"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Monday, 15 September 2014

Lagi Anak Kedah Terkorban Di Syria...Al-Fatihah

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.

Menurut sumber, Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah  mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama pada pagi Selasa lalu.

Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.

"Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu," jelas satu sumber kepada The Star pada Ahad.

Difahamkan jenazah Mohd Lofti akan dikebumikan di Turki.

Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terkorban.

Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.

Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti,  bekas Exco Pemuda Pas Kedah sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).

Mengikut abang sulungnya Zainon Ariffon,52, Mohd Lofti pergi ke Syria untuk berperang kerana bersebab.

Mohd Lofti meninggalkan lapan anak yang berumur lapan bulan hingga 17 tahun.

Dia dikatakan tidak balik ke rumah ketika adiknya yang berusia 41 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung Mac lalu.

Dalam laporan eksklusif sebelum ini, Mohd Lofti antara 40 orang rakyat Malaysa termasuk empat bekas tahan ISA.

Mereka ialah bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) Zainuri Kamaruddin dan bekas Jemaat Islamiah (JI) iaitu Rafi Udin, Samad Shukri, Zid Saharani Mohamad Esa.

Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.

Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.

Read More

#PRKPengkalanKubor: Hadi Awang Dakwa PAS "Suci" Di Kelantan?


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan telah mencaci UMNO di suatu ceramah di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan mengatakan anggota parti Barisan Nasional (BN) boleh melakukan apa sahaja yang dikehendaki mereka kerana Umno memisahkan agama dan politik.

Hadi berkata, kerajaan PAS Kelantan tidak melakukan perkara yang salah dan mendakwa hanya parti itu yang memperjuangkan agama Islam di negara ini yang tidak memisahkan antara agama dan politik.

Selain itu, Hadi turut menyatakan bahawa kejayaan PAS memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun adalah kerana parti itu pandai berjimat cermat dalam perbelanjaan disamping tidak berani menyalahgunakan wang kerana bimbangkan dosa dan pahala.

"Inilah rahsianya, (pemimpin PAS) tidak terlibat dengan rasuah, tidak terlibat dengan salah laku dan tidak terlibat dengan macam-macam lagi," katanya yang dipetik dari Mstar.com.my.

Pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN Mat Razi Mat Ail, 48, akan menenta calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47 akan berlangsung pada PRK DUN Pengkalan Kubor. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com 

Read More

Lagi Bintang K-Pop Korea Hampir Maut Di Jalanraya

Selepas dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan kematian dua anggota kumpulan Ladies Code baru-baru ini, dunia hiburan K-pop sekali lagi tersentak dengan berita kemalangan salah seorang anggota kumpulan Big Bang iaitu Seungri, pada 12 September lalu.

Semasa kejadian, Seungri yang memandu Porsche dilaporkan telah melanggar sebuah kereta lain jenis Mercedes Benz hingga menyebabkan keretanya terbalik di tempat kejadian sebelum melanggar tembok pembahagi jalan. 


Bagaimanapun, Seungri telah dikejarkan ke hospital dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala tiga orang yang menaiki kereta Mercedes itu telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

"Satu kelegaan apabila Seungri tidak mengalami kecederaan serius. Selepas menjalani rawatan, keputusan menunjukkan dia tidak mengalami apa-apa kecederaan teruk", kata syarikat pengurusannya, YG Entertainment, dalam kenyataan berhubung kemalangan itu.


Dipercayai Seungri memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Namun, pihak pengurusan Big Bang, YG Entertaiment telah menafikan kenyataan tersebut. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com

Read More

Sekali Lafaz, Alif Satar Sah Bergelar Suami Sha Dila.


Penyanyi dan pengacara, Alif Satar dengan pasangannya Sha Dila Halid  akhirnya sah bergelar suami isteri setelah lebih 4 tahun menjalin hubungan cinta bersama.

Dengan sekali lafaz sahaja, Alif Satar dan Sha Dila telah selamat diijabkabulkan kira-kira jam 11.40 pagi tadi dalam satu majlis tertutup di Dewan Perdana Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Halid Mohamad iaitu bapa pengantin perempuan telah menjadi wali sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Zaki Mahmood. 


