Monday, 14 July 2014
Zionis Israel Guna Bahan Kimia Terlarang Bunuh Umat Islam Palestin
11:02 pm Admin Kedahnews No comments
Hari ini, Israel melakukan serangan udara di Gaza mensasarkan sebuah masjid, pusat penjagaan orang kurang upaya dan sebuah hospital penjagaan geriatrik, di mana sukarelawan antarabangsa telah bergegas untuk melindungi pesakit di hospital terbabit.
Serangan yang dahsyat itu turut mengakibatkan Ketua Polis Gaza, Tayseer Al-Batsh maut dan mengorbankan 18 ahli keluarganya sendiri.
Serangan udara yang dilaporkan menggunakan bahan kimia yang mengandung fosfor putih, dikenali dengan Dense Inert Metal Explosive (DIME).
Jika mengenai tubuh manusia, ia boleh membakar daging sampai ke tulang-tulangnya sekaligus.
Menurut Setiausaha Kesihatan di Gaza, “pasukan perubatan mendapati luka pada badan-badan mangsa yang terkorban dan cedera disebabkan oleh senjata kimia kimia DIME yang diharamkan.
Kesan terbakar pada siling bangunan, serpihan bom yang ditinggalkan dan bahan itu yang terbakar apabila disentuh merupakan bukti tentera rejim Zionis itu menggunakan bom mengandungi bahan fosforus putih.”
“Hospital disini sesak dengan mangsa yang cedera parah dan mayat, kanak-kanak dan wanita sahaja telah merangkumi kira-kira 62 peratus daripada mangsa-mangsa yang tercedera.” katanya lagi.
Sejak awal serangan itu, sekurang-kurangnya 174 Palestin telah terbunuh dan lebih 1,090 cedera, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza. Beribu-ribu rumah telah musnah. Beberapa warga Israel dilaporkan telah cedera tetapi tiada seorang pun yang mati akibat serangan daripada roket Hamas.
Fosforus putih merupakan bom pembakar yang diharamkan penggunaannya di kawasan penempatan awam di bawah konvensyen antarabangsa.
Pada 5 Januari lalu, tentera Israel telah mengebom wilayah Beit Lahiya di utara Genting Gaza dan dua minggu kemudian, seorang pakar senjata dari Britain, Chris Cobb-Smith telah menjalankan penyiasatan di kawasan berkenaan.
“Di kawasan ini, fosforus putih yang jatuh dari bumbung telah menyebabkan berlalu letupan di dinding dan bahan kimia itu tersebar ke seluruh kawasan rumah.
”Beberapa kebakaran yang berlaku membuktikan ada pengunaan bahan terlarang itu,” jelasnya.
Sejak akhir minggu lalu, Cobb-Smith dengan delegasi Amnesty telah melawat beberapa kawasan lain di Gaza bagi menyiasat mengenai penggunaan fosforus putih oleh tentera Israel.
Seorang mangsa yang terselamat dalam serangan bom mengandungi bahan fosforus, Abu Halima yang ditemui di Hospital Shifa, Genting Gaza berkata: ”Ia amat menyakitkan, kulit saya terbakar sehinggakan saya tidak dapat tidur siang dan malam.”
Mangsa itu turut menceritakan kulitnya yang terkena bahan itu akan keluar asap jika dibasuh atau dibalut.
Ketua pertubuhan itu, Donatella Rovera meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjalankan siasatan berhubung penggunaan bahan fosforus putih oleh tentera Israel dalam serangan di Gaza, baru-baru ini.
Beliau juga menggesa PBB supaya menjalankan siasatan berhubung jenayah perang yang dilakukan oleh pihak Hamas dan tentera Israel.
Katanya, pelaksanaan genjatan senjata yang berkekalan di wilayah Palestin itu akan bergantung kepada ‘kesungguhan politik negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel termasuk Amerka Syarikat dan Kesatuan Eropah.
Israel setakat ini tidak menafikan bahawa tenteranya menggunakan senjata mengandungi bahan fosforus tetapi pada masa yang sama menjelaskan bahwa ia juga menggunakan senjata yang tidak diharamkan oleh konvensyen antarabangsa.
Sumber: mediaroots
Read More
Khairy Terpaksa Redha Jadi "Bahan" Belasahan...
10:01 pm Shahir Shukor No comments
PETALING JAYA – Bahang Piala Dunia masih belum berakhir bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin apabila beliau ‘dibelasah’ teruk oleh pengikutnya diTwitter akibat kekalahan pasukan yang disokongnya, Argentina.
Lebih menyakitkan apabila gambarnya sedang menangis disunting dan dikongsi oleh pemilik akaun @ShifterPride.
Gambar yang diulang twit oleh Khairy itu turut diulang twit oleh 4,500 pengguna Twitter lain dan disukai oleh 1,200 pengikutnya.
Pada aksi final Piala Dunia 2014 yang berlangsung awal pagi Isnin menyaksikan Jerman menang 1-0 ke atas Argentina.
“Berapa lama korang nak bash aku ni? Bulan puasa. Tak baik bash orang. Vamos,” demikian tulis Khary di Twitternya.
Khairy menjadi bahan usikan oleh pengikutnya apabila beliau begitu yakin bahawa Argentina akan menjulang trofi Piala Dunia 2014.
Sebelum ini Khairy menerusi twitnya untuk mengajak orang ramai turun ke Dataran Merdeka bagi menyaksikan siarang langsung Piala Dunia turut menyelitkan komen sinis berbunyi: “World Cup final di Dataran Merdeka. Sahur (lauk Jerman) disediakan. See you there!”
Selepas Argentina dan Jerman mengesahkan layak ke final, Khairy juga pernah membuat kenyataan yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyokong pasukan Argentina yang disokongnya itu.
Bagaimanapun Khairy terpaksa menanggung malu apabila kata-katanya itu memakan diri sendiri apabila Najib turut ‘membelasahnya’ kerana pasukan pilihannya tewas.
Beliau turut memuat naik gambar Najib meninggalkan Dataran Merdeka dengan kapsyen: “Yang paling kuat bahan aku tadi kat Dataran Merdeka.”
Najib bersama Khairy hadir di Dataran Merdeka bagi menyertai ribuan orang ramai menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2014.
Sumber : MStar
Read More
Tauke Balak Mati Lemas, Cuba Buang Air Kecil Di Sungai Kedah
9:00 pm Admin Kedahnews No comments
Alor Setar - Mungkin tidak tahan lagi dan rasa terlalu melepaskan "hajat" membuang air kecil, seorang "tauke" balak mati lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Kedah berhampiran kawasan Pekan Cina, di sini, baru-baru ini.
