lagi: Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalangan kami.” – (Riwayat al-Tirmizi)

Selain itu, Rasulullah SAW dalam hadis Baginda diriwayatkan Muslim memberi tiga panduan asas kaedah bagi menguatkuasakan sistem pemantauan kerja iaitu kaedah mengubah dengan tangan. Kaedah ini boleh melambangkan maksud penggunaan kuasa terutama pihak berkuasa.

Kedua, jika tidak berkemampuan maka hendaklah mengubah dengan lisan. Ia boleh membawa maksud menggunakan kaedah seperti berdakwah, nasihat, memberikan pandangan, teguran, amaran dan pujukan.

Ketiga, jika tidak berkemampuan hendaklah menolak sesuatu keburukan dengan hati. Ia boleh membawa maksud kebencian, kemarahan dalam hati terhadap sesuatu yang dibenci oleh Allah dan Rasul. Maka kaedah itu adalah selemah-lemah iman.

Justeru, bagi merealisasikan kerja yang mengikut sistem, maka jika ada peraturan dan prosedur kerja yang rumit dan panjang, perlu dipermudahkan, yang kurang jelas perlu diperjelaskan, yang sudah tidak sesuai, diperbaiki; yang tidak diperlukan, dihapuskan atau dinilai semula untuk menjamin kerja yang berkualiti.

Pendek kata, bekerja mengikut sistem adalah bekerja dengan suka hati dan bukan bekerja ikut suka kerana bekerja ikut suka boleh membawa kepada mengikut kemahuan dan kepentingan diri semata-mata, kejayaan jangka pendek serta bahaya terjerumus dalam penipuan, penyelewengan, rasuah dan bekerja tanpa kualiti seperti kecuaian dan kelewatan.

Justeru, peraturan dan prosedur jelas, mudah difahami dan mampu diamalkan boleh membuat pekerja bekerja dengan senang hati, memudahkan serta memelihara akhlak diri. Sistem juga dapat merealisasikan hasrat majikan dan menterjemahkan aspirasi organisasi. Justeru, marilah kita jadikan kerja bersistem sebagai budaya.

Sumber: Berita Harian

Nota Kaki: Tapi ramai di kalangan kita yang hanya "cakap saja pandai" tapi tidak melaksanakan apa yang disepatutnya. Kalau kerja-kerja asas pun tidak dibuat, apatah lagi kerja-kerja sampingan lain, bukan? Tepuk dada tanya selera, mahukah terus makan gaji buta dan beri makan anak isteri dari hasil tersebut? Wallahu'alam. - Editor 

Read More

Lagu "Al- Qassam" - Hijjaz Bakar Semangat Mujahid Gaza


PETALING JAYA – Kumpulan Nasyid Hijjaz menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang agenda atau terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas yang berhubung kait dengan jihad apabila menerbitkan klip video terbaharu berjudul Al-Qassam.

Penyanyi utamanya Munif Ahmad berkata, lagu tentang peperangan itu adalah sebagai memberi semangat kepada penduduk Gaza yang kini berhadapan dengan serangan Israel dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat negara ini.

“Kami tidak terlibat atau menyokong mana-mana perjuangan pengganas atau jihad, Al-Qassam merupakan barisan tentera Islam yang mempertahankan negara mereka di sana.

“Ada segelintir masyarakat yang tidak faham tentang perkara itu dan menganggap tentera Al-Qassam sebagai pengganas. Sebenarnya, kami ada buat kajian tentang perkara ini dan mendapati bukan senang untuk menyertai tentera yang benar-benar berjuang di jalan Allah,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Munif berkata demikian ketika diminta mengulas tentang lagu terbaharu mereka berjudul Al-Qassam yang didakwa segelintir pihak sebagai menyokong pengganas.

Bagaimanapun, pada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan klip video yang mendapat perhatian sejak ia dilancarkan beberapa hari lalu itu hanya berunsur keagamaan.

Klip video yang berdurasi selama 5.35 minit itu juga disiarkan berulang kali di stesen televisyen di Gaza sebagai memberi semangat kepada pejuang-pejuang serta penduduk Palestin.

Video tersebut juga mencapai hampir 50 ribu penonton di YouTube sejak ia disiarkan empat hari lalu.

Sementara itu, Munif berkata, ada beberapa pihak turut mempersoalkan pemakaian uniform dalam klip video tersebut menyerupai sesebuah angkatan tentera.

Katanya, ia sebenarnya merupakan baju yang ditaja oleh pihak permainan paint ball dan bukannya pakaian rasmi mana-mana pasukan keselamatan.

