"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Sunday, 13 July 2014

Telefon Bekas Teman Lelaki Lebih 77 Ribu Kali Seminggu, Wanita Di Tahan Polis



Seorang wanita dari Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, Linda Murphy telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menganggu bekas teman lelakinya baru-baru ini.

Linda, 28, didakwa telah mengganggu bekas kekasihnya, William Ryan apabila membuat panggilan telefon sebanyak 77,639 kali dalam masa seminggu terhadap lelaki terbabit.

Selain itu, Linda juga didakwa telah menghantar 1937 email, 41, 229 khidmat pesanan mesej dan 647 surat kepada Ryan juga dalam tempoh masa yang sama.

Linda telah menggunakan tiga telefon bimbit berlainan untuk menelefon Ryan setiap hari, 24 jam sehari tanpa jemu sehingga memaksa Ryan membuat laporan polis.

Menurut peguam Ryan, anak guamnya berasa sangat lega dengan penahanan Linda kerana dia tidak dapat tidur dan menikmati kehidupan sehariannya selepas diganggu Linda.

Pakar yang menguruskan kes ini berpendapat mereka akan memeriksa terlebih dahulu tahap kesihatan mental wanita tersebut sebelum kesnya dibicarakan di mahkamah.


Sumber:  Mynewshub.my

Read More

Badan Mengigil Lihat Otak Rakan Tersembul Keluar


DUNGUN – “Saya menggigil ketakutan apabila melihat otak tersembul di kepalanya,” kata Ramli Omar, 53, yang menyaksikan rakannya maut ditimpa pokok di kawasan pembalakan di Kampung Rantau Panjang, Jerangau, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, Hamiro Ramli, 33, dari Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan menebang balak apabila tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempapnya. ‘

Ramli yang bekerja sebagai pemandu jentolak berkata, ketika kejadian, hanya dia dan mangsa berada di kawasan atas bukit itu, manakala rakan setugas lain bekerja di kawasan bawah bukit.

“Mangsa ketika itu menebang sebatang pokok besar manakala saya berada di atas jentolak dan bersedia menarik pokok ditebang mangsa.

“Sebaik pokok besar ditebang itu mula tumbang, arwah berlari untuk menjauhkan diri. Bagaimanapun, sebatang pokok berhampiran turut tumbang lalu menimpa mangsa,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Dungun, semalam.

Katanya, melihat kejadian itu, dia turun dari jentolak untuk melihat keadaan mangsa, tetapi ketika itu mangsa meninggal dunia dalam keadaan otak tersembul dan patah tangan kanan.

Seorang lagi rakan mangsa, Syukri Yunus, 35, berkata, ketika berehat tengah hari kelmarin, arwah berkelakuan pelik apabila naik ke beberapa kawasan berbukit di tempat kerja untuk mencari isyarat telefon.

“Saya bertanya dia buat apa dan dia jawab mahu cari isyarat telefon kerana teringin benar bercakap dengan isteri dan anaknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Sumber : Harian Metro

Read More

Guan Eng Ditempelak Guna Airmata Palsu...

Setiausaha GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang “pelakon” yang hebat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu menangis di depan orang ramai dalam satu majlis di negeri itu baru-baru ini.

GERAKAN mendakwa air mata Guan Eng sewaktu melawat dan menyerahkan cek sebanyak RM20,000 kepada rumah kebajikan The Lighthouse yang memberi makan kepada gelandangan sebagai “wayang” semata-mata.

"Wayang sebegitu rupa oleh beliau tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan,” kata Tong Keong yang dipetik dari media baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, Guan Eng berkata dia tersentuh melihat golongan gelandangan makan dan dilihat mengesat air mata.

Guan Eng turut sempat mengumumkan insiden itu menerusi akaun Twitter miliknya yang beliau berasa agak emosi pada ketika itu.

Gambar Guan Eng berpakaian batik hitam putih sambil menangis tersebar di dalam beberapa akhbar dan turut dikongsi oleh orang ramai menerusi laman-laman media sosial.

Isu yang membabitkan golongan gelandangan kini menjadi modal politik Pakatan Rakyat apabila sering menuduh pihak kerajaan tidak mengambil peduli mengenai nasib golongan tersebut dan mendakwa golongan itu akan ditindas kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini meluangkan masa melawat golongan gelandangan dalam tujuan menyelami keadaan nasib mereka dan meluahkan hasrat untuk  menyelesaikan masalah golongan itu.