Dalam majlis yang sama, Alif Satar turut memberi wang hantaran sebanyak RM19,000, 5 dulang hantaran dan mas kahwin bernilai RM 80. Sementara itu, pihak pengantin perempuan pula membalas dengan 7 dulang hantaran.

Nampaknya memang terserlah seri pengantin di raut wajah kedua-dua mempelai. Sememangnya pasangan ini nampak serasi dan sama padan.


Untuk makluman semua, majlis resespi mereka akan diadakan pada 20 September ini di Marina, Putrajaya.

Antara selebriti yang hadir ke majlis pernikahan tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suami.

Read More

Kerajaan Diminta Hentikan Kerjasama Latihan Ketenteraan Dengan Amerika


Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid meminta kerajaan supaya menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS).

Azmi berkata, kerjasama dengan AS dari segi ketenteraan mendedahkan Malaysia kepada kemarahan banyak pejuang Islam dan pejuang pembebasan di dunia yang melihat AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.

"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya," katanya yang dipetik dari Bernama.com.

Menurutnya, Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, baru-baru ini.

"Malah ketika pembunuhan besar-besaran rakyat Palestin di Gaza dan menghancurkan hampir seluruh prasarana di Gaza oleh Israel, AS mengisytiharkan bantuan dana tambahan AS$250 juta (RM800 juta) untuk tentera Israel," katanya.

Beliau mengulas laporan kira-kira 300 anggota tentera AS tiba di Terengganu, Khamis lalu bagi menjalani latihan bersama Tentera Darat Malaysia.

Menurut Azmi lagi, latihan bersama seperti itu petanda jalinan Malaysia dengan tentera AS terus akrab.

Beliau menegaskan, keselamatan negara berhadapan risiko bila tentera AS berada di bumi Malaysia kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan, Jumaat lalu, memaklumkan kehadiran tentera AS itu adalah bagi menjalani latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014 di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan.

Menurut kementerian itu, eksesais itu merupakan siri latihan gabungan yang diadakan setiap tahun dan bagi tahun ini, ia dilaksanakan berorientasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.

Namun menurut Mohd Azmi, penjelasan itu tidak meyakinkan kerana Malaysia boleh memilih negara lain untuk menjalankan latihan seperti itu.

Beliau turut memetik laporan Jabatan Negara AS kepada Kongres pada 2007 yang menyebut kerjasama keselamatan menjadi alat dasar luar penting bagi AS untuk mengukuhkan kepentingan negara itu.

"Berdasarkan laporan seperti inilah yang menyebabkan kami yakin sebarang kerjasama ketenteraan dengan AS pasti memberi impak kepada bentuk kepatuhan yang dikehendaki oleh AS kepada negara yang mengadakan kerjasama dengannya," katanya lagi. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Penggali Kubur Digantung Kerja Kerana Selfie Dengan Mumia?

Seorang penggali kubur dari Alicante, Sepanyol, Celestino Reyna digantung kerja semalam kerana merakam gambarnya dengan mumia lelaki yang mati 23 tahun lalu.

Dalam sekeping gambar, Celestino dilihat tersenyum di sisi mayat lelaki yang baru digalinya semula.

Anak saudara si mati juga kelihatan di gambar itu.

Mayat berkenaan digali untuk ditanam semula dalam kubur yang sama dengan isterinya di sebuah tanah perkuburan di Guardamar del Segura.

Ketika anak saudara si mati menyaksikan penggali kubur itu membawa naik semula mayat berkenaan, mereka terkejut melihat mayat itu sudah menjadi mumia.

Selepas merakam gambar itu, anak saudara si mati yang namanya tidak disiarkan berkongsi gambar itu dengan rakan sekerjanya menerusi Whatsapp dan ia menjadi viral dalam sekelip mata.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak bermaksud untuk menyakitkan hati sesiapa.

“Saya tidak menyangka ia membawa padah. Saya juga tidak bertujuan untuk menghina bapa saudara saya,” katanya yang dipetik dari AFP.com.

Sementara itu, penggali kubur berusia 55 tahun itu digantung tugas dan dipindahkan ke bahagian lain sementara pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.