“Kami tidak pakai baju tentera atau pinjam daripada mana-mana organisasi kententeraan, ia hanya baju permainan paint ball, ini kerana kami menjalankan penggambaran klip video itu juga di lokasi permainan paint ball.

“Kami pakai baju itu kerana ia bersesuaian dengan konsep lagu ini, tak kan pula kami nak pakai jubah untuk lagu berunsur peperangan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, sejak populariti lagu ini meningkat secara mendadak, laman sosial Facebook dan YouTube kumpulan Hijjaz turut dihujani dengan pelbagai komen termasuk daripada penduduk Gaza.

Jelasnya, ramai masyarakat luar negara yang memberi komen positif dan mengucapkan rasa terima kasih kerana memberi sokongan kepada mereka.

“Kami tidak sangka lagu ini menjadi viral dan disiarkan di sana, saya bersyukur jika lagu ini dapat memberi sedikit semangat kepada mereka untuk meneruskan hidup dalam memperjuangkan bumi Gaza.

“Beberapa hari ini banyak komen-komen daripada luar negara di Facebook dan Youtube mengucapkan rasa terharu dan terima kasih mereka,” katanya.

Lagu asalnya berjudul Briged al-Qassam dinyanyikan oleh Firqat aL-Wa3ed yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Sumber: mStar Online

Read More

Pakar Ekonomi Tegur MASEU Betulkan Sikap Untuk Pulihkan MAS #SelamatkanMAS

KUALA LUMPUR - Dua pakar ekonomi menasihati pekerja-pekerja Malaysia Airlines (MAS) supaya memperbetulkan keutamaan mereka untuk membolehkan syarikat penerbangan nasional itu berjaya mengharungi tempoh yang mencabar ini.

Dr Yeah Kim Leng, Dekan Sekolah Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia yang juga mantan Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, berkata tuntutan kesatuan-kesatuan supaya eksekutif pengurusan tertinggi syarikat itu meletakkan jawatan merupakan satu gangguan dan boleh menjejaskan sebarang cadangan rancangan penyusunan semula.

"Pertama, soal ini tidak harus dipolitikkan dan dibuat sebagai keputusan komersial semata-mata. Jadi, semakin kurangnya campur tangan politik, semakin kurangnya pertimbangan politik, semakin baik bagi MAS dalam melaksanakan rancangan penyusunan semula yang lebih baik dan berdaya maju dari segi komersial," tegasnya.

Sementara itu, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin dari Universiti Utara Malaysia berkata tiada gunanya kesatuan-kesatuan sekerja itu menuntut untuk menemui Perdana Menteri tanpa sebarang rancangan konkrit untuk memulihkan syarikat penerbangan yang mempunyai kakitangan yang berlebihan itu.

Katanya beliau tidak faham apakah peranan yang dimainkan oleh kesatuan-kesatuan ini dalam keadaan syarikat menghadapi masalah kewangan yang berat, kerana daripada apa yang mereka tonjolkan, mereka seolah-olah bukan 'musuh' tetapi bukan juga 'kawan'.

Kata beliau semasa Japan Airlines (JAL) menghadapi masalah kewangan seperti MAS, para pekerjanya berdiri teguh di belakang pihak pengurusan dan hasilnya ia muncul lebih kukuh dan lebih menguntungkan.

Dr Amir Hussin berkata aktivisme dan permintaan yang tidak munasabah semasa pasaran kereta lemah, adalah sebab-sebab utama General Motors (GM), syarikat pembuat kereta yang berusia 100 tahun dan pada suatu ketika dahulu merupakan pembuat kereta terbesar di dunia, menjadi muflis pada tahun 2008.

Beliau juga menyebut apa yang berlaku kepada Delta Airlines, satu lagi syarikat Amerika, sebagai pengajaran yang harus dijadikan iktibar oleh kesatuan-kesatuan gabungan MAS.

Di saat Delta Airlines tenat seperti MAS, inisiatif pertamanya diambil oleh pekerjanya, termasuk juru terbang, yang merelakan gaji mereka dipotong, dengan gaji CEOnya dikurangkan sebanyak 35 peratus, katanya.

"Ini sepatutnya menjadi langkah sementara sehingga syarikat itu dapat mengatasi masalahnya, tetapi tenaga kerjanya terus sanggup menerima gaji yang kurang, asalkan mereka dapat mengekalkan pekerjaan masing-masing. Dan sejak 2006, Delta Airlines menjadi semakin kukuh dan meraih keuntungan yang lebih tinggi," kata Amir Hussin.