Bagaimanapun, DAP memperlekeh usaha dan tindakan Najib tersebut serta mendakwa kononnya Perdana Menteri tidak mampu menyelesaikan masalah golongan gelandangan di ibu negara. -KedahNews.com



Read More

Budak Penyu Sudah Tiada "Cengkerang" Lagi...

Kehidupan seorang kanak-kanak berubah tiga tahun lalu selepas doktor berjaya membuang tahi lalat besar di belakang badannya.

Didier Montalvo, lapan, pernah digelar ‘budak penyu’ kerana mempunyai ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya.

Dia disahkan menghidap Congenital Melanocytic Nevus (CMN) pada 2011.

Didier diterbangkan dari bandar asalnya di Colombia ke Britain semalam untuk bertemu dengan kanak-kanak yang senasib dengannya.

Menceritakan keadaan anaknya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ITV, ibu Didier, Luz berkata, anaknya begitu sedih kerana digelar ‘budak penyu.’

“Dia sering memberitahu saya mengapa nasib dia begitu. Sukar untuk menjawab soalannya.

“Keadaan itu menghalangnya melakukan pelbagai aktiviti yang digemarinya,” kata Luz.

Tetapi mujur ada pakar bedah plastik, Neil Bulstrode yang sanggup menjalankan pembedahan percuma selepas mendengar nasib Didier.

Dia kini boleh menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

Bulstrode berlepas ke Bogota untuk membantu sepasukan pakar bedah membuang tanda lahir Didier yang tumbuh begitu besar sehingga membahayakan nyawanya.

Doktor kemudian menjalani beberapa sisi pembedahan secara berperingkat-peringkat.

Menurut Bulstrode, kes Didier adalah yang paling teruk pernah ditemuinya.

“Dia umpama berjalan dengan membawa seguni kentang di belakangnya,” kata Bulstrode. – Agensi

Read More

Remaja Turki Wanita Tertingi Di Dunia


SAFRANBOLU, Turki – Seorang remaja di sini diiktiraf sebagai wanita paling tinggi di dunia oleh Guinness World Records dengan memiliki ketinggian 213.6 sentimeter (sm), lapor portal berita MailOnline semalam.

Remaja berusia 17 tahun itu, Rumeysa Gelgi turut menghidap sindrom weaver yang menyebabkan tubuhnya menjadi besar.

“Saya gembira menjadi seseorang yang berbeza daripada orang lain,” kata Gelgi.

Wanita itu terpaksa menggunakan alat bagi membantunya berjalan kerana tubuhnya yang besar menyebabkan dia sukar untuk membuat imbangan pada badannya.

Dia menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records di rumahnya di Safranbolu, Karabuk baru-baru ini.

Gelgi merupakan pelajar gred 11 dan tinggal di rumah bersama keluarga dan adik-beradiknya yang lain yang mempunyai ketinggian normal.

Dia juga mempunyai sepasang kasut yang ditempah khas di Amerika Syarikat.

Tubuh Gelgi tidak lagi membesar menyebabkan dia tidak akan mengatasi ketinggian lelaki paling tinggi di dunia dari Turki, Sultan Kosen yang setinggi 251sm. 

Sumber : Agensi

Read More

Polis Sahkan Serangan Pengganas Di Pulau Mabul


Pulau Mabul, Semporna, 13 Julai - Polis Daerah Semporna telah mengesahkan mengenai laporan kejadian tembak-menembak di antara pihak keselamatan dan pengganas di Pulau Mabul semalam yang mengakibatkan seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) telah mati terkena tembakan manakala rakannya dipercayai telah diculik oleh kumpulan tersebut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitenden Mazlan Lazim telah mengesahkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.00 malam semalam setelah dihubungi pihak media pagi tadi.

Sebelum ini, KedahNews.com ada menulis satu laporan mengenai berita seorang anggota keselamatan telah mati ditembak manakala rakannya telah diculik oleh pengganas dipercayai Tentera Sulu yang pernah melakukan penceroboh di Lahad Datu sebelum ini.

Dalam satu sumber lain yang kami terima, mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dilaporkan hilang semasa kejadian namun telah berjaya ditemui semula berhampiran lokasi serangan dan telah meninggal dunia kerana ditembak.

