"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. "Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Mesir "Black List" Malaysia Masuk Gaza, Harap Kerajaan Bincang Segera

Pengerusi Yayasan Nassar, sebuah badan kebajikan, Nasaruddin Mat Isa berkata, perbincangan itu perlu untuk membenarkan semula Malaysia memasuki Gaza menerusi Rafah di Mesir untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

"Terlajak Tweet": Latheefa Koya Padam Bukti Nak Bunuh Bung Mokhtar?

Mungkin terasa "panas" dengan cadangan Bung Mokhtar, Latheefa "terlajak tweet" dengan menggesa agar Ahli Parlimen Kinabatangan itu dihapuskan sebagai reaksi "berani" terhadap kenyataan di Parlimen itu. Kenyataan itu mencetus kontroversi apabila Bung Mokhtar menganggapnya sebagai satu ugutan bunuh terhadapnya dan meminta penjelasan dari peguam PKR tersebut. Tweet dari Latheefa tersebut kemudiannya sempat di "printscreen" oleh seorang pengguna laman sosial sebelum dipadam oleh peguam itu dan dikirimkan kepada Bung Mokhtar yang memohon penjelasan.

Rahsia Di Sebalik Demam Ubay Bin Kaab...

"Ya Allah, aku meminta demam selalu berada di tubuh Ubay bin Kaab hingga ia berjumpa dengan-Mu. Namun begitu, janganlah engkau biarkan penyakit itu menghalanginya untuk melakukan solat, puasa, haji, umrah dan jihad di jalan-Mu."

Mahfuz Pertikai Keputusan Mahkamah Rayuan?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar disifatkan seolah-olah mempertikai keputusan mahkamah mengenai kes Liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Erma Fatima Bukti Bahagia Sambut Aidiladha Bersama Madunya...

Terbaru, pengarah filem itu membuktikan desas-desus yang cuba menggoncang rumahtangganya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar dia dan madunya, Aida, mesra bersama menyambut Aidiladha. Rata-rata peminatnya yang menatap gambar-gambar tersebut turut mengucap syukur atas kebahagian Erma, suami dan madunya itu sambil mendoakan agar keluarga bahagia itu terus dirahmati Allah SWT hingga ke syurga.

Thursday, 11 September 2014

Zarina Anjoulie Meradang Dituduh Bercinta Dengan "Awang Hitam"!

Aktres dan model seksi Zarina Anjoulie Lavoca, 27, sememangnya sering dikaitkan dengan kontroversi-kontroversi panas dan yang terkini dia dikatakan  sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki. 
Namun apa yang peliknya dia dikaitkan dengan "awang hitam" atau "pak hitam", benarkah begitu?
Bukan itu sahaja, satu lagi khabar angin tersebar di laman sosial mendakwa Zairna juga telah berkahwin secara senyap dengan seorang Datuk.

Namun, khabar angin tersebut telah dinafikan tuan punya badan sendiri dengan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal!

Mengulas mengenai isu tersebut, Zarina sendiri terkejut serta menegaskan tidak tahu menahu tentang tohmahan yang dilemparkan padanya itu.
Dia benar-benar tidak tahu bagaimana dan dari mana cerita ini tiba-tiba timbul sedangkan perkara tersebut tidak berlaku pada dirinya dan ia hanyalah satu penipuan.

"Saya pun tak faham..angin tak dak ribut tak dak, tahu-tahu orang cakap saya bercinta dengan 'Pak Hitam'," katanya dengan nada marah.

"Tak cukup dengan itu, orang pula kata saya sudah berkahwin senyap-senyap dengan seorang Datuk. Benda tu semua tidak masuk akal," jelasnya lagi.

Zarina menegaskan bahawa ketika tersebarnya gosip tersebut dia tidak berada di dalam negara kerana sedang berada di Indonesia atas urusan kerja.

"Kalau betul saya sudah berkahwin, saya berkahwin dengan siapa? Mana suami saya?

"Saya sendiri tidak tahu. Saya pun nak tahu juga dengan siapa saya berkahwin," kesal Zarina menjawab persoalan hangat itu.

Zarina memberitahu bahawa dia hanya mendapat tahu mengenai cerita -cerita karut itu daripada sahabatnya yang menanyakan soalan mengenai bercinta serta berkahwin dengan lelaki bergelar "Datuk".

Pelakon yang pernah mengejutkan industri hiburan tanahair dengan beberapa gambar aksi "terlampau" itu  kini sudah jarang menerima tawaran berlakon dan sedang sibuk menumpukan perhatian kepada pengajian serta perniagaannya. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com

Read More

Syura Hairan Hal "Dalam Kelambu" Dihidu Peminat

Desas desus mengatakan penyanyi cantik manis, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron bakal menfailkan penceraian dengan suaminya, Mohd Fadhly, kononnya berlaku konflik rumah tangga yang mereka hadapi baru-baru ini.

Namun Syura pantas memberikan jawapan bagi desas-desus itu menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan bahawa dia masih berstatus isteri pada suaminya itu.

"Perkara (bakal bercerai itu) masih dalam perbincangan antara saya, suami dan keluarga. Setakat ini belum ada apa-apa kata putus."

"Apa yang saya boleh cakap kami belum sampai ke tahap pergi mahkamah. Failkan kes itu tak berlaku langsung. Saya boleh sahkan saya masih mempunyai suami," jelasnya yang dipetik dari Harian Metro.

Syura turut meluahkan rasa hairan mengenai hal dalaman rumahtangganya begitu mudah tersebar dan diketahui umum walaupun dia sedar tentang lumrah kehidupan artis memang sering jadi perhatian orang ramai.

"Tak ada apa-apa yang berlaku lagi. Saya dan suami masih okey dan bersama. Cuma adat dalam berumah tangga takkan semuanya manis saja."

"Saya agak pelik dan terkejut macam mana cerita ini boleh terkeluar tapi sebagai artis, saya faham dan sedar orang nak tahu kisah kehidupan kita," ucapnya.

"Cuma saya tak nak ia terlalu disensasikan, kerana orang luar hanya boleh menilai saja. Yang tahu cerita sebenar hanya kami sekeluarga," ujarnya lagi.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, kan?

Kami di KedahNews.com mendoakan agar ikatan suci di antara Syura dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat serta bahagia disamping keluarga tercinta. -Norhayati Shaharun/ KedahNews.com

Read More

UPSR: Kertas Bahasa Inggeris Pun Bocor Juga!

Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 ekoran kertas soalan bagi mata pelajaran itu turut dilaporkan bocor.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Pendidikan ll, Datuk Seri Idris Jusoh, hari ini.

Terdahulu, kertas UPSR bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan kerana terdapat laporan awal mengenai kebocoran kertas peperiksaan.

Pengarah Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan Negara, Dr Na'imah Ishak  semalam berkata, siasatan awal menunjukkan bahawa kandungan soalan bagi kertas peperiksaan Sains itu didapati mula tersebar di media sosial.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan akan  ditetapkan pada 30 September ini.

Read More

Pakistan Pun Nak Tiru Tabung Haji...

MAKKAH - Pengalaman lebih 50 tahun Tabung Haji (TH) mengendalikan urusan jemaah haji Malaysia menarik minat pejabat hal ehwal haji Pakistan di sini.

Pengarah besar (haji) di pejabat konsul jeneral Pakistan yang berpangkalan di Jeddah, Syed Abu Ahmed Akif berkata Pakistan mahu mencontohi sistem yang digunakan TH dalam mengurus jemaah haji Malaysia.

Pejabat hal ehwal haji Pakistan di sini mengendalikan kira-kira 144,000 jemaah yang merupakan kumpulan haji negara asing kedua terbesar selepas Indonesia, katanya semasa perjumpaan dengan pihak pengurusan TH yang diketuai ketua delegasi haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di pejabatnya di sini pada Selasa.

Syed Saleh disertai lapan anggota rombongan termasuk timbalan beliau, Nurrin Anuwar Shamsuddin, konsul haji Malaysia di Arab Saudi, Redhuan Sabarudin dan timbalan ketua delegasi haji (perubatan) Dr Saiful Azlan Sharif.

Syed Abu Ahmed Akif berkata daripada 144,000 jemaah Pakistan, 56 peratus dikendali kerajaan dan yang lain oleh syarikat swasta, dan bagi pihak kerajaan, meeka hanya dikenakan US2,500 (RM7,935) bagi seorang jemaah yang sebahagian besarnya adalah bagi pengangkutan dan penginapan.

Beliau berkata jemaah perlu mendaftar dan membuat pembayaran enam bulan sebelum musim haji bermula iaitu pada April melalui bank tertentu, oleh kerana pejabat hal ehwal haji Pakistan tidak menguruskan dana untuk melakukan haji.

Pejabat akan membayar balik kepada jemaah sebelum haji bermula sekiranya kos bagi tahun berkenaan lebih murah daripada bayaran yang dikenakan berikutan kos penginapan dan pengangkutan berbeza dari setahun ke setahun, tambahnya.

Beliau berkata penginapan bagi jemaah Pakistan adalah di kawasan Aziziah yang terletak kira-kira tujuh hingga lapan kilometer dari Masjidil Haram, dan memerlukan perkhidmatan 24 jam untuk membawa pergi dan balik jemaah.

"Kami membawa 1,000 petugas untuk mengendali jemaah dengan 450 orang terdiri daripada 450 kakitangan perubatan dan kami mempunyai 30 buah katil di Makkah dan 20 katil di Madinah," katanya dan menambah 400 lagi kakitangan adalah bagi keselamatan dan mengurus jemaah yang dikendali oleh Wajid Zia, pengarah penginapan dan pengangkutan yang juga timbalan ketua polis Pakistan.

Beliau berkata pihaknya juga mendapatkan 2,000 anggota sukarelawan dari kalangan pekerja Pakistan di Arab Saudi yang menawarkan khidmat percuma bagi membantu menjaga jemaah selepas melakukan haji itu selepas melontar di Mina.

Terdapat kira-kira dua juta rakyat Pakistan di Arab Saudi dan akhbar berbahasa Urdu terbesar dicetak di negara tersebut, tambahnya.

Sementara itu konsul haji Pakistan, Syed Rafeo Bashir Shah berkata Pakistan sedang mencari cara terbaik untuk mengesan jemaahnya yang sesat.

Sejak dua tahun lepas dengan kerjasama Arab Saudi, mereka cuba menggunakan sistem posisi global (GPS) melalui telefon bimbit yang dimilki jemaah dan dikenakan bayaran 10 riyal bagi seorang jemaah, dan mereka masih melihat kepada pilihan lain, tambahnya.

Sementara itu Syed Saleh berkata Malaysia dan Pakistan boleh berkongsi pengalaman dan idea dalam menambah baik perkhidmatan yang disediakan untuk jemaah.

Beliau berkata TH bukan sahaja mengendalikan urusan haji, tetapi juga mengurus dana yang disimpan 8.4 juta penyimpan dan dari jumlah itu hanya 1.5 peratus yang mendaftar untuk mengerjakan haji.

Beliau berkata kini TH mengendalikan dana berjumlah US15 bilion (RM47.6 bilion) dan memberi dividen antara lima hingga enam peratus setahun dan mengenakan kos US3,000 (RM9,522) untuk seorang jemaah berbanding kos sebenar US5,000 (RM15,870).

Perbezaan US2,000 (RM6,348) diberi subsidi oleh TH melalui hasil projek pelaburannya, tambah beliau.

Beliau berkata kebanyakan tempat penginaapan yang disediakan TH kurang dari satu kilometer dari Masjidil Haram dan kini mengalami kesukaran memperoleh bangunan bersesuaian hampir dengan Masjidil Haram dengan harga sewaan yang berpatutan untuk tempahan lebih 40 hari. -Mstar

Read More

Konsert? Jom Imarahkan Masjid Pula...



MASJID adalah tempat yang paling dicintai oleh ALLAH SWT di atas muka bumi. Ia dibina secara khusus untuk menunaikan solat dan beribadah kepada ALLAH. Ia juga disebut sebagai rumah ALLAH yang dimuliakan dalam Islam.

Al-Quran dan As-Sunnah memberikan perhatian khusus dan menjelaskan banyak keistimewaan tempat ini. Satu daripadanya sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW: 
"Siapa yang mendirikan masjid - (Bukair berkata: Saya kira Baginda mengatakan) - dengan tujuan mengharapkan wajah ALLAH, nescaya ALLAH akan membangunkan baginya istana sepertinya di syurga.” (Riwayat Bukhari)
Lantaran itu ramai kalangan umat Islam di dunia berlumba-lumba mengeluarkan infak dan perbelanjaan untuk membina masjid. Alhamdulillah, ia adalah suatu yang baik dan terpuji. Apa puun yang lebih penting adalah memakmurkan dan mengimarahkan masjid sebagaimana yang diperintahkan ALLAH dan Rasul-Nya.

