Mukhriz Mahathir: Dulu dan Kini...

Timbul juga persepsi bahawa Mukhriz bukan anak kampung, tidak bergelumang "selut geleboq" dan tidak pernah menyerkap ikan darat di belakang "kubota". Dia seolah lahir dalam "lubuk emas" dan "tilam empuk" di dalam keluarga ternama...

Dua Tokoh Pemimpin Muda Kedah Terima Gelaran Datuk

Walaupun dalam usia 36 tahun, ibu kepada dua orang cahaya mata itu dilihat sebagai "role model" di daerah Kulim dan kini masih lagi memegang tanggungjawab sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu.

"Hari Ini Exco Dengar Rintihan Kami..."

“Syukurlah sebab dah lama minta pihak bertanggungjawab naik taraf bazar ini. Hari ini Exco dengar rintihan kami dan beliau turun padang beri harapan yang tinggi kepada peniaga bazar di sini,”

KXP Bakal Semarak Ekonomi Kedah - Mukhriz Mahathir

"Sepertimana seluruh kawasan Kedah Utara mengalami pertumbuhan mendadak dalam tempoh yang singkat dengan pembukaan Universiti Utara Malaysia di Sintok, begitu jugalah diharapkan akan berlaku kepada negeri kita, malah turut melimpah ke negeri-negeri jiran seluruh Utara Semenanjung ini,"

Anak Pendang Ketuai Senarai 77 Terima Pingat Dari Sultan Kedah

Anak jati Kedah ini, yang dilahirkan pada 31 Mei 1982 di Pendang, merupakan penerima tunggal Bintang Keberanian Kedah (BKK). Beliau terlibat dalam insiden berdarah di Kampung Air Simunul, Semporna pada 2 Mac 2013 yang mengakibatkan 10 musuh ditembak mati, 14 ditangkap manakala enam anggota keselamatan pula terkorban.

"Layanilah Pihak Lain Sebagaimana Kamu Ingin Dilayani"

"Layanilah pihak lain sebagaimana kamu ingin dilayani’". Seruan sedemikian kerap dipetik dan dimajukan sebagai rukun persefahaman dan kerjasama antara warga pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama.

Sunday, 21 September 2014

Pasangan Kekasih IPTA Dicekup Beraksi Tak Senonoh Dalam Bas Ekspress

KUANTAN - Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

"Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

"Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan," katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. - Bernama

Read More

Selesai Konflik, Shila Amzah Janji Berdepan Media Melayu

KONFLIK yang melanda antara penyanyi  tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.

Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.

Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di Beijing, China.

“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” katanya.

Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.

Riuh seketika dunia hiburan tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status  dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman Instagram milik Shila sendiri.

Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat liputan pada malam konsert terbabit.

“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini, kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu. Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagram tersebut.

Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter. -Sinar Harian

Read More

"Jihan Lebih Layak" - Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah tewaskan Jihan - Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014
Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.

"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.

Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.
Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.

"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya. -Mstar

Read More

Sah! Van Gaal Pancing Christiano Ronaldo Kembali Ke Man U

LOUIS van Gaal mengakui Manchester United akan membawa pulang Cristiano Ronaldo ke Liga Perdana Inggeris pada musim depan.

Walaupun telah membelanjakan sebanyak £151.3 juta pada tingkap perpindahan baru-baru ini, namun United bersedia bagi melakukan pembelian mega dengan mendapatkan bintang Real Madrid itu.

Pada masa sama, United juga akan mendapatkan bintang Roma, Kevin Strootman - pemain tengah yang menjadi sasaran Van Gaal - walaupun Roma mahukan sebanyak £46 juta.

Van Gaal ketika ditanya mengenai potensi pemindahan Ronaldo ke Old Trafford berkata,"Ia mungkin seperti yang saya katakan, dengan adanya Falcao, pemain seperti Ronaldo akan memberi tambahan kepada kami.

Ronaldo meninggalkan United pada 2009 untuk bersama Real Madrid dengan rekod pemindahan dunia iaitu sebanyak £80 juta.

Pemindahan Ronaldo ke United dikuatkan dengan kenyataan Presiden Real Madrid, Ramon Calderon baru-baru ini bahawa pemain berusia 29 tahun itu bakal berhijrah.

Kepulangan Ronaldo pada usia 30 tahun pada tahun depan memaksa pemain itu menuntut gaji sebanyak £350,000 seminggu selepas cukai.

Berikutan itu, United dilaporkan bersedia untuk memastikan Ronaldo dapat bersama skuad terbabit dan tiada pasukan lain yang berjaya memintas mereka. -Mstar

Read More

Islam Bukan Sekadar Ucap Syahadah...

MEMELUK Islam bukan sekadar mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun, anugerah hidayah yang diperoleh itu wajib disusuli dengan usaha memahami dan mendalami Islam yang sebenar secara istiqamah.

