Thursday, 3 July 2014
Azwan Ali Ludah Peniaga Bazar Dan Pengguna Laman Sosial Di Bulan Ramadhan..
11:06 pm Shahir Shukor No comments
Siapa tak kenal dengan, Azwan Ali artis yang mengecop dirinya sendiri sebagai seorang “diva”negara.
Kalau bab memaki hamun orang tidak kira di laman sosial atau pun secara umum, KedahNews.com rasa tidak mungkin setanding artis ini.
Apa yang KedahNews.com ingin sampaikan mengenai "diva" ini tindakannya yang kembali meroyan di laman sosial dengan memaki hamun kebanyakkan peniaga di bazar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur(KL) yang dikatakan menjual makanan tidak sedap dan seperti sampah.
Menurut sumber yang diterima, Azwan Ali telah bertindak untuk pangkah (banned) semua bazar di KL kerana dia telah termakan tauhu sumbat basi yang dibelinya untuk berbuka.
Beberapa pengikut Azwan di laman Twitter yang menegur tindakannya itu turut di maki sehingga dia mengelar mereka sebagai anak setan dan anak sampah yang sanggup makan tahi.
Teguran yang dibuat itu menyebabkan Azwan bertindak meminta bantuan pengurus peribadinya untuk menyekat akaun-akaun mereka di laman sosial berkenaan.
Terkejut pihak KedahNews.com apabila membaca sumpah seranah yang dikeluarkan Azwan Ali terhadap peniaga di bazaar dan beberapa pengikutnya.
Mungkin ada kebenaran mengenai kemarahan artis ini tapi KedahNews.com rasa ayat-ayat yang digunakan oleh seorang artis yang berulang kali ke Mekah untuk mengerjakan Umrah tidak sepatutnya begitu kerana ini akan mencerminkan dirinya sendiri.
KedahNews.com tidak mahu memberi ulasan selebihnya kerana bimbang turut di gelar anak setan oleh Azwan Ali. Pihak kami berharap di bulan yang mulia ini dapat membuka pintu hati artis ini dan orang ramai agar menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu perbuatan. Bahasa menunjukkan bangsa bukan? –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Video: Demi Sebuah Perkahwinan, Alirkan Airmata Mu Sepuasnya...
10:07 pm Shahir Shukor No comments
Sepasang kekasih di Filipina, Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai ini sempena hari lahir Rowden yang ke-30.
Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden didiagnosa menghidap kanser hati tahap 4 yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.
Dalam keadaan tak bermaya dia menyatakan hasrat mahu mengahwini Leizl sebelum nafasnya berakhir.
Justeru, perkahwinan disegerakan. Dalam masa 12 jam segala persiapan dibuat lalu upacara berlangsung di wad memandangkan Rowden tidak boleh meninggalkan hospital.
Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya pergi buat selama-lamanya pada 11 Jun 2014.
Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset (yang mengepos video di bawah ke YouTube) dan Hisham.
Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton lebih 9 juta kali.
Rata-rata yang menyaksikan video ini mengalirkan air mata atau sekurang-kurangnya rasa sebak dan kami pasti, anda akan jadi salah seorang daripadanya.
Sumber : MyNewsHub.my
Read More
Suspek Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Berjaya Diberkas
8:05 pm Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 3 Julai - Suspek utama kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu berjaya diberkas.
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan bersama tiga lagi rakannya dalam dua serbuan berasingan pada awal pagi Selasa.
"Empat lelaki telah ditahan di Ampang dan Batu Caves. Mereka berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an," kata sumber.
Menurut sumber, salah seorang suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Taman Jati, Rawang kira-kira pukul 10 pagi Rabu.
Sehelai kemeja-T yang dipercayai digunakan oleh lelaki semasa menembak Shaharudin turut dijumpai.
"Lelaki tersebut kini berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya," katanya.
Shaharuddin, yang mengetuai Jabatan Perkastaman/Cukai Dalam Negeri akan bersara dalam tempoh setahun lagi sebelum beliau ditembak mati pada 26 April lalu.