Mayat Chua Ah Sing yang berusia 60 tahun masih lengkap berbaju merah gelap dan berseluar pendek ketika ditemui lemas dalam sungai berkenaan oleh unit skuba bomba awal pagi semalam.
Menurut anak saudaranya, Lim Ah Kow, 59, Ah Sing sebelum itu dikatakan telah keluar minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran Pekan Cina kira-kira jam 7 petang kelmarin.
"Pakcik dipercayai tergelincir ketika ingin membuang air kecil di tepi sungai.
"Dia sempat menghubungi isterinya kira-kira 7.30 petang sebelum terjatuh.
"Dia bertanya isterinya, Chew Bee See, yang sedang membeli belah bersama isteri saya di sebuah pasar raya dekat sini ketika mahu pulang ke kediaman mereka di Taman Sri Abadi," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Menurut anak saudaranya, Lim Ah Kow, 59, Ah Sing sebelum itu dikatakan telah keluar minum bersama rakannya di sebuah kedai makan berhampiran Pekan Cina kira-kira jam 7 petang kelmarin.
"Pakcik dipercayai tergelincir ketika ingin membuang air kecil di tepi sungai.
"Dia sempat menghubungi isterinya kira-kira 7.30 petang sebelum terjatuh.
"Dia bertanya isterinya, Chew Bee See, yang sedang membeli belah bersama isteri saya di sebuah pasar raya dekat sini ketika mahu pulang ke kediaman mereka di Taman Sri Abadi," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Bagaimanapun, apabila isteri mangsa menghubungi telefon bimbit suaminya semula kira-kira pada jam 8.30 malam, dia tidak menerima sebarang jawapan dari suaminya itu sehingga mncetus rasa risau di hatinya.
Menurut Ah Kow, kehilangan Ah Sing mula disedari rakan-rakan selepas mereka mendapati kereta milik pengusaha balak itu masih ada manakala kasutnya dikesan tertinggal di tepi sungai sekitar lokasi kejadian.
Ah Kow berkata, sememangnya menjadi kebiasaan mangsa yang tidak memiliki anak keluar minum bersama rakan-rakan di situ setiap hari. -KedahNews.com
Read More
Kisah Ibu dan Bayi Dalam Kandungan Yang Disambar Petir...
8:00 pm Admin Kedahnews No comments
NEW MEXICO – Kimberly Gordon masih dalam kandungan ibunya, Kendra Villanueva ketika wanita itu disambar petir pada 4 Julai tahun lepas.
Bagi menyelamatkan nyawanya, Kimberly telah dilahirkan menerusi pembedahan dan dia terselamat.
Kini selepas setahun, Kimberly membesar sebagai kanak-kanak yang sihat, dan disifatkan doctor sebagai menakjubkan kerana dapat hidup.
Meskipun terselamat, tetapi Kimberly kini masih mengalami kesan akibat kilat itu, malah rambutnya juga statik.
Dia juga tidak boleh berdiri, merangkak atau menelan makanan dengan lancar.
Doktor juga tidak mengetahui bila Kimberly akan mula berjalan atau bercakap, malah mereka juga hairan kenapa rambut masih statik selepas setahun mengalami peristiwa itu.
“Amat menyedihkan apabila menyaksikan dia tidak boleh makan dengan sempurna, hanya disuap melalui tiup. Tetapi saya gembira kerana dia dapat mengharungi semua itu,’’ katanya ibunya, Villanueva yang terselamat dalam kejadian petir itu.
Menceritakan pengalamannya disambar petir, Villanueva berkata, pada 4 Julai tahun lepas, dia bersama teman lelakinya, Gordon sedang menyaksikan bunga api sempena hari kemerdekaan, apabila mereka tiba-tiba disambar petir.
Kilat itu melalui telinga Gordon sebelum berpindah kepada Villanueva dan melalui perutnya.
Ketika itu Villanueva dan Gordon berada dalam keadaan sedar namun keliru, sebelum dihantar ke hospital.
Villaneuva kemudiannya dibedah dan melahirkan Kimberly, dua minggu lebih awal daripada tarikh kelahiran.
Read More
Al-Fatihah: Bapa Bekas Penyanyi Kumpulan Raihan Meninggal Dunia
7:45 pm Shahir Shukor No comments
TAKZIAH kami ucapkan kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan, Ustaz Nazrey Johani atas berita pemergian bapanya yang telah mengadap Ilahi di bulan Ramadhan ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi status dan gambar yang dimuatnaik di Facebook Ustaz Haniff Talib Al-Hafiz, hari ini.
Kami doakan semoga roh bapanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Diharap agar Ustaz Nazrey tabah menghadapi dugaan di bulan penuh mulia ini. Amin…
Sumber - MyNewsHub.my
Read More
Monyet Makin Mengganas Di Pendang!
6:01 pm Admin Kedahnews No comments
PENDANG - Penduduk Kampung Paya Kelubi kini bimbang apabila gangguan monyet liar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Penduduk, Che Bashah Ibrahim, 63, berkata, gangguan haiwan ini semakin menjadi-jadi sejak dua bulan lalu kerana musim buah bermula.
Menurutnya, segala tanaman di sekeliling rumahnya musnah akibat dimakan serta dirosakkan oleh monyet liar yang banyak di kawasan perkampungan itu.
“Gangguan monyet dianggarkan lebih 60 ekor ini semakin meruncing sejak dua bulan kebelakangan ini disebabkan musim buah yang baru bermula.
"Habis pokok tanaman seperti terung dan betik dimusnahkan monyet,” katanya kepada media.
Katanya, monyet ini menyerang tidak kira masa bermula dari pagi hingga petang dan penduduk perlu menutup pintu rumah kerana bimbang dimasuki haiwan terbabit.
“Monyet ini mula keluar dari hutan berdekatan dan mengganggu tanaman penduduk. Penduduk terpaksa menggunakan lastik untuk menghalau monyet ini.
“Itu pun tidak diendahkannya dan kami terpaksa menutup pintu setiap masa bimbang monyet ini masuk menggeledah barang dalam rumah,” katanya.
Bagi Siti Asa Murat, 64, dia yang hanya tinggal berdua bersama suami yang lumpuh bimbang apabila monyet ini pernah beberapa kali masuk ke dalam rumah melalui bumbung.