Bimbingan dan pemantauan ini tidak sekadar membina jati diri Islam dalam diri seorang mualaf, malah sekali gus memelihara imej Islam, khasnya di mata mereka yang belum Islam.
Dikatakan tempoh lima tahun pertama pengislaman adalah merupakan fasa kritikal bagi seorang mualaf. 

Dalam tempoh tersebut, saudara baharu itu terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Apatah lagi keyakinan dan akidah mereka masih tipis, selain masih dalam proses mencari erti Islam yang sebenar. Ditambah pula, jika seseorang saudara baharu itu menghadapi tentangan daripada ahli keluarga serta sokongan umat Islam itu sendiri.

Hal ini diakui Pembantu Pegawai Dakwah di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Amran Abdullah sebaik diajukan persoalan berkaitan dengan kemelut seorang mualaf.

“Ada segelintir saudara baharu yang terpaksa merahsiakan pengislaman mereka daripada pengetahuan ahli keluarga demi keselamatan, takut kehilangan keluarga kandung serta demi menjaga hati ibu dan bapa," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Perkim, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tekanan sedemikian berisiko untuk mereka menjadi murtad atau wujudnya persepsi negatif bahawa mereka lebih ‘tertarik’ kepada kelayakan menerima santunan zakat atau atas sebab ingin berkahwin dengan orang Islam.

Sebagaimana yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60 yang bermaksud: 
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Keadaan itu ditambah pula dengan sikap dan tindakan segelintir masyarakat Islam yang tidak mencerminkan imej Islam yang sebenarnya.

“Kadang kala kemurnian Islam telah terlindung atau dihijab oleh orang yang lahir sebagai Islam. Contohnya, ada mualaf tengok mereka tidak solat, tidak berpuasa, tidak menutup aurat dalam erti kata yang sebenar dan lain-lain.

“Jadi, mereka keliru tetapi kami cuba hapuskan dengan menanam kefahaman bahawa titik tolak kepada perubahan itu perlu kepada ilmu serta jangan mudah terikut mereka yang tidak betul," tegas Amran.

Lantaran itu, Amran yang sudah berpuluh tahun terlibat dalam membimbing mualaf itu menyifatkan cabaran itu perlu ditangani secara berhemah dan proaktif oleh badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta masyarakat Islam itu sendiri.

Antaranya yang penting adalah pendekatan tenaga pengajar yang bukan hanya perlu berubah mengikut perubahan semasa.

Tambah beliau, pada masa yang sama tenaga pengajar seharusnya berhati-hati dalam menyampaikan ilmu agama supaya golongan ini yang dikategorikan masih berjinak-jinak dengan Islam agar mudah menerima pengajaran Islam dengan hati dan fikiran yang terbuka.

“Untuk orang yang baru masuk Islam, kita perlu fokus kepada soal akidah dan beri kefahaman tentang agama Islam secara positif.

“Penyampaian secara negatif akan menyebabkan mereka itu rasa berat dan terbeban serta menganggap Islam itu susah dan terlalu payah melaksanakannya," katanya.
Tidak sediakan elaun

Sementara itu, bagi Pengerusi Biro Saudara Kita di Persekutuan Seruan Islam, Dr. Ann Wan Seng turut melihat ia juga berpunca daripada wujudnya tanggapan bahawa golongan saudara baharu itu tidak mampu untuk hidup sebagai seorang Muslim yang sebenarnya.

“Ada juga yang bersikap sukar menerima golongan mualaf ini sebagai sebahagian umat Islam dan sebab itulah wujudnya gejala seperti pengabaian, pengasingan serta tidak memberi ruang dan peluang untuk mereka belajar serta hidup sebagai seorang Muslim sejati," katanya.

Selain itu, Dr. Wan Seng yang merupakan tenaga pengajar di Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) turut menekankan bahawa perlu juga dilihat aspek tarikan orang bukan Islam kepada Islam, sehingga mereka berminat atau timbul keinginan untuk bergelar Muslim.

Ini kerana mendidik golongan tersebut tidak boleh dilakukan seperti yang diguna pakai dalam sistem pendidikan di sekolah atau pendidikan peringkat tinggi.

“Apa yang mereka mahu? dan itulah yang sepatutnya kita buat. Apa lagi, Islam adalah agama yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia," kata Dr. Wan Seng sambil menambah, Macma lebih memberi fokus kepada mualaf dari luar negara dan juga kaum Cina tempatan daripada aliran pendidikan Cina.

Namun menariknya, Macma tidak pernah menyediakan sebarang bentuk elaun atau insentif kepada golongan mualaf yang mengikut kelas pengajiannya.

“Kami tidak pernah menyediakan kemudahan itu sejak 10 tahun lalu tetapi saya difahamkan bahawa kelas Macma adalah antara kelas yang mendapat sambutan baik daripada golongan mualaf.

“Pada hari biasa sahaja, antara 30 hingga 40 orang yang hadir dan kami kira ia satu petanda yang baik. 

Mungkin kerana pendekatan kami adalah cuba memahami apa yang mereka mahu tahu tentang Islam," katanya.

