Saturday, 5 July 2014
Pengemis Asing Di Malaysia Mampu Tidur Hotel 3 Bintang!
8:09 pm Admin Kedahnews No comments
Pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.
Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.
“Kita tak mahu pengemis di sepanjang jalan. Kita juga nak hentikan kegiatan sindiket (pengemisan).
Saya tahu ada sindiket yang hantar budak-budak, (warga) Rohingya dan orang asing untuk dapat duit dan dia pula jadi tauke,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataannya semalam berhubung tindakan kerajaan untuk mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin,” katanya.
Tengku Adnan berkata, undang-undang kecil dan prosedur operasi standard mengenai perkara itu akan diperkenalkan dalam tempoh seminggu dua lagi.
Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.
Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.
Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.
Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati “malas” dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.
Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya.
“Imej bandar raya ini sangat buruk. Jika kita tidak ambil tindakan itu, masyarakat akan menjadi tidak berdisiplin,” jelasnya apabila ditanya sama ada beliau terlalu tegas dalam keputusannya kali ini.
Tengku Adnan turut melahirkan kebimbangan dengan wujudnya komuniti pengemis dan gelandangan di ibu kota, yang akan menyebabkan masalah kebersihan yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk aedes dan tikus.
Kementerian melalui DBKL akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai agensi berkaitan untuk melaksanakan ‘pembersihan’ itu, katanya. – BERNAMA
Read More
Ramadhan Sayu Tanpa Ayah...
6:07 pm Admin Kedahnews No comments
MURID dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya 8(1) selepas menerima bantuan.
“Ini tahun kedua kami menyambut Ramadan tanpa ayah di sisi, sebelum ini ayahlah orang yang paling sibuk menguruskan keperluan kami sepanjang bulan puasa, selain ibu... namun kini semua tinggal kenangan dan semua terpaksa dilakukan sendiri,” luah murid Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya 8(1), Alya Adriana Abdul Rahman, 12.
Pemergian ayahnya secara tiba-tiba ketika bersujud menyebabkan dia dan tiga lagi adiknya yang masih kecil hilang tempat bergantung dan bermanja dalam sekelip mata.
Alya Adriana berkata, kehilangannya ayahnya dirasai terutama pada peringkat awal, malah ibunya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur juga tertekan.
"Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik.
"Kehidupan memang agak susah selepas ayah tiada, namun kami bernasib baik kerana saudara mara sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu dan kami empat beradik.
"Malah saya bersyukur dengan bantuan keperluan asas yang diterima daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
"Terima kasih kerana berusaha mengurangkan bebanan yang ditanggung ibu selepas pemergian ayah,” katanya ketika ditemui di sini selepas menerima bantuan menerusi Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) di sini, baru-baru ini.
Read More
Ibu Mengucap Lihat Anak Ditikam Bekali-kali Di Depan Mata
4:01 pm Admin Kedahnews No comments
Kota Bharu - “Beberapa kali saya ‘mengucap’ apabila melihat keadaan anak yang mengerang kesakitan dengan bajunya penuh darah selepas ditikam. Tak sangka dia (abang) sanggup bertindak begitu,” kata Cik Muji Ramli, 41, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang ditikam dua kali oleh bapa saudaranya di Jalan Bayam, di sini, kelmarin.
Akibat tikaman itu, Mohamad Danish Aidid Yahaya cedera di pinggang kiri dan kanan dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan disahkan stabil selepas menerima beberapa jahitan.
Mengimbas detik cemas itu, Cik Muji berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang ketika anak bongsu itu bermain di belakang rumah, sebelum abangnya yang berusia 44 tahun datang menghampiri sambil membawa pisau.
“Sebelum itu, abang tiba-tiba mengamuk kerana perkara yang saya sendiri tidak faham sebelum ke dapur mengambil pisau pemotong sayur, sebelum menikam pinggang kanan Mohamad Danish.
“Abang juga sekali lagi menikam pinggang kanan anak selepas menyeretnya masuk ke dalam rumah. Saya terkejut ketika itu apatah lagi lihat anak meraung kesakitan dengan baju berlumuran darah.
“Saya tak mampu buat apa-apa kerana ketika itu abang masih memegang pisau. Namun, saya nekad mengambil Mohamad Danish dan lari meminta bantuan jiran,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.