Tempat tauhidkan ALLAH sWT

Fungsi utama dan paling besar bagi masjid ialah sebagai tempat beribadah kepada ALLAH, mengingatinya dengan zikir dan majlis ilmu sekali gus kesemuanya itu dilakukan semata-mata hanya kerana ALLAH atau dengan kata lain mentauhidkannya.

ALLAH SWT berfirman:
"Dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama ALLAH.” (Surah Al-Hajj: 40)
 Demikian juga ALLAH menjelaskan ciri orang beriman yang layak untuk memakmurkan masjid. Firman-Nya: 
"Tidaklah layak orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid ALLAH, sedang mereka mengakui bahawa mereka sendiri kafir. Itulah orang yang sia-sia pekerjaannya, dan mereka kekal di dalam neraka. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid ALLAH ialah orang yang beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain kepada ALLAH, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk.” (Surah At-Taubah: 17-18)
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan maksud mempertahankan masjid tidak hanya bererti memperindah dan mencantikkan bangunan semata-mata, akan tetapi ia melibatkan usaha mengingati ALLAH, mendirikan syariatnya di masjid-masjid dan memurnikan masjid dari sebarang kegiatan syirik. (Tafsir Ibnu Kathir)

Masjid indah tapi kosong

Catatan dan ingatan harus diberikan Rasulullah SAW dalam hadis tanda-tanda hampirnya hari kiamat antaranya adalah memperindah dan mencantikkan masjid.

Sedangkan kita mengetahui masjid pada hari ini banyaknya yang indah di luar, namun kosong di dalam. Kosong dalam erti kata tidak dipenuhi dengan jemaah setiap solat fardu dan tidak dipenuhi dengan kegiatan yang disyariatkan.

Perihal memurnikan masjid daripada sebarang bentuk kesyirikan ditegaskan lagi dalam ayat berikut. Hal ini harus diberi catatan penting. Kerana Rasulullah SAW sudah awal-awal bahkan sering kali mengingatkan umatnya akan jejak-jejak Yahudi dan Kristian.

Betapa ramai umat Islam yang akan mengikuti jejak langkah golongan Yahudi dan Kristian. Baik cara beragama, cara beribadah dan seluruh cara kehidupan sehingga tidak ada yang tersisa melainkan semuanya dipengaruhi oleh cara Yahudi dan Kristian.

Mutakhir ini sudah ada kelihatan kelompok sesat berani menzahirkan amalan syirik dan sesat mereka dalam masjid dan ia dilakukan secara terbuka tanpa rasa takut.

Satu daripadanya ialah ajaran penganut agama Syiah Rafidhah. Mereka solat dan sujud atas ketulan batu khusus dan ini tidak pernah diajarkan dalam syariat Islam yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabatnya. Bukankah Syiah Rafidhah itu menetas dari pemikiran Yahudi yang dieramkan oleh Yahudi bernama Abdullah bin Saba’?

Aktiviti hiburan

Demikian juga dengan sebahagian aliran tarikat dan kesufian melampau dan sesat. Sudah ada sebilangan masjid yang membenarkan acara yang bercampur-baur dengan kesyirikan yang dilakukan oleh kelompok sesat ini.

Contohnya mereka bernyanyi sambil menari dalam masjid dengan sangkaan dengan tindakan mereka itu roh Nabi Muhammad SAW akan hadir bersama mereka. Walhal keyakinan sebegini boleh membawa kepada kesyirikan.

Bukankah gereja pada hari ini tidak diisi dan dipenuhi melainkan lagu-lagu keagamaan (Gospel) persis nasyid yang didakwa Islami?

Gereja yang asalnya adalah tempat ibadah yang hanya kepada ALLAH, kini sudah dicemari dengan simbol syirik seperti patung dan alatan muzik. Adalah tidak mustahil seandainya umat Islam leka dan lengah, suatu hari nanti hal yang sama berlaku kepada masjid dan ajaran Islam. Semoga ALLAH menjauhkan bencana dan musibah sedemikian.

Dan inilah tafsir dan pemahaman yang sahih tatkala menjelaskan maksud: “Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah Al-Fatihah: 7).

Ia dinukilkan oleh sejumlah ulama’ terdahulu sebagaimana disebutkan oleh Imam Ibn Kathir.

Itu belum lagi termasuk laporan yang diterima daripada media sosial (sebahagiannya bersama rakaman kejadian) terdapat segelintir guru tarikat yang berhenti dari mengajarkan al-Quran dan hadis dan menyambung kelas pengajian hanya dengan nyanyian qasidah sementara menunggu roh Nabi Muhammad SAW hadir.

Kontradik dengan itu pula ada ustaz dan penceramah agama hanya mengajarkan Al-Quran dan hadis dengan penjelasan ulama muktabar; mereka pula ditahan dan disoal siasat.

Alangkah bimbangnya gejala yang menimpa umat pada masa kini. Bimbang ia termasuk dalam ancaman yang pernah ALLAH ancam kepada kafir Quraisy suatu ketika dahulu.

Mereka pernah menghalangi Rasulullah SAW dan sahabat daripada memasuki Masjidil Haram lalu ALLAH SWT turunkan ayat berikut: 
“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalang-halangi menyebut nama ALLAH dalam masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid ALLAH), kecuali dengan rasa takut (kepada ALLAH). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat seksa yang berat.” (Surah Al-Baqarah: 114)
Justeru, tatkala kita mahu membahaskan fungsi masjid dan bagaimana memakmurkannya, tidak boleh tidak fokus utama yang paling mendasar ia mengembalikan fungsi masjid sebagai tempat ibadah yang tulus dan mulus hanya kerana ALLAH.

Dengan kata lain masjid ialah sebagai tempat mentauhidkan ALLAH dan merawat umat Islam daripada noda syirik. Dan inilah juga yang dilakukan Rasulullah SAW dan sahabat tatkala memasuki Masjidil Haram selepas menguasainya dalam peristiwa Fathul Makkah.

Sumber : Sinar Harian

Read More

Shuib Rahsiakan Adegan Intim Dengan Zarina Anjoulie Dari Isteri..

Pelawak Shuib (Sepahtu)  tidak memberitahu isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin tentang adegan intimnya bersama aktres kontroversi Zarina Anjolie yang dilakonkan dalam filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 30, berkata, dia enggan bercerita tentang babak tersebut berikutan bimbang akan menggores perasaan isterinya.

"Kebiasaanya setiap kali balik penggambaran saya akan berkongsi cerita dengan dia di rumah, tetapi babak intim dengan Zarina Anjolie saya tidak cerita, biar dia tahu masa tonton cerita tersebut sahaja nanti.