Menurut sumber, mangsa dilaporkan sempat berbalas tembakan dengan kumpulan pengganas sebelum mati akibat terkena tembakan.

Rakan setugas mangsa, Koperal Zakiah Aliep, 26, dilaporkan telah hilang dipercayai telah diculik oleh kumpulan pengganas berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Dalam laporan yang diterima, pihak berkuasa sedang merangka beberapa pelan untuk mengesan kumpulan pengganas tersebut yang dipercayai masih berada di sekitar Pulau Mabul. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor.

Read More

Rejim Israel Mula Ceroboh Gaza, Hamas Terus Pertahan Bumi Palestin

Komando laut Israel bertembung dengan tentera Hamas semasa serbuan di Semenanjung Gaza pada Ahad, mencetuskan kejadian tembak-menembak pertama seumpamanya.

Ia pertama kali berlaku dalam operasi Israel yang masuk hari keenam bagi menghalang pelancaran roket rakyat Palestin.

Kenyataan tentera menyebut, tentera rejim Israel menyerang utara Gaza menggunakan roket jarah jauh selepas ditembak para pejuang Hamas yang berjaya menyebabkan empat komando mereka cedera ringan.

Menurut Hamas, pejuangnya menyerang pasukan Israel di pesisir pantai bagi mengelakkan mereka mendarat.

Israel mengaku mengerahkan 20,000 pasukan tentera simpanan untuk serangan di Gaza. Bagaimanapun kebanyakan serangan setakat ini dibuat daripada udara, dengan 1,200 sasaran telah dibedil.

Hamas, pejuang Islam yang mendominasi Gaza, melancarkan ratusan roket ke Israel, menyerang jauh lebih dalam ke nagara itu berbanding sebelum ini.

Keganasan rentas sempadan menunjukkan tiada tanda-tanda akan berkurangan walaupun tekanan antarabangsa makin memuncak supaya ia dapat dihentikan.

Siren kecemasan berbunyi sepanjang malam di Israel dan penduduk berpusu-pusu memasuki bilik selamat dan pusat perlindungan bom.

Israel melancarkan beberapa siri serangan di Gaza, termasuk terhadap ibu pejabat polis, menurut pihak berkuasa Palestin.

Seorang lagi wanita dan anak kecil tiga tahun meninggal dunia akibat serangan udara, menjadikan korban dalam operasi enam hari seramai 149 orang. Kebanyakan daripada mangsa orang awam.

Israel menyalahkan Hamas kerana meletakkan nyawa orang awam awam dalam bahaya kerana menempatkan senjata dan penembaknya di kawasan perumahan.

Tiada seorang pun penduduk Israel terkorban selepas kebanyakan tembakan Hamas dalam dipintas oleh sistem pertahanan Iron Dome, yang sebahagiannya ditaja oleh Amerika Syarikat.- Reuters

Read More

Malaysia Hantar 50 Doktor Pakar Ke Gaza


MELAKA – Malaysia akan menghantar dalam masa terdekat seramai 50 doktor pakar bagi ‘Misi Bantuan Kemanusiaan ke-4 ke Gaza’.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata langkah itu untuk memberi bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata keputusan itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

“Saya dimaklumkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Gaza ratusan mangsa cedera dalam serangan itu dan lebih 100 telah meninggal…setiap lima minit berlaku serangan udara dengan lebih 1,500 bedilan.

“Oleh itu sukarelawan terdiri daripada doktor pakar dalam pelbagai bidang termasuk pakar kanak-kanak, ortopedik, dan sakit puan amat diperlukan bagi merawat mangsa serangan udara yang rata-ratanya adalah kanak-kanak, warga emas dan wanita,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis sumbangan zakat Projek Ehsan Tabung Haji (TH) peringkat negeri Melaka di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Pada majlis tersebut TH menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM100,000 kepada 200 penerima.

Beliau berkata sehingga hari ini, seramai 43 sukarelawan termasuk 10 doktor telah menyatakan hasrat untuk menyertai misi tersebut.

Katanya pihaknya juga mensasarkan untuk menghantar kira-kira 10 tan bantuan terdiri daripada peralatan perubatan dan makanan ke Gaza.

Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan kewangan atau sumbangan pakaian boleh menghubungi talian 03-22736004 atau menghantarnya ke bilik gerakan misi tersebut di No 66 Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Sementara itu, katanya, TH mensasarkan agihan zakat berjumlah RM1.7 juta melibatkan 3,424 asnaf miskin dan fakir di seluruh negara melalui Projek Ehsan pada tahun ini.

Sumber : BERNAMA

Read More

Pemimpin PAS Kedah Suruh PKR Betulkan Sistem Pemilihan

Pemimpin PAS Kedah, Zulkifli Yahya meminta Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya betulkan sistem pemilihan parti itu yang disifatkan sebagai melampau dan melebihi batas-batas demokrasi yang selama ini dilaungkan pada rakyat.

Katanya, pemilihan PKR yang melampau sehingga berlakunya insiden baling kerusi dan membabitkan pergaduhan fizikal berdarah itu tidak lagi layak digelar berpolitik, sebaliknya lebih sesuai disifatkan sebagai berperang.

"Jika pertikaian sudah sampai ke tahap berbaling kerusi, pukul memukul secara fizikal sehingga berdarah-darah maka ia bukan lagi ‘berpolitik’ tapi namanya berperang," katanya yang dipetik dari laman blognya, Zulya Nota Utara.

Zulkifli yang juga merupakan bekas Pengarah Urusetia Penerangan PAS Kedah sebelum ini juga menggambarkan "peperangan" di dalam PKR itu sebagai melebihi batasan kertelaluan dan tidak sepatutnya berlaku di dalam parti yang mempunyai ideologi yang sama.
"Peperangan yang berlaku sekalipun antara parti politik yang bermusuhan adalah keterlaluan dalam lingkungan demokrasi. Apatah lagi peperangan di dalam satu parti yang memperjuangkan ideologi yang sama di kalangan ahli-ahlinya. Ia sudah lebih dari keterlauan," kata penulis Harakahdaily itu lagi.

Menurutnya lagi, demokrasi sepatutnya memberi ruang pada kebebasan bersuara di dalam PKR dan keganasan yang berlaku di dalam pemilihan parti itu telah mematikan laungan demokrasi di dalam parti tersebut.

"Ini kerana demokrasi memberi ruang kepada kebebasan bersuara dan peluang kepada suara terbanyak untuk menang. Demokrasi menolak kekerasan atau paksaan. Jika kekerasan yang ‘menang’ bermakna demokrasi kalah," tegasnya.

Pemilihan PKR baru-baru ini dicemari dengan pelbagai insiden keganasan yang melibatkan pergaduhan sesama ahli parti berkonsepkan "adil" itu.

Dilaporkan bahawa siri-siri pemilihan pucuk pimpinan PKR sebelum ini juga tidak pernah aman dan turut menyaksikan perkelahian yang membarah, cantas-mencantas, penyelewengan dan ketidakadilan. -KedahNews.com

Read More

Najib Lancar Aplikasi Telefon Pintar Puteri UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri Umno hari ini melancarkan aplikasi telefon pintar ‘PUTERI’ bagi memudahkan penyaluran pelbagai maklumat kepada wanita muda.

Aplikasi itu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno di sini, turut mengandungi maklumat mengenai pentadbiran dan pengurusan pergerakan tersebut.

Ketua sayap Mas Ermieyati Samsudin berkata aplikasi itu juga membolehkan wanita muda menyalurkan pandangan, cadangan dan maklum balas secara terus kepada pucuk pimpinan pergerakan.

Antara kandungan dalam aplikasi itu ialah maklumat parti, pendaftaran dalam talian Puteri, rujukan usahawan, gerbang kerjaya dan semakan daftar pemilih, katanya dalam majlis tersebut.

Menurut Mas Ermieyati antara keistimewaan aplikasi ialah maklumat boleh dimuat turun walaupun tanpa perkhidmatan Internet.

Aplikasi boleh dimuat turun secara percuma menerusi ‘Google Play Store’, ‘Apple Apps Store’ dan ‘Windows Phone’ melalui telefon pintar Android masing-masing.

Sementara itu, Perdana Menteri hari ini turut melancarkan program ‘Internship Mahasiswa Turun Parlimen’ (Mantap 4) yang melibatkan 134 mahasiswa tahun akhir yang akan ditempatkan bersama anggota parlimen Barisan Nasional.

Di bawah porgram itu, semua peserta berpeluang mengikuti aktiviti harian anggota parlimen terutamanya ketika menjalankan tugas rasmi di Dewan rakyat.