“Pernah monyet ini masuk melalui bumbung rumah dan hanya kami berdua sahaja tinggal di sini dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana suami lumpuh. Makcik terpaksa mengupah orang untuk menutup lubang di bumbung rumah.
“Makcik bimbang jika monyet-monyet ini menyerang pakcik yang lumpuh itu. Setakat mengganggu tanaman boleh dimaafkan lagi namun jika sampai mencederakan orang, keadaan ini tidak boleh dibiarkan,” katanya
Menurutnya, bumbung rumahnya turut menjadi mangsa apabila monyet-monyet ini terjun dari pokok buah yang berdekatan atas bumbung rumahnya.
“Habis rosak bumbung rumah makcik. Jika diperhatikan akan nampak bekas tapak kaki monyet ini di zink,” katanya.
Che Nah Yahya, 64, pula berkata, bukan setakat tanaman sahaja diganggu monyet liar ini namun ayam yang dibela turut dibunuh.
“Anak-anak ayam dalam reban semua dicampaknya ke tanah sehingga mati. Bukan itu sahaja, telur juga dimakan dan dibaling ke tanah. Saya tinggal di sini lebih 30 tahun tidak ada gangguan seperti ini dahulu namun sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi.
"Nanas yang masih muda juga dipatahkannya. Kami di sini sudah buntu dengan masalah yang berlaku sekarang ini,” katanya.
Che Nah berkata, penduduk kampung di sini berharap pihak yang bertanggungjawab datang memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Dua tahun lepas ada wakil Jabatan Perhilitan datang buat operasi hapuskan monyet-monyet ini namun kini ia menghantui penduduk di sini kembali.
“Kami berharap pihak berwajib datang menyelesaikan masalah ini bimbang ia akan mencederakan penduduk pula,” katanya.
Penduduk, Che Bashah Ibrahim, 63, berkata, gangguan haiwan ini semakin menjadi-jadi sejak dua bulan lalu kerana musim buah bermula.
Menurutnya, segala tanaman di sekeliling rumahnya musnah akibat dimakan serta dirosakkan oleh monyet liar yang banyak di kawasan perkampungan itu.
“Gangguan monyet dianggarkan lebih 60 ekor ini semakin meruncing sejak dua bulan kebelakangan ini disebabkan musim buah yang baru bermula.
"Habis pokok tanaman seperti terung dan betik dimusnahkan monyet,” katanya kepada media.
Katanya, monyet ini menyerang tidak kira masa bermula dari pagi hingga petang dan penduduk perlu menutup pintu rumah kerana bimbang dimasuki haiwan terbabit.
“Monyet ini mula keluar dari hutan berdekatan dan mengganggu tanaman penduduk. Penduduk terpaksa menggunakan lastik untuk menghalau monyet ini.
“Itu pun tidak diendahkannya dan kami terpaksa menutup pintu setiap masa bimbang monyet ini masuk menggeledah barang dalam rumah,” katanya.
Bagi Siti Asa Murat, 64, dia yang hanya tinggal berdua bersama suami yang lumpuh bimbang apabila monyet ini pernah beberapa kali masuk ke dalam rumah melalui bumbung.
“Pernah monyet ini masuk melalui bumbung rumah dan hanya kami berdua sahaja tinggal di sini dan bimbang jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana suami lumpuh. Makcik terpaksa mengupah orang untuk menutup lubang di bumbung rumah.
“Makcik bimbang jika monyet-monyet ini menyerang pakcik yang lumpuh itu. Setakat mengganggu tanaman boleh dimaafkan lagi namun jika sampai mencederakan orang, keadaan ini tidak boleh dibiarkan,” katanya
Menurutnya, bumbung rumahnya turut menjadi mangsa apabila monyet-monyet ini terjun dari pokok buah yang berdekatan atas bumbung rumahnya.
“Habis rosak bumbung rumah makcik. Jika diperhatikan akan nampak bekas tapak kaki monyet ini di zink,” katanya.
Che Nah Yahya, 64, pula berkata, bukan setakat tanaman sahaja diganggu monyet liar ini namun ayam yang dibela turut dibunuh.
“Anak-anak ayam dalam reban semua dicampaknya ke tanah sehingga mati. Bukan itu sahaja, telur juga dimakan dan dibaling ke tanah. Saya tinggal di sini lebih 30 tahun tidak ada gangguan seperti ini dahulu namun sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi.
"Nanas yang masih muda juga dipatahkannya. Kami di sini sudah buntu dengan masalah yang berlaku sekarang ini,” katanya.
Che Nah berkata, penduduk kampung di sini berharap pihak yang bertanggungjawab datang memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.
“Dua tahun lepas ada wakil Jabatan Perhilitan datang buat operasi hapuskan monyet-monyet ini namun kini ia menghantui penduduk di sini kembali.
“Kami berharap pihak berwajib datang menyelesaikan masalah ini bimbang ia akan mencederakan penduduk pula,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Read More
Khalid Sahkan Konstabel Zakia Hubungi Isteri, Beritahu Telah Diculik
5:45 pm Shahir Shukor No comments
Kota Kinabalu, 14 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan anggota polis marin yang diculik dalam serangan di Pulau Mabul Sabtu lalu, Konstabel Zakia Aliep telah menghubungi isterinya, Sharifah Erna Beson semalam.
Khalid mengesahkan perkara itu setelah dihubungi media hari ini apabila terdapat beberapa laporan di laman sosial yang kini menyebarkan maklumat mengenai keadaan anggota marin berkenaan.
“Dalam perbualan singkat itu, Zakiah dilaporkan memberitahu isterinya dia kini berada dalam tawanan kumpulan penculik bersenjata, namun tidak menyatakan lokasi dia berada,” kata Khalid ketika dihubungi Berita Harian, sebentar tadi.
Konstabel Zakia, 26, telah diculik oleh kumpulan pengganas yang telah melakukan serangan hendap di sebuah pusat peranginan Pulau Mabul, perairan Semporna, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, kedua-orang anggota yang sedang melakukan rondaan telah diserang hendap sekumpulan lelaki dan berlaku tembak menembak antara mereka sehingga menyebabkan rakan Konstabel Zakia, Koperal Ar Rajah Jamuan, 26, telah terbunuh susulan terkena tembakan dari kumpulan dipercayai pengganas. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Buat Anak Yang Pentingkan Kerjaya Melebihi Ibunya...
