"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Friday, 11 July 2014

Mohon Pejabat Agama Pantau Kegiatan Remaja Tak Senonoh...

KULIM - Pengunjung di Taman Tasek Kulim meminta kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk membuat pemantauan terhadap golongan remaja yang sering berkelakuan sumbang di sekitar tasik itu terutama pada waktu siang.

Dari tinjauan dibuat, selain berada dalam keadaan berdua-duaan, ada dalam kalangan merekan yang berpelukan.

Seorang kakitangan awam, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku ketika bulan Ramadan.

Menurutnya, ini merupakan antara perlakuan yang harus ditegah selain golongan mereka yang tidak berpuasa dan peniaga yang menjalankan perniagaan mereka sebelum waktu ditetapkan.

"Perlakuan sumbang ini selalunya berlaku pada hari cuti di mana ramai dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki berjumpa dengan pasangan mereka.

“Kita rasa kecewa apabila melihat remaja hari ini melakukan maksiat tanpa mengira tempat. Sekarang ini bulan Ramadan dan mereka seharusnya menambah ibadat dan bukannya melakukan perkara yang mungkar," katanya.

Mohd Ridzuan berkata, setiap petang pemandangan seperti ini dapat dilihat di Taman Tasek Kulim dan Dataran Putra.

"Kita sangat berharap PADK dapat mengambil tindakan terhadap golongan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen, Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim berkata, masalah sosial dalam kalangan remaja hari ini sangat membimbangkan kerana tidak ada mana-mana pihak yang mahu membimbing golongan ini.

“Hari ini golongan remaja yang berpeleseran semakin ramai dan ada dalam kalangan mereka ini lari dari rumah.

"Sehingga kini tempat paling selamat untuk mereka berselindung adalah di rumah teman lelaki. Dari maklumat diterima sehingga kini lebih tiga remaja perempuan melahirkan anak luar nikah," katanya.

Katanya, dia meminta golongan remaja perempuan dan lelaki yang bermasalah untuk tampil ke hadapan dan berjumpa dengan petugas di Pusat Khidmat Masyarakat, Parlimen Kulim Bandar Baharu.

"Kita akan cuba menasihati dan menyelesaikan masalah dihadapi golongan ini selain menempatkan mereka di tempat yang lebih selamat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Dikecam Gara-Gara Sokong Israel, Messi Sokong "Bebas Palestin"..?

Biarpun Argentina sudah pun menjejakkan kaki ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, bintang prolifik pasukan itu Lionel Messi sudah pun menerima kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam.

Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona ekoran tersebar gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.

Gambar berkenaan diambil ketika pasukan Barcelona dan Messi melawat Israel tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada rundingan damai antara Palestin dan Israel.

MessiIsrael_2
MessiIsrael_3
Beberapa keping gambar Messi yang juga Ketua Pasukan Argentina beramah mesra dengan Perdana Menteri Zionis Benjamnin Netanyahu.

Satu gambar yang menjadi viral kebencian penyokong Argentina dan Messi ialah gambar pemain itu memegang sehelai kemeja-t dengan tertulis perkataan "Berdiri Bersama Israel".

Gambar itu dikatakan dirakam ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.

Di laman Facebook di Malaysia, kebanyakan peminat Barcelona sudah mula benci dengan pasukan itu termasuk Messi dan Argentina dan menyuarakan sokongan mereka kepada Jerman pada final nanti.

Messi dilihat begitu ceria berdiri di samping Netanyahu yang telah memberi arahan kepada askar rejimnya membunuh dan melancarkan serangan udara ke atas rejim Zionis berkenaan.
Pun begitu, KedahNews.com turut menemui sekeping gambar Messi seakan-akan gambar yang mencetus kontroversi seperti di atas, namun tertulis "bebaskan Palestin" yang seolah-olah sengaja diedit mungkin untuk meredakan kemarahan umat Islam.


Read More

Minyak Masak Untuk Aidilfitri Cukup Di Kedah - Dr Ku Rahman

ALOR SETAR - Bekalan minyak masak di negeri ini mencukupi untuk menampung keperluan pengguna bagi menghadapi musim perayaan tidak lama lagi.

Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata pinjaman kuota 10 peratus yang diberikan kepada pengeluar minyak masak dalam bungkusan plastik mampu meningkatkan bekalan untuk edaran seluruh negeri.