Guna khidmat mualaf

Sejajar dengan perkembangan itu, antara pendekatan yang digunakan oleh Perkim adalah menggunakan khidmat golongan mualaf yang berkelayakan untuk mengajar mereka yang baru masuk Islam.

Khidmat golongan yang sama latar belakang pengislaman itu penting kerana mereka lebih memahami apa yang perlu diketahui oleh mualaf terbabit, bagi mengelakkan mereka kembali kepada agama asal atau murtad.

Malah Perkim turut menggunakan modul yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Modul itu dikatakan merangkumi semua aspek yang sesuai untuk membolehkan golongan mualaf mendalami dan memahami Islam.

Dalam pada itu, menurut Amran, Perkim turut menekankan pendekatan menjadikan saudara baharu sebagai kawan supaya mereka dapat merasai wujudnya semangat kekitaan dan dihargai.

“Kita bukan hanya buat kelas tetapi turut mengadakan program usrah dan ziarah rakan saudara baharu, khususnya yang baru sahaja memeluk Islam supaya mereka merasai ukhuwah sesama Islam serta nasib mereka dibela selain, rasa diri mereka dihargai," katanya. -Utusan

Read More

Makkah Banjir: Jemaah Malaysia Dinasihat Elak Kawasan Banjir

MAKKAH - Jemaah haji dinasihat supaya menjauhkan diri dari kawasan banjir kilat dan mengelak berjalan meredah banjir jika paras air melebihi lutut.

Ini antara garis panduan keselamatan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi untuk memastikan keselamatan jemaah haji di Makkah dan tempat ibadat semasa musim haji, demikian menurut laporan akhbar Arab News pada Sabtu.

Jabatan itu juga mengingatkan para jemaah dan organisasi haji agar tidak mendirikan khemah di kawasan lembah kerana hujan sekali-sekala boleh menyebabkan banjir.

"Ada kalanya semasa hujan dan banjir, jemaah perlu bergerak ke kawasan tinggi," tambahnya.
Jabatan itu juga menasihati jemaah supaya lebih berhati-hati pada waktu malam kerana lebih sukar melihat kawasan banjir.

Jemaah juga dilarang memasak kecuali di tempat yang dibenarkan dan tidak menggunakan dapur gas bagi mengelak kebakaran di kawasan perkhemahan. -Mstar

Read More

Jep Sepahtu Terpaksa Had Aktiviti Gara-Gara Elak Gosip

Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.

"Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.

"Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.

"Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya," ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.

Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.

Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.

"Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu.

"Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai," ujarnya.

Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.

Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.

"Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.

"Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata," ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.

Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.

"Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.

"Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih," ujarnya. -Mstar

Read More

Mat Sabu Pertahan Diri, Tiada Niat Guling Presiden

BATU PAHAT - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak mempunyai niat untuk menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang malah tidak mempunyai sebarang masalah dengan presiden parti itu.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kenyataannya kepada media berhubung isu jawatan Menteri Besar Selangor adalah hasil yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan beliau hanya mengetuai parti pada sidang akhbar itu.

"Tujuan mahu menjatuhkan Presiden tidak ada langsung dalam jiwa. Saya ingin sebut sekali lagi, apa yang saya cakap kepada wartawan adalah hasil mesyuarat.

"Pada 17 Ogos itu, saya mengepalai kenyataan kepada wartawan tetapi tidak ada satu titik pun yang saya ubah apa yang ditandatangani Presiden. Keputusan kita, jawatan MB bukan daripada kita (PAS). Begitu juga sidang akhbar pada 7 Sept, juga hasil mesyuarat jawatankuasa, bukan pandai-pandai tetapi ia juga keputusan mesyuarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Parit Raja di sini, Sabtu.

Mat Sabu berkata beliau sentiasa menyokong kepimpinan Abdul Hadi malah pernah turun padang membantu Anggota Parlimen Marang itu dalam menghadapi pilihan raya umum.

Walaupun mempunyai kuasa untuk menandatangani perkara tertentu sekiranya ketiadaan Abdul Hadi namun beliau tetap melakukan rujukan dengan bertemu Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi mendapatkan pandangan.

"Kalau dia (Mustafa) kata jangan tandatangan lagi, saya tidak lakukannya walaupun presiden tiada, dan (jika) saya patut tandatangannya, itu maknanya saya dan Mustafa bersama-sama dalam membuat keputusan," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kecil hati apabila pelbagai tuduhan dilempar terhadapnya namun menyifatkan perkara itu sebagai 'sudah nasib beliau'. -BERNAMA

Read More

Tiga Penghasut Diburu!

Foto
Kota Kinabalu - Polis mengenal pasti tiga individu yang sering mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkaitan Sabah di laman sosial.

Ini termasuk kenyataan sehingga menimbulkan isu kurang selesa iaitu membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui berkata, semua maklumat berhubung tiga suspek itu sudah diperolehi termasuk identiti dan bukti hasutan.

"Kini usaha menjejaki mereka sedang giat dijalankan dan dipercayai mereka masih berada di dalam negara," katanya.