5:04 pm Shahir Shukor 1 comment
Anak diwajibkan mentaati dan menggembirakan hati ibu pada setiap masa. Alangkah beruntungnya ibu yang sentiasa didoakan kesejahteraan oleh anaknya seperti mana ibu yang tidak pernah putus mendoakan kebaikan kepada anaknya.
Doa ibu mustajab sementara bagi hubungan ibu dan anak tidak akan terputus, malah yang kekal bagi ibu adalah doa anaknya walaupun selepas ketiadaannya nanti.
Dunia ini hanya persinggahan sementara, tetapi amalan kita berkekalan hingga ke akhirat. Justeru, pastikan setiap amalan khususnya yang dapat menggembirakan hati ibu dilaksanakan secara istiqamah.
Firman Allah SWT:
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf, ayat 5)
Berkorban untuk ibu
Ibu sanggup berkorban harta dan nyawa untuk anak dan sepatutnya, begitu jugalah anak berkorban untuk ibu. Khususnya kepada yang sudah bergelar ibu, pasti memahami perasaan ibu yang kini sedang melalui usia tua mereka.
Firman Allah SWT: “Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungkannya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam tiga puluh bulan.” (Surah al-Ahqaf, ayat 5)
Anak lelaki lebih-lebih lagi perlu memainkan peranan mereka kerana tanggungjawab memelihara kebajikan ibu bapa tidak terputus walaupun selepas mereka berumah tangga. Perkara ini sering dipandang remeh golongan lelaki.
Seorang anak soleh akan cuba menjadi suami yang baik dan pada masa sama, mengekalkan status anak yang taat kepada ibu bapanya. Janganlah mereka termasuk dalam golongan yang sanggup membuang ibu bapa kerana mementingkan diri.
Jika suami adalah anak yang taat, semestinya isterinya akan menjadi menantu solehah hasil didikan suami. Isteri juga diingatkan supaya tidak menghalang suami taat kepada ibu bapa mereka sebaliknya perlu faham kedudukan suami serta tanggungjawabnya terhadap kedua-dua orang tuanya.
Banyak kisah mengenai anak derhaka dipaparkan dan dijadikan plot drama sebagai peringatan kepada anak supaya tidak melakukan penderhakaan yang serupa. Jadikan kisah sedih itu sebagai pengajaran supaya kita terselamat daripada kemurkaan Allah SWT.
Tidak dinafikan tuntutan tugas ada kala menjadi penghalang kepada anak untuk menziarahi ibu bapa, tetapi hubungan mesra masih boleh dijalinkan melalui komunikasi yang canggih. Manfaatkan kehebatan teknologi untuk memastikan hubungan kekeluargaan berkekalan.
Ramai menyatakan setiap hari adalah hari ibu, tetapi realitinya, tidak semua berkesempatan meraikan ibunya setiap hari terutama bagi yang sudah mempunyai keluarga sendiri. Maka, tidak salah jika hujung minggu atau kesempatan pulang ke kampung dijadikan hari istimewa menghargai ibu.
Berkumpul pada hari istimewa seperti sambutan hari ulang tahun kelahiran ibu juga boleh menjadi hari istimewa seluruh ahli keluarga. Banyak cara untuk menghargai ibu dan anak perlu kreatif membuatkan ibu berasa diri istimewa serta sentiasa dihargai.
Tiada alasan tidak membahagiakan ibu
Kesimpulannya, tidak ada alasan untuk tidak membahagiakan ibu kerana hendak seribu daya, tidak hendak, banyaklah dalihnya. Jika anak tahu besarnya pahala hanya menatap wajah ibu, pasti mereka akan sentiasa mencari peluang menziarahi ibu mereka.
Jangan jadikan kerjaya sebagai penghalang kerana kebahagiaan serta doa ibu boleh menyumbang kepada kebahagiaan dan kejayaan seseorang anak.
Sumber : Berita Harian
Read More
Fakta-Fakta Penting Konflik Palestin - Israel
5:03 pm Admin Kedahnews No comments
MALAYSIA mengutuk sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel terhadap umat Islam di Palestin kerana ia merupakan tindakan zalim mengikut nafsu dan berniat jahat.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.
Namun,ramai yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.
1. Gaza (termasuk Tebing Barat dan Timur Jerusalem) diperakui di bawah undang-undang dunia serta mahkamah tertinggi dunia iaitu Mahkamah Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wilayah sah milik Palestin.
2. Setiap bangsa Yahudi seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar daripada Palestin.
3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum yahudi dan bukan yahudi.
4. Jerusalem Timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel.
5. Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.
6. Amerika Syarikat (AS) memberi dana sebanyak 5 juta USD setiap tahun untuk Israel.
7. AS boleh diumpamakan bagai lembu dicucuk hidung kerana terpaksa memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar USD18 juta setiap tahun. Paling memalukan,jumlah itu adalah sama dengan sumbangan Amerika kepada keseluruhan benua Afrika yang masih hidup serba kedaifan hingga kini.
8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar USD4 juta daripada AS yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk. Oleh kerana AS merupakan sekutu utama bagi Israel, maka mereka dengan rela hati memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kemandirian hubungan dwi-lateral mereka.
9. Majoriti pemimpin AS membantah penggunaan senjata tentera Israel, khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 ketika pertempuran di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk menandatangani larangan penambahan senjata nuklear. Mereka juga tidak membenarkan pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan nuklear mereka.
11. Jeneral Tertinggi Israel mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.
12.Tahukah anda bahawa Israel telah meledakkan kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel tersalah sasaran. Sekarang, bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?
13, Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?
14. Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000 orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.
15. Pada satu peristiwa 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk duduk berbaris di atas tanah, kemudiannya menembak mereka dari jarak setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khas dari pemerintah Israel!
16. Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.
17. Perdana Menteri Israel pertama iaitu David Ben Gorion bersepakat dalam pengusiran secara paksa terhadap semua bangsa Arab daripada Israel.
18. Rahib besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’ Semenanjung Gaza dari warga Palestin. Bahkan beliau mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah radio terbesar Israel:-
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk.”
19. Walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan prasarana pendidikan Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara yang mempunyai bilangan doktor dan pakar perubatan terbanyak di dunia.
20. Majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967, padahal fakta yang sebenarnya adalah sebaliknya. Tetapi mereka tetap menegaskan bahawa serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
21. Israel adalah satu–satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal Palestin.
22. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.