"Jadi, jika kesatuan-kesatuan sekerja MAS yang berhasrat menemui Perdana Menteri itu sanggup gaji mereka dipotong dan melepaskan bonus mereka selama lima tahun akan datang, saya rasa Perdana Menteri akan berbesar hati menemui mereka.

Jika tidak, lupakan sahaja, tiada apa pun yang akan selesai.

"Tanpa pekerja dan pengurusan mencapai kata sepakat, mungkin inilah kali terakhir kita perlu bercakap tentang MAS," tegas beliau. -Bernama

Read More

Percayalah, Anwar Tiada Kena Mengena Dengan Nur Misuari...


Terpampang di dada-dada akhbar yang menyiarkan kenyataan pihak anggota keselamatan negara yang mengesahkan serangan gerila di Sabah mempunyai hubung kait dengan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari, yang dilabel sebagai pengganas.

Nur Misuari yang dianggap di antara pengganas militan paling dikehendaki ekoran beberapa insiden keganasan bersenjata yang dilakukan warga Filipina itu disahkan terlibat dalam insiden penculikan dan pencerobohan terbaru yang berlaku di Pulau Mabul.


Dia juga dikatakan menjadi dalang di sebalik kejadian pencerobohan berdarah di Lahad Datu sebelum ini ekoran mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III yang disifatkan sebagai salah satu "buah catur"nya.

Selain itu, KedahNews.com mendapati Nur Misuari juga turut dikatakan mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin nombor satu pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh beberapa pihak di negara ini.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik sebelum ini menunjukkan pertemuan di antara Anwar dan Misuari dalam keadaan sangat mesra.

Gambar yang telah "diedit"?
Anwar dalam perjalanan bertemu Misuari pada 17 February 2012?
Bagaimanapun, KedahNews.com menjangka gambar-gambar berdiskripsi itu adalah sekadar gambar-gambar "photoshop" yang sengaja dibuat-buat bagi "mengenakan" Anwar.

Lagipun, mana mungkin Anwar rapat dengan pengganas seperti Nur Misuari, bukan?

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa bekas bossnya itu banyak membantu Nur Misuari terutama dalam isu-isu yang membabitkan selatan Filipina.

"Bagi saya Anwar dan Nur Misuari kini saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat masing-masing.

"Nur Misuari masih menyimpan dendam kesumat terhadap Malaysia kerana menangkap dan menyerahkannya kepada Filipina pada 2002.

"Anwar pula mahu memporak-perandakan Malaysia supaya rakyat benci kepada kerajaan. Kedua-duanya mempunyai misi tertentu," katanya yang dipetik dari media arus perdana sebelum ini melaporkan tentang hubungan Anwar - Misuari.

Tolonglah jangan kaitkan Anwar dengan Misuari. KedahNews.com "yakin", Anwar memang tidak rapat dengan Misuari. Mungkin mereka hanya kenal "begitu-begitu" sahaja. - KedahNews.com



Read More

"Dia Yang Minta Cerai" - Ezany


PETALING JAYA – Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

“Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Ezany dan Lizda akhirnya bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.

Pada Selasa lalu, Ezany yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: “It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita.”

Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.

“Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.

“Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai.

“Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami,” katanya.


Sumber : mStar Online

Read More

Peugeot CDM25: Pun Salah BN Juga..? #SemuaSalahBN?


KedahNews.my turut sependapat dengan ramai pihak yang melihat ketidakwajaran berlaku dalam insiden pemilik kenderaan Peugeot CDM 25, Siti Farriah yang gagal mengawal diri mengamuk pada uncle Sim Siak Hong.

Dalam insiden itu, Siti Farriah atau Kiki gagal menahan nafsunya amarahnya apabila selamba memaki hamun, mengetuk kenderaan uncle Siak Hong dan menuntut gantirugi RM2,000 darinya.

Mungkin Kiki sudah sedar, meminta maaf dan mengaku salah dalam insiden tersebut, namun bak kata pepatah Melayu, "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".

Semoga Kiki mendapat pengajaran atas sikapnya itu.

Lagipun, uncle Siak Hong pun enggan memanjangkan cerita dan dilaporkan telah memaafkan Kiki atas ketelanjurannya itu. Tahniah pada uncle!

Peliknya, ada pula yang cuba berfikiran singkat dan mengambil kesempatan mempolitikkan insiden yang sememangnya tiada kena mengena dengan politik itu.

Antara yang terbaharu, penyokong Pakatan Rakyat (PR) telah memuat naik gambar gadis tersebut, Kiki dikatakan penyokong parti Barisan Nasional dan mengaitkan tindakan biadapnya itu ada kaitan dengan fahaman politik yang disokongnya.