Jalaluddin berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada tiga suspek ini mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Menurutnya, identiti ketiga-tiga suspek tidak boleh didedahkan kepada umum sehinggalah tangkapan dan siasatan menyeluruh selesai dilakukan.

Sementara itu, di ‎Manjung, Perak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu berkenaan.

Katanya, ahli politik, bekas ahli politik dan kumpulan kesultanan tertentu di negara ini antara individu dikenalpasti bertanggungjawab terbabit dalam usaha mencetuskan isu membawa keluar Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Menurutnya, usaha lanjut sedang dilakukan ketika ini membabitkan polis dan Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu serta kumpulan terbabit.

"Polis sudah dapat maklumat peribadi mereka," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut, di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, di sini.

Katanya, tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan 1948 boleh diambil terhadap mereka selain akta keselamatan lain seperti penderhakaan terhadap Yang di- Pertuan Agong. -myMetro

Read More

#PRKPengkalanKubor: "Usah Bergantung Pada Tun M" -Mukhriz

PENGKALAN KUBOR - Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak bergantung kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun membantu berkempen pada pilihan raya termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, parti tidak harus bergantung harap dengan bekas perdana menteri yang telah lama bersara semata-mata bagu meraih undi dan mendapatkan semangat.

"Tun Mahathir sudah bersara hampir 11 tahun.

"Kalau selepas 11 tahun pun kita masih bergantung harap kepada beliau untuk meyakinkan rakyat, ini bukan satu petanda yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang zakat kepada penduduk-penduduk di Kampung Geting di sini, Sabtu.
Mukhriz berkata demikian ketika ditanya sama ada Dr Mahathir yang juga bapanya akan 'turun' ke Pengkalan Kubor untuk memberi semangat kepada jentera parti dan pengundi-pengundi seperti yang dilakukan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut, Mukhriz bagaimanapun berkata itu tidak bermaksud keupayaan bekas perdana menteri itu dinafikan.

"Bukan saya menidakkan keupayaannya untuk meyakinkan rakyat.

"Kita sendiri kena bersungguh untuk memberi jaminan kepada rakyat mengenai pentingnya rakyat terus memilih BN," katanya.

Jelasnya, beliau tidak pasti sama ada Dr Mahathir akan hadir ke Pengkalan Kubor atau sebaliknya dalam tempoh kempen yang berbaki empat hari sahaja.

Namun apa yang penting katanya, selagi Dr Mahathir menyatakan sokongan kepada BN dan Umno, itu sudah menjadi satu kelebihan kepada parti.

"Mungkin dia boleh turun mungkin tidak. Saya tak mahu nanti kalau dia tak dapat datang, itu dijadikan alasan sokongan tak diberikan.

"Biarlah kalau dia bercakap sekali dia menyokong BN, itu satu bonus tambahan di atas kerja baik yang telah kita lakukan  sebelum ini," katanya.

Read More

Makam Kampung Pisang Terbiar Bagai Tiada Nilai Di Kedah?

ALOR SETAR -  Makam Kampung Pisang, dekat sini, memiliki nilai sejarah tersendiri, namun kini dikhuatiri terbiar dipenuhi lalang dan semak samun.

Tinjauan mendapati, ada makam hampir roboh didakwa akibat tidak diselenggara baik, sekali gus kesudahan nasib beberapa makam akhirnya tinggal tanda tanya.

Penduduk, Fatimah Hamzah, 63, berkata, beberapa makam di kampung berkenaan dalam keadaan baik dan cantik sekitar 40 tahun dahulu.

“Kini, ia rosak akibat faktor tertentu. Adakala penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan makam ini, namun lalang tumbuh semula.

“Tak silap, ia milik keturunan diraja ataupun guru agama raja zaman dahulu. Malah, ada satu makam milik anak dara bangsawan masih kukuh hingga kini,” katanya.

Malah, menurutnya, dia tidak ketinggalan untuk membaca surah Al-Fatihah kepada si mati setiap kali melalui jalan berhampiran makam itu.

Fatimah berkata, sekiranya makam bernilai sejarah sedemikian dipelihara, pastinya ia memberi manfaat kepada banyak pihak.

“Sekiranya, ada orang diupah menjaga dan membersihkan semak samun di sekitar kawasan ini, makam itu tersebut pasti terpelihara,” katanya.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof berkata, memang masih ada makam dilihat terbiar di negeri ini.

Menurutnya, dia berharap ada usaha pihak berkaitan membina pagar bagi memelihara dan memulihara sejarah makam Kampung Pisang berkenaan. -Sinar Harian

Read More

#AktaHasutan: Bekas Ketua Polis Negara, Bekas Hakim Mahu Akta Kekal

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan mencapai status negara maju menjelang 2020 sekiranya undang-undang pencegahan jenayah seperti Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata keamanan dan kemakmuran negara akan terjejas sekiranya tiada sebarang penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap sesuatu jenayah.