"Kadang-kadang kalau perkara tersebut memudaratkan baik tidak perlu bagi tahu, biasanya dia akan bising kalau ada babak yang agak daring," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pratonton Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut, di pawagam Cathay Cineplex e@Curve di sini, malam Selasa lalu.

Antara babak antara Shuib dan Zarina Anjolie.

Dalam filem arahan Mamat Khalid tersebut ada beberapa babak intim apabila Shuib yang memegang watak Luqman digoda oleh Balkish yang dilakonkan oleh Zarina.

Tambah Shuib, sebagai seorang pelakon dia bersedia untuk melakonkan babak yang diminta oleh pengarah secara profesional.

Saya bukan berlakon berdua sahaja, ada puluhan krew yang menyaksikan lakonan kami dan sebagai pelakon ia adalah tanggungjawab saya untuk buat apa yang diminta oleh pengarah.

"Pada asalnya memang saya rasa agak malu dan takut, saya dah bagi tahu apa akibat yang terjadi tentang babak itu nanti abang Mamat akan tanggung," ujarnya berseloroh.

Sementara itu, Shuib mengakui pertama kali bekerja di bawah arahan Mamat Khalid, dia agak tertekan sepanjang pengambaran dilakukan.

Katanya, sebagai pelawak agak sukar untuk dia memberi lakonan secara serius seperti yang diinginkan oleh pengarah tersebut.

"Saya rasa terseksa dan setiap hari takut untuk pergi lokasi kerana selalu kena marah dengan abang Mamat.

"Saya bukan pandai sangat berlakon, kalau setakat berlakon dan buat lawak itu boleh tetapi filem ini memerlukan saya berlakon jadi orang lain," ujarnya.

Mamat Khalid memberi arahan ketika penggambaran Amir & Luqman Pergi Ke Laut.

Bagaimanapun, Shuib berkata, dia berpuas hati dengan hasil lakonannya dalam filem tersebut.

Filem Amir & Luqman Pergi Ke Laut turut menampilkan Sofi Jikan, Shuk Balas, Nadia Mustafar, Kaza dan Rashidi Ishak.

Sementara itu, Mamat Khalid berkata, penghasilan filem tersebut adalah melalui pemerhatiannya kepada filem gengster di Malaysia.

Katanya, filem ini mempunyai kritikan sosial yang tajam kepada masyarakat yang sering menganggap kehidupan gengster sebagai sesuatu yang indah seperti digambarkan dalam filem.

"Penonton Malaysia banyak didedahkan dengan cerita-cerita gengster tidak kira tempatan dan antarabangsa. Namun begitu, filem ini mendedahkan di sebalik dunia gengster tersebut apa yang mereka perlu hadapi.

"Watak dalam filem ini adalah berdasarkan kumpulan gangster yang pernah saya tahu di Ipoh dan latar tempat pun kebanyakan saya lakukan di Ipoh juga," katanya.

Filem ini berkisarkan tentang perjalanan dua orang sahabat baik iaitu Amir (Shuk) dan Luqman yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil kerana perlu membayar RM30,000 sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan mereka sering kali gagal kerana sifat mereka yang lurus bendul, malah tidak tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah.

Filem terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 September ini. 

Read More

David Teo Kata Tuduhan Aeril - Wawa Karut

Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan isu pihaknya tidak menjelaskan bayaran baki duit lakonan Aeril Zafrel dan isteri, Wawa Zainal termasuk duit duta produk yang bernilai puluhan ribu ringgit sebagai mengarut.

David berkata, memandangkan pasangan itu menamatkan kontrak lebih awal tanpa membuat perbincangan, mereka tidak layak bertanyakan sebarang bayaran yang tertunggak.

"Kedua-dua mereka tidak mengikut kontrak dan menamatkan perjanjian serta-merta tanpa sebarang perbincangan dengan MIG.

"Sedangkan pihak kami meminta mereka datang untuk berbincang perkara ini dengan lebih lanjut, tetapi baik Aeril mahupun Wawa, mereka buat tak endah sahaja," katanya kepada mStar Online.

David Teo diminta mengulas mengenai dakwaan Aeril menerusi laporan media mengatakan pihak MIG masih lagi berhutang dengannya dan isteri bernilai puluhan ribu ringgit.

Sebelum itu, timbul juga isu Aeril menerusi Instagram miliknya meminta agar pihak  MIG memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang setahun lalu.

Kereta itu difahamkan sudah ditemui semula oleh pihak MIG yang merupakan pemilik kereta terbabit.



Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 27, meninggalkan MIG pada akhir tahun 2012, diikuti pula dengan Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 23, yang keluar daripada syarikat pengurusan tersebut pada Oktober 2013.

Mereka membuat keputusan meninggalkan MIG sebelum tamat kontrak selepas kedua-duanya mengumumkan perkahwinan rahsia mereka.

Pasangan itu telah bernikah sebanyak dua kali masing-masing pada 25 Februari 2012 dan 4 Februari 2013 di Taman Datuk Harun, di sini.

Sementara itu, David berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai dokumen mahupun pakaian yang berada dalam kereta tersebut dan berasa pelik apabila Aeril masih lagi memperbesarkan isu kehilangan kereta itu dengan menuduh MIG menjadi puncanya sedangkan kenderaan berkenaan milik syarikat itu sepenuhnya.

Kata David, pihak MIG pada mulanya telah membelikan kereta itu untuk dipinjamkan kepada Wawa dengan konsep skim sewa beli, memandangkan pelakon itu tiada kenderaan.

Bagaimanapun disebabkan Wawa bukan lagi menjadi artis naungan MIG, maka pihak syarikat berhak mengambil semula kereta tersebut.

"Di MIG, saya mengamalkan konsep seperti pihak kerajaan buat bagi membantu golongan susah menerusi skim sewa beli di mana kami menyediakan rumah dan kereta buat para pelakon menerusi skim tersebut.

"Memandangkan Wawa tidak lagi membayar sewa kereta, maka kereta tersebut sudah semestinya dipulangkan kepada kami. Itu pun kami jumpa kereta itu selepas Wawa memberitahu tentang kehilangan kereta itu," ujarnya.

Sementara itu, David berkata, dia penat dengan sikap Aeril yang tidak sudah-sudah memfitnahnya. Perkara itu membuatkan pihaknya dinasihatkan oleh peguam untuk mengumpul segala bukti berkaitan isu-isu membabitkan Aeril dan Wawa.