Program Mantap 4 akan berlangsung selama sebulan setengah bermula 22 Sept depan. – BERNAMA

Read More

Pengguna Facebook Nak Tembak Mukhriz Sampai Mati

Kecoh di Kedah sejak Jumaat lalu mengenai seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama gelaran Padi Jantan telah memuat naik status bergambar seolah-olah mahu membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Padi Jantan memuat naik sekeping gambar Mukhriz dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Dato’ Syed Unan Masri Syed Abdulah, yang sedang menyarungkan "blazzer" pada Menteri Besar.

Pada status gambar tersebut, Padi Jantan menyatakan bahawa dia sedia menembak mati Mukhriz dan pegawai itu sekiranya ada pihak yang sanggup membekalkannya dengan sepucuk pistol serta peluru, sebelum menembak seorang lelaki Cina, Sonny Ho.

"Jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampos dua makhluk ini dulu sebelum aku tembak Sonny Ho si Kafir Harbi... Insyaallah", katanya yang dipetik dari laman akaun milik Padi Jantan itu.

Status tersebut mungkin telah dipadam Padi Jantan dari akaun laman Facebooknya setelah menyedari kenyataannya itu akan "memakan diri".

Menurut beberapa sumber, Padi Jantan merupakan seorang pengamal media sosial pro-UMNO, namun sering menyerang beberapa pemimpin parti itu dan kepimpinan PAS sebelum ini dengan dakwaan yang dangkal serta tidak masuk akal.

Dalam hal status berkenaan, Padi Jantan dikatakan kecewa terhadap Mukhriz kerana tidak mengikut kehendaknya yang mahu Kerajaan Negeri membeli semula tapak tanah Madrasah Salihiah yang dijual oleh Kerajaan PAS Kedah sebelum ini kepada pihak pemaju.

Lelaki berbangsa Cina bernama Sonny Ho yang dimaksudkan Padi Jantan itu dipercayai merujuk pada ahli perniagaan dari Pulau Pinang yang merupakan pihak pemaju yang membangunkan kompleks membeli belas di tapak madrasah tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Ahmad Azhar Abdullah dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung status yang dimuatnaik itu kerana ia jelas satu berbaur ugutan.

Ahmad Azhar berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera ke atas pemilik FB tersebut kerana ugutan berkenaan adalah sesuatu yang serius.

"Saya menyedari kenyataan mengancam Menteri Besar dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah itu dalam Facebook semalam (Jumaat).

"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap Padi Jantn sebagai pengajaran kepada individu lain agar tidak melakukan perbuatan yang sama," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya mengesahkan pihaknya telah menerima lima laporan polis berhubung kes berkenaan. -KedahNews.com.


Read More

Serangan Israel Bukti Al-Quran Itu Benar


Kuala Lumpur, 13 Julai – Serangan udara tentera Israel ke atas orang awam Palestin sejak beberapa hari lalu membuktikan kebenaran al-Quran yang menyebut tentang perangai dan sikap kaum Yahudi selama ini.

Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, serangan terbaru ke atas Palestin itu menunjukkan sikap zalim Israel.

“Serangan dan kezaliman itu membuktikan kebenaran al-Quran yang menceritakan perangai dan sikap mereka sejak dahulu hingga hari kiamat.

“IKRAM menyeru semua negara di dunia ini menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing bagi memberi tekanan ke atas pihak rejim Israel sehingga mereka memberhentikan segera kezaliman itu,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasanuddin berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyokong hak rakyat Palestin dan akan memberi dan bantuan kepada rakyat negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.

Katanya, IKRAM turut menyambut baik seruan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli-ahlinya membaca doa Qunut Nazilah pada malam-malam tarawih.

Najib yang juga Presiden UMNO semalam menegaskan, UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel dalam serangan terbaharu di Gaza.

Perdana Menteri berkata, serangan tersebut telah mengakibatkan ramai orang awam terkorban.

Beliau memberitahu, parti itu sentiasa berdiri teguh di sebalik perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka.


Sumber: Mynewshub.my

Read More

Bekas Guru Meninggal Dunia Ketika Sujud


Jasin, 13 Julai –  Seorang jemaah lelaki warga emas dipercayai meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Ghaffar, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Mohamed Nor Abu, 72, yang juga pesara guru berada di saf hadapan sedang melakukan sujud yang terakhir sebelum rebah secara tiba-tiba.