Seorang anggota majlis, Felipe Aldeguer, bagaimanapun berkata, Reyna tidak bersalah dalam hal itu.

“Dia hanya bertindak bodoh dengan mengikuti kehendak keluarga si mati,” katanya.

Mayat boleh menjadi mumia secara semula jadi apabila ia direndam dengan air berasid, bercampur dengan suhu sejuk dan kekurangan oksigen. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Kerana Kentut, Perompak Dicekup Polis!

Foto

Seorang perompak yang bersembunyi di sebalik susunan tong gas ketika memecah masuk sebuah gudang berjaya ditahan polis di Paya Pulai, Segamat kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, suspek berusia 21 tahun memecah masuk sebuah gudang milik syarikat pembinaan bersama seorang rakannya sebelum kehadiran mereka dikesan sepasukan polis yang menjalankan rondaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, pihaknya menerima laporan berlaku kejadian pecah masuk di gudang berkenaan dan bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.

"Anggota kami memperkenalkan diri dan meminta mereka menyerah sebelum salah seorang daripada mereka melarikan diri ke kawasan gelap berhampiran semak dan gagal dikesan.

Anggota yang menjalankan pemeriksaan di dalam gudang itu menggunakan lampu suluh sebelum terdengar bunyi kentut dan terhidu bau busuk,” katanya yang dipetik dari laman Hmetro.com.my.

Apabila tiba di lokasi, anggota kami dapat melihat dua lelaki memasuki gudang itu dan terus menghampiri kawasan berkenaan.

Ketika itu, seorang daripada perompak berkenaan terus melarikan di ke dalam semak manakala suspek bersembunyi di sebalik susunan tong gas di dalam gudang itu. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More

Pemuda "Pendamai" Pakatan Bertelagah, Membidas Sesama Sendiri?

Dalam dakwaan kononnya Pemuda Pakatan Rakyat "bersatu hati" cuba mendamaikan huru-hara yang melanda pemimpin tertinggi gabungan parti pembangkang itu, Ketua Pemuda PAS dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) seolah-olah "cakap tak serupa bikin".

Terbaru, Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membidas Nik Nazmi Nik Ahmad ekoran keceluparan Ketua AMK itu mendedahkan butiran pertemuan Ketua-Ketua Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Kata Suhaizan, tindakan Nik Nazmi itu langsung tidak membantu usaha "mendamaikan" kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang sedang bertelagah teruk, "retak menanti belah" dan perbuatan Ketua AMK itu hanya akan lebih mengeruhkan keadaan tersebut.

Tegasnya, perincian pertemuan yang diadakan secara tertutup itu juga tidak wajar sama sekali didedahkan kepada umum ekoran ia berlangsung secara tertutup.

"Sebarang maklumat yang diperolehi saya rasa amat tidak sesuai jika didedahkan kepada pihak umum buat masa ini kerana ia bakal mencetus polemik demi polemik yang akhirnya akan membantutkan proses yang sedang diteroka ini," katanya kepada media, semalam.

Nik Nazmi sejurus selepas bertemu dengan Abdul Hadi mendedahkan tentang pandangan Presiden PAS itu yang bertegas bahawa krisis Menteri Besar Selangor hanya boleh diselesai dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan tersebut.

Ketua AMK itu memberitahu umum mengenai pendirian Abdul Hadi hasil dari pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat baru-baru ini dan sikap Presiden PAS yang dituduh DAP sebagai punca utama gabungan tiga parti bertentangan dasar itu akan musnah. 

DAP sebelum ini turut mendakwa PAS akan kehilangan banyak kerusi dengan pendirian tersebut ekoran perangai Presidennya yang enggan akur pada kehendak PKR dan DAP berhubung kemelut Menteri Besar di Selangor. -KedahNews.com

Read More

PAS Hina Segala Jasa Arwah Untuk Rakyat Pengkalan Kubor?

PAS mendakwa bahawa tiada apa yang boleh dibanggakan dengan Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar semasa berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Kubor ketika hayatnya sebelum ini.

Timbalan Yang di-Pertua PAS Tumpat, Mohamad Zaki Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang legasi atau jasa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar sepanjang khidmat arwah di DUN tersebut yang perlu dikenang pengundi di situ.