Menurutnya, bekalan minyak masak sepanjang perayaan Aidilfitri akan bertambah kira-kira 250 metrik tan yang menjadikannya 2,700 metrik tan sebulan berbanding 2,514 metrik tan sebelum ini.

"Untuk Julai atau musim perayaan ini, pengeluar minyak masak diberi pinjaman kuota pengeluaran bahan keperluan itu oleh  Kementerian Perusahaan Perdagangan dan Komoditi (MPIC). Contohnya mereka ambil kuota bulan September dan ini tak akan menimbulkan masalah kepada pengguna apabila kuota ditolak semula.

"Namun jika ada yang cakap minyak masak tak cukup, itu adalah kerana ramai pengguna yang menyukai jenama tertentu yang terlalu cepat habis stok di pasaran, namun ia bukan memberi gambaran kepada kekurangan bekalan minyak," katanya kepada media selepas melawat beberapa kilang pengeluar minyak masak di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bekalan minyak masak menjelang hari raya dan sepanjang bulan puasa mencukupi. Jika ada masalah, perlu maklum segera kepada kerajaan.

Ku Abdul Rahman berkata, walaupun tiada kawalan kuantiti minyak masak dalam pembelian namun pengguna perlu bijak berbelanja bagi mengelakkan sesuatu kawasan kurang atau kehabisan bekalan.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Dafi Tegas, Tak Takut Pada Celcom!

Penyanyi berwajah "jambu", Dafi AF, menegaskan bahawa dia tidak takut pada syarikat telekomunikasi Celcom yang dihamburnya dengan kecaman keras menerusi laman sosial, Twitter, baru-baru ini.

Meskipun menyedari Celcom merupakan syarikat yang menaja dirinya sebagai selebriti yang mempromosikan jenama telokomunikasi itu sempena kempen Piala Dunia 2014, Dafi tegaskan apa yang diluahkan itu adalah berdasarkan dirinya sebagai salah seorang pelanggan.

"Buat apa saya nak takut. Sebagai pengguna, saya berhak untuk bersuara. Bukankah pelanggan selalunya betul?" katanya tegas, mempertahan tindakan melepaskan geram terhadap Celcom.

Dafi sebelum itu dilaporkan mengamuk terhadap Celcom ekoran terpaksa membayar bil berjumlah RM9,000, namun dia mendakwa tidak mendapat perkhidmatan seperti yang diharapkan.

Kata Dafi, dia menerima bil setinggi RM9,000 baru-baru ini, namun dipaksa menghadapi beberapa masalah lain sejak dua bulan kebelakangan ini, termasuk tidak menyekat talian telefonnya meskipun sudah melampaui had ketika bercuti di Pulau Boracay, Filipina.

"Bayangkan selama ini mereka selalu meminta saya membayar bil tepat pada masanya dan akan menyekat talian sekiranya sudah sampai had yang ditetapkan.

"Tetapi ketika saya di Pulau Boracay, Filipina mereka tidak menyekat talian saya pula sehinggakan bila saya melambung ke RM9,000.

"Dah lama saya bengang dengan syarikat telekomunikasi ini. Ada saja masalah mereka. 

"Memandangkan ramai yang mengeluh mengenai perkara sama, saya pun mengambil tindakan untuk meluahkan rasa tidak puasa hati secara umum di laman Instagram," katanya yang dipetik dari Mstar.

Bagaimanapun, pihak Celcom sehingga kini masih belum memberikan maklum balas atau jawapan terhadap ketidakpuasan hati anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu. -KedahNews.com

Read More

Video: Roket Pejuang Palestin Huru-Harakan Majlis Kahwin Yahudi..!

Jangan ingat umat Islam lemah. Jangan sangka umat Islam tidak mampu bertindak balas dan jangan fikir umat Islam di seluruh dunia akan berdiam diri atau hanya mengutuk dengan lisan saja terhadap kekejaman rejim Yahudi Zionis Israel.

Tersebar di laman media sosial, Youtube, sebuah klip yang memaparkan majlis perkahwinan rakyat Israel yang terganggu dengan kehadiran serangan roket dari para pejuang yang sedang berjihad di bumi Palestin.

Dalam klip tersebut, tetamu di majlis berkenaan bertempiaran melarikan diri dan tidak menghiraukan majlis perkahwinan yang sedang berlangsung kerana risaukan keselamatan diri masing-masing.