Imam 1 Masjid Al -Ghaffar Muhamad Adib Hatim berkata, beliau menyedari kejadian sebaik selesai mengimamkan solat fardhu itu.

“Selesai sahaja mengimamkan solat, saya terlihat mangsa sudah rebah dan ketika itu jemaah lain mula mendapatkannya.

“Mulanya kami sangka mangsa pengsan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak polis dan hospital yang datang tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui di Masjid Al-Ghaffar, di sini.

Muhamad Adib berkata, dia tidak menyangka kejadian itu berlaku memandangkan sebelum itu mereka berbuka bersama di masjid berkenaan.

“Ketika berbuka, arwah berbual seperti biasa dengan dan tidak menunjukkan sebarang perubahan namun tidak menyangka perbualan itu adalah yang terakhir kalinya.

“Ini adalah kejadian pertama berlaku di masjid ini dan diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada dan tauladan kepada orang lain. Tidak semua orang dapat merasai pemergian yang baik seperti dialami arwah ini di dalam bulan Ramadan,” katanya.

Allhayarham yang menetap di Taman Maju meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Maju. 

Sumber: Harian Metro

Read More

Israel Lebih Teruk Dari Pengganas!

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan bahawa tentera rejim zionis Israel bersifat sangat keji dan lebih teruk dari jenayah pengganas.

Melalui akaun laman sosial twitter miliknya, beliau memuatnaik beberapa keping gambar jenazah kanak-kanak Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan tentera rejim zionis itu.

Menerusi wajah-wajah kanak-kanak tidak berdosa itu, beliau meluahkan rasa geram dan sakit hatinya terhadap rejim Israel.

"Sesiapa yang melakukan ini (pembunuhan rakyat Palestin) adalah lebih teruk daripada pengganas," katanya menerusi laman sosial itu.

TweetMusaHassan 

Sebelum itu, bekas Ketua Polis Negara yang terkenal dengan ketegasannya itu turut menulis di Twitter mengutuk serangan tentera zionis rejim Israel yang melancarkan serangan sejak Selasa lepas.

"Sungguh zalim zionis Yahudi dan penyokong-penyokong mereka," kata Musa.

Menurut laporan beberapa media, mangsa serangan tentera rejim Israel sehingga awal hari ini sudah mencecah 121 orang.

Seramai 16 orang rakyat Palestin terbunuh dalam serangan awal hari ini di Semenanjung Gaza, demikian menurut sumber pasukan perubatan.

Serangan dilancarkan selepas dua terbunuh dalam satu letupan di sebuah pusat kebajikan di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala tiga lagi maut di barat Bandar Gaza.

Awal semalam, empat dilaporkan maut di Jebaliya, utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Memetik kenyataan dari para pegawai tempatan, serangan awal pagi itu turut mensasarkan masjid dan rumah para pegawai Hamas sepanjang pesisir wilayah terbabit. -KedahNews.com

Read More

Jakim Nafi Ayam Di Pasar Raya Hanya Ditebuk Leher


Shah Alam, 13 Julai - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan sebuah pasar raya di sini menjual ayam yang ditebuk leher dan disembelih tidak mengikut kaedah Islam.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz berkata, pihaknya dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah memeriksa pasar raya berkenaan dan mendapati ayam yang diperoleh dan dijualnya adalah halal dan mematuhi syarak.

"Kita mendapati pembekal ayam ke pasar raya ini kesemuanya adalah pemegang sijil halal yang sah dan tidak ada sebarang keraguan yang timbul.

"Justeru Jakim ingin menasihati orang ramai supaya tidak ragu dan bimbang terhadap produk yang dijual di pasar raya ini kerana ia mempunyai sijil dan logo halal yang disahkan Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan pemeriksaan di pasar raya berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata pemeriksaan dibuat setelah pihaknya menerima laporan berhubung penyebaran foto seekor ayam yang tersebar luas di Facebook Jumaat, yang ayamnya dikatakan ditebuk di bahagian leher dan tidak disembelih mengikut kaedah Islam.


Sumber : Mstar

Read More

Hanez Suraya Dihina Hanya Kerana Jual Syampu...