"Kalau kita tengok tiga penggal, dari tahun 2004 hingga ke hari ini, ada satu nikmat pembangunan yang perlu kita bangga.

"Selama 3 penggal.. tidak ada legasi apa," katanya dalam satu sesi sidang akhbar, semalam.

Mohd Zaki menganggap Maktab Rendah Sains Mara yang terbina hasil jasa arwah Noor Zahidi sebagai satu perkara biasa yang tidak perlu dibanggakan sama sekali dan hanyalah fenomena "biasa".

Katanya, bekas ADUN Barisan Nasional (BN) yang meninggal dunia itu juga gagal untuk menyelesaikan masalah banjir di Pengkalan Kubor.

Pun begitu, Mohd Zaki tidak pula menyelar Kerajaan PAS Kelantan yang mentadbir negeri Serambi Mekah itu sejak tahun 1990'an lagi dan masih gagal menyelesaikan masalah banjir di negeri itu selain mengharapkan bantuan dari Kerajaan Pusat pada setiap musim tengkujuh.

Mohd Zaki dalam kenyataan media itu mungkin terlupa mengenai legasi Allahyarham yang sebelum ini pernah membawa dana membangunkan sekolah pondok di DUN tersebut yang dinikmati rakyat di kawasan itu semasa hayatnya.

Difahamkan pengundi tempatan yang tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sememangnya enggan lagi berada di bawah pentadbiran PAS, namun para pengundi yang tinggal atau berhijrah ke negeri lain masih tidak memahami kehendak orang ramai di negeri tersebut.

Timbul desas-desus mendakwa PKR sengaja memberikan kembali kuota bertanding di DUN Pengkalan Kubor kepada PAS untuk memujuk para penyokongnya yang berang terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap "menghina" parti itu berhubung isu krisis MB Selangor yang masih belum selesai hingga kini.

Selain itu, timbul juga dakwaan bahawa PKR yakin bahawa PAS akan gagal dalam Pilihanraya Kecil (PRK) kali ini.

Malah desas-desus di peringkat akar umbi juga bertiup kencang mengatakan PKR dan rakan sekutunya, DAP, akan memboikot atau bertindak sabotaj terhadap PAS dalam diam pada PRK Pengkalan Kubor kali ini. -KedahNews.com

Read More

Kesan Ambil "Pain-Killer", Mohon Sebarkan...

Ubat tahan sakit juga dikenali sebagai analgesik. Secara umumnya ada dua jenis analgesik iaitu narkotik seperti kodein dan morfin, manakala ubat bukan narkotik seperti paracetamol dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID).

Ubat analgesik boleh didapati dalam pelbagai formulasi seperti tablet, sirup, suntikan, salap, jel dan tampalan. Pemilihan analgesik bergantung kepada tahap kesakitan, umur, status kesihatan dan cara kehidupan pesakit.

Paracetamol dan sesetengah NSAID dikategorikan sebagai kumpulan C dan boleh didapati di kaunter farmasi tanpa preskripsi, manakala analgesik selain dari kumpulan itu boleh didapati hanya dengan preskripsi doktor.

Paracetamol seperti Panadol dan Uphamol adalah analgesik paling popular dalam kalangan umum. Selain sebagai ubat tahan sakit, ia boleh digunakan untuk merawat demam.

Foto
RAWATAN pemampatan ais.

Pelbagai jenis ubat tahan sakit ada di pasaran. Walaupun paracetamol dianggap ubat yang selamat digunakan, ia boleh meningkatkan risiko kerosakan hati jika diguna dalam jangka panjang dan dapat dikenal pasti melalui gejala seperti mata dan kulit kekuningan, kerap merasa loya dan muntah, sakit perut, urin berwarna gelap dan kepenatan melampau.

 NSAID pula biasa digunakan dalam rawatan keradangan akibat terseliuh dan sakit sendi (arthritis), kesakitan ketika haid dan merawat demam. Contoh ubat NSAID ialah mefenamic acid, ibuprofen, aspirin dan diclofenac.

Kesan jangka panjang pe­ngambilan ubat NSAID termasuk peningkatan risiko kerosakan buah pinggang, pendarahan, terutama jika diambil bersama ubat cair darah warfarin dan ulser perut.

