"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Sunday, 6 July 2014

Video: Kaedah Terbaru Orang Kedah Panjat Pokok Kelapa..!

Pernahkah anda memanjat pokok kelapa?

Bagi mereka yang takut pada ketinggian atau pun tidak tahu bagaimana cara untuk memanjat, KedahNews.com rasa ini mungkin satu perkara yang agak mustahil untuk anda lakukan.

Adakah anda berminat untuk memanjat sendiri pokok kelapa sekiranya mempunyai kaedah yang lebih mudah?

Di sini KedahNews.com ingin berkongsi satu video yang menunjukkan seorang anak jati Kedah berjaya menghasilkan satu alat untuk memanjat pokok kelapa dengan lebih mudah.

Daripada pemerhatian KedahNews.com, alat yang dicipta oleh lelaki yang dipercayai penduduk daerah Baling lebih selamat digunakan bagi tujuan memanjat pokok berbanding cara lama yang dilihat lebih berisiko untuk terjatuh.


Diharap perkongsian video ini akan membuka mata para perniaga di dalam negara untuk memberi ruang kepada anak muda ini mengembangkan hasil ciptaan ke seluruh negeri di negara ini. Mana tahu produk ini dapat dijadikan produk negara untuk dipasarkan ke luar negara bukan?-KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor


Read More

VIDEO Syria: Matanya Berkaca, Terpancar Sinar Derita

Sebuah video yang mampu menyebabkan air mata bergenang di kelopak mata anda. Memaparkan nasib dan luahan hati adik kita di Syria yang terpaksa menanggung kekejaman rejim Presiden, Bashar Al-Assad.

Dia masih kecil, namun mindanya dipaksa menderita dan fizikalnya terbeban dengan konflik peperangan yang tercetus di negara tersebut.

Dari genangan air mata adik itu, mampukah kita berkongsi sejenak merasai kepiluan yang terpaksa dia hadapi sekarang? Bandingkan pula nikmat yang kita peroleh di Malaysia.


Tidak perlulah ke Syria untuk berperang bersama militan. Namun kita wajar mendoakan agar umat Islam di Syria dipelihara Allah SWT dan kembali aman sebagaimana dulu tanpa sebarang pertumpahan darah lagi.

Selain doa, boleh juga jika kita wujudkan tabung bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di negara itu. 

Jika golongan bukan Islam pernah kita bantu, mengapa pula tidak saudara-saudara kita yang menjadi mangsa, tersepit ditengah kancah konflik bersenjata di Syria akibat dua pihak yang bertelagah? Wallahu'alam... -KedahNews.com

Read More

Video: Jual Nasi Dan Air Untuk Orang Tak Puasa


Antara keberkatan Ramadan adalah mendatangkan sumber rezeki kepada para peniaga makanan.

Jika dilakukan dengan ikhlas, insyaAllah mereka yang mencari rezeki dengan menjual makanan kepada orang yang berpuasa turut mendapat pahala.

Bagaimanapun, ada juga yang mencemar kemuliaan bulan ini apabila berniaga untuk golongan tidak berpuasa.

Contohnya kes di Kedah yang dibongkar oleh berita TV9 ini. Demi mengaut keuntungan mudah peniaga menjual nasi bungkus dari bonet kereta seawal jam 7.30 pagi lagi.

Berdasarkan rakaman, perniagaannya memang laris hinggakan nasi bungkus lauk telur dan ayam sahaja yang tinggal menjelang tengah hari.

Peniaga turut memberikan nombor telefonnya kepada pelanggan untuk dihubungi bagi memudahkan mereka membuat ‘tempahan’.

Mudah-mudahan, peniaga bernama Jalil dalam rakaman ini sudah insaf bahawa apa dilakukannya itu berdosa besar kerana bersubahat dengan orang yang meninggalkan rukun Islam.

Begitu juga yang tak berpuasa tu, semoga mereka segera insaf sebelum kantoi hingga terpaksa naik van jenazah.