Beliau berkhidmat di jabatan tersebut selama lebih 30 tahun dimana beliau banyak berjasa dalam menjayakan operasi mengekang ketirisan wang bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 26 April tahun lalu, Shaharuddin maut akibat ditembak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.
Sumber : Mstar
Read More
Mukhriz Sampaikan Sendiri Sumbangan Ramadhan, Penerima Sumbangan Terharu
7:03 pm Shahir Shukor No comments
Sungai Petani, 3 Julai – Seorang wanita yang menerima sumbangan sempena menyambut Ramadhan berasa teruja kerana berpeluang melihat dan berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Dato’Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dari jarak dekat.
“Ini kali pertama melihat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dari jarak dekat.
Itu adalah reaksi pertama salah seorang penerima sumbangan, Rafeah Ibrahim, 67,yang berasal dari Bukit Selambau ketika melihat Mukhriz tiba di pekarangan Masjid Taman Baru, Sungai Lalang semalam.
“Syukur Alhamdulillah menjadi salah seorang penerima dan sumbangan disampaikan sendiri menteri besar. Sungguh, ini kali pertama berhadapan dengan beliau,” katanya yang teruja kerana diberi kesempatan berkenaan.
Salah seorang lagi penerima sumbangan, Siti Minah Mahmud, 64, yang datang dari Kota Kuala Muda berkata, dia berasa terharu dapat berjumpa dengan Mukhriz dan menyifatkan anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad itu berjiwa rakyat.
“Terima kasih atas bantuan kepada kami dan gembira sumbangan disampaikan sendiri dari tangan menteri besar,” katanya.
Bagi Siti Kamaliah Abdullah, 43, yang juga merupakan poenerima sumbangan itu berkata, dia berasa sedih ketika namanya dipanggil untuk menerima sumbangan.
“Terasa hiba kerana diri ini masih diingati dan ada pihak yang ingin menyampaikan sumbangan. Tambahan pula, ia disampaikan sendiri Menteri Besar Kedah,” kata wanita itu.
Dalam Perkembangan sama, kerajaan negeri Kedah turut memberi sumbangan kepada penduduk di sekitar daerah Kuala Muda seramai 1,365 orang yang terdiri dari golongan guru agama, pengurus jenazah, bidan serta tok mudim.
Sementara itu, Mukhriz turut memohon sokongan daripada penduduk di daerah ini supaya menyokong setiap perancangan yang telah diusahakan oleh kerajaan negeri termasuklah dalam pembinaan lapangan terbang dan juga litar lumba khusus untuk kegunaan rakyat Kedah. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Sihir: "Tali Segi Tiga Terikat" Di Pagar Tanda Rumah Akan Dirompak?
6:02 pm Shahir Shukor No comments
Selain ilmu yang bermanfaat, ada juga yang memilih untuk belajar ilmu tidak sepatutnya dengan tujuan untuk hidup senang.
Ilmu dimaksudkan termasuklah ilmu hitam untuk tujuan memukau dan merompak harta benda orang lain.
Untuk pengetahuan bersama, terdapat satu cara untuk mengetahui sekiranya kediaman kita menjadi sasaran pengamal ilmu hitam untuk merompak atau disihir.
Perkongsian tentang perkara ini giat dikongsikan di laman-laman sosial sekarang dengan sumber dikatakan daripada ‘Ustaz Zamri’.
Menurut perkongsian tersebut, jika terlihat ada lilitan tali berbentuk tiga segi diikat pada pagar atau mana-mana tempat di rumah kita atau taman perumahan, maka tali tersebut hendaklah segera dibakar sebelum ia diambil semula oleh pihak yang berniat jahat.
Menerusi cara itu kediaman kita atau orang lain tidak sempat menjadi mangsa perompak atau dituju dengan ilmu sihir.
Kami berkongsikan pos ini dengan tujuan mudah-mudahan ia memberi manfaat. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam.