Antara cara mengurangkan kesan jangka panjang ubat-­ubatan analgesik ialah seperti berikut:

• Mengambil analgesik pada masa betul dan dengan dos betul.

• Tidak mengambil analgesik secara berterusan tanpa nasihat doktor.

• Mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil ubat-ubatan lain bersama analgesik kerana sesetengah analgesik boleh berinteraksi de­ngan ubat-ubatan yang diambil.

• Tidak mengambil NSAID bersama alkohol kerana dapat meningkatkan risiko ulser perut. Paracetamol juga boleh meningkatkan risiko kerosakan hati jika diambil oleh pengguna alkohol kronik.

• Mengambil ubat-ubatan analgesik selepas makan untuk mengurangkan risiko ulser perut.

• Digalak menggunakan analgesik dalam bentuk salap kerana kurang memberi kesan sampingan berbanding analgesik dalam bentuk oral.

Selain analgesik, kesakitan boleh dirawat dengan cara lain seperti rawatan komplimentari dan rawatan psikologikal. Rawatan komplimentari termasuk fisioterapi, akupuntur, urut dan pemampatan ais (ice compress), manakala rawatan psikologikal membabitkan kaunseling, sokongan dan galakan rakan.

Jika masih keliru atau ada pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, orang awam boleh menghubungi perkhidmatan Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) di talian 1800 88 6722. Pegawai Farmasi bertugas akan menjawab pertanyaan anda.

Disediakan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan 

Sumber: Mstar

Read More

Sembelih Diri Sendiri Sampai Mati?

Kapar - Seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang baru tiba ke asrama penginapan selepas sarapan terkejut menemui rakan senegaranya tertiarap dengan kesan kelar di leher di sebuah flat di Jalan Haji Abdul Manan, Meru dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Yam Bahadur Singh Thapa, 40, juga seorang pengawal keselamatan ditemui berlumuran darah di atas katil.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, sebelum kejadian, mangsa bangun daripada tidur jam 6.30 pagi ketika rakan serumahnya bersiap untuk ke tempat kerja di kawasan perindustrian berhampiran.

“Seorang lagi rakan mangsa dikenali sebagai Mahendara, 30-an, pulang ke asrama selepas selesai bertugas jam 8 pagi namun mendapati mangsa tiada di bilik. 

“Mahendra keluar semula untuk bersarapan sebelum pulang jam 10 pagi. Dia terkejut apabila menemui mangsa tertiarap di atas katil dengan kesan kelar pada leher". - KedahNews.com

Read More

Haji: Beza Cabaran Haji Dulu Berbanding Sekarang...


MAKKAH - Jemaah haji sebelum 1970-an menghadapi lebih banyak cabaran untuk menunaikan rukun Islam kelima itu kerana perlu menaiki kapal laut yang memakan masa 15 hari perjalanan dari Malaysia ke Arab Saudi, dengan pelbagai kemungkinan boleh terjadi sepanjang pelayaran itu.

Mereka juga perlu bertolak sebulan lebih awal iaitu pada  Ramadan dan menyambut Aidilfitri di Tanah Suci, selain Aidiladha pada musim haji, kata bekas pembantu muassasah Ahmad Kamil Abdul Rahman, 64, kepada wartawan Malaysia yang berkunjung ke rumahnya di Al-Rusaifah, kira-kira dua kilometer dari Masjidilharam di sini baru-baru ini.

Ahmad Kamil, yang datang ke sini untuk menyertai ibu bapanya yang menetap di sini semasa berumur sembilan tahun pada 1959 berkata, berikutan kesukaran itu, jemaah haji ketika itu amat fokus dan disiplin dalam mengerjakan ibadah haji.

"Orang dulu sentiasa beramal ibadah terutama di Masjidilharam, sekarang ini jemaah haji banyak dipengaruhi oleh suasana semasa. Ketika di Tanah Suci pun boleh dok ikut keputusan pilihan raya di tanah air," katanya yang telah lebih 30 tahun bekerja dengan seorang Sheikh Arab dalam mengendalikan jemaah haji, terutama warga Malaysia, sejak berusia 16 tahun.