Kedengaran juga siren yang dikenali sebagai "tzeva adom" yang dibunyikan pihak berkuasa Israel setiap kali menerima serangan balas dari para mujahidin di bumi anbiya' itu.

Yakinlah bahawa umat Islam di seluruh dunia tidak akan "tidur" selagi kezaliman dan kekejaman puak Yahudi laknatullah itu tidak dihentikan buat selama-lamanya.

Sama ada secara terbuka atau tersembunyi, kita semua akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi pada rakyat Palestin yang sekian lama hidup menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis yang mencemar kota suci itu.

Saksikan klip video berkenaan...


Read More

Siapa Tergamak Fitnah Felixia Di Bulan Ramadhan?

Walaupun sudah mengucap dua kalimah syahadah minggu lalu, masih lagi timbul kesangsian di hati pelbagai pihak mengenai tujuan sebenar bekas model Playboy, Felixia Yeap memeluk Islam.

Ramai mendakwa bahawa Felixia atau nama Islamnya, Raisyyah Rania tidak ikhlas dalam memeluk Islam malah menuduh dia masuk Islam hanya kerana ingin berkahwin dengan teman lelakinya yang berbangsa Melayu.

Bagaimanapun, Felixia ataupun Raisyyah menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyatakan tidak menolak sekiranya jodohnya datang dalam masa terdekat kerana itu semua merupakan ketentuan daripada Allah SWT.


“Kalau jodoh datang masa ini, Raisyyah rasa memang wajar terima jodoh. Bagi Raisyyah, kalau ya pun betul-betul kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya pun di masa depan, kalau itulah jodoh Raisyyah yang Allah tentukan, Allah rancangkan untuk Raissyah, siapa Raissyah untuk mempertikaikan dan menolak jodoh tersebut,” katanya memetik portal Rotikaya.

Sebelum ini, Raisyyah pernah mendedahkan identiti kekasihnya yang dikenali sebagai Raja Zainal Badri sebaik sahaja dia bergelar Muslimah pada Khamis minggu lalu.
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Bila Masa KPDNKK Minta Maaf Pada Syarikat Haram?

Putrajaya - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan mengeluarkan permohonan maaf kepada syarikat jualan langsung, YSLM atas tindakan yang diambil terhadap syarikat itu.

KPDNKK dalam kenyataan berkata, malah tindakan tegas akan diteruskan terhadap apa sahaja aktiviti yang melibatkan syarikat itu termasuk menahan pemilik syarikat tersebut iaitu seorang warga China Zhang Jian, 26, untuk siasatan lanjut.

"Berita yang tersebar di laman sosial menyatakan KPDNKK memohon maaf serta akan memulangkan semula barangan yang dirampas kepada pihak YSLM adalah palsu," katanya.

YSLM dipercayai menjalankan perniagaan secara haram di negara ini dan tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta tidak memiliki lesen daripada KPDNKK untuk menjalankan aktiviti jualan langsung.

Menurut kenyataan itu, siasatan awal mendapati Zhang yang mendakwa dirinya orang terkaya dunia, datang ke Malaysia dan mewujudkan skim cepat kaya dengan menawarkan pelaburan serendah RM300 dan boleh memperoleh pulangan antara RM2,700 hingga RM6,000 sebulan secara dalam talian.

Kenyataan itu berkata, Zhang juga didapati menjalankan perniagaan di bawah syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang memperoleh lesen jualan langsung daripada KPDNKK.

Siasatan terhadap YSLM dijalankan di bawah Seksyen 27 (b) Skim Anti Piramid manakala CDTUP international Sdn. Bhd. pula di bawah Seksyen 6(4) Pelanggaran Syarat Lesen di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Bagi kesalahan kali pertama di bawah Seksyen 27(b), hukuman yang dikenakan adalah denda tidak kurang daripada RM500,000 dan tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan di bawah Seksyen 6(4), hukuman dikenakan adalah pembatalan lesen jualan langsung. Tindakan tegas akan dikenakan atas mana-mana individu atau syarikat yang menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan Akta Jualan Langsung Dan Skim Anti-Piramid 1993," kata kenyataan itu. - BERNAMA

Read More

Cabar Buat 13 Mei Sekali Lagi, Timbalan Guan Eng Mungkin Diheret Ke Balai...