Sumber : MyNewsHub.My
Read More
Jangan Malu Untuk Lakukan Amalan Yang Baik
5:05 pm Shahir Shukor No comments
Kemulian serta kualiti manusia bukan dilihat pada fizikal yang cantik atau kekayaan, tetapi iman serta amal salih yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Menjadi pakej lengkap setiap orang beriman pasti gemar melakukan kebaikan dalam semua perkara. Semakin mantap iman, semakin mudah berbuat baik sekali gus darjatnya semakin tinggi di sisi Allah.
Di sinilah pentingnya kita mantapkan iman dan berlumba-lumba melakukan kebaikan sama ada kepada Allah, diri, masyarakat. haiwan dan alam. Semua yang dilakukan demi meraih kecintaan dan keredaan Allah sebagai kebahagiaan yang hakiki.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia daripada kejahatannya. Bahagialah orang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebaikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan daripada kata-katanya." (Hadis riwayat Tabrani)
Ada individu enggan melakukan perkara baik seperti belajar atau mengajar ilmu bermanfaat kepada orang yang memerlukannya kerana malu. Sikap ini sangat mengelirukan, sebab malu hanya layak dalam perkara dilarang agama.
Kita sering berjumpa manusia yang memandang ringan terhadap kebaikan yang sedikit. Mereka keberatan atau enggan melakukannya lalu dicipta pelbagai alasan tidak masuk akal untuk mengelak daripada dilihat sebagai seorang pemalas dan orang yang bersalah.
Sedangkan Islam sangat menekankan perlunya manusia berlumba-lumba berbuat kebaikan. Walaupun hanya bersedekah sebelah daripada sebiji kurma yang dianggap perkara remeh namun sesungguhnya tetap diperhitung Allah sebagai amalan soleh.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hindarilah seksa neraka meskipun dengan bersedekah sebelah buah kurma. Siapa yang tidak mampu bersedekah separuh buah kurma sekurang-kurangnya dia bertindak dengan menuturkan perkataan yang baik dan bermanfaat." (Maksud Al-Hadis)
Sekecil apapun perkara kebaikan yang dilakukan tetap dinilai dan diberi pahala oleh Allah dan begitu juga dengan kemungkaran, tidak akan dibiarkan begitu saja, pasti akan menerima balasannya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Siapa yang berbuat baik walau sebesar zarah kebaikan ia pasti melihat ganjarannya. Siapa yang berbuat sebesar zarah kejahatan pun ia pasti akan melihat akibatnya." (Surah Al-Zalzalah: 7-8)
Jika ruang hidup yang memang terhad ini tidak diisi dengan amalan baik yang mendatangkan manfaat, bermakna kita sudah melangkah di jalan salah yang terpesong daripada tujuan hidup sebenarnya dan seolah-olah sengaja mencampakkan diri ke dalam golongan orang rugi daripada rahmat-Nya.
Firman Allah bermaksud: "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang beriman dan beramal salih dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar." (Surah Al-Asr: 1-3)
Jika enggan atau berlengah-lengah maka dikhuatiri nanti kita tidak berkesempatan melakukan amal soleh disebabkan mungkin ditimpa sakit atau meninggal dunia.
Benarlah nasihat Hasan Basri: "Ayuh segeralah, segeralah! Sebab segala sesuatu itu tergantung daripada nyawamu saja, jika ini sudah diputuskan, terputuslah pula segala amalmu. Jika demikian, amalan mana lagi yang akan kau pergunakan untuk 'bertaqarrub' (mendekatkan diri) kepada Allah."
Kita perlu sentiasa nyalakan semangat dan azam berlumba-lumba melakukan kebaikan selari suruhan agama supaya terhindar daripada segala kemungkaran.
Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya mereka adalah orang yang selalu berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan selalu berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka sentiasa khusyuk kepada Kami." (Surah Al-Anbia: 90)
Demi untuk menjadi insan mulia dan dikasihi Allah, kita perlu segera melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sesungguhnya Allah selalu bersama orang yang bertakwa dan selalu menambah amalan salih. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah berserta orang yang bertakwa dan orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah An-Nahl: 128)
Sumber : Berita Harian
Read More
Kemeriahan Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman Penuh Warna Warni..