Read More
Kampung Parit Jerman Lompat Sakan Jerman Juara #WorldCup
5:01 pm Admin Kedahnews No comments
PONTIAN – Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi ini.
Jeritan ‘gol’ memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.
“Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik,” kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.
Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.
Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.
“Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini,” kata Mohd Asri.
Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk melawat.
Beliau berkata jamuan khas akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan kemenangan pasukan Jerman itu.
Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.
Kampung tersebut dinamakan sedemikian berikutan terdapatnya bukti kehadiran masyarakat Jerman yang berdagang dan membuka kawasan pertanian di Sungai Peradin suatu ketika dahulu.
Terdapat kesan peninggalan sejarah seperti batu-bata dan tangga batu yang dianggap penduduk generasi tua sebagai bukti peninggalan tentera Jerman.
Dikatakan, ia merupakan penempatan sementara tentera Jerman yang disediakan oleh sekutunya Jepun yang berpangkalan di Singapura, selain Kampung Parit Jerman di Sitiawan, Perak dan sebuah markas di Pulau Pinang pada Perang Dunia Kedua. – BERNAMA
Read More
Keluarga Terkejut Zakia Diculik Pengganas
4:45 pm Shahir Shukor No comments
KOTA KINABALU – Anggota keluarga Konstabel Zakia Aliep, 26, yang dipercayai diculik kumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi terkejut dengan kejadian itu.
Mereka merasa sedih lebih-lebih lagi beliau baru memperoleh cahaya mata kira-kira tiga bulan lalu.
Majlis doa selamat untuknya diadakan pagi tadi.
Abangnya Zakria, 31, berkata beliau mendapat berita mengenai kehilangan adiknya daripada rakan-rakannya pada pukul 4 pagi tadi selepas bersahur.
“Selepas rakan-rakan memberitahu ada insiden serang hendap di Pulau Mabul dan adik saya hilang, saya menghubungi isterinya yang memberitahu adik saya tidak pulang ke rumah.
“Saya turut menghubungi Balai Polis Semporna untuk bertanyakan tentang perkembangan pencarian adik saya,” katanya kepada Bernama.
Zakria berkata petang ini beliau dan ibu bapanya serta beberapa orang saudara mara akan bertolak dari kampung mereka di Tenghilan, kira-kira 45 kilometer dari Kota Kinabalu untuk ke Semporna bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai adiknya di samping menemani isteri dan anak Zakia yang berada di Semporna.
Zakia dipercayai diculik ketika sepasukan anggota Polis Marin diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada pukul 11.10 malam. Seorang lagi anggota Polis Marin, Koperal Rajah Jamuan terbunuh.
Menceritakan mengenai adiknya, Zakria berkata Zakia merupakan antara yang pertama memohon untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Beliau berkata selepas Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCom) ditubuhkan susulan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, adiknya tidak berfikir panjang untuk membuat permohonan bertugas di ESSZone.
“Masa itu permohonan dibuka kepada mana-mana anggota keselamatan yang berminat untuk berkhidmat di bawah ESSCom. Adik saya melihat ia juga sebagai peluang untuk pulang dan berkhidmat di negeri kelahirannya,” katanya.
Zakria berkata adiknya ketika itu bertugas di Pulau Pinang dan menambah adiknya memang bercita-cita menjadi anggota polis sejak kecil dan menyertai Polis Marin sejak 2010.
Sementara itu di Tawau, mayat Rajah dijangka dibedah siasat di Hospital Tawau pada pukul 4 petang ini sebelum dikebumikan di Batu 3, Semporna esok.
Jenazahnya tiba di Hospital Tawau pada 12.25 tengah hari tadi dengan ditunggu anggota keluarganya.
Sumber: BERNAMA
Read More
Malaysiakini Umum Khalid Tiada Harapan Pertahan Kerusi MB
4:04 pm Admin Kedahnews No comments
Portal pro-pembangkang, Malaysiakini, menganggap Tan Sri Khalid Ibrahim sudah tiada harapan lagi untuk mempertahan jawatan Menteri Besar Selangor yang disandangnya dan membayangkan beliau sedang berada di fasa-fasa terakhir mengetuai Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Dalam sebuah artikel di portal tersebut, penganalisanya mendakwa Khalid bakal digulingkan tidak lama lagi, khususnya apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dianggap akan mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.
"Kata-kata ketua umum parti itu dibaca sebagai 'pengakuan' meminta Khalid mengosongkan kerusi dan ia permintaan partinya dan Pakatan Rakyat sendiri," kata portal yang dilihat sebagai pro-Anwar itu.
Kata portal itu lagi, Khalid kini terkontang-kanting keseorangan dalam menghadapi kemelut kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu apabila beliau dihentam oleh parti sendiri, selain orang-orang kanannya yang telah "dilumpuhkan" pihak tertentu.
"Khalid yang dilihat berseorangan dalam hal ini langsung tidak boleh mengharapkan sokongan dari parti beliau sendiri untuk terus menduduki kerusi yang diterajui selama enam tahun itu," kata portal itu lagi.
Selain itu, Malaysiakini juga menyatakan bahawa sumbernya dari DUN Selangor memberitahu sebanyak 28 orang dari jumlah 31 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di negeri itu sudah bersetuju untuk mengusulkan undi tidak percaya pada Menteri Besar itu.
Bagaimanapun, KedahNews.com tidak pasti dari mana portal pro-pembangkang itu mendapat maklumat berkenaan dan tertanya-tanya apakah ia merupakan kenyataan rasmi atau sekadar cakap-cakap dari kem pihak yang memusuhi Khalid.
Rata-rata rakyat di Selangor khabarnya sedang condong menyebelahi Khalid dan tidak mahu Menteri Besar itu ditukar dengan individu lain, termasuk beberapa NGO yang sebelum ini tampil menyatakan sokongan mereka pada Menteri Besar itu.
Pun begitu, kehendak rakyat Selangor itu seolah-olah tidak dipedulikan oleh Anwar dan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat, membuktikan bahawa terdapat konspirasi terancang yang sangat teliti untuk menjatuhkan Khalid di Selangor.
Justeru, rakyat di Selangor diminta agar bersedia untuk menerima seorang Menteri Besar yang baharu tidak lama lagi dan mungkin individu yang bakal terpilih itu lebih buruk prestasinya berbanding Khalid. -KedahNews.com
Read More
Pesanan Terakhir Koperal Ar Rajah Pada Isteri...