Balik Pulau – Pihak Berkuasa di Pulau Pinang sedang mempertimbang untuk mengheret Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy ke balai polis untuk membatu siasatan berhubung kenyataannya yang berbaur hasutan baru-baru ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini pihak polis telah menerima tiga laporan dari orang ramai berhubung dakwaan kenyataan Ramasamy yang mampu menyebabkan rusuhan antara kaum itu.

Beliau memberitahu bahawa dua daripada laporan itu telah dibuat di Kuala Lumpur manakala satu lagi dilakukan di Kepala Batas, semalam, dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 bagi kes berkenaan.

"Kami akan teliti laporan berkenaan dan akan mempertimbang untuk memanggil Timbalan Ketua Menteri II itu memberi kenyataan bagi membantu siasatan," jelasnya kepada media selepas Majlis Ihya Ramadan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini malam tadi.

Sementara itu, Abdul Rahim juga meminta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi liar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan yang ditimbulkan Ramasamy dan memberi ruang kepada pihak berkuasa itu untuk menjalankan siasatan seadilnya.

Ramasamy didakwa mengeluarkan kenyataan itu Isnin lepas ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung di Malaysia. -KedahNews.com

Read More

Peniaga RTC Napoh Merungut Tak Laku...

NAPOH - “Indah khabar dari rupa”, itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan suasana suram di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Jalan Jitra - Bukit Kayu Hitam, dekat sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata peniaga yang menyewa di RTC itu merungut berikutan perniagaan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 April lalu, selain menyediakan ruang niaga untuk usahawan tempatan RTC juga menempatkan beberapa cawangan jabatan kerajaan.

Antaranya, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan.

Bagaimanapun, peranan RTC sebagai platform kepada usahawan menjalankan perniagaan dilihat masih gagal dan memberi kebimbangan kepada sebahagian peniaga. Malah terdapat beberapa lot kedai didapati tidak beroperasi walaupun sudah disewa peniaga.

Peniaga, Abdullah Zakaria, 60, berkata, perniagaan menjual tudung yang dibuka sejak setahun lalu di RTC itu sekadar hidup segan, mati tak mahu.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM2,000 sebulan kerana kurang mendapat sambutan.

“Buat masa sekarang saya cuba bertahan dengan meneruskan perniagaan ini, di sini memang perniagaan saya rugi. Saya boleh bertahan pun dengan pendapatan dari cawangan kedai lain yang boleh menampung kedai di sini (RTC).

“Kita boleh lihat tidak ramai orang datang ke RTC, yang datang pun hanya orang tempatan yang mahu berurusan di agensi kerajaan... bukan mahu membeli-belah,” katanya.

Tambahnya, diharap pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dapat mengadakan lebih banyak program untuk memastikan suasana di RTC lebih hidup yang menjadi tumpuan pengunjung.

“Lokasi di sini sudah strategik, tepi jalan utama yang menjadi tumpuan pelancong untuk ke Thailand. Sebab itu, di sini perlu lebih banyak program seperti ekspo untuk tarik pelanggan” katanya.

Sementara itu, Pengunjung, Abdul Rahim Salleh, 40, berkata, dia hanya berkunjung ke RTC untuk berurusan di agensi kerajaan.

Menurutnya, RTC belum mempunyai sebarang daya tarikan yang kuat kepada orang ramai untuk datang membeli-belah.

“Kalau diperhatikan, produk-produk yang terdapat di sini boleh didapati di kedai-kedai lain sekitar kawasan ini.

"Lagi pula, ia baru beroperasi secara rasmi dan mungkin akan mengambil sedikit masa untuk menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Kisah Saudara Kita Yang Tak Henti Menangis...

Sedang umat Islam seluruh dunia menahan lapar dan dahaga demi menunaikan tanggungjawab berpuasa di bulan Ramadhan, saudara kita di Gaza sedang kelaparan kerana diserang tanpa henti oleh Israel.

Sedang peminat Brazil seluruh dunia meratapi kekalahan 1 – 7 kepada Jerman, saudara kita di Gaza meratapi keluarga mereka yang mati syahid dibunuh oleh tentera zionist yang zalim.

Sedang peminat Jerman kegembiraan berjaya menewaskan Brazil di separuh akhir Piala Dunia 2014, tentera Israel bergembira membunuh kejam saudara kita di Gaza.

Kita di Malaysia masih berpeluang mengecapi keamanan dan keharmonian di bulan yang paling mulia ini, tetapi saudara kita di Gaza mungkin ada yang tidak berkesempatan untuk menyambut Aildilfitri bersama keluarga.

PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT

Tentera Israel mencemarkan kesucian Ramadhan apabila melakukan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza dengan mendakwa serangan dilancarkan itu adalah “Operasi Perlindungan Sempadan” atau “Operasi Batu Konkrit”.

Kononnya, tindakan itu bertujuan untuk menangkis dan menyerang semula roket-roket yang dilancarkan dari Gaza.

Hakikatnya, mereka mahu menghalau semua pemimpin Hamas keluar dari Gaza.

Bangsa Yahudi sangat memandang rendah bangsa lain yang dianggapnya sama taraf dengan haiwan.

Bagi mereka, jika seorang Yahudi mati dibunuh oleh Palestin, ia perlu dibalas dengan membunuh dua orang Palestin.

Kesombongan mereka telah bermula sejak beribu-rbu tahun lalu.

Bukan sesuatu yang pelik untuk mereka membunuh saudara kita di Gaza walaupun dikutuk satu dunia kerana bangsa mereka sudah membunuh ramai para Nabi, inikan pula manusia biasa seperti Palestin.

gaza-terkini

Terbaru lebih 28 warga Gaza syahid. Al Fatihah…

Ini bukan kali pertama Israel menyerang Gaza di bulan Ramadhan, malah sudah berkali-kali.

Mereka menyangka bumi Palestin adalah bumi nenek moyang mereka dan kerana itulah mereka sedaya-upaya menghalau umat Islam dari seluruh Palestin.

Justeru, marilah kita panjatkan doa di bulan suci ini dengan memohon ALLAH S.W.T memberi pertolongan kepada saudara kita daripada kezaliman para Yahudi Zionis ini.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

TERKINI: Israel Akan Serang Gaza Bila-Bila Masa Dari Darat

Gaza - Israel mengesahkan sedang melakukan persiapan bagi melancarkan serangan darat di Semenanjung Gaza.

Persediaan itu dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia mengadakan mesyuarat gempar membincangkan isu keganasan yang semakin meningkat di kawasan itu.

Presiden Israel Shimon Peres memberitahu CNN serangan boleh berlaku dalam masa terdekat.

"Jika pelancaran roket berterusan, kita tidak akan menolak kemungkinan serangan darat," katanya.

Kereta kebal Israel sudah kelihatan berkumpul di sempadan Gaza dan Israel juga telah memanggil 40,000 anggota pasukan simpanannya.

Menurut penganalisa, tentera Israel yang memasuki Gaza berkemungkinan besar menghadapi senjata pembinasa kereta kebal oleh Hamas termasuk peluru Kornet yang diguna oleh Hezbollah ketika perang Lebanon 2006 selain bahan letupan buatan sendiri.

Kemungkinan juga anggota tentera Israel akan ditangkap bagi pertukaran tawanan perang.

Sekurangnya 74 warga Gaza terbunuh sejak Israel melancarkan Operasi ‘Protective Edge’ awal Selasa lalu untuk menghalang pelancaran roket.

Sehingga kini, tiada warga Israel yang maut.

Mesir juga telah membuka sempadannya di Rafah dan hospital di utara Sinai bersiap sedia merawat mangsa serangan itu, menurut agensi berita Mesir MENA.

Sementara itu, Ketua PBB Ban Ki-moon memberi amaran krisis ini boleh bertambah buruk dan menjadi tidak terkawal dalam sekelip mata dan berkata, risiko keganasan akan berleluasa menjadi semakin nyata.

"Kawasan Gaza tidak mampu terlibat dalam satu lagi peperangan besar," katanya.

Ban sudah bercakap dengan Peres, Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry mengenai krisis ini.

Majlis Keselamatan akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
krisis ini, malam ini.

Keganasan kali ini adalah yang paling buruk di Gaza sejak November 2012 dengan 750 serangan udara Israel dalam tempoh 48 jam. - AFP

Read More

Muhyiddin Bidas Pedas Pihak Putar Belit Kenyataan 13 Mei


Alor Setar, 10 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pedas beberapa pihak yang sengaja memutar belit kenyataannya berhubung peristiwa 13 Mei baru-baru ini bagi meraih kepentingan politik murahan dari masyarakat di negara ini.

