Thursday, 30 October 2014
"Musang King" Dilayan Macam "Raja" Di Singapura
11:00 pm Admin Kedahnews No comments
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembukaan Agro Bazaar di Dubai oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Kita perlu berada dekat dengan pasaran untuk menjana peratusan pendapatan yang lebih tinggi.
"Lebih dekat kita dengan pasaran, lebih banyak faedah yang kita dapat,” kata beliau semasa pelancaran Malaysian Agrofood Festival dan majlis perjumpaan 300 rakyat Malaysia, di sini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, mendekatkan diri dengan rantaian bekalan global merupakan sebahagian daripada sasaran strategi kerajaan.
“Dalam menggerakkan rantaian nilai sektor pertanian, FAMA dijangka membuka lebih banyak Agro bazaar di luar negara, termasuk di Hong Kong,” kata Najib.
Dengan sasaran untuk mempromosikan buah-buahan dan produk asas tani premium Malaysia, agro bazaar pertama dibuka di Singapura pada Ogos, katanya.
Menurut beliau, durian ‘Musang King’ premium benar-benar dilayan seperti ‘raja’ di Singapura.
“Durian itu disimpan dalam bilik berhawa dingin sepanjang masa. Ia dijual pada harga S$26 sekilogram. Dan selepas penukaran (ke dalam ringgit Malaysia), anda tidak akan dapat harga yang sama di mana-mana di Malaysia,” kata beliau.
Semasa tempoh tujuh bulan pertama 2014, eksport buah-buahan meningkat sebanyak 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.
Turut hadir di majlis yang diadakan di Arena, Jumeirah Beach Hotel itu ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu, Ismail berkata Agro bazaar Dubai, pusat sehenti bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia akan memulakan perniagaan dalam suku ketiga tahun depan.
Agro bazaar Dubai juga akan menjadi hab dagangan dan pengedaran serta pintu masuk bagi buah-buahan dan produk asas tani Malaysia ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), katanya.
Terdapat kira-kira 6,000 rakyat Malaysia tinggal dan bekerja di UAE, bilangan paling ramai di negara itu diikuti Arab Saudi.
Kebanyakan mereka terlibat dalam sektor penerbangan, minyak dan gas serta perbankan Islam.
Najib berada di Dubai sempena menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF) yang bermula pada 28 Okt di Madinat Jumeirah.
WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF secara kerjasama dengan Dubai Chamber of Commerce and Industry.
Beliau dijadualkan pulang pada Khamis.
Ini merupakan kunjungan kedua Najib ke UAE selepas melawat ibu kota Abu Dhabi itu pada Mei. – BERNAMA
Read More
Presiden PasMa Ganti Anwar Jika Dipenjara?
10:00 pm Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi diminta menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai PR jika Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan kes liwatnya pada perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan sekarang.
Itulah mesej yang disampaikan menerusi Facebook bawah profil yang dinamakan sebagai PasMa Terengganu.
Menurut kenyataan yang dipaparkan bermula 23 Oktober lalu, 'sekiranya pada 28 Oktober ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara, kami tanpa ragu-ragu memilih Datuk Phahrolrazi sebagai ketua kepada PR bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat'.
Gambar Phahrolrazi turut sama dipaparkan bersama kenyataan berkenaan.
Selain Facebook, 'print screen' kenyataan itu disebarkan secara meluas menerusi Whatsapp dan aplikasi media sosial yang lain.
Perkembangan itu ternyata menambah kejutan besar dalam Pas yang pada masa ini sedang dicengkam isu larangan Majlis Syura Ulama terhadap ahli parti itu daripada menyertai Pasma.
Ini berikutan dakwaan bahawa program ceramah Pasma yang mengaku hanya mahu bergiat sebagai NGO untuk mengekalkan hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam PR sebaliknya diisi dengan kecaman terhadap pemimpin utama parti itu, terutama Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Difahamkan, buku Inside Story: Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah tulisan Mohd Sayuti Omar yang menempelak kepimpinan Pas juga diedarkan dalam program anjuran Pasma.
Senario ini menambah lagi kelam kabut dalam Pas yang sedang berdepan dengan isu perpecahan paling teruk dalam sejarah, terutama apabila kenyataan mereka yang mendakwa diri sebagai 'Pasma Terengganu' mahu mengangkat Phahrolrazi menggantikan Anwar seolah-olah menafikan Abdul Hadi sebagai ketua rasmi parti sejak sekian lama.
Apa lagi ia dibuat oleh pihak yang mengaku senegeri dengan Presiden Pas.
Phahrolrazi ketika ditanya Sinar Harian semalam, pantas menafikan itu kenyataan rasmi Pasma Terengganu.
"Saya yakin itu dibuat oleh individu, pandangan peribadi. Bukan kenyataan rasmi Pasma Terengganu. Ada juga kemungkinan ini perbuatan sabotaj pihak tertentu. Jangan kaitkan Pasma dengan parti politik," tegasnya.