4:06 pm Shahir Shukor No comments
Bila sebut bulan Ramadhan semua orang pasti akan bercakap mengenai kemeriahan bazar yang mereka telah kunjungi untuk membeli juadah untuk berbuka.
Semalam, KedahNews.com berkesempatan mengunjungi sebuah bazaar yang dianggap antara terbesar di negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman.
Bazar yang dimaksudkan ialah Bazar Ramadhan Stadium Darul Aman yang terletak di Alor Setar. Bazar ini boleh dikategorikan sebagai sebuah bazaar yang paling meriah, besar dan tersesak di Kedah.
Boleh anda semua bayangkan KedahNews.com perlu menunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan parking (tempat letak kereta) di sini.
Boleh anda semua bayangkan KedahNews.com perlu menunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan parking (tempat letak kereta) di sini.
Daripada tinjauan kami, banyak pengusaha makanan dan restoran terkenal membuka gerai di sini.
Bukan itu sahaja, terdapat juga makanan daripada negeri-negeri luar seperti otak-otak, nasi dagang, bakso dan pelbagai kuih muih yang pasti membuat anda teruja untuk menikmati semua makanan yang berada di sini.
Bukan itu sahaja, terdapat juga makanan daripada negeri-negeri luar seperti otak-otak, nasi dagang, bakso dan pelbagai kuih muih yang pasti membuat anda teruja untuk menikmati semua makanan yang berada di sini.
Masih ingatkan anda mengenai laporan media berkenaan Gerai Minuman Teh Bunga yang menjadi tumpuan pengunjung pada tahun-tahun sebelum ini?
KedahNews.com berpeluang melihat suasana gerai berkenaan yang terletak di bahagian belakang bazar dan keadaannya masih seperti tahun sebelumnya, di mana pengujung bazar perlu beratur untuk membeli minuman tersebut.
Berkemungkinan gerai ini dipindahkan ke bahagian belakang agar tidak menganggu gerai bersebelahan yang boleh menganggu jualan mereka.
KedahNews.com berpeluang melihat suasana gerai berkenaan yang terletak di bahagian belakang bazar dan keadaannya masih seperti tahun sebelumnya, di mana pengujung bazar perlu beratur untuk membeli minuman tersebut.
Berkemungkinan gerai ini dipindahkan ke bahagian belakang agar tidak menganggu gerai bersebelahan yang boleh menganggu jualan mereka.
KedahNews.com juga ada membuat satu rakaman video mengenai seorang warga emas yang kurang upaya (OKU) bermain piano dan menyanyi untuk mencari pendapatan.
Kami beri tabik hormat kepada warga emas itu kerana dia mencari sumber pendapatan dengan kudrat dan bakat yang Allah SWT berikan dan tidak seperti masyarakat yang lain terus mengemis tanpa melakukan sebarang usaha.
Kami beri tabik hormat kepada warga emas itu kerana dia mencari sumber pendapatan dengan kudrat dan bakat yang Allah SWT berikan dan tidak seperti masyarakat yang lain terus mengemis tanpa melakukan sebarang usaha.
Selain itu, KedahNews.com turut melihat kelibat beberapa anggota penguatkuasa Kesihatan yang membuat pemeriksaan di setiap gerai bagi memastikan setiap pemilik gerai makanan mempunyai lesen yang sah serta telah disuntik oleh pihak kesihatan sebelum membuka gerai makanan.
Dari pemerhatian kami, terdapat beberapa gerai yang hanya dibuka selepas pihak berkuasa itu selesai menjalankan tugas mereka.
Adakah mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kesihatan? Sekiranya tidak bagaimana mereka boleh mendapat tapak gerai di sana?
Adakah mereka tidak mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak kesihatan? Sekiranya tidak bagaimana mereka boleh mendapat tapak gerai di sana?
Semua itu kami tidak dapat beri penjelasan yang jelas dan diharap selepas ini pihak berkuasa perlu memberi lebih perhatian terhadap pemasalahan ini.