KedahNews.com melihat tindakan ini sebagai "politik murahan" yang hanya diamalkan oleh pihak yang lemah IQ, kurang modal, terhad intelektual dan berfikiran sangat sempit.

Maaf cakaplah, rasionalnya, adab dan tingkah laku mulia seseorang itu bukanlah berdasarkan kepada parti politik yang disokongnya sebaliknya berbalik kepada individu itu sendiri.

Perbuatan biadap dan kasar wanita ini tidak seharusnya dikaitkan dengan mana-mana kepentingan parti politik pun sama ada BN, PAS, PKR mahupun DAP kerana ia jelas tiada kena mengena dengan politik.

Takkanlah semua perkara wajar dilibatkan politik? Takkanlah nyamuk gigit kita dalam rumah pun mahu dipolitikkan dan menyalahkan BN, PAS, PKR atau DAP? Realistiklah sedikit..

Akhlak seseorang individu itu sendiri bergantung kepada didikan serta ajaran yang telah diterapkan sendiri olehnya sejak dari kecil lagi.

KedahNews.com menyarankan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya di Kedah supaya menolak 100 peratus tindakan pihak yang mempolitikkan insiden CDM 25 itu kerana minda dan akal kita tidak serendah itu, bukan?

Kalau tak dapat hormati bulan-bulan Islam lain, sekurang-kurangnya hormatilah bulan Ramadhan...-KedahNews.com

Read More

Krisis MB Selangor: Khalid Tegas Takkan Serah Pada Sesiapa Hingga Akhir Penggal

PETALING JAYA - Tanpa menghiraukan tekanan supaya berundur daripada kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

"Saya dah nyatakan yang akan kekal hingga habis penggal.

"Sebagaimana yang saya janjikan, saya ambil tanggungjawab ini untuk tadbir Selangor sampai PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang," katanya pada sidang media di Shah Alam pada Rabu.

Ketegasan Abdul Khalid dalam isu disampaikan selepas beliau menerima tekanan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk pemimpin partinya sendiri supaya menggosongkan kerusi Menteri Besar.

Malah sebelum ini timbul khabar angin bahawa Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) turut merancang komplot untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.
Sumber: Mstar

Read More

Hasan Malek Jawab Isu Fitnah Pinjama Bank Rakyat


BERKENAAN ISU PINJAMAN BERKALA BANK RAKYAT

Sebelum ini saya diminta dan dinasihatkan oleh Bank untuk tidak memberi komen mengenai perkara ini kerana terikat dengan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.

Namun memandangkan perkara ini sudah menjadi hebahan umum saya terpanggil untuk menjawab bagi menerangkan perkara sebenar dan menghentikan spekulasi dan tohmahan yang diasah menjadi modal politik pihak tertentu.

Saya ingin menjelaskan
  • Pinjaman yang disebutkan itu bukanlah satu pinjaman tanpa faedah atau pinjaman percuma yang diberikan atau diluluskan oleh saya kepada individu tertentu.
  • Ianya adalah pinjaman lama yang telah diluluskan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai seorang Menteri.
  •  Jumlah 32 Juta yang dinyatakan adalah jumlah baki pinjaman (bukan pinjaman baru) dari jumlah pinjaman asal yang termasuk cas keuntungan dan kos pentabiran yang lain.  
  •  Pinjaman ini diklasifikasikan sebagai ‘Non Performing Loan’ maka pihak pengurusan mempunyai tanggungjawab kepada pemegang saham untuk mendapatkan sebanyak mungkin baki pinjaman untuk mengelakkan ataupun mengurangkan kerugian dengan sebaik mungkin.
  •  Semua keputusan adalah dibuat adalah berdasarkan nasihat dan pandangan yang diterima oleh pihak pengurusan.
  • Penstrukturan adalah amalan biasa dalam industri perbankan dan tiada apa-apa yang luar biasa dalam penstrukturan pinjaman ini juga
    PINJAMAN TIDAK BERBAYAR “NON PERFORMING LOAN”

    Terdapat dua pilihan iaitu untuk tindakan mahkamah atau penstrukturan pembayaran.