Cik Muji berkata, sepanjang perjalanan ke hospital menaiki ambulans, dia hanya mampu mengucap beberapa kali berikutan tidak sanggup melihat anaknya mengerang kesakitan.
“Alhamdulillah apabila tiba di hospital, doktor memaklumkan kecederaannya tidak serius dan dia hanya menerima dua jahitan saja,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman berkata, suspek dipercayai mengamuk kerana tidak menerima wang bantuan RM60 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Difahamkan, sebelum kejadian suspek bertanya ibu mangsa yang baru pulang dari bank mengenai wang bantuan JKM yang masih belum diterima,” katanya.
Sumber: Mymetro
Read More
Slip Gaji 3 Bulan, Fizo Kesal Fareeda Difitnah Di Bulan Ramadhan
2:02 pm Admin Kedahnews No comments
Pelakon Fizo Omar terkilan apabila ada pihak masih cuba memburukkan tudung Fareeda dengan memfitnah kononnya mana-mana pelanggan yang mahu ke butik itu perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, sebagai Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Global Resources, dia melihat tuduhan itu sesuatu perkara yang mengarut kerana pihaknya tidak pernah meletakkan syarat-syarat sedemikian.
"Itu semua fitnah dan tuduhan itu langsung tidak berasas. Secara logiknya, mana ada kedai yang meletakkan syarat perlu membawa slip gaji sebelum dibenarkan masuk kedai?
"Butik-butik berjenama mewah pun tidak meletakkan syarat seperti itu. Bagi saya gosip itu adalah khabar angin kosong yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik syarikat," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.
Minggu lalu, salah seorang individu telah memuat naik status di Twitter mengatakan dia tidak berpuas hati dengan cara butik Fareeda melayan pelanggan di mana sesiapa yang ingin masuk mana-mana cawangan butik tersebut perlu membawa slip gaji selama tiga bulan.
Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.
Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.
"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," ujarnya.
Fizo menjalankan perniagaan itu bersama isterinya yang juga pemilik kekal syarikat berkenaan iaitu Mawar Abdul Karim, 25.
Sementara itu Fizo berkata, dia bersyukur walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada jenama tudung itu, namun perniagaan yang dijalankan masih lagi mendapat respons yang memberangsangkan.
"Biasalah, apabila sesebuah jenama barangan sudah menjadi popular, mulalah ada yang dengki. Rasanya itu adalah satu perkara normal yang terjadi kepada mana-mana perniagaan," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fizo berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia juga sibuk menguruskan perniagaan Hot Burger yang kini mempunyai sebanyak 150 buah cawangan.
"Sekarang ini memang saya terlalu sibuk dengan pengurusan perniagaan. Sampaikan saya terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan.
"Saya juga merancang untuk meletakkan sasaran di mana Hot Burger akan mempunyai sebanyak 200 cawangan di seluruh Malaysia pada hujung tahun ini.
"Selepas itu, barulah saya boleh aktif semula dalam lakonan," tuturnya.
"Sekarang ini memang saya terlalu sibuk dengan pengurusan perniagaan. Sampaikan saya terpaksa menolak pelbagai tawaran lakonan untuk memberi fokus kepada perniagaan.
"Saya juga merancang untuk meletakkan sasaran di mana Hot Burger akan mempunyai sebanyak 200 cawangan di seluruh Malaysia pada hujung tahun ini.
"Selepas itu, barulah saya boleh aktif semula dalam lakonan," tuturnya.
Sumber: Mstar
Read More
#WorldCup: RM27 Juta Untuk Umat Islam Gaza!
12:02 pm Admin Kedahnews No comments
Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta.
Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang.
Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.
Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi
Read More
Rahsia Terbongkar, Lelaki Cekik Suami Kekasih Sampai Mati
10:04 am Admin Kedahnews No comments
Sabak Bernam – Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.
Sumber: myMetro
Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.
Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.
Sumber: myMetro
Read More
Rebut Jawatan No.2: Khalid Ibrahim Tinggalkan Azmin?
8:10 am Admin Kedahnews No comments
PETALING JAYA – Kem calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Menteri Besar Selangor itu kini mendahului persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, walaupun gagal mempertahankan kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor.