InsyaAllah, KedahNews.com akan menyiarkan berita mengenai kemeriahan bazar Ramadhan yang berada di Kedah sepanjang bulan yang mulia ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
InsyaAllah, KedahNews.com akan menyiarkan berita mengenai kemeriahan bazar Ramadhan yang berada di Kedah sepanjang bulan yang mulia ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Huru Hara PKR Di Selangor: Kem Azmin Bakal Hancur?
3:06 pm Admin Kedahnews No comments
Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kem Mohamed Azmin Ali bakal dikenakan tindakan disiplin ekoran "mulut celupar" mereka mempertikai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dua pemimpin terbabit ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari yang kini masing-masing sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana "kurang ajar" mendesak Khalid melepaskan jawatannya.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor itu.
Seorang lagi pemimpin yang turut berhadapan tindakan sama ialah bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin.
Surat tunjuk sebab diberikan kepada Faekah berikutan tindakannya mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang daripada kedua-dua penyokong setia Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.
Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.
Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.
Read More
RM100 Sekilo Tidak Halang Nikmati Patin Masak Lemak Cili Padi!
2:07 pm Admin Kedahnews No comments
TEMERLOH – Biarpun harganya mencecah puluhan malah ada sehingga ratusan ringgit, ikan patin liar seperti patin buah dan patin muncung tetap menjadi pilihan sebagai juadah berbuka puasa rakyat di negeri ini.
Bagi penggemar ikan spesis berkenaan, harga patin buah dan patin muncung yang mencecah RM80 hingga RM100 sekilogram bukanlah halangan untuk mereka menikmatinya.
Ditambah lagi apabila ikan patin tersebut dimasak asam tempoyak dan pais tempoyak, sudah cukup membuatkan mereka yang menggemari hidangan tersebut melupakan soal harganya yang mahal.
Bagi Saadiah Mat Lazim, 45 tahun yang bekerja sebagai seorang penjawat awam di Temerloh, hidangan berbuka mereka sekeluarga bagaikan tidak lengkap jika tidak dapat menikmati masakan ikan patin.
“Ikan patin dan lain-lain ikan Sungai Pahang sememangnya mahal, tetapi ia enak dan lazat serta membuka selera. Biar pun mahal tetapi bila dimakan ia memberikan kepuasan.
Patin buah dan patin muncung, dagingnya halus dan sukar diperolehi. Hanya di Sungai Pahang di daerah Temerloh, Pekan, Jerantut, Bera dan Lipis sahaja yang terdapat ikan jenis tersebut,” katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, seorang nelayan sungai di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Halim Mad Saad, 56, berkata permintaan untuk ikan patin liar di dalam bulan puasa ini meningkat berbanding hari-hari biasa.
“Sebelum bulan puasa saya hanya beroleh pendapatan antara RM100.00 hingga RM145.00 sahaja sehari, tetapi sejak bulan puasa ini pendapatan berganda dan setiap hari ada sahaja tempahan daripada pelangan,” katanya.
Katanya untuk menangkap ikan jenis itu, nelayan biasanya akan menggunakan jaring kerana peralatan lain seperti jala dan pukat sukar mengena memandangkan ikan patin suka bermain di tepi lubuk dan pokok buluh.
Sementara itu, pengusaha ikan patin sangkar turut mendapat tempias rezeki di bulan Ramadan apabila permintaan untuk ikan itu yang biasanya dijual dengan harga RM15 sekilogram meningkat setiap hari.
Bagi Halim Mat Diah 37 tahun yang mengusahakan ikan patin sangkar di Semantan, Temerloh, sebelum bulan Ramadan beliau biasanya menjual antara 20 hingga 25 kilogram sahaja ikan patin sehari.
Namun kini, ia meningkat kini lebih 40 kilogram dan kadang-kala hingga 80 kilogram sehari, katanya.