Sumber : MyNewsHub.My

video

Read More

JAIS Dikecam Lagi, Lakukan Tangkapan Selepas 5 Minit Pemantauan?


Petaling Jaya, 6 Julai – Selepas melakukan satu serbuan yang mencetuskan kontroversi di sebuah kuil di Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  sekali lagi dikecam kerana menangkap empat orang individu yang telah didakwa berkhalwat.

Salah seorang mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa telah ditahan oleh dua orang anggota JAIS pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin serta dua orang kakitangannya ketika mereka sedang sibuk berkemas untk berpindah rumah.

Mangsa yang merupakan pemilik di sebuah butik kecantikan berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama dua orang kakitangannya yang juga merupakan teman serumahnya manakala Muhammad Mukamil sedang menunggu di luar rumah.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor.

Hanisha yang merupakan seorang ibu tunggal berkata, pihak JAIS memberitahu sudah membuat pemantauan selama lima minit sebelum bertindak menahan mereka.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Menurut Hanisha lagi, selepas ditahan mereka kemudiannya telah dibawa ke balai polis dan diminta untuk ke pejabat JAIS pada 23 Jun sehari selepas ditahan.

"Di JAIS kami diarah mengisi borang dan memberi nama penjamin. Kami juga diarahkan membawa wang sebanyak RM3,000 seorang ketika perbicaraan.

"Namun saya membantah, bagaimana mereka boleh minta kami membayar wang sedangkan kami tidak bersalah. Saya dalam rumah ketika itu dan Mukamil di luar," katanya.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili keempat-empat individu yang ditahan berkata, tindakan JAIS membuktikan penyalahgunaan kuasa dan anak guamnya tidak dibenarkan membela diri.

Latheeya berkata, melalui surat perjanjian dan jaminan tertulis peringatan untuk mangsa membawa wang sebanyak RM3,000 pada tarikh perbicaraan.

"Saya berpendapat Jais menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor .

"Perbuatan Jais ini amat memalukan dan mencemarkan nama Islam kerana kita tidak diajar untuk membuka aib orang, kita sepatutnya melindungi.

"Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam," katanya.

Latheefa berkata, dia mewakili anak guamnya menuntut Jais membatalkan tuduhan berkenaan dan  sekiranya gagal, mangsa akan bertindak memfailkan saman. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor

Read More

Gelandangan: KJ Sanggah Ku Nan...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kegiatan memberi makan kepada golongan miskin tidak menyebabkan kawasan bandar Kuala Lumpur menjadi kotor.

Kenyataan itu umpama menyangkal apa yang dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan aktiviti pemberian makanan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PERTIWI boleh mengakibatkan kekotoran.

Menurut Khairy Jamaluddin, beliau pernah melihat sendiri operasi PERTIWI yang sentiasa menjaga kebersihan ketika memberi makanan kepada golongan itu.

PertiwiSoupKitchen1

Amalan itu juga ditunjukkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, katanya dalam tulisan di Facebook.

“NGO ibu dan ibu saudara saya, PERTIWI, sudah lama mengendalikan soup kitchen. Sama juga dengan SHEB Pemuda Umno dan NGO lain.

“Yang pernah saya sendiri melihat, sukarelawan PERTIWI sentiasa menjaga kebersihan kawasan di mana mereka membuat program pemberian makanan,” katanya lagi menurut laporan Malaysiakini.

Beliau seterusnya berharap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membasmi golongan miskin itu dari pandangan umum, tetapi terus bekerjasama untuk membantu usaha NGO berkenaan.

“Harap DBKL memberi kerjasama kepada NGO seperti ini untuk meneruskan kerja amal mereka.
“Tumpuan perlu diberi untuk membasmi kemiskinan. Bukan untuk menghapus orang miskin dari pemandangan orang ramai,” katanya.

Tengku Adnan dalam satu laporan Astro Awani semalam mendakwa, kegiatan memberi makan kepada golongan itu menyebabkan kawasan sekitar Kuala Lumpur menjadi kotor.

“Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Tengku Adnan berkata masalah golongan gelandangan tersebut “menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi tumpuan pelancong.”

“Mereka tidur di tempat yang tidak sesuai di sekitar bandar raya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit,” katanya.

Sumber: MYNEWSHUB.MY

Read More

TMJ Kahwin Oktober Ini?


Selepas putus cinta dengan Fazura, tidak ada berita tentang teman istimewa dalam hidup Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tup-tup, tersebar khabar menyatakan baginda bakal melangsungkan perkahwinan Oktober depan.

Semuanya gara-gara sepucuk surat yang tersebar berkaitan mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena istiadat perkahwinan Diraja yang tertera nama baginda.

tmj

Sebaik sahaja perkara ini diketahui umum, apa lagi ramailah ‘penyiasat persendirian’ merisik tentang pilihan hati TMJ.

Hasil risikan, gadis tersebut rupa-rupanya sudah sering dibawa TMJ menonton perlawanan bola sepak dan menghadiri majlis-majlis rasmi.

gf tmj

Dikenali sebagai Cik Khaleeda Binti Bustamam dan berusia lingkungan 20an, gadis ini dipercayai sudah berjaya menambat hati keluarga dan kerabat Johor lain.

Sebagai bukti Cik Khaleeda kelihatan menemani TMJ di perlawanan bola sepak yang turut dihadiri adinda baginda, Tunku Aminah.

 Cik Khaleeda dikatakan turut bergelar model dan kini masih menuntut di sebuah universiti.

kida

Fullscreen capture 742014 114202 AM

Sekiranya benar Cik Khaleeda adalah pilihan hati TMJ dan mereka bakal disatukan tidak lama lagi, maka cerita perkenalan pasangan ini pasti menarik perhatian seluruh negara.

Ia kerana kisah cinta mereka boleh diibaratkan bagai dongeng dalam buku cerita di mana putera raja yang menjadi kegilaan ramai perempuan akhirnya memilih seorang rakyat biasa.

Sumber : Mynewshub.my

Read More

Tiket Bas Balik Raya Ke Pantai Timur Sudah Habis!


Kuala Lumpur, 6 Julai - Jualan tiket raya sama ada bas ekspres mahupun keretapi ke semua destinasi di negara bermula sejak awal Jun lepas, namun seperti kelaziman kebanyakan tiket bas ke Pantai Timur telah habis dijual, walaupun sambutan Aidilfitri masih jauh.

Tinjauan Bernama di Hentian Putra mendapati, kebanyakan tiket bas ekspres ke Pantai Timur, khususnya Kelantan laris 'bak goreng pisang panas' sejak hari pertama penjualannya, pada 20 Jun lalu.

Kerani kaunter syarikat bas Sani Express, Nor Haslieza Mohd Noor, 27, berkata pembelian tiket tahun ini amat memberangsangkan jika dibandingkan tahun sebelumnya.

"Semua tiket perjalanan ke Kelantan mulai 25 hingga 27 Julai telah habis dijual dan buat masa ini tiada penambahan tiket perjalanan ke sana," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tinjauan di Pudu Sentral pula mendapati tiket ke Utara sudah mula dijual sejak bulan lepas namun, masih kurang mendapat sambutan.

Menurut seorang kerani syarikat bas, Suzizana Sulaiman, 36, tiket bas telah mula djual namun sehingga kini jumlah penumpang yang membeli tiket adalah rendah.

"Mungkin ramai menggunakan pengangkutan sendiri atau perkhidmatan pengangkutan yang lain untuk pulang ke kampung halaman pada tahun ini," katanya.

Sementara itu, tinjuan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati keadaan masih lengang dan penjualan tiket bas raya masih kurang mendapat sambutan.

Pengurus Kanan Operasi TBS Faizal Redza Redzuan berkata menurut rekod hanya lapan peratus penjualan tiket dicatatkan setakat ini dan ia dijangka meningkat sekitar minggu ketiga Ramadan.