PETALING JAYA – Pelakon Hanez Suraya mengakui ada pihak yang memandang rendah terhadap perniagaan syampu jenama sendiri iaitu VLasy yang baharu diceburinya dengan mengaitkan kontroversi-kontroversi yang pernah dilalui sebelum ini.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 28, berkata, dia pelik dengan sesetengah masyarakat yang memandang hina dan suka meletakkan hukum kepadanya sehinggakan perniagaan syampu itu turut dipertikaikan.

“Mereka ini tidak boleh tengok kita senang. Ada sahaja yang nak dihentamnya. Sepatutnya kita jangan memandang rendah kepada orang lain yang ingin berusaha.

“Apa yang yang saya nampak golongan ‘keyboard warrior’ itulah sebenarnya tidak ada kehidupan sendiri sehingga sibuk mencari salah orang lain di laman sosial,” katanya kepada media baru-baru ini.

Bagaimanapun tambah Hanez, masih ada lagi peminat yang memberi komen-komen positif mengenai produk syampu itu malah dia turut mendapat tempahan berulang.

Sementara itu Hanez mengakui dia mula terfikir untuk menceburi bidang perniagaan kecantikan rambut selepas bermuhasabah diri sejak pelbagai kontroversi mengenai kisah cintanya timbul.

“Selepas pelbagai kontroversi timbul, saya sepikan diri buat seketika. Banyak yang saya belajar lebih-lebih lagi mengenai perniagaan produk-produk kecantikan. Sejak menjadi duta Aurawhite lagi saya sudah berniat mahu mempunyai keluaran produk sendiri.

“Apa yang dah berlaku sebelum ini membuatkan saya lebih kuat untuk teruskan hidup. Diakui memang isu yang timbul telah menggelapkan karier saya tetapi tidak semudah itu untuk saya perlu diam. Jangan biarkan orang tengok kita jatuh.

“Tuhan sentiasa ada di sisi kita. Biarlah apa orang nak cakap, satu hari nanti orang akan tahu cerita sebenarnya. Lambat atau cepat sahaja,” ujarnya.

Mengenai syampu VLasy, ia merupakan produk keluaran syarikat Hanez sendiri iaitu H Estrella Beaute yang mempunyai campuran pati buah-buahan dan tumbuhan bagi mengurangkan rambut gugur selain melebatkan rambut.

“Buat masa ini saya jual secara dalam talian (online) dahulu untuk melihat sejauh mana pengguna kita menyokong produk-produk tempatan.

“Setakat ini, Alhamdulillah respons yang diberikan sangat positif, cuma saya perlu kuatkan lagi daripada segi promosi produk,” tuturnya. 

Sumber: mStar

Read More

Plat "G1M" Kini Serendah RM210 Sahaja.. Best!

Bagi pembeli kereta baru atau pun pemilik kenderaan yang berminat menggunakan nombor plat Gagasan 1Malaysia (G1M), kini nombor berkenaan boleh didapati hanya dengan RM210 sahaja.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) berkata nombor pendaftaran G1M kini dalam rangka promosi.

“Nombor-nombor ini boleh didapati secara terus di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Wangsa Maju, Kuala Lumpur di tempat jualan bawah Pintu 5.

“Ia terletak bersebelahan dengan kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM),” menurut kenyataan kepada media.

KE7B diberikan mandat untuk mengendalikan urusan penjualan nombor plat G1M bagi mengumpul dana untuk membiayai projek penjelajahan dan eksplorasi di seluruh dunia.

Sebelum itu, penjualan plat G1M ialah bagi mengumpul dana bagi projek Ekspedisi Tujuh Puncak, Tujuh Benua Tujuh Nilai dalam usaha meletakkan nama Malaysia dalam peta pendakian dunia.

Projek berkenaan merangkumi misi pendakian di tujuh puncak gunung tertinggi di dunia iaiatu Gunung Everest di Asia, Gunung McKinley (Benua Amerika Utara).

Bagaimanapun kini, ia hasil penjualan berkenaan akan turut digunakan untuk membiayai projek lain KE7B yang akan dilaksanakan sehingga tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut berkaitan nombor plat G1M anda boleh menghubungi Setiausaha KE7B, Zulaikha di 016-9035130 atau Siti Mariam di 017-2842643.
 
Sumber: Mynewshub.my

Read More
Newer Posts Older Posts Home