Beliau mempunyai 30 sangkar ikan sungai dengan 15,000 ekor ikan patin dan talapia untuk di pasarkan pada bulan puasa dan hari raya nanti. – BERNAMA
Read More
Negeri Selangor Beri Bonus Satu Bulan Gaji Sempena Aidilfitri
1:02 pm Shahir Shukor No comments
Shah Alam, 3 Julai - Kerajaan negeri Selangor pada Rabu mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam di negeri itu.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian bonus itu melibatkan seramai 17,000 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dengan peruntukan sebanyak RM32.7 juta.
"Keputusan ini dibuat berdasarkan peningkatan kutipan hasil negeri sebanyak RM1.162 bilion setakat 30 Jun lepas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata Jabatan Audit negeri itu akan menjalankan audit terhadap pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri, pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri dan pejabat Anggota Parlimen Selangor bagi memantau penggunaan peruntukan kewangan bagi program kebajikan di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Katanya, tujuan audit ini adalah untuk memudahkan kerajaan negeri menilai keberkesanan program-program kebajikan yang dijalankan sejak 2008, selain memantau peruntukan yang dibelanjakan bagi mengurangkan risiko ketirisan.
"Hasil laporan audit ini akan dihantar kepada Majlis Tindakan Integriti Negeri Selangor untuk dibuat rumusan dan memperbaiki sebarang kelemahan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program-program kebajikan ini," katanya.
Sumber : Mstar
Read More
AMARAN: Jangan Beli Juadah Di Bazar Ramadhan Tidak Bersih
1:01 pm Admin Kedahnews No comments
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli makanan di bazar Ramadan yang didapati tidak bersih.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai juga diisaran supaya membeli makanan di bazar Ramadan yang kualitinya diragui.
“Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan kuasa pembeli yang ada pada mereka dengan membeli makanan di premis yang bersih.
“Sekiranya pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang dijual di bazar Ramadan, pengguna boleh memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Noor Hisham berkata, aduan mengenai perkara itu boleh juga dibuat amelalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3 atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di alamat www.facebook.com/bkkmhq.
Justeru, beliau memberi peringatan kepada peniaga bazar Ramadan supaya memastikan premis dan makanan yang dijual mereka sentiasa bersih dan selamat.
Tegasnya, peniaga yang tidak mematuhi keperluan Akta Makanan 1983 akan dikenakan tindakan perundangan termasuk penutupan premis dan kompaun.
Beliau bagaimanapun memaklumkan, Kementerian Kesihatan telah menjalankan aktiviti pemantauan ke atas sumber bahan mentah yang diigunakan peniaga bazar Ramadan dan tempat penyediaan makanan mereka.
Katanya, Kementerian Kesihatan terus menjalankan aktiviti pemantauan di bazar Ramadan yang beroperasi di seluruh negara untuk memastikan peniaga terlibat mematuhi peraturan ditetapkan.
“Antara aspek keselamatan makanan yang ditekankan semasa pemeriksaan adalah memastikan semua pengendali makanan telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan latihan pengendali makanan serta mendapat suntikan pelalian anti tifoid; kebersihan pengendali makanan; amalan pengendalian makanan dan aspek kebersihan gerai.
“Kementerian Kesihatan juga giat menjalankan beberapa aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan bag mendidik pengguna untuk sentiasa peka mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya.
Read More
Google Pun Pandai Raikan Ramadhan
12:02 pm Admin Kedahnews No comments
Seperti pada tahun lepas, untuk tahun ini pihak Google menyediakan sebuah halaman hab khas bersempena dengan bulan Ramadhan.
Melalui halaman khas tersebut, pihak Google menekankan kepada penggunaan beberapa perkhidmatan mereka, seperti Google Calendar untuk mencatatkan agenda, Google Maps untuk membuat perancangan perjalanan, Google Keep untuk menyimpan nota dan sebagainya.
Google turut mengumpulkan sejumlah video khas daripada YouTube yang meliputi beberapa perkara, termasuk berkaitan resipi makanan, dan beberapa perkara lain berkaitan dengan Ramadhan.