"Kebanyakan pelanggan menunggu sehingga saat akhir untuk membeli tiket, jadi kita minta rakyat Malaysia yang ingin beraya di kampung halaman supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket.

"Penjualan tiket telah bermula sebulan awal menggunakan sistem tiket bersepadu dan semua syarikat bas telah memuat naik semua jadual perjalanan bagi memudahkan pengguna," katanya.

Seorang pelajar jurusan Teknologi Maklumat universiti swasta, Muhammad Yahya Ali, 22, ketika ditemui di sini berkata beliau telah pun membeli tiket ke Muar, Johor bagi mengelak kesesakan menjelang Aidilfitri.

"Bagaimanapun, melalui pemerhatian saya, tiket ke Selatan masih ada dan saya berharap tidak timbul masalah kekurangan bas pada musim perayaan ini," katanya baru-baru ini.

Menurut seorang penjual tiket bas, Sharulnizam Ali, 32, penjualan tiket agak perlahan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Kami masih mempunyai banyak lagi tiket dan tahun ini sambutan agak kurang berbanding tahun lepas," katanya.

Secara purata, TBS yang menguruskan perjalanan bas ke selatan merekodkan sebanyak 120,000 keping jualan tiket apabila tiba musim perayaan.

Dalam pada itu, tiket bagi perkhidmatan kereta api ke Pantai Timur bermula 20 hingga 27 Julai telah habis dijual.

Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antara Bandar, Mohd Noordin Kimi berkata sebanyak 11,000 tiket ke pantai timur telah habis dijual setakat ini namun masih terdapat 1,824 tiket perjalanan bagi tarikh sebelum 20 Julai.

Katanya, sejumlah 17,571 daripada keseluruhan 26,808 tiket untuk tren berjadual ke seluruh negara telah habis dijual setakat ini.


"Perkhidmatan tambahan akan disediakan ke semua destinasi namun ia akan diumumkan kemudian," katanya.

Sumber - Mstar

Read More

PAS Kedah VS PAS Pusat: Siapa Yang Bohong?

Terdapat percanggahan yang sangat ketara diantara kenyataan Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berbanding kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali, berhubung status bekas Ketua Penerangan Dewa Ulama PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin.

KedahNews.com tidak tahu siapa yang berbohong dalam hal ini sama ada Muhammad Sanusi atau Mustapa, namun kedua-dua pihak seolah-olah cuba menjaga nama baik parti politik itu mengenai Mohd Lotfi yang dianggap sebagai militan itu.

Percanggahan itu bukan saja melibatkan status keahlian Mohd Lofti di dalam PAS, malah ia juga melibatkan pendirian parti itu terhadap perjuangan bersenjata ahlinya di Syria yang dianggap sebagai pengganas militan.

Pada April lalu, Ketua Penerangan PAS Kedah itu menegaskan PAS tidak pernah memecat keahlian Mohd Lotfi sebagai ahli Pas kawasan Baling berikutan tidak melakukan perkara yang melanggar perlembagaan parti itu.

Menurutnya, Mohd Lotfi dihormati kerana berpegang kepada niat sucinya memburu syahid dan berani mengotakan matlamat hidupnya untuk bergelar syuhada.

"Saya percaya beliau bukan ahli militan yang didakwa menjalani latihan ketenteraan konon untuk mencetuskan keganasan di dalam mahupun luar negara,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian sebelum ini.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan bahawa Mohd Lotfi sudah meletakkan semua jawatannya dalam sayap parti itu sebelum ke Syria.

“Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan di Syria selepas melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat negeri mahupun Pusat. 

"Pemergiannya ke Syria tidak dimaklumkan kepada PAS, hanya diketahui melalui maklumat dalam laman Facebook miliknya,” jelas Ketua Penerangan PAS Kedah itu.

Bagaimanapun kenyataan itu bercanggah dengan PAS Pusat yang menegaskan telah memecat Mohd Lotfi pada 11 Mei lalu setelah mendapat maklumat dan mengesahkan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah itu ke Syria untuk menyertai peperangan melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.