3:45 pm Shahir Shukor No comments
Semporna, 14 Julai – "Jaga anak kita baik-baik", itu pesanan terakhir Koperal Ar Rajah Jamuan kepada isterinya sebelum terbunuh dalam serangan hendap penganas di Pulau Mabul pada jam 11.10 malam Sabtu lalu.
Isteri Allahyarham Ar Rajah, Salamah Amad, 26, berkata, pesanan itu disampaikan oleh suaminya ketika dihubungi pada jam 10 malam hari kejadian dan berjanji akan kembali ke rumah pada keesokan harinya.
“Malam tadi juga saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suami yang mengatakan akan pulang ke rumah esok.
“Pada 1 pagi, saya terima maklumat, suami diculik sebelum mengetahui keadaan sebenar yang suami telah gugur ketika bertempur dengan penceroboh,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu 2, Jalan Bubul di sini, semalam.
Salamah berkata, dia reda dengan kehilangan suaminya yang terkorban dalam kejadian itu dan berharap pihak berkuasa akan segera menangkap kesemua pengganas untuk dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan jenayah yang mereka lakukan.
“Saya kini hanya mampu mendoakan dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam nada sendu.
Dalam serangan yang berlaku pada malam Sabtu lalu, sekumpulan pengganas telah bertindak melakukan serangan hendap ke atas sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna Sabah.
Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun berkata, serangan yang dilakukan oleh sekumpulan pengganas itu dipercayai menggunakan senjata berat sehingga mengorbankan seorang anggota marin manakala seorang lagi telah diculik oleh mereka.
Menurut Abdul Rashid, seorang anggota marin berpangkat koperal, Ar Rajah Jamuan, 32 ,telah meninggal dunia dalam kejadian tembak menembak itu manakala rakannya, Konstabel Zakia Aliep, 26, dipercayai telah diculik oleh mereka.
Allahyarham Koperal Ar Rajah Jamuan yang berasal dari Semprna pernah bertugas di Kampung Acheh,Perak selama setahun sebelum berpindah ke Balai Polis Pulau Mabul sebagai Jurumudi Kapal Rondaan Air 1.
Allahyarham dijangka dikebumikan sebelum solat Zohor hari ini dalam upacara penghormatan pasukan polis di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kebun Bunga Jalan Batu 3, di sini. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Parody Kapten Luiz Tangisi Kekalahan Brazil Memang Lawak!
3:03 pm Admin Kedahnews No comments
Mimpi ngeri skuad bola sepak Piala Dunia Brazil bertambah semalam apabila mereka dibelasah skuad Belanda dengan jumlah jaringan 0-3 di dalam perebutan tempat ketiga dan keempat kejohanan dunia itu di Brazil.
Selaku tuan rumah, Brazil dimalukan skuad Jerman di peringkat separuh akhir menyaksikan pintu golnya bolos sebanyak 5 kali dalam tempoh 30 minit permainan sebelum perlawanan berakhir dengan jaringan 1-7.
Kekalahan memalukan bagi skuad samba itu turut mendapat kritikan pedas dari media Brazil dan para peminat bola sepak pasukan itu.
KedahNews.com sebetulnya tidak berminat sama ada Brazil menang atau tidak.
Namun, klip video parodi yang memaparkan Ketua Pasukan skuad Brazil, David Luiz, yang menyatakan kesedihan dalam aksi Piala Dunia kali ini begitu menarik perhatian, terutama setelah dialih bahasa.
KedahNews.com yakin, apa yang diluahkan Luiz itu langsung tidak tepat dengan luahan yang terdapat dalam klip video berkenaan.
Namun sudah resminya parodi, sudah tentu ia dihasilkan untuk tujuan suka-suka dan sekadar hiburan saja. Harap para peminat skuad Brazil tidak marah.
Berikut adalah klip video yang dimaksudkan... - KedahNews.com
Read More
Final Piala Dunia: 20,000 Peminat Bersama Najib Di Dataran Merdeka
2:45 pm Shahir Shukor No comments
KUALA LUMPUR – Kira-kira 20,000 penyokong bola sepak tempatan berkumpul di Dataran Merdeka awal pagi ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia antara Jerman dan Argentina.
Saingan yang ternyata hebat oleh kedua-dua pasukan berbeza benua itu dipancarkan menerusi skrin besar bermula jam 3 pagi.
Ia adalah inisiatif di bawah program tayangan Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lebih istimewa, tayangan perlawanan akhir bola sepak paling berprestij itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.
Najib yang tiba 15 minit sebelum sepak mula itu turut sempat beramah mesra dengan pengunjung yang kebanyakannya adalah generasi muda.
Mega Fiesta Final Piala Dunia 2014 pertama kali dianjurkan KBS dengan pelbagai aktiviti disajikan kepada pengunjung bermula pada jam 7.30 petang.
Antaranya majlis berbuka puasa dan bersahur; solat hajat dan bacaan Qunut Najilah untuk rakyat Palestin; persembahan nasyid; pertandingan di Football Enclave, playstation FIFA14 serta freekick ‘Bend it fast KJ’.
Sumber: Berita Harian
Read More
Hari Ke-7: Serangan Israel Bunuh 172 Penduduk Gaza
2:00 pm Shahir Shukor No comments
Gaza, 14 Julai - Serangan hari ketujuh tentera Israel ke atas Gaza telah meragut nyawa seorang lelaki dan wanita semalam menjadikan jumlah keseluruhan angka kematian penduduk meningkat kepada 172 orang.
Kedua-dua mangsa terbaru meninggal dunia akibat mengalami kecederaan teruk ketika serang udara yang dilakukan oleh Israel pada hari Ahad lalu yang mengorbankan enam orang penduduk sebelum ini.
Dalam serangan udara semalam telah mengorbankan seorang warga emas berusia 65 tahun di Deir el-Balah, seorang remaja berusia 20 tahun yang tinggal di Rafah berdekatan negara Mesir dan dua lagi di Khan Yunis yang terletak di bahagian selatan negera itu.
Selain itu, satu lagi serangan pada hari yang sama turut mengorbankan seorang remaja berusia 14 tahun dan dua orang lagi terbunuh di Beit Hanun di utara Gaza.
Jurucakap Perkhimatan Kecemasan di Gaza, Ashraf Al-Qudra berkata, tentera Israel telah membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi serta seorang lagi rakyat Palestin turut terbunuh dalam serangan awal tentera itu pada awal pagi Ahad.