Tidak ketinggalan adalah halaman di PlayStore, mengetengahkan beberapa aplikasi yang terdiri daripada yang berkaitan berkenaan fotografi, sehinggalah pencarian resipi, dan sebagainya.
Read More
Tabung Haji Begitu Istimewa Di Mata Dunia
11:09 am Admin Kedahnews No comments
MAKKAH – Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.
Pengerusi TaHa Alam Sdn Bhd Tan Sri Hashim Meon berkata 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.
TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.
“Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.
“Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji.
“Buat masa ini, kita juga menumpukan kepada 56 negara Islam anggota IDB dengan giat mempromosikan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat pengurusan jemaah umrah dan haji.
“Mereka juga sedia maklum bahawa modul TH dilihat dapat memberi manfaat kepada jemaah pada masa akan datang seperti lebih menjimatkan kos dan menguruskan ibadah umrah dan haji secara lebih sistematik,” katanya.
Bagi tempoh jangka panjang pula, TaHa Alam berharap dapat membantu negara berkenaan mewujudkan organisasi pengurusan haji yang sama seperti TH. – BERNAMA
Read More
Zakat Fitrah Di Kedah Kekal RM7
10:08 am Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Kadar zakat fitrah bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 seperti tahun lepas, kata Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negeri, Datuk Syeikh Ghazali Yaacob.
Beliau berkata 3,017 orang amil telah dilantik untuk menerima bayaran di 563 buah masjid di seluruh negeri.
Sebanyak 280 amil turut ditempatkan di 113 buah premis terpilih, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata amil akan mengeluarkan resit rasmi yang dikeluarkan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang mempunyai tandatangan bagi mengelak penipuan pihak tertentu.
Syeikh Ghazali berkata pihaknya turut menawarkan pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih.
Orang ramai boleh melayari laman web jabatan zakat www.zakatkedah.com atau menghubungi pejabat zakat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Syeikh Ghazali berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah RM8 juta tahun ini berbanding RM7.45 juta tahun lepas dan RM6.9 juta pada 2012.
"Sasaran RM8 juta kita buat selepas melihat kesedaran orang ramai membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh pejabat zakat. Amil kita pun bertambah setiap tahun dan kita ada pelbagai medium untuk bayar zakat," katanya.
Sementara beliau berkata kutipan pelbagai jenis zakat dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini ialah RM62 juta berbanding RM45 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah sebanyak RM12.5 juta melibatkan 20,991 orang. - Bernama
Beliau berkata 3,017 orang amil telah dilantik untuk menerima bayaran di 563 buah masjid di seluruh negeri.
Sebanyak 280 amil turut ditempatkan di 113 buah premis terpilih, katanya kepada pemberita.
Beliau berkata amil akan mengeluarkan resit rasmi yang dikeluarkan Jabatan Zakat Negeri Kedah yang mempunyai tandatangan bagi mengelak penipuan pihak tertentu.
Syeikh Ghazali berkata pihaknya turut menawarkan pembayaran zakat fitrah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbankan Internet terpilih.
Orang ramai boleh melayari laman web jabatan zakat www.zakatkedah.com atau menghubungi pejabat zakat bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Syeikh Ghazali berkata pihaknya menyasarkan kutipan zakat fitrah RM8 juta tahun ini berbanding RM7.45 juta tahun lepas dan RM6.9 juta pada 2012.
"Sasaran RM8 juta kita buat selepas melihat kesedaran orang ramai membayar zakat kepada amil yang dilantik oleh pejabat zakat. Amil kita pun bertambah setiap tahun dan kita ada pelbagai medium untuk bayar zakat," katanya.
Sementara beliau berkata kutipan pelbagai jenis zakat dari 1 Januari hingga 30 Jun tahun ini ialah RM62 juta berbanding RM45 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata bantuan yang diberikan kepada golongan miskin dari Januari hingga Jun tahun ini ialah sebanyak RM12.5 juta melibatkan 20,991 orang. - Bernama
Read More
Nak Jadi Muda Kembali, Sanggup Buat Rambut "Kotak"!