Bagaimanapun, David belum terfikir lagi untuk membuat sebarang tindakan undang-undang terhadap pasangan itu.

"Walaupun macam-macam terjadi, saya masih lagi menganggap mereka sebagai anak-anak yang mahu membesar. Dan saya percaya setiap kesilapan yang dilakukan akan menjadi pengajaran. Begitu juga dengan mereka, yang masih lagi belajar tentang kehidupan," tuturnya. -Mstar

Read More

Dituduh Bergambar Lucah, Siti Saleha Jawab Tohmahan Peminat

Aktres Siti Saleha yang menjadi mangsa kontroversi peminatnya di laman sosial baru-baru ini tampil memberi jawapan bagi menjawab persoalan mengenai gambarnya bersama dua batang balak yang dianggap lucah.

Menurut pelakon jelita itu, gambarnya bersama dua batang balak tersebut lebih menjurus kepada aspek kesenian kerana baginya orang yang berjiwa seni mempunyai nilai aritistik mereka yang tersendiri.

Oleh itu tegasnya, gambar itu diambil sebegitu kerana ia mempunyai nilai artistik yang tersendiri dan tidak ada langsung unsur-unsur lucah sebagaimana yang ditimbulkan oleh para peminatnya.

"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik."

"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sesuatu gambar di laman sosial," katanya.

Justeru itu, Saleha menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk menyekat sesiapa sahaja di akaun sosialnya jika terdapat komen yang berbaur lucah dan melampau demi menjaga nama baiknya.

"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu terlampau saya akan sekat mereka," katanya lagi.

Saleha berkata, dia redha dan terima apa sahaja dugaan yang menimpanya.

Dia turut menganggap kontroversi yang melandanya baru-baru ini merupakan salah satu lumrah hidup sebagai seorang selebriti ekoran banyak mata yang melihat serta sering mencari kesilapan anak-anak seni.

Siti Saleha dilanda pelbagai tohmahan dan dijadikan bahan lucah apabila sekeping gambar yang dimuatnaik oleh beliau duduk diatas kayu balak di tepi pantai di Pulau Tioman telah mendapat komen-komen negatif berunsur lucah dari pengikutnya di Intragram baru-baru ini. -Norhayati Shaharun/ KedahNews.com

Read More

Simbol Pun Tak Boleh Selesai, Macam Mana Rakyat Nak Yakin? - Phahrolrazi

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi mempertikai peranan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang terbukti gagal mencapai kata sepakat dalam pelbagai perkara berhubung gabungan tiga parti pembangkang itu.

Katanya, perkara remeh seperti simbol (logo) Pakatan Rakyat pun gagal dicapai kata sepakat, apatah lagi tentang perkara-perkara dasar perjuangan parti yang jelas bertentangan antara satu dengan lain.

"Macam mana rakyat nak beri keyakinan kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui kerajaan? Pasal simbol pun tak boleh selesai.." katanya di sebuah forum "PAS Campur UMNO: Ke Mana Hala Tuju?", baru-baru ini.

Bidasnya, pakatan antara PAS, DAP dan PKR yang berlaku sejak tahun 2008 masih gagal untuk mendapat status berdaftar meskipun sudah gabungan itu sudah berlaku dalam tempoh 6 tahun ekoran tiada usaha yang serius ke arah pendaftaran "Pakatan Rakyat" yang sah.

Phahrolrazi turut mempersoal ramai di kalangan pemimpin utama parti Pakatan Rakyat yang tergamak bertelagah sesama sendiri di ruang media hingga menjejaskan nama parti dan disifatkan sangat memalukan khususnya dari sudut pandangan rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat merupakan sebuah gabungan tidak sah yang diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkali-kali melaungkan hasrat peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri sejak tahun 1999, setelah dipecat dari UMNO atas salah laku yang pernah dilakukan dalam kerajaan.

Ketika awal parti-parti pembangkang itu bergabung, ramai penganalisis politik berpandangan bahawa ikatan tersebut tidak akan lancar ekoran pertentangan dasar perjuangan yang sangat berbeza, khususnya di antara PAS dan DAP.

Sepanjang 6 tahun bergabung, Pakatan Rakyat dilihat sering bercakaran sesama sendiri dalam pelbagai pertikaian termasuk kandungan buku jingga, hala tuju dan pendirian parti yang mencetus kontroversi hangat yang menjadi punca perbalahan serius.

Ramai golongan akar umbi PAS yang hilang sabar mendakwa parti mereka di"anak tiri"kan DAP dan PKR. PKR pula dikatakan berpihak pada DAP demi meraih sokongan dari parti itu untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. 

DAP pula difahamkan lebih gemar menjadi "mastermind" mengatur "buah-buah catur" yang bernama "PAS" dan "PKR" dalam menjayakan agenda politik mereka.

Menurut bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa yang dianggap "pakar perlembagaan", Dr Aziz Bari, rakyat di negara ini sudah "letih" dengan permainan politik yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

"Di Selangor ni rakyat sudah 'letih'.. kita tengok tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Centre dan sebagainya, rakyat 'letih'..termasuk penyokong tegar Pakatan Rakyat sendiri", katanya mengulas mengenai pertikaian yang sama.

Kemuncak pergaduhan di dalam Pakatan Rakyat semakin "retak menanti belah" apabila berlaku krisis "coup de tat" Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang menjadi mangsa kerakusan politik dalaman di antara pemimpin tertinggi parti itu.

Langkah Kajang digerakkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, namun gagal ekoran suami Datuk Seri Wan Azizah itu hilang kelayakan bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang dan digantikan oleh Presiden PKR itu.

Ekoran kenyataan Wan Azizah sebelum ini yang rela menjadi Menteri Besar "boneka" suaminya, Anwar memutuskan supaya PKR mengangkat isterinya itu sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid dan beliau disokong oleh DAP.

PAS yang awalnya membantah Langkah Kajang, berpendirian bahawa Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar dan enggan sepakat dengan PKR atau DAP dalam mencalonkan nama Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ekoran itu, berlaku bergaduhan sengit di antara PAS dengan PKR dan DAP di mana ramai pemimpinnya yang sebelum ini menyembunyikan ketidakpuasan hati tampil membongkar mempamerkan "warna sebenar" Pakatan Rakyat kepada khalayak umum. -KedahNews.com

Read More

EKSKLUSIF: Pensyarah Kecewa Anwar Dipecat, TAPI...

Seorang pensyarah warga Malaysia di Australia, Radzi Jidin, meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 16 tahun lalu.