Menurut Ashraf lagi, dengan kematian dua orang mangsa terbaru serangan tentera Israel semalam, jumlah keseluruhan telah meningkat kepada 172 kematian telah dicatat pada hari ketujuh serangan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More
Adam Corrie Kesal Ditegur Solat Berjemaah Di Lokasi Pergambaran
1:06 pm Admin Kedahnews No comments
Pelakon dan koreografer tarian, Adam Corrie mendedahkan beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran.
Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.
"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.
"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum 'Kahwin Campur' anjuran Hidayah Centre Foundation di Komplek Tabung Haji, Bayan Baru malam tadi.
Mengakui kecewa dengan teguran diterima itu, beliau mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.
Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama.
Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.
"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.
"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum 'Kahwin Campur' anjuran Hidayah Centre Foundation di Komplek Tabung Haji, Bayan Baru malam tadi.
Mengakui kecewa dengan teguran diterima itu, beliau mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.
Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama.
Sumber: Harakahdaily
Read More
Ugut Bunuh Mukhriz: Suspek Telah Ditahan
12:01 pm Admin Kedahnews No comments
Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dilaporkan telah mengugut untuk membunuh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.
Menurut laporan, suspek yang mengugut itu merupakan pengguna laman media sosial Facebook dengan nama "Padi Jantan" telah ditahan pada pukul 5.45 petang Ahad di Shah Alam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Selangor, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek akan dibawa ke Alor Setar untuk siasatan lanjut dalam masa terdekat.
"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,"katanya yang dipetik dari media Mstar, semalam.
Pemuda Umno Bahagian Jerlun pada Sabtu telah membuat laporan polis berhubung ugutan yang dibuat lelaki itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya sebelum ini mengesahkan pihaknya telah menerima lima laporan polis berhubung kes berkenaan sebelum ini.
Padi Jantan dilaporkan telah memuat naik di laman Facebooknya menyatakan bahawa dia sedia menembak mati Mukhriz dan Syed Unan Mashri sekiranya ada pihak yang sanggup membekalkannya dengan sepucuk pistol serta peluru, sebelum menembak seorang lelaki Cina, Sonny Ho.
"Jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampos dua makhluk ini dulu sebelum aku tembak Sonny Ho si Kafir Harbi... Insyaallah," kata pemilik laman akaun Padi Jantan itu.
Perkembangan terkini menyaksikan pemilik akaun Facebook menggunakan nama "Padi Jantan" telah memadam status yang mencetus kekecohan itu. -KedahNews.com
Read More
"All Of Us Are Going To Be Syahid Tonight" - Rakyat Palestin
11:01 am Admin Kedahnews No comments
Sungai Petani - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim meluahkan rasa ingin berkongsi pengalaman dan semangat perjuangan untuk menjadi "syahid" apabila berpeluang bersama para pejuang Islam di Palestin nanti.
Azeez berkata, bukanlah beliau berniat untuk mati di Palestin, namun lebih menjurus untuk memberi pertolongan sedaya mampu atas dasar kemanusiaan, khususnya kepada umat Islam yang tertindas dan dinafikan hak di negara sendiri.
"Kebetulan saya dapat panggilan.. dia kata 'brother Azeez, doa for us, all of us are going to be syahid tonight'.. itulah ungkapan yang disebutkan oleh rakan-rakan saya di Gaza.
"Jadi saya rasa semangat syahid ni saya nak kongsi dengan mereka. Saya nak pergi ke situ, bukan niat nak mati, niat nak pergi tolong... tapi apa pun 'kun fa yakuun'," katanya dalam Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Kepimpinan Empat Peringkat Bahagian dan Kakitangan UMNO Bahagian Baling di sini, semalam.
Justeru itu, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia itu juga memohon agar seluruh umat Islam mendoakan agar pemergian pasukan yang bakal beliau ketuai itu selamat pergi dan kembali ke tanah air nanti.
Azeez menjelaskan bahawa misi membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu belum dimuktamadkan tarikh bertolak dan ia hanya akan dibincang dengan pihak-pihak berkaitan seperti Wisma Putra, Kerajaan Mesir dan sebagainya esok.
Menurut pelan awal misi tersebut, beliau menyatakan kemungkinan akan menggunakan pintu sempadan di Rafah untuk masuk ke negara yang dizalimi rejim zionis Israel itu.
Azeez menjelaskan bahawa keputusan tersebut telah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. -KedahNews.com
Read More
Azeez Tawar Daging Lembu Serendah RM15 Sekilogram Pada Rakyat Baling
10:07 am Admin Kedahnews No comments
Sungai Petani - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim semalam mengumumkan bahawa UMNO Bahagian Baling akan memberi subsidi daging lembu kepada rakyat kurang berkemampuan di parlimen tersebut menjelang Aidilfitri nanti.
Kata beliau, sekiranya harga pasaran bagi daging lembu tempatan kini berharga RM27 sekilogram, rakyat miskin di daerah itu hanya perlu membayar serendah RM15 sekilogram sahaja.
"Kita akan jualn daging lembu, kalau di kedai harga RM27 ringgit sekilo, tapi kepada orag miskin kita bagi vaucer, kita buat satu kilo RM15 sahaja. Yang RM12 itu UMNO Bahagian akan beri subsidi pada mereka," katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa Kepimpinan Empat Peringkat Bahagian dan Kakitangan UMNO Bahagian Baling di sini, semalam.
Katanya, bantuan untuk kebajikan rakyat miskin di Baling itu belum pernah lagi dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan UMNO Bahagian itu akan menjadi perintis pada program berkenaan.
Selain itu, Azeez juga akan menyalurkan bantuan barang-barang keperluan harian seperti beras, gula, kopi, tepung dan sebagainya jika program subsidi harga daging lembu itu berjaya diperkenal serta dilaksana di parlimen yang diwakilinya.
"In sha Allah, jika program subsidi daging ini berjaya kita akan buat satu lagi program subsidi gula, kopi, tepung, beras.
"Satu bulan kita buka 5 hari kedai UMNO untuk kita bagi subsidi. Kalau gula harganya RM2.60 sekilo, kita bantu bagi RM2 sekilo sahaja. Inilah bantuan yang kita tengah plan, in sha Allah", katanya dengan niat membantu rakyat di Baling.
Menurut Azeez, program subsidi daging sempena Aidilfitri itu akan dijalankan pada 26 Julai ini tanpa mengira fahaman politik.