9:03 am Shahir Shukor No comments
Seorang lelaki berusia 54 tahun bertekad mengayakan rambut berbentuk empat segi kerana mahu kelihatan lebih muda.
Menurut sumber, lelaki yang hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wu tekad untuk menggunakan gaya rambut tersebut kerana mahu dilihat lebih muda dan berharap gadis yang sebelum ini menolak cinta akan kembali menerima dirinya.
Sumber yang KedahNews.com perolehi, Wu yang bekerja sebagai seorang saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan dan mempunyai pendapatan kira-kira TWD70,000(RM7,507) sebulan dan masih bujang.
Wu berkata, bukan mudah untuk mengayakan rambut berbentuk empat segi ini kerana dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan masa selama dua jam bagi membentuk rambut tersebut serta hanya boleh disikat sekali dalam tempoh masa 15 hari.
Dalam pada itu, gaya rambut yang pelik ini mendapat perhatian dikalangan pengguna kereta api di sana sehinggakan mereka memberi gelaran ‘Lelaki Berkepala Empat Segi’ kepada Wu. – KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
PDRM Mahu Masyarakat Hubungi Pihak Berkuasa Untuk Dapatkan Maklumat
8:03 am Shahir Shukor No comments
Kuala Lumpur, 2 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan laporan khabar angin mengenai satu sindiket yang terlibat dalam rompakan dan pembunuhan beberapa wanita di sekitar Kuala Lumpur.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, berita mengenai khabar-khabar angin seperti itu kini dilihat semakin berleluasa di laman-laman sosial seperti Facebook, WhatApps serta Twitter dan menegaskan kesemua itu adalah tidak benar.
“Hebahan mengenai insiden yang melibatkan beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Puduraya, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu sindiket adalah tidak benar.
Maklumat palsu ini pernah disebarkan pada Julai 2012 dan kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk menimbulkan ketakutan dikalangan orang ramai. Hasil siasatan mendapati, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden itu di sekitar ibu kota,” tegasnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Asmawati berharap masyarakat tidak akan mudah percaya dengan khabar-khabar angin seperti itu dan mahu orang ramai menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian sekiranya mendapat apa-apa berita dari sumber ini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Lelaki Bunuh Teman Wanita Untuk Popular Di TV?
7:01 am Shahir Shukor No comments
Oxford, 2 Julai – Seorang lelaki layak di gelar manusia paling tidak berhati perut kerana memberi alasan mahu menjadi terkenal dan masuk televisyen setelah didapati bersalah membunuh.
Perkara itu didedahkan dalam perbicaraan di mahkamah selepas suspek, Ben Blakeley, 22, didakwa telah melakukan pembunuhan ke atas seorang gadis yang merupakan teman wanitanya, Jayden Parkinson, 17.
Jururawat penjara, Cally Brinsley, ketika memberi keterangan berkata, suspek memberitahu kepadanya bahawa dia kini sudah menjadi terkenal selepas melakukan pembunuhan.
“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya
“Dia juga berulang kali meminta peti televisyen bagi membolehkan dia melihat berita mengenai dirinya
Blakeley dipercayai membunuh teman wanitanya selepas mendapat tahu Parkinson sedang mengandung anak mereka ketika itu.
Menurut laporan, kali terakhir lelaki itu dilihat bersama Parkinson ialah pada 3 Disember tahun lepas dan mayat gadis itu dijumpai seminggu selapas dia dibunuh. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Bukit Aman Buru Pensyarah UM Suspek Militan
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman memburu lima individu termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan Bukit Aman sebentar tadi, memberitahu tiga daripada mereka disyaki sebagai individu yang merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai perjuangan kumpulan Islamic State of Iraq and The Levant (ISIL) di Syria.
“Dua lagi disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya.
Lima individu berkenaan adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai fotostat dan alat tulis di universiti sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.
Manakala dua individu yang disyaki menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, seorang penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03 22667010 atau 011 21046850 atau emel ke [email protected] atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Berita Harian
Read More