    Sebelum pihak bank membuat tindakan mahkamah beberapa perkara perlu diteliti iaitu –
  •  Adakah jumlah cagaran selepas lelongan dan pembubaran semua asset-aset syarikat mampu memberikan pulangan terbaik kepada bank?
  •  Apakah jumlah kos tambahan kepada bank dari segi kos guaman serta, dokumentasi, lelongan dan masa yang diambil?Manakala untuk melaksanakan penstrukturan pihak bank pula perlu meneliti perkara seperti -
  • Adakah penstrukturan mampu memberi pulangan yang lebih baik kepada pihak bank berbanding tindakan mahkamah?
  •  Berdasarkan prestasi syarikat peminjam mampukah syarikat melaksanakan penstrukturan berjangka?
  •  Berdasarkan prestasi syarikat apakah jumlah bayaran semula mampu ditanggung dalam masa yang ditetapkan?
  • Sekiranya syarikat gagal dalam melunaskan semula hutang melalui penstrukturan apakah tindakan yang boleh diambil oleh Bank?
    PENSTRUKTURAN

    Berdasarkan penelitian yang telah dinyatakan pihak pengurusan telah mencadangkan untuk menawarkan penstrukturan atas sebab berikut -
    • Keputusan terbaik ialah untuk memilih kaedah yang dapat mendapatkan jumlah baki pinjaman sebaik mungkin.
    • ‘Dollar to Dollar recovery’ Penstrukturan yang dapat mengembalikan setiap sen dari pinjaman asal dikiranya pilihan yang lebih baik berbanding tanggungan kerugian melalui tindakan mahkamah.
    • Kerugian bayaran lewat dan kos faedah hangus dapat diminimumkan dengan menggunakan bayaran tunai peminjam untuk mendapatkan faedah deposit tetap, cas keuntungan pinjaman antara bank dan mekanisma kewangan yang lain.
    • Setelah mengira kos yang terlibat termasuk lelongan dan pembubaran aset didapati penstrukturan akan memberi pulangan pinjaman yang lebih baik berbanding tindakan undang-undang.
    • Berdasarkan kajian dan perbincangan kedua belah pihak jumlah bayaran berkala dalam jumlah yang dinyatakan dikira mampu untuk syarikat peminjam untuk meneruskan perniagaan seterusnya melunaskan baki hutang mereka dalam masa yang dipersetujui.
    • Sekiranya bayaran penstrukturan gagal maka pihak bank akan meneruskan tindakan undang-undang dengan serta merta.
    Sememangnya pihak bank mahu mengenakan cas bayaran maksimum akan tetapi keboleh upayaan syarikat dalam jangka masa panjang dalam melunaskan baki hutang juga perlu diambil kira.

    KESIMPULAN

    Secara tuntasnya ingin saya tegaskan bahawa semua tindakan saya adalah berdasarkan
  • Sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 126 Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 menteri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
  • Keputusan yang terbaik untuk pemegang saham berdasarkan keadaan yang dihadapi dan diterima pandangan dan nasihat pihak pengurusan.
  • Mengikut norma dan kebiasaan amalan industri.
  • Membuat keputusan berdasarkan pulangan terbaik dalam satu transaksi perniagaan.
  • Atas nasihat dan perbincangan dari pihak pengurusan bank dan tidak dibuat secara bersendirian.
  • Mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

    Siasatan juga telah dibuat oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum ini seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan Parlimen dan kenyataan media yang diberikan oleh SPRM.

    Semua keterangan telah diberikan termasuk dokumen-dokumen yang relevan juga telah diserahkan kepada SPRM dan Bank Negara mengenai isu ini.

    Sekiranya Ahli Parlimen Pandan mahu membuat laporan lanjutan atau tambahan kepada mana-mana pihak bertanggungjawab itu terpulang kepada beliau, saya tiada masaalah untuk membantu siasatan, memberi keterangan apatah lagi sekiranya ia membantu membersihkan nama saya.

    Saya teguh dengan pendirian bahawa semua tindakan yang dibuat oleh saya dan pihak bank dalah berpandukan kepada yang terbaik buat pemegang saham, berdasarkan lunas undang-undang dan mengikut norma industri perbankan.

    Dato Seri Hasan Bin Malek
    Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Read More

EKSKLUSIF! Hackers MST Perhebat #OpSaveGaza..! Allahu Akbar...!!!

Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang "hackers" yang betul-betul "hackers". Ada yang mengaku "hackers", tapi yang menyalahgunakan keistimewaan dan tanggungjawab yang dikurniakan Tuhan kepada mereka.

Pun begitu, KedahNews.com yakin bahawa gerakan menyerang laman-laman web Israel yang diketuai oleh hacker Malaysia Security Tester (MST) dan rakan-rakannya dari seluruh dunia wajar diberi pujian.

Apatah lagi MST mengumumkan bahawa kumpulan yang diketuainya itu merupakan 100 peratus anak-anak Melayu yang kami kira beragama Islam dan ditubuhkan dengan tujuan melumpuhkan laman-laman web di negara zionis tersebut.