"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali yang dipetik dari The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin turut meluahkan rasa kesal kerana ada rakyat Malaysia yang mudah terpesong dengan maksud jihad sehingga sanggup menggadai nyawa untuk memusnahkan negara Islam lain dan mencederakan umat Islam di negara itu.

"Kalau kita pergi berjihad mempertahankan agama kita itu baru jihad, tapi kalau kita pergi berjihad dan berperang sesama saudara Islam itu yang salah.

"Ramai yang menyalah erti fahaman jihad itu sendiri, malah kita tidak pasti peperangan itu bertujuan untuk apa," katanya yang dipetik dari Bernama baru-baru ini.

Katanya,  perbuatan mencederakan saudara sesama Islam termasuk melalui kegiatan militan tidak boleh ditafsir sebagai jihad kerana tindakan itu bercanggah dengan ajaran Islam dan hukumnya berdosa.

Beliau juga melihat campur tangan rakyat Malaysia dalam perjuangan militan di negara bergolak terbabit sebagai tidak perlu kerana negara berkenaan adalah negara berdaulat dan pertikaian boleh diselesaikan tanpa pertumpahan darah. -KedahNews.com

Read More

Lotfi "Berjihad" Di Syira, Jangan Kaitkan Militan Dengan PAS?

Pemuda PAS menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan isu militan yang mula dikaitkan dengan parti itu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mendakwa wujudnya pihak tertentu yang cuba mengaitkan PAS dengan pergerakan pengganas militan yang telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa negara ini.

"Kita dapat maklumat ada pihak tertentu yang merancang dan mengembangkan isu militan dan ingin mengaitkannya dengan Pas.

"Ianya bertujuan untuk memburukkan parti dan menakutkan rakyat Malaysia khususnya kepada yang bukan Muslim," katanya kepada media, semalam.

Menurutnya lagi, tindakan itu menyebabkan rakyat Malaysia akan berasa takut dan tidak selesa dengan parti itu.

Sebelum ini, seorang rakyat Malaysia yang dikaitkan dengan aktiviti militan di Syria, Mohd Lotfi Ariffin, juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Pusat dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Kedah mendapat liputan media apabila memuat turun beberapa gambarnya di negara bergolak itu di laman Facebook, memakai pakaian tentera dan bersenjata.

Mohd Lotfi baru saja dipecat keahliannya dari PAS pada 11 Mei lalu kerana PAS mengambil pendirian menganggap gerakan yang disertai bekas AJK Dewan Ulamanya itu disifatkan sebagai gerakan pengganas militan dan ekstrim. -KedahNews.com

Read More

Gambar-Gambar Sekitar Perkebumian Anak Linda Rafar


SEMALAM, selain dikejutkan dengan berita pemergian biduanita negara Datuk Sharifah Aini, kita turut menerima khabar mengenai anak kedua bekas penyanyi kumpulan Elite, Linda Rafar yang turut dijemput Ilahi selepas bertarung nyawa melawan penyakit kronik dalam perutnya sejak April lalu.

Menerusi Facebook Media Hiburan, jenazah Rezaiman Keiflin, 12, sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.

Turut hadir, bekas suami Linda yang juga bapa kandung Rezaiman, iaitu Keifli, 30.

Kami doakan agar Linda sekeluarga akan terus tabah menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini.

Saksikan beberapa gambar sekitar majlis pengebumian tersebut.

Foto: Media Hiburan

anak linda1

anak linda5

anak linda4

anak linda3

anak linda8

anak linda6

Read More

Lidah Ikan Merah Gemparkan Peniaga Di Sungai Petani..

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di Kampung Nangka, Tikam Batu, kelmarin.

Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.

“Seperti biasa, rutin kami membersihkan kepala ikan merah sebelum dibuat kari kepala ikan yang menjadi kegemaran ramai pengunjung untuk juadah berbuka nanti.