Tambah Phahrolrazi lagi, Pasma mampu berdiri sendiri sebagai NGO dan tidak mempunyai pendirian politik, sebaliknya berperanan sebagai wadah untuk penyokong PR menyuarakan pandangan.
Mengulas mengenai namanya dibangkitkan sebagai pengganti Anwar, Phahrolrazi berkata, jawatan itu terlalu besar untuk dirinya, selain menyifatkan mengetuai Pasma sudah memadai.
“Pemimpin yang bakal menggantikan Anwar mestilah daripada kalangan pemimpin paling kanan atau berpengaruh dalam PR. Perkara itu hanya layak dibincangkan dalam jawatankuasa tertinggi Majlis Presiden PR,” katanya.
Ditanya sama ada kemungkinan kenyataan itu direka pihak tertentu untuk melaga-lagakan pimpinan dalam PR, khususnya Pas-PKR, Phahrolrazi berkata, tidak mustahil ia dakyah untuk menjejaskan kesepakatan dalam PR.
“Saya tak tolak kemungkinan ada pihak sengaja mahu laga-lagakan pimpinan PR, kerana pihak yang mahu melihat parti ini bertelagah sesama sendiri sentiasa ada, cuma pemimpin perlu waspada elak terperangkap,” katanya.
Menurutnya, perkara yang dibangkitkan menerusi laman sosial khususnya, tidak perlu diambil serius. -Sinar Harian

Pendakwaraya Pastikan Hujah Peguam Anwar Tidak Relevan Bermula Esok
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
PUTRAJAYA – Esok, pihak pendakwaan akan menyanggah hujah pihak pembelaan dalam rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata oleh kerana pihak pembelaaan menambah alasan baharu dalam rayuan itu, maka pasukan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti penghujahan yang begitu panjang.
“Saya akan bermula dengan membentangkan fakta kes. Saya seorang sahaja yang akan membentangkan penghujahan,” katanya kepada pemberita di luar Mahkamah Persekutuan di sini hari ini selepas prosiding rayuan itu ditangguh.
Beliau berkata hanya baru-baru ini pihak pendakwaan menerima penghujahan itu, termasuk alasan baharu yang ditambah dalam petisyen rayuan daripada pihak pembelaan.
Katanya pihak pendakwaan sudah menyiapkan 85 peratus daripada penghujahannya dan perlu menyediakan 15 peratus lagi bagi alasan baharu yang ditimbulkan pihak pembelaan.
Pasukan pembelaan mengakhiri penghujahannya hari ini setelah tiga hari berhujah di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Mahkamah telah mendengar penghujahan daripada peguam bela utama Anwar Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, serta peguam N. Surendran, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Pada Selasa, Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan mengemukakan 46 alasan dalam petisyen rayuan yang baharu.
Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan yang memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.
Anwar, 67, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Read More
Cerita PDRM Pantau "Smartphone" Tipu Belaka!
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
Sebelum ini kecoh di laman-laman sosial menyebarkan cerita kononnya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memantau penggunaan semua telefon pintar di negara ini.
Kata sumber yang tidak bertanggungjawab itu, PDRM menggunakan kaedah pemantauan nombor siri IMEI terhadap telefon pintar milik semua penggunanya.
Justeru itu, pihak PDRM tampil membuat kenyataan menafikan sekeras-kerasnya penyebaran cerita tidak benar itu menerusi akaun laman Facebook rasminya.
"Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali," kata Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad.
Asmawati turut menasihatkan orang ramai agar tidak cepat terpengaruh atau percaya kepada dakwaan tidak berasas dan terbukti benar.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita palsu sebegitu mampu mencetus kerisauan serta menghakis keyakinan dan menimbulkan kekeliruan rakyat Malaysia terhadap pihak berkuasa.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat," katanya lagi.
Read More
Di Sebalik Cerita Labah-Labah Dan Merpati...
7:00 pm Admin Kedahnews No comments
SANGAT terkenal kisah penglibatan labah-labah dan burung merpati dalam peristiwa hijrah ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a bersembunyi dalam gua Thur di Mekah.
Walaupun kisah ini disebut dalam beberapa riwayat terkenal seperti Musnad Imam Ahmad bin Hanbal dan al-Musannaf Abdul Razzak, para ulama sejarah dan sesetengah ulama hadis berselisih pendapat tentang status kesahihan kisah ini.
Ringkasnya para ulama hadis menolak riwayat tersebut yang dikatakan tidak sahih.
Ringkasnya para ulama hadis menolak riwayat tersebut yang dikatakan tidak sahih.
Tambahan pula Allah SWT menyatakan bantuan tentera-Nya kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah itu adalah bantuan tentera yang tidak dapat dilihat, iaitu tentera malaikat yang memberikan ketenangan kepada mereka dan menutup pandangan musyrikin yang sudah sampai di pintu Gua Thur.
Firman Allah yang bermaksud:
Firman Allah yang bermaksud:
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.