"MST kumpulan Yang Baru ditubuhkan pada tahun ini. 100% Malay. Kami Datang Untuk memadam merosakkan Website Website Israel Keep Support #OpSaveGaza," tegas pengendali MST di laman sosial Facebooknya.

Antara ratusan web Israel yang sudah berjaya di"kaput"kan MST dan rakan-rakan...
Bagaimanapun, kami yakin bahawa selain dari strategi menyerang, MST juga menyedari tentang tindak balas atau sebarang bentuk serangan balas dari pihak Israel terhadap kepentingan kumpulan itu dan juga negara kita.

Justeru, KedahNews.com mencadangkan supaya MST dan rakan-rakan supaya bersedia dengan sistem pertahanan yang ampuh dan kebal dari serangan puak-puak laknatullah itu.

Kami di KedahNews.com, menyokong penuh tindakan jihad kumpulan MST, serta berdoa agar Allah SWT menghentikan kekejaman yang berlaku di bumi Palestin dan mengembalikan kekejaman tersebut kepada puak yang dilaknat Allah itu. - KedahNews.com

Read More

Pelajar SMK(A) Kedah Meninggal Dunia Selepas Bertadarus.. Al-Fatihah

ALOR SETAR - Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Mergong di sini meninggal dunia ketika bertadarus al-Quran di sekolah itu bersama pelajar lain pagi Rabu.

Mangsa Ku Mohammad Iqbal Ku Md Akhir, 14, dari Kampung Alor Buluh, Lorong Liku, Jalan Datuk Kumbar di sini meninggal dunia 7.35 pagi dalam surau sekolah itu.

Penolong Kanan Kokurikulum SMKAK Johari Jaafar berkata Mohammad Iqbal sedang bertadarus al-Quran bersama pelajar lain dan tiba-tiba rebah serta tidak sedarkan diri.

"Sekolah menghubungi ambulans untuk memeriksa Mohammad Iqbal dan disahkan oleh kakitangan perubatan bertugas yang dia telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi di sini.

Johari berkata tadarus al-Quran merupakan rutin harian pelajar sekolah itu sempena bulan Ramadan sebelum memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

Abang mangsa, Ku Muhammad Luqman, 22, berkata pihak sekolah menghubungi ayahnya Ku Md Akhir Ku Hamid, 49, memaklumkan perkara itu 7.50 pagi tadi sebelum ibunya Fatimah Ahmad, 51, pergi ke sekolah untuk melihat keadaan adiknya.

Katanya jenazah adik bongsu daripada lima beradik itu akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Gelam di sini selepas solat Asar.

Jenazah mangsa sebelum itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan masih menunggu laporan bedah siasat.

Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata pihaknya masih menunggu keputusan ujian makmal untuk mengenal pasti punca kematian. 

Sumber: Mstar

Read More

Pertubuhan Islam Desak Khalid Samad Dilucut Jawatan Segera

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa jawatan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad dalam kerajaan Selangor dilucutkan serta-merta berikutan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke atasnya.

Pengerusinya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Khalid tidak boleh dibiarkan terus berada dalam organisasi kerajaan Selangor memandangkan kebiadapan beliau atas Sultan Selangor sebelum ini.

“Pihak kami juga ingin mendesak agar satu siasatan dibuat supaya dalang di sebalik semua kenyataan biadab ini dikesan dan dikenal pasti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan, Sultan Sharafuddin bertitah kesal dan kecewa dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Khalid yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Titah baginda, tindakan Khalid mempersoalkan kuasa MAIS itu seolah-olah menunjukkan sikap biadab dan penentangannya kepada kuasa baginda sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti mana termaktub di dalam bawah undang-undang.

Baginda bertitah, ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan isu berkaitan kuasa eksekutif MAIS serta Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Sehubungan itu, Mohamed Hafiz memberi amaran kepada Khalid supaya tidak terus melakukan kebiadaban ke atas institusi agama Islam dan kesultanan Selangor.

Tegasnya, titah Sultan Selangor perlu diambil serius semua pihak kerana menjadi tanggungjawab setiap muslim mempertahankan institusi diraja. 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Berkat Ramadhan: Hudud Dibincang Peringkat Pusat Hari Ini

KOTA BAHARU – Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya.

“Esok (hari ini) delegasi seramai lapan orang wakil dari Kelantan yang termasuk saya sendiri akan ke Putrajaya untuk berjumpa Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Selepas kunjungan itu, akan diadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat dan enam wakil daripada kita akan menyertai mesyuarat itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di sini, semalam.

Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyampaikan sumbangan Kuih Muih kepada 12 pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan (JBPM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan.

Pada 2 Mei lepas, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. – BERNAMA

Read More

Nak Melaram Raya Dengan Honda Jazz? Bayar RM79,800...



Penggemar kereta jenis ‘compact’ atau ‘hatchback’ kini boleh berkira-kira untuk membeli kereta terbaru keluaran Honda apabila model Jazz generasi ketiga dilancarkan hari ini.

Jazz serba baru yang hadir dalam pelbagai variasi amat sesuai menjadi kereta untuk si muda mudi, eksekutif mahupun yang sudah berkeluarga.

Jazz generasi ketiga ini dijual dengan harga bermula dari RM72,800 bagi variasi S. Bagi variasi E; harganya ialah RM79,800 dan bagi variasi V; ia dijual dengan harga 87,800.

Jazz_4

Model ini ada kemungkinan menjadi pembunuh model-model kereta keluaran Perusahaan Automobil Negara (Proton) apabila variasi S lebih murah daripada model Proton Suprima S dengan rupa yang lebih kurang sama.

Proton Suprima S dijual pada harga bermula RM76,701.50 berbanding Honda Jazz baru hanya RM72,800.

Bagi variasi V yang paling tinggi harga dengan ciri-ciri keselamatan maksimum, Honda Jazz generasi ketiga masih lagi tampil lebih murah dengan hanya RM87,800 berbanding Proton Suprima S iaitu 87,942.95.

Dalam soal ini, para pengguna akan melihat peluang mendapatkan kereta buatan pengeluar ternama iaitu Honda dengan harga yang lebih murah berbanding kereta keluaran dalam negara.

Honda Jazz generasi ketiga dilancarkan dalam satu majlis eksklusif di tepi Kolam Pancuran Air di pusat membeli-belah Suria KLCC di ibu negara.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd; Yoichiro Ueno berkata Honda Jazz generasi kedua sebelum ini mendapat tempat di hati orang ramai apabila terjual sebanyak 5.2 juta unit di seluruh dunia.

“Untuk model ini, Honda mensasarkan untuk mendapatkan jualan untuk semua variasi sebanyak 1,200 unit sebulan dan sasaran 76,100 unit untuk tahun 2014,” katanya dalam ucapan pelancaran model berkenaan.

Yoichiro berkata Honda Jazz yang baru ini bakal menarik minat para pelanggan yang mahukan sebuah kereta yang bukan sahaja seronok untuk dipandu, malah versatil dan memiliki fungsi terbaik demi keperluan gaya hidup penggunanya.

Jazz_3

“Jazz serba baru didatangkan dalam satu pakej menarik yang ideal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, daripada pelajar kolej, eksekutif muda hinggalah pasangan yang sudah berkahwin serta keluarga,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan penerangan berkenaan model terbaru itu, Pembantu Ketua Projek Besar All-New-Jazz Daisuke Uragami berkata Jazz baru menampilkan reka bentuk baru dari Honda iaitu ‘H Design’ yang membuatkan kereta ini kelihatan garang dan sporty.

Jazz_2

Kereta Honda Jazz baru dikuasakan oleh enjin 1.5 Liter SOHC i-VTEC yang telah ditambahbaik dengan Transmisi Bersambung (CVT) yang baru direka bentuk.

Jazz generasi ketiga, didatangkan dalam lima variasi warna iaitu warna baru perak (New Tinted Silver), biru (Brilliant Sporty Blue Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl), dan kelabu (Modern Steel Metallic). MYNEWSHUB.MY

Read More

Enam Khemah Bazar Ramadhan Diterbangkan Angin Di Sg Petani

SUNGAI PETANI – Sebanyak enam khemah peniaga di Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani dekat sini, diterbangkan angin kencang dalam kejadian lebih kurang jam 1.30 petang semalam.

Kejadian disedari beberapa orang awam yang mengunjungi kawasan terbabit termasuk beberapa peniaga yang sedang membuat persiapan untuk memulakan perniagaan pada sebelah petang.

Bagaimanapun dari tinjauan yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan semasa kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Israel Tetap Degil Nak Serang Gaza: Ya Allah Selamatkan Umat Islam Gaza #OpSaveGaza

TEL AVIV: Israel telah mengeluarkan arahan kepada penduduk di timur dan utara Gaza supaya segera meninggalkan kediaman masing-masing sebelum mereka meneruskan serangan udara yang seterusnya.

Dengan amaran ini, bermakna, gencatan senjata yang dianjurkan oleh Kerajaan Mesir pada Selasa untuk menghentikan pertempuran di Gaza tidak berhasil.

