Sunday, 29 June 2014
Mataf Bertingkat Dibuka Sempena Ramadhan Al-Mubarak
10:09 pm Admin Kedahnews No comments
MAKKAH – Projek pembesaran dan menaik taraf Masjidil Haram fasa kedua yang hampir siap mendorong pihak berkuasa membenarkan mataf bertingkat dibuka pada Ramadan ini.
Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais memaklumkan mataf atau laluan tawaf bertingkat untuk mengelilingi Kaabah sepanjang bulan mulia ini.
“Pembesaran mataf di aras pertama dan tingkat bawah yang dilengkapi lif serta tangga bergerak telah selesai sepenuhnya manakala aras kedua pula sudah siap 80 peratus,” jelasnya.
Projek fasa kedua itu melibatkan pembesaran mataf di kawasan timur Masjidil Haram dari pintu Al-Fatah hingga pintu Umrah.
Difahamkan, projek tersebut akan dihentikan selama empat bulan untuk memberi laluan kepada jemaah umrah dan haji mengerjakan ibadah mereka, dipetik dari laporan Arab News.- mStar
Read More
MASEU Cepatkan Kejatuhan MAS
9:08 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR, 29 Jun - Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat mengingatkan bahawa kemelut antara Malaysia Airlines (MAS) yang bermasalah, dengan kesatuan sekerjanya, hanya akan mempercepat kejatuhan syarikat penerbangan itu.
Ong berkata MAS sudah mempunyai banyak masalah untuk ditangani, dan sebarang tindakan seperti mogok oleh kesatuan andai permintaan mereka tidak dipenuhi, hanya akan memburukkan keadaan yang kini sudah pun kritikal dan tidak pernah berlaku sebelum ini, yang sedang dihadapi syarikat penerbangan itu.
"Yang pasti, sebagai kesatuan pekerja yang matang, kita berharap anggota kesatuan mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran mereka. Mereka perlu sedar bahawa syarikat kini melalui saat penting. Tuntutan kesatuan perlu ditangani berasingan, dan kita perlu menetapkan had yang jelas di sini," kata Ong dalam satu temu bual.
Kesatuan Pekerja-Pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), kesatuan terbesar dalam kalangan kesatuan pekerja MAS, melancarkn mogok di pejabat pentadbiran MAS di Subang dekat sini pada Khamis, sehari selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, menuntut peletakan jawatan tiga pengurusan atasan syarikat penerbangan tersebut, menyalahkan mereka atas kerugian sebanyak RM4 juta sehari.
Berdasarkan angka yang dibentangkan pada AGM itu, penganalisis menyuarakan kebimbangan sama ada lembaran imbangan MAS mampu bertahan untuk tempoh setahun lagi akibat kerugian besar itu.
Merujuk gesaan MASEU yang mahukan perubahan dalam pengurusan atasan, Ong berkata: "Semuanya bergantung kepada sama ada model perniagaan anda berfungsi dan bukan kerana kelayakan anda".
Mengenai pilihan yang sedang dipertimbang Khazanah Nasional, pemegang saham majoriti MAS, dalam pelan pemulihan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu, beliau berkata apa jua pelan yang rancang, penyelamatan perlu diketepikan.
"Semata-mata menyelamat tanpa langkah menyeluruh, tegas dan berhemat, akhirnya akan menjadi sia-sia, dan ini mengingatkan saya mengenai bantuan kewangan sebelum ini.
"Memandangkan Khazanah telah membantu MAS menerusi peruntukan wang yang besar sebanyak RM5 bilion, namun syarikat penerbangan itu masih rugi, sudah sampai masanya menilai keberkesanan kos dan masalah sebenar yang berlaku ketika ini seperti kos operasi yang tinggi berbanding syarikat penerbangan lain, dan sama ada MAS meletakkan harga lebih tinggi berbanding pasaran," katanya.
MAS dijangka membentangkan pelan penstrukturan semulanya kepada kerajaan dalam tempoh beberapa minggu akan datang dengan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya menyokong perubahan besar yang melibatkan kajian menyeluruh pesawat, rangkaian, kos, pekerja dan proses kerja.
Penganalisis menyarankan langkah-langkah jangka panjang seperti pengurangan kos dan MAS diswastakan dengan mengurangkan jumlah tenaga kerja seramai 20,000 orang sebagai satu daripada pilihan utama.
RHB Research berkata selain kos seunit MAS meningkat, ia masih mempunyai perjalanan yang panjang berbanding syarikat penerbangan perkhidmatan penuh lain, dan menambah langkah paling mudah bagi MAS untuk mengurangkan kos ialah mengurangkan bilangan pekerja".
Katanya tenaga kerja MAS seramai 19,577 orang dengan kos RM2.4 bilion bagi tahun kewangan 2013 agak besar berbanding syarikat penerbangan lain seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific Airlines.
Jumlah pendedahan kerajaan kepada MAS berjumlah RM9.6 bilion. Kementerian Kewangan menguasai kepentingan majoriti dalam MAS melalui pelbagai entiti sebagai pemegang saham ekuiti serta pemberi hutang. Beberapa entiti kerajaan lain turut memiliki kepentingan dalam syarikat penerbangan itu dengan Khazanah menguasai 69.4 peratus kepentingan.
-- BERNAMA

Gambar Isteri Cedera Dibelasah Tersebar, Awie Terpaksa Ke Balai Beri Keterangan
5:09 pm Admin Kedahnews No comments
Ternyata kes pukul isteri yang didakwa melibatkan penyanyi rock terkenal, Awie, 45, masih belum reda lagi.
Ia dilihat semakin panas dengan tersebarnya gambar wanita yang dikatakan isteri penyanyi itu, Rozana Misbun, 36, dalam keadaan lebam.
Terbaru, Awie menerusi sebuah akhbar tempatan mengaku yang dia sudah dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan mengenai dakwaan tersebut.
Menurutnya, dia sendiri belum melihat gambar yang tersebar di internet itu.
Bagaimanapun, Awie seperti biasa enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak polis.
Hmm…nampaknya gosip ini akan menjadi lebih panas jika sudah melibatkan kes polis.
Apapun, kami mengharapkan ada kenyataan yang akan keluar daripada mulut Rozana sendiri kerana hanya dia sahaja yang boleh menjelaskan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.
Sumber: Mynewshub.my
Read More
Orang Sebok Terawikh, Depa Berkhalwat.. Buat Malu Orang Kedah Saja!
3:05 pm Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR – Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yang terjadi di Alor Setar, Kedah.
Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.
Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yang berusia 25 tahun yang menetap di Langgar, Alor Setar.
Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.
Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yang mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.
Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.
Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.
Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.
Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari.
Read More