Sumber terdekat Khalid memberitahu The Star Online bahawa beliau kini mempunyai kelebihan berbanding Azmin Ali dengan memperolehi majoriti 700 undi untuk jawatan tersebut, selepas pemilihan baharu yang diadakan di beberapa bahagian.
Namun, kem Azmin menafikan jumlah majoriti undi tersebut dengan mendakwa Khalid berada di ambang kekalahan.
“Berdasarkan pengiraan kami, Khalid menerima lebih banyak undi di 11 cabang di Selangor, lima di Sarawak dan empat di Sabah. Di Sabah misalnya, beliau mendapat lebih 1,700 undi,” kata sumber.
Setakat ini, PKR mengadakan pemilihan semula di 25 cabang dengan baki dua lagi cabang iaitu di Puchong dan Kelana Jaya akan diadakan pada 10 Ogos ini.
Pemilihan semula diadakan di 27 cabang kerana wujud pelbagai percanggahan dan penyelewengan dalam proses pengundian yang diadakan secara rasmi dari 26 April hingga 11 Mei lalu.
Menurut sumber tersebut, Khalid menang di Kota Raja, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sepang, Selayang, Subang, Kapar, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Kuala Langat.
Di Sabah, Khalid mendapat majoriti undi di Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar.
Sementara itu, undi di beberapa bahagian di Sarawak iaitu di Limbang, Julau, Kapit, Sarikei dan Batang Sadong turut dikatakan berpihak kepada Khalid.
Bagaimanapun, kem Azmin menegaskan Ahli Parlimen Gombak itu belum tewas tetapi sebaliknya memperkukuhkan kedudukan selaku pendahulu.
Menurut sumber yang enggan dikenali, Azmin menerima 20,351 undi manakala Khalid mendapat 15,767 undi sehingga 1 Julai.
Sementara itu, pencabar ketiga, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai peluang tipis untuk menang selepas sekadar memperoleh 9,590 undi setakat ini.
Keputusan itu tidak termasuk undi dari Subang, Sg Besar, Keningau, Pensiangan, Papar, Tenom, Kelana Jaya dan Puchong.
“Adalah tidak benar Khalid sedang mendahului. Walaupun terdapat undi dari beberapa cabang, ia masih tidak diambil kira, Azmin masih kekal mendahului,” kata sumber dari kem Azmin.
Sumber: Mstar
Read More
Memalukan: Australia Akui Dikelirukan Pegawai Sendiri
12:07 am Admin Kedahnews 1 comment
Tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail menggemparkan dunia selepas beliau meninggalkan New Zealand menggunakan kekebalan diplomatik.
Tindakan tersebut turut dikritik Perdana Menteri, John Key.
Malaysia pada Rabu bersetuju untuk menghantar semula Muhammad Rizalman ke Wellington tetapi pegawai di New Zealand dimalukan dengan pendedahan bahawa mereka yang membenarkan tertuduh meninggalkan negara itu.
"Jika anda fikir saya teruja mengenai prestasi kementerian mengenai perkara ini, anda sebenarnya tersilap," kata McCully kepada Radio New Zealand.
Muhammad Rizalman dihadapkan di sebuah mahkamah di New Zealand pada 10 Mei dan didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita di Wellington pada hari sebelumnya.
Namun, McCully pada minggu ini mendedahkan bahawa tertuduh bertindak begitu kerana menerima tawaran daripada pegawai kementerian terbabit ketika perbincangan tidak rasmi untuk menyelesaikan kes tersebut.
McCully berkata, beliau dan Perdana Menteri tidak dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut apabila mereka mengkritik negara diplomat berkenaan.
Katanya, pilihan menghantar Muhammad Rizalman pulang tidak sepatutnya dibincangkan dan beliau akan meneliti dalang disebalik salah faham itu.
"Saya berhasrat untuk melihat perkara ini diikuti dan mereka yang bertanggungjawab akan tidak akan terlepas," katanya.
Katanya, pilihan menghantar Muhammad Rizalman pulang tidak sepatutnya dibincangkan dan beliau akan meneliti dalang disebalik salah faham itu.
"Saya berhasrat untuk melihat perkara ini diikuti dan mereka yang bertanggungjawab akan tidak akan terlepas," katanya.
Read More