Maka Allah SWT menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah SWT menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 40)
Ketika mengulas perselisihan ini, para ulama yang menerima riwayat labah-labah dan merpati berhujah ia tidak mustahil berlaku sebagai mukjizat seorang Rasul.
Syeikh Muhammad Abu Syahbah dalam bukunya, al-Sirah al-Nabawiyyah Fi Daw’ al-Quran Wa al-Sunnah dan Atiyyah Saqar dalam Fatwa al-Azhar seakan menerima riwayat labah-labah dan burung merpati dengan maksud umum iaitu ia sebahagian daripada mukjizat Rasulullah SAW.
Tambahan pula tentera Allah SWT tidak terkira banyaknya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi. (al-Fath:4)
Kesimpulannya, persoalan sahih atau tidak riwayat labah-labah dan burung merpati bukanlah perkara pokok yang perlu dipegang dalam peristiwa hijrah.
Apa yang lebih penting adalah semangat hijrah. Jika ditolak atau diterima sekalipun riwayat itu, hijrah sudah berlaku dan Islam tetap teguh maju selepas berlakunya hijrah Baginda SAW.
Apa yang lebih penting adalah semangat hijrah. Jika ditolak atau diterima sekalipun riwayat itu, hijrah sudah berlaku dan Islam tetap teguh maju selepas berlakunya hijrah Baginda SAW.
Sumber: Utusan
Read More
Palestin, US Kecam Israel, Desak Henti Bina Rumah Haram Di Baitulmaqdis #SaveGaza #PrayForPalestine
6:00 pm Admin Kedahnews No comments
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Palestin menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak Israel agar membatalkan segera hasratnya untuk membina lebih banyak rumah di kawasan pendudukan Yahudi, pada mesyuarat tergempar bagi meredakan ketegangan di timur Baitulmaqdis.
Majlis keselamatan 15 anggota itu mengadakan pertemuan semalam atas permintaan Jordan selepas Israel mengumumkan rancangannya Isnin lalu untuk membina 1,000 rumah baharu di timur Baitulmaqdis – di kawasan yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai ibu negara masa depan mereka.
“Israel sebagai pihak yang menceroboh, mesti didesak supaya menghentikan dengan serta-merta dan sepenuhnya semua aktiviti haram pendudukannya di seluruh wilayah Palestin, termasuk di timur Baitulmaqdis,” kata Duta Palestin, Riyad Mansour pada mesyuarat itu.
Mesyuarat berkenaan tidak merumuskan sebarang resolusi ataupun mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya yang mengutuk Israel.
Namun Israel tetap diberikan kecaman oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, yang mahukan tindakan sebelah pihaknya dihentikan termasuk perluasan kawasan pendudukan.
“Tindakan untuk memperluaskan aktiviti pendudukan akan hanya meningkatkan ketegangan yang sudah cukup tegang,” kata wakil Amerika Syarikat, David Pressman.
Duta Britain, Mark Lyall Grant memberi amaran bahawa pembinaan rumah Yahudi yang sedang dilakukan di wilayah Palestin menyebabkan sukar bagi rakan Israel mempertahankannya daripada tuduhan yang ia tidak serius untuk mencapai perdamaian. – AFP
Read More
PasMa Makin Berkembang Biak Dalam PAS
5:00 pm Admin Kedahnews No comments
Ketidaksefahaman dalam kalangan pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) dilihat semakin meruncing apabila larangan Majlis Syura Ulama PAS untuk ahlinya menyertai pertubuhan tersebut ibarat ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’.
Menurut laporan The Malaysian Insider, kini, pertubuhan tersebut sedang berkembang biak dalam PAS dengan penubuhan cawangan di setiap negeri.
Selain itu, perlantikan pemimpin juga dilakukan pada setiap cawangan dan terdapat perancangan untuk membuka pejabat tetap bagi menguruskan hal ehwal pertubuhan tersebut. Malah, kakitangan sepenuh masa juga akan diambil!
Walaupun mendapat tentangan paling hebat di Terengganu, negeri asal Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun menurut sumber, setiap daerah telah melantik pemimpin PasMa. Tidak terkecuali, di negeri Kedah.
Percanggahan dalam majlis tertinggi PAS bermula apabila Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS dari menyertai PasMa yang dipercayai mempunyai agenda tersendiri.
Namun kenyataan tersebut ditempelak pemimpin yang menjadi tulang belakang PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi dengan jawapan, Majlis Syura Ulama tiada hak untuk menghalang ahlinya dari menyertai pertubuhan tersebut.
Namun, dalam kenyataan yang disiarkan Sinar Harian 27 Oktober lalu, beliau berkata, sasaran PasMa kini lebih luas kerana inginkan penyertaan dari ahli Pakatan Rakyat dan tidak tertumpu hanya dalam PAS.
“Kita tiada masalah jika PAS enggan membenarkan ahlinya terlibat. Bukan kita yang rugi tetapi mereka kerana peluang ini sepatutnya digunakan untuk mendekatkan diri dengan penyokong.”
AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang juga ahli parlimen Shah Alam akan menyertai program PasMa pada 8 November ini di Ipoh.
Dr Dzkefly Ahmad, bekas ahli parlimen Kuala Selangor pula akan menyertai program di Temerloh 15 November hadapan bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang telah dilantik mengepalai PasMa Pahang.
Salahudin Ayub yang juga Naib Presiden PAS berkata, parti itu tidak mempunyai hak menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai pertubuhan bukan kerajaan NGO.
“Namun, Majlis Syura telah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli menyertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.”
“Oleh itu, elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian,” ujar beliau dalam kenyataan yang disiarkan Sinar Harian.
Sumber: Mynewshub.my
Read More
DAP "Melatah" Bila Dituduh Punca Fitnah Berleluasa Di Internet
4:00 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – DAP didakwa menjadi punca kepada penularan budaya menyebar fitnah di laman sosial seperti Facebook (FB) hingga menggugat ketenteraman awam di negara ini.
Menurut seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tiong King Sing, aktiviti fitnah di FB oleh parti politik pembangkang itu semakin berleluasa ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Dakwaan King Sing itu bagaimanapun mengundang kemarahan beberapa wakil rakyat DAP ketika persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.
“Bila DAP ajar? Bila DAP ajar? Tarik balik kenyataan itu. Ini penyerang siber Umno yang ajar,” kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.
Terdahulu, ketika mengajukan soalan tambahan, King Sing berkata, DAP memulakan perang siber demi kepentingan politik pembangkang.
“Rakyat selalu guna Facebook untuk tulis macam-macam, kutuk macam-macam. Tapi siapa mula ini cerita? DAP ajar,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bintulu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, kerajaan memandang serius mengenai penularan budaya menyebar fitnah, penghinaan terhadap agama dan kaum oleh individu tidak bertanggungjawab di media sosial seperti FB.
Katanya, pelbagai langkah pencegahan diambil kementeriannya khususnya melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi membendung budaya itu.
Malah beliau turut bersetuju supaya tindakan tegas diambil oleh kementerian dan pihak berkuasa terlibat.
“Pengguna laman media sosial mesti bertanggungjawab. Tapi jika ia digunakan untuk mengguris perasaan pihak lain dan didapati menyalahi undang-undang…kita patut ambil tindakan sewajarnya,” katanya. – mStar
Read More
Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan! - Chef Wan
3:00 pm Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan Datuk Redzuawan Ismail.
Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.
“Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.
“Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi ‘Mentakrifkan Kelelakian’ (Redefining Masculinity) sempena Forum Wanita Luar Biasa (The Woman Extraordinaire Forum) 2014, di sini hari ini.
Chef Wan berkata sebagai suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah.
“Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan,” katanya.
Pereka fesyen, Bon Zainal Harun berkata maruah serta imej seorang lelaki tidak akan terjejas sekiranya membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk dan membasuh pakaian.
“Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.
“Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka,” katanya.
Diskusi selama sejam yang membincangkan stereotaip orang ramai mengenai peranan lelaki dalam urusan rumah tangga pada masa kini, turut melibatkan Pengarah Eksekutif SEGi Group, Kim Odhner sebagai anggota panel.
Pengasas Brandt International Sdn Bhd, Munirah Looi bertindak sebagai moderator. – BERNAMA
Read More
Ditikam Ketika Tunggu Azan Maghrib, Tak Sempat Hirup Milo... #Astaghfirullahil'azim
2:00 pm Admin Kedahnews No comments
Kota Kinabalu – Hajat seorang lelaki warga asing untuk menghirup segelas Milo terbantut apabila ditikam dengan gunting oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di sebuah restoran di Api-Api Centre, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.50 petang, mangsa yang tidak dikenali berusia 50-an, cedera di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa yang minum seorang diri dengan berpakaian jubah dan berserban dikatakan baru memesan minuman panas di restoran berkenaan sementara menunggu azan Maghrib.
Ketika menunggu pesanan air tiba, salah seorang pelayan terdengar bunyi kerusi jatuh sebelum meninjau ke arah ruang makan.
Pelayan terbabit terkejut melihat mangsa terduduk di atas lantai dalam keadaan belakang jubahnya berlumuran darah.
Pada masa sama, individu yang menikam mangsa dipercayai sudah melarikan diri. -myMetro
Read More
Bayangkan Bayi Ini Anak Anda, Apa Anda Rasa?
1:00 pm Admin Kedahnews No comments
Bayangkan bayi dalam anggaran berusia setahun dua di dalam video yang disiarkan ini merupakan anak anda sendiri. Agaknya apa yang terbuku di dalam benak fikiran anda?
KedahNews.com bukanlah cuba menimbulkan kebencian atau kemarahan masyarakat melalui video yang kini viral di laman-laman sosial ini.
Namun, apa yang terjadi kepada anak kecil ini benar-benar mecetus kemarahan kami.
Wanita yang dipercayai seorang warga Indonesia ini selamba menyuap makanan secara paksa ke dalam mulutu bayi berkenaan tanpa rasa bersalah atau belas kasihan.