Kedua-dua belah pihak iaitu Hamas dan Israel berbalas-balas tembakan roket ke arah kawasan masing-masing sejak beberapa hari yang lalu mengorbankan tidak kurang dari 200 nyawa.

Israel, berazam untuk menghapuskan gerila Hamas yang menurut mereka bertanggungjawab terhadap serangan roket dan penculikan serta pembunuhan ke atas tiga remaja Yahudi beberapa minggu lalu.
Serangan udara yang dilancar Israel sejak 8 Julai itu telah mendapat kecaman dunia kerana ia telah mengorbankan begitu ramai orang awam termasuklah kanak-kanak yang tidak berdosa.

Israel dalam satu kenyataan yang dipetik oleh stesen BBC menegaskan, mereka memberi amaran awal itu sebagai persediaan untuk mengelakkan sebarang malapetaka ke atas orang awam tetapi sebaliknya amaran itu hanya mencetuskan kemarahan ramai kerana beribu orang awam akan menjadi pelarian dan tidak tahu ke mana harus mereka pergi dalam keadaan darurat ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kini dikatakan berada dalam situasi serba salah kerana pada masa yang sama terdapat desakan daripada rakyatnya yang mahukan serangan dilakukan melalui darat bagi mengelakkan lebih banyak nyawa orang awam terkorban tetapi langkah itu sangat berisiko tinggi.

Sumber: Mstar

Read More

Perkembangan Terkini Culik Anggota Marin Di Pulau Mabul

ZAMBOANGA CITY – Seorang pemimpin yang semakin meningkat naik dalam pertubuhan pengganas Abu Sayyaf disyaki sedang menahan anggota polis marin Zakiah Aleip di tempat persembunyian hutan pergunungan di Pulau Jolo, selatan Filipina.

Sumber perisikan Filipina mengenal pasti sub-komander terbabit sebagai Alhabsi Misaya, dalam lingkungan usia 30-an.

Dia dikatakan seorang yang ‘sarat dengan wang tunai’ dan bersenjata.

Sambil menyifatkan Alhabsi sebagai pengguna dadah, sumber berkata: “Dia semakin meningkat dengan cepat dalam barisan kepimpinan Abu Sayyaf kerana telah meraih berjuta-juta peso wang tebusan. Dia mempunyai jumlah wang yang besar.”

Sumber itu berkata Alhabsi tidak melakukan penculikan. Ia adalah penculikan untuk wang tebusan kumpulan, seperti yang dilakukan Mukhtadir bersaudara, yang menjalankan tugas tersebut, dan juga diketahui oleh perisik-perisik Malaysia dan Filipina.

Penculik kemudian menyerahkan orang yang diculik dari pantai timur Sabah kepada pemimpin-pemimpin Abu Sayyaf seperti Alhabsi yang kemudiannya menjalankan rundingan tebusan melalui orang-orangnya.

Menurut sumber itu, risikan menunjukkan bahawa Zakiah mungkin menjadi tawanan dan ditahan di sekitar kampung Indanan, sebuah kubu kuat kumpulan lelaki bersenjata yang dipimpin Alhabsi.

“Terdapat laporan Zakiah yang berusia 26 tahun dan kumpulan lelaki bersenjata dilihat di Indanan,” kata seorang sumber perisikan yang berpangkalan di Zamboanga City.

Menurut sumber, Alhabsi juga merupakan orang yg menahan pelancong Shanghai, Gao Huayun dan pekerja Filipina Marcy Dayawan, yang telah diculik dari resort Singgamata pada 2 April dan kemudian dibebaskan pada 30 Mei.

Mereka berkata Alhabsi sinonim dengan menahan tebusan di Jolo “kerana dia juga bertanggungjawab terhadap beberapa tebusan Filipina, termasuk pedagang Sugar Dianne Buenviaje”.

Buenviaje, 33, diculik dari kedainya di Mapun pada Februari.

Walaupun kenyataan rasmi dari kerajaan Malaysia dan Filipina menyatakan bahawa tidak ada wang tebusan telah dibayar untuk melepaskan Gao dan Dayawan, sumber berkata Alhabsi menerima bayaran untuk ‘makanan dan penginapan’.

Dalam serangan di resort di Mabul, anggota polis marin Abdul Rajah Jamuan, 32, telah dibunuh dan Zakiah, rakan sekerjanya, diculik oleh lapan lelaki bersenjata bertopeng sebelum tengah malam hari Sabtu. - mStar Online

Read More
Newer Posts Older Posts Home