Beliau berkata cadangan kerajaan untuk memansuhkan akta tersebut perlu dikaji semula kerana ketiadaan akta yang menghalang mana-nama pihak untuk menghasut rakyat boleh menjejaskan keharmonian dan pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika menjadi anggota panel program Bicara Kemerdekaan 'ISA Masih Relevan atau Tidak' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini, Sabtu.

Sementara itu, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah, yang turut menjadi anggota panel, berkata beliau berharap agar kerajaan tidak membuat kesilapan kedua dengan memansuhkan Akta Hasutan.

"Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) itu adalah kesilapan besar, patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jangan buat kesilapan kedua. Malah, ia perlu ditambah baik lagi supaya lebih mantap," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang juga seorang daripada anggota panel, berkata Akta Hasutan bukan saja perlu dikekalkan malah ditambah baik demi menjaga kepentingan keselamatan negara. - BERNAMA

Read More

PKR Tak Restu Jika Azmin Terpilih MB Selangor

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu menafikan dakwaan bahawa Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi restu kepada Timbalan Presidennya, Azmin Ali sekiranya beliau dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata parti juga tidak akan memberi sokongan kepada mana-mana calon lain bagi jawatan tersebut selain daripada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya ingin menegaskan pendirian rasmi PKR dalam isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu tidak berubah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin turut menegaskan bahawa Dr Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dengan 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai calon tungggal bagi jawatan berkenaan. 

Azmin, juga antara mereka yang turut menandatangani SD berkenaan, dikatakan merupakan salah seorang calon yang akan dilantik sebagai menteri besar. 

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pendirian parti menetapkan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk memegang jawatan berkenaan dan pendirian tersebut tidak berubah. 

Beliau berkata semua laporan berita yang memetik sumber, adalah tidak berasas. 

Majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada 10 pagi Selasa. -Mstar

Read More

Dapur Ganja Dijual Terbuka Serendah RM25 Di Downtown?

Foto
PAIP menghisap ganja pelbagai jenis dijual secara terbuka.
Kuala Lumpur - Kegiatan menjual ‘dapur’ atau bong dalam kalangan penagih dadah bagi melepas gian kini dikesan dijual secara terbuka di sekitar pasar ‘Downtown’ di ibu negara.

Terdapat pelbagai jenis dapur membakar ganja dan syabu dijual dengan harga antara RM25 dan RM250 seunit.

Tidak seperti dapur buatan sendiri, alat ini mempunyai reka bentuk yang menarik, malah dikatakan lebih ‘stim’.

Siasatan Harian Metro mendapati kebanyakan alatan terbabit diseludup dari China dan turut boleh dibeli secara dalam talian. 

Kebanyakan gajet menghisap dadah ini diperbuat daripada kaca kononnya mampu memberikan lebih kesan khayal.

Hasil temu bual wartawan Harian Metro di lokasi penjualan gajet itu turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan tetap.

Walaupun terdapat beberapa gerai bagi setiap kawasan yang menjual gajet ini, bagaimanapun pembekalnya daripada orang yang sama. -myMetro

Read More

UPSR: Kementerian Pantau Serius

PETALING JAYA - Kementerian Pendidikan sedang memantau persediaan untuk mengadakan semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 30 Sept ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata kementerian akan memastikan kebocoran soalan tidak berulang apabila peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu diadakan semula.

"Jawatankuasa khas yang ditubuhkan (seperti pengumuman Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan melihat bagaimana untuk memperketat sistem agar tidak berlaku kelonggaran dan kebocoran soalan di masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah bagi peraduan menulis esei Sunway-Oxbridge di sini, Sabtu.

Semasa berucap, beliau berkata kefasihan berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Malaysia adalah penting untuk nenambah keyakinan mereka dan bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan.

Peraduan seumpama itu diadakan sebagai persediaan pelajar menduduki peperiksaan am menjelang hujung tahun, katanya.

Yesyannah A/P Jeeva Kumar, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2, Negeri Sembilan menang bagi Kategori A sementara Leong Whye Ye, 17, dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang bagi Kategori B.

Kedua-duanya menerima RM5,000, sumbangan RM20,000 dari Sunway, trofi serta sijil.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Razman Hashim, Presiden Oxford & Cambridge Society Malaysia, Mark Disney. -BERNAMA

Read More

"Azmin Tak Layak Jadi MB, Hanya Isteri Anwar Layak" - Jingga 13

SHAH ALAM - Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), 'Jingga 13' berpendapat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak wajar dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berikutan tidak mendapat kepercayaan dan mandat daripada parti berkenaan.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, kemelut jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri Selangor itu akan berpanjangan sekiranya mana-mana calon selain Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik untuk mengisi jawatan tersebut.  

"Jingga 13 tetap berpendirian menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu kerana (beliau) telah pun memenuhi segala syarat yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor termasuk mendapat sokongan majoriti 30 Adun Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Fariz yang juga bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR berkata demikian ketika mengulas laporan muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima menghadap Mohamed Azmin; Pesuruhjaya Pas, Iskandar Abdul Samad dan anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan pada awal minggu ini.