Lihatlah bagaimana bayi berkenaan menangis teresak-esak sambil mulutnya disumbat makanan yang melimpah ruah, meleleh keluar dari mulutnya yang penuh.
by .
Lebih membuat kami geram, bayi berkenaan sengaja dibaringkan bagi memudahkan wanita itu menyumbat makanan masuk ke mulut bayi tersebut.
KedahNews.com tidak pasti sama ada bayi tersebut merupakan anak kepada wanita Indonesia itu atau tidak. Namun jika bayi berkenaan adalah anaknya sekalipun, ia bukanlah satu "tiket" bagi wanita itu untuk berbuat demikian, bukan?
Sebaliknya, jika wanita itu merupakan pembantu rumah dan bayi berkenaan adalah anak majikannya, maka mungkin mana-mana pihak yang kenal dengan bayi atau wanita itu boleh tampil membuat laporan polis berkenaan kes ini.
Berdasarkan kata-kata wanita itu yang berbunyi "Kalau dekat Indon macam ni la boss..", kami menjangkakan wanita ini merupakan pembantu rumah dan lelaki yang merakam video tersebut mungkin majikannya.
Hairan juga mengapa lelaki tersebut tidak marah pada pembantu rumahnya, bukan?

Kami ingin berpesan pada seluruh pembantu rumah warga Indonesia yang mencari rezeki di negara ini bahawa meskipun ita serumpun, namun kaedah mengasuh anak-anak di Indonesia dan Malaysia adalah amat berbeza sama sekali.
Kami tidak dapat menerima kaedah seperti di dalam video berkenaan walaupun ia merupakan kaedah biasa di Indonesia. Harap maklum. -KedahNews.com
Read More
"Pelik Bin Ajaib": TMI Puji Fahmi Lambang Kerosakan Warga UM?
12:00 pm Admin Kedahnews No comments
Agak menarik untuk mengulas tulisan The Malaysian Insider (TMI) yang menyifatkan program Anwar di Universiti Malaya (UM) sebagai sebuah kejayaan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.
Lebih melucukan, TMI dalam "propaganda"nya mendakwa ramai yang memuji Fahmi atas tindakannya yang melanggar peraturan universiti, mengutamakan agenda politik, bertindak diluar batasan dan mencemar nama baik UM!
Tidakkah penulis TMI baca komen-komen di bahagian bawah artikelnya yang lebih banyak mengecam dan mengkritik pedas tindakan "bodoh-diperpodohkan" Fahmi itu?
Penulis agak hairan, bagaimana akal penulis TMI menganalisa di antara perbezaan tindakan yang baik dan buruk.
Fahmi terang-terangan melanggar peraturan universiti yang tidak membenarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyampaikan pidato umum di dalam kawasan universiti berkenaan.
Apakah wajar bagi akhlak seorang pemimpin pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan? Apakah itu satu tindakan yang baik budi pekertinya dan bertamadun dari seorang yang bergelar mahasiswa?
Fahmi melontarkan persoalan tentang mengapa tidak dia memperjuang suara Anwar di dalam kampus UM memandangkan Ketua Pembangkang itu salah seorang alumni universiti berkenaan.
Pada penulis, jawapannya ialah kerana Anwar bukanlah seorang pelajar UM yang cemerlang, sering menimbulkan masalah, terlibat dengan pelbagai kontroversi, isu moral yang tidak berkesudahan dan memberi contoh yang kurang baik berbanding alumni yang lain.
Misalnya, penulis yakin bahawa pihak pengurusan UM akan membantah jika Fahmi menganjurkan program berbentuk politik ilmiah dengan mengundang Profesor DiRaja Ungku Aziz sebagai pemidato mewakili Alumni universiti itu.
Ungku Aziz juga Alumni UM dan sebagai bekas Naib Canselor UM, sudah tentu beliau jauh lebih berkreadibiliti berbanding Anwar dalam dunia perjuangan seorang mahasiswa yang cintakan ilmu, bukan?
Apakah memecahkan pagar dan menceroboh masuk membawa anasir-anasir negatif ke dalam pusat pengajian tinggi tertua itu boleh dianggap sebagai satu "kejayaan"?
Persoalan ini rasanya tidak perlu dijawab memandangkan semua individu yang waras tahu ia adalah satu tindakan yang sama sekali salah dari sudut perundangan mahupun akhlak!
Sekiranya benar pun sekali mahu membantah pihak pengurusan UM, apakah itu cara yang paling "intelek", sesuai, wajar, adil dan dianjurkan oleh agama Islam yang dianuti Fahmi? Rasanya ada pendekatan yang lebih berhikmah berbanding rempuhan dan ceroboh, bukan?
Hasil dari tindakan Fahmi itu, secara tidak langsung ia telah mencemarkan nama baik UM di persada institusi pengajian tinggi negara. Ramai pihak mungkin akan menuding jari mengatakan UM kini melahirkan graduan yang kurang ajar dan suka memberontak.