Katanya, ketika peristiwa Anwar dipecat dari semua jawatan yang disandang itu berlaku, pensyarah yang mengaku kagum pada bekas Timbalan Presiden UMNO tersebut sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Melbourne, Australia.

"Dalam bulan ini 16 tahun lalu, anda dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Semasa itu saya sedang belajar di Melbourne dengan sumber berita dari Malaysia yang agak terhad. 

"Kali pertama mendengar berita anda dipecat, saya agak kecewa dengan tindakan Dr Mahathir memecat pemimpin yang pada masa itu saya kagumi," katanya yang dipetik dari akaun laman Facebooknya, semalam.

Namun kata Radzi, perasaan kecewa itu berubah mendadak apabila dia serta merta hilang rasa hormat pada Anwar ekoran tindakan dan akhlak Ketua Pembangkang itu setelah dipecat.

"Namun, sejurus selepas dipecat dari jawatan dan dibuang dari UMNO, anda terus mengutuk dan menghina kerajaan, UMNO dan kepimpinannya yang anda dukungi sejak dari 1982 (selama 16 tahun sebelum dipecat). 

"Selepas mendengar cercaan dan kutukan anda terdahap kerajaan, parti dan kepimpinan yang pernah menjulang anda sebegitu cepat untuk naik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, saya terus hilang rasa hormat!," katanya kesal dengan sikap sebenar Anwar itu.


Jelas pensyarah di universiti terkemuka di Australia itu, tindakan Anwar itu seolah-olah seorang isteri yang memburuk-buruk, membuka pekung rumahtangganya setelah diceraikan suami meskipun dia menerima layanan istimewa oleh suaminya.

"Anda (Anwar) ibarat seorang isteri yang diceraikan dan kemudiannya menceritakan kepada umum kononnya bekas suami anda amat buruk perangainya sedangkan sewaktu 16 tahun bersama anda ditatang bagai minyak yang penuh!," tegasnya.

Mengulas mengenai "permohonan maaf" Anwar dan PKR terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam, Radzi berpandangan bahawa ramai penyokong tegar PKR sendiri akan hilang rasa hormat pada suami Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu.

Kataya, permohonan maaf seperti itu turut akan menyebabkan seluruh rakyat makin ragu pada keikhlasan momokan slogan "ketuanan rakyat" yang dilaungkan Anwar selama ini.

Berikut adalah status penuh pensyarah tersebut: 
Dalam bulan ini 16 tahun lalu, anda dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Semasa itu saya sedang belajar di Melbourne dengan sumber berita dari Malaysia yang agak terhad. Kali pertama mendengar berita anda dipecat, saya agak kecewa dengan tindakan Dr Mahathir memecat pemimpin yang pada masa itu saya kagumi.

Namun, sejurus selepas dipecat dari jawatan dan dibuang dari UMNO, anda terus mengutuk dan menghina kerajaan, UMNO dan kepimpinannya yang anda dukungi sejak dari 1982 (selama 16 tahun sebelum dipecat). Selepas mendengar cercaan dan kutukan anda terdahap kerajaan, parti dan kepimpinan yang pernah menjulang anda sebegitu cepat untuk naik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, saya terus hilang rasa hormat! .

Bukan kerana saya totok UMNO, tetapi kerana anda ibarat seorang isteri yang diceraikan dan kemudiannya menceritakan kepada umum kononnya bekas suami anda amat buruk perangainya sedangkan sewaktu 16 tahun bersama anda ditatang bagai minyak yang penuh!.

Melihat fe’el anda dalam krisis MB Selangor dan membaca permohonan maaf anda kepada DYMM Selangor semalam, saya rasa ramai yang dalam masa 16 tahun ini masih menyimpan rasa hormat kepada anda mula meragui keikhlasan momokan “ketuanan rakyat” anda!!

Udah-udah la Bung!!

Read More

Bekas AJK PAS Tak Mengaku Menghasut

Seorang penceramah bebas pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook dua tahun lepas.

Wan Ji Wan Hussin, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini pada 10 pagi, 5 Nov lepas.

Wan Ji didakwa mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam mewakili tertuduh, Radzlan Jalaludin memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM2,000 atas alasan anak guamnya tidak berkemampuan kerana perlu menanggung empat orang anak.

Hakim Slamat Yahya membenarkan Wan Ji diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Okt untuk sebutan kes.

Hakim turut memerintahkan tertuduh, yang juga merupakan bekas anggota Jawatankuasa PAS Selangor menyerahkan pasportnya, namun Wan Ji mendakwa dokumen berkenaan telah hilang.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Imigresen untuk menyekat tertuduh supaya tidak ke luar negara.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Selangor Mohd Azari Harun. Wan Ji membayar wang jaminan itu. -Mstar

Read More

#RIBBIT Diselit Nilai Akhlak Dalam Tawa...



SELEPAS mendapat pengiktirafan sebagai filem keluarga terbaik di Festival Filem Integrasi Niagara, Kanada, baru-baru ini, filem animasi Ribbit terbitan anak syarikat KRU Studio iaitu KRU Kartun itu telah diadaptasi ke dalam Bahasa Malaysia.

Ribbit versi Bahasa Malaysia mendapat sentuhan pengarah filem terkenal Mamat Khalid dengan strategi tersendiri.

Filem ini menampilkan barisan artis tempatan popular seperti Johan Raja Lawak, Elfira Loy, Awie, Datuk Aznil Nawawi dan Izzue Islam yang meminjamkan suara mereka.

Lebih unik lagi, Mamat Khalid menggunakan kepelbagaian dialek negeri di Malaysia bagi memberi kelainan terhadap filem animasi tersebut.

Watak utama iaitu Ribbit menggunakan suara pelawak terkenal Johan (Raja Lawak) memberi elemen humor yang menjadi kekuatan filem ini antara daya penarik penonton ke pawagam. Johan juga bijak berjenaka dengan gurau senda yang bersahaja lari daripada skrip sebenar filem itu.

Selain Johan, karakter Siti (Elfira Loy), Kulup (Awie) dan Mat Rompi (Aznil ) turut menarik dan menghiburkan penonton.

Bukan sahaja jalan cerita yang ringan sesuai untuk tontonan seisi keluarga, malah setiap karakter mempunyai kekuatan tersendiri, suara artis-artis popular turut menambah keterujaan penonton.

Daripada sudut plot penceritaan, filem ini bukan sahaja memaparkan humor semata-mata, elemen pengajaran dan moral turut diselitkan sebagai pengajaran kepada penonton cilik.