“Tetapi kepala ikan kali ini agak berbeza kerana lidahnya terkeluar seperti manusia, tebal dan pelik,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, rakan-rakan yang menyaksikan kejadian itu juga hairan melihat keadaan terbabit tetapi hanya percaya bahawa semua yang berlaku adalah kekuasaan ALLAH SWT.

"Akibat bimbang dengan keadaan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak memasak kepala berkenaan sebaliknya hanya disimpan dalam peti sejuk buat masa ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Read More

Anak Linda Rafar Meninggal Dunia.. Al-Fatihah

Salam takziah diucapkan kepada bekas kumpulan Elite, Linda Rafar di atas pemergian anak keduanya sebentar tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Linda sendiri menerusi status yang dimuat naik di akaun Istagram miliknya.

Anaknya yang kini berusia 12 tahun sebelum ini dilaporkan mengalami ketumbuhan kronik dalam perut dan masih menjalani rawatan lanjutan untuk mengelak ianya dari terus merebak.

Al Fatihah...
10441289_10152227207008435_6775693242610496972_n 

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Bazar Ramadhan: Kalau Kita Kena Begini, Kita Marah Tak?

Teruk Azwan Ali dihentam kerana komennya dianggap keterlaluan apabila menyamakan juadah bazar ramadan dengan sampah.

Tapi jika diletak tepi bahasanya yang celupar, ada juga kebenaran pada rungutan Azwan walaupun tak semua peniaga bazar ramadan melakukannya.

Ada sesetengah peniaga dilihat mementingkan keuntungan semata-mata hingga tergamak menjual makanan dan kuih muih yang mungkin mereka sendiri tak tergamak jamah.

Harga juadah sekarang pun bukannya murah, sepatutnya ia sudah cukup untuk mendatangkan keuntungan – tak perlulah dikurangkan lagi kualiti makanan semata-mata mahu untung lebih. 

Bukankah keberkatan lebih penting walaupun untungnya tidak sebanyak diraih orang tamak?

Mentang-mentanglah yang membeli tak dapat merasa sebab puasa, janganlah itu dijadikan alasan bila pulang makanan yang sepatutnya mengalas perut selepas seharian lapar rupanya sudah basi atau ‘lupa’ ditaruh gula dan garam.


Peniaga Bazar Ramadan: Karipap Inti Angin, Siapa Tak Marah?

Contohnya gambar yang dikongsikan pengguna Facebook ini, bila diletak depan cahaya dapat dilihat inti yang dimasukkan dalam karipap cuma secuit kentang, selebihnya angin semata-mata.

Kepada peniaga bazar ramadan di luar sana, sebelum marah pada rungutan orang ramai cubalah letakkan diri anda dalam kasut pengguna.

Bagaimana kalau yang terkena adalah anda sendiri, mesti hati pun panas kan?

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Bendera Malaysia Tiba-Tiba Berkibar Di #WorldCup..!



Bagi yang menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia antara Perancis dan Jerman tengah malam tadi, pasti ada yang perasan bahawa Jalur Gemilang tiba-tiba berkibar megah di tengah perlawanan.

10534065_902712326422354_2107141006840137271_n 

Dipercayai, bendera tersebut dikibarkan oleh rakyat Malaysia penyokong pasukan Jerman yang hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Rio De Jenerio.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 berpihak pada Jerman.

Apa pun, kami memang salut dengan penyokong yang memiliki semangat kebangsaan meskipun berada di tempat asing. Contohnya macam brader di bawah ini yang turut membawa Jalur Gemilang bersamanya ke Brazil.

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Pergi Di Kala Ramadhan, Solat Jenazah Biduanita Disolatkan Anaknya Sendiri... Al-Fatihah

SOLAT jenazah Datuk Sharifah Aini di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail kira-kira jam 11.30 pagi diimamkan sendiri oleh satu-satunya cahayamata beliau, Aliff Omar.