Ahmad Kamil, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan telah menetap di sini lebih lima dekad berkata, pada masa dulu, jemaah haji jika diajak panjat Jabal Nur (ketinggian 640 meter) atau Jamal Thur (1,405 meter) akan turut serta walaupun warga emas.

Kini ramai jemaah Malaysia hanya mampu melihat dari kaki kedua-dua bukit itu kerana tidak digalakkan mendaki berdasarkan faktor keselamatan, kata bapa kepada sepasang cahaya mata itu.

Di Jabal Nur terletaknya Gua Hira, tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama menerusi malaikat Jibril iaitu Iqra, manakala sebuah gua di Bukit Thur, merupakan tempat Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi daripada orang-orang Quraish, semasa hendak berhijrah ke Madinah.

Cucu saudara kepada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi itu tidak dapat melupakan perjalanan pertamanya ke Makkah, yang menyaksikan bukan sahaja ada jemaah yang meninggal dunia dalam kapal, tetapi juga ada yang bertemu jodoh dan berkahwin semasa dalam pelayaran tersebut.

Sementara perjalanan dari Jeddah ke Makkah pada kekika itu pula mengambil masa tiga hari berbanding dua jam sekarang, kata Ahmad Kamil.

Beliau berkata, dulu selain menjadi mutawif, beliau juga perlu membawa jemaah haji ke Arafah dan Mina dengan kereta.

Ahmad Kamil berkata, pada masa itu beliau dibayar 100 Saudi Riyal (SR) atau kira-kira RM88 untuk setiap seorang jemaah haji yang mahu dikendalikan oleh muassassah tempat beliau bekerja.

Beliau selalu berulang alik ke Malaysia untuk mendapatkan jemaah haji untuk majikannya itu, dan setiap Sheikh Haji akan mengendalikan antara 200 hingga 300 jemaah haji.

Beliau seronok bekerja dengan Sheikh Arab itu kerana beliau dilayan amat baik, walaupun semasa bekerja mereka bekerja sebagai majikan dan pekerja , tetapi sebaik waktu pejabat tamat, hubungan mereka berubah sebagai seorang kawan.

Pengalaman tiga dekad dalam bidang pengelolaan haji, telah memberinya banyak pengajaran bukan sahaja cara untuk mengendalikan pelbagai ragam jemaah, tetapi juga menjalankan pelbagai tanggungjawab lain, katanya.

Beliau berkata jemaah haji masa dahulu amat berpegang kepada janji, "jika 30 orang berjanji untuk mengerjakan umrah, kesemua mereka akan menunggu saya keesokkannya untuk menaiki bas yang saya sewa untuk mengerjakan umrah.

"Tetapi kini berbeza, malam 30 orang berjanji, esok pagi hanya 10 orang sahaja yang muncul," katanya dan menurutnya beliau terpaksa menanggung kos sewa bas untuk 20 lagi jemaah yang tidak hadir.

Ahmad Kamil yang dibesarkan berhampiran dengan Masjidilharam telah berpindah ke tempat penginapannya yang baharu di Al-Rusaifah berikutan projek pembesaran masjid itu yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi.

Katanya, semasa beliau datang pada 1950-an, beliau tidak tahu berbahasa Arab, tetapi hubungannya dengan kanak-kanak yang tinggal di sekeliling kawasan Masjidilharam telah membantunya dengan pantas menguasai bahasa itu.

Beliau berkata, apabila Tabung Haji ditubuhkan pada 1970-an, tanggungjawab muassassah persendirian ini semakin terhakis dan kini urusan haji jemaah dari Asia Tenggara di Makkah dikendalikan oleh sebuah badan Muassasah Asia Tenggara.

Setelah melibatkan diri dalam bidang pengelolaan jemaah haji yang begitu lama, beliau turut mempunyai ramai rakan yang dibinanya hasil daripada pertemuan semasa mengendalikan mereka, katanya.

Ahmad Kamil yang berkahwin dengan Sharifah Bee Che Din, 53, hingga kini tidak pernah sunyi daripada menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Sultan dan pemimpin negara. -Mstar

Read More

Paksa Anak 5 Tahun Oral Seks, Bapa Jenis Apakah Ini?

Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.

Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.

Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.

Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibu pejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama. -Mstar

Read More

PAS Terengganu Haramkan Ahli Sertai PasMa

Badan Perhubungan Pas Terengganu menegaskan bahawa mana-mana ahli parti di negeri itu diharamkan sama sekali dari menyertai atau melibatkan diri dengan Persatuan Umah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dalam kenyataannya semalam memberitahu bahawa pengharaman tersebut dikuatkuasakan serta-merta dan ditujukan khas kepada seluruh badan organisasi PAS di negeri tersebut.

"Larangan ini termasuklah menjadi ahli PasMa, menubuhkan PasMa, dan menghadiri apa-apa program anjuran PasMa.

"Ahli Pas juga dilarang sama sekali untuk memberi  kerjasama kepada program anjuran Pasma dalam apa jua bentuk sekalipun," tambah Muhyidin melalui kenyataan yang dipetik dari Sinar Harian.

Pada 7 September lalu,  Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan telah memberi kenyataan rasmi parti itu dengan tidak membenarkan anggotanya untuk menyertai PasMa sekiranya ia merupakan sebuah pertubuhan parti politik.

Kata Tuan Ibrahim, PAS juga tidak menggalakkan mana-mana ahlinya untuk menyertai pertubuhan itu meskipun pertubuhan itu merupakan sebuah pertubuhan kebajikan memandangkan dalam parti Islam itu sudah mempunyai lajnah kebajikannya sendiri.

"Kita teliti NGO tersebut dan setakat ini kita tahu pendaftaran adalah bagi tujuan kebajikan bukan parti politik.

"Tapi tidak ada keperluan ahli Pas untuk sertai Pasma kerana kita sendiri pun ada lajnah kebajikan sendiri," katanya dalam satu kenyataan kepada media sebelum ini.

Sementara itu,  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengulas mengenai sama ada penubuhan PasMa akan menjurus kepada penubuhan sebuah parti politik atau tidak, beliau menyerahkan keputusan tersebut kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

"Ini amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftaran Pertubuhan sama ada nak terima atau tidak. Itu biasalah dalam negara demokrasi ini, ada parti-parti politik," kata Presiden PAS yang kini dikatakan menerima tekanan hebat dari kumpulan pro-Anwar di dalam partinya.

Desas-desus mewarnai dunia politik negara mendakwa penubuhan PasMa didalangi sebahagian besar golongan liberal profesional pro-Anwar di dalam PAS yang berselindung di sebalik nama "NGO Kebajikan" untuk meluahkan ketidakpuasan hati pada kepimpinan Abdul Hadi.  -KedahNews.com

Read More

UPSR Bocor: Polis Tahan 4 Guru Di Utara

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan Parit Buntar, Perak pada Ahad berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata tiga guru lelaki dan seorang guru wanita ditahan dalam operasi bermula pada 3.30 petang.

"Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 54 tahun. Tiga ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Perak. Polis turut merampas gajet komunikasi dalam serbuan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Gan berkata sehingga kini, seramai 10 individu telah diambil keterangan terdiri enam pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang wartawan dan tiga guru.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada Khamis juga.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai. -Mstar

Read More

JKKK Ini Bukan Mata Duitan! #HanyaDiKedah

ALOR SETAR - Biarpun menggalas tugas yang besar, namun seorang warga emas, di sini tidak pernah mengharapkan sebarang balasan mahupun upah dan melakukan tugas dengan seikhlas hati.

Wan Bakhri Wan Taib, 66, berkata, dia tidak pernah mengharapkan sebarang bayaran sebagai ganjaran perkhidmatannya terhadap desa tercinta, Kampung Tanjung Seri, dekat sini.

Menurutnya, dia menggalas jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Seri lebih 20 tahun.

“Dulu, pakcik tak terima sebarang elaun perkhidmatan, sebaliknya melakukan tugasan untuk membangunkan kampung dengan ikhlas tanpa harapkan upah.

“Pakcik sanggup memegang amanah kerana ingin berbakti kepada masyarakat setempat lain sekali gus memberi kemudahan kepada mereka,” katanya.