Menilai daripada segi penceritaan, filem ini perlu diberi pujian kerana di samping memuatkan elemen humor, terselit nilai moral dan pengajaran yang sangat tinggi terutamanya kepada golongan kanak-kanak.

Namun beberapa kelemahan daripada kekemasan grafik perlu diperbaiki terutama pergerakan antara watak animasi tersebut kelihatan kaku dan statik.
Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada anak tempatan yang berjaya menghasilkan filem animasi yang boleh diletakkan setanding pada peringkat antarabangsa.

Ribbit mengisahkan seekor hiawan, katak terpengaruh dengan cerita fantasi dan bercita-cita untuk menjadi seorang putera raja. 

Pada anggapannya dia perlu mendapatkan puteri manusia dan menciumnya untuk membolehkan dia menjadi seorang putera raja. 



Kecelaruan identiti yang dialami Ribbit membuatkannya nekad mencapai cita-citanya dan bertindak mengembara seorang diri untuk bertemu puteri raja manusia.

Ribbit ditemani rakan baiknya, Siti dalam pengembaraannya merentas hutan belantara demi mencapai cita-citanya.

Dalam pengembaraan tersebut, watak-watak baharu muncul seperti Kulup, Mat Rompi menambahkan lagi kelucuan setiap babak dalam filem tersebut.

Antara pelakon lain yang turut menyumbang suara dalam filem ini termasuk Munir Phyne Ballers (Ollie), Izzue Islam (labah-labah), One Forteen (dukun istana) dan Noorisnainy Ali (puteri manusia).

Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 4 September lalu. -Mstar

Read More

Zeeda Aziz Tak Kisah Guru Tampar Kuat Anaknya, Anda Bagaimana?

Seorang ibu tidak marah-marah, tidak membuat sebarang laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang pada seorang guru walaupun guru tersebut telah menampar anaknya dengan kuat.

Ibu tersebut yang hanya dikenali sebagai Zeeda Aziz, memuatnaik status menceritakan pengakuan anaknya yang pernah ditampar guru namun takut untuk menceritakan peristiwa itu padanya.

Tegas Zeeda, guru yang menampar anaknya itu menepati kriteria yang dia tetapkan malah mahu guru terbabit menjadi tutor peribadi untuk anaknya.

"Anak2 aku lebih takut aku dari guru mereka. Knowing that his teacher once slapped him, I hired her to be my kids private tutor. She meets my requirement. Tegas. Old school teaching method," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebook.


Sebelum ini, ramai di kalangan ibu bapa yang bertindak membuat laporan polis sekiranya anak-anak mereka diapa-apakan oleh pihak guru atau sekolah.

Adakalanya, segelintir ibu bapa memberi amaran pada guru-guru di sekolah supaya jangan cuba-cuba menjentik "anak kesayangan" mereka yang "baik-baik" belaka.

Jika diikutkan budaya di zaman "old school" dulu, ibu bapa menyerahkan anak-anak mereka kepada pihak sekolah untuk dididik sambil meninggalkan "pesan keramat" yang mampu membuat anak mereka "berubah wajah".

Antara pesan yang menjadi kegemaran ibu bapa di zaman "old school" dulu ialah...

"Cikgu, saya serahkan anak saya ni untuk cikgu didik jadi manusia yang berilmu. Kalau dia buat salah, dendalah, pukullah... buatlah apa yang patut. Jangan sampai patah riuk atau cacat sudahlah"

Persoalannya, mengapa ibu bapa kini tidak mencontohi ibu bapa di zaman "old school"? 

Adakah cara ibu bapa "old school" itu tidak membuahkan hasil yang baik atau memang ibu bapa di zaman ini yang tidak tahu menilai? Apa pandangan anda? -KedahNews.com


Read More

Gambar: Bayi Ditinggal Ibu Atas Siling Tandas Di Kelantan

KOTA BHARU - Bunyi tangisan bayi dalam tandas sebuah hospital di sini, terjawab selepas seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di atas siling tandas awam di sini, semalam.

Difahamkan, bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu masih bernyawa dan cukup sifat, ditemui tukang cuci tandas ketika melakukan kerja pembersihan di dalam tandas di hospital terbabit.

Bayi itu kini tempatkan di wad hospital untuk rawatan susulan selepas dipercayai ditinggalkan ibunya di kawasan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.

“Bayi tersebut telah ditinggalkan dalam tempoh lama tetapi berada dalam keadaan sihat. Polis telah menahan ibu bayi berkenaan yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan belasan tahun untuk siasatan.


“Wanita terbabit kini menerima rawatan susulan di hospital berikutan keadaannya yang lemah dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. -Sinar Harian

Read More

Anak Nik Aziz Dedah 2 Pihak Petualang, Pengkhianat PAS

PRESIDEN Pas dituduh khianati PR kerana namakan calon MB daripada Pas. Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada dua gerangan yang saling berkerjasama;

1) 2 pengkhianat daripada Adun Pas yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.

2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan Pas dalam PR apabila menerima pengkhianatan dua Adun Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.

Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan Pas.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Presiden Pas apabila;

1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.

Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam Pas sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua Adun ini.

2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR-  pergolakan dalam PR akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan Presiden? Ada dua pilihan;

1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi.

2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.

Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila Pas  melalui mesyuarat 17 Ogos 2014, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura Ulama dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan dua nama calon MB baru, termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail(yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura Ulama).

Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden. Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura Ulama agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!

Keputusan 'emas' itu hanya mampu bertahan lima jam!

Petangnya, tanpa kehadiran Presiden Pas, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu Wan Azizah. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula Pas dilabel sebagai parti U-turn.

Presiden kini berhadapan dua kemelut yang tiba-tiba;

1) Kegagalan wakil Pas ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat Pas. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali keputusan mesyuarat Pas yang telah menetapkan dua nama.

Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.

2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan Wan Azizah. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.

Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi Pas yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.

Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar lima jam?

Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua Majlis Syura Ulama. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.

Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu Akuan Bersumpah timbul.

13 Adun Pas diasak oleh PKR agar menanda tangani Akuan Bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar baharu. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar Pas.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!

Mesyuarat Pas pada 25 Ogos 2014 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. Pas memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.

Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa Presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.

Pas mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.

Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih dua nama, PR terus gagal untuk bersatu.

Malah, kemelut dipanaskan dengan isu Presiden Pas mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;

1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada Presiden Pas? Tidak bukan?

2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan Pas? Tidak bukan?