Agaknya, majikan manakah yang sudi menawarkan kerja pada graduan ganas, tidak bertamadun, tidak berdisiplin, melanggar peraturan dan sangat berpotensi mencemar nama baik syarikat?
Penulis memohon pada semua pihak untuk tidak berat sebelah dan melontarkan sebuah gaya pemikiran yang sangat "pelik" sebagaimana yang ditunjukkan oleh TMI.
Maaflah TMI, bukan berniat untuk merendahkan portal berkenaan, namun di sebalik penulisan itu ramai yang akan memandang rendah pada portal anda. Anda mahu begitu? Penulis harap, TMI akan berubah... -Amir Hamzah/UtaraNews.com

"Tua Ribu Enam Ratus Sembilan Bulu Ringgit Tika Bulu Sen Sahaja"
11:00 am Admin Kedahnews No comments
"Tua Ribu Enam Ratus Sembilan Bulu Ringgit Tika Bulu Sen Sahaja" |
Bagaimanapun, KedahNews.com percaya bahawa mesej yang cuba disampaikan melalui cek berkenaan adalah berkaitan penulisan jumlahnya yang tidak ditulis dengan betul.
"Tua ribu enam ratus sembilan bulu ringgit tika bulu sen sahaja," menjadi bahan jenaka yang agak "berisi" untuk dikupas.
Dalam usaha ke arah negara bangsa, pelbagai kaedah dan cara telah dilaksanakan pihak kerajaan sama ada di peringkat awal pendidikan hinggalah ke peringkat tertinggi.
Malah pelbagai kempen ke arah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara pun turut dilancar bagi memastikan seluruh rakyat, tanpa mengira bangsa, suku kaum atau etnik mampu menguasai Bahasa Melayu walaupun hanya diperingkat asas.
Malangnya apa yang terpapar pada cek di atas adalah satu contoh yang sangat mengecewakan dalam mengejar hasil sebuah negara bangsa.
Meskipun lahir, membesar dan beranak pinak di bumi Malaysia, masih lagi ramai yang gagal menulis dalam bahasa Melayu walaupun di peringkat asas.
Soalnya, bagaimana mahu wujudkan sebuah negara bangsa jika bahasa rasmi negara pun gagal dikuasai secara asas?
Jika yang paling asas pun gagal, bagaimana pula mahu wujudkan nilai nasionalisme dan seterusnya ke tahap patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia, bukan? - KedahNews.com
Read More
Buku MSO Banyak Bohong, Beri Kesan Negatif - PAS Kedah
10:00 am Admin Kedahnews No comments
Buku kontroversi bertajuk "Kejatuhan PAS Kedah" yang dikarang oleh seorang penulis pro-PAS, Mohd Sayuti Omar, mencetus kerisauan pada PAS Negeri Kedah dan didakwa membawa implikasi negatif.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Musoddak Ahmad dalam kenyataan medianya baru-baru ini menuduh Mohd Sayuti banyak tersasar dari kebenaran dan terdapat pelbagai kesilapan fakta dalam penulisannya di dalam buku tersebut.
"Berhubung isu buku ‘Kejatuhan PAS Kedah’ karangan penulis bebas Mohd Sayuti Omar yang giat diforumkan secara road show sekarang ini, Perhubungan PAS Kedah menyedari bahawa terdapat banyak kesilapan fakta yang terkandung dalam buku tersebut.
"Ianya boleh membawa implikasi negatif khususnya terhadap catatan sejarah sepenggal pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah serta memberi imej tidak baik terhadap PAS itu sendiri," kata Musoddak dalam kenyataan media rasmi PAS Negeri Kedah itu.
Justeru itu katanya, PAS Negeri Kedah hanya mampu mengambil inisiatif untuk mengekang pengaruh buku tersebut di kalangan ahli parti melalui kaedah "wacana" yang bakal dianjurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang bakal ditubuhkan.
"Justeru Badan Perhubungan mengambil tanggungjawab untuk menamatkan atau sekurang-kurangnya meredakan isu tersebut dengan penubuhan jawatankuasa khas bagi menanganinya secara wacana," katanya lagi.

Menurut kenyataan media yang disebar melalui aplikasi Whatsapp dan dikongsikan di laman Facebook El-Haraki itu, tiada dinyatakantindakan undang-undang yang akan diambil terhadap penulis buku yang melaporkan "hikayat palsu" berkenaan pentadbiran sepenggal Pas Kedah itu.
Sebaliknya, Musoddak dalam kenyataannya hanya melabelkan Mohd Sayuti sebagai "penulis bebas" meskipun penulis itu sememangnya diketahui umum lebih condong menulis dan memberi sokongan kepada PAS selama ini.
Desas-desus di peringkat akar umbi turut mendakwa bahawa buku karangan Mohd Sayuti itu merupakan propaganda pimpinan PAS pro-liberal yang teruk dihentam pada Muktamar PAS Ke-60 di Johor baru-baru ini.