Akhbar itu melaporkan pertemuan tersebut adalah bagi membolehkan baginda menilai kesesuaian mereka untuk memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran Selangor itu dan merupakan sebahagian daripada langkah-langkah akhir untuk memutuskan siapakah calon terbaik yang mampu menggantikan Abdul Khalid.

Nama Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dan Iskandar yang juga Adun Cempaka disebut-sebut sebagai calon yang dikatakan bakal mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor yang ke-15 itu.

Ini susulan pengesahan daripada pihak Istana Selangor pada Khamis lepas, bahawa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor yang baharu akan diadakan pada Selasa ini di Istana Alam Shah, Klang.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani semalam dilaporkan berkata nama menteri besar yang baharu akan diumumkan selewat-lewatnya Isnin ini bergantung kepada perkenan Sultan Sharafuddin. - Bernama

Read More

Hadi Awang Gelar 2 Adun Broker, Barua PKR

BATU PAHAT - PAS menyifatkan dua wakil rakyatnya yang bertindak menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Menteri Besar Selangor sebagai 'barua' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perbuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) dianggap melanggari baiah atau sumpah taat setia kepada parti.

"Kita tak memandang ringan (tindakan) dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker...yang jadi barua.

"Tidakkah tiap-tiap wakil rakyat kita berbaiah masa nak jadi calon dulu," katanya tegas ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Sabtu.

Selain itu Abdul Hadi turut mendakwa sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR 'membeli' dua Adun mereka demi mendapatkan sokongan majoriti untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

"Ini pula curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tak boleh pandang ringan. Jangan pandang ringan atau ambil mudah nak bagi (amanah menjadi menteri besar) begitu sahaja. Ada amanahnya," katanya.
Tegas Abdul Hadi lagi, PAS tidak akan berdiam diri dalam soal calon pengganti menteri besar Selangor jika pemilihannya tidak mengikut ajaran Islam.

"PAS tak boleh berdiam diri kalau melantik seseorang (sebagai menteri besar) kerana kecenderungan (pilihan tanpa asas) dan bukan kerana kelayakan.

"Apa lagi kalau bukan kerana amanahnya. Dilantik begitu sahaja. Saya tak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam (jika salah pilih)," katanya.

Bagaimanapun Abdul Hadi menegaskan bahawa PAS tidak berminat untuk menduduki kerusi panas itu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Namun katanya, pemilihan calon untuk memikul tanggungjawab perlu dibuat dengan kaedah yang betul.

"PAS tak berebut jawatan menteri besar. PAS tak pelahap (tamak) nak jawatan menteri besar.

"Walaupun tak ada persefahaman menentukan siapa jadi menteri besar...tak ada perjanjian bertulis. Walaupun PAS ada 15 kerusi, PKR (14) dan DAP (15) serta Perlembagaan Selangor menyebut menteri besar seharusnya Melayu dan Islam, PAS tak tuntut (jawatan menteri besar).

"Tapi ingat...di sana ada hukum syarak, bukan hukum akal sahaja," katanya. -Mstar

Read More

PAS Tak Suka "Langkah Kajang", Tak "Pelahap" Jawatan MB - Hadi Awang

BATU PAHAT, 20 Sept (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak berebut jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana pandangan pihak tertentu di luar.

Ketika sesi penggulungan dan penangguhan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja pada Sabtu, beliau berkata dalam isu Menteri Besar Selangor, terdapat hukum syarak yang perlu dipatuhi dan bukan hanya mengikut hukum akal semata-mata.

"Langkah Kajang adalah sesuatu yang tidak menyenangkan (kepada PAS). Saya ingin menegaskan bahawa PAS tidak berebutkan jawatan Menteri Besar (Selangor)."

"PAS tidak 'pelahap' kepada jawatan Menteri Besar. Tetapi kena ingat di sana terdapat juga hukum syarak, jangan ikut hukum akal sahaja," katanya sambil disambut teriakan 'Allahuakbar' oleh para perwakilan.

Abdul Hadi berkata PAS tidak berebutkan jawatan itu walaupun ia memiliki 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding 14 oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DAP mempunyai 15 wakil rakyat.

Abdul Hadi berkata mengikut Perlembagaan Selangor, jawatan Menteri Besar perlu diisi seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Presiden PAS itu turut menyentuh isu 'tahaluf siyasi' atau kerjasama parti berkenaan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Beliau turut membidas rakan tahaluf siyasi PAS itu, yang disifatkannya sebagai tidak beretika kerana 'mencuri' dua wakil rakyat parti berkenaan untuk menyokong tindakan mereka dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Walaupun kita bertahaluf siyasi dengan rakan-rakan kita (PKR dan DAP) tetapi mereka bersikap tidak beretika kerana mencuri dua wakil rakyat kita. Adakah itu etika tahaluf siyasi?" katanya.