3) Adakah tindakan budiman presiden Pas berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin Pas yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan dua Adun itu? Tidak bukan?

4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?

5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?

Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..

Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa Pas atau Presiden Pas telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan Presiden Pas akan mula bertindak..

Saksikan..

Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more

Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman Pas dengan caranya sendiri.. juga, no more

Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin Pas dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah Presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baharu presiden Pas.

Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..

Selamat bertarung di 'KuborMove'.. Jumpa di sana.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
AJK Pas Pusat

Read More

Kertas UPSR Bocor: Subjek Sains Terpaksa Ditangguh

PETALING JAYA - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains 018, 028, 038 yang dijadualkan hari ini terpaksa ditangguhkan ekoran terdapat maklumat kertas peperiksaan bocor.

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Dr Na'imah Ishak menjelaskan bahawa berdasarkan siasatan awal pihaknya, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut mula tersebar di media sosial.

Sehubungan kebocoran itu, tarikh baharu bagi peperiksaan subjek berkenaan ditetapkan pada 30 September ini, tegasnya.

"Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains UPSR 2014 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September (Khamis) didapati bocor.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya menerusi kenyataan media, semalam.-KedahNews.com

Read More

Khalid Kata Ahli Parlimen DAP Tak Reti Isu Air

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan kredibiliti beliau menandatangani perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan.

Khalid berkata, wakil rakyat DAP itu sepatutnya meneliti fakta perjanjian air tersebut sebelum membuat kenyataannya kepada media.

"Dia (Santiago) tak reti, sama macam isu dia tak reti pasal air beracun di kolam takungan.

"Sebagai golongan profesional mereka sepatutnya meneliti fakta terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan. Jika tidak kita tidak lihat mereka sebagai pemimpin yang membantu membangunkan komuniti dan negara.

"Asyik tembak sini saja je... tak beri nilai tambah walaupun nampak sibuk, tapi tak beri manfaat kepada rakyat, " katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Idris Shah pada Rabu.

Pada Selasa, Santiago dilaporkan mempertikaikan kesahihan tindakan Khalid menandatangani perjanjian air dengan kerajaan Persekutuan selain mempersoalkan kewajaran menteri besar itu memetrai perjanjian air bernilai RM9.65 bilion.

Sebelum ini media melaporkan perjanjian air antara Khalid dan kerajaan pusat dijangka lengkap menjelang hujung minggu ini.

Santiago dipetik sebagai berkata, tandatangan ketika pertukaran kepimpinan boleh menimbulkan persoalan mengenai moral dan kesahihan undang-undang, khususnya selepas tiada keterbukaan dan ketelusan dalam perjanjian tersebut sebelum ini.

Justeru, beliau mendesak kerajaan pusat supaya tidak tergesa-gesa untuk melengkapkan perjanjian tersebut, sebaliknya menunggu hingga menteri besar baharu dilantik.

Februari lalu, Khalid menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) air dengan kerajaan Persekutuan, bagaimanapun tindakan beliau menimbulkan kecaman dan kritikan daripada partinya sendiri.

Perjanjian air itu juga didakwa menjadi punca Khalid dipecat daripada PKR dan digesa meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

Rancangan pengambilalihan berkenaan dilakukan ekoran rungutan dan kekhuatiran masyarakat terhadap masalah bekalan air yang melanda Selangor.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan selepas Pilihan Raya Umum pada 2008 apabila pakatan pembangkang menewaskan Barisan Nasional (BN) di Selangor. -Mstar

Read More

Zaquan Tak Puas Hati Isteri Dipukul Dalam Filem, Iqram Terpaksa Minta Maaf

Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf kepada suami Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha jika dia terasa hati melihat isterinya dipukul teruk  dalam filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3).

Iqram, 33, berkata, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak untuk berasa bengang apabila melihat babak Ayu dipukul tetapi pada masa sama pemain bola sepak itu perlu faham ia hanyalah lakonan semata-mata.

"Saya tidak boleh pertikaikan hak dia (Zaquan) sebagai suami apabila berasa marah melihat adegan tersebut.

"Dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati sehingga mengeluarkan status meluahkan rasa tidak puas hati Ayu dipukul," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Pada petang Selasa, Zaquan yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam Lagenda Budak Setan 3 (LBS3)  ketika menghadiri pra tonton filem tersebut pada 27 Ogos lalu.

Adegan itu menyebabkan Zaquan bertegas tidak membenarkan isterinya berlakon lagi.

"Saya tak sanggup tengok isteri diperlakukan sebegitu.. lepas ini, no more shooting!!! #lagendabudaksetan3," luah Zaquan dalam Twitter miliknya.

Status tersebut membuatkan Iqram membalas komen Zaquan menyatakan ia hanyalah sebuah lakonan, bukannya seperti bermain bola sepak.

"Lu ingat berlakon dalam filem sama ke main bola sepak di padang. Bukannya wa rembat bini lu macam bola dowh!! Gentle Ahh. #lagendabudaksetan3," balas Iqram semula.


Ayu dan suaminya, Zaquan.

Sementara itu, Iqram mengakui, Ayu trauma selepas berlakon pada tiga babak pertama untuk babak pukul itu.

Kata Ayu, dia tidak pernah diperlakukan sebegitu kasar dan dia kemudiannya terus masuk ke bilik dan menangis. Saya datang memujuknya kerana ada satu lagi babak pukul antara saya dan dia. Dan kami berbincang untuk hanya melakukan satu 'take' sahaja.

"Ketika berlakon babak akhir, saya pun bersungguh menjiwai watak manakala Ayu pula benar-benar trauma dan menangis. Selepas selesai babak itu, saya meminta maaf terus kepadanya dan dia pun okey.

"Penggambaran itu pun berlaku dua tahun yang lalu. Tak sangka ia jadi isu pula," ujarnya.

Dalam filem arahan Sharad Sharan itu, Iqram memegang watak sebagai Shan yang terlalu menyayangi isterinya, Zahirah (Ayu). Namun Shan seorang yang kuat cemburu dan sering memukul isterinya apabila melihat mana-mana lelaki mendekatinya.

Ia juga mengisahkan tentang Kasyah, lakonan Farid Kamil yang kehilangan isteri dan anak ingin membina hidup baru dengan Kate (Maya Karin).

Mereka mengambil anak angkat selepas berkahwin.Bagaimanapun, rumah tangga mereka goyah apabila bekas suami Kate dan bekas rakan sekerja Kasyah kembalidalam hidup mereka dengan niat yang tidak baik. -Mstar

Read More
Newer Posts Older Posts Home