"Itulah sumbangan kita bersempena Hari Raya.. tak kira orang UMNO, orang PAS, orang PKR, asalkan mereka orang Islam, Melayu, rakyat Baling, kita tetap membantu tanpa kira kaum, agama, latar belakang hatta fahaman politik," tegasnya di depan ahli-ahli jawatankuasa dan kakitangan UMNO Bahagian Baling.
Azeez turut menyampaikan sumbangan berupa kain pasang kepada seluruh ahli jawatankuasa dan kakitangan UMNO Bahagian yang hadir. -KedahNews.com
Read More
Ahmad Bashah Arah Pantau Barang Keperluan Di Kedah Setiap Hari
9:02 am Admin Kedahnews No comments
ALOR SETAR - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengarahkan supaya kakitangan kementeriannya memantau barangan keperluan pengguna di negeri Kedah setiap hari.
Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan sempena musim perayaan khususnya menjelang Hari Raya Aidilfitri dan bertujuan memastikan barangan keperluan asas dan basah mencukupi untuk pengguna di negeri jelapang padi itu.
"Ia akan dipantau setiap hari dan laporan dihantar kepada ibu pejabat. Jika ada kekurangan barangan, kita akan mengambil tindakan segera.
"Kita mahu pastikan semua keperluan mencukupi,” katanya kepada media selepas melawat sebuah pasar raya besar di sini, semalam.
"Kita mahu pastikan semua keperluan mencukupi,” katanya kepada media selepas melawat sebuah pasar raya besar di sini, semalam.
"Kita sudah menyemak bekalan barangan keperluan pengguna sama ada kering dan basah. Jumlah yang kita ada mencukupi. Setakat ini, kita tidak menerima aduan kekurangan bekalan," katanya dalam lawatan yang turut diiringi Pengarah KPDNKK Kedah, Mohamad Fitri Hassan.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Bashah turut mengulas mengenasi skim cepat kaya YSLM di mana beliau meminta orang ramai supaya prihatin dan mengambil iktibar dari perkara seumpama itu selalunya ada kaitan dengan penipuan sehingga mendatangkan kerugian.
"Orang kita tak mahu beringat, dulu pun sudah ada skim cepat kaya ini tapi mereka nak juga masuk sehingga mengalami kerugian cecah puluhan ribu ringgit," jelasnya. -KedahNews.com
Read More
Kumpul Baju Raya Untuk Anak Yatim Di Kulim
8:04 am Admin Kedahnews No comments
KULIM - BN Youth Volunteer bersama Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu menganjurkan program mengumpul dan menyerahkan pakaian kepada anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Mahammad Mustafa Kamal Shaikh Ismail berkata, kesemua pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dikumpulkan sebelum diagihkan kepada penerima.
Menurutnya, dalam keghairahan umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan membuat persiapan hari raya namun masih ada dalam kalangan penduduk yang tidak berkemampuan.
“Bantuan kepada keluarga miskin atau OKU akan diberikan setiap tahun dan ini menjadi aktiviti ketika Ramadan.
"Sehingga kini ramai dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan menerima pelbagai bantuan dari orang ramai. Ini menunjukkan bahawa masyarakat hari ini cukup prihatin terhadap masalah dihadapi orang lain,” katanya.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Mahammad Mustafa Kamal Shaikh Ismail berkata, kesemua pakaian yang disumbangkan oleh orang ramai serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dikumpulkan sebelum diagihkan kepada penerima.
Menurutnya, dalam keghairahan umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dan membuat persiapan hari raya namun masih ada dalam kalangan penduduk yang tidak berkemampuan.
“Bantuan kepada keluarga miskin atau OKU akan diberikan setiap tahun dan ini menjadi aktiviti ketika Ramadan.
"Sehingga kini ramai dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan menerima pelbagai bantuan dari orang ramai. Ini menunjukkan bahawa masyarakat hari ini cukup prihatin terhadap masalah dihadapi orang lain,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Read More
Dendam Punca Serangan Hendap Di Pulau Mabul - Zahid
7:04 am Shahir Shukor No comments
KUALA LUMPUR: Insiden serangan hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin malam tadi, dipercayai bermotifkan dendam dan marah kerana peningkatan kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di perairan Sabah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pihaknya percaya penceroboh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kejayaan anggota keselamatan dan pertahanan negara menembusi kubu mereka.
"Penceroboh balas dendam sebab Komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya tembusi kubu mereka termasuk menyelamatkan tebusan warga China baru-baru ini," katanya kepada BERNAMA hari ini.
Beliau mengulas mengenai insiden yang menyebabkan anggota Pasukan Polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh dan Konstabel Zakiah Aleip, 26 hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna.
Pengarah Operasi ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, dilapor berkata penyerang yang menggunakan senjata berat membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira 11.10 malam tadi.
Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran.
Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis pada 10 Julai.
Ditanya mengenai status anggota yang masih hilang itu, Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan enggan mengulas lanjut.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan Filipina terutamanya dari segi bertukar maklumat risikan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman di sempadan kedua-dua negara.
Sumber : BERNAMA
Read More
Gara-Gara "Selfie", Gadis Basah Kuyup..!
12:03 am Shahir Shukor No comments
Gadis ini kelihatan sangat gembira dengan melakukan pelbagai aksi (berposing) yang menarik di atas sebuah jambatan sebuah kolam.
Mungkin gadis ini sedang sibuk berselfie sebagaimana dilakukan oleh segelintir masyarakat yang menjadikan ia sebagai satu hobi.
Apa yang KedahNews.com ingin kongsikan bukanlah mengenai aksi-aksi yang dilakukan oleh gadis ini tetapi akibat daripada keghairahannya ‘berposing’ sehingga terjatuh ke dalam kolam tersebut.
Lawak bukan? Boleh anda bayangkan perasaan gadis ini setelah terjatuh ke dalam kolam itu?
KedahNews.com yakin gadis ini pasti berasa sangat malu sekiranya ketika dia terjatuh terdapat ramai lelaki-lelaki yang melihat insiden tersebut.
KedahNews.com yakin gadis ini pasti berasa sangat malu sekiranya ketika dia terjatuh terdapat ramai lelaki-lelaki yang melihat insiden tersebut.
Menurut sumber, gadis ini sedang duduk ‘berposing’ di atas kayu dan terjatuh ke dalam kolam kerana kayu berkenaan telah reput.
KedahNews.com ingin menasihatkan kepada semua yang mengalami masalah ‘kegilaan’ berselfie agar berhati-hati dan pastikan keadaan sekeliling selamat sebelum ‘berposing’. -KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor
Read More