Beliau mendakwa terdapat pihak yang memainkan peranan sebagai 'barua' dan 'broker' bagi membolehkan kedua-dua wakil rakyat PAS itu menandatangani Akuan Bersumpah menyokong pencalonan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Mereka ialah Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Menteri Besar Selangor yang baharu dijadual mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang Selasa ini.

Abdul Hadi berkata walaupun PAS mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR namun mereka masih mengekalkan perbezaan dalam dasar parti kerana ketiga-tiga adalah parti politik yang berbeza.

Beliau juga berkata tahaluf siyasi tidak bermakna mereka menjadi satu parti politik dengan dasar yang sama dalam pelbagai perkara.

"Tahaluf Siyasi adalah kerjasama di mana kita (PAS, PKR dan DAP) mencari titik kebersamaan," katanya. -BERNAMA

Read More

Harimau Malaya Mengganas, Ratah Kemboja 4-0

SHAH ALAM - Selepas kalah dalam dua aksi persahabatan terdahulu, skuad Harimau Malaya akhirnya meraih kemenangan sulung dengan menundukkan Kemboja 4-1 di Stadium Shah Alam, di sini, Sabtu malam.

Kemenangan itu sekali gus memulihkan semula imej skuad kendalian Dollah Salleh itu selepas mempamerkan prestasi hambar dalam dua aksi persahabatan terdahulu.

Malaysia kalah 1-4 kepada Tajikistan di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan pada 8 Ogos lalu sebelum kalah 0-2 kepada Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia, Ahad lepas.

Pada aksi malam ini, skuad kebangsaan mempamerkan corak menyerang menerusi gandingan Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Fakri Saarani sebaik sahaja pengadil dari Brunei, Mohd Hadimin Shahbuddin meniupkan wisel perlawanan.

Malaysia berada di depan seawal minit kelapan menerusi Joseph Kalang Tie yang bijak mencuri bola daripada kawalan pertahanan lawan sebelum mudah menolak masuk bola bagi menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty.

Skuad Harimau Malaya menambah jaringan kedua pada minit ke-15 menerusi jaringan pemain Kemboja, Moul Daravron yang menampan masuk bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan tampanan bola daripada Sou Yaty.

Bersambung babak kedua, perlawanan kembali seimbang dengan pasukan Kemboja cuba melakukan serangan balas namun skuad negara yang berjaya menambah gol ketiga menerusi Kalang Tie pada minit ke-65 yang bijak memanfaatkan hantaran daripada pemain gantian, Bobby Gonzalez.

Kemboja yang tidak berputus asa kembali menyusun permainan dan berjaya menghukum kealpaan barisan pertahanan negara hasil percubaan Sok Chanraksmey pada minit ke-80.

Kegembiraan mereka tidak bertahan lama apabila pemain gantian, Baddrol Bakhtiar mengesahkan kemenangan mutlak skuad Harimau Malaya selepas meledak gol keempat pada minit ke-82 menerusi sepakan kencang daripada luar kotak penalti.

Dalam pada itu, Dollah kurang berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun menang bergaya kerana beliau masih mencari pemain yang mampu mencipta banyak peluang kepada pemain lain untuk menjaringkan gol.

"Kalau nak diikutkan, saya masih tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan malam ini tetapi saya anggap kemenangan ini satu suntikan semangat kepada pasukan.

"Malam ini, saya lihat Joseph merealisasikan satu permainan yang saya idamkan namun saya masih belum temui 22 pemain untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki pada November ini," kata pengendali kelahiran Melaka itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Tae Hoon Lee, memuji persembahan Malaysia yang telah memberi pengalaman berguna kepada barisan mudanya.

Kemboja sedang membuat persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki di Laos pada pertengahan bulan depan.

"Malaysia mempunyai barisan pemain yang baik...pasukan kami perlu memperbaiki dari segi teknikal dan kemahiran," kata jurulatih Korea Selatan itu.

Beliau berkata mereka akan bertemu dengan Indonesia pada perlawanan persahabatan pada 29 Sept ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Terengganu pada perlawanan amal di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, Rabu ini.

Mereka akan melengkapkan aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan pada 11 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. -BERNAMA

Read More

#MH17: Pengalaman Profil Tinggi Pasukan Forensik Akan Dibukukan


KUANTAN - Kementerian Kesihatan akan mengumpul dan membukukan pengalaman sekumpulan pakar forensik yang terbabit dengan proses mengenal pasti mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Belanda untuk dijadikan rujukan dalam bidang forensik di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengalaman itu merupakan sesuatu yang berharga dan perlu dijadikan asas menyiasat sebarang kes berprofil tinggi di negara ini sekali gus mampu mempercepat tempoh siasatan.

"Peluang melakukan siasatan membabitkan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di wilayah Ukraine amat berharga dan tidak terdapat pada semua negara lain.