Wan Bakhri berkata, dia merasakan gajinya yang diperoleh sebagai kakitangan kerajaan di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, di sini, sudah cukup untuk menyara kehidupannya.

"Sebab itu pakcik tak kisah korbankan wang ringgit, masa dan tenaga demi membangunkan kampung seperti menaik taraf jalan tanah merah kepada bertar.

"Pakcik reda melakukan tugasan kerana rasa tanggungjawab dan cintakan kampung, walaupun adakalanya terpaksa mengeluarkan wang poket sendiri," katanya.

Katanya, mesikpun ada onak duri ditempuhi untuk meyakinkan orang ramai mengenai sesuatu perkara semasa perkhidmatan itu, dia tetap cuba melakukan tugasan terbaik.

"Pakcik bersyukur dapat membantu penduduk kampung mendapatkan kemudahan, antaranya seperti jalan, surau dan tiang elektrik sepanjang pakcik berkhidmat.

“Alhamdulillah berkat kesungguhan sebelum ini, pakcik diberi pengiktirafan apabila menerima sebuah trofi penghargaan pada 30 Ogos lepas,” katanya.

Malah katanya, dia mengharapkan anak muda masa kini mengelakkan diri daripada aktiviti tidak berfaedah, sebaliknya masa lapang dipenuhi kerja kebajikan.

"Meskipun kerja kebaikan dilakukan adakalanya tidak dibalas, namun seseorang itu perlulah berkorban jiwa raga untuk kemudahan ramai," katanya. -Sinar Harian

Read More

Tewas Lagi, Harimau Malaya Masih Hambar

Skuad Harimau Malaya meneruskan persembahan hambar mereka pada aksi persahabatan antarabangsa apabila kalah 0-2 kepada Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia pada Ahad.

Ia merupakan kekalahan kedua skuad kendalian Dollah Salleh tahun ini selepas kecundang 1-4 kepada Tajikistan pada aksi persahabatan pertama di Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan, 8 Ogos lepas. 

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menemui sentuhan jaringan sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen berbayar itu.

Bersambung separuh masa kedua, Indonesia, dengan sokongan padu daripada penyokong setia mereka, terus menggandakan serangan ke kubu Malaysia.

Usaha mereka ternyata berbaloi apabila pemain pertahanan negara, Mohd Muslim Ahmad yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri pada minit ke-64 ketika cuba mengeluarkan hantaran lintang daripada pemain tuan rumah.

Skuad 'Garuda' berjaya menggandakan jaringan menerusi tandukan penyerang kelab Liga Super Indonesia, Arema Cronus, Samsul Arif Munif pada minit ke-88 selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada rakan sepasukan.

Malaysia akan meneruskan aksi persahabatan menentang Kemboja pada 20 Sept ini di Stadium Shah Alam sebelum berdepan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober.

Perlawanan persahabatan itu merupakan persediaan Dollah bagi menghadapi Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 yang dijadualkan berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 Nov hingga 20 Disember ini.

Malaysia berdepan laluan sukar pada kejohanan membabitkan negara rantau Asia Tenggara itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Singapura dan juara tiga kali Thailand dan pemenang dari pusingan kelayakan.

Pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki akan berlangsung di Laos dari 12 hingga 20 Oktober ini membabitkan empat negara iaitu Myanmar, Brunei, Timor Leste dan Kemboja bagi merebut dua slot terakhir kejohanan. -Mstar

Read More

Gambar: Kubur Misteri Di Sebelah TESCO Mergong


Pasti ramai yang tidak tahu akan kewujudan dua 'kubur misteri' yang berada bersebelahan Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar.

Ini berkemungkinan disebabkan kawasan perkuburan ini dilindung dengan pagar 'zink' yang agak tinggi.

Menurut laporan dari laman Kedah2u.com.my, beberapa pekerja Pasaraya TESCO telah memaklumkan perkara ini kepada mereka.

Menurut keterangan mereka, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam. 

Seorang pengawal yang bertugas disini juga memberitahu dia sering terhidu bau yang wangi disertai perasaan seram sejuk apabila melalui berdekatan kawasan tersebut. 

Namun, perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum terungkap dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. 

GAMBAR:




- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com

Read More
Newer Posts Older Posts Home