Subhanallah, beruntungnya Kak Pah. Walaupun Kak Pah seorang penyanyi pentas, namun pasti ada ‘keistimewaan’ pada Kak Pah hingga Allah SWT menganugerahkannya Aliff yang sangat mencintai agamanya.


Untuk pengetahuan anda, Aliff dah menuntut di Madinah lebih 11 tahun dalam Perundangan Islam.


hi_03.1

Sebab itu andai kata anak kita tak dapat jadi jurutera, tak dapat jadi peguam, tak dapat jadi doktor, janganlah kita kecewa.


Yang patut kita kecewa kalau dia tak mahu solat, tak mahu baca Al-Quran dan sebagainya sebab tanpa doa mereka, hilanglah salah satu bekalan kita bila mati nanti.

Kita mungkin berbangga anak kita dapat 5A dalam buku ‘report card’ – tetapi adakah dia juga dapat habiskan solat lima waktunya?


Percayalah, tiada yang lebih bahagia daripada melihat sendiri anak yang kita sayang, anak yang kita manja dan tatang bagai minyak yang penuh itu, memandikan dan mengimamkan sendiri solat jenazah untuk kita.
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan ANAK YANG SOLEH yang mendoakan untuknya”
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Sumber: Mynewshub.my

Read More

Pengemis Wariskan RM2.5 Juta Lepas Mati...!

Kematian seorang wanita warga emas berusia 100 tahun, Eisha di Jeddah baru-baru ini membawa kepada pendedahan mengejutkan buat jiran-jirannya.

Ini kerana Eisha, seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (RM2.5 juta), termasuk empat rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.

Eisha yang mengemis sejak 50 tahun lalu dilaporkan mati di bilik mandi di rumahnya secara tiba-tiba, baru-baru ini.

Menurut salah seorang jirannya, Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi mengatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.

"Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka, terutamanya ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. 

"Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya. Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya)," katanya.

Al-Saeedi turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.

“Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” katanya lagi.

Harta benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.

Siapa sangka kan, dengan hanya mengemis sahaja, Eisha boleh bergelar jutawan malah mempunyai aset sendiri pula tu! 
 
Sumber: Mynewshub.my

Read More

Hikmah Ramadhan: Banduan Alor Setar Insafi Diri...




ALOR SETAR – “Ramadan kali ini menginsafkan saya agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang,” kata seorang banduan dari Penjara Alor Setar yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 32.

Dia adalah antara 50 banduan dari penjara tersebut yang diberi peluang untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka malam tadi pada Program Imarah Ramadan anjuran Islamic Aid Malaysia (IAM).

Mohamad bersyukur kerana dapat berbuka puasa bersama ibunya selepas enam bulan merengkok dalam penjara atas kesalahan jenayah samun.

“Saya agak sedih apabila terpaksa menyambut Ramadan kali ini dalam penjara dan tidak bersama ibu dan tiga adik saya seperti sebelum ini,” katanya.

Anak sulung ini yang pernah melakukan kegiatan samun sebanyak tiga kali berazam untuk menjadi insan yang lebih berguna apabila dibebaskan kali ini.

Seorang banduan wanita Mila, 28, berkata ini kali pertama dia dapat berjumpa bapanya selepas dua tahun menjalani hukuman.

Dia yang mempunyai dua orang anak berusia tiga dan 11 tahun berkata sebelum ini dia hanya mampu melihat tanpa dapat menyentuh wajah bapanya yang sentiasa melawatnya.

“Saya rasa gembira dapat bersemuka dengan ayah walaupun agak sedih tidak dapat bersama anak-anak saya,” katanya yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan mengedar dan memiliki dadah.

Ibu kepada seorang banduan, Zamfuza Saidin, 55, berkata ini kali pertama juga dia dapat bertemu dan berbuka puasa dengan anak lelakinya dan merasa gembira dapat makan semeja dengan anaknya.

Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata program tersebut diadakan pihaknya bersama Jabatan Penjara Malaysia untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada anggota keluarga dan banduan. – BERNAMA

Read More
Newer Posts Older Posts Home