Menurut Muhyiddin, kenyataannya sebelum ini bukanlah berniat untuk menakut-nakutkan sesiapa, namun bertujuan untuk menyedarkan masyarakat berbilang kaum di negara ini agar terus memelihara keamanan yang dikecapi kini spuaya peristiwa itu tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

"Kenyataan saya sebelum ini bukanlah untuk mencetuskan provokasi di kalangan masyarakat di negara ini.

"Tapi ia bertujuan memberi kesedaran untuk penduduk berbilang kaum agar sentiasa mementingkan hubungan di antara kaum dan memelihara keamanan yang sedia ada agar peristiwa 13 Mei tidak akan berulang lagi,” katanya semasa merasmikan Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) pada lewat petang semalam.

Menteri Pelajaran itu menegaskan tindakan kenyataannya itu tidak menjadi satu kesalahan kerana ia dilahirkan atas dasar untuk memberi peringatan pada semua pihak dan bukannya ditujukan kepada kaum tertentu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak tersebut.

Beliau turut kesal apabila segelintir individu sengaja mempolitikkan niat baiknya dengan mengelirukan rakyat berhubung kenyataan tersebut sekali gus menimbulkan salah faham terhadap tujuan utama ucapan itu bagi memberi ingatan kepada semua pihak.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP, Lim Kit Siang, mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu mengancam keharmonian kaum, kononnya mengingatkan kembali detik-detik berdarah yang menjadi igauan masyarakat yang terlibat dengan peristiwa itu.

Menyifatka putar belit yang dimainkan segelintir pihak berkepentingan itu sebagai "politik sempit", beliau menggesa agar setiap masyarakat di negara ini sentiasa bersatu padu agar keamanan yang telah lama dibina antara kaum di Malaysia sentiasa terpelihara dan menjadi contoh bagi negara-negara luar.

Dalam perkembangan yang sama, Timbalan Perdana Menteri itu turut mengharap agar pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab di Kedah dapat membantu para pelajar agar dapat mencapai kejayaan di samping membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

“Menjadi harapan saya dan para pemimpin yang lain untuk melihat setiap murid yang mengikuti pembelajaran Tahfiz Model Ulul Albab, bukan sahaja tahu membaca dan menghafal Al-Quran, tetapi turut mengaplikasikan dan membudayakan Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka.

“Semoga generasi yang lahir daripada model pembelajaran ini akan menjadi generasi Ulul Albab yang bergelar jurutera al-hafiz, doktor al-hafiz dan professional al-hafiz,” ujarnya lagi.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Kedah. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

Bung Mokhtar Minta Maaf!

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin akhirnya memohon maaf berhubung isu tweet ‘Long Live Hitler’ yang menjadi kontroversi, baru-baru ini.

Bung menulis, “bila Jerman dibelasah Brazil, saya dengan secara tidak sengaja telah menyatakan sesuatu yang boleh menyakitkan hati penduduk Jerman. Jadi, saya memohon maaf seikhlas hati (berhubung tweet tersebut). Long live Bung”.

BUNGG

Bung sebelum ini menulis, “Well done..Bravo..Long Live Hitler..” sebaik Jerman berjaya membelasah Brazil 7-1 pada peringkat separuh akhir sekali gus menempah slot ke peringkat akhir Piala Dunia 2014.

bung
Kenyataan beliau mendapat reaksi negatif daripada pengguna Twitter yang lain. Bung Mokhtar bagaimanapun menyelar mereka yang mengkritiknya itu.

Kenyataan itu agak tidak disenangi oleh banyak pengguna Twitter yang merasakan kenyataan itu sebagai mencerminkan tahap pemikiran beliau sendiri.

Namun begitu, menerusi pemerhatian penulis sehingga jam 1.30 petang tadi, Bung masih belum lagi menarik balik serta memadamkan ‘tweet’ kontroversi tersebut daripada laman Twitternya seperti mana yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Tabung Haji Jamin Utamakan Warga Emas

TEMERLOH – Tabung Haji (TH) memberi jaminan mereka yang belum menunai haji terutamanya warga emas akan diberikan keutamaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato Dr Abdul Shukor Husin berkata, sehingga ini sebanyak 1.5 juta umat Islam berdaftar dengan TH untuk menunai haji ke tanah suci, namun hanya 25,000 orang jemaah dari negara ini dibenarkan Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji setiap tahun.

“Dianggarkan lebih 25,000 umat Islam berdaftar dengan TH setiap bulan untuk menunaikan haji dan mereka terbabit diberi jaminan untuk menunai ibadat haji.