Kata desas-desus itu, buku tersebut merupakan salah satu tindakan "balas dendam" terhadap golongan pro-ulama yang bangkit, enggan membiarkan PAS rosak di bawah penguasaan golongan liberal pro-Anwar di dalam parti tersebut. -Amir Hamzah/UtaraNews.com

"Bakal Orang Terkaya Di Dunia" Ditangkap!
9:00 am Admin Kedahnews No comments
Papan iklan gergasi ini paling mendapat perhatian di Butterworth gara-gara seorang lelaki berani menggelarkan dirinya sebagai ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’.
Akhirnya semua ini propaganda semata-mata apabila lelaki berwarga China bernama Zhang Jian ini telah ditahan di Thailand.
Zhang,26 telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand gara-gara skim piramid yang diperkenalkannya hingga melibatkan mangsa di China dan Malaysia kehilangan wang dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600juta) dan 3 juta baht (RM300 juta).
Zhang merupakan pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-’multi-level marketing atau lebih mudah dikatakan seakan-akan skim cepat kaya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan tentang skim yang diperkenalkan pada rakyat Malaysia ini dan mendapati YSLM ada kaitan dengan skim cepat kaya namun Jian dengan segera meninggalkan negara ini dan pergi meluaskan pengaruhnya di Thailand.
Memetik petikan The Nation, pihak polis turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.
Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang.
Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.
Dek kerana mahu segera kaya, akhirnya ramai yang memakan diri sendiri dengan mempercayai skim sebegini.
Moga dijadikan ikhtibar!
Sumber: Mynewshub.cc

Nurul Izzah Desak Hak Penjagaan Anak Walau Suami Masih Sayang...
8:00 am Admin Kedahnews No comments
KUALA LUMPUR – Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim dan isterinya Nurul Izzah Anwar masih cuba mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan isu hak penjagaan anak (hadanah) yang difailkan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu pada April lepas.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, ketika ditemui media di luar mahkamah selepas kes itu disebut di dalam kamar Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Amran Mat Zain hari ini.
Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Normawaddah Ramli yang mewakili Nurul Izzah.
Namun, pasangan suami isteri itu tidak menghadiri prosiding berkenaan.
Azmi berkata pihak plaintif (Nurul Izzah) telah menghantar draf perjanjian berhubung cadangan hak penjagaan kedua-dua anak mereka menerusi e-mel kepada suaminya minggu lepas.
Azmi, yang enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai draf perjanjian berkenaan, berkata Raja Ahmad Shahir Iskandar memerlukan masa untuk meneliti cadangan berkenaan.
“Mahkamah turut mengarahkan defendan (Raja Ahmad Shahir) memasukkan pembelaan sekiranya tiada jalan penyelesaian berhubung isu hak penjagaan anak.
8 Dis ditetapkan untuk sebutan,” katanya. Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, memfailkan permohonan hadanah itu pada 30 April lepas mengikut Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Pada awal Januari lepas, Nurul Izzah yang juga anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.
Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang anak lelaki berusia empat tahun. – BERNAMA
Read More
Peguambela Dakwa DNA "Lelaki Y" Dalam Dubur Saiful Bukan Milik Anwar!
7:00 am Admin Kedahnews No comments
PUTRAJAYA – Profil DNA “Lelaki Y” yang dijumpai dalam rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan bukan milik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.
Dalam hujahnya di hadapan lima panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Sangeet Kaur Deo berkata tiada bukti sama sekali untuk mengaitkan “Lelaki Y” dengan Anwar.
Beliau menjelaskan tiada seorang pegawai polis yang bertugas di lokap melihat Anwar menggunakan tiga barangan — berus gigi, tuala Good Morning dan botol air mineral – yang telah diberikan kepadanya oleh pihak polis ketika beliau ditahan semalaman dari 16 Julai 2008 hingga 17 Julai 2008.
Sangeet berkata seorang pegawai polis memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mendengar bunyi seolah-olah Anwar memberus giginya.
“Dia melihat Anwar menggunakan tandas sel tetapi dia tidak melihat perayu (Anwar) memberus gigi,” katanya.
Oleh itu, beliau berkata, adalah tidak mungkin untuk menghubungkan profil DNA ‘Lelaki Y’ untuk Anwar kerana ia boleh menjadi sesiapa sahaja.
Ketika ditanya Hakim Arifin sama ada terdapat orang lain dalam sel itu, Sangeet berkata Anwar adalah penghuni tunggal.
Beliau berhujah bahawa pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan bahawa Anwar telah menggunakan barangan itu, bagaimanapun, pegawai polis tidak pernah melihat Anwar menggunakannya.
“Keterangan mengikut keadaan biasanya bergantung kepada bila tidak ada keterangan langsung. Tetapi dalam kes ini, kita mempunyai saksi yang melihat perayu tidak menggunakan barang-barang itu,” katanya.
Namun, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong menjelaskan bahawa dalam undang-undang, keterangan mengikut keadaan boleh digunakan, tidak semestinya hanya mengarahkan keterangan, ia boleh menjadi kedua-duanya.