"Sehubungan itu, kita akan merekodkan segala aktiviti dan peranan yang mereka lakukan sepanjang tempoh siasatan itu malah saya juga sudah sarankan kepada mereka agar mengumpul pengalaman dengan menulis dalam majalah ataupun jurnal perubatan forensik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Kebangsaan Perubatan Forensik dan Sains 2014 di sini, Sabtu.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail dan Pakar Perunding Perubatan Forensik Kementerian Kesihatan Dr Mohd Shah Mahmood.

Noor Hisham berkata pegawai forensik yang terbabit juga telah membuktikan kehebatan serta kecekapan masing-masing sehingga diiktiraf negara luar.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua warga perkhidmatan forensik seperti di Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia supaya menjaga kerahsiaan laporan serta gambar bedah siasat mayat agar tidak dimuat naik dalam laman sosial.

Katanya, perbuatan menyebarkan segala maklumat berkenaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perubatan 1971 dan boleh dikenakan tindakan mahkamah serta tatatertib.

Sementara itu, Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan kini berusaha menyediakan sebuah Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN).

Beliau berkata meskipun konsep pembinaan IPFN sudah diluluskan pada 2012, kekangan ekonomi adalah faktor utama dalam melaksanakan perancangan ini. -BERNAMA

Read More

Cubaan Bawa Keluar Sabah, Sarawak: Mereka Akan Terima Padah!

LUMUT - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas terhadap beberapa individu termasuk mereka yang menetapkan di luar negara serta ahli politik yang cuba menghasut untuk membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Malaysia.

Beliau berkata polis sedang melakukan siasatan terhadap mereka yang telah dikenal pasti dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan.

Beliau berkata ada dalam kalangan individu terbabit bersekongkol dengan kesultanan yang tidak wujud lagi dengan dijanjikan jawatan tertentu jika meletakkan Sabah dan Sarawak di bawah kesultanan itu.

"Saya minta mereka hentikan perbuatan itu sebelum mereka menanggung akibatnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Lumut di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga naib presiden Umno, berkata individu dalam kumpulan kecil ini mengambil peluang memperbesar-besarkan isu itu dan menghasut rakyat kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia dan sama sekali tidak timbul soal kolonialisme baharu.

"Mereka (kedua-dua negeri) tahu dari segi peruntukan, pendapatan yang diperolehi mereka adalah kecil berbanding dengan peruntukan yang datang dari peringkat persekutuan," katanya.

Jelasnya, pungutan suara atau 'referendum' oleh Suruhanjaya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia telah di disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ia masih berkuat kuasa hingga sekarang. -Mstar

Read More

Aktres Simbol Seks Indonesia Rugi Besar Gara-Gara Minyak Wangi

Pelakon Indonesia iaitu Luna Maya pernah mengalami kerugian besar apabila projeknya menghasilkan minyak wangi jenama sendiri gagal dilaksanakan.

Luna atau nama sebenarnya Luna Maya Sugeng, 31, berkata, dia telah ditipu oleh sebuah syarikat kononnya ingin bekerjasama dalam menjayakan produk minyak wangi tersebut sehinggakan wang yang dilaburkan (enggan didedahkan nilainya) untuk projek itu 'hangus' begitu sahaja.

"Kalau nak diikutkan saya sudah pun mempunyai produk minyak wangi jenama sendiri sejak empat tahun lalu.

"Saya bersama sebuah syarikat telah beria-ia menyiapkan produk itu sepanjang tahun, tetapi mereka pula telah melarikan diri. Habis  rugi pelaburan saya. Nak buat macam mana, saya anggap ia bukan rezeki," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun, kata Luna, dia bersyukur apabila selepas tiga tahun kejadian itu, sebuah syarikat ingin menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan produk minyak wangi tersebut.

Katanya, walaupun masih serik dengan kejadian lalu, Luna tetap memberanikan diri untuk bekerjasama dengan pihak tersebut dan akhirnya, jenama minyak wangi miliknya terlaksana juga.

"Tidak sabar rasanya menantikan pelancaran produk minyak wangi pertama saya iaitu Luna Maya Unforgetable pada 8 November ini.

"Segala dugaan dan penat lelah saya berbaloi rasanya. Ada yang berpendapat kenapa mesti minyak wangi? Tambah pula saya pernah gagal sebelum ini.

"Tetapi bagi saya, itu adalah cabaran. Jika kita mempunyai minat dalam sesuatu produk perniagaan yang dilakukan, kita pasti akan usahakan sehingga ia berjaya. Kiranya, secara kesuluruhan, lima tahun juga saya mengambil masa untuk mencapai impian ini," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Luna turut bekerjasama dengan penyanyi dan pengacara, AC Mizal menerusi lagu duet Paranoid.

Menariknya, klip video lagu itu telah diarahkan sendiri oleh Luna.

"Saya sukakan muzik berkonsep dance dan Paranoid adalah lagunya. Apabila AC meminta saya mendengar lagu tersebut dan menawarkan saya untuk menjadi pasangan duetnya, saya terus bersetuju," tuturnya. -Mstar

Read More
Newer Posts Older Posts Home