Prof Dr Abdul Shukor memberitahu, TH menyediakan subsidi RM130 juta kepada jemaah haji tahun ini bagi meringankan kos perbelanjaan haji yang semakin meningkat.

“TH menanggung subsidi RM6,175.00 tiap seorang supaya bayaran haji dapat dikekalkan pada RM9,980 seorang dan jika tidak ada subsidi bayaran dikenakan adalah sebanyak RM16,155 seorang,” katanya ketika berucap menyampaikan sumbangan Zakat Ehsan TH Peringkat Negeri Pahang Tahun 2014 di Masjid Abu Bakar Temerloh, hari ini.

Sebanyak 284 orang terdiri daripada golongan asnaf miskin dan fakir seluruh Pahang menerima sumbangan zakat membabitkan jumlah RM142,000.

Sementara itu, beliau berkata TH akan terus melebarkan pelaburan di dalam dan luar negara dalam usaha meningkatkan lagi kegiatan ekonomi dan menambah asetnya.
Sehingga ini, TH mempunyai aset bernilai lebih RM50.bilion membabitkan perladangan dan harta tanah.
Di tanah suci, TH turut melabur dalam bidang perhotelan serta membina dua buah hospital bagi kemudahan rawatan kepada jemaah haji Malaysia. – BERNAMA

Read More

Almy Nadia Yang Mengandung, Fizz Fairuz Pula Yang Baran?


Pelakon Fizz Fairuz mengakui sejak isterinya Almy Nadia disahkan hamil dia tiba-tiba bertukar sifat menjadi seorang yang panas baran dan sensitif terhadap perkara-perkara yang berlaku disekelilingnya.

Fizz, 35, berkata, dia tidak pasti sekiranya perubahan emosi itu sebagai satu simptom ‘pembawakan budak’ namun bimbang akan ada pihak terasa hati dengan sikapnya itu yang sukar dikawal sejak akhir-akhir ini.

“Sejak Almy mengandung saya menjadi seorang yang sensitif dan panas baran secara tiba-tiba dan adakalanya gagal mengawal sifat tersebut yang mungkin akan membuatkan pihak lain terasa hati dengan saya.

“Jika ini salah satu simptom ‘pembawakan budak’ yang terkena pada suami, saya harap ia tidak akan kekal lama,” katanya kepada mStar Online.

Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem Mat Tudung di Wangsa Walk, Wangsa Maju di pada Rabu.

Selain Fizz, filem arahan Wan Hafiz itu turut menampilkan Izzue Islam, Nelydia Senrose, Harun Salim Bachik, Rosnah Mat Aris dan Jihan Musa.

Ia bakal ditayangkan bermula 28 Julai ini.

Dalam pada itu, Fizz enggan melayan kata-kata fitnah yang mempertikaikan tentang kehamilan dan usia kandungan isterinya dan mengambil pendekatan berdiam diri terhadap tohmahan sesetengah pihak.

Jelas Fizz, dia tidak mahu Almy tertekan dengan cerita-cerita buruk yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang akan memberi kesan kepada kandungan itu nanti.

“Pihak yang mempertikaikan tentang kehamilan Almy mungkin patut semak kembali bila kami bernikah dan bukan terus membuat tuduhan tidak berasas seperti ini.

“Saya sering pesan dengan Almy jika ada orang cerita yang bukan-bukan jangan layan kerana ia akan merebak menjadi besar. Lebih baik diam dan senyum sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, Almy yang sedang hamil lima minggu mengakui perubahan sikap suaminya itu dan mengambil pendekatan sentiasa bersabar bagi mengelakkan masalah lain.

Jelas Almy, dia tidak terasa hati sekiranya Fizz ada melepaskan kemarahan kepadanya kerana dia tahu ia bukan disengajakan selain berharap fasa tersebut tidak berpanjangan.

“Mula-mula geram jugak tetapi ibu dan ibu mertua saya sering berpesan supaya bersabar kerana perubahan itu hanyalah sementara dan sekarang ini jika dia marah-marah saya akan diam sahaja.

“Sejak saya mengandung, Fizz juga mengidam pelbagai makanan dan ada sekali dia ingin makan telur itik lemak cili api untuk sahur selain beberapa makanan pelik lain,” ujarnya. – mStar Online

Read More
Newer Posts Older Posts Home