Sangeet berhujah bahawa di Mahkamah Tinggi, perbicaraan dalam perbicaraan dijalankan oleh mahkamah bagi maksud menentukan sama ada terdapat keterangan yang mencukupi bagi mahkamah untuk tidak memasukkan profil DNA daripada ketiga-tiga barangan itu.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi, dalam keputusannya, telah tidak memasukkan ketiga-tiga barangan itu namun mengubah keputusan awal selepas membenarkan pihak pendakwaan mengkaji semula keputusan dan membenarkan barangan itu dikemukakan sebagai bukti.
Sangeet berhujah bahawa daripada keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi untuk mengecualikan barangan itu, adalah jelas bahawa ia adalah berdasarkan kepada cara dan kaedah yang tidak adil yang digunakan pihak polis, bermakna ia dilakukan dengan helah dan tipu daya bahawa pihak polis cuba mengemukakan bukti DNA.
Beliau seterusnya berhujah bahawa barangan itu diperoleh bagi profil DNA oleh polis dengan cara yang tidak wajar dan tidak adil, kerana Anwar enggan memberikan sampel darahnya untuk tujuan DNA apabila diminta oleh doktor Hospital Kuala Lumpur.
Beliau berkata berdasarkan kepada pihak berkuasa, Anwar berhak dari segi perlembagaan untuk tidak melakukannya dan ia tidak diwajibkan secara undang-undang untuk memberikan sampel darahnya untuk DNA.
Sangeet berkata sebagai ganti daripada dibebaskan selepas pemeriksaan perubatan, Anwar dibawa kembali ke sel lokap dan dibekalkan dengan tiga barangan.
“Adalah penting untuk diperhatikan bahawa apabila barangan dijumpai daripada lokap, Anwar tidak ada,” kata beliau.
Beliau menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya mempertimbangkan apa yang dinyatakan dalam diari lokap kerana ia adalah sangat terperinci.
Malah, beliau berkata, berdasarkan keterangan itu, diari lokap itu mencatatkan pergerakan Anwar setiap dua jam seperti ketika dia sedang tidur dan bersandar kepada jeriji besi.
Beliau berhujah tanpa barangan itu, ada jurang besar dalam pendakwaan kes dan oleh itu, pihak pendakwaan telah gagal untuk mengaitkan DNA Lelaki Y dengan Anwar.
Pada tahap awal, seorang lagi peguam, N.Surendran berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah gagal mengambil kira kenyataan Anwar dari kandang tertuduh dengan lain-lain keterangan bagi mensabitkan pemimpin pembangkang itu. - BERNAMA
Read More
Amaran Untuk Para Isteri: "Pusat Jagaan Suami"..!
12:02 am Admin Kedahnews No comments
Di Malaysia, kita selalu hanya tahu tentang kewujudan Pusat Jagaan Bayi atau "Baby Day Care Centre" yang menawarkan khidmat jagaan bayi bagi golongan ibubapa yang sibuk dengan jadual harian masing-masing.
Selain itu, terdapat juga pusat jagaan bayi yang menawarkan khidmat jagaan bayi mengikut tempoh masa yang dikehendaki ibu bapa yang perlu membayar harga jagaan tersebut mengikut jam.
Pun begitu, sekiranya anda ke Phuket, Thailand, para isteri jangan terkejut sekiranya melihat poster atau iklan yang terpampang menawarkan khidmat jagaan SUAMI pula!
"Husband Day Care Centre" merupakan alternatif yang disediakan oleh beberapa premis perniagaan di pusat pelancongan itu bagi isteri-isteri yang mahu ber"shopping" sakan dan tidak mahu diganggu suami masing-masing ketika membeli-belah atau melancong di sana.
"Perlukan masa untuk relaks? Perlukan masa untuk sendirian? Mahu membeli belah (tanpa gangguan)?"
Husband Day Care Centre |
"Tinggalkan suami anda pada kami. Kami akan "menjaga"nya untuk anda. Anda hanya perlu membayar harga makan minumnya sahaja," begitulah ayat yang tertulis di papan iklan berkenaan.
Bagi mereka yang beragama Islam, KedahNews.com menyarankan supaya para isteri tidak meninggalkan suami mereka di "pusat jagaan suami" memandangkan "kecurigaan" kami pada premis tersebut yang seolah-olah pusat maksiat.
Melihat keadaannya yang dipenuhi dengan gadis-gadis seksi, bar, meja pool dan sebagainya, rasanya memang kurang sesuai untuk suami yang beragama Islam. Mungkin wajar tinggalkan suami anda di hotel sahaja.
Cuma, bagi para suami yang ke Phuket tanpa isteri masing-masing, harapnya janganlah "menggatal" mahu dirinya "dijaga" di pusat jagaan suami tersebut. Ingat sama pada dosa dan pahala, kan? Jangan sampai terjebak, nanti merana.. Wallahu'alam. -